versi1/oct2017/eiplan untuk insurans gap sewa beli · pdf filetransaksi eiplan untuk insurans...

2
VERSI1/OCT2017/EiPLAN UNTUK INSURANS GAP SEWA BELI/FAQ Page 1 of 2 Copyright 2017 Affin Bank Berhad (25046-T) SOALAN LAZIM - PROGRAM PELAN ANSURAN MUDAH AFFINBANK (EIPLAN) UNTUK INSURANS GAP SEWA BELI 1. Apakah Program Pelan Ansuran Mudah AFFINBANK (EiPlan) untuk Insurans GAP Sewa Beli? Pelan Ansuran Mudah AFFINBANK (EiPlan) untuk Insurans GAP Sewa Beli adalah program yang memberi Ahli Kad fleksibiliti menggunakan Kad Kredit AFFINBANK untuk membeli Insurans GAP daripada AXA Affin General Insurance Berhad dan kemudiannya membayar semula secara ansuran dalam tempoh tertentu. Kad Kredit AFFINBANK mesti diaktifkan sebelum pembelian Insurans GAP dibuat. 2. Apakah Insurans GAP Sewa Beli? Insurans GAP atau Jaminan Perlindungan Aset adalah suatu produk insurans yang ditawarkan kepada pelanggan sewa beli yang menyediakan pelindungan untuk membayar jumlah wang yang tidak mencukupi antara jumlah yang diterima daripada Polisi Insurans Motor Komprehensif dengan Harga Invois Asal Kenderaan sekiranya berlaku kerugian menyeluruh atau kecurian. 3. Siapakah yang layak untuk menyertai Program EiPlan ini? Program ini terbuka kepada semua Ahli Kad Utama AFFINBANK yang baharu dan sedia ada (Ahli Kad Utama dan Tambahan) yang membeli Insurans GAP daripada AXA Affin General Insurance Berhad. 4. Apakah tempoh bayaran, jumlah transaksi minimum dan kadar faedah untuk Program EiPlan? Tempoh bayaran, jumlah transaksi minimum dan kadar faedah untuk Program EiPlan adalah seperti berikut: Tempoh (Bulan) Amaun Transaksi Minimum Kadar Faedah Dikenakan Sekali 6 RM500 4% 12 18 5. Bagaimanakah Ahli Kad boleh memohon Program EiPlan? Untuk menukar amaun transaksi kepada EiPlan, Ahli Kad dikehendaki untuk membeli Insurance GAP daripada AXA Affin General Insurance Berhad dengan transaksi minimum sebanyak RM500 dengan Kad Kredit AFFINBANK. Ahli Kad kemudiannya boleh: menghubungi Pusat Panggilan AFFINBANK di 03-5522 3000 atau 03-5517 9999 (untuk Ahli Kad AFFINBANK World Mastercard); atau e-mel borang permohonan EiPlan untuk Insurance GAP Sewa Beli kepada [email protected] atau [email protected] (untuk kad AFFINBANK World Mastercard); atau mel borang permohonan EiPlan untuk Insurance GAP Sewa Beli kepada AFFIN BANK BERHAD, Jabatan Perniagaan Kad, Tingakat 1 Menara Affin, No. 80, Jalan Raja Chulan, 50200 Kuala Lumpur.

Upload: buitram

Post on 05-Feb-2018

222 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: VERSI1/OCT2017/EiPLAN UNTUK INSURANS GAP SEWA BELI · PDF fileTransaksi EiPlan untuk Insurans GAP Sewa Beli yang telah diluluskan akan dinyatakan di dalam penyata bulanan kad kredit

VERSI1/OCT2017/EiPLAN UNTUK INSURANS GAP SEWA BELI/FAQ

Page 1 of 2 Copyright 2017 Affin Bank Berhad (25046-T)

SOALAN LAZIM - PROGRAM PELAN ANSURAN MUDAH AFFINBANK (EIPLAN) UNTUK INSURANS

GAP SEWA BELI

1. Apakah Program Pelan Ansuran Mudah AFFINBANK (EiPlan) untuk Insurans GAP Sewa Beli?

Pelan Ansuran Mudah AFFINBANK (EiPlan) untuk Insurans GAP Sewa Beli adalah program yang

memberi Ahli Kad fleksibiliti menggunakan Kad Kredit AFFINBANK untuk membeli Insurans GAP

daripada AXA Affin General Insurance Berhad dan kemudiannya membayar semula secara ansuran

dalam tempoh tertentu. Kad Kredit AFFINBANK mesti diaktifkan sebelum pembelian Insurans GAP

dibuat.

2. Apakah Insurans GAP Sewa Beli?

Insurans GAP atau Jaminan Perlindungan Aset adalah suatu produk insurans yang ditawarkan kepada

pelanggan sewa beli yang menyediakan pelindungan untuk membayar jumlah wang yang tidak

mencukupi antara jumlah yang diterima daripada Polisi Insurans Motor Komprehensif dengan Harga

Invois Asal Kenderaan sekiranya berlaku kerugian menyeluruh atau kecurian.

3. Siapakah yang layak untuk menyertai Program EiPlan ini?

Program ini terbuka kepada semua Ahli Kad Utama AFFINBANK yang baharu dan sedia ada (Ahli Kad

Utama dan Tambahan) yang membeli Insurans GAP daripada AXA Affin General Insurance Berhad.

4. Apakah tempoh bayaran, jumlah transaksi minimum dan kadar faedah untuk Program EiPlan?

Tempoh bayaran, jumlah transaksi minimum dan kadar faedah untuk Program EiPlan adalah seperti

berikut:

Tempoh (Bulan) Amaun Transaksi Minimum Kadar Faedah Dikenakan

Sekali

6

RM500 4% 12

18

5. Bagaimanakah Ahli Kad boleh memohon Program EiPlan?

Untuk menukar amaun transaksi kepada EiPlan, Ahli Kad dikehendaki untuk membeli Insurance GAP

daripada AXA Affin General Insurance Berhad dengan transaksi minimum sebanyak RM500 dengan Kad

Kredit AFFINBANK. Ahli Kad kemudiannya boleh:

menghubungi Pusat Panggilan AFFINBANK di 03-5522 3000 atau 03-5517 9999 (untuk Ahli Kad

AFFINBANK World Mastercard); atau

e-mel borang permohonan EiPlan untuk Insurance GAP Sewa Beli kepada

[email protected] atau [email protected] (untuk kad AFFINBANK World

Mastercard); atau

mel borang permohonan EiPlan untuk Insurance GAP Sewa Beli kepada AFFIN BANK BERHAD,

Jabatan Perniagaan Kad, Tingakat 1 Menara Affin, No. 80, Jalan Raja Chulan, 50200 Kuala Lumpur.

Page 2: VERSI1/OCT2017/EiPLAN UNTUK INSURANS GAP SEWA BELI · PDF fileTransaksi EiPlan untuk Insurans GAP Sewa Beli yang telah diluluskan akan dinyatakan di dalam penyata bulanan kad kredit

VERSI1/OCT2017/EiPLAN UNTUK INSURANS GAP SEWA BELI/FAQ

Page 2 of 2 Copyright 2017 Affin Bank Berhad (25046-T)

6. Bagaimana untuk mendapatkan Borang Permohonan EiPlan untuk Insurans GAP Sewa Beli?

Borang Permohonan EiPlan Insurans GAP Sewa Beli boleh didapati daripada laman sesawang

AFFINBANK, cawangan AFFINBANK dan Hub Sewa Beli AFFINBANK.

7. Bilakah Ahli Kad boleh menukar transaksi Insurans GAP kepada EiPlan?

Ahli Kad perlu menukar transaksi Insurans GAP kepada EiPlan sebelum tarikh penyata kad kredit.

8. Bilakah Ahli Kad perlu mula membayar bayaran ansuran?

Bayaran ansuran EiPlan perlu dibayar oleh Ahli Kad apabila amaun ansuran EiPlan (termasuk kadar

faedah dikenakan sekali untuk ansuran bulan pertama) diposkan ke dalam penyata bulanan.

9. Bagaimanakah Ahli Kad mengetahui samada permohonan EiPlan untuk Insurans GAP Sewa Beli

telah diluluskan?

Transaksi EiPlan untuk Insurans GAP Sewa Beli yang telah diluluskan akan dinyatakan di dalam

penyata bulanan kad kredit Ahli Kad. Ahli Kad dinasihatkan untuk memeriksa penyata bulanan kad kredit

dengan kerap.

10. Apakah yang akan berlaku sekiranya jumlah ansuran bulanan EiPlan untuk Insurans GAP Sewa

Beli tertunggak atau tidak dibayar penuh?

Caj kewangan semasa akan dikenakan (mengikut jenis kad kredit Ahli Kad) ke atas jumlah ansuran

EiPlan tertunggak atau baki tertunggak tidak dibayar sepenuhnya. Ahli Kad dinasihatkan untuk

membayar jumlah ansuran bulanan EiPlan untuk Insurans GAP Sewa Beli sepenuhnya untuk

mengelakkan daripada dicaj caj kewangan.

11. Adakah denda akan dikenakan sekiranya jumlah EiPlan untuk GAP Sewa Beli dibayar penuh atau

Ahli Kad membatalkan permohonan EiPlan selepas diluluskan atau kad kredit dibatalkan

sebelum tempoh pelan tamat?

Ya. Denda sebanyak RM50 untuk setiap pelan akan dikenakan apabila kad kredit dibatalkan atau

sekiranya bayaran penuh dibuat sebelum tempoh bayaran ansuran yang dipilih tamat.

12. Siapakah yang boleh dihubungi untuk sebarang pertanyaan mengenai Program ini?

Untuk bantuan, maklum balas dan/atau aduan mengenai Program ini, Ahli Kad boleh menghubungi

Pusat Panggilan AFFINBANK di 03-5522 3000 atau 03-5517 9999 (untuk kad AFFINBANK World

Mastercard) atau e-mel kepada [email protected] atau [email protected]

(untuk kad AFFINBANK World Mastercard).

13. Dimanakah Ahli Kad boleh mendapatkan maklumat penuh dan Terma dan Syarat untuk Program

ini?

Ahli Kad boleh merujuk kepada www.affinbank.com.my dari semasa ke semasa untuk mendapatkan

maklumat dan Terma dan Syarat terkini.