-nabil-edu-3083-esei.docx

4
PENGENALAN Profesion keguruan merupakan profesion tertua di dunia dan kini memasuki satu l era baharu. Di dalam sistem pendidikan, guru lebih banyak berperanan sebagai pemudah cara pengetahuan jika dibandingkan dengan sistem pendidikan dahulu yang hanya tertum sebagai penyampai ilmu. Selaras dengan perubahan sistem pendidikan kini, guru harus lebih inovatif, kreatif dan efektif dalam penyampaiannya dan sentiasamemikirkan pendekatan baharu di dalam pengajarandan pembelajaran. Guru pada masa kini seharusnya professional dan profesionalismenya ialah kunci kepada peningkatan (Jemaah a!ir, "##$%. Peningkatan kualiti ini merujuk kepada kualiti proses dan yang penting ialah kualiti produk. &enurut 'amus De an ("##)%, profesion merujuk kepada satu bidang pekerjaan khasnya yang memerlukan pendidikan dan kecekapan serta kemahiran yang tinggi dan latihan khas. *agi konsep professional pula merujuk kepada ciri+ciri yang terdapat d kalangan ahli dalam suatu profesion. Di dalam buku -sas 'epimpinan dan Perkembangan Profesional Guru /rnstein dan 0evine ($112% menyatakan terdapat empat ciri di dalam profesion, iaitu ahli perlu menguasai ilmu pengetahuan yang mendalam, kecekapan dan kepakaran dalam bidang tertentu, adanya kod etika untuk menga al tingkah laku ahli+ah serta kebenaran diberi kepada suatu profesion oleh masyarat untuk beroperasi. *erdasarkan penelitian tentangprofesionalisme guru, dapat dinyatakan di sini baha a guru yang professional perlu berilmu, berkemahiran dan berketerampilan dalam pengetahuan pedagogi serta pengetahuan kandungan pedagogi dalam pengajaran d pembelajaran. Selain itu juga, guru profesional perlu mempunyai sasiah yang baik dan diteladani pelajar. 3ugas guru bukan sahaja mengajar tetapi juga merupakan pemimpin dapat mempengaruhi pelajar untuk berubah, berkembang, berdikari, bertanggungja ab dan mencapai matlamat. Guru yang berkesan mempunyai kemahiran moral, intelek dan sosial untuk menggunakan kepimpinan demi kebaikan pelajar, rakan sekerja dan ibu bapa. /leh yang demikian, seorang guru perlu berusaha keras bagi meningkatkan dan memantapkan lagi profesionalisme diri guru dari peringkat pra perkhidmatan menjadi seorang guru yang profesional. 3erdapat beberapa peringkat yang perlu dilalu seorang guru bagi menjadikan dirinya sebagai seorang yang berkeyakinan serta mempu berhadapan dengan semua golongan masyarakat. Selain itu juga, setiap peringkat yang dilalui dapat memberikan ilmu serta pengetahuan baru kepada guru untuk menjadikan di sebagai seorang guru yang berkrebiliti tinggi serta ber a asan. 1.0 Carta Alir Peringkat Perkembangan Dan Profesionalisme Guru

Upload: wanie-sabrie-ws

Post on 01-Nov-2015

21 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

PENGENALANProfesion keguruan merupakan profesion tertua di dunia dan kini memasuki satu lagi era baharu. Di dalam sistem pendidikan, guru lebih banyak berperanan sebagai pemudah cara pengetahuan jika dibandingkan dengan sistem pendidikan dahulu yang hanya tertumpu sebagai penyampai ilmu. Selaras dengan perubahan sistem pendidikan kini, guru harus lebih inovatif, kreatif dan efektif dalam penyampaiannya dan sentiasa memikirkan pendekatan baharu di dalam pengajaran dan pembelajaran. Guru pada masa kini seharusnya professional dan profesionalismenya ialah kunci kepada peningkatan kualiti (Jemaah Nazir, 2001). Peningkatan kualiti ini merujuk kepada kualiti proses dan yang paling penting ialah kualiti produk. Menurut Kamus Dewan (2005), profesion merujuk kepada satu bidang pekerjaan khasnya yang memerlukan pendidikan dan kecekapan serta kemahiran yang tinggi dan latihan khas. Bagi konsep professional pula merujuk kepada ciri-ciri yang terdapat dalam kalangan ahli dalam suatu profesion. Di dalam buku Asas Kepimpinan dan Perkembangan Profesional Guru Ornstein dan Levine (1993) menyatakan terdapat empat ciri di dalam satu profesion, iaitu ahli perlu menguasai ilmu pengetahuan yang mendalam, kecekapan dan kepakaran dalam bidang tertentu, adanya kod etika untuk mengawal tingkah laku ahli-ahli serta kebenaran diberi kepada suatu profesion oleh masyarat untuk beroperasi.Berdasarkan penelitian tentang profesionalisme guru, dapat dinyatakan di sini bahawa guru yang professional perlu berilmu, berkemahiran dan berketerampilan dalam pengetahuan pedagogi serta pengetahuan kandungan pedagogi dalam pengajaran dan pembelajaran. Selain itu juga, guru profesional perlu mempunyai sasiah yang baik dan boleh diteladani pelajar. Tugas guru bukan sahaja mengajar tetapi juga merupakan pemimpin yang dapat mempengaruhi pelajar untuk berubah, berkembang, berdikari, bertanggungjawab dan mencapai matlamat. Guru yang berkesan mempunyai kemahiran moral, intelek dan sosial untuk menggunakan kepimpinan demi kebaikan pelajar, rakan sekerja dan ibu bapa.Oleh yang demikian, seorang guru perlu berusaha keras bagi meningkatkan dan memantapkan lagi profesionalisme diri guru dari peringkat pra perkhidmatan sehingga menjadi seorang guru yang profesional. Terdapat beberapa peringkat yang perlu dilalui oleh seorang guru bagi menjadikan dirinya sebagai seorang yang berkeyakinan serta mempu berhadapan dengan semua golongan masyarakat. Selain itu juga, setiap peringkat yang dilalui dapat memberikan ilmu serta pengetahuan baru kepada guru untuk menjadikan diri sebagai seorang guru yang berkrebiliti tinggi serta berwawasan.1.0 Carta Alir Peringkat Perkembangan Dan Profesionalisme GuruDaripada dahulu lagi, para pendidik bermint untu mengetahui dan memahami proses melahirkan seorang guru dari peringkat praperkhidmatan sehingga menjadi seorang guru yang profesional. Terdapat pelbagai perbincangan tentang bagaimana seorang guru melalui perubahan bermula dari peringkat praperkhidmatan ke peringkat guru profesional.Di dalam buku Asas Kepimpinan dan Perkembangan Profesional Guru, Trotter (1986) telah mengemukakan teori lima peringkat perkembangan untuk seseorang guru menjadi pakar dalam bidang yang diceburinya. Di antara lima peringkat tersebut ialah :

Rajah 1 : Peringkat Perkembangan Dan Profesionalisme Guru

2.0 Cara Guru Mencapai Peringkat Perkembangan dan Tahap ProfesionalismeSetiap guru mempunyai beberapa peringkat yang perlu dilalui oleh mereka untuk mencapai tahap profesionalisme dalam bidang perguruan. Untuk berganjak dari peringkat awal iaitu peringkat novis dan menjad seorang yang pakar dalam bidangnya, guru akan mengambil jangka masa di antara 10 hingga 15 tahun. Menurut Trotter (1986), guru memerlukan pengalaman bertahun-tahun untuk berganjak ke peringkat mahir dan hanya segelintir daripada merka akan mencapai perkembangan di peringkat pakar. Guru-guru praperkhidmatan mungkin akan bergerak dari peringkat paling bawah iaitu peringat novis ke peringkat novis lanjutan dan mulai menuju ke peringkat cekap apabila mereka menjadi guru permulaan di sekolah.Trotter (1986) telah mengemukakan teori lima peringkat perkembangan untuk menjadi seorang pakar dalam bidang yang diceburinya. Lima peringkat perkembangan tersebut bermula daripada peringkat novis, peringkat novis lanjutan, peringkat cekap, peringkat mahir dan yang terakhir ialah peringkat pakar. Seperti yang dinyatakan oleh Berliner (1988), dalam buku Asas Kepimpinan dan Perkembangan Profesional Guru, hanya segelintir kaum guru berjaya menamatkan perjalanan kerjaya keguruannya hingga ke peringkat guru pakar.Pendedahan kepada peringkat-peringkat perkembangan guru mungkin dapat membantu guru untuk menyediakan diri menempuhi setiap peringkat tersebut. Peringkat pertama yang akan dilalui oleh setiap guru untuk mencapai penguasaan dalam bidang yang diceburi ialah peringkat novis. Peringkat ini akan bermula apabila anda telah mendaftar sebagai pelajar pendidikan guru dalam Program Ijazah Perguruan. Antara cara guru mencapai peringkat perkembangan pada peringkat novis ini ialah guru novis ini akan berusaha mempelajari fakta-fakta yang spesifik secara objektif serta menguasai konsep asas dan peraturan asas untuk bertindak. Selain itu juga, pada tahap ini, guru sedang belajar dan berusaha untuk membentuk suatu pandangan secara menyeluruh untuk memahami pengertian menjadi seorang guru. Beberapa kemahiran asas harus diperolehi dan dicapai pada peringkat perkembangan ini seperti mempelajari cara mengajar serta menguasai peristilahan yang berkaitan dengan profesionnya. Guru juga mula menghimpunkan idea-idea awal tentang tugas mengajar dan mereka dapat membentuk dan mempraktikkan satu peta kognitif tentang tugas-tugas am seorang guru profesional. Walaupun guru pada peringkat novis masih belum memiliki kemahiran yang diperlukan untuk mengendalikan pengajaran di dalam sesebuah kelas, mereka akan mempelajarinya pada kursus yang telah ditawarkan dalam Program Ijazah Perguruan seperti pengenalan kepada psikologi dan perkembangan kanak-kanak, falsafah pendidikan dan sejarah perkembangan pendidikan Negara.