universiti teknologi malaysia borang pengesahan … · jasa dan pengorbanan kalian akan ku kenang...

26
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA PSZ 19:16 (Pind. 1/97) BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS JUDUL : PEMBANGUNAN PERISIAN PEMBELAJARAN BERBANTUKAN KOMPUTER (PBK) BERTAJUK LUKISAN OBLIK TINGKATAN 4 SESI PENGAJIAN : 2005/2006 Saya LIAN BIN LIUN (HURUF BESAR) mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut : 1. Tesis ini adalah hak milik Universiti Teknologi Malaysia. 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara institusi pengajian tinggi. 4. ** Sila tandakan ( ) SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972) TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh organisasi / badan di mana penyelidikan dijalankan TIDAK TERHAD Disahkan oleh _____________________________________ (TANDATANGAN PENULIS) Alamat Tetap : Lorong 18,C17-27, Taman Indah Permai , 88450 Manggatal,Kota inabalu,Sabah . _____________________________________ (TANDATANGAN PENYELIA) EN. ROSNI ZAMUDDIN SHAH HJ SIDEK (Nama Penyelia) Tarikh : APRIL 2006 CATATAN : * Potong yang tidak berkenaan. ** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD. Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan, atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan, penyelidikan atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM).

Upload: lamkhanh

Post on 09-Mar-2019

228 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

PSZ 19:16 (Pind. 1/97)

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS ♦

JUDUL : PEMBANGUNAN PERISIAN PEMBELAJARAN BERBANTUKAN KOMPUTER (PBK) BERTAJUK LUKISAN OBLIK

TINGKATAN 4

SESI PENGAJIAN : 2005/2006

Saya LIAN BIN LIUN

(HURUF BESAR) mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut :

1. Tesis ini adalah hak milik Universiti Teknologi Malaysia. 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara institusi pengajian tinggi. 4. ** Sila tandakan ( )

SULIT

(Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972)

TERHAD

(Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh organisasi / badan di mana penyelidikan dijalankan

TIDAK TERHAD Disahkan oleh

_____________________________________

(TANDATANGAN PENULIS)

Alamat Tetap : Lorong 18,C17-27, Taman Indah Permai, 88450 Manggatal,Kota inabalu,Sabah .

_____________________________________

(TANDATANGAN PENYELIA)

EN. ROSNI ZAMUDDIN SHAH HJ SIDEK

(Nama Penyelia) Tarikh : APRIL 2006

CATATAN : * Potong yang tidak berkenaan. ** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak

berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD.

♦ Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan, atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan, penyelidikan atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM).

ii

PEMBANGUNAN PERISIAN PEMBELAJARAN BERBANTUKAN

KOMPUTER (PBK) BERTAJUK LUKISAN OBLIK

TINGKATAN 4

LIAN BIN LIUN

Laporan Projek Ini Dikemukakan Sebagai Memenuhi Sebahagian Daripada Syarat

Penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan

( Kejuruteraan Mekanikal )

FAKULTI PENDIDIKAN

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

SKUDAI JOHOR

APRIL 2006

iii

PENGESAHAN PENYELIA

“Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya

karya ini adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan

penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan”.

(Kejuruteraan Mekanikal)

Tandatangan :……....................................….…………...…………

Nama Penyelia : EN. ROSNI ZAMUDDIN SHAH BIN HJ SIDEK

Tarikh :…….....................................………………...………

iv

“Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan

yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya”.

Tandatangan : ………………………..….

Nama Penulis : LIAN BIN LIUN

Tarikh : ……………………………

v

DEDIKASI

“Sesungguhnya kebesaran Tuhan tiada tolok bandingnya. Syukur kerana engkau

izinkan kejayaan ini menjadi milik keluargaku”.

Untuk ibubapa yang disayangi dan bapa,mama mertua yang disayangi

jutaan terima kasih atas doa dan restu kalian. Jasa dan pengorbanan kalian akan ku

kenang hingga ke akhir zaman.

Buat isteri yang amat ku kasihi,

Tan Sek Geok

Pengorbanan, ketabahan, sokongan dan kesetiaan mu,

tiada ternilai bagi ku, terima kasih yang tidak terhingga, kau bagaikan mentari pagi

yang pasti hadir menyinari perjalanan disepanjang perjuanganku

kejayaan ini, adalah lambang kasih dan keunggulan mu.

Untuk putera-puteriku yang amat ku sayangi,

Aaron, Kevin Lowell, Kent Rolend dan Mathilda Nicol

Terima kasih kerana kalian memahami erti perjuangan, perjuangan yang belum

berakhir ini biarlah menjadi perintis perjalanan kalian seterusnya.

Untuk Abang-abang dan Adik-adik yang diingati

Lutam;Suin;Salinah;Wnnie;Venesa;Liza dan Matheus.

kejayaan ini, biarlah menjadi pembakar semangat buat kita semua untuk terus

menuju ke hadapan. Buat keluarga, sanak saudara, rakan taulan dan sahabat handai,

segala jasa, doa dan sokongan kalian akan ku abadikan dalam kenangan.

vi

PENGHARGAAN

Penulis ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan ikhlas kepada

penyelia tesis, En Rosni Zamuddin Shah bin Hj. Sidek, kerana kesanggupannya

membimbing di sepanjang tempoh penyelidikan tesis ini. Keikhlasan beliau dalam

memberikan ilmu, dorongan dan nasihat sama ada secara langsung atau tidak

langsung amatlah dihargai.

Penulis juga ingin merakamkan penghargaan ikhlas kepada Dr. Zaidatun

Tasir dan Pn.Norah Md Noor kerana sudi menilai hasil projek ini.

Buat keluarga tercinta, terima kasih di atas pengorbanan dan komitmen yang

tinggi. Ketabahan dan berkat doa kalian amat saya hargai, dan biarlah hasil usaha ini

menjadi selangkah lagi kejayaan keluarga kita.

Penghargaan juga ditujukan kepada semua yang terlibat sama ada secara

langsung atau tidak langsung dalam membantu menjayakan projek ini.

Terima kasih buat semua.

vii

ABSTRAK

Tajuk perisian multimedia yang telah dibangunkan ini ialah Lukisan Oblik

iaitu satu subtopik dari Unit Geometri. Kajian dikhususkan kepada pembinaan

Lukisan Kavalier dan Lukisan Koordinat dengan Bahasa Malaysia adalah bahasa

perantaraannya. Perisian ini dibangunkan khusus untuk pelajar-pelajar Menengah

Akademik yang menawarkan mata pelajaran Lukisan Kejuruteraan Perisian

multimedia ini telah dibangunkan dengan gabungan perisian Macromedia Flash

5,Ulead Cool 3D,Photo Express 3.0,Sound Forge 6.0 dan Auto CAD Release 14.

PBK ini dan animasi yang mampu menjadi proses pengajaran dan pembelajaran

dalam bentuk cakera padat(CD) bagi memudahkan lagi penggunaannya. Di harapkan

perisian ini dapat membantu mempertingkatkan lagi mutu pengajaran dan

pembelajaran (P&P) sejajar dengan perkembangan teknologi masa kini.

viii

ABSTRACT

The title of this multimedia courseware is Drawing Oblic,which is one of the

subtopic from Geometry Unit. Bahasa Malaysia is used as amedium of instructions.

It consists of another two subtopic,which are construction of a Drawing Kavalier and

Drawing Coordinat. This courseware is developed specially for form 4 student,at

Technical and Vocational schools,and also the Academic Schools which offer

Engineering Drawing subject. This courseware is developed by using Macromedia

Flash 5 as main software and supported by other software namely Ulead Cool

3D,Photo Express 3.0,Sound Forge 6.0 and AutoCAD Release 14. Besides, it also

developed by the ombination of five main elements,which are

texts,graphic,audio,Video and animation. These five elements will make the

teaching and learning process more efective and interesting besides,this courseware

is easy to use as it is packaged into a CD. Last but not least,it is hope that this

courseware will hope to improve the quality of the teaching and learning process

which are parallel with the development of the new technologies these days.

ix

KANDUNGAN

BAB I : ENDAULUAN

1.1 Pendahuluan 2

1.2 Latar Belakang Masalah 3

1.3 Penyelesaian Masalah 5

1.4 Matlamat Projek 6

1.5 Skop Projek 6

1.6 Rasional Pemilihan Projek 8

1.7 Kepentingan Projek 9

1.7.1 Multimedia 9

1.7.2 Alat Bantu Mengajar (ABM) 10

1.7.3 Pembelajaran Berbantukan Komputer (PBK) 10

1.7.4 Teknologi Maklumat (IT) 10

1.7.5 Pengajaran 11

1.7.6 Pembelajaran 12

BAB II : SOROTAN KAJIAN

2.0 Pengenalan 12

2.0.1 Proses Pembelajaran 12

2.1 Teori pembelajaran yang digunakan 13

2.1.1 Teori Behaviorisme 13

2.1.2 Aplikasi Prinsip Teori Behaviorisme

Ke dalam Reka Bentuk Pembinaan Perisian. 14

2.1.3 Teori konstruktivisme 15

2.1.4 Aplikasi Prinsip Teori Konstruktivisme ke dalam

reka bentuk Pembinaan Perisian PBK. 16

2.1.5 Teori Kognitivisme 17

2.1.6 Aplikasi Prinsip Teori Kognitivisme ke dalam Reka

Bentuk Pembinaan Perisian PBK 17

2.1.7 Masalah Yang Berhubungdengan Pembentukan

x

Konsep 18

2.1.8 Masalah dalam pembelajaran

Lukisan Kejuruteraan 18

2.2 Apakah model yang digunakan 20

2.2.1 Model ADDIE 21

2.2.2 Analisis 22

2.2.3 Multimedia 23

2.2.4 Elemen – Elemen Dalam Multimedia 24

2.2.4.1 Teks 24

2.2.4.2 Grafik 25

2.2.4.3 Audio 25

2.2.4.4 Animasi 26

2.2.4.5 Video 26

2.3 kelebihan dan kekurangan PBK 27

2.3.1 Kelebihan PBK 27

2.3.1.1 Menarik dan Menyeronokkan 28

2.3.1.2 Pengajaran Individu 29

2.3.1.3 Makluman Balas Serta-merta 29

2.3.1.4 Mudah Alih 30

2.3.2 Kekurangan PBK 30

2.3.2.1 Tertakluk Kepada Kemudahan Perkakasan

Dan Perisian 30

2.3.2.2 Masa Kepakaran dan kepakaran tinggi 30

2.3.2.3 kos Tinggi 31

2.3.2.4 Terlalu Menyeronokkan 31

2.4 Sorotan Penulis PBK yang lepas 32

2.4.1 Kekuatan 32

2.4.2 Kelemahan 32

2.5 PBK yang akan dihasilkan 33

2.5.1 Analisis 34

2.5.2 Reka bentuk 34

2.5.3 Produksi 34

2.5.4 Implementasi 35

xi

2.5.5 Penilaian 35

2.5.6 Rekabentuk Visual 35

2.5.7 Paparan skrin 36

2.5.8 Perwakilan Maklumat 36

2.5.9 Perwakilan Arahan 37

2.5.10 Aplikasi multimedia dalam pembelajaran

lukisan kejuruteraan. 38

BAB III : REKABENTUK PERISIAN

3.0 Pengenalan 39

3.1 Fasa Analisis 39

3.1.1 Keputusan 40

3.1 .2 Reka bentuk 41

3.1.3 Pembentukan objektif 41

3.1.4 Pembentukan item-item ujian 42

3.1.5 Pemilihan Strategi 43

3.1.6 Kesesuaian sistem multimedia 44

3.1.7 Pembangunan 46

3.2 Carta Alir 47

3.3 Jadual Kerja 49

BAB IV : HASIL REKABENTUK PERISIAN

4.1 Pengenalan 50

4.2 Pakej Perisian 50

4.3 Cara Penggunaan Perisian 51

4.4 Struktur Asas dan Kandungan Perisian 52

4.5 Permulaan Perisian 53

4.6 Menu Utama 54

4.7 Paparan Menu Pengenalan 56

4.8 Paparan Menu Paksi Oblik 56

4.8.1 Langkah-langkah Pembinaan Paksi Oblik 57

xii

4.8.1.1 Contoh 1 57

4.8.1.2 Contoh 2 57

4.8.1.3 Contoh 3 57

4.9. Menu Kaedah Melukis Oblik Kavalier dan Kabinat 58

4.9.1 Contoh 1 58

4.9.2 Contoh 2 58

4.9.3 Contoh 3 58

4.9.4 Contoh 4 58

4.9.5 Contoh 5 58

4.9.1. Bulatan Dalam Oblik 59

4.9.2 Menunjukkan Kaedah Membina Bulatan Dalam Oblik 60

4.9 2.1 Langkah 1 60

4.9.2.2 Latihan 02 61

4.10 Latihan 61

4.10.1 Contoh 1 62

4.10.2 Contoh 2 62

4.10.3 Contoh 3 62

4.10.4 Contoh 4 63

4.11. Paparan Keluar 63

4.11 1 Paparan Butang Keluar 64

4.11.2 Halaman Penghargaan 64

4.1.2 Penghargaan 65

4.1.3 Penilaian Perisian 65

4.1.3.1 Grafik 66

4.1.3.2 Teks 66

4.1.4.3 Audio 67

4.1.3.4 Kaedah Penyampaian Pengajaran 68

4.1.4 Penutup 69

xiii

BAB V PERBINCANGAN, CADANGAN DAN KESIMPULAN

5.1 Pengenalan 70

5.2 Rumusan Perisian 70

5.3 Masalah-masalah yang Dihadapi oleh Pembangun 72

5.3.1 Kekangan Masa 72

5.3.2 Kekurangan Kepakaran dalam Bidang

Multimedia 73

5.3.3 Kekurangan Panduan dan Rujukan 73

5.4 Kelebihan Perisian 74

5.5 Kelemahan Perisian 75

5.6 Cadangan 75

5.7 Kesimpulan 76

5.8 Penutup 77

RUJUKAN 78

LAMPIRAN 82

xiv

SENARAI RAJAH

NO. RAJAH TAJUK

MUKA SURAT

2.1 Aliran Kerja Model ADDIE 22

2.2 Jadual Peratusan Pembelajaran Yang Berlaku

Mengikut Alat Deria Yang Digunakan

28

2.3 Carta Alir Senarai Simbol Yang Digunakan

Dalam Carta Alir

48

2.4 Carta Alir Carta Alir Pembangunan Perisian 48

2.5 Carta Alir Jadual Kerja 49

2.6 Carta Alir Montaj Permulaan 53

2.7 Carta Alir Paparan Halaman Objektif 53

2.8 Motaj Utama 55

2.9 Menu Bantuan 55

2.10 Paparan Sub Menu Pengenalan 56

2.11 Langkah-langkah Pembinaan Paksi Oblik Contoh

1

57

2.12 Langkah-langkah Pembinaan Paksi Oblik Contoh

2

57

2.13 Langkah-langkah Pembinaan Paksi Oblik Contoh

3

57

2.14 Oblik Kavalier Dan Kabinat 57

2.15 Menu Kaedah Melukis Oblik Kavalier Dan

Kabinat Contoh 1

58

2.16 Menu Kaedah Melukis Oblik Kavalier Dan 58

xv

Kabinat 2

2.17 Menu Kaedah Melukis Oblik Kavalier Dan

Kabinat Contoh 3

58

2.18 Menu Kaedah Melukis Oblik Kavalier Dan

Kabinat Contoh 4

59

2.19 Menu Kaedah Melukis Oblik Kavalier Dan

Kabinat Contoh 5

59

2.20 Kaedah Membina Bulatan Dalam Oblik 60

2.21 Kaedah Membina Bulatan Dalam Oblik 1 60

2.22 Kaedah Membina Bulatan Dalam Oblik 2 61

2.23 Latihan 61

2.24 Latihan 1 61

2.25 Latihan 2 62

2.26 Latihan 3 62

2.27 Latihan 4 63

2.28 Paparan Butang Keluar 63

2.29 Halaman Penghargaan 62

xvi

SENARAI SINGKATAN

PBK - Pembelajaran Berbantu Komputer

KBSM - Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah

HSP - Huraian Sukatan Pelajaran

MSRC - Pusat Penyelidikan Berkomputer Malaysia

MSC - Multimedia Super Corridor

CAL - Computer Aided learning

CAI - Computer Aided Intruction

PLATO - Program Logic Automatic Teaching Operations

ADDIE - Analysis, Design, Development, Implementation and Evaluation

xvii

SENARAI LAMPIRAN

Bil TAJUK

1) Borang penilaian perisian multimedia(penilaian pakar)

BAB 1

PENGENALAN

1.1. Pendahuluan

Teknologi maklumat atau information technology (IT) merupakan landasan

kepada arus pembangunan negara Malaysia dalam abad ke- 21. Kini, IT menjadi satu

agenda utama bagi Negara kita dan multimedia adalah salah satu elemen terpenting

di dalamnya. Kehadiran multimedia ini adalah kenyataan yang harus diterima dan

dimanfaatkan sebaik-baiknya.

Perkembangan teknologi ini juga telah mempengaruhi dasar kerajaan

Malaysia. Bahang ini terasa apabila kerajaan mengorak langkah dengan mewujudkan

Koridor Raya Multimedia atau Multimedia Super Corridor (MSC), kempen satu

rumah satu komputer dan di dalam bidang pendidikan juga tidak ketinggalan.

Sebagai permulaannya kerajaan memperkenalkan mata pelajaran IT dan

pembelajaran berbantukan komputer (PBK) sebagai salah satu kaedah pengajaran

dan pembelajaran. Antara usaha pihak Kerajaan untuk menerapkan pendidikan

berasaskan penggunaan komputer pada peringkat awal ialah mewujudkan Sekolah

bestari.

2

Menurut Marini Othman et al. (1999), konsep sekolah bestari mula menjadi

perhatian di Malaysia selari dengan pembangunan MSC. Kerajaan Malaysia dalam

usahanya untuk merealisasikan MSC telah memperkenalkan konsep permintaan

cadangan atau “Concept Request For Proposal” (CRFP) bagi ketujuh-tujuh aplikasi

multimedia dengan hasrat mempercepatkan revolusi MSC. Jesteru itu, perhatian

serius telah ditumpukan kepada aplikasi pendidikan berkonsepkan multimedia.

Dalam era ledakan teknologi maklumat dan ilmu pengetahuan pada masa

kini, pendidikan di Malaysia berkembang pesat dan menghampiri sasaran Negara

iaitu Wawasan 2020. Dalam aspek ini, teknologi maklumat dalam pendidikan

merupakan salah satu agen pemangkin yang mengorak langkah ke arah tersebut.

Perkembangan dunia pendidikan masa kini telah diwarnai dengan perkembangan

teknologi maklumat atau Information Communication Technology (ICT). Yang

mana perisian kursus yang ada di pasaran kebanyakannya bercirikan multimedia.

Oleh yang demikian, proses pengajaran dan pembelajaran memerlukan perubahan

seiring dengan perkembangan teknologi masa kini.

Bagi konteks penggunaan teknologi maklumat dalam pengajaran dan

pembelajaran, tidak ada satu cara yang khusus boleh dikatakan sebagai yang terbaik

dan mesti digunakan. Pendekatan yang terbaik sebenarnya ialah apabila penggunaan

teknologi maklumat itu sendiri sesuai dengan keperluan pelajar. Penggunaan

teknologi maklumat dalam pengajaran dan pembelajaran dapat dilihat dari dua aspek,

iaitu aspek pengajaran guru dan aspek pembelajaran pelajar.

Dalam konteks pengajaran, teknologi maklumat boleh digunakan sebagai alat

persembahan dan alat demonstrasi. Manakala dalam konteks pembelajaran pula,

penggunaan teknologi maklumat dalam pengajaran dan pembelajaran boleh

digunakan sebagai alat latihan, penerokaan, aplikasi dan juga komunikasi. Oleh

yang demikian kaedah pengajaran dan pembelajaran yang menggunakan komputer

dan multimedia perlu direalisasikan sepenuhnya di semua sekolah dan juga di institut

pengajian tinggi (IPT), agar proses pengajaran dan pembelajaran akan menjadi lebih

3

menarik, berkesan, efektif dan berkualiti. Sejajar dengan itu penggunaan perisian

yang bercirikan multimedia dalam proses pengajaran dan pembelajaran adalah

sesuai dengan arus perubahan ini.

1.2. Latar Belakang Masalah

Dalam proses pengajaran dan pembelajaran terdapat dua konsep utama.

Proses pengajaran dan pembelajaran yang berpusatkan kepada guru, dan proses

pengajaran dan pembelajaran yang berpusatkan pelajar. Sekiranya dahulu proses

pengajaran dan pembelajaran ini hanya berpusatkan kepada guru, tetapi kini tidak

lagi, kerana ianya lebih berpusatkan kepada pelajar dan lebih bersifat interaktif.

Menurut Presiden Guru-Guru Melayu Malaysia Barat (KGMMB), Abdul

Rahman Daud, pada alaf ini keadaan sudah berubah iaitu guru bertindak sebagai

pemudah cara yang seharusnya lebih bersedia, memiliki pengetahuan yang luas, peka

terhadap perkembangan persekitaran dan memiliki strategi pengajaran dan

pembelajaran yang berkesan. Beliau berkata, punca pengetahuan bukan hanya

tertumpu kepada bentuk tulisan tetapi menjangkau aspek teknologi selaras dengan

kepantasan teknologi moden dan canggih pada era globalisasi ini (Berita Harian, 15

Jun 2002).

Dalam usaha meningkatkan lagi kualiti pendidikan, selain daripada

pengurusan yang cemerlang, kaedah dalam proses pengajaran dan pembelajaran juga

perlulah bersesuaian dan dapat menarik minat pelajar untuk terus belajar. Ini adalah

kerana tanpa kaedah yang sesuai objektif pelajaran agak sukar untuk dicapai. Di

samping itu juga alat bantu mengajar (ABM) perlulah bersesuaian dengan isi

kandungan pelajaran. Salah satu kaedah yang dapat digunakan pada masa kini ialah

dengan menggunakan perisian multimedia dalam pendidikan atau lebih tepat lagi

4

adalah PBK. Dengan kemajuan IT, serta penggunaan ABM yang berkonsepkan

multimedia, tidaklah mustahil bagi guru untuk mengendalikan proses pengajaran dan

pembelajaran dengan lebih berkesan dalam Lukisan Oblik kepada para pelajar.

Objektif dalam proses pengajaran dan pembelajaran tidak akan tercapai sekiranya

kaedah yang digunakan tidak sesuai terutamanya dalam mata pelajaran teknikal

seperti Lukisan Kejuruteraan.

Kemudahan bagi mendapatkan perisian multimedia tempatan terutamanya

bagi mata pelajaran Lukisan Kejuruteraan adalah terhad. Nadzrah binti Mohd Jamil

(2003) dalam tesisnya, merujuk kepada Kajian yang telah dijalankan oleh Rio

Sumarni (1996), menunjukan kesanggupan guru untuk membina perisian multimedia

adalah tidak menggalakkan. Faktor tersebut adalah merupakan salah satu punca

utama kekurangan perisian tersebut.

Menurut Baharuddin, Manimegalai dan Rio Sumarni (2001), penggunaan

ABM yang canggih atau yang berbentuk elektronik jarang sekali digunakan.

Memandangkan untuk menghasilkan satu perisian ABM memerlukan masa dan

tenaga yang ramai, guru lebih cenderung kepada penggunaan papan tulis dengan

kapur (chalk and talk), carta atau poster dan contoh sebenar.

Chew Choon Kian (1998) dalam tesisnya, merujuk kepada Okey (1978), yang

mana masalah keciciran pelajar adalah disebabkan oleh beberapa faktor seperti

berikut:

i. Bahan pengajaran yang kurang sesuai

ii. Organisasi kandungan pembelajaran yang kurang terancang

iii. Persekitaran bilik darjah yang kurang menggalakkan

iv. Ketidakpelbagaian dalam kaedah pengajaran yang diamalkan oleh

guru-guru.

Dalam proses pengajaran dan pembelajaran bagi mata pelajaran Lukisan

Kejuruteraan kaedah penyampaian amatlah penting kerana ianya memerlukan daya

imaginasi yang tinggi bagi melukis sesuatu pandangan atau bentuk sesuatu objek.

Pada kebiasaanya guru akan menggunakan contoh objek yang sebenar sebagai alat

5

bantuan mengajar. Akan tetapi ianya menimbulkan masalah apabila pelajar perlu

ditunjukkan dengan bentuk objek yang banyak atau objek yang besar, kerana

menjadi kesukaran kepada guru untuk membawanya ke bilik darjah. Apabila guru

menggunakan perisian multimedia masalah tersebut dapat diatasi kerana ianya

menggunakan paparan 3-D, malah objek tersebut dapat diputarkan pada arah

pandangan yang berbeza-beza.

Selain daripada kaedah penyampaian penggunaan masa juga dititikberatkan

dalam proses pengajaran dan pembelajaran Lukisan Kejuruteraan bagi memastikan

objektif pembelajaran dapat dicapai dalam masa yang ditetapkan. Ini adalah kerana

dalam pengajaran mata pelajaran Lukisan Kejuruteraan guru-guru boleh

menggunakan kaedah tunjukcara yang mana guru-guru akan membuat lakaran pada

papan tulis. Ini akan mengambil masa yang panjang untuk menyiapkan satu-satu

lukisan. Menerusi penggunaan perisian multimedia masalah ini dapat diatasi, dan

guru tidak perlu lagi membuat lakaran kerana ianya dapat ditunjukkan dalam perisian

multimedia langkah demi langkah dengan hanya satu klikkan pada tetikus.

Bagi membantu guru-guru dalam proses pengajaran dan pembelajaran

berbantu komputer (PPBK), penyediaan perisian multimedia yang berbentuk

interaktif adalah bertepatan. Dengan terbinanya perisian multimedia ini, akan

memberikan lebih banyak pilihan kepada guru mahupun pelajar selain daripada

perisian yang sedia ada.

1.3. Penyelesaian Masalah

Kajian ini adalah untuk membina dan membangunkan satu perisisan

multimedia bagi membantu guru-guru Lukisan Kejuruteraan melaksanakan proses

pengajaran dan pembelajaran dengan lebih berkesan. Perisian multimedia ini

6

memuatkan satu topik kecil yang bertajuk Lukisan Oblik dalam mata pelajaran

Lukisan Kejuruteraan bagi Tingkatan Empat aliran teknikal dan juga aliran

akademik. Oleh yang demikian pengajaran topik kecil ini amatlah sesuai dengan

menggunakan perisian multimedia di mana segala maklumat dapat di bawa ke bilik

darjah dengan lebih mudah.

1.4. Matlamat Projek

Matlamat projek ini adalah untuk membangunkan perisian kursus

multimedia interaktif untuk kegunaan pengajaran dan pembelajaran untuk aliran

teknikal. Bahan pengajaran dan pembelajaran yang bersifat menyeluruh disediakan

bagi subjek Lukisan Kejuruteraan yang bertajuk Lukisan Oblik sebagaimana yang

terkandung dalam sukatan pelajaran. Antara lain matlamat-matlamat rekabentuk

perisian multimedia ini adalah seperti berikut:

i. Memperbanyakkan perisian pendidikan berbentuk multimedia bagi

mata pelajaran Lukisan Kejuruteraan yang sedia ada.

ii. Menggunakan Macromedia Flash MX 2004 untuk menghasilkan satu

perisian PBK yang lengkap bagi mata pelajaran Lukisan Kejuruteraan.

iii. Menggunakan Adobe Photoshop 7.0 untuk menghasilkan

latarbelakang dan butang untuk membina perisian PBK Lukisan

Kejuruteraan.

iv. Menggunakan AutoCad 2004 untuk menghasilkan lukisan 2D dan 3D

untuk diaplikasikan kedalam perisian PBK Lukisan Kejuruteraan.

v. Menggunakan Sound Forge 7.0 untuk membuat rakaman dan

memotong audio yang diperlukan untuk dimuat turunkan kedalam

perisian PBK Lukisan Kejuruteraan.

7

1.5 Skop Projek

Pembinaan perisian multimedia ini merujuk kepada keperluan pendidikan

dalam mata pelajaran Lukisan Kejuruteraan bagi tajuk Lukisan Oblik sebagai

sumber untuk meningkatkan tahap pencapaian akademik pelajar Tingkatan Empat

aliran teknikal dan aliran akademik. Sumber rujukan utama dalam penyediaan

perisian ini adalah mengikut kandungan buku teks serta sukatan pelajaran Lukisan

Kejuruteraan Tingkatan Empat.

i. Mempelbagai serta memberi pilihan kaedah penyampaian dalam

proses pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah.

ii. Membantu dalam proses pengajaran dan pembelajaran supaya lebih

berkesan.

iii. Menyumbangkan kepada industri perisian multimedia dalam

pendidikan bagi mata pelajaran lukisan kejuruteraan.

iv. Membantu pelajar sebagai sumber inspirasi dan motivasi bagi

menarik minat terhadap mata pelajaran lukisan kejuruteraan serta isi

kandungan yang hendak disampaikan.

v. Membolehkan pelajar belajar secara kendiri dan berkembang

mengikut tahap keupayaan dan minat mereka.

vi. Membolehkan pelajar mengulangi proses pembelajaran yang sama

secara berulang kali.

vii. Membolehkan pelajar belajar pada bila-bila masa dan di mana-mana

sahaja.

Poh Swee Hiang et al. (1996), berpendapat bahawa proses pengajaran yang

melibatkan komputer secara terus dalam mengendalikan pakej-pakej perisian yang

mempunyai objektif pembelajaran tertentu membolehkan pembelajaran berlangsung

mengikut kemampuan kognitif pelajar itu sendiri dan juga memungkinkan pelajar

mengikut tahap kemampuan dan keupayaan masing-masing serta dapat

mengurangkan masa bagi pelajar mencapai tahap yang ditentukan. Selain itu pelajar-

8

pelajar juga boleh mengenal pasti kelemahan yang ada dan memperbaiki prestasi

mereka.

1.6 Rasional Pemilihan Projek

Perisian ini akan menjadikan pembelajaran Pembinaan Oblik, lebih mudah

kerana ianya dapat menjelaskan konsep-konsep pembelajaran melalui paparan grafik

yang menarik. Disamping itu pembelajaran sebegini boleh diulang seberapa kerap

yang dikehendaki oleh pengguna. Pembelajaran melalui multimedia juga boleh

dikawal mengikut keperluan sendiri tanpa terikat dengan mana-mana pihak atau

masa yang diperuntukkan.

Dengan kaedah pembelajaran melalui PBK, pengguna atau pelajar dapat

menggurangkan kebergantungan kepada guru. PBK dapat memperjelaskan fakta

tanpa berubah-ubah makna dan ayat yang digunakan, berbanding penyampaian yang

digunakan oleh guru yang sering berubah mengikut kemahiran dan pengalaman dari

seorang guru kepada seorang guru yang lain.

Secara amnya perisian ini dapat digunakan sebagai bahan rujukan dan

pemudah cara, kepada guru yang akan mengajar tajuk oblik yang sama dengan

kandungan perisian ini.

9

1.7 Kepentingan Kajian

Penghasilan PBK multimedia ini di harapkan dapat mengurangkan bebanan

para guru di samping meningkatkan keberkesanan proses pengajaran dan

pembelajaran. Perisian ini juga di harap dapat membantu para pelajar memahami

konsep asas dalam Lukisan Oblik terutama melibatkan pembinaan garisan dalam

pandangan Oblik. Perisian ini juga dapat memberi pengukuhan dan pemulihan

sewaktu pembelajaran di sekolah mahupun di rumah dan seterusnya meningkatkan

pencapaian akademik pelajar.