laporan lawatan syarikat air melaka

16
LAPORAN LAWATAN ILMIAH KE LOJI RAWATAN AIR BERTAM (DAF) DAN EMPANGAN DURIAN TUNGGAL Pada 10 September 2013 yang lalu, unit PISMP Sains ambilan Januari 2010 telah mengadakan lawatan ilmiah ke Loji Rawatan Air Bertam (DAF) dan Empangan Durian Tunggal, Melaka. Lawatan ini adalah merupakan kelolaan Puan Fatimah binti Yusof selaku pensyarah subjek serta Mathila binti Haji Mansor, Nur Azira Farhana binti Ahmad Sabri dan Nur Suraya Hani binti Sazali Zaki selaku ahli jawatankuasa tertinggi. Lawatan ini disertai oleh 21 orang guru pelatih dan 2 orang pensyarah pengiring. Tujuan lawatan ini dijalankan adalah bagi memenuhi sukatan pelajaran Sains Teknologi dan Masyarakat (SCE 3114). Selain itu, lawatan ini adalah untuk memberikan pendedahan kepada guru pelatih mengenai pemprosesan air serta pemuliharaan air. Sebelum lawatan ini dilaksanakan, kami terlebih dahulu telah merangka kertas kerja bagi memohon kebenaran pihak Institut Pendidikan Guru, Kampus Perempuan Melayu, Melaka (IPG KPM). Di samping itu juga, kerta kerja ini dihantar kepada pihak loji dan empangan bagi mendapatkan persetujuan penerimaan lawatan ini. Setelah hampir tiga minggu berurusan, kami akhirnya berjaya mendapatkan tarikh lawatan serta tentatif program yang akan dilaksanakan. Selain itu, kami juga telah mengadakan taklimat ringkas kepada semua guru pelatih yang akan menyertai lawatan ini terutamanya dari aspek tentatif, keselamatan dan kod pakaian. Lawatan ini bermula pada pukul 7.30 pagi. Semua guru pelatih berkumpul di garaj bas IPG KPM. Guru pelatih dikehendaki memakai pakaian baju korporat dan seluar slack serta berkasut sukan. Kod pemakaian ini telah ditetapkan oleh pihak loji dan empangan. Sebelum kami memulakan perjalanan, kami bersama-sama membaca doa agar perjalanan kami ke lokasi selamat. Perjalanan kami bermula pada pukul 8.00 pagi dan tiba pada pukul 9.00 pagi. Sebaik sahaja kami tiba di kawasann loji, kami telah disambut baik oleh Cik Maslina selaku wakil pihak loji dan beberapa pegawai lain. Kemudian, kami dijemput ke bilik mesyuarat untuk diberi taklimat keselamatan. Seterusnya, Cik Maslina memberi penerangan mengenai 1

Upload: pismpsainsjan10

Post on 02-Jan-2016

306 views

Category:

Documents


7 download

TRANSCRIPT

Page 1: laporan lawatan  SYARIKAT AIR MELAKA

LAPORAN LAWATAN ILMIAH KE LOJI RAWATAN AIR BERTAM (DAF) DAN

EMPANGAN DURIAN TUNGGAL

Pada 10 September 2013 yang lalu, unit PISMP Sains ambilan Januari 2010

telah mengadakan lawatan ilmiah ke Loji Rawatan Air Bertam (DAF) dan Empangan

Durian Tunggal, Melaka. Lawatan ini adalah merupakan kelolaan Puan Fatimah binti

Yusof selaku pensyarah subjek serta Mathila binti Haji Mansor, Nur Azira Farhana

binti Ahmad Sabri dan Nur Suraya Hani binti Sazali Zaki selaku ahli jawatankuasa

tertinggi. Lawatan ini disertai oleh 21 orang guru pelatih dan 2 orang pensyarah

pengiring. Tujuan lawatan ini dijalankan adalah bagi memenuhi sukatan pelajaran

Sains Teknologi dan Masyarakat (SCE 3114). Selain itu, lawatan ini adalah untuk

memberikan pendedahan kepada guru pelatih mengenai pemprosesan air serta

pemuliharaan air.

Sebelum lawatan ini dilaksanakan, kami terlebih dahulu telah merangka kertas

kerja bagi memohon kebenaran pihak Institut Pendidikan Guru, Kampus Perempuan

Melayu, Melaka (IPG KPM). Di samping itu juga, kerta kerja ini dihantar kepada

pihak loji dan empangan bagi mendapatkan persetujuan penerimaan lawatan ini.

Setelah hampir tiga minggu berurusan, kami akhirnya berjaya mendapatkan tarikh

lawatan serta tentatif program yang akan dilaksanakan. Selain itu, kami juga telah

mengadakan taklimat ringkas kepada semua guru pelatih yang akan menyertai

lawatan ini terutamanya dari aspek tentatif, keselamatan dan kod pakaian.

Lawatan ini bermula pada pukul 7.30 pagi. Semua guru pelatih berkumpul di

garaj bas IPG KPM. Guru pelatih dikehendaki memakai pakaian baju korporat dan

seluar slack serta berkasut sukan. Kod pemakaian ini telah ditetapkan oleh pihak loji

dan empangan. Sebelum kami memulakan perjalanan, kami bersama-sama

membaca doa agar perjalanan kami ke lokasi selamat. Perjalanan kami bermula

pada pukul 8.00 pagi dan tiba pada pukul 9.00 pagi.

Sebaik sahaja kami tiba di kawasann loji, kami telah disambut baik oleh Cik

Maslina selaku wakil pihak loji dan beberapa pegawai lain. Kemudian, kami dijemput

ke bilik mesyuarat untuk diberi taklimat keselamatan. Seterusnya, Cik Maslina

memberi penerangan mengenai profil syarikat, loji DAF dan proses-proses yang

1

Page 2: laporan lawatan  SYARIKAT AIR MELAKA

dijalankan. Kami juga, dibekalkan dengan risalah syarikat sebagai maklumat

tambahan.

Loji DAF merupakan loji rawatan air yang tercanggih dan pertama

menggunakan teknologi pengapungan secara udara terlarut (Dissolved Air

Floatation) di Malaysia.Loji ini, dibina dibawah Projek Bekalan Air Melaka Peringkat 2

pada pertengahan 90-an dan siap dibina pada 1996. Kos projek yang terlibat ialah

sebanyak RM 110 juta. Loji ini berkeupayaan untuk memproses sebanyak 24 MGD

air mentah dari Empangan Durian Tunggal.

Setelah tamat sesi taklimat, kami dijemput untuk menikmati sarapan

pagi.Kemudian, kami dibawa oleh Cik Maslina untuk melawat kawasan operasi

sekitar loji. Kami turut diberikan taklimat dari masa semasa. Guru pelatih juga

diberikan peluang untuk bertanya semasa lawatan dijalankan. Taklimat tersebut

turut dilengkapi dengan penerangan pelan lantai seluruh kawasan loji. Secara

langsung, kami dapat melihat pelan keseluruhan kawasan serta bahagian-bahagian

operasi.

Kami berasa amat bertuah kerana diberi kesempatan untuk melihat

bagaimana operasi koagulasi, flokulasi, DAF dan penapisan dijalankan. Terdapat

tiga jenis filter media digunakan di tangki flokulasi iaitu pasir kasar, pasir halus dan

anthrazite. Proses ini memakan masa selama 30 minit yang melibatkan

pengumpulan lumpur-lumpur dan keladak yang menjadi gumpalan yang akhirnya

menjadi satu rantaian dan boleh disingkirkan daripada air. Proses ini merupakan

salah satu proses yang penting. Antara kelebihan proses DAF ialah, proses ini

sesuai untuk air yang mempunyai kekeruhan yang rendah, menjimatkan ruang

kerana tangki pemendapan dan tangki penapisan boleh digabungkan bersama

menjadi tangki flokulasi. Selain itu, proses ini tidak dipengaruhi oleh suhu dan

menjimatkan kos.

Di samping itu, kami dibawa untuk melihat kawasan proses post-chemicals.

Bahan kimia yang terlibat ialah gas klorin, sodium silikofluorida dan kapur terhidrat.

Gas klorin ditambah kedalam air untuk pembasmian kuman. Manakala, sodium

silikofluorida digunakan untuk mencegah kerosakan gigi. Kapur terhidrat pula

berfungsi untuk pembetulan pH. Standard ketiga-tiga bahan tersebut adalah

mengikut garis panduan yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan

2

Page 3: laporan lawatan  SYARIKAT AIR MELAKA

Malaysia.Namun, kami tidak dibenarkan masuk ke kawasan tersebut kerana kami

tidak mempunyai pakaian serta peralatan keselamatan yang lengkap. Akhir sekali,

sebelum bertolak ke empangan, kami bertukar cenderamata sebagai kenang-

kenangan dan tanda penghargaan.

Seterusnya, kami dibawa ke Empangan Durian Tunggal selama 20 minit

perjalanan daripada loji. Perjalanan kami diiringi oleh pengawai-pegawai empangan.

Setelah tiba ke lokasi, kami dibawa untuk melihat secara dekat kawasan sekitar

empangan serta melihat sendiri kebersihan serta kejernihan air di empangan

tersebut. Panorama di kawasan tersebut sangat menarik dan masih mengekalkan

eleman semulajadi seperti tumbuh-tumbuhan dan batuan. Kami juga dapat melihat

beberapa haiwan yang menambahkan keindahan tempat tersebut seperti ikan dan

burung bangau. Keadaan ini membuktikan kebersihan air di empangan tersebut

masih terpelihara. Setelah itu, kami diberikan taklimat oleh pegawai empangan.

Kami difahamkan sumber air empangan tersebut adalah daripada sungai

Muar, Johor yang dibeli dan sumber air semulajadi iaitu air hujan. Empangan Durian

Tunggal juga merupakan empangan terbesar di negeri Melaka. Kemudian, kami

dibawa ke bilik kawalan air empangan. Bilik ini berfungsi apabila kapasiti air di

empangan berlebihan. Lebihan air tersebut akan mengalir ke sungai-sungai yang

berdekatan. Selain itu, kawasan ini menjadi kawasan rekreasi terkawal bagi orang

awam serta penduduk sekitar empangan. Terdapat tempat rehat yang disediakan

bagi aktiviti riadah, kem motivasi, perkhemahan dan sebagainya. Namun, individu

yang terlibat perlu membuat permohonan terlebih dahulu. Akhir sekali, kami

mengadakan sesi penyampaian cenderahati kepada pihak empangan atas kesudian

menerima lawatan daripada pihak kami. Kami bertolak balik ke IPG pada pukul

12.30 tengah hari.

Setelah selesai lawatan, kami bekerjasama mengumpul semua gambar-

gambar semasa lawatan, catatan maklumat serta risalah yang kami terima untuk

dijadikan bahan bukti serta panduan penulisan laporan dokumentasi. Kami juga turut

memuat naik laporan lawatan beserta gambar-gambar semasa lawatan

dilaksanakan. Kami berharap dokumentasi lawatan ini dapat dijadikan garis

panduan kepada sesiapa sahaja yang berhasrat mengadakan lawatan ke loji dan

empangan ini.

3

Page 4: laporan lawatan  SYARIKAT AIR MELAKA

Kami berasa amat gembira kerana banyak ilmu pengetahuan baharu

mengenai pemuliharaan air dapat kami perolehi sepanjang lawatan tersebut. Kami

juga turut merasakan betapa pentingnya menghargai air kerana proses merawat air

merupakan satu proses yang sukar dan menelan belanja yang besar. Kami

berharap lawatan seumpama ini dapat meningkatkan bukan sahaja ilmu

pengetahuan namun nilai kemanusiaan dalam diri guru pelatih iaitu menggunakan air

dengan berjimat cermat serta cintailah alam sekitar untuk generasi akan datang.

Laporan disediakan oleh, 19 SEPTEMBER 2013.

.......................................

( NUR AZIRA FARHANA BINTI AHMAD SABRI )

4

Page 5: laporan lawatan  SYARIKAT AIR MELAKA

LAPORAN LAWATAN KE LOJI AIR BERTAM (DAF) DAN EMPANGAN DURIAN TUNGGAL

Pesertalawatansedangmenaiki bas untukkeLoji Air DAF

PerjanananmenujukeLoji Air DAF

5

Page 6: laporan lawatan  SYARIKAT AIR MELAKA

BangunanpejabatBahagianPengeluaran Syarikat Air Melaka Berhad (SAMB)

PuanMazlinamemberitaklimatkepada para pesertalawatan

6

Page 7: laporan lawatan  SYARIKAT AIR MELAKA

Peneranganmengenai proses rawatan air denganmenggunakansistem DAF (Dissolved Air Floatation)

Para pensyarahpengiringdanpesertalawatankhusyukmendengarpenerangandaripihakLoji Air DAF

7

Page 8: laporan lawatan  SYARIKAT AIR MELAKA

Parameter ujianuntuk air mentahdan air bersih

Proses pengudaraandalamkawasanloji

8

Page 9: laporan lawatan  SYARIKAT AIR MELAKA

CikMazlinamemberipeneranganmengenai proses koagulasidanflokulasi

Para pesertamembuatlawatankeproses koagulasidanflokulasi

9

Page 10: laporan lawatan  SYARIKAT AIR MELAKA

Gumpalanlumpurdankeladakdiapungkan di permukaantangkimelalui proses pengapungansecaraudaraterlarut (DAF) danpenapisan

Proses pengasinganmendakandankeladaksemasa proses prosesDAF danpenapisan

10

Page 11: laporan lawatan  SYARIKAT AIR MELAKA

Rajah skematikLojiRawatan Air Bertam (DAF)

Di sini proses pencampuranbahankimiakedalamtapisanmengikut Standard KementerianKesihatan Malaysia dilakukan

11

Page 12: laporan lawatan  SYARIKAT AIR MELAKA

Mendakanlumpurdankeladakdibuang di ‘Drying Bed’

Sisa air rawatan yang akandirawatsemuladiletakkan di ‘Wash Water Recovery Tank’

12

Page 13: laporan lawatan  SYARIKAT AIR MELAKA

PenyampaiancenderahatikepadapihakBahagianPengeluaran SAMB

PenerimaancenderahatidaripihakBahagianPengeluaran SAMB

13

Page 14: laporan lawatan  SYARIKAT AIR MELAKA

KawasanEmpangan Durian Tunggal

14

Page 15: laporan lawatan  SYARIKAT AIR MELAKA

Pesertalawatanberjalanmenujukebilikkawalan air di kawasanempangan

Air dariempanganakandialirkansemulakesungaijikakapasiti air di empanganberlebihan

Bilikkawalan air

15

Page 16: laporan lawatan  SYARIKAT AIR MELAKA

Penyampaian cenderahati kepada pihak Empangan Durian Tunggal

16