wacana pengarang - jais.sarawak.gov.my

28

Upload: others

Post on 06-Nov-2021

14 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: WACANA PENGARANG - jais.sarawak.gov.my
Page 2: WACANA PENGARANG - jais.sarawak.gov.my

2

WACANA PENGARANGAllah SWT telah mengutuskan Rasul-Nya

Muhammad SAW sebagai rahmat kepada sekelian alam. Alam Jahiliah penuh kegelapan mulai bersinar tatkala lahirnya seorang nabi yang akan membawa wahyu dari tuhan-Nya.

1400 tahun telah berlalu, Islam berkembang ke seluruh pelusuk dunia termasuk bumi Sarawak yang tercinta ini. Semoga Allah sentiasa melimpahkan rahmat-Nya.

Islam is the way of life menjadi tonggak kepada kelansungan perjalanan Dakwah Jabatan Agama Islam Sarawak melalui beberapa medium yang kini telah diterima oleh masyarakat, bukan hanya bersifat individual tapi saling melengkapi antara satu dengan yang lain.

Justeru itu, Islam bersifat syumul dalam semua ilmu manusiawi ; pentadbiran dan kepimpinan, akhlak dan kekuatan atau rahmat dan keadilan, pengetahuan dan undang-undang atau ilmu dan kehakiman, kebendaan dan harta atau usaha dan kekayaan, jihad dan dakwah atau tentera dan gagasan (fikrah). Akidah yang benar dan ibadat yang sah.” dan ianya termaktub di dalam firman Allah SWT yang bermaksud:

“Dan kami tidak mengutuskan kamu melainkan kepada ummat manusia seluruhnya sebagai pembawa berita dan sebagai pemberi peringatan”. (Saba: 28)

Seterusnya Menjadikan Al-quran dan Assunah sebagai panduan melayari kehidupan duniawi yang penuh onak dan duri demi menuju redha Illahi.

SIDANG REDAKSIPENASIHAT

Haji Ismail Bin Haji Mohd HanisPengarah Jabatan Agama Islam Sarawak

KETUA PENGARANGKhalipah Bin Juli

Ketua Unit Komunikasi & Korporat

PENGARANGEllysha Binti Razali

Abdul Rahim Bin Abdul Rashid (Haji)Izwan Syafrein bin Ibrahim

Muhammad Bin KamaruddinAnisah Binti Amit

Ahmad Mohar Bin Muhamad TerkiRazali Sapiee Bin Kamis

Norhayati Binti Suaidi (Hajah)Khuzaimah Binti Othman

Mohd Isselahuddin Bin Kameri (Haji)Hazimin Shakir Bin Said

Dayang Zuraida Binti Haji Awg SulongHelmi Bin Dato’ Haji Nahrawi

Hanapi Bin Haji UdinRuddy Bin Jonen

JURU GAMBARAdzhar Bin Drahman

ISI KANDUNGANASPIRASI PEMIMPIN:• Ustaz Haji Khalidi bin Haji Ibrahim, Timbalan Pengarah

KENALI JAIS: Bahagian Dakwah

ANJUNG MASJID:Masjid Model Bagi Sistem Pemukiman Mengikut Zon/Bahagian

BERITA :• Lawatan muhiobah Persatuan Islam Lembaga Hasil dDalam

Negeri Cawangan Kuching (HADANI)• Lawatan Sambil Belajar SMK Matang Jaya ke Jabatan Agama

Islam Sarawak• Penilaian Bacaan Imam-Imam Negeri Sarawak• Program Kongsi Rasa Kita Sama Kita Bahagian Limbang

TINTA PERSONALITI DAKWAH MEDIA:• Cemerlang Dengan Menegakkan Ibadah

MIMBAR JUMAAT:• Kedudukan Pembaca Al-Quran Di Sisi Allah SWT

CINTA AL-QURAN: Al-Baqarah Ayat 3

KES SYARIAH :• Kisah Di Sebalik Tabir: Berkahwin dan Berpoligami Tanpa

Kebenaran Pendaftar Nikah dan Mahkamah Syariah

CELIK SYARIAH :• Minuman Yang Memabukan

HALAL DAN ANDA : Kaedah Samak Najis Mughallazah

LENSA JAIS

ARTIKEL :• Penentuan, Semakan dan Pengesahan Arah Kiblat Bagi

Negeri Sarawak• Doa

PROJEK PEMBANGUNAN :• Surau Darul Abrar Kampung Datu (Sibu)• Surau Darul Ma’wa Kampung Baharu (Sibu)

PENDIDIKAN ISLAM: SMK Pesantren Abdul Taib Mahmud

KELUARGA SAKINAH: • Melahirkan Anak Soleh Dan Pintar

PROGRAM Q : • JAIS Ke Arah Pelaksaaan Balanced ScoreCard (BSC)

KELAB SUKAN DAN REKREASI JAIS :• Penyerahan Sumbangan Khairat Kematian Kepada Keluarga

Allahyarham ustaz Haji Rosli bin Arup• Program Bubur Lambuk Jabatan Agama Islam Sarawak

MBJ: Apa Itu MBJ?

IQRA’ : Fath Al-Bari Syarh Shahih Al-Bukhari

PENGHARGAAN: Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) 2014

3

4

5

6-7

8

9

10

11

12

13

14-17

18

1920

21

22

23

24

25

26

27

Page 3: WACANA PENGARANG - jais.sarawak.gov.my

3

AspirAsi pemimpin

BUDAYA KERJA BERKUALITI

Budaya kerja yang unggul dan cemerlang menjadi asas kepada peningkatan

kualiti dan produktiviti sesebuah organisasi. Pembentukan budaya kerja berkualiti hanya akan tercapai sekiranya warga JAIS mempraktikkan etika kerja cemerlang dan sifat integriti yang menyeluruh. Warga JAIS bukan sahaja perlu memahami peranan dan tanggungjawab masing-masing, tetapi juga lebih menjurus kepada keperluan bagi mencapai sasaran yang telah ditetapkan. Saya percaya semua kakitangan akan terus dapat dirangsangkan untuk mencapai matlamat bersama. Dalam proses tersebut, jalinan kerjasama yang mesra dan komunikasi berkesan di antara pihak pengurusan dengan semua kakitangan akan dapat diperkukuhkan. Saya juga berharap orang awam dapat membantu kita dengan memberi komen-komen membina yang boleh menambahbaik mutu perkhidmatan JAIS.

Ustaz Haji Khalidi bin Haji Ibrahim mula dilantik sebagai Timbalan Pengarah Operasi pada 16 Jun 2015.

Ustaz Haji KHalidi bin Haji ibraHimtimbalan PengaraH

Disediakan Oleh: Dayang Zuraida binti Haji Awang Sulong

Sabda Rasulullah SAW; “Bahawa Allah Mencintai Seseorang yang apabila ia mengerjakan sesuatu kerja, ia laksanakan dengan cemerlang”(Hadith Riwayat Al-Baihaqi)

Page 4: WACANA PENGARANG - jais.sarawak.gov.my

4

KenAli JAis

Bahagian ini merupakan antara bahagian-bahagian utama JAIS dalam usaha untuk mencapai Visi menjadikan

Islam sebagai satu amalan hidup dalam kalangan masyarakat Islam di Sarawak. Bahagian ini terletak di Tingkat 13, Majma’ Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah, Kuching. Terdiri daripada 4 Unit utama iaitu Unit Al-Quran, Unit Kefahaman Islam, Unit Pentauliahan dan Unit Kemajuan Saudara Kita serta beberapa sub unit.

Antara fungsi utama Bahagian Dakwah ialah:i. Memantapkan kefahaman Islam dalam kalangan ummah

(Jaringan kerjasama dengan agensi-agensi Islam dalam mengadakan kursus, seminar, bengkel, ceramah dan lain-lain)

ii. Mengendalikan program pemantapan Tilawah Al-Quran (Program Pembangunan Tilawah Al-Quran dan Majlis-Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Daerah, Bahagian dan Negeri)

iii. Mengurus hal ehwal Saudara Kita (Pengislaman dan Program Pembangunan Saudara Kita)

baHagian daKWaHDisediakan Oleh: Helmi bin Dato’ Haji Nahrawi

PROGRAM PEMANTAPAN KEFAHAMAN ISLAM

Petunjuk:BKS Bengkel Kesempurnaan Solat MH Maal Hijrah IR Ihya’ RamadhanKPJ Kursus Pengurusan Jenazah MR Maulidul Rasul K KorbanKI Khemah Ibadah IM Israk Mikraj

Bahagian Dakwah boleh dihubungi di talian 082-507115

0

5

10

15

20

25

30

35

40

45

BKS

KPJ

KI

MH

MR

IM

IR

K

Page 5: WACANA PENGARANG - jais.sarawak.gov.my

ZON SELATAN/ BAHAGIAN KUCHING

Masjid Darus Salam, Kampung Matang, Batu 10, Kuching adalah Pusat Pemukiman bagi Mukim Jalan Matang

dan telah dipilih sebagai Masjid Model sistem pemukiman bagi Bahagian Kuching dan ianya adalah dilancarkan oleh Yang Berhormat Menteri Muda di Pejabat Ketua Menteri (Hal Ehwal Islam) dan Menteri Muda Pembangunan Infrastruktur Sarawak pada 06 Oktober 2014 yang lepas. Berikut adalah carta bagi senarai masjid dan surau yang diselia oleh Masjid Darus Salam, Kampung. Matang, Batu 10, Kuching di dalam Mukim Jalan Matang :

ZON TENGAH/ BAHAGIAN SIBU Masjid Al-Muhajirin, Jalan Salim, Sibu telah dipilih sebagai Masjid Model bagi Sistem Pemukiman Negeri Sarawak bagi Bahagian Sibu/ Zon Tengah. Masjid ini juga merupakan Pusat Pemukiman bagi Mukim Lanang dan telah dilancarkan oleh Yang Berhormat Menteri Muda di Pejabat Ketua Menteri (Hal Ehwal Islam) dan Menteri Muda Pembangunan Infrastruktur Sarawak pada 24 Disember 2014 yang lepas. Carta bagi senarai masjid dan surau yang diselia oleh Masjid Al-Muhajirin, Jalan Salim, Sibu adalah seperti berikut:

masjid mOdel bagi sistem PemUKiman mengiKUt zOn/ baHagianDisediakan Oleh: Muhammad bin Kamaruddin

5

AnJung mAsJid

ZON UTARA/ BAHAGIAN MIRIMasjid Model bagi Zon Utara pula adalah Masjid Darul Khairat, Kampung Bakam, Miri di bawah Mukim Bakam dan pada 28 Disember 2014, Yang Berhormat Menteri Muda di Pejabat Ketua Menteri (Hal Ehwal Islam) dan Menteri Muda Pembangunan Infrastruktur Sarawak telah melancarkan Sistem Pemukiman bagi Bahagian Miri di masjid tersebut. Masjid/ surau yang diselia oleh Mukim Bakam adalah seperti berikut:

MUKIM JALAN MATANG

Pusat PemukimanMasjid Darus Salam, Kg. Matang, Batu 10,

Kuching

Masjid

I. Darul Halim, Kpg. Temenggong,

Kuching II. Darul Falah, Kpg Jaya

Bakti, Kuching III.Darul Salihin, Kpg. Telaga Air, Kuching

IV. Darul Ikhsan, Kpg. Sungai Aur, Kuching

V. Darus Salam, Kpg. Trombol, Kuching

VI. Darul Ibadah Kampung Mersan, Kuching

Surau

I. Nurul Annuar, Kpg. Matang Batu 10, Kuching

II. Ikhwanul Muslimin, Jalan Tanah Perkuburan Islam, Kpg. Matang, Kuching

III. Nurul Addin, Kpg. Sg. Budak, Batu 10 ½ , Jalan Matang, Kuching

IV. Surau Darul Taqwa, Kpg. Selang Laut, Kuching

V. Darul Ihsan, Kpg. Sri Kandung, Kuching

VI. Darul Salihin, Kpg. Sibu Laut, Kuching

MUKIM LANANG

Pusat PemukimanMasjid Al-Muhajirin, Jalan Salim, Sibu

Masjid

I. Darul Istiqamah, Jalan Sukun, Sibu

II. Al-Anshar, Jalan Sentosa Salim

Surau

I. Surau Darul Ibadah, Kpg Banyok, Sibu

II. Surau Darul Rahmah, Kpg Kedada

MUKIM BAKAM

Pusat PemukimanMasjid Darul Khairat, Kampung Bakam, Miri

Masjid Tiada

Surau

I. At-Taqwa, Kpg Siwak, Bakam

II. Darul Taqwa, Kpg Beraya, Bakam

Page 6: WACANA PENGARANG - jais.sarawak.gov.my

laWatan mUHibaH PersatUan islam lembaga Hasil dalam negeri

CaWangan KUCHing (Hadani)Disediakan Oleh: Ruddy bin Jonen

Jabatan Agama Islam Sarawak telah menerima Lawatan Muhibah oleh 8 orang ahli Persatuan Islam Lembaga

Hasil Dalam Negeri Cawangan Kuching ( HADANI) yang diketuai oleh Yang Dipertua HADANI, Encik Yusuf Bin Abdul Talib pada 16 Jun 2015 bertempat di Majma Tuanku Abdul Halim Mua’dazam Shah, Kuching.

Majlis dimulai dengan ucapan oleh Ustaz Abdul Rahim Bin Abdul Rashid, Ketua Unit Al-Quran mewakili Ketua Penolong Pengarah Bahagian Dakwah. Seterusnya Ucapan oleh Encik Yusuf Bin Abdul Talib , Yang Dipertua HADANI.Beliau telah menyatakan tujuan Lawatan Muhibah ini adalah untuk mengenali JAIS dengan lebih dekat lagi selain ingin mengetahui aktiviti-aktiviti dakwah yang dilaksanakan oleh pihak JAIS.

Dua (2) sesi taklimat telah diperdengarkan kepada para peserta iaitu tentang Pengenalan JAIS oleh Ustaz Khalipah Bin Juli, Ketua Unit Komunikasi Korporat dan Peranan JAIS dalam bidang dakwah di Sarawak oleh Ustaz Izwan Syafrein Bin Ibrahim, Pegawai Hal Ehwal Islam, Unit Kemajuan Institusi Saudara Kita, Bahagian Dakwah. Turut diadakan satu sesi dialog sebagai medan perkongsian ilmiah di antara kedua-dua pihak.

laWatan sambil belajar smK matang jaYa Ke

jabatan agama islam saraWaKDisediakan Oleh: Ruddy bin Jonen

Panitia Pendidikan Islam, SMK Matang Jaya telah mengadakan 2 sesi lawatan sambil belajar ke Jabatan

Agama Islam Sarawak yang melibatkan 138 orang pelajar Tingkatan 5 dan 10 orang guru pengiring.

Lawatan yang pertama ialah pada 12 Ogos 2015. Majlis dimulai dengan ucapan oleh Ustaz Haji Khalidi bin Haji Ibrahim, Timbalan Pengarah JAIS. Dalam ucapannya beliau telah menerangkan sedikit sebanyak tentang perkembangan awal Islam di Sarawak sehinggalah tertubuhnya Majlis Islam Sarawak pada tahun 1955. Seterusnya ucapan oleh Ketua rombongan iaitu Cikgu Mas Adi Hidayat bin Saiee.

Manakala pada lawatan yang kedua, Ustaz Haji Abdul Latif bin Haji Abdul Karim, KPP Pengukuhan Pendidikan Islam memulai ucapan dengan memberi sedikit penerangan berkaitan Pendidikan Islam di Sarawak dan bagaimana Majlis Islam Sarawak menguruskan Sekolah-sekolah di bawah kelolaan mereka.

Kedua-dua lawatan ini telah diperdengarkan taklimat Pengenalan JAIS oleh Ustaz Haji Ruddy bin Jonen dari Unit Komunikasi Korporat, JAIS. Beliau telah menerangkan sejarah penubuhan JAIS, bahagian-bahagian yang terdapat di Ibu Pejabat serta fungsi-fungsinya. Beliau juga memberi penerangan kepada pelajar-pelajar bagaimana hendak berurusan dengan JAIS melalui sistem di atas talian.

Sebelum berakhir, satu sesi soal jawab telah diadakan bagi menjawab persoalan daripada para pelajar. Lawatan ini melibatkan semua bahagian di Ibu Pejabat JAIS yang diwakili oleh KPP masing-masing.

6

BeritA

Page 7: WACANA PENGARANG - jais.sarawak.gov.my

Penilaian baCaan imam-imamnegeri saraWaK

Disediakan Oleh: Osman bin Bujang

Unit Pengimarahan Dan Latihan Bahagian Kemajuan Institusi Masjid telah mengadakan sesi penilaian bacaan

imam Skim Pegawai Perkhidmatan Masjid (SPPM). Sesi penilaian bacaan imam ini diadakan untuk menilai tahap penguasaan seseorang imam dari segi hafalan Al-quran, penguasaan bacaan, tajwid bacaan dan kelancaran bacaan yang merangkumi surah Al-Fatihah, surah lazim, wirid dan doa selepas solat.

Penilaian tersebut dilaksanakan mengikut mukim bagi tujuan mengimarahkan pemukiman yang telah ditetapkan dan juga bagi mengelakkan perjalanan jauh para peserta. Dengan harapan semua imam dapat menghadiri penilaian tersebut. Sepanjang bulan Mei hingga Ogos, sesi penialian telah berjaya dilaksanakan di mukim Desa Ilmu, Serian dan Samarahan, Sadong Jaya dan Simunjan. Sesi penilaian tersebut juga dimasukan dalam aturcara dalam Kursus Profesionalisme Imam bagi kawasan yang diadakan di bahagian Bintulu dan Sri Aman yang akan datang.

Antara objektif diadakan penilaian bacaan tersebutialah ; i. menilai tahap penguasaan bacaan Al Quran imam ii. memperbaiki kekurangan dan kelemahan bacaan imam iii. mengenalpasti kelompok tahap penguasaan imam iv. memupuk semangat imam untuk meningkatkan

penguasaan asas bacaan seorang imam Penilaian bacaan imam ini akan diperluaskan dan diadakan di seluruh Negeri Sarawak dari masa ke semasa. Semoga usaha murni bagi meningkatkan dan memartabatkan kredibiliti imam akan dipermudahkan dan mendapat keredhaan Allah SWT.

PrOgram KOngsi rasa Kita sama KitabaHagian limbang

Disediakan Oleh: Ustazah Suzila binti Hanapi

Pada 22 Ogos 2015 yang lepas, Pejabat Agama Islam Bahagian Limbang dengan kerjasama Jawatankuasa

Surau Setia Muafakat, Kampung Siol, Limbang telah mengadakan Program Kongsi Rasa Kita Sama Kita (KRKSK) di Surau Setia Muafakat, Kampung Siol. Program ini merupakan salah satu aktiviti berkonsepkan turun padang dalam rangka memberi khidmat kaunseling kepada penduduk kariah masjid atau surau yang terpilih dalam membendung masalah masyarakat dan institusi rumahtangga.Program ini telah berjaya mengumpulkan 30 orang peserta yang terdiri daripada 19 orang peserta wanita dan 11 orang peserta lelaki.

Program ini telah dimulai dengan sesi taklimat oleh Ustazah Suzila binti Hanapi, Penolong Pegawai Hal Ehwal Islam kepada para peserta berkenaan perjalanan program, seterusnya sedikit ceramah tentang konsep kekeluargaan oleh Ustaz Abang Azman bin Abang Mohamed, Imam Bahagian Limbang.

Para peserta dibahagikan kepada beberapa kumpulan, yang mana setiap kumpulan akan dikendalikan oleh dua orang fasilitator yang juga merupakan Pegawai Khidmat Nasihat di Pejabat Agama Islam Bahagian Limbang.Sesi perkongsian ini berkonsepkan soal jawab antara Pegawai Khidmat Nasihat dan pelanggan.Sesi perkongsian berkumpulan ini berakhir pada jam 12.00 tengahari. Majlis Penangguhan Program telah dirasmikan oleh Ustaz Haji Shazali bin Dato Sri Haji Abdul Kadir, Pegawai Agama Islam Bahagian Limbang.

7

BeritA

Page 8: WACANA PENGARANG - jais.sarawak.gov.my

Firman Allah SWT:

Maksudnya : Wahai orang-orang yang beriman, rukuklah serta sujudlah (mengerjakan sembahyang), dan beribadatlah kepada Tuhan kamu (dengan mentauhidkanNya), serta kerjakanlah amal-amal kebajikan; supaya kamu berjaya (di dunia dan di akhirat). { surah Al- Haj ayat 77 }

Berdasarkan Ayat ini, Allah SWT menyeru kepada orang yang beriman supaya mereka sujud dan rukuk iaitu menyembah Allah SWT tanpa ragu dan tidak mempersekutukannya dengan yang lain. Di samping itu Allah SWT menyeru orang yang beriman ini agar melakukan ibadah kepadaNya. Ibadah adalah satu perlakuan yang tidak bercanggah dengan syarak dan ia dilakukan dengan niat hanya kepada Allah SWT . Konsep ibadah adalah luas.Ianya terbahagi kepada dua iaitu ibadah khusus dan ibadah umum. Ibadah yang khusus seperti solat, puasa , haji dan sebagainya manakala ibadah umum pula seperti membersihkan masjid, berbuat baik kepada jiran dan seumpamanya.

Imam An-Nasafi ketika menafsirkan ayat ini menyatakan bahawa Allah SWT mengutamakan ibadah solat diikuti dengan ibadah yang lain.

Sabda Rasulullah SAW

“Shalat merupakan tiang agama, barangsiapa yang mendirikannya, maka sungguh ia telah mendirikan agama dan barang siapa yang menghancurkannya, maka ia telah menghancurkan agama”

Kemudian barulah diseru untuk melakukan kebaikan-kebaikan lain. Ada yang berpendapat maksud kebaikan-kebaikan ini ialah menghubungkan tali persaudaraan dan menghiaskan diri dengan akhlak yang mulia.

Ciri-ciri yang perlu ada kepada setiap ibadah ialah niat yang ikhlas dalam melaksanakannya dan mengikut kehendak syarak. Ibadah juga perlu dilaksanakan mengikut landasan keutamaan seperti yang ditetapkan oleh syariat iaitu mendahului ibadah fardhu berbanding ibadah yang sunat.

Kita sebagai orang yang beriman kepada Allah SWT wajib percaya dan yakin bahawa janji Allah SWT itu pasti. Maknanya apabila seseorang itu beramal ibadah kepada Allah dengan menyembah-Nya dan melakukan segala kebaikan.Jaminan Allah kepada mereka adalah kejayaan bukan sekadar kejayaan dunia sahaja bahkan beroleh kejayaan di akhirat. Kita perlu sentiasa memuhasabah atau menilai diri kita agar tidak mudah leka dan lalai daripada menyembah Allah SWT serta mengerjakan segala kebaikan.Mudah-mudahan kita beroleh kejayaan.

Cemerlangdengan menegaKKan ibadaH

8

tintA personAlitidAKwAh mediA

Awang Nib Zuhairi Bin Awang AhmadSlot Tip Pagi di Sarawak FMSetiap Hari, Jam 6:30 pagi

Page 9: WACANA PENGARANG - jais.sarawak.gov.my

17ramadhan merupakan satu tarikh yang selalu diperingati oleh umat Islam, kerana pada tarikh itulah al-Quran diturunkan, atau dipanggil Nuzul al-Quran. Memang benar bahawa setiap muslim sepatutnya memperingati dan diperingatkan di mana perlu, berhubung tarikh dan signifikan, penurunan al-Quran. Kitab wahyu yang diturunkan oleh Allah subhanahu wata’ala kepada Rasul-Nya ini dipenuhi dengan mukjizat dan keagongan yang tiada tolok bandingnya dengan kitab-kitab yang lain. Bagi mengekalkan al-Quran dalam kehidupan kita, ianya perlu dijaga dengan sentiasa membaca, menghafal dan memahami isi kandungannya agar berada di dalam jiwa dan hati setiap muslim. Firman Allah subhanahu wata’ala dalam surah al-Hijr, ayat 9:

Maksudnya: “Sesungguhnya, Kamilah yang menurunkan al- Qur’an, dan Kamilah yang memelihara dan menjaganya.”

Rasulullah sallallahu ‟alaihi wasallam menggesa umatnya agar sentiasa membaca al-Quran dan mendalami dengan tepat dari segi bacaannya. Itulah sebabnya, kita dapati para sahabat radhiallahu anhum seperti Uthman bin ‟Affan, Zaid bin Tsabit, Ibnu Mas‟ud, Ubay bin Ka‟ab dan lain-lain lagi radhiallahu anhum, mereka ini sentiasa membaca al-Quran dan mengkhatamkannya berkali-kali. Begitu juga amalan tradisi orang-orang tua kita dahulu juga mewajibkan pendidikan al-Quran kepada anak-anak. Anak-anak tidak dibenarkan keluar rumah selagi tidak membaca al-Quran dan mereka mengamalkan pembacaan al-Quran setiap malam selepas waktu maghrib secara beramai-ramai. Ini membuktikan mereka sangat mengambil berat tentang pembacaan dan pendidikan al-Quran.

Banyak hadis yang menjelaskan kedudukan orang yang sentiasa membaca al-Quran. Mereka berada begitu tinggi dan mulia di sisi Allah subhanahu wata’ala.

Sabda Rasulullah sallallahu ’alaihi wasallam dalam satu hadis Qudsi yang bermaksud :

“Sesiapa yang sentiasa sibuk dengan Al-Quran dan zikir mengingatiKu

daripada meminta-minta kepadaku, maka Aku akan anugerahkan perkara yang lebih baik daripada Aku anugerahkan kepada mereka yang sentiasa memohon

kepadaKu itu. Dan kelebihan kalam Allah di atas segala kalam yang lain,

seperti lebihnya Allah di atas makhluk-Nya”

(Hadis riwayat Imam at-Tirmizi, katanya hadis hasan sahih)

Mereka yang menjadikan al-Quran sebagai bacaan utama setiap masa akan diberi ganjaran pahala oleh Allah subhanahu wata’ala. Setiap huruf yang dibaca akan dikira sebagai sepuluh pahala. Muka pembaca al-Quran sentiasa berseri-seri, sentiasa dalam keadaan tenang dan kehidupannya dirahmati dan dimurahkan rezeki oleh Allah subhanahu wata’ala. Ketika berada di alam kubur, diluaskan kedudukannya serta mendapat syafaat di akhirat nanti. Sabda Rasulullah sallallahu ‟alaihi wasallam:

Bermaksud : Bacalah kamu akan al-Quran, sesungguhnya (al-Quran) akan datang pada hari kiamat memberi syafaat kepada pembaca-pembacanya. (Hadis riwayat Imam Muslim)

Sebagai umat Islam yang beriman, maka sewajarnya al-Quran dibaca, difahami dan dijadikan panduan dan sumber rujukan yang utama dalam apa juga kegiatan hidup, sama ada dari sudut akidah, syariat dan akhlak, khususnya dalam menangani pelbagai permasalahan, cabaran semasa untuk mencapai kehidupan yang bahagia di dunia dan akhirat. Bersama-samalah kita menjadikan amalan membaca al-Quran sebagai amalan dan budaya kehidupan seharian.

Petikan Khutbah Jumaat :“KEDUDUKAN PEMBACA AL-QURAN DI SISI ALLAH SWT ”(03 Julai 2011M/ 16 Ramadhan 1436H)

“KedUdUKan PembaCa al-QUran di sisi allaH sWt ”Disediakan Oleh: Ruddy bin Jonen

9

mimBAr JumAAt

Page 10: WACANA PENGARANG - jais.sarawak.gov.my

10

CintA Al-QurAn

Pendapat yang diambil oleh Ibnu Jarir adalah bahwa ayat ini mencakupi kesemua sifat kemuliaan yang ada pada

manusia yang beriman kepada Allah swt.

yang mendirikan shalat dan menafkahkan sebahagian rezki yang Kami anugerahkan kepada mereka, (QS : al Baqarah : 3)

Ibnu Abbas berkata { } adalah mendirikan solat, bererti mendirikan solat dengan segala kewajibannya menjalani perintah Allah swt.

Dari Ibnu Abbas, Ad Dhahak pula berkata :”mendirikan Solat itu bererti mengerjakan dengan sempurna rukuk, sujud, bacaan, serta penuh khusyu.”

Dan Qatadah berkata : { } bererti, berusaha mengerjakannya tepat pada waktunya dengan berwudhu, rukuk dan bersujud.

Manakala Muqatil bin Hayyan berkata { }, itu ialah memelihara untuk selalu mengerjakan solat pada waktunya, menyempurnakan wudhu’, rukuk, sujud, bacaan al Quran, tasyahhud, serta membaca selawat kepada Rasulullah saw. Demikian itulah maknanya mendirikan solat.

Mengenai Firman Allah swt { }, “Dan menafkahkan sebahagian rezeki yang Kami anugerahkan kepada mereka.”. Ali Bin Abi Thalhah dan yang lainnya berkata, dari Ibnu Abbas, ia berkata “maksud ayat ini ialah: mengeluarkan zakat dari harta kekayaan yang dimiliknya.

As Suddi, menceritakan dari Ibnu Abbas, dari Ibnu Mas‟ud dan dari beberapa sahabat Rasulullah saw, ia berkata { }, bermaksud pemberian nafkah seseorang kepada keluarganya.

Ibnu Kathir berkata : Seringkali Allah swt menggandingkan antara solat dan infaq (zakat) karena solat merupakan hak Allah swt sekaligus sebagai bentuk ibadah kepadaNya, dan ia adalah lambang pengesaan, penyanjungan, pengharapan, pemujian, doa munajat serta tawakal kepadaNya Tuhan yan Maha Pencipta. Sedangkan zakat merupakan salah satu bentuk perbuatan baik kepada semua makhluk dengan memberikan manafaat kepada mereka. Dan yang paling berhak mendapatkannya adalah keluarga, kaum kerabat serta orang-orang terdekat. Dengan demikian segala bentuk nafkah dan zakat yang wajib dijelaskan dalam firman Allah { } ertinya dan menafkahkan sebahagian rezeki yang Kami anugerahkan kepada mereka.

Oleh kerana itu dalam Kitab Bukhari dan Muslim, Ibnu „Umar r.a bahwa Rasulullah saw pernah bersabda : Islam itu didirikan diatas lima landasan, (1) Bersaksi bahawa tidak ada Tuhan selain Allah dan Muhammad adalah Rasulullah, mendirikan solat, menunaikan zakat, berpuasa di bulan Ramadhan, serta melaksanakan ibadah haji.

al-baQaraH aYat 3Disediakan Oleh: Abdul Rahim bin Rashid

iaitu mereka yang beriman kepada yang ghaib, yang mendirikan solat dan menafkahkan sebahagian rezeki yang Kami anugerahkan kepada mereka,

(Al Baqarah : 3)

Page 11: WACANA PENGARANG - jais.sarawak.gov.my

Perkahwinan merupakan impian setiap manusia bagi meneruskan generasi pada masa akan datang. Namun

perkahwinan yang terbentuk di sebalik keretakan rumahtangga wanita lain sering menjadi satu polemik di dalam masyarakat kita. Kisah kali ini berkongsikan pengalaman pahit yang dilalui oleh seorang wanita yang mengahwini suami tanpa melalui prosedur yang sebenar.

Kisah benar ini dikongsikan oleh Ayu (bukan nama sebenar) apabila telah disabitkan bersalah oleh pihak Mahkamah Syariah Kuching di atas kesalahan berhubung Akad Nikah Perkahwinan.Ayu telah berkenalan dengan Daud (bukan nama sebenar) hampir 3 tahun yang lalu kerana bekerja di tempat yang sama. Asasnya Ayu mengetahui bahawa Daud telah pun berkahwin dan mempunyai 2 orang anak. Namun, sepanjang perkenalan tersebut, Daud sering memberitahu bahawa dia tidak pernah merasa bahagia hidup bersama isterinya. Pelbagai cerita buruk dikongsikan tentang isterinya hingga Ayu berasa simpati di atas nasibnya. Lama-kelamaan, hubungan sebagai rakan sepejabat berubah menjadi cinta hingga mereka terjebak ke dalam percaturan masalah rumahtangga Daud. Meskipun banyak menerima panggilan telefon daripada isteri Daud agar tidak menganggu rumahtangganya namun tidak pernah diambil peduli oleh Ayu. Hubungan yang semakin rapat ini telah menyebabkan pasangan ini mengambil keputusan untuk berkahwin di luar negara. Perkahwinan secara sembunyi dan tanpa pengetahuan sesiapa ini telah berlangsung hampir setahun.

Kehidupan berumahtangga telah banyak menyedarkan Ayu dengan sikap sebenar Daud. Pelbagai masalah telah timbul, antaranya ketiadaan sijil nikah yang sah dan ini menyukarkannya untuk berurusan di klinik kerajaan. Bagai jatuh di timpa tangga, Daud pula bersikap acuh tidak acuh dengan permohonan

pengesahan perkahwinan mereka. Proses permohonan pengesahan nikah ini telah diuruskan oleh pihak peguam yang memerlukan kos dan terpaksa ditanggung olehnya. Setelah kes ini disebut di Mahkamah Syariah Kuching bagi tujuan pengesahan nikah, pasangan ini juga perlu hadir ke Bahagian Penguatkuasaan Agama atas kesalahan berkahwin tanpa kebenaran Pendaftar Nikah, Cerai dan Rujuk.

“kesalahan berkahwin tanpa kebenaran PendaftarNikah, Cerai dan Rujuk yang boleh

dihukum denda tidak melebihi RM 1,000.00 atau penjara tidak

melebihi 6 bulan atau boleh kedua-dua kesalahan tersebut

dikenakan bagi setiap seorang”

Selain itu, Daud juga dipertuduh di atas kesalahan berpoligami tanpa kebenaran Mahkamah Syariah. Pasangan ini telah didenda atas dua kesalahan iaitu kesalahan berkahwin tanpa kebenaran Pendaftar Nikah, Cerai dan Rujuk yang boleh dihukum denda tidak melebihi RM 1,000.00 atau penjara tidak melebihi 6 bulan atau boleh kedua-kedua kesalahan dikenakan bagi setiap seorang. Manakala kesalahan berpoligami tanpa kebenaran Mahkamah Syariah pula didenda tidak melebihi RM 3,000.00 atau penjara tidak melebihi 2 tahun penjara atau boleh juga kedua-dua kesalahan tersebut dikenakan. Pasangan ini akhirnya terpaksa menghadapi kes di Mahkamah Syariah di atas kesalahan tersebut.

Meskipun kes di Mahkamah Syariah telah selesai dan sijil nikah telahpun diperolehi, namun Ayu pasrah menerima ketentuan takdir dan menyesal atas perbuatannya yang lalu.

“Kesalahan berpoligami tanpa kebenaran Mahkamah Syariah pula

didenda tidak melebihi RM 3,000.00 atau penjara tidak melebihi 2 tahun penjara atau boleh juga kedua-dua kesalahan tersebut dikenakan”

KisaH di sebaliK tabir: berkahwin dan berpoligami tanpa Kebenaran Pendaftar nikah

dan mahkamah syariahDisediakan Oleh: Anisah binti Amit

11

Kes syAriAh

Page 12: WACANA PENGARANG - jais.sarawak.gov.my

Berita pembunuhan yang berpunca

daripada pengaruh arak semakin berleluasa di media cetak dan media elektronik. Suatu perkara yang menyedihkan apabila dilaporkan semakin ramai masyarakat Islam

terpengaruh dan meniru budaya barat yang merosakkan ini hingga akhirnya menghancurkan generasi muda yang bakal menjadi pemimpin negara pada masa akan datang.

Sejak akhir-akhir ini, gejala minum arak menjadi satu trend di kalangan masyarakat Islam khasnya di kalangan remaja dan belia. Ketagihan kepada alkohol menjerumuskan masyarakat kita kepada gejala-gejala yang ditegah di sisi agama. Minuman arak yang mengandungi alkohol memberi kesan kepada tubuh badan dan sistem saraf pusat. Beberapa fungsi saraf pusat yang bakal terjejas ialah proses untuk membuat pertimbangan, pemerhatian dan konsentrasi, kehilangan sifat penahanan diri, tindakan yang dipengaruhi oleh perasaan pada sesuatu ketika dan hilang upaya untuk mengawal perasaan. Seperti dalam firman Allah swt, dalam Surah Al-Maidah : ayat 90 yang bermaksud :

“Hai orang-orang yang beriman, sesungguhnya minuman keras (arak) judi, berhala dan mengundi nasib itu adalah pekerjaan yang keji dari pekerjaan syaitan, sebab itu hendaklah kamu jauhi, mudah-mudahan kamu mendapat kemenangan”.

Punca Permasalahan Berlaku Jenayah Minum ArakTerdapat beberapa faktor yang menyebabkan berlakunya gejala ini sehingga menjadi suatu barah di dalam kehidupan masyarakat. Antaranya ialah tiada penghayatan dalam beragama, dipengaruhi kawan dan persekitaran, perceraian ibu bapa dan permasalahan dalam keluarga, sikap ingin mencuba perkara yang boleh memudharatkan di samping mengamalkan gaya hidup bebas tanpa kongkongan. Ordinan Kesalahan Jenayah Syariah Sarawak, 2001 juga ada memperuntukkan kesalahan ini bagi masyarakat Islam yang melakukan kesalahan.

Penerangan Tentang Seksyen 16(1), Ordinan Kesalahan Jenayah Syariah, 2001 Seksyen ini merupakan salah satu daripada peruntukan bagi kesalahan yang termaktub di dalam Ordinan Syariah Sarawak, 2001 iaitu dibawah Seksyen 16(1), OKJS, 2001 iaitu minum Minuman Yang Memabukkan. (Sekyen 16 (1), OKJS, 2001)

Minuman yang memabukkan Mana-mana orang yang, di mana-mana kedai atau tempat awam lain, minum apa-apa minuman yang memabukkan adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan kesalahan boleh dikenakan denda tidak melebihi tiga ribu ringgit atau pemenjaraan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.

Penerangan RingkasKesalahan ini menjelaskan bahawa, sesiapa sahaja yang beragama Islam dan berada di Negeri Sarawak melakukan kesalahan di atas boleh ditangkap dan didakwa di Mahkamah Syariah Negeri Sarawak atas kesalahan tersebut.

Menurut statistik, kes-kes pendakwaan syariah bagi kesalahan di bawah seksyen ini di Mahkamah Syariah menunjukkan pesalah yang ditangkap terdiri di bawah kategori umur seawal usia belasan tahun. Keadaan ini amat membimbangkan jika dibiar berterusan. Antara arak-arak yang biasa diminum adalah arak jenis benson, oranjeboom, golden ice, arak putih, stella artois, carlsberg dan sebagainya. Apa yang paling membimbangkan ialah apabila pengambilan arak ini dicampur dengan bahan minuman berkarbonat seperti coke, ubat batuk dan sebagainya untuk memberi kesan yang lebih mengkhayalkan kepada peminumnya.

Seperti yang kita ketahui Allah s.w.t. memberi peringatan kepada kita agar tidak meletakkan diri di dalam situasi yang boleh merosakkan individu manusia itu sendiri seperti di dalam firmanNya yang bermaksud :

“Janganlah sengaja mencampakkan diri kamu dalam bahaya kebinasaan.” (Surah Al-Baqarah: 195)

Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud :“Tinggalkanlah meminum minuman keras sebab ia adalah(pembuka) segala kunci pintu kejahatan”

Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud :“Tiap-tiap sesuatu yang memabukkan itu, hukumnyaharam.” [ H.R. Muslim ]

Kesan Negatif Pengambilan Arak1. Melahirkan individu yang berakhlak buruk hingga menyebabkan kemusnahan institusi keluarga, masyarakat dan negara.2. Menjatuhkan maruah diri, keluarga, masyarakat dan agama.3. Menjadi insan yang tidak bardaya maju dan berdaya saing.4. Membazir harta, tenaga dan masa5. Terdedah kepada kegiatan jenayah yang lebih merbahaya.6. Negara menjadi mundur.

Hikmah Pengharaman Arak

1. Menjaga kewarasan akal manusia.

2. Menjamin keharmonian institusi keluarga dan masyarakat. Masyarakat perlu mengamalkan cara hidup sihat dengan mengadakan program dan aktiviti kemasyarakatan yang lebih bermanfaat agar tidak terjerumus kepada aktiviti-aktiviti yang tidak berfaedah.

minUman Yang memabUKKanDisediakan Oleh: Anisah binti Amit

12

CeliK syAriAh

Page 13: WACANA PENGARANG - jais.sarawak.gov.my

13

hAlAl dAn AndA

Jabatan Agama Islam Sarawak mengucapkan terima kasih atas keprihatinan masyarakat dan pengeluar-pengeluar produk mengenai kesucian dan kehalalan makanan dan bahan gunaan di pasaran. Oleh itu, sebagai panduan kepada semua pihak, Jabatan Agama Islam Sarawak telah menyediakan Kaedah Samak Najis Mughallazah.

Kaedah Samak Najis Mughallazah

JENIS NAJIS1. Najis Aini ialah semua najis yang berjirim yang dapat dilihat

atau mempunyai sifat zahir iaitu warna atau bau seperti tahi, kencing dan darah;

2. Najis Hukmi ialah semua najis yang telah kering dan kesannya telah hilang. Dengan kata lain, kesan warna atau bau najis tersebut tidak ada lagi. Najis Mughallazah ialah najis jenis yang berat, iaitu anjing dan babi. Jika tercemar oleh najis Mughallazah hendaklah dibasuh dengan air sebanyak tujuh (7) kali. Satu daripadanya dengan air bercampur tanah, sama ada najis tersebut najis aini atau hukmi.

KAEDAH MEMBERSIHKAN NAJIS MUGHALLAZAH1. Basuhan yang pertama adalah untuk menghilangkan

kewujudan najis, walaupun berapa basuhan diperlukan. Hendaklah dipastikan tiada tinggalan air daripada air basuhan yang pertama ;

2. Basuhan yang seterusnya dikira sebagai basuhan yang kedua sehinggalah basuhan yang ketujuh;

3. Salah satu dari basuhan tersebut hendaklah air yang bercampur tanah ;

• Kadar tanah yang digunakan memadai menjadikan air tersebut berkeladak dan penggunaan bahan yang mempunyai kandungan tanah adalah dibenarkan.

KEADAAN TANAHKeadaan tanah yang digunakan hendaklah :1. Bebas daripada najis ; dan2. Bukan tanah Musta’mal (iaitu yang telah digunakan untuk

tayammum) kecuali setelah hujan lebat.

KEADAAN AIRKeadaan air yang digunakan hendaklah:1. Air Mutlak (air yang suci lagi menyucikan);2. Bukan air Musta’mal (air yang telah digunakan untuk bersuci); dan3. Bebas daripada najis.

(Petikan diambil daripada portal rasmi Jabatan Agama Islam Sarawak ; www.jais.sarawak.gov.my)

KaedaH samaK najis mUgHallazaH

Page 14: WACANA PENGARANG - jais.sarawak.gov.my

14

lensA JAis

YAB Perdana Menteri merasmikan Masjid Nurir Rahmani, Kpg Santubong

pada 01 Mei 2015.

Majlis Doa Kesyukuran sempena Sambutan Hari Keputeraan DYMM Yang Di-Pertuan Agong ke-XIV

pada 5 Jun 2015 di Masjid Setia Raja, Mukah.

Majlis Khatam Al-Quran dan Berbuka Puasa kakitangan PMIS & JAIS pada 9 Julai 2015/ 22 Ramadhan 1436H di Dewan Kompleks Islam

Sarawak, Kuching.

Page 15: WACANA PENGARANG - jais.sarawak.gov.my

15

lensA JAisMajlis Sambutan 60 tahun Majlis Islam Sarawak pada

6 Ogos 2015 di Dewan Kompleks Islam Sarawak.

Majlis Perasmian Masjid Darul Ibadah Kpg Rajang, Belawai, Mukah oleh Tun Pehin Sri Haji Abdul Taib Mahmud, TYT

Yang di-Pertua Negeri Sarawak pada 15 Mei 2015.

Page 16: WACANA PENGARANG - jais.sarawak.gov.my

16

lensA JAis

Program Remaja… Dirimu Amat Dihargai BahagianSibu pada 23 Mei 2015 di Masjid Darul Ukhwah,

Kemunyang.

Program Celik Perundangan Syariah Bahagian Sarikeipada 28 Mei 2015 di Surau Darul Ihsan, Bintangor.

Program Lan Riadah & Cinta Al-Quran Bahagian Miripada 23 Mei 2015 di Masjid Darul Hana, Kpg Tunku

Abdul Rahman, Lambir.Program Explore Masjid Bahagian Sibu pada 14 Ogos

2015 di Masjid Darul Amilin, Sibu.

Bengkel Kesempurnaan Solat Bahagian Miri pada 25Mei 2015 di Masjid Darul Makmur, Kpg Tanjung

Belipat, Miri.Program Kefahaman Islam Bahagian Mukah pada

14-15 Mei 2015 di Masjid Darul Qarar, Kpg Tanam, Dalat.

Page 17: WACANA PENGARANG - jais.sarawak.gov.my

17

lensA JAis

Kursus Intensif Saudara Kita Siri 3/ 2015 pada16 Jun 2015 di Bilik Mesyuarat, Pejabat Agama

Islam Bahagian Sri Aman.

Kursus Intensif Saudara Kita pada 16 Jun 2015 diBilik Mesyuarat, Pejabat Agama Islam Bahagian Sibu.

Kursus Sembelihan anjuran bersama PAIB Kapit dan Jabatan KEMAS bertempat di Masjid Jabal An-Nur Bahagian Kapit pada 4 Julai 2015. Ceramah telah disampaikan oleh Ustaz Mohamad bin

Sinosi.

Iftar Jamai‟e dan Solat Sunat Terawih pada 11 Julai2015/ 24 Ramadhan 1436H di Rumah Panjang Bengau Lepong Sut, Kapit.

Page 18: WACANA PENGARANG - jais.sarawak.gov.my

Pada tanggal 15 Februari 2013M/04 Rabiulakhir 1434H, segala urusan berkaitan hal ehwal kiblat termasuk penentuan,

semakan, pengesahan dan pensijilan bagi Negeri Sarawak telah dipindah dan diserahkan secara rasminya daripada Pejabat Mufti Negeri Sarawak ke Jabatan Agama Islam Sarawak. Penentuan arah kiblat dibuat adalah dengan kerjasama Pegawai- Pegawai Fokal Arah Kiblat Jabatan dan Jabatan Tanah & Survei Sarawak atau Jabatan Mufti Negeri Sarawak.

Dalil Menghadap KiblatArah kiblat bagi seluruh umat Islam adalah Kaabah (Baitullah) yang terletak di dalam Masjidil Haram di Makkatul Mukarramah. Ini bersesuaian dengan firman Allah Taala yang bermaksud:

“Dan dari mana sahaja kamu keluar (untuk menunaikan sembahyang), maka hadapkanlah mukamu ke arah Masjidil Haram (Kaabah); dan sesungguhnya ketentuan perintah tersebut (menghadap Kaabah) adalah benar dari Tuhanmu; dan ingatlah bahawa Allah sekali-kali tidak akan lalai dari apa yang kamu kerjakan”.(Al-Baqarah 2:149)

Manakala dalil As-Sunnah berhubung kiblat pula adalah dari Hadith riwayat Bukhari dan Muslim yang bermaksud:

“Dari Abi Hurairah R.A berkata; Rasulullah S.A.W bersabda; “Apabila hendak menunaikan sembahyang maka sempurnakanlah wuduk, lalu menghadap ke arah kiblat, kemudian mengangkat takbir”.

Dasar Kaedah Penetapan Arah KiblatMaklum bahawa bagi umat Islam yang berdekatan atau berada di Masjidil Haram, isu menghadap arah Kiblat tidak timbul dan tidak menjadi masalah. Persoalan yang selalu menjadi tanda tanya atau pun pertikaian adalah bagaimana dengan arah kiblat bagi umat Islam yang berada jauh atau luar dari kawasan Masjidil Haram.Terdapat juga sesetengah pendapat yang mengatakan bahawa perlu menghadap dengan tepat manakala yang lain berpendapat hanya sekadar menghadap secara agak agak (dzan) sahaja. Sehubungan itu, dasar asas dalam penetapan arah kiblat bagi semua umat Islam adalah berdasarkan Hadith Rasulullah S.A.W yang bermaksud:

“ Baitullah (Kaabah) adalah kiblat bagi orang-orang dalam Masjidil Haram dan Masjidil Haram adalah kiblat bagi orang orang yang tinggal di Tanah Haram (Mekah) dan Tanah Haram adalah kiblat bagi seluruh penduduk bumi, timur dan dan baratnya dari umatku”.(Riwayat Al-Baihaqi)

Hadith Rasulullah S.AW di atas jelas menerangkan bahawa baginda sendiri telah memberi kelonggaran dalam menghadap arah kiblat. Namun begitu, arah kiblat tersebut hendaklah (bagi penduduk selain Mekah) menghampiri kepada kedudukan Kaabah. Kelonggaran yang diberikan adalah bermaksud umat Islam hendaklah mempunyai ilmu pengetahuan yang secukupnya bagi menentukan arah kiblat dan bukan hanya dengan mengagak atau meneka-neka.

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan Kali ke-79 pada tahun 2007 memutuskan bahawa penetapan had selisih arah kiblat yang dibenarkan bagi mihrab masjid/surau yang telah dibina dan penduduk yang berada jauh dari makkah adalah seperti berikut:

i. Arah menghadap kiblat merupakan perkara ijtihadi dan dzanni. Penentuan had tidak melebihi tiga (3) darjah bagi pesongan mihrab yang dibenarkan tidak perlu ditetapkan.

ii. Oleh itu, Muzakarah memutuskan bahawa had berpaling yang dibenarkan dari kiblat tidak perlu difatwakan, tetapi boleh dijadikan sebagai garis panduan dalam pembinaan masjid dan surau baru.

iii. Menggunapakai kaedah jihah Kaabah dalam menangani isu arah kiblat yang terpesong bagi mihrab masjid/surau dan orientasi tanah perkuburan Islam yang telah digunakan semenjak sekian lama. Kaedah ini adalah berdasarkan pendapat Jumhur Ulama‟ yang berhujah dengan hadith riwayat Ibnu Majah dan At-Tirmizi yang bermaksud “apa yang di antara timur dan barat adalah kiblat”.

iv. Penetapan arah kiblat berdasarkan jihah membenarkan had berpaling yang lebih luas daripada kiblat sebenar berbanding penetapan berdasarkan ain kiblat atau Kaabah.

v. Saf dan mihrab masjid/surau serta orientasi tanah perkuburan Islam yang telah digunakan sejak sekian lama tetapi didapati terpesong dari arah kiblat sebenar tidak perlu disemak semula atau diubah jika saf, mihrab dan orientasinya masih menghadap jihah Kaabah.

Reka Bentuk, Kedudukan, Jarak Kaabah Dan Malaysia Umumnya keluasan kota Mekah adalah sebanyak 26 kilometer persegi. Bangunan Kaabah berbentuk kubus berukuran 12.84 m x 11.53 m x 15 m ini juga disebut sebagai Baitullah dan Baitul Ateeq iaitu bermakna paling awal dan lama. Ia juga membawa bermakna bebas dan merdeka. Kaabah ialah sejenis binaan yang berbentuk kiub. Berdasarkan kiraan matematik, jarak Kaabah dan negara kita Malaysia secara umumnya adalah sebanyak 7100 km. Adalah perlu diingatkan disini bahawa jika terdapat perselisihan arah kiblat sebanyak satu (1) minit maka arah kiblat akan terpesong sebanyak dua (2) kilometer, manakala jika selisih sebanyak satu (1) darjah arah kiblat akan terpesong sebanyak 122 kilometer sedangkan seperti yang dijelaskan sebelum ini bahawa keluasan Mekah hanyalah seluas 26 kilometer persegi.

Oleh yang demikian, penetapan atau menentukan arah kiblat haruslah diberi penekanan yang sewajarnya. Bayangkan jika masjid atau surau yang dibina memakan belanja hingga beratus ribu atau berjuta tetapi arah kiblat nya terpesong dari arah yang sepatutnya. Berdasarkan kepentingan inilah, Jabatan Agama Islam Sarawak selaku agensi yang bertanggungjawab di dalam hal ehwal kiblat Negeri Sarawak khususnya, telah menetapkan satu garis panduan dalam semua proses penentuan, semakan, pengesahan mahu pun pensijilan arah kiblat melalui pemantauan dan seliaan Pegawai- Pegawai Fokal Arah Kiblat Jabatan. Ianya amat penting bagi setiap proses tersebut mengikut hukum syarak serta kaedah-kaedah penentuan arah kiblat yang digunapakai untuk mengelakkan berlakunya kesilapan yang mana mungkin boleh membawa kepada pertikaian atau kekecohan di kalangan masyarat Islam itu sendiri.

Secara umumnya arah kiblat bagi daerah kecil dan daerah di Negeri Sarawak adalah sekitar 291° hingga 292°. Ini bermaksud bahawa kedudukan kaabah mengikut arah utara-selatan dan timur-barat adalah di sebelah barat Malaysia. Kaedah dalam menentukan atau mengukur arah kiblat terbahagi kepada dua (2) iaitu kaedah tradisional dan moden. Kaedah tradisional merujuk kepada Istiwa‟ „Adzam (matahari tegak di atas Kaabah), kedudukan Buruj (gugusan bintang-bintang), Tongkat Istiwa‟, dan Rubu‟ Mujayyab (sebuah alat yg berbentuk satu perempat (1/4) bulatan yang sikunya adalah jejari),manakala kaedah moden adalah melalui kaedah matahari terbenam, pedoman suria, lintasan matahari harian, penggunaan peralatan-peralatan ukur (kompas dan Teodolit/ Total Station).

PenentUan, semaKan dan PengesaHan araH Kiblat bagi negeri saraWaKDisediakan Oleh: Muhammad Bin Kamaruddin

18

ArtiKel

Page 19: WACANA PENGARANG - jais.sarawak.gov.my

Doa ianya‟ siti‟ pengawa ti‟ amat beguna dalam pengidup siku‟-siku‟ urang Islam. Bedoa mega‟ siti‟ chara bakani

siku‟-siku‟ ulun IYA ngakun ngagai kuasa Allah Subhanahu Wata’ala sereta nyadika tanda kitai pechaya ianya‟ nadai endur bukai kitai minta‟ tulung semina‟ ngagai Allah Subhanahu Wata’ala aja‟. Iaka vbendar ia Allah Subhanahu Wata’ala amat rindu ngagai bala urang ti‟ bedoa kepada-IYA. Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam selalu bepesan ngambi‟ka kitai mayuh bedoa lalu ngingatka kitai, naka‟ meh pemayuh penguntung kitai bedoa.

Ingat meh ianya‟ bedoa siti‟ jalai bakani ngasuh ati kitai kering, pechaya, penuh pengarap sereta minta berekat dalam semua pengawa. Ketegal nya‟ ba‟ dalam Islam tiap-tiap pengawa‟ sereta kereja ti‟ digaga‟ bisi‟ doa-doa ti‟ ditentuka, ti‟ manah ngambi‟ka dikerejaka kitai sebedau ngerejaka siti‟-siti‟ pengawa‟ tauka pengudah kitai ngerejaka pengawa‟ nya‟. Tu‟ terang mandangka kitai doanya‟ ianya‟ siti‟ jalai ti‟ amat beguna bakani chara kitai ngiga‟ berekat, pengerindu sereta minta‟ lindung Allah Subhanahu Wata’ala ngambi‟ka kitai tau bulih nama aja‟ utai ti‟ dikerejaka kitai.

Doanya‟ amat diperbasaka sereta besai reti ia. Kena ngulihka siti‟-siti‟ doa ti‟ diterima (mustajab), bala urang Islam dipinta macha ia enggau chara ti‟ beradat..Ari entara adatnya‟ ianya‟ urang ti‟ bedoanya‟ mesti meh bisi‟ wuduk, nunga‟ kiblat, ngepunka sereta ngujungka doa enggau menyebut sereta muji nama Allah Subhanahu Wata’ala lalu meri‟ selawat sereta salam ngagai Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam. Bedoa meh enggau ati ti‟ ensuruk, khusyuk dan tawaduk ngagai Allah Subhanahu Wata’ala.Lalu manah agi‟ sereta lebih afdal diulang-ulang doanya‟ enggau itung tiga kali.

Patut diingatka mega‟ ianya‟ kitai enda‟ meh ulih bedoa enggau utai ti‟ enda‟ patut sereta enda‟ ulih jangka tauka bedoaka penyai‟ tauka penulah ngagai urang bukai. Lebuh maya kitai bedoa, ianya‟ manah agi‟ enti‟ kitai sama-sama bedoaka

pemanah sereta penyenang enggau pengelantang ngagai bala urang Islam kesemua ia, lalu lebih manah agi‟ enti‟ kitai bedoa nyengkaum seduai apai enggau indai sereta bala anak kitai.Mesti meh nemu ianya‟ bisi‟ mayuh maya enti‟ kitai bedoa lebuh maya nya‟, doa kitai senang sereta jampat dikemdarka, ari entara ia ianya‟ malam Jumaat sereta hari Jumaat, lebuh maya entara azan sereta ‘iqamah, lebuh maya khatib duduk entara dua khutbah, lebuh maya sujud maya kitai benung solat, pengudah solat fardu, maya bulan Ramadan, lebuh maya malam Al-Qadar, maya hari Arafah, lebuh maya minum Air Zam-Zam, lebuh mayamacha Al-Qur’an kelebih agi‟ lebuh mayaa khatam sereta mayuh agi‟.

Udah nyadi urang Islam, kitai mesti meh mayuh bedoa, laban doa nya‟ mandangka kita‟ ensurukka diri‟, taluk sereta ingat ngagai Allah Subhanahu Wata’ala, ka‟ ia maya kitai senang tauka maya tusah. Bedoa meh enggau pengabis ati sereta penuhpengarap ianya‟ doa kitainya‟ tetap diterima‟ sereta dikemendarka ulih Allah Subhanahu Wata’ala. Anang meh senang patah ati enti‟ doa kitai nya‟ bedau dikemendarka tauka kelalu jampat ngarapka doanya‟ jampat dikemendarka.

Iaka bendar ia tiap doa ti‟ dipadahka lalu diseretaka enggau pemanah ati ngagai Allah SubhanahuWata’ala, enda‟ ngira jampat tauka laun, doa nya‟ tetap deka dikemendarka. Nama utai ti‟ lebih manah ianya‟ kitai udah ngiga‟ jalai sereta penuh pengarap nama urtai ti‟ dipinta sereta dikedeka‟ka tetap deka diterima‟ Allah Subhanahu Wata’ala. Ketegal nya‟ mayuh meh bedoa seagi‟ kitai bedau idup ba‟ dunya tu‟. Ingat meh ianya‟ doa nya‟ senjata urang mukmin, ianya‟ enggau entara doa, diampunka sereta rahmat IYA deka diberi‟ka, lalu penusah sereta pemerinsa‟ jauh ketegal enti‟ Allah Subhanahu Wata’ala inginka sereta ngemendarka doa bala ulun -IYA, nadai siti‟ utai pan ti‟ ulih nagang ketegal Allah Subhanahu Wata’ala tetap enda‟ ngerugi doa ulun-IYA ti‟ penuh enggau pengarap.

dOaDisediakan Oleh: Mohd Shariff Robin Abdullah

19

ArtiKel

Page 20: WACANA PENGARANG - jais.sarawak.gov.my

20

proJeK pemBAngunAn

sUraU darUl abrar, KamPUng datU (sibU)Disediakan Oleh: Khuzaimah binti Othman

Projek Surau Darul Abrar adalah projek pembinaan semula Surau Darul Abrar yang telah terbakar di atas kejadian kebakaran di Kampung Datu, Sibu pada 19 Jun 2013. Projek pembinaan bermula pada 25 Julai 2014 dan telah siap sepenuhnya

pada 24 Julai 2015. Projek bernilai hampir RM500, 000.00 ini dilaksanakan oleh Jabatan Agama Islam Sarawak adalah dibawah peruntukkan dari kerajaan negeri. Surau ini dijangka dapat menampung lebih 100 orang jemaah bagi penduduk-penduduk di Kampung Datu, Sibu.

SURAU DARUL MA’WA, KAMPUNG BAHARU (SIBU)Disediakan Oleh: Khuzaimah binti Othman

Projek Surau Darul Ma‟wa adalah projek pembinaan semula Surau Darul Ma‟wa yang terletak di Kampung Baharu, Sibu. Projek pembinaan bermula pada 25 Julai 2014 dan telah siap sepenuhnya pada 14 Oktober 2015. Projek bernilai hampir

RM500, 000.00 ini dilaksanakan oleh Jabatan Agama Islam Sarawak adalah dibawah peruntukkan dari kerajaan negeri. Surau ini dijangka dapat menampung lebih 100 orang jemaah bagi penduduk-penduduk di Kampung Baharu, Sibu.

Page 21: WACANA PENGARANG - jais.sarawak.gov.my

Penubuhan intitusi agama di kampung Pendam yang kini dikenali sebagai Kampung Sadong Jaya bermula

dengan keinginan masyarakat setempat untuk mendalami ilmu agama Islam.Ini mendorong Allahyarham Tuan Haji Magu bin Sarmon menawarkan rumahnya sebagai tempat untuk belajar mengaji bermula pada tahun 1965 yang dipimpin oleh seorang ustaz yang bernama Wan Abdul Rahman bin Mohd Noor. Oleh kerana pernambahan bilangan anak-anak muda yang berminat untuk belajar, maka seorang penduduk kampung, Haji Selangkah bin Ali telah mendermakan sebidang tanah untuk dibangunkan bangunan sekolah. Atas kesedaran masyarakat, penduduk setempat berganding bahu membangunkan sebuah blok beratapkan nipah, berlantaikan kayu dan berdindingkan papan sebagai pusat belajar dan diberikan nama Sekolah Agama Kampung Pendam dan mengunakan buku-buku yang digunapakai oleh sekolah-sekolah agama di Johor.

Selang beberapa ketika, dibangunkan lagi dua buah bangunan yang menampung pertambahan pelajar Pada tahun 1971, sempena lawatan Yang Berhormat Datuk Abdul Taib Mahmud, masyarakat setempat telah bercadang nama sekolah ditukar kepada Madrasah Abdul Taib Mahmud atas keperihatinan dan komitmen beliau dalam pendidikan agama Islam. Sejajar dengan peredaran masa, pada tahun 1989 ia telah ditukar kepada Pesantren Abdul Taib Mahmud.

Pesantren Abdul taib Mahmud telah dibangunkan di atas tanah seluas 98 ekar di kampung Iboi Ulu dibawah pengurusan Lembaga Amanah Khairat Abdul Taib Mahmud yang dipengerusikan oleh Yang berhormat Tuan Haji Wan Wahab bin Wan Sanusi untuk menampung keperluan pendidikan yang lebih tinggi. Upacara perasmiannya telah disempurnakan oleh Yang Amat Berhormat Datuk Patinggi Haji Abdul Taib Mahmud, Ketua Menteri Sarawak pada 2 September 1991.

Pada tahun 1999, status sekolah ini terus dipertingkat dari sekolah agama rakyat kepada sekolah Swasta. Termeterainya perjanjian memorandum persefahaman yang ditandatangani pada 27 Disember 2004 di antara Kerajaan Persekutuan yang diwakilli oleh Dato Sri Hishamuddin Tun Hussien, Menteri Pelajaran Malaysia ketika itu dengan Majlis Islam Sarawak yang diwakili oleh Datu Haji Putit bin Matzen, Yang Di-pertua Majlis Islam Sarawak telah mengubah status sekolah ini kepada sekolah Menengah Bantuan Kerajaan.Lantaran itu, SMK Pesantren seterusnya dijadikan sebagai Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) dengan termeterainya memorandum persefahaman pada 15 Ogos 2011 di Antara Kementerian Pendidikan Malaysia dengan Majlis Islam Sarawak.

smK Pesantren abdUl taib maHmUdDisediakan Oleh: Hjh Norhayati binti haji suaidi

21

pendidiKAn islAm

Page 22: WACANA PENGARANG - jais.sarawak.gov.my

Anak merupakan amanah Allah SWT maka hendaklah kita menjaga amanah tersebut dengan sempurna. Namun

begitu Allah SWT telah memberikan petunjuk dan pedoman untuk menjaga amanah tersebut .Proses pembentukkan anak yang soleh dan bertakwa bukanlah bermula pada peringkat bayi, malah bermula sebelum perkahwinan lagi. Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud, “Setiap anak dilahirkan dalam keadaan fitrah, lalu kedua orangtuanya yang menjadikan ia Yahudi, Nasrani atau Majusi.” (HR. Baihaqi). Berikut adalah beberapa langkah untuk melahirkan anak yang soleh dan pintar :

1. Niat Seperti mana hadis yang diriwayatkan oleh Bukhari Muslim :

“Sesunguhnya setiap amalan itu adalah mengikut niat.dan sesungguhnya bagi setiap manusia itu mendapat apa yang diniatkan….”

Seseorang yang bernikah dengan niat untuk melahirkan anak yang berjaya di dunia dan di akhirat adalah berbeza dengan mereka yang berkahwin semata-mata untuk memuaskan hawa nafsu yang tidak mengikut syariat Islam. Ini bekemungkinan akan mendapat anak yang berjaya dalam bidang keduniaan semata-mata

2. Memilih pasangan yang soleh dan solehah Mereka yang berkahwin kerana kecantikan semata-mata

perlulah sedar bahawa kecantikan adalah bersifat sementara untuk beberapa tahun sahaja, selepas itu ianya akan berkedut dan dimakan usia. Namun bagi mereka yang pasangan yang

soleh dan solehah amat beruntung. Isteri yang solehah senang mendengar teguran dan nasihat. Mereka selalunya mempunyai inisiatif yang tersendiri untuk membaca mendengar dan mencari ilmu-ilmu Islam. Sudah tentu mereka inlah yang layak untuk membantu anak-anak supaya menjadi anak-anak yang soleh dan solehah.

3. Menanam benih Sewaktu menanam benih ( persetubuhan ) hendaklah kita

mengikut sunat-sunat yang diajar oleh Rasulullah SAW dengan mrembaca doa sekurang-kurangnya. Ini adalah penting supaya benih kita mendapat keberkatan dan terhindar daripada perbuatan-perbuatan syaitan. Sesungguhnya Iblis dan Syaitan sentiasa menganggu manusia dalam setiap amalan pekerjaan mereka. Maka dengan doa mengingati Allah percampuran suami dan isteri diredahi Allah SWT sepanjang masa. Mudah-mudahan akan lahir hasil dari hubungan itu zuriat keturunan yang soleh.

4. Makanan yang halal Setiap perempuan yang sedang mengandung mestilah

menjauhi dari makanan yang berasal dari sumber yang subhah apatah lagi yang haram seperti perjudian, riba, rasuah dan sebagainya. Setiap makanan yang subhah akan menjadi benih-benih kita seterusnya menjadi darah daging anak cucu kita yang akan membentuk hati dan perasaan serta akal lalu menjadikan mereka degil keras hati, bodoh dan sebagainya.

5. Memperbanyakkan ibadah Ibu bapa hendaklah banyak beramal dan beribadah. Buat

yang wajib dan ditambah yang sunat. Terutama solat lima waktu di samping memperbanyakkan bacaan Al-Quran, kerana ia mempunyai kelangsungan kepada lidah, hati dan lebih-lebih lagi kepada janin yang sedang dikandung. Ibu bapa hendaklah menjauhi semua jenis maksiat yang boleh sampai kepada janin melalui pancaindera seperti hiburan, filem, majalah yang melalaikan dan sebagainya.

Kesimpulannya membentuk anak agar menjadi anak yang soleh dan pintar adalah perintah Allah SWT kepada setiap ibubapa dan ianya tidak boleh dipandang ringan. Alangkah baiknya jika dunia ini dihuni oleh anak-anak yang baik tutur katanya, mulia akhlaknya, bijak fikirannya dan alangkah buruknya jika dunia ini ramai anak-anak yang buruk akhlaknya, kasar tutur katanya serta perbuatannya. Harta benda dan anak pinak itu ialah perhiasan hidup di dunia dan amal-amal soleh akan kekal di sisi Tuhanmu sebagai pahala balasan, dan lebih baik sebagai asas yang memberi harapan.

melaHirKan anaK sOleH dan PintarDisediakan Oleh: Yusuf Bin Hazemi

22

KeluArgA sAKinAh

Page 23: WACANA PENGARANG - jais.sarawak.gov.my

23

progrAm Q

Balanced Scorecard adalah sistem pengurusan prestasi yang membolehkan sesebuah organisasi menjelaskan visi,

misi , strategi dan objektif seterusnya menterjemahkannya ke dalam tindakan.

Selari dengan itu, Jabatan Agama Islam Sarawak telah mengadakan Majlis Pelancaran Pengesahan Dokumen Balanced Scorecard pada 19 Jun 2015.

Majlis tersebut telah dihadiri oleh Tuan Haji Ismail bin Haji Mohd Hanis, Pengarah Jabatan Agama Islam Sarawak. Sebelum Majlis pelancaran dimulakan, satu sesi ceramah agama Ihya

Ramadan yang telah disampaikan oleh Ustaz Haji Khalidi bin Haji Ibrahim, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Penyelidikan dan Perancangan.

Pelancaran Pengesahan dokumen Balanced Scorecard Jabatan Agama Islam Sarawak telah dirasmikan oleh Tuan Haji Ismail bin Haji Mohd Hanis selaku Champion BSC Jabatan Agama Islam Sarawak.

jais ke arah Pelaksanaan balanced scoreCard (bsC)Disediakan Oleh: Amal binti Haji Rosli

Ummah (30%)

Kewangan (15%)

Proses/ProgramProses/SistemPenyampaian(40%)

Kapasiti Organisasi (15%)

Visi: Islam sebagai amalan hidup “Islam is the way of life”

Misi: Memimpin dan membimbing ummah berlandaskan Al-Quran dan As-Sunnah

Tema Strategik:

Kecemerlangan Dakwah & Tarbiyah

Kecemerlangan Pemerkasaan Peranan Institusi Keagamaan

Kecemerlangan Pematuhan Syariah

Kecemerlangan Institusi Kekeluargaan

Islam

Hasil Strategik:

Mencapai kefahaman agama Islam yang

sempurna

Menjadikan masjid sebagai Pusat Pembangunan Ummah

Membentuk masyarakat patuh Syariah

Melahirkan Keluarga Bahagia

F1:Meningkatkan kepenggunaan

bajet

F2: Meningkatkan pematuhan

peraturan kewangan

CS1: Meningkatkan kepuasan pelanggan

IP4: Melestarikan institusi keluarga

untuk kesejahteraan ummah

IP3: Meningkatkan keberkesanan

penguatkuasaan perundangan syariah

IP2: : Meningkatkan keberkesanan masjid

sebagai pusat pembangunan

sosio-budaya Islam

IP1: Menambah baik kaedah Dakwah dan

Tarbiyah

IP7: Meningkatkan input strategik

berasaskan kajian

IP6: Meningkatkan keberkesanan sistem

penyampaian perkhidmatan

IP5: Meningkatkan Keberkesanan

komunikasi & hebahan dalam pelbagai saluran

IP8: Mengukuhkan penghayatan amalan

konsep “Halalan Tayyiban”

OC2: Meningkatkan

latihan dan pembangunan

OC3: Menghayati nilai

bersama

OC4:Meningkatkan automasi dalam perkhidmatan

OC1: Meningkatkan

kemahiran strategik

Page 24: WACANA PENGARANG - jais.sarawak.gov.my

24

KelAB suKAn & reKreAsi JAis

PenYeraHan sUmbangan KHairat Kematian KePada KelUarga allaHYarHam Ustaz Haji rOsli bin arUP

Disediakan Oleh: Razali Sapiee bin Kamis

Pada 15 Jun 2015, bertempat di Tingkat 14, Majma Tuanku Abdul Halim Muadzam Shah,

Kelab Kebajikan dan Sukan JAIS (KESUJA) telah menyampaikan sumbangan khairat kematian kepada Ustazah Amal binti Rosli, anak kepada Allahyarham Ustaz Haji Rosli. Wakil KESUJA iaitu Ustaz Mohamad Fazrin bersama beberapa orang ahli KESUJA telah menyerahkan sumbangan sebanyak RM 500.00 kepada Ustazah Amal binti Rosli.Sumbangan ini, merupakan satu inisiatif KESUJA dalam membantu dan menjaga kebajikan setiap ahli KESUJA.

PrOgram bUbOr lambUK jabatan agama islam saraWaKDisediakan Oleh: Razali Sapiee bin Kamis

Pada 07 Julai 2015 bertempat di Dewan Ijtima, Tingkat 11 Majma‟ Tuanku Abdul Halim Muadzam Shah, KESUJA

telah menganjurkan program penyerahan bubor lambok kepada semua anggota Jabatan Agama Islam Sarawak. Majlis tersebut telah disempurnakan oleh Tuan Haji Ismail bin Mohamad Hanis, Pengarah Jabatan Agama Islam Sarawak. Dalam majlis tersebut, sebanyak 300 bekas telah disediakan.

Majlis ini julung kali diadakan di Jabatan Agama Islam Sarawak dan kemungkinan besar ia akan menjadi program tahunan KESUJA. Majlis memasak bubor lambuk telah diadakan di kampung Pulo Hilir.

Page 25: WACANA PENGARANG - jais.sarawak.gov.my

Apa Itu MBJ?

Majlis Bersama Jabatan ( MBJ ) ialah sebuah medium dua hala, di mana Pihak Pekerja diberi saluran untuk

berkomunikasi dengan Pihak Pengurusan dalam menyuarakan pendapat, pandangan serta menyumbang idea-idea yang bernas demi kepentingan dan kebaikan organisasi.

Sejarah PenubuhanPenubuhan MBJ ini adalah selari dengan Pekeliling Perkhidmatan Bil 2 Tahun 1992.

Bidang Dan Fungsi Skop, bidang dan fungsi MBJ adalah meliputi semua perkara yang berkaitan dengan syarat - syarat perkhidmatan dan perjalanan organisasi yang ada hubungkait dengan pentadbiran dan lebih menitikberatkan kepada kepentingan pekerja-pekerja dalam sesebuah organisasi kecuali yang menyentuh dasar kerajaan atau hal-hal perseorangan.

Juga bertujuan untuk mengatasi masalah-masalah yang dihadapi oleh pihak pekerja, ia juga boleh dijadikan sebagai satu forum perbincangan di antara pihak pengurusan dan pekerja. MBJ yang aktif secara tidak langsung akan dapat menyemai semangat bekerja di kalangan pekerja untuk berkhidmat dengan lebih dedikasi dan produktif.

majlis bersama jabatan (mbj)Disediakan oleh : Izwan Syafrein Bin Ibrahim

25

mAJlis BersAmA JABAtAn

Page 26: WACANA PENGARANG - jais.sarawak.gov.my

Fathul Bari (Arab: ) atau lengkapnya berjudul “Fath

Al-Bari bi Syarh Shahih Al- Bukhari” adalah Kitab yang sangat penting

kedudukannya di kalangan ahli sunnah wal jamaah yang dikarang oleh Al-Hafiz

Ibnu Hajar Al-Asqalani. Kitab ini sangat masyhur dan telah dijadikan rujukan oleh

setiap orang Islam sama ada para siswazah ataupun orang awam, kerana Kitab

ini merupakan penjelasan (Syarh) dari kitab Shahih Bukhari. Penyusun kitab

ini memerlukan 25 tahun untuk menyiapkannya, iaitu sejak tahun 817 H dan

sempurna pada bulan Rejab 842 H. Kitab ini mempertemukan dua tokoh ulama

hadis iaitu Imam al-Bukhari dan Imam Ibnu Hajar al-„Asqalani, yang digelari al-

Hafizh. Gelaran al-hafizh bagi seorang ahli hadits hanya diberi kepada yang

mampu menghafal 100 000 hadis, baik Sanad maupun matannya.

Kitab ini menggabungkan dua karya terbaik dalam bidang hadis iaitu Shahih Al-

Bukhari (kitab matan) yang disebut sebagai kitab yang paling shahih setelah

al-Qur-an dan Kitab Fathu Bari iaitu penjelasan yang sangat diperlukan untuk

memahami tentang makna-makna yang terkandung di dalam Sahih Bukhari

secara lebih tepat. Kitab ini telah dicetak dan diterbitkan beberapa kali untuk

memudahkan pembaca dan pengkaji ilmu hadis. Pusat Maklumat Islam, Jabatan Agama Islam Sarawak juga memiliki beberapa siri

terbitan kitab ini.Pembaca boleh mengunjungi Pusat maklumat Islam JAIS di Aras 14, Majma Tuanku Abdul Halim Mu’adzah Shah,

Kuching.

FatH al-bari sYarH sHaHiH al-bUKHariDisediakan Oleh: Hanapi Bin Haji Udin

26

iQrA’

Page 27: WACANA PENGARANG - jais.sarawak.gov.my

jabatan agama islam sarawak mengucapkan sekalung tahniah kepada semua penerima anugerah Perkhidmatan Cemerlang tahun 2014

anUgeraH PerKHidmatan Cemerlang ( aPC ) 2014Disediakan Oleh: Ruddy Bin Jonen

Bil Nama Pegawai Seksyen Bertugas1. Ahmad Sukarno bin Saini Ibu Pejabat2. Norleha binti Haji Shariff Ibu Pejabat3. Muhammad Adib bin Saini Ibu Pejabat4. Hanisah binti Nahrawi Ibu Pejabat5. Safura binti Ahmad Sharkawi JAIS Kuching6. Rafaee bin Morshidi JAIS Miri7. Aswat bin Osen JAIS Betong8. Awang Yusshamry bin Awang Yusof JAIS Mukah9. Noraini binti Kassim JAIS Samarahan10. Sofiana binti Hussaini JAIS Bintulu11. Norlinawati binti Tuah Ibu Pejabat12. Ahmad Mohar bin Mohamad Terki Ibu Pejabat13. Remaliza binti Abdul Rahman Will Ibu Pejabat14. Emi Yasmin Ali binti Punjabi Ibu Pejabat15. Ishak bin Mohd Anis JAIS Sibu16. Wastiya binti Warino JAIS Kuching17. Abang Abdul Rajak bin Abang Julaihi JAIS Sarikei18. Dara binti Jas SK (A) MIS, Sri Aman19. Nuraini binti Narawi JAIS Miri20. Noorfariza binti Ahli Ibu Pejabat21. Mohd. Sharif Robin bin Abdullah JAIS Kapit22. Azizah binti Mohd Ali Hanafiah Ibu Pejabat23. Rasiah binti Hamdan Ibu Pejabat24. Haironi Majelas Ibu Pejabat25. Surianiza binti Sahari Ibu Pejabat26. Gobil bin Kassim Ibu Pejabat27. Mohd Iskandar bin Hamzah JAIS Sibu28. Mohammad Sukri bin Sazali JAIS Sarikei 27

penghArgAAn

Ahmad Sukarno bin Saini Sofiana binti Hussaini Rasiah binti Hamdan

Safura binti Ahmad Sharkawi

Rafaee bin Morshidi

Abang Abdull Rajak bin Abang Julaihi

Surianiza binti Sahari

Mohd. Sharif Robin bin Abdullah

Remaliza binti Abdul RahmanWill

Ishak bin Mohd Anis

Hanisah binti Nahrawi

Azizah binti Ali Hanifah

Gobil bin Kassim

Ahmad Mohar bin Mohamad Terki

Norlinawati binti Tuah

Wastiya binti Warino

Muhammad Adib bin Saini

Mohd Iskandar bin Hamzah

Norleha binti Haji Shariff

Page 28: WACANA PENGARANG - jais.sarawak.gov.my