pim 3143 - isu kontemporari sembelihan dalam masyarakat

29
1.0 Pengenalan Sejak dahulu lagi, umat Islam sudah sering berbeza pendapat dalam menentukan hukum halal dan haram dalam bab pemakanan. Itu menjadi salah satu sebab kenapa kebanyakan kitab fiqh terdahulu menhuraikan dengan panjang lebar tentang bab halal dan haram dalam makanan. Rata- rata umat Islam tahu bahawa khinzir dan anjing tidak boleh disentuh, apatah lagi memakannya. Dengan kata lain, ini bukanlah masalah yang besar. Apa yang menjadi masalah ialah cara penyembelihan sesuatu binatang. Menurut Dr Mustofa al-Khin (2005), sembelihan dalam bahasa Arab ialah ح ئ ا ب الذiaitu binatang yang disembelih mengikut lunas syarak dengan syarat yang ditetapkan dalam Islam dan ia adalah binatang yang halal dimakan. Sembelihan ialah mematikan nyawa binatang yang halal dimakan dengan memutuskan urat halkum dan urat marih. 1 Oleh itu, kita sebagai umat Islam haruslah peka terhadap daging binatang yang kita makan. Hal ini adalah kerana setiap syarat yang ditetapkan oleh Allah mempunyai hikmah yang tersendiri. Mustofa al-Khin (2011) ada menyatakan bahawa; 1 Mustofa al-Khin, Mustofa al-Bugho & Ali Asy-Syarbaji. (2005). Kitab Fikah Mazhab Syafie: Jilid 3. Kuala Lumpur: Pustaka Salam Sdn. Bhd. Hlm 616 1

Upload: ibnu-mustafa

Post on 26-Dec-2015

791 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

Isu SembelihanSembelihanIsu Kontemporari SembelihanPIM 3143

TRANSCRIPT

Page 1: PIM 3143 - Isu Kontemporari Sembelihan Dalam Masyarakat

1.0 Pengenalan

Sejak dahulu lagi, umat Islam sudah sering berbeza pendapat dalam menentukan

hukum halal dan haram dalam bab pemakanan. Itu menjadi salah satu sebab kenapa

kebanyakan kitab fiqh terdahulu menhuraikan dengan panjang lebar tentang bab halal dan

haram dalam makanan. Rata-rata umat Islam tahu bahawa khinzir dan anjing tidak boleh

disentuh, apatah lagi memakannya. Dengan kata lain, ini bukanlah masalah yang besar. Apa

yang menjadi masalah ialah cara penyembelihan sesuatu binatang.

Menurut Dr Mustofa al-Khin (2005), sembelihan dalam bahasa Arab ialahالذبائح iaitu

binatang yang disembelih mengikut lunas syarak dengan syarat yang ditetapkan dalam Islam

dan ia adalah binatang yang halal dimakan. Sembelihan ialah mematikan nyawa binatang yang

halal dimakan dengan memutuskan urat halkum dan urat marih.1 Oleh itu, kita sebagai umat

Islam haruslah peka terhadap daging binatang yang kita makan. Hal ini adalah kerana setiap

syarat yang ditetapkan oleh Allah mempunyai hikmah yang tersendiri.

Mustofa al-Khin (2011) ada menyatakan bahawa;

"وما قطع من شاط حال حياتها، فإنه ال يأكل لنجاسة ميتتها.

وما قطع من إنسان حال حياته، فهو طاهر، لطهارة اإلنسان

3ة حال حياتها، فهو نجيس، لنجاسة حال موته. وما قطع من داب

2ميتتها"

Kesimpulan daripada apa yang diperkatakan ialah jika sesuatu binatang itu mati dengan

sendiri, maka segala apa yang ada pada binatang tersebut akan haram untuk dimakan. Tetapi

jika binatang itu mati disebabkan oleh manusia (sembelih), maka halal binatang tersebut bagi

manusia. Hal ini menunjukkan bahawa betapa pentingnya sembelihan dalam menentukan halal

atau tidak makanan yang dimakan oleh manusia.

Sehubungan dengan itu, orang Islam perlulah tahu apakah perkara-perkara yang mesti

dipatuhi untuk menjadikan sesuatu sembelihan itu sah dan bersih. Menurut Mustofa al-Khin

(2005), terdapat tiga bahagian dalam syarat sah sembelihan iaitu syarat berkaitan dengan

1 Mustofa al-Khin, Mustofa al-Bugho & Ali Asy-Syarbaji. (2005). Kitab Fikah Mazhab Syafie: Jilid 3. Kuala Lumpur: Pustaka Salam Sdn. Bhd. Hlm 616

2 Mustofa al-Khin, Mustofa al-Bugho & Ali Asy-Syarbaji. (2011). Al-Fikh Al-Manhaji Mazhab Al-Syafie. Jeddah: Darul Basyir. Hlm 482-483

1

Page 2: PIM 3143 - Isu Kontemporari Sembelihan Dalam Masyarakat

penyembelih, syarat berkaitan dengan binatang yang disembelih dan syarat berkaitan dengan

alat sembelihan.3 Dalam bahagian syarat berkaitan penyembelih, Syeikh Muhammad Arsyad al-

Banjari (2008) mengatakan penyembelih mestilah beragama Islam ataupun ahli kitab. Ahli kitab

yang dimaksudkan ialah orang Yahudi ataupun Nasrani. Namun, jika ada orang Islam yang

bersama-sama dengan orang bukan Islam, memegang pisau yang berlainan untuk

menyembelih seekor binatang, maka haram hukum memakan daging binatang tersebut.

Selain itu, sembelihan anak-anak orang Islam yang mumayiz adalah halal dan tidak

makruh. Apa yang menjadi makruh ialah sembelihan anak-anak yang belum mencapai usia

mumayiz, orang gila, orang yang mabuk kerana ditakutkan terdapat kekeliruan, dan orang yang

buta kerana bimbang tersalah sembelihannya.4 Bukan itu sahaja, menurut Mustofa al-Khin

(2005), penyembelih yang menyembelih sesuatu binatang bukan kerana Allah ataupun

menyebut nama selain daripada Allah sewaktu menyembelih sesuatu binatang adalah tidak

halal sembelihannya.5 Contohnya jika seseorang itu berniat menyembelih binatang untuk tuhan

selain daripada Allah, maka sembelihan itu akan menjadi tidak halal.

Dalam bahagian syarat berkaitan dengan binatang yang disembelih pula, Syeikh

Muhammad Arsyad al-Banjari (2008) menyatakan syarat menyembelih binatang yang dapat

dikuasai ialah memutuskan halqum (saluran pernafasan) dan maryun (saluran makanan dan

minuman). Bagi menyembelih binatang yang berleher pendek seperti lembu, kambing atau

kerbau, disunatkan untuk menyembelih dibahagian bawah leher agar cepat mati. Apabila

berlaku sesuatu keadaan yang menyebabkan sesuatu haiwan itu hampir mati seperti dilukai

binatang buas, ditimpa dinding atau sebagainya, jika disembelih binatang itu maka sembelihan

itu dikira halal hatta baru sesaat disembelih, binatang itu terus mati. Namun, binatang itu

haruslah dalam keadaan mustaqirrah apabila disembelih iaitu mempunyai pergerakan yang

berkecamuk dan kuat selepas disembelih. Ini adalah bagi membuktikan binatang itu mati

desebabkan oleh sembelihan.

Jika berlaku sesuatu keadaan di mana haiwan itu sukar untuk disembelih, contohnya

haiwan liar, haiwan yang terjatuh di dalam lubang atau sebagainya, maka sembelihan akan

3 Mustofa al-Khin, Mustofa al-Bugho & Ali Asy-Syarbaji. (2005). Kitab Fikah Mazhab Syafie: Jilid 3. Kuala Lumpur: Pustaka Salam Sdn. Bhd. Hlm 618-619

4 Al-Banjari Syeikh Muhammad Arsyad. (2008). Kitab Sabilal al-Mukhtadin. Johor Bahru: Perniagaan Jahabersa. Hlm 731-733

5 Mustofa al-Khin, Mustofa al-Bugho & Ali Asy-Syarbaji. (2005). Kitab Fikah Mazhab Syafie: Jilid 3. Kuala Lumpur: Pustaka Salam Sdn. Bhd. Hlm 620-621

2

Page 3: PIM 3143 - Isu Kontemporari Sembelihan Dalam Masyarakat

menjadi halal dengan melukakan di mana-mana tempat pada tubuh binatang itu.6 Selain itu,

menurut Mustofa al-Khin (2005), binatang yang disembelih juga haruslah dipotong dengan

cepat dan sekaligus pada bahagian yang disembelih.7 Hal ini adalah kerana jika sembelihan

dilakukan dengan perlahan dan haiwan itu berhenti menggelepar sebelum kedua-dua urat

halqum dan marih diputuskan, maka akan terbatal sembelihan itu.

Dalam bahagian syarat berkaitan alat penyembelihan pula, terdapat beberapa perkara

yang perlu dititiberatkan oleh penyembelih. Syeikh Muhammad Arsyad al-Banjari (2008)

menyatakan bahawa syarat alat penyembelihan mestilah tajam sehingga dapat melukakan

binatang. Alat sembelihan itu juga boleh terdiri daripada apa sahaja kecuali tulang, gigi dan

kuku kerana alat-alat ini adalah alat penyembelihan bagi orang Ethiopia (Habsyah). Bukan itu

sahaja, hikmah dilarang menggunakan alat-alat ini juga adalah untuk mengelakkan terkena

najis dan darah yang terlekat pada alatan ini8.

Menurut Dr. Yusuf al-Qaradawi (2010), rahsia dalam penyembelihan mengikut Islam

ialah kita dapat mencabut nyawa binatang dengan seringkas cara yang dapat merehatkan

tanpa penyeksaan.9 Oleh sebab itu, disyaratkan penyembelihan itu dengan alat yang tajam agar

segera berkesan dan penyembelihan itu pula mestilah pada kerongkong kerana tempat itu lebih

menyegerakan terpisahnya kehidupan dari badan dengan mudah. Hal ini disokong lagi dengan

hadis riwayat Muslim daripada Syaddad bin Aus:

“Sesungguhnya Allah menyuruh berbuat baik terhadap segala sesuatu. Maka jika kamu

membunuh , perbaikilah cara membunuhmu dan jika kamu menyembelih, perbaikilah

cara penyembelihanmu. Hendaklah seseorang kamu menajamkan pisaunya dan

merehatkan binatang sembelihannya.”

Dalam hadis di atas, jelaslah bahawa Islam menyuruh kita bertindak belas kasihan ke

atas binatang yang hendak disembelih serta meringankannya daripada menanggung seksa

mati dengan apa cara sekali pun. Janganlah kita terpedaya dengan kata-kata orang kafir yang

mengatakan sembelihan cara Islam itu kejam. Pelbagai kajian telah dijalankan dan ianya jelas

6 Al-Banjari Syeikh Muhammad Arsyad. (2008). Kitab Sabilal al-Mukhtadin. Johor Bahru: Perniagaan Jahabersa. Hlm 726-728

7 Mustofa al-Khin, Mustofa al-Bugho & Ali Asy-Syarbaji. (2005). Kitab Fikah Mazhab Syafie: Jilid 3. Kuala Lumpur: Pustaka Salam Sdn. Bhd. Hlm 622

8 Al-Banjari Syeikh Muhammad Arsyad. (2008). Kitab Sabilal al-Mukhtadin. Johor Bahru: Perniagaan Jahabersa. Hlm 737-738

9 Yusuf al-Qaradawi. (2010). Halal dan Haram dalam Islam. Kuala Lumpur: Darul Syakir Enterprise.

3

Page 4: PIM 3143 - Isu Kontemporari Sembelihan Dalam Masyarakat

terbukti bahawa cara mematikan dengan sembelihan mengikut syariat Islam adalah yang paling

baik.

2.0 Isu Kontemporari Sembelihan Dalam Masyarakat

Dalam konteks penyembelihan, binatang dikategorikan kepada dua jenis iaitu binatang

laut dan binatang darat. Namun, binatang laut tidak menjadi masalah kerana dalam Islam,

semua binatang laut halal dimakan kecuali yang memudaratkan manusia itu sendiri. Pada

hakikatnya, Allah SWT telah memberikan kelonggaran yang cukup ke atas hamba-Nya dengan

membolehkan memakan semua yang terdapat di laut tanpa mensyaratkan cara

penyemebelihannya. Bahkan Allah membiarkan manusia membuat apa sahaja cara untuk

menangkap ikan itu dengan menjauhkan diri dari cara penganiayaan sekadar yang mampu

olehnya.

Sungguhpun begitu, kategori binatang yang kedua yakni binatang darat mempunyai

pelbagai isu dan hal ini sering menjadi persoalan kepada umat Islam terutamanya yang tinggal

di luar negara Islam. Ulama terdahulu juga telah banyak membahaskan isu tentang sembelihan

walaupun sesetengah isu itu baru sahaja timbul pada zaman ini. Pada asasnya, terdapat empat

jenis makanan yang diharamkan dalam Islam iaitu bangkai (binatang yang tidak disembelih),

darah (darah yang keluar mengalir), daging babi atau anjing dan binatang yang disembelih

bukan kerana Allah. Empat jenis makanan haram ini disebut dalam al-Quran dalam surah al-

An’am ayat 145:

10

Katakanlah (wahai Muhammad): "Aku tidak dapati dalam apa yang telah diwahyukan

kepadaku, sesuatu yang diharamkan bagi orang yang hendak memakannya melainkan

kalau benda itu bangkai, atau darah yang mengalir, atau daging babi - kerana

sesungguhnya ia adalah kotor - atau sesuatu yang dilakukan secara fasik, iaitu binatang

yang disembelih atas nama yang lain dari Allah". Kemudian sesiapa yang terpaksa

(memakannya kerana darurat) sedang ia tidak mengingininya dan tidak melampaui

batas, maka sesungguhnya Tuhan mu Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.”11

10 Al-Quran dan Terjemahan (2007). Kuala Lumpur: Pustaka Darul Iman Sdn. Bhd. Hlm 147.11 Syeikh Abdullah Basmeih. (2010). Tafsir Pimpinan ar-Rahman Kepada Pengertian al-Quran. Jakim:

Putrajaya

4

Page 5: PIM 3143 - Isu Kontemporari Sembelihan Dalam Masyarakat

Rata-rata umat Islam tahu keempat-empat makanan yang telah diharamkan dalam

Islam. Namun, kehidupan dunia semakin canggih dan manusia pula mula memikirkan sesuatu

yang paling mudah dalam membuat sesuatu pekerjaan. Kaedah sembelihan tidak dapat lari

daripada perkembangan arus kemodenan ini. Hal ini menyebabkan umat Islam berasa kurang

yakin dalam memilih daging binatang yang halal untuk dimakan. Jika diperhatikan dalam

akhbar-akhbar pada masa kini, pelbagai isu dalam sembelihan telah menjadi kerisauan kepada

umat Islam.

1. Isu Kontemporari Sembelihan di Malaysia

a. Ayam Sembelihan Tidak Mengikut Syarak Dijual Secara Meluas

Dalam keenakan kita menjamu selera di kedai makan, pernahkah kita terfikir

tentang halal atau tidak makanan yang kita makan. Adakah cara penyembelihan yang

digunakan bertepatan dengan syarak ataupun tidak. Hal ini perlu diambil berat oleh

umat Islam kerana masyarakat pada zaman ini, tidak kira muslim ataupun bukan

muslim, kebanyakannya mengambil mudah dalam perkara halal dan haram. Apa yang

mereka pentingkan hanyalah untuk mengaut keuntungan yang lumayan.

Contohnya dalam akhbar Harian Metro (rujuk lampiran I), tiga pusat

penyembelihan di pasar Chow Kit yang mengedar ayam sembelihan ke pasar raya

didapati menyembelih ayam secara tidak sah menurut Islam apabila urat halkum ayam

yang disembelih tidak putus seperti disyaratkan. Bukan itu sahaja, menurut akhbar itu

lagi, pusat penyembelihan itu juga telah mengupah tukang sembelihan warga asing

yang tidak bertauliah untuk menyembelih ayam tersebut yang menyebabkan ayam yang

disembelih ibarat bangkai kerana dilemaskan di dalam tong berisi air sebelum

disembelih.12

Bukan itu sahaja, kejadian yang hampir sama turut berlaku di Kuantan, Pahang

(rujuk lampiran II) apabila wartawan sinar harian melaporkan sijil halal sebuah pusat

penyembelihan ayam di Indera Mahkota dibatalkan selepas didapati melakukan

penyembelihan ayam tidak mengikut hukum syarak oleh Pejabat Agama Islam Daerah

(Paid) Kuantan. Menurut akhbar itu lagi, Paid menjalankan siasatan selepas mendapat

12 Ayam Sembelih Tak Putus Urat. (2010), September 4). Dilayari pada 21 Julai 2014, daripada http://myradix.wordpress.com/2010/09/08/lagi-isu-sembelihan-ayam/

5

Page 6: PIM 3143 - Isu Kontemporari Sembelihan Dalam Masyarakat

aduan daripada orang awam yang ragu dengan ayam yang dibelinya di sebuah pasar

raya di Jalan Lim Hoe Leck.13

Di Triang, Pahang (rujuk lampiran III) pula berlaku kes penyelahgunaan lesen

penyembelihan oleh pemborong ayam sekitar Bandar Triang yang didakwa berjaya

mengaburi pengguna Muslim semata-mata untuk mengaut keuntungan. Menurut akhbar

Sinar Harian itu lagi, pemborong terbabit menggunakan nama seorang pekerja Muslim

yang berpengalaman 10 tahun dalam bidang penyembelihan untuk meyakinkan

pengguna beragama Islam. Pengusaha bukan sahaja mengupah warga asing untuk

tugas penyembelihan tetapi turut mempamerkan sijil penyertaan kursus penyembelihan

yang pernah dihadiri bekas pekerjanya sekitar 2008. Apa yang lagi mengejutkan, tiada

seorang pun dalam kalangan tukang penyembelihan memiliki Kad Tauliah Sembelihan.14

Berdasarkan ketiga-tiga kes yang berlaku, kesemuanya ternyata melanggar

syarat sah sembelihan. Ismail Kamus (2009), syarat sah sembelihan terbahagi kepada

tiga bahagian iaitu penyembelih, binatang sembelihan dan alat sembelihan.15 Dalam kes

berlaku di Chow Kit dan Kuantan, ayam yang disembelih tidak terputus urat halkumnya.

Isu ini termasuk dalam syarat sah yang kedua iaitu binatang sembelihan. Menurut

Syeikh Muhammad Arsyad al-Banjari (2008), syarat menyembelih binatang yang dapat

dikuasai menyembelihnya adalah di lehernya denga memutuskan halqum (saluran

pernafasan) dan maryun (saluran makanan dan minuman). Oleh itu, binatang yang tidak

terputus mana-mana urat ataupun kedua-dua urat tersebut, hukum sembelihan binatang

tersebut adalah tidak sah dan daging binatang tersebut adalah haram dimakan.16

Dalam kes yang berlaku di Chow Kit dan Triang, pusat penyembelihan telah

mengupah warga asing untuk menyembelih ayam dan ayam sembelihan tersebut

diedarkan ke pasar raya untuk dibeli oleh orang ramai. Hal ini berkaitan dengan syarat

sembelihan yang pertama iaitu penyembelih. Menurut Drs. H. Mohamad Rifai (1981),

syarat penyembelih ialah orang Islam ataupun ahli kitab (Yahudi dan Nasrani) sahaja

13 Erma Yusnida Jusoh. (2013), September 27). Sembelihan Tidak Ikut Syarak. Sinar Harian Online. Dilayari pada 21 Julai 2014, daripada http://www.sinarharian.com.my/edisi/utara/sembelih-tidak-ikut-syarak-1.206196

14 Wartawan Sinar Harian. (2013), Julai 12). Warga Asing Sembelih Ayam. Sinar Harian Online. Dilayari pada 21 Julai 2014, daripada http://www.sinarharian.com.my/warga-asing-sembelih-ayam-1.181624

15 Ismail Kamus & Mohd. Azrul Azlen Ab. Hamid. (2009). Indahnya Hidup Bersyariat: Modul Fardu Ain Diri, Keluarga dan Masyarakat Sepanjang Hayat. Kuala Lumpur: Telaga Biru Sdn. Bhd. Hlm 182.

16 Al-Banjari Syeikh Muhammad Arsyad. (2008). Kitab Sabilal al-Mukhtadin. Johor Bahru: Perniagaan Jahabersa. Hlm 726

6

Page 7: PIM 3143 - Isu Kontemporari Sembelihan Dalam Masyarakat

baik lelaki mahupun perempuan.17 Namun, adakah kita tahu status agama penyembelih

warga asing tersebut. Ini adalah perkara yang membimbangkan dan ianya patut diambil

berat oleh pihak berkuasa dan seluruh umat Islam.

Bukan itu sahaja, melihat kepada kes yang berlaku di Chow Kit, sumber akhbar

itu mengatakan bahawa ayam yang ingin disembelih dilemaskan dahulu di dalam tong

yang berisi air. Perkara ini bukan sahaja menyeksa haiwan itu sebelum mati bahkan

telah menyebabkan haiwan itu menjadi bangkai sebelum disembelih. Dalam Islam,

daging daripada bangkai binatang yang hidup di darat adalah haram sama sekali.

Pengaharaman ini ada disebut dalam surah al-Ma’idah ayat 3 yang bermaksud:

“Diharamkan kepada kamu (memakan) bangkai (binatang Yang tidak disembelih), dan

darah (yang keluar mengalir), dan daging babi (termasuk semuanya), dan binatang-

binatang Yang disembelih kerana Yang lain dari Allah, dan Yang mati tercekik, dan

Yang mati dipukul, dan Yang mati jatuh dari tempat Yang tinggi, dan Yang mati

ditanduk, dan Yang mati dimakan binatang buas, kecuali Yang sempat kamu sembelih

(sebelum habis nyawanya), dan Yang disembelih atas nama berhala; dan (diharamkan

juga) kamu merenung nasib Dengan undi batang-batang anak panah.18

Allah meletakkan syarat terhadap sesuatu perkara dengan bersebab. Begitu juga

dengan pengharaman bangkai. Menurut Dr. Yusuf al-Qaradawi (2010), pengharaman

bangkai itu adalah suatu hukum yang sangat jelas kerana tabiat manusia yang sihat

akan berasa jijik dengan bangkai itu dan memandangnya kotor, sedangkan para

cendiakawan umumnya akan mengganggap memakan bangkai itu suatu perkara yang

rendah dan bertentangan dengan kemuliaan darjat manusia.19 Kenyataan ini disokong

lagi oleh Mohamed bin Jusoh (1986) yang mengatakan naluri manusia yang

sememangnya suka kepada benda-benda bersih dan jijik kepada benda-benda kotor

seperti bangkai.20

Kesemua kes yang berlaku adalah sangat serius dan perlu diambil berat oleh

seluruh umat Islam kerana daging yang tidak disembelih dengan cara yang sah

17 H. Mohamad Rifai. (1981). Ilmu Fiqih Islam Lengkap. Singapura: Pustaka Nasional Pte. Ltd. Hlm 449.18 Syeikh Abdullah Basmeih. (2010). Tafsir Pimpinan ar-Rahman Kepada Pengertian al-Quran. Jakim:

Putrajaya.19 Yusuf al-Qaradawi. (2010). Halal dan Haram dalam Islam. Kuala Lumpur: Darul Syakir Enterprise. Hlm

119.20 Mohamed bin Jusoh. (1986). Prinsip Utama Makanan dan Minuman Dalam Islam. Kuala Lumpur:

Bahagian Hal Ehwal Islam, Jabatan Perdana Menteri. Hlm 43.

7

Page 8: PIM 3143 - Isu Kontemporari Sembelihan Dalam Masyarakat

mengikut Islam akan menjadi daging yang haram untuk dimakan dan apabila kita

termakan makanan yang haram, maka makanan itu akan sebati dalam badan kita.

Semestinya kita tidak mahu membesar dengan benda yang haram. Oleh itu, kita

perlulah berhati-hati dalam memilih sesuatu makanan. Jika timbul rasa was-was

terhadap sesuatu makanan, janganlah kita tetap membeli makanan tersebut.

b. Hukum Sembelih Ayam Menggunakan Mesin

Dalam sebuah blogspot yang dijumpai di laman sesawang, terpampar sebuah

tajuk tentang isu sembelihan yang jarang didengar. Tajuk utama isu sembelihan itu

adalah “Isu Ayam Sembelihan Mesin: Halal atau Tidak”. Kebiasaannya kita hanya biasa

melihat orang menanggalkan bulu ayam menggunakan mesin, tetapi sekarang ade

kaedah yang baru iaitu menyembelih menggunakan mesin. Di Ottawa, ada pembekal

daging ayam halal yang menggunakan mesin untuk menyembelih ayam. Pekerja yang

beragama Islam akan membaca 'bismilah' ketika menghidupkan mesin, dan ada

pekerja-pekerja lain yang ditugaskan untuk memastikan kesemua ayam disembelih oleh

mesin mengikut standard syarak.21

Menurut Dr Mustofa al-Khin (2005), terdapat dua syarat berkaitan dengan alat

penyembelihan. Yang pertama ialah alat itu hendaklah boleh melukakan disebabkan

ketajamannya. Sembelihan dianggap tidak sempurna apabila ia mati disebabkan

hentakan dengan benda berat. Dalilnya ialah riwayat al-Bukhari dan Muslim, “Apa yang

mengalirkan darah dan disebutkan nama Allah padanya maka makanlah ia.”

Berpandukan syarat pertama ini, mesin masih lagi mematuhi syariat Islam iaitu

melukakan haiwan dengan ketajamannya dan bukan dengan hentakan.

Syarat yang kedua ialah alat sembelihan itu bukanlah gigi ataupun kuku.

Menurut Dr Mustofa al-Khin lagi, tidak halal sembelihan yang menggunakan salah stau

daripadanya walaupun ia melukakan dan ketajamnnya mengakibatkan mengalirnya

semua darah. Sabda Nabi pada akhir hadis yang diriwayatkan oleh Rafi’ bin Khudaij r.a.

yang diriwayatkan oleh as-Syaikhain dan telah disebutkan sebelum ini, “Selagi mana ia

tidak menggunakan gigi dan kuku.”22 Termasuk dalam hukum gigi dan kuku adalah

21 Seri Negara. (2009), Oktober 30). Isu Ayam Sembelihan Mesin: Halal atau Tidak?. Dilayari pada 21 Julai 2014, daripada http://serinegara.blogspot.com/2009/10/isu-ayam-sembelihan-mesin-halal-atau.html

22 Mustofa al-Khin, Mustofa al-Bugho & Ali Asy-Syarbaji. (2005). Kitab Fikah Mazhab Syafie: Jilid 3. Kuala Lumpur: Pustaka Salam Sdn. Bhd. Hlm 622-623.

8

Page 9: PIM 3143 - Isu Kontemporari Sembelihan Dalam Masyarakat

semua jenis tulang sama ada tulang manusia ataupun selainnya. Oleh itu, sembelihan

menggunakan mesin juga tidak bertentangan dengan syarat yang kedua kerana mesin

yang digunakan bukanlah terdiri daripada gigi, tulang ataupun kuku.

Isu ini timbul kerana sesetengah umat Islam berpandangan sembelihan mesin

adalah tidak halal, sebaliknya sembelihan mesti dilakukan dengan tangan dan pisau

juga. Hal ini mungkin timbul kerana keadaan sekeliling yang sudah biasa dengan cara

penyembelihan seperti itu. Menurut Dr. Yusuf al-Qaradawi (2010), syarat penyembelihan

mengikut syariat ialah menyembelih haiwan itu atau dipotong lehernya dengan alat yang

tajam yang dapat mengeluarkan darah dan memutuskan urat pernafasan, meskipun

peralatan itu dari batu atau kayu.

Menurutnya lagi, hendaklah disembelih pada leher, iaitu pada uratnya dengan

sebab memotongnya itu akan terus mati atau dijalankan pisau pada urat pernafasan

yang akan menyebabkannya mati kerananya. Tetapi, yang lebih sempurna ialah dengan

memotong kerongkong dan saluran yang menjadi tempat laluan makanan dan minuman

dari kerongkongnya serta dua urat tebal di kedua belah urat lehernya.23 Rujukan ini

membuktikan bahawa mesin sembelihan mampu untuk mengikut syarat itu dan pada

pendapat saya, ia halal dimakan selagi tukang sembelih itu muslim dan menyebut nama

Allah sebelum sembelih.

Menurut Syeikh Muhammad Arsyad al-Banjari (2008), “Kalau dilepaskan anak

panah menuju binatang buruan, kalau kena dengan bantuan angin dan kemudian mati,

halallah memakannyakerana sukar memelihara dari tiupan angin. Tetapi kalau sampai

anak panah itu semata dengan tiupan angin bukan kerana qashad berburu, maka

haramlah dan tidak boleh memakannya.”24 Maksudnya ialah haiwan yang kita berniat

untuk mematikannya, dan kita mematikannya, maka halal untuk dimakan. Tetapi haiwan

yang kita tidak berniat untuk mematikannya, tetapi kita mematikannya, maka haramlah

untuk dimakan. Dalam isu sembelihan dengan mesin, orang yang mengendalikan mesin

itu haruslah berniat untuk menyembelih haiwan tersebut dengan nama Allah, maka

halallah untuk dimakan binatang tersebut.

23 Yusuf al-Qaradawi. (2010). Halal dan Haram dalam Islam. Kuala Lumpur: Darul Syakir Enterprise. Hlm 147.

24 Al-Banjari Syeikh Muhammad Arsyad. (2008). Kitab Sabilal al-Mukhtadin. Johor Bahru: Perniagaan Jahabersa. Hlm 728.

9

Page 10: PIM 3143 - Isu Kontemporari Sembelihan Dalam Masyarakat

Berdasarkan isu ayam sembelihan mesin ini, tiada rujukan yang menyebutkan

sembelihan menggunakan mesin. Namun, segala rujukan di atas adalah perkaitan dan

sebab kenapa sembelihan menggunakan mesin boleh digunakan. Tiada rujukan yang

menghalang ayam disembelih secara mesin. Sungguhpun begitu, isu mesin hanyalah

berkaitan dengan syarat sah alat penyembelihan sahaja. Syarat sah penyembelih dan

syarat sah haiwan yang disembelih haruslah mengikut syarat yang ditetapkan dalam

syariat Islam. Jika ketiga-tiga syarat sah ini ditepati, maka halal daging yang dimakan.

2. Isu Kontemporari Sembelihan di Luar Negara

a. Negara di Eropah Haramkan Sembelihan Cara Islam

Pada awal tahun ini iaitu 17 Febuari 2014, Denmark mengisytiharkan bahawa

negara itu akan mengharamkan penyembelihan haiwan ikut cara Islam dan tradisional

Yahudi. Sehubungan dengan itu, satu undang-undang baru akan dilaksanakan, iaitu

semua haiwan yang ingin disembelih akan dipengsankan terlebih dahulu, dan cara ini

bertentangan dengan ajaran Islam dan Yahudi. Kementerian Pertanian dan Makanan

Denmark berpendapat bahawa kaedah penyembelihan cara Islam dan Yahudi adalah

tidak beretika dan hak keagamaan tidak mengatasi hak asasi haiwan.25

Walaupun kes ini tidak berlaku di Malaysia, namun kita sebagai umat Islam tidak

boleh berdiam diri apabila agama kita dipandang rendah oleh orang lain. Pengharaman

sembelihan cara Islam bukan sahaja diharamkan di negara Denmark, bahkan sudah

pun diharamkan di negara Poland, Iceland, Norway, Sweden dan Switzerland.

Walaupun umat Islam dan Yahudi menegaskan bahawa kaedah penyembelihan mereka

menyebabkan penderitaan yang minimum kepada haiwan, namun pesuruhjaya Eropah

untuk Kesihatan, Tonio Borg, mengutuk larangan itu dengan berkata ia bercanggah

dengan undang-undang Eropah.

Di Eropah, kebanyakan mereka menggunakan kaedah stunning sebelum

penyembelihan dilakukan ke atas haiwan. Stunning bermaksud haiwan yang disembelih

melalui prosedur yang menyebabkan haiwan pengsan terlebih dahulu supaya tidak

berasa sakit ketika penyembelihan dilakukan. Pendekatan ini dianggap tidak kejam oleh

25 Wartawan Sinar Harian. (2014), Februari 2014). Denmark Haramkan Sembelih Cara Islam Yahudi. Sinar Harian Online. Dilayari pada 21 Julai 2014, daripada http://www.sinarharian.com.my/global/denmark-haramkan-sembelih-cara-islam-yahudi-1.251919

10

Page 11: PIM 3143 - Isu Kontemporari Sembelihan Dalam Masyarakat

mereka. Kenyataan ini sebenarnya ternyata tidak benar. Menurut Dr. Danial Zainal

Abidin (2014), haiwan yang disembelih cara Islam menggelupur disebabkan otaknya

kehilangan oksigen dan bukannya disebabkan sakit. Sembelihan seperti yang dilakukan

oleh umat Islam adalah saintifik dan hal ini disahkan oleh ramai saintis.

Menurut Dr. Danial Zainal Abidin lagi, satu kajian yang bertajuk Attempts To

Objectify Pain And Consciousness In Conventional (Captive Bolt Pistol Stunning) And

Ritual (Halal, Knife) Methods Of Slaughtering Sheep And Calves telah dilakukan di

Universiti Hannover, Jerman untuk membandingkan kaedah stunning dengan cara

penyembelihan Islam. Menerusi kajian yang dilakukan, mereka mendapati dalam masa

3 saat yang pertama, otak binatang berada dalam keadaan tidur nyenyak. Hal ini

berlaku disebabkan pendarahan yang berlaku selepas penyembelihan dilakukan.

Selepas 6 saat berlalu, alat pengukur menunjukkan haiwan sudah tidak merasai

sebarang kesakitan. Namun, jantung haiwan terus berdenyut mengepam darah dan

mengeluarkan saki baki darah yang masih berada dalam badan haiwan. Keadaan ini

menyebabkan daging haiwan yang disembelih menjadi lebih segar dan tidak

memudaratkan.26

Sebaliknya, haiwan yang dikenakan kaedah stunning menunjukkan haiwan

berada pada kesakitan yang sangat tinggi. Tambahan daripada itu, jantung haiwan ini

berhenti mengepam darah lebih awal berbanding haiwan yang disembelih secara Islam.

Keadaan ini menyebabkan banyak darah bertakung dalam daging dan menjadikan

binatang berkenaan kurang berkhasiat. Bukan itu sahaja, menurut Dr. Danial Zainal

Abidin (2014), mengikut laporan daripada Lawton pada tahun 1971, terdapat haiwan

yang mati selepas dikenakan kaedah stunning. Hal ini bermaksud haiwan itu mati

sebelum disembelih dan ini menyebabkan mereka akan makan haiwan yang mati akibat

kejutan elektrik, bukannya daripada sembelihan.27

Bukan itu saja, sesetangah haiwan seperti itik, ayam dan angsa dikenakan

kejutan elektrik dalam tangki air. Menurut Dr. Danial, mengikut laporan pada tahun

1982, haiwan-haiwan ini digantung melalui kakinya dan kemudiannya kepalanya dicelup

ke dalam air supaya menerima kejutan elektrik. Berdasarkan kajian yang dibuat oleh

FAWC, satu pertiga daripada haiwan ini mati (menjadi bangkai) selepas menerima 26 Danial Zainal Abidin. (2014). Quran Saintifik: Meneroka Kecemerlangan Quran daripada Teropong

Sains.Kuala Lumpur: PTS Millenia Sdn. Bhd. Hlm 227.27 Danial Zainal Abidin. (2014). Quran Saintifik: Meneroka Kecemerlangan Quran daripada Teropong

Sains.Kuala Lumpur: PTS Millenia Sdn. Bhd. Hlm 229.

11

Page 12: PIM 3143 - Isu Kontemporari Sembelihan Dalam Masyarakat

kejutan dan sepertiga yang lain masih sedar dan merasai kesakitan.28 Haiwan yang telah

mati ini sama sekali tidak dibenarkan dalam Islam.

Perkara ini bukan sahaja di Eropah, bahkan di Australia, kehalalan dari negara

itu dipersoalkan selepas JAKIM mendapati sembelihan di negara itu telah menggunakan

kaedah menusuk tengkorak (theorativ-piercing) yang jelas bercanggah dengan hukum

syarak. Australia juga telah mewajibkan semua pusat sembelihan di negara itu

menggunakan kaedah tersebut di mana binatang yang disembelih akan ditikam

menerusi arteri untuk mempercepatkan kematiannya.29 Hal ini jelas menunjukkan

kesalahan dari segi sembelihan kerana Islam mengajar muslim untuk memotong urat

marih dan urat halkum untuk menyembelih binatang.

Oleh itu, jika dibandingkan kaedah stunning dengan kaedah penyembelihan cara

Islam, cara penyembelihan Islam adalah jauh lebih baik. Menurut Dr. Yusuf al-Qaradawi

(2010), antara kebaikan sembelihan cara Islam terdapat dalam apa yang diriwayatkan

daripada Ibn Umar RA bahawa Nabi SAW memerintahkan supaya menajamkan pisau

dan menyenangkan binatang, sabdanya yang bermaksud, “Apabila seseorang kamu

menyembelih, maka hendaklah dia menyempurnakannya (penyembelihannya).” Hadis

ini membuktikan bahawa kaedah penyembelihan cara Islam adalah seringan-ringan

kesakitan yang dikenakan ke atas binatang.

Selain itu, menurutnya lagi, sebuah hadis riwayat al-Hakim dan dikatakan hadis

ini sahih mengikut syarat al-Bukhari mengatakan; Daripada Ibn Abbas RA bahawa ada

seorang lelaki yang membaringkan seekor kambing, lalu sebelah tangannya mengasah

pisau yang hendak menyembelih binatang itu, maka Rasulullah SAW bersabda yang

bermaksud, “Ádakah engkau hendak merasakannya beberapa kali mati? Mengapa tidak

engkau menajamkan pisaumu sebelum engkau membaringkannya?”30

Umat Islam dilarang daripada menyeksa dan menyakitkan binatang-binatang

sebelum penyembelihan dilakukan. Menurut Dr. Danial Zainal Abidin (2014), dalam

sebuah riwayat oleh Abdul Razak, Umar al-Khattab pernah melihat seorang lelaki

mengikat kaki seekor kambing dan kemudiannya mengheretnya ke tempat

28 Danial Zainal Abidin. (2014). Quran Saintifik: Meneroka Kecemerlangan Quran daripada Teropong Sains.Kuala Lumpur: PTS Millenia Sdn. Bhd. Hlm 230.

29 Halal dan Haram: Buku Penting untuk Umat Islam. (2006). Pulau Pinang: Persatuan Pengguna Pulau Pinang. Hlm 212.

30 Yusuf al-Qaradawi. (2010). Halal dan Haram dalam Islam. Kuala Lumpur: Darul Syakir Enterprise. Hlm 152-153.

12

Page 13: PIM 3143 - Isu Kontemporari Sembelihan Dalam Masyarakat

penyembelihan. Umar pun berkata, “Celakalah kamu. Bawalah ia ke tempat

penyembelihannya dengan cara yang baik.”31

Oleh itu, dapat dibezakan bahawa kaedah sembelihan cara Islam adalah lebih

baik daripada kaedah Barat. Pemikiran umum kaedah Islam ialah bertindak belas

kasihan ke atas haiwan yang hendak disembelih serta meringankannya dari

menanggung seksa mati dengan apa cara sekalipun yang dapat dilakukan oleh

manusia. Janganlah kita hanya berdiam diri apabila orang yang bukan Islam mengutuk

cara penyembelihan Islam kerana sesungguhnya penyembelihan dengan kaedah Islam

itu adalah cara yang paling ringan dalam mematikan haiwan.

b. Sembelihan Menggunakan Arus Elektrik

Dalam laman web rasmi Utusan Malaysia bahagian Bicara Agama (rujuk

lampiran V), terpampar sesuatu tajuk besar yang tertulis “Sembelihan Guna Arus

Elektrik Dibenarkan”. Menurut akhbar itu lagi, Pensyarah Jabatan Fiqh dan Usul Al-Fiqh,

Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Dr. Azman Mohd. Nor berkata,

“Menggunakan arus aliran elektrik dalam proses penyembelihan dibolehkan dan

disahkan halal oleh majlis rundingan Fatwa Kebangsaan dan kebanyakan negara yang

dihuni oleh masyarakat Islam.” Dr. Azman merupakan salah seorang panel

pembentangan dalam Forum Halal Sedunia 2012 (WHF) bertajuk 'Halal dan Tayyib'.

Manakala dua ahli panel lain ialah, Pengerusi Akademi Darul Jailani Kebangsaan, Iraq,

Shaykh Afeefuddin al-Jailani dan Pengarah Jabatan IFTA, Kementerian Hal Ehwal

Islam, Kuwait, Shaykh Turki Isa Al-Mutairi.

Menurutnya lagi, “Terdapat syarat yang mengehadkan penggunaan aliran

elektrik tersebut. Ia hendaklah digunakan sekadar untuk melemahkan haiwan

sembelihan tersebut dengan menggunakan arus yang paling minimum. Jika haiwan

sembelihan didapati telah mati akibat arus elektrik tersebut, maka haram dimakan dan

tidak sah penyembelihan tersebut. Ia hanya dibenarkan dengan tujuan melemahkan

haiwan tersebut supaya mudah untuk disembelih dan bukan tujuan untuk menyeksa.

Maka, pegawai agama atau seorang pemantau Islam perlu ditempatkan di setiap pusat

penyembelihan seperti yang telah dilaksanakan di Malaysia. Ini penting bagi

31 Danial Zainal Abidin. (2014). Quran Saintifik: Meneroka Kecemerlangan Quran daripada Teropong Sains.Kuala Lumpur: PTS Millenia Sdn. Bhd. Hlm 224.

13

Page 14: PIM 3143 - Isu Kontemporari Sembelihan Dalam Masyarakat

memastikan penyembelih haiwan tersebut adalah muslim dan proses penyembelihan

dilakukan bertepatan dengan tuntutan syariat."32

Berita yang disebarkan itu menunjukkan bahawa kaedah stunning sudah mula

boleh digunakan di Malaysia. Berbagai-bagai-bagai syarat telah ditetapkan seperti

menggunakan arus yang paling minimum dan menetapkan seorang pemantau Islam di

setiap pusat penyembelihan. Namun, adakah kita yakin dengan memberikan kebenaran

menggunakan kaedah elektrik elektrik ini dapat menjamin haiwan yang disembelih itu

halal untuk dimakan. Jika Malaysia sudah mula membenarkan kaedah elektrik elektrik,

pemantauan secara kerap dan teliti perlu dijalankan supaya umat Islam di sini tidak

menjamu makanan yang haram dan tidak sihat.33

Hal ini adalah kerana kaedah elektrik elektrik mempunyai banyak kesan yang

negatif kepada haiwan itu sendiri dan orang yang memakannya. Menurut Dr. Danial

Zainal Abidin (2014), terdapat satu kajian yang dilakukan oleh Texas A&M University

dan Canada’s Food Inspection Agency yang mengatakan penggunaan elektrik elektik

kepada otak setinggi 150 paun boleh menyebabkan otak haiwan pecah berkecai dalam

badan. Leila Corcoran dalam artikelnya pula mengatakan otak yang berkecai ini boleh

menjadi penyebab kepada serangan penyakit Lembu Gila yang sering berlaku hari ini.

Dr. Danial menyatakan lagi bahawa mengikut The Royal Society for the

Prevention of Cruelty to Animal (RSCA), “Terdapat bukti-bukti sains yang menunjukkan

haiwan yang dikenakan kejutan elektrik ini sedar semula sebelum sembelihan

dilakukan.” Ini menunjukkan haiwan yang dikenakan kejutan elektrik akan menyababkan

kesakitan sebanyak dua kali. Pertamanya ialah semasa menerima kejutan elektrik dan

keduanya ialah semasa disembelih. Dr. Danial mengatakan lagi, stunning perlu

dihentikan kerana ia menjejaskan kualiti daging haiwan.34

Menurut Dr. Abdul Majid Katme berkata, haiwan yang dikenakan kejutan elektrik

mengalami kelumpuhan tetapi masih sedar dan mengalami kesakitan. Mengikut

Blackmore pada tahun 1982, perbuatan mengenakan kejutan elektrik melalui kepala

32 Mohd. Shah Che Ahmad. (2012), April 19). Sembelihan guna arus elektrik dibenarkan. Utusan Online. Dilayari pada 21 Julai, 2014, daripada http://utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2012&dt=0419&pub=Utusan_Malaysia&sec=Bicara_Agama&pg=ba_05.htm

33 Danial Zainal Abidin. (2014). Quran Saintifik: Meneroka Kecemerlangan Quran daripada Teropong Sains.Kuala Lumpur: PTS Millenia Sdn. Bhd.Hlm 228.

34 Danial Zainal Abidin. (2014). Quran Saintifik: Meneroka Kecemerlangan Quran daripada Teropong Sains.Kuala Lumpur: PTS Millenia Sdn. Bhd. Hlm 231

14

Page 15: PIM 3143 - Isu Kontemporari Sembelihan Dalam Masyarakat

haiwan adalah sesuatu perbuatan yang kejam. Menurut Dr. Danial lagi, Rebecca Smith

melaporkan dalam laman web rasmi Viva (Vegetarians International Voice for Animals)

di viva.org.uk, “Kami menganalisis kajian-kajian saintifik yang terkini serta mendapat

pendapat pelbagai pakar, sebenarnya pendekatan kejutan elektrik adalah tidak efektif

menyebabkan puluhan juta haiwan berada dalam keadaan sedar ketika sembelihan

dilakukan.”

Tambahan lagi, menurut Dr. Danial, seorang pakar yang bernama Dr. Harold

Hillman, haiwan sebenarnya berasa sakit ketika kejutan elektrik dikenakan dan baginya

ini merupakan satu bentuk penyeksaan. Setiap tahun penggunaan teknik yang salah

menyebabkan 230000 kambing terpaksa menanggung kesakitan selepas kejutan

elektrik dilakukan di kepala. Kadangkala kejutaan kali kedua peluru dilakukan

disebabkan kejutan elektrik yang pertama gagal menyebabkan kambing-kambing itu

pengsan.35

Kesimpulannya, kaedah kejutan elektik adalah sangat berbahaya dan

mempunyai banyak kesan negatif kepada haiwan itu sendiri dan juga orang yang

memakannya. Oleh itu, jika kaedah ini dibenarkan diguna pakai di Malaysia, pihak yang

berwajib perlulah mengambil tindakan yang tegas kepada mana-mana pusat

penyembelihan yang mengingkari garis panduan yang ditetapkan dalam menggunakan

kaedah kejutan elektrik ini. Apa yang diharapkan ialah kaedah ini tidak diguna pakai

secara meluas dan hanya digunakan dipusat penyembelihan yang besar sahaja bagi

mengelakkan berlakunya salah laku dalam kaedah penyembelihan.

3.0 Rumusan

Setelah diteliti tentang isu sembelihan, sebenarnya masih terdapat banyak masalah

yang berlaku. Namun, kebijaksaan ulama terdahulu telah melampui masa kini. Kebanyakan

masalah yang berlaku sekarang sudah pun tercatat dalam penulisan ulama zaman dahulu. Oleh

itu, ia akan memudahkan kita untuk merujuk andai kata terdapat masalah-masalah yang

berlaku dalam isu sembelihan. Sembelihan cara Islam adalah merupakan kaedah sembelihan

yang paling baik kerana dapat mengurangkan kesakitan kepada haiwan. Fakta ini telah banyak

35 Danial Zainal Abidin. (2014). Quran Saintifik: Meneroka Kecemerlangan Quran daripada Teropong Sains.Kuala Lumpur: PTS Millenia Sdn. Bhd. Hlm 731.

15

Page 16: PIM 3143 - Isu Kontemporari Sembelihan Dalam Masyarakat

dipersetujui oleh saintis dan pakar dalam bidang ini. Oleh itu, janganlah kita hanya berdiam diri

sahaja apabila ada orang yang mempersoalkan tentang sembelihan cara Islam.

Selain itu, Islam juga telah menetapkan empat makanan yang haram dimakan iaitu

bangkai, darah yang mengalir, khinzir (dan keturunannya) dan juga binatang yang disembelih

bukan atas nama Allah. Dalam isu sembelih ini juga, terdapat tiga syarat sah yang perlu

dipatuhi. Pertamanya ialah syarat sah penyembelih, keduanya ialah syarat sah binatang yang

disembelih dan yang ketiga ialah syarat sah alat yang digunakan untuk disembelih. Jika sesuatu

sembelihan dilakukan tanpa mengikut ketiga-tiga syarat sah ini, maka haramlah daging itu

kecuali atas sebab darurat kerana keadaan darurat selalu dikecualikan.

16

Page 17: PIM 3143 - Isu Kontemporari Sembelihan Dalam Masyarakat

4.0 Refleksi

Alhamdulillah bersyukur ke hadrat Ilahi kerana saya mampu untuk menyiapkan tugasan

ini. Jutaan terima kasih diucapkan kepada pensyarah pembimbing yang saya hormati, Ustaz

Mohamad Kamil binJaafar, Ustaz Nik Abdullah bin Nik Cob dan Ustaz Hilmi bin Hassan kerana

telah banyak membantu saya dalam menyiapkan tugasan ini. Tidak lupa juga kepada sahabat-

sahabat lain yang membantu saya dalam menyiapkan tugasan ini terutamanya Muhammad

Farhan Suria dan Muhammad Muhammad Fatha Yahya.

Sebelum

Sebelum memulakan tugasan ini, saya membaca soalan dalam tugasan ini dengan teliti

kemudian saya sediakan rangka untuk keseluruhan tugasan. Namun, apabila saya ingin

menunjukkan kepada pensyarah subjek, kebetulan pada waktu itu pensyarah saya mempunyai

komitmen lain. Oleh itu, saya tetap meneruskan tugasan saya mengikut rangka yang telah

saya rancang. Sebelum saya memulakan penulisan, saya mencari bahan rujukan untuk

membantu saya menyiapkan tugasan ini. Tajuk tugasan saya ialah ‘Isu-isu Kontemporari

Sembelihan dalam Masyarakat’. Dalam mencari isu kontemporari, saya mencari isu-isu terkini

yang menjadi bualan masyarakat. Sehubungan dengan itu, media utama pencarian maklumat

berkenaan isu kontemporari sembelihan yang menjadi rujukan saya ialah laman web akhbar

dalam Malaysia seperti akhbar Berita Harian Online, Sinar Harian Online, Utusan Online dan

sebagainya. Apabila mendapat beberapa isu tentang sembelihan, saya mencari pula buku

rujukan di Perpustakaan Daerah Kampung Raja. Kebanyakan buku rujukan yang saya dapat

berkenaan dengan Fikh dan tentang halal dan haram dalam Islam.

Semasa

Sedang saya sibuk melalui program internship di Sekolah Kebangsaan Beting Lintang,

saya cuba mencari sedikit masa untuk menyelesaikan tugaan ini. Melalui akhbar online,

pelbagai isu menarik yang saya perolehi. Apabila saya menganalisis isu-isu tersebut,

kebanyakannya mempunyai isu yang sama namun, tempat kejadiannya adalah berlainan. Oleh

itu, saya menggabungkan isu itu di bawah tajuk yang sama. Setelah selesai menganalisis isu,

saya dapat menyediakan empat tajuk berkenaan isu kontemporari sembelihan dalam

17

Page 18: PIM 3143 - Isu Kontemporari Sembelihan Dalam Masyarakat

masyarakat. Setelah selesai hal berkenaan tajuk, saya memulakan penulisan saya berkenaan

sembelihan. Setiap isu yang saya kaji, saya akan rujuk kepada al-Quran, buku rujukan dan

jurnal berkenaan sembelihan. Apa yang mengejutkan saya ialah setiap isu yang saya temui,

semuanya telah dibincangkan dalam buku rujukan, kecuali berkenaan masalah ayam

sembelihan mesin. Hal ini menunjukkan bahawa alim ulama telah dapat mengetahui bahawa

masalah ini akan timbul pada umat Islam akhir zaman.

Alhamdulillah saya dapat menyiapkan tugasan lengkap dalam masa lima hari selepas

pensyarah saya, Ustaz Kamil memberikan tugasan ini. Saya kemudiannya pergi ke Jabatan

Pendidikan Islam dan Moral (JAPIM) untuk menghantar tugasan ini, namun kedua-dua

pensyarah saya tiada di JAPIM pada petang itu. Saya hanya mampu datang pada waktu

petang ke JAPIM kerana pada waktu pagi saya melalui program internship di SK Beting

Lintang. Oleh itu, saya mengambil keputusan untuk meninggalkan tugasan ini di atas meja

pensyarah saya, Ustaz Kamil bersama-sama nota kecil yang menyatakan supaya pensyarah

subjek menyemak tugasan ini. Kemudian saya membuat temu janji dengan Ustaz Nik Abdullah

untuk membincangkan hal ini. Alhamdulillah apabila saya datang ke JAPIM, kedua-dua

pensyarah saya ada di sana. Pada awalnya saya berkolaborasi dengan Ustaz Kamil, banyak

perkara yang perlu diperbetulkan dan pelbagai rujukan perlu ditambah, contohnya rujukan

daripada kitab tulisan Arab, kertas kerja dan juga jurnal. Apabila berjumpa dengan Ustaz Nik

dan Ustaz Hilmi pula, saya diminta untuk membuat nota kaki dan juga kajian sembelihan di

Besut sama ada ia bertepatan dengan hukum syarak atau tidak.

Selepas

Selesai daripada tugasan ini, bila direnungkan kembali, terdapat banyak input yang

membantu saya dalam kehidupan saya sebagai seorang bakal guru agama. Pelbagai isu

semasa sembelihan dapat saya kaji dalam menyelesaikan tugasan ini. Apa saya harapkan ialah

ilmu tentang sembelihan ini dapat kekal dalam fikiran saya supaya suatu hari nanti apabila saya

berdepan dengan masyarakat di luar, saya dapat mengaplikasikan segala ilmu yang saya ada.

Saya juga berharap supaya tugasan ini dapat menepati wajaran pemarkahan subjek ini. Jutaan

terima kasih kepada semua pensyarah dan sahabat yang membantu saya dalam

menyelesaikan tugasan ini.

18

Page 19: PIM 3143 - Isu Kontemporari Sembelihan Dalam Masyarakat

Bibliografi

Buku:

Al-Quran dan Terjemahan (2007). Kuala Lumpur: Pustaka Darul Iman Sdn. Bhd.

Al-Banjari Syeikh Muhammad Arsyad. (2008). Kitab Sabilal al-Mukhtadin. Johor Bahru:

Perniagaan Jahabersa.

Danial Zainal Abidin. (2014). Quran Saintifik: Meneroka Kecemerlangan Quran daripada

Teropong Sains. Shah Alam: PTS Millenia Sdn. Bhd.

Halal dan Haram: Buku Penting untuk Umat Islam. (2006). Pulau Pinang: Persatuan Pengguna

Pulau Pinang.

H. Mohamad Rifai. (1981). Ilmu Fiqih Islam Lengkap. Singapura: Pustaka Nasional Pte. Ltd.

Ismail Kamus & Mohd. Azrul Azlen Ab. Hamid. (2009). Indahnya Hidup Bersyariat: Modul Fardu

Ain Diri, Keluarga dan Masyarakat Sepanjang Hayat. Shah Alam: Telaga Biru Sdn. Bhd.

Mohamed bin Jusoh. (1986). Prinsip Utama Makanan dan Minuman Dalam Islam. Shah Alam:

Bahagian Hal Ehwal Islam, Jabatan Perdana Menteri.

Mustofa al-Khin, Mustofa al-Bugho & Ali Asy-Syarbaji. (2011). Al-Fikh Al-Manhaji Mazhab Al-

Syafie. Jeddah: Dar al-Basyir.

Mustofa al-Khin, Mustofa al-Bugho & Ali Asy-Syarbaji. (2005). Kitab Fikah Mazhab Syafie: Jilid

3. Shah Alam: Pustaka Salam Sdn. Bhd.

Syeikh Abdullah Basmeih. (2010). Tafsir Pimpinan ar-Rahman Kepada Pengertian al-Quran.

Jakim: Putrajaya.

Yusuf al-Qaradawi. (2010). Halal dan Haram dalam Islam. Shah Alam: Darul Syakir Enterprise.

Jurnal:

Noor Naemah Abd. Rahman. (1994). Darurah dan Kesannya Pada Mengharuskan Perkara

Yang Haram. Jurnal Syariah, 18-26. Kuala Lumpur: Fakulti Syariah Akedemi Islam

Universiti Malaya

19

Page 20: PIM 3143 - Isu Kontemporari Sembelihan Dalam Masyarakat

Laman Web:

Ayam Sembelih Tak Putus Urat. (2010), September 4). Dilayari pada 21 Julai 2014, daripada http://myradix.wordpress.com/2010/09/08/lagi-isu-sembelihan-ayam/

Erma Yusnida Jusoh. (2013), September 27). Sembelihan Tidak Ikut Syarak. Sinar Harian Online. Dilayari pada 21 Julai 2014, daripada http://www.sinarharian.com.my/edisi/utara/sembelih-tidak-ikut-syarak-1.206196

Mohd. Shah Che Ahmad. (2012), April 19). Sembelihan guna arus elektrik dibenarkan. Utusan Online. Dilayari pada 21 Julai, 2014, daripada http://utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2012&dt=0419&pub=Utusan_Malaysia&sec=Bicara_Agama&pg=ba_05.htm

Seri Negara. (2009), Oktober 30). Isu Ayam Sembelihan Mesin: Halal atau Tidak?. Dilayari pada 21 Julai 2014, daripada http://serinegara.blogspot.com/2009/10/isu-ayam-sembelihan-mesin-halal-atau.html

Wartawan Sinar Harian. (2014), Februari 2014). Denmark Haramkan Sembelih Cara Islam Yahudi. Sinar Harian Online. Dilayari pada 21 Julai 2014, daripada http://www.sinarharian.com.my/global/denmark-haramkan-sembelih-cara-islam-yahudi-1.251919

Wartawan Sinar Harian. (2013), Julai 12). Warga Asing Sembelih Ayam. Sinar Harian Online. Dilayari pada 21 Julai 2014, daripada http://www.sinarharian.com.my/warga-asing-sembelih-ayam-1.181624

20

Page 21: PIM 3143 - Isu Kontemporari Sembelihan Dalam Masyarakat

LAMPIRAN

21