waj 3116 bmk 2

Upload: mohamad-haris

Post on 03-Apr-2018

249 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 7/28/2019 WAJ 3116 BMK 2

    1/80

    MODUL

    PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU (PPG)

    MOD PENDIDIKAN JARAK JAUH

    WAJ 3116

    BAHASA MELAYUKOMUNIKATIFII

    INSTITUT PENDIDIKAN GURUKEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

    ARAS 1, ENTERPRISE BUILDING 3,BLOK 2200, PERSIARAN APEC,CYBER 6, 63000 CYBERJAYA

    Berkuat kuasa pada Jun 2011

    IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN DENGAN KEPUJIAN

  • 7/28/2019 WAJ 3116 BMK 2

    2/80

    i

    Falsafah Pendidikan Kebangsaan

    Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arahmemperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruhdan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang danharmonis dari segi intelek, rohani, emosi, dan jasmaniberdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usahaini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmupengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia,bertanggungjawab, dan berkeupayaan mencapai kesejahteraandiri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dankemakmuran keluarga, masyarakat, dan negara.

    Falsafah Pendidikan Guru

    Guru yang berpekerti mulia, berpandangan progresif dansaintifik, bersedia menjunjung aspirasi negara serta menyanjungwarisan kebudayaan negara, menjamin perkembangan individu,

    dan memelihara suatu masyarakat yang bersatu padu,demokratik, progresif, dan berdisiplin.

    Cetakan J un 2011Kementerian Pelajaran Malaysia

    Hak cipta terpelihara. Kecuali untuk tujuan pendidikan yang tidakada kepentingan komersial, tidak dibenarkan sesiapamengeluarkan atau mengulang mana-mana bahagian artikel,ilustrasi dan kandungan buku ini dalam apa-apa juga bentuk dandengan apa-apa cara pun, sama ada secara elektronik, fotokopi,mekanik, rakaman atau cara lain sebelum mendapat izin bertulisdaripada Rektor Institut Pendidikan Guru, Kementerian PelajaranMalaysia.

  • 7/28/2019 WAJ 3116 BMK 2

    3/80

    ii

    Cetakan J un 2011Institut Pendidikan GuruKementerian Pelajaran Malaysia

    MODUL PEMBELAJARAN INI DIEDARKAN UNTUK KEGUNAANPELAJAR-PELAJAR YANG BERDAFTAR DENGAN INSTITUTPENDIDIKAN GURU, KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA BAGIMENGIKUTI PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU (PPG) IJAZAH

    SARJANA MUDA PERGURUAN.

    MODUL PEMBELAJARAN INI HANYA DIGUNAKAN SEBAGAI BAHANPENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BAGI PROGRAM-PROGRAMTERSEBUT.

  • 7/28/2019 WAJ 3116 BMK 2

    4/80

    Falsafah Pendidikan Kebangsaan

    Falsafah Pendidikan Guru

    Panduan Pelajar

    Pengenalan

    Tajuk Pembelajaran

    Tajuk 1 Komunikasi Bertulis

    1.0 Sipnosis

    1.1 Hasil Pembelajaran

    1.2 Kerangka Tajuk

    1.3 Kandungan Isi

    Konsep

    Bentuk

    Kesantunan dalam komunikasi bertulis

    Tajuk 2 Aktiviti Penulisan Berformat

    2.0 Sipnosis2.1 Hasil Pembelajaran

    2.2 Kerangka Tajuk

    2.3 Kandungan Isi

    Memo

    Minit Mesyuarat

    Surat Rasmi dan Surat Tidak Rasmi

    Teks Ucapan

    Pengumuman

    Temu Bual

    Teks Pengacaraan Majlis

    Laporan

    Rencana

    Karya Kreatif

    KANDUNGAN MUKA SURAT

  • 7/28/2019 WAJ 3116 BMK 2

    5/80

    ii

    Tajuk 3 Komunikasi Lisan

    2.2 Sipnosis

    2.3 Hasil Pembelajaran

    2.2 Kerangka Tajuk

    2.3 Kandungan Isi

    Konsep

    Bentuk

    Halangan

    Kesantunan dalam Komunikasi Lisan

    Komunikasi Interpersonal

    Komunikasi Intrapersonal

    Komunikasi dalam Urusan Rasmi dan Tidak Rasmi

    Komunikasi di Media Elektronik

    Tajuk 4 Aktiviti Lisan

    2.4 Sipnosis

    2.5 Hasil Pembelajaran

    2.2 Kerangka Tajuk

    2.3 Kandungan Isi

    Ucapan

    Pengumuman

    Pengacaraan Perbengkelan

    Mesyuarat

    Forum

    Perbahasan

    Syarahan

    Pidato

    Ceramah

    Taklimat

    Bibliografi

    Panel Penulis Modul

    Ikon Modul

  • 7/28/2019 WAJ 3116 BMK 2

    6/80

    vi

    PENGENALAN

    Modul pembelajaran ini disediakan untuk membantu anda menguruskan

    pembelajaran anda agar anda boleh belajar dengan lebih berkesan. Anda mungkin

    kembali semula untuk belajar secara formal selepas beberapa tahun

    meninggalkannya. Anda juga mungkin tidak biasa dengan mod pembelajaran arah

    kendiri ini. Modul pembelajaran ini memberi peluang kepada anda untuk

    menguruskan corak pembelajaran, sumber-sumber pembelajaran, dan masa anda.

    PEMBELAJARAN ARAH KENDIRI

    Pembelajaran arah kendiri memerlukan anda membuat keputusan tentangpembelajaran anda. Anda perlu memahami corak dan gaya pembelajaran anda.

    Adalah lebih berkesan jika anda menentukan sasaran pembelajaran kendiri dan aras

    pencapaian anda. Dengan cara begini anda akan dapat melalui kursus ini dengan

    mudah. Memohon bantuan apabila diperlukan hendaklah dipertimbangkan sebagai

    peluang baru untuk pembelajaran dan ia bukannya tanda kelemahan diri.

    Modul ini ditulis dalam susunan tajuk. J angka masa untuk melalui sesuatu tajuk

    bergantung kepada gaya pembelajaran dan sasaran pembelajaran kendiri anda.

    Latihan-latihan disediakan dalam setiap tajuk untuk membantu anda mengingat

    semula apa yang anda telah pelajari atau membuatkan anda memikirkan tentang

    apa yang anda telah baca. Ada di antara latihan ini mempunyai cadangan jawapan.

    Bagi latihan-latihan yang tiada cadangan jawapan adalah lebih membantu jika anda

    berbincang dengan orang lain seperti rakan anda atau menyediakan nota untuk

    dibincangkan semasa sesi tutorial. Anda boleh berbincang dengan pensyarah, tutor

    atau rakan anda melalui email jika terdapat masalah berhubung dengan modul ini.

    Anda akan mendapati bahawa ikon digunakan untuk menarik perhatian andaagar pada sekali imbas anda akan tahu apa yang harus dibuat. Lampiran A

    menerangkan kepada anda makna-makna ikon tersebut.

    PANDUAN PELAJAR

  • 7/28/2019 WAJ 3116 BMK 2

    7/80

    vii

    Anda juga diperlukan untuk menyediakan tugasan berdasarkan soalan yang

    akan diberikan oleh tutor anda. Hasilkanlah tugasan yang berkualiti dengan merujuk

    pelbagai bahan bacaan yang sesuai.

    SASARAN KURSUS

    Pelajar Sarjana Muda Perguruan dengan Kepujian yang mendaftar dengan Institut

    Pendidikan Guru, Kementerian Pelajaran Malaysia (IPG KPM) di bawah Program

    Pensiswazahan Guru (PPG).

    JAM PEMBELAJARAN PELAJAR (JPP)

    Berdasarkan standard IPG KPM yang memerlukan pelajar mengumpulkan 40 jam

    pembelajaran bagi setiap jam kredit. Anggaran peruntukan jam pembelajaran adalah

    seperti dalam Jadual 1:

    * Latihan amali akan dijalankan pada hari Ahad atau melalui kursus intensif.

    Aktiviti-aktiviti Pembelajaran

    Agihan J am pembelajaran

    Mengikut Kredit Kursus

    3 Kredit 2 Kredit 1 Kredit

    Tanpa

    Amali

    (3+0)

    Ada

    Amali

    (2+1)

    (1+2)

    (0+3)

    Tanpa

    Amali

    (2+0)

    Ada

    Amali

    (1+1)

    (0+2)

    Tanpa

    Amali

    (1+0)

    Ada

    Amali

    (0+1)

    Membaca modul

    pembelajaran dan

    menyiapkan latihan /

    tugasan terarah / amali

    70 60 70 62 70 65

    Menghadiri kelas interaksi

    bersemuka (5 kali)10 10 5 5 5 5

    Latihan Amali* - 10 - 8 - 5

    Perbincangan Atas Talian 7 7 5 5 5 5

    Kerja Kursus 20 20 20 20 15 15Ulangkaji 10 10 10 10 5 5

    Amali/Peperiksaan 2 2 2 2 2 2

    J umlah J am Pembelajaran 120 80 40

  • 7/28/2019 WAJ 3116 BMK 2

    8/80

    viii

    SUSUNAN TAJUK MODUL

    Modul ini ditulis dalam susunan tajuk. J angka masa untuk melalui sesuatu tajuk

    bergantung kepada gaya pembelajaran dan sasaran pembelajaran kendiri anda.

    Latihan-latihan disediakan dalam setiap tajuk untuk membantu anda mengingat

    semula apa yang anda telah pelajari atau membuatkan anda memikirkan tentangapa yang anda telah baca. Ada di antara latihan ini mempunyai cadangan jawapan.

    Bagi latihan-latihan yang tiada mempunyai cadangan jawapan adalah lebih

    membantu jika anda berbincang dengan orang lain seperti rakan anda atau

    menyediakan sesuatu nota untuk dibincangkan semasa sesi tutorial. Anda boleh

    berbincang dengan pensyarah, tutor atau rakan anda melalui email jika terdapat

    masalah berhubung dengan modul ini.

    IKON

    Anda akan mendapati bahawa ikon digunakan untuk menarik perhatian anda agar

    pada sekali imbas anda akan tahu apa yang harus dibuat.

    PEPERIKSAAN DAN PENTAKSIRAN

    Anda juga diperlukan untuk menduduki peperiksaan bertulis pada akhir kursus.

    Tarikh dan masa peperiksaan akan diberitahu apabila anda mendaftar. Peperiksaan

    bertulis ini akan dilaksanakan di tempat yang akan dikenal pasti.

    Soalan peperiksaan akan meliputi semua tajuk dalam modul pembelajaran dan juga

    perbincangan.

    Tip untuk membantu anda melalui kursus ini.

    1. Cari sudut pembelajaran yang sunyi agar anda boleh meletakkan buku dandiri anda untuk belajar. Buat perkara yang sama apabila anda pergi keperpustakaan.

    2. Peruntukkan satu masa setiap hari untuk memulakan dan mengakhiripembelajaran anda. Patuhi waktu yang diperuntukkan itu. Setelah membacamodul ini teruskan membaca buku-buku dan bahan-bahan rujukan lain yangdicadangkan.

    3. Luangkan sebanyak masa yang mungkin untuk tugasan tanpa mengirasasaran pembelajaran anda.

    4. Semak dan ulangkaji pembacaan anda. Ambil masa untuk memahamipembacaan anda.

  • 7/28/2019 WAJ 3116 BMK 2

    9/80

    ix

    5. Rujuk sumber-sumber lain daripada apa yang telah diberikan kepada anda.Teliti maklumat yang diterima.

    6. Mulakan dengan sistem fail agar anda tahu di mana anda menyimpan bahan-bahan yang bermakna.

    7. Cari kawan yang boleh membantu pembelanjaran anda.

  • 7/28/2019 WAJ 3116 BMK 2

    10/80

    1. Penerangan Ringkas Kursus

    Kursus WAJ 3116 iaitu Bahasa Melayu Komunikatif II (Communicative Malay

    Language II) merupakan kursus wajib dan ditawarkan kepada pelajar Sarjana

    Muda Perguruan dengan Kepujian yang mendaftar dengan Institut Pendidikan

    Guru, Kementerian Pelajaran Malaysia (IPG KPM) di bawah Program

    Pensiswazahan Guru (PPG).

    2. Tajuk Pilihan

    Modul ini mengandungi empat tajuk, iaitu:

    2.1 Komunikasi Bertulis

    2.2 Aktiviti Penulisan Berformat

    2.3 Komunikasi Lisan

    2.4 Aktiviti Lisan

    3. Keperluan kursus ( Nature of Subject)

    3.1 Kredit : 2(2+0)

    3.2 J am Interaksi : 30 jam

    3.3 Bahasa Pengantar : Bahasa Melayu

    3.4 Prasyarat : Tiada

    3.5 Semester : Satu/Dua

    3.6 Penilaian : Kerja Kursus (100%)

    4. Bahan sokongan

    4.1 Rujukan Asas

    Asmah Haji Omar.(2000). Wacana, Perbincangan, Perbahasan danPerundingan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

    Abdull Sukor Shaari, Nuraini Yusoff, Mohd Isha Awang. (2003). BahasaMelayu Komunikasi. Kuala Lumpur: PTS Publications & DistributorsSdn. Bhd.

    PENGENALAN

  • 7/28/2019 WAJ 3116 BMK 2

    11/80

    Nik Safiah Karim et.al. (2008). Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga.Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

    4.2 Rujukan Tambahan

    Ab. Rahman Ab. Rashid, Yap Kim Fatt. (1997). Bahasa MelayuKomunikasi 1. Kuala Lumpur: Longman.

    Abdullah Hassan. (1987). Isu-isu Perancangan Bahasa: PengintelektualanBahasa Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

    Awang Sariyan. (2007). Santun Berbahasa. Kuala Lumpur: Dewan Bahasadan Pustaka.

    Awang Sariyan. (2004). Tuntunan Bahasa:Asas Pegangan Pelajar.

    Petaling J aya: Pearson Malaysia Sdn. Bhd.

    Dewan Bahasa dan Pustaka. (1984). Pedoman Umum Ejaan Rumi BahasaMelayu. Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka.

    Henry Guntur Tarigan. (1995). Pengajaran Wacana. Kuala Lumpur: DewanBahasa dan Pustaka.

    Noriati A.Rashid. (2005). Kesantunan Orang Melayu dalam MajlisPertunangan.Tanjung Malim: Penerbit Universiti Pendidikan SultanIdris.

    5. Maklumat tentang aktiv iti atau latihan.

    Anda dikehendaki membuat semua aktiviti yang disarankan dalam setiapbab. Tujuannya supaya pemahaman anda bertambah jelas. Lakukanpembelajaran sendiri atau bersama rakan-rakan.

    Catat semua isi penting yang diperoleh menerusi pencarian di internet,buku, jurnal dan akhbar dalam bentuk peta minda dan berbincanglahdengan pensyarah anda .

  • 7/28/2019 WAJ 3116 BMK 2

    12/80

    Kod & Nama Kursus: WAJ 3116 BAHASA MELAYU KOMUNIKATIF II

    Kandungan modul ini dibahagi kepada empat (4) tajuk / topik. Jadual di bawah

    menjelaskan agihan tajuk-tajuk untuk interaksi bersemuka atau pembelajaran melalui

    modul.

    AGIHAN TAJUK

    INTERAKSI TAJUK/TOPIK

    JUMLAH JAM

    MENGIKUT

    PRO FORMA

    KURSUS

    1

    Komunikasi Bertulis

    Konsep

    Bentuk

    Kesantunan dalam Komunikasi Bertulis

    Aktiviti Penulisan Berformat

    Memo

    Minit Mesyuarat

    Surat Rasmi dan Surat Tidak Rasmi Teks Ucapan Pengumuman

    2

    Aktiviti Penulisan Berformat Temu bual Teks Pengacaraan Majlis Laporan Rencana Karya Kreatif

    Komunikasi Lisan

    Konsep

    Bentuk

    Halangan

    3

    Kesantunan dalam komunikasi Lisan.Komunikasi Interpersonal dan IntrapersonalKomunikasi dalam Urusan Rasmi dan Tidak RasmiKomunikasi di media elektronik.

  • 7/28/2019 WAJ 3116 BMK 2

    13/80

    INTERAKSI TAJUK/TOPIK

    JUMLAH JAM

    MENGIKUT

    PRO FORMA

    KURSUS

    4

    Aktiviti Lisan

    Ucapan

    Pengumuman

    Pengacaraan

    Perbengkelan

    Mesyuarat

    5

    Aktiviti Lisan

    Forum

    Perbahasan

    Syarahan Pidato

    Ceramah

    Taklimat

    J UMLAH

  • 7/28/2019 WAJ 3116 BMK 2

    14/80

    WAJ 3116 BAHASA MELAYU KOMUNIKATIF II

    TAJUK 1 KOMUNIKASI BERTULIS

    SINOPSIS

    Tajuk 1 menjelaskan perihal komunikasi bertulis dalam Bahasa Melayu

    kepada pelajar, iaitu konsep, bentuk dan kesantunan komunikasi bertulis.

    Turut dijelaskan aktiviti penulisan berformat serta contoh-contoh aktiviti.

    HASIL PEMBELAJARAN

    Pada akhir tajuk ini, anda seharusnya dapat:

    1. menjelaskan konsep dan bentuk komunikasi bertulis;

    2. mengaitkan kesantunan dalam komunikasi bertulis;

    3. menyatakan jenis-jenis aktiviti penulisan berformat.

    KERANGKA TAJUK-TAJUK

  • 7/28/2019 WAJ 3116 BMK 2

    15/80

    WAJ 3116 BAHASA MELAYU KOMUNIKATIF II

    KANDUNGAN ISI

    Pengenalan

    Komunikasi bertulis ialah kegiatan merakamkan idea dan pendapat dalam

    bentuk lambang-lambang tulisan untuk dibaca atau digunakan pada masa

    akan datang. Kegiatan seperti ini boleh dilakukan secara spontan atau

    dibuat dalam bentuk yang dirancang. Berbanding dengan komunikasi

    lisan yang lebih mudah dan ringkas, komunikasi bertulis melibatkan

    beberapa faktor. Selain isi yang hendak dibicarakan, komunikasi ini juga

    melibatkan kriteria tertentu seperti pemilihan kata yang sesuai, laras

    bahasa, gaya persembahan, bentuk penyampaian, format dan

    pengolahan yang menarik.

    Bahasa merupakan aspek penting dalam komunikasi bertulis.

    Penulis perlu menggunakan bahasa dalam berbagai-bagai cara mengikut

    jenis teks dan konteks yang sesuai serta tidak melakukan sebarang

    kesalahan yang akan mencacatkan teks atau majlis yang berkaitan.

    Penulis harus menjaga diri supaya sentiasa dapat mematuhi sistem

    bahasa, laras dan format yang ditetapkan.

    Pengolahan teks yang sempurna perlu mempunyai kesepaduan,kesinambungan, ketertiban dan pertalian; baik dari segi bahasa mahupun

    pemerengganan. J usteru, hal ini dapat membantu penulis memberikan

    gambaran yang lebih jelas dan menggerakkan daya fikir serta kefahaman

    pembaca atau khalayak dengan lebih baik.

    Fakta yang sempurna mempunyai nilai kesahan dan

    kebolehpercayaan yang tinggi. Pandangan dan pendapat yang

    berasaskan prinsip, falsafah, ideologi dan teori tertentu juga merupakan

    sumber yang dapat digunakan sebagai fakta. Perkara yang penting ialah

    fakta itu jelas, bermutu, dapat dibuktikan, logik dan disampaikan secara

    mudah dan penuh bertanggungjawab.

  • 7/28/2019 WAJ 3116 BMK 2

    16/80

    WAJ 3116 BAHASA MELAYU KOMUNIKATIF II

    Definisi dan Konsep Komunikasi

    Perkataan komunikasi berasal daripada bahasa Latin communiatus

    yang bereri berkongsi sesuatu. Daripada pengertian ini jelas menunjukkan

    bahawa ada perkongsian untuk mewujudkan satu presefahaman dalamkomunikasi. Komunikasi merupakan proses pengiriman maklumat,

    pemikiran, sikap, atau emosi daripada seseorang dengan menggunakan

    simbol-simbol seperti yang dikemukakan oleh Theodorson & Theodorson

    (1969).

    Pengertian konsep komunikasi daripada perspektif pentebaran

    amat mudah dan dangkalpentebaran amat mudah dan dangkal kerana

    tidak memberikan pertimbangan kepada penilaian si penerima dan lebih

    bersifat sehala. Definisi yang lebih menumpu kepada komunikasi yang

    berkesan memberikan penekanan kepada perkongsian makna dan

    maklum balas. Daripada pelbagai definisi yang diberikan, jelas

    menunjukkan bahawa komunikasi ialah satu pemindahan maklumat, idea,

    dan emosi oleh penyampai kepada penerima melalui pelbagai saluran

    dengan tujuan mencapai persamaan makna.

    Komunikasi yang tidak berkesan membawa banyak masalah dalam

    masyarakat. Gejala keruntuhan institusi rumah tangga, kadar kegagalan

    penguasaan 3M yang tinggi dalam kalangan murid dan pelbagai masalah

    lagi sedikit sebanyak dapat ditangani sekiranya komunikasi berkesan

    sentiasa tercapai.

  • 7/28/2019 WAJ 3116 BMK 2

    17/80

    WAJ 3116 BAHASA MELAYU KOMUNIKATIF II

    Tutorial

    Bincangkan bentuk komunikasi

    Latihan 1

    Bincangkan bentuk dan konsep komunikasi

  • 7/28/2019 WAJ 3116 BMK 2

    18/80

    WAJ 3116 BAHASA MELAYU KOMUNIKATIF II

    Perbincangan

    Definisi komunikasi mengikut pandangan tokoh

    Latihan 1

    Bincangkan bentuk dan konsep komunikasi

    Definisi Komunikasi

    satu proses perpindahan maklumat, perasaan, idea, danfikiran seseorang individu kepada individu lain

    Berasal daripada bahasa Latin communicatus yangbermaksud berkongsi sesuatu.

  • 7/28/2019 WAJ 3116 BMK 2

    19/80

    WAJ 3116 BAHASA MELAYU KOMUNIKATIF II

    Kesantunan Dalam Komunikasi

    Kesantunan bahasa bererti kesopanan dan kehalusan dalam

    menggunakan bahasa ketika berkomunikasi sama ada melalui lisan atau tulisan

    kepada orang yang dihormati, orang yang setaraf dengan kita atau orang yang

    lebih rendah kedudukannya daripada kita (Amat J uhari Moin, 1972).

    Sebarang bentuk komunikasi seperti memo, surat kiriman, syarahan,

    laporan yang tidak menggunakan bahasa yang sesuai dan kena pada tempatnya

    menggambarkan sikap tidak menghormati perasaan orang yang menerimanya.

    Kesilapan yang kerap berlaku terutama penggunaan panggilan nama peribadi

    atau kata ganti nama dalam situasi komunikasi formal.

    Latihan 2

    Bincangkan aspek kesantunan dalam komunikasi.

    Komunikasi

  • 7/28/2019 WAJ 3116 BMK 2

    20/80

    WAJ 3116 BAHASA MELAYU KOMUNIKATIF II

    Tutorial

    Bincangkan ciri-ciri komunikasi

    Membuat nota tentang ciri -ciri komunikasi.

    Layari Internet

  • 7/28/2019 WAJ 3116 BMK 2

    21/80

    WAJ 3116 BAHASA MELAYU KOMUNIKATIF II

    Rehat

    Tamat

  • 7/28/2019 WAJ 3116 BMK 2

    22/80

    WAJ 3116 BAHASA MELAYU KOMUNIKATIF II

    IKON

    Rehat

    Perbincangan

    Bahan Bacaan

    Buku Rujukan

    Latihan

    Membuat Nota

    Senarai Semakan

    Layari Internet

    Panduan Pengguna

    Mengumpul Maklumat

    Tutorial

    Memikir

  • 7/28/2019 WAJ 3116 BMK 2

    23/80

    WAJ 3116 BAHASA MELAYU KOMUNIKATIF II

    Tamat

  • 7/28/2019 WAJ 3116 BMK 2

    24/80

    WAJ 3116 BAHASA MELAYU KOMUNIKATIF II

    TAJUK 2 AKTIVITI PENULISAN BERFORMAT

    SINOPSIS

    Tajuk 2 menjelaskan perihal aktiviti penulisan berformat serta contoh-

    contoh aktiviti komunikasi bertulis dalam Bahasa Melayu kepada pelajar.

    HASIL PEMBELAJARAN

    Pada akhir tajuk ini, anda seharusnya dapat:

    1. menyatakan jenis-jenis aktiviti penulisan berformat;

    2. ;

    3.

    KERANGKA TAJUK-TAJUK

    AKTIVITI PENULISAN BERFORMAT

    TEMUBUAL

    JenisjenisTemuBual

    FormatTemuBual

    ContohTemuBual

    MEMO

    CiriciriMemo

    FormatdanContohMemo

    SURATRASMIDANTIDAKRASMI

    Jenisjenis

    FormatSurat

    ContohSurat

    TEKSUCAPAN

    JenisjenisTeksUcapan

    FormatTeksUcapan

    ContohTeks

    Ucapan

    PENGUMUMAN

    JenisjenisPengumuman

    FormatPengumuman

    ContohPengumuman

    MINITMESYUARAT

    JenisjenisMesyuarat

    FormatMinitMesyuarat

    Contohminitmesyuarat

    TEKSPENGACARAANMAJLIS

    JenisjenisPengacaraanMajlis

    FormatTeksPengacaraanMajlis

    ContohTeksPengacaraanMajlis

    LAPORAN

    JenisjenisLaporan

    FormatLaporan

    ContohLaporan

  • 7/28/2019 WAJ 3116 BMK 2

    25/80

    WAJ 3116 BAHASA MELAYU KOMUNIKATIF II

    KANDUNGAN ISI

    Pengenalan...............

    .......

    1. Memo

    Memo merupakan singkatan kepada memorandum, iaitu alat

    komunikasi bertulis dalam jabatan sendiri untuk berhubung secara

    rasmi. Memori juga sejenis surat atau disebut sebagai surat edaran

    dalaman atau kegunaan dalaman. J ustru, memo ialah catatan yang

    disampaikan dalam kalangan kakitangan disesebuah institusi atau

    organisasi. Isi kandungan memo ringkas, bentuknya tidak terlalu

    formal dan mempunyai catatan ,salinan kepada, contohnaa salinan

    kepada ketua jabatan. Memo juga tidak terikat pada sesuatu bentuk

    tertentu seperti surat rasmi, malahan ada memo yang tersedia dalam

    bentuk borang

    Tujuan memo

    Memberi maklumat dan fakta Mencadangkan tindakan yang perlu dilakukan Menghuraikan sesuatu prosedur atau tindakan

    Ciri Memo

    Maklumat yang hendak disampaikan hendaklah jelas Terus kepada maksud Isi kandungan hendaklah ringkas, tepat dan padat Memo juga hendaklah lengkap dengan nombor rujukan, tarikh,

    perkara, tandatangan dan sebagainya. Secara umumnya, beberapa ciri tertentu yang terdapat pada

    surat rasmi boleh juga diaplikasikan untuk penulisan memo.

  • 7/28/2019 WAJ 3116 BMK 2

    26/80

    WAJ 3116 BAHASA MELAYU KOMUNIKATIF II

    Bentuk Memo

    Dari segi kaedah penulisannya, tidak terikat dengan sesuatu bentuk

    yang tertentu seperti surat rasmi. Memo boleh ditulis dalam bentuk boring

    dan boleh juga dalam bentuk surat. Hal ini terpulanglah kepada jabatan

    masing-masing. Pada umumnya memo ini boleh dibahagikan kepada dua

    bentuk, iaitu bentuk borang dan bentuk terbuka.

    Memo Bentuk Borang

    Memo jenis ini semua tajuk dan maklumat yang diperlukan telah

    dicatat dalam borang. Penulis hanyak perlu, sarna ada mengisi atau

    menandakan sahaja pada ruang yang telah disediakan. Di samping itu,

    disediakan juga ruang kosong untuk catatan tambahan jika perlu.

    Memo Bentuk Terbuka

    Terdapat juga memo bentuk terbuka. Memo bentuk ini samalah

    seperti surat tetapi ada antara jabatan yang telah membuat reka

    bentuknya ynag tersendiri bagi tujuan memudahkan urusan.

    Bahasa MemoGaya bahasa yang digunakan untuk menulis memo berbeza

    dengan gaya penulisan surat rasmi. Memo lebih memberi tumpuan

    kepada isi yang hendak disampaikan. Oleh sebab itu, bahasa yang

    digunakan seharusnya:

    ringkas, padat dan jelas

    Lembut dan berdiplomasi

    Tidak menimbulkan sikap negatif kepada pembaca

    Tidak menimbulkan prasangka.

    Elakkan daripada membuat teguran berbentuk negatif.

  • 7/28/2019 WAJ 3116 BMK 2

    27/80

    WAJ 3116 BAHASA MELAYU KOMUNIKATIF II

    Langkah Menulis Memo

    Merancang:

    Tujuan penulisan memo tersebut

    Mengenal pasti siapakah sasaran Apa yang diharapkan Apakah reaksi pembaca apabila membaca memo tersebut

    Menulis

    Menepati tujuannya Gunakan bahasa yang ringkas, jelas dan lembut Satu isi satu perenggan

    Menyemak

    Maklumatnya adakah tepat dan betul Tidak menuimbulkan sikap negatif pembaca Konstruktif

    Perbincangan

    Membuat Nota

    2. Minit Mesyuarat

    Minit mesyuarat merupakan satu rekod bertulis tentang perkara-

    perkara yang dibincangkan di dalam sesuatu mesyuarat. Minit mesyuarat

    penting kerana akan dijadikan sumber rujukan pada masa hadapan.

    Semasa mesyuarat di adakan, segala keputusan yang diambil akan

    dicatatkan oleh setiausaha, manakala perbincangan yang meleret-leret

    tidak akan dicatat dalam minit. Tegasnya, menulis minit mesyuarat

    menjadi tugas setiausaha yang dilantik dan beliau juga

    bertanggungjawab untuk mengedarkan minit mesyuarat kepada ahli-ahli.

    Draf minit mesyuarat yang telah ditulis oleh setiausaha hendaklah

    diserahkan untuk semakan Pengerusi dalam masa tiga hari. Minit

  • 7/28/2019 WAJ 3116 BMK 2

    28/80

    WAJ 3116 BAHASA MELAYU KOMUNIKATIF II

    mesyuarat sebenar pula biasanya diedarkan kepada ahli yang terlibat

    selewat-lewatnya tujuh hari selepas mesyuarat.

    Mesyuarat dihadiri oleh individu yang mendapat jemputan sahaja.

    J emputan dbuat secara rasmi melalui surat panggilan mesyuarat.

    Mesyuarat yang diadakan oleh sesuatu jabatan mempunyai tujuan

    tertentu, antaranya:

    Bertukar-tukar fikiran antara ahli

    Mendapatkan idea-idea baharu

    Memberikan dan mendapatkan maklumat daripada pelbagai

    pihak

    Mencari penyelesaian kepada masalah bersama dan

    mendapatkan persetujuan untuk bertindak atau

    melaksanakan sesuatu perkara

    Dalam hal ini minit mesyuarat merupak dokuman yang melaporkan

    perkara yang berlaku dalam mesyuarat itu, iaitu agenda mesyuarat,

    catatan keputusan perbincangan, dan tindakan susulan yang perlu diambil

    oleh pihak tertentu berdasarkan persetujuan ahli-ahli yang menyertai

    mesyuarat.

    Jenis Mini t Mesyuarat

    Berdasarkan kepada keperluan minit mesyuarat dapat dibahagikan

    kepada kepada beberapa jenis:

    Mesyuarat Jawatankuasa

    Biasanya diadakan secara dalaman untuk memberikan maklumat,

    idea dan membuat keputusan tentang sesuatau perkara. Mesyuarat ini

    dihadiri oleh individu yang menjadi ahli kepada jawatankuasa tersebut.

  • 7/28/2019 WAJ 3116 BMK 2

    29/80

    WAJ 3116 BAHASA MELAYU KOMUNIKATIF II

    Mesyuarat Agong

    Biasanya diadakan setahun sekali. Dalam mesyuarat ini akan

    berlaku perlantikan ahli jawatankuasa yang baharu bagi menggantikan

    jawatankuasa yang lama. Segala aktiviti yang dijalankan sepanjang tahun

    dan kewangan yang telah dibelanjakan sepanjang tahun tersebut akan

    dibentangkan untuk makluman ahli. Mesyuarat ini dihadiri oleh semua ahli

    yang berdaftar. Sesuatu mesyuarat agung dikira sah jika kehadiran ahli

    dua pertiga daripada keseluruhan ahli yang berdaftar. Dalam mesyuarat

    agung, setiap ahli yang berdaftar mempunyai hak untuk bersuara,

    membuat pengundian atau tidak menyatakan sokongan terhadap sesuatu

    isu. Melalui mesyuarat agung, perlembagaan atau peraturan yang telah

    ditetapkan dalam organisasi boleh dipinda dengan syarat mendapat

    persetujuan majoriti ahli.

    Mesyuarat Khas

    Diadakan khas untuk sesuatu isu, bertujuan untuk mendapatkan

    kata putus daripada ahli-ahli dalam satu-satu perkara tertentu sahaja.

    Mesyuarat Tergempar

    Diadakan untuk membuat keputusan segera tentang sesuatu

    perjara atau isu yang meruncing. Mesyuarat ini memerlukan keputusan

    diperoleh dalam masa yang terhad supaya masalah yang meruncing itu

    tidak merebak atau tersebar menjadi lebih teruk.

    Mesyuarat Agung Luar Biasa

    Diadakan untuk satu-satu tujuan yang khusus sahaja. Mesyuarat inibiasanya diadakan atas desakan ahli-ahli yang tidak berpuas hati tentang

    sesuatu perkara. Mesyuarat ini dikira sah sekiranya kehadiran ahli ialah

    dua pertiga dan keputusan yang dibuat mendapat sokongan majoriti ahli.

    Mesyuarat ini dinamakan mesyuarat agung luar biasa kerana diadakan

  • 7/28/2019 WAJ 3116 BMK 2

    30/80

    WAJ 3116 BAHASA MELAYU KOMUNIKATIF II

    di luar tempoh yang sepatutnya bagi sesuatu mesyuarat agung, dan

    hanya bertujuan untuk mendapatkan keputusan majority bagi satu isu

    sahaja.

    Ciri Mini t Mesyuarat

    Tulen: Ringkas dan padat. Tidak direka-reka. Bukan bentuk laporan. Kandungannya benar-benar rekod hasil perbincangan dan

    keputusan bersama ahli mesyuarat

    Lengkap: Semua maklumat yang penting dan berkaitan disertakan Boleh memahamkan seseorang yang tidak hadir dalam

    mesyuarat tersebut.

    Tepat Butir-butir yang dicatatkan adalah tepat dan sama seperti

    perkara yang di bincangkan dalam mesyuarat. Fakta yang dicatat juga perlu menepati hal-hal yang

    diperkatakan dan bukanlah pandangan pencatat.

    Sahih

    Bebas daripada keraguan dari segi isi kandungan danmaklumat-maklumat yang berkaitan. Tandatangan pencatat merupakan satu cara menandakan

    kesahihan minit mesyuarat. Boleh dirujuk semula kerana mempunyai catatan tarikh,

    bilangan, nama dan fakta-fakta lain.

    Berstruktur Penulisan minit mesyuarat disusun mengikut agenda

    mesyuarat dan perlu kelihatan kemas dan teratur. Setiap perenggan mempunyai tajuk atau subtajuk yang

    bernombor dan mengikut urutan.

    Perbincangan

  • 7/28/2019 WAJ 3116 BMK 2

    31/80

    WAJ 3116 BAHASA MELAYU KOMUNIKATIF II

    3. Rencana

    Pendahuluan

    Pada kebiasaannya, isu-isu yang disentuh di dalam sebuah

    rencana ialah persoalan semasa yang menjadi perhatian umum. Rencana

    ditulis berdasarkan pemikiran penulis,rujukan ,kajian, peristiwa semasa

    dan sebagainya.

    Rencana biasanya lebih panjang daripada berita. Setiap fakta yang

    dikemukakan akan dihuraikan dengan contoh-contoh yang konkrit.

    Disamping itu, penulis rencana akan memberikan perhatian yang lebih

    terhadap pendahuluan rencana.

    Definisi

    Rencana ialah karangan yang mengandungi maklumat, ulasan,

    huraian atau penceritaan sesuatu perkara yang biasanya

    berdasarkan fakta-fakta sebenar.

    Fakta-fakta yang dikemukakan biasanya berdasarkan penyelidikan,

    tinjauan dan rujukan yang dilakukan oleh penulis rencana.

    Faktafakta yang berkaitan juga perlu berdasarkan berbagai-bagai

    sumber yang mempunyai pertalian atau hubungan dengan topik

    rencana.

    Buah fikiran daripada wawancara juga merupakan sumber bagi

    mendapatkan fakta sebenar untuk penulisan rencana

    Rencana bukanlah bersifat cereka tetapi memberikan tumpuan

    kepada sesuatu tajuk yang khusus.

    Ciri-ciri Penulisan Rencana

    Penulisan rencana mempunyai ciri-cirinya yang tersendiri. Antaranya

    adalah seperti yang berikut:

  • 7/28/2019 WAJ 3116 BMK 2

    32/80

    WAJ 3116 BAHASA MELAYU KOMUNIKATIF II

    1. Rencana digolongkan dalam bentuk esei formal.

    Penulisan rencana melibatkan penggunaan bahasa baku yang

    lebih konvensional berbanding dengan esei yang tidak formal dan

    mempunyai struktur yang lebih terancang.

    Rencana mempunyai perenggan-perenggan pendahuluan dan

    penutup yang rapi.

    Setiap perenggan pula mempunyai ayat topik dan turutan yang lojik.

    Ciri-ciri personal termasuk humor kurang diadakan dalam penulisan

    rencana.

    2. Tujuan penulisan rencana adalah serius.

    Melalui rencana terdapat maklumat yang merangsang minda

    pembaca untuk turut berfikir dan menginterpretasikannya.

    Rencana ilmiah terutamanya, ditulis oleh orang yang mahir dalam

    sesuatu bidang dan pendapat yang dikemukakan biasanya berdasarkan

    kepada penyelidikan oleh penulis sendiri atau orang lain.

    Setiap fakta,ulasan dan pendapat haruslah ada asasnya. Oleh itu,

    nota kaki,bibliografi serta lampiran perlu disertakan sebagai sokongan

    bagi sesuatu fakta.3. Ada digniti.

    Penulisan rencana mempunyai martabatnya kerana mempunyai

    nilai intelektual.

    Ciri ini penting kerana penulisan rencana mementingkan ketepatan

    dan kejituan maklumat serta hujahan yang berdasarkan

    penyelidikan ,rujukan dan tinjauan oleh penulisnya.

    Rencana yang berbentuk ilmiah atau berunsur sejarah misalnyamempunyai digniti yang tinggi kerana tetap kekal dan dijadikan bahan

    rujukan oleh pelajar dan pencinta ilmu.

    Bagi rencana-rencana yang berunsur sejarah pula dibuat koleksi

    dan disimpan di Arkib Negara, Pusat Dokumentasi Dewan Bahasa dan

    Pustaka, Perpustakaan Negara dan sebagainya.

  • 7/28/2019 WAJ 3116 BMK 2

    33/80

    WAJ 3116 BAHASA MELAYU KOMUNIKATIF II

    4. Ada ukuran kepanjangan.

    Sesebuah rencana yang bermutu mempunyai ukuran kepanjangan

    yang tertentu.

    Sebaik-baiknya lebih panjang daripada nota dan lebih pendek

    daripada monograf jika dilihat dari segi ukurannya.

    Biasanya sesetengah editor majalah dan surat khabar mempunyai

    ketentuan tentang panjang rencana yang akan disiarkan.

    Rencana kewartawanan misalnya mempunyai gaya penulisnya

    yang langsung dan terus kepada isi kandungan mengikut skop yang dipilih.

    Dengan itu, sesebuah rencana tidak perlu terlalu panjang lazimnyamenjejaskan minat pembacanya terhadap rencana yang berkenaan.

    5. Penulisan yang jelas dan jitu.

    Penulisan rencana padat dengan maklumat yang berupaya menarik

    perhatian pembaca untuk terus membaca bagi mendapatkan maklumat.

    Rencana yang meleret-leret,longgar dan tidak ekonomi perkataanya akan

    menghambarkan selera pembaca. Idea yang disampaikan dalam rencana

    juga harus berturutan dan ada pertalian sambil dipertautkan dengan

    hujahan penulis.

    Pada keseluruhannya,penulisan rencana menggunakan perkataan yang

    konkrit,tepat untuk sesuatu idea,mudah difahami dan tidak menggunakan

    perkataan secara berlebihan.

    Walau bagaimanapun,terdapat juga penulisan rencana yang

    menggunakan perkataan-perkataan yang mengindahkan gaya bahasa,menghidupkan dan memberikan tenaga kepada rencana tersebut.

    6. Menyampaikan maklumat.

  • 7/28/2019 WAJ 3116 BMK 2

    34/80

    WAJ 3116 BAHASA MELAYU KOMUNIKATIF II

    Penulisan rencana dapat menyampaikan maklumat yang lebih banyak

    dan jelas kapada para pembaca.

    Contohnya: Kepupusan Penyu Belimbing. Penulisan rencana boleh

    melakukan wawancara dengan beberapa pihak yang terlibat dan

    berdasarkan maklumat yang dikumpul maka ditulisnya sebuah rencana

    yang memaparkan masalah tentang kepupusan haiwan tersebut.

    Dengan memberikan maklumat kepada masyarakat pembaca,mungkin

    usaha untuk menyelamatkan penyu tersebut dapat diatasi.

    Masalah-masalah sosial yang lain seperti isu pendatang asing, setinggan,

    budaya punk serta masalah para pekerja kilang merupakan tajuk rencana

    yang menarik. Kadangkala, hasil daripada penulisan rencana seperti ini

    dapat mendidik dan membantu proses perubahan dalam kalangan

    masyarakat.

    Maklumat yang dimuatkan dalam sesebuah rencana biasanya bertujuan

    untuk menjawab persoalan-persoalan yang dikenali sebagai unsur 5W +

    1H, iaitu who(siapa),when(bila), what(apa),why(mengapa),where(di mana)

    dan how(bagaimana).

    Persoalan-persoalan ini dapat membantu penulis meneroka sesuatu

    peristiwa secara menyeluruh. J awapan bagi persoalan-persoalan ini jugasecara tidak langsung dapat membantu memberikan maklumat yang

    diperlukan oleh pembaca.

    7. Rencana bersifat ulasan subjektif.

    Melalui penulisan rencana,penulis dapat melahirkan perasaan dan

    pandangan terhadap sesuatu isu yang ditimbulkan. Misalnya, sekiranya

    para pembaca mendengar sesuatu peristiwa penting di radio atau

    televisyen,maka keesokan harinya mereka boleh mengikuti rencana yang

    lebih mendalam mengenainya di akhbar.

    Rencana seumpama ini biasanya memuatkan ulasan-ulasan yang

    mengandungi pendapat dan perasaan penulis.

  • 7/28/2019 WAJ 3116 BMK 2

    35/80

    WAJ 3116 BAHASA MELAYU KOMUNIKATIF II

    Perasaan dan pendapat penulis ini mempunyai tujuan yang tertentu

    seperti meminta pembaca berfikir dan membuat pertimbangan, membuat

    rayuan untuk mendapat simpati pembaca terhadap sesuatu peristiwa dan

    sebagainya.

    Ciri-ciri membezakan rencana daripada penulisan berita atau laporan

    adalah berita atau laporan hanya memaparkan perkara-perkara yang

    berlaku tetapi tidak dimuatkan pendapat penulis itu sendiri.

    8. Tempoh tarikan tidak terhad.

    Ruang dan tempoh tarikan penulisan rencana tidak terhad sebagaimana

    yang berlaku pada penulisan berita. Seseorang penulis rencana boleh

    memilih sudut pandangan yang dikehendakinya untuk dibicarakan dalam

    penulisannya. Tumpuan dari satu idea kepada idea yang lain merupakan

    tugas penulis supaya isu yang ditimbulkan tetap menarik.

    Selain itu, penulis rencana tidak perlu mengejar tarikh akhir penerbitannya

    dan rencana yang dihasilkan boleh disimpan untuk beberapa hari di dalam

    fail dan akan digunakan apabila perlu.

    Sesuatu rencana itu tidak akan basi walaupun peristiwa yang berkenaanhanyalah berupa imbasan kembali.

    9. Organisasi penulisan yang logik.

    Maklumat yang disampaikan dalam rencana adalah logik dan berdasarkan

    rujukan penyelidikan,tinjauan dan temu ramah dengan pihak-pihak yang

    berkaitan.

    Rencana yang berdasarkan maklumat yang tepat tentang sesuatu perkara

    biasanya disokong dan dimantapkan dengan keterangan,data,jadual,peta

    dan sebagainya bagi menjelaskan maksud penulisannya dan kesahihan

    perkara tersebut.

  • 7/28/2019 WAJ 3116 BMK 2

    36/80

    WAJ 3116 BAHASA MELAYU KOMUNIKATIF II

    10. Pembatasan pembicaraan

    Rencana ditulis berdasarkan skop yang dipilih sahaja. Walaupun sesuatu

    isu itu hangat dan besar,tetapi penulisan rencana biasanya cuba

    menjuruskan sudut penulisannya kepada sesuatu aspek sahaja.

    Bentuk-Bentuk Rencana

    Bentuk rencana boleh dibahagikan kepada tiga jenis,iaitu:

    Rencana bentuk ilmiah

    Rencana bentuk separa ilmiah

    Rencana bentuk popular

    1. Rencana bentuk ilmiah

    Rencana bentuk ilmiah biasanya ditulis oleh penulis yang pakar dalam

    sesuatu bidang.

    Pendapat yang dikemukakan biasanya berdasarkan penyelidikan sendiri

    atau orang lain.

    Setiap fakta,huraian,ulasan serta pendapat mestilah ada dasarnya

    sekiranya rencana itu tidak berdasarkan penyelidikan sendiri.

    2. Rencana bentuk separa ilmiah

    Bentuk rencana separa ilmiah tidak memerlukan kajian dan rujukan yang

    mendalam.

    Walau bagaimanapun, penulisan rencana bentuk ini juga mengandungi

    data,jadual,rajah,peta dan sebagainya yang memerlukan maklumat tepat

    untuk pembaca.

    Rencana separa ilmiah ini sering ditulis oleh wartawan akhbar harian dan

    majalah-majalah. Penulisan bentuk ini tidak perlu disertakan bibliografi.

    3. Rencana bentuk popular

    Isi yang diketengahkan oleh rencana bentuk popular biasanya tidaklah

    berat.

  • 7/28/2019 WAJ 3116 BMK 2

    37/80

    WAJ 3116 BAHASA MELAYU KOMUNIKATIF II

    Rencana bentuk ini berkaitan dengan isu-isu semasa dan menjadi bahan

    santapan rohani pembaca.

    Pembaca yang ingin mengetahui isu-isu semasa akan mendapat

    maklumat tersebut dengan jelas kerana penulis menggunakan gaya

    bahasa yang lebih mudah,ringkas dan jitu.

    Rencana bentuk popular ini sering menjadi topik mingguan dalam akhbar

    harian. Misalnya, isu-isu tentang wanita,hobi,tempat pelancongan dan

    sebagainya sering dimuatkan dalam akhbar.

    Pembaca yang ingin mengetahui isu-isu semasa akan mendapat

    maklumat tersebut dengan jelas kerana penulis menggunakan gaya

    bahasa yang lebih mudah,ringkas dan jitu.

    Rencana bentuk popular ini sering menjadi topik mingguan dalam akhbar

    harian. Misalnya, isu-isu tentang wanita,hobi,tempat pelancongan dan

    sebagainya sering dimuatkan dalam akhbar.

    1. Rencana jenis penerangan

    Kebanyakan rencana dalam akhbar dan majalah mengetengahkan fakta

    dengan lebih jelas dan menyeluruh. Segala aspek tentang topik tersebut diberi penerangan yang berupa

    kumpulan fakta dari berita harian.

    Rencana jenis ini sering kali ditulis oleh sidang editor majalah semasa

    timbulnya sesuatu isu atau perkara yang susah difahami umum.

    2. Rencana jenis berita.

    Rencana jenis berita berasaskan kenyataan atau isu semasa dengan

    memberi keutamaan terhadap sesuatu kejadian yang baru, luar biasa dan

    bernilai beritanya.

    Biasanya, rencana berita mengandungi huraian lanjut tentang berita yang

    hangat diperkatakan. Dalam penulisan berita,penulis dikehendaki

  • 7/28/2019 WAJ 3116 BMK 2

    38/80

    WAJ 3116 BAHASA MELAYU KOMUNIKATIF II

    melaporkan apa yang benar-benar berlaku di samping memberikan

    pendapatnya.

    3. Rencana jenis profil.

    Rencana jenis profil menceritakan hal-hal tentang pencapaian dan

    kejayaan seseorang tokoh.

    Biasanya rencana ini memuatkan gambaran tentang diri,individu yang

    menunjukkan keperibadian,keistimewaan dan ketokohan.

    Orang yang diprofilkan merupakan orang yang terkenal.

    Rencana jenis ini menceritakan latar belakang seseorang tokoh itu dan

    apa yang dilakukannya serta bagaimana dia menjadi terkenal.

    4. Rencana jenis penyiasatan.

    Rencana jenis penyiasatan ditulis untuk merangsang pihak-pihak tertentu

    agar bertindak untuk memperbaiki dan mengubah keadaan,cara berfikir

    serta pendapat orang ramai.

    Penulis rencana seumpama ini perlu menyediakan bukti-bukti dan contoh-

    contoh yang sebenarnya.

    Sebagai contoh, dalam rencana tentang Ponteng Sekolah dalamKalangan Murid-murid Sekolah, penulis dapat memberikan sebab-sebab

    berlakunya ponteng sekolah,tempat-tempatyang selalu dikunjungi oleh

    murid-murid yang ponteng dan peratusan yang terlibat.

    5. Rencana jenis pendapat.

    Rencana jenis pendapat menggunakan persembahan yang bersahaja,

    iaitu pendapat disampaikan secara tepat dan jelas dengan

    mengemukakan fakta dan data seperti peraturan yang dikenakan oleh

    pihak berkuasa atau jadual bilangan nahas jalan raya dalam satu tempoh

    tertentu.

    Rencana ini akan menjadi hambar jika pendapat penulis tidak

    berdasarkan penyelidikan dan rujukan yang mendalam.

  • 7/28/2019 WAJ 3116 BMK 2

    39/80

    WAJ 3116 BAHASA MELAYU KOMUNIKATIF II

    6. Rencana jenis perbahasan

    Dalam rencana jenis perbahasan,penulis biasanya mengetengahkan teori

    kemasyarakatan dan menyampaikan hujah-hujah dengan berasaskan

    falsafah,politik,penyelesaian masalah ekonomi ataupun strategi dalam

    permainan dan sukan.

    Melalui rencana jenis ini, penulis lebih berani memperkatakan

    pendapatnya sama ada bersetuju atau menentang pendapat-pendapat

    pihak lain.

    8. Rencana jenis kritikan.

    Rencana jenis kritikan memberi peluang kepada penulis untuk

    menyatakan sama ada dia bersetuju atau tidak dengan sesuatu isu atau

    perkara dengan mengemukakan alasannya.

    Namun begitu, oleh sebab tidak mudah untuk menolak sesuatu secara

    bulat-bulat,penulis biasanya menyediakan fakta-fakta yang menyokong

    pendiriannya dan cara-cara bagaimana untuk menghadapi alasan-a;asan

    lain kemudiannya.

    Kritikan dan penulisan rencana seumpama ini lazimnya bersikap adil dan

    mengemukakan kelemahan yang perlu diperbaiki dan kekuatan yang

    patut diberikan pujian.9. Rencana jenis umum.

    Rencana ini berkaitan dengan perkara yang telah menjadi pengetahuan

    umum seperti hal-hal tentang burung,peredaran bulan dan matahari.

    Walaupun begitu, sudut penulisan yang digunakan oleh penulis dapat

    menyegarkan maklumat tersebut untuk menarik minat pembaca.

    Peringkat Penulisan

    Semasa menulis rencana terdapat dua aspek yang perlu diberi

    perhatian,iaitu bahasa dan isi kandungan rencana.

  • 7/28/2019 WAJ 3116 BMK 2

    40/80

    WAJ 3116 BAHASA MELAYU KOMUNIKATIF II

    Bahasa

    Bahasa rencana hendaklah ringkas,bernas dsan padat. Biasanya dalam

    penulisan rencana ayat yang digunakan ialah ayat penyata. Ayat yang

    terlalu panjang dan berbelit-belit hendaklah dielakkan kerana ayat

    sedemikian akan menyukarkan kefahaman pembaca.

    Kandungan

    Kandungan rencana terbahagi kepada tiga bahagian iaitu pendahuluan,

    tubuh rencana dan penutup rencana.

    Pendahuluan

    Pendahuluan merupakan bahagian pengenalan dalam

    sesuatu rencana. Bahagian ini penting dan seharusnya dapat menarik

    minat dan menimbulkan perasaan ingin membaca rencana itu sehingga

    akhir.

    Untuk menarik minat pembaca,bahagian pengenalan

    rencana boleh dimulakan dengan unsur-unsur yang menarik seperti

    data,madah,peribahasa,persoalan,kecindan dan sedutan kata-kata.

    Pemilihan gaya pendahuluan haruslah dibuat dengan

    berhati-hati supaya dapat menggambarkan tajuk rencana dan persoalan

    umum yang akan dibincang dalam rencana tersebut. Selain itu, kenyataan

    inti boleh ditulis sebagai kenyataan penutup dalam bahagian pengenalan.

    Tubuh Rencana

    Tubuh rencana boleh dibahagikan kepada beberapa

    perenggan yang dapat merangkumi keseluruhan tema rencana.

    Perenggan-perenggan ini merupakan perkembangan

    kepada tema rencana.

    Perkembangan ini boleh dilakukan melalui ilustrasi seperti

    menggunakan angka,fakta,carta,rajah dan sebagainya.

  • 7/28/2019 WAJ 3116 BMK 2

    41/80

    WAJ 3116 BAHASA MELAYU KOMUNIKATIF II

    Ilustrasi ini bertujuan menyokong idea dan pendapat penulis.

    Ilustrasi ini juga menjadikan sesebuah rencana itu menarik dan mudah

    difahami.

    Dengan menggunakan ilustrasi yang berkenaan, sesebuah

    rencana boleh ditulis dalam bentuk gambaran,laporan,cerita atau ulasan.

    Namun begitu,tiga prinsip; iaitu kesatuan idea,urutan idea

    dan penonjolan idea utama perlu diadakan pada setiap perenggan.

    Prinsip-prinsip ini perlu diberi perhatian untuk memastikan

    peralihan idea berlaku secara lancar dan memudahkan pembaca

    mengikuti perkembangan idea tersebut.

    Untuk mendapatkan kesatuan idea, penulis harus memilih

    tema atau idea utama dan mengekalkan tema atau idea utama itu dari

    awal hingga akhir penulisan.

    Bahan-bahan yang tiada hubungan dengan idea utama

    haruslah diketepikan. Hubungan idea dari perenggan ke perenggan lain

    hendaklah dikawal dan disusun mengikut urutan yang difikirkan logik

    berdasarkan kerangka idea yang telah disediakan.

    Urutan idea pula boleh dikekalkan melalui pengulangan

    perkataan dan rangkai kata yang sesuai dan berpautan atau penggunaanpenanda wacana yang tepat.

    Penonjolan idea utama dalam setiap perenggan boleh

    dilakukan dengan cara memastikan huraian dalam setiap perenggan

    dibicarakan dan mengukuhkan idea utama.

    Penutup Rencana

    Bahagian ini memenuhi perasaan ingin tahu dan seterusnya

    menimbulkan rasa puas hati dalam kalangan pembaca kerana semua

    persoalan dan maklumat telah diketengahkan. Untuk mencapai tujuan ini

    penulis biasanya boleh merumuskan isi-isi penting atau membuat

    kesimpulan tentang penulisan yang berkenaan.

  • 7/28/2019 WAJ 3116 BMK 2

    42/80

    WAJ 3116 BAHASA MELAYU KOMUNIKATIF II

    Kesimpulan

    Penulisan seperti rencana radio,rencana majalah,rencana

    deskriptif,rencana akhbar,rencana sukan,rencana sejarah dan sebagainya

    yang turut dikategorikan sebagai penulisan rencana merupakan satu seni

    penulisan yang tersendiri.

    Walaupun rencana tersebut melalui berbagai-bagai alat

    media seperti surat khabar,majalah,radio,televisyen dan buku tetapi

    rencana tetap merupakan penulisan yang menarik sekiranya diolah

    dengan baik.

    Rehat

    Perbincangan

    Latihan

  • 7/28/2019 WAJ 3116 BMK 2

    43/80

    WAJ 3116 BAHASA MELAYU KOMUNIKATIF II

    4.Teks Ucapan

    Ucapan ialah salah satu bentuk komunikasi sehala, iaitu hadirin

    hanya mendengar perkara yang disampaikan oleh orang yang berucap.

    Ucapan biasanya terdapat dalam majlis-majlis perasmian, perhimpunan,

    perpisahan, keraian, ulang tahun dan sebagainya. Oleh itu kandungan

    ucapan adalah berbeza-beza bergantung pada jenis majlis itu.

    Ucapan menggambarkan seseorang yang bercakap tentang

    sesuatu perkara di hadapan khalayak. Ucapan merupakan pelahiran idea-

    idea secara lisan di hadapan hadirin. Ucapan disampaikan dalam upacara

    tertentu seperti majlis rasmi atau peristiwa tertentu. Ucapan disampaikan

    berdasarkan tema dan agenda sesuatu majlis. Ucapan memerlukan

    kemahiran dalam aspek-aspek pertuturan dan ekspresi yang berkesan.

    Definisi Ucapan

    Ucapan ialah kata-kata yang mengandungi isi bagi melahirkan berbagai-

    bagai harapan dan perasaan kepada khalayak tertentu. Ucapan jugamerupakan kegiatan melafazkan kata-kata kesejahteraan, rasa terima

    kasih, tahniah, takziah, dan sebagainya.

    Ucapan juga dapat diertikan sebagai kata-kata yang dilafazkan,

    sama ada berbentuk nasihat, pernyataan atau pemberitahuan secara

    terbuka kepada khalayak.

    Jenis Ucapan

    Ucapan Rasmi

    Ucapan dalam majlis formal

    Dihadiri oleh tetamu khas atau orang-orang kenamaan

    Berbentuk komunikasi sehala

  • 7/28/2019 WAJ 3116 BMK 2

    44/80

    WAJ 3116 BAHASA MELAYU KOMUNIKATIF II

    Isi kandungan ucapan mestilah sesuai dengan konteks dan situasi

    majlis tersebut.

    Teks ucapan yang dirancang akan digunakan sepenuhnya tanpa

    mengubah isi yang ditetapkan

    Ucapan Tidak Rasmi

    Ucapan yang disampaikan secara bebas tanpa terikat kepada

    sebarang prosedur

    Ucapan jenis ini menggunakan bahasa yang lebih mudah, ringkas

    dan terus kepada maksud.

    Ucapan jenis ini kadang kala merupakan komunikasi dua hala, iaitu

    pendengar boleh menyampuk, bertanya atau membalas apa-apa

    yang diujarkan oleh pengucap.

    Contoh :

    Ucapan tahniah

    Ucapan takziah

    Ucapan alu-aluan

    Ucapan perpisahan

    Ucapan perasmian

    Format Ucapan Umum

    Pendahuluan

    Isi Kandungan Ucapan Penutup/ Kesimpulan

    Pendahuluan

    Dimulakan dengan kata-kata sambutan iaitu tidak banyak berbeza

    daripada karangan jenis syarahan dan ceramah.

  • 7/28/2019 WAJ 3116 BMK 2

    45/80

    WAJ 3116 BAHASA MELAYU KOMUNIKATIF II

    Kata-kata sambutan hendaklah mengikut protokol atau tingkat

    kedudukan masing-masing.

    Dimulakan dengan taraf kedudukan hadirin yang paling tinggi.

    Isi Kandungan

    Isi ucapan biasanya memberi penerangan, penjelasan,

    pengetahuan, nasihat, peringatan dan perangsang kepada hadirin.

    Isi dimulakan dengan ucapan terima kasih, menyatakan tujuan

    ucapan dan disusuli dengan isi-isi ucapan.

    Kata-kata penghadapan diberikan untuk menarik perhatian. Seperti

    hadirin yang dihormati sekalian.

    Ucapan hendaklah juga diselitkan dengan kiasan, pantun, atau

    peribahasa supaya ucapan itu menjadi lebih menarik.

    Penutup/ Kesimpulan

    Penutup bertujuan menyatakan tanda penghargaan dan hasrat .

    Penutup mengandungi kata-kata pujian danpenghargaan,kesimpulan dan disudahi dengan ucapan terima

    kasih dan salam kepada hadirin teristimewanya tokoh yang diraikan.

    Penutup juga boleh diakhiri dengan pantun,puisi dan kata-kata

    indah

    Latihan

  • 7/28/2019 WAJ 3116 BMK 2

    46/80

    WAJ 3116 BAHASA MELAYU KOMUNIKATIF II

    CONTOH

    Anda telah diminta untuk memberi sebuah ucapan pada hari persaraansalah seorang guru disekolah anda.Sediakan teks ucapan yang lengkapuntuk disampaikan pada hari tersebut.

    Pendahuluan Kata alu-aluan kepada hadirin yang hadir Contoh : Assalamualaikum dan salam sejahtera saya ucapkan kepada

    Yang saya Hormati Tuan Pengerusi Majlis,Yang Berusaha Tuan GuruBesar,Yang Berusaha Guru-Guru Penolong Kanan,Yangdiraikan..guru-guru serta murid-murid yang dikasihi sekalian.

    Isi

    Ucapan terima kasih kerana telah diberi peluang untuk menyampaikan

    ucapan kepada guru yang akan bersara. Isi-isi ucapan merangkumi :- Latar belakang guru yang akan bersara.- Pendidikan serta kursus-kursus yang pernah disertai.- Pengalaman- Pencapaian selama menjalankan tanggungjawab sebagai seorang

    guru Kata-kata penghadapan hendaklah disertakan ketika ingin memulakan isi

    baru. Contoh :

    Hadirin yang dihormati

    Sudara-saudari sekalian Guru-guru serta murid-murid yang dikasihi

    Penutup Akhir sekali saya mendoakan agar Puan Ramlah Bahri sentiasa berjaya

    dalam hidupnya dan mendapat keberkatan dalam setiap perkara yangdilakukannya.Saya akhiri ucapan saya ini dengan dua rangkap pantun ;

    Pulau Pandan jauh ke tengah,Gunung Daik bercabang tiga,Hancur badan dikandung tanah,Budi yang baik dikenang juga.

    Kalau ada sumur diladang,Boleh kita menumpang mandi,Kalau ada umur yang panjang,Boleh kita berjumpa lagi.

    Sekian,terima kasih.

  • 7/28/2019 WAJ 3116 BMK 2

    47/80

    WAJ 3116 BAHASA MELAYU KOMUNIKATIF II

    Protokol Panggilan Hormat

    PANGKAT/GELARAN Caramengalamatkan

    Yangdi

    Pertuan

    Agong

    Duli

    Yang

    Maha

    Mulia

    Seri

    Paduka

    baginda

    Yang

    DipertuanAgong

    YangDipertuaNegeri TuanYangTerutama

    RajaMuda/Tengku

    Mahkota

    DuliYangTeramatMulia

    PerdanaMenteriMalaysia YangAmatBerhormat

    TimbalanPerdanaMenteri YangAmatBerhormat

    MenteriBesar/Ketua

    Menteri

    YangAmatBerhormat

    Menteri/TimbalanMenteri YangBerhormat

    WakilRakyat/Adun YangBerhormat

    AhliDewan

    Negara/Senator

    YangBerhormatSenator

    Pangkat/Gelaran Caramengalamatkan

    PegawaiTinggiKerajaanNegeri

    SetiausahaKerajaanNegeri

    PegawaiKewangan

    Negeri

    PenasihatUndangundangNegeri

    YangBerhormat

    KetuaHakimNegara YangAmatArifTun/TanSri/Datuk

  • 7/28/2019 WAJ 3116 BMK 2

    48/80

    WAJ 3116 BAHASA MELAYU KOMUNIKATIF II

    HakimBesar/Hakim YangAmatArifTanSri/Datuk

    Mufti SahibussamahahTanSri/Datuk

    Kadi

    SahibulfadilahTuan

    Kadi

    Haji/Hajjah YangMuliaTuanHaji/Hajjah

    Ustaz/Ustazah YangBerbahagia

    Pengetua/GuruBesar YangBerusaha

    Profesor/ProfesorMadya

    Yang

    Berbahagia

    Rehat

    Perbincangan

    Bahan Bacaan

  • 7/28/2019 WAJ 3116 BMK 2

    49/80

    WAJ 3116 BAHASA MELAYU KOMUNIKATIF II

    5. Surat Rasmi

    Pendahuluan

    Surat Rasmi merupakan teks yang berformat kerana surat rasmi

    mempunyai peraturan dan gaya persembahan yang perlu dipatuhi. Suratrasmi menyatakan atau menggambarkan sesuatu perkara untuk diketahui

    oleh orang yang menerima atau membaca surat itu. Kandungan surat rasmi

    berupa aduan, pemberitahuan, isu-isu tertentu, pemakluman, permohonan

    dan sebagainya. Surat rasmi ditulis oleh sesuatu pihak kepada penerima

    agar pihak penerima mendapat maklumat dan pengetahuan tentang

    perkara tersebut. Surat rasmi merupakan dokumen yang bercetak yang

    boleh dibaca berulang kali dan dirujuk kembali pada masa akan datang.

    Definisi

    Surat kiriman merupakan sesuatu proses atau aktiviti menyalurkan

    maklumat, pengetahuan dan kemahiran dalam pengajaran karangan

    berbentuk format yang menggambarkan suasana, khabar, berita dan

    sebagainya yang akan dikirimkan atau diutuskan kepada orang yang

    ditujukan. Dengan maksud pemberitahuan sesuatu hal atau perkara yang

    dialami, dinikmati dan sebagainya oleh si pengutus surat berkenaan supaya

    si penerima surat tersebut juga turut merasa dan berkongsi suasana sama

    ada suka mahupun duka.

    Apakah yang membezakan satu surat dengan surat yang lain?

    Menurut Burton (1983) perbezaan ini wujud disebabkan oleh tiga perkara:

    I.Orang yang akan menerima surat anda penerima

    II.Apa yang anda tulis subjek

    III.Mengapa anda menulis tujuan

    Dengan mengambil kira tiga perkara di atas, surat-surat boleh

    dikategorikan sebagai rasmi dan tidak rasmi.

  • 7/28/2019 WAJ 3116 BMK 2

    50/80

    WAJ 3116 BAHASA MELAYU KOMUNIKATIF II

    Surat rasmi boleh dikategorikan kepada rasmi peribadian

    (formal-personal) dan rasmi tidak peribadian (formal-impersonal).

    (Burton, 1983 danAsmah, 1988).

    Surat Rasmi Tidak Peribadian

    Memohon maklumat daripada firma, institusi organisasi

    Meminta bantuan atau kerjasama daripada firma-firma

    Menjawab panggilan temuduga

    Memesan barang

    Membuat aduan

    Membuat tempahan

    Surat Rasmi Peribadian

    Mengucap tahniah atau takziah

    J emputan (sosial)

    J awapan kepada jemputan

    Ucapan terima kasih

    Surat Tidak Rasmi (Surat Peribadi)

    Ditulis dalam pelbagai situasi tentang pelbagai subjek

    Antara rakan sebaya, sama status

    Dapat menyatakan pendapat dan perasaan

    Cara penulisanya lebih bersahaja

    Surat rasmi ditulis untuk tujuan-tujuan seperti yang berikut antaranya :

    memohon pekerjaan

    membuat aduan / bantahan / cadangan

    membuat rayuan

  • 7/28/2019 WAJ 3116 BMK 2

    51/80

    WAJ 3116 BAHASA MELAYU KOMUNIKATIF II

    membuat jemputan rasmi

    menempah barangan

    meminta kebenaran

    atau apa-apa yang melibatkan urusan rasmi

    Format Surat Rasmi

    Diperperkenalkan oleh J abatan Perdana Menteri .

    Tujuannya supaya terdapat keseragaman di semua kementerian

    dan agensi kerajaan.

    Arahan ini terkandung dalam surat Pekeliling Am Bil.8 tahun 1980

    bertarikh 1 Oktober 1980.

    Lembaga Peperiksaan seterusnya melakukan beberapa

    pengubahsuaian untuk para guru dan pelajar.

    Surat Pekeliling Lembaga Peperiksaan, Kementerian Pelajaran

    Malaysia iaitu Pekeliling Am Bil.1 tahun 1987 bertarikh 22 J anuari 1987.

    Ciri-ciri Umum Format Surat Rasmi

    bersifat formal dan tidak menyentuh perkara-perkara peribadi. Bahasa yang digunakan mestilah mudah, tepat, padat, baku dan

    betul dari segi ejaan dan tanda baca.

    Elakkan penggunaan unsur-unsur kiasan dan ungkapan

    peribahasa

    Lembaga Peperiksaan Malaysia pula menyenaraikan ciri-ciri berikut :

    Alamat pengirim

    Garisan panjang melintang

    Nama dan alamat penerima

    Nombor telefon

    Nombor rujukan

    Tarikh

  • 7/28/2019 WAJ 3116 BMK 2

    52/80

    WAJ 3116 BAHASA MELAYU KOMUNIKATIF II

    Perkataan menghadapkan surat

    Kepala surat/perkara

    Pemerengganan

    Pecahan bagi perenggan

    Tandatangan

    Nama pengirim

    Format Surat Kiriman rasmi

    Alamat pengirim.

    - ditulis disebelah kiri di bahagian atas surat.

    Garis panjang melintang.

    Alamat penerima.

    - baris akhir alamat dibubuh garis.

    Tarikh .

    - ditulis di sebelah kanan surat, sebaris dengan baris akhir alamat

    penerima.

    Panggilan hormat.

    - dibubuh koma di hujungnya.

    Perkara.

    - huruf besar digunakan pada setiap awal kata, bergaris dan tiada noktah

    dihujungnya.

    Isi-isi.

    - perenggan pertama dan akhir tidak dibubuh nombor dan ditulis dari tepi

    surat. Hanya perenggan kedua dan seterusnya dibubuh nombor dan ditulis

    jarak sedikit dari nombor.

    Pengakuan dan tanda tangan pengirim.- ditulis di bahagian kiri bawah surat.

    Nama dan jawatan pengirim.

    - nama ditulis selepas tanda tangan dengan huruf besar sepenuhnya dan

    dibubuh kurungan.

  • 7/28/2019 WAJ 3116 BMK 2

    53/80

    WAJ 3116 BAHASA MELAYU KOMUNIKATIF II

    Format Surat Rasmi (Lembaga Peperiksaan Malaysia)

    ________________ Alamat Penulis

    ________________

    ________________

    _____________________________( garisan panjang)__________________________

    J awatan / penerima

    Alamat (pejabat, sekolah, dsb) Tarikh : (selari dengan nama negeri)

    Tuan / Puan,

    Tajuk /Perkara / Hal (Permulaan Perkataan Huruf Besar Dan Gariskan)

    Menyatakan tujuan ( perenggan tiada nombor dan rapat di sebelah kiri)

    2. ( Menyatakan isi -isi atau hal-hal lain yang berkaitan dengan tajuk. cuba

    sampaikan sekurang-kurangnya tiga isi penting yang berkaitan antara satu sama lain)3. ( Menyatakan hal-hal lain yang ada hubungannya dengan hal yang kita

    kemukakan , misalnya alasan yang boleh memungkinkan permohonan kita

    dipertimbangkan.)

    (Penutup)

    Yang benar, ( perhatikan penggunaan huruf yang digunakan)

    _________________

    Nama Penuh ( HURUF BESAR)J awatan ( Huruf Kecil )

    Latihan

    Membuat Nota

  • 7/28/2019 WAJ 3116 BMK 2

    54/80

    WAJ 3116 BAHASA MELAYU KOMUNIKATIF II

    6. Laporan

    Pendahuluan

    Laporan ialah kertas kerja yang mengandungi maklumat atau khabar.Laporan ditulis bagi melaporkan sesuatu hal atau perkara yang telah

    berlaku. Laporan merupakan maklumat tentang sesuatu perkara yang

    hendak dilaporkan. Laporan ialah dokuman untuk menyampaikan

    maklumat yang khusus kepada pembaca yang tertentu. Maklumat tersebut

    disampaikan secara sistematik dan objektif dengan menitikberatkan

    kejelasan dan ketepatan kandungannya.

    Definisi

    Kamus Dewan (1996) maklumat berkenaan sesuatu kedudukan.

    Ellis dan Hopkins (1985) dokumen yang digunakan bagi

    menyampaikan maklumat khusus kepada pembaca tertentu. Maklumat

    yang dipaparkan harus mengambil kira aspek ketepatan dan kepadatan

    disamping disusun dengan sistematik serta mencapai objektif yang

    ditetapkan.

    Tujuan

    Melaporkan atau merekodkan sesuatu peristiwa yang dilihat atau

    didengar.

    J enis-jenis laporan:

    Laporan umum

    Laporan kajian

    Laporan syarikat.

  • 7/28/2019 WAJ 3116 BMK 2

    55/80

    WAJ 3116 BAHASA MELAYU KOMUNIKATIF II

    Jenis-jenis Laporan

    Laporan Umum

    Laporan untuk bacaan atau pengetahuan umum sahaja

    Tentang sesuatu kejadian, perkara, isu

    Laporan Kajian

    J uga disebut laporan ilmiah/penyelidikan

    Untuk memerihalkan sesuatu keadaan.

    Tidak dipengaruhi sebarang unsur emosi penulis.

    Memerlukan fakta yang tepat dan penyusunan rapi dan tersusun.

    Laporan Syarikat

    Laporan tahunan untuk melaporkan aktiviti syarikat dalam tempoh

    satu tahun.

    Kandungan aspek kewangan, pemegang syer, senarai harta

    syarikat, tanggungan dan lain-lain.

    Gaya bahasa berbentuk huraian dan penjelasan, disusun secara

    kronologi.

    Format Laporan Umum

    Halaman judul muka surat mengandungi nama penulis,

    organisasi, tajuk laporan, tahun.

    Abstark sinopsis keseluruhan kandungan.

    Kandungan tajuk, subtajuk dan lampiran. Pengenalan latar belakang, kaedah penyelidikan dan

    penghargaan.

    Huraian data disusun mengikut topik dan subtajuk khusus.

    Kesimpulan rumusan & cadangan

    Rujukan & bibliografi

  • 7/28/2019 WAJ 3116 BMK 2

    56/80

    WAJ 3116 BAHASA MELAYU KOMUNIKATIF II

    Lampiran.

    Format Laporan Kajian

    Halaman kulit

    Halaman tajuk (sebelah dalam)

    Abstrak

    Penghargaan

    Daftar kandungan

    Pengenalan iaitu penyataan masalah

    Tinjauan kajian berkaitan

    Kaedah penyelidikan

    Dapatan kajian

    Rumusan dan cadangan

    Format laporan Syarikat

    Halaman Kulit

    Misi Syarikat

    Notis Mesyuarat Agung Tahunan

    J awatankuasa Audit

    Struktur Korporat

    Maklumat Korporat

    Lembaga Pengarah

    Ucapan Pengerusi

    Laporan Kewangan

    Analisis Pemegang Syer

    Senarai Harta

    Borang Proksi

    Perbincangan

  • 7/28/2019 WAJ 3116 BMK 2

    57/80

    WAJ 3116 BAHASA MELAYU KOMUNIKATIF II

    7. Pengumuman

    Definisi

    Kertas pengumuman yang mengandungi khabar atau maklumat yang

    disebarkan untuk bacaan atau perhatian kepada individu atau pihak

    tertentu.

    Ciri-ciri Pengumuman

    Mengandungi maklumat yang benar dan tepat.

    Keterangan daripada sumber yang dipercayai dan diperoleh

    daripada pihak yang berkenaan dan bertanggungjawab. Penggunaan bahasa yang ringkas, tepat dan padat. (ayat aktif)

    Tajuk ditulis di sebelah atas dengan jelas dan

    dapat menarik perhatian pembaca.

    Mesej yang ingin disampaikan tidak berbelit-belit.

    Pengumuman ditulis dengan jelas dan terang.

    Pengumuman yg tidak lancar , meleret-leret akan mengelirukan

    pendengar.

    Format Pengumuman

    i. Tajuk

    Bahagian tajuk paling jelas dipaparkan.

    Ditulis dengan huruf besar dan berbentuk frasa.

    Diletakkan di atas atau di papan tanda.

    Dicatatkan perkara yang hendak diumumkan.

    .

    ii. Penjelasan

    Terdapat mesej yang hendak disampaikan.

    Mempunyai maklumat yang lengkap (tarikh,masa,tempat dan

    sebagainya)

  • 7/28/2019 WAJ 3116 BMK 2

    58/80

    WAJ 3116 BAHASA MELAYU KOMUNIKATIF II

    Terdapat pelbagai jenis ayat yang diterapkan seperti ayat berita,

    ayat suruhan, ayat larangan dan sebagainya.

    iii. Kesimpulan

    Terdapat pesanan dan pemberitahuan penting.

    Perbincangan

    8. Pengacara Majlis

    Definisi

    Pengendalian perjalanan sesuatu majlis sama ada rasmi atau tidak rasmi

    mengikut sesunan atur cara yang telah ditetapkan.

    Tujuan

    Untuk mengurus perjalanan majlis tanpa sebarang gangguan dan catatan.

    Prosedur

    meneliti dan memeriksa program.

    *mengetahui tujuan majlis diadakan.

    * meneliti senerai kehadiran.

    * mengetahui dan peruntukan masa akan diadakan

    Pengacara Majlis

    Sebagai nadi sesebuah majlis. Seorang pengacara majlis harus melengkapkan diri dengan

    pelbagai kemahiran agar majlis yang dikendalikan berjalan dengan lancar

    dan meninggalkan kesan yang baik dihati para tamu dan penonton.

    Ciri-ciri Pengacara majlis

  • 7/28/2019 WAJ 3116 BMK 2

    59/80

    WAJ 3116 BAHASA MELAYU KOMUNIKATIF II

    Mempunyai personaliti yang menarik.

    Suara yang sedap didengar.

    Mempunyai keyakinan diri.

    Pandai bermain bahasa dan emosi.

    Mempunyai daya inteleksual yang tinggi.

    Format Pengacaraan Majlis

    Memulakan majlis dengan salam.

    Kata-kata aluan.

    Menyatakan tujuan majlis diadakan.

    Mengendalikan atur cara yang ditetapkan.

    Menentukan kesinambungan aturcara.

    Teknik Menulis Teks Pengacara majlis

    penyediaan teks

    * mengetahui nama majlis tersebut.

    * mengetahui tujuan majlis dan atur cara.

    *mendapatkan senerai nama jemputan terkini, terutamanya tetamukehormat.

    * merancang teks yang bersesuian dengan majlis.

    Perbincangan

  • 7/28/2019 WAJ 3116 BMK 2

    60/80

    WAJ 3116 BAHASA MELAYU KOMUNIKATIF II

    IKON

    Rehat

    Perbincangan

    Bahan Bacaan

    Buku Rujukan

    Latihan

    Membuat Nota

    Senarai Semakan

    Layari Internet

    Panduan Pengguna

    Mengumpul Maklumat

    Tutorial

    Memikir

    Tamat

  • 7/28/2019 WAJ 3116 BMK 2

    61/80

    WAJ 3116 BAHASA MELAYU KOMUNIKATIF II

  • 7/28/2019 WAJ 3116 BMK 2

    62/80

    WAJ 3116 BAHASA MELAYU KOMUNIKATIF II

    TAJUK 3 KOMUNIKASI LISAN

    SINOPSIS

    Tajuk 3 menjelaskan perihal komunikasi lisan dalam Bahasa Melayu

    kepada pelajar, iaitu

    HASIL PEMBELAJARAN

    Pada akhir tajuk ini, anda seharusnya dapat:

    1. menjelaskan konsep dan bentuk komunikasi lisan;

    2. ;

    3. .

    KERANGKA TAJUK-TAJUK

    KANDUNGAN ISI

    Pengenalan

  • 7/28/2019 WAJ 3116 BMK 2

    63/80

    WAJ 3116 BAHASA MELAYU KOMUNIKATIF II

    KOMUNIKASI LISAN

    1.Pidato

    Pendahuluan

    Pidato adalah aktiviti pengucapan umum yang penting dalam kehidupan. Melalui

    sktiviti ini seseorang akan dilatih untuk berfikiran secara logik, menaakul,

    menganalisis dan berhujah dengan baik. Selain itu pidato/syarahan juga dapat

    melatih seseorang untuk melahirkan pendapat dengan menggunakan bahasa

    yang tepat dan menyampaikannya dengan gaya yang menarik dan meyakinkan.

    Definisi pidato

    Pengucapan yang dilakukan oleh individu tentang satu tajuk dan berusaha

    menjelaskan idea atau pokok persoalan yang dibicarakan untuk mendapat

    sokongan serta mempengaruhi pendengar.

    Tujuan

    1) Memberi penerangan:

    menjelaskan tentang sesuatu tajuk dan menghuraikan perkara penting.

    2) Memberitahu:

    perkara yang baru

    3) Memberi keyakinan:

    meyakinkan dengan pendiriannya mengenai sesuatu topik

    4) Mempengaruhi:

    Memberi penekanan dan perhatian

  • 7/28/2019 WAJ 3116 BMK 2

    64/80

    WAJ 3116 BAHASA MELAYU KOMUNIKATIF II

    Ciri-ciri penggunaan Bahasa Yang Baik

    Pemilihan perkataan yang tepat dan menggunakan bahasa yang

    gramatis.

    Aras bahasa bersesuaian dengan audien.

    Unsur-unsur keindahan bahasa diselitkan

    seperti pantun,bahasa kiasan, peribahasa dan perumpamaan.

    Penggunaan ayat yang mampu mempengaruhi emosi dan menarik

    simpati.

    Penggunaan laras yang sesuai dengan tajuk dan audien

    Penggunaan bahasa yang bertatasusila dan beradab

    Gaya Penyampaian

    Gerak tangan, mata dan gerak badan hendaklah selaras untuk

    menekankan fakta.

    Jangan kaku dan beraksi berlebihan

    Mimik muka hendaklah mengikut penekanan suara, iaitu senyum

    apabila gembira, sedih apabila gundah dan marah apabila emosi

    tinggi.

    Pandang tepat ke arah audien untuk mewujudkan eye-contact yang

    sesuai.

    Menyelitkan unsur humor dalam penyampaian dan jangan

    menunjukkan wajah yang terlalu serius.

    Pakaian hendaklah kemas dan bersesuaian dengan majlis.

    Gaya dan Intonasi

    Menggunakan nada dan intonasi suara yang pelbagai. Nada tinggi dan bersemangat apabila hendak menarik perhatian

    Nada perlahan sediki t apabila hendak merayu dan meminta simpati.

    Nada sederhana tetapi mesra apabila memujuk

    Nada propaganda apabila hendak mempengaruhi

  • 7/28/2019 WAJ 3116 BMK 2

    65/80

    WAJ 3116 BAHASA MELAYU KOMUNIKATIF II

    Nada tinggi dan suara lantang apabila membakar emosi

    2. Syarahan

    Pendahuluan

    Satu bentuk komunikasi sehala

    - Disampaikan secara individu

    - Menjelaskan perkara-perkara tentan sesuatu tajuk dalam masa yang ditentukan

    Definisi

    Pengucapan yang disampaikan secara individu kepada khalayak untuk

    menjelaskan dan menghuraikan sesuatu topik.

    -Mempengaruhi para pendengar supaya bersetuju dengan apa yang

    disampaikan

    Tujuan

    Memberi penerangan tentang sesuatu tajuk dan menjelaskan aspek-aspek

    penting tentang tajuk tersebut.

    Memberi tahu audiens tentang sesuatu perkara baharu seperti perisriwa atau hal

    ehwal semasa yang menarik.

    Format Syarahan

    Pembuka Kata

    Bahagian ini menyatakan penghargaan kepada para hadirin dan pihak-

    pihak tertentu yang mengundang pemidato untuk menyampaikan

    syarahan yang berkenaan.

    Isi atau amanat

  • 7/28/2019 WAJ 3116 BMK 2

    66/80

    WAJ 3116 BAHASA MELAYU KOMUNIKATIF II

    Bahagian ini merupakan permulaan atau pendahuluan kepada isi

    syarahan. Biasanya, takrif atau penjelasan tajuk syarahan perlu diberikan

    dalam bahagian ini.

    Penutup Isi / amanat

    Penutup isi ialah kesimpulan yang dibuat berdasarkan isi yang terdapat

    dalam syarahan tadi.

    Penutup syarahan

    Bahagian ini merupakan bahagian yang terakhir. Dalam bahagian ini

    pemidato perlu merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada pihak

    penganjur, melafazkan ribuan ampun dan maaf serta menyampaikan

    harapan agar syarahan tadi akan memanfaatkan para hadirin.

    3. Ceramah

    Ceramah merupakan pengucapan tentang bidang tertentu yang disampaikanoleh orang yang pakar dalam bidang tersebut. Menerusi ceramah atau syarahan,

    penerangan atau penjelasan tentang perkara yang menjadi perbincangan umum

    atau topik baharu, dapat disampaikan oleh penceramah kepada pendengar atau

    penonton. Biasanya ceramah yang bakal disampaikan di adakan dalam majlis

    atau perhimpunan yang dirancang dengan tujuan tertentu. Majlis atau

    perhimpunan ini melibatkan banyak hadirin daripada pelbagai kaum dan

    kedudukan. J ika di sekolah, ceramah kerap diadakan bersempena peristiwa

    tertentu atau kempen untuk memupuk sikap terpuji sebagai mendidik pelajar

    agar hidup berakhlak, berhemah dan berbudi bahasa.

    Biasanya ceramah disampaikan oleh penutur kepada khalayak dengan

    beberapa cara misalnya dengan bantuan gambar, slaid, alat projector, filem dan

    nota. Cara ini semua untuk menarik perhatian pendengar atau hadirin. Oleh itu,

  • 7/28/2019 WAJ 3116 BMK 2

    67/80

    WAJ 3116 BAHASA MELAYU KOMUNIKATIF II

    bakal penceramah perlu membuat persediaan yang rapi sebelum menyampaikan

    topik atau persoalan yang hendak diperkatakan kerana ia melibatkan tanggapan

    dan kefahaman di pihak khalayak yang hadir.

    Definisi ceramah

    Menurut Kamus Dewan edisi ke empat, ceramah ditakrifkan sebagai

    ucapan membicarakan sesuatu perkara, pengemukaan fikiran atau idea -

    idea melalui perucapan dan di sampaikan secara 2 hala.

    Ceramah dalam kamus Bahasa Indonesia adalah pidato yang bertujuan

    yang bertujuan memberikan nasihat dan petunjuk sementara itu wujudnya

    hadirin yang bertindak sebagai pendengar. Dengan demikian ceramah

    dapat di ertikan sebagai bentuk dari dakwah iaitu dakwah bil-kalam yang

    bererti menyampaikan ajaran-ajaran, nasihat, mengajak seseorang

    dengan menggunakan lisan.

    Ceramah merupakan pengucapan tentang bidang tertentu disampaikan

    oleh orang yang mempunyai kepakaran dalam bidang masing masing. Ceramah merupakan penerangan dan penjelasan tentang perkara yang

    menjadi perbincangan umum iaitu topik di sampaikan penceramah kepada

    penonton.

    Tujuan ceramah

    Ceramah juga boleh di kelaskan berdasarkan beberapa tujuan. Biasanya

    ceramah di lakukan untuk:

    a. Memujuk

    Melalui cara ini, penceramah akan cuba mempengaruhi pendengar

    untuk menghasilkan perubahan dari sikap, kepercayaan dan

    tindakan.

    b. Menghibur

  • 7/28/2019 WAJ 3116 BMK 2

    68/80

    WAJ 3116 BAHASA MELAYU KOMUNIKATIF II

    Penceramah kerap kali membawa hadirin ke situasi kenyataan

    yang lucu dan menjauhkan dari perbincangan isu-isu atau

    kontroversi.

    c. Memberi maklumat

    Penceramah bertujuan untuk memberitahu atau menerangkan

    kepada pendengar tentang sesuatu konsep, perkara, proses,

    fenomena, idea, dan sebagainya. Pendengar akan memperoleh

    maklumat pengetahuan baru atau peningkatan taraf pengetahuan

    tentang perkara yang disampaikan.

    Jenis-jenis Ceramah

    a) Ceramah umum

    Ceramah adalah suatu pesanan yang bertujuan memberikan

    nasihat dan petunjuk, sementara itu, hadirin yang bertindak sebagai

    pendengar. Maksud umum adalah keseluruhan untuk siapa sahaja sama

    ada khalayak ramai, masyarakat luas, atau lazim. J adi, ceramah umum

    adalah pidato yang bertujuan untuk memberikan nasihat kepada khalayak

    umum atau masyarakat luas. Di dalam ceramah umum ini keseluruhannya

    bersifat menyeluruh tidak ada batasan-batasan apapun baik dari hadirin

    yang tua mahu pun muda.

    b) Ceramah khusus

    Ceramah khusus bererti ceramah yang bertujuan untuk

    memberikan nasihat-nasihat kepada khalayak tertentu. Topik yang

    dibincangkan adalah sesuai dengan hadirin dan keadaan.

    Contoh: Peringatan hari besar Islam seperti Isra miraj, maulid nabi dan

    bulan puasa.

    Perbincangan

  • 7/28/2019 WAJ 3116 BMK 2

    69/80

    WAJ 3116 BAHASA MELAYU KOMUNIKATIF II

    Membuat Nota

  • 7/28/2019 WAJ 3116 BMK 2

    70/80

    WAJ 3116 BAHASA MELAYU KOMUNIKATIF II

    IKON

    Rehat

    Perbincangan

  • 7/28/2019 WAJ 3116 BMK 2

    71/80

    WAJ 3116 BAHASA MELAYU KOMUNIKATIF II

    Bahan Bacaan

    Buku Rujukan

    Latihan

    Membuat Nota

    Senarai Semakan

    Layari Internet

    Panduan Pengguna

    Mengumpul Maklumat

    Tutorial

    Memikir

    Tamat

  • 7/28/2019 WAJ 3116 BMK 2

    72/80

    WAJ 3116 BAHASA MELAYU KOMUNIKATIF II

    TAJUK 1 KOMUNIKASI BERTULIS

    SINOPSIS

    Tajuk 1 menjelaskan perihal komunikasi bertulis dalam Bahasa Melayu

    kepada pelajar, iaitu konsep, bentuk dan kesantunan komunikasi bertulis.

    Turut dijelaskan aktiviti penulisan berformat serta contoh-contoh aktiviti.

    HASIL PEMBELAJARAN

    Pada akhir tajuk ini, anda seharusnya dapat:

    1. menjelaskan konsep dan bentuk komunikasi bertulis;

    2. mengaitkan kesantunan dalam komunikasi bertulis;

    3. menyatakan jenis-jenis aktiviti penulisan berformat.

    KERANGKA TAJUK-TAJUK

    KANDUNGAN ISI

    Pengenalan

    Komunikasi bertulis ialah kegiatan merakamkan idea dan pendapat dalam

    bentuk lambang-lambang tulisan untuk dibaca atau digunakan pada masa

  • 7/28/2019 WAJ 3116 BMK 2

    73/80

    WAJ 3116 BAHASA MELAYU KOMUNIKATIF II

    akan datang. Kegiatan seperti ini boleh dilakukan secara spontan atau

    dibuat dalam bentuk yang dirancang. Berbanding dengan komunikasi

    lisan yang lebih mudah dan ringkas, komunikasi bertulis melibatkan

    beberapa faktor. Selain isi yang hendak dibicarakan, komunikasi ini juga

    melibatkan kriteria tertentu seperti pemilihan kata yang sesuai, laras

    bahasa, gaya persembahan, bentuk penyampaian, format dan

    pengolahan yang menarik.

    Bahasa merupakan aspek penting dalam komunikasi bertulis.

    Penulis perlu menggunakan bahasa dalam berbagai-bagai cara mengikut

    jenis teks dan konteks yang sesuai serta tidak melakukan sebarang

    kesalahan yang akan mencacatkan teks atau majlis yang berkaitan.

    Penulis harus menjaga diri supaya sentiasa dapat mematuhi sistem

    bahasa, laras dan format yang ditetapkan.

    Pengolahan teks yang sempurna perlu mempunyai kesepaduan,

    kesinambungan, ketertiban dan pertalian; baik dari segi bahasa mahupun

    pemerengganan. J usteru, hal ini dapat membantu penulis memberikan

    gambaran yang lebih jelas dan menggerakkan daya fikir serta kefahaman

    pembaca atau khalayak dengan lebih baik.

    Fakta yang sempurna mempunyai nilai kesahan dan

    kebolehpercayaan yang tinggi. Pandangan dan pendapat yang

    berasaskan prinsip, falsafah, ideologi dan teori tertentu juga merupakan

    sumber yang dapat digunakan sebagai fakta. Perkara yang penting ialah

    fakta itu jelas, bermutu, dapat dibuktikan, logik dan disampaikan secara

    mudah dan penuh bertanggungjawab.

    Gaya dan laras turut terlibat dalam organisasi sesebuah teks.

    Penulis teks

    Perbincangan

  • 7/28/2019 WAJ 3116 BMK 2

    74/80

    WAJ 3116 BAHASA MELAYU KOMUNIKATIF II

    Membuat Nota

    Definisi dan Konsep

    Bentuk

    Definisi Komunikasi

    satu proses perpindahan maklumat, perasaan, idea, danfikiran seseorang individu kepada individu lain

    Berasal daripada bahasa Latin communicatus yangbermaksud berkongsi sesuatu.

    MEMO

    CiriciriMemo

    FormatdanContohMemo

    TEKSUCAPAN

    JenisjenisTeksUcapan

    FormatTeksUcapan

    ContohTeksUcapan

  • 7/28/2019 WAJ 3116 BMK 2

    75/80

    WAJ 3116 BAHASA MELAYU KOMUNIKATIF II

    TEMUBUAL

    JenisjenisTemuBual

    FormatTemuBual

    ContohTemuBual

    SURATRASMIDANTIDAKRASMI

    Jenisjenis

    FormatSurat

    ContohSurat

    PENGUMUMAN

    JenisjenisPengumuman

    FormatPengumuman

    ContohPengumuman

    MINITMESYUARAT

    JenisjenisMesyuarat

    FormatMinitMesyuarat

    Contohminitmesyuarat

    TEKSPENGACARAANMAJLIS

    JenisjenisPengacaraanMajlis

    FormatTeksPengacaraanMajlis

    ContohTeksPengacaraanMajlis

    LAPORAN

    JenisjenisLaporan

    FormatLaporan

    ContohLaporan

  • 7/28/2019 WAJ 3116 BMK 2

    76/80

    WAJ 3116 BAHASA MELAYU KOMUNIKATIF II

    IKON

    Rehat

    Perbincangan

    Bahan Bacaan

    Buku Rujukan

    Latihan

    Membuat Nota

    Senarai Semakan

  • 7/28/2019 WAJ 3116 BMK 2

    77/80

    WAJ 3116 BAHASA MELAYU KOMUNIKATIF II

    Layari Internet

    Panduan Pengguna

    Mengumpul Maklumat

    Tutorial

    Memikir

    Tamat

  • 7/28/2019 WAJ 3116 BMK 2

    78/80

    BIBLIOGRAFI

    ( IKUT FORMAT APA)

  • 7/28/2019 WAJ 3116 BMK 2

    79/80

    PANEL PENULIS MODULPROGRAM PENSISWAZAHAN GURU

    (XXX PENDIDIKAN RENDAH)

    NAMA KELAYAKAN

    (NAMA) ENCIK ABU ZAKI BIN ROMLI

    (JAWATAN) PENSYARAH

    (EMEL) [email protected]

    (KELULUSAN)

    PHD/SARJ ANA/SARJ ANAMUDA/DIPLOMA/SIJ IL

    (PENGALAMAN KERJ A)

    (NAMA) UMAR BIN AHMAD

    (JAWATAN) PENSYARAH

    (EMEL) [email protected]

    (KELULUSAN)

    PHD/SARJ ANA/SARJ ANAMUDA/DIPLOMA/SIJ IL

    (PENGALAMAN KERJ A)

    (NAMA)

    (JAWATAN)

    (EMEL)

    (KELULUSAN)

    PHD/SARJ ANA/SARJ ANAMUDA/DIPLOMA/SIJ IL

    (PENGALAMAN KERJ A)

  • 7/28/2019 WAJ 3116 BMK 2

    80/80

    IKON

    Rehat

    Perbincangan

    Bahan Bacaan

    Buku Rujukan

    Latihan

    Membuat Nota

    Senarai Semakan

    Layari Internet

    Panduan Pengguna

    Mengumpul Maklumat

    Tutorial

    Memikir