wacana edisi 2

24
www.kist.edu.my/wacana Wacana Kampus

Upload: kist-printing-kpsb

Post on 28-Mar-2016

286 views

Category:

Documents


13 download

DESCRIPTION

Wacana Edisi ke-2

TRANSCRIPT

Page 1: Wacana Edisi 2

WacanaKampus

www.kist.edu.my/wacana www.kist.edu.my/wacanaWacanaKampus

Page 2: Wacana Edisi 2

WacanaKampus

www.kist.edu.my/wacana www.kist.edu.my/wacanaWacanaKampus

WacanaKampus

www.kist.edu.my/wacana www.kist.edu.my/wacanaWacanaKampus

SEMBANG KIST

Edisi Peperiksaan

2 19

Wacana

KISTprinting

sdn.bhd.Percetakan Membantu Pendidikan

aku pun nak jadi coverpage untuk WKK seterusnya

kalau study setakathangat-hangat tahi ayam,

tak usah beranganlah

Ucapan Tahniah

PENAUNGEn. Muhamad Zamly Bin Abdullah

PENASIHATProf. Dr. Mohd Azman Bin Abu Bakar

KETUA EDITORCik Nurul Asra Bt Omar

UNIT SIDANG RIDAKSIEn. Mohd Norizal Bin Nawang

Pn. Siti Rahimah Bt YusofEn. Wan Mohd. Norsyam Bin Wan Norman

Cik Noraslinda Bt NordinCik Nor Laili Bt Omar

En. Mohd Azhar Bin Musta�aPn. Siti Suriani Bt Donial

UNIT GRAFIKEn. Mohd Ra�q Bin Ismail

En. Mohd Fathi Bin Ari�n @ HusseinCik Wan Nor Suzaida Bt Wan Mohd Suhaimi

UNIT SUSUNATURCik Shamliyani Bt Mat YaacobCik Nor Azlina Bt Mat Jusoh

PERCETAKANKIST Printing Sdn. Bhd (845330-V)

Kolej Islam Sains & TeknologiKampus Utama Ibnu Sina

Lot 1798-1800 Mukim Telong16300 Bachok, KelantanTel: 09-778 7323 ext: 237

Sidang Redaksi

UCAPAN TAHNIAH KEPADAPELAJAR DIPLOMA KEJURURAWATAN

AMBILAN JANUARI 2006YANG TELAH LULUS

PEPERIKSAAN LEMBAGA JURURAWAT MALAYSIA (LJM)

Kampus

“Masa depan yang cerah berdasarkan pada masa lalu yang telah dilupakan. Kamu tidak dapat melangkah dengan baik dalam kehidupan kamu sampai kamu

melupakan kegagalan kamu dan rasa sakit hati”

Page 3: Wacana Edisi 2

WacanaKampus

www.kist.edu.my/wacana www.kist.edu.my/wacanaWacanaKampus

WacanaKampus

www.kist.edu.my/wacana www.kist.edu.my/wacanaWacanaKampus

Edisi Peperiksaan

18 3

Dari Meja Naib Presiden Sekapur Sireh,Seulas PinangAssalamualaikum dan Salam Sejahtera

Alhamdulillah, segala pujian bagi Allah S.W.T. yang telah mempermudahkan segala gerak kerja kita sehari-hari. Semoga hari ini lebih baik dari semalam dan esok lebih baik dari hari ini. Selawat dan salam kepada Rasul junjungan, ahli keluarganya, para sahabat serta pengikutnya sehingga ke hari kiamat.Selama bertahun-tahun saya berada dalam dunia akademik ini, dari seorang pensyarah sehingga menjadi Dekan di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), dan kini menjadi Naib Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif KIST, pelbagai kenangan dan ragam pelajar menghadapi peperiksaan yang pernah dilihat. Pelbagai emosi yang dipamerkan berdasarkan kepada status persedi-aan pelajar tersebut sebelum bertarung dengan soalan-soalan di dalam Dewan Peperiksaan. Walau apa jua perasaan yang dihadapi oleh pelajar, suka atau tidak, masa tersebut pasti akan tiba. Para warga kampus perlu sedar bahawa menuntut ilmu merupakan suatu tuntutan yang diwajibkan pada setiap manusia tidak kira lelaki atau perempuan. Terdapat pelbagai cabang ilmu yang terdapat di dunia ini samada yang berkaitan dengan keagamaan, sains, teknologi, pengurusan dan lain-lain lagi yang memerlu-kan para ilmuan dan pakar dalam bidang yang berkaitan untuk mencari, mengkaji dan mengimplimentasi demi kebaikan dan kegunaan manusia di muka bumi ini. Pada masa ini, KIST telah mempunyai sebanyak 15 program diploma dan sijil yang ditawarkan. Terdapat beberapa lagi program diploma yang dalam proses mendapatkan kelulusan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) bakal ditawarkan di KIST. Selain itu, KIST telah mengorak langkah dengan lebih jauh lagi dengan menawarkan kursus juruterbang profesional di bawah KIST Aviation Academy (KISTAA) di Kuala Terengganu yang dijangka akan membuat pengambilan pertama pada bulan September 2009 manakala di bawah Akademi Memandu KIST (AMKIST), warga kampus boleh mengambil lesen memandu dengan lebih mudah dengan keistimewaan yang diberikan. Penambahan kursus-kursus baru di KIST menunjukkan bahawa KIST amat serius dalam melahirkan modal insan yang mempunyai kemahiran, ilmu dan pengalaman dalam pelbagai bidang mengikut perkembangan semasa dan keperluan terhadap sumber manusia di dunia. Selain itu, pihak pengurusan KIST dengan dibantu oleh kakitangan akademik dan sokongan sentiasa berusaha untuk memastikan bahawa semua kursus-kursus yang terdapat di KIST adalah berkualiti dan diiktiraf oleh pelbagai agensi serta jabatan di Malaysia khasnya dan seluruh dunia amnya. Warga kampus perlu sentiasa menanamkan sifat positif dalam diri masing-masing dan sentiasa bersaing secara sihat dalam memburu kejayaan dan kecemerlangan. ”Allah tidak akan mengubah nasib hambaNya kecuali mereka yang sentiasa berusaha untuk mengubahnya.” Ayat tafsiran tersebut sebenarnya merupakan suatu motivasi yang perlu diterapkan dalam diri setiap warga kampus dalam proses menuntut ilmu demi meningkatkan kualiti diri, keluarga dan masyarakat ke tahap yang terbaik. Warga kampus sekalian, tingkatlah tahap ilmu anda dari masa ke semasa dan jangan mudah berpuas hati dengan apa yang anda perolehi pada masa ini. Jika KIST mampu untuk berkembang untuk menjadi IPT yang cemerlang, warga kampus pasti boleh dan mungkin lebih daripada itu. Apa yang penting adalah usaha dan semangat diri setiap warga kampus dalam merebut peluang yang diberikan oleh Tuhan untuk menuntut ilmu dan menjadi yang terbaik dari yang terbaik di dunia mahupun akhirat. Proses pembelajaran adalah berteru-san sepanjang hayat dan jangan ada sekali-kali ada perasaan MALAS dan MALU untuk berjaya. Bagi setiap individu, pasti akan ada insan-insan yang menyokong dan berkorban demi kejayaan mereka. Tiada siapa yang boleh menafikan peranan ibu, ayah dan para pendidik dalam membimbing dan membentuk anak-anak mereka menjadi insan yang berguna di dunia mahupun akhirat. Wajarlah jika ada sambutan Hari Ibu, Hari Bapa dan Hari Pendidik sebagai menghargai dan mengingati segala pengorbanan dan jasa-jasa insan-insan istimewa ini dalam kehidupan kita. Ingatlah bahawa syurga di telapak kaki ibu dan terlalu banyak pengorbanan yang telah dibuat oleh insan yang bergelar ibu manakala bapa telah berhempas pulas mencari duit untuk keselesaan dan kelangsungan hidup anak-anaknya. Para pendidik pula telah berusaha untuk mendidik para pelajarnya untuk menjadi manusia yang berilmu dan berguna kepada agama, bangsa dan negara. Justeru, dikesempatan ini saya mengucapkan tahniah dan ’Selamat Hari Pendidik’ kepada semua kakitangan KIST yang telah berusaha untuk mendidik para pelajar KIST dengan jujur dan tanpa jemu. Tidak lupa juga saya ingin mengucapkan ’Selamat Hari Ibu’ dan ’Selamat Hari Bapa’ kepada warga kampus yang bergelar ibu dan bapa. Pesanan saya adalah ”Jangan jemu belajar untuk mengajar”. Semoga apa yang diusaha dan dilaksanakan akan mendapat keberkatan dan keredhaan dari Ilahi.Sekian buat kali ini dan saya akhiri dengan ucapan ”SELAMAT MAJU JAYA” dalam menempuh peperiksaan. Semoga dipermudahkan urusan warga kampus dalam usaha untuk mencapai kejayaan yang unggul, cemerlang dan gemilang.

Sekian, wassalam.

DR. MOHD AZMAN BIN ABU BAKARNaib Presiden(Akademik, Penyelidikan & Pengantarabangsaan)& Ketua Pegawai Eksekutif

Assalamualaikum wbt… Syukur ke hadrat Allah SWT serta salam dan selawat buat Rasulullah SAW, para keluarga, sahabat dan muslimin serta muslimat. Semoga kita semua sentiasa berada dalam lindungan dan rahmat Allah SWT. PEPERIKSAAN merupakan satu perkara yang amat menakutkan dan sentiasa menyebabkan jantung bergetar hebat apabila perkataan tersebut disebut. Apa sahaja yang dibuat rasa serba tak kena dan perasaan yang dialami tak ubah seperti perjuangan antara hidup dan mati (walaupun tahu tak akan mati kalau tidak boleh menjawabnya…). Bagi individu yang telah membuat persediaan awal, yakin dan bertawakal kepada Allah SWT, maka perasaan mereka adalah lebih tenang, bersedia dan mudah untuk menghadapi peperiksaan tersebut. Petua kejayaan yang paling mudah untuk diamalkan adalah “USAHA+DOA+TAWAKAL=BERJAYA”. Pelbagai motivasi boleh dipraktikkan oleh penuntut ilmu antaranya meletakkan peringatan yang menakutkan terhadap diri sendiri seperti ‘Tidak boleh kahwin kalau tidak dapat PNG 3.50’ atau ‘Kereta Sport BMW 5 Series hanya tinggal kenangan jika aku GAGAL’ atau paling diingati oleh saya adalah ‘Duduk ajelah kat reban ayam itik, tolong atuk kalau dah malas nak belajar’. Bila dengar amaran seperti ini kadang-kadang terbekas juga dihati dan menyebabkan kita akan berusaha dengan lebih bersungguh-sungguh terutamanya bila mengingatkan hanya dengan ilmu sahajalah nasib seseorang dapat diubah kepada yang lebih baik. Perintah kewajiban menuntut ilmu terdapat dalam hadis Nabi Muhammad SAW yang bermaksud: “Menuntut ilmu adalah fardhu bagi tiap-tiap Muslim baik laki-laki mahupun perempuan”. Selain itu hanya dengan adanya ilmu dan iman sahaja yang membezakan mahkhluk-makhluk Allah melalui firmanNya yang bermak-sud “Katakanlah: Adakah sama orang yang berilmu dengan orang yang tidak berilmu”. (Az-Zumar:9). Walaubagaimanapun kita perlu ingat walau setinggi manapun ilmu kita tetapi ia hanya seumpama setitis air di lautan luas. Jangan-lah berasa ego, bangga dan tinggi diri atas ilmu yang ada tetapi ikutlah resmi padi “Semakin berisi semakin tunduk”. Apa yang penting sekali adalah NIAT untuk menuntut ilmu dan perubahan serta kebaikan yang bakal dilaksanakan dengan ilmu yang dituntut. Apabila menulis mengenai belajar dan kejayaan, ia menyebabkan saya terfikir sejenak, apa sebenarnya erti kepuasan belajar dan siapa yang hendak kita puaskan? Bagi Muslim, kita belajar kerana Allah SWT dan juga demi keluarga dan negara. Bulan Mei hingga Jun adalah hari sambutan untuk Ibu, bapa dan guru yang perlu diraikan dan dihayati akan segala pengorbanan insan-insan ini dalam mendidik dan membentuk kita menjadi manusia yang berguna. Terlalu banyak pahala, kebaikan dan hikmah yang diperolehi dengan memuliakan, menghormati dan mengasihi insan-insan ini. Bila membaca berita tentang isu-isu sosial dan kezaliman yang dilakukan oleh manusia yang bergelar anak dan pelajar terhadap ibu, ayah dan para pendidik menyebabkan akal saya tidak boleh menerima langsung sebarang alasan munasabah yang menghalalkan perbuatan tersebut. Jika setitis air mata ibu dan ayah gugur disebabkan perbuatan jahat kita boleh menyebabkan hilang keberkatan hidup apatah lagi kalau berbaldi-baldi ia gugur ke bumi. Insaflah wahai anak-anak! Kalau difikirkan semula secara putaran hidup yang normal, setakat mana sahaja hayat ibu dan ayah kita serta hitunglah berapa tahun sahaja lagi Allah bagi peluang untuk kita berbakti dan membahagiakan hidup kedua-dua permata hati kita ini. Hanya dengan melihat muka ibu dan ayah serta bertanya khabar mereka setiap hari sahaja, Allah SWT mempermudahkan segala urusan hidup kita dan mengurniakan kebahagian dunia dan akhirat, bayangkanlah kalau kita buat lebih dari itu. Subhanallah, tidak terbayang apa hikmahnya di dunia mahupun akhirat. Selain itu, muliakan para pendidik kita dan sentiasalah memohon keampunan dan dihalalkan segala ilmu yang dicurahkan setiap kali tamat tempoh pembelajaran. Hargailah dan hormatilah mereka. Kenangilah segala kebaikan para pendidik kita serta doakan kebahagiaan mereka dunia dan akhirat. Kesimpulan bagi coretan saya pada edisi ini, sebenarnya kejayaan kita di muka bumi ini bukannya hasil usaha kita seorang sahaja tetapi dari sumbangan dan usaha ramai pihak iaitu ibu, ayah, para pendidik serta insan-insan lain disekelil-ing kita. Selain itu, dengan kejayaan sahaja antara anugerah yang amat berharga dalam kehidupan yang mampu diberikan kepada ibu, ayah dan para pendidik sebagai penghargaan terhadap segala pengorbanan dan sumbangan mereka terhadap kita. Biarlah air mata insan-insan ini gugur kerana kejayaan dan kebahagiaan anak-anak yang dikasihi. Kepada warga kampus yang sedang menuntut ilmu, berusahalah anda dengan segala kekuatan dan kudrat yang ada untuk mencapai kejayaan. Janji Allah adalah pasti bagi hamba-hambaNya yang berusaha untuk menuntut ilmu. Ingatlah wahai penuntut ilmu, setiap langkah anda untuk menuntut ilmu adalah langkah para syuhadah. Malaikat tebarkan sayapnya dalam setiap majlis ilmu dan di majlis ilmu jugalah antara tempat yang mustajab untuk berdoa. Gunakan peluang yang ada dalam proses menuntut ilmu demi ganjaran hebat di dunia dan akhirat. Nabi Muham-mad SAW bersabda: “Barangsiapa menginginkan soal-soal yang berhubungan dengan dunia, wajiblah ia menuntut ilmu; barangsiapa yang ingin (selamat dan berbahagia) di akhirat, wajiblah ia mengetahui ilmunya pula; dan barangsiapa yang menginginkan kedua-duanya, wajiblah ia memiliki ilmu kedua-duanya pula.” (HR Bukhari dan Muslim). Semoga Allah merahmati warga kampus sekalian dan semoga ketemu lagi! All the best!

Salam daripada saya....

NURUL ASRA OMARKetua Editor WKK

Page 4: Wacana Edisi 2

WacanaKampus

www.kist.edu.my/wacana www.kist.edu.my/wacanaWacanaKampus

WacanaKampus

www.kist.edu.my/wacana www.kist.edu.my/wacanaWacanaKampus

Edisi Peperiksaan

4 5

Kakitangan KIST Menghadiri Bengkel Latihan dan Penerangan Data IPTS 2009

Membina Sikap Positif MenerusiMinggu Haluan Siswa KIST Bachok

KIST, 15 April 2009 – Seramai 320 orang pelajar baru yang mendaftarkan bagi sesi pengajian April 2009 telah menjalani Minggu Haluan Siswa Sesi April 2009 pada 09 April 2009 hingga 15 April 2009. Minggu Haluan Siswa ini diadakan bertujuan untuk memberi pendedahan dan pengalaman baru tentang persekitaran dan suasana belajar di KIST. Selain itu, Minggu Haluan Siswa ini diadakan untuk membina sikap positif kepada para pelajar terhadap tanggungjawab mereka sepanjang pengajian di KIST disamping menerapkan nilai-nilai murni di kalangan siswa siswi dalam usaha membentuk modal insan yang cemerlang, kompetitif dan berdaya saing. Menurut En Taib A. Rahim, selaku Pengarah Program Minggu Haluan Siswa Sesi April 2009 ini, Minggu Haluan Siswa yang diadakan pada kali ini adalah berbeza dengan Minggu Haluan Siswa yang sebelumnya. Ini adalah kerana pada sebelum ini fasilitator yang terlibat terdiri daripada kalangan staf dan pensyarah tetapi bagi Minggu Haluan Siswa ini, Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) dan wakil pelajar dari setiap Jabatan Akademik telah dilantik untuk menjadi fasilitator dengan penyeliaan staf dan pensyarah. “Minggu Haluan Siswa kali ini juga terdapat kelainan dari cara penyediaan makanan kepada para pelajar dan urusetia. Jika sebelum ini, cafetaria di KIST yang menyediakan makanan sepanjang minggu orientasi tetapi pada kali ini para pelatih yang akan menyediakan makanan sendiri di bawah penyeliaan AJK Makanan mengikut menu yang telah disusun. Semua peralatan memasak dan bahan-bahan untuk memasak disediakan oleh urusetia. Alhamdulillah, pada kali ini tiada masalah cirit-birit dilaporkan berlaku sepanjang Minggu Haluan Siswa berlangsung.”

Program yang diatur selama 7 hari ini berjalan dengan lancar di mana segala maklumat dan input yang berguna telah diberi dan didedahkan kepada pelajar baru KIST. Antara aktiviti yang telah dijalankan sepanjang minggu orientasi adalah taklimat dari Jabatan Hal Ehwal Akadmik (HEA), Jabatan Hal Ehwal Pelajar (HEP) dan juga taklimat pinjaman PTPTN dan MARA. Selain itu, diadakan juga ceramah dari Jabatan Bomba dan Penyelamat, Polis DiRaja Malaysia (Unit Trafik) dan Agensi Anti Dadah Kebangsaan yang bertujuan untuk memberi kesedaran tentang kepentingan langkah-langkah keselamatan dan amalan hidup yang sihat pada diri pelatih. Semoga para pelajar yang baru mendaftar ini menjadi siswa siswi yang berwibawa dan cemerlang selaras dengan moto KIST iaitu Keunggulan, Kecemerlangan dan Kegemilangan.

Kuala Terengganu, 30 April 2009 – Pusat Data dan Maklumat (PDM), Jabatan Pengajian Tinggi (JPT) telah mengadakan bengkel Sesi Latihan dan Penerangan Data IPTS 2009 di Primula Beach Resort, Kuala Terengganu. Bengkel ini adalah bertujuan untuk membincangkan pengumpulan data IPTS supaya ianya lebih berkualiti, lengkap dan komprehensif. Selain itu, melalui bengkel ini juga jalinan kerjasama antara JPT dan IPTS dapat diperkukuhkan dengan mewujudkan kumpulan kerja pengumpulan data tersebut. Seramai dua orang kakitangan dari KIST Bachok dan KIST Kuala Berang telah menghadiri bengkel tersebut. Pengarah PDM iaitu En. Abdul Hadi Bin Omar telah memberi taklimat dan penerangan mengenai tujuan pengumpulan data IPT dilaksanakan serta faedah dan kebaikannya kepada pelbagai pihak yang berkeperluan seperti agensi-agensi kerajaan, penyelidik, individu dan pihak-pihak yang berkepentingan. Bengkel ini telah dihadiri oleh IPT dari tiga buah negeri iaitu Terengganu, Kelantan dan Pahang. Pelbagai persoalan, cadangan dan komen yang telah diberikan oleh para wakil dari IPT untuk memperbaiki dan memperkemaskan lagi sistem pengumpulan data PDM agar ia lebih memudahkan semua pihak yang berkaitan.

Wajah ceria peserta setelah selesai acara ‘Explorace’

Ceramah daripada Jabatan Bomba dan Penyelamat Bachok

Peserta Minggu Haluan Siswa dan fasilitator sedang memasak menu yang disediakan

En. Taib sedang memberikan taklimat kepadafasilitator yang terlibat

Wakil KIST Bachok dan KIST Kuala Berangbergambar kenangan bersama pegawai PDM

Page 5: Wacana Edisi 2

WacanaKampus

www.kist.edu.my/wacana www.kist.edu.my/wacanaWacanaKampus

WacanaKampus

www.kist.edu.my/wacana www.kist.edu.my/wacanaWacanaKampus

Edisi Peperiksaan

4 5

Bengkel Pemantapan Pemasaran KIST Graduate Intake (KGI)

Hari Terbuka Loji Rawatan Air Semalaysia SempenaHari Air Sedunia Tahun 2009

Machang, 13 April 2009 – Seramai 40 orang pelajar KIST Bachok daripada kursus Diploma Kesihatan Persekitaran, Diploma Sains Senaman dan Sukan dan Diploma Fisioterapi telah menghadiri Majlis Perasmian Loji Rawatan Air Semalaysia sempena Hari Air Sedunia Tahun 2009 anjuran Air Kelantan Sdn. Bhd. (AKSB). Majlis perasmian tersebut bertempat di Loji Air Merbau Chondong telah dirasmikan oleh Menteri Besar Kelantan YAB. Tuan Guru Dato’ Haji Nik Ab. Aziz Bin Haji Nik Mat. Pada Majlis tersebut telah diadakan pameran yang disertai oleh AKSB serta jabatan-jabatan kerajaan yang lain seperti Jabatan Air Negeri Kelantan, Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan, Jabatan Alam Sekitar, Jabatan Pengairan dan Saliran serta Jabatan Mineral & Geosains dan syarikat-syarikat pembekal barangan paip air yang mempamerkan aktiviti syarikat dan jabatan masing-masing.

Menurut Puan Fatimah Mohamed, pensyarah kursus Diploma Kesihatan Persekitaran, lawatan seperti ini amat sesuai dengan bidang kesihatan persekitaran kerana dapat memberi pendedahan dan maklumat yang berguna kepada pelajar berkaitan proses rawatan air yang dijalankan di AKSB Merbau Chondong. Katanya lagi, secara teori air merupakan medium yang berpotensi tinggi untuk berlaku sesuatu wabak seperti penyakit bawaan air dan bawaan makanan. Oleh yang demikian, rawatan air yang betul adalah sangat penting bagi membekalkan sumber air minuman selamat kepada pengguna. Selain itu katanya lagi, lawatan seperti ini juga dapat memenuhi keperluan dalam subjek Bekalan Air & Pengurusan Kumbahan yang perlu diambil dan dipelajari oleh pelajarnya pada semester 2.

Loji Rawatan Air di Loji Air Merbau ChondongPuan Fatimah Mohamed sedang memberi penerangankepada rombongan pelajar KIST

Perasmian oleh Menteri Besar KelantanYAB. Tuan Guru Dato’ Haji Nik Ab. Aziz Bin Haji Nik Mat

Bachok, 15 April 2009 - Bertempat di Bilik Seminar Al-Ghazali Kolej Islam Sains & Teknologi manakala 16 hingga 17 April 2009 bertempat di KIST Kuala Berang Terengganu, KIST Graduate Intake Sdn. Bhd atau KGI yang merupakan anak syarikat Kolej Islam Sains & Teknologi (KIST) yang menjalankan operasi pengambilan pelajar telah mengadakan bengkel pemantapan pemasaran.Bengkel ini telah disertai oleh 30 orang kakitangan KGI di setiap cawan-gan antaranya ialah cawangan Kelantan, Terengganu, Pahang, Kedah dan Perak. Bengkel pemantapan pemasaran ini turut diadakan di cawan-gan Sabah dan Sarawak pada 20 hingga 22 April 2009 yang disertai seramai 14 orang kakitangan KGI cawangan Sabah dan Sarawak bertem-pat di Seapark Condotel Sabah. Antara penceramah yang diundang ialah Encik Muhamad Mubin Mohd Nor, Ketua Jabatan Teknologi Bioperuba-tan, Encik Taib Ab Rahim, Pengarah Pendidikan Pembantu Perubatan, Puan Che Hasnah Che Musa, Ketua Jabatan Psikologi, Puan Che Rasma-niah Che Mat, Ketua Jabatan Kejururawatan dan Encik Wan Mohd Norsyam Wan Norman, Ketua Jabatan Rehabilitasi Perubatan. Turut hadir pada majlis perasmian dan penutup bengkel ini ialah Encik Muhamad Zamly Abdullah, Presiden KIST dan Ketua Pegawai Eksekutif KGI iaitu Puan Noor Haslina Abdullah.Bengkel pemantapan diadakan adalah bertujuan untuk memantapkan organisasi dengan memberi pendedahan kepada kakitangan KGI tentang maksud pemasaran yang sebenar, aktiviti pemasaran dan konsep 4Ps dalam pemasaran iaitu product (produk), price (harga), place (tempat) dan promotion (promosi). Bengkel ini juga bertujuan untuk merancang strategi pemasaran yang betul bagi mencapai segmentasi pasaran, mengenalpasti kelemahan strategi pemasaran yang sedia ada dan membaiki kelemahan tersebut, mempelajari teknik menjawab persoalan yang dikemukakan oleh para ibu bapa calon pelajar serta mempelajari teknik sebagai seorang penemuduga yang berkaliber.

Page 6: Wacana Edisi 2

WacanaKampus

www.kist.edu.my/wacana www.kist.edu.my/wacanaWacanaKampus

WacanaKampus

www.kist.edu.my/wacana www.kist.edu.my/wacanaWacanaKampus

Edisi Peperiksaan

6 17

Program Citra Sukaneka Perpaduan dan Persembahan Kesenian Tempatan

Semarak Pendaftaran Pelajar Baru di KIST Bachok

Bil. Program Pengajian Jumlah Pelajar 1 Diploma Diagnostik Radiografi 55 orang 2 Diploma Kesihatan Persekitaran 30 orang 3 Diploma Teknologi Makmal Perubatan 96 orang 4 Diploma Psikologi 41 orang 5 Diploma Sains Senaman Dan Sukan 12 orang. 6 Diploma Syariah 14 orang 7 Diploma Fisioterapi 1 orang 8 Diploma Terapi Cara Kerja 2 orang 9 Diploma Pembantu Farmasi 47 orang

10 Diploma Kesihatan Dan Keselamatan Pekerjaan 7 orang JUMLAH 305 orang

Bachok, 8 dan 9 April 2009 – Sejajar dengan pembukaan cawangan baru KIST Kuala Berang, Kolej Islam Sains & Teknologi Bachok turut menerima pelajar baru dalam pelbagai bidang di mana seramai 305 orang telah mendaftar untuk kursus-kursus pengajian yang ditawarkan bagi sesi April 2009. Pendaftaran kali ini dibuat selama 2 hari berturut-turut bagi mengelakkan berlakunya kesesakan serta melancarkan lagi proses pendaftaran. Pada hari pertama, KIST Bachok telah menerima pendaftaran pelajar baru seramai 234 orang manakala pada hari kedua jumlah pelajar yang mendaftar adalah seramai 71 orang. Kursus Diploma Fisioterapi dan Diploma Terapi Cara Kerja merupakan kursus baru yang ditawarkan di Kolej Islam Sains & Teknologi. Jumlah keseluruhan pendaftaran mengikut jantina pula ialah perempuan seramai 245 orang dan lelaki seramai 60 orang.

Sebahagian peserta senamrobik sedang mengikut tunjuk ajardaripada Instructor KIST

Jelawat, 02 Mei 2009 – Seramai 26 orang pelajar Diploma Sains Senaman dan Sukan serta 15 orang pelajar Diploma Pembantu Perubatan telah menyertai dan bersama-sama masyarakat Kg. Tempoyak, Jelawat Bachok, Kelantan dalam Program Citra Sukaneka Perpaduan dan Persembahan Kesenian tempatan anjuran Kawasan Rukun Tetangga Kg. Tempoyak bermula pada 01 Mei 2009 sehingga 02 Mei 2009. Program ini bertujuan untuk mengeratkan hubungan silaturahim antara KRT Kg. Tempoyak dengan masyarakat sekitar dan NGO-NGO selain menjauhi jiran muda dan tunas jiran dari gejala sosial dan gejala dadah.Pelbagai program sukan dan kesenian telah diadakan dan antaranya adalah acara senamrobik. Pelajar Sains Senaman dan Sukan KIST telah dijemput untuk menjalankan program ini sebagai hos atau instructor senamrobik. Acara ini menda-pat sambutan yang baik daripada kanak-kanak sekolah dan juga masyarakat setempat.Menurut Puan Hanis Yasmin Binti Haji Nordin, ini adalah kali pertama pelajar Sains Senaman dan Sukan dijemput menjadi instructor senamrobik oleh organisasi luar dan bagi beliau ia merupakan satu bentuk pendedahan yang baik kepada para pelajar sebelum memasuki alam pekerjaan. Selain itu, program seperti ini dapat membina sifat yakin diri pelajar dan memberi semangat kepada mereka untuk belajar dengan lebih gigih lagi.Pelajar Diploma Pembantu Perubatan pula terlibat sebagai pasukan perubatan dalam acara Larian Kampungku yang melibatkan kanak-kanak sekolah dan belia kampung. Mereka juga terlibat dalam pemeriksaan kesihatan kepada penduduk kampung tersebut. Semoga program seperti ini dapat diteruskan pada masa akan datang dalam membentuk silaturahim antara KIST dan masyarakat setempat.

Page 7: Wacana Edisi 2

WacanaKampus

www.kist.edu.my/wacana www.kist.edu.my/wacanaWacanaKampus

WacanaKampus

www.kist.edu.my/wacana www.kist.edu.my/wacanaWacanaKampus

Edisi Peperiksaan

4 7

Program Anak Angkat di KampungKubang Telaga Gunung Bachok

Bachok, 11 April 2009 - Satu program anak angkat telah diadakan di Kg. Kubang Telaga Gunung Bachok sempena Kem Kesihatan Kempen Pencegahan dan Kawalan Demam Denggi dan Chikungunya. Program ini adalah anjuran Pejabat Kesihatan Bachok dengan kerjasama Kolej Islam Sains & Teknologi (KIST), Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Kg. Kubang Telaga dan Sek. Keb. Kubang Telaga. Seramai 75 orang pelajar KIST terdiri daripada pelajar kursus Diploma Kesihatan Persekitaran, Diploma Kejururawatan dan Diploma Pembantu Perubatan telah mengikuti program tersebut Program ini diadakan bertujuan untuk memberi pengetahuan kepada masyarakat setempat tentang cara jangkitan dan kawalan penyakit demam denggi dan chikungunya sebagai langkah pencegahan jangka panjang dan langkah-langkah awal jika terdapat tanda-tanda jangkitan tersebut. Program ini bermula pada 10 April 2009 jam 3.00 petang dengan ucapan wakil Pejabat Kesihatan Bachok dan Wakil KIST seterusnya penyerahan anak angkat (75 orang pelajar KIST) kepada keluarga angkat masing-masing. Pada sebelah malamnya, acara persembahan dikir barat bertemakan demam denggi dan chikungunya oleh pasukan Dikir Barat Kg. Kubang Telaga telah diadakan sebelum taklimat berkaitan deman denggi dan chikungunya diberikan oleh Pen. Peg. Kesihatan Persekitaran Kanan Daerah Bachok. Pada hari kedua bermula jam 8.00 pagi, satu gotong-royong bersama antara anak angkat dan penduduk kampung telah

diadakan bagi memusnahkan dan membersihkan tempat-tempat pembiakan nyamuk aedes di sekitar kediaman penduduk dan kawasan kampung keseluruhannya. Sampah-sarap tersebut kemudiannya dipungut dan dibuang ke dalam tong sampah yang disediakan oleh pihak Pejabat Kesihatan Bachok. Pada sebelah petang pula, pemeriksaan kesihatan wanita, saringan penyakit Tibi, pertandingan mewarna kanak-kanak tadika dan sukaneka dan kemudian diikuti dengan ceramah Kesihatan Kawalan Demam Denggi dan Chikungunya oleh Pegawai Kesihatan Daerah Bachok. Majlis Penutup telah dirasmikan oleh Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri Kelantan ( Kesihatan Awam ). Sebelum bersurai, majlis penyampaian hadiah dan sijil penyertaan kepada anak dan keluarga angkat telah diadakan sebelum penyerahan semula anak angkat daripada keluarga angkat masing-masing kepada pihak KIST. Secara keseluruhannya, program ini telah berjaya dan mencapai objektif. Walaupun program ini dijalankan dalam tempoh masa yang singkat, para pelajar KIST dapat bersama-sama menjayakan program yang dianjurkan oleh Pejabat Kesihatan Bachok khasnya dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). KIST amat mengalu-alukan program-program seumpama ini di masa akan datang sejajar dengan misinya “Mengeratkan hubungan KIST dengan masyarakat supaya kepakaran yang ada pada KIST dapat dimanfaatkan oleh masyarakat”.

Pelajar bersama keluarga angkat

Ucapan daripada En. Taib bin A. Rahim,wakil daripada KIST

Ucapan perasmian penutup olehTimbalan Pengarah Kesihatan Negeri Kelantan ( Kesihatan Awam )

Pendekatan KPI dalamPemantapan Kakitangan KIST

KIST ke arah menuju pemantapan kualiti dan kecemerlangan organisasi akan melaksanakan Penilaian Petunjuk Prestasi Utama (KPI) kepada semua jabatan dan kakitangan di KIST. Pendekatan KPI ini akan menilai prestasi dan pencapaian setiap jabatan dan para kakitangan dalam satu jangkamasa tertentu. KPI ini merupakan sesuatu yang wajar dilaksanakan dan ia merupakan salah satu mekanisme yang diperlu-kan dalam pengurusan sumber manusia. Menurut presiden KIST, En. Muhamad Zamly Abdullah, KIST pada masa ini semakin berkembang pesat dan dengan peningkatan bilangan projek KIST pasti memerlukan pertambahan tenaga sumber manusia. Oleh yang demikian, suatu mekanisme diperlukan oleh pihak pengurusan untuk menilai dan memantau prestasi kakitangan di KIST secara berkala agar prestasi mereka dapat bergerak dengan lebih berkesan dan cemerlang. Dengan adanya KPI, maka ia akan digunakan sebagai suatu syarat untuk kenaikan gaji, pangkat, pemberian inisiatif dan juga penghargaan dalam bentuk anugerah kepada kakitangan yang layak.“Dengan adanya KPI, ia dapat memberikan maklum balas hasil kerja kepada kakitangan tersebut agar mereka dapat memperbaiki prestasi perkhidmatan mereka dan bergerak seiring dengan visi, misi dan objektif yang telah ditentukan oleh pihak pengurusan dari semasa ke semasa. Selain itu, hasil analisis penilaian KPI yang diperolehi membolehkan pihak pengurusan menentukan keperluan pembangunan dan bimbingan selain dapat memantau perkembangan dan produktiviti kakitangan. Harapan saya adalah dengan adanya KPI, kakitangan yang berkhidmat di KIST akan lebih memahami hala tuju perkembangan dan peningkatan kualiti KIST dan mereka akan sentiasa berusaha untuk memperbaiki kualiti perkhidmatan yang diberikan demi kebaikan bersama.”Penilaian KPI dijangka akan dilaksanakan di KIST seawal-awalnya bulan Jun 2009 dan akan melibatkan semua jabatan dan kakitan-gan. Kakitangan perlu sedar akan kepentingan KPI dalam meningkatkan kualiti perkhidmatan dan prestasi mereka serta impak yang positif dalam perkembangan kerjaya di KIST.

Presiden KIST

Page 8: Wacana Edisi 2

WacanaKampus

www.kist.edu.my/wacana www.kist.edu.my/wacanaWacanaKampus

WacanaKampus

www.kist.edu.my/wacana www.kist.edu.my/wacanaWacanaKampus

Edisi Peperiksaan

8 17

’Tak Kenal Maka Tak Cinta, Tak Cuba Maka Tak Merasa’

Jadual Peperiksaan bagi pelajar Program Pengurusan dan Paramedik dari Mei hingga Jun 2009

BIL TARIKH MATAPELAJARAN /KOD 1. 5/5/2009 – 3/6/2009 PROGRAM PENGAJIAN PENGURUSAN DAN PARAMEDIK

2. 22/6/2009 PEPERIKSAAN LEMBAGA JURURAWAT MALAYSIA

Peserta sewaktu latihan dalam kumpulan Sempat bergambar dengan salah seorangjurulatih kursus

Peserta wanita bergambar bersama Penghulu Kursus

Antara peserta kursus yang mewakili kumpulan ‘Superstar’ Besut, 09 Mei 2009 - Seramai 70 orang pelajar KIST telah mengikuti Kursus Bina Negara Asas anjuran Biro Tatanegara cawangan Kelantan di Kem Bina Negara Besut, Terengganu pada 06 hingga 09 Mei 2009. Rombongan pelajar KIST yang diketuai oleh Yang Dipertua MPP Kolej Islam Sains & Teknologi iaitu Mohd Harizal Bin Khalid adalah terdiri daripada pelajar Diploma Psikologi dan Diploma Syariah yang bakal menamat-kan pengajian tidak lama lagi.Pada hari pertama kursus, para peserta telah dibahagikan kepada enam kumpulan yang terdiri dari 11 dan 12 orang peserta bagi satu kumpulan. Seterusnya, pemilihan penghu-lu, penghuluwati, imam, ketua kerohanian, ketua kebajikan dan ketua-ketua kumpulan dilaksanakan sebagai perantara antara para peserta dengan urusetia dan jurulatih bagi memudahkan perjalanan kursus. Pada hari itu juga, para peserta telah diper-dengarkan dengan ceramah-ceramah berkenaan isu-isu semasa negara. Dalam ceramah-ceramah berkenaan, banyak nilai-nilai positif yang dapat peserta ambil sebagai suatu motivasi dan azam untuk berusaha kearah kecemerlangan diri sebagai anak bangsa yang bakal mewarisi kepimpinan negara pada masa hadapan.Pada hari berikutnya, peserta dilatih berkawat dan mendisiplink-an diri terutama yang berkaitan dengan masa, tanggungjawab dan semangat cintakan negara. Bermula pukul 11.00 pagi pada tersebut, diadakan aktiviti LDK 1 sehingga LDK 3 yang dip-impin oleh seorang fasilitator bagi setiap kumpulan. Dalam aktiviti LDK ini, para peserta diberi peluang mengenali antara satu sama lain di samping dapat berkongsi pelbagai pengala-man, buah fikiran dan motivasi daripada para fasilitator. Pada hari ketiga kursus tersebut, diadakan aktiviti LDK 4 seh-ingga LDK 7. Dalam aktiviti ini, peserta diberi tugas untuk me-nyelesaikan beberapa masalah yang berkaitan dengan kehidu-pan diri dan masyarakat sekeliling. Kerjasama dan kesepakatan antara peserta dalam mempertahankan pendapat dan pandan-gan kumpulan masing-masing dipuji oleh para fasilitator den-gan hujah-hujah yang bernas walaupun masa yang diberi untuk perbentangan terlalu singkat. Sewaktu riadah pula, para peserta dikehendaki untuk memanjat bangunan setinggi empat tingkat dan membuat terjunan melalui tali-tali yang telah disediakan. Walaupun masing-masing pada mulanya merasa bimbang dan takut tetapi setelah diberi kata semangat, para peserta berjaya menghadapi cabaran tersebut.. Bak kata pepatah,’Tak kenal

maka tak cinta, Tak cuba maka tak merasa’. Pada hari terakhir kursus ini, aktiviti Kembara Kualiti telah di-jalankan dengan merentasi hutan rimba di Bukit Keluang ber-mula seawal selepas solat subuh. Para peserta dikumpulkan, kemudian berkawat dan diajar senaman-senaman ringan bagi tujuan pemanasan badan sebelum memulakan kembara. Sepa-njang perjalanan, peserta dibekalkan sebotol air mineral dan sekeping kek Apollo sebagai bekalan. Dalam tiga barisan mengi-kut kumpulan masing-masing, para peserta mengambil masa lebih kurang satu jam untuk sampai ke Bukit Keluang. Semangat kualiti dalam diri petugas dan peserta dilihat amat ketara dengan pelbagai cabaran laluan yang terpaksa ditempuhi untuk sampai ke destinasi. Sebaik sahaja sampai, para peserta diberi taklimat ringkas mengenai apa yang perlu dilakukan seterusnya agar perjalanan balik lebih mudah dan selamat. Perjalanan balik kem-bara mengambil masa satu jam empat puluh lima minit. Banyak pengalaman baru yang diperolehi di samping dapat me-nikmati keindahan dan melihat kebesaran Ilahi. Program-pro-gram sebegini amat sesuai dan berkesan dalam mendisiplinkan diri pelajar dalam memikul tanggungjawab dan amanah sebagai khalifah di muka bumi ini. Semoga kerjasama antara pihak KIST dan BTN berterusan dalam melahirkan bukan sahaja pelajar yang cemerlang dari segi akademik dan sahsiah malah seba-gai bangsa melayu yang unggul dalam memartabatkan bangsa, agama dan negara yang tercinta.

Page 9: Wacana Edisi 2

WacanaKampus

www.kist.edu.my/wacana www.kist.edu.my/wacanaWacanaKampus

WacanaKampus

www.kist.edu.my/wacana www.kist.edu.my/wacanaWacanaKampus

Edisi Peperiksaan

4 9

Meningkatkan Kemahiran PengurusanProgram di Kalangan Pelajar KIST

Penulisan Kreatif dan Deskriptif

Sebahagian peserta sempat bergambar kenangan pada majlis Penutup

Perlawanan Bola Sepak Persahabatan antara KIST dan IKBN Wakaf Tapai.

Peserta bergambar dengan Pegawai Kursus

Sebahagian peserta menyiapkan kertas kerja

Pn. Siti Rahimah Yusufmelagukan sebuah

pantun Melayu lama.Barisan peserta yang khusyuk mendengar sesi ceramah

Kemaman, 07 Mei 2009 – Seramai 35 orang pelajar KIST telah menyertai Kursus Pengurusan Program Negeri Kelantan bertempat di Kompleks Rakan Muda Kemaman, Terengganu pada 04 April 2009 hingga 07 April 2009. Mereka mewakili Kelab Al Abrar (Syariah), Kelab Psikologi, Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) dan juga Kelab Masjid Ibnu Sina. Program selama 4 hari ini adalah an-juran Akademi Belia Malaysia (ABM) Port Dickson, Negeri Sembilan.Sepanjang menjalani kursus berkenaan, para peserta didedahkan dengan cara pengurusan yang betul dalam menjalankan sesuatu program. Para peserta diajar cara-cara dan teknik untuk menyelia sesuatu program, menjadi urusetia yang baik dan juga penyediaan kertas kerja yang betul. Para peserta juga didedahkan dengan kerja kursus iaitu menyediakan kertas kerja untuk Majlis Perasmian Padang Bola Sepak, Kompleks Rakan Muda, Kemaman dan juga untuk Majlis Perasmian Penutup Kursus Pengurusan Program Negeri Kelantan Bil 8/2009. Peserta dari KIST juga telah menganjurkan perlawanan Bola Sepak Persaha-batan diantara KIST dan IKBN, Wakaf Tapai. Di dalam perlawanan itu pasukan bola sepak KIST telah memenangi perlawanan tersebut dengan keputusan 5 - 3. Saudara Mohd Al Faizal Bin Mohd Karim dari Kelab Masjid Ibnu Sina dan Saudari Wan Fatihah Binti Wan Ismail dari Kelab Psikologi telah dipilih sebagai peserta terbaik sepanjang kursus tersebut.

Kuala Berang, 14 Mei 2009 – Kolej Islam Sains & Teknologi Cawangan Terengganu (KISTCT) dengan kerjasama PELITA dan Dewan Bahasa Dan Pustaka (DBP) telah berjaya menganjurkan kursus Penulisan Kreatif dan Deskriptif yang bertempat di Dewan Dato’Hj. Razali Ismail KIST Kuala Berang.Majlis yang disertai oleh kakitangan dan pelajar KIST Bachok Kelantan dan KIST Terengganu seramai 150 peserta telah dirasmi-kan oleh Y.B.M Dato’ Tengku Putera B. Tengku Awang, Yang Diper-tua Dewan Undangan Negeri Terengganu merangkap Pengerusi Lembaga Penasihat KIST. Turut hadir pada majlis tersebut ialah Encik Zaidi Yusof@Jusoh, Ketua Pegawai Eksekutif KISTCT dan penceramah jemputan Hj Tuan Sharif Tuan Putera Ketua 1 PELITA dan Encik Awang B. Abdullah seorang guru di Sekolah Menen-gah Kebangsaan Pulai Serai, Dungun. Beliau merupakan seorang penulis terkenal. Majlis dimulakan dengan bacaan doa oleh Encik Basdi Ali, ucapan aluan daripada Ketua Pegawai Eksekutif KISTCT Encik Zaidi Bin Yusof@Jusoh dan seterusnya ucapan perasmian oleh Y.B.M Dato’ Tengku Putera Bin Tengku Awang.

Acara majlis diteruskan dengan ceramah sesi pertama yang dis-ampaikan oleh Hj Tuan Sharif Tuan Putera dengan tajuk “Penu-lisan Satu Bidang Kerjaya”. Dalam sesi ini beliau banyak mene-kankan aspek penulisan seperti novel, sajak dan cerpen. Beliau juga banyak berkongsi pengalaman penglibatan beliau dalam bidang penulisan. Bagi beliau, seorang penulis merupakan se-orang yang kreatif, berkeyakinan yang tinggi dan mempunyai banyak idea-idea yang boleh dikongsi dengan para pembaca. Kerjaya sebagai seorang penulis juga boleh mendatangkan pendapatan yang tinggi bergantung kepada sesuatu penulisan.Encik Awang Abdullah dalam ceramah beliau yang bertajuk “Asas Penulisan Puisi, Sajak dan Proses Kreatif Penulisan Novel” banyak menghuraikan tentang aspek mengenal, menulis dan memberi kaedah dalam penulisan puisi. Bagi beliau ses-uatu puisi yang dihasilkan mestilah ada kebenaran, ada mesej, tidak semestinya sesuatu yang besar dan benda yang baru atau segar. Pada sesi ini juga beliau sempat mengajar cara pe-nyampaian sesuatu jenis puisi dengan cara yang betul. Para peserta juga diberi kesempatan untuk menunjukan bakat yang terpendam di mana salah seorang kakitangan KISTCT Puan Siti Rahimah, Ketua Unit Pengajian Umum menunjukkan bakat beliau melagukan sebuah pantun lama dan dua orang pelajar menyampaikan syair dan gurindam. Majlis ini turut diserikan dengan persembahan oleh anak didik Encik Awang iaitu adik Mohd Azfar Shuhaimi dan adik Mohd Nazrin Nizam dari Seko-lah Menengah Kebangsaan Pulai Serai Dungun, Terengganu. Majlis berakhir pada jam 1.30 Petang.

Page 10: Wacana Edisi 2

WacanaKampus

www.kist.edu.my/wacana www.kist.edu.my/wacanaWacanaKampus

WacanaKampus

www.kist.edu.my/wacana www.kist.edu.my/wacanaWacanaKampus

Edisi Peperiksaan Edisi Peperiksaan

Kampus10 17

Kampus

Semarak Minggu Haluan Siswa Sesi Pengambilan April 2009 KISTCT...’ Segalanya Bermula Di Sini ’...

Pendaftaran Sulung Diadakan di KIST Cawangan TerengganuKuala Berang, 09 April 2009 – KIST Cawangan Terengganu (KISTCT) mula beroperasi sepenuhnya apabila ambilan pelajar sulung telah membuat pendaftaran di KISTCT yang diadakan selama dua hari pada 08 April 2009 dan 09 April 2009. Sebanyak empat kursus yang ditawarkan di KISTCT iaitu Diploma Psikologi, Diploma Sains Senaman Sukan, Diploma Kesihatan Persekitaran dan Diploma Kesihatan & Keselamatan Pekerjaan. Seramai 80 orang pelajar yang telah mendaftar di KIST Cawangan Terengganu di mana majoriti pelajar yang mendaftar pada hari tersebut adalah dari negeri Terengganu. Walaubagaimanapun KISTCT turut menerima pendaftaran pelajar baru dari negeri Sabah dan Sarawak. Menurut Encik Zaidi bin Yusof@Jusoh selaku Ketua Pegawai Eksekutif, KISTCT telah memulakan operasinya secara rasmi pada bulan Januari 2009 dan para pelajar sesi pengambilan April ini merupakan anak sulung KISTCT. Beliau juga memaklumkan bahawa semua mahasiswa dan mahasiswi akan ditempatkan di KISTCT di mana asrama mereka adalah berada di dalam kawasan kolej dan dari segi aspek keselesaan dan keselamatan adalah terkawal dan terjamin. Beliau juga turut memaklumkan bahawa siswa siswi yang mendaftar pada hari ini akan mengikuti Minggu Haluan Siswa yang bermula pada 08 April 2009 sehingga 11 April 2009. Beliau berharap semua siswa siswi yang hadir dapat menyesuaikan diri dan mangambil seberapa banyak maklumat yang berguna sepanjang tempoh pengajian mereka di KISTCT sepanjang empat hari program orientasi tersebut berlangsung.

KISTCT, 08 April 2009 - Lebih kurang 100 orang pelajar baru bagi sesi April 2009 telah mendaftar dan berjaya mengikuti Minggu Haluan Siswa buat kali pertama yang diadakan di KIST Cawangan Terengganu yang bermula pada 08 April 2009 hingga 11 april 2009 iaitu selama 4 hari dan 3 malam. Menurut Pn Nurud Suria, Timbalan Pengarah Minggu Haluan Siswa Sesi April 2009 KISTCT, tema Minggu Haluan Siswa pada kali ini ialah ”Segalanya Bermula Di Sini”. Program ini diwujudkan bertujuan agar pelajar-pelajar lebih mengenali KIST serta menyemai semangat cintakan KIST. Selain itu, ia juga membantu dalam proses perubahan tingkahlaku, perkembangan dan peningkatan pengetahuan, kemahiran sejajar dengan kehendak organisasi dan profesion yang diceburi. Program Minggu Haluan Siswa ini lebih banyak menerapkan aktiviti yang boleh dihubungkaitkan dengan pembelajaran, kehidupan berkelompok, sikap tolong-menolong dan hormat-menghormati di antara satu sama lain.

Program bermula jam 3.00 petang pada 08 April 2009 selepas sesi pendaftaran pelajar selesai. Pelbagai aktiviti dijalankan sepanjang empat hari minggu tersebut berlangsung. Antara aktiviti yang diadakan sepanjang Minggu Haluan Siswa adalah latihan dalam kumpulan, sukaneka, senaman pagi, kuliah Maghrib dan Subuh, Treasure Hunt, serta taklimat daripada Jabatan Hal Ehwal Pelajar (HEP), Jabatan Hal Ehwal Akademik (HEA), Jabatan Perpustakaan serta daripada Jabatan IT & Sistem Maklumat. Minggu Haluan Siswa telah ditutup dengan rasminya oleh Ketua Pegawai Eksekutif, Encik Zaidi Yusof @ Jusoh pada jam 09.00 malam, 11 April 2009.

Barisan Fasilitator bersama dengan En Mohd Zulke�iAbdullah

Salah satu LDK yang dimuatkan semasa sesi Minggu Haluan Siswa di KISTCT- (LDK Raja Cantik)

Page 11: Wacana Edisi 2

WacanaKampus

www.kist.edu.my/wacana www.kist.edu.my/wacanaWacanaKampus

WacanaKampus

www.kist.edu.my/wacana www.kist.edu.my/wacanaWacanaKampus

Edisi Peperiksaan

4 11

Diploma Pembantu PerubatanInfo KerjayaPenolong Pegawai Perubatan (PPP) mula diperkenalkan sebelum Perang Dunia Kedua lagi. Pihak British Malaya mula memperkenalkannya sebagai Apothecaries yang bertempat di Pulau Pinang. Di bawah pemerintahan British Malaya Apothecaries dikenali juga sebagai Sub-Assistant Surgeon atau Dressar. Sebelum Malaysia mencapai kemerdekaan dari British nama Hospital Assistant telah diguna pakai sebelum nama Pembantu Perubatan diperkenalkan dan kini Penolong Pegawai Perubatan. Semasa mula diperkenalkan di Malaysia, latihan yang diperolehi oleh PPP tidak sama seperti hari ini di mana PPP menjalani latihan semasa bekerja dan mendapat bimbingan dari pegawai perubatan yang bertugas sehingga selepas berlaku Perang Dunia Kedua dan pada tahun 1965, para pelatih Pembantu Perubatan telah dihantar untuk menjalani latihan di sekolah latihan khas di bawah Kementerian Kesihatan. Menurut laporan yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia melalui Bab 20, Rancangan Malaysia Kesembilan, nisbah PPP kepada penduduk adalah 1:4,214 pada tahun 2005. Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Pengarah Pendidikan Pembantu Perubatan Kolej Islam Sains & Teknologi (KIST), Tuan Haji Taib A. Rahim memaklumkan pihak Lembaga Pembantu Perubatan Malaysia menyatakan jawatan bagi PPP dianggarkan mempunyai sebanyak 2000 kekosongan pada tahun 2009. KIST mula memperkenalkan Diploma Pembantu Perubatan pada Jun 2005. KIST juga telah mencatat sejarah sebagai satu-satunya Institusi Pengajian Tinggi Swasta yang menjalankan kursus tersebut. KIST melakar sejarah sekali lagi melalui pengambilan pelatih-pelatih wanita yang pertama di Malaysia bagi Diploma Pembantu Perubatan pada Jun 2006. Dijangkakan pelatih-pelatih wanita ini akan menamatkan pengajian pada tahun ini dan akan melakar sejarah yang tersendiri dalam sektor perkhidmatan kesihatan di Malaysia. Wan Azrulnaim Wan Mohd Azmi, 22 merupakan salah seorang alumni Diploma Pembantu Perubatan KIST yang kini berkhidmat sebagai Penolong Pegawai Perubatan U29 di Pusat Kesihatan Universiti Utara Malaysia menyatakan rasa syukur dan amat berpuas hati dengan pembelajaran beliau di KIST. Beliau yang gemar mengamalkan konsep pembelajaran secara berkumpulan dan mengambil perhatian semasa penyampaian kuliah mamasang impian untuk melanjutkan pengajian ke peringkat ijazah suatu masa nanti. Beliau juga telah menyarankan kepada adik beliau yang telah melaporkan diri semasa sesi pengambilan April yang lalu bagi membina kerjaya cemerlang di KIST. Syarat kemasukan ke Diploma Pembantu Perubatan di KIST Lulus SPM atau kelayakan yang setaraf dengannya dengan memperolehi sekurang-kurangnya tiga (3) kredit dan lulus dalam mata pelajaran Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris, Matematik atau salah satu mata pelajaran Sains.

Keluaran WKK akan datang

Diploma Diagnostic Radiography

Page 12: Wacana Edisi 2

WacanaKampus

www.kist.edu.my/wacana www.kist.edu.my/wacanaWacanaKampus

WacanaKampus

www.kist.edu.my/wacana www.kist.edu.my/wacanaWacanaKampus

Edisi Peperiksaan

12 13

KISTAA Bakal MelahirkanJuruterbang Profesional dan Berilmu

Khabar PengurusanKhabar Pengurusan

Edisi Peperiksaan

Nor Suhaily Bt. Ismaildan pasangannya

Wan Zailani Wan Hussinyang telah selamat di ijab Kabulkan pada

23 Mei 2009

Muhammad Firdaus Che Alidan pasangannya

Salisah Ismailyang telah selamat di ijab Kabulkan pada

06 Jun 2009

Nurul Hidayat B. Mohd Kassimdan pasangannya

Mohd Kumainil Azhar Yaacobyang telah selamat di ijab Kabulkan pada

31 Mei 2009

Norazian Mat Kelaidan pasangannya

Muhammad Amanuddin B. Mohd Kassinyang telah selamat di ijab Kabulkan pada

29 Mei 2009

“ Sky Is The Limit “

Selamat Pengantin Baru

Major(Rtd) Mohd Ibrahim Shikh Daud RMAF

Lt. Col (R) Tunku Adnan Tunku Kassim

Nurul Hidayati Bt. Haji Wahabdan pasangannyaAbdullah B. Talib

yang telah selamat di ijab Kabulkan pada11 April 2009

Bermula dengan hanya sebuah impian untuk membuka sebuah sekolah penerbangan di Kuala Terengganu akhirnya menjadi suatu kenyataan. KIST telah mengorak satu langkah maju ke hadapan dalam bidang pendidikan dengan menawarkan kursus Commercial Pilot License with Instrument Rating (CPL/IR) beser-ta Frozen ATPL (Airline Transport Pilot License) di bawah pen-gendalian KIST Aviation Academy Sdn Bhd (KISTAA). Secara rasminya, KISTAA telah diluluskan oleh Kementerian Pengang-kutan (MOT) pada 17 April 2009 bagi mengendalikan program latihan penerbangan komersial bertaraf antarabangsa yang akan beroperasi di Kuala Terengganu dan kelulusan ini telah dikeluar-kan oleh Jabatan Penerbangan Awam Malaysia (DCA) pada 21 April 2009. Dengan sokongan yang amat padu dari Pengerusi Lembaga Penasihat KIST iaitu YBM Dato’ Tengku Putera Teng-ku Awang serta hasil kerjasama berpasukan, maka wujudlah KISTAA yang merupakan Sekolah Penerbangan ke-8 telah di-tubuhkan di Malaysia dan yang pertama di Terengganu dengan misi dan visi untuk melahirkan juruterbang yang profesional, ber-ilmu dan berdisiplin dalam memenuhi keperluan juruterbang di Malaysia khasnya dan dunia amnya. Lt Col(R) Tunku Adnan Tunku Kassim merupakan Pengetua KISTAA dan beliau merupakan antara tenaga penggerak kepada kejayaan kelulusan mengendalikan KISTAA. WKK telah men-gadakan temubual dengan Lt Col(R) Tunku Adnan Tunku Kassim yang lebih mesra dipanggil dengan gelaran Tunku sahaja dan Major(Rtd) Mohd Ibrahim Shikh Daud RMAF untuk berkongsi pengalaman, maklumat, misi dan visi beliau dan ‘team’ menge-nai KISTAA.

WKK: Sebelum memulakan temubual, pihak WKK mewakili warga kampus KIST mengucapkan tahniah di atas kejayaan pasukan pengurusan KISTAA mendapat kelulusan pengen-dalian sekolah penerbangan yang pertama di Terengganu. Boleh ceritakan serba sedikit mengenai asal kewujudan KISTAA?Tunku: Syukur ke hadrat Allah SWT dan terima kasih atas uca-pan tersebut. Ia adalah hasil kerja berpasukan di KISTAA. Hmm.. KISTAA pada asalnya dipanggil sebagai Sekolah Penerbangan KIST adalah cetusan idea Presiden KIST iaitu En. Muhamad Zamly Abdullah, En. Zaidi Yusof (CEO KIST Kuala Berang) dan Prof. Dr. Mohd Azman Abu Bakar (Naib Presiden & CEO KIST Bachok). Setelah melalui pelbagai proses perbincangan dengan pelbagai personel yang terlibat dalam bidang penerbangan sep-erti En. Zulkifli Sidek (Pengurus Perkhidmatan Korporat MASB), Capt. Dato’ Yahya (Pengarah Operasi Penerbangan DCA) dan Colonel(Rtd) Abdullah Che Hamizah RMAF (Usahawan Pener-bangan), maka KIST telah melantik saya dan Major(Rtd) Mohd Ibrahim Shikh Daud RMAF untuk menjadi ‘team’ bagi penubu-han KISTAA ini. Saya juga berterima kasih dan amat menghargai sokongan dan kerjasama yang diberikan oleh YBM Dato’ Tengku Putera Tengku Awang dan komitmen yang diberikan oleh Presi-den KIST iaitu En. Muhamad Zamly Abdullah serta ‘team’ KISTAA yang lain iaitu Dr. Mohd Azman Abu Bakar, Major(Rtd) Mohd Ibra-him Shikh Daud RMAF, Tn. Hj. Roomai Nor Ali, Colonel(Rtd) Ab-dullah Che Hamizah RMAF, En. Zaidi Yusof, En. Zulkefli Abdullah dan lain-lain yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam penubuhan KISTAA ini.

WKK: Apakah misi penubuhan KISTAA?Tunku: Misi KISTAA adalah untuk menyediakan juruterbang yang profesional, berilmu tinggi dan berdisiplin serta mempunyai tahap moral yang tinggi. Ilmu dan latihan khusus adalah kep-erluan utama untuk melahirkan juruterbang yang profisien dan

berkebolehan dalam membuat keputusan yang baik. Melahirkan juruterbang yang berkualiti, profesional dan bertanggungjawab adalah menjadi keutamaan kami.

WKK: Di manakah KISTAA akan beroperasi dan bila jang-kaannya KISTAA akan beroperasi?Mejar Ibrahim: KISTAA akan beroperasi di Kawasan GA (North-ern Apron), Lapangan Terbang Antarabangsa (LTAB) Sultan Mahmud di Kuala Terengganu manakala kampus akademik KISTAA adalah di Kompleks Terminal di LTAB tersebut. Kampus akademik, pusat operasi dan penginapan pelajar adalah setem-pat untuk memberi kemudahan dan keselesaan kepada para pelajar sepanjang proses pengajaran & Pembelajaran (P&P) berlangsung. KISTAA dijangka akan beroperasi pada bulan Sep-tember ini jika dizinkan Allah SWT.

WKK: Boleh terangkan tentang kursus yang ditawarkan di KISTAA?Tunku: KISTAA menawarkan kursus Commercial Pilot License with Instrument Rating (CPL/IR) beserta Frozen ATPL (Airline Transport Pilot License) yang merupakan suatu kursus profe-sional. KISTAA dalam proses untuk berdaftar sebagai IPTS bagi mendapatkan kelulusan pengendalian kursus Diploma Eksekutif Penerbangan dengan memenuhi prosedur dan syarat-syarat pengiktirafan MQA. Kursus penerbangan yang ditawarkan ada-lah meliputi 920 jam latihan teori. Jangkamasa kursus adalah selama 16 bulan dengan latihan penerbangan adalah sekurang-kurangnya 200 jam termasuk 30 jam latihan simulator. KISTAA akan menggunakan silibus latihan teori yang akan diubah dari yang biasa digunakan iaitu UK CAA kepada European JAA (Joint Aviation Authority). Pesawat yang akan digunakan adalah pesa-wat TECNAM model P2002JF jenis satu enjin dan P2006T jenis enjin dua dari Itali. Selain itu, para pelajar juga akan didedahkan dengan mata pelajaran tambahan iaitu CPR, Aviation English, Jungle/Sea Survival, Aeronautical Decision Making dan lain-lain lagi sebagai tambah nilai dan survival pelajar. Pengambilan per-tama pelajar dijangka pada bulan September 2009 dan tempoh masa pengambilan adalah sekali dalam tempoh dua bulan. In-syaAllah!

WKK: Berdasarkan penerangan tersebut, memang kursus ini adalah sangat menarik. Jika berminat, apakah kelayakkan atau syarat-syarat yang diperlukan untuk memohon?Mejar Ibrahim: Para calon yang berminat perlulah mendapat su-rat kelulusan dari DCA terlebih dahulu sebelum memohon. Ke-layakan akademik yang diperlukan adalah lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan mendapat kredit dalam lima (5) mat-apelajaran termasuk Bahasa Inggeris, Matematik dan satu mata pelajaran Sains. Bagi calon yang mempunyai kredit dalam mat-apelajaran Fizik adalah diberi keutamaan. Umur mestilah tidak kurang dari 17 tahun semasa memasuki kursus dan tidak kurang dari 18 tahun semasa menerima lesen CPL. Calon juga mesti lulus pemeriksaan doktor (kelas 1) daripada panel doktor yang diluluskan oleh DCA dan juga fasih bertutur dalam bahasa Ing-geris. Buat sementara, calon yang berminat bolehlah memohon melalui laman web KIST iaitu www.kist.edu.my dengan memuat

Page 13: Wacana Edisi 2

WacanaKampus

www.kist.edu.my/wacana www.kist.edu.my/wacanaWacanaKampus

WacanaKampus

www.kist.edu.my/wacana www.kist.edu.my/wacanaWacanaKampus

Edisi Peperiksaan

12 13

KISTAA Bakal MelahirkanJuruterbang Profesional dan Berilmu

Khabar PengurusanKhabar Pengurusan

Edisi Peperiksaan

Nor Suhaily Bt. Ismaildan pasangannya

Wan Zailani Wan Hussinyang telah selamat di ijab Kabulkan pada

23 Mei 2009

Muhammad Firdaus Che Alidan pasangannya

Salisah Ismailyang telah selamat di ijab Kabulkan pada

06 Jun 2009

Nurul Hidayat B. Mohd Kassimdan pasangannya

Mohd Kumainil Azhar Yaacobyang telah selamat di ijab Kabulkan pada

31 Mei 2009

Norazian Mat Kelaidan pasangannya

Muhammad Amanuddin B. Mohd Kassinyang telah selamat di ijab Kabulkan pada

29 Mei 2009

“ Sky Is The Limit “

Selamat Pengantin Baru

Major(Rtd) Mohd Ibrahim Shikh Daud RMAF

Lt. Col (R) Tunku Adnan Tunku Kassim

Nurul Hidayati Bt. Haji Wahabdan pasangannyaAbdullah B. Talib

yang telah selamat di ijab Kabulkan pada11 April 2009

turun borang permohonan KISTAA. Selain itu, calon yang berminat juga boleh menghubungi kami melalui talian 03-88904323 atau 03-88893323 atau faks kepada kami di talian 03-88905323.

WKK: Apa kelebihan yang diperolehi oleh para pelajar di KISTAA? Adakah pelaburan para pelajar atau penaja berbaloi dengan apa yang akan mereka dapat dan capai di KISTAA? Mejar Ibrahim: Seperti yang kita sedia maklum, kebiasaannya modal yang perlu dilaburkan oleh para pelajar adalah agak tinggi. Oleh yang demikian KISTAA akan berusaha untuk memberi perkh-idmatan yang sebaiknya kepada para pelajar supaya mendapat kepuasan pulangan modal yang telah dilaburkan. Antara kelebihan KISTAA adalah tiada latihan penerbangan yang akan tertangguh dan para pelajar akan menamatkan pengajian mereka mengikut tempoh masa yang telah ditetapkan. Pesawat yang digunakan adalah dari jenis baru dengan kelengkapan avionics terkini yang lebih selesa dari segi keselamatan semasa operasi. Para pelajar juga akan menikmati kemudahan penginapan yang berkualiti dan dilengkapi dengan pelbagai kemudahan serta hampir dengan kam-pus akademik. Selain itu, kualiti makanan yang disediakan kepada para pelajar adalah baik dari segi kebersihan dan mutunya demi menjaga kualiti kesihatan para pelajar KISTAA. KISTAA menye-diakan jurulatih yang berpengalaman serta kaedah pembelajaran ditingkatkan dengan penggunaan latihan dengan Computer Based Training (CBT). Di KISTAA, para pelajar boleh merujuk kepada ju-rulatih dan perpustakaan dengan lebih masa dan bebas agar para pelajar lebih mudah memahami pelajaran yang diajar dan dapat mengaplikasinya dengan lebih efektif semasa praktikal.

WKK: Berapa anggaran jumlah pendapatan juruterbang komersial kebiasaaanya?Tunku: Hmm... Anggaran jumlah pendapatan adalah antara lebih dari RM5,000.00 hingga boleh mencapai lebih dari RM20,000.00 sebulan. Tetapi jumlah tersebut bergantung kepada tahap profe-sional, jumlah jam penerbangan juruterbang tersebut dan juga neg-ara mereka berkhidmat. Kiranya, sangat berbaloi dengan pelaburan awal yang dibuat semasa menuntut di sekolah penerbangan.

WKK: Akhir kata, apa harapan Tunku sebagai Pengetua terhadap KISTAA?Tunku: Sky is the limit...!! InsyaAllah..WKK: Pihak WKK mengucapkan terima kasih atas kesudian Tunku Adnan dan Major Ibrahim untuk ditemubual. Harapan dan doa kami semoga KISTAA akan mencapai segala visi dan misi yang telah ditetapkan dan seterusnya KISTAA akan berkembang dan dikenali sehingga ke peringkat antarabangsa sebagai sebuah sekolah pen-erbangan elit yang menawarkan kualiti pendidikan yang bermutu tinggi serta profesional. Semoga Tunku Adnan, Major Ibrahim dan pasukan pengurusan KISTAA akan dipermudahkan segala urusan oleh Allah SWT. InsyaAllah!

Page 14: Wacana Edisi 2

WacanaKampus

www.kist.edu.my/wacana www.kist.edu.my/wacanaWacanaKampus

WacanaKampus

www.kist.edu.my/wacana www.kist.edu.my/wacanaWacanaKampus

Edisi Peperiksaan

14 17

Lagi Keistimewaan Buat Warga KampusKhabar PengurusanKhabar Pengurusan

Bukan sahaja terulung dari segi pendidikan malah KIST sekali lagi mencatatkan sejarahnya yang tersendiri apabila menjadi IPTS pertama yang bukan hanya menawarkan pelajarnya diploma apabila bergraduat, malah dapat membawa pulang bersama lesen memandu kenderaan yang sah dengan menghadiri kursus memandu di Akademi Memandu KIST (AMKIST) apabila tamat pengajian kelak. Dengan tertubuhnya AMKIST yang bakal beroperasi mulai Julai ini, warga KIST yang masih mencari-cari tempat untuk membuat lesen kenderaan tidak perlu gusar lagi. Ini adalah kerana terdapat pelbagai keistimewaan yang ditawarkan oleh AMKIST kepada warga kampus khasnya dan masyarakat setempat amnya. Bagi warga kampus, terdapat potongan harga yang berpatutan bagi mengikuti kursus memandu di AMKIST. Selain itu, terdapat pelbagai kemudahan lain yang disediakan seperti surau, kafetaria, tandas, bilik yang dilengkapi dengan kemudahan komputer untuk latihan Ujian Undang-undang serta bilik-bilik kuliah yang selesa dan berhawa dingin. Kemudahan pengangkutan untuk menjemput dan menghantar para pelajar AMKIST yang mengikuti kursus memandu disini juga turut disediakan. Cetusan idea untuk penubuhan AMKIST lahir apabila Presiden KIST, En.Muhamad Zamly Abdullah yang menyedari akan kesulitan warga kampus untuk mengambil lesen memandu sehingga terpaksa memohon cuti semata-mata untuk menghadiri sesi latihan dan ujian yang telah ditetapkan oleh institut memandu atau JPJ. Demi membantu untuk memudahkan warga kampus khasnya serta penduduk setempat untuk memiliki lesen memandu, maka En. Zamly telah memulakan usaha mendapatkan kelulusan untuk menubuhkan AMKIST sejak awal tahun 2008. Setelah berjumpa dengan Tn. Hj. Roomai Nor Ali, mantan Pengarah JPJ Negeri Kelantan, yang juga merupakan Penasihat Persatuan Kereta Sewa Negeri Kelantan pada masa itu, ilham dan usaha beliau akhirnya dapat direalisasikan. Akademi dan litar AMKIST yang menelan belanja melebihi RM3 juta, terletak 500 meter dari jalan besar ke Tok Bali di Kandis telah mula dibina sejak 15 Ogos 2008 dan dijangka siap pada bulan Julai 2009. Pada permulaaan operasi, sebanyak 10 buah kereta dan 10 buah motorsikal akan digunakan dengan tenaga pengajar yang profesional. Lesen-lesen kenderaan yang ditawarkan di AMKIST adalah lesen Kelas B (motosikal), Kelas D (kereta), Kelas E (lori) dan Lesen Vokasional (bas dan lori bersendi). Demi mementingkan kualiti pengurusan AMKIST, Tn. Hj Roomai Nor selaku Ketua Pegawai Eksekutif AMKIST dan En.Muhamad Zamly selaku Presiden KIST, telah mengikuti kursus Pensijilan Pengajar (SPIM) dan telah dilantik oleh Jawatankuasa Perlesenan Institusi Memandu Malaysia Barat sebagai Pengajar Memandu. Dalam masa yang sama, AMKIST mengalu-alukan kakitangan KIST yang berminat untuk memohon menjadi tenaga pengajar AMKIST secara sambilan dimana syarat untuk memohon adalah kakitangan tersebut haruslah mempunyai kelayakan akademik sekurang-kurangnya Sijil Pelajaran Malaysiai (SPM) serta mempunyai lesen memandu melebihi 5 tahun.

Berlandaskan moto ‘Belajar Untuk Keselamatan’ atau ‘Learn For Safety’, ia dapat dilihat melalui logo AMKIST di mana bentuk bulat logo tersebut membawa maksud stereng kenderaan. Bulan sabit di tengahnya membawa maksud keselamatan adalah berwarna ungu iaitu warna korporat KIST manakala huruf ‘i’ yang berbentuk gear membawa maksud berpaksikan Islam. Sebagai langkah promosi awal, AMKIST akan membuat hebahan melalui laman webnya dan poster-poster yang akan diedarkan tidak lama lagi. Selain itu, AMKIST juga akan menyediakan outlet di kawasan-kawasan yang khusus untuk memudahkan pendaftaran kursus secara talian. Memetik kata-kata Ketua Pegawai Eksekutif, Tn. Hj Roomai Nor, beliau berharap dengan kewujudan AMKIST ini, ia dapat membantu warga kampus terutamanya para pelajar dalam memulakan kerjaya. Hal ini adalah kerana dengan mempunyai lesen memandu akan menjadi antara kelebihan kepada para pelajar dalam mencari pekerjaan serta memudahkan mereka pergi ke tempat kerja tanpa sebarang halangan dan kekangan. Di samping itu, matlamat AMKIST adalah untuk membantu kerajaan dalam usaha mendidik pemandu dari peringkat awal mengenai aspek keselamatan di jalanraya disamping melahirkan pemandu yang berhemah untuk membantu kerajaan dalam usaha mengurangkan kadar kemalangan di Malaysia dimana 70% darinya adalah berpunca dari sikap dan kelalaian pemandu itu sendiri.

Prasarana AMKIST

Sijil pengajar pemandu

Ketua Pagawai EksekutifAMKIST, Tn. Hj. Roomai Nor Ali

Tn. Hj. Roomai Nor AliKetua Pagawai Eksekutif AMKIST

En. Haszrol Mohd ZainPengurus Operasi AMKIST

Page 15: Wacana Edisi 2

WacanaKampus

www.kist.edu.my/wacana www.kist.edu.my/wacanaWacanaKampus

WacanaKampus

www.kist.edu.my/wacana www.kist.edu.my/wacanaWacanaKampus

Edisi Peperiksaan

14 17

Lagi Keistimewaan Buat Warga KampusKhabar PengurusanKhabar Pengurusan

Bukan sahaja terulung dari segi pendidikan malah KIST sekali lagi mencatatkan sejarahnya yang tersendiri apabila menjadi IPTS pertama yang bukan hanya menawarkan pelajarnya diploma apabila bergraduat, malah dapat membawa pulang bersama lesen memandu kenderaan yang sah dengan menghadiri kursus memandu di Akademi Memandu KIST (AMKIST) apabila tamat pengajian kelak. Dengan tertubuhnya AMKIST yang bakal beroperasi mulai Julai ini, warga KIST yang masih mencari-cari tempat untuk membuat lesen kenderaan tidak perlu gusar lagi. Ini adalah kerana terdapat pelbagai keistimewaan yang ditawarkan oleh AMKIST kepada warga kampus khasnya dan masyarakat setempat amnya. Bagi warga kampus, terdapat potongan harga yang berpatutan bagi mengikuti kursus memandu di AMKIST. Selain itu, terdapat pelbagai kemudahan lain yang disediakan seperti surau, kafetaria, tandas, bilik yang dilengkapi dengan kemudahan komputer untuk latihan Ujian Undang-undang serta bilik-bilik kuliah yang selesa dan berhawa dingin. Kemudahan pengangkutan untuk menjemput dan menghantar para pelajar AMKIST yang mengikuti kursus memandu disini juga turut disediakan. Cetusan idea untuk penubuhan AMKIST lahir apabila Presiden KIST, En.Muhamad Zamly Abdullah yang menyedari akan kesulitan warga kampus untuk mengambil lesen memandu sehingga terpaksa memohon cuti semata-mata untuk menghadiri sesi latihan dan ujian yang telah ditetapkan oleh institut memandu atau JPJ. Demi membantu untuk memudahkan warga kampus khasnya serta penduduk setempat untuk memiliki lesen memandu, maka En. Zamly telah memulakan usaha mendapatkan kelulusan untuk menubuhkan AMKIST sejak awal tahun 2008. Setelah berjumpa dengan Tn. Hj. Roomai Nor Ali, mantan Pengarah JPJ Negeri Kelantan, yang juga merupakan Penasihat Persatuan Kereta Sewa Negeri Kelantan pada masa itu, ilham dan usaha beliau akhirnya dapat direalisasikan. Akademi dan litar AMKIST yang menelan belanja melebihi RM3 juta, terletak 500 meter dari jalan besar ke Tok Bali di Kandis telah mula dibina sejak 15 Ogos 2008 dan dijangka siap pada bulan Julai 2009. Pada permulaaan operasi, sebanyak 10 buah kereta dan 10 buah motorsikal akan digunakan dengan tenaga pengajar yang profesional. Lesen-lesen kenderaan yang ditawarkan di AMKIST adalah lesen Kelas B (motosikal), Kelas D (kereta), Kelas E (lori) dan Lesen Vokasional (bas dan lori bersendi). Demi mementingkan kualiti pengurusan AMKIST, Tn. Hj Roomai Nor selaku Ketua Pegawai Eksekutif AMKIST dan En.Muhamad Zamly selaku Presiden KIST, telah mengikuti kursus Pensijilan Pengajar (SPIM) dan telah dilantik oleh Jawatankuasa Perlesenan Institusi Memandu Malaysia Barat sebagai Pengajar Memandu. Dalam masa yang sama, AMKIST mengalu-alukan kakitangan KIST yang berminat untuk memohon menjadi tenaga pengajar AMKIST secara sambilan dimana syarat untuk memohon adalah kakitangan tersebut haruslah mempunyai kelayakan akademik sekurang-kurangnya Sijil Pelajaran Malaysiai (SPM) serta mempunyai lesen memandu melebihi 5 tahun.

Berlandaskan moto ‘Belajar Untuk Keselamatan’ atau ‘Learn For Safety’, ia dapat dilihat melalui logo AMKIST di mana bentuk bulat logo tersebut membawa maksud stereng kenderaan. Bulan sabit di tengahnya membawa maksud keselamatan adalah berwarna ungu iaitu warna korporat KIST manakala huruf ‘i’ yang berbentuk gear membawa maksud berpaksikan Islam. Sebagai langkah promosi awal, AMKIST akan membuat hebahan melalui laman webnya dan poster-poster yang akan diedarkan tidak lama lagi. Selain itu, AMKIST juga akan menyediakan outlet di kawasan-kawasan yang khusus untuk memudahkan pendaftaran kursus secara talian. Memetik kata-kata Ketua Pegawai Eksekutif, Tn. Hj Roomai Nor, beliau berharap dengan kewujudan AMKIST ini, ia dapat membantu warga kampus terutamanya para pelajar dalam memulakan kerjaya. Hal ini adalah kerana dengan mempunyai lesen memandu akan menjadi antara kelebihan kepada para pelajar dalam mencari pekerjaan serta memudahkan mereka pergi ke tempat kerja tanpa sebarang halangan dan kekangan. Di samping itu, matlamat AMKIST adalah untuk membantu kerajaan dalam usaha mendidik pemandu dari peringkat awal mengenai aspek keselamatan di jalanraya disamping melahirkan pemandu yang berhemah untuk membantu kerajaan dalam usaha mengurangkan kadar kemalangan di Malaysia dimana 70% darinya adalah berpunca dari sikap dan kelalaian pemandu itu sendiri.

Prasarana AMKIST

Sijil pengajar pemandu

Ketua Pagawai EksekutifAMKIST, Tn. Hj. Roomai Nor Ali

Tn. Hj. Roomai Nor AliKetua Pagawai Eksekutif AMKIST

En. Haszrol Mohd ZainPengurus Operasi AMKIST

Edisi Peperiksaan

Kampus4 15

Ragam Musim Peperiksaan

Teknik-Teknik Mengulangkaji PelajaranMengulangkaji adalah suatu proses mempelajari atau menyemak semula dengan tujuan memahami dan mengingat semua maklumat serta fakta dari nota-nota ringkas dan bahan-bahan pelajaran yang telah anda pelajari sebelum ini. Ia bukannya bertujuan mendapatkan maklumat baru.

BAGAIMANA MENGULANGKAJI? Antara perkara-perkara yang anda harus lakukan dalam proses mengulangkaji adalah dengan:

1. Membaca dan menyemak nota-nota bahan pelajaran. Lengkapkan yang kurang. Ini akan memantapkan kefahaman dan ingatan anda terhadap subjek berkenaan.

2. Membaca buku teks. Tujuannya untuk memastikan anda benar-benar faham setiap prinsip, isu dan fakta yang dimuatkan. 3. Menjawab soalan-soalan latihan atau kerja rumah yang guru berikan. Ini akan membolehkan anda menguji kebolehan

anda menjawab soalan yang sama dalam peperiksaan. 4. Mengkaji contoh-contoh jawapan peperiksaan tahun lepas bersama skima jawapan. Ini akan membolehkan anda

membiasakan diri menjawab soalan-soalan peperiksaan dengan lebih yakin dan pantas. 5. Menjawab soalan-soalan yang berbentuk objektif. Ini akan membolehkan mengetahui soalan-soalan yang anda sudah

tahu menjawabnya dan soalan-soalan yang mengelirukan agar semasa peperiksaan jika soalan yang sama keluar, anda akan dapat menjawab dengan yakin.

6. Bersoal jawab bersama-sama rakan. Selain ini membolehkan anda mengenalpasti sama ada anda sudah cukup bersedia atau tidak menghadapi peperiksaan, pada masa yang sama, anda juga boleh mendapat penjelasan tentang bahagian-bahagian yang anda kurang faham daripada rakan anda yang mungkin sudah menguasai bahan pelajaran itu.

TEMPOH MENGULANGKAJI (PECUTAN AKHIR) Tempoh mengulangkaji bagi pecutan terakhir mestilah bersesuaian dengan kemampuan diri setiap individu. Apa yang penting adalah kesungguhan dan perancangan masa agar setiap masa yang diperuntukkan untuk mengulangkaji adalah tidak disia-siakan.Anda mungkin perlu membuat ulangkaji beberapa kali sehinggalah anda benar-benar dapat menguasai setiap mata pelajaran anda. Hindarilah perasaan MALAS demi kejayaan anda sendiri. Merancang Program Mengulangkaji

Buat jadual ulangkaji yang seimbang bagi tiap-tiap mata pelajaran. Jadualkan juga masa berehat untuk mengurangkan ketegangan. Dalam mengulangkaji pelajaran, anda hendaklah berehat setiap 20 hingga 30 minit. Waktu rehat sekurang-kurangnya 5 minit.

Tumpukan pada topik utama sahaja. Tanya guru anda untuk mendapatkan "hint" (bayangan) tentang topik yang mungkin akan disoal dalam peperiksaan.

Semak contoh-contoh soalan tahun-tahun yang lalu supaya anda dapat menjangka bentuk jawapan yang diperlukan. Ulangkaji dengan cermat setiap mata pelajaran. Sediakan nota-nota ringkas, terutamanya bagi topik yang dijangka akan keluar. Buat rangka jawapan topik-topik yang dijangka keluar berdasarkan soalan-soalan peperiksaan yang lepas. Latih diri anda menjawab soalan-soalan peperiksaan yang lepas mengikut waktu yang telah ditetapkan. Rujuk kepada guru apabila menghadapi masalah berhubung dengan pelajaran. Jangan sekali-kali ponteng kelas ketika hampir peperiksaan. Anda mungkin tertinggal tip-tip penting yang diberikan oleh

guru atau pensyarah anda.

Macam-macam ada! Begitulah gelagat yang dapat dilihat pada musim peperiksaan ini. Termenung, mengantuk, tongkat dagu, garu kepala adalah pemandangan biasa di dewan peperiksaan. Dapat sahaja kertas soalan, perkara pertama yang dibuat ialah membuka kertas soalan. Selepas itu mulalah menggaru kepala yang tidak gatal. Entah apa yang mereka fikirkan pun tidak tahu. Mungkin memikirkan soalan susah, mungkin juga soalan terlalu mudah. Menggaru kepala tu mungkin tengah mencari idea dan jawapan untuk soalan tersebut. Sebaik sahaja tamat peperiksaan banyaklah kedengaran suara-suara menyembang atau mengomel dan antaranya ialah soalan susah sangat, nota yang dibaca tidak ada satu pun yang keluar, soalan yang keluar tidak dijangka langsung dan ada juga yang menyalahkan pensyarah soalan yang keluar susah untuk difahami. Kalau dah jenis tidak tumpukan perhatian semasa di dalam kelas dan kurang minat membaca beginilah jadinya. Bila dapat keputusan peperiksaan mulalah mengelabah, takut kena ulang kertas yang gagal, takut mak ayah marah, takut tak dapat pinjaman dan macam-macam lagi. Tetapi ada juga calon yang keluar tersenyum dan tenang sahaja riak wajahnya tanda berpuas hati dan lega disebabkan dapat menjawab dengan baik dan berbaloi dengan usahanya selama ini. Tidak kira bagaimana persediaan seseorang pelajar, minggu peperiksaan pasti menjelang dan tiada siapa yang dapat menghentikan masa kecuali Tuhan. Oleh itu, bagi yang rasa dirinya seorang pelajar, belajarlah bersungguh-sungguh bagi mencapai cita-cita yang diidamkan dan menjamin masa depan diri, keluarga, bangsa dan negara.

Page 16: Wacana Edisi 2

WacanaKampus

www.kist.edu.my/wacana www.kist.edu.my/wacanaWacanaKampus

WacanaKampus

www.kist.edu.my/wacana www.kist.edu.my/wacanaWacanaKampus

Edisi Peperiksaan

Kampus16 17

Pelajar Terbaik Jun 2008

Keputusan Peperiksaan Sesi Jun Membanggakan

Sebuah kolej yang mempunyai persekitaran yang kondusif memberi impak kepada penghuninya… KIST pada sesi Jun 2008 dalam peperiksaan akhir semester telah membuktikan bahawa ianya bukan calang-calang kolej kerana ianya menghasilkan dan melahirkan produk yang berkualiti dari segi pencapaian akademik. Merujuk pada statistik dan peratusan di atas, dapat dilihat dengan jelas keputusan peperiksaan akhir sesi Jun 2008 lalu ia cukup membanggakan dan memberangsangkan. Menurut pandangan pengurus Hal Ehwal Akademik (HEA) iaitu En. Haris Hussain, keputusan ini “is ok and not bad” kerana pelajar seramai 2067 orang hanya 0.4% pelajar yang gagal manakala lima orang pelajar sahaja yang di “reject” (diberhentikan). Beliau juga menyatakan bahawa keputusan ini amat membanggakan dan merupakan suatu proses yang cukup baik. Tambah beliau lagi, Diploma Pembantu Perubatan mencatat 100% keseluruhan keputusan peperiksaan sesi ini , diikuti pula dengan Diplama Kejururawatan, Pengajian Syariah, Sains Senaman & Sukan, Kesihatan Persekitaran, Teknologi Makmal Perubatan, Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan dan Pembantu Farmasi. Manakala Diploma In Diagnostic Radiography memperolehi 97.2% lulus dan Diploma Psikologi pula memperolehi 99.8% kelulusan dimana hanya 0.2% yang gagal. “Ini adalah sesuatu transformasi KIST yang sangat efektif sebagai sebuah kolej yang sedang menuju puncak dan berkembang dalam usaha untuk merealisasikan impian menjadi sebuah Kolej Universiti pada tahun 2010. Objektif analisis ini diadakan adalah untuk mendapatkan maklumat dan keputusan berdasarkan data-data bagi memperbaiki dan memantapkan lagi proses pembelajaran dan pengajaran (P&P) di KIST agar lebih baik dan berkualiti”, ulas beliau lagi. Sebagai Pengurus HEA, harapan beliau agar semua pelajar khasnya dan warga kampus amnya dapat terus mengekalkan keputusan cemerlang pada masa-masa akan datang dan terus berusaha dengan lebih gigih lagi untuk mencapai kejayaan yang lebih gemilang. Semoga KIST dapat membentuk dan melahirkan generasi yang cemerlang dari segi akademik, unggul dari aspek displin serta gemilang dari segi kemurnian akhlak dan nilai-nilai murni. Sejajar dengan misi dan visi KIST untuk menjadi sebuah kolej Islam yang menawarkan perkhidmatan pendidikan yang berkualiti dan terunggul bukan sahaja di Malaysia tetapi di persada antarabangsa seperti Universiti Al-Azhar yang terkenal di seluruh dunia.

Beliau juga seorang pelajar yang aktif dalam kurikulum dan cemerlang dalam pelajaran. Kini beliau sedang melanjutkan pengajian di peringkat Diploma di Kolej Islam Sains & Teknologi (KIST), Bachok Kelantan dalam bidang Pembantu Perubatan. KIST merupakan kolej swasta pertama yang melahirkan graduan Diploma Pembantu Perubatan wanita dan Roshita merupakan pelajar terbaik dengan mendapat GPA 4.00 dan CPGA 3.62 semasa semester lima baru-baru ini. Beliau kini berada dalam semester akhir dan sedang menduduki peperiksaan akhir. Rahsia kejayaan beliau adalah menumpukan perhatian sepenuhnya di dalam kelas, mencatat setiap apa yang diperkatakan oleh pensyarah, sentiasa bertanya kepada pensyarah tentang sesuatu topik yang tidak difahami dan mengamalkan pembelajaran secara berkumpulan. Selalu mengadakan perbincangan, mengambil peluang untuk mempelajari dengan lebih dekat lagi apa yang dipelajari didalam kuliah dan praktikal serta sentiasa membuat nota dan ringkasan tentang apa yang dipelajari dan tiada paksaan diri untuk belajar, tambah saudari Roshita lagi.

Berperwatakan yang menarik dan bersopan santun, merupakan anak kelahiran Negeri Perlis dan dibesarkan di Bandar Seri Jempol, Negeri Sembilan. Mendapat pendidikan di Sek. Men. Keb. Bandar Baru Serting, Bandar Seri Jempol, Negeri Sembilan. Saudari Roshita Remli merupakan anak kepada pasangan peneroka En. Remli Ahmad dan Puan Faridah Sabu.

Nur Hanis Binti Hussin merupakan anak kelahiran Terengganu. Anak kepada En. Hussin Ibrahim dan Esah Bt Kassim, mendapat pendidikan awal di Sek. Keb. Seri Nilam Chabang Tiga dan diperingkat menengah di Sek. Men. Agama Atas Sultan Zainal Abidin. Berkat kesabaran dan ketekunan serta keazaman yang tinggi untuk membalas jasa kedua ibu bapa, saudari Nur Hanis

Roshita Bt. Remli Nur Hanis Bt. Hussin

meneruskan pengajian di Kolej Islam & Teknologi Bachok Kelan-tan.Memulakan sesi pengajian pada sesi Jun 2006, Nur Hanis kini berada pada semester akhir dalam bidang Diploma Pembantu Perubatan. Disebabkan minat yang tinggi dalam bidang ini, saudari Nur Hanis merupakan salah seorang pelajar cemerlang di KIST dengan mengekalkan CGPA 4.00 dan CGPA 3.08 pada semester lima lalu. Resepi Kejayaan yang ingin dikongsi dengan semua iaitu semasa menjalani latihan praktikal beliau rajin bertanyakan soalan kepada pegawai perubatan, banyak membuat perbincangan dan belajar dalam kumpulan serta membuat rujukan dengan staf-staf di Hospital. Memberi tumpuan semasa pensyarah mengajar juga salah satu daripada resepi kejayaan beliau. Semoga saudari Roshita dan Nur Hanis terus cemerlang dan berjaya dalam bidang yang diceburi, kepada pelajar-pelajar lain jadikan rahsia kejayaan kedua rakan anda ini sebagai semangat dan dorongan untuk terus berjaya dan cemerlang dalam pelajaran dan juga kehidupan.

Page 17: Wacana Edisi 2

WacanaKampus

www.kist.edu.my/wacana www.kist.edu.my/wacanaWacanaKampus

WacanaKampus

www.kist.edu.my/wacana www.kist.edu.my/wacanaWacanaKampus

Edisi Peperiksaan

4 17

WKK : Maknanya, pelajar-pelajar KIST memang memberi sokongan penuh untuk penubuhan MPP ini kan. Jadi, dimanakah pelajar dapat mencari MPP sekiranya ada masalah yang ingin diutarakan? MH : Buat masa sekarang, MPP masih beroperasi di Jabatan HEP (Hal Ehwal Pelajar). Pihak HEP akan mengutarakan masalah tersebut kepada MPP setelah diadukan. Mulai minggu depan, MPP akan mempunyai bilik operasi sendiri yang akan dimaklumkan kemudian lokasinya. WKK : Apakah pandangan saudara tentang masalah disiplin di kalangan pelajar sekarang? MH : Masalah disiplin di kalangan pelajar seperti sering keluar lewat malam, pemakaian, pergaulan yang bebas berlaku kerana kurangnya kesedaran keagamaan dan kerohanian. Ia dapat dicegah sekiranya kita mempertingkatkan lagi keagamaan dan kerohanian dikalangan pelajar ini. Sebab itulah, MPP akan mengadakan lebih banyak program berunsurkan keagamaan dan kerohanian untuk membendung masalah ini daripada terus menular. WKK : Sempena WKK edisi peperiksaan kali ini, bolehkan saudara berkongsi sedikit tip-tip belajar yang berkesan memandangkan saudara sendiri pernah mendapat Anugerah Kecemerlangan Akademik baru-baru ini? MH : Cara pembelajaran saya agak mudah. Saya akan memberikan tumpuan sepenuhnya ketika kuliah dan mengamalkan sikap bertanya jika ada sebarang masalah dalam pelajaran. Saya juga tidak ponteng kelas dan akan menyiapkan tugasan yang diberikan supaya saya tidak ketinggalan di dalam pelajaran. WKK : Akhir sekali, apakah harapan saudara sebagai wakil pelajar KIST dan MPP ini ? MH : Besarlah harapan saya agar mendapat sokongan dan dorongan daripada semua pihak terutamanya pihak kolej agar dapat mendengar dan memberikan kerjasama dengan terbuka dan dapat mengambil perhatian terhadap apa yang diutarakan selagi ianya tidak bercanggah dengan etika KIST. InsyaAllah, dengan kerjasama semua pihak, semoga kita dapat meningkatkan lagi modal insan di kalangan pelajar. WKK : Terima kasih sekali lagi atas kesudian saudara meluangkan masa dan berkongsi pandangan.

WKK : Pertama sekali, pihak WKK mengucapkan tahniah kerana telah terpilih sebagai YDP MPP KIST bagi sesi 2009. Sebelum kita meneruskan dengan lebih lanjut, bolehkah saudara ceritakan serba sedikit tentang latar belakang saudara? Bab kata pepatah, ’Tak kenal maka tak cinta’ kan. MH : Betul tu (sambil tersenyum) . Terima kasih WKK kerana sudi memilih saya untuk ruangan ini dan terima kasih untuk ucapan tersebut. Secara ringkas tentang diri saya, saya merupakan anak kelahiran Johor dan telah dilahirkan pada 28/4/1989 di Hospital segamat, Johor. Bapa saya, Khalid Bin Mohamad, seorang pesara kontraktor manakala ibu saya, Sainam Bt Hj Rahmat merupakan seorang surirumah. Saya merupakan anak ke-4 dari 5 beradik. Saya bersekolah di SMK Paduka Tuan Segamat, Johor sehingga Tingkatan 5 sebelum melanjutkan pelajaran ke KIST. WKK : Bilakah saudara mula mengikuti pengajian di KIST? Kursus apa dan kenapa memilih kursus tersebut? MH : Saya mendaftar di KIST bagi sesi jun 2007 dalam progam Diploma Psikologi. Saya amat meminati bidang psikologi dan kaunseling ini. Lagipun, saya merupakan Pengerusi PRS (Pembimbing Rakan Sebaya) ketika sekolah menengah. WKK : Pada pendapat ramai, tugas sebagai YDP MPP ini agak membebankan dan tidak ramai yang sanggup untuk memikul amanah ini. Apakah sebenarnya yang mendorong saudara untuk menjadi wakil MPP? MH : Seperti manifesto yang telah saya pegang, saya ingin menjalankan tanggungjawab untuk menjaga kebajikan pelajar KIST di samping membantu pelajar dari segi kerohanian. Walaupun ia nampak agak membebankan, hasil dorongan rakan-rakan, ibubapa, pensyarah dan juga pihak pengurusan KIST, insyaAllah, saya akan memikul amanah ini sebaik mungkin. WKK : Apakah matlamat penubuhan MPP ini? MH : Matlamat utama penubuhan MPP ini adalah untuk menjadi platform perantara pelajar untuk menyuarakan pendapat pada pihak kolej. WKK : Apakah perancangan terbaru yang akan dibawa oleh MPP kali ini? MH : Kami akan meningkatkan lagi perancangan dari segi kebajikan, disiplin, akademik dan juga kemudahan kolej seperti asrama dan lain-lain. Terbaru, kami akan mengadakan Program Dalaman bersama Harian Metro iaitu Program Kecemerlangan Akademik yang bertujuan untuk pemantapan teknik belajar dan juga teknik menjawab peperiksaan. WKK : Bagaimanakah penerimaan pelajar KIST terhadap penubuhan MPP ini? MH : Alhamdulillah. Sehingga kini, MPP dapat diterima di kalangan pelajar. Pelajar-pelajar memberikan komitmen yang sebaiknya dalam mencapai objektif penubuhan MPP ini. Baru-baru ini, MPP telah berjaya membantu masalah pelajar yang akan melakukan pembedahan dan berjaya mengutip wang untuk menampung kos pembedahan tersebut.

Untuk ruangan Personaliti Pilihan WKK Edisi Peperiksaan kali ini, WKK akan menemuramah Saudara Mohd Harizal Bin Khalid yang telah berjaya menyandang jawatan YDP Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) pada Pilihanraya Kampus KIST yang telah diadakan pada 10 Mac 2009 bertempat di Kampus Ibnu Sina, KIST Bachok. Dengan berbekalkan manifesto ‘ Ingin Meningkatkan Modal Insan di Kalangan Pelajar’, YDP MPP ini akan berkongsi matlamat,perancangan dan pandangan beliau berkaitan penubuhan MPP KIST ini. Ikutilah temubual yang telah diadakan.

Pe�onaliti Pilihan

Page 18: Wacana Edisi 2

WacanaKampus

www.kist.edu.my/wacana www.kist.edu.my/wacanaWacanaKampus

WacanaKampus

www.kist.edu.my/wacana www.kist.edu.my/wacanaWacanaKampus

(Subhaa na man laa ya naa mu wa laa yas huu Allahumma zakkirnii maa nasiit) 3 kali Maksudnya: Maha Suci Tuhan yang tidak pernah tidur dan tidak pernah lalai, Wahai Tuhanku, ingatkanlah aku apa-apa yang aku lupa

Edisi Peperiksaan

Kampus18 17

Persediaan Menghadapi Ujian Atau Peperiksaan

Amalan Doa-doaAmalan Doa-doa(Dibaca sebelum mengulangkaji pelajaran)

(Allahummar zuqna, Ya Rabbi fahaman nabiyyiin, wahifzaal mursaliin, wa 'ilhaamal malaikatiil muqarrabbin, fii 'aafiyaati, ya Arhamar raahimiin) Maksudnya: "Wahai Tuhanku, kurniakanlah kami fahaman nabi-nabi dan hafalan para rasul serta mendapat ilham dari para malaikat yang hampir denganMu, juga kurniakanlah kami kesihatan Wahai Tuhan Yang Amat Pengasih"

(Wa hai yi' lanaa min amrinaa rashadaa) Maksudnya: Ya Allah, persiapkan kami mengenai dengan urusan kami dengan petunjukMu

(Dibaca sebelum tidur setiap hari sehinggalah keputusan peperiksaan diumumkan)

(Allahumma inni as-alukal fauza 'indal qadha wa manaazilasy syuhada wa 'ai syas su 'a da' wan nasra alaal a'daa') Maksudnya: Ya Allah Kami memohon kejayaan dalam setiap ketentuan, tempat para syuhada' dan kehidupan orang-orang bahagia serta kemenangan mengatasi musuh

Doa agar dikurniakan kefahaman yang baik dan ingatan yang sempurna sewaktu menelaah matapelajaran:

Doa sebelum masuk kelas/dewan peperiksaan

Doa sewaktu lupa semasa menjawab soalan

Doa memohon kejayaan cemerlang

Kehidupan sebagai seorang pelajar penuh dengan perjuangan dan pengorbanan. Segala perjuangan dan pengorbanan dalam menuntut ilmu adalah mulia dan suci di sisi agama Islam, dalam suatu perjuangan kadang-kadang memperolehi kemenangan atau kejayaan dan ada kalanya kecundang. Kejayaan dan kegagalan semuanya telah ditentukan oleh Allah SWT. Sebagai seorang ham-banya kewajipan kita hanyalah berusaha. Apa sahaja keputusan yang diterima redhailah. Sekiranya berjaya, bersyukurlah kepada Allah SWT. Jika sebaliknya terimalah dengan sabar dan redha. Kemungkinan di sebalik kegagalan itu banyak hikmah dan rahsia yang tersirat yang kita tidak sedari. Apa yang penting hendaklah berusaha dan tidak putus asa. Oleh itu selepas berusaha hendaklah bertawakal kepada Allah SWT. Ketahuilah bahawa rajin dan berusaha itu asas dan tangga ke arah kejayaan dan kecemerlangan.

Bagi mengelakkan atau mengurangkan rasa cemas, bimbang, bingung, takut atau debaran dan berbagai-bagai tekanan perasaan untuk menghadapi hari peperiksaan dan untuk menghasilkan pencapaian yang cemerlang, maka sebagai seorang pelajar muslim yang beragama adalah amat digalakkan untuk melakukan beberapa amalan-amalan yang tertentu sebagai satu usaha tambahan disamping amalan-amalan wajib yang lain. Amalan-amalan itu terbahagi kepada dua bahagian utama iaitu pertama adalah amalan kerohanian manakala kedua ialah amalan fizikal. Amalan kerohanian adalah yang berkaitan dengan pemeliharan hubungan dengan Allah SWT dan ketaatan terhadap segala per-intah-perintah keagamaan seperti sembahyang, membaca Al-Quran, bertawakal dan berharap kepada Allah SWT, sabar, syukur, sentiasa mengingati Allah, mengerjakan sembahyang hajat, mengamalkan doa-doa yang tertentu dan sebagainya.

Manakala amalan yang berkaitan dengan fizikal atau pun jasmani luaran ialah dengan mengamalkan sistem permakanan atau minu-man yang sempurna dan teratur, melakukan riadah atau senaman serta meluangkan waktu untuk merehatkan badan dan juga otak dan sebagainya. Begitu juga para pelajar hendaklah mengambil berat tentang kesihatan. Kesihatan amat perlu dijaga setiap masa. Badan yang sihat akan memudahkan segala pekerjaan. Apabila kesihatan terganggu akibat berpenyakit maka akan tergendala dan membantutkan apa sahaja tindakan dan pekerjaan kita.

Seorang pelajar tentunya akan merasa gundah, apabila terjadi sesuatu yang tidak diingini sewaktu hampir peperiksaan. Ada di antaranya yang kematian ahli keluarga dengan tiba-tiba, ada jatuh sakit, ada yang kehilangan semangat untuk belajar serta malas dan berbagai-bagai lagi bentuk ujian yang didatangkan oleh Allah SWT untuk menguji hamba-hambaNya. Keadaan ini jika tidak dibantu dengan kesabaran, boleh memburukkan kebolehan dan keupayaan seseorang pelajar itu untuk menjawab soalan dan mem-perolehi kejayaan. Adalah digalakkan sebelum mengulangkaji pelajaran hendaklah melakukan sembahyang hajat dua rakaat, setelah itu berdoa kepada Allah SWT dengan doa-doa tertentu agar dipermudahkan untuk memahami dan menghafalnya, begitu juga dengan mengucapkan zikir dan salawat ke atas Rasulullah SAW buat memberikan kita ketenangan dan kemudahan untuk menghadapi peperiksaan.

Demikianlah beberapa kaedah atau langkah yang diajarkan oleh agama untuk diikuti sebagai usaha kita untuk mendapatkan ke-jayaan insya-Allah. Firman Allah SWT dalam Surah Al-‘Ashr ayat 1 hingga 3, tafsirannya: “Demi masa! Sesungguhnya manusia itu di dalam kerugian kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan kesabaran.”

Page 19: Wacana Edisi 2

WacanaKampus

www.kist.edu.my/wacana www.kist.edu.my/wacanaWacanaKampus

WacanaKampus

www.kist.edu.my/wacana www.kist.edu.my/wacanaWacanaKampus

Edisi Peperiksaan

4 19

Coping Stress Through Physical Activity

Cuaca panas yang sangat terik..! itulah keadaan yang kita sedang lalui di pemukiman gedung ilmu di Kolej Islam Sains Teknologi, namun begitu sepersis pun tidak menggugat semangat dan keutuhan jiwa-jiwa pendidik dan kakitangan KIST untuk terus memajukan KIST ke persada global. Dalam kepanasan sekeliling itu..ada perkara yang ditagih oleh badan kita untuk meneruskan aktiviti harian agar kita sihat selalu…cetusan rasa ingin mengetengahkan tentang betapa perlunya AIR dalam jasad yang dipinjamkan olehNYA kepada kita. Kepentingan Air o Badan manusia mengandungi 55% - 60% air. Peratus

kandungan air ini adalah lebih tinggi pada kanak-kanak o Air membantu organ berfungsi dengan sempurna, selain itu juga

ia membantu: o Pencernaan o Penyerapan o Pengangkutan o Pengawalan suhu badan o Membantu pergerakan anggota tubuh

Sumber Air o Pengambilan air boleh diambil sama ada air kosong atau lain-lain

jenis minuman. Air kosong adalah lebih digalakkan. Anda dinasihatkan mengurangkan gula dalam minuman dan kurangkan minuman berkarbonat

o Kandungan air dalam makanan adalah berbeza dan ia juga boleh diperolehi semasa proses metabolisma badan

o Kebanyakkan buah-buahan dan sayur-sayuran mengandungi lebih daripada 95% air dan berbagai jenis daging mengandungi sekurang-kurangnya 50% air

Minum Banyak Air!

Kuantiti Yang Diperlukan o Pengambilan air di kawasan tropika adalah lebih tinggi disebabkan oleh cuaca yang panas terutama apabila melakukan aktiviti lasak o Ahli sukan, boleh kehilangan air dalam badan 1/2 liter atau lebih semasa melakukan aktiviti sukan o Sesetengah kumpulan yang berisiko seperti kanak-kanak yang banyak kehilangan air dalam badan dan juga warga tua sering tidak

mengambil berat tentang keperluan pengambilan air mereka o Pengambilan air yang lebih banyak adalah perlu bagi mereka yang berada di persekitaran yang terlalu sejuk dan panas serta mereka

yang mengambil alkohol yang berlebihan (pengambilan alcohol: bukan cara hidup yang sihat!) Rujukan : Malaysia Dietary Guidelines. National Coordinating Committee on Food and Nutrition, Kementerian Kesihatan Malaysia, Kuala Lumpur, 1999 Health Lifestyle Campaign 1997. Health Eating: Manual Prime and Supportive Messages, National Working Group an Healthy Eating, Ministry of Health

Malaysia.

Cetusan : Zaiwana Ngojar (Pensyarah Teknologi Makmal Perubatan)

Stress is defined as a substantial imbalance between demand, which is physical or psychologically, and response capability, under conditions where failure to meet that demand has essential consequences (McGrath, 1970). It is a process, a sequence of events that lead to a particular end. According to a model proposed by McGrath, stress consists of four inter-related phases, which is; environmental demand, perception of demand, stress response, and behavioral consequences. Environmental demand is the first phase of stress process. In this stage, some type of demand is placed on an individual, which might be physical or psycho-logical (Weinberg & Gould, 2003). The second stage of stress process is the individual’s perception of the demand placed upon him. People do not perceive demands in exactly the same way. An individual’s level of trait anxiety greatly influences how he perceives the world. Highly trait-anxious people tend to perceive more situations (especially evaluative and competitive ones) as threatening than lower trait anxious person do (Weinberg & Gould, 2003). The third stage of the stress process is the individual’s physical and psycho-logical response to a perception of the situation. If a person’s perception of an imbalance between demand and response capability, this will lead to increased cognitive state anxiety, heightened somatic state anxiety or both (Weinberg & Gould, 2003). The fourth stage is the actual behavior of the individual under stress. This final stage of the stress process feeds back into the first. The stress process, then, becomes a continuing cycle.There are thousands of specific sources of stress. Major life events such as a job change, or a death in a family, as well as daily hassles such as an auto break-down, or a problem with co-worker, cause stress and affect physical and mental health (Berger, Pargman, & Weinberg, 2001). In athletes, stressors include performance issues such as worrying about performing up to capabili-ties, self-doubts about talent, and team selection; environmental issues such as time needed for training and financial cost; organizational issues such as coaching leadership and communication; and relationships or traumatic experiences outside of sport (Noblet & Gifford, 2002; Scanlan, Stein & Ravizza, 1991; Woodman & Hardy, 2001).

These specific stressors fall into general categories determined by both situation and personality. Two common sources of situational stress are (a) the importance placed on an event or contest, and (b) the uncertainty that surrounds the outcome of that event (Martens, 1987). Two personal-ity dispositions that consistently relate to increased state anxiety reactions are high trait anxiety and low self esteem (Scanlan, 1986).Cognitive-affective stress management training (SMT) is one of the most comprehensive stress management approaches. Stress management training is a skills program designed to teach a person a specific integrated coping response that used cognitive components and relaxation to control emotional arousal (Weinberg & Gould, 2003), which is found beneficial to the athletes (Crocker, Aldermann, Murray & Smith, 1988). Athletes acquire the coping skills more quickly than other groups to face stressful athletic situations. The theoretical model of stress underlying SMT includes both cognitively based and physiologically based intervention strategies such as relaxation skills, cognitive restructuring, and self-instructional training. These strategies help to deal with physical and mental reaction to stress. Combining mental and physical coping strategies finally leads to an integrated coping response (Weinberg & Gould, 2003). One of the most popular versatile stress management techniques used both inside and outside sport environment is Stress Inoculation Training (SIT; Meichenbaum, 1985). SIT have been found to be effective in reducing anxiety and enhancing performance in sport (Kerr & Leith, 1993) and helping athletes coping with the stress of injury (Kerr & Goss, 1996). SIT teaches coping skills by developing productive thoughts, mental images and self-statements. Regular exercise is associated with an improved sense of well-being and mental health (Weinberg & Gould, 2003). Recently, there are tremendous increase of people experiencing anxiety disorders and depression in our society. Exercise is an outlet to cope more efficiently with the society we live in.

References:Berger, B., Pargman, D. & Weinberg, R. (2001). Foundations of exercise psychology. Morgantown, WV: Fitness Institute TechnologyCrocker, P.R.E., Alderman, R., Murray, F. & Smith, R. (1988). Cognitive-affective stress-management training with high performance youth volleyball players: Effects on affect, cognition, and performance. Journal of Sport and Exercise Psychology, 10, 448 – 460Kerr, G. & Goss, J. (1996). The effects of stress management program on injuries and stress levels Journal of Applied Sport Psychology, 8, 109 – 117Kerr, G & Leith, L. (1993). Stress management and athletic performance. Sport Psychologist, 7, 221 – 231Martens, R. (1987). Science, knowledge and sport psychology. Sport Psychologist,1, 29 - 55McGrath, J.E. (1970). Major methodological issues. In J.E McGrath (Ed.), Social and psychological factors in stress (pp. 19 – 49). New York: Holt, Rineheart & WinstonMeichenbaum, D. (1985). Stress inoculation training. New York: Pergamon PressNoblet, A.J. & Gifford, S.M. (2002). The sources of stress experienced by Australian professional footballers. Journal of Applied Sport Psychology, 14, 1 – 13Scanlan, T.K. (1986). Competitive stress in children. In M.R. Weiss & D. Gould (Eds.), Sport for children and youths (pp. 113 – 118). Champaign, !L: Human KineticsScanlan, T.K., Stein, G.L. & Ravizza, K. (1991). An in-depth study of former elite figure skaters-part 3: Sources of stress. Journal of Sport Exercise Psychology, 13(2), 103 – 120Weinberg, R.S. & Gould, D. (2003). Foundations of Sport & Exercise Psychology. Champaign, IL:Human KineticsWoodman, T. & Hardy, L. (2001a). A case study of organization stress in elite sport. Journal of Applied Sport Psychology, 13, 207 – 236

stress consists of four inter-related phases, which is; environmental demand, perception of demand, stress response, and behavioral consequences

““

Page 20: Wacana Edisi 2

WacanaKampus

www.kist.edu.my/wacana www.kist.edu.my/wacanaWacanaKampus

WacanaKampus

www.kist.edu.my/wacana www.kist.edu.my/wacanaWacanaKampus

Edisi Peperiksaan

www.kist.edu.my/wacana20 3

Kejutan Buat Ketua Pegawai Kewangandan Pentadbiran KIST, Bachok

Bachok, 18 Mei 2009 – TERHARU, dan rasa dihargai. Begitulah yang dirasai oleh Ketua Pegawai Kewangan dan Pentadbi-ran KIST Bachok Puan Noraihan Bt Che Ali yang telah menyambut hari lahir yang ke-40 pada 18 Mei 2009. Bertempat di Jabatan Akaun, Puan Noraihan telah dikejutkan dengan satu majlis hari lahir yang ringkas yang telah diaturkan oleh para kakitangan di Jabatan Akaun kira-kira pukul 9.00 pagi. Beberapa kakitangan dari jabatan lain juga turut hadir bagi meraikan Puan Noraihan dalam majlis hari lahir

Solat Hajat Berjemaah Mohon Kesejahteraan Kesihatan DYMM AL-Sultan Kelantan

KIST Penyumbang Terbesar Majlis Makan Malam Dana Pembangunan Pendidikan PIBG

KIST Bachok, 17 Mei 2009 – Bertempat di Musola KIST Bachok, satu solat hajat telah diadakan dengan bertujuan bagi memohon kesejahteraan dan kesihatan DYMM Al-Sultan Tuanku Ismail Petra Ibni Al-Marhum Sultan Yahya Petra. Baginda telah dimasukkan ke Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) pada 14 Mei 2009 (Khamis) disebabkan oleh tahap kesihatan baginda yang tidak mengizinkan. Solat hajat ini telah dilaksanakan secara berjemaah selepas sahaja menunaikan solat Zohor dengan diimamkan oleh Ustaz Aripin Bakar selaku Pensyarah Diploma Syariah merangkap Timbalan Ketua Jabatan Syariah. Sambutan amat menggalakkan daripada semua warga KIST yang sama-sama berdoa dan memohon daripada Allah SWT semoga baginda cepat sembuh dan dikurniakan kesihatan yang baik.

Kemaman, 01 Mei 2009 – Presiden KIST Encik Muhamad Zamly Abdullah dan pengurusan tertinggi KIST menghadiri Majlis Makan Malam Dana Pembangunan Pendidikan Anjuran Persatuan Ibu Bapa Guru (PIBG) Sek. Keb. Seri Geliga yang telah diadakan di Dewan Samudera Kampus Intan Wilayah Timur Kemaman, Terengganu. KIST merupa-kan penyumbang terbesar dalam majlis makan malam tersebut yang bertujuan untuk mengutip dana bagi pembangunan pendidikan PIBG bagi Sek. Keb. Seri Geliga, Kemaman, Terengganu. Majlis tersebut telah diras-mikan oleh YB. Dato’ Ahmad Shaberry Bin Hj. Cheek iaitu Ahli Parlimen Kemaman/ Menteri Belia Dan Sukan Malay-sia. Beliau juga telah menyampaikan sijil-sijil penghargaan kepada para penyumbang dan penderma dana pembangu-nan pendidikan berkenaan. Majlis makan malam tersebut telah dimeriahkan lagi dengan pelbagai persembahan yang telah dijayakan oleh murid-murid dari sekolah tersebut.

tersebut. Selain majlis yang telah diadakan, beberapa kakitangan KIST dan organisasi luar turut menghadiahkan beliau dengan pelbagai jenis kek dan hadiah. Puan Noraihan yang kelihatan begitu gembira pada hari itu tidak putus-putus menerima ucapan selamat daripada para kakitangan KIST dan juga kenalan beliau. Beliau mengharapkan agar kemesraan dan perhubungan yang harmoni antara kakitangan dan majikan atas dasar keikhlasan dan tanggungjawab dapat dikekalkan selamanya.

Sumbangan Warga KIST Untuk Mangsa Ribut

Puan Noraihan bersama permata hatinya Muiz

Puan Nora bergambar bersama kakitangan jabatan beliau

Bachok, 27 April 2009 – MALANG tidak berbau. Itulah yang menimpa seorang pemandu KIST Encik Abd Halim Awang Hamat, apabila rumah yang didiami berabad lamanya telah musnah dipukul ribut hingga menerbangkan bumbung dan atapnya. Kediamannya yang terletak di Kg. Ujung Alor Pulai, Jelawat telah dianggarkan mengalami kerugian hampir RM1,000.00 akibat ribut yang melanda kira-kira jam 6.00 petang itu. Turut ditimpa musibah yang sama, adalah pelajar Diploma Kejururawatan iaitu Saudari Siti Rohajar Bt Mat Jusoh. Sebagai warga KIST yang priha-tin, satu tabung telah dilancarkan untuk meringankan beban mereka. Sumbangan tersebut disampaikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif KIST Dr. Mohd Azman Abu Bakar dalam Majlis Sumbangan Mangsa Ribut yang diadakan pada 26 Mei 2009 di KIST. Dalam majlis yang sama juga, diadakan Majlis Perpisahan untuk Puan Dhiana Achmand dan Ustaz Ali bin Hin.

Prof. Dr. Azman Abu Bakar menyampaikan sumbangan kepada mangsa ribut, En. Abd. Halim Awang Hamat

Page 21: Wacana Edisi 2

WacanaKampus

www.kist.edu.my/wacana www.kist.edu.my/wacanaWacanaKampus

WacanaKampus

www.kist.edu.my/wacana www.kist.edu.my/wacanaWacanaKampus

Edisi Peperiksaan

18

Pertandingan Debat Antara Program Pengajian

Hajat Tak KesampaianHajat Tak Kesampaian

21

Bachok, 26 Mei 2009 - Persatuan Debat dan Pidato KIST dengan kerjasama Jabatan Pengajian Umum telah mengadakan satu pertandingan Debat Antara Kursus pada 24 Mei hingga 26 Mei 2009. Objektif utama diadakan pertandingan debat ini adalah untuk memilih wakil ke pertandingan Debat Piala DYMM Sultan Zainal Abidin kali ke-9, di UiTM Terengganu. Pertandingan debat ini adalah berpan-dukan format debat ala parlimen Malaysia, iaitu melibatkan pihak kerajaan dan pihak pembangkang.

Pada 24 dan 25 Mei 2009 telah diadakan pertandingan saringan yang bertempat di BK 37, BK 33, BK 35, dan BK 38. Pada peringkat separuh akhir, pertandingan debat antara pasu-kan Teknologi Makmal Perubatan (MLT) dengan Diploma Kesihatan Dan Keselamatan Pekerjaan (KKP) telah dimenangi oleh pasukan MLT manakala pasukan Psikologi telah memenangi peringkat tersebut selepas mengalahkan pasukan Diagnostik Radiografi (Xray) untuk ke peringkat akhir. Pada peringkat akhir yang bertempat di Dataran KIST telah menyaksikan pertandingan sengit antara pasukan MLT dengan pasukan Psikologi. Usul yang dibahaskan dalam Dewan Rakyat untuk pertandingan tersebut adalah Proses Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik Dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) Releven Dilaksanakan di Malaysia. Pasukan Psikologi telah muncul juara dan menerima piala pusingan, hamper, dan sijil penyertaan. Naib juara pertandingan iaitu pasukan MLT dan pasukan Xray yang menduduki tempat ketiga telah menerima hamper serta sijil penyertaan. Pemenang bagi kategori Pendebat Terbaik iaitu Mohd Khairul Azham Bin Mohd Yusoff dari pasukan Psikologi menerima plaque dan sijil penyertaan. Hadiah disampaikan oleh Presiden KIST Encik Muhamad Zamly Abdullah dan Ketua Eksekutif Dr. Mohd Azman Abu Bakar.Pertandingan ini juga turut disertai oleh pasukan Syariah, Kejururawatan, Pembantu Farmasi dan Sains Senaman Dan Sukan.Pasukan debat dari Diploma Psikologi

menjuarai pertandingan

Gelagat peserta semasa pertandingan debat berlangsung

Kuantan, 18 Mei 2009 – Hasrat kumpulan nasyid KIST, Soutul Na-suha untuk memenangi pertandingan nasyid terkubur apabila kend-eraan yang mereka naiki terbabit dalam kemalangan apabila bertem-bung dengan sebuah kereta proton Iswara di Kuantan kira-kira jam 3.00 pagi tadi. Mereka terdiri daripada 5 orang peserta nasyid diiringi oleh pengurus kumpulan Soutul Nasuha, Encik Mohd Azhar Mustaffa beserta seorang pemandu.Menurut Encik Azhar, mereka dalam perjalanan ke Johor untuk me-nyertai Festival Nasyid Selatan 2009 di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Johor yang melibatkan IPT seluruh Malaysia. Festival itu di-adakan selama 3 hari bermula pada 18 Mei 2009 hingga 20 Mei 2009. Difahamkan akibat kemalangan tersebut, mereka terpaksa pulang

dan melupakan hasrat untuk menyertai festival nasyid tersebut disebab-kan banyak kesulitan dialami.“Syukur Alhamdulillah kerana tiada kemalangan jiwa yang berlaku. Se-sungguhnya malang datang tanpa berbau. Semoga Allah S.W.T me-melihara dan menjauhi semua warga KIST daripada segala musibah. Hakikatnya di sebalik kejadian yang berlaku pastinya ada hikmah dan peringatan buat setiap manusia”.

Page 22: Wacana Edisi 2

WacanaKampus

www.kist.edu.my/wacana www.kist.edu.my/wacanaWacanaKampus

WacanaKampus

www.kist.edu.my/wacana www.kist.edu.my/wacanaWacanaKampus

Edisi Peperiksaan

22 3

Tilapia Merah Penghuni Baru Kolam KISTBachok, 19 Mei 2009 – Sebanyak 2000 ekor benih anak ikan Tilapia Merah (Oreochromis niloticus) bersaiz 2 – 3 inci telah dilepaskan ke dalam kolam yang terletak berhampiran Bangunan Pentadbiran Kolej Islam Sains dan Teknologi (KIST). Majlis Pelepasan Benih Anak Ikan ini telah di sempurnakan oleh Puan Noraihan Che Ali selaku Ketua Pegawai Kewangan dan Pentadbiran KIST pada pukul 9.30 pagi. Majlis tersebut telah dihadiri oleh Pengurus Agro KIST Sdn.Bhd. Encik Mohamad Mubin Mat Noor, Pengurus Yayasan KIST (YaKIST) Encik Nik Ahmad Nik Yaakob serta warga kampus KIST yang lain.Menurut Encik Mohamad Mubin Mat Noor, ikan Tilapia Merah dipilih kerana spesis ikan ini merupakan yang tahan lasak dan tahan penyakit. Spesis ini mampu untuk bertoleransi dengan keadaan persekitaran yang minima iaitu dengan kandungan oksigen terlarut pada kadar 3.0 ppm dan keatas berbanding spesis ikan lain yang memerlukan kandungan oksigen terlarut melebihi 5.0 ppm untuk terus hidup. Kekurangan oksigen terlarut yang selalu berlaku pada waktu malam merupakan antara punca utama kematian ikan yang diternak.“Penternakan ikan di dalam kolam adalah bertujuan untuk memanfaatkan kolam yang ada. Selain tahan lasak, ikan Tilapia juga mempunyai warna kemerahan yang cantik dan mampu menambahkan keindahan kolam yang sedia ada. Pada masa akan datang pelbagai spesis ikan dirancang untuk dilepaskan ke dalam kolam tersebut seperti ikan keli, ikan patin dan lain-lain lagi.”

Puan Noraihan Che Ali sedang menyempurnakan Majlis Pelepasan Benih Anak Ikan

Encik Nik Ahmad dan Encik Kamaruzaman sedang melepaskan benih anak-anak ikan

Kuala Berang, 26 Mei 2009 – Bertempat di Dewan Dato’ Hj Razali Ismail di kampus KIST cawan-gan Terengganu, KISTCT dengan kerjasama Sinar Harian telah berjaya menganjurkan Malam Sayembara Puisi. Pertandingan tersebut yang bermula pada pukul 8.00 malam telah dirasmikan oleh YB. Encik Rozi Mamat iaitu Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Industri Asas Tani. Pelajar Diploma Psikologi telah berjaya membolot semua hadiah utama Sayembara Puisi iaitu johan sehingga tempat ketiga. Johan Sayembara Puisi berjaya digondol oleh Saudari Amie Bt Said yang berasal dari Sabah manakala tempat kedua adalah kepunyaan Saudari Rozita Bt Ayah dan tempat ketiga pula dimenangi oleh Saudari Norul Ain Bt Mohd Noor. Seramai 18 orang peserta yang terdiri daripada pelajar KISTCT telah mengambil bahagian dalam pertandingan tersebut.

Malam Sayembara Puisi Milik Psikologi

Ucapan perasmian oleh YB. En. Rozi b. Mamat

Sekitar Malam Sayembara Puisi Para peserta sedang mendeklamasikan puisi

Encik Mubin sedang membantu Puan Noraihan melepaskan benih anak ikan sambil diperhatikan oleh Muiz

Page 23: Wacana Edisi 2

WacanaKampus

www.kist.edu.my/wacana www.kist.edu.my/wacanaWacanaKampus

WacanaKampus

www.kist.edu.my/wacana www.kist.edu.my/wacanaWacanaKampus

Edisi Peperiksaan

2 23

Tinta Cikgu NikOLEH :NIK AHMAD NIK YAACOB

Panduan Menghadapi Tekanan PeperiksaanKa

rya Kre

atifTekanan perasaan wujud secara bersahaja di dalam tubuh manusia. Minda kita dicorakkan begitu hebat untuk menghadapi tekanan perasaan ini. Walaupun begitu, pelajar-pelajar memiliki anamoli tertentu yang menyebabkan lahirnya tekanan perasaan ini seperti belajar di saat-saat akhir atau belajar sehingga lewat malam. Tindakan seperti ini bukan sahaja memberi tekanan kepada minda tetapi juga ianya menjejaskan fizikal seseorang. Tekanan perasaan disebabkan oleh peperiksaan akan menjadi lebih buruk bila ianya diikuti oleh tekanan-tekanan lain seperti ketiadaan wang atau hutang-hutang yang belum terbayar. Bulan peperiksaan adalah bulan yang paling mencabar kepada pelajar-pelajar. Bulan inilah pelajar perlu berada di tahap yang paling tinggi dari aspek-aspek keselesaan, ketenangan, kesihatan dan kekuatan minda dan fizikal. Kepada pelajar-pelajar yang menyedari awal-awal lagi akan tekanan perasaan ini, ianya boleh menjadi satu motivasi kepada dirinya. Tekanan-tekanan ini boleh memberi rangsangan kuat kepada pelajar-pelajar ini untuk membuat persediaan-persediaan lebih awal lagi. Kesedaran ini akan membantu pelajar untuk berfikir dengan cepat dan bertindak dengan serta merta. Tetapi tekanan perasaan juga ada kesan yang tidak sihat. Ianya bergantung kepada cara pelajar menerimanya. Umpamanya, jika pelajar menyedari tekanan itu menghantui mereka dan melihatnya secara negatif, maka tekanan tersebut boleh menjejaskan tindakannya selepas itu.

Buatlah persediaan awalan. Ianya dapat mempertingkatkan digri keyakinan di dalam diri anda. Dengan kata lain, jangan tunggu di saat-saat akhir.

Uruskan masa dengan sebaik mungkin.(masa belajar, berehat, berbual). Jika masa-masa ini anda uruskan dengan baik, anda berjaya mengatasi tekanan.

Utamakan kesihatan fizikal anda. Ianya banyak membantu ketenangan perasaan anda. Tumpukan kepada maklumat-maklumat yang ditekankan oleh pensyarah anda. Ianya boleh dijadikan

petunjuk arah kepada modal anda menghadapi peperiksaan.

Ingat, tekanan tidak boleh diatasi 100%, tetapi ianya boleh dikurangkan sehingga ke 30%. 1. FOKUS KEPADA EMOSI ANDA.

Lakukan sesuatu yang boleh meredakan emosi anda seperti : Menonton TV Berbual dengan rakan-rakan Dengar muzik yang anda minati Berehat di tempat-tempat yang selesa dan nyaman Take-time selepas 1 jam anda membaca Bersenam

2. FOKUS KEPADA MASALAH. Gunakan teknik kemahiran menyelesai masalah. Contoh : Masuk kelas yang memberi masalah kepada anda. Katakanlah kelas psikologi sosial banyak

memberi tekanan kepada anda. Beri cabaran kepada kelas ini. Jangan mudah hilang minat. Jika anda tidak memahami mengenai sesuatu, cepat berjumpa dengan pensyarah anda untuk

mendapat bantuan. Kerap berbincang dengan rakan-rakan anda mengenai perkara yang anda belum fahami. Jangan tunggu saat-saat akhir untuk mencari jawapan kepada perkara-perkara yang belum

anda fahami.

Apakah Yang PatutAnda Lakukan?

Kesimpulan

Bagaimana UntukMengatasi Tekanan?

Mutiara IlmuAyah Dan Ibu Yang Jauh & Dekat

Binakanlah “Good work habit” dalam diri anda. “Work hard, play hard” adalah satu nasihat yang baik. Kejayaan sentiasa menanti anda.

Ayah dan ibu …. 2x Itulah permulaan kami

Dapat melihat bulan dan Matahari Ahai...

Yang dikurniakan dari Ilahi

Ahai... Ayah dan ibu lah Mesti dihormati

Ayah dan ibu

Wali dan juga keramat Pada mereka kita beri hormat

Ahai... Bagilah tunjuk ajar dan

Nasihat Supaya hidup

Supaya hidup kita akan selamat

Nyanyian: Allahyarham Sudirman…

Carilah ilmu seluas lautan biru Amat bermakna begitu berharga

Jika bersulamkan takwa

Tanpa ilmu di dada Tiada mungkin kan berjaya

Menyemai iman mencari redha Sebagai hamba Yang Esa

Langkah ku atur gagah

Meredah arus menongkah derita Biar seribu rintangan kian menerpa

Namun tidak kan ku putus asa

Tuntutlah mutiara ilmu Menjadi tinggi akhlakmu Janganlah kita terleka

Agar mencapai keredhaan Allah

Kita sering renungkan yang jauh Dan lupa yang dekat

Sedang yang jauh adalah kelip Yang dekat juga elus yang dingin

Kita selalu bertukar selimut

Alam dan selimut diri Sedang keduanya sering terbuka

Dalam mimpi Ketika diri masih saja

Diusik sunyi

Maka berjalanlah dalam kelam Sendirian menyusur imbau-

imbauan Di sana renung yang jauh

Hanyalah bingkis Sedang di sini hati meringis

Sedetik demi sedetik

Hasil Nukilan: Hilmi Rindu (2004)

Page 24: Wacana Edisi 2

WacanaKampus

www.kist.edu.my/wacana www.kist.edu.my/wacanaWacanaKampus

17

- MalaikatmuSelamat Hari Ibu Selamat Hari Ibu Suatu hari seorang bayi siap untuk dilahirkan ke dunia... Dia bertanya kepada Tuhan : "Para malaikat di sini mengatakan bahawa besok Engkau akan mengirimkan saya ke dunia, tetapi bagaimana cara saya hidup di sana; saya begitu kecil dan lemah?" Dan Tuhan menjawab: "Aku telah memilih satu malaikat untukmu. Ia akan menjaga dan mengasihimu." Bayi bertanya lagi: "Tetapi di sini; di dalam syurga ini, apa yang saya lakukan hanyalah bernyanyi, bermain dan tertawa. Inikan sudah cukup bagi saya untuk berbahagia." "Malaikatmu akan bernyanyi dan tersenyum untukmu setiap hari. Dan kamu akan merasakan kehangatan cintanya dan menjadi lebih berbahagia" "Dan bagaimana bisa saya mengerti di saat orang-orang berbicara kepada saya jika saya tidak mengerti bahasa mereka?" "Malaikatmu akan berbicara kepadamu dengan bahasa yang paling indah yang pernah kamu dengar dan dengan penuh kesabaran dan perhatian. Dia akan mengajar kepadamu cara berbicara." "Dan apa yang akan saya lakukan saat saya ingin berbicara kepadaMu?" "Malaikatmu akan mengajarkan bagaimana cara kamu berdoa" "Saya mendengar bahawa di Bumi banyak orang jahat. Siapa yang akan melindungi saya?" "Malaikatmu akan melindungimu; walaupun hal tersebut mungkin akan mengancam jiwanya"

“Makan Untuk Hidup... Hidup Untuk Makan”

Malaysia amat terkenal dengan pelbagai variasi makanan dan minuman yang enak dan lazat. Jika negeri Johor amat terkenal dengan Asam Pedasnya, negeri Tereng-ganu pula terkenal dengan Nasi Dagang-nya, jom kita tinjau apakah yang menarik dan istimewa yang ada di Bachok, Kelan-tan ini. Jom….jalan jalan cari makan….Tidak sah rasanya kalau ke Bachok, tetapi tidak singgah makan tengahari di Pak Ya Gulai Kawah. Kedai makan yang terletak di persisiran pantai Bachok menawarkan pelbagai juadah tengahari yang enak sep-erti gulai kawah, sup daging, ikan patin masak tempoyak, ikan bakar, ayam bakar, pelbagai ulam-ulaman dan lain-lain lauk yang boleh dipilih mengikut selera pelang-gan. Kedai makan tersebut dibuka pada setiap hari kecuali pada hari Jumaat. Menyusuri jalan ke arah Tok Bali, terletak di Mukim Telong terdapat beberapa ke-dai makan yang menawarkan menu nasi sup dengan harga berpatutan. Berdeka-tan dengan pejabat MARDI, kedai makan yang dikenali sebagai Kedai Sup Mok Pah dan Kak Nor menjadi pilihan masyarakat setempat untuk makan tengahari. Kedai

“Tapi, saya pasti akan merasa sedih kerana tidak melihatMu lagi”“Malaikatmu akan menceritakan kepadamu tentang Aku, dan akan mengajarkan bagaimana agar kamu bisa kembali ke-padaKu; walaupun sesungguhnya Aku akan sentiasa di sisimu” Di saat itu, Syurga begitu tenang dan heningnya sehingga suara dari Bumi dapat terdengar, dan sang bayi bertanya perlahan : “Tuhan, jika saya harus pergi sekarang, bisakah Kamu memberi-tahuku nama malaikat tersebut?” “Kamu akan memanggil malaikatmu itu: “IBU” Ingatlah sen-tiasa kasih sayang dan pengorbanan ibu. Berbakti, berdoa dan cintailah dia sepanjang masa. Dialah satu-satunya harta yang tiada galang gantinya dunia akhirat.Dan untuk para ibu, ingatlah kisah ini di kala kamu hilang sabar dengan karenah anak-anak yang sedang membesar, sesung-guhnya Syurga itu di bawah telapak kakimu.

Sucikanlah 4 hal dengan 4 perkara : “Wajahmu dengan linangan air mata keinsafan, Lidahmu basah dengan berzikir kepada Penciptamu, Hatimu takut dan gementar kepada kehebatan Rabbmu dan dosa-dosa yang silam disulami dengan taubat kepada Dzat yang memilikimu.”

tersebut telah beroperasi lebih dari 20 ta-hun menerima lebih daripada 100 orang pengunjung pada setiap hari. Ia dibuka dari jam 7.00 pagi sehingga 6.00 petang dan di-tutup pada hari Jumaat sahaja. Selain nasi sup, nasi kerabu dan nasi lemak juga turut menjadi antara menu yang terdapat di kedai makan ini. Kedai makan Kak Nah yang ter-letak berdekatan dengan Sekolah Pondok Moden Kandis juga menjadi pilihan popular penduduk setempat untuk menjamu selera pada waktu pagi dan tengahari. Dibuka seawal jam 7.00 pagi, pelbagai lauk-pauk yang enak terdapat di kedai ini terutamanya sup daging yang menjadi menu istimewa di sini. Selain itu, terdapat juga lauk puyuh goreng bawang, daging goreng kicap, gulai kuning, kari ayam dan ayam goreng. Kebi-asaannya, dalam pukul 3.00 petang keban-yakan lauk-pauk di Kedai Makan Kak Nah dan Kedai Sup Mok Pah dan Kak Nor akan kehabisan. Oleh yang demikian, jika ses-iapa yang ingin menjamu selera di kedai-kedai makan tersebut, silalah datang awal sebelum anda kempunan.Terletak berhampiran Jambatan Tok Bali, Medan Ikan Bakar Pok Su, Tok bali juga

menjadi pilihan mereka yang ingin me-nikmati kesegaran makanan laut. Keis-timewaan menu di sini, pengunjung boleh membuat pilihan untuk masakan makanan laut samada ingin dibakar secara ber-empah atau dimasak pelbagai jenis rasa seperti Masak Merah, Masak Sweetsour, Masak 3 Rasa dan sebagainya disamping terdapat menu-menu sampingan seperti tomyam, sup dan masakan sayur-sayuran yang lain. Bagi mereka yang baru sampai ke Tok Bali ini, marilah sama-sama kita menjamu selera disini. Satu lagi medan selera yang mendapat kun-jungan ramai, terletak di Bandar Bachok, berhampiran Pantai Irama, Medan Selera Bachok juga menjadi tumpuan masyarakat sekeliling untuk menjamu selera. Terdapat 8 buah kedai di sini yang menyediakan pelbagai menu dan apa yang menariknya, hampir kesemua kedai menyediakan menu utamanya iaitu satay dan kedai mereka di-namakan sempena nama hidangan satay seperti Mama Satay, Maksu Nab Satay dan lain-lain. Terdapat pilihan satay ayam dan satay daging yang disediakan bersa-ma nasi himpit dan dijual dengan harga 50 sen secucuk Selain itu, bagi mereka yang hanya ingin memesan satay sebagai ma-kanan sampingan, masakan panas juga disediakan untuk hidangan utama. Menyu-suri Pantai Irama ini juga, terdapat pelbagai gerai menjual makanan laut seperti ikan, sotong, udang yang disediakan dengan pelbagai cara seperti dicelup tepung, dig-oreng dan sebagainya. Sambil menghirup udara segar di sepanjang Pantai Irama ini, eloklah singgah di gerai-gerai tersebut un-tuk menikmati keenakan makanan laut ini disamping menghilangkan dahaga dengan minuman istimewa yang terdapat disini iaitu Air Kelapa atau lebih dikenali sebagai ‘Air Nyior’.