· web viewsajak roti (ahmad syahrul wahid) maksud rangkap 1 ruang dapur dipenuhi asap kerana...

2
Sajak Roti (Ahmad Syahrul Wahid) Maksud Rangkap 1 Ruang dapur dipenuhi asap kerana roti dibakar namun bau roti bakar sangat harum. Rangkap 2 Perut bertambah lapar kerana menunggu roti siap dibakar. Rangkap 3 Perut akan menjadi kenyang apabila memakan roti yang telah siap dibakar. Rangkap 4 Orang yang kaya masih tidak sempurna iman mereka jika tidak memikul tanggungjawab untuk membantu orang yang memerlukan. Rangkap 5 Jika seseorang itu beriman maka dia harus bersyukur dengan nikmat dan kemewahan yang diperoleh. Tema Kehidupan masyarakat kaya dan masyakarat miskin. Contoh: Golongan kaya hidup dalam kemewahan tetapi golongan miskin hidup dalam serba kekurangan.

Upload: tranquynh

Post on 27-Mar-2018

378 views

Category:

Documents


10 download

TRANSCRIPT

Page 1: · Web viewSajak Roti (Ahmad Syahrul Wahid) Maksud Rangkap 1 Ruang dapur dipenuhi asap kerana roti dibakar namun bau roti bakar sangat harum. Rangkap 2 Perut bertambah lapar kerana

Sajak Roti

(Ahmad Syahrul Wahid)

Maksud

Rangkap 1

Ruang dapur dipenuhi asap kerana roti dibakar namun bau roti bakar sangat harum.

Rangkap 2

Perut bertambah lapar kerana menunggu roti siap dibakar.

Rangkap 3

Perut akan menjadi kenyang apabila memakan roti yang telah siap dibakar.

Rangkap 4

Orang yang kaya masih tidak sempurna iman mereka jika tidak memikul tanggungjawab untuk membantu orang yang memerlukan.

Rangkap 5

Jika seseorang itu beriman maka dia harus bersyukur dengan nikmat dan kemewahan yang diperoleh.

Tema

Kehidupan masyarakat kaya dan masyakarat miskin.

Contoh: Golongan kaya hidup dalam kemewahan tetapi golongan miskin hidup dalam serba kekurangan.

Page 2: · Web viewSajak Roti (Ahmad Syahrul Wahid) Maksud Rangkap 1 Ruang dapur dipenuhi asap kerana roti dibakar namun bau roti bakar sangat harum. Rangkap 2 Perut bertambah lapar kerana

Persoalan

1. Nasib masyarakat miskin yang tidak dibantu.Contoh: Terdapat golongan miskin yang hidup susah dan serba kekurangan sedangkan golongan kaya hidup senang-lenang serta sering melakukan pembaziran.

2. Sikap golongan beriman dan berkemampuan yang membantu golongan miskin.Contoh: Seseorang yang beriman akan bersedia untuk menolong orang lain terutama golongan miskin.

3. Kesyukuran atas nikmat rezeki yang diperoleh.Contoh: Golongan yang beriman akan sentiasa bersyukur dengan kemewahan dan kesenangan yang dikecapi.