pelancaran - terengganu.uitm.edu.my · kepada teknologi makanan yang baru saban hari, roti berwarna...

8
1 Pelancaran Buku Inovasi, ICAN UiTM Cawangan Terengganu Oleh: Siti Rapidah Omar Ali Inovasi dapat ditafsirkan sebagai penghasilan idea-idea baru untuk meningkatkan keberkesanan dan kejayaan sesuatu program dan projek ataupun penggunaan sesuatu peralatan dan bahan. Dalam era globalisasi yang berteraskan ilmu dan maklumat, daya kreativiti dan inovasi para akademik amatlah dituntut dan digalakkan. Justeru, pihak ICAN UiTM Cawangan Terengganu telah mengambil inisiatif untuk menghasilkan buku koleksi inovasi untuk tatapan umum. Bersempena Amanat Rektor pada 12 Februari 2017, buku inovasi terbitan ICAN UiTM Cawangan Terengganu telah dilancarkan oleh Rektor UiTM Cawangan Terengganu, Prof. Madya Dr. Abdol Samad Nawi. Buku koleksi pencapaian inovasi ini telah menghimpunkan sebanyak 49 hasil inovasi daripada para akademik yang memperolehi kejayaan dalam pelbagai kategori anugerah. Hasil inovasi ini juga telah mendapat pengiktirafan di pelbagai peringkat pertandingan inovasi di seluruh Malaysia. Buku koleksi pencapaian inovasi ini merupakan medan pengiktirafan terhadap kejayaan para akademik Universiti Teknologi MARA Terengganu yang buat pertama kalinya diterbitkan oleh pihak ICAN UiTM Cawangan Terengganu. Semoga penerbitan buku koleksi ini dapat memberikan lebih semangat dan inspirasi kepada lebih ramai lagi para akademik mahupun bukan akademik untuk terus menyumbangkan idea mereka di masa-masa akan datang. Dengan penerbitan buku koleksi ini juga diharapkan dapat dijadikan bahan rujukan dan bacaan berguna kepada pelbagai lapisan masyarakat di luar sana yang berusaha untuk meningkatkankan mutu inovasi di masa-masa akan datang.

Upload: others

Post on 13-Jan-2020

22 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

1

Pelancaran Buku Inovasi, ICAN UiTM Cawangan Terengganu

Oleh: Siti Rapidah Omar Ali

Inovasi dapat ditafsirkan sebagai penghasilan idea-idea

baru untuk meningkatkan keberkesanan dan kejayaan

sesuatu program dan projek ataupun penggunaan

sesuatu peralatan dan bahan. Dalam era globalisasi

yang berteraskan ilmu dan maklumat, daya kreativiti

dan inovasi para akademik amatlah dituntut dan

digalakkan. Justeru, pihak ICAN UiTM Cawangan

Terengganu telah mengambil inisiatif untuk

menghasilkan buku koleksi inovasi untuk tatapan

umum.

Bersempena Amanat Rektor pada 12 Februari

2017, buku inovasi terbitan ICAN UiTM Cawangan

Terengganu telah dilancarkan oleh Rektor UiTM

Cawangan Terengganu, Prof. Madya Dr. Abdol Samad

Nawi. Buku koleksi pencapaian inovasi ini telah

menghimpunkan sebanyak 49 hasil inovasi daripada

para akademik yang memperolehi kejayaan dalam

pelbagai kategori anugerah. Hasil inovasi ini juga telah

Photo credited to Unit Komunikasi Korporat UiTM(Terengganu)

mendapat pengiktirafan di pelbagai peringkat

pertandingan inovasi di seluruh Malaysia. Buku

koleksi pencapaian inovasi ini merupakan medan

pengiktirafan terhadap kejayaan para akademik

Universiti Teknologi MARA Terengganu yang buat

pertama kalinya diterbitkan oleh pihak ICAN UiTM

Cawangan Terengganu.

Semoga penerbitan buku koleksi ini dapat

memberikan lebih semangat dan inspirasi kepada

lebih ramai lagi para akademik mahupun bukan

akademik untuk terus menyumbangkan idea mereka

di masa-masa akan datang. Dengan penerbitan buku

koleksi ini juga diharapkan dapat dijadikan bahan

rujukan dan bacaan berguna kepada pelbagai

lapisan masyarakat di luar sana yang berusaha

untuk meningkatkankan mutu inovasi di masa-masa

akan datang.

2

INNOVATORS 2016

Oleh: Norizan Ahmed, Syazilawati Mohamed, Siti Aishah Che Kar, Nuraiza Ismail

Pada 6 Disember 2016, sebuah

bengkel yang dinamakan sebagai

Young Innovators 2016 telah

diadakan untuk anak-anak berumur

di antara 8-13 tahun di UiTM

Cawangan Terengganu Kampus

Dungun yang bertujuan untuk

memberi inspirasi kepada pelajar

sekolah dalam bidang sains dan

teknologi seterusnya

membangunkan kemahiran berfikir

dalam menyelesaikan masalah dan

kreativiti di kalangan pelajar. Asbab

utama bengkel ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan kepada komponen dan litar asas elektronik.

Bengkel ini berlangsung selama satu hari iaitu daripada jam 8 pagi sehingga 5 petang. Seramai 40 orang

pelajar sekolah, 4 orang penceramah dan beberapa fasilitator yang terdiri dari pensyarah, penolong pensyarah

dan juga pelajar diploma dari Fakulti Kejuruteraan Elektrik telah melibatkan diri dalam bengkel ini. Terdapat 3

buah modul yang dibangunkan khas untuk bengkel ini iaitu Modul 1 (Introduction to basic electronics

component), Modul 2 (Electronic circuits) dan Modul 3 (DIY Electronic project).

Pembahagian pelajar kepada 2 kumpulan besar telah dibuat pada sesi pagi yang melibatkan Modul 1 dan

Modul 2. Kumpulan ini ditempatkan di dua buah Makmal Elektronik bagi memudahkan proses pembelajaran,

praktikal dan rundingan. Di dalam makmal, pelajar-pelajar ini dipecahkan pula kepada beberapa kumpulan

kecil dan dibantu oleh fasilitator kerana mereka memerlukan perhatian yang lebih.

Pada sesi petang, semua pelajar ditempatkan di Dewan Jasmin bagi mengikuti modul terakhir iaitu DIY

Electronic Project. Setiap pelajar dibekalkan dengan satu set Kit Elektronik untuk membangunkan sebuah

kereta mainan menggunakan DC Motor. Modul ini menggalakkan pelajar berinovasi dan berfikir secara kreatif

3

Oleh: ARMA MOHD FAIZAL BIN ABU BAKAR Unit Komunikasi Korporat UiTM Cawangan Terengganu

Cari rumah sewa di kawasan perumahan yang ramai

penghuni

Pastikan ada perjanjian bertulis jelas antara penyewa dan

tuan rumah

Pastikan anda selesa bersama rakan-rakan serumah

Pastikan kawasan yang didiami selamat untuk didiami

Maklum kepada balai polis berdekatan jika pulang bercuti

dalam tempoh lama

Pastikan keselamatan di dapur semasa memasak

Jaga kebersihan dalam dan luar kawasan rumah

Elakkan daripada membuat bising yang boleh menggangu

ketenteraman jiran tetangga

Elakkan daripada meletakkan barang berharga seperti

telefon bimbit, komputer riba, kamera dan wang tunai

berdekatan dengan tingkap yang terbuka.

Pastikan keselamatan di dapur semasa memasak

Jaga kebersihan dalam dan luar kawasan rumah

Elakkan daripada membuat bising yang boleh menggangu

ketenteraman jiran tetangga

Elakkan daripada meletakkan barang berharga seperti

telefon bimbit, komputer riba, kamera dan wang tunai

berdekatan dengan tingkap yang terbuka.

dalam merekacipta kereta mainan mereka sendiri. Sebelum sesi ini berakhir, satu

pertandingan telah diadakan bagi memberi peluang kepada pelajar untuk menguji

dan mempamerkan hasil rekacipta mereka. Melalui Modul 3 ini, pelajar-pelajar dilihat

lebih berkeyakinan dan menunjukkan minat yang tinggi dalam sains dan teknologi

kejuruteraan.

Bengkel Young Innovators 2016 mendapat respon positif daripada pelajar dan ibu

bapa terlibat. Pihak penganjur berharap program ini dapat diteruskan lagi pada masa

hadapan dan menjadi acara tahunan bagi Fakulti Kejuruteraan Elektrik.

Editorial

BOARD

PATRONS

Assoc. Prof. Dr. Hj. Abdol

Samad Nawi

Assoc. Prof. Madya Dr.

Hjh. Khlipah Ibrahim

Assoc. Prof. Dr. Mazidah

Puteh

ADVISOR

Dr. Nurulnadwan Aziz

CHIEF EDITOR

Siti Nor Fadillah Ahmad

Shariff

Mohd Azuan Mohd Alias

EDITOR

Siti Nurhanifah Sulong

LAYOUT AND GRAPHICS

Wan Nazriah Wan Nawawi

4

Roti merupakan makanan asas sejak zaman

Neolitik lagi. Neolitik adalah era di mana

bermulanya zaman perkembangan teknologi

manusia daripada batu kepada tembikar, mula

pandai bercucuk tanam, dan mula tahu

memelihara binatang ternakan. Zaman Neolitik

di Malaysia bermula pada kira-kira 7,000 tahun

dahulu. Masyarakat Zaman Neolitik bukan

sahaja menggunakan batu, tetapi telah

menggunakan tanah liat untuk membuat

tembikar. Manusia pada zaman neolitik juga

telah mula tahu menetap di suatu tempat dan

juga menjalankan perdagangan secara tukar

barang atau sistem barter (sistem bertukar

barang),

Roti pertama dibuat kira-kira 10,000 tahun SM

atau lebih12,000 tahun pada masa lalu, yang

mungkin boleh juga dikatakan inovasi

eksperimen tanpa sengaja berasaskan air dan

bijirin tepung. Sejarah asal pembuatan roti

belum dapat dipastikan kisah awalnya, didapati

beberapa berpendapat bahawa roti

sebenarnya merupakan makanan yang tidak

sengaja dibuat. Pada zaman dahulu orang

biasanya menggunakan gandum secara terus,

namun kerana gandum memiliki tekstur yang

keras, mereka cuba menumbuknya hingga halus

dan ditambahkan air. Namun, bahan- bahan

tersebut menjadi suatu adunan separa cair

(paste) kemudian mereka mencuba

membakarnya. Ternyata hasil dari pembakaran

tadi terbentuk gumpalan yang boleh dimakan.

Saat itu, masih belum wujudnya nama roti tetapi

hanya dipanggil makanan biasa.

Gandum yang awalnya digunakan terus, dapat

dilumat bersama air sehingga membentuk

adunan paste. Ia dimasak diatas api kemudian

mengeras dan disimpan beberapa hari. Teknik

paling asas memasak roti seperti ini masih

digunakan dibeberapa negara walau

perkembangan teknik dan jenis roti modern

semakin membangun. Sebut saja tortila Mexico,

roti canai India, Pita di Timur Tengah, dan lain-

lain. Roti-roti semacam ini dikenal lebih dengan

nama istilah roti datar. Sementara itu, ragi/ yis roti

ditemukan apabila mereka menyimpan sedikit

adunan dari hari sebelumnya dan ditambahkan

pada adunan yang baru. Kemudian

dikembangkan pula jenis gandum yang baru

dan terciptalah jenis roti yang baru. Yang

teksturnya lebih lembut dan besar.

Di zaman itu juga, para pekerja di Mesir tidak

diupah dengan wang, tetapi di bayar dengan

roti. Sehingga kini, pencari nafkah atau orang

yang bekerja untuk keluarga disebut

breadwinner yang membawa simbolik sebagai

orang yang berjuang untuk mendapat roti.

Perkataan ’roti’ sering diguna untuk

menggantikan kata ’rezeki’. Sehingga kini, roti

tradisional di Timur Tengah, India, dan Afrika

masih berbentuk datar, nipis atau leper

membuktikan identiti roti di zaman permulaanya.

Pada ketika itu, warna roti membezakan ‘kelas’

dalam masyarakat. Semakin gelap warna roti

yang makan semakin rendahlah satus sosialnya.

Hal ini kerana tepung putih pada zaman ini agak

mahal harganya.

Kini, roti sudah menjadi makanan utama dalam

kehidupan sehari-hari. Tidak hanya berbetuk

DONGENG ROTI

Oleh: Noraida Abdul Karim, Jazira Anuar, Noristisarah Abdul Shattar & Faliza Mahamed Ali

5

datar dan nipis, malah boleh dinikmati dengan

beraneka bentuk, rasa, dan ukuran. Beralih

kepada teknologi makanan yang baru saban

hari, roti berwarna gelap kini, merupakan pilihan

utama kerana rasanya yang lebih enak dan

kandungan zat yang lebih tinggi.

Rujukan:

Arpita Mondal, A.K. Datta , 2008, Bread baking –

A review, Agricultural and Food Engineering

Department, IIT, Kharagpur 721 302, India

Ang Jo Lyn, Pembangunan Produk Roti Hampas

Kelapa, 2010, Latihan Ilmiah Sekolah Sain

Makanan Dan Permakanan, Universiti Malaysia

Sabah

Sejarah Awal Roti. (2014, August 27). Retrieved

April 2, 2017, from www.intipsejarah.com

6

PERSEDIAAN

IBU

BEKERJAYA

MENYUSU Oleh : Nur Shafini Mohd Said

Bekerja bukanlah alasan untuk tidak memberikan

susu ibu kepada anak. Kita sebagai seorang wanita

yang bekerjaya, memberikan susu ibu sepenuhnya

kepada anak-anak kita. Kita kena bersedia

sepenuhnya dari pada segala segi mental, emosi serta

tau apa yang kita bakal tempuhi.

Persoalannya, Adakah kita sanggup atau minat untuk

pam susu setiap hari? selama 2 tahun?

Berikut merupakan serba sedikit tips persediaan bagi

ibu bekerjaya yang masih menyusu badan.

PEMERAHAN SUSU

Pemerahan susu untuk simpanan waktu bekerja boleh

dimulakan sejak dari dalam pantang. Ianya boleh

dimulakan sebaik sahaja penghasilan susu ibu telah

matang, iaitu bekalan susu telah banyak terhasil.

Apabila pemerahan susu dilakukan d irumah,

kebanyakan ibu mendapati lebih mudah untuk

mendapatkan aliran susu yang laju apabila sebelah

payudara dihisap oleh bayi manakala sebelah lagi

untuk diperah. Dengan cara ini, susu dapat

dikumpulkan dengan lebih cepat. Apabila di tempat

kerja, dan bayi tidak bersama ibu, proses stimulasi

atau rangsangan perlu dilakukan untuk memudahkan

pengaliran susu.

PENYIMPANAN SUSU

Penyimpanan susu secara teratur perlu dilakukan bagi

memastikan kualiti susu ibu dikekalkan pada tahap

maksimum.

Pastikan setiap bekas penyimpan susu telah

dibersihkan dengan sempurna.

Labelkan setiap bekas susu mengikut tarikh dan

masa perahan.

Pada suhu bilik 18-22C (pejabat yang berhawa

dingin), susu boleh kekal segar sehingga 8 jam.

Di dalam peti sejuk, bahagian bawah, susu ibu

boleh bertahan lebih kurang 3 hari.

Di dalam peti sejuksatu pintu, di bahagian beku,

susu dapat bertahan lebih kurang 2 minggu.

Jika bahagian dingin bekunya berasingan(2@3

pintu), susbeku boleh tahan selama 3 bulan.

Jika ibu berhasrat untuk menyimpan susu pada

kadar yang lebih lama, lebih kurang 6 bulan,

susu perlu disimpan di dalam bekas dingin beku

yang mempunyai suhu tetap di bawah -19C.

Susu beku yang akan digunakan perlu

dinyahbekukan terlebih dahulu di bahagian

bawah peti ais semalaman. Keluarkan dari peti

sejuk jumlah susu yang akan digunakan sahaja

dan rendam bekas susu itu di dalam air panas

untuk menghangatkan susu sebelum diberikan

kepada bayi.

Justeru itu, wanita berkerjaya juga mampu

meneruskan penyusuan susu ibu setelah kembali

bekerja. Untuk memastikan bekalan susu perahan

mencukupi dan penghasilan susu badan yang banyak,

ibu yang bekerja disarankan untuk memerah susu

sekurang-kurangnya tiga kali sehari sewaktu di

tempat kerja dan meneruskan penyusuan bayi di

payudara sekembalinya ke rumah.

Rujukan:

1. LM Gartner, J Morton, RA Lawrence, et al..

Breastfeeding and the use of human milk.

Pediatrics. 2005;115(2):496–506

2. T Harder, R Bergmann, G Kallischnigg, A

Plagemann. Duration of breastfeeding and risk of

overweight: a meta-analysis. Am J Epidemiol.

2005;162(5):397–403. [CrossRef] [Medline]

3. WH Dietz, AS Hunter. Legal preparedness for

obesity prevention and control: the public health

framework for action. J Law Med Ethics.

2009;37(Supp 1)

7

Proper handling of vegetables

By: Siti Nor Fadillah Ahmad Shariff, Siti Nurhanifah Sulong Hayati Adilin Bt Mohd Abd Majid & Mohd Azuan Mohd Alias

Fresh Vegetables

needs to be washed and cleaned thoroughly

preferably not to be soak too long to prevent nutrients leakage

peel as thin as possible to lock the nutrients

peel and cut prior to cooking/ usage to prevent drying or nutrients loss

treat vegetables that brown easily with acidic/ anti- oxidant solution

Processed Vegetables

ensure the temperature is -18°C for frozen vegetables or properly canned/ vacuumed

final cooking for frozen vegetables should be shorter as they’re already lightly

seasoned beforehand

re- heat as close as possible to serving time

ensure the can of canned vegetables are not swollen, puffed or pass expiry date

Dried Vegetables

rinsed well to remove foreign particles

ensure proper simmering/ boiling process before use

follow manufacturer’s direction for cooking especially for freeze- drying vegetables

(lyophilization)

avoid speed cooking to prevent spoiling the vegetables

some dried vegetables needs to be soaked overnight before cooking

8

Procrastination

threatens

happiness!!

By: Wan Nazriah Wan Nawawi, FPHP

Procrastination is known as the action of delaying or postponing something. Some might called it as waiting until the

last minute approaches can really do something on your body indirectly. Most people, approximately 80% of the

populations would tend to procrastinate first before getting the job done. If you have your assigned presentations,

report, or something else, the normal response of most individual is to procrastinate. It may sometimes feel

acceptable, but you should never be misled by its positive features because it can give you is tension and stress. In

addition, it can create effects on your mentality capacity, as well as, to your health.

The Procrastination Research Group at Carleton University in Canada did an online survey. They received 2,700

responses to the question, "To what extent is procrastination having a negative impact on your happiness?" Almost

one person in two (46%) said "quite a bit" or "very much," and around one person in five (18%) reported an "extreme

negative effect."

It is important for you to know what procrastination looks like or at least feel. Knowing fully whether you are in the

stage of procrastination will help you stop it before it can get worst or you could prevent it as soon as you see it

coming. The moment you know you have an assigned work or activity with the ample time to finish it early or before

the scheduled submission, but you intent to ignore it, it will already be a sign of procrastination.

Most people will feel this sign once a while but ask yourself whether you want to fight this procrastination? Or

continuing it as habit! All people are disturbed with the twin evils of laziness and procrastination. These twin sisters

kill productivity and threaten our ability to increase our efficiency and effective life. In a comprehensive research to

study the level of happiness of 2250 participants, Harvard psychologists revealed that the participants who were not

paying attention to what they were doing; those who daydream, and were not concentrating at the task at hand, were

reported to be less happy. It is this wandering of the mind that is causing them to be gloomy.

To be a happy individual especially as a Muslim, with truly pleased Allah will help us to out of procrastination viral. It

takes our dedication and sacrifice to fight it. A Muslim who wants to rise above the fray cannot do so…while wasting

hours away on social networking and surfing the net for silly cat videos. If you want to truly pleased Allah, erase your

sins, and imitate the life of the Prophet of Allah and his companions, you have to put the work in. Let’s be free from

procrastinate and find the happiness. Insha’Allah.

Reference:

1) https://kevinaroundtheworld.wordpress.com/2016/02/24/what-procrastination-does-to-your-body/ 2) http://www.hongkiat.com/blog/how-to-increase-happiness/ 3) http://islamiclearningmaterials.com/islamic-focus-procrastination-efficiency/