roti naik.doc

5
ROTI NAIK Bahan Satu: 100 ml air suam 2 sudu kecil serbuk yis Mauripan 1 sudu kecil gula pasir ( Masukkan bahan-bahan ini ke dalam mangkuk dan gaulkan sebentar. Tunggu hingga yis tersebut naik dan berbuih ) Bahan Dua: 1/2 kg tepung gandum 1 sudu besar susu tepung 1/2 cawan gula pasir 2 sudu besar mentega @ marjerin ( Bahan-bahan ini perlu dicampurkan ) Bahan Tiga: 1 biji telur 2 sudu besar susu manis Air @ susu segar ( Masukkan bahan-bahan ini ke dalam jug sukatan. Akhir sekali, masukkan air atau susu ya. Ukurannya pada paras 200 ml ) Langkah Pertama: Buatkan satu lubang di tengah-tengah bahan dua. Kemudian, tuangkan bahan satu dan bahan tiga. Uli hingga rata seperti

Upload: zahrah-hamzah

Post on 25-Dec-2015

59 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

Page 1: ROTI NAIK.doc

ROTI NAIKBahan Satu:

100 ml air suam2 sudu kecil serbuk yis Mauripan1 sudu kecil gula pasir( Masukkan bahan-bahan ini ke dalam mangkuk dan gaulkan sebentar. Tunggu hingga yis tersebut naik dan berbuih )

Bahan Dua:

1/2 kg tepung gandum1 sudu besar susu tepung1/2 cawan gula pasir2 sudu besar mentega @ marjerin( Bahan-bahan ini perlu dicampurkan )

Bahan Tiga:

1 biji telur2 sudu besar susu manisAir @ susu segar( Masukkan bahan-bahan ini ke dalam jug sukatan. Akhir sekali, masukkan air atau susu ya. Ukurannya pada paras 200 ml )

Langkah Pertama:

Buatkan satu lubang di tengah-tengah bahan dua. Kemudian, tuangkan bahan satu dan bahan tiga. Uli hingga rata seperti gambar di atas. Mina hanya menggunakan cara manual untuk menguli doh tersebut. Sesiapa yang ada mesin penguli roti di rumah, lagi mudah ya. Namun, uli secara manual juga tidak menyusahkan ya, Yang penting, hasilnya menjadi. Uli hingga rata dan kita akan dapat rasa doh tersebut lembut dan sedikit mengembang kerana proses sebatian yis dan pemerangkapan udara di dalam doh tersebut sedang terjadi. Setelah sebati doh tersebut, sila tutup dengan menggunakan plastik pembalut atau kain untuk proses

Page 2: ROTI NAIK.doc

pemanasan dan pengembangan doh tersebut. Ketika ini, bolehlah anda menyediakan loyang lalu melengserkan mentega atau marjerin secara rata di permukaan dan sekeliling loyang pembakar tersebut. 

Kira-kira setengah jam selepas kerja-kerja mengadun doh tersebut dilakukan, beginilah hasil

yang terjadi pada doh yang telah kita peram tadi. Doh sudah semakin menaik dan membengkak kemontelan. Tumbuk doh tersebut untuk mengeluarkan angin yang terperangkap di dalamnya. Jangan lupa sediakan penimbang kerana sebentar lagi kita akan menimbang doh tersebut untuk mendapatkan doh yang sama size dan cantik tentunya,

 Langkah Kedua:

Setelah membuang angin yang terperangkap di dalam doh tersebut, sila ambil sedikit doh dan timbang dengan berat yang selari semuanya. Mina menggunakan ukuran 50 gm untuk setiap ukuran berat doh tersebut. Setelah ditimbang, kita uli lagi hingga jadi lembut dan gebu. Kemudian susun doh tersebut secara jarak kerana kita akan merehatkan doh tersebut sekali lagi bagi menjalani proses pengembangan kali ke dua sebelum doh dibakar untuk menjadi Roti Naik.

Sebenarnya faktor cuaca juga memainkan peranan ketika kerja-kerja pembuatan Roti Naik ini dijalankan. Semasa Mina kecil dahulu, emak selalu bimbang Roti Naik beliau lambat naik jika cuaca menandakan hari hendak hujan. Ini kerana, keadaan cuaca yang berhaba akan menggalakkan sel-sel yis tersebut untuk menjadi aktif lalu bertindak secara positif terhadap bahan-bahan lain bagi menghasilkan doh yang sempurna. Setelah siap semuanya, sila tutup kembali loyang yang dipenuhi

doh dengan menggunakan plastik pembalut atau pun kain. Mina hanya menggunakan kain sahaja.

Page 3: ROTI NAIK.doc

Disebabkan Mina terlelap selama 1/2 jam, beginilah penampakkannya. Doh tersebut terlebih naik lalu membesar bagai johan. Jika boleh, anda rajin-rajinkan diri mengintai disebalik tirai plastik untuk memastikan yang doh anda tidak terlebih udara ya. Kerana, jika ini berlaku, apabila dibakar nanti, struktur Roti Naik anda agak kasar dengan lubang angin yang banyak di dalamnya. Walaupun Roti Naik anda itu menjadi dari segi rasa, rupa dan fizikalnya tetapi kemantapannya agak lari sedikit.

Doh pada gambar ini naik dengan cantik dan sempurna. Kata orang putih, perfect!. Sebelum itu, pastikan anda sudah memanaskan oven pada suhu 165 darjah celcius dengan menggunakan api atas bawah selama 30 minit atau sehingga masak dengan sempurna dan berwarna

kekuningan ya.

Beginilah hasilnya setelah doh tersebut bertukar menjadi Roti Naik. Setelah dikeluarkan dari oven, ambil berus, lalu sapukan mentega atau marjerin ke atas Roti Naik yang masih panas itu dan taburkan sedikit gula di atasnya. Barulah kegebuannya semakin terserlah. Kiranya ibarat pipi gebu yang disapu dengan pemerah pipi. Kan akan bertambah

serinya itu. Betul tak Cik Ton?.

Page 4: ROTI NAIK.doc

Ini gambar Roti Naik yang sudah dikeluarkan dari loyang pembakar. Kecur tak?. Sedap ini jika anda sapu dengan jem dan mentega. Jika mahu makan kosong begitu juga sedap.

Last but not least, pengakhirannya beginilah rupa Roti Naik yang terhidang dari Dapur Mina. Mina harap pembaca sekalian jangan takut untuk mencuba resipi ini ya. Jika anda mengikut segala teknik yang telah Mina kongsikan di atas dengan betul, insyaAllah, akan beginilah hasil kejadian yang akan anda dapat nanti. Selamat mencuba!