1. 2014 - soalan tugasan kkp pra 3143

Upload: zulaikha-rusman

Post on 02-Jun-2018

230 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 8/11/2019 1. 2014 - Soalan Tugasan Kkp Pra 3143

    1/3

    INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS PENDIDIKAN TEKNIKTUGASAN PROJEK

    I. Hasil Pembelajaran Kursus

    1. Menjelaskan konsep profesionalisme dalam pendidikan awal kanak-kanak.

    2. Menterjemahkan kandungan kod etika perlakuan guru prasekolah secara umum danspesifik.

    3. Mengamalkan konsep pertolongan cemas dan jenis-jenis bantuan serta rawatan yangsesuai untuk kanak-kanak prasekolah.

    4. Menggunakan pertimbangan sendiri yang berasas untuk usaha-usaha menanganipelbagai isu dalam pendidikan prasekolah

    Kerja Kursus ini bagi menilai Hasil Pembelajaran 1, 2, dan 4 .

    II. Objektif Projek/Kerja Kursus Projek

    Pelajar dapat melaksanakan tugas-tugas berikut:

    1. Membuat sesi temu bual dengan guru prasekolah berkaitan dengan pengalaman dalam

    melaksanakan pengurusan prasekolah.

    2. Mengaplikasi sekurang-kurangnya satu jenis peta pengurusan grafik i-Think denganmenunjukkan perbandingan di antara pengurusan kedua-dua prasekolah.

    3. Menilai amalan profesionalisme guru prasekolah serta memikirkankan idea untukpenambahbaikan yang berterusan dan menggunakan kemahiran akses kendiri untukkecemerlangan yang berterusan.

    4. Menyediakan rakaman video dan peta grafik bagi sesi temubual dengan guruprasekolah.

    5. Menghasilkan penulisan ilmiah dengan memberikan justifikasi terhadap kecekapan

    pengurusan prasekolah dari aspek kecekapan pengurusan dan kecekapan hubungan.

    TAJUK PROGRAM :

    PISMP (SEM.2/2014)NAMA GURU PELATIH:

    KOD DAN TAJUK KURSUS :PRA 3143KUALITI PENDIDIK PRASEKOLAH

    SEMESTER : 2/2014

    AMBILAN : JANUARI 2011

    TARIKH MULA : 18 Julai 2014 TARIKH HANTAR : 18 Ogos 2014

  • 8/11/2019 1. 2014 - Soalan Tugasan Kkp Pra 3143

    2/3

    III. Tugasan Projek (100 %)

    Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Pendidikan Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata bahawa

    setiap guru prasekolah perlu mempunyai pengetahuan dan kecekapan dalam bidang yang diceburi,

    seperti mana syarat yang ditetapkan Kementerian Pelajaran kepada guru prasekolah yang perlu

    mempunyai ijazah dalam jurusan pendidikan awal kanak-kanak.

    - UTUSAN MALAYSIA 1 Sept 2012 -

    Berdasarkan pernyataan di atas, anda dikehendaki:

    1. Kenal pasti dua buah prasekolah sama ada di bawah agensi kerajaan atau agensi

    swasta, adakan sesi temubual dengan guru prasekolah tersebut dan buat perbandinganterhadap dua buah prasekolah tersebut dari aspek kecekapan pengurusan

    (Organisasi,kewangan,kemudahan dan personal) dan kecekapan hubungan

    (kemanusiaan) dengan menggunakan peta pengurusan grafik atau thinking map i

    Think. Sediakan rakaman video bagi sesi temubual anda dan juga video yang

    memaparkan kemudahan yang terdapat di prasekolah tersebut.

    ( 40%)

    2. Sediakan satu penulisan kritikal dengan memberikan justifikasi bagi pemerhatian dan

    kajian anda terhadap pengurusan prasekolah tersebut dengan melihat dari skop

    profesionalisme seorangguru prasekolah.

    (60%)

    Panduan Pelaksanaan Kerja Kursus

    1. Tugasan ini adalah tugasan individu.

    2. Anda boleh bergerak secara kolaboratif untuk mengumpul data atau

    maklumat.Rakaman video temubual hendaklah dilampirkan dalam tugasan.

    3. Laporan kerja kursus hendaklah dibuat dalam bentuk teks dan gambar yang

    menunjukkan kemudahan yang terdapat di prasekolah yang dipilih sebagai kajian.

    Grafik dan peta konsep hendaklah menggunakan Thinking Map ( i-Think)

    5. Format penulisan tugasan adalah seperti berikut:

    ii. Jenis tulisan - Arial saiz 11

    iii. Jarak tulisan 1.5 langkau.

    iv. Rujukan mengikut format APA (American Psychological Association)

    5. Panjang tugasan antara 2500 hingga 3000 perkataan atau tidak melebihi 15 muka surat

    (termasuk persembahan visual dan lampiran).

    6. Rujukan tidak termasuk dalam jumlah pengiraan perkataan.

    7. Amalan plagiat tidak dibenarkan.

    8. Tugasan ini membawa markah 100 dan wajaran 50%.

    Tugasan yang baik harus menunjukkan kriteria-kriteria berikut:

  • 8/11/2019 1. 2014 - Soalan Tugasan Kkp Pra 3143

    3/3

    1. Liputan isi kandungan yang menyeluruh, konsisten dan terperinci

    2. Tugasan anda perlu merangkumi perkara berikut:

    a. Membuat perbandingan terhadap dua buah prasekolah yang dikaji.

    b. Penggunaan peta grafik i-Think seperti bubles map, multi flow map atau lain-

    lain.

    c. Menunjukkan integrasi teknologi dalam proses penghasilan grafik atau video.

    d. Satu penulisan kritikal dengan memberikan justifikasi tentang kecekapan

    pengurusan prasekolah yang dikaji .

    3. Keseluruhan isi dan pengolahan perlu menunjukkan keaslian hasil kajian dan sokongan

    ilmiah.

    4. Format dan organisasi laporan perlu jelas dan koheren.

    5. Penulisan laporan harus menunjukkan kefasihan bahasa, kematangan hujah dalam

    menterjemah maklumat secara analitikal.

    6. Rujukan perlulah daripada pelbagai sumber yang tepat dan sahih serta memenuhi

    kehendak tugasan (sekurang-kurangnya sumber daripada 3 buah buku, 3 internet, 3jurnal, 2 bahan bercetak yang lain)

    7. Rujukan internet tidak boleh melebihi 30% daripada keseluruhan bahan rujukan.

    Tugasan disediakan oleh: Disemak oleh:

    .. .

    ( NOORIZAN BT BABA )Penyelaras Kursus PRA 3143Jabatan Ilmu PendidikanIPGKPT

    Disahkan oleh:

    ............................................(SHAMSIAH BT MD. NASIR)Ketua JabatanJabatan Ilmu PendidikanIPGKPT