konsonan rangkap

Upload: yolanda-chandie

Post on 08-Jul-2015

1.735 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

Daripada 26 huruf konsonan dalam Bahasa Melayu, terdapat 5 huruf gabungan yang merupakan konsonan rangkap. Konsonan rangkap juga dikenali sebagai digraf yang membawa maksud gabungan huruf konsonan yang masing-masing melambangkan satu bunyi konsonan. BAHASA (BAHASA MELAYU (SIRI PENDIDIKAN GURU) SITI HAJAR ABDUL AZIZ)

Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat digraf ialah dua huruf berturut-turut yang mewakili satu bunyi, dwihuruf, dwilambang dan huruf rangkap.

Selain itu, digraf juga disebut sebagai konsonan rangkap yang melambangkan satu bunyi.

Terdapat sembilan gabungan huruf konsonan yang digunakan dalam sistem ejaan lama, iaitu gh, kh, ng, ny, sh, ch, dz, dh dan sy yang masing-masing melambangkan satu bunyi konsonan. Namun hanya lima digraf atau konsonan rangkap yang kekal dan masih digunakan sehingga sekarang iaitu gh, kh, ng dan sy. Konsonan rangkap Sh telah di ubah kepada sy

Empat konsonan rangkap di dalam sistem ejaan lama telah ditukarkan menjadi huruf tunggal, iaitu ch menjadi c, dz menjadi z, dh menjadi d dan th menjadi s. Di dalam sistem ejaan baru huruf gabung dikurangkan daripada sembilan kepada lima, iaitu empat kekal dan satu berubah satu huruf.

Digraf sy, kh dan gh merupakan konsonan pinjaman yang berasal daripada bahasa lain seperti bahasa Arab dan bahasa Inggeris.

Contoh-contoh Digraf dan PenggunaannyaDigraf Kh Gh Ng Ny sy Contoh Perkataan Awal Tengah Akhir khusus akhbar Tarikh ghaib maghrib Mubaligh nganga hangat Kentang nyala hanyut syarat masyarakat Quraisy

Sekian, terima kasih