-laporan-lawatan-ilmiah--

17
PJM3123E PENGURUSAN DAN PENTAKBIRAN PENDIDIKAN JASMANI DAN KESIHATAN LAPORAN LAWATAN ILMIAH KE MSN DAN ISN SARAWAK 2015 1.0 Pengenalan Pada 6-8 April 2015 yang lepas, rombongan pelajar bagi Program Pensiswazahan Guru (PPG) Matematik 2, PISMP Pengajian Sejarah dan Pengajian Bahasa Iban Ambilan Januari 2013 Semester 5, yang mengambil kursus Pengurusan dan Pentadbiran Pendidikan Jasmani diiringi oleh dua orang Pensyarah pengiring telah mengikuti satu siri lawatan ilmiah ke Majlis Sukan Negara (MSN) dan Institut Sukan Negara (ISN) Cawangan Sarawak. 2.0 Tempat Tinggal Rombongan pelajar PPG ini dibenarkan menetap di hotel ataupun asrama IPG Batu Lintang selama tiga hari dua malam yakni bermula 6 April sehingga 8 April 2015. 3.0 Peruntukan Kewangan Perbelanjaan penginapan, pengangkutan dan makan minum ditanggung sendiri oleh peserta PPG. 4.0 Kekuatan 4.1 Mengetahui selok-belok berkaitan pengurusan dan pentadbiran sukan Menerusi lawatan ilmiah ke MSN dan ISN ini pelajar berpeluang untuk mengetahui selok belok pengurusan dan pentadbiran sukan khususnya di negeri Sarawak dan Malaysia amnya. Malahan maklumat-maklumat yang disampaikan berguna

Upload: leslieting

Post on 13-Nov-2015

275 views

Category:

Documents


4 download

TRANSCRIPT

PJM3123E PENGURUSAN DAN PENTAKBIRAN PENDIDIKAN JASMANI DAN KESIHATANLAPORAN LAWATAN ILMIAH KE MSN DAN ISN SARAWAK 2015

1.0 PengenalanPada 6-8 April 2015 yang lepas, rombongan pelajar bagi Program Pensiswazahan Guru (PPG) Matematik 2, PISMP Pengajian Sejarah dan Pengajian Bahasa Iban Ambilan Januari 2013 Semester 5, yang mengambil kursus Pengurusan dan Pentadbiran Pendidikan Jasmani diiringi oleh dua orang Pensyarah pengiring telah mengikuti satu siri lawatan ilmiah ke Majlis Sukan Negara (MSN) dan Institut Sukan Negara (ISN) Cawangan Sarawak.

2.0 Tempat TinggalRombongan pelajar PPG ini dibenarkan menetap di hotel ataupun asrama IPG Batu Lintang selama tiga hari dua malam yakni bermula 6 April sehingga 8 April 2015.

3.0 Peruntukan KewanganPerbelanjaan penginapan, pengangkutan dan makan minum ditanggung sendiri oleh peserta PPG.4.0 Kekuatan4.1 Mengetahui selok-belok berkaitan pengurusan dan pentadbiran sukanMenerusi lawatan ilmiah ke MSN dan ISN ini pelajar berpeluang untuk mengetahui selok belok pengurusan dan pentadbiran sukan khususnya di negeri Sarawak dan Malaysia amnya. Malahan maklumat-maklumat yang disampaikan berguna dalam memastikan kelicinan dan pengalaman di masa hadapan apabila terlibat dalam pengurusan dan pentadbiran sukan.

4.2 Mengetahui program-program pembangunan sukanSelain itu, pelajar juga didedahkan dengan program-program pembangunan sukan yang dilaksanan oleh ISN dan MSN serta dengan kerjasama Jabatan Pelajaran Sarawak. Ini amat berguna khususnya buat para pelajar dalam masa hadapan apabila berada di lapangan sebagai guru pembimbing di sekolah kelak.

4.3 Mengetahui program-program dan kursus untuk guru-guru Pendidikan Jasmani di sekolahPelajar juga didedahkan dengan program-program dan kursus-kursus yang ditawarkan dan dilaksanakan oleh MSN dan ISN dalam menyediakan jurulatih-jurulatih sukan peringkat sekolah rendah dan sekolah menengah. Prosedur kelayakan, syarat permohonan dan info am tentang kursus dan bengkel-bengkel kejurulatihan ini juga dimaklumkan sebagai persediaan awal pelajar untuk terlibat sama dalam program menjadi jurulatih sukan ini.

4.4 Memahami akan peranan dan tanggungjawab Institut Sukan Negara dan Majlis Sukan NegaraKini pastinya lebih jelas kepada pelajar akan peranan dan tanggungjawab sebenar Insitut Sukan Negara dan Majlis Sukan Negara dalam meningkatkan mutu sukan di negara kita dan di Sarawak khasnya. Peluang serta kemudahan yang disediakan oleh MSN dan ISN pastinya akan dapat dinikmati dan disebarluaskan kepada semua selepas ini setelah memahami akan peranan sebenar ISN dan MSN kepada masyarakat bukan sahaja kepada atlet sukan.

4.5 Mengaplikasikan teori yang dipelajari secara amaliInilah ruang terbaik yang disediakan dalam kursus ini di mana lawatan ilmiah ini memberi satu ruang terbaik untuk pelajar mengaplikasikan teori yang dipelajari dengan melihat keperluan serta rasionalnya di lapangan sebenar sukan negara. 5.0 Aktiviti Lawatana. Taklimat mengenai MSN oleh Penolong Pengarah Zon Selatan MSN Sarawak, Puan Linda Lingb.Taklimat mengenai USPTN oleh Pegawai USPTN Sarawak, Encik Mohd Faizal B. Ibrahimc.Taklimat mengenai ISN oleh Pegawai ISN Sarawak, Encik Joshua Philipd .Lawatan ke Gym MSN & ISN Sarawake. Taklimat mengenai Gym oleh Jurulatih Unit Sains Sukan, Encik Nurasiman Simon.

6.0 Bertolak kembali ke Kampus RajangTarikh : 7 April 2015 / RabuBertolak : 7.30 amTiba : 3.30 pm

Perlembagaan Organisasi Badan Sukan KebangsaanPerlembagaan merupakan asas pengurusan dan pentadbiran kebanyakan pertubuhan sukan. Biasanya, Perlembagaan itu selalunya dirujuk sebagai Peraturan dan Undang-undang Tubuh bagi pertubuhan sukan. Piagam Olimpik merupakan buku undang-undang bagi Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa. Dalam Piagam itu, ada menunjukkan bahawa setiap Majlis Olimpik Negara mesti mempunyai Perlembagaan mereka sendiri. Oleh yang demikian, Perlembagaan pertubuhan sukan merupakan senaskah buku yang mengandungi peraturan dan undang-undang pertubuhan sukan tersebut. Dalam Perlembagaan itu tercatat butiran dan idea bagi perjalanan dan pengurusan pertubuhan itu. Perlembagaan itu wujud daripada hasrat hendak mengendalikan pentadbiran pertubuhan sukan dengan teratur dan saksama. Justeru, Perlembagaan pertubuhan sukan dicipta mengikut kehendak dan keadaan semasa.

Pentadbiran Organisasi SukanTerdapat dua badan yang mengawasi, mengawal dan melaksanakan perkara ini iaitu Majlis dan Jawatankuasa pengurusan. Majlis merupakan Jawatankuasa Tertinggi yang mengawal dan mengawasi hal-ehwal MSNS. Ianya dipengerusikan oleh seorang Menteri yang dilantik oleh YAB Ketua Menteri. Anggotanya terdiri daripada agensi-agensi yang terlibat dalam pembangunan sukan. Persatuan-persatuan sukan diserapkan sebagai gabungannya. Sebuah Jawatankuasa Pentadbiran diwujudkan untuk membantu mengendalikan hal-ehwal berhubung dengan pengurusan dan pentadbiran MSNS. Pengerusi dan ahli-ahli Jawatankuasa ini dilantik oleh Pengerusi Majlis. Seorang Pengarah serta beberapa kakitangan lain dilantik untuk membantu Jawatankuasa ini mengendalikan urusan dan pentadbiran harian MSNS. Slack (1997), mendefinisikan organisasi sukan sebagai sebuah entiti yang mengejar matlamat dan distrukturkan untuk mancapai tujuan tertentu. Matlamat ini adalah penting untuk organisasi sukan tertentu menjelaskan tujuannya kepada pihak dalaman dan pihak luaran. Pihak dalaman melibatkan pemegang jawatan dan ahli jawatankuasa, pegawai, dan pekerja yang terlibat dengan pengurusan organisasi sukan berkenaan. Pihak luaran pula dibahagikan kepada pihak swasta, kerajaan, dan organisasi bukan kerajaan (NGO). Pihak swasta pada amnya merupakan pertubuhan yang terlibat dengan tajaan dan bantuan teknikal lain seperti Nike, Adidas, dan Wilson. Organisasi bukan kerajaan (NGO) melibatkan Majlis Olimpik Malaysia, Persatuan Pendidikan Jasmani, Sains Sukan, dan Kecergasan Malaysia. Pihak kerajaan pula melibatkan Majlis Sukan Negara, Institut Sukan Negara, Kementerian Belia dan Sukan, dan Kerajaan Tempatan. Belanjawan dan pengurusan kewanganSumber kewangan MSNS seperti yang termaktub dalam Akta, sebuah tabung MSNS diwujudkan dan semua urusan kewangan dikawal oleh Majlis. Sumber Kewangan MSNS datangnya daripada: Geran tahunan Kerajaan Negeri Penajaan Pendapatan daripada projek-projek yang diusahakan oleh MSNS Pendapatan daripada pelaburan Sumbangan dan derma daripada pihak swasta.Dalam menguruskan kewangan, perancangan perlu ada bagi memastikan perancangan dalam penentuan misi, matlamat, objektif dan keutamaan yang hendak dicapai. Aktiviti yang terbaik perlu dipilih bagi memastikan matlamat dan keutamaan yang telah ditetapkan tercapai. Ini untuk mengelakkan wang digunakan terhadap aktiviti yang tidak mempunyai keutamaan untuk dilaksanakan. Belanjawan perlu ada sebagai 1 perancangan ekonomi tahunan yang bertujuan melaksanakan dasar sosio-ekonomi seperti yang dinyatakan dalam rancangan 5 tahun negara. Setiap aktiviti yang hendak dilaksanakan perlu ada pengawalan bagi memastikan aktiviti-aktiviti yang dilaksana mengikut pelan kerja yang telah ditetapkan melalui sistem-sistem perakaunan, laporan dan audit yang ditetapkan. Penilaian dilakukankan untuk memastikan keberkesanan sesuatu program/aktiviti yang dilihat daripada hasil atau output yang dicapai.Prinsip utama dalam pengurusan kewangan ada 2 iaitu legaliti dan akautabiliti. Legaliti adalah pengurusan kewangan yang perlu mematuhi undang-undang dan peraturan yang telah digubal khas untuk bidang tersebut. Undang-undang/peraturan seperti perlembagaan persekutuan, akta prosedur kewangan 1957, arahan perbendaharaaan dan surat pekeliling perbendaraan negeri. Akautabiliti merujuk kepada amanah yang dipikul untuk melaksanakan tugas. Matlamatnya adalah untuk mencapai 1 kaedah kawalan yang berkesan bagi memastikan bahawa pengurusan wang awam adalah dibuat mengikut undang-undang dan peraturan yang ditetapkan dalam menyediakan sistem berkesan bagi pegawai awam melaksanakan tanggungjawab yang telah diamanahkan.

BelanjawanBelanjawan merupakan perancangan program yang dinyatakan dalam bentuk kewangan. Ia adalah anggaran pendapatan dan perbelanjaan, biasanya bagi tempoh masa setahun. Kebanyakan Majlis Olimpik Negara merangka belanjawan setahun untuk perancangan jangka pendek. Mereka juga membuat perancangan belanjawan bagi tempoh masa empat tahun untuk anggaran belanjawan jangka panjang. Tujuan membuat belanjawan adalah untuk meramalkan pergerakan sumber wang, iaitu pendapatan dan perbelanjaan bagi tempoh masa tertentu dan pada kebiasaannya bagi tahun kewangan tersebut. Belanjawan tidak dikhususkan hanya kepada wang ringgit kerana belanjawan juga termasuk sumber manusia, mesin, masa, ruang, dan akhirnya dana. Antara perkara mustahak berkaitan kewangan dalam pelaksanaan program persatuan sukan adalah seperti sumber kewangan, pengalaman dan perancangan. Antara sumber pengumpulan dana persatuan sukan adalah seperti derma, penajaan, bantuan kewangan daripada kerajaan, perpaduan sukan (bantuan kewangan yang dihulurkan oleh Majlis Sukan Negara di peringkat daerah dan negeri).

Jenis-jenis BelanjawanTeradapat 3 jenis belanjawan iaitu Belanjawan Operasi dan Belanjawan Modal dan Belanjawan Zero Based. Dua jenis kos yang penting dalam belanjawan operasi adalah kos tetap dan kos pelbagai. Kos tetap adalah kos yang tidak akan berubah walaupun aktiviti menurun. Contohnya, sewa kekal tidak kira sama ada kemudahan itu digunakan setahun sekali atau tiap-taip hari, manakala kos pelbagai ialah kos yang akan berubah apabila aktiviti menurun. Contohnya, kos menerbitkan katalog jualan atau kos pengiriman meningkat. Belanjawan modal merupakan dana yang diperuntukkan untuk penambahbaikan aset, pengurusan kos operasi atau meningkatkan kadar pengeluarannya. Belanjawan modal digunakan untuk membeli atau menambahbaikkan aset jangka masa panjang. Contohnya, peralatan gimnasium, stadium dan bangunan. Belanjawan zero based adalah keadaan di mana sesebuah organisasi itu mula berurus niaga tiap-tiap tahun tanpa peruntukan kewangan. Belanjawan jenis ini adalah untuk mengelakkan membuat belanjawan berpandukan kepada belanjawan tahun lepas. Belanjawan zero based disediakan dengan memberi justifikasi kepada setiap perbelanjaan seolah-olah perbelanjaan item itu adalah perkara yang baharu. Tujuan belanjawan ini adalah untuk mengawal belanjawan berlebihan dan berlakunya pembaziran. Merangka BelanjawanMatlamat pertubuhan sukan perlu diketahui dengan jelasnya. Proses perancangan sukan itu banyak membantu untuk menumpukan perhatian terhadap perbelanjaan yang dicadangkan. Perbelanjaan yang dirangka itu harus berasaskan aktiviti program sukan mengikut keutamaan. Selepas itu baru ditinjau akaun perbelanjaan dan pendapatan bagi tahun lalu dan tahun semasa. Contohnya, dalam menyusun belanjawan bagi tahun 1998, anggaran belanjawan dilakukan dalam tahun 1997. Sehubungan dengan ini hendaklah diperhati dan disemak semula akaun bagi tahun 1995 dan 1996. Belanjawan perlu disusun mengikut butiran yang tertentu. Perbelanjaan yang biasanya dilakukan adalah perbelanjaan mengurus seperti sewa pejabat, gaji dan sebagainya. Belanjawan juga melibatkan kos pembangunan seperti Mesyuarat Agung Tahunan, pertandingan antara kelab, pesta sukan, menghantar pasukan ke perlawanan di peringkat daerah, negeri, kebangsaan dan antarabangsa dan tidak ketinggalan juga latihan. Apablia merangka belanjawan adalah penting untuk memikirkan juga tentang sumber pendapatan bagi tahun itu. Oleh itu, perlulah sesebuah persatuan sukan menyusun perancangan yang realistik bagi mendapatkan sumber kewangan yang diperlukan. Dalam hubungan ini, bandingkan hasil dan pendapatan yang akan diperolehi dengan kos yang diunjurkan itu. Jelasnya, anggaran perbelanjaan yang disediakan itu harus mengikut jangkaan pendapatan dan perbelanjaan bagi sesuatu tahun kewangan untuk dibentang dan diluluskan dalam Mesyuarat Agung Tahunan. Perbelanjaan yang dibuat dikehendaki tidak melebihi daripada anggaran yang telah diluluskan. Sekiranya dapat difikirkan pendapatan yang berlebihan daripada perbelanjaan, fikirkan juga bagaimana pendapatan yang berlebihan itu harus digunakan sepenuhnya. Mungkin dapat dilaburkan. Sebagi panduan, perlulah merujuk semula keutamaan yang digariskan dalam perancangan program persatuan sukan itu. Pada asanya, merangka anggaran belanjawan yang sesuai dengan program yang disediakan adalah penting. Anggaran ini harus ditentukan mengikut keperluan, kamampuan dan kedudukan kewangan yang ada. Oleh itu, adalah mustahak untuk berikhtihar bagi mendapatkan sumber kewangan sebanyak yang mungkin dan digunakan untuk persatuan serta memanfaatkan ahli-ahli sukan dan ini harus dilakukan mengikut peraturan.

Pengurusan KewanganDalam keadaan biasa, kewangan menjadi perkara yang sensitif dalam sesebuah persatuan sukan. Kelebihan dan kekurangan dalam pengurusan kewangan memberi kesan terhadap perjalanan dan pengurusan persatuan sukan. Pengurusan yang sempurna memberikan kesan yang baik dan sebaliknya. Segala kutipan dan perbelanjaan yang digunakan perlu direkodkan dengan cermat agar tidak menimbulkan sebarang masalah. Penyeliaan dalam bidang ini juga meliputi hal-hal yang berkaitan dengan pengurusan kewangan. Segala pungutan, perbelanjaan kewangan hendaklah sentiasa diawasi dan disemak dari semasa ke semasa dengan mengadakan sistem akaun yang teratur dan kemas kini.

Tugas dan TanggungjawabTanggungjawab pengurusan sumber kewangan sukan merupakan faktor utama yang akan menentukan kejayaan sesuatu organisasi sukan dan rekreasi. Seseorang pengurus sumber kewangan harus mempunyai ciri-ciri akauntabiliti terhadap jawatankuasa pengurusan dan terhadap semua transaksi kewangan sama ada penerimaan tunai atau pembayaran tunai perlu diluluskan oleh sekurang-kurangnya dua pihak dalam organisasi untuk meminimumkan risiko kesilapan, penyelewengan dana dan aktiviti penipuan. Antara deskripsi tugas seorang pengurus kewangan sukan termasuklah:1.Memastikan catatan dibuat dan direkodkan untuk semua transaksi kewangan organisasi.2.Menyelaras penyediaan belanjawan untuk tahun yang akan datang dengan menyenaraikan kemungkinan sumber-sumber pendapatan yang bakal diperolehi dan jangkaan perbelanjaan.3.Mengeluarkan resit dan mendeposit semua wang tunai yang diterima ke dalam akaun bank organisasi.4. Meluluskan semua pembayaran dengan kadar segera.5.Menyimpan rekod-rekod semua pendapatan dan perbelanjaan dengan sistematik, tepat dan terkini.6.Mengeluarkan invois dengan segera untuk sewaan seperti bangunan, peralatan, kemudahan atau pakaian.7.Bertindak sebagai salah seorang yang akan melulus dan menandatangani akaun bank, pelaburan organisasi dan kemudahan pinjaman organisasi.8.Menguruskan aliran tunai organisasi.9.Bersikap akauntabiliti terhadap tunai runcit organisasi.10. Menyediakan penyata kewangan untuk dibentangkan kepada jawatankuasa organisasi dan pihak pengurusan.11. Sentiasa mengetahui perkembangan terkini kedudukan kewangan organisasi.12. Mengesyorkan strategi pelaburan dana lebihan.13. Menguruskan program-program pelaburan organisasi.

Sumber Kewangan Majlis Sukan Seperti yang termaktub dalam Akta, sebuah tabung MSNS diwujudkan dan semua urusan kewangan dikawal oleh Majlis. Sumber kewangan MSNS datangnya daripada geran tahunan Kerajaan Negeri, penajaan, pendapatan daripada projek-projek yang diusahakan oleh MSNS, pendapatan daripada pelaburan dan sumbangan dan derma daripada pihak swasta.

KesimpulanSecara keseluruhannya, lawatan ilmiah ini membawa implikasi yang positif terhadap aplikasi teori dalam pengurusan dan pentadbiran sukan bagi pelajar yang mengambil kursus Pengurusan dan Pentadbiran Sukan dalam Pendidikan Jasmani. Malahan lawatan ini banyak mendedahkan tentang program pembangunan sukan dan peranan yang dimainkan oleh agensi sukan seperti MSN, USPTN dan ISN dalam meningkatkan mutu sukan negara serta kerjasama agensi sukan dengan guru serta sekolah dalam melahirkan dan memperkembangkan potensi pelajar menjadi atlet yang berjaya di peringkat negeri dan negara.

TENTANG MAJLIS SUKAN NEGERI SARAWAK

Majlis Sukan Negeri Sarawak (MSNS) telah di tubuhkan di bawah Akta Majlis Sukan Negara Malaysia 1971-Perintah Majlis Sukan Negara Malaysia (Pindaan Jadual Kedua)1988. Secara rasminya MSNS telah diwujudkan pada 10 Oktober 1985 oleh YAB Pehin Sri Haji Abdul Taib Mahmud, Ketua Menteri Sarawak.

Visi Untuk menjadi kuasa sukan di Malaysia menjelang tahun 2020Misi Untuk melatih dan menghasilkan tenaga pengurusan dan jurulatih sukan yang bertaraf antarabangsa. Untuk melatih dan menghasilkan atlit yang bertaraf antarabangsa dalam sukan-sukan terpilih.Objektif Umum MSNS1. Untuk membangun dan meningkatkan taraf dan mutu sukan, khasnya sukan berprestasi tinggi di Negeri Sarawak.2. Untuk mencapai pengiktirafan dan mempopularkan Sarawak menerusi sukan.3. Mencungkil, merangsang dan mengurus bakat-bakat sukan supaya dapat mencapai tahap potensi dan kecemerlangan yang paling tinggi.4. Memainkan peranan yang aktif dalam aspek pembangunan sukan di Negeri Sarawak.5. Membantu membentuk dan melahirkan masyarakat yang sihat, berbudaya dan berdisiplin menerusi sukan dan program-program pembangunannya.

FUNGSI UTAMA1. Membantu MSNS dalam menjalankan program pembanguan sukan berprestasi tinggi diperingkat negeri merangkumi pencarian bakat atlet diperingkat umur 13-21 tahun, penganjuran dan penyertaan kejohanan, penganjuran program binaan dan lain-lain program berkaitan.2. Bermatlamat untuk memberi sumbangan kepada MSNS dalam melahirkan atlet-atlet pelapis negeri yang berbakat dan seterusnya berpotensi untuk memenangi pingat untuk Sarawak di Temasya Sukan Malaysia (SUKMA)3. Membantu atlet-atlet berprestasi tinggi diperingkat negeri untuk dinaik taraf ke peringkat yang lebih tinngi seperti peringkat Pelapis Serantau, Kebangsaan dan Elit.Bidang Kuasa Dan Tanggungjawab MSNS1. Memberi nasihat serta cadangan kepada Kerajaan Negeri berhubung dengan isu-isu yang berkaitan dengan sukan, khasnya sukan berprestasi tinggi.2. Mengemukakan pandangan serta syor-syor kepada Kerajaan Negeri, di samping melaksanakan dasar-dasar yang telah diluluskan.3. Menggerak dan terlibat dalam pembangunan sukan di peringkat negeri dan kebangsaan.4. Menjalankan kajian dan penyelidikan berhubung dengan sukan.5. Memberi pengiktirafan kepada Persatuan sukan atau agensi untuk menguruskan aktiviti sukan di Negeri Sarawak.6. Mewujudkan Majlis Sukan Bahagian.7. Memohon peruntukan jika perlu dan menguruskannya untuk mencapai objektif-objektif yang telah ditetapkan.

REFLEKSI KENDIRIMengelola lawatan ilmiah ke agensi-agensi sukan merupakan satu tugasan amali yang perlu dilaksanakan oleh guru pelatih di institut pendidikan guru. Tugasan amali ini adalah seiring dengan sukatan pelajaran bagi kursus PJM 3112 Pengurusan dan Pentadbiran Pendidikan Jasmani dan Sukan. Dengan adanya tugasan ini juga, ianya lebih membantu guru pelatih yang mengambil kursus ini untuk memahami dan memperjelaskan lagi segala yang dipelajari.Pada tanggal 7 April 2015 yang lalu, guru pelatih dari pengkhususan Pendidikan Bahasa Iban dan Pengajian Sejarah Ambilan Januari 2013 (Semester 5) telah mengadakan lawatan ilmiah ke Majlis Sukan Negeri dan juga Institut Sukan Negera. Segala yang direncanakan berjalan seperti yang dirancang dalam tentatif program dengan jayanya. Sebaik sahaja tiba di kompleks Majlis Sukan Negeri, kami dibahagikan kepada dua kumpulan dan diarahkan menunggu di hadapan pintu sementara menunggu pensyarah pembimbing berurusan dengan pihak berkenaan bagi tujuan memaklumkan kedatangan kami. Pusatyangmula-mula kamilawati ialahGimnasium.Gimnasium adalah di bawah jagaan Institut Sukan Negara( ISN ). Pada hari ini, para peserta dapat diberi pendedahan berkenaan peranan serta tanggungjawab agensi ini dalam sains sukan. Gimnasium adalah pusat yangmenempatkan pelbagailatihan bebanan dijalankan. Di sini paraatlet dibantu sepenuhnya oleh Condisioning Team.Pasukan ini akanmemantau, membantu,mengendalikan bentuklatihanserta membantu dalampenggunaan peralatan gim.Di sana banyak peralatan yang belum pernah kami lihat dengan mata kasar sebelum ini. Kami dibenarkan menyentuh dan mencuba peralatan tersebut. Peluang yang diberikan tersebut sangat saya hargai. Adalah bernasib tidak baik kerana pada hari tersebut pihak yang bertanggungjawab untuk menguruskan gimnasium tidak diberitahu kedatangan kami menyebabkan mereka tidak membuat apa-apa untuk menyambut kedatangan kami. Bukan itu sahaja, kami juga terkilan kerana tidak dapat mencuba kebanyakan peralatan tersebut kerana keadaan etika berpakaian kami yang kurang sesuai pada masa tersebut (baju formal). Kami juga mengambil kesempatan untuk mengajukan beberapa soalan kepada seorang staf pentadbir yang menjadi pegawai penerangan kepada kami pada hari tersebut. Pada pandangan saya juga, saya merasakan seolah-olah pihak MSN seperti tidak bersedia dengan kedatangan kami. Hal ini kerana apabila saya meminta slaid yang ditayangkan tetapi mereka mengatakan tidak boleh memberi slaid sesuka hati dan sekali saya meminta brosur, diberitahu hanya tinggal sekeping sahaja. Lebih teruk lagi adalah brosur itu bukanlah terkini. Pegawai ditugaskan untuk menjadi pegawai penerangan kepada kami itu adalah tidak begitu pakar ketika memberi penerangan kepada kami. Beberapa soalan yang diajukan oleh kami tidak mendapat jawapan seperti yang diharapkan dan menerima maklum balas daripada beliau bahawa beliau tidak begitu arif dengan hal-hal tersebut kerana beliau merupakan staf dari unit pentadbiran. Selepas berakhirnya sesi penerangan dan soal jawab, kami dibawa untuk melihat prasarana yang ada di kawasan tersebut.Sebaik sahaja selesai melihat segala prasarana yang ada, kami telah dijemput untuk menjamu sedikit kudapan bagi mengalas perut. Secara jujurnya, saya sangat berbangga dan berpuas hati dengan rakan-rakan yang lain kerana mereka mudah mendengar arahan dan agak menepati masa. Segala kekurangan sepanjang lawatan tersebut yang telah saya nyatakan bukanlah bertujuan untuk mencari kesalahan atau menyalahkan mana-mana pihak, sebaliknya adalah bertujuan untuk memberi pengajaran kepada diri sendiri agar tidak melakukan perkara yang sama pada masa hadapan kelak.