norlela binti mohamad nor - fp.utm.my · ku pohon doa restu kalian dan terima kasih atas segala...
TRANSCRIPT
FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPUNYAI HUBUNGAN DENGAN
PENCAPAIAN AKADEMIK PELAJAR SPI, UTM SKUDAI
NORLELA BINTI MOHAMAD NOR
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPUNYAI HUBUNGAN DENGAN
PENCAPAIAN AKADEMIK PELAJAR SPI, UTM SKUDAI
NORLELA BINTI MOHAMAD NOR
Laporan Projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat
penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains serta Pendidikan
(Pengajian Islam)
Fakulti Pendidikan
Universiti Teknologi Malaysia
APRIL 2010
iii
Dedikasi
Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Dan Penyayang
Syukurku Atas Segala Kurniaan-Mu
Selawat Dan Salam Atas Rasul Junjungan Muhammad s.a.w.
Buat Ayah Dan Ibu Yang Tersayang..
Mohamad Nor Bin Awang Junoh & Wan Munah Binti Wan Hussin
Ku Pohon Doa Restu Kalian Dan Terima Kasih Atas Segala Pengorbanan Kalian
Buat Penyelia Yang Dikagumi..
Ustaz Abdullah Bin Sulong
Terima Kasih Di Atas Segala Tunjuk Ajarmu
Buat Warisan Sekeluarga..
Kakak-Kakak Dan Adik-Adikku
Nor Azriani, Norma, Nor Amirah, Mohamad Khairol Nizam, Nor Aisyah Dan Nor
Fatimah Nazirah
Terima Kasih Kerana Memahami Diriku Ini
Buat Pensyarah-Pensyarah Fakulti Tamadun Islam Dan Fakulti Pendidikan Yang
Disanjungi..
Terima Kasih Di Atas Ilmu Yang Diberikan
Semoga Allah Membalas Segala Jasa Dan Bakti Yang Dicurahkan
Sahabat-Sahabat Seperjuangan Yang Dikasihi,
Ijazah Sarjana Muda Sains Dan Pendididkan (Pengajian Islam)..
Terima Kasih Di Atas Segala-Galanya
Semoga Kejayaan Menjadi Milik Kita Bersama
Amin...
iv
PENGHARGAAN
Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam. Selawat dan salam buat junjungan
Rasulullah s.a.w. Ribuan kesyukuran dipanjatkan ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah
kurnia dan izin-Nya, maka laporan Projek Sarjana Muda (PSM) ini dapat disiapkan.
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih yang tidak terhingga buat penyelia
yang dihormati, Ustaz Abdullah bin Sulong di atas segala nasihat, dorongan dan
bimbingan serta tunjuk ajar yang telah diberikan di sepanjang proses menyiapkan
laporan PSM ini.
Jutaan terima kasih juga buat pensyarah-pensyarah Fakulti Tamadun Islam dan
Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia di atas tunjuk ajar yang diberikan
membantu melengkapkan lagi laporan ini. Buat sahabat-sahabat tahun akhir Sarjana
Muda Sains serta Pendidikan (Pengajian Islam) sesi 2009/2010, terima kasih kerana
memberikan sokongan dan bantuan dalam usaha menyiapkan projek ini.
Akhir kata, kepada semua pihak yang terlibat secara langsung atau tidak
langsung, terima kasih diucapkan. Semoga Allah melipat gandakan pahala amalan kalian
seterusnya dikurniakan kejayaan di dunia dan di akhirat, amin. Diharapkan hasil kajian
ini memberi manfaat kepada semua pembaca.
v
ABSTRAK
Kajian ini bertujuan melihat hubungan dan pengaruh faktor keluarga, rakan
sebaya dan pengurusan masa terhadap pencapaian akademik pelajar. Kajian ini
dijalankan di Fakulti Tamadun Islam, Universiti Teknologi Malaysia. Satu set soal
selidik yang mengandungi 40 item telah diedarkan kepada 70 sampel yang terdiri
daripada pelajar tahun satu hingga empat Sarjana Muda Sains serta Pendidikan
(Pengajian Islam), UTM sesi 2009/2010. Walau bagaimanapun hanya 66 responden
yang mengembalikannya. Ianya dianalisis secara deskriptif untuk mendapatkan nilai
kekerapan, peratusan dan min menggunakan Statistical Package for Social Science 14.0
for Windows. Hasil kajian rintis menunjukkan nilai α = 0.939. Hasil analisis
menunjukkan bahawa pencapaian akademik dan persepsi pelajar terhadap pencapaian
akademik adalah tinggi pada tahap min 4.12 dan 4.06. Di samping itu, faktor-faktor
keluarga, rakan sebaya dan pengurusan masa berada pada tahap min yang tinggi iaitu
4.20, 3.89 dan 3.91. Analisis secara inferensi juga dilakukan menggunakan pekali
Pearson (r) dan regrasi (r²) untuk melihat hubungan dan pengaruh yang wujud di antara
kedua-dua angkubah. Dapatan kajian menunjukkan terdapat hubungan yang signifikan
bagi faktor keluarga dengan nilai r = 0.618, rakan sebaya dengan nilai r = 0.537 dan
pengurusan masa dengan nilai r = 0.379. Dapatan kajian juga mendapati terdapat
pengaruh bagi faktor keluarga dengan nilai r² = 0.381, rakan sebaya dengan nilai r² =
0.289 dan pengurusan masa dengan nilai r² = 0.143.
vi
ABSTRACT
The purpose of the study is to identify the relationship and the influence between
family factor, peer pressure and time management with student’s academic achievement.
The research had been performed at the Faculty of Islamic Civilization, Universiti
Teknologi Malaysia. A set of questionnaires containing 40 items had been distributed to
70 samples from first until fourth year students of the Bachelor of Science with
Education (Islamic Studies), UTM 2009/2010 session. From there, only 66 set been
collected and analyzed descriptively to obtain the frequency, percentage and mean using
Statistical Package for Social Science Version 14.0 for Windows. Pilot research shows
that α = 0.939. The analyzed result shows that student’s academic achievement and
student’s perception about academic achievement have high level mean at 4.12 and 4.06.
In addition, the factors of family, peer pressure and time management have high level
mean at 4.20, 3.89 and 3.91. Data obtained were analyzed by inference statistics by
using Pearson correlation (r) and regression (r²) to see relationship and existing
influence between the two variables. The result shows that there were significant
relations for family factor with the value r = 0.618, peer pressure with the value r =
0.537 and time management with the value r = 0.379. The result also shows that there
are influence for family factor with the value r² = 0.381, peer pressure with the value r²
= 0.289 and time management with the value r² = 0.143.
vii
ISI KANDUNGAN
BAB PERKARA HALAMAN
PENDAHULUAN
PENGESAHAN STATUS TESIS
PENGESAHAN PENYELIA
HALAMAN JUDUL i
HALAMAN PENGAKUAN ii
HALAMAN DEDIKASI iii
HALAMAN PENGHARGAAN iv
ABSTRAK v
ISI KANDUNGAN vii
SENARAI JADUAL xii
SENARAI SINGKATAN xv
SENARAI LAMPIRAN xvi
BAB I PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan 1
1.2 Latar Belakang Masalah 3
1.3 Pernyataan Masalah 5
1.4 Objektif Kajian 6
1.5 Persoalan Kajian 7
1.6 Hipotesis Kajian 7
1.7 Kepentingan Kajian 8
viii
1.8 Batasan Kajian 8
1.9 Definisi Istilah 9
1.9.1 Faktor 9
1.9.2 Mempengaruhi 9
1.9.3 Pencapaian 10
1.9.4 Akademik 10
1.9.5 Pelajar 10
1.10 Kesimpulan 11
BAB II SOROTAN KAJIAN
2.1 Pengenalan 12
2.2 Pendidikan Sebagai Wadah Pembinaan
Tamadun Cemerlang 12
2.3 Kaitan Konsep Pembelajaran Dengan
Pencapaian Akademik 14
2.4 Kualiti Pendidikan Dalam Melahirkan Modal
Insan 16
2.5 Ciri-ciri Mahasiswa Cemerlang 18
2.5.1 Masyarakat Berilmu 19
2.5.2 Konsep Muhasabah 20
2.5.3 Konsep Jama'ah 21
2.6 Faktor-faktor Kajian Yang Berkaitan 21
2.6.1 Faktor Ibu Bapa 22
2.6.2 Faktor Rakan Sebaya 23
2.6.3 Faktor Pengurusan Masa 26
2.6.4 Faktor Motivasi 30
2.6.5 Faktor Sikap dan Minat 30
2.7 Kajian Lepas 32
2.8 Kesimpulan 34
ix
BAB III METODOLOGI KAJIAN
3.1 Pengenalan 35
3.2 Reka Bentuk Kajian 35
3.3 Tempat Kajian 37
3.4 Populasi Dan Sampel Kajian 37
3.5 Instrumen Kajian 38
3.5.1 Pengumpulan Data Primer 38
3.5.2 Pengumpulan Data Sekunder 41
3.6 Kaedah Pengumpulan Data 41
3.7 Kajian Rintis 42
3.8 Kajian Sebenar 43
3.9 Analisis Data 44
3.10 Jangka Masa Kajian 46
3.11 Kesimpulan 46
BAB IV ANALISIS DATA
4.1 Pengenalan 47
4.2 Bahagian A: Analisis Latar Belakang Responden 48
4.2.1 Latar Belakang Responden Mengikut
Jantina 49
4.2.2 Latar Belakang Responden Mengikut
Umur 49
4.2.3 Latar Belakang Responden Mengikut
Tahun Pengajian 50
4.2.4 Latar Belakang Responden Mengikut
Aliran Pendidikan 51
4.2.5 Latar Belakang Responden Mengikut
Kelayakan Pendidikan 52
4.3 Bahagian B: Analisis Deskriptif 52
4.3.1 Analisis Pencapaian Akademik Pelajar 53
4.3.2 Analisis Data Mengenai Persepsi Pelajar
x
Terhadap Pencapaian Akademik 54
4.3.3 Analisis Data Mengenai Kepentingan
Faktor Keluarga 59
4.3.4 Analisis Data Mengenai Kepentingan
Faktor Rakan Sebaya 65
4.3.5 Analisis Data Mengenai
Kepentingan Faktor Pengurusan Masa 71
4.4 Bahagian C: Analisis Inferensi 77
4.4.1 Analisis Korelasi 77
4.4.2 Analisis Regrasi 79
4.5 Analisis Keseluruhan 81
4.6 Kesimpulan 83
BAB V PERBINCANGAN, RUMUSAN DAN CADANGAN
5.1 Pengenalan 84
5.2 Perbincangan 85
5.2.1 Maklumat Latar Belakang Pelajar 85
5.2.2 Pencapaian Akademik Pelajar 87
5.2.3 Persepsi Pelajar Terhadap Pencapaian
Akademik 87
5.2.4 Kepentingan Faktor-Faktor Pencapaian
Akademik 88
5.2.5 Analisis Inferensi 92
5.3 Rumusan 94
5.3.1 Mengenal Pasti Persepsi Pelajar
Terhadap Pencapaian Akademik 94
5.3.2 Hubungan Di Antara Faktor-Faktor
Keluarga Dan Rakan Sebaya Terhadap
Pencapaian Akademik Pelajar 95
5.3.3 Pengaruh Di Antara Faktor-Faktor
Keluarga, Rakan Sebaya Dan
Pengurusan Masa Terhadap Pencapaian
xi
Akademik Pelajar 95
5.4 Cadangan 96
5.4.1 Memberi Keutamaan Terhadap Faktor
Keluarga 96
5.4.2 Memberi Perhatian Terhadap Faktor
Rakan Sebaya 97
5.5 Cadangan Kajian Lanjutan 97
5.6 Kesimpulan 98
BIBLIOGRAFI
LAMPIRAN
xii
SENARAI JADUAL
NO. JADUAL TAJUK HALAMAN
Jadual 3.1 Jumlah Populasi Kajian 38
Jadual 3.2 Pengkelasan Skala Likert 40
Jadual 3.3 Maklumat Setiap Bahagian, Jenis Konstruk 40
dan Bilangan Item Soal Selidik
Jadual 3.4 Penggunaan Kaedah Statistik Mengikut Pecahan
Objektif Kajian 44
Jadual 3.5 Nilai Skor Min 45
Jadual 3.6 Klasifikasi Kekuatan Korelasi 45
Jadual 4.1 Taburan Responden Mengikut Jantina 49
Jadual 4.2 Taburan Responden Mengikut Umur 49
Jadual 4.3 Taburan Responden Mengikut Tahun Pengajian 50
Jadual 4.4 Taburan Responden Mengikut Aliran Pendidikan 51
Jadual 4.5 Taburan Responden Mengikut Kelayakan Pendidikan 52
Jadual 4.6 Taburan Keputusan PNGK 53
Jadual 4.7 Taburan Skor bagi Item 1 54
Jadual 4.8 Taburan Skor bagi Item 2 54
Jadual 4.9 Taburan Skor bagi Item 3 55
Jadual 4.10 Taburan Skor bagi Item 4 55
xiii
Jadual 4.11 Taburan Skor bagi Item 5 56
Jadual 4.12 Taburan Skor bagi Item 6 56
Jadual 4.13 Taburan Skor bagi Item 7 57
Jadual 4.14 Taburan Skor bagi Item 8 57
Jadual 4.15 Taburan Min Keseluruhan Bagi Persepsi Pelajar
Terhadap Pencapaian Akademik 58
Jadual 4.16 Taburan Skor bagi Item 9 59
Jadual 4.17 Taburan Skor bagi Item 10 59
Jadual 4.18 Taburan Skor bagi Item 11 60
Jadual 4.19 Taburan Skor bagi Item 12 60
Jadual 4.20 Taburan Skor bagi Item 13 61
Jadual 4.21 Taburan Skor bagi Item 14 61
Jadual 4.22 Taburan Skor bagi Item 15 62
Jadual 4.23 Taburan Skor bagi Item 16 62
Jadual 4.24 Taburan Skor bagi Item 17 63
Jadual 4.25 Taburan Skor bagi Item 18 63
Jadual 4.26 Taburan Skor bagi Item 19 64
Jadual 4.27 Taburan Min Keseluruhan bagi Faktor Keluarga 64
Jadual 4.28 Taburan Skor bagi Item 20 65
Jadual 4.29 Taburan Skor bagi Item 21 65
Jadual 4.30 Taburan Skor bagi Item 22 66
Jadual 4.31 Taburan Skor bagi Item 23 66
Jadual 4.32 Taburan Skor bagi Item 24 67
Jadual 4.33 Taburan Skor bagi Item 25 67
Jadual 4.34 Taburan Skor bagi Item 26 68
Jadual 4.35 Taburan Skor bagi Item 27 68
Jadual 4.36 Taburan Skor bagi Item 28 69
Jadual 4.37 Taburan Skor bagi Item 29 69
Jadual 4.38 Taburan Min Keseluruhan bagi Faktor Rakan Sebaya 70
Jadual 4.39 Taburan Skor bagi Item 30 71
xiv
Jadual 4.40 Taburan Skor bagi Item 31 71
Jadual 4.41 Taburan Skor bagi Item 32 72
Jadual 4.42 Taburan Skor bagi Item 33 72
Jadual 4.43 Taburan Skor bagi Item 34 73
Jadual 4.44 Taburan Skor bagi Item 35 73
Jadual 4.45 Taburan Skor bagi Item 36 74
Jadual 4.46 Taburan Skor bagi Item 37 74
Jadual 4.47 Taburan Skor bagi Item 38 75
Jadual 4.48 Taburan Skor bagi Item 39 75
Jadual 4.49 Taburan Skor bagi Item 40 76
Jadual 4.50 Taburan Min Keseluruhan bagi Faktor Pengurusan Masa 76
Jadual 4.51 Hubungan Antara Pencapaian Akademik Dengan Faktor
Keluarga 78
Jadual 4.52 Hubungan Antara Pencapaian Akademik Dengan Faktor
Rakan Sebaya 78
Jadual 4.53 Hubungan Antara Pencapaian Akademik Dengan Faktor
Pengurusan Masa 79
Jadual 4.54 Pengaruh Antara Pencapaian Akademik Dengan Faktor
Keluarga 80
Jadual 4.55 Pengaruh Antara Pencapaian Akademik Dengan Faktor
Rakan Sebaya 80
Jadual 4.56 Pengaruh Antara Pencapaian Akademik Dengan Faktor
Pengurusan Masa 80
Jadual 4.57 Nilai Min Bagi Keseluruhan Konstruk Item 81
Jadual 4.58 Keputusan Korelasi 81
Jadual 4.59 Keputusan Regrasi 82
Jadual 5.1 Keputusan Korelasi 92
Jadual 5.2 Keputusan Regrasi 93
xv
SENARAI SINGKATAN
Bil Bilangan
Ha Hipotesis Alternatif
Ho Hipotesis Nol
KS Kurang Setuju
n Jumlah Responden
PNGK Purata Nilai Gred Keseluruhan
r Pekali Kolerasi
r² Regrasi
S Setuju
s.a.w Sallallahu ‘Alaihi Wa Sallam
S.W.T Subhanahu Wa Ta’ala
Sig Signifikan
SPSS Statistic Package For Social Science
SS Sangat Setuju
STS Sangat Tidak Setuju
TS Tidak Setuju
x Pemboleh Ubah Bebas
y Pemboleh Ubah Bersandar
xvi
SENARAI LAMPIRAN
LAMPIRAN TAJUK
A Borang Soal Selidik
B Surat Kelulusan Fakulti Pendidikan
Untuk Menjalankan Kajian
BAB 1
PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan
Ilmu adalah tunggak kepada iman atau akidah. Ilmu dan para ilmuan
mendapat tempat yang amat tinggi di sisi agama. Tanpa ilmu yang membawa kepada
kebenaran, seseorang itu dianggap jahil. Maka para ilmuan harus disanjung dan
dihormati serta dijadikan model untuk dituruti dari segi sikap, nilai dan kelakuan.
Islam menganjurkan umatnya supaya sentiasa berusaha dalam menuntut ilmu
kerana di dalamnya terdapat banyak kelebihan dan keistimewaan yang
dianugerahkan oleh Allah S.W.T. kepada orang yang berilmu. Firman Allah S.W.T.:
Æìsùö� tƒ ª!$# tÏ% ©!$# (#θ ãΖtΒ#u öΝä3ΖÏΒ tÏ% ©!$#uρ (#θ è?ρé& zΟ ù=Ïèø9 $# ;M≈y_u‘yŠ
2
Maksudnya: “Allah akan meninggikan orang-orang yang beriman
di antara kamu dan orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan
beberapa darjat.”
(Surah al-Mujadalah: 11)
Menurut Imam Al-Ghazali (1982 :74), kedudukan yang tertinggi bagi seorang
manusia ialah kebahagian abadi dan suatu yang paling utama ialah jalan kepadanya.
Tidak akan sampai kepadanya selain dengan ilmu dan amal serta tidak akan sampai
kepada amal melainkan mengetahui cara beramal. Hakikatnya, kita digalakkan untuk
mencari dan menuntut ilmu kerana ia adalah suatu usaha yang diredhai serta dituntut
dalam Islam.
Usaha untuk mendapatkan ilmu pengetahuan tidak ada hadnya. Selagi diberi
masa untuk hidup di dunia ini, selagi itulah semua orang dituntut untuk menambah
ilmu pengetahuan. Hadis Rasulullah s.a.w. ada mengatakan:
طلب العلم فريضة على كل مسلم
Maksudnya: “Menuntut ilmu adalah wajib ke atas setiap umat
Islam.”
(Riwayat Ibn Majah)
3
1.2 Latar Belakang Masalah
Dewasa ini, isu kemunduran dan kelesuan pencapaian Institusi Pengajian
Tinggi Awam (IPTA) tidak terkecuali dari menjadi buah mulut pemimpin dan rakyat.
Mahasiswa kebanyakannya dilihat tidak mencapai tahap akademik yang cemerlang
sebagaimana yang ditetapkan oleh sesebuah istitusi pendidikan. Hal ini menjadi isu
yang hangat diperkatakan dalam dunia pendidikan di mana ia melibatkan kredibiliti
sesebuah IPTA.
Menurut Isma Ismail dalam artikelnya yang bertajuk “1.5% Gagal Di IPTA”,
purata 4,800 atau 1.5 peratus daripada jumlah kemasukan pelajar setiap tahun, gagal
menamatkan pengajian atau diberhentikan daripada Institusi Pengajian Tinggi Awam
(IPTA) sepanjang tempoh 2005 hingga 2008. Timbalan Menteri Pengajian Tinggi,
Hou Kok Chung, bagaimanapun berkata, kadar berkenaan tidak membimbangkan
kerana ia kadar lazim yang dicatatkan di mana-mana IPTA (Harian Metro, 18 Mac
2009). Namun begitu, masalah ini tidak boleh dipandang remeh kerana ia sedikit
sebanyak boleh menjejaskan prestasi IPTA dan kualiti pelajar itu sendiri.
Pada umumnya, setiap individu yang bergelar pelajar amat mengharapkan
agar kejayaan sentiasa menyebelahi mereka. Kecemerlangan akademik menjadi
idaman semua pelajar bukan sahaja kepada para pelajar di institusi pengajian tinggi
malahan kepada semua pelajar sama ada di sekolah menengah ataupun rendah.
Masing-masing mahukan kejayaan dan kecemerlangan akademik dalam
pembelajaran (Mohammad Shatar Sabran, 2005: 1). Namun begitu, realiti sekarang
adalah sebaliknya. Mahasiswa dilihat tidak terlalu menonjol dalam bidang akademik
walaupun cemerlang dalam bidang lain.
Disiplin mempunyai kaitan dengan proses pembelajaran. Disiplin yang kuat
adalah satu daripada faktor-faktor asas kejayaan pembelajaran seseorang. Disiplin
4
bererti seseorang pelajar itu boleh mengawal tingkah lakunya secara sendiri tanpa
dikawal oleh orang lain. Konsep disiplin perlu dipupuk supaya pelajar dapat
membezakan antara yang baik dan yang buruk, antara yang berfaedah dan yang
membazir dan antara yang menguntungkan dan yang merugikan (Kamarudin Kachar,
1989: 109). Mahasiswa universiti dilihat mempunyai disiplin yang lemah dalam
proses menuntut ilmu. Tahap disiplin yang lemah dalam kalangan pelajar boleh
mempengaruhi pencapaian akademik pelajar seterusnya boleh menimbulkan masalah
apabila mereka menempuhi alam pekerjaan nanti.
Pencapaian pelajar perempuan mengatasi pelajar lelaki dikatakan
mempengaruhi peratus kemasukan pelajar perempuan ke IPTA. Senario ini mungkin
berkaitan dengan sikap yang ditunjukkan oleh kedua-dua jantina, terutamanya
terhadap kecemerlangan dan pencapaian diri. Menurut Ahmad Shahrul Nizam
Muhammad dalam artikelnya yang bertajuk “Lelaki Malas Guna Minda”, senario
penuntut wanita yang terus menguasai populasi di Institusi Pengajian Tinggi Awam
(IPTA) dikaitkan dengan kecenderungan golongan itu yang dikenal pasti lebih tekun,
konsisten berbanding penuntut lelaki yang lebih bertumpu kepada kemahiran tangan
dan pergerakan (Harian Metro, 27 November 2008).
Salah satu punca kegagalan pusat pengajian tempatan baik di peringkat
rendah mahupun tinggi dalam melahirkan golongan ilmuan ialah kerana ketiadaan
pembudayaan ilmu yang bersifat holistik. Sistem pendidikan konvensional telah
diamalkan dari bangku sekolah rendah dibawa sehingga ke universiti. Sistem
pendidikan inilah yang sedikit sebanyak telah mendangkalkan pemikiran pelajar
untuk mampu berfikir secara kritis atau analitikal apatah lagi menghasilkan idea yang
matang dan kreatif. Menurut Syed Hussin Alatas, budaya ilmu perlu dipupuk untuk
merasai kenikmatan belajar. Jika mereka tidak merasai kenikmatan itu sebaliknya
sekadar memaksa diri untuk mendapatkan sijil bagi mencari kerja, kemungkinan
berlaku pencapaian rendah adalah lebih besar (Utusan Malaysia, 20 Mei 2001).
5
Menurut Abdul Samad Hadi dalam Ku Halim Ku Bulat (2003: 20) dalam
kertas kerjanya yang bertajuk “Senario Semasa Pelajar Melayu Di IPTA”, senario
kecemerlangan akademik pelajar Melayu IPTA adalah suatu isu yang banyak
dibincangkan di mana-mana. Banyak kajian yang telah dijalankan bagi mengenal
pasti punca kelemahan yang menyumbang kepada pencapaian yang tidak
memberangsangkan pelajar Melayu terutama daripada sikap tidak mengutamakan
kecemerlangan, sekadar lulus cukup makan, malas berfikir, teknik pembelajaran
yang lemah, kurang daya usaha, kurang pengetahuan am dan isu-isu semasa serta
sering mengamalkan budaya suka bertangguh.
1.3 Pernyataan Masalah
Dalam realiti kehidupan kampus, mahasiswa menghadapi banyak masalah
dalam mengekalkan pencapaian akademik mereka. Terdapat pelbagai gangguan yang
mereka hadapi dalam proses pembelajaran disebabkan faktor-faktor tertentu.
Kebanyakan aktiviti-aktiviti yang dianjurkan oleh pihak universiti sedikit sebanyak
boleh mengganggu proses pembelajaran mereka kerana minat mahasiswa lebih
cenderung untuk melibatkan diri dalam aktiviti-aktiviti luar yang lebih mencabar.
Contohnya, mahasiswa lebih bertumpu kepada aktiviti-aktiviti kampus yang tidak
berfaedah seperti melibatkan diri dalam program berbentuk hiburan seperti “The
Battle of Band” dan sebagainya. Aktiviti-aktiviti ini sememangnya tidak
memberikan faedah kepada mereka bahkan tidak membina keintelektualan
mahasiswa. Di samping itu, ada juga segelintir daripada mereka yang lebih berminat
untuk melibatkan diri dalam persatuan-persatuan dalam kampus yang mana
memerlukan komitmen masa yang tinggi daripada mahasiswa. Ini secara tidak
langsung boleh mempengaruhi pencapaian akademik mereka.
6
Faktor keluarga dikatakan boleh mempengaruhi pencapaian akademik
pelajar. Ibu bapa merupakan aset paling penting dalam menentukan arah tuju
seseorang individu di dalam pelajarannya. Sekiranya mereka mendapat sokongan
yang sepenuhnya daripada ibu bapa, maka mereka akan sentiasa berusaha
meningkatkan mutu pembelajaran mereka. Begitu juga dengan rakan sebaya yang
mana mempunyai pengaruh yang amat tinggi terhadap diri seseorang pelajar kerana
rakan sebaya merupakan agen sosial yang mempengaruhi cara dan tingkah laku
mereka terhadap sesuatu. Di samping itu, pengurusan masa yang sistematik
diperlukan bagi menjamin kecemerlangan akademik. Mahasiswa pada masa kini
dilihat tidak menumpukan aspek pengurusan masa dalam kehidupan seharian, walhal
untuk mendapatkan pencapaian akademik yang cemerlang memerlukan komitmen
masa yang tinggi. Oleh itu, kajian ini dijalankan adalah bertujuan untuk melihat
apakah faktor-faktor ini dapat menyumbang kepada pencapaian akademik pelajar
berkenaan.
1.4 Objektif Kajian
Kajian ini dijalankan untuk mencapai objektif-objektif seperti berikut:
1. Mengenal pasti persepsi pelajar terhadap pencapaian akademik.
2. Melihat sejauh mana hubungan di antara faktor keluarga, faktor rakan sebaya
dan faktor pengurusan masa dengan pencapaian akademik dalam kalangan
pelajar.
3. Mengenal pasti faktor-faktor keluarga, rakan sebaya dan pengurusan masa
mempengaruhi pencapaian akademik dalam kalangan pelajar.
7
1.5 Persoalan Kajian
1. Apakah persepsi pelajar terhadap pencapaian akademik?
2. Adakah terdapat hubungan antara faktor keluarga, faktor rakan sebaya dan
faktor pengurusan masa dengan pencapaian akademik dalam kalangan
pelajar?
3. Adakah faktor-faktor keluarga, rakan sebaya dan pengurusan masa
mempengaruhi pencapaian akademik dalam kalangan pelajar?