pengenalan pembuatan roti bermula sejak manusia … perniagaan kedai... · pengenalan pembuatan...

47

Click here to load reader

Upload: vunguyet

Post on 31-Jan-2018

451 views

Category:

Documents


9 download

TRANSCRIPT

Page 1: PENGENALAN Pembuatan roti bermula sejak manusia … perniagaan kedai... · PENGENALAN Pembuatan roti bermula sejak manusia mengenali gandum sebagai bahan makanan. Bahan-bahan asas

PENGENALAN

Pembuatan roti bermula sejak manusia mengenali gandumsebagai bahan makanan. Bahan-bahan asas untuk membuatroti juga tidak banyak berubah walaupun teknologipembuatannya telah berubah dari masa ke semasa.

Roti dalam berbagai bentuk digemari oleh kebanyakan orang.Baunya yang segar ketika dibakar membangkitkan seleramereka yang terhidu aromanya. Mengambil roti sebagaimakanan ruji juga merupakan sebahagian dari diet yang sihat.Roti mengandungi karbohidrat kompleks, gentian, protein,kumpulan vitamin-vitamin B dan beberapa jenis mineral.

Secara amnya, industri bakeri boleh dibahagikan kepada dua,iaitu bakeri runcit dan bakeri borong. Bakeri runcit mengeluardan menjual terus kepada pelanggan di premis merekaberbagai jenis roti, pastri dan kek yang dibuat dari bahanmentah atau bekalan yang dibeku. Bakeri borong pulamengeluarkan dan mengedarkan keluaran secara volum,termasuk berbagai jenis roti, rols, piza, kek, pai, donut, mufin,pastri, dan sebagainya.

Bakeri runcit pada amnya pula boleh dibahagikan kepada duajenis utama, iaitu bakeri runcit ‘barisan penuh’ (full-line) yangmenyediakan berbagai jenis kek, roti, pastri dan biskut danbakeri runcit ‘istimewa’ (specialty) yang menyediakan secaraspesifik produk-produk tertentu sahaja seperti ‘bagel”, roti, kek,‘cookies”, mufin, donut, dan lain-lain. Satu lagi bakeri jenis runcitialah ‘bakeri dalam stor’ (“in-store bakery”) yang didapati didalam pasar-pasar raya dan jenis ini didapati jarang diceburioleh usahawan-usahawan pada peringkat permulaan.Perniagaan-perniagaan ini juga boleh berbentuk bebas ataupunfrancais.

1

Page 2: PENGENALAN Pembuatan roti bermula sejak manusia … perniagaan kedai... · PENGENALAN Pembuatan roti bermula sejak manusia mengenali gandum sebagai bahan makanan. Bahan-bahan asas

Didapati juga ramai pengusaha bakeri memperolehi jualantambahan melalui jualan minuman ringan seperti jus, teh dankopi, makanan-makanan yang disejuk-beku seperti pastri-pastrilapis, karipap, dan sebagainya, kuih-muih dan berbagai jenisbiskut terutamanya semasa musim perayaan.

Perolehan jualan serta keuntungan boleh mencapai tahap yangtinggi jika lokasi dan pasarannya adalah sesuai dan keluaranyang dihasilkan bermutu tinggi. Walau bagaimanapun pasaranbakeri adalah sangat kompetitif. Oleh itu, kerap terdapatpremis-premis bakeri yang tidak dapat bertahan lama, terutamamereka yang di bandar-bandar besar. Hanya premis-premisbakeri yang mengeluarkan berbagai jenis produk yang menepatikehendak setempat, dengan harga yang berpatutan mampubersaing di dalam pasaran-pasaran yang mencabar.

Berdasarkan kajian profil industri kek, pastri dan roti oleh pihakKementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi, didapatibahawa perniagaan bakeri runcit pada keseluruhannyamemerlukan pelaburan pada purata RM100,000 (terendahRM20,000 dan tertinggi RM350,000), dengan tahap pulangandalam lingkungan 25-30%. Perniagaan ini boleh dikategorikansebagai perniagaan yang sederhana stabil dengan tahap risikoyang rendah dengan pertumbuhan yang tinggi serta berpotensiuntuk dimajukan oleh usahawan sebagai perniagaan pemilikansendiri.

Pelaburan dan Potensi Keuntungan Perniagaan Bakeri Runcit

RM

Terendah Pertengahan Tertinggi

A. Pelaburan Permulaan 20,000 100,000 350,000

B. Jualan Kasar (bulanan) 10,000 38,000 60,000

2

Page 3: PENGENALAN Pembuatan roti bermula sejak manusia … perniagaan kedai... · PENGENALAN Pembuatan roti bermula sejak manusia mengenali gandum sebagai bahan makanan. Bahan-bahan asas

C. Untung Bersih sebelum 2,500 11,000 18,000

cukai (bulanan)

D. Kestabilan Sederhana

E. Faktor Risiko Rendah

F. Prospek Pertumbuhan Industri Baik

E. Potensi Pemilikan Ya

Memulakan sesuatu perniagaan bukan sekadar mengubahkehidupan, tetapi merupakan pelaburan kewangan utama bagiseseorang usahawan. Justeru itu sebaik sahaja mengambilkeputusan untuk berniaga, anda perlu menyedari sepenuhnyakomitmen yang perlu anda laksanakan.

Oleh itu, anda perlu memperlengkapkan diri dengan maklumat-maklumat yang sesuai, yang tepat dan terkini berkaitan denganperniagaan yang akan diceburi.

Panduan memulakan perniagaan ini menyediakan beberapamaklumat yang diperlukan oleh seseorang usahawan untukmembuka perniagaan dan ianya dibahagikan kepada 12 bab.Setiap bab menumpukan kepada bahagian-bahagian tertentudalam fasa permulaan sesebuah perniagaan bakeri runcit.

PENYELIDIKAN PASARAN

Sebelum memulakan perniagaan, anda perlu terlebih dahulumenyiasat dan meneliti kemungkinan permintaan bagi produkanda dan siapakah yang bakal menjadi pelanggan anda nanti.Ini memerlukan penyelidikan pasaran.

Penyelidikan pasaran yang dibuat dengan teliti akanmengambarkan tahap daya maju perniagaan anda.

3

Page 4: PENGENALAN Pembuatan roti bermula sejak manusia … perniagaan kedai... · PENGENALAN Pembuatan roti bermula sejak manusia mengenali gandum sebagai bahan makanan. Bahan-bahan asas

Penyelidikan juga dapat menganggarkan jumlah pelaburan yangdiperlukan, menentukan saiz permintaan bagi produk anda danmembantu anda mengenali lokasi yang terbaik.

Setiap perniagaan biasanya mempunyai daya penarik kepadasekumpulan orang tertentu yang akan menjadi pelanggan-pelanggan utama mereka. Anda boleh mengkategorikanpelanggan-pelanggan anda kepada segmen-segmen pasaranyang jelas. Mengenalpasti segmen-segmen pasaran bolehmembantu anda menganggarkan potensi saiz pasaran anda,mengenalpasti keperluan spesifik mereka dan membantu andamenyesuaikan perniagaan dan pemasaran untuk memenuhikeperluan mereka.

Untuk memberikan anda idea tentang persaingan, anda jugaperlu menyelidiki lain-lain perniagaan yang sama dalamkawasan anda untuk mengenalpasti peluang-peluang danancaman-ancaman yang bakal dihadapi oleh perniagaan anda.Penyelidikan industri pula adalah berguna untuk memberigambaran yang lebih tepat mengenai industri dalam mana andabersaing termasuk faktor-faktor kejayaan utama, trend-trend,cabaran-cabaran dan peluang-peluang yang sedia wujud.

Untuk memudahkan penyelidikan, anda dinasihatkan supayamemecahkan penyelidikan anda kepada dua bahagian yangberasingan:

• Penyelidikan tempatan• Penyelidikan persekitaran lebih luas

Penyelidikan tempatan melibatkan penilaian secara fizikalkebolehlaksanaan perniagaan anda dalam sesuatupersekitaran tertentu dan mungkin berbentuk pemerhatian

4

Page 5: PENGENALAN Pembuatan roti bermula sejak manusia … perniagaan kedai... · PENGENALAN Pembuatan roti bermula sejak manusia mengenali gandum sebagai bahan makanan. Bahan-bahan asas

secara fizikal, temu ramah, dan perbincangan dengan rakanperniagaan tempatan.

Penyelidikan persekitaran lebih luas melibatkan kajian faktor-faktor luaran yang boleh memberi kesan kepada kejayaanperniagaan anda merangkumi dari yang lebih luas seperti politikdan ekonomi kepada perubahan-perubahan dalam kawasanperniagaan tempatan. Rujukan yang biasa digunakan untukmendapatkan maklumat termasuk dari Majlis PerbandaranTempatan, persatuan-persatuan industri dan perniagaan, mediasecara umum dan Internet.

Kaedah tinjauan atau survei secara formal boleh dilakukanmenggunakan beberapa cara termasuk temubual individu keindividu, surat menyurat secara terus, dan temu bual telefon.Walau bagaimanapun, setiap jenis tinjauan mempunyaikebaikan dan kelemahan tersendiri termasuk dari segi kos.

PREMIS-PREMIS

Lokasi merupakan faktor paling penting yang menentukankejayaan sesuatu perniagaan runcit. Sasaran pasaran anda dandemografi pengguna memainkan peranan yang sangat besardi dalam keputusan pemilihan lokasi.

Dua aspek utama yang perlu diputuskan apabila memilih lokasiialah:

• menentukan sesuatu kawasan sama ada di bandar atausub-bandar

• memilih tapak yang spesifik di dalam kawasan pilihananda

5

Page 6: PENGENALAN Pembuatan roti bermula sejak manusia … perniagaan kedai... · PENGENALAN Pembuatan roti bermula sejak manusia mengenali gandum sebagai bahan makanan. Bahan-bahan asas

Sama ada anda memilih kawasan di bandar atau sub-bandar,anda perlu bertanyakan pada diri anda soalan-soalan berikut:

• Adakah populasinya cukup besar untuk menampungperniagaan anda?

• Adakah lokasi tersebut mempunyai asas ekonomi yangstabil yang akan menggalakkan pengwujudanpersekitaran yang sihat untuk perniagaan anda?

• Adakah perincian-perincian demografinya bersesuaiandengan pasaran yang anda inginkan?

Faktor-faktor lain yang harus dipertimbangkan termasukpenilaian aliran trafik pejalan-pejalan kaki, kewujudan ruang letakkereta yang mencukupi, lokasi pesaing-pesaing di persekitaranlokasi, dan pengezonan kawasan dan permit-permit yangdiperlukan.

Ada beberapa opsyen outlet runcit yang boleh dipertimbangkanuntuk sesuatu perniagaan baru, termasuk pusat membeli-belah,bangunan bebas dan kawasan perindustrian. Pusat membeli-belah adalah popular di kalangan pengguna-pengguna tetapikos pemasaran dan penyelenggaraan adalah tinggi. Meletakkanperniagaan anda di bangunan bebas, seperti di rumah kedai,adalah opsyen yang baik jika lokasinya sesuai dan kawasanperindustrian pula adalah paling sesuai untuk kilang bakeri yangbesar atau jika perlu berdekatan dengan industri-industri lainkerana anda menjadi pembekal kepada mereka.

Susunatur sesebuah bakeri mestilah menarik dan mudah dilihatkerana roti dan lain-lain produk yang dibakar mesti dijual dengancepat selepas dikeluarkan. Susunatur harus dirancang supaya50 peratus dari ruang dikhaskan untuk pengeluaran, 25 peratusuntuk ruang penyimpanan dan pejabat dan baki 25 peratus untukperkhidmatan pelanggan. Bahagian perkhidmatan pelanggan

6

Page 7: PENGENALAN Pembuatan roti bermula sejak manusia … perniagaan kedai... · PENGENALAN Pembuatan roti bermula sejak manusia mengenali gandum sebagai bahan makanan. Bahan-bahan asas

digunakan untuk mempamerkan roti, pastri, kek dan barangan-barangan jualan yang lain.

Anda harus mengambil perhatian bahawa lokasi dan rekabentukbangunan bakeri boleh menyumbang kepada kontaminasi dantahap kerosakan keluaran oleh makhluk perosak. Oleh itu, andaperlu memberi perhatian kepada perkara-perkara berikut:

• bangunan sepatutnya bersih, jauh dari longkang, payadan tempat pembuangan sampah

• bangunan dan kawasan sekeliling adalah bebas daritempat pembiakan serangga-serangga, burung-burungdan binatang-binatang

• kawasan dalaman adalah cukup besar untuk membawamasuk alat-alat kelengkapan pembersihan

• lantai dan dinding mesti rata serta tiada ruang bagimakhluk perosak tinggal serta memudahkanpembersihan

• ruang makan, kawasan rekreasi dan kawasanpenyimpanan mestilah diasingkan dari kawasanpengeluaran

• semua tempat terbuka premis termasuk pintu-pintu,tingkap-tingkap dan salur pengaliran udara perlu diskrinuntuk menghindar kemasukan makluk perosak

Sama ada anda membeli atau menyewa premis, komitmenkewangan yang diperlukan adalah di antara yang paling besaryang anda perlu buat dalam perniagaan. Oleh itu, anda harusmerancang dengan teliti dan memahami apa yang terlibatapabila memilih di antara opsyen-opsyen berkenaan.

Pajakan merupakan pilihan popular di kalangan ramaipengusaha yang memulakan perniagaan runcit. Ianya suatuperjanjian ikatan undang-undang di antara pemilik hartanah danpenyewa.

7

Page 8: PENGENALAN Pembuatan roti bermula sejak manusia … perniagaan kedai... · PENGENALAN Pembuatan roti bermula sejak manusia mengenali gandum sebagai bahan makanan. Bahan-bahan asas

Untuk sesebuah perniagaan baru, opsyen yang lebih baik ialahpajakan untuk tempoh satu hingga lima tahun dengan opsyenuntuk memperbaharui dua tempoh lanjutan, pada kadar sewayang dipersetujui, kerana ia memberikan anda fleksibiliti untukpindah ke premis yang lain setelah tamat tempoh permulaanatau untuk sambung dengan suatu tempoh lanjutan di premisyang sama.

Terma-terma dan syarat-syarat pajakan sebaiknya ditetapkanpada peringkat perundingan awal di antara pihak pemilikhartanah dan bakal penyewa. Adalah mustahak andamengetahui kesemua terma-terma dan syarat-syarat perjanjianpajakan yang anda akan tandatangani.

Sebelum anda menandatangani pajakan:

• pastikan janji-janji lisan yang dibuat telah dimasukkanke dalam dokumen

• periksa hartanah dan ambil nota dan gambar sebagaibukti keadaan premis sebelum pindah, untuk mengelakpertikaian selepas tamat pajakan kelak

• berbual dengan penyewa-penyewa yang lain – tanyakantentang perhubungan mereka dengan tuan punyahartanah

• minta penyata kewangan yang diaudit untukperbelanjaan-perbelanjaan seperti penyelenggaraan,perkhidmatan dan iklan.

• pastikan anda tahu siapa dan dimana wang pendahuluandisimpan dan siapa yang akan mendapat faedah yangdiperolehi dari wang tersebut

Membeli premis adalah satu lagi pilihan yang bolehdipertimbangkan, dan seperti juga memajak, mempunyaikebaikan-kebaikan dan keburukan-keburukan tersendiri.Membeli premis adalah suatu komitmen kewangan yang besar

8

Page 9: PENGENALAN Pembuatan roti bermula sejak manusia … perniagaan kedai... · PENGENALAN Pembuatan roti bermula sejak manusia mengenali gandum sebagai bahan makanan. Bahan-bahan asas

dan akan mengikat modal yang mungkin boleh dilaburkandengan lebih baik di tempat lain di dalam perniagaan.

Apabila membuat keputusan sama ada untuk membeli ataumenyewa, anda dinasihatkan mempertimbangkan dua perkaraberikut, iaitu arah tuju masa depan perniagaan dan pulanganyang anda jangka perolehi dari pelaburan anda.

KELENGKAPAN

Semua jenis perniagaan memerlukan kelengkapan danperalatan pada peringkat permulaan perniagaan. Sebelummendapatkan kelengkapan dan peralatan anda perlumemutuskan sama ada untuk membeli atau memajak.

Pemajakan membolehkan anda untuk mendapatkan keperluankelengkapan anda tanpa wang pendahuluan yang besar.Dengan cara ini anda dapat mengurangkan keperluankewangan dan membolehkan modal digunakan untukperbelanjaan perniagaan yang lain. Bagi perniagaan baru,pemajakan adalah suatu alternatif yang baik.

Apabila anda memajak kelengkapan, syarikat yang terlibat,sama ada ianya pembuat, peniaga, broker atau institusikewangan, adalah pemilik kelengkapan tersebut. Syarikatpemajak akan memberikan kelengkapan tersebut kepada andadan anda perlu membayar setiap bulan kepada syarikat tersebut.Pada akhir tempoh pajakan, anda mempunyai pilihan sama adauntuk membelinya, memulangkannya atau menambah tempohpajakannya.

Sebelum menandatangani sebarang pajakan pastikan bahawaterma dan syarat perjanjian telah difahami sepenuhnya.

9

Page 10: PENGENALAN Pembuatan roti bermula sejak manusia … perniagaan kedai... · PENGENALAN Pembuatan roti bermula sejak manusia mengenali gandum sebagai bahan makanan. Bahan-bahan asas

Sekiranya selepas menandatangani perjanjian pajakan, andamendapati bahawa kelengkapan tersebut tidak sesuai, andaakan menghadapi kesukaran untuk menukar kelengkapantersebut.

Anda boleh membeli berbagai jenis kelengkapan terpakai untukberbagai jenis perniagaan dengan membayar hanyasebahagian harga barunya. Kelengkapan terpakai mungkinpeninggalan perniagaan yang telah gagal atau kelengkapanberlebihan yang tidak diperlukan lagi dan biasanya dijual melaluilelong atau iklan kecil di kebanyakan surat-surat khabar.

Anda mungkin perlu melabur sebanyak RM100,000 untukkelengkapan-kelengkapan baru sebuah bakeri runcit. Jika andaingin memulakan dengan peruntukan yang lebih kecil, andaboleh membeli pakej kelengkapan terpakai dengan harga yanglebih rendah.

Kelengkapan-kelengkapan utama yang diperlukan oleh sebuahbakeri runcit ialah peti sejuk, almari-almari perhiasan, sink,pengadun doh, pembahagi doh, pembentuk doh, tempatpenaikan roti, penghiris roti, ketuhar berputar dua-rak atauketuhar berpusing.

Pengadun doh digunakan untuk menghasilkan adunan doh danboleh didapati dengan jenis berkuasa rendah, berkuasasederhana dan berkuasa tinggi. Apabila doh telah kembang,pembahagi doh digunakan untuk membahagikan doh kepadaketulan-ketulan mengikut berat yang diperlukan.

Mesin pembentuk doh melaksanakan tiga operasi, iaitupengepingan untuk mengeluarkan lebihan gas dari doh,pengikalan untuk menghasilkan bentuk doh dan tegangan yangsesuai dalam doh dan pengedapan untuk mengedap hujung

10

Page 11: PENGENALAN Pembuatan roti bermula sejak manusia … perniagaan kedai... · PENGENALAN Pembuatan roti bermula sejak manusia mengenali gandum sebagai bahan makanan. Bahan-bahan asas

roti. Tempat penaikan roti menaikan doh selepas ianya dibentukdan ketuhar jenis berputar atau rak digunakan untuk membakarroti.

Pertimbangan juga harus diberikan kepada pemilihan dulang,sama ada menggunakan jenis aluminium, keluli biasa, plattimah atau ‘steelumat’, supaya dapat mencapai tahappemanasan dan jangka hayat yang maksimum pada kos yangminimum.

Selain daripada kelengkapan-kelengkapan utama dan dulang-dulang, anda juga perlukan perkakas-perkakas dapur sepertirak-rak, alat-alat penimbang, dan lain-lain lagi.

Penyelengaraan adalah penting untuk memastikankelengkapan-kelengkapan sentiasa didalam keadaan yangbaik. Sistem penyelenggaraan kelengkapan yang baik harusmempunyai item-item seperti berikut:

• daftar logi• lembaran pemeriksaan• kad-kad sejarah• gambarajah mesin• peralatan-peralatan, barang-barang ganti dan kepakaran

teknikal

Walaupun fokus utama anda ialah untuk melengkapkan premisdengan kelengkapan pengeluaran reroti, anda juga perlumemberi perhatian secukupnya kepada keperluan kelengkapanpejabat, termasuk meja dan kerusi, mesin faks, mesin daftartunai, mesin pencetak, mesin fotokopi, mesin pencicang, dankelengkapan berbilang fungsi.

11

Page 12: PENGENALAN Pembuatan roti bermula sejak manusia … perniagaan kedai... · PENGENALAN Pembuatan roti bermula sejak manusia mengenali gandum sebagai bahan makanan. Bahan-bahan asas

Sekarang ini perniagaan boleh dihubungi dengan berbagai caratermasuk melalui telefon, telefon bimbit, pager, peti suara, e-mel, dan mesin penjawab, oleh itu pemilihan sistem komunikasiyang paling sesuai juga adalah penting.

Kebanyakan perniagaan menggunakan komputer di dalamoperasi perniagaan mereka, termasuk untuk pakej akaun,pemprosesan kata, lembaran hamparan, perisian tempat jualdan pangkalan data pengurus kontak. Anda perlu mengambillangkah-langkah untuk melindungi data-data di dalam komputertermasuk perlindungan virus, penggunaan perisian sandaranfail dan perisian pendinding api.

Setelah melabur dalam kelengkapan perniagaan, anda jugaharus pastikan yang anda telah memberi perlindungan yangsecukupnya. Peralatan-peralatan perlindungan yang bolehdipasang di premis anda termasuk penggera-penggera pencuri,cermin-cermin kedudukan strategik, pintu-pintu dan tingkap-tingkap keselamatan dan kamera litar tertutup.

STOK DAN PEMBEKAL

Stok dan perhubungan dengan pembekal memainkan perananyang penting di dalam sesebuah perniagaan runcit.

Pengurusan stok merupakan suatu seni yang harus dapatmengimbangi kos menyimpan terlalu banyak dengan kosmenyimpan terlalu sedikit stok. Menyimpan terlalu banyak stokakan menyusutkan tahap kewangan kerana wang tersangkutdalam bentuk stok, sebaliknya jika stok tidak mencukupi bolehmenyebabkan perniagaan kehilangan pendapatan keranakekurangan jualan dan pilihan untuk pelanggan-pelanggan.

12

Page 13: PENGENALAN Pembuatan roti bermula sejak manusia … perniagaan kedai... · PENGENALAN Pembuatan roti bermula sejak manusia mengenali gandum sebagai bahan makanan. Bahan-bahan asas

Ramuan-ramuan utama didalam pembuatan reroti adalahtepung, rai dan lain-lain bijirin, air, yis, garam, minyak dan lemak,gluten, bahan pembaik roti, gula, produk-produk susu, telur,buah-buah kering, bahan-bahan soya dan pelbagai ramuan lainseperti kekeras-kekeras, keju, serbuk bawang putih, keping-keping bawang, biji bijan, kas-kas dan sebagainya.

Tepung merupakan bahan utama didalam pengeluaran rerotidan rai merupakan bijirin yang kedua paling popular selepasgandum. Air ialah bahan utama doh dan seharusnya tidakmengandungi sebarang bakteria yang merbahaya, serta bebasdari bau, rasa dan warna.

Yis memainkan peranan yang penting dalam pengeluaran rerotidan diedarkan dalam bentuk basah dan kering. Fermentasi yisdipengaruhi oleh garam dalam doh yang mengurangkan kadarpengeluaran gas. Bahan pembaik roti adalah campuran serbuksatu atau lebih agen-agen ubahsuaian gluten dan sangat pentinguntuk mengawal kualiti roti.Pemilihan bahan pembungkusan untuk produk makananbiasanya dibuat di atas dasar kos, hayat penyimpanan yangdiperlukan, dan rupabentuk. Bahan-bahan mentah yangdigunakan secara meluas ialah politena, filem selulosa bersalutdan polipropilina berorientasi bersalut.

Bantuan pemerosesan yang biasa digunakan di dalam bakeriialah agen-agen pelepas roti dan pelincir-pelincir untukpembahagi-pembahagi doh.

Jenis dan banyaknya ramuan yang anda pesan akanbergantung kepada produk-produk yang anda jual.Kebiasaannya, anda harus peruntukkan sebanyak 35% daripendapatan kasar mingguan anda untuk stok. Lebih dariseparuh adalah diperlukan untuk membeli tepung dan jarak

13

Page 14: PENGENALAN Pembuatan roti bermula sejak manusia … perniagaan kedai... · PENGENALAN Pembuatan roti bermula sejak manusia mengenali gandum sebagai bahan makanan. Bahan-bahan asas

pesanan terbaik ialah setiap minggu atau dua minggu dan ianyadibeli dari kilang atau pembekal-pembekal yang berdekatan.

Apabila membeli stok terdapat dua perkara penting yang harusdipertimbangkan. Pertama, anda perlu mempunyai suatu sistemuntuk mengetahui stok yang perlu diganti serta kaedah untukmeramal bila stok akan berkurangan. Kedua, anda perlumemahami sistem penghantaran pembekal anda, sepertitempoh penghantaran dan kitaran penghantaran mereka.

Anda akan menghadapi masalah kekurangan stok sekiranyaanda tidak mengetahui kekangan-kekangan masa dan jadualpenghantaran pembekal-pembekal, terutamanya jika andamembuat pesanan terlalu lambat.

Sistem pembelian stok yang biasa digunakan ialah pembeliansecara kegunaan semasa (‘just-in-time’) dan pembelian secarapukal. Pilihan kaedah pembelian terbaik bergantung kepadakapasiti penyimpanan sedia ada dan modal kerja, sama adaitem tersebut boleh rosak apabila disimpan lama danpenjimatan kos yang boleh diperolehi jika membeli secara pukal.

Sebagai perniagaan runcit anda sering berurusan denganpelbagai pembekal. Secara umumnya, pembekal-pembekaladalah terdiri daripada pengeluar-pengeluar, pemborong-pemborong, pembekal-pembekal bebas dan pengimport-pengimport.

Beberapa tip penting yang harus dijadikan panduan didalammembuat pemilihan pembekal ialah:

• buat perbandingan diantara pembekal-pembekal• cari bukti kebolehpercayaan pembekal• cari bukti kualiti dan konsistensi produk

14

Page 15: PENGENALAN Pembuatan roti bermula sejak manusia … perniagaan kedai... · PENGENALAN Pembuatan roti bermula sejak manusia mengenali gandum sebagai bahan makanan. Bahan-bahan asas

• dapatkan masa pusingan pesanan pembekal• buat penilaian etika pembekal• ketahui opsyen-opsyen dan kaedah-kaedah kredit

pembekal dan pembayaran• buat penilaian tentang jaminan kewangan pembekal

Ambil kira beberapa tip berikut apabila berbincang hargadengan pembekal-pembekal:

• buat penilaian harga yang anda percaya boleh jual stokatau produk dalam perniagaan anda

• ketahui dengan jelas kadar harga yang anda berupayauntuk beli stok

• fahami tahap kecenderungan pembekal untuk dapatkanakaun anda

• bertanyakan tentang sebarang subsidipengiklanan,diskaun-diskaun kuantiti, rebat-rebat dansebagainya

• selesaikan kesemua isu sekali gus semasaperbincangan dengan pembekal

• bertanyakan tentang sebarang tawaran untuk stok-stokperabis

Pembekal-pembekal yang boleh dipercayai adalah suatu asetkepada perniagaan anda. Sebagai perniagaan baru, anda perlumewujudkan perhubungan yang baik dengan pembekal-pembekal. Walau bagaimanapun, jika tidak berpuas hati, andamempunyai pilihan untuk pindah kepada pembekal-pembekallain. Sebagai langkah keselamatan, anda harus guna lebih darisatu pembekal untuk setiap barangan.

Untuk mendapatkan kredit dari pembekal, anda perlumemberikan keyakinan kepada mereka melalui kejujuran anda

15

Page 16: PENGENALAN Pembuatan roti bermula sejak manusia … perniagaan kedai... · PENGENALAN Pembuatan roti bermula sejak manusia mengenali gandum sebagai bahan makanan. Bahan-bahan asas

dan penyata kewangan peribadi anda. Berikut adalah beberapatip berguna bila berurusan melalui kredit perdagangan(pembekal):

• jika boleh, ambil sepenuhnya kesempatan terma kredityang ditawarkan oleh pembekal

• buat pembayaran awal, jika dibawah terma kredit, adadiberikan diskaun tunai untuk pembayaran awal

• jika anda jalin hubungan yang baik dengan pembekal,buat bayaran dalam jangka waktu yang ditetapkan dandianggap boleh dipercayai, anda boleh runding termakredit yang lebih panjang

• sentiasa hormati pemuitang-pemuitang atau pembekal-pembekal perdagangan anda

PERSONEL

Anda perlu mengambil kakitangan-kakitangan untuk membantuanda untuk menjalankan perniagaan dengan berkesan.

Apabila memulakan perniagaan, ramai pengusaha tertarikmendapatkan bantuan dari ahli keluarga dan kawan-kawankerana mereka mengenali dengan dekat kakitangan-kakitanganyang mereka bekerja dan ianya boleh membantu mengurangkankos.Beberapa panduan umum jika anda berhasrat untuk bekerjabersama ahli keluarga dan kawan-kawan adalah sepertiberikut:

• wujudkan peraturan-peraturan pengendalian perniagaandari mula dan nyatakan peranan masing-masing

16

Page 17: PENGENALAN Pembuatan roti bermula sejak manusia … perniagaan kedai... · PENGENALAN Pembuatan roti bermula sejak manusia mengenali gandum sebagai bahan makanan. Bahan-bahan asas

• wujudkan penghuraian kerja setiap orang untukmengurangkan masalah dan perselisihan fahamdikalangan pekerja-pekerja

• isu-isu yang berkaitan dengan kerja harus diselesaikandi tempat kerja dan tidak dibawa ke rumah

• jangan ambil ahli keluarga oleh kerana perhubungankeluarga atau kawan-kawan atas pertimbangan ‘untukmembantu’, pastikan mereka mempunyai minat dankelayakan yang diperlukan

• galakkan ahli keluarga mendapatkan pengalaman luaryang dapat membantu syarikat

• gariskan langkah-langkah untuk selesaikan pertikaian-pertikaian dalam syarikat

Anda harus juga memberi pertimbangan sewajarnyamendapatkan orang luar untuk membantu anda terutamanyajika anda dapati bahawa ahli keluarga bukan opsyen yangterbaik untuk memajukan perniagaan anda.

Pendekatan yang didapati paling berkesan di dalam perniagaanbakeri runcit ialah untuk mengambil seorang pembuat reroti/pengurus dan seorang pembantu pembuat reroti. Pembuatreroti/pengurus biasanya ditugaskan untuk membeli stok,berurusan dengan pembekal-pembekal dan menyeliapengeluaran sementara pembantu pembuat reroti akan bekerjasecara shif. Jika boleh, anda harus juga mendapatkan seorangpenolong pengurus untuk membantu menyelia pengeluaran danmenjalankan operasi kedai.

Tugas-tugas yang perlu dijalankan serta kekerapan andaperlukan sesuatu tugas dijalankan akan menentukan jawatan-jawatan dan terma-terma pekerjaan kakitangan. Anda haruspertimbangkan persoalan-persoalan berikut:

17

Page 18: PENGENALAN Pembuatan roti bermula sejak manusia … perniagaan kedai... · PENGENALAN Pembuatan roti bermula sejak manusia mengenali gandum sebagai bahan makanan. Bahan-bahan asas

• Adakah tugas berkenaan perlu dilaksanakan setiap hari?• Adakah permintaan turun naik sepanjang hari atau

minggu?• Adakah permintaan tinggi untuk beberapa bulan atau

pada masa-masa tertentu sepanjang tahun?• Adakah ia memerlukan kepakaran-kepakaran tertentu?

Jawapan kepada persoalan-persoalan di atas akan membantuanda menentukan masa yang seharusnya diperuntukkan untukkerja-kerja tersebut. Jumlah wang yang anda peruntukkan untukkakitangan akan menentukan syarat-syarat pekerjaankakitangan, termasuk sama ada ianya harus sepenuh masa,separuh masa atau kerja sambilan.

Sebagai majikan, adalah penting anda memahami keperluanpekerja-pekerja separuh masa dan sambilan kerana terdapatbeberapa pertimbangan undang-undang dan pencukaian yangberbeza.

Pihak kerajaan menyediakan insentif dalam bentuk bantuankewangan kepada majikan-majikan untuk program-programperantisan dan pelatih. Anda harus menghubungi pihakPembangunan Sumber Manusia Berhad (PSMB) dan MajlisLatihan Vokasional Kebangsaan (MLVK) untuk menentukansama ada perniagaan anda layak mendapatkan bantuankewangan.

Setelah menetapkan jenis kakitangan yang diperlukan, andaharus menggariskan penghuraian kerja bagi jawatan-jawatantersebut. Ini akan membantu anda untuk memilih orang yangpaling sesuai serta tahap kemahiran yang diperlukan.Perniagaan kecil boleh mendapat manfaat dari prosespenghuraian kerja kerana ia mampu menjelaskan dengan tepatapa dan bagaimana menjalankan kerja berkenaan.

18

Page 19: PENGENALAN Pembuatan roti bermula sejak manusia … perniagaan kedai... · PENGENALAN Pembuatan roti bermula sejak manusia mengenali gandum sebagai bahan makanan. Bahan-bahan asas

Bahagian-bahagian yang terdapat di dalam penghuraian kerjaadalah seperti berikut:

• Tajuk• Ringkasan• Tugas-tugas utama• Tugas-tugas sampingan• Spesifikasi kerja• Keadaan kerja

Kaedah yang boleh digunakan untuk mendapatkan kakitangantermasuk:

• maklumat dari mulut ke mulut• iklan melalui tingkap kedai atau papan notis awam• iklan di surat khabar, majalah perdagangan atau industri• laman web: melalui agensi-agensi pekerjaan Internet• mengambil ahli keluarga atau kawan-kawan• melalui agensi-agensi pekerjaan

Resume adalah alat utama yang akan digunakan pada peringkatawal untuk menilai kakitangan yang berpotensi. Anda bolehmeminta pemohon menghantar resume mereka. Setelahmenerima resume, anda perlu mengisih pemohon-pemohonyang tidak sesuai, menyenarai pendek pemohon-pemohonuntuk di temu duga, telefon mereka dan atur tarikh dan masatemu duga.

Kebiasaannya di antara tiga hingga lima pemohon dipanggiluntuk temu duga. Selepas temu duga anda harus siapkansenarai pendek pemohon-pemohon berdasarkan kriteria-kriteria objektif seperti kelayakan-kelayakan, pengalaman-pengalaman dan prestasi masa lalu dan jika perlu telefon

19

Page 20: PENGENALAN Pembuatan roti bermula sejak manusia … perniagaan kedai... · PENGENALAN Pembuatan roti bermula sejak manusia mengenali gandum sebagai bahan makanan. Bahan-bahan asas

perujuk-perujuk mereka untuk mendapatkan maklumat lanjuttentang pemohon yang anda pilih.

Setelah membuat tawaran pekerjaan secara lisan dan tawarantersebut diterima, anda harus menyediakan surat perlantikanbertulis yang mengandungi terma-terma dan syarat-syaratperlantikan.

Anda bebas untuk menentukan jumlah gaji dan upah yangdibayar kepada para pekerja. Walau bagaimanapun, undang-undang memerlukan para pekerja diberikan faedah perubatan,sumbangan kepada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja(KWSP) dan Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) danmembuat pemotongan cukai pendapatan pekerja. Masabekerja, hari rehat, cuti awam, kerja lebih masa, kerja shif pekerjaadalah tertakluk kepada peruntukkan di dalam Akta Pekerjaan,1955.

Anda harus menyimpan rekod-rekod peribadi para pekerjaanda, termasuk:

• data-data peribadi seperti nama, alamat, tarikh lahir, dansebagainya

• tarikh pengambilan• kelulusan-kelulusan dan pengalaman-pengalaman• rekod-rekod latihan• ganjaran-ganjaran yang dibayar kepada pekerja• maklumat lengkap cuti yang diambil oleh pekerja• maklumat lengkap penamatan pekerja

Sebagai majikan, untuk mengekalkan khidmat pekerja-pekerjadan memastikan pengurusan kakitangan yang berkesan, andaharus mengambil langkah-langkah berikut:

20

Page 21: PENGENALAN Pembuatan roti bermula sejak manusia … perniagaan kedai... · PENGENALAN Pembuatan roti bermula sejak manusia mengenali gandum sebagai bahan makanan. Bahan-bahan asas

• menyediakan latihan yang secukupnya• melakukan penilaian prestasi pekerja• memberikan bonus-bonus dan insentif-insentif prestasi

Jika anda perlu membuang pekerja, tanyakan diri anda soalan-soalan berikut:

• Sudahkah pekerja tersebut diberi peluang untukmembela diri?

• Sudahkah anda memberikan jangkamasa notis yangdiperlukan?

Bila memecat pekerja, anda harus pastikan telah melakukanperkara-perkara yang berikut:

• memberikan pekerja berkenaan pengesahan bertulistentang pemecatannya

• kecuali disebabkan salah laku serius, memberikanpekerja tersebut jangkamasa notis yang diperlukan olehundang-undang atau bayaran sebagai ganti

• kecuali jika mempunyai sebab-sebab tertentu, berikanpekerja berkenaan sebab-sebab pemecatan secararingkas dan bertulis.

Jika pekerja yang meletakkan jawatan, anda harus memberiperhatian kepada perkara-perkara berikut:

• pemberhentian kerja dikemukakan didalam bentukbertulis

• penerimaan pemberhentian kerja juga didalam bentukbertulis

• pekerja mesti memberi notis• jika pekerja memberi notis yang kurang dari keperluan

atau gagal mengikut tempoh notis yang dikehendaki,adalah terpulang kepada budi bicara anda sama adauntuk menerimanya.

21

Page 22: PENGENALAN Pembuatan roti bermula sejak manusia … perniagaan kedai... · PENGENALAN Pembuatan roti bermula sejak manusia mengenali gandum sebagai bahan makanan. Bahan-bahan asas

OPERASI PERNIAGAAN

Bagaimana anda mengendalikan operasi-operasi harian danfungsi pentadbiran boleh menyumbang kepada kejayaankeseluruhan perniagaan anda.

Pada dasarnya, pembentukan sebuku roti bermula dengantindakan yis ke atas ramuan-ramuan yang lain. Yis terdiri darikulat-kulat kecil yang bercambah dan akan bertambah biakapabila dicampur dengan gula dan air. Proses penapaian akanmenukarkan gula kepada karbon dioksida dan alkohol. Dohdibentuk apabila gandum, garam, lelemak dan ramuan-ramuanyang lain dicampurkan dengan yis dan air. Yis bertindak sebagaiagen penaik yang akan menaikkan doh.

Doh kemudiannya diuli, iaitu tindakan menggaul, menolak danmenarik, suatu proses yang membolehkan karbon dioksida yangterbentuk semasa fermentasi terlepas keluar supaya doh bolehnaik. Doh kemudiannya diset dalam tempat yang hangat untukproses pengembangan. Pada peringkat ini, yis akanmengembangkan doh dan menjadikannya jisim yang lebihbesar.

Setelah doh berkembang sepenuhnya, ia kemudian ditekankanuntuk mengeluarkan kesemua gas dan dibahagi kepadabahagian-bahagian yang diletakkan di atas dulang atau bekaspembakar. Akhir sekali, dulang atau bekas berisi doh inidiletakkan di tempat yang hangat sekali lagi sehingga saiz dohmengembang dua kali ganda sebelum ianya sedia untukdibakar.

Didalam operasi komersil terdapat empat kaedah utamapembuatan reroti yang diamalkan oleh para pengusaha:

22

Page 23: PENGENALAN Pembuatan roti bermula sejak manusia … perniagaan kedai... · PENGENALAN Pembuatan roti bermula sejak manusia mengenali gandum sebagai bahan makanan. Bahan-bahan asas

• proses penapaian pukal• proses span dan doh• pembangunan doh mekanikal• proses-proses doh cepat

Kebanyakan pengusaha bakeri bersetuju bahawa di dalamperniagaan bakeri, yang melariskan jualan ialah tarikanpelanggan kepada produk-produk mereka. Oleh itu, kebanyakandaripada mereka mempunyai tingkap-tingkap kaca yang besaruntuk mempamerkan produk-produk mereka kepadapelanggan-pelanggan yang lalu lalang. Tetapi setelahpelanggan-pelanggan memasuki kedai, mereka akan dapatibahawa pilihan-pilihan yang disajikan adalah terhad dankebanyakan bakeri tidak akan melayan pesanan-pesanan khas.

Pengusaha-pengusaha yang berpengalaman sudahmengetahui pilihan yang mendapat sambutan pelanggan melaluianalisis trend jualan yang lepas dan menggelak pesanan khaskerana persediaannya boleh memakan masa yang lama danpulangan kewangannya kurang memuaskan.

Faktor kritikal dalam operasi mana-mana bakeri ialah masalahpengeluaran yang terkurang atau terlebih berbandingpermintaan pelanggan. Jika mengeluarkan terlalu sedikit, andaakan rugi sebab hilang peluang jualan dan jika mengeluarkanterlebih, anda akan juga rugi sebab bilangan item yang habistempoh terlalu tinggi. Anda perlu sentiasa mengimbangkan diantara pengeluaran dan permintaan oleh pelanggan untukmemaksimumkan keuntungan.

Anda juga akan dapati bahawa kos pengeluaran anda adalahberkait rapat dengan jumlah produk yang dapat dikeluarkansetiap jam bekerja. Oleh itu, jika anda dapat meningkatkanpengeluaran dengan menambahkan bilangan pekerja serta

23

Page 24: PENGENALAN Pembuatan roti bermula sejak manusia … perniagaan kedai... · PENGENALAN Pembuatan roti bermula sejak manusia mengenali gandum sebagai bahan makanan. Bahan-bahan asas

mesin, anda dapat mengurangkan kos pengeluaran setiap unitdan meningkatkan keuntungan perniagaan.

Ramai pemilik perniagaan kecil mendapati bahawapengetahuan bagaimana perniagaan beroperasi setiap hariadalah sama pentingnya dengan perancangan untukmewujudkannya. Walaupun modal adalah mencukupi, ramalankewangan dan belanjawan terbaik telah disediakan, dan produkanda popular, jika anda tidak tahu bagaimana untuk mengurusdengan baik operasi harian dan tugas-tugas pentadbiran, andamungkin akan gagal.

Pertama sekali, anda harus mendapatkan bantuan seorangakauntan yang baik, ia boleh memberi kesan yang mendalamkepada kejayaan atau kegagalan perniagaan anda. Keduanya,anda perlu menentukan tugas-tugas pentadbiran dan operasiharian dan bagaimana untuk menguruskannya. Tugas-tugaspentadbiran termasuk berkaitan kewangan harian perniagaan,seperti perbankan dan penyimpanan rekod, dan tugas-tugasoperasi pula termasuk aspek-aspek perkhidmatan pelanggan,kawalan stok dan bekalan, pengwujudan sistem jualan dansebagainya. Setelah mengenalpasti tugas-tugas harian yangdiperlukan, anda harus merekabentuk dan melaksanakansistem-sistem yang sesuai untuk memenuhi keperluan ini danmengimbangkan peranan dan tanggungjawab anda sebagaisebahagian dari aktiviti-aktiviti harian perniagaan.

Penyimpanan rekod yang tepat dan sesuai adalah perlu untukmengurus simpan kira, aliran tunai, operasi-operasi kewanganharian dan isu undang-undang. Rekod-rekod ini menyediakanmaklumat mengenai keadaan kewangan perniagaan danmembantu anda untuk mengenalpasti dan membetulkansebarang masalah perbelanjaan sebelum ia menjadi lebihbesar. Rekod-rekod juga mesti disimpan untuk menentukan

24

Page 25: PENGENALAN Pembuatan roti bermula sejak manusia … perniagaan kedai... · PENGENALAN Pembuatan roti bermula sejak manusia mengenali gandum sebagai bahan makanan. Bahan-bahan asas

liabiliti-liabiliti cukai perniagaan. Butiran berkenaan transaksi-transaksi perniagaan mesti disimpan untuk selama tujuh tahunmengikut peraturan pencukaian Malaysia.

Anda perlu simpan rekod-rekod jualan dan rekod-rekodperbelanjaan operasi. Rekod-rekod jualan termasuk semuapendapatan yang diperolehi daripada jualan semua jenisproduk. Rekod-rekod perbelanjaan operasi juga disebutsebagai pembayaran-pembayaran atau akaun-akaun belumbayar. Semua pembayaran mesti dibuat dengan cek, supayadapat didokumenkan semua perbelanjaan perniagaan untuktujuan-tujuan pencukaian. Jika pembayaran tunai diperlukan,resit untuk pembayaran atau sekurang-kurangnya peneranganmengenainya perlu dimasukkan ke dalam rekod-rekodperniagaan.

Lain-lain rekod yang harus disimpan termasuk sebarangdokumen relevan bertujuan membuktikan pendapatan danperbelanjaan bercukai, dokumen-dokumen yang mengandungimaklumat sebarang anggaran, penentuan atau perhitunganpencukaian, rekod-rekod berkaitan polisi-polisi insuransperniagaan, rekod-rekod senarai gaji semua kakitangantermasuk berkaitan PCB, KWSP dan PERKESO, dan rekod-rekod daftar aset yang anda beli secara tunai, sewa beli ataujenis kontrak pinjaman yang lain.

Suatu dana runcit tunai perlu diwujudkan untuk perbelanjaan-perbelanjaan segera dan terlalu kecil untuk pembayaran melaluicek. Runcit tunai boleh disediakan dengan menunaikan cekdan meletakkan wang tersebut ke dalam peti besi atau kotakyang berkunci. Rekod kesemua item yang dibeli dari dana runcittunai harus dicatit di dalam borang atau buku tunai runcit.

25

Page 26: PENGENALAN Pembuatan roti bermula sejak manusia … perniagaan kedai... · PENGENALAN Pembuatan roti bermula sejak manusia mengenali gandum sebagai bahan makanan. Bahan-bahan asas

Anda perlu menyediakan sistem untuk mengendalikan tunai,cek dan transaksi-transaksi lain yang anda terima setiap hari.Kebanyakan perniagaan kecil mengendalikan urusan-urusanperbankan mereka setiap hari, untuk mengelak risikomenyimpan jumlah tunai yang besar di premis mereka.

Sistem perakaunan yang baik memerlukan anda melakukanpenyesuaian bank dari masa ke semasa. Ianya penting untukmengetahui keadaan sebenar aliran tunai anda. Secara tradisi,penyesuaian disempurnakan setiap bulan setelah menerimapenyata-penyata bank melalui pos. Penyesuaian bankmembandingkan rekod aktiviti akaun bank dengan rekod-rekoddalaman/buku cek. Ia satu cara untuk memastikan bahawajumlah tunai dalam buku-buku anda adalah tepat pada bila-bilamasa. Proses ini bermula dengan baki akhir di dalam penyatabank. Baki ini kemudiannya diselaraskan dengan sebarangtransaksi-transaksi yang belum dijelaskan di dalam akaun.Satu dari tugas harian yang paling penting ialah melayanpelanggan-pelanggan. Perhatian khas harus diberikan kepadaberbagai aspek perkhidmatan pelanggan yang anda berikan.Sebagai sebahagian dari operasi perniagaan, anda harusbersedia untuk menghampiri, menarik, menjual, melayan danmengekalkan para pelanggan anda. Justeru itu, pengwujudanpolisi perkhidmatan pelanggan boleh membantu andamengabungkan kesemua aspek ini ke dalam suatu pendekatanperkhidmatan yang konsisten, menghapuskan kekeliruantentang apa yang perniagaan anda sediakan dan apa yangpelanggan anda boleh harapkan daripada anda.

Pemungutan hutang pelanggan adalah diantara tugasperniagaan yang kurang menyenangkan, tetapi perlu dilakukan.Terdapat beberapa cara mengutip hutang tertangguh secarabijaksana yang mampu mendapatkan balik hutang dan masayang sama mengekalkan hubungan baik dengan pelanggan.

26

Page 27: PENGENALAN Pembuatan roti bermula sejak manusia … perniagaan kedai... · PENGENALAN Pembuatan roti bermula sejak manusia mengenali gandum sebagai bahan makanan. Bahan-bahan asas

Opsyen-opsyen termasuk menawarkan diskaun bagipembayaran awal, mengenakan caj-caj kredit dan mengejarpembayaran-pembayaran lewat.

Pertikaian boleh berlaku di dalam mana-mana perniagaan.Pertikaian boleh berlaku dengan pelanggan-pelanggan ataupunpembekal-pembekal, termasuk pertikaian-pertikaiankontraktual kepada masalah-masalah dengan rakan-rakanperniagaan, bank-bank atau majlis-majlis perbandaran.

Jika sesuatu pertikaian tidak boleh diselesaikan di antara keduabelah pihak secara baik, jalan penyelesaian yang paling baikselain menggunakan mahkamah yang memerlukanperbelanjaan guaman yang tinggi, ialah melalui pengantaraan(mediation) dan penimbangtaraan (arbitration).

Pengantaraan ialah prosedur alternatif menyelesaikan berbagaijenis pertikaian di dalam bidang komersil, industri dan kerajaandengan bantuan pihak ketiga yang berkemahiran dan bebassebagai pengantara. Penimbangtaraan adalah prosespenyelesaian formal di mana pihak-pihak terlibat merujukpertikaian mereka kepada pihak ketiga yang bebas(penimbang tara) untuk ditentukan.

Setelah bekerja keras mewujudkan perniagaan dan ianyaberoperasi dengan jayanya, anda harus pastikan bahawaperniagaan anda telah diberi perlindungan yang secukupnya.Perlindungan disini bermakna mencari jalan untuk memastikanperniagaan berjalan dengan lancar, melindungi pelaburan andadan meminimumkan kerugian-kerugian kewangan.

Ini boleh dilakukan dengan beberapa cara dari mendapatkaninsurans kepada pemantauan terhadap kecurian danpemasangan alat-alat keselamatan yang sesuai.

27

Page 28: PENGENALAN Pembuatan roti bermula sejak manusia … perniagaan kedai... · PENGENALAN Pembuatan roti bermula sejak manusia mengenali gandum sebagai bahan makanan. Bahan-bahan asas

PERKESO dan Insurans Kenderaan Bermotor Pihak Ketigaadalah wajib bagi semua perniagaan yang mempunyaikakitangan-kakitangan atau yang menggunakan kenderaanbermotor. Sebagai tambahan, anda harus mendapatkaninsurans untuk empat jenis risiko yang berikut:

• kehilangan atau kerosakan harta benda termasuk stok,kelengkapan perabot dan peralatan, kenderaanbermotor dan bangunan-bangunan

• kerugian disebabkan gangguan terhadap perniagaananda akibat peristiwa yang telah diinsuranskan

• kecederaan peribadi dan kerosakan yang dialami olehorang awam atau harta benda mereka, disebabkan olehkecuaian anda atau produk yang rosak yang dikeluarkanatau dibekalkan oleh anda

• kerugian yang dialami oleh perniagaan disebabkan olehkematian atau ketidakupayaan kakitangan utama ataupekerja-pekerja

Memastikan keselamatan perniagaan boleh dimulakan denganmemastikan bahawa anda telah melaksanakan perkara-perkara asas keselamatan yang diperlukan termasukmemasang kunci-kunci lokos pada semua pintu dan tingkappremis anda. Kemudian anda boleh pertimbang untukmenggantikan kaca-kaca tingkap dan pintu dengan kacaberlamina atau lekapkan filem tahan pecah kepada kaca-kacayang sedia ada. Anda boleh juga pasangkan gril kepadatingkap-tingkap dan pintu-pintu dan pastikan premis perniagaananda dikunci setiap kali anda pulang.

Setelah melaksanakan perkara-perkara asas keselamatan ini,anda boleh tingkatkan tahap keselamatan seterusnya denganmemasang penggera-penggera kecurian dan keselamatan.

28

Page 29: PENGENALAN Pembuatan roti bermula sejak manusia … perniagaan kedai... · PENGENALAN Pembuatan roti bermula sejak manusia mengenali gandum sebagai bahan makanan. Bahan-bahan asas

Jenis sistem keselamatan yang anda harus pasang bergantungkepada kemampuan anda.

Kecurian adalah masalah besar di dalam mana-mana industriperuncitan. Anda perlu ada polisi yang tegas terhadap kecurian.Apabila merekabentuk susunatur kedai, anda harusmengambilkira kemungkinan berlakunya kecurian denganmemastikan barangan-barangan dan pelanggan-pelangganboleh dilihat dengan jelas tanpa halangan. Cermin-cermin,lubang-lubang intai atau televisyen litar tertutup pada tempat-tempat yang strategik adalah alat-alat pencegahan bergunayang dapat memberikan pengawasan penting.

PENGIKLANAN DAN PROMOSI

Setelah membuka perniagaan dan mengeluarkan barangan,anda perlu memberitahu orang ramai tentang barangan-barangan anda. Disini pengiklanan dan promosi memainkanperanan yang penting untuk memastikan barangan andamenjadi kegunaan ramai dan mendapat tempat di hatipelanggan.

Kunci kepada suatu kempen pemasaran yang berjaya ialahmengenali para pelanggan anda, mewujudkan imej perniagaanyang kukuh dan menyelidik opsyen-opsyen pengiklanan danpromosi yang sedia ada.Pada peringkat permulaan, anda harus membuat keputusansama ada untuk menyerahkan kempen anda kepada sebuahagensi pengiklanan atau untuk anda mengendalikannya sendiri.Jika menyerahkan kepada sebuah agensi, kosnya adalah tinggitetapi jika mengendalikannya sendiri anda harus pastikanbahawa anda memahami bagaimana pengiklanan berfungsidan kaedah-kaedah pemasaran yang sedia ada.

29

Page 30: PENGENALAN Pembuatan roti bermula sejak manusia … perniagaan kedai... · PENGENALAN Pembuatan roti bermula sejak manusia mengenali gandum sebagai bahan makanan. Bahan-bahan asas

Sebelum anda boleh mengiklan dan mempromosi, anda perlumewujudkan suatu imej perniagaan. Tanpa imej perniagaan,adalah sukar untuk memperkenalkan sesuatu perniagaankepada orang ramai dan untuk bakal pelanggan menilaiperniagaan anda.

Logo adalah suatu gambaran visual yang berupaya membinaimej sesuatu perniagaan. Rekabentuk tanda perniagaan di luarjuga memainkan peranan yang penting dalam menggambarkanimej perniagaan anda.

Pengiklanan digunakan untuk meningkatkan kesedaran tentangperniagaan anda, merangsang jualan dan mewujudkan nicpasaran perniagaan anda. Perantaraan pengiklanan yang harusdigunakan bergantung kepada matlamat serta pasaran anda.

Didalam menilai perantaraan pengiklanan yang paling sesuai,anda harus mengambil kira faktor-faktor seperti berikut:

• Kesampaian: bilangan orang yang terdedah kepada produkanda dalam jangkamasa tertentu

• Kekerapan: purata bilangan kali sasaran audiens melihatatau mendengar mesej iklan anda

• Kos: bergantung kepada perantaraan pengiklanan yangdipilih.

• Impak: rayuan kepada deria yang sesuai, persembahanrekabentuk, penggunaan warna atau bunyi

• Kebolehpilihan: setakat mana anda boleh menghadkanmesej kepada prospek dan pelanggan yang berpotensi.

Anda mempunyai beberapa pilihan media cetak seperti surat-surat khabar, majalah-majalah, halaman kuning, surat-surat beritadan sebagainya. Untuk memaksimumkan perbelanjaan

30

Page 31: PENGENALAN Pembuatan roti bermula sejak manusia … perniagaan kedai... · PENGENALAN Pembuatan roti bermula sejak manusia mengenali gandum sebagai bahan makanan. Bahan-bahan asas

pengiklanan, anda harus kaji di mana pesaing-pesaing andamengiklan produk-produk mereka.

Anda juga boleh memilih untuk menggunakan media elektronikseperti radio dan televisyen. Oleh kerana anda terpaksamengulangi hebahan yang sama, anda harus memastikanbahawa iklan anda adalah kreatif dan tidak membosankan.

Pengiklanan di luar adalah suatu bentuk pengiklanan yangefisien dan efektif. Anda boleh mengiklan di lokasi-lokasispesifik seperti di jalan-jalan raya, perhentian-perhentian basatau menggunakan pengiklanan transit seperti di belakang bas,teksi dan keretapi.

Setelah memilih perantaraan yang sesuai, anda bolehmenyediakan kempen pengiklanan yang bersesuaian denganperantaraan dan kos yang telah ditetapkan.

Bahan-bahan promosi boleh diperolehi dalam berbagai bentukdan merupakan cara yang berkesan dan tidak begitu mahaluntuk memasarkan perniagaan anda. Alat-alat promosi yangboleh digunakan termasuk:

• Risalah dan brosur• Mel terus• Kad perniagaan• Pengakuan pelanggan• Tele-pemasaran• Pertunjukan perdagangan• Rangkaian perniagaan• Penajaan

Satu cara yang baik untuk menarik perhatian pelangganberpotensi ialah melalui peruntukkan hadiah atau bahan promosi

31

Page 32: PENGENALAN Pembuatan roti bermula sejak manusia … perniagaan kedai... · PENGENALAN Pembuatan roti bermula sejak manusia mengenali gandum sebagai bahan makanan. Bahan-bahan asas

percuma seperti kupon dan baucer, ganjaran frekuensi,pertandingan, dan pemberian sampel.

Anda harus periksa keberkesanan pengiklanan dari masa kesemasa untuk mendapat gambaran prestasi kempen anda. Jikasesuatu cara pengiklanan didapati kurang berhasil, anda harusberhenti menggunakannya dan cuba cara pengiklanan yang lain.

KEHENDAK UNDANG-UNDANG

Sebelum memulakan perniagaan anda perlu memahami danmematuhi berbagai kewajipan dan keperluan undang-undang.Sebarang keputusan yang anda ambil diperingkat awal akanmempengaruhi aspek undang-undang pada jangka masapanjang.

Diantara pertimbangan pertama ialah memilih strukturperniagaan yang paling sesuai untuk keperluan anda,menetapkan nama perniagaan dan mendaftarkan perniagaananda.

Tiga struktur perniagaan yang paling biasa digunakan untukmenjalankan perniagaan ialah pemilikan perseorangan,perkongsian dan Syarikat Sendirian Berhad.

Pemilikan perseorangan ialah struktur perniagaan yang palingmudah. Ia merujuk kepada perniagaan yang dimiliki dandijalankan oleh seorang individu yang bertanggungjawabmembuat keputusan dan memiliki semua keuntungannya.

Perkongsian pula merujuk kepada suatu pakatan ataugabungan dengan sekurangnya dua atau lebih tetapi tidakmelebihi 20 orang untuk menjalankan sesuatu perniagaan.

32

Page 33: PENGENALAN Pembuatan roti bermula sejak manusia … perniagaan kedai... · PENGENALAN Pembuatan roti bermula sejak manusia mengenali gandum sebagai bahan makanan. Bahan-bahan asas

Struktur ini adalah yang paling sesuai untuk menjalankanperniagaan dengan seorang atau lebih rakan kongsi.

Syarikat Sendirian Berhad wujud sebagai sebuah entiti sah yangberasingan, bertanggungjawab membuat keputusannya sendiridan dipertanggungjawabkan mengikut undang-undang. AktaSyarikat, 1965, adalah peruntukkan utama yang mengawal seliapembentukkan dan operasi syarikat.

Setelah memutuskan struktur perniagaan yang paling sesuai,anda kemudian perlu menimbangkan nama perniagaan danpendaftarannya. Kecuali jika anda memutuskan untuk beroperasidi bawah nama sendiri, anda diperlukan oleh undang-undanguntuk mendaftarkan nama ini sebelum memulakan perniagaan.

Kemudian anda perlu memahami perkara-perkara berkaitantanda perniagaan, paten dan hak cipta, dan menentukankomponen harta intelek perniagaan yang seharusnya dilindungi.Keperihatinan anda mengenai hak-hak di sisi undang-undangdan pengambilan perlindungan sewajarnya, dapat membantumemastikan perniagaan anda tidak dieksploitasi atau diambilkesempatan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.

Tanda perdagangan adalah suatu tanda yang boleh dilihat danmerupakan alat berguna untuk mengenalpasti barangan atauperkhidmatan anda. Logo perniagaan ialah suatu contoh tandaperdagangan. Walaupun pendaftaran tanda perdagangan tidakwajib, anda dinasihatkan untuk mendaftarkannya untukmendapatkan perlindungan undang-undang daripadapersaingan yang tidak adil dan kegiatan peniru-peniru.

Paten memberikan seseorang pencipta proses atau produk hakeksklusif untuk mengguna, membuat atau menjual ciptaannyadengan sah. Akta Paten, 1986, menyediakan peruntukan-

33

Page 34: PENGENALAN Pembuatan roti bermula sejak manusia … perniagaan kedai... · PENGENALAN Pembuatan roti bermula sejak manusia mengenali gandum sebagai bahan makanan. Bahan-bahan asas

peruntukan untuk memohon dan mendaftar paten-paten diMalaysia.

Hak cipta boleh digunakan kepada sebarang karya asli yangtelah ditulis, direka, dicipta atau direkabentuk. Untukmendapatkan perlindungan dibawah Akta Hak Cipta, 1987,karya tersebut mestilah di dalam bentuk yang nyata dan asli.Hak cipta boleh digunakan kepada semua jenis karya dariartikel-artikel surat khabar, kepada direktori-direktoriperniagaan, iklan-iklan, buku-buku, gambar-gambar, lukisan-lukisan, program-program komputer, edisi-edisi karya yangditerbitkan dan sebagainya.Semua jenis perniagaan memerlukan lesen atau permitperniagaan apabila memulakan perniagaan. Untuk membukasebuah bakeri, anda perlu mendapatkan satu lesen perniagaanpremis makanan daripada pihak berkuasa tempatan sertamemenuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh pihakBomba dan Jabatan Kesihatan.

Anda juga perlu mendapatkan permit papan tanda daripadapihak berkuasa tempatan. Sesetengah pihak berkuasatempatan memerlukan para pekerja yang mengendalikanmakanan mendapatkan kad pengendalian makanan yangmemerlukan mereka menghadiri kursus pengendalian makananserta mendapatkan suntikan demam kepialu terlebih dahulu.Anda juga perlu menghubungi pihak Jabatan Kastam DirajaMalaysia untuk memastikan sama ada anda perlu mendapatkanlesen cukai perkhidmatan.

Sebagai seorang pemilik perniagaan, cara andamengendalikan perniagaan ditentukan oleh peraturan-peraturandibawah undang-undang perlindungan pengguna. Pada masakini, Malaysia mempunyai sebanyak 29 undang-undang yangberhubungkait dengan perlindungan pengguna yang ditadbir di

34

Page 35: PENGENALAN Pembuatan roti bermula sejak manusia … perniagaan kedai... · PENGENALAN Pembuatan roti bermula sejak manusia mengenali gandum sebagai bahan makanan. Bahan-bahan asas

bawah bidang kuasa berbagai Kementerian. Di antara yangpaling penting ialah Akta Perlindungan Pengguna, 1999, AktaPerihal Dagangan, 1972, Akta Kawalan Harga, 1946, AktaKawalan Bekalan, 1961, Akta Kawalan Bekalan, 1961, dan AktaTimbang dan Sukat, 1972.

Memilih dan berurusan dengan seorang peguam juga suatupengalaman yang unik kepada kebanyakan pemilik perniagaankecil. Jika anda memerlukan seorang peguam untuk tujuanberkaitan dengan perniagaan, adalah lebih baik andamendapatkan khidmat seorang peguam yang biasa dengankesemua aspek undang-undang berkaitan dengan perniagaankecil dan pencukaian.

PENCUKAIAN

Sistem pencukaian di Malaysia adalah kompleks, tetapi sedikitpengetahuan tentang sistem ini boleh membantu anda membuatkeputusan-keputusan yang lebih baik untuk perniagaan anda.

Satu daripada isu utama pencukaian yang anda mungkin perlukendalikan ialah cukai perkhidmatan. Cukai perkhidmatan ialahsuatu cukai penggunaan yang dikenakan kepada penggunayang menggunakan perkhidmatan yang ditetapkanberkuatkuasa mengikut peruntukan Akta Cukai Perkhidmatan1975.

Perkhidmatan yang dikenakan cukai perkhidmatan termasukrestoran, bar, kedai kopi dan tempat menjual makanan denganperolehan jualan tahunan berjumlah RM300,000 keatas.Permohonan lesen perlu dibuat di pejabat Kastam DirajaMalaysia yang terdekat. Cukai perkhidmatan dibayar kepadaJabatan Kastam apabila bayaran diterima daripada pelanggan.

35

Page 36: PENGENALAN Pembuatan roti bermula sejak manusia … perniagaan kedai... · PENGENALAN Pembuatan roti bermula sejak manusia mengenali gandum sebagai bahan makanan. Bahan-bahan asas

Struktur perniagaan anda akan memberi kesan kepada caraanda membayar cukai. Pemilikan perseorangan danperkongsian dikenakan cukai sebagai perseorangan mengikutkadar progresif dan syarikat-syarikat pula dikenakan cukai padakadar tetap untuk syarikat. Di dalam Sistem Taksiran Sendiriyang baru dilaksanakan, anda perlu mengira dan membayarcukainya sendiri.

Kewajipan anda sebagai pembayar cukai sekiranyamenjalankan perniagaan adalah seperti berikut:

• Menyimpan rekod perniagaan dengan lengkap mengenaisegala urusan jualan, belian, stok dan semua perbelanjaanperniagaan

• Menyimpan semua resit, bil, penyata bank dan keratan cekbagi menyokong rekod-rekod diatas

• Mendapatkan khidmat agen pencukaian yang bertauliahbagi membantu dalam penyediaan penyata akaunperniagaan untuk tujuan cukai pendapatan.

Kewajipan anda sebagai majikan pula adalah seperti berikut:

• Menyedia penyata saraan bagi pekerja-pekerja bergaji lebihdari RM12,000 setahun setiap tahun

• Memberitahu kepada pihak Lembaga Hasil Dalam negerisetiap pekerja yang mula menggaji yang boleh atau mungkinboleh dikenakan cukai pendapatan

• Memberi notis pemberhentian pekerjaan kerana persaraan• Memberi notis tentang pekerja yang akan meninggalkan

Malaysia bagi tempoh tiga bulan atau lebih• Menahan wang pekerja dalam keadaan dimana pekerja

akan bersara atau meninggalkan Malaysia

36

Page 37: PENGENALAN Pembuatan roti bermula sejak manusia … perniagaan kedai... · PENGENALAN Pembuatan roti bermula sejak manusia mengenali gandum sebagai bahan makanan. Bahan-bahan asas

• Membuat potongan cukai setiap bulan daripada saraanpekerja-pekerja berdasarkan kapada Jadual PotonganCukai Bulanan (PCB)

Perancangan cukai yang baik bukan sahaja berupayamengurangkan cukai anda, tetapi menjimatkan wang untuk andadan perniagaan anda. Anda berhak menuntut sebarangpengurangan yang sah dan ini memerlukan perancangan yangteliti. Anda harus bincang peluang-peluang ini dengan akauntanatau penasihat pencukaian anda.

PENGURUSAN KEWANGAN

Pengurusan kewangan merujuk kepada pengurusan kesemuaaspek kewangan perniagaan secara cekap dan berkesan untukmeningkatkan prestasi perniagaan keseluruhannya.Pengurusan kewangan boleh dibahagikan kepada tiga aspekpenting seperti berikut:

• Mendapatkan kewangan untuk membiayai perniagaan• Menguruskan kewangan sebagai sebahagian dari operasi

perniagaan• Merancang untuk masa hadapan

Mendapatkan kewangan untuk memulakan perniagaan danmenentukan jumlah pinjaman merupakan satu daripada cabaranpertama yang perlu dihadapi oleh pemilik perniagaan. Inimelibatkan penentuan:

• Kos-kos permulaan• Modal kerja

37

Page 38: PENGENALAN Pembuatan roti bermula sejak manusia … perniagaan kedai... · PENGENALAN Pembuatan roti bermula sejak manusia mengenali gandum sebagai bahan makanan. Bahan-bahan asas

Kos-kos permulaan adalah kos-kos yang terlibat untukmenyediakan perniagaan anda sehingga peringkat ianya bolehbuka pintu dan mula berniaga. Ini biasanya adalah perbelanjaan-perbelanjaan yang diperlukan sekali sahaja dan termasuk:

• Kos-kos penyelidikan• Bayaran cengkeram untuk premis anda• Kos-kos pengubahsuaian semula• Kos-kos lekapan dan lengkapan• Yuran-yuran penyambungan telefon, air, lampu dan

sebagainya• Yuran-yuran perakaunan dan perundangan• Kos-kos kelengkapan• Kos pengiklanan dan pemasaran permulaan• Pembelian stok permulaan dan lain-lain

Modal kerja pula adalah wang yang digunakan di dalam sesuatuperniagaan untuk operasi-operasi biasanya. Ini termasukperbelanjaan-perbelanjaan tetap, berubah dan operasi.

Perbelanjaan-perbelanjaan tetap ialah kos-kos operasi tetap,seperti berikut:

• Sewa atau pembayaran balik gadai janji• Faedah dan pembayaran balik pinjaman• Upah dan gaji• Insurans• Cukai pintu, elektrik, gas, air dan sebagainya.

Perbelanjaan-perbelanjaan berubah akan berubah mengikutjumlah jualan dan perniagaan yang dijalankan, dan ianyatermasuk:

38

Page 39: PENGENALAN Pembuatan roti bermula sejak manusia … perniagaan kedai... · PENGENALAN Pembuatan roti bermula sejak manusia mengenali gandum sebagai bahan makanan. Bahan-bahan asas

• Stok yang dibeli untuk jualan semula• Kos-kos yang dibelanjakan untuk menyediakan produk untuk

jualan• Kos-kos perkapalan dan sebagainya

Perbelanjaan-perbelanjaan operasi pula termasuk:

• Tunai runcit• Kos-kos pengiklanan• Hutang-hutang lapuk• Elaun untuk belanja-belanja yang tidak diramal

Terdapat beberapa cara yang boleh digunakan oleh seseorangusahawan memperolehi kewangan untuk menceburkan diri didalam bidang perniagaan termasuk:

• Menggunakan wang simpanan sendiri• Meminjam dari ahli keluarga dan kawan-kawan• Meminjam dari institusi-institusi kewangan• Mendapatkan modal dari rakan kongsi• Menjual ekuiti di dalam perniagaan• Memperolehi geran-geran atau bantuan dari kerajaan

Setiap satu daripada sumber-sumber kewangan ini mempunyaikebaikan-kebaikan dan keburukan-keburukan, dan anda harusmempertimbangkannya dengan teliti sebelum membuatsebarang keputusan.

Anda harus pastikan bahawa anda mewujudkan perhubunganyang baik dengan pengurus bank anda dan apabila diperlukanmereka boleh membantu mendapatkan pinjaman ataumenambah kemudahan kredit anda.

39

Page 40: PENGENALAN Pembuatan roti bermula sejak manusia … perniagaan kedai... · PENGENALAN Pembuatan roti bermula sejak manusia mengenali gandum sebagai bahan makanan. Bahan-bahan asas

Setelah memperolehi modal permulaan yang diperlukan danperniagaan telah mula beroperasi, anda juga perlu sentiasamemantau wang yang masuk dan keluar daripada perniagaananda. Ini sangat penting kerana maklumat-maklumat ini akanmembantu anda untuk lebih memahami perjalanan perniagaananda.

Pengurusan kewangan yang baik meliputi lima prinsip utama:

• Pengurusan semua aset untuk memberi keuntungan terbaik• Pengurusan aset-aset semasa untuk memastikan pulangan

yang maksimum• Penjanaan modal tambahan untuk mendapatkan aset-aset

seterusnya• Penilaian keperluan untuk aset-aset baru atau masa depan• Pembayaran hutang daripada modal operasi semasa

Terdapat dua asas sistem perakaunan yang digunakan untuktujuan penyimpanan rekod, iaitu asas tunai dan asas akru. Yangmana lebih sesuai bergantung kepada keadaan perniagaananda termasuk dari segi jumlah jualan, keperluan pencukaian,bagaimana anda memilih bentuk perniagaan anda dan samaada anda memberikan kredit.

Dalam perakaunan asas tunai, anda menjalankan perniagaandan membayar cukai berdasarkan aliran tunai ‘masa sebenar’.Pendapatan tunai dikenalpasti sebaik sahaja anda menerimabayaran, dan perbelanjaan apabila anda membuat bayaran.Kedua-dua pendapatan dan perbelanjaan diletakkan di dalambuku-buku dan dicaj pada tempoh ianya dibayar atau diterima.

Di dalam perakaunan asas akru, pendapatan dan perbelanjaandicaj kepada tempoh dimana ianya diperolehi atau dibelanja,

40

Page 41: PENGENALAN Pembuatan roti bermula sejak manusia … perniagaan kedai... · PENGENALAN Pembuatan roti bermula sejak manusia mengenali gandum sebagai bahan makanan. Bahan-bahan asas

tidak kira sama ada wang telah atau belum diterima ataudibayar. Perakaunan asas akru merupakan kaedah yang lebihpopular kerana ia mampu memberikan nilai pendapatan danprestasi perniagaan yang lebih baik.

Untuk memahami kedudukan kewangan perniagaan, andaharus merujuk kepada tiga penyata penting berikut:

• Kunci kira-kira• Penyata untung dan rugi atau pendapatan• Penyata aliran tunai

Kunci kira-kira ialah suatu jadual aset-aset dan liabiliti-liabilitiperniagaan serta modal atau ekuiti pemilik, pada sesuatu masatertentu. Ianya biasa dihasilkan apabila buku-buku ditutupselepas tempoh tertentu.

Penyata untung dan rugi menunjukkan perolehan-perolehan danperbelanjaan-perbelanjaan perniagaan bagi sesuatu tempohtertentu dan adalah ukuran muktamad prestasi perniagaananda.

Penyata aliran tunai menunjukkan perubahan-perubahankedudukan tunai perniagaan bagi tempoh tertentu, iaitu tahunkewangannya. Ia menunjukkan perubahan-perubahan kepadabaki-baki tunai perniagaan, seperti tunai ditangan, di antarapermulaan dan akhir tempoh tersebut.

Walaupun ketiga-tiga penyata ini menyediakan gambarankeseluruhan tentang kesihatan kewangan perniagaan anda,ianya mungkin tidak mampu memberitahu aspek-aspek tertentuperniagaan yang memerlukan analisis dan tafsiran yang lebihmendalam. Teknik-teknik analisis kewangan yang paling populardigunakan ialah analisis pulang modal dan analisis nisbah.

41

Page 42: PENGENALAN Pembuatan roti bermula sejak manusia … perniagaan kedai... · PENGENALAN Pembuatan roti bermula sejak manusia mengenali gandum sebagai bahan makanan. Bahan-bahan asas

Analisis pulang modal ialah suatu konsep penting yangmenentukan titik dimana perniagaan anda mula membuatkeuntungan. Analisis pulang modal adalah paling penting padaperingkat perancangan perniagaan dan menunjukkan tahapjualan yang anda perlu capai untuk membayar semuaperbelanjaan anda.

Analisis nisbah digunakan untuk menentukan kestabilanberbagai aspek kewangan sesuatu perniagaan melaluiperhubungan diantara dua angka atau dua aspek perniagaananda. Ukuran-ukuran ini termasuk nisbah-nisbah untukmengukur kecairan, keuntungan dan kecekapan. Ia bolehmembantu mengenalpasti kelemahan-kelemahan dankekuatan-kekuatan kewangan, supaya anda boleh mengambiltindakan-tindakan yang sewajarnya.Akhir sekali, anda perlu menimbangkan aspek perancanganuntuk masa depan supaya anda boleh membuat keputusan-keputusan yang bersesuaian dan mengambil langkah-langkahyang betul dari peringkat permulaan.

Satu aspek penting perancangan sesuatu perniagaan baru ialahmeramal jangkaan untuk masa hadapan. Ini perlu dibuat denganteliti kerana berdasarkan ramalan ini anda akan membuatkeputusan-keputusan untuk:

• Menganggarkan jualan dan keuntungan• Menganggarkan aliran tunai• Bagaimana menggunakan keuntungan• Mengabungkan kesemua ini ke dalam suatu rancangan

perniagaan.

42

Page 43: PENGENALAN Pembuatan roti bermula sejak manusia … perniagaan kedai... · PENGENALAN Pembuatan roti bermula sejak manusia mengenali gandum sebagai bahan makanan. Bahan-bahan asas

MEMULAKAN PERNIAGAAN

Apabila memulakan perniagaan, anda berhasrat meningkatkankemungkinan kejayaan dan mengurangkan bilangan kesilapanyang dilakukan. Untuk mencapai tujuan ini, anak kunci utamanyaialah perancangan dan ianya perlu didokumenkan ke dalamsuatu rancangan perniagaan.

Rancangan perniagaan adalah suatu dokumen yang pentingkerana ia merupakan rangka tindakan yang boleh membantumembina perniagaan anda serta alat yang akan membantumemperolehi kewangan untuk perniagaan anda.

Suatu rancangan perniagaan mempunyai seksyen-seksyenspesifik yang akan membantu anda memperjelaskan matlamat-matlamat perniagaan anda. Struktur keseluruhan rancanganperniagaan secara amnya adalah seperti berikut:

• Lembaran muka depan• Ringkasan Eksekutif atau Penyataan Tujuan• Isi Kandungan• Deskripsi Perniagaan• Data Perniagaan

LatarbelakangStruktur perniagaanAnalisis SWOTAnalisis pasaran dan industriStrategi-strategi pemasaranAnalisis persainganPremis-premis dan lokasiStruktur pengurusan

• Data KewanganRamalan aliran tunaiKunci Kira-kira

43

Page 44: PENGENALAN Pembuatan roti bermula sejak manusia … perniagaan kedai... · PENGENALAN Pembuatan roti bermula sejak manusia mengenali gandum sebagai bahan makanan. Bahan-bahan asas

Penyata untung dan rugiSumber-sumber kewangan andaBelanjawan dan sararan-sasaranRamalan jangkaan jualan

• Dokumen-dokumen Sokongan

Contoh seperti resume-resume peribadi, kunci kira-kiraperibadi, laporan-laporan kredit, surat-surat rujukan, salinan-salinan pajakan dan sebagainya.

Lazimnya, suatu rancangan perniagaan harus memasukkankesemua maklumat yang pemilik perniagaan perlukan untukmenjalankan perniagaan secara efisien. Rancangan perniagaanyang baik harus jelas, ringkas, dibentangkan secara logik, dannampak bersih, tepat dan profesional.

Belanjawan pula boleh membantu anda untuk merancang danmengawal perniagaan anda. Secara tradisional, belanjawanditetapkan untuk 12 bulan kehadapan, kadang kala denganunjuran-unjuran suku tahun untuk selama tiga hingga empattahun kehadapan. Pengalaman menunjukkan bahawa pemilikperniagaan yang meluangkan masa untuk merancang alirantunai mencapai kedudukan kewangan yang lebih baikberbanding mereka yang tidak melakukannya.

Selain memulakan perniagaan sendiri dari peringkat awal, andajuga mempunyai opsyen untuk membeli perniagaan yang sediaada. Apabila membeli perniagaan, anda perlu pertama sekalimengenalpasti mengapa perniagaan itu dijual. Anda perlumendapat sebanyak mana maklumat berkenaan perniagaantersebut dan mengenalpasti di mana letak kelemahannya danmenentukan sama ada perniagaan tersebut mempunyai potensidi masa hadapan. Setelah menyiasat dengan teliti danmembuat penilaian tentang nilai perniagaan tersebut, andabolehlah berunding harga dengan pihak penjual.

44

Page 45: PENGENALAN Pembuatan roti bermula sejak manusia … perniagaan kedai... · PENGENALAN Pembuatan roti bermula sejak manusia mengenali gandum sebagai bahan makanan. Bahan-bahan asas

Tinjauan yang dilakukan menunjukkan bahawa sifat peribadiseseorang usahawan memainkan peranan yang sangat pentinguntuk menentukan kejayaan sesebuah perniagaan kecil. Kajianprofil industri oleh pihak Kementerian Pembangunan Usahawandan Koperasi telah menekankan kepentingan sifat-sifat sabar,rajin, berdisiplin, dedikasi, jimat cermat dan tidak membazir.Kajian ini telah juga menekankan keperluan usahawanmempunyai pengetahuan dan pengalaman yang mencukupiserta mempunyai minat pada bidang yang hendak diceburi.

Jika anda sentiasa memantau pelanggan-pelanggan danpesaing-pesaing anda dan menjangka dengan lebih awalperubahan-perubahan yang diperlukan, anda seharusnya dapatmenjayakan perniagaan anda.

Salah satu cara yang dapat membantu perniagaan andamenjadi lebih berdaya maju dan kompetitif ialah denganmenggunakan kaedah mengukur rujuk perniagaan. Prosesmengukur rujuk (“benchmarking”) membolehkan anda membuatperbandingan di antara perniagaan anda dengan perniagaan-perniagaan yang lain di dalam industri yang sama atau yanglain untuk mengenalpasti kelemahan-kelemahan danmendapatkan strategi-strategi baru untuk mengatasinya.

45

Page 46: PENGENALAN Pembuatan roti bermula sejak manusia … perniagaan kedai... · PENGENALAN Pembuatan roti bermula sejak manusia mengenali gandum sebagai bahan makanan. Bahan-bahan asas

KANDUNGAN

Pengenalan ............................................................... 1

Penyelidikan Pasaran ............................................. 3

Premis ........................................................................ 5

Kelengkapan ............................................................. 9

Stok & Pembekal ......................................................12

Personel ..................................................................... 16

Operasi Perniagaan .................................................22

Pengiklanan & Promosi ......................................... 29

Kehendak Undang-Undang .................................. 32

Percukaian ................................................................ 35

Pengurusan Kewangan ......................................... 37

Memulakan Perniagaan ..........................................43

i

Page 47: PENGENALAN Pembuatan roti bermula sejak manusia … perniagaan kedai... · PENGENALAN Pembuatan roti bermula sejak manusia mengenali gandum sebagai bahan makanan. Bahan-bahan asas

PANDUAN PERNIAGAANKEDAI BAKERI

HAKCIPTA TERPELIHARA

Semua hak terpelihara. Tiada mana-mana bahagian jua daripadapenerbitan ini boleh diterbitkan semula atau disimpan dalam bentukyang boleh diperolehi semula atau disiar dalam sebarang bentukdengan apa cara, elektronik, mekanikal, fotokopi, rakaman atausebaliknya tanpa mendapat izin daripada KementerianPembangunan Usahawan dan Koperasi.

Penerbitan Oleh

INSTITUT KEUSAHAWANAN NEGARA KEMENTERIAN PEMBANGUNAN USAHAWAN

DAN KOPERASI

©