topik 8-13_pbl (2) sce 3143

54
PEMBELAJARAN BERASASKAN PROJEK (PBP) KERANGKA KONSEP (PBP) Bab 8 hingga Bab 13 Di dalam Jadual 3 (Pro Forma) ada dinyatakan bahawa Bab 8 hingga Bab 13 merupakan Pembelajaran Berasaskan Projek seperti kandungan berikut; Isu I Pembelajaran berasaskan projek untuk reka bentuk, inovasi dan reka cipta •Mengumpul maklumat tentang kestabilan struktur •Membina prototaip struktur Isu II Pembelajaran berasaskan projek untuk pemuliharaan •Mengenal pasti teknologi terkini untuk pemuliharaan •Menjalankan kajian untuk pemuliharaan air dalam keadaan yang mencabar Isu III Pembelajaran berasaskan projek untuk tenaga dalam biosfera •Mengumpul maklumat tentang aliran tenaga dalam biosfera •Membuat kajian untuk mengetahui aliran tenaga dalam komuniti biologi tertentu Isu IV Pembelajaran berasaskan projek untuk kemapanan sumber •Membuat kajian untuk mencari pelbagai sumber penghasilan tenaga •Mencipta alatan mudah untuk penghasilan tenaga Isu V . Pembelajaran berasaskan projek untuk bahan tambah dalam makanan •Mengkategori bahan tambah makanan berasaskan sistem tertentu •Mengekstrak bahan tambah makanan dalam sampel makanan •Mengenal pasti kesan bahan tambah makanan terhadap benda hidup melalui eksperimen 178

Upload: naimah57

Post on 26-Dec-2015

105 views

Category:

Documents


5 download

DESCRIPTION

sek

TRANSCRIPT

Page 1: Topik 8-13_PBL (2) sce 3143

PEMBELAJARAN BERASASKAN PROJEK (PBP)

KERANGKA KONSEP (PBP) Bab 8 hingga Bab 13

Di dalam Jadual 3 (Pro Forma) ada dinyatakan bahawa Bab 8 hingga Bab 13

merupakan Pembelajaran Berasaskan Projek seperti kandungan berikut;

Isu I Pembelajaran berasaskan projek untuk reka bentuk, inovasi dan reka cipta•Mengumpul maklumat tentang kestabilan struktur •Membina prototaip struktur 

Isu II Pembelajaran berasaskan projek untuk pemuliharaan•Mengenal pasti teknologi terkini untuk pemuliharaan•Menjalankan kajian untuk pemuliharaan air dalam keadaan yang mencabar 

Isu III Pembelajaran berasaskan projek untuk tenaga dalam biosfera•Mengumpul maklumat tentang aliran tenaga dalam biosfera•Membuat kajian untuk mengetahui aliran tenaga dalam komuniti biologi tertentu

Isu IV Pembelajaran berasaskan projek untuk kemapanan sumber •Membuat kajian untuk mencari pelbagai sumber penghasilan tenaga•Mencipta alatan mudah untuk penghasilan tenaga

Isu V . Pembelajaran berasaskan projek untuk bahan tambah dalam makanan•Mengkategori bahan tambah makanan berasaskan sistem tertentu•Mengekstrak bahan tambah makanan dalam sampel makanan•Mengenal pasti kesan bahan tambah makanan terhadap benda hidup melalui eksperimen

Isu VI Pembelajaran berasaskan projek untuk pencemaran dan kesannya terhadap kesihatan manusia•Mengumpul maklumat untuk mengenal pasti pencemar udara yang utama•Ujikaji lapangan tentang pencemaran dan mengenal pasti kaedah-kaedah rawatan

Lanjutan daripada itu, modul ini akan menerangkan tentang pelaksanaan

Pembelajaran Berasaskan Projek (PBP) kemudian diikuti dengan tiga contoh hasil

pembelajaran bagi Isu II, Isu V dan Isu VI.

178

Page 2: Topik 8-13_PBL (2) sce 3143

PEMBELAJARAN BERASASKAN PROJEK (PBP)

8.O SINOPSIS

Kaedah pengajaran dan pembelajaran berasaskan projek merupakan suatu

kaedah yang difikirkan amat sesuai dalam proses PdP murid masa kini. Kaedah PBP

dipelopori oleh John Dewey (1997). Di Malaysia kaedah ini mendapat perhatian yang

mendalam dalam sistem pendidikan Negara. Dengan konsep sekolah bestari dan

usaha melahirkan tenaga manusia kelas pertama, kerajaan telah meningkatkan usaha

dalam pembangunan pendidikan dengan penekanan kepada pelbagai pendekatan

pengajaran terutamanya yang mampu membantu pelajar lebih berdikari, mempunyai

kemahiran berfikir dan bersifat inkuiri bagi menyahut cabaran wawasan pendidikan

negara.

Bagaimanapun pembelajaran berasaskan projek memerlukan perancangan

terperinci serta pelaksanaan yang sistematik di samping keperluan sumber serta

kepakaran yang sesuai. Sehubungan itu, pendedahan pembelajaran berasaskan projek

diharap akan dapat memberikan pengalaman sebenar kepada pelajar dalam

pelaksanaan PBP. Topik ini disusun merangkumi topik 8 sehingga 13 sebagaimana

yang dinyatakan di dalam proforma SCE3143 Sains, Teknologi dan Masyarakat.

8.1 DEFINISI PEMBELAJARAN BERASASKAN PROJEK (PBP)

Definisi PBP itu sendiri berbeza-beza mengikut perspektif pengkaji yang

berminat dengan kaedah ini. PBP merupakan model pendidikan yang mengutamakan

projek dalam pengajaran dan pembelajaran (Veerasamy, 2010). Selain itu PBP juga

merupakan satu kaedah instruksional yang membenarkan murid membina kemahiran

dan mendapatkan ilmu melalui projek, pembelajaran koperatif dan teknik 'hands on'

(Nation, 2008; Beddoes, 2010; Zimmerman, 2010; Kaldi et al.,2011). Menurut Moursund

(2003), PBP merupakan strategi pembelajaran berpusatkan pelajar yang melibatkan

pelajar menerbitkan atau membangunkan produk dan mempersembahkannya kepada

pelajar lain, guru dan pihak lain.

179

Page 3: Topik 8-13_PBL (2) sce 3143

Oleh kerana PBP mempunyai pelbagai definisi mengikut perspektif pengkaji,

Bahagian Teknologi Pendidikan Malaysia (2006), mentakrifkan PBP berdasarkan

kepada takrifan Institut Pendidikan Buck Kanada sebagai kaedah mengajar yang mana

murid akan:

a. terlibat dalam proses inkuiri secara berterusan yang berfokuskan soalan

dan masalah yang kompleks dan sebenar;

b. bekerja tanpa mengharapkan guru, dan mempunyai pilihan dan

kebebasan untuk bersuara;

c. mempamerkan pemahaman yang mendalam dalam pengetahuan akademik

dan kemahiran;

d. membina kemahiran abad ke-21 seperti bekerjasama, berfikir secara kritikal

dan berkomunikasi; dan

e. mencipta artifak dan prestasi yang berkualiti tinggi yang boleh dipamerkan

kepada masyarakat.

Sementara itu, KPM (2006) turut mentakrifkan PBP sebagai model aktiviti yang

keluar daripada amalan bilik darjah biasa dan banyak melibatkan gabungan antara

disiplin ilmu.

8.2 CIRI-CIRI PEMBELAJARAN BERASASKAN PROJEK (PBP)

Pembelajaran Berasaskan Projek melibatkan pendekatan berfokuskan murid

meneroka sendiri. Seorang pengkaji Nancy Kraft menyatakan beberapa ciri

Pembelajaran Berasaskan Projek yang merangkumi:

a. membolehkan cara pembelajaran yang pelbagai

b. berorientasikan dunia sebenar

c. persekitaran yang bebas dalam membuat pilihan berkaitan pembelajaran

d. menggalakkan penggunaan kemahiran berfikir peringkat tinggi

e. menggunakan kaedah pengalaman "hands-on"

f. memberi pemahaman yang tinggi

g. boleh dirujuk oleh semua pelajar

180

Page 4: Topik 8-13_PBL (2) sce 3143

h. melibatkan pelbagai mod komunikasi

i. pelajar bertanggungjawab ke atas pembelajaran sendiri

j. pelajar merasa pembelajaran kurikulum sebagai kepunyaan sendiri

k. projek menggalakkan pembelajaran yang bermakna dengan

menghubungkan yang baru dengan yang lama

l. pembelajaran melibakan data semasa

m. proses pembelajaran dihargai sama juga dengan projek

n. pembelajaran merentasi kurikulum

o. guru sebagai fasilitator

p. penilaian kendiri pelajar dalam pembelajaran digalakkan

Sebahagian daripada ciri-ciri yang dinyatakan di atas serta ciri-ciri daripada

pendapat pelbagai pihak khususnya para pendidik boleh digambarkan seperti dalam

peta buih Rajah 8.1.

Rajah 8.1: Peta Buih Ciri-ciri PBP

181

Page 5: Topik 8-13_PBL (2) sce 3143

8.3 LANGKAH-LANGKAH PELAKSANAAN PBP

Secara ringkas langkah-langkah pelaksanaan pembelajaran berasaskan projek

dapat ditunjukkan dalam Rajah 8.2.

Rajah 8.2: Langkah-langkah Pelaksanaan Pembelajaran Berasaskan Projek

Langkah-langkan ini meliputi langkah 1 (tugasan), langkah 2 (menganalisis

masalah/isu), langkah 3 (meneroka masalah/isu), langkah 4 (membuat perkaitan) dan

langkah 5 (membuat refleksi). Walau bagaimanapun langkah-langkah ini mungkin

berbeza-beza mengikut rasional dan pendapat masing-masing.

8.4 PERBANDINGAN ANTARA PBP DENGAN PEMBELAJARAN TRADISIONAL

Pembelajaran berasaskan projek adalah berbeza dengan kaedah-kaedah

pembelajaran yang lain. Jadual 8.1 menunjukkan sebahagian kriteria yang

membezakan di antara pembelajaran berasaskan projek dengan pembelajaran

tradisional.

182

Page 6: Topik 8-13_PBL (2) sce 3143

Jadual 8.1: Perbandingan antara Pembelajaran Berasaskan Projek (PBP) dengan

pembelajaran tradisional (PT)

Kriteria Pembelajaran berasaskan projek Pembelajaran tradisional

Kandungan Perbandingan konsep dan prinsip Fakta-fakta pengetahuan

Skop dan

urutan

Mengikut minat murid, unit-unit besar

mengandungi isu-isu/masalah komplek

Mengikut kurikulum tetap, bergerak dari

satu unit ke satu unit, sempit dan

kandungan berfokus

Peranan

guru

Bertindak sebagai pakar, pemberi

syarahan, penyampai maklumat

Penasihat/pembimbing/mentor

Pemusatan Pelajar Guru

Penilaian Hasil, skor peperiksaan, menyampaikan

semula maklumat

Hasil dan proses, penghasilan produk

konkrit, mendemonstrasi hasil

Penglibatan

pelajar

Individu, persaingan, penerima maklumat Secara kumpulan, berkolaborasi,

membina, menyumbang dan

mensintesis maklumat

Matlamat Penguasaan ilmu dan kemahiran tertentu,

pengetahuan kurang mendalam,

penguasaan kemahiran mengikut tahap-

tahap tertentu

Memahami dan menggunakan idea

dan proses kompleks, menguasai

kemahiran bersepadu, pengetahuan

mendalam, pembelajaran sepanjang

hayat

8.5 KELEBIHAN KAEDAH PBP

Beberapa kelebihan menggunakan kaedah pembelajaran berasaskan projek

adalah seperti berikut. Antaranya ialah

a. menjadikan pembelajaran di sekolah seperti pembelajaran di dalam

kehidupan sebenar

b. murid mempelajari kandungan yang sama melalui cara berbeza

c. selain menguasai isi kandungan PBP merangkumi komponen kolaborasi,

penyelesaian masalah, penyampaian persembahan dan komunikasi

dengan pihak lain

d. memotivasikan murid untuk meneroka lebih mendalam terhadap kefahaman

sesuatu isu

183

Page 7: Topik 8-13_PBL (2) sce 3143

e. mewujudkan komunikasi positif dalam kalangan pelajar yang pelbagai

f. mengintegrasikan bidang kurikulum, pengajaran bertema dan isu-isu di

dalam komuniti

g. memenuhi keperluan pelajar yang mempunyai tahap pembelajaran dan

gaya pembelajaran berbeza

8.6 FORMAT LAPORAN (PBP)

Format berikut adalah sebagai asas panduan sahaja, pelajar boleh membuat

ubahsuai mengikut kesesuaian jenis atau kaedah kajian yang akan dilaksanakan.

Format laporan seharusnya mengandungi,

1. Pendahuluan

2. Pernyataan Isu

3. Objektif projek

4. Tinjauan literatur

5. Kaedah

5.1. Sampel atau respondan

5.2. Instrumen kajian

5.3. Perancangan tindakan

6. Dapatan

6.1. Data mentah

6.2. Analisa data

7. Perbincangan

7.1 Perbincangan dapatan

7.2 Cadangan penambahbaikan

8. Kesimpulan

9. Rujukan

184

Page 8: Topik 8-13_PBL (2) sce 3143

8.7 ISU-ISU BERKAITAN DENGAN PEMBELAJARAN SAINS, TEKNOLOGI DAN MASYARAKAT

Isu-isu berikut adalah yang terdapat di dalam pro forma kursus. Isu-isu ini

sebagai tajuk besar yang boleh difokus kepada beberapa isu kecil yang lebih

bersesuaian dengan persekitaran kampus atau sekolah berkaitan,

1. Reka bentuk, inovasi dan reka cipta – membina prototaip struktur.

2. Pemuliharaan air, tanah, hutan atau hidupan liar.

3. Tenaga Dalam Biosfera – aliran tenaga, rantai makanan dan siratan

makanan.

4. Kemampanan sumber – tenaga boleh diperbaharui dan tidak boleh

diperbaharui.

5. Bahan tambah dalam makanan – bahan tambah semulajadi atau bahan

tambah kimia dan kesannya kepada kesihatan manusia.

6. Pencemaran udara, air, bunyi atau radiasi.

Berikut adalah di antara tajuk-tajuk projek atau kajian yang dicadangkan di dalam

pro forma kursus Sains, Teknologi dan Masyarakat,

Membina prototaip struktur

Mengenalpasti teknologi terkini untuk pemuliharaan

Menjalankan kajian untuk pemuliharaan air, tanah, hutan atau hidupan liar

dalam keadaan yang mencabar

Mengumpul maklumat tentang aliran tenaga dalam biosfera

Membuat kajian untuk mengetahui aliran tenaga dalam komuniti biologi

tertentu

Membuat kajian untuk mencari pelbagai sumber penghasilan tenaga

Mencipta alatan mudah untuk menghasilkan tenaga

185

Page 9: Topik 8-13_PBL (2) sce 3143

Mengkategori bahan tambah makanan berasaskan sistem tertentu

Mengekstrak bahan tambah makanan dalam sampel makanan

Mengenal pasti kesan bahan tambah makanan terhadap benda hidup

melalui eksperimen

Mengumpul maklumat untuk mengenal pasti pencemar udara yang utama

Melaksanakan ujikaji lapangan tentang pencemaran dan mengenal pasti

kaedah-kaedah rawatan

186

Page 10: Topik 8-13_PBL (2) sce 3143

8.8 CONTOH-CONTOH LAPORAN PROJEK

8.8.1 ISU II : POTENSI PEMULIHARAAN BEKALAN AIR DI IPG

1.0 PENDAHULUAN

Sains dan teknologi berkembang semakin pesat, kelebihannya adalah memudahkan

kerja-kerja manusia dan meningkatkan keberkesanan hasil kerja, namun kelemahan juga

muncul pada masa yang sama, contohnya pencemaran alam sekitar. Oleh itu, sains dan

teknologi masih mempunyai isu-isu yang belum diselesaikan. Justeru itu, Pendidikan Sains,

Teknologi dan Masyarakat menyeru “Sains Untuk Semua” bermula pada tahun 1980an hingga

kini. Pendidikan ini mempunyai objektif-objektif seperti membina kesedaran tentang kebaikan

dan keburukan sains dan teknologi dalam masyarakat, meningkatkan kesedaran tentang

implikasi kemanusiaan dalam sains, membina kesedaran tentang keperluan menggunakan

sumber alam semulajadi dengan baik, serta membentuk pemahaman yang kritikal tentang

masalah sosial yang berkaitan dengan sains.

Isu pemuliharaan bekalan air di IPG merupakan tajuk yang akan dibincangkan dalam

laporan ini kerana air merupakan sumber yang amat diperlukan untuk memenuhi keperluan

hidup manusia seperti minum, masak, mandi, digunakan selepas tandas, mencuci pinggan

mangkuk, menyiram pokok bunga, dan mencuci kereta. Namun, ramai manusia kurang

menghargai apa yang dianugerahi oleh Tuhan ini.

2.0 PERNYATAAN ISU

Isu pemuliharaan air menjadi di antara agenda utama kebanyakan negara kebelakangan

ini. Di samping itu, isu pertambahan populasi juga akan menambahkan permintaan air. Jika air

tidak diuruskan dengan cekap dan dicemar dengan bahan-bahan akan menyebabkan masalah

pencemaran air menjadi lebih serius. Kekurangan air adalah masalah utama yang dihadapi

dikebanyakkan negara. Pada masa ini, air yang digunakan oleh 80% hingga 90% daripada

populasi dunia adalah air yang berkualiti rendah mengikut standard antarabangsa.

Penggunaan air yang banyak bermaksud air yang bersih semakin kurang dan air

tercemar semakin bertambah menyebabkan pemuliharaan air sangat diperlukan. Namun,

pemuliharaan air memerlukan kos yang tinggi. Oleh itu, cara yang bijak ialah dengan

menjimatkan penggunaan air.

187

Page 11: Topik 8-13_PBL (2) sce 3143

Didapati bahawa sehingga Oktober 2013, terdapat seramai 950 orang pelajar yang

tinggal di asrama IPG. Bilangan yang ramai ini telah menyebabkan penggunaan air yang tinggi

dan terpaksa menampungkan kos bil air yang tinggi. Hal ini juga menunjukkan bahawa kurang

kesedaran terhadap penjimatan air dalam kalangan pelajar.

Oleh itu, satu kajian telah dibuat untuk meninjaukan jumlah penggunaan air dalam IPG

ini. Kajian ini juga ingin mengenalpasti permintaan air oleh pelajar dalam IPG ini. Selepas itu,

cadangan-cadangan penjimatan air juga diberikan supaya dapat memperbaiki masalah

pembaziran air dalam IPG di samping meningkatkan kesedaran menghargai air dalam kalangan

pelajar.

3.0 OBJEKTIF PROJEK

Kajian ini dijalankan untuk:

1. Meninjau penggunaan air bulanan oleh warga kampus di IPG.

2. Mengenalpasti jenis penggunaan permintaan air di IPG.

3. Mencadangkan langkah-langkah penjimatan air di IPG.

4.0 TINJAUAN LITERATUR

Manusia memerlukan air untuk memenuhi keperluan asas. Menurut Institut Alam Sekitar

dan Pembangunan Lestari, seorang manusia hanya memerlukan 50 liter (lebih kurang 30 botol

air mineral bersaiz besar) air sehari untuk keperluan asas. Namun demikian, penggunaan air

boleh mencapai sehingga 500 liter per individu iaitu bersamaan dengan 333 botol air mineral

bersaiz besar jika tidak menggunakan air dengan cermat.

Walaupun hanya 50 liter diperlukan oleh manusia seperti yang dinyatakan tadi, namun

tempat yang berbeza mempengaruhi keperluan simpanan. Menurut piawaian yang ditetapkan

oleh Lembaga Air Malaysia dari kajian Zurainah (2011), keperluan simpanan per kelengkapan

(MWA,2000) adalah seperti Jadual 1 berikut,

188

Page 12: Topik 8-13_PBL (2) sce 3143

Jadual 1: Keperluan Simpanan Per Kelengkapan (MWA, 2000)

Jenis Bangunan Keperluan Simpanan

Hotel 270 liter/ seorang/ hari

Sekolah tanpa asrama 30 liter/ seorang/ hari

Sekolah berasrama 180 liter/ seorang/ hari

Pejabat tanpa kantin 70 liter/ seorang/ hari

Pejabat ada kantin 90 liter/ seorang/ hari

Restoran 14 liter/ seorang/ hari

Masjid 14 liter/ seorang/ hari

Berek askar/polis 270 liter/ seorang/ hari

Terdapat cadangan-cadangan yang sesuai untuk menjimatkan air berdasarkan kajian-

kajian lepas. Menurut Pah Rokkiah, et al. (2004), salah satu sumber alternatif bagi penjimatan

air ialah melalui kaedah pengumpulan air hujan (rainwater harvesting). Ini selaras dengan

Institut Alam Sekitar dan Pembangunan (LESTARI), Malaysia menikmati 3000 mm hujan setiap

tahun secara purata. Sebuah bangunan boleh menjimatkan 40% bersamaan 180000 liter

kegunaan air setiap tahun dengan air hujan yang dikumpulkan ini.

Menurut kajian Zurainah (2011) yang bertajuk “Sistem Penuaian Air Hujan” adalah

bertujuan untuk mengetahui tahap kesedaran orang ramai tentang kepentingan sistem

penuaian air hujan dan mendapatkan jumlah air hujan yang digunakan serta memastikan sistem

penuaian air hujan menjimatkan kos. Hasil kajian menunjukkan jumlah penggunaan maksimum

air hujan ialah sebanyak 9m3/ hari. Kos bayaran bulanan bil air menurun sebanyak 66% dengan

penggunaan sistem penuaian air hujan. Didapati 78% responden tidak pernah mengetahui atau

mendengar tentang sistem penuaian air hujan. Manakala 22% pernah mendengar tentang

sistem penuaian air hujan, 89% responden mempunyai keinginan untuk memasang sistem ini,

9% responden tidak pasti dan 2% responden tidak bersetuju. Dengan ini, kesedaran orang

ramai tentang kepentingan sistem penuaian air hujan masih di peringkat yang rendah.

189

Page 13: Topik 8-13_PBL (2) sce 3143

5.0 KAEDAH

5.1. Responden Dan Instrumen Kajian

Jadual berikut menunjukkan cara pengumpulan data yang sesuai digunakan.

Jadual 2: Objektif kajian dan instrumen kajian

Objektif Instrumen

Meninjau penggunaan air bulanan dan tahunan di IPG. Dokumen

analisis

Mengenalpasti jenis penggunaan air di IPG Soal selidik

Temubual

Mencadangkan langkah-langkah dalam penjimatan air. Soal selidik

Temubual

5.1.1 Dokumen Analisis

Bil air bulanan dari Tahun 2011 hingga Jun 2013 merupakan dokumen penting

yang dikumpul bagi kajian ini. Bil air ini dianalisis untuk meninjau penggunaan air bagi

warga IPG mengikut bulanan dan tahunan.

5.1.2 Soal Selidik

Soal selidik mempunyai 3 soalan dalam Bahagian A, dan 1 soalan dalam

Bahagian B. Soal selidik diedar kepada seramai 100 orang pelajar untuk mengenalpasti

permintaan air di IPG serta mencadangkan cara penjimatan air.

5.1.3 Temubual

Responden temubual merupakan 5 orang pelajar dan 2 orang pensyarah.

Rakaman audio dijalankan sepanjang proses temubual. Temubual direkod dan dianalisis

untuk menyokong data pemerhatian dan soal selidik.

190

Page 14: Topik 8-13_PBL (2) sce 3143

5.2. Perancangan Tindakan.

Rajah 1: Langkah-langkah tindakan yang dijalankan

6.0 DAPATAN

6.1 Meninjau Penggunaan Air Bulanan Di IPG.

Rajah 2 menunjukkan jumlah penggunaan air dalam IPG pada bulan Januari hingga

Disember pada tahun 2011 dan 2012.

191

refleksiKenal pasti masalah mengenai air selepas merujuk bil air Tahun 2011 dan Tahun 2012.

merancangMenentukan objektif, menentukan skop kajian, mencari tinjauan literatur, menyediakan soalan temubual dan soal selidik.

bertindakMengumpul data melalui dokumen analisis (bil air), soal selidik dan temubual. Merekodkan data.

memerhati Menganalisis data.

Page 15: Topik 8-13_PBL (2) sce 3143

Jan Feb Mac Apr Mei Jun Julai Ogos Sept Okt Nov Dis

2011

9035 10249 9762 4449 3918 6774 15512 15025 16212 19289 14094 12260

2012

15347 18182 9976 11757 12124 9101 12956 7172 13513 11760 8101 4488

2500

7500

12500

17500

22500

20112012

Bulan

M. p

adu

Rajah 2 : Jumlah penggunaan air dalam IPG

Jadual 3: Jumlah penggunaan air dalam IPG dari Januari hingga Jun 2013

Bulan m3

Jan 12504

Feb 9845

Mac 11630

Apr 12582

Mei 8493

Jun 8291

Jumlah 63345

Berdasarkan jumlah penggunaan air pada bulan Januari hingga Jun 2013 di atas, satu

anggaran jumlah penggunaan air setiap pelajar dalam satu semester dan satu bulan boleh

dikira. Terdapat 950 orang pelajar yang tinggal di asrama IPG. Berikut menunjukkan anggaran

tersebut,

Jumlah penggunaan air seorang pelajar

= 63345 m3 / 950 orang/ 6 bulan

=11.1 m 3 (RM30.10)

192

Page 16: Topik 8-13_PBL (2) sce 3143

Oleh itu, didapati secara anggaran setiap pelajar yang tinggal di asrama telah

menggunakan 11.1 m3 air setiap bulan dengan kos sebanyak RM 30.10. Pelajar haruslah

mempunyai kesedaran dalam menghargai sumber air dan jimat menggunakannya.

6.2 Mengenalpasti Jenis Penggunaan Permintaan Air di IPG

Soal selidik dan temubual bersama pelajar yang sebagai pengguna dalam IPG telah

dilakukan. Jumlah responden adalah seramai 100 orang pelajar dengan campuran lelaki dan

perempuan dan juga antara blok asrama yang berbeza. Rajah 3 di bawah menunjukkan

permintaan air yang paling tinggi oleh pengguna IPG.

Mandi Tandas Cuci Pakaian Minum Cuci Kenderaan

Siram Pokok Bunga

01020304050607080 68

30

2 0 0 0

Permintaan Air

Res

pond

en (%

)

Rajah 3: Jenis penggunaan air oleh pengguna di IPG.

0-1 2-3 4-5 6-70

10

20

30

40

50

60

6

41

53

0

Kekerapan Penggunaan Air Untuk mandi

Resp

onde

n (%

Rajah 4: Kekerapan penggunaan air untuk mandi setiap hari

193

Page 17: Topik 8-13_PBL (2) sce 3143

Berdasarkan Rajah 4, didapati kekerapan mandi setiap hari adakah sebanyak 4 hingga

5 kali setiap pengguna asrama. Walau bagaimanapun, sebanyak 41% responden mandi

dengan kekerapan 2 hingga 3 kali sehari dan diikuti dengan 0 hingga 1 kali dan 6 hingga 7 kali

sehari. Semakin kerap pengguna mandi, semakin banyak penggunaan air dalam IPG.

Satu analisis dilakukan untuk mengenalpasti sama ada pengguna mandi dengan

menggunakan pancuran / “shower” atau menggunakan air dalam bekas. Rajah 4 berikut

menunjukkan bahawa lebih ramai pengguna mandi dengan pancuran berbanding dengan

menggunakan air dalam bekas.

77%

23%Gunakan pancuranGunakan air dalam bekas

Rajah 5: Cara mandi pengguna IPG

Analisis berikut bertujuan meninjau kekerapan pengguna membasuh pakaian dalam

masa seminggu.

0-1 2-3 4-5 6-70

5

10

15

20

25

30

35

40

45

10

25

42

23

Kekerapan membasuh pakaian dalam seminggu

Resp

onde

n (%

)

Rajah 6: Kekerapan pengguna membasuh pakaian dalam seminggu

194

Page 18: Topik 8-13_PBL (2) sce 3143

6.4 Analisis Data

Jadual 5: Soal selidik cadangan langkah-langkah dalam penjimatan air.

Skala 1 menunjukkan sangat tidak setuju dan skala 5 menunjukkan sangat setuju.

BIL ITEM 1 2 3 4 5 Min

Langkah-langkah penjimatan air:

a. Mengguna semula air. 0 0 0 25 75 4.75

b. Kawal kadar aliran air apabila

menggunakan paip.

0 0 5 15 80 4.75

c. Segera melaporkan kebocoran paip air. 0 0 0 8 92 4.92

d. Pasangkan sistem dua curahan pada

tandas.

0 0 0 28 72 4.72

e. Masukkan sebotol (500ml) ke dalam tangki

curahan/ “flush” untuk penjimatan air setiap

kali “flush” ditarik keluar airnya.

0 0 0 13 87 4.87

f. Kurangkan kekerapan curahan/ “flushing”

dan elakkan curahan yang tidak perlu.

0 0 7 32 61 4.54

g. Gunakan pancuran/ “shower” untuk mandi. 0 0 3 26 71 4.68

h. Tutup paip air/ pancuran air ketika

menggosok gigi dan bersabun.

0 0 0 16 84 4.84

i. Kurangkan masa mandian. 0 6 38 36 20 3.70

j. Pastikan paip ditutup dengan ketat untuk

menggelakkan air terus menitis.

0 0 0 12 88 4.88

k. Menggunakan mesin basuh pakaian

dengan muatan optimum.

0 0 1 6 93 4.89

l. Menadah air hujan untuk penggunaan lain. 0 5 11 26 58 4.37

m. Mengadakan “Kempen Putus Bekalan Air”

sekali sebulan untuk meningkatkan

kesedaran penjimatan air.

7 7 44 21 21 3.42

Min keseluruhan 4.56

195

Page 19: Topik 8-13_PBL (2) sce 3143

7.0 PERBINCANGAN

7.1 Perbincangan dapatan

Berdasarkan bil air bulanan yang dikaji, didapati pelajar asrama telah menggunakan

secara puratanya sebanyak 11 m3 air setiap bulan untuk pelbagai kegunaan khususnya mandi

dan membacuh pakaian. Jumlah kuantiti air sebanyak ini dikatakan agak tinggi berbanding hasil

kajian LESTARI, UKM yang mendapati keperluan air secara individu sehari adalah sekitar 50

liter sahaja untuk keperluan asas.

7.2 Cadangan penambahbaikan

Terdapat beberapa cadangan untuk menambahbaikan projek ini,

Pertama adalah mengkaji perbezaan penggunaan air di antara blok asrama, iaitu antara

blok-blok asrama perempuan dan asrama lelaki supaya dapat meilhat permintaan air secara

menyeluruh.

Kedua, meluaskan kumpulan sasaran kepada para pensyarah dan staf IPG. Ini adalah

kerana kumpulan pensyarah dan staf IPG merupakan warga IPG juga.

Ketiga, bina takungan tadahan air hujan dengan menggunakan model yang bersesuaian

di dalam IPG untuk menjimatkan bekalan air. Cadangan ini dapat memanfaatkan warga IPG

dalam tempoh jangka masa yang panjang walaupun reka bentuk tadahan air hujan mungkin

memerlukan kos yang agak banyak dan memerlukan masa yang panjang untuk memerhati

keberkesanannya.

Keempat, kempen dijalankan untuk meningkatkan kesedaran warga IPG tentang

kepentingan menjimatkan air dan berusaha bersama-sama untuk mengaplikasikan cadangan-

cadangan tersebut ke dalam kehidupan harian. Kempen ini dicadangkan untuk melibatkan

semua warga IPG.

196

Page 20: Topik 8-13_PBL (2) sce 3143

8.0 KESIMPULAN

Anggaran penggunaan air dikalangan pelajar di IPG adalah sebanyak sekitar 11

m3 setiap bulan dengan kos sebanyak kira-kira RM30. Didapati penggunaan air paling

tinggi adalah untuk mandi kerana pelajar mandi lebih daripada 3 kali sehari.

Pengurangan penggunaan air dengan sendirinya akan mengurangkan kuantiti air

tercemar. Diharapkan semua pihak dapat melaksanakan cadangan-cadangan di atas

mengikut kesesuaian keadaan di tempat masing-masing. Isu ini dapat diatasi dengan

program-program yang sesuai seperti Program IPG Lestari. Program tersebut telah

dapat meningkatkan kesedaran penjimatan air dalam kalangan pelajar IPG.

9.0 RUJUKAN

Hamidah binti Shahir (2013, April 8). Menangani Krisis Air: Penggunaan Air Secara

Berhemah dan Bijaksana. Dipetik pada Sep 28, 2013 dari

://smp.townplan.gov.my/ blog/?p=5608

Kementerian Sumber Alam Sekitar Malaysia.(2008). Amalan Mesra Alam

Environmental Friendly Practices. (3rded.) Putrajaya: Jabatan Alam Sekitar

Malaysia.

Mohd.Azhar (2010). Investigation On Rainwater Harvesting System.Tesis: Sarjana

Muda Kejuruteraan Mekanikal (Automotif). Melaka: UniversitiTeknikal Malaysia

Melaka. Dipetik pada Sep19, 2013 dari

http://eprints2.utem.edu.my/2046/1/Kajian_Sistem. Tadahan_Hujan_4_pages.pdf

Manahan, S. E. (2005).Environmental Chemistry.(8thed.). Florida: CRCPress LLC.

Seorang atau dua orang pengarang?

Norzuraida Mohd Yunus (2007). Kajian Keberkesanan Saiz Tangki Simpanan OSD

Sebagai Sumber Guna Semula Air Hujan. Tesis yang tidak diterbitkan. Universiti

Teknologi Malaysia.

Pah Rokkiah Syed Hussain, Hamidi Ismail dan Wahida Ayob. (2004). Sikap Masyarakat

Terhadap Penggunaan Bekalan Air Bersih: Pembaziran Dan Penjimatan. Kedah:

Universiti Utara Malaysia.

197

Page 21: Topik 8-13_PBL (2) sce 3143

8.8.2 ISU V : MENENTUKAN KEASIDAN MINUMAN BERKARBONAT DAN

PERENCAH MI SEGERA

Nota: Kajian dan keputusan ujian ini semata-mata untuk tujuan

pembelajaran. Kemungkinan hasilnya berbeza dengan ujian makmal sebenar.

Kami tidak boleh dipertanggungjawabkan ke atas sebarang kesilapan.

1.0 PENGENALAN

- Makanan berasid

- Kesan keasidan makanan terhadap kesihatan

- Faktor ketidakseimbangan asid dalam badan

- Penyelesaian terhadap ketidakseimbangan asid dalam badan

2.0 PERNYATAAN ISU

- Tabiat pemakanan dan minum orang ramai

- Kaitannya dengan masalah kesihatan kini

Contoh Isu:

198

Makanan Berasid Dan Makanan Beralkali

li

Gambar di atas menunjukkan carta pH dalam makanan.Skala 1-6 menunjukkan skala makanan berasid, skala 7 adalah makanan yang neutral ataupun semulajadi manakala skala 8-14 menunjukkan skala makanan yang beralkali.Kita digalakkan mengambil makanan yang berskala 7 dan ke atas kerana makanan yang beralkali memberi kita lebih banyak manfaat dari segi kesihatan, kecergasan minda dan tubuh badan kita.

Apabila kita terlalu kerap mengambil makanan yang berasid, badan akan menjadi kurang sihat dan kita akan mudah terdedah dengan pelbagai risiko penyakit yang kronik seperti sakit jantung dan darah tinggi. Selain itu, badan akan menjadi kurang cekap dalam menyerap vitamin dan mineral pada makanan yang dimakan dan proses membaiki sel-sel rosak dalam badan akan semakin berkurangan.

Page 22: Topik 8-13_PBL (2) sce 3143

3.0 OBJEKTIF PROJEK

3.1 Menentukan keasidan pelbagai minuman berkarbonat

3.2 Menentukan keasidan perencah pelbagai mi segera

4.0 TINJAUAN LITERATUR

- Kajian-kajian tentang tabiat pemakanan rakyat Malaysia

- Artikel atau kajian-kajian tentang masalah kesihatan rakyat Malaysia

- Perkaitan antara tabiat pemakanan dengan masalah kesihatan

5.0 KAEDAH KAJIAN

5.1 Kajian lapangan bagi mengenalpasti kecenderungan guru pelatih

mengambil minuman berkarbonat dan mee segera (soal selidik ringkas

dan pemerhatian hasil buangan dalam tong sampah).

5.2 Ujian makmal bagi menentukan keasidan pelbagai jenis minuman

berkarbonat dan perencah mee segera.

- Prosedur kajian perlu dijelaskan langkah demi langkah

- Kajian makmal perlu ditunjukkan (ujian makmal perlu dinyatakan

dengan terperinci, gambar atau ilustrasi perlu).

199

Tahukah anda jenis makanan yang anda ambil dalam kehidupan sehari-harian? Adakah anda seorang yang prihatin terhadap tahap kesihatan anda? Adakah anda mengamalkan gaya pemakanan yang sihat mengikut diet seimbang yang disyorkan oleh pakar pemakanan?Mari kita pelajari serba sedikit mengenai makanan berasid dan makanan beralkali serta kesan pengambilannya pada tubuh badan kita.

Page 23: Topik 8-13_PBL (2) sce 3143

Contoh

Tujuan : Menjalankan ujian makanan untuk nilai pH

Radas : Bikar 250ml, kertas pH

Ujian Makanan (nilai pH)

a. Masukkan setiap minuman berkarbonat

ke dalam tabung uji masing-masing.

b. Celupkan sehelai kertas pH ke dalam

larutan dan perhatikan perubahan warna

kertas pH dalam masa 3 saat.

c. Catat pemerhatian dalam jadual yang

sama. 

d. Bandingkan warna kertas pH dengan

jadual warna yang ada di kotak.

200

Page 24: Topik 8-13_PBL (2) sce 3143

6.0 DAPATAN KAJIAN

Contoh

Keputusan ujian pH minuman berkarbonat

Jenis minuman berkarbonatPemerhatian kertas pH selepas

direndamkan

201

Page 25: Topik 8-13_PBL (2) sce 3143

202

Page 26: Topik 8-13_PBL (2) sce 3143

Keputusan (ujian makanan untuk nilai pH)

Jenis Perencah Mi SegeraPemerhatian kertas pH selepas

direndamkan

203

Page 27: Topik 8-13_PBL (2) sce 3143

Pemerhatian :

Keasidan minuman berkarbonat

Jenis Minuman Berkarbonat Nilai pH Inferens Ranking

Minuman A 2 Berasid 1

Minuman B 3 Berasid 2

Minuman C 3 Berasid 2

Minuman D 3 Berasid 2

Minuman E 3 Berasid 2

Minuman F 4 Berasid 3

204

Page 28: Topik 8-13_PBL (2) sce 3143

Pemerhatian :

Keasidan perencah mi segera

Jenis Perencah Mi Segera Nilai pH Inferens Ranking

A 4 Berasid 1

B 4 Berasid 1

C 5 Berasid 2

D 5 Berasid 2

E 6 Berasid 3

7.0 PERBINCANGAN

Ujian kertas pH menunjukkan bahawa kesemua enam jenis minuman

berkarbonat adalah di antara nilai 2-4. Menurut Rajah 1 yang ditunjukkan di

bawah, nilai pH yang bawah 7 adalah berasid. Ini membuktikan bahawa semua

minuman berkarbonat yang diuji adalah bersifat asid. Dapatan ujian juga

menunjukkan minuman A paling berasid diikuti oleh B, C, D, E dan F.

205

Rajah 1: Skala pH

Page 29: Topik 8-13_PBL (2) sce 3143

Kesan asid dalam minuman berkarbonat terhadap tubuh manusia :

Contoh

Minuman berasid boleh menjadi faktor utama yang menyebabkan kerosakan gigi

dengan melemah serta mengikis lapisan enamel pada gigi. Ini mempercepatkan

proses pereputan gigi. Selain adanya karies gigi, ia mungkin melembutkan dan

menghakis permukaan gigi.

Cuba dapatkan maklumat sokongan dari punca yang sah berkaitan kesan asid

terhadap kesihatan badan.

Cadangan Penambahbaikan

Contoh

Cadangan kepada kajian seterusnya boleh dimulakan dengan soal selidik

terhadap semua warga dalam institut untuk mengenalpasti makanan yang paling

kerap dimakan dan minuman yang paling disukai. Dengan ini jenis dan jumlah

bahan makanan yang dimakan dapat dikenalpasti.

Penambahbaikan terhadap ujian makmal pula boleh ditambahbaik dengan lebih

banyak jenis ujian makanan untuk menentukan lebih banyak lagi bahan yang

terkandung dalam makanan. Masa yang lebih panjang diperuntukkan untuk

memerhati perubahan yang mungkin berlaku terhadap sampel makanan yang

mungkin ada perubahan.

8.0 KESIMPULAN

Sebagai kesimpulannya, minuman berkarbonat dan mi segera mempunyai kesan

buruk kepada kesihatan jika kita tidak bijak memilihnya dan mengambilnya

secara berlebihan atau kerap. Walaupun makanan segera adalah lebih lazat,

tetapi kandungan yang tersembunyi di dalamnya cukup untuk mengundang

206

Page 30: Topik 8-13_PBL (2) sce 3143

penyakit jika kita mengambilnya secara keterlaluan. Ini kerana, terlalu banyak

mengambil makanan yang melebihi keperluan kita juga boleh menyebabkan

masalah kesihatan dan kurang mengambil makanan juga menampilkan kesan

buruk. Justeru, kita sebagai pengguna sepatutnya mampu serta bijak dalam

memilih makanan yang terbaik untuk diri kita .

9.0 RUJUKAN

Chong, K. Y., Thong, K. S., & Nor Mazliana Binti Abdul Hashim. (2012). Sains

Tingkatan 4. Kuala Lumpur: Odonata Publishing Sdn. Bhd.

Dennis, R. L. & Cousin, J. A. (1991). Food dan Baverage. New York: McGraw Hill.

Jamal Khair Hashim & Norani Dato Mohd Othman. (1999). Bahan kimia dalam

makanan kita. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Last, J.M. (1987). Public health & human ecology. Canada: Appletoo & Lange.

Lim, K. C., Yeo, P. C., Cheong, S. L., Susan Chin, S. M., Sherolliza Yabi., Guoh, S.

Ling., & Khairiah Binti Mohamad. (2012). Kimia tingkatan 5. Kuala Lumpur: Pan Asia

Publications Sdn. Bhd.

Liza, A. (2000). Industri Francais. Dewan Ekonomi. 42-43. Kuala Lumpur: Dewan

Bahasa dan Pustaka.

Mah, C. W & Tina Lim, S. Kim. (2006). Total reference: Biology form 4. Petaling Jaya:

Sasbadi Sdn. Bhd.

Mohd Hafizudin Zakaria., Rawaida Rusli & Rozhan Abu Dardak. (2009). Penggunaan

dan kecendurungan pengguna terhadap makanan sejuk beku. Economic and

Technology Management Review. 2(4), 83-93.

Tan, Y.T & Loh W.L. (2005). Exsplorasi Kimia Tingkatan 5. Selangor Darul Ehsan:

Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd.

Wan Nudri Wan Daud & Aminah Abdullah (1996). Kandungan makronutrien di dalam

makanan yang terdapat di kantin sekolah. Bahagian Pemakanan Manusia. 2(1),

66-67.Rendah.

Yee, S. F. (2012). Kimia tingkatan 5. Bangi: Penerbitan Bangi Sdn. Bhd.

207

Page 31: Topik 8-13_PBL (2) sce 3143

8.5 PENUTUP

Pembelajaran berasaskan projek merupakan satu kaedah yang wajar

diketengahkan oleh guru kepada pelajarnya kerana ia berpusatkan pelajar. Kaedah ini

banyak memberi peluang kepada pelajar melaksanakan aktiviti hands-on, minds-on dan

hearts-on dalam mengenalpasti isu dan menyelesaikan masalah dalam disiplin dunia

sebenar.

208

Page 32: Topik 8-13_PBL (2) sce 3143

8.8.3 ISU VI : MENGENALPASTI TAHAP DAN PUNCA PENCEMARAN AIR DI IPG

1.0 PENDAHULUAN

Masalah pencemaran persekitaran merupakan satu isu utama di dunia sekarang.

Jumlah populasi manusia sentiasa bertambah dari hari ke hari dan manusia melakukan

pelbagai aktiviti yang menghasilkan pelbagai pencemar yang boleh menambahkan

pencemaran di persekitaran. Pencemaran yang dihasilkan pada peringkat awal boleh

dibersihkan dengan proses yang sedia ada di alam ini. Tetapi, apabila sampai ke satu

peringkat apabila pencemar dikeluarkan dengan banyaknya, ini menyebabkan proses

pembersihan secara semulajadi menjadi tidak berkesan.

2.0 PERNYATAAN ISU

Berdasarkan bil penggunaan air di IPG, didapati bahawa bacaan meter padu

maksimum bagi penggunaan air di IPG ialah 12582 dalam tahun 2013. Seramai 280

orang pensyarah dan staf sokongan telah menggunakan air pada waktu kerja iaitu

seawal 7.30 pagi hingga 5.00 petang. Pensyarah menggunakan air untuk membasuh

tangan dan semasa berada di tandas. Selain itu, staf sokongan menggunakan air untuk

tujuan membersihkan tandas atau menyiram pokok-pokok. Manakala dalam asrama,

seramai 1050 guru pelatih sepenuh masa berada dalam IPG ini. Masa kuliah bermula

dari 8.00 pagi sehingga 5.00 petang. Dalam masa kuliah ini, terdapat guru pelatih yang

menggunakan air untuk membasuh tangan sebelum dan selepas makan atau selepas

pergi ke tandas. Manakala, kantin juga menggunakan air untuk tujuan membersihkan

bahan atau alatan memasak. Air yang digunakan untuk membasuh tangan, tandas,

membersihkan tandas, memasak dan sebagainya telah menambahkan penggunaan air

dan pada masa yang sama ia juga telah mencemarkan air.

Pemilihan 3 tempat di kawasan IPG iaitu kantin, asrama dan parit besar diharap

sesuai untuk pensampelan bagi melihat tahap pencemaran air di IPG. Hal ini

disebabkan pencemaran air yang berlaku diketiga-tiga kawasan nampak lebih ketara.

209

Page 33: Topik 8-13_PBL (2) sce 3143

3.0 OBJEKTIF PROJEK

1. Menentukan tahap pencemaran air di kawasan IPG iaitu kantin, asrama dan

parit besar berdasarkan skala pH, perubahan warna kertas litmus dan

kekeruhan air.

2. Mengenalpasti punca-punca pencemaran air di kawasan IPG iaitu kantin,

asrama dan parit besar.

4.0 TINJAUAN LITERATUR

4.1 Kualiti Air

Kualiti air merupakan satu gambaran atau tindak balas komposisi air terhadap

segala input sama ada semula jadi atau budaya. Apabila membincangkan tentang

konsep kualiti air, kita selalu mengaitkan dengan kriteria pencemaran air. Kriteria kualiti

air bermaksud satu keperluan saintifik di mana satu keputusan atau pertimbangan

boleh dibuat berdasarkan kesesuaian kualiti untuk menyokong satu kegunaan yang

ditetapkan oleh WHO (World Health Organisation, 1978). Kriteria tertentu perlu untuk

menyediakan asas-asas yang rasional dan saintifik untuk formulasi objektif-objektif

kualiti air serta penggunaan standard-standard kualiti air.

Turk et al. (1974), mendefinisikan kualiti air sebagai tingkat kesesuaian sesuatu

sumber air bagi kegunaan untuk minuman manusia dan haiwan serta berupaya

menampung keperluan seluruh hidupan akuatik yang terdapat dalam lautan, memenuhi

kegunaan pengairan dan juga untuk tujuan rekreasi.

4.2 Pencemaran Air

Pencemaran merujuk kepada sebarang perubahan kualiti alam sekeliling yang

berpunca dari kegiatan manusia yang boleh memudaratkan manusia sendiri dan juga

alam sekitar. Pencemaran air pula bermaksud sebarang unsur yang menyebabkan atau

menggalakkan keadaan tercemar di dalam mana-mana sumber air yang mendatangkan

210

Page 34: Topik 8-13_PBL (2) sce 3143

kesan negatif terhadap sebarang bentuk kegunaan sumber air tersebut (Klein, 1957,

dipetik oleh Aiken et al., 1982)

Menurut Turk et al. (1974), pencemaran air dianggap sebagai sebarang

penambahan benda asing yang tidak diperlukan yang menyebabkan kemerosotan

kualiti air. Sementara itu, sesuatu sumber air juga dikatakan mengalami pencemaran

apabila berlaku sesuatu perubahan secara langsung di dalam kandungan air.

Perubahan yang berpunca daripada kegiatan manusia mengakibatkan ketidaksesuaian

sesuatu sumber air untuk sesuatu tujuan seperti asalnya.

4.3 Kajian Lepas

Kajian yang dijalankan oleh Bahagian Alam Sekitar (1977) menjelaskan bahawa

sebanyak 42 buah lembangan sungai di Semenanjung Malaysia dikategorikan sangat

tercemar, 16 buah sungai sederhana dan 7 buah sungai berada dalam keadaan

terancam. Antara sungai-sungai tersebut ialah Sungai Klang, Sungai Selangor, Sungai

Linggi, Sungai Langat, Sungai Melaka, Sungai Muda, Sungai Juru, Sungai Muar,

Sungai Segamat, Sungai Johor, Sungai Terengganu dan Sungai Kelantan. Kajian yang

dibuat oleh Bahagian Alam Sekitar dalam tahun 1978 dan 1979 melaporkan sebanyak

55% daripada 45 buah lembangan sungai yang menjadi sampel kajian mereka adalah

bersih, 29% kualiti airnya tidak mengalami perubahan dan 14% telah pulih kecuali

Sungai Melaka kualiti air sungainya semakin teruk (Bahagian Alam Sekitar, 1980).

Manakala menurut Jabatan Alam Sekitar Malaysia, 1996, terdapat sebanyak 67 buah

lembangan sungai di Malaysia yang tercemar sehingga tahun 1995.

Penerangan di atas menjelas kepada kita bahawa pencemaran sungai

sememangnya menjadi isu penting dari tahun ke tahun dan penyelesaiannya

memerlukan kesedaran bersama oleh semua pihak.

211

Page 35: Topik 8-13_PBL (2) sce 3143

5.0 KAEDAH

5.1 Responden

Oleh sebab kajian dijalankan di tiga kawasan IPG Kampus, maka, responden

adalah pengguna air di kawasan kampus tersebut. Jadual berikut memaparkan jumlah

pengguna air di ketiga-tiga kawasan tersebut.

Jadual 1: Pengguna Air di IPG Kampus

Pihak Jumlah

Penghuni Asrama 1050

Pensyarah 200

Staf Sokongan 80

5.2 Instrumen Kajian

5.2.1 Pemerhatian

Tiga kawasan dalam IPG dipilih iaitu kantin, asrama dan parit besar. Air dari 3

tempat ini dikumpulkan dalam botol air. Pemerhatian kejernihan/ kekeruhan dan ujian

makmal dengan menggunakan skala pH dan kertas litmus untuk mengkaji dan

mengenalpasti tahap pencemaran air bagi ketiga-tiga tempat ini.

5.2.2 Soal Selidik

Terdapat 12 item dalam soal selidik. Soal selidik ini berbentuk pilihan iaitu

jawapan disediakan bagi setiap item, responden hanya memilih jawapan dengan

membuat tanda (√) dalam petak jawapan yang disediakan. Seramai 40 orang

responden dipilih secara rawak dalam mengisikan borang soal selidik ini iaitu 20 orang

lelaki dan 20 orang perempuan. Antara soalan bagi soal selidik lebih berfokuskan

kepada penggunaan air di IPG.

212

Page 36: Topik 8-13_PBL (2) sce 3143

5.2.3 Temubual

Temubual ini dilaksanakan bertujuan untuk mengumpul maklumat yang lebih

tepat dalam menyokong hujah-hujah yang dibuat. Antara soalan yang dikemukakan

dalam temubual ini adalah seperti berikut:

Responden Soalan yang ditanya

Pengusaha kantin Masa operasi kantin.

Bil air bagi kantin.

Berapa kali memggunakan air untuk membasuh?

Bagaimanakah menguruskan sisa makanan?

Adakah menggunakan sistem penapisan?

Pihak pejabat

asrama

Masa operasi pejabat.

Jumlah bilangan penghuni asrama.

Jumlah bilangan bilik air.

Jumlah bilangan mesin basuh baju.

5.3 Perancangan Tindakan

Tempoh Perkara

Minggu

1

Kerja kursus diedarkan dan diterangkan

Isu, objektif dan instrumen kajian telah ditetapkan.

Sampel air mula dikumpulkan.

Pemerhatian di lapangan dijalankan.

Maklumat yang penting seperti pelbagai jenis, faktor dan kesan

pencemaran mula dikumpulkan.

Minggu

2

Perbincangan maklumat yang dikumpulkan

Sampel air dari kantin, asrama dan parit besar dikumpulkan buat

kali kedua.

Pemerhatian sesi kedua di lapangan dijalankan

213

Page 37: Topik 8-13_PBL (2) sce 3143

Minggu

3

Penyediaan soalan untuk borang soal selidik dan soalan temu

bual

Sampel air dari kantin, asrama dan parit besar telah dikumpulkan

buat kali ketiga.

Pemerhatian lapangan berikutnya dilaksanakan.

Ujian makmal dijalankan dengan menggunakan skala pH, kertas

litmus dan melihat dari aspek kekeruhan atau kejernihan.

Minggu

4

Sesi temu bual dijalankan dengan pengusaha kantin dan pihak

asrama dan borang soal selidik turut dijawab oleh penghuni (guru

pelatih) di asrama.

Pengumpulan kajian-kajian lepas mengenai pencemaran air yang

berlaku di Institut Pengajian yang lain.

Sampel air dari kantin, asrama dan parit besar dikumpulkan buat

kali keempat.

Ujian makmal seterusnya dijalankan untuk beberapa sesi

pensampelan.

Minggu

5

Analisis hasil dapatan dijalankan dan disemak

Mana-mana maklumat yang tidak mencukupi telah

dikumpulkan lagi bagi menyempurnakan lagi kajian bebas

tersebut.

Minggu

6

Penyemakan hasil dapatan buat kali terakhir sebelum seminar

pembentangan dijalankan.

Penambahbaikan dilakukan selepas seminar pembentangan.

Kerja kursus diserahkan kepada pensyarah.

Kami telah melaksanakan tindakan yang dirancangkan dalam enam minggu ini.

Antara tindakan yang dilakukan ialah melaksanakan pemerhatian dan mengumpul

sampel air dari kantin, asrama dan parit besar, mentadbir soal selidik dan membuat

temubual.

214

Page 38: Topik 8-13_PBL (2) sce 3143

Pensampelan

Mengumpul air

di kawasan kantin

Mengumpul air

di kawasan asrama

Mengumpul air

di parit besar

6.0 DAPATAN

Data telah dikumpul melalui tiga cara iaitu pemerhatian, soal selidik dan

temubual untuk mengenalpasti pencemaran air di IPG

Pemerhatian terhadap air yang dikumpulkan di tiga tempat dalam kawasan IPG

dilakukan selama sebulan dan telah dianalisis. Keputusan analisis adalah seperti

berikut.

215

Page 39: Topik 8-13_PBL (2) sce 3143

Minggu & Tarikh dan

Masa Mengumpul

Air

Tempat Skala pH

Air yang

Dikumpul

Perubahan

Warna Kertas

Litmus

Kekeruhan

Minggu 1

(22.08.2013)

4.30 petang

Kantin 4 Biru ke merah Keruh

Asrama 6 Tiada perubahan Keruh

Parit

Besar

7 Tiada perubahan Jernih

Minggu 2

(29.08.2013)

4.30 petang

Kantin 10 Merah ke biru Keruh

Asrama 6 Tiada perubahan Keruh

Parit

Besar

7 Tiada perubahan Jernih

Minggu 3 Kantin 4 Biru ke merah Keruh

216

Page 40: Topik 8-13_PBL (2) sce 3143

(05.09.2013)

4.30 petang

Asrama 6 Tiada perubahan Keruh

Parit

Besar

7 Tiada perubahan Jernih

Minggu 4

(12.09.2013)

4.30 petang

Kantin 4 Biru ke merah Keruh

Asrama 6 Tiada perubahan Keruh

Parit

Besar

7 Tiada perubahan Jernih

217

Page 41: Topik 8-13_PBL (2) sce 3143

7.0 PERBINCANGAN

Berdasarkan pemerhatian dan ujian makmal didapati bahawa air di kawasan

kantin adalah paling banyak dicemari, diikuti dengan air di kawasan asrama dan air di

dalam parit besar.

Daripada soal selidik yang ditadbir kepada 40 pelajar didapati,

1. Punca-punca pencemaran air di dalam asrama ialah,

Masa yang panjang semasa mandi. Cara mandi samada menggunakan

pancuran atau gayung, Tingkahlaku semasa mandi dan penggunaan

pelbagai jenis sabun menyumbang kepada pencemaran air .

Penggunaan pelbagai jenis detergen semasa mencuci baju, cara

menggunakan mesin basuh dengan muatan penuh atau tidak juga

menyumbang kepada kuantiti air tercemar yang dikeluarkan..

2. Punca-punca pencemaran air di kantin ialah,

o Menggunakan air untuk basuh tangan selepas makan dan menggunakan

sabun untuk membersihkan tangan.

o Banyak penghuni makan di kantin, maka pinggan mangkuk yang digunakan

adalah banyak. Pihak pengusaha kantin perlu menggunakan air dan sabun

untuk mencuci pinggan mangkuk

Aktiviti lain yang turut menyumbang adalah cuci kereta, mop lantai, cuci

longkang, siram pokok. Bilangan kereta dalam IPG semakin banyak, dan ramai yang

menggunakan air untuk mencuci kereta dengan cara menggunakan paip air bukannya

mengisikan air dalam baldi untuk mencuci kereta.

218

Page 42: Topik 8-13_PBL (2) sce 3143

Semua warga IPG mempunyai peranan dan tanggungjawab masing-masing

untuk menjaga air dan kurangkan pencemaran air di IPG. Warga perlu sentiasa

menghargai air kerana air merupakan kurniaan Tuhan dan walaupun pada masa kini air

masih dalam harga yang murah, akan tetapi, keadaan ini tidak akan berkekalan

sekiranya manusia terus mencemarkannya. Ini disebabkan kos yang tinggi perlu

digunakan untuk membeli bahan kimia atau alatan untuk merawat air yang telah

dicemari. Kesannya, warga perlu membayar lebih mahal untuk mendapatkan air bersih.

Demi kesihatan diri, demi hidupan akuatik dan demi generasi muda kami, bersama-

samalah kami mengurangkan kes pencemaran air.

8.0 KESIMPULAN

Tahap pencemaran air paling tinggi adalah di kantin, diikuti pencemaran di

asrama dan di parit besar tahap pencemaran adalah paling rendah. Di antara punca

pencemaran yang utama telah dikenalpasti adalah penggunaan sabun dan bahan

pencuci pakaian. Kuantiti air yang tercemar dipengaruhi oleh aktiviti mandi, cuci

pakaian, cuci kenderaan dan aktiviti membersihkan kawasan lantai persekitaran.

Air adalah kurniaan Tuhan yang amat berharga dan menjadi kewajipan untuk

semua benda hidup di dunia yang penuh dengan cabaran ini. Ciri-ciri istimewa air ialah

percuma, mudah diperolehi, tidak habis digunakan dan amat berguna untuk

menjalankan kehidupan seharian. Air turut memainkan peranan dalam memastikan

proses-proses seperti respirasi, fotosintesis, kitaran air dapat berjalan dengan lancar

kerana proses-proses tersebut amat penting dalam menjamin kesinambungan alam dan

kehidupan di bumi kita. Malangnya, kebanyakan manusia tidak prihatin dan peka akan

kepentingan sumber air yang mengalir dari hulu ke hilir di bumi kita. Ramai yang

menyatakan bahawa air penting untuk semua benda hidup tetapi kelakuan dan

pemikiran mereka tidak menunjukkan sikap mereka dalam memelihara dan memulihara

sumber air.

219

Page 43: Topik 8-13_PBL (2) sce 3143

9.0 RUJUKAN

Ambasht, R.S. & Ambast, P.K. (2005).Environment And Pollution. New Delhi: CBS

Publishers & Distributors.

Choong, C.H., Quek, Y.H., Chla, L.T., Choo, Y.T. & Sivajolthi a/p V.Kathirasou.

(1999). Biologi Fokus Jingga SPM. Selangor: Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.

Gan, W.Y., Manoharan a/l Subramaniam & Azmah Bt. Rajion.(2011). Biologi Tingkatan

4. Petaling Jaya: Bakaprep Sdn. Bhd.

Hamidi Abdul Aziz. (2008). PencemaranBunyi (Teori, Sumber, Perundangan dan

Kawalan). Pulau Pinang: Penerbit Universiti Sains Malaysia.

Hamidi Ismail & Tuan Pah Rokiah Syed Hussain.(2006). Isu-isu Pengurusan Alam

Sekitar. Sintok: Penerbit Universiti Utara Malaysia.

Harris, F. (2004).Global Environment Issues. England: John Wiley & Sons, Ltd.

Morgan, S.M. &Vesilind, P.A. (2004). Introduction to Environment Engineering. United

State: Thomsom Brooks Cole.

Pusat Perkembangan Kurikulum. (1986). Penghijauan Sekolah.Petaling Jaya: World

Wide Fund For Nature Malaysia.

Stidworthy, J. (1994). PencintaAlam. Shah Alam: Federal Publications Sdn .Bhd.

Sowry, J. (1982). Looking at Water. London: Batsford Academics and Educational Ltd.

London.

Zaini Ujang. (2000). . Kuala Lumpur: Dewan Bahasa danPustaka.

220

Page 44: Topik 8-13_PBL (2) sce 3143

Laman Web

Jenis-jenis Pencemaran Di Malaysia Tarikh: 20 Ogos 2013

http://www.jomria.com/2012/03/jom-ketahui-5-jenis-jenis-pencemaran.html

Tajuk: PencemaranTarikh: 22 Ogos 2013 Masa: 1200

http://ingr97.wordpress.com/2011/09/10/pencemaran-alam-sekitar-buku-

skrap/

Tajuk: Isu-isu Pencemaran Air Di Malaysia Tarikh: 23 Ogos 2013 Masa: 1000

http://guruselamanya.wordpress.com/2011/01/20/punca-punca-berlakunya-pencemaran-

air/

Tajuk: Bahan Kimia Dalam Air Yang TercemarTarikh: 11 Sept 2013 Masa: 1632

http://www.penapisrx-water.com/pencemaran-air-di-malaysia/

Tajuk: BeritaMengenaiPuncaPencemaran Air Tarikh: 15 Sept 2013 Masa: 1209

http://www.konsumerkini.net.my/v1/index.php/berita-terkini/alam-sekitar/570-punca-

pencemaran-air

Tajuk: BeritaMengenai Cara Merawat Air Tarikh: 17 Sept 2013 Masa: 1430

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?

y=2009&dt=0611&pub=Utusan_Malaysia&sec=Sains_%26_Teknologi&pg=st_02.htm

221