wacana 2

31
Struktur Maklumat

Upload: nornadiya

Post on 13-Jul-2015

128 views

Category:

Documents


7 download

TRANSCRIPT

  • Struktur Maklumat

  • Menurut Brown dan Yule (1983:153) struktur maklumat dilihat sebagai unit terkecil dalam struktur wacana dan sebagai unit lokal yang kecil di peringkat frasa atau klausa. Struktur maklumat sebagai sumber kepada penulis atau penutur untuk memberitahu pembaca atau pendengar tentang status maklumat.

  • Menurut Sanat (1997:257-259) secara keseluruhan, penelitian terhadap struktur maklumat memungkinkan kesedaran tentang pengaliran maklumat dalam sesuatu wacana. Kesedaran demikian membolehkan kita menginsafi betapa rapatnya hubungan kognitif dengan bahasa sehingga penguasaanya memudahkan kita berkomunikasi secara berkesan.

  • Bidang kajian tentang struktur maklumat dalam teks dipelopori oleh pengkaji aliran Praha, terutamanya Mathesius (1929). Mereka mengkaji dinamisme komunikasi unsur yang menjadikan ayat berdasarkan kerangka perspektif ayat tugasan. Halliday, ahli bahasa Barat, mengembangkannya dalam aspek struktur teks.

  • Struktur maklumat termasuk ke dalam fungsi makna komponen tektual di samping menjadi sebahagian daripada organisasi tema wacana. Struktur maklumat membina unit maklumat.Struktur maklumat dapat didefinisikan sebagai organisasi teks atau wacana berdasarkan fungsi maklumat lama (ML) dan maklumat baru (MB). Realisasinya bergantung kepada sistem sintaksis dan fonologi.

  • Unit maklumat (UM) ialah unit struktural yang terdiri daripada MB dan ML. Kehadiran ML bersifat opsional, iaitu seperti yang berikut:UM (ML) + MBUM wacana pilihan penutur dan penyebarannya mewakili bondongan amanat penutur. Dalam setiap UM, penutur akan menetapkan satu fokus maklumat (FM) atau selebih-lebihnya dua.

  • Pengaliran maklumat merujuk kepada perubahan status idea penutur pendengar tentang sesuatu objek, keadaan atau kejadian ketika menggunakan bahasa atau memahaminya. Status di sini berupa ML dan MB.

  • Menurut Halliday dalam Brown dan Yule (1983:154) ML sebagai maklumat yang dipercayai oleh penyampai diketahui oleh penerima sama ada hadir secar konteks fizikal atau telah dinyatakan dalam wacana. MB pula merujuk kepada maklumat yang dipercayai oleh penyampai tidak diketahui oleh penerima.

  • Menurut beliau lagi (1985:277), maklumat yang dikemukakan dapat diperolehi semula oleh penerima sama ada telah dinyatakan di dalam teks atau situasi dikira sebagai ML. Yang tidak dapat diperolehi semula dianggap sebagai MB. Pembahagian seperti ini menurut Brown dan Yule (1983:179) sebagai bersifat jangkaan penutur dan sekaligus berorientasi pendengar berbanding dengan TR yang berorientasi penutur.

  • Penentuan ML atau MB oleh Halliday lebih kepada manifestasi fonologi, namun dalam kursus ini manifestasi bentuk sintaksis akan dipaparkan sesuai dengan cadangan Brown dan Yule (1983: 169-179).Dari segi urutan, lazimnya ML mendahulu MB.

  • Maklumat (M) di sini dikaitkan dengan proses interaksi antara yang diketahui atau dijangkakan dengan yang baru atau yang tidak dapat dijangkakan.Terdapat beberapa skema berhubung dengan kajian struktur maklumat (SM).

  • Menurut Halliday (1985:271-286) struktur maklumat terbahagi kepada dua, iaitu maklumat lama dan maklumat baru. Maklumat lama tidak ditandai dengan nada tinggi manakala maklumat baru ditandai dengan nada tinggi.

  • Contoh (1) saya sebagai maklumat lama dan guru sebagai maklumat baru.(1)(a)Sayaguru MLMB(b)Guru saya MB ML

  • Menurut Prince (1981:223-255) struktur maklumat terbahagi kepada tiga, iaitu entiti lama (EL), entiti baru (EB) dan entiti ta'biran (ET). Entiti lama terbahagi kepada dua, iaitu entiti lama tekstual (ELT) dan entiti lama keadaan (ELK).

  • Contoh entiti lama tekstual seperti Dia dalam (2) (b) sebab dia secara tekstual sudah diketahui.

    (2)(a)Ali pelajar. (b)Dia pandai. ELT

  • Entiti lama keadaan merujuk kepada yang diketahui tetapi di luar teks. Contoh Awak dalam (3). (3) Awak datang kelmarin? ELK

  • Entiti baru terbahagi kepada dua, iaitu entiti baru terbaru (EBT) dan entiti baru belum guna (EBG). Entiti baru terbaru merupakan entiti yang belum diketahui seperti kereta dalam contoh (4).(4) Ali membeli kereta. EBG EBTEntiti baru belum guna pula entiti yang diketahui tetapi belum digunakan seperti Ali dalam (4).

  • Entiti ta'biran merujuk kepada entiti yang secara tabiran sudah diketahui belum dinyatakan. Contoh tayar dalam (5) (b).(5)(a)Saya membeli kereta. (b)Tayarnya besar. ETEntiti ini diketahui melalui ta'biran bahawasetiap kereta mempunyai tayar. Semua entiti menurut Prince merujuk kepada frasa nama.

  • Brown dan Yule (1983:184) hanya menambah kepada skema Prince dari segi perincian dalam entiti lama tekstual. Mereka membahagikannya kepada entiti lama semasa (ELS) dan entiti lama gantian (ELG).ELS dikaitkan dengan entiti lama yang baru saja diperkenalkan sebelum entiti baru. ELG pula entiti lama yang bukan yang baru diperkenalkan.

  • Ciri ELS biasanya dihubungkan dengan penggunaan ganti nama dan elipsis, manakala ELG dengan frasa nama (FN) berbentuk Nama + Ciri + Penentu. FN yang terdiri daripada Nama + Penentu lebih banyak dalam ELG daripada ELS.

  • Dari segi skema Prince dan juga Brown dan Yule, entiti ta'biran bolehlah dimasukkan ke dalam entiti lama di atas kerana sudah diketahui secara senario. Rahmat Abdullah (1991:94-115) melihat struktur maklumat (SM) bersekali dengan struktur tema (ST).

  • Beliau mendapati SM Hikayat Hang Tuah mempunyai 5 pola asas susunan maklumat. Pola tersebut seperti yang berikut:

    Pola (A):maklumat lama:- maklumat baru tambahanjudul-ceritaAdapun kami -musuh siantansekalian ini sepuluh buah.

  • Pola (B):{maklumat lama:-maklumat baru kontrastif:} +judul-ceritaNama hamba-Hang Tuah dan{maklumat lama:-maklumat baru kontrastif} + + njudul-ceritayang keempat ini-saudara hamba

  • Pola (C):{maklumat baru kontrastif}+maklumat lama:-maklumat lamajudul-ceritaAdapun Bentara Tun Tuah-naik kepada kenaikan dan dan Hang Jebat, Hang Kasturibernama Kota Segara itudan Hang Lekir, Hang Lekiu{maklumat baru kontrastif} + + nmaklumat lama:-maklumat lama:judul-cerita

  • adapun akan Mendam Berahi - Patih Kerma Wijaya dan Tun ituBija Sura dan segala biduanda sekalian

  • Pola (D):{maklumat baru pemberitaan neutral}maklumat baru-maklumat baru:judul-ceritaUtusan kita dari benua Siam-datang membawa gajah Tun Ratna Diraja dan Tun Bija Sura

  • Pola (E):maklumat barufokus:-maklumat lamajudul-ceritaTuan Tuah-namanya

  • Beliau tidak menjeniskan ML. Tetapi MB dibahagikan kepada empat jenis, iaitu maklumat baru tambahan (MBT), maklumat baru kontrastif (MBT), maklumat baru pemberitaan neutal (MBN) dan maklumat baru fokus (MBF).

  • MBT ialah maklumat baru yang ditambahkan berdasarkan maklumat lama yang muncul di titik permulaan pembicaraan ayat. MBK pula hadir apabila dua klausa atau lebih menyampaikan maklumat yang bertentangan.

  • Beliau menjelaskan MBN sebagai susunan maklumat yang tidak mengandungi sebarang maklumat lama yang disediakan dalam praanggapan. Dan MBF pula dilihat sebagai susunan maklumat yang melibatkan fokus pembezanya (maklumat baru) menduduki tema (judul).

  • Skema Rahmat di atas, dapat disimpulkan kepada tiga pola asas, iaitu:(a)SM ML + MB(b)SMMB + ML(c)SMMB