utpsz 19:16 (pind.1/97) - fp.utm.my€¦ · dan kemahiran hidup. kajian rintis telah dibuat kepada...

122
UTPSZ 19:16 (Pind.1/97) UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA CATATAN: * Potong yang tidak berkenaan BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS JUDUL: KESAN PERSEKITARAN UTM TERHADAP PEMBANGUNAN ROHANI PELAJAR PENDIDIKAN TEKNIK DAN KEJURUTERAAN (PTK) SESI PENGAJIAN: 2008/2009 Saya AHMAD NASRUL HAKIM BIN MAMAT @ ARIFFIN (HURUF BESAR) mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut: 1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia. 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara institusi pengajian tinggi. 4. **Sila tandakan ( ) SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentingan Malyasia seperti yang termaktub di dalam (AKTA RAHSIA RASMI 1972) TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan) TIDAK TERHAD Disahkan oleh __________________________ __________________________ (TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA) Alamat tetap: Dr. Hj MOHD ANUAR B. ABDUL RAHMAN 1443, Lorong Budiman Nama Penyelia Batu Burok, 20400 Kuala Terengganu Terengganu Tarikh: 28 April 2009 Tarikh: 28 April 2009 ** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD. Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM)

Upload: others

Post on 07-Sep-2019

18 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

UTPSZ 19:16 (Pind.1/97)

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

CATATAN: * Potong yang tidak berkenaan

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

JUDUL: KESAN PERSEKITARAN UTM TERHADAP PEMBANGUNAN ROHANI PELAJAR PENDIDIKAN TEKNIK DAN KEJURUTERAAN (PTK)

SESI PENGAJIAN: 2008/2009

Saya AHMAD NASRUL HAKIM BIN MAMAT @ ARIFFIN

(HURUF BESAR) mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut: 1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia. 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan

pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara institusi

pengajian tinggi. 4. **Sila tandakan ( )

SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentingan Malyasia seperti yang termaktub di dalam

(AKTA RAHSIA RASMI 1972) TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh

organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan)

TIDAK TERHAD Disahkan oleh

__________________________ __________________________ (TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA)

Alamat tetap: Dr. Hj MOHD ANUAR B. ABDUL RAHMAN 1443, Lorong Budiman Nama Penyelia Batu Burok, 20400 Kuala Terengganu Terengganu Tarikh: 28 April 2009 Tarikh: 28 April 2009

** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD. ♦ Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM)

“Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini adalah

memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan ijazah Sarjana Muda Teknologi serta Pendidikan (Kejuruteraan Elektrik).”

Tandatangan : -------------------------------------------------------- Nama Penyelia : Dr. Hj Mohd Anuar B. Abdul Rahman Tarikh : 28 April 2009

KESAN PERSEKITARAN UTM TERHADAP PEMBANGUNAN ROHANI

PELAJAR PENDIDIKAN TEKNIK DAN KEJURUTERAAN (PTK)

AHMAD NASRUL HAKIM BIN MAMAT @ ARIFFIN

Laporan Projek Ini Dikemukakan

Sebagai Memenuhi Sebahagian Daripada Syarat

Penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan

(Kejuruteraan Elektrik)

JABATAN PENDIDIKAN TEKNIKAL DAN KEJURUTERAAN

FAKULTI PENDIDIKAN

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

April, 2009

ii

“ Saya akui ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan

yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya ”

Tandatangan : .....................................................

Nama Penulis : AHMAD NASRUL HAKIM BIN MAMAT @ ARIFFIN

Tarikh : 28 April 2009

iii

DEDIKASI

Ditujukan istimewa kepada

Pa dan Ma tersayang……..

Ariffin Bin Ali dan

Zaleha BT Embong.

Yang sentiasa memahami dan memberi

Semangat di sepanjang tempoh pengajian ini.

Kakak, Abang-abang dan adik-adik yang dikasihi,

Annie Julia , Ahmad Nasrul Izzani, Ahmad Nasrul

Izuan dan Fatin Liyana

Yang sentiasa memberi nasihat dan dorongan

mengejar cita-cita.

Pengobanan kalian tetap akan menjadi pendorong

menamatkan pengajian ini.

Terima kasih di atas sokongan, galakan dan pengorbanan kalian, akan

ku kenang buat selamanya insya-Allah.

iv

PENGHARGAAN

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha

Mengasihani

Segala puji-pujian hanyalah kepunyaan Allah yang telah memberikan kita

ilmu kebenaran. Selawat serta salam kepada baginda rasul Muhammad S.A.W yang

telah menunjukkan teladan untuk kita sentiasa melalui jalan yang lurus.

Ungkapan terima kasih ini ditujukan kepada Jabatan Pendidikan Teknik dan

Kejuruteraan (PTK), Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia (UTM)

kerana memberi kesempatan dan peluang untuk saya menyediakan penulisan ilmiah

ini. Terima kasih juga kepada semua pensyarah Fakulti Pendidikan yang telah

banyak memberi nasihat dan tunjuk ajar selama ini.

Saya juga ingin merakamkan penghargaan ikhlas ini kepada penyelia tesis,

Dr. Hj Mohd Anuar B. Abdul Rahman atas bimbingan dan dorongan yang diberikan

sepanjang tempoh menyiapkan penulisan ilmiah ini. Kerjasama dari semua pihak

yang terlibat dalam penyelidikan ini juga amat dihargai. Tidak lupa juga kepada

individu yang terlibat sama ada secara langsung atau pun tidak langsung dalam

penulisan ini.

Akhir sekali buat bonda dan keluarga tersayang, segala doa restu dan

dorongan kalian amat dihargai. Semoga usaha ini sentiasa diberkati Allah S.W.T. dan

dapat dimanfaatkan. Sekian, terima kasih.

v

ABSTRAK

Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti kesan faktor persekitaran di UTM

dalam pembangunan rohani pelajar. Tumpuan kajian ini ialah terhadap lima faktor

persekitaran iaitu bahagian Hal Ehwal Pelajar (HEP), kokurikulum, Fakulti

Pendidikan, kolej kediaman dan pengaruh rakan sebaya. Kajian ini merupakan satu

tinjauan menerusi soal selidik yang diedarkan kepada 130 orang pelajar tahun empat

di Jabatan Pendidikan Teknik dan Kejuruteraan (PTK) Universiti Teknologi

Malaysia yang terdiri daripada pelajar-pelajar kejuruteraan awam, elektrik, jentera

dan kemahiran hidup. Kajian rintis telah dibuat kepada 12 orang pelajar di Fakulti

Kejuruteraan Sains Geoinformasi (FKSG) dan didapati nilai alpha Crombach adalah

0.977. Data yang dikumpul dianalisis menggunakan perisian SPSS versi 12.0 untuk

mendapatkan nilai kekerapan, peratusan dan min, ujian t dan kolerasi. Dapatan

menunjukkan kelima-lima faktor persekitaran yang dikaji memberi kesan yang tinggi

dalam pembangunan rohani pelajar. Pengaruh rakan sebaya memberikan kesan yang

tertinggi, manakala persekitaran di fakulti merupakan faktor terendah. Kajian ini

juga mendapati bahawa tidak terdapat perbezaan persepsi pelajar lelaki dengan

pelajar perempuan terhadap kesan faktor persekitaran dalam membangunkan rohani

pelajar. Dapatan kajian menunjukkan hubungan yang sederhana positif antara faktor

persekitaran HEP dengan fakulti, kolej kediaman dan pengaruh rakan sebaya

manakala hubungan yang positif lemah antara faktor HEP dengan kolej kediaman

dan fakulti dengan pengaruh rakan sebaya. Melalui kajian ini diharapkan dapat

memberi panduan kepada pihak yang terlibat untuk memantapkan lagi perlaksanaan

dalam program-program dan aktiviti-aktiviti yang disediakan oleh UTM dalam

membangunkan rohani.

vi

ABSTRACT

The aims of this study was to identifed the effect of the factor environment in

UTM toward student’s spiritual development. The study focus on five environments

factors such as students affair (HEP), co curriculum, Faculty of Education, Residence

College and pear group influence. The mode of the research is observation through

questionnaires where the researcher has distributed the questionnaires to 130 final

year students’ in Technical and Engineering Education Department (PTK) Universiti

Teknologi Malaysia where they are from civil engineering, electrical engineering,

mechanical engineering and living skill. The pilot study was distributed to 12

students at Science Geoinformation Engineering Faculty (FKSG) and the alpha

Crombach is 0.977. The collected data is analyzed use SPSS version 12 software to

get the value of frequency, percentage, min, t-test and correlation. The findings show

all five factors were giving the highest effect to student’s spiritual development.

Friend’s influence gives the highest effect while faculty environment is the lowest.

This research also shows no differentiation perception between male and female

students toward effect of environment factor in develop student’s spiritual. A finding

from this research shows that the positive moderate relation between the HEP

environment with faculty, Residence College and pear group influence while the

weak positive relation environment factor between HEP with residence college and

faculty with pear group influence. This research also hope can give guide to anyone

who involve to make better implement in programmes and activities done by UTM to

develop student’s spiritual.

vii

KANDUNGAN

BAB TAJUK MUKA SURAT

PENGESAHAN STATUS TESIS

PENGESAHAN PENYELIA

JUDUL i

PENGAKUAN ii

DEDIKASI iii

PENGHARGAAN iv

ABSTRAK v

ABSTRACT vi

KANDUNGAN vii

SENARAI JADUAL x

SENARAI RAJAH xii

SENARAI SINGKATAN xiii

1 PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan 1

1.2 Latar Belakang Masalah 3

1.3 Pernyataan Masalah 6

1.4 Objektif Kajian 7

1.5 Persoalan Kajian 7

1.6 Hipotesis 8

1.7 Rasional Kajian 8

1.8 Kepentingan Kajian 8

1.9 Skop dan Batasan Kajian 9

1.10 Kerangka Konsep Kajian 10

1.11 Definisi Istilah 10

viii

2 SOROTAN KAJIAN

2.1 Pengenalan 13

2.2 Pembangunan Pelajar 13

2.3 Pembangunan Rohani Pelajar 16

2.4 Peranan Persekitaran 18

2.4.1 Bahagian Hal Ehwal Pelajar (HEP) 18

2.4.2 Kokurikulum 21

2.4.3 Fakulti 24

2.4.4 Kolej Kediaman 28

2.4.5 Pengaruh Rakan Sebaya 30

2.5 Kajian-Kajian Lepas 32

2.6 Kesimpulan 37

3 METODOLOGI KAJIAN

3.1 Pengenalan 38

3.2 Rekabentuk Kajian 38

3.3 Lokasi Kajian 39

3.4 Populasi dan Pensampelan 39

3.5 Instrumen Kajian 40

3.5.1 Bahagian A 41

3.5.2 Bahagian B 41

3.6 Keesahan 42

3.7 Kajian Rintis 43

3.8 Kebolehpercayaan 43

3.9 Prosedur Kajian 44

3.10 Kaedah Penganalisaan Data 46

3.11 Rumusan 48

4 DAPATAN KAJIAN

4.1 Pengenalan 49

4.2 Analisis Latar Belakang Responden 49

ix

4.3 Analisis Dapatan Kajian 52

4.3.1 Persoalan Kajian 1 53

4.3.2 Persoalan Kajian 2 59

4.4 Analisis Hipotesis 60

4.5 Kesimpulan 64

5 PERBINCANGAN, RUMUSAN DAN CADANGAN

5.1 Pengenalan 65

5.1 Rumusan Dapatan Kajian 65

5.2 Perbincangan dan Kesimpulan 68

5.2.1 Kesan Faktor Persekitaran Terhadap

Pembangunan Rohani Pelajar 68

5.2.2 Perbezaan Kesan Aspek Persekitaran

Terhadap Pembangunan Rohani Pelajar

Berdasarkan Jantina Pelajar 72

5.2.3 Hubungan Antara Aspek Persekitaran

Terhadap Pembangunan Rohani Pelajar 73

5.3 Cadangan Kajian 75

5.3.1 Cadangan Tindakan 75

5.3.2 Cadangan Kajian Lanjutan 76

5.5 Penutup 77

BIBLIOGRAFI 78

LAMPIRAN 85

x

SENARAI JADUAL

NO. JADUAL TAJUK HALAMAN

3.1 Pengkelasan Skala Likert 41

3.2 Elemen Persekitaran Dengan Pembangunan Diri 42

Pelajar Dalam Aspek Kerohanian

3.3 Darjah Penilaian Terhadap Responden 46

3.4 Tahap Penilaian Responden Berdasarkan Min 47

3.5 Garis Panduan Guilford 47

3.6 Klasifikasi Tindak Balas Peratusan 48

4.1 Taburan Dan Peratusan Responden Berdasarkan Jantina 50

4.2 Taburan Dan Peratusan Responden Berdasarkan Umur 50

4.3 Taburan Dan Peratusan Responden Berdasarkan Bangsa 50

4.4 Taburan Dan Peratusan Responden Berdasarkan Agama 51

4.5 Taburan Dan Peratusan Responden Berdasarkan Pengkursusan 51

4.6 Taburan Dan Peratusan Responden Berdasarkan Kolej Kediaman 52

4.7 Analisis Faktor Persekitaran Dan Min Purata 53

4.8 Analisis Frekuensi Dan Min Bagi Persekitaran HEP di UTM 54

4.9 Taburan Responden Mengikut Kekerapan, Peratusan dan 55

Min Bagi Persekitaran Ko-Kurikulum Di UTM.

xi

4.10 Taburan Responden Mengikut Kekerapan, Peratusan 56

dan Min Bagi Persekitaran Fakulti Pendidikan Di UTM

4.11 Taburan Responden Mengikut Kekerapan, Peratusan dan 57

Min Bagi Persekitaran Kolej Kediaman Di UTM

4.12 Taburan Responden Mengikut Kekerapan, Peratusan dan 58

Min Bagi Pengaruh Rakan Sebaya Di UTM

4.13 Analisis Ranking Persekitaran Mengikut Nilai Min 59

4.14 Analisis Aras Signifikan Bagi Persekitaran HEP 60

4.15 Analisis Aras Signifikan Bagi Persekitaran Ko-Kurikulum 61

4.16 Analisis Aras Signifikan Bagi Persekitaran Fakulti Pendidikan 61

4.17 Analisis Aras Signifikan Bagi Persekitaran Kolej Kediaman 62

4.18 Analisis Aras Signifikan Bagi Pengaruh Rakan Sebaya 62

4.19 Analisis Hubungan Di antara Setiap Persekitaran 64

xii

SENARAI RAJAH

NO. RAJAH TAJUK HALAMAN

1.0 Kerangka Konsep Kajian 10

2.0 Insan yang Seimbang dan Harmonis 17

2.1 Bahagian-bahagian HEP 19

2.3 Model inkuiri nilai Banks 27

2.4 Model pengajaran nilai Fraenkel 27

3.1 Prosedur Kajian 45

xiii

SENARAI SINGKATAN

PTK Pendidikan Teknik dan Kejuruteraan

HEP Hal Ehwal Pelajar

FP Fakulti Pendidikan

MPP Majlis Perwakilan Pelajar

PKPP Pusat Kaunseling Dan Pembangunan Pelajar

IPTA Institut Pengajian Tinggi Awam

IPTS Institut Pengajian Tinggi Swasta

ADK Agensi Dadah Kebangsaan

JAKIM Jabatan Kemajuan Islam Malaysia

PRS Pemimpin Rakan Sebaya

JKM Jawatankuasa Kolej Mahasiswa

BAB 1

PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

Pembangunan diri merupakan satu perkara yang perlu dilalui oleh manusia

dalam satu keadaan tertentu. Pembangunan diri yang seimbang adalah pembangunan

dari segi kebendaan dan kerohanian (Hazil, 1990). Konsep pembangunan itu sendiri

membawa matlamat untuk pembaikan taraf hidup (Nor Aini, 1996) manakala,

konsep pembangunan pelajar sangat berkait rapat dengan pembangunan manusia atau

insan (Abd. Jalil, 1999) yang juga perlu dikaitkan dengan kualiti hidup pelajar dan

seharusnya mampu menangani hal-hal yang berkaitan dengan permasalahan pelajar

sama ada berkaitan dengan fizikal, mental mahupun kerohanian. Oleh itu

pembangunan pelajar perlu dirancang dengan teliti agar dapat membentuk insan yang

seimbang dan harmonis, sesuai dengan Falsafah Pendidikan Negara.

Kecemerlangan pelajar juga sering dikaitkan dengan keputusan yang

cemerlang disertai dengan usaha mereka yang bersungguh-sungguh untuk terus kekal

cemerlang. Kecemerlangan tidak akan datang bergolek, ia hanya dapat dimiliki

dengan usaha dan susah payah. Antara cabaran pelajar masa kini ialah bukan sahaja

mempunyai kecemerlangan akademik yang baik, malah perlu memperlengkapkan

diri ke arah kecemerlangan kerjaya yang seharusnya bermula pada awal tahun

pengajian lagi bukannya semasa di akhir pengajian. Kecemerlangan akademik

semata-mata tidak bermakna jika tidak disertai dengan pembangunan diri, kerana

terdapat segelintir pelajar yang cemerlang dalam akademik kurang keyakinan diri

2

untuk berhadapan dengan alam pekerjaan (Azmahani Abdul Aziz dan rakan-rakan,

2006).

Kecemerlangan pelajar bukan sahaja bergantung kepada kepintaran dirinya

sendiri, tetapi kejayaan mereka juga dipengaruhi oleh persekitaran. Menurut Piaget

(1984), daripada pemerhatian beliau, didapati kecerdasan tingkah laku kanak-kanak

banyak dipengaruhi oleh persekitaran. Ini menunjukkan selain daripada faktor baka,

faktor persekitaran juga memainkan peranan penting dalam membangunkan

seseorang pelajar yang cemerlang bukan sahaja dari segi intelek malah juga fizikal,

emosi dan rohani.

Pelbagai program pembangunan pelajar telah diatur dan dirancang oleh pihak

Institusi Pengajian Tinggi (IPT) untuk membangun pelajar bertujuan melahirkan

pelajar yang cemerlang dalam akademik dan kemahiran generik. Di Universiti

Teknologi Malaysia (UTM) Pusat Kaunseling Dan Pembangunan Pelajar (PKPP)

berperanan sebagai salah satu sistem sokongan dalam membantu para pelajar

mengenal potensi diri dan mengenal daerah masalah disamping menangani masalah

yang dihadapi untuk cemerlang dalam akademik dan sahsiah. PKPP juga membantu

membina perkembangan dan pertumbuhan pelajar-pelajar UTM yang mempunyai

kebolehan serta potensi yang berbeza-beza. PKPP dikendalikan oleh kaunselor-

kaunselor yang terlatih dan mempunyai pengalaman yang luas.

Walaubagaimanapun, kecemerlangan seseorang pelajar itu tidak harus diukur

dari aspek akademik semata-mata, tetapi haruslah dilihat dalam skop yang lebih luas

iaitu merangkumi kecemerlangan dari aspek sahsiah, kepimpinan, pengurusan diri

atau personaliti, keteguhan rohani dan juga ketangkasan jasmani kerana secara tidak

langsung perkara tersebut banyak membantu seseorang pelajar ke arah pencapaian

akademik yang cemerlang. Kecemerlangan akademik adalah ukuran terhadap

pencapaian, namun pencapaian itu akan lebih bermakna lagi sekiranya

kecemerlangan akademik seiring dengan upaya kepimpinan, dinamika sikap, budaya

yang tinggi yang menjadi prasyarat kepada kecemerlangan yang sebenarnya di

tengah-tengah gelanggang kehidupan (Sidek Baba, 2004).

3

Dalam konteks kecemerlangan pelajar bumiputera pula, isu mengenai prestasi

mereka di Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dan Institut Pengajian Tinggi

Swasta (IPTS) telah menarik perhatian banyak pihak. Banyak kajian dan seminar

diadakan bagi mencari sebab mengapa pelajar bumiputera tidak mencapai tahap

kecemerlangan seperti yang diharapkan. Dalam hal ini, banyak faktor yang

dikemukakan dan dianalisis. Ada yang mengaitkannya dengan faktor genetik,

persekitaran, budaya, sikap kebergantungan, orientasi hidup, tekanan dan berbagai

lagi. Selain itu, persekitaran keluarga dan tempat tinggal, sistem penjadualan dan

ulangkaji, masalah sosioekonomi, kualiti pemakanan, kualiti guru, budaya kerja,

metodologi pengajaran-pembelajaran, kekuatan dalaman dan luaran pelajar, faktor

daya saing dan daya-tahan, sindrom kebergantungan, sikap secukup hidup juga

merupakan faktor-faktor yang mempengaruhi tahap kecemerlangan di kalangan

pelajar bumiputera (Sidek Baba, 2004). Faktor-faktor ini tentunya memerlukan

kajian yang lebih mendalam supaya dapatan dari kajian ini boleh membantu kita

memahami dengan lebih tepat lagi mengenai faktor-faktor yang mempengaruhi tahap

kecemerlangan di kalangan pelajar bumiputera.

1.2 Latar Belakang Masalah

Kecemerlangan akademik merupakan salah satu kriteria yang dapat

menunjukkan kecemerlangan pelajar di Institusi Pengajian Tinggi (IPT).

Kecemerlangan dalam bidang akademik juga dapat memberikan gambaran mengenai

tahap kefahaman dan penguasaan terhadap ilmu yang dipelajari dalam sesuatu

bidang. Manakala di sektor pekerjaan pula, pencapaian yang baik menjadi kriteria

utama oleh pihak berkepentingan untuk memilih calon pekerja mereka (Program

Pelajar Cermelang, 2003). Isu kecemerlangan akademik ini merupakan satu isu yang

amat penting di kalangan pelajar di IPT dimana pelajar-pelajar ini terdiri daripada

golongan remaja yang sering dijadikan bahan perbincangan kerana merekalah yang

akan menggerakkan masyarakat satu masa nanti dengan menggunakan ilmu dan

kepakaran yang telah mereka pelajari di IPT.

4

Golongan pelajar di IPT adalah terdiri daripada remaja yang berada dalam

proses pembinaan diri atau personaliti. Oleh yang demikian proses pembinaan

personaliti pelajar yang berakhlak mulia memerlukan kepada pengawasan yang

menyeluruh bagi memastikan kendiri pelajar berada dalam posisi yang positif dan

berkualiti. Aspek pengawasan yang menyeluruh dalam Islam melibatkan dua elemen

iaitu pengawasan yang berbentuk dalaman dan pengawasan luaran Abdullah (1999).

Pengawasan dalaman adalah pemangkin kepada penghargaan kendiri yang diperolehi

melalui pendidikan keimanan dan kerohanian. Manakala pengawasan luaran

melibatkan ibu bapa, guru, masyarakat dan budaya serta persekitaran.

Pengawasan dalaman yang kurang dititikberatkan menyebabkan kebanyakkan

golongan pelajar hari ini mudah terjerumus dengan pelbagai perlakuan negatif seperti

kegiatan merokok, dadah, HIV/AIDS, rogol, samseng dan sebagainya. Daripada

keseluruhan tujuh juta pelajar seluruh negara, kira-kira 76,300 pelajar atau 1.09

peratus terbabit dalam pelbagai masalah disiplin seperti vandalisme, bulisme,

samseng sehingga yang paling serius mencedera dan membunuh (Berita Harian,

2003). Walaupun dari segi peratusan kelihatan kecil, namun tidak bermakna gejala

ini masih ’selamat’, boleh dipandang ringan dan dijamin tidak merebak. Gejala ini

seolah-olah membuka pintu untuk golongan pelajar remaja lain ‘mencuba nasib’

mereka. Statistik jenayah remaja dari tahun 1994-1995 menunjukkan seramai 21,000

pelajar remaja ditangkap meliputi kes bunuh, ugut, samun, rogol, curi, pecah rumah,

judi, senjata bahaya, dadah, rasuah dan lain-lain kesalahan delinkuen (Adnan Abu

Bakar, 1999).

Dalam kes dadah sahaja, statistik Agensi Dadah Kebangsaan (ADK) tahun

2003 menunjukkan bahawa seramai 12,204 pelajar telah terjebak merangkumi

sekolah rendah, menengah dan pusat pengajian tinggi (Berita Harian, 2003).

Kenyataan apa yang sedang berlaku pada golongan pelajar ini mempunyai hubungan

dengan diri pelajar sendiri, ibu-bapa, guru, rakan dan persekitaran dan saling

perkaitan antara faktor-faktor tersebut. Menurut Ketua Polis negeri Terengganu pada

tahun lepas, polis telah menahan seramai 51 pelajar sekolah dan 63 pelajar

IPTA/IPTS yang didapati terlibat dengan masalah penyalahgunaan dadah termasuk

lima orang yang ditahan baru-baru ini mengikut Seksyen 39 (B) Akta Dadah

Berbahaya 1952. Jumlah itu, katanya mencatatkan sedikit penurunan berbanding

5

tahun 2005 yang mana seramai 154 pelajar sekolah dan 88 pelajar IPTA/IPTS

ditahan berhubung kes tersebut (Harian Metro, 2007). .

IPTA juga tidak dapat lari dari menerima realiti bahawa isu yang melibatkan

rohani pelajar juga melanda kawasan kampus mereka. Akhir-akhir ini, isu berkenaan

rohani di kalangan mahasiswa IPTA menjadi perbualan hangat dengan tersebarnya

gambar perlakuan sumbang menerusi internet dan laporan media yang kononnya

dilakukan oleh golongan mahasiswa IPTA. Sungguhpun kesahihan berita dan

gambar tersebut masih boleh diragui, namun satu tindakan wajar dilakukan untuk

membendung gejala yang tidak sihat ini menjadi satu realiti yang akan memalukan

nama baik IPTA termasuk Universiti Teknologi Malaysia (UTM) sendiri (Mohd

Nasir, 2008 ).

Isu yang melibatkan rohani ini menjadi hangat sekitar Jun 2003 apabila sekali

lagi gambar aksi lucah didakwa dilakukan oleh golongan mahasiswa tersebar di

internet (Utusan Malaysia, 2003). Wawancara penuh bersama Naib Canselor

Universiti Teknologi Mara (UiTM) sebagai menjawab dakwaan sesetengan pihak

bahawa aksi lucah tersebut adalah melibatkan pelajar UiTM. Dalam wawancara

tersebut, Prof Datuk Dr Ibrahim Abu Shah menafikan bahawa aksi tersebut

dilakukan oleh pelajar UiTM kerana tiada bukti-bukti kukuh yang dapat mengaitkan

pelajarnya dengan gambar-gambar tersebut.

Dalam temubual yang dibuat kepada Prof Madya Dr Rahmatullah Abdul

Wahab Khan, Pensyarah Jabatan Psikologi UIAM berkata punca mahasiswa di IPTA

yang terlibat dengan masalah sosial adalah sama dengan faktor yang menyebabkan

remaja-remaja lain melakukan kesalahan akhlak dan sosial iaitu pengaruh

persekitaran di samping faktor kelemahan penguatkuasaan dan kawalan. Pensyarah

Jabatan Psikologi UKM Nor Ba’yah Abdul Kadir pula berpendapat mahasiswa yang

memahami bahawa mereka adalah sebahagian daripada masyarakat boleh

membendung pelakuan salah laku akhlak dan sosial. Ini kerana mereka akan

menjaga imej mereka di mata masyarakat sebagai seorang mahasisiwa Berita Harian

(2003).

6

Berdasarkan perkara-perkara dan gambaran umum yang telah ditunjukkan

mengenai masalah sosial di IPTA, tidak dinafikan lagi bahawa masalah sosial di IPT

ini kian meningkat. Secara keseluruhannya golongan pelajar remaja yang terlibat

dalam gejala devian yang menggambarkan ketidakupayaan mereka untuk mengatasi

masalah atau cabaran. Cabaran-cabaran itu sebahagiannya berupa tekanan sosial,

psikososial, ekonomi dan keluarga dan kemungkinan juga lemah dengan sifat batin

yang merupakan aspek penting dalam pembentukan akhlak. Bagi mengatasi

masalah-masalah tersebut para remaja mestilah mempunyai pembangunan rohani

yang kuat dan kukuh.

1.3 Penyataan Masalah

Pembangunan dan kemajuan yang berlaku di sesebuah negara banyak

bergantung kepada perkembangan ilmu di Institusi Pengajian Tinggi (IPT) negara

tersebut. Ini bermakna peranan IPT amatlah penting bukan sahaja untuk melahirkan

tenaga mahir dalam pelbagai bidang pekerjaan, tetapi juga untuk membentuk serta

mengawal sahsiah seseorang insan supaya dapat mengembangkan ilmu dan daya

kognitifnya bagi menghadapi segala cabaran hidup termasuk cabaran pekerjaan

(Noran Fauziah, 1993). Bagi semua IPT, pencapaian akademik pelajar merupakan

salah satu tanggung jawab penting dalam pembangunan pelajar. Pencapaian

akademik pelajar merupakan kayu-ukur pembangunan pelajar sesebuah universiti.

Pembangunan pelajar juga sangat berkait rapat dengan pembangunan manusia atau

insan (Abd. Jalil, 1999) yang juga perlu dikaitkan dengan kualiti hidup pelajar dan

seharusnya mampu menangani hal-hal yang berkaitan dengan permasalahan pelajar

sama ada berkaitan dengan fizikal, mental mahupun kerohanian. Sesuai dengan

Falsafah Pendidikan Negara, agar dapat membentuk insan yang seimbang dan

harmonis. Insan yang seimbang dan harmonis bermaksud insan yang memiliki dan

menghayati ilmu pengetahuan, berakhlak mulia, mempunyai kepercayaan dan

keyakinan yang teguh kepada Tuhan , mempunyai fikiran dan jiwa yang tenteram,

tubuh badan yang sihat dan cergas serta dapat bekerjasama dengan orang lain. Oleh

itu, kajian ini di jalakan bertujuan untuk mengenalpasti kesan pembangunan diri

pelajar di UTM dalam aspek kerohanian.

7

1.4 Objektif Kajian

Terdapat beberapa objektif yang ingin dikaji serta dianalisa dan diharap boleh

mendatangkan manfaat yang sangat berguna dalam memahami serta mengetahui

tahap pembangunan pelajar UTM kampus Skudai dari segi kerohanian. Antara

objektif-objektif atau tujuan-tujuan kajian yang perlu dicapai sebagaimana yang

dirancang adalah:

1.4.1 Mengenalpasti kesan terhadap faktor persekitaran yang dikaji dalam

membangunkan rohani pelajar.

1.4.2 Mengenalpasti faktor persekitaran yang dominan dalam pembangunan rohani

pelajar.

1.4.3 Mengenalpasti perbezaan kesan aspek persekitaran terhadap pembangunan

rohani pelajar berdasarkan jantina pelajar.

1.4.4 Mengenalpasti hubungan antara aspek persekitaran terhadap pembangunan

rohani pelajar.

1.5 Persoalan Kajian

1.5.1 Apakah tahap kesan persekitaran terhadap pembangunan rohani pelajar?

1.5.2 Aspek persekitaran manakah yang paling dominan dalam membangunkan

rohani pelajar?

1.5.3 Adakah terdapat perbezaan kesan aspek persekitaran terhadap pembangunan

rohani pelajar berdasarkan jantina.

8

1.5.4 Adakah terdapt hubungan antara kesan aspek persekitaran terhadap

pembangunan rohani pelajar.

1.6 Hipotesis

Ho1 Tidak terdapat kesan aspek persekitaran terhadap pembangunan rohani pelajar

berdasarkan jantina.

Ho2 Tidak terdapat hubungan antara kesan aspek persekitaran terhadap

pembangunan rohani pelajar.

1.7 Rasional Kajian

Persekitaran di UTM memainkan peranan penting dalam membentuk

pembangunan seseorang pelajar. Pembangunan pelajar bukan sahaja dipengaruhi

oleh faktor baka malah faktor persekitaran di sekeling mereka juga amat

mempengaruhi dalam pembangunan diri seseorang pelajar dari segi intelek, emosi,

rohani mahupun jasmani. Kajian ini dilakukan bertujuan untuk melihat sejauhmana

faktor persekitaran di UTM dapat memberi kesan terhadap pembangunan rohani

pelajar. Ini kerana pembangunan rohani sangat penting untuk menjadi seorang insan

yang berguna. Oleh itu, segala dapatan maklumat sedikit sebanyak dapat

menambahkan pengetahuan pihak-pihak tertentu.

1.8 Kepentingan Kajian

Hasil dapatan kajian dari penganalisisan data-data yang diperoleh melalui

soal-selidik yang diedarkan akan memberi gambaran yang jelas mengenai kesan

faktor persekitaran di UTM terhadap pembangunan rohani pelajar. Kajian ini juga

9

amat berguna untuk Jabatan Pendidikan Teknikal dan Kejuruteraan (PTK) di Fakulti

Pendidikan UTM melihat keberkesanan program dan aktiviti yang telah dilakukan

dalam pembangunan rohani pelajar. Pihak fakulti juga dapat melihat sama ada

persekitaran yang dibangunkan mempunyai hubungan yang positif dengan

persekitaran-persekitaran yang lain seperti persekitaran HEP, kokurikulum, kolej

kediaman dan juga pengaruh rakan sebaya terhadap pembangunan rohani pelajar

bagi memenuhi objektif Fakulti Pendidikan dan Matlamat Pendidikan Negara.

Kajian ini bukan sahaja memberi kepentingan kepada Fakulti Pendidikan malah pada

persekitaran yang dikaji supaya dapat mewujudkan persekitaran yang lebih berkesan

dalam pembangunan rohani pelajar. Oleh itu pengkaji berharap melalui hasil

dapatan kajian ini, dapat membantu pelajar-pelajar dan pihak-pihak tertentu

menyediakan persekitaran yang berkesan dalam pembangunan rohani pelajar.

1.9 Skop dan Batasan Kajian

Penyelidikan ini hanya dijalankan terhadap pelajar-pelajar di Universiti

Teknologi Malaysia (UTM) kampus Skudai. Penyelidikan ini hanya akan

melibatkan pelajar Fakulti Pendidikan di Jabatan Pendidikan Teknikal dan

Kejuruteraan (PTK) Sampel kajian ini akan hanya dijalankan pada pelajar tahun

empat SPA, SPE, SPJ dan SPH. Sebab utama kajian ini hanya mengambil pelajar di

tahun empat kerana pelajar–pelajar tersebut mempunyai pengalaman dengan

persekitaran di UTM iaitu persekitaran di HEP, fakulti, kokurikulum, kolej kediaman

dan pengaruh rakan sebaya. Kajian ini hanya terhad kepada pelajar UTM Skudai,

Johor sahaja. Data-data yang diperolehi adalah melalui soal selidik yang diedarkan.

Hasil dapatan kajian yang diperolehi mungkin kurang tepat. Perkara ini disebabkan

berkemungkinan ada responden yang tidak menjawab soal selidik dengan jujur dan

telus. Kajian ini hanya sah untuk pelajar UTM Skudai sahaja dan tidak dapat

dijalankan kepada semua pelajar IPT di Malaysia kerana penyelidik menghadapi

kesuntukan masa untuk melakukan penyelidikan ke atas jumlah pelajar yang besar

dan faktor batasan geografi. Fokus utama kajian ini adalah mengenalpasti tahap

kesan persekitaran di UTM dalam pembangunan rohani pelajar.

10

1.10 Kerangka Konsep Kajian

Rajah 1 menunjukkan kerangka konsep kajian. Kerangka kajian ini dibina

bertujuan bagi memudahkan pengkaji membentuk soal-selidik yang berkaitan dengan

kajian. Soalan yang dibina bagi setiap faktor persekitaran yang dikaji mestilah

mempunyai ciri-ciri pembangunan rohani pelajar seperti yang digambarkan pada

Rajah 1.

KESAN FAKTOR PERSEKITARAN

i. HEP

ii. Fakulti

iii. Pusat ko

kurikulum

iv. Kolej kediaman

v. Pengaruh rakan sebaya

RESPONDEN • Jantina • Umur • Bangsa • Kursus • Kolej kediaman

PEMBANGUNAN ROHANI

• Bertangungjawab

• Nilai murni

• Sahsiah diri

• Bertolak ansur

• Hormat-

menghormati

Rajah 1.0: Kerangka Konsep Kajian

1.11 Definisi Istilah

Di dalam menjalankan kajian ini terdapat beberapa istilah yang digunakan. Dibawah

adalah senarai istilah yang digunakan berserta takrifannya.

11

i. Pembangunan Rohani

Kerohanian atau rohani, dalam maksud terhad, merujuk kepada perkara-

perkara yang berkaitan dengan roh. Manakala dalam maksud yang lebih luas,

membawa maksud semangat intrinsik yang dipunyai oleh segala jirim di

dunia. Walaupun begitu rohani selalu dikaitkan dengan perasaan dalaman

manusia yang melibatkan emosi kendiri dan penaakulan strategik. Kesucian

rohani sangat ditekankan dalam agama. Kesucian rohani membawa maksud

keadaan mental yang logik dan mementingkan kebaikan manusia sejagat dan

baharulah kebaikan individu itu sendiri. Rohani setiap individu merupakan

penentu moral sosial masyarakat itu dan penetapan undang-undang. Dalam

konteks kajian ini, pembangunan rohani pelajar adalah dari segi akhlak,

tangung jawab, bertolak ansur, hormat-menghormati, dan dapat menanam

nilai-nilai murni.

ii. Kerohanian dan Agama

Kebanyakan orang mendapat kepuasan rohani melalui agama yang

dianutinya. Kerohanian dan agama sering dilihat daripada dua aspek yang

saling berkait rapat. Agama ditafsirkan sebagai pautan kuat kepada institusi

agama manakala kerohanian tidak semestinya bergantung kepada institusi

berkenaan

iii Hal Ehwal Pelajar (HEP)

Bahagian HEP bertanggungjawab dalam urusan yang berkaitan dengan

pembangunan pelajar, kemudahan kewangan, kesihatan, tatatertib,

kemudahan asrama, kebajikan dan kegiatan persatuan pelajar serta aktiviti

sukan. Dalam kajian ini, persekitaran HEP tertumpu kepada program-

program atau aktiviti-aktiviti serta kemudahan-kemudahan yang telah

dilaksanakan kepada pelajar-pelajar di UTM.

iv Kokurikulum

Kokurikulum didefinisikan sebagai sebahagian daripada kurikulum asas iaitu

kegiatan atau aktiviti selain mata pelajaran yang diajar dalam bilik darjah,

tetapi dianggap sebagai sebahagian daripada kursus pendidikan di sekolah

misalnya kegiatan persatuan, kegiatan kesukanan dan lain-lain lagi Kamus

12

Dewan (2000). Persekitaran ini dikaji daripada aspek aktiviti yang telah

dilaksanakan oleh pihak kokurikulum dalam membangunkan rohani pelajar.

v Fakulti

Menurut Kamus Dewan 2005, fakulti bermaksud sesuatu cabang atau jurusan

pengajian atau ilmu pengetahuan di universiti. Proses penyampaian ilmu akan

dijalankan di fakulti dan persekitarannya juga akan mempengaruhi dalam

pembangunan diri pelajar termasuk pembangunan dalam aspek kerohanian.

Dalam kajian ini, persekitaran fakulti adalah persekitaran di Fakulti

Pendidikan dimana persekitaran tersebut lebih tertumpu kepada program atau

aktiviti yang telah dilakukan oleh pihak fakulti serta kemudahan-kemudahan

yang telah disediakan kepada pelajar-pelajar di Fakulti Pendidikan.

vi Kolej Kediaman

Siti Norhaslida (2000) menjelaskan melalui kajiannya bahawa kolej

kediaman merupakan tempat penginapan dalam kampus sepanjang tempoh

pengajian mereka di Intitusi Pangajian Tinggi di Malaysia. Kolej kediaman

merupakan salah satu tempat para pelajar banyak menghabiskan masa sama

ada belajar ataupun dengan aktiviti-aktiviti yang disediakan. Persekitaran di

kolej kediaman sedikit sebanyak mempengaruhi pembangunan rohani

pelajar.

vii Pengaruh Rakan Sebaya

Rakan sebaya ialah karib, klik, geng yang mempengaruhi perkembangan

sikap, minat, bahasa dan falsafah hidup (Tang, 1990). Pengaruh rakan sebaya

adalah dari pelbagai aspek iaitu efektif, sosial, kognitif dan psikomotor. Oleh

itu dalam kajian ini, peranan pengaruh rakan sebaya merupakan salah satu

faktor persekitaran yang memberi kesan dalam pembangunan rohani pelajar.

BAB 2

SOROTAN PENULISAN

2.1 Pengenalan

Dalam bab ini pengkaji membincangkan tentang teori dan kajian-kajian yang

telah dijalankan berkenaan dengan kesan persekitaran di Universiti Teknologi

Malaysia (UTM) terhadap pembangunan rohani pelajar. Sorotan kajian tertumpu

kepada faktor persekitaran yang menjadi fokus kepada kajian. Faktor persekitaran

yang dikaji adalah persekitran yang dibangunakan oleh Hal Ehwal Pelajar (HEP),

kokurikulum, Fakulti Pendidikan, kolej kediaman dan pengaruh rakan sebaya.

2.2 Pembangunan Pelajar

Matlamat Pendidikan Negara ialah melahirkan insan yang baik dan sempurna

supaya menjadi warganegara Malaysia yang baik. Berpandukan kepada pernyataan

Falsafah Pendidikan Kebangsaan adalah difahamkan bahawa pendidikan di Malaysia

merupakan suatu usaha mengembangkan potensi individu secara menyeluruh dan

bersepadu untuk mewujudkan insan yang harmonis dan seimbang berdasarkan

kepatuhan kepada Tuhan. Para remaja menjadi sasaran penting pembangunan modal

insan kerana remaja mempunyai potensi yang amat bernilai untuk dibangunkan.

Dalam diri remaja terdapat dinamika diri untuk maju ke hadapan dan sebagai sumber

penting bagi membentuk zaman dan kemajuan (Utusan Malaysia, 2005).

14

Isu kecemerlangan akademik merupakan satu isu yang amat penting di

kalangan pelajar di IPT dan sering dijadikan bahan perbincangan kerana merekalah

yang akan menggerakkan masyarakat satu masa nanti dengan menggunakan ilmu dan

kepakaran yang telah mereka pelajari di IPT. Walaubagaimanapun, kecemerlangan

seseorang pelajar itu tidak harus diukur dari aspek akademik semata-mata, tetapi

haruslah dilihat dalam skop yang lebih luas merangkumi kecemerlangan sahsiah,

kepimpinan, pengurusan diri dan personaliti, keteguhan rohani dan juga ketangkasan

jasmani kerana secara tidak langsung ia banyak membantu ke arah kecermelangan

akademik yang cemerlang. Walaupun kecemerlangan akademik adalah ukuran

terhadap pencapaian, namun ia lebih bermakna lagi sekiranya seiringan dengan

upaya kepimpinan, dinamika sikap, budaya tinggi yang menjadi prasyarat kepada

kecemerlangan yang sebenarnya di tengah-tengah gelanggang kehidupan, (Sidek

Baba, 2004).

Kecemerlangan pelajar bukan sahaja bergantung kepada kepintaran intelek

malah kejayaan mereka juga dipengaruhi oleh persekitaran. Menurut Piaget,

daripada pemerhatian beliau, didapati kecerdasan tingkah laku kanak-kanak juga

dipengaruhi oleh persekitaran. Ini menunjukkan selain daripada faktor baka, faktor

persekitaran juga memainkan peranan penting dalam membangunkan seseorang

pelajar yang cemerlang bukan sahaja dari segi intelek malah juga fizikal, emosi dan

rohani. Berdasarkan model Cohen (1978) mengenai aspek penerimaan persekitaran,

didapati beberapa konsep seperti berikut:

i. Manusia mempunyai kemampuan terhad untuk memproses rangsangan dan

hanya boleh menyumbangkan usaha terhad untuk menerima input dalam satu

masa.

ii. Jika input persekitaran melebihi kemampuan untuk diterima, strategi normal

yang akan dilakukan adalah dengan mengabaikan input-input yang kurang

relevan dan memberi tumpuan kepada input yang lebih penting.

iii. Apabila sesuatu rangsangan yang terjadi mungkin memerlukan beberapa jenis

tindak balas penyesuaian, maka rangsangan signifikan akan dinilai dengan

proses pemantauan. Keputusannya sama ada akan berbentuk penyesuaian

15

atau penggunaan terhadap respon. Semakin berat beban input persekitaran,

maka semakin lebih perhatian dan tindakan penyesuaian diperlukan.

iv. Kadar perhatian yang ada pada seseorang tidak bersifat berterusan dan

mungkin hanya sementara. Setelah melakukan suatu penyesuaian yang berat,

kemampuan total untuk memberi perhatian boleh terjadi dalam keadaan yang

luar kemampuan. Contoh: Setelah beberapa jam belajar dengan tekun, adalah

sukar untuk kita melakukan sesuatu yang juga memerlukan lebih perhatian.

Didalam konteks kecemerlangan pelajar di pengajian tinggi pula, isu

mengenai prestasi mereka di Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dan Institut

Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) telah menarik perhatian banyak pihak. Banyak

kajian dan seminar diadakan bagi mencari sebab mengapa pelajar di pengajian tinggi

terutama bumiputera tidak mencapai tahap kecemerlangan seperti yang diharapkan.

Di dalam hal ini, banyak faktor yang dikemukakan dan dianalisis. Ada yang

mengaitkannya dengan faktor genetik, persekitaran, budaya, sikap kebergantungan,

orientasi hidup, tekanan dan berbagai lagi.

Bagi memastikan lulusan yang dikeluarkan oleh IPTA bukan sahaja

mempunyai keterampilan akademik tetapi juga mempunyai ketrampilan kemahiran

hidup maka Bahagian Hal Ehwal Pelajar (HEP) dan kokurikulum telah diwujudkan.

Bahagian ini memberi perkhidmatan kepada pelajar dengan falsafahnya "Ikhlas

Mendidik, Mahasiswa Kualiti". HEP dan kokurikulum adalah bertanggung jawab di

dalam semua urusan yang berkaitan dengan perhubungan pelajar, kesihatan,

tatatertib, kegiatan pelajar dan kebajikan pelajar dan pembangunan pelajar dalam

aspek rohani juga. Bahagian HEP dan kokurikulum akan merancang dan

membentuk satu persekitaran di IPT yang dapat mewujudkan sahsiah diri pelajar dari

segi kecerdasan emosi dan rohani.

Menurut Nik Aziz (1990). terdapat sembilan jalan yang mampu membentuk

kecerdasan emosi dan rohani, iaitu sikap sabar, syukur, tawaduk, baik sangka,

amanah, hubungan silaturahim, tawakal, ikhlas dan takwa. Antara kaedah melatih

diri menjana kecerdasan emosi dan rohani adalah dengan menjalani ibadah puasa di

bulan Ramadhan dengan tekun dan sabar.

16

2.3 Pembangunan Pelajar Dalam Aspek Kerohanian

Pelajar merupakan sebahagian daripada sumber manusia. Nadler (1979)

mentakrifkan pembangunan sumber manusia sebagai satu proses pembelajaran

terancang dalam jangka masa tertentu yang boleh mengubah prestasi melalui

pembelajaran. Abdul Halim (1994) pula mentakrifkan pembangunan sumber

manusia sebagai suatu proses pembangunan dan pengembangan manusia melalui

pembelajaran dan latihan yang terancang. Kedua-dua takrifan ini merupakan takrif

umum pembangunan sumber manusia sebagai satu proses pembelajaran yang disusun

dan dilaksanakan secara terancang. Walaubagaimanapun, takrifan di atas tidak

mengaitkan matlamat individu atau sesebuah organisasi yang menaungi sumber

manusia yang menjadi penentu kepada bentuk dan halatuju pembangunan sumber

manusia. Oleh itu, dalam konteks pembangunan pelajar sebagi satu proses

pembelajaran dan memupuk semangat kerohanian yang disusun dan dilaksanakan

secara terancang selaras dengan matlamat universiti dan Falsafah Pendidikan Negara.

Pembangunan dan kemajuan yang berlaku di sesebuah negara banyak

bergantung kepada perkembangan ilmu di institusi pengajian tinggi (IPT) negara

tersebut. Ini bermakna peranan IPT amatlah penting bukan sahaja untuk melahirkan

tenaga mahir dalam pelbagai bidang pekerjaan, tetapi juga untuk membentuk serta

mengawal sahsiah seseorang insan supaya dapat mengembangkan ilmu dan daya

kognitifnya bagi menghadapi segala cabaran hidup termasuk cabaran pekerjaan

(Noran Fauziah, 1993). Bagi semua IPT, pencapaian akademik pelajar merupakan

salah satu tanggungjawab penting pembangunan pelajar. Pencapaian akademik

pelajar merupakan kayu-ukur pembangunan pelajar sesebuah universiti.

Pembangunan merupakan satu perkara yang perlu dilalui oleh manusia dalam

satu keadaan tertentu. Pembangunan yang seimbang adalah pembangunan dari segi

kebendaan dan kerohanian (Hazil, 1990). Konsep pembangunan itu sendiri

membawa matlamat untuk pembaikan taraf hidup (Nor Aini et.al, 1996). Oleh itu,

konsep pembangunan pelajar sangat berkait rapat dengan pembangunan manusia atau

insan (Abd. Jalil, 1999) yang juga perlu dikaitkan dengan kualiti hidup pelajar dan

seharusnya mampu menangani hal-hal yang berkaitan dengan permasalahan pelajar

sama ada berkaitan dengan fizikal, mental mahupun kerohanian. Oleh itu

17

pembangunan pelajar perlu dirancang dengan teliti agar dapat membentuk insan yang

seimbang dan harmonis, sesuai dengan Falsafah Pendidikan Negara. Insan yang

seimbang dan harmonis bermaksud insan yang memiliki dan menghayati ilmu

pengetahuan, berakhlak mulia, mempunyai kepercayaan dan keyakinan yang teguh

kepada Tuhan, mempunyai fikiran dan jiwa yang tenteram, tubuh badan yang sihat

dan cergas serta dapat bekerjasama dengan orang lain.

Untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis, semua potensi yang

ada pada diri manusia perlu dikembangkan secara seragam, menyeluruh dan

harmonis. Individu yang seimbang dan harmonis adalah manusia yang mempunyai

sahsiah yang bersepadu, menikmati ketenangan dan kesejahteraan dalam jiwanya.

Insan yang seimbang dan harmonis sentiasa bersyukur, bersedia menerima segala

ujian dan cabaran hidup serta sentiasa berikhtiar untuk mengatasi masalah yang

dihadapi dengan fikiran yang tenang. Seimbang merujuk kepada moral yang baik,

manakala harmonis adalah akhlak yang mulia. Kesepaduan inilah yang akan

melahirkan insan yang baik. Keadaan begini, akan mencetuskan perhubungan yang

baik dan mesra sesama manusia, manusia dengan alam dan manusia dengan Tuhan.

Ini akan melahirkan insan seimbang antara akhliah dan rohaniah.

Rajah 2.0: Insan yang Seimbang dan Harmonis

Sumber: Kementerian Pendidikan Malaysia, Pusat Perkembangan Kurikulum,

2001:8

18

Dalam menghadapi arus globalisasi dan cabaran alaf baru, kalangan generasi

muda perlu diperhebat bagi memupuk tingkah laku serta budaya hidup yang murni,

di samping mewujudkan persekitaran dan suasana yang kondusif ke arah

pembentukan akhlak yang murni bagi melawan arus budaya kuning yang begitu kuat

melanda persekitaran sekarang. Pembentukan pembangunan dari aspek rohani pula

merangkumi pembangunan mental, jiwa, sikap dan emosi dalam diri manusia itu

sendiri. Pembangunan mental bermaksud mengisinya dengan ilmu pengetahuan yang

bermanfaat kepada diri, manusia dan alam seluruhnya. Berdasarkan maklumat yang

dikeluarkan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) 2008, pembangunan

jiwa pula bermaksud menanamkan rasa keimanan kepada Allah Tuhan Yang Esa,

para malaikat, para rasul, kitab-kitab, hari akhirat dan qadha’ dan qadar.

2.4 Peranan Persekitaran Dalam Pembangunan Rohani Pelajar

Pendidikan sama ada dalam masyarakat barat ataupun dalam masyarakat

Islam adalah bertujuan untuk menyebarkan pengalaman dan kebudayaan manusia

dari satu generasi kepada generasi yang lain untuk mencapai pembangunan dalam

diri seseorang. Proses pendidikan juga dipengaruhi oleh faktor persekitaran di

intitusi tersebut dan persekitaran tersebut juga memainkan peranan penting untuk

diterapkan ke dalam diri individu untuk mencapai pembangunan rohani yang

menyeluruh. Pihak-pihak tertentu di universiti seperti Bahagian Hal Ehwal Pelajar

(HEP), kokurikulum, fakulti, kolej kediaman dan pengaruh rakan sebaya sendiri juga

yang banyak memainkan peranan penting dalam mewujudkan persekitaran yang

harmonis disamping memupuk nilai-nilai murni bagi membentuk dan

membangunkan kerohanian seseorang pelajar.

2.4.1 Peranan Bahagian Hal Ehwal Pelajar (HEP)

Universiti merupakan sebuah institusi penentu masa depan masyarakat.

Teguh dan rapuhnya sistem industri dan masyarakat keseluruhannya akan banyak

19

dipengaruhi oleh golongan graduan yang terpelajar yang dijangka akan membimbing

industri, masyarakat, keluarga dan generasi akan datang. Setiap bahagian atau

jabatan akan merangka pelbagai aktiviti di kalangan pelajar supaya pelajar beroleh

pembelajaran dari segi pembangunan sahsiah, kematangan emosi, rohani, dan

jasmani.

Sesuai dengan misi UTM adalah “menerajui pembangunan sumber manusia

dan teknologi yang kreatif sejajar dengan aspirasi negara” (Pelan Koperat UTM

2001–2005). Bagi mencapai misi UTM ini, aktiviti pembangunan diri pelajar

mestilah di rancang dan dilakukan dengan baik. Apa yang dimaksudkan sebagai

aktiviti pembangunan diri ialah semua aktiviti yang bertujuan untuk membangunkan

diri pelajar sama ada dari segi fizikal, mental dan rohani. Manakala semua aktiviti

sama ada di dalam mahupun di luar kampus. Aktiviti pula mungkin dianjurkan oleh

pihak universiti (HEP), pihak persatuan pelajar (MPP) ataupun pihak-pihak lain di

kampus (Abdul Hakim, 1998).

PEJABAT HAL

EHWAL PELAJAR

Bahagian Pengurusan &

Kewangan

Bahagian Perkhidmatan & Kemudahan

Pelajar

Pusat Kesihatan

Mahasiswa

Kolej Kediaman

Pelajar Unit

Perhubungan Awam

Unit Sukan

Bahagian Aktiviti Pelajar

Rajah 2.1: Bahagian-bahagian HEP

20

Pejabat HEP secara umumnya adalah berperanan untuk menyediakan

kemudahan prasarana yang kondusif bagi proses pembelajaran juga berfungsi

sebagai ‘one-stop agency’. HEP juga bertanggungjawab dalam urusan yang

berkaitan dengan pembangunan pelajar, kemudahan kewangan, kesihatan, tatatertib,

kemudahan asrama, kebajikan dan kegiatan persatuan pelajar serta aktiviti sukan.

Universiti tidak membiarkan mahasiswa teraba-raba dalam usaha mereka dapat

manfaatkan kemudahan yang serba canggih ini. Mereka dibimbing untuk menjadi

lebih berdaya saing, memiliki jati diri yang mantap dan sentiasa kompeten serta

kreatif, (Mohd. Zulkifli, 2007). Ini menunjukkan bahawa pihak universiti seperti

bahagian HEP memainkan peranan penting dalam program dan aktiviti

pembangunan pelajar terutama dalam aspek rohani. Menurut Maimon (1994)

Jabatan HEP telah diberi tanggungjawab dalam merancang dan mengadakan

persekitaran yang sesuai dan mempergiatkan usaha ke arah pembangunan sahsiah

pelajar. Di dalam usaha mengadakan persekitaran yang sesuai, Jabatan HEP telah

menawarkan perkhidmatan bermutu dalam hal-hal kebajikan yang merangkumi

khidmat nasihat, kerjaya, kewangan dan kesihatan di samping menyediakan

kemudahan sukan dan kemudahan penginapan dalam suasana yang selesa dan

harmoni kepada pelajar. Bahagian-bahagian HEP adalah seperti Rajah 2.1

Pelbagai program dan aktiviti pembangunan diri pelajar telah dirancang dan

dilaksanakan oleh pihak HEP UTM. Diantara program dan aktivitinya adalah seperti

berikut:

i. Program akademik bercorak seminar, forum dan ceramah

ii. Program bukan akademik bercorak seminar, forum dan ceramah.

iii. Minggu kerjaya

iv. Program keagamaan

v. Program sukan dan radiah

vi. Lawatan sambil belajar di dalam/luar negeri

vii. Gotong royong di kampus

viii. Program bercorak hiburan

ix. Projek khidmat masyarakat

x. Bengkel komputer

xi. Perkhemahan motivasi

(Sumber dari: Abdul Hakim, 1998)

21

Dalam kebanyakkan aktiviti dan program yang dijalankan oleh pihak HEP

dan juga Majlis Perwakilan Pelajar (MPP), aspek-aspek kerohanian pelajar sering

digabungkan bersama melalui kegiatan tertentu di bawah satu program. Usaha

memupuk nilai-nilai murni, berdisiplin, keperibadian luhur dan semangat perpaduan

antara kaum yang tinggi kerap dianjurkan oleh pihak universiti kepada pelajar.

Program kempen kebajikan seperti Tabung Khairat Kemalangan dan Kematian

Pelajar, Program Pencegahan Jenayah, Program Sakinah Warga Industri dan

sebagainya telah menerapkan nilai-nilai murni kedalam setiap program yang dibuat.

Selain itu juga peraturan yang dilaksanakan juga bertujuan untuk mendidik atau

membimbing pelajar supaya menjadi insan yang baik, berdisiplin, hormat-

menghormati dan sebagainya sesuai dengan aspirasi Falsafah Universiti dan negara.

2.4.2 Peranan Persekitaran Kokurikulum

Kegiatan sukan ataupun kegiatan kokurikulum merupakan satu elemen

penting ke arah pertumbuhan kecerdasan kendiri individu yang meliputi aspek

fizikal, mental, sosial dan emosi (Azizi Hj. Yahaya dan rakan-rakan, 2008). Menurut

Laporan Kabinet (1974), kegiatan kokurikulum iaitu pasukan seragam dan sukan

adalah penting untuk menyemai dan menanam perasaan kekitaan di kalangan pelajar-

pelajar pelbagai kaum. Didalam Kamus Dewan (2000), kokurikulum didefinisikan

sebagai sebahagian daripada kurikulum asas iaitu kegiatan atau aktiviti selain mata

pelajaran yang diajar dalam bilik darjah, tetapi dianggap sebagai sebahagian daripada

kursus pendidikan di sekolah misalnya kegiatan persatuan, kegiatan kesukanan dan

lain-lain lagi. Manakala menurut Mohd Sofian (2002) aktiviti kokurikulum

didefinisikan sebagai aktiviti terancang dan berstruktur di luar bidang akademik.

Aktiviti-aktiviti di luar bilik darjah dan di luar waktu persekolahan bagi membantu

perkembangan individu dan kumpulan untuk memupuk keseimbangan

perkembangan mental dengan perkembangan intelek, rohani, emosi dan jasmani.

Aktiviti, proses dan isi kandungan pengajaran dan pembelajaran kokurikulum

dilaksanakan melalui pasukan beruniform, persatuan, kelab, sukan dan permainan.

22

Menurut Omar (1992), kokurikulum penting untuk pertumbuhan intelek,

fizikal dan pencapaian objektif pembelajaran. Kokurikulum merupakan salah satu

usaha menjadikan pendidikan lebih seimbang iaitu antara perkembangan mental

dengan kerohanian. Perkara ini turut disokong oleh Nik Aziz (1990), yang

mengatakan bahawa pembudayaan ilmu dalam bidang kokurikulum merupakan

kewujudan suatu keadaan di mana setiap pelajar melibatkan diri dengan kegiatan

membina skim tindakan dan operasi yang mantap serta segala tindakan berdasarkan

kepada ilmu, nilai akhlak, kerohanian dan agama yang menjadi nilai teras dan bukan

nilai pinggiran.

Kokurikulum ini dapat mengelakkan pelajar daripada terjerumus dalam gejala

yang dapat merosakkan akhlak. Kokurikulum juga dapat menyemai semangat

kekitaan antara pelajar yang terdiri daripada pelbagai keturunan dan agama. Pihak

kokurikulum dan universiti telah menyediakan pelbagai aktiviti menarik perhatian

seluruh pelajar untuk menyertai kegiatan-kegiatan tersebut dan setiap pelajar bebas

memilih aktiviti yang diminati. Menurut Abd. Alim (1999), secara umumnya,

bidang kokurikulum adalah aktiviti-aktiviti pendidikan tidak formal yang mana

segala kegiatan dijalankan diluar bilik darjah. Menurut beliau juga, pendidikan

kokurikulum ini lebih dikenali sebagai pendidikan luar di mana kokurikulum ini

dapat dikelas kepada tiga komponen utama iaitu:

i. Sukan dan permainan.

ii. Badan beruniform.

iii. Kelab dan persatuan

Pusat kokurikulum UTM juga telah menyediakan aktiviti kokurikulum seperti

komponen diatas dan setiap pelajar bebas memilih mana-mana aktiviti yang diminati.

Pihak kokurikulum universiti bersungguh-sungguh dalam melaksanakan aktiviti dan

memberi insentif kepada pelajar yang menyertai kegiatan-kegiatan sebegini. Pihak

universiti telah menajadikan kokurikulum ini sebagai subjek wajib universiti dimana

setiap pelajar wajib mengambil sekurang-kurangnya dua jam kredit dalam aktiviti

kokurikulum. Setiap aktiviti kokurikulum mewakili satu jam kredit sahaja. Kegiatan

kokurikulum ini sedikit sebanyak dapat membina sikap dan keperibadian pelajar dan

serta mencegah pelajar-pelajar daripada terlibat dengan perkara-perkara yang negatif.

23

Kegiatan kokurikulum dianggap sangat berkesan untuk memupuk

keseimbangan perkembangan mental dan perkembangan rohani, jasmani dan sosial

pelajar. Aktiviti-aktiviti kokurikulum memberi arah dan hala tuju kepada pelajar

supaya menceburkan diri dalam kegiatan yang berfaedah. Berikutan penceburan

dalam kegiatan ini, diharapkan dengan kemahiran-kemahiran yang dipelajari melalui

aktiviti-aktiviti tersebut boleh memupuk gaya hidup (life style) yang sihat. Kegiatan

kokurikulum juga dapat mengukuhkan interaksi antara pelajar dan sekaligus

memupuk integrasi antara kaum di samping memupuk sifat kesopanan, berdikari,

kerajinan bekerja, berdisiplin dan patuh kepada undang-undang yang boleh

membentuk pelajar supaya menjadi warganegara yang berguna (Wee Eng Hoe,

1996).

Eisa (1998), mengulas tentang hasil kajiannya bahawa penekanan disiplin

dalam pasukan beruniform yang disertai oleh pelajar dapat mengelakkan pelajar dari

terjerumus ke dalam gejala sosial yang boleh merosakkan masa depan mereka

sendiri. Dalam pasukan beruniform, aktiviti-aktivitinya dapat menanam semangat

berpersatuan dan semangat ini akan terus berkembang sehingga keluar dari alam

persekolahan. Menurutnya lagi, aktiviti-aktiviti kelab dapat menyemai nilai-nilai

murni, meluaskan pemikiran dan pengalaman dalam bidang akademik.

Aktiviti kokurikulum yang disertai oleh pelajar bukan semata-mata untuk

mendapat ganjaran markah. Aktiviti ini dibangunkan untuk mengimbangi

perkembangan individu secara menyeluruh sejajar dengan Falsafah Pendidikan

Negara dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek. Menurut kajian Mohd Fadzir

(1998), kebanyakan guru setuju bahawa melalui kegiatan kokurikulum mampu

membentuk kepada perkembangan sosial pelajar. Kokurikulum dapat menjadikan

pelajar lebih seronok dan memperoleh rakan-rakan daripada pelbagai kaum dalam

suasana gembira dan informal.

Mohammed Nor (1990) berpendapat gerak kerja kokurikulum dapat

memupuk perasaan kekitaan dan perpaduan melalui kegiatan berkumpulan.

Pendapat ini turut dipersetujui oleh Wee Eng Hoe (1996) yang mengatakan melalui

pergaulan dalam aktiviti kokurikulum, para pelajar dididik untuk menyingkirkan

sifat pentingkan diri sendiri dan memupuk semangat hormat kepada orang lain.

24

Integrasi sosial berlaku secara langsung dan tidak langsung semasa perlaksanaan

aktiviti persatuan ini (Abd Halim,1994). Secara tidak langsung dapat membangunkan

kerohanian dalam diri seseorang pelajar.

Jawatankuasa Mengkaji Dasar Pelajaran 1979, menjelaskan bahawa aktiviti

kokurikulum dapat menggalakkan semangat berkumpulan, bekerjasama dan

menghormati peraturan. Perkara ini juga turut dipersetujui oleh Faridah Karim

(1991), yang mengatakan bahawa kokurikulum merangkumi beberapa aspek penting

yang memberi peluang kepada pelajar melatih diri sendiri untuk tujuan kesihatan,

berdisiplin dan membina semangat supaya dapat dihayati nilai perpaduan yang

merupakan dasar unggul dalam masyarakat kita.

Pendek kata, kokurikulum merupakan salah usaha untuk menjadikan

pendidikan lebih seimbang iaitu antara perkembangan mental dan kerohanian.

Penglibatan secara langsung pelajar dalam aktiviti kokurikulum akan dapat

memupuk keyakinan jati diri, kebolehan berinteraksi dan sosialisasi, keupayaan

mengurus diri dan kumpulan, kepimpinan serta perkembangan sahsiah yang murni

secara berterusan juga melahirkan generasi yang sihat, cergas, patriotik serta

berwawasan. Secara jangka panjang aktiviti kokurikulum yang disertai di sekolah

akan membantu pelajar menghadapi cabaran masa depan dengan lebih yakin,

bermotivasi, berkebolehan dan berketerampilan.

2.4.3 Peranan Fakulti

Manusia merupakan makhluk yang paling sempurna yang dijadikan Allah

S.W.T. dengan akal fikiran yang diberikan oleh yang maha Esa maka manusia

menggunakan seluruh potensi hidupnya dengan mencari makna kehidupan. Ia

merangkumi hal-hal yang bersifat fizikal hinggalah kepada metafizik. Untuk

memperolehi hal-hal ini, manusia memerlukan ilmu pengetahuan yang baik. Oleh

itu, pendidikan adalah merupakan salah satu proses penyampaian ilmu pengetahuan

disamping pembentukan peribadi yang akan membawa perubahan kepada diri

seseorang individu serta masyarakat (Tajul Ariffin, 1993). Proses penyampaian ilmu

25

akan dijalankan di fakulti dan persekitarannya juga akan mempengaruhi dalam

pembangunan diri pelajar termasuk pembangunan dalam aspek kerohanian.

Di UTM, pembangunan pelajar dipertanggungjawabkan kepada setiap fakulti

terutama dalam memantau dan mengurangkan perbezaan prestasi akademik pelajar.

Di Fakulti Pendidikan (FP) tanggung jawab pemantauan prestasi akademik pelajar

diserahkan kepada Persatuan Mahasiswa FP. Pentadbiran fakulti begitu prihatin

terhadap pembangunan pelajar agar misi fakulti untuk melahirkan graduan yang

berketerampilan dan berbudaya teknologi serta menghasilkan produk berkualiti yang

boleh dipertanggungjawabkan dalam bidang pendidikan akan tercapai.

Pelbagai budaya dan amalan telah diwujudkan di Fakulti Pendidikan UTM

dalam membangunkan rohani pelajar dalam usaha melahirkan seorang guru yang

cermelang dan berdisiplin. Antara budaya yang telah diwujudkan di FP adalah

budaya pemakaian kemas (smart day) dimana pelajar di FP sentiasa kelihatan kemas

dan bekeyakinan. Secara tidak langsung, budaya tersebut dapat membangunkan

rohani pelajar dengan menjaga penampilan diri mereka sebagai seorang guru.

Selain itu juga, kurikulum yang diterapkan di fakulti juga memainkan

peranan penting dalam pembentukan rohani seseorang pelajar. Kurikulum yang

digunakan di fakulti mestilah menerapkan nilai-nilai murni. Menurut Sufean (1995)

dimana aplikasi teori dalam pengajaran nilai seperti aplikasi teori Kohlberg yang

menyatakan bahawa pengajaran nilai merupakan tanggungjawab bagi membantu

murid-murid melalui keenam-enam peringkat perkembangan pemikiran moral. Ini

bertujuan membina murid-murid supaya sedar akan keperluan keseimbangan dan

kesejahteraan masyarakat dan diri sendiri. Kolhberg juga menekankan pendidikan

nilai berkait rapat dengan perkembangan personaliti murid-murid.

Berdasarkan Aplikasi Teori Erikson tentang peringkat perkembangan

personal-sosial individu manusia dari peringkat kanak-kanak ke peringkat tua. Ada

lapan peringkat perkembangan personaliti iaitu:

i percaya melawan tidak percaya,

ii autonomi melawan ragu,

26

iii inisiatif melawan rasa bersalah,

iv rajin melawan rendah diri,

v identiti melawan kekeliruan peranan,

vi keintiman melawan pengasingan,

vii pewarisan melawan kekakuan,

viii kesepaduan diri melawan putus asa.

Murid-murid sekolah rendah adalah dalam peringkat rajin melawan rendah

diri, sementara murid-murid disekolah menengah dalam peringkat identiti melawan

kekeliruan peranan. Suasana pembelajaran nilai di dalam darjah haruslah bercorak

ekspositori dengan mengemukakan kepada murid-murid remaja situasi-situasi

konflik moral dan nilai yang boleh mencabar rasionaliti pemikiran dan pertimbangan

moral mereka. Pengalaman dalam proses nilaian dan membuat keputusan

berdasarkan justifikasi dan kriteria memungkinkan mereka mencapai kematangan

pemikiran dan keseimbangan personaliti.

Persekitaran pembelajaran yang terbuka dan subjek-subjek profesionalisme

yang ditawarkan oleh fakulti seperti Falsafah Pendidikan Negara, sosiologi, psikologi

dan sebagainya dapat menerapakan nilai-nilai murni kepada para pelajar dan dapat

membantu dalam pembentukan sahsiah diri seseorang pelajar. Secara tak langsung,

para pelajar akan mengamalkan nilai-nilai murni tersebut seperti mengamalkan

budaya hormat-menghormati sesama kawan, pensyarah mahupun dengan staf-staf

pentadbiran. Tetapi adakah kaedah penyampaian bersesuaian dalam menerapkan

nilai dalam pembentukan rohani pelajar?

Nilai-nilai murni yang diterapkan dalam kurikulum yang disediakan oleh

pihak fakulti perlu dilakukan dengan kaedah yang berkesan. Menurut Sufean (1996)

ada dua kaedah pengajaran nilai yang sering digunakan, tetapi cara-cara ini kurang

sesuai kerana ia menganggap pelajar-pelajar sebagai penerima pasif yang tidak

berfikir. Cara-cara tersebut ialah kaedah indoktrinasi dan kaedah didaktik. Kaedah

indoktrinasi ialah di mana guru-guru mewujudkan strategi pembelajaran yang

bertubi-tubi bagi nilai-nilai yang dianggap benar dan penting tetapi cara pengajaran

ini, menganggap bahawa murid-murid tidak dapat membezakan nilai ‘baik’ daripada

nilai ‘buruk’. Manakala kaedah didaktik iaitu menitikberatkan prosedur dan

27

ketertiban merupakan kaedah untuk mengajar nilai-nilai yang bersabit dengan

norma-norma atau peraturan-peraturan.

Cara mengajar nilai-nilai efektif adalah serupa dengan mata pelajaran,

khususnya mata pelajaran Agama Islam, Pendidikan Moral, Sejarah dan sebagainya.

Model inkuiri nilai Banks boleh memberikan panduan tentang cara pengajaran nilai.

Pemerhatian

Penerangan

Pengenalan

Analisis Hipotesis Alternatif

Hipotesis

pemilihan

Justifikasi

Rajah 2.2: Model inkuiri nilai Banks

Selain daripada model inkuiri nilai Banks, model pengajaran nilai Fraenkel

boleh digunakan juga oleh pensyarah untuk mengajar nilai. Kedua-dua model ini

menitikberatkan pelajar-pelajar berfikir secara kristis, logis dan analitis dalam proses

pengajaran dan pembelajaran nilai. Walau bagaimanapun, kedua-dua model ini

berbeza kerana model pengajaran nilai Fraenkel menggariskan dengan lebih

terperinci sub-sub fasa tingkah laku dan peranan guru dan murid dalam proses

pengajaran dan pembelajaran. Model pengajaran nilai Fraenkel terdiri daripda enam

fasa pengajaran seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 2.3.

Mengenal dan menjelaskan

nilai-nilai

Membandingkan nilai-nilai

Membina empati Analisis konflik nilai

Mentakrifkan dan menamakan nilai

Memilih nilai berdasarkan kriteria

Rajah 2.3: Model pengajaran nilai Fraenkel

28

Komponen kerohanian, nilai dan sikap merupakan satu daripada empat

komponen penting dalam kurikulum baru sekolah dan komponen ini juga sesuai

diterapkan dalam pengajaran di UTM. Komponen ini menitik beratkan

pembentukkan individu-individu yang mempunyai nilai-nilai murni dan mempunyai

sikap tingkah laku yang baik, bertanggungjawab dan berdaya usaha. Berdasarkan

hakikat ini, maka pengajaran nilai dan moral telah menjadi sebahagian tumpuan

pengajaran keseluruhan dan pembentukan kerohanian pelajar. Dengan kata lain,

pengajaran dalam kurikulum tidak hanya memberi tumpuan kepada kandungan ilmu

pengetahuan dan kemahiran-kemahiran, tetapi juga memberi tumpuan kepada

perkembangan rohani, nilai dan sikap baik.

2.4.4 Peranan Kolej Kediaman

Kolej kediaman telah diwujudkan bagi melahirkan sikap kepimpinan

dikalangan pelajar. Jawatankuasa ini secara amnya merupakan jawatankuasa yang

memimpin dan menyusun atur aktiviti dalam sesebuah kolej. Pelbagai aktiviti yang

telah diaturkan oleh Jawatankuasa Kolej Mahasiswa bagi membentuk pembangunan

diri pelajar amnya dan aspek kerohanian khususnya.

Aktiviti pembangunan yang didokong oleh Jawatankuasa Kolej Mahasiswa

ini penting kerana boleh membantu para pelajar mengetahui perubahan-perubahan

teknologi dan sosial yang terkini disamping dapat memupuk nilai-nilai kerohanian

dalam pembangunan diri pelajar tersebut. Oleh yang demikian sesuatu program

pembangunan pelajar perlu mempunyai matlamat yang jelas supaya dapat

menentukan bentuk pelajar yang ingin dilahirkan. Matlamat yang hendak dicapai

melalui program pembangunan pelajar di kolej kediaman UTM ialah untuk

melahirkan graduan yang berdaya saing sesuai dengan ciri-ciri yang dipetik dari

Resolusi Seminar Kebangsaan Pengurusan Perumahan Pelajar Intitusi Pengajian

Tinggi, di UKM (1995):

i. Berpengetahuan luas, mampu mengolah dan menganalisis maklumat serta

berfikir secara bersepadu dan konseptual.

29

ii. Mengamalkan pembelajaran sepanjang hayat,

iii. Kritis, kreatif dan inovatif dalam menghadapi cabaran-cabaran baru serta

peka kepada kepedulian sosial, keadilan sejagat dan solidariti antarabangsa

iv. Mempunyai harga diri, keyakinan diri, bessedia bekerjasama dan mampu

berdikari berdasarkan nilai-nilai murni.

Berpandukan kepada matlamat di atas, program pembangunan pelajar di kolej

kediaman memainkan peranan penting dalam pendidikan di peringkat universiti.

Program ini juga dikatakan sebagai pelengkap kepada program latihan atau kursus

yang diikuti di fakulti atau pusat pengajian. Secara amnya, program pembangunan

pelajar di kolej kediaman pelajar, UTM dapat dibahagikan kepada beberapa kategori

dalam pembangunan rohani seperti berikut yang disusun mengikut keutamaan iaitu

pembangunan kepimpinan, pembangunan akademik dan kerjaya, pembangunan

kemasyarakatan dan pembangunan sukan dan riadah. Susunan keutamaan program

ini berasaskan peranan sebenar kolej kediaman pelajar dan keperluan tambahan yang

harus dipunyai oleh setiap individu pelajar sepanjang pengajian mereka di universiti

sebelum melangkah kaki di alam pekerjaan (Jamaludin, Nordin, Ramli, 1996).

Pembangunan rohani (sahsiah) adalah merupakan salah satu tumpuan utama

aktiviti pelajar seperti yang dihasratkan dalam matlamat universiti dan negara.

Sekiranya aspek ini diabaikan mungkin akan menjadikan pencapaian dalam bidang-

bidang yang lain tidak berkesan dan matlamat utama kehidupan di kolej kediaman

universiti sukar dicapai. Malahan pendidikan dalam aspek ini juga perlu dibuat

secara berterusan walau di mana seseorang itu berada. Di antara aktiviti-aktiviti

pelajar yang berkait dengan aspek kerohanian ini adalah Ceramah Keagamaan dan

Kaunseling, Pembimbing Rakan Sebaya (PRS), Usrah, Seminar dan Bengkel

Pembangunan Sahsiah dan seumpamanya. Di samping itu, selain peranan felo

sebagai penasihat kepada Jawatankuasa Kolej Mahasiswa (JKM), mereka juga

berperanan dalam memastikan peraturan kolej dipatuhi oleh semua penghuni melalui

proses mendidik dan memandu pelajar ke arah penghidupan kampus yang sihat.

Berpandukan aspek-aspek yang telah dibincangkan di atas, jelas

menunjukkan bahawa aktiviti-aktiviti pelajar di kolej kediaman memainkan peranan

penting dalam pendidikan di peringkat universiti. Aktiviti-aktiviti yang dijalakan itu

30

bukan sahaja memberi manfaat kepada pelajar tetapi juga kepada universiti dan

masyarakat disamping dapat membantu membentuk pembangunan diri pelajar

terutama dalam aspek kerohanian.

2.4.5 Pengaruh Rakan Sebaya

Rakan sebaya adalah faktor penting dalam mempengaruhi perkembangan

individu terutama ketika zaman remaja. Menurut Tang (1990), rakan sebaya ialah

karib, klik, geng yang mempengaruhi perkembangan sikap, minat, bahasa dan

falsafah hidup. Lazimnya rakan sebaya mempunyai usia, cita-cita, minat dan tahap

kecerdasan yang lebih kurang sama. Pengaruh rakan sebaya adalah dari pelbagai

aspek iaitu efektif, sosial, kognitif dan psikomotor. Kanak-kanak belajar

bersosialisasi dengan mempelajari perkara-perkara yang boleh diterima dan yang

tidak boleh diterima oleh ahli-ahli kumpulan sebaya.

Di universiti pergaulan pelajar adalah di dalam kelompok kawan yang lebih

besar dan ramai. Pelbagai ragam dan tingkah laku boleh didapati apabila mereka

selalu bergaul bersama. Akibat dari pergaulan inilah pengaruh tingkah laku terhadap

pelajar mula tersemai. Ikatan pelajar bukan lagi semata-mata dengan ibu bapa sahaja

malah mereka lebih condong kepada pengaruh rakan sebaya (Kamaruddin, 1996).

Tingkah laku pelajar ini adalah ditentukan oleh ukuran kelakuan rakan sebaya

mereka. Remaja ini akan lebih mementingkan persetujuan daripada rakan sebaya

dalam membuat sebarang keputusan. Oleh itu pergaulan remaja ini sangat perlu

dititik beratkan.

Rakan sebaya merupakan salah satu faktor persekitaran yang mempengaruhi

pembangunan diri pelajar di UTM. Rakan sebaya merupakan mereka yang hampir

seusia dengan pelajar itu sendiri. Rakan sebaya mempunyai pengaruh yang kuat dari

segi nilai, sikap dan pandangan terhadap kehidupan belia. Mereka dikatakan lebih

berjiwa senada dengan pelajar. Ini kerana banyak masa yang dihabiskan bersama

rakan sebaya berbanding keluarga. Apa yang dikatakan oleh rakan sebaya lebih

31

mengambil tempat dalam diri seseorang pelajar berbanding keluarga. Ini secara

tidak langsung, mengurangkan pengaruh keluarga.

Menurut Abdullah (1999), remaja sering melakukan sesuatu mengikut nafsu

tanpa memikirkan implikasi atas perlakuan mereka. Nafsu yang tidak terkawal boleh

menyumbang ke arah perlakuan yang negatif serta mencemarkan imej diri mereka.

Ini bersesuaian dengan sebuah hadis yang bermaksud, “Sesungguhnya nafsu itu

sangat mengajak kepada kejahatan” (Yusuf, 53).

Imam Ghazali (1977) dalam kitabnya “Khuluq Al-Muslim” menerangkan

bahawa, “kuatnya atau lemahnya iman seseorang dapat diukur dan diketahui dari

perilaku akhlaknya. Iman yang kuat mewujudkan akhlak yang baik dan mulia,

sedangkan iman yang lemah mewujudkan akhlak yang jahat dan buruk laku, mudah

terkeliru pada perbuatan keji yang merugikan dirinya sendiri dan orang lain. Segala

perlakuan mereka perlu diberi pengajaran yang sepatutnya agar segala tindakan yang

dilakukan adalah tindakan yang boleh memberi kebaikan bukan sahaja kepada diri

mereka sendiri bahkan juga masyarakat sekitarnya.

Rakan sebaya mestilah mempunyai personaliti dan sahsiah tertentu yang

dapat mempengaruhi seseorang pelajar. Personaliti ataupun sahsiah itu

melambangkan ciri-ciri keperibadian seseorang individu ataupun pelajar iaitu

kecenderungan seseorang untuk bertingkah laku mengikut cara yang tertentu.

Menurut Crow dan Crow (1983), personaliti biasanya digunakan untuk

menghuraikan perawakan fizikal seseorang, corak pertuturan atau daya penarik yang

dimilikinya. Menurut Murugiah (1997), proses pembentukan dan perkembangan

personaliti dalam dan luar seseorang pelajar remaja banyak di pengaruhi oleh

pengaruh persekitaran mereka. Oleh kerana pelajar adalah merupakan golongan

remaja yang mengalami peringkat perkembangan dan pembentukan identiti diri.

Oleh itu proses perkembangan adalah satu bentuk perubahan pada struktur, pendapat

dan tingkah laku individu (Craig, 1976).

Sememangnya persekitaran merupakan desakan dari luar yang penting

mempengaruhi diri pelajar terutamanya mempengaruhi personaliti seseorang.

Menurut Mohd Salleh (1999), bahawa persekitaran sebenarnya mempunyai pengaruh

32

yang besar ke atas pembentukan personaliti seseorang dan boleh mengatasi faktor

baka dan perwarisan.

Akhlak dan nilai yang diamalkan oleh rakan sebaya lazimnya akan

mempengaruhi seseorang dan turut bertingkahlaku sedemikian kerana mereka takut

disingkir. Kajian tentang perhubungan rakan sebaya menunjukkan satu trend

terhadap saling sokong-menyokong melalui ketaatan dan kemesraan (Douvan dan

Gold (1966) dalam Rahil dan Habibah, 2002). Kumpulan rakan sebaya ini juga ialah

nadi bagi remaja. Kualiti peribadi membuatkan remaja menjadi popular di kalangan

mereka. Mereka ini akan ceria, bertenaga, baik budi, mempunyai humor, berinisiatif,

mempunyai desakan dan idea bernas (Conger, (1977) dalam Rahil & Habbah,

(2002). Manakala remaja yang terasing di kalangan rakan sebaya mempunyai ciri-

ciri bertentangan dengan remaja popular. Rakan sebaya juga akan mempengaruhi

konsep kendiri seseorang. Maka, pembentukan personaliti pelajar terutama dalam

aspek kerohanian amat dipengaruhi oleh rakan sebaya. Pemilihan rakan sebaya yang

tepat amat penting agar sahsiah seseorang pelajar yang terbentuk tidak terpesong dari

landasan yang sepatutnya. Rakan yang baik adalah mereka yang memberikan nilai

kebaikan kepada kehidupan dunia dan akhirat. Maka, pemilihan rakan yang tepat

dan betul adalah amat penting dalam pembentukan sahsiah seseorang pelajar.

Kalau dilihatkan di intitusi-intitusi pengajian tinggi sekarang termasuklah di

UTM, rakan sebaya yang banyak mempengaruhi seseorang pelajar adalah terdiri dari

kaum yang sama. Ini kerana integrasi kaum masih wujud di Malaysia. Integrasi

kaum di Malaysia ini bukanlah suatu isu yang baru. Fenomena ini telah wujud zaman

berzaman kerana Malaysia merupakan negara yang mempunyai penduduk pelbagai

kaum dan budaya. Namum sejauhmanakah intergrasi kaum ini berlaku dalam UTM

dan kesannya terhadap pembangunan diri pelajar dalam aspek rohani.

2.5 Kajian-Kajian Lepas

Menurut Arham Baharin, Ahmad Muhaimin (2006) daripada kajian yang

telah dijalankan didapati faktor persekitaran dan sikap pelajar terhadap pembelajaran

33

banyak mempengaruhi kecemerlangan akademik pelajar di UTM. Oleh itu kajian ini

dibuat untuk melihat kesan persekitaran di UTM dalam pembangunan rohani pelajar.

Persekitaran di UTM yang dimaksudkan adalah bahagian Hal Ehwal Pelajar (HEP),

kokurikulum, fakulti pendidikan, kolej kediaman dan pengaruh rakan sebaya.

Menurut kajian Abdul Hakim (1998), program kesukanan, keagamaan,

kerjaya dan bukan akademik tidaklah begitu diminati oleh sebahagian besar pelajar.

Namun demikian, program seperti ini sebenarnya mempunyai kumpulan tertentu

yang berminat. Oleh itu program keagamaan dan kerjaya perlu mempunyai input

tertentu untuk menjadikannya lebih menarik minat pelajar. Oleh itu pihak HEP

memainkan peranan yang sangat penting dalam merancang sesuatu aktiviti dan

program dalam pembangunan rohani pelajar.

Bagi kokurikulum pula, menurut Adnan (1993) dalam kajiannya menyatakan

bahawa penglibatan pelajar dalam kegiatan kokurikulum pada amnya dapat

membantu mencapai objektif yang dikehendaki oleh sistem pendidikan hari ini bagi

menghasilkan pelajar yang cergas, seimbang dan harmoni dari segala segi. Pelajar

yang terbabit dalam aktiviti tersebut dapat menunjukkan sikap positif, semangat

juang yang tinggi dan masih berupaya melangkaui halangan-halangan akademik.

Bagaimanapun menurut beliau bahawa masih terdapat halangan-halangan dan

masalah yang timbul dalam konteks pelaksanaan tanggungjawab terhadap aktiviti

tersebut, sama ada di pihak guru mahupun pelajar. Ini kerana terdapat sesetengah

guru mahupun pelajar dan ada kalangan pihak ibu bapa sendiri yang masih

menganggap kegiatan kokurikulum sebagai membuang masa, menambah

perbelanjaan keluarga dan yang paling menyedihkan menganggap kegiatan tersebut

tidak penting.

Kajian yang dilakukan oleh Abu Bakar (1991) dan Laporan Jawatankuasa

Mengkaji Perlaksanaan Dasar Pelajaran (1979) menyatakan bahawa kokurikulum

sebagai kegiatan penting untuk melatih pelajar agar berdisiplin, berdikari dan

berkemahiran dalam sesuatu lapangan yang mereka sertai. Manakala menurut Nik

Aziz (1989) dalam kajian menyatakan bahawa aktiviti kokurikulum bertujuan

memberi didikan sempurna kepada pelajar agar mereka dapat menjadi insan yang

baik. Kegiatan kokurikulum dapat memberi peluang kepada para pelajar untuk

34

mempelajari kemahiran tertentu dengan terperinci dalam tempoh masa yang panjang,

seterusnya memupuk gaya hidup sihat selepas alam pendidikan.

Menurut Adnan (1993), aktiviti kokurikulum boleh mewujudkan

persefahaman, interaksi yang lebih mesra di kalangan ahli-ahli pelbagai etnik di

samping dapat menyelesaikan masalah peribadi dan akademik. Pengalaman yang

diperolehi melalui cara ini dapat meluaskan pandangan, kefahaman serta

menghasilkan perkembangan dan kematangan jasmani, interaksi sosial yang sihat

dan positif. Mohammed (1990) berpendapat aktiviti kokurikulum dapat memupuk

perasaan kekitaan dan perpaduan melalui kegiatan berkumpulan. Hal ini dipersetujui

oleh Mohd Saleh (1996) yang menyatakan kokurikulum dapat memperkukuhkan

interaksi dan integrasi antara pelajar pelbagai kaum serta memupuk semangat

kewarganegaraan dan perpaduan.

Dalam aspek hubungan pembangunan pelajar dari persekitan di kolej

kediaman, menurut Jamaludin, Fatimah dan Azmahani (2004), aspek sahsiah dan

kepimpinan pelajar, setiap kolej kediaman didapati mempunyai kadar tumpuan yang

hampir sama. Kualiti program pembangunan sahsiah dan pembangunan kepimpinan

pelajar di kolej kediaman didapati masih berada pada kadar rendah berbanding

dengan kategori program lain. Walaubagaimanapun, difahamkan bahawa

kebanyakkan pelajar juga menerima bimbingan sahsiah dan kepimpinan yang

dianjurkan oleh unit-unit lain dalam universiti seperti persatuan-persatuan pelajar,

Pusat Perkhidmatan Kemasyarakatan, Pusat Kokurikulum dan Hal Ehwal Pelajar

sendiri. Fenomena ini sedikit sebanyak mempengaruhi perancangan dan

perlaksanaan program pelajar di kolej-kolej kediaman. Terdapat juga beberapa

program yang dilaksanakan di kolej kediaman merupakan lanjutan daripada program

yang dijalankan di luar kolej.

Menurut pandangan yang dikemukakan oleh Sanusi (1989) bahawa polarisasi

semakin meningkat dan hubungan antara pelajar Melayu dan bukan Melayu semakin

berkurangan. Ini dikemukakan berdasarkan penelitian yang dibuat terhadap susunan

dan hubungan sosial pelbagai golongan etnik serta kecenderungan etnik mereka.

Kajian mereka menggambarkan situasi kepentingan individu wujud selari dengan

kepentingan yang dikongsi bersama. Bahkan menurut Agoes Salim (1975),

35

menyatakan bahawa terdapat sedikit sahaja pergaulan antara kaum di kalangan

pelajar di IPTA dan situasi itu semakin merosot.

Dalam hal ini, Sanusi (1989) menyatakan bahawa gejala ini tidak boleh

dilihat secara terpisah daripada masyarakat yang lebih besar. Hal ini kerana

polarisasi kaum yang terdapat di IPTA mencerminkan keadaan sebenar yang terdapat

di kalangan rakyat. Keadaan ini pula menurut beliau lagi, tidak boleh dipandang

ringan kerana implikasinya amat besar kepada masa depan rakyat dan negara. Kajian

tersebut juga telah menghuraikan pelbagai bentuk polarisasi dan faktor yang

menyumbang kepada wujudnya masalah polarisasi di kalangan pelajar IPTA.

Pandangan kedua dikemukakan oleh Mansor (1997 dan 2000) berdasarkan

penelitian yang dibuat terhadap pengaruh norma sejagat dan jenis hubungan sosial

yang terdapat di IPTA. Beliau berpendapat bahawa sungguhpun terdapat keadaan

polarisasi di IPTA, namun keadaan ini semakin berkurangan dengan adanya

pengaruh norma sejagat yang telah menghakis kesignifikanan unsur politik dalam

hubungan etnik. Menurut beliau lagi kepentingan yang dikaitkan oleh penuntut

dengan kecenderungan berbeza-beza berbanding dengan norma lain, seperti

kepentingan peribadi berbentuk material, status sosial, dan ikatan sosial. Tindakan

sosial individu yang berkaitan dengan norma sejagat itu juga telah menghasilkan

pelakuan baru yang tiada kaitan langsung dengan norma etnik, dan dalam hal ini

melemahkan keprihatinan mereka terhadap sempadan kelompok kaum.

Menurut At-Taqwa Jabatan Mufti Negeri Selangor, bersesuaian dengan teori

yang mengatakan sesuatu masyarakat pasti akan terpengaruh dengan difusi budaya

luar. Teori tersebut dianggap sebagai cukup relevan untuk konteks era globalisasi

pada masa sekarang yang menyaksikan bagaimana difusi pengaruh negatif daripada

luar dapat dikesan dengan cukup meluas dan berkembang di dalam masyarakat

Malaysia. Beberapa kajian semasa telah menunjukkan golongan remaja Melayu ini

mudah dipengaruhi dengan elemen budaya kuning yang dibawakan oleh arus

globalisasi. Ini menunjukkan kalangan remaja kini belum mempunyai kematangan

diri dan emosi. Hasil penelitian yang dibuat terhadap kajian semasa yang

mempunyai kaitan langsung dengan perkembangan personaliti masyarakat Melayu,

didapati beberapa perkara seperti berikut:

36

i. Sebahagian masyarakat Melayu moden telah dikesan menghidap penyakit

psikologi yang agak kronik, penyakit gelisah dan hilang pertimbangan akal

yang kemudiannya telah menyebabkan berlaku pelbagai tindakan buruk

seperti bunuh diri, menagih dadah dan arak, murtad, bohsia dan

mengamalkan "free-sex". Kajian ini mendapati punca utama penyakit gelisah

ini berlaku adalah akibat daripada kurang iman dan tidak menuruti kehendak

agama.

ii. Golongan remaja Melayu yang menjadi pengguna terbesar internet (cyber

cafe) didapati menggunakan saluran internet bukannya untuk tujuan

pendidikan, tetapi sebagai sumber untuk mendapatkan hiburan yang lebih

bebas tanpa kongkongan keluarga, yang berupa permainan video games,

pornografi, berkenalan (chit-chat) dan mengisi masa lapang dengan kegiatan

yang tidak berfaedah.

iii. Kajian yang mendapati bahawa ikatan dan fungsi keluarga Melayu moden

sebagai penjaga dan pendidik emosi anak-anak telah mula terhakis yang

kemudiannya menyebabkan pelbagai masalah sosial remaja yang cukup

kronik. Berikutan dengan faktor asas ini, golongan remaja Melayu lebih

terpengaruh dengan budaya di luar keluarga seperti media massa dan rakan

sebaya. Akibatnya mereka lebih mudah terjerumus dengan hiburan yang

mementingkan keseronokan yang melampaui batas, sensasi, glamour dan

sindrom kurang daya tahan iman. Manakala pengaruh rakan sebaya pula

menyebabkan mereka terlibat dengan budaya melepak dan pelbagai masalah

sosial lain seperti ketagihan dadah, arak, berjudi, menonton video lucah,

"free-sex", dijangkiti penyakit AIDS dan banyak lagi masalah lain.

iv. Kajian yang mendapati bagaimana tabiat pembacaan remaja Melayu yang

lemah, di mana mereka lebih mengutamakan bahan bacaan yang tidak

membina minda dan daya intelektual, merangkumi hiburan, jenaka, sukan

dan bahan lucah.

Hasil kajian Jersild ( 1978 ), mendapati bahawa penerimaan rakan sebaya

akan menunjukkan penghargaan kendiri pelajar. Oleh itu jika individu pelajar

37

bercampur dengan kumpulan pelajar yang ponteng sekolah, kemungkinan untuk

pelajar itu turut terlibat dengan salahlaku tersebut adalah tinggi. Menurutnya lagi,

pelajar-pelajar yang ponteng sekolah mempunyai konsep kendiri yang tinggi di

kalangan ahli kumpulannya. Kemungkinan mereka akan menghabiskan masa

bersama dengan ahli kumpulan dan melakukan aktiviti sampingan seperti melepak,

merokok dan seumpamanya.

Kesimpulannya mereka yang telah terjerumus ke dalam budaya yang cukup

meruncing akibat dari ketiadaan budaya ilmu yang sihat. Dilihat kepada perkara

yang telah diperkatakan ini, secara terang-terangan remaja Melayu telah dilanda

dengan krisis sosial yang cukup meruncing membabitkan semua aspek yang

terpenting (aspek kognitif, efektif dan psikomotor) di dalam pembentukkan jiwa

seseorang remaja Islam. Hal ini boleh dilihat dengan lemahnya pegangan iman,

hilangnya pengaruh ibu-bapa, kebergantungan mereka kepada pengaruh rakan sebaya

yang tidak mampu berfikir dengan waras dan terpaksa hidup di dalam suasana

masyarakat yang penuh dengan budaya mungkar.

2.6 Kesimpulan

Berasaskan kepada kajian-kajian yang telah dibuat, persekitaran di universiti

adalah penting dalam pembangunan diri pelajar sama ada dalam aspek jasmani,

rohani, intelek, emosi dan juga sosial. Begitu juga di UTM faktor persekitaran di

UTM iaitu HEP, kokurikulum, fakulti, kolej kediaman dan pengaruh rakan sebaya

mempunyai hubungkait dengan pembangunan rohani pelajar.

BAB 3

METODOLOGI KAJIAN

3.1 Pengenalan

Metodologi kajian adalah merupakan kaedah-kaedah yang dipilih untuk

dilaksanakan di dalam kajian bertujuan untuk mencapai objektif serta matlamat yang

disasarkan sepertimana yang dikehendaki. Di dalam bab ini pengkaji akan

menerangkan bagaimana kajian dijalankan untuk mengenalpasti hubungan antara

persekitaran di UTM dengan pembangunan diri pelajar dalam aspek kerohanian.

Penekanan akan diberikan terhadap beberapa aspek berkaitan. Cara-cara kajian

dijalankan iaitu rekabentuk kajian, sampel kajian, instrument kajian dan kaedah

analisis data.

3.2 Rekabentuk Kajian

Kajian ini dijalankan dalam bentuk tinjauan melalui soal selidik. Kajian ini

adalah jenis deskriptif berbentuk tinjauan. Menurut Mohd Majid Konting (1993),

kajian berbentuk deskriptif adalah sesuai digunakan dalam penyelidikan yang

bermatlamat untuk menerangkan sesuatu fenomena yang sedang berlaku. Keadaan

ini melibatkan pengumpulan data-data, membuat intepresti (taksiran), perbandingan

dan merumus generalisasi (kesimpulan secara umum).

39

Menurut Syed Arabi (1992), penyelidikan deskriptif memberikan gambaran

tentang keadaan yang sedia ada. Menurut Cohen dan Manion (1985) dalam Mohd

Najib (1999), reka bentuk tinjauan ini merujuk kepada mengambil data dalam satu

masa tertentu dengan menggunakan soal selidik. Pernyataan ini juga di sokong oleh

Best and Khan (1998) bahawa penyelidikan deskriptif merupakan kajian bagi melihat

sesuatu keadaan yang lepas atau proses yang sedang berlaku.

Data daripada kajian bentuk tinjauan melalui soal selidik ini akan

menunjukkan kesan terhadap persekitaran UTM dalam pembangunan rohani pelajar

khususnya bagi Pelajar Tahun Empat aliran Pendidikan Teknikal dan Vokasional di

Universiti Teknologi Malaysia. Data-data yang dikumpul akan diwakilkan dalam

kenyataan matematik.

3.3 Lokasi Kajian

Kajian ini dijalankan di Fakulti Pendidikan di Jabatan Pendidikan Teknik dan

Kejuruteraan (PTK), Universiti Teknologi Malaysia, Kampus Skudai, Johor. Kajian

ini di lakukan di Universiti Teknologi Malaysia (UTM) kerana dapat memudahkan

pengumpulan dan membuat analisa.

3.4 Populasi Dan Pensampelan

Mohd Najib, (1999) menyatakan populasi adalah daripada siapakah pengkaji

memperolehi data. Kita perlu mengenalpasti kelompok individu yang kita selidik.

Semua ahli dalam kelompok tersebut dikenali sebagai populasi. Dalam menjalankan

kajian ini, kaedah pensampelan secara rawak mudah telah dipilih. Populasi yang

dipilih adalah terdiri daripada pelajar-pelajar dari Jabatan Pendidikan Teknikal dan

Kejuruteraan (PTK) dari Fakulti Pendidikan. Populasi seramai 189 orang pelajar

tahun akhir dari Jabatan Pendidikan Teknikal dan Kejuruteraan dari Fakulti

40

Pendidikan terlibat sebagai sampel kajian. Mereka terdiri dari pelajar lelaki dan

perempuan Kejuruteraan Awam, Elektrik, Jentera dan Kemahiran Hidup. Sampel

kajian 130 orang dipilih secara rawak mudah. Sampel-sampel ini tidak mengira

umur, bangsa, agama dan jantina.

3.5 Instrumen Kajian

Instrumen kajian yang digunakan adalah berbentuk soal selidik sebagai

kaedah untuk mendapatkan data kajian. Dengan menggunakan soal selidik ianya

lebih mudah mendapatkan kerjasama daripada responden. Soal selidik dapat

menampung responden yang ramai. Bilangan responden yang ramai boleh

meningkatkan kebolehpercayaan kajian ( Mohd Najib, 1999 ). Menurut Ee Ah

Meng (1994), soal selidik mempunyai kebaikan berikut:

i. Boleh digunakan dalam satu kumpulan yang ramai dan maklumat dari

mereka boleh dikutip sekaligus.

ii. Banyak masa dan perbelanjaan dapat dijimatkan.

iii. Tidak memerlukan ramai kakitangan untuk mengendalikannya.

iv. Soal selidik boleh dicuba terlebih dahulu untuk menentukan samada

pelajar atau responden dapat menjawab dengan senang.

Menurut Mohd. Majid (2000), soal selidik lebih praktikal dan berkesan

digunakan kerana penggunaannya dapat meningkatkan ketepatan dan kebenaran

gerakbalas yang diberikan oleh sampel geraklaku penyelidik. Mereka bebas

menyatakan pendapat sendiri untuk menjawab setiap item yang diberikan.

Soal selidik ini terdiri daripada dua bahagian utama iaitu Bahagian A dan

Bahagian B. Bahagian A mengandungi enam item untuk mengetahui maklumat

demografi responden. Bahagian B pula mengandungi soalan berkaitan dengan

persoalan kajian.

41

3.5.1 Bahagian A

Bahagian ini mengandungi 6 soalan yang terdiri daripada latar belakang,

responden mengenai jantina, kursus, umur, bangsa, agama, kursus yang diambil dan

kolej kediaman.

3.5.2 Bahagian B

Bahagian ini mengandungi soalan untuk mendapatkan maklumat tentang

persekitaran di UTM seperti persekitaran dalam Hal Ehwal Pelajar (HEP), fakulti,

kolej kediaman, kokurikulum dan pengaruh rakan sebaya dalam memberi kesan

terhadap pembangunan rohani pelajar. Terdapat lima bahagian dalam bahagian B.

Soalan dibina berdasarkan aktiviti persekitaran HEP, kokurikulum, Fakulti

Pendidikan, kolej kediaman dan pengaruh rakan sebaya. Skala yang digunakan ialah

Skala Likert seperti didalam jadual 3.2. Skala Likert mengandungi lima nilai skor

iaitu sangat tidak setuju, tidak setuju, setuju sedikit, setuju dan sangat setuju. Kaedah

pemberian skor bagi setiap item adalah seperti berikut:-

Jadual 3.1: Pengkelasan Skala Likert

Sangat Tidak Setuju STS 1

Tidak Setuju TS 2

Setuju Sedikit SSt 3

Setuju S 4

Sangat Setuju SS 5

Jawapan sangat tidak setuju diberikan skor 1 manakala jawapan tidak setuju

diberikan skor 2. Responden yang memberikan salah satu jawapan di atas akan

diklasifikasikan sebagai tidak setuju bagi sesuatu kenyataan. Bagi jawapan setuju

sedikit akan diberikan nilai skor 3 manakala bagi jawapan setuju dan sangat setuju

masing-masing akan diberikan skor 4 dan 5. Responden yang menjawab salah satu

42

daripada jawapan ini akan diklasifikasikan sebagai setuju terhadap kenyataan yang

diberikan.

Terdapat 40 item berkaitan kesan persekitaran di UTM dalam pembangunan

rohani pelajar. Persekitaran tersebut dibahagi kepada lima bahagian iaitu seperti

Jadual 3.2.

Jadual 3.2 : Elemen Persekitaran Dengan Pembangunan Diri Pelajar Dalam Aspek

Kerohanian

Persekitaran Item Jumlah

1. Hal Ehwal Pelajar (HEP) 1, 2, 3, 4, 5, 6, 7, 8 8

2. Ko-Kurikulum 9, 10, 11, 12, 13, 14, 15, 7

3. Fakulti 16, 17, 18, 19, 20, 21, 22, 23, 24 9

4. Kolej Kediaman 25, 26, 27, 28, 29, 30, 31 7

5. Rakan Sebaya 32, 33, 34, 35, 36, 37, 38, 39,40 9

JUMLAH 40

3.6 Keesahan

Keesahan merupakan kriteria penting dalam membina set soal selidik

menurut Mohd. Najib Ghafar (1999), keesahan membawa maksud data yang

diperolehi adalah melambangkan apa yang diukur. Manakala keesahan kandungan

instrumen boleh dijalankan menggunakan kaedah Keesahan Pertimbangan dengan

menggunakan pertimbangan pakar dalam bidang psikologi sebagai cara

menganggarkan keesahan. Oleh yang demikian bagi instrumen kajian ini pengkaji

telah menggunakan kaedah keesahan pertimbangan dengan bertanyakan pendapat

beberapa orang pensyarah yang pakar dalam aspek kerohanian.

43

3.7 Kajian Rintis

Sebelum soal selidik diedarkan sepenuhnya kepada responden, pengkaji telah

mendapat pandangan dari beberapa orang pensyarah pakar untuk menentukan

kesahan isi soal selidik bagi kajian ini. Selain dari itu, satu kajian rintis telah

dijalankan ke atas 12 orang sampel yang mempunyai ciri-ciri yang sama dengan

populasi yang hendak diuji bagi mendapatkan kebolehpercayaan soal selidik.

Kajian rintis dijalankan bertujuan untuk mengesan beberapa kelemahan set

soalan selidik seperti :

i. Item-item yang sukar di fahami atau kurang jelas.

ii. Kenyataan kabur yang boleh menimbulkan takrifan yang berlainan

pada responden.

iii. Tempoh masa yang di ambil oleh responden dalam menjawab soal

selidik.

Dapatan yang diperolehi dari kajian ini dapat menentukan kesahan dan

kebolehpercayaan item. Proses menganalisis data yang di perolehi daripada borang

soal selidik yang dikumpul adalah dengan menggunakan perisian “Statistical

Package For Social Science” (SPSS Ver.12 ). Hasil daripada analisis yang telah

dilakukan, nilai alpha Crombach yang diperolehi adalah 0.977. Ini membuktikan

bahawa soalan soal selidik ini mempunyai kebolehpercayaan yang tinggi dan boleh

digunakan bagi tujuan kajian tinjauan ini. Menurut Majid Konting (1990), sesuatu

ujian kebolehpercayaan dianggap amat sempurna apabila nilai alpha menghampiri

0.8.

3.8 Kebolehpercayaan

Kebolehpercayaan pula ialah ketekalan sesuatu alat dalam melahirkan skor

yang setara dimana skor yang sama atau hampir sama diperolehi apabila

44

dilaksanakan sebanyak dua kali pada subjek yang sama (Syaharam, 1990). Menurut

Mohd Majid Konting (1990), kebolehpercayaan akan memberi darjah ketekalan dan

ketepatan instrumen pengukuran. Instrumen yang mempunyai kebolehpercayaan

yang tinggi akan memberi keputusan yang sama dan hampir sama setiap kali ia

digunakan. Kenyataan ini diperkukuhkan lagi oleh Syaharam (1990) yang

menyatakan kebolehpercayaan ialah ketekalan sesuatu alat dalam melahirkan skor

yang setara. Kesetaraan ini ditentukan dengan menggunakan alat tersebut berulang

kali dan juga menggunakannya ke atas pelbagai subjek. Satu alat yang tinggi

kebolehpercayaannya dapat melahirkan skor yang sama atau hampir sama, atau

dilaksanakan ke atas dua subjek yang mempunyai bakat dan pengalaman yang sama.

Kebolehpercayaan sesuatu alat itu boleh dinyatakan sebagai koefisien korelasi.

Semakin tinggi koefisien (r) sesuatu alat itu, semakin ia boleh dipercayai untuk

mengukur prestasi subjek. Mohd Najib (1999) pula menyatakan bahawa

kebolehpercayaan adalah tinggi apabila markah yang sama atau hampir sama

diperolehi apabila ujian yang sama dijalankan pada masa yang berlainan.

3.9 Prosedur Kajian

Sebelum kajian ini dijalankan, penyelidik menyediakan kertas cadangan yang

merangkumi tujuan dan metadologi tinjauan untuk di serahkan kepada Fakulti

Pendidikan bagi mendapat kelulusan. Soalan kajian yang dibina diserah kepada dua

orang pensyarah bagi menyemak dan menambahbaikkan item yang dibina.

Pengesahan penyemakan soalan kajian dibuat. Selepas itu kajian rintis dilakukan

disebabkan oleh set soal selidik yang dibina sendiri oleh penyelidik. Tujuan kajian

rintis ini dilakukan adalah untuk mengetahui tahap kesesahan soalan soal selidik dari

segi kejelasan maksud, bahasa dan struktur ayat. Soal selidik yang telah diperbaiki

kemudiannya diedarkan kepada responden untuk dijawab. Responden diminta untuk

menjawab kesemua item dalam soal selidik seperti mana yang terdapat dalam arahan

di muka depan borang soal selidik. Akhir sekali, soal selidik dikumpulkan untuk

proses menganalisis data. Prosedur kajian juga boleh dilihat seperti Rajah 3.1

dibawah.

45

Pemilihan tajuk

Perbincangan Dengan Pembimbing

Kenalpasti Masalah

Pembinaan Proposal

Membina Soal Selidik

Edaran Soal Selidik

Kumpul semula soal selidik

Analisa data

Penulisan

Kajian rintis

Rajah 3.1: Prosedur Kajian

46

3.10 Kaedah Penganalisaan Data

Penganalisaan data dilakukan untuk menterjemahkan maklumat yang

diperolehi ke dalam bentuk penghuraian yang mudah difahami. Menurut Mohd

Majid (1990), pemproses data merupakan teknik untuk pengumpulan, pengolahan,

penganalisaan, penyimpanan dan pengeluaran data.

Data-data yang diperolehi akan dikumpul dan seterusnya dianalisis dengan

menggunakan perisian komputer “Statistical Package For Social Science” (SPSS

Ver.12). Kaedah yang digunakan ini ialah bertujuan untuk memproses data

berdasarkan kepada peratusan (%), frekuensi (skor) dan min.

Dalam proses penganalisaan data, keputusan kajian berdasarkan nilai

peratusan di mana setiap peratusan yang dinyatakan adalah melibatkan setiap item.

Mengikut Mohd Najib (1999), untuk memenuhi dan menepati objektif kajian, fakta

atau maklumat yang diperolehi wajar untuk dikategorikan kepada tiga tahap yang

berbeza iaitu tinggi, sederhana dan rendah.

Jadual 3.3 : Darjah Penilaian Terhadap Responden

Penilaian Peratusan (%)

Tinggi 70.0 hingga 100.0

Sederhana 40.0 hingga 69.9

Rendah 0 hingga 39.9

Sumber :Mohd Majid (1990)

Dengan adanya darjah penilaian di atas, adalah mudah bagi pengkaji untuk

menentukan keputusan yang diperolehi. Selain itu pengkaji menggunakan min untuk

tujuan pengkelasan darjah penilaian. Pengkelasan min telah dibuat kepada tiga tahap

seperti dalam jadual di bawah.

47

Jadual 3.4: Tahap Penilaian Responden Berdasarkan Min

Tahap Markah

Rendah 1.00 hingga 2.33

Sederhana 2.34 hingga 3.66

Tinggi 3.67 hingga 5.00

Sumber: Mohd Majid (1990)

Dalam mentafsir hubungan diantara pembolehubah dalam korelasi Pearson,

skala Guilford digunakan dalam menganalisis hipotesis kajian. Jadual 3.5

menunjukkan nilai r dan kekuatan hubungan.

Jadual 3.5: Garis Panduan Guilford

Nilai Pekali Kolerasi, r Kekuatan Hubungan

Kurang daripada 0.20 Sangat Lemah

0.20 hingga 0.40 Lemah

0.40 hingga 0.70 Sederhana

0.7 hingga 0.90 Kuat

Lebih daripada 0.90 Sangat Kuat

Sumber: Mohd Majid (1990)

Dari data yang dianalisis, penyelidik dapat membuat penilaian terhadap

responden dengan mengkategorikan penilaian tersebut kepada beberapa tahap

tertentu yang difikirkan sesuai. Menurut Mohd Majid ( 1990 ), meskipun fakta

adalah hak semua orang, tafsiran terhadap fakta adalah hak individu.

Data yang diperolehi diklasfikasikan pada kumpulan tertentu seperti sangat

tidak setuju dan tidak setuju di klasifikasikan kepada tidak setuju. Manakala

maklumbalas sangat setuju dan setuju di klasifikasikan kepada setuju dan setuju

sedikit tetap diklasifikasikan sebagai setuju sedikit seperti ditunjukkan dalam Jadual

48

3.6. Tujuannya adalah untuk mempersembahkan data. Data yang diperolehi akan

diproses dengan menggunakan Statistic Package For The Social Science (SPSS ).

Jadual 3.6 : Klasifikasi Tindak Balas Peratusan

Tindak Balas Klasifikasi Semula

Sangat Tidak Setuju

Tidak Setuju Tidak Setuju

Setuju Sedikit Setuju Sedikit

Setuju

Sangat Setuju Setuju

3.11 Rumusan

Secara keseluruhan, bab ini telah menerangkan secara terperinci mengenai

teknik dan kaedah yang digunakan. Cara penganalisaan data dalam menetapkan satu

kriteria adalah penting bagi menentukan kejayaan kajian yang dijalankan. Ianya

akan menjadi petunjuk kepada pengkaji dalam menyempurnakan kajian ini dari awal

sehingga tamat penyelidikan kelak. Pemprosesan data menggunakan statistik

deskriptif dalam penyelidikan ini akan dapat memberikan jawapan kepada persoalan

kajian seterusnya membolehkan penyelidik membuat rumusan dan cadangan. Bab

yang seterusnya akan menunjukkan hasil dapatan kajian.

BAB 4

ANALISIS DATA DAN PERBINCANGAN HASIL

4.1 Pengenalan

Dalam bab ini, perbincangan ditumpukan kepada dapatan yang telah

diperolehi hasil daripada kajian yang telah dijalankan melalui edaran soal selidik

seperti yang telah dijelaskan dalam Bab tiga. Dapatan dan interpretasi data daripada

kajian ini dipersembahkan dalam bentuk jadual yang menunjukkan frekuensi,

peratus, dan min bergantung kepada keperluan soalan kajian dan jenis stastik yang

digunakan. Sebanyak 130 set soal selidik telah dianalisis. Penganalisisan data

dilakukan terhadap setiap item soalan yang terdapat di dalam set soal selidik dengan

bantuan komputer menggunakan perisian SPSS Ver 12.0 for Windows. Laporan

analisis data dituliskan di bawah setiap jadual untuk memudahkan para pembaca

memahami dan membuat rujukan mengenai dapatan kajian ini. Penganalisaan data

dibahagikan kepada dua bahagian iaitu bahagian A dan bahagian B.

4.2 Analisis Latar Belakang Responden

Bahagian A meliputi analisis data yang berkaitan dengan latar belakang

responden. Jantina, umur, bangsa, agama, pengkhususan, dan kolej kediaman. Ini

ditunjukkan melalui Jadual 4.1 hinnga 4.6.

50

Berdasarkan kepada Jadual 4.1, responden yang terlibat dalam kajian adalah

terdiri dari 61 orang pelajar lelaki (46.9%) dan 69 orang pelajar perempuan (53.1%).

Ini menunjukkan majoriti responden adalah pelajar perempuan.

Jadual 4.1: Taburan Dan Peratusan Responden Berdasarkan Jantina.

Jantina Kekerapan Peratus (%)

Lelaki 61 46.9

Perempuan 69 53.1

Jadual 4.2 menunjukkan bahawa majoriti respoden adalah berumur diantara

20 – 25 tahun iaitu sebanyak 120 orang (92.7%) manakala 10 orang responden yang

berumur 26 -30 tahun (7.7 %).

Jadual 4.2: Taburan Dan Peratusan Responden Berdasarkan Umur

Umur Kekerapan Peratus (%)

20 – 25 Tahun 120 92.3

26 – 30 Tahun 10 7.7

Merujuk Jadual 4.3 diatas, didapati kebanyakkan responden yang terlibat

adalah daripada bangsa Melayu iaitu sebanyak 107 responden (82.3%) diikuti oleh

bangsa Cina seramai 3 oarang responden (2.5%), India sebanyak 2 orang responden

(1.5%) dan Lain-lain bangsa sebanyak 18 orang responden (13.8%).

Jadual 4.3: Taburan Dan Peratusan Responden Berdasarkan Bangsa

Bangsa Kekerapan Peratus (%)

Melayu 107 82.3

Cina 3 2.3

India 2 1.5

Lain – lain 18 13.8

51

Berdasarkan Jadual 4.4 iaitu berkenaan dengan taburan dan peratusan

respoden yang dipilih berdasarkan agama, didapati majoriti responden adalah

beragama Islam iaitu seramai 107 orang responden (82.3%), 19 orang responden

beragama Kristian (14.6%), manakala responden yang beragama Buddha dan Hindu

masing-masing ialah 2 orang responden (1.5%).

Jadual 4.4: Taburan Dan Peratusan Responden Berdasarkan Agama

Agama Kekerapan Peratus (%)

Islam 107 82.3

Kristian 19 14.6

Buddha 2 1.5

Hindu 2 1.5

Jadual 4.5 menunujukkan pendapatan yang diperolehi oleh responden

mengikuti pengkursusan masing-masing. Seramai 14 orang responden telah diambil

bagi kursus SPA (10.8%), manakala 15 orang responden dari SPE (11.5%), 12 orang

responden dari SPJ (9.2%) dan seramai 89 orang responden dari SPH (68.5%).

Jadual 4.5: Taburan Dan Peratusan Responden Berdasarkan Pengkursusan

Kursus Kekerapan Peratus (%)

SPA 14 10.8

SPE 15 11.5

SPJ 12 9.2

SPH 89 68.5

Jika dilihat pada Jadual 4.6, terdapat 10 buah kolej kediaman responden.

Majoriti responden mendiami KTHO iaitu seramai 39 orang (30%), KTR seramai 7

orang responden (5.4%), KTF seramai 14 orang responden (14%), KTDI seramai 12

orang (9.2%), KTC seramai 10 orang (7.7%), KRP seramai 11 orang (8.5), KP

52

seramai 3 orang (2.3%), Kolej 9 seramai 8 orang (6.2%), Kolej 12 seramai 17 orang

responden (13.1%) dan yang terakhir Kolej 11 seramai 9 orang responden (6.9%).

Jadual 4.6: Taburan Dan Peratusan Responden Berdasarkan Kolej Kediaman

Kolej Kediaman Kekerapan Peratus (%)

Kolej 11 9 6.9

Kolej 12 17 13.1

Kolej 9 8 6.2

KP 3 2.3

KRP 11 8.5

KTC 10 7.7

KTDI 12 9.2

KTF 14 10.8

KTHO 39 30

KTR 7 5.4

4.3 Analisis Dapatan Kajian

Di dalam bahagian ini, analisis dilakukan untuk mengetahui sejauh mana

persoalan kajian dapat memberi kesan dalam pembangunan rohani pelajar.

Penganalisaan data dibuat berdasarkan kepada item-item yang berkaitan dengan

persoalan kajian yang dikemukakan. Dalam bahagian B, sebanyak 40 item di

kemukakan kepada responden mengikut skala jawapan yang diberikan iaitu sangat

setuju, setuju, tidak setuju dan sangat tidak setuju.

53

4.3.1 Apakah tahap faktor persekitaran dalam memberi kesan terhadap

pembangunan diri pelajar dari asepk kerohanian?

Jadual 4.7 menunjukkan terdapat lima faktor persekitaran yang dikaji dalam

kesan terhadap pembangunan rohani pelajar iaitu persekitaran di Bahagian Hal

Ehwal Pelajar (HEP), Kokurikulum, Fakulti Pendidikan, kolej kediaman dan

pengaruh rakan sebaya. Min setiap item telah dianalisis dan ditunjukkan pada jadual

4.8 hingga 4.12 dibawah. Nilai min purata bagi kelima-lima faktor persekitaran ini

adalah 4.39. Ini menunjukkan faktor persekitaran yang dikaji memberi kesan yang

tinggi dalam pembangunan diri pelajar dari aspek kerohanian.

Jadual 4.7: Analisis Faktor Persekitaran Dan Min Purata

Persekitaran Min Purata

HEP 4.18

Kokurikulum 4.59

Fakulti Pendidikan 4.05

Kolej Kediaman 4.45

Rakan Sebaya 4.67

PURATA 4.39

Berdasarkan jadual 4.8 secara puratanya sebanyak 95.6 (73.6%) bersetuju

menyatakan bahawa Persekitaran Bahagian Hal Ehwal Pelajar (HEP) dapat

membangunkan kerohanian pelajar. Manakala hanya 18.4 (14.1%) menyatakan

sebaliknya dan 16 (12.3%) menyatakan setuju sedikit. Bagi min purata untuk soalan

kajian ini adalah sebanyak 4.19. Ini menunujukkan bahawa persekitaran Hal Ehwal

Pelajar (HEP) dapat membantu memberi kesan dalam pembangunan diri pelajar dari

aspek kerohanian.

54

Jadual 4.8: Analisis Frekuensi Dan Min Bagi Persekitaran HEP di UTM

No. item Soalan Tidak

Setuju Setuju Sedikit Setuju Min Jumlah

S1

Pakaian “smart day” dapat menerapkan nilai murni dalam diri saya untuk menjadi lebih berdisiplin.

4 (3%)

34 (26.2%)

92 (70.8%) 4.35 130

(100%)

S2

Peraturan yang ditetapkan oleh pihak universiti dapat membantu memperbaiki tingkah laku saya.

18 (13.8%)

27 (20.8%)

85 (65.4%) 4.03 130

(100%)

S3

Program anjuran MPP seperti MHS dapat meningkatkan sahsiah diri saya sebagai seorang pelajar.

24 (17.7%)

9 (6.9%)

98 (75.4%) 4.15 130

(100%)

S4 MPP dapat meningkatkan keyakinan diri pelajar sebagai pemimpin.

26 (20%)

13 (10%)

91 (70%) 4.00 130

(100%)

S5

Kemudahan yang disediakan oleh Unit Perhubungan Pelajar UTM membuatkan saya lebih bersemangat untuk menyertai program yang dianjurkan

24 (18.5%)

10 (7.7%)

96 (73.8%) 4.11 130

(100%)

S6 Pilihanraya yang dijalankan didalam universiti melatih saya bersikap lebih matang.

29 (22.3%)

8 (6.2%)

93 (71.5%) 3.98 130

(100%)

S7

Kemudahan tempat berlajar seperti perpustakaan membuat saya lebih bermotivasi untuk belajar.

11 (8.5%)

13 (10%)

106 (81.5%) 4.46 130

(100%)

S8

Aktiviti yang di anjurkan oleh pihak universiti dapat menjadikan saya lebih matang

11 (8.5%)

15 (11.5%)

104 (80%) 4.43 130

(100%)

PURATA (14.1%) (12.3%) (73.6%) 4.19 130 (100%)

N =130

55

Berdasarkan jadual 4.9, purata keseluruhan yang tidak bersetuju adalah

sebanyak 5.3% dan sebanyak 85.1% bersetuju manakala 9.6% menyatakan setuju

sedikit. Bagi min purata untuk persoalan kajian ini adalah 4.59. Kesimpulannya

bahawa persekitaran Kokurikulum di UTM dapat memberi kesan dalam

pembangunan diri pelajar dari aspek kerohanian.

Jadual 4.9: Taburan Responden Mengikut Kekerapan, Peratusan dan Min Bagi

Persekitaran Kokurikulum Di UTM.

No. item Soalan Tidak

Setuju Setuju Sedikit Setuju Min Jumlah

S9

Aktiviti kokurikulum membolehkan saya membina keyakinan diri yang tinggi dalam diri saya.

4 (3.1%)

11 (8.5%)

115 (88.4%) 4.71 130

(100%)

S10

Saya yakin boleh menjadi pemimpin yang berjaya selepas menyertai program yang dianjurkan oleh pihak kokurikulum universiti.

15 (11.5%)

7 (5.4%)

108 (83.1%) 4.43 130

(100%)

S11

Program kokurikulum yang dijalankan di universiti banyak meningkatkan sahsiah diri saya.

8 (6.2%)

14 (10.8%)

108 (83.1%) 4.54 130

(100%)

S12

Kokurikulum yang dijalankan banyak menerapakan ilmu yang dapat memupuk nilai-nilai murni pada diri saya.

9 (6.9%)

14 (10.8%)

107 (82.3%) 4.51 130

(100%)

S13

Aktviti kokurikulum yang dijalankan menyebabkan saya lebih bertolak ansur diantara satu sama lain.

5 (3.8%)

14 (10.8%)

111 (85.4%) 4.63 130

(100%)

S14

Program daripada kokurikulum menyebabkan saya mengamalkan budaya hormat-menghormati.

- 11 (8.5%)

119 (91.5%) 4.83 130

(100%)

S15

Aktiviti kokurikulum membuat saya menjadi seorang yang lebih bertanggungjawab.

7 (5.4%)

17 (13.1%)

106 (81.5%) 4.52 130

(100%)

PURATA (5.3%) (9.6%) (85.1%) 4.59 130 (100%)

N =130

56

Jadual 4.10: Taburan Responden Mengikut Kekerapan, Peratusan dan Min Bagi

Persekitaran Fakulti Pendidikan Di UTM.

No. Item Soalan Tidak

Setuju Setuju Sedikit Setuju Min Jumlah

S16

Penasihat akedemik saya sentiasa membantu dalam pembentukan sahasiah diri saya.

24 (18.5%)

12 (9.2%)

94 (72.3%)

4.08

130 (100%)

S17

Penasihat akademik saya sentiasa memberi nasihat dalam meningkatkan kerohanian diri saya.

36 (27.7%)

5 (3.8%)

89 (66.2%)

3.82

130 (100%)

S18

Saya dapat mempelajari nilai-nilai murni yang diterapkan oleh pensyarah semasa proses pembelajaran.

12 (9.2%)

3 (2.3%)

115 (88.5%)

4.58

130 (100%)

S19

Fakulti saya menyediakan surau/tempat beribadat yang selesa dalam pembentukan kerohanian saya.

30 (23.1%)

12 (9.2%)

88 (67.7%)

3.89

130 (100%)

S20

Penasihat akedemik saya akan memberi nasihat jika tingkah laku saya melampaui batas.

34 (26.2%)

9 (6.9%)

87 (66.9%) 3.82 130

(100%)

S21 Persatuan Mahasiswa Fakulti diwujudkan untuk memberi peluang kepada saya sebagai pemimpin.

39 (30%)

5 (3.8%)

86 (66.2%) 3.72 130

(100%)

S22 Program yang dijalankan oleh Persatuan Mahasiswa Fakulti banyak menerapkan nilai-nilai murni untuk diri saya.

34 (26.2%)

6 (4.6%)

90 (69.2%) 3.86 130

(100%)

S23 Hari fakulti yang diadakan banyak memberi informasi yang dapat meningkatkan sahsiah diri saya.

26 (20%)

9 (6.9%)

95 (73.1%) 4.08 130

(100%)

S24 Sikap hormat-menghormati yang selalu diamalkan oleh pelajar dan pihak fakulti dapat membentukan peribadi saya.

8 (6.2%)

11 (8.5%)

111 (85.4%) 4.58 130

(100%)

PURATA (20.8%) (6.2%) (73%)

4.05

130 (100%)

N = 130 .

57

Berdasarkan jadual 4.10 secara puratanya sebanyak 73% bersetuju

menyatakan bahawa persekitaran Fakulti Pendidikan dapat membangunkan

kerohanian pelajar. Manakala hanya 20.8% menyatakan tidak bersetuju dan hanya

6.2% yang menyatakan setuju sedikit. Bagi min purata untuk soalan kajian ini adalah

sebanyak 4.05. Ini menunujukkan bahawa persekitaran Fakulti Pendidikan dapat

membantu memberi kesan dalam pembangunan diri pelajar dari aspek kerohanian.

Jadual 4.11: Taburan Responden Mengikut Kekerapan, Peratusan dan Min Bagi

Persekitaran Kolej Kediaman Di UTM.

No.

Item Soalan

Tidak

Setuju

Setuju

sedikit Setuju Min Jumlah

S25

Program anjuran kolej kediaman yang melibatkan kemasyarakatan dapat membantu meningkatkan sahsiah diri saya.

15 (11.5%)

11 (8.5%)

104 (80%) 4.37 130

(100%)

S26

Kerjasama yang diterapkan didalam sesuatu program dapat meningkatkan semangat kekitaan saya

13 (10%)

12 (9.2%)

105 (80.8%) 4.42 130

(100%)

S27

Program keilmuan yang dijalankan di kolej dapat meningkatkan kerohanian saya.

15 (11.5%)

14 (10.8%)

101 (77.7%) 4.32 130

(100%)

S28

Kolej kediaman saya menyediakan surau/tempat beribadat yang selesa untuk melakukan ibadat.

4 (3.1%)

17 (13.1%)

109 (83.8%) 4.62 130

(100%)

S29

Kolej saya menyediakan program keagamaan yang dapat menerapakan nilai-nilai murni didalam diri saya.

9 (6.9%)

15 (11.5%)

106 (81.5%) 4.49 130

(100%)

S30 Peraturan yang ditetapkan kolej menjadikan saya lebih berdisiplin.

11 (8.5%)

9 (6.9%)

110 (84.6%) 4.52 130

(100%)

S31 Program kebajikan yang disediakan oleh kolej menjadikan saya lebih prihatin terhadap aktiviti kebajikan.

13 (10%)

14 (10.8%)

103 (79.2%) 4.38 130

(100%)

PURATA 11.4

(8.8%) 13.1

(10.1%)105.5

(81.1%)

4.45

130 (100%)

N = 130 .

58

Berdasarkan jadual 4.11 secara puratanya sebanyak 81.1% bersetuju

menyatakan bahawa persekitaran kolej kediaman dapat membangunkan kerohanian

pelajar. Manakala hanya 8.8% menyatakan tidak bersetuju dan 10.1% menyatakan

setuju sedikit. Bagi min purata untuk soalan kajian ini adalah sebanyak 4.45. Ini

menunujukkan bahawa persekitaran kolej kediaman dapat memberi kesan dalam

pembangunan diri pelajar dari aspek kerohanian.

Jadual 4.12: Taburan Responden Mengikut Kekerapan, Peratusan dan Min Bagi

Pengaruh Rakan Sebaya Di UTM.

No. item Soalan Tidak

Setuju Setuju Sedikit Setuju Min Jumlah

S32 Pergaulan dengan rakan sekelas membantu saya menjadi lebih bertanggung jawab.

3 (2.3%)

6 (4.6%)

121 (93.1%) 4.82 130

(100%)

S33 Rakan saya banyak mendorong saya melakukan ibadat keagamaan.

5 (3.8%)

20 (15.4%)

105 (80.8%) 4.54 130

(100%)

S34 Rakan-rakan di sekeliling banyak membantu saya meningkatakan tahap motivasi saya.

9 (6.9%)

5 (3.8%)

116 (89.2%) 4.65 130

(100%)

S35 Melakukan aktiviti bersama rakan dapat meningkatkan personaliti saya.

3 (2.3%)

8 (6.2%)

119 (91.5%) 4.78 130

(100%)

S36 Rakan-rakan akan menasihati saya sekiranya saya melakukan kesilapan.

11 (8.5%)

4 (3.1%)

115 (88.5%) 4.60 130

(100%)

S37 Pergaulan saya bersama rakan-rakan mendidik saya sentiasa bertolak ansur.

9 (6.9%) - 121

(93.1%) 4.86 130 (100%)

S38 Dorongan yang di berikan oleh rakan-rakan membantu meningkatkan keyakinan diri saya.

2 (1.5%)

11 (8.5%)

117 (90%) 4.77 130

(100%)

S39 Kepercayaan yang diberikan oleh rakan sebaya membuat saya lebih amanah.

5 (3.8%)

16 (12.3%)

109 (83.8%) 4.60 130

(100%)

S40

Contoh tauladan yang baik yang ditunjukkan oleh rakan sebaya dapat meningkatkan nilai-nilai murni di dalam diri saya.

3 (2.3%)

17 (13.1)

110 (84.6%) 4.65 130

(100%)

PURATA (4.3%) (7.4%) (88.3%) 4.67 130 (100%)

N=130

59

Berdasarkan jadual 4.12 secara puratanya sebanyak 88.3% bersetuju

menyatakan bahawa pengaruh rakan sebaya dapat membangunkan kerohanian

pelajar. Manakala hanya 7.4% setuju sedikit dan 4.2% menyatakan tidak bersetuju.

Bagi min purata untuk soalan kajian ini adalah sebanyak 4.67. Ini menunjukkan

bahawa pengaruh rakan sebaya dapat membantu memberi kesan dalam pembangunan

diri pelajar dari aspek kerohanian.

4.3.2 Aspek persekitaran manakah yang paling dominan dalam

membangunkan rohani pelajar?

Berdasarkan jadual 4.13, min purata bagi persekitaran di HEP adalah 4.18. Ini

menunjukkan bahawa persekitaran tersebut memberi kesan yang baik dalam

pembangunan rohani pelajar. Min persekitaran bagi kegiatan kokurikulum adalah

sebanyak 4.59. Persekitaran ini juga memberi kesan yang baik dalam pembangunan

diri pelajar. Manakala min purata bagi Fakulti Pendidikan, kolej kediaman dan rakan

sebaya masing-masing adalah 4.05, 4.45 dan 4.673. min yang telah dianalisis di

susun mengikut ranking tertentu.

Jadual 4.13: Analisis Persekitaran Mengikut Turutan Nilai Min

Persekitaran Min Purata Turutan

Rakan Sebaya 4.67 1

Kokurikulum 4.59 2

Kolej Kediaman 4.45 3

HEP 4.18 4

Fakulti Pendidikan 4.05 5

Berdasarkan min tersebut didapati faktor persekitaran yang paling dominan

dalam memberi kesan dalam pembangunan rohani pelajar adalah pengaruh rakan

sebaya iaitu dengan min purata sebanyak 4.67 diikuti dengan persekitaran bagi

60

kegiatan kokurikulum iaitu dengan min purata sebanyak 4.59. Persekitaran kolej

kediaman berada tahap yang ketiga iaitu dengan min purata sebanyak 4.45. Manakala

tahap yang keempat adalah persekitaran HEP dengan min purata sebanyak 4.18 dan

persekitaran yang paling rendah dalam pembangunan rohani pelajar adalah

persekitaran Fakulti Pendidikan iaitu dengan min purata sebanyak 4.05.

4.4 Analisis Hipotesis

Bagi mengakaji soalan kajian 3 dan 4 berdasarkan hipotesis yang telah dibina,

kaedah ujian t dan kolerasi telah digunakan.

4.4.1 Perbezaan kesan aspek persekitaran terhadap pembangunan rohani

pelajar berdasarkan jantina pelajar

Ho 1.1 Tidak terdapat perbezaan yang signifikan terhadap kesan

persekitaran HEP diantara pelajar lelaki dan perempuan.

Jadual 4.14: Analisis Aras Signifikan Bagi Persekitaran HEP

Jantina Bil Min Nilai t Nilai F Aras

Signifikan

Lelaki 61 4.2705

Perempuan 69 4.3406 -0.458 0.57 0.648

∗ Signifikan adalah 0.05

Berdasarkan jadual 4.14, aras signifikan bagi lelaki dan perempuan adalah

melebihi 0.05 manakala nilai F adalah 0.57. Ini menunjukan Hipotesis Nul diterima

iaitu tidak ada perbezaan yang signifikan terhadap kesan persekitaran HEP diantara

pelajar lelaki dan perempuan.

61

Ho 1.2 Tidak terdapat perbezaan yang signifikan terhadap kesan

persekitaran Kokurikulum diantara pelajar lelaki dan

perempuan.

Jadual 4.15: Analisis Aras Signifikan Bagi Persekitaran Kokurikulum

Jantina Bil Min Nilai t Nilai F Aras

Signifikan

Lelaki 61 4.719

Perempuan 69 4.851 1.598 9.225 0.113

∗ Signifikan adalah 0.05

Berdasarkan jadual 4.15, aras signifikan bagi lelaki dan perempuan adalah

melebihi 0.05 dan nilai F adalah 9.225. Ini menunjukan hipotesis Nul diterima iaitu

tidak ada perbezaan yang signifikan terhadap kesan persekitaran kokurikulum

diantara pelajar lelaki dan perempuan.

Ho 1.3 Tidak terdapat perbezaan yang signifikan terhadap kesan

persekitaran Fakulti Pendidikan diantara pelajar lelaki dan

perempuan.

Berdasarkan jadual 4.16 aras signifikan bagi lelaki dan perempuan adalah

melebihi 0.05. Ini menunjukan hipotesis Nul diterima iaitu tidak ada perbezaan yang

signifikan terhadap kesan persekitaran Fakulti Pendidikan diantara pelajar lelaki dan

perempuan.

Jadual 4.16 : Analisis Aras Signifikan Bagi Persekitaran Fakulti Pendidikan

Jantina Bil Min Nilai t Nilai F Aras

Signifikan

Lelaki 61 4.0455

Perempuan 69 3.9823 0.352 0.001 0.726

62

Ho 1.4 Tidak terdapat perbezaan yang signifikan terhadap kesan

persekitaran kolej kediaman diantara pelajar lelaki dan

perempuan.

Jadual 4.17: Analisis Aras Signifikan Bagi Persekitaran Kolej Kediaman

Jantina Bil Min Nilai t Nilai F Aras

Signifikan

Lelaki 61 4.8220

Perempuan 69 4.7019 1.204 4.086 0.231

∗ Signifikan adalah 0.05

Berdasarkan jadual 4.17, aras signifikan bagi lelaki dan perempuan adalah

melebihi 0.05. Ini menunjukan hipotesis Nul diterima iaitu tidak ada perbezaan yang

signifikan terhadap kesan persekitaran kolej kediaman diantara pelajar lelaki dan

perempuan.

Ho 1.5 Tidak terdapat perbezaan yang signifikan terhadap kesan

pengaruh rakan sebaya diantara pelajar lelaki dan perempuan.

Jadual 4.18 : Analisis Aras Signifikan Bagi Pengaruh Rakan Sebaya

Jantina Bil Min Nilai t Nilai F Aras

Signifikan

Lelaki 61 4.8106

Perempuan 69 4.519 0.445 0.356 0.657

∗ Signifikan adalah 0.05

Berdasarkan jadual 4.18, aras signifikan bagi lelaki dan perempuan adalah

melebihi 0.05. Ini menunjukan hipotesis Nul diterima iaitu tidak ada perbezaan yang

signifikan terhadap kesan pengaruh rakan sebaya diantara pelajar lelaki dan

perempuan.

63

Kesimpulannya, tiada perbezaan yang signifikan diantara kelima-lima

persekitaran yang dikaji iaitu persekitaran HEP, kokurikulum, Fakulti Pendidikan,

kolej kediaman dan pengaruh rakan sebaya mengikut jantina pelajar.

4.4.2 Hepotesis 2 (H2)

Hubungan antara faktor-faktor persekitaran dalam pembangunan rohani pelajar.

Ho 2.1 Tidak terdapat hubungan diantara faktor-faktor persekitaran

dalam kesan terhadap pembangunan rohani pelajar

Aras signifikan bagi setiap hubungan persekitaran adalah 0.01. Berdasarkan

jadual 4.19, menunjukkan hubungan yang sederhana positif antara faktor

persekitaran HEP dengan fakulti, kokurikulum dan pengaruh rakan sebaya dimana

nilai kolerasi adalah 0.549, 0.462 dan 0.442. Manakala hubungan yang positif lemah

antara faktor HEP dengan kolej kediaman dan fakulti dengan pengaruh rakan sebaya

dimana nilai kolerasi yang diperolehi adalah 0.161 dan 0.163. Hubungan

persekitaran kokurikulum pula menunjukkan hubungan yang lemah diantara fakulti

dan kolej kediaman dengan nilai kolerasi adalah 0.336 dan 0.298 tetapi persekitaran

ini mempunyai hubungan yang sederhana positif dengan persekitaran rakan sebaya

iaitu dengan nilai kolerasi sebanyak 0.459. Persekitaran yang dibangunkan oleh

fakulti pendidikan juga memberikan hubungan yang sederhana positif terhadap

persekitaran kolej kediaman dengan nilai kolerasi sebanyak 0.509. Hubungan yang

sederhana juga yang diberikan diantara persekitaran kolej kediaman dengan

pengaruh rakan sebaya dengan nilai kolerasi sebanyak 0.417. Kesimpulannya,

hipotesis nul yang dibina iaitu tidak terdapat hubungan bagi setiap persekitaran bagi

membangunkan rohani pelajar berjaya ditolak kerana bagi kelima-lima persekitaran

yang dikaji, puratanya adalah mempunyai hubungan yang sederhana positif diantara

satu sama lain dalam memberi kesan terhadap pembangunan rohani pelajar.

64

Jadual 4.19 : Analisis Hubungan Di antara Setiap Faktor Persekitaran

PERSEKITARAN HEP Kokurikulum Fakulti Kolej

Kediaman

Rakan

Sebaya

HEP 0.462** 0.549** 0.161* 0.442**

Kokurikulum 0.462** 0.336** 0.298** 0.459**

Fakulti 0.549** 0.336** 0.509** 0.163*

Kolej Kediaman 0.161* 0.298** 0.509** 0.417**

Rakan Sebaya 0.442** 0.459** 0.163* 0.417**

** aras kolerasi 0.01

4.5 Kesimpulan

Dalam bab ini proses penganalisaan telah dibuat daripada soal selidik yang

telah diedarkan. Penganalisiaan data ini dibuat tertumpu kepada lima persekitaran di

UTM iaitu HEP, kokurikulum, fakulti, kolej kediaman dan pengaruh rakan sebaya

yang dapat membantu memberi kesan dalam pembangunan diri pelajar dari aspek

kerohanian. Hasil analisis menunjukkan bahawa kesemua persekitaran diatas dapat

membantu memberi kesan dalam membangunkan rohani pelajar. Pengaruh rakan

sebaya memberikan kesan yang dominan dalam pembangunan rohani pelajar diikuti

oleh persekitaran kokurikulum, persekitaran di kolej kediaman, persekitaran HEP

dan yang terakhir adalah persekitaran di Fakulti Pendidikan. Dalam perbezaan

jantina lelaki dan perempuan, tidak terdapat perbezaan yang signifikan bagi setiap

aspek persekitaran yang dikaji dan kelima-lima aspek persekitaran ini adalah

mempunyai hubungan yang sederhana dalam memberi kesan terhadap pembangunan

rohani diri pelajar.

BAB 5

RUMUSAN, PERBINCANGAN DAN CADANGAN KAJIAN

5.1 Pengenalan

Bab ini akan mengemukakan perbincangan, beberapa rumusan dan cadangan

kajian lanjutan. Perbincangan dibuat berdasarkan dapatan kajian manakala rumusan

dan implikasi kajian dibuat berdasarkan hasil perbincangan. Beberapa cadangan

yang relevan sebagai implikasi kajian ini.

5.2 Rumusan Dapatan Kajian

Aspek rohani merupakan salah satu faktor pembangunan pelajar yang

ditekankan didalam Falsafah Pendidikan Negara disamping jasmani, emosi dan juga

intelek. Kajian yang dijalankan ini merupakan satu tinjauan untuk melihat kesan

persekitaran UTM dalam membangunakan diri pelajar khususnya dari aspek

kerohanian. Terdapat lima faktor persekitaran yang telah dikaji iaitu persekitaran di

HEP, fakulti, kokurikulum, kolej kediaman dan juga pengaruh rakan sebaya.

Kajian ini menggunakan soal selidik sebagai alat kajian bagi mendapatkan

maklumat berkaitan dengan kajian. Kajian ini melibat pelajar-pelajar di Jabatan

Pendidikan Teknik dan Kejuruteraan (JPTK) iaitu pelajar-pelajar di Fakulti

Pendidikan (FP). Seramai 130 orang pelajar yang telah terlibat dalam kajian ini yang

terdiri daripada daripada pelajar Kejuruteraan Awam, Elektrik, Jentera dan juga

66

Kemahiran Hidup. Kesemua pelajar yang terlibat adalah pelajar tahun akhir. Pelajar

ini dipilih kerana mereka lebih lama berada di UTM dan mempunyai pengalaman

untuk menilai keberkesan persekitaran yang dilaluinya selama empat tahun dalam

pembentukan rohani mereka.

Berdasarkan dapatan kajian yang diperolehi, didapati taburan responden yang

berumur antara 20-25 tahun yang mencatat peratusan yang tertinggi iaitu seramai 120

orang dengan peratusan sebanyak 92.3 peratus. Bagi responden berumur 26-30

tahun pula mencatatkan peratusan sebanyak 7.7 peratus iaitu seramai 10 orang.

Manakala kelas umur 30 tahun dan ke atas tidak mencatatkan sebarang responden

sama sekali. Majoriti responden terdiri daripada daripada pelajar perempuan iaitu

seramai 69 orang dengan peratusan sebanyak 53.1 peratus dan selebihnya adalah

pelajar lelaki.

Analisis mengikut bangsa menunjukan bahawa majoriti responden adalah

berbangsa Melayu iaitu seramai 107 orang responden (82.3%). Manakala responden

berbangsa Cina dan India masing-masing adalah seramai 3 orang (2.5%) dan 2 orang

(1.5%). Sebanyak 18 orang responden (13.8%) adalah dari lain-lain bangsa.

Majoriti daripada responden yang dikaji adalah beragama Islam iaitu seramai 107

orang (82.3%) diikuti responden beragama Kristian iaitu seramai 19 orang (14.6%)

manakala responden yang beragama Buddha dan Hindu masing-masing adalah 2

orang (1.5%).

Responden yang diambil adalah terdiri daripada pelajar-pelajar di Jabatan

Pendidikan Teknik dan Kejuruteraan Fakulti Pendidikan. Seramai 14 orang

responden telah diambil bagi kursus SPA (10.8%), manakala 15 orang responden

dari SPE (11.5%), 12 orang responden dari SPJ (9.2%) dan selebihnya 89 orang

adalah responden dari SPH (68.5%).

Terdapat sebanyak 10 buah kolej kediaman responden. Majoriti responden

adalah mendiami kolej KTHO iaitu seramai 39 orang (30%), KTR seramai 7 orang

responden (5.4%), KTF seramai 14 orang responden (14%), KTDI seramai 12 orang

(9.2%), KTC seramai 10 orang (7.7%), KRP seramai 11 oarng (8.5), KP seramai 3

67

orang (2.3%), Kolej 9 seramai 8 orang (6.2%), Kolej 12 seramai 17 orang responden

(13.1%) dan yang terakhir Kolej 11 seramai 9 orang responden (6.9%).

Hasil daripada analisis yang dibuat, didapati kesemua faktor persekitaran

yang dikaji memberi kesan dalam pembangunan rohani pelajar. Secara

keseluruhannya, kesan persekitaran terhadap rohani pelajar berada di tahap yang

tinggi, dengan nilai min puratanya adalah 4.39. Kesan pengaruh rakan sebaya

memberikan kesan yang paling kuat terhadap pembangunan rohani pelajar iaitu

dengan nilai min 4.67 diikuti oleh kesan persekitaran yang dibangunkan oleh HEP,

kokurikulum, kolej kediaman iaitu dengan nilai purata min masing-masing adalah

4.59. 4.45, 4.18 dan yang terakhir adalah persekitaran di fakulti pendidikan yang

paling sedikit memberi kesan dalam pembangunan rohani pelajar dengan nilai purata

min sebanyak 4.05.

Dapatan juga menunjukkan tiada perbezaan diantara pelajar lelaki dengan

pelajar perempuan terhadap kesan persekitaran yang dikaji dalam pembangunan

rohani pelajar. Ini menunjukan bahawa responden bersetuju menyatakan bahawa

persekitaran yang dikaji akan memberi kesan yang sama dalam pembentukkan rohani

pelajar tanpa mengira sama ada pelajar lelaki mahupun pelajar perempuan.

Dari aspek hubungan antara setiap faktor persekitaran dalam pembangunan

rohani pelajar, didapati hubungan persekitaran diantara HEP dengan fakulti,

kukurikulum dan rakan sebaya adalah sederhana positif iaitu dengan nilai kolerasi

masing-masing adalah sebanyak 0.549, 0.462 dan 0.442. Manakala hubungan

persekitaran diantara kokurikulum dengan fakulti dan kolej kediaman memberikan

kesan yang sedikit lemah. Ini dapat dilihat daripda nilai kolerasi yang dikaji iatu

masing-masing adalah 0.336 dan 0.298. Bagi hubungan fakulti dengan kolej

kediaman pula menunjukkan hubungan yang positif sederhana dengan nilai

kolerasinya sebanyak 0.509, begitu juga hubungan persekitaran bagi kolej kediaman

dengan pengaruh rakan sebaya yang memberikan kesan yang sederhana dengan nilai

kolerasi sebanyak 0.417. Tetapi bagi hubungan diantara fakulti dengan rakan sebaya

dan HEP dengan kolej kediaman menunjukkan hubungan diantara persekitaran

tersebut adalah sangat lemah iaitu tidak signifikan pada aras 0.01 dengan nilai

kolerasi masing-masing adalah sebanyak 0.163 dan 0.161.

68

Secara keseluruhannya dapat dirumuskan bahawa faktor-faktor persekitaran

yang dikaji iaitu persekitaran yang dibangunkan oleh HEP, kokurikulum, fakulti,

kolej kediaman dan juga pengaruh rakan sebaya memberi kesan dalam pembangunan

pelajar khususnya dari aspek kerohanian. Rakan sebaya memainkan peranan yang

sangat penting sebagai teras dalam pembangunan rohani pelajar kerana seseorang

lebih banyak mengahabiskan masa bersama rakan-rakan berbanding dengan aktiviti

yang disediakan oleh pihak-pihak tertentu.

5.3 Perbincangan Dan Kesimpulan

Perbincangan yang dibuat adalah berdasarkan dapatan kajian yang telah

dianalisis dalam bab empat. Ia tertumpu kepada dua persoalan dan dua hipotesis yang

telah dinyatakan sebelum ini.

5.3.1 Kesan Faktor Persekitaran Terhadap Pembangunan Rohani Pelajar

Hasil daripada penganalisisan persekitaran terhadap pembangunan rohani

pelajar, didapati kelima-lima faktor persekitaran yang dikaji iaitu persekitaran HEP,

kokurikulum, Fakulti Pendidikan, kolej kediaman dan pengaruh rakan sebaya

memberi kesan dalam membangunkan rohani pelajar. Dapatan kajian ini

menunjukkan min purata bagi kelima-lima persekitaran ini adalah 4.39. Ini

menunjukkan bahawa persekitaran yang dikaji memberi kesan yang tinggi dalam

pembangunan diri pelajar khususnya dalam aspek kerohanian.

Menurut Piaget (1984), daripada pemerhatian beliau, didapati kecerdasan

tingkah laku kanak-kanak juga dipengaruhi oleh persekitaran. Selain daripada faktor

baka, faktor persekitaran juga memainkan peranan penting dalam membangunkan

seseorang pelajar yang cemerlang bukan sahaja dari segi intelek malah juga fizikal,

emosi dan rohani. Ini menunjukkan kesan persekitaran yang dikaji adalah penting

bagi pembangunan rohani pelajar. Menurut Maimon (1994) Jabatan Hal Ehwal

69

Pelajar (HEP) telah diberi tanggungjawab dalam merancang dan mengadakan

persekitaran yang sesuai dan mempergiatkan usaha ke arah pembangunan sahsiah

pelajar. Ini menunjukkan usaha tersebut telah dilaksanakan oleh pihak universiti

untuk membangunkan rohani pelajar.

Dalam aspek kokurikulum pula, Adnan (1989) dalam kajiannya mendapati

bahawa penglibatan pelajar dalam kegiatan kokurikulum pada amnya dapat

membantu mencapai objektif yang dikehendaki oleh sistem pendidikan hari ini bagi

menghasilkan pelajar yang cergas, seimbang dan harmoni dari segala segi. Manakala

menurut Omar (1992), kokurikulum merupakan salah satu usaha menjadikan

pendidikan lebih seimbang iaitu antara perkembangan mental dengan kerohanian.

Perkara ini turut disokong oleh Nik Aziz (1990), yang mengatakan bahawa

pembudayaan ilmu dalam bidang kokurikulum merupakan kewujudan suatu keadaan

di mana setiap pelajar melibatkan diri dengan kegiatan membina skim tindakan dan

operasi yang mantap serta segala tindakan berdasarkan kepada ilmu, nilai akhlak,

kerohanian dan agama yang menjadi nilai teras dan bukan nilai pinggiran. Aktiviti

yang dianjurkan oleh pihak kokurikulum di UTM telah memberikan kesan positif

terhadap pembangunan rohani pelajar dengan nilai purata min yang tinggi. Kesan

yang tinggi ini menunjukkan UTM telah berjaya membangunkan rohani pelajar dari

program dan aktiviti yang telah diadakan.

Dari analisis yang dibuat didapati Fakulti Pendidikan juga memberi kesan

dalam pembangunan rohani pelajar. Dengan nilai purata min yang tinggi

menunjukkan bahawa Fakulti Pendidikan juga memberi kesan dalam pembangunan

rohani pelajar. Fakulti Pendidikan telah membentuk satu persekitaran yang dapat

membangunkan diri pelajar khususnya dari aspek kerohanian. Proses penyampaian

ilmu adalah bermula di fakulti secara formal. Ini selari dengan pendapat Abdul

Halim (1994) yang mentakrifkan pembangunan sumber manusia sebagai suatu proses

pembangunan dan pengembangan manusia melalui pembelajaran dan latihan yang

terancang. Oleh itu, setiap ilmu yang disampaikan di fakulti telah diselitkan dengan

nilai-nilai murni bukan hanya dapat memberi kesan dari segi intelek malah dapat

membina dari segi kerohanian seseorang pelajar. Ia juga disokong oleh Tajul Ariffin

(1993) yang menyatakan, pendidikan adalah merupakan salah satu proses

penyampaian ilmu pengetahuan disamping pembentukan peribadi yang akan

70

membawa perubahan kepada diri seseorang individu serta masyarakat. Selain itu

juga, peraturan-peraturan dan kemudahan yang disediakan oleh pihak fakulti seperti

dari segi pemakaian, tempat beribadah dan sebagainya sedikit sebanyak dapat

memberi kesan dalam pembentukkan rohani pelajar.

Dalam aspek lain, kolej kediaman juga memberi kesan positif dalam

pembangunan rohani pelajar. Dengan nilai min yang tinggi menunjukkan bahawa

kolej kediaman memberi kesan dalam pembangunan diri pelajar dari segi kerohanian.

Program-program yang dianjurkan oleh pihak kolej memberi kesan dalam

pembentukkan rohani pelajar. Beberapa program telah disusun oleh pihak kolej

kediaman iaitu pembangunan sahsiah (rohani), pembangunan kepimpinan,

pembangunan akademik dan kerjaya, pembangunan kemasyarakatan dan

pembangunan sukan dan riadah. Menurut Jamaludin, Nordin dan Ramli (1996),

susunan keutamaan program ini berasaskan peranan sebenar kolej kediaman pelajar

dan keperluan tambahan yang harus dipunyai oleh setiap individu pelajar sepanjang

pengajian mereka di universiti sebelum melangkah kaki ke alam pekerjaan. Di

antara aktiviti-aktiviti pelajar yang berkait dengan aspek kerohanian ini adalah

Ceramah Keagamaan dan Kaunseling, Pembimbing Rakan Sebaya (PRS), Usrah,

Seminar dan Bengkel Pembangunan Sahsiah dan seumpamanya. Di samping itu,

selain peranan felo sebagai penasihat kepada Jawatankuasa Kolej Mahasiswa (JKM),

mereka juga berperanan dalam memastikan peraturan kolej dipatuhi oleh semua

penghuni melalui proses mendidik dan memandu pelajar ke arah penghidupan

kampus yang sihat.

Rakan sebaya merupakan salah satu faktor persekitaran yang mempengaruhi

pembangunan diri pelajar di UTM. Rakan sebaya merupakan mereka yang hampir

seusia dengan pelajar itu sendiri. Rakan sebaya mempunyai pengaruh yang kuat dari

segi nilai, sikap dan pandangan terhadap kehidupan belia. Mereka dikatakan lebih

berjiwa senada dengan pelajar. Daripada analisis yang dibuat didapati rakan sebaya

memberi min purata yang tinggi. Min tersebut menunjukkan rakan sebaya memberi

kesan yang sangat kuat dalam pembangunan rohani pelajar. Menurut Tang (1990),

rakan sebaya ialah karib, klik, geng yang mempengaruhi perkembangan sikap, minat,

bahasa dan falsafah hidup. Akhlak dan nilai yang diamalkan oleh rakan sebaya

lazimnya akan mempengaruhi seseorang dan turut bertingkahlaku sedemikian kerana

71

mereka takut disingkir. Kajian tentang perhubungan rakan sebaya menunjukkan satu

trend terhadap saling sokong-menyokong melalui ketaatan dan kemesraan (Douvan

dan Gold (1966) dalam Rahil dan Habibah, 2002).

Berdasarkan dari kelima-lima faktor persekitaran yang dikaji, didapati

persekitaran yang paling dominan memberi kesan dalam pembangunan rohani pelajar

adalah pengaruh rakan sebaya diikuti persekitaran yang dibangunkan oleh pihak

kokurikulum, kolej kediaman, HEP dan yang terakhir adalah Fakulti Pendidikan.

Menurut Murugiah (1997), proses pembentukkan dan perkembangan

personaliti dalam dan luar seseorang pelajar remaja banyak di pengaruhi oleh

pengaruh persekitaran mereka. Rakan sebaya menjadi dominan dalam pembangunan

rohani pelajar kerana banyak masa yang dihabiskan bersama rakan sebaya

berbanding di tempat-temapt yang lain. Apa yang dikatakan oleh rakan sebaya lebih

mengambil tempat dalam diri seseorang pelajar. Ini secara tidak langsung,

meningkatkan pengaruh dari rakan sebaya.

Rakan sebaya mestilah mempunyai personaliti dan sahsiah tertentu yang

dapat mempengaruhi seseorang pelajar. Personaliti ataupun sahsiah itu

melambangkan ciri-ciri keperibadian seseorang individu ataupun pelajar iaitu

kecenderungan seseorang untuk bertingkah laku mengikut cara yang tertentu.

Menurut Crow dan Crow (1983), personaliti biasanya digunakan untuk

menghuraikan perawakan fizikal seseorang, corak pertuturan atau daya penarik yang

dimilikinya. Oleh kerana pelajar adalah merupakan golongan remaja yang

mengalami peringkat perkembangan dan pembentukan identiti diri. Oleh itu proses

perkembangan adalah satu bentuk perubahan pada struktur, pendapat dan tingkah

laku individu (Craig, 1976).

72

5.3.2 Perbezaan Kesan Aspek Persekitaran Terhadap Pembangunan Rohani

Berdasarkan Jantina Pelajar

Daripada analisis yang telah dibuat, didapati bagi kelima-lima faktor

persekitaran yang dikaji tidak mempunyai perbezaan yang signifikan diantara

pelajar lelaki dengan pelajar perempuan dimana hipotesis nul yang dibina diterima.

Dapatan menunjukkan kelima-lima faktor persekitaran yang dikaji memberi kesan

yang sama terhadap pembangunan rohani pelajar sama ada pelajar lelaki mahupun

pelajar perempuan. Perkara tersebut mungkin disebabkan oleh program-program dan

aktiviti-aktiviti yang telah dianjurkan oleh pihak tertentu teleh melibat semua pelajar

tanpa mengira pelajar lelaki mahupun pelajar perempuan dan secara tidak langsung,

pembangunan rohani pelajar dapat dibangunkan bersama-sama.

Aktiviti berkumpulan semakin mendapat tempat dalam setiap program yang

dibuat. Tidak kira samada program yang dianjurkan oleh pihak HEP, kokurikulum,

fakulti, kolej kediaman mahupun pengaruh rakan sebaya menerapkan aktiviti

berkumpulan. Ini dapat membina pembangunan diri pelajar yang sama rata diantara

semua pelajar. Setiap aktiviti berkumpulan boleh mewujudkan persefahaman,

interaksi yang lebih mesra di kalangan ahli-ahli pelbagai etnik di samping dapat

menyelesaikan masalah peribadi dan akademik. Pengalaman yang diperolehi

melalui cara ini dapat meluaskan pandangan, kefahaman serta menghasilkan

perkembangan dan kematangan jasmani, interaksi sosial yang sihat dan positif.

Menurut Mohammed (1990) berpendapat aktiviti kokurikulum dapat memupuk

perasaan kekitaan dan perpaduan melalui kegiatan berkumpulan. Hal ini dipersetujui

oleh Mohd Saleh (1996) yang menyatakan kokurikulum dapat memperkukuhkan

interaksi dan integrasi antara pelajar pelbagai kaum serta memupuk semangat

kewarganegaraan dan perpaduan.

73

5.3.3 Hubungan Antara Aspek Persekitaran Terhadap Pembangunan Rohani

Pelajar

Hasil kajian ini mendapati beberapa faktor persekitaran yang dikaji

mempunyai hubungan yang sederhana dalam memberi kesan terhadap pembangunan

rohani pelajar. Persekitaran yang dibangunkan oleh pihak HEP mempunyai

hubungan yang sederhana positif diantara persekitaran kokurikulum, fakulti dan

pengaruh rakan sebaya. Ini menunjukkan wujudnya kerjasama dengan pihak-pihak

tertentu bagi membangunkan rohani pelajar. Peranan yang dimainkan oleh Majlis

Perwakilan Pelajar (MPP) di UTM dalam mewujudkan kesan dalam pembangunan

rohani pelajar yang melibatkan persekitaran kokurikulum, fakulti dan pengaruh rakan

sebaya adalah berjaya. Peranan MPP adalah mengadakan aktiviti bagi pembangunan

diri pelajar, penyataan ini disokong oleh Abdul Hakim (1998) yang menyatakan

semua aktiviti yang bertujuan untuk membangunkan diri pelajar sama ada dari segi

fizikal, mental dan rohani dianjurkan oleh pihak universiti (HEP), pihak persatuan

pelajar (MPP) ataupun pihak-pihak lain di kampus. Manakala menurut Maimon

(1994) Jabatan Hal Ehwal Pelajar telah diberi tanggungjawab dalam merancang dan

mengadakan persekitaran yang sesuai dan mempergiatkan usaha ke arah

pembangunan sahsiah pelajar.

Program yang dianjurkan oleh pihak HEP dengan kerjasama pihak

kokurikulum, dan fakulti lebih mendapat sambutan disamping dapat memberi kesan

terhadap pembangunan rohani pelajar tetapi hubungan diantara persekitaran yang

yang dibangunkan oleh HEP dengan kolej kediaman adalah sangat lemah. Ini

mugkin kerana persatuan yang diwujudkan di kolej kediaman mengadakan aktiviti

yang hanya dapat disertai oleh para pelajar kolej kediaman tersebut dan tidak

melibatkan pelajar lain. Oleh itu kerjasama dengan pihak HEP sangat penting bagi

melibatkan pelajar-pelajar lain di universiti. Disamping itu juga di kolej kediaman

mempunyai pelbagai persatuan dan kelab seperti kelab sukan dan rekreasi, kelab

komputer, Pembimbing Rakan Sebaya (PRS) dan sebagainya. Setiap kelab dan

persatuan akan mengadakan program atau aktiviti yang hanya disertai oleh ahli kelab

dan persatuan di kolej tersebut. Kelab dan persatuan ini lebih mengadakan aktiviti-

aktiviti luar yang melibatkan pihak kokurikulum dan mengadakan program-program

yang melibatkan pihak Fakulti Pendidikan. Daripada analisis yang dibuat didapati

74

hubungan diantara persekitaran yang dibangunkan oleh pihak kolej kediaman

mempunyai hubungan yang sederhana positif dengan persekitaran kokurikulum

manakala hubungan yang lemah dengan persekitaran Fakulti Pendidikan. Ini

mungkin kerana pihak kolej kediaman kurang menjalinkan hubungan dengan pihak

fakulti bagi mewujudkan sesuatu program ataupun aktiviti.

Pengaruh rakan sebaya juga memberi hubungan yang sederhana positif

terhadap persekitaran kolej kediaman. Di kolej kediaman, kemungkinan para pelajar

dapat bergaul dengan kelompok yang lebih besar berbanding di fakulti hanya rakan

sekelas sahaja. Kelompok rakan sebaya yang lebih besar dengan pelbagai bangsa

dan agama dapat lebih mewujudkan persekitaran yang memberi kesan dalam

pembangunan rohani pelajar. Disamping itu juga para pelajar lebih mengabiskan

masa di kolej kediaman bersama-sama rakan berbanding di tempat-tempat lain

seperti fakulti. Ini juga dapat dibuktikan daripada analisis yang dibuat iaitu rakan

sebaya menjadi faktor dominan dalam kesan pembangunan rohani pelajar. Menurut

Murugiah (1997), proses pembentukkan dan perkembangan personaliti dalam dan

luar seseorang pelajar remaja banyak di pengaruhi oleh pengaruh persekitaran

mereka. Maka persekitaran yang banyak digunakan oleh para pelajar di UTM adalah

di kolej kediaman. Ini secara tidak langsung menunujukan bahawa faktor

persekitaran dan pengaruh rakan sebaya mempunyai hubungan yang kuat dalam

pembentukan rohani pelajar.

Daripada hasil analisis yang dibuat di dapati hubungan dalam pembangunan

rohani pelajar diantara pengaruh rakan sebaya dengan persekitaran yang

dibangunkan oleh pihak Fakulti Pendidikan adalah sangat lemah. Di Fakulti

Pendidikan mempunyai pelbagai kursus pendidkan yang ditawarkan diantaranya

dalah kemahiran hidup, sains dan matematik, kimia fizik dan sebagainya. Setiap

kumpulan pelajar berlajar di tempat berlainan dan hanya subjek asas fakulti sahaja

akan digabungkan. Ini menyebabkan pelajar-pelajar hanya bergaul dengan rakan

sekelas sahaja di fakulti sewaktu proses pembelajaran. Malah, ada para pelajar yang

tidak begitu rapat dengan rakan sekelas mereka. Kesan tersebut sedikit sebanyak

mempengaruhi pembangunan diri pelajar. Berbeza dengan hubungan diantara

pengaruh rakan sebaya dengan kokurikulum. Hubungan yang diwujudkan adalah

sederhana. Ini kerana para pelajar lebih mengadakan aktiviti kokurikulum ini

75

bersama rakan sebaya. Secara tidak langsung hasil daripada aktiviti kokurikulum itu

terus memberi kesan terhadap pembangunan rohani pelajar.

Persekitaran yang dibangunkan oleh pihak kokurikulum juga memberi

hubungan yang sederhana terhadap persekitaran di Fakulti Pendidikan. Ini mungkin

kerana persatuan di Fakulti Pendidikan kurang menyediakan program dan aktiviti

luar yang melibatkan kokurikulum. Pihak Fakulti Pendidikan lebih menyediakan

aktiviti yang memberi kecerdasan supaya aktiviti pembelajaran dapat dilaksanakan

dengan sempurna. Menurut Adnan (1989), menyatakan bahawa penglibatan pelajar

dalam kegiatan kokurikulum pada amnya dapat membantu mencapai objektif yang

dikehendaki oleh sistem pendidikan hari ini bagi menghasilkan pelajar yang cergas,

seimbang dan harmoni dari segala segi. Disamping itu juga, Fakulti Pendidikan akan

melahirkan seorang guru. Oleh itu aktiviti kokurikulum adalah sangat penting bagi

mendisiplinkan, berkemahiran kretif dan inovatif. Pernyataan ini disokong oleh Abu

Bakar (1991) yang menyatakan bahawa kokurikulum sebagai kegiatan penting untuk

melatih pelajar agar berdisiplin, berdikari dan berkemahiran dalam sesuatu lapangan

yang mereka sertai. Manakala menurut Nik Aziz (1989) dalam kajian menyatakan

bahawa aktiviti kokurikulum bertujuan memberi didikan sempurna kepada pelajar

agar mereka dapat menjadi insan yang baik.

5.4 Cadangan Kajian

Cadangan yang dikemukakan adalah berdasarkan dapatan kajian dan analisis

yang telah dibuat melalui cadangan tindakan dan cadangan kajian lanjutan.

5.4.1 Cadangan Tindakan

Bagi mencapai tahap yang lebih tinggi dalam pembangunan rohani pelajar,

agar pihak fakulti dapat lebih mewujudkan persekitaran kearah pembangunan rohani

pelajar seperti :

76

i. Dapatan menunujukkan Fakulti Pendidikan memebri kesan yang paling

rendah dalam pembangunan rohani pelajar, oleh itu dicadangkan supaya

pensyarah-pensyarah di Fakulti Pendidikan lebih dapat menerapkan nilai-nilai

murni semasa proses pengajaran dan pembelajaran.

ii. Berdasarkan daripada hasil dapatan, HEP juga memberi kesan yang rendah

terhadap pembangunan rohani pelajar, oleh itu dicadangkan agar pihak HEP

dengan kerjasama pusat Bimbingan dan Kaunseling dapat menganjurkan

lebih banyak seminar atau aktiviti yang melibatkan semua pelajar di UTM.

iii. Hasil dapatan menunjukkan kegiatan kokurikulum membrikan kesan yang

tinggi terhadap pembangunan rohani pelajar, oleh itu subjek kokurikulum ini

dapat ditingkatkan agar semua pelajar tidak terlibat dengan gejala-gejala

sosial yang tidak berfaedah.

5.4.2 Cadangan Kajian Lanjutan

Berdasarkan dapatan kajian dalam perbincangan dan rumusan yang dibuat,

beberapa cadangan dapat dikemukakan yang boleh dipertimbangkan oleh pihak-

pihak tertentu:

i. Oleh kerana kajian ini dilakukan di Fakulti Pendidikan sahaja, cadangan skop

kajian diperluas dan menggunakan sampel kajian yang lebih besar meliputi

keseluruhan pelajar di UTM yang melibatkan semua fakulti.

ii. Kajian juga boleh dibuat dengan mengadakan perbandingan tahap keberkesan

pembangunan diri pelajar khususnya dalam aspek kerohanian di UTM dengan

intitusi-intitusi awam mahupun swasta yang lain.

iii. Kajian lanjutan yang dibuat dapat menggunakan kaedah dan alat kajian yang

lain.

77

iv. Cadangan mendapatkan kaedah-kaedah yang berkesan dalam membantu

pembangunan diri pelajar terutama dalam aspek kerohanian

5.5 Penutup

Secara keseluruhannya didapati kelima-lima faktor persekitaran yang dikaji

iaitu persekitran yang dibangunkan oleh HEP, kokurikulum, Fakulti Pendidikan,

kolej kediaman dan juga pengaruh rakan sebaya memberi kesan yang tinggi terhadap

pembangunan rohani pelajar di UTM dimana, pengaruh rakan sebaya memberikan

kesan yang paling tinggi dalam pembangunan rohani seseorang. Daripada

perbincangan yang dibuat, didapati hubungan bagi setiap persekitaran dalam

memberi kesan terhadap pembangunan rohani pelajar adalah di tahap sederhana dan

pembangunan rohani yang wujud sekarang memberi kesan yang sama kepada pelajar

lelaki dan pelajar perempuan. Berdasarkan kajian yang telah dibuat, diharapkan

pembangunan rohani ini terus dipertingkatkan kerana ia sangat penting bagi

melahirkan seorang insan yang berguna.

BIBLIOGRAFI

Abd Alim (1995). “ Pengurusan Kokurikulum”. Kuala Lumpur : Fajar Bakti

Abd. Halim Othman et.al, (1994), “Pembangunan Sumber Manusia Di Kolej

Kediaman PelajarSatu Kajian Di Sebuah Universiti Di Malaysia”, Jurnal

Personalia Pelajar, Universiti Kebangsaan Malaysia, pp 67-81

Abd. Hakim Abdul Rahim (1998). “Pengurusan Kokurikulum.” Edisi Kelima. Shah

Alam: Penerbit Fajar Bakti.

Abd. Jalil Borhan (1999), Pembangunan Pelajar: Konsep dan Strategi Pelaksanaan ,

Universiti Teknologi Malaysia: Kertas Kerja Konvensyen Pendidikan 1999.

Abdullah Syukur (1999). “Bagaimana Untuk Mengasihi Dan Dikasihi”. Johor Bahru:

Perniagaan Jahabersa. 56 – 57.

Abu Bakar Nordin (1991). “ Kurikulum Perspektif dan Pelaksanaan”. Kuala

Lumpur : Penerbitan Pustaka.

Adnan Kamis (1993). “Sikap Pelajar terhadap Kegiatan kokurikulum Pergerakan

Beruniform : Satu Kajian Awal”. Bangi : Universiti Kebangsaan Malaysia.

Dr. Arham Abdullah, Baharin Mesir, Ahmad Muhaimin Mohamad (2006). “Faktor-

faktor Yang Menyumbang kepada Kecemerlangan Akademik Pelajar di

Universiti Teknologi Malaysia”. Skudai : Universiti Teknologi Malaysia.

Agoes Salim . (1983). The Role of Rukunegara in national building: a retrospective

view Negara II, (1): 26-30.

79

Azmahani Abdul Aziz, Jamaludin Mohamad Yatim, Baharin Mesir. “Kajian

Peningkatan Prestasi Akademik Pelajar Melalui Program Kecemerlangan”.

Fakulti Kejuruteraan Awam, UTM.

Baharin Mesir, Jamaludin Mohd Yatim, Azmahani Abd Aziz, Mohd Hidayat Jamal,

dan Muzaffar Zainal Abideen. “Gaya Hidup Pelajar Cemerlang dalam

Persekitaran Kampus”.Fakulti Kejuruteraan Awam, UTM.

Banks, G.A dan Clegg, A.A., Teaching Startegies For The Social Studies: Inquiry

Valueing And Decision-Making. Addison-Wesley Publishing Co.,

Massachusetts, 1977.

Besr and Kahn (1998). Reasearch In Education. Boston: Allyn and Bacon.

Cohen, W.A., Manion (1985). Entrepreneur and Small Problem Solver. New York:

John Wiley and Sons Inc

Crow dan Crow (1983). “Psikologi Pendidikan untuk perguruan.” Terjemahan

Habibah Elias, Dewan Bahasa dan Pustaka : Kuala Lumpur.

Ee Ah Meng (1994). “Siri Pendidikan Guru: Sekolah Dan Bilik Darjah.” Kuala

Lumpur: Fajar Bakti Sdn. Bhd.

Eisa Mohd Shah (1998). “Penglibatan Dalam Aktiviti Kokurikulum dan

HubungannyaDengan Pencapaian Akademik Pelajar”. Universiti Teknologi

Malaysia: Tesis Sarjana. Tidak diterbitkan.

Erikson, E.H., “Childhood And Society” edisi ke-2, Norton, New York, 1963.

Faridah Karim (1991). “Peranan Kokurikulum ke Arah Pembinaan Generasi

Berdisiplin”. Kuala Lumpur : Nurin Enterprise

80

Fraenkel, J.R., “Helping Students Think And Value: Strategies For Teaching The

Social Studies. Prentice-Hall Inc., Englewood Cliffs, New Jersey, 1980. Hazil

Abdul Hamid (1990), Sosiologi Pendidikan: Dalam Perspektif Pembangunan

Negara, Dewan Bahasa dan Pustaka: Kuala Lumpur,

Hazil Abd. Hamid (1990). Sosiologi Pendidikan Dalam Perspektif Negara.

Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Imam Ghazali, (terjemahan) (1977). “Keajaiban Hati”. Singapura, Pustaka Nasional

Pte. Ltd.

Jamaludin Mohamad Yatim, Fatimah Mohd Noor & Azmahani Abdul Aziz (2004),

Program Peningkatan Prestasi Akademik Pelajar di Fakulti Kejuruteraan

Awam, Conference of Engineering Education, Kuala Lumpur.

Kadir H. Din (1996) “Development and the Muslims”: the Third International

Islamic Geographical Conference 28 August - 2 September 1996, Institut

Aminuddin Baki, Genting Highland, Malaysia

Kamaruddin Hj. Husin (1996). “Sekolah Dan Perkembangan Kanak-Kanak”. Kuala

Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd.

Kamus Dewan Edisi Ketiga (1996). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Mansor Mohd. Noor. (1997) “National unity in the context of manpower utilization

in the labour market”. Kuala Lumpur: Department of National Unity.

Mohd Fadzir Abdul Wahab (1998). “Persepsi Pelajar Terhadap Faedah dan Faktor

Yang Mendorong Mereka Terhadap Kokurikulum.” Universiti Teknologi

Malaysia: Tesis Sarjana Muda.

81

Mohamed Fuad Ahmad, Hamidah binti Ab.Rahman, Norzaidahwati Zaidin, Faruk

bin Muhammad, Dr Rozeyta Omar, Sariati Azman, Rosillah Jamil dan Aniza

Othman. “Program Pembangunan Pelajar di Fakulti Pengurusan dan

Pembangunan Sumber Manusia, Universiti Teknologi Malaysia.” Fakulti

Pengurusan dan Pembangunan Sumber Manusia,UTM.

Mohammed Nor Che Noh (1990). “ Asas-asas Pendidikan : Satu Pengenalan”.

Kuala Lumpur: Flo Enterprise Sdn. Bhd.

Mohd. Majid Konting (1990). “Kaedah Penyelidikan Pendidikan.” Kuala Lumpur :

Dewan Bahasa dan Pustaka.

Mohd. Majid Konting (2000). “Kaedah Penyelidikan Pendidikan.” Kuala Lumpur:

Dewan Bahasa dan Pustaka.

Mohamad Najib Abdul Ghafar ( 1999 ). “ Penyelidikan Pendidikan.” Skudai, Johor :

Penerbitan Universiti Teknologi Malaysia.

Mohd Nor Che Noh (1990). “ Asas Pendidikan: Satu Pengenalan.” Kuala Lumpur:

Flo Enterprise.

Mohd Saleh Lebar (1996). “ Perkembangan dan Haluan Kokurikulum Pendidikan

Malaysia”. Kuala Lumpur : Berita Publishing Sdn. Bhd.

Mohd. Salleh Lebar (1999). “Memahami Psikologi.” Selangor : Thinker’s Library

Sdn. Bhd.

Mohd Sofian Omar Fauzee, Aminuddin Yusof dan Borhan Yusof (2002), “

Kokurikulum Peranan dan Implikasi.” Kuala Lumpur: Utusan

Murugiah Velayutham (1997). “Psikologi Pendidikan 1, Psikologi Perkembangan”.

Selangor : Kumpulan Budiman Sdn Bhd.

82

Nadler, L (Ed), “Managing Human Resources Development” The Handbook

Resource, In L.Nadler and G.D Winggs, San Francisco: Jossey-Bass, 1979.

Nik Aziz Nik Pa (1989). “ Program Pendidikan Pelajar Pintar Cerdas”. Selangor:

Dewan Pustaka Islam.

Nik Aziz Nik Pa (1990). “ Program Pendidikan Pelajar Pintar Cerdas (Teori dan

Praktikal).” Selangor: Dewan Pustaka Islam.

Nor Aini Idris, Madeline Berma, Faridah Shahadan (1996), “Wanita Malaysia dalam

Era Pembangunan Industri”. Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia,

Bangi Selangor.

Noran Fauziah (1993),” Sumber Manusia Dalam Organisasi”, Dewan Bahasa dan

Pusataka: Kuala Lumpur.

Omardin Arshaad (1990). “ Siri Pengajian dan Pendidikan Perguruan Sekolah”.

Kuala Lumpur: Utusan . hlm 430-431

Rahil Mahyuddin, dan Habibah Elias “The Relationship between Emotional Quotien

and The Acquisition of Basic Skills Among Primary School Children”,

CARE International Conference 2002, Grand Seasons Hotel, Kuala Lumpur,

2-4 Disember 2002. Kertas Kerja Virtual.

Sanusi Osman. (1989). Ikatan etnik dan kelas. Kuala Lumpur: Persatuan Sains Sosial

Malaysia.

Sidek Baba (2004), Seminar Kebangsaan NUIM IPT 2004, anjuran Pusat Islam &

Bahagian Hal Ehwal Mahasiswa (B'HEM) serta Yayasan Dakwah Islamiah

Malaysia (YADIM), Universiti Putra Malaysia, Kuala Lumpur.

83

Siti Norhaslida Binti Mat Hassan (2000), Persepsi Mahasiswi Terhadap Kemudahan

Asas Yang Disediakan Di Kolej Kediaman Pelajar, Utm, Skudai, Universiti

Teknologi Malaysia, Johor.

Sufean Hussin (1996), Pusat Kegiatan Guru: Status Pengurusan dan Penggunaannya

Dalam Meningkatkan Profesionalisme Guru, Jurnal Pendidikan, Jilid 17,

1996, Fakulti Pendidikan, Universiti Malaya.

Syahram Abdullah (1990). “Panduan Amali Untuk Penyelidikan Pendidikan.”. Kuala

Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.

Syed Arabi Idi (1992).” Kaedah Penyelidikan Komunikasi dan Sains Sosia”l. Kuala

Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Tang, Chee Yee. (1990). Psikologi Perkembangan. Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman.

Wee Eng Hoe (1996). “Gerak Kerja Kokurikulum (Sukan).”Shah Alam: Fajar Bakti.

________Kementerian Pelajaran Malaysia (1984). “ Laporan Jawatankuasa Kabinet

Mengkaji Pelaksanaan Dasar Pelajaran”. 1979, Reprint, Kuala Lumpur :

DBP

_________Kertas Cadangan FKA. Pelaksanaan Program Pembangunan Pelajar

Cemerlang. Jawatankuasa PPC. 2003.

_________Kertas Cadangan Jawatankuasa Program Pelajar Cemerlang. Program

Pembangunan Pelajar Cemerlang. Fakulti Kejuruteraan Awam. 2003.

_________Program pembangunan pelajar di kolej kediaman: tinjauan di Universiti

Teknologi Malaysia oleh Jamaludin Mohamad Yatim, Nordin Othman, Ramli

Ibrahim.

_________Seminar pengurusan asrama peringkat kebangsaan (SPARK) 1996.

84

________Siri pendidikan fajar bakti “Pengajaran Nilai Dalam Kurikulum” edisi

kedua oleh Sufean Hussin 1995 Shah Alam.

________ Berita Harian, 13 November 2003

________ Harian Metro, 27Mei 2007

________ Utusan Malaysia, 22 Julai 2005

LAMPIRAN

86

FAKULTI PENDIDIKAN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

BORANG SOAL SELIDIK

HUBUNGAN PERSEKITARAN DI UTM SKUDAI DENGAN

PEMBANGUNAN DIRI PELAJAR DALAM ASPEK KEROHANIAN

Arahan,

1. Soal selidik ini adalah sebahagian daripada kajian saya untuk mendapatkan

maklum balas tentang hubungan persekitaran UTM dalam pembentukan

pelajar.

2. Terdapat dua bahagian dalam borang soal selidik ini iaitu Bahagian A yang

merupakan butiran diri responden manakala Bahagian B mengandungi

soalan-soalan yang berkaitan dengan kajian yang dijalankan.

3. Pada bahagian A tandakan ( √ ) pada petak yang disediakan dan pada

bahagian B pula bulatkan jawapan yang anda pilih.

4. Apabila selesai menjawab, sila kembalikan borang ini kepada penyelidik.

5. Segala butir-butir yang terkandung di dalam soal selidik ini akan dirahsiakan

dan digunakan untuk kajian semata-mata.

Terima kasih atas kerjasama yang diberikan.

Oleh :

AHMAD NASRUL HAKIM BIN MAMAT @ ARIFFIN 860328-46-5021

AP050013

87

BAHAGIAN A

ARAHAN: Sila tandakan jawapan (√) pada ruangan yang disediakan.

1. Jantina : Lelaki [ ]

Perempuan [ ]

2. Umur : 20 – 25 tahun [ ]

25 - 30 tahun [ ]

Lebih 30 tahun [ ]

3. Bangsa : Melayu [ ]

Cina [ ]

India [ ]

Lain-lain [ ]

Sila Nyatakan …………………………..

4. Agama i. Islam [ ] ii. Kristian [ ]

iii. Buddha [ ] iv. Hindu [ ]

lain-lain ; Sila nyatakan …………………

5. Kursus yang diambil i. SPA [ ] ii. SPE [ ] iii. SPJ [ ] iv. SPK [ ] v. SPT [ ] vi. SPH [ ]

lain-lain ; Sila nyatakan …………………

6. Kolej Kediaman:.......................

88

BAHAGIAN B

ARAHAN : Bagi setiap soalan berikut , sila bulatkan nombor bagi menyatakan pendapat anda berdasarkan skala yang disediakan pada setiap soalan yang diberikan Pilih satu jawapan sahaja.

1. Sangat tidak setuju (STS)

2. Tidak Bersetuju (TS)

3. Setuju Sedikit (SSt)

4. Setuju (S)

5. Sangat Setuju (SS)

Hal Ehwal Pelajar (HEP) Bil Perkara STS TSt SSt tSt SSt

1 Pakaian “smart day” secara tidak langsung dapat menerapkan nilai murni dalam diri saya untuk menjadi lebih berdisiplin.

1 2 3 4 5

2 Peraturan yang ditetapkan oleh pihak universiti dapat membantu memperbaiki tingkah laku saya. 1 2 3 4 5

3 Program anjuran MPP seperti MHS dapat meningkatkan sahsiah diri saya sebagai seorang pelajar.

1 2 3 4 5

4 Program MPP yang dianjurkan oleh HEP dapat meningkatkan keyakinan diri saya membuat pemilihan yang tepat.

1 2 3 4 5

5

Kemudahan yang disediakan oleh Unit Perhubungan Pelajar UTM membuatkan saya lebih bersemangat untuk menyertai program yang dianjurkan.

1 2 3 4 5

6 Pilihanraya yang dijalankan didalam universiti melatih saya bersikap lebih amanah. 1 2 3 4 5

7 Kemudahan tempat berlajar seperti perpustakaan membuat saya lebih bermotivasi untuk belajar. 1 2 3 4 5

8 Aktiviti yang di anjurkan oleh pihak universiti dapat menjadikan saya lebih bertanggung jawab. 1 2 3 4 5

89

Fakulti Bil Perkara STS TSt SSt tSt SSt

9 Penasihat akedemik saya sentiasa membantu dalam pembentukan sahasiah diri saya. 1 2 3 4 5

10 Penasihat akademik saya sentiasa memberi nasihat dalam meningkatkan kerohanian diri saya. 1 2 3 4 5

11 Saya dapat mempelajari nilai-nilai murni yang diterapkan oleh pensyarah semasa proses pembelajaran.

1 2 3 4 5

12 Fakulti saya menyediakan surau/tempat beribadat yang selesa dalam pembentukan kerohanian saya. 1 2 3 4 5

13 Pembantu akedemik saya akan memberi nasihat jika tingkah laku saya melampaui batas. 1 2 3 4 5

14 Persatuan Mahasiswa Fakulti diwujudkan memberi peluang kepada saya menjadi sebagai pemimpin.

1 2 3 4 5

15 Program yang dijalankan oleh Persatuan Mahasiswa Fakulti banyak menerapkan nilai-nilai murni untuk diri saya.

1 2 3 4 5

16 Hari fakulti yang diadakan banyak memberi informasi yang dapat meningkatkan sahsiah diri saya.

1 2 3 4 5

17 Sikap hormat-menghormati selalu diamalkan oleh pelajar dan pihak fakulti dapat membentukan peribadi saya.

1 2 3 4 5

Kokurikulum Bil Perkara STS TSt SSt tSt SSt

18 Aktiviti ko-kurikulum membolehkan saya membina keyakinan diri yang tinggi dalam diri saya.

1 2 3 4 5

19 Saya yakin boleh menjadi pemimpin yang berjaya selepas menyertai program yang dianjurkan oleh pihak Ko-Kurikulum universiti.

1 2 3 4 5

20 Program ko-kurikulum yang dijalankan di universiti banyak meningkatkan sahsiah diri saya. 1 2 3 4 5

21 Ko-kurikulum yang dijalankan banyak menerapakan ilmu yang dapat memupuk nilai-nilai murni pada diri saya.

1 2 3 4 5

22 Aktviti ko-kurikulum yang dijalankan menyebabkan saya lebih bertolak ansur diantara satu sama lain.

1 2 3 4 5

23 Program daripada ko-kurikulum menyebabkan saya mengamalkan budaya hormat-menghormati. 1 2 3 4 5

24 Aktiviti kokurikulum membuat saya menjadi seorang yang lebih bertanggung jawab. 1 2 3 4 5

90

Kolej Kediaman Bil Perkara STS TSt SSt tSt SSt

25 Program anjuran kolej kediaman yang melibatkan kemasyarakatan dapat membantu meningkatkan sahsiah diri saya.

1 2 3 4 5

26 Kerjasama yang diterapkan didalam sesuatu program dapat meningkatkan semangatkekitaan saya

1 2 3 4 5

27 Program keilmuan yang dijalankan di kolej dapat meningkatkan kerohanian saya. 1 2 3 4 5

28 Kolej kediaman saya menyediakan surau/tempat beribadat yang selesa untuk melakukan ibadat. 1 2 3 4 5

29 Kolej saya menyediakan program keagamaan untuk menerapakan nilai-nilai murni didalam diri saya.

1 2 3 4 5

30 Peraturan yang ditetapkan kolej menjadikan saya lebih berdisiplin. 1 2 3 4 5

31 Program kebajikan yang disediakan oleh kolej menjadikan saya lebih prihatin terhadap aktiviti kebajikan.

1 2 3 4 5

Rakan Sebaya Bil Perkara STS TSt SSt tSt SSt

32 Pergaulan dengan rakan sekelas membantu saya menjadi lebih bertanggung jawab. 1 2 3 4 5

33 Rakan saya banyak mendorong saya melakukan ibadat keagamaan. 1 2 3 4 5

34 Rakan-rakan disekeliling banyak membantu saya meningkatakan tahap motivasi saya. 1 2 3 4 5

35 Melakukan aktiviti bersama rakan dapat meningkatkan personaliti saya. 1 2 3 4 5

36 Rakan-rakan akan menasihati saya sekiranya saya melakukan kesilapan. 1 2 3 4 5

37 Pergaulan saya bersama rakan-rakan menyebabkan saya sentiasa bertolak ansur. 1 2 3 4 5

38 Dorongan yang di berikan oleh rakan-rakan membantu meningkatkan keyakinan diri saya. 1 2 3 4 5

39 Kepercayaan yang diberikan oleh rakan sebaya membuat saya lebih amanah. 1 2 3 4 5

40 Contoh tauladan yang baik yang ditunjukan oleh rakan sebaya dapat meningkatkan nilai-nilai murni didalam diri saya.

1 2 3 4 5

91

92

93

94

95

96

97

98

99

100

101

102

103

T-Test

1. Perbezaan Bagi Persekitaran HEP

104

2. Perbezaan Bagi Persekitaran Kokurikulum

105

3. Perbezaan Bagi Persekitaran Fakulti Pendidikan

106

4. Perbezaan Bagi Persekitaran Kolej Kediaman

107

5. Perbezaan Bagi Pengaruh Rakan Sebaya