hikmah, erti sebuah pengorbanan, 6.20

47
Sinopsis Hikmat (T1) Novel ini mengisahkan Amri yang bermasalah akibat sikap bapanya yang panas baran dan tidak bertanggungjawab. Di sekolah, Sapura melaporkan perbuatan Amri mengugut seorang murid kepada Cikgu Salman. Akibatnya, Amri dirotan oleh Cikgu Salman. Amri berdendam akan mengenakan Sapura suatu hari nanti. Di rumah, Amri sedih melihat ibunya yang menjadi mangsa kekejaman bapanya. Wang perbelanjaan tidak diberikan dan ibu Amri terpaksa berhutang dengan Pak Dolah. Dia juga sering menjadi mangsa kemarahan bapanya yang tidak bertimbang rasa. Pada suatu hari, Amri mengambil keputusan untuk mengenakan Sapura. Mereka berbasikal pulang ke rumah melalui jalan di sawah padi. Ketika melalui jalan sempit, Amri sengaja menghentikan basikalnya secara tiba-tiba. Akibatnya, Sapura terjatuh ke dalam lumpur sehingga mengotorkan pakaiannya. Amri berpuas hati kerana berjaya mengenakan Sapura. Namun, ketika sampai di rumah Amri mendapati ibunya dalam keadaan lemah dan ada luka pada mukanya. Dia berbasikal ke pekan untuk membeli ubat untuk ibunya. Dalam perjalanan pulang dia disekat dan dicederakan oleh beberapa orang pemuda untuk merampas wang. Mujurlah Sapura datang dan Amri terselamat. Sapura memberitahu ibu Amri sudah dihantarkan ke hospital. Kemudian, Amri turut dibawa ke hospital oleh bapa Sapura untuk mendapatkan rawatan. Peristiwa tersebut menginsafkan Amri. Sejak

Upload: cikgu-tan-cl

Post on 30-Jul-2015

1.432 views

Category:

Documents


5 download

TRANSCRIPT

Page 1: Hikmah, Erti Sebuah Pengorbanan, 6.20

SinopsisHikmat (T1)

Novel ini mengisahkan Amri yang bermasalah akibat sikap bapanya yang panas baran dan tidak bertanggungjawab. Di sekolah, Sapura melaporkan perbuatan Amri mengugut seorang murid kepada Cikgu Salman. Akibatnya, Amri dirotan oleh Cikgu Salman. Amri berdendam akan mengenakan Sapura suatu hari nanti.

Di rumah, Amri sedih melihat ibunya yang menjadi mangsa kekejaman bapanya. Wang perbelanjaan tidak diberikan dan ibu Amri terpaksa berhutang dengan Pak Dolah. Dia juga sering menjadi mangsa kemarahan bapanya yang tidak bertimbang rasa.

Pada suatu hari, Amri mengambil keputusan untuk mengenakan Sapura. Mereka berbasikal pulang ke rumah melalui jalan di sawah padi. Ketika melalui jalan sempit, Amri sengaja menghentikan basikalnya secara tiba-tiba. Akibatnya, Sapura terjatuh ke dalam lumpur sehingga mengotorkan pakaiannya. Amri berpuas hati kerana berjaya mengenakan Sapura.

Namun, ketika sampai di rumah Amri mendapati ibunya dalam keadaan lemah dan ada luka pada mukanya. Dia berbasikal ke pekan untuk membeli ubat untuk ibunya. Dalam perjalanan pulang dia disekat dan dicederakan oleh beberapa orang pemuda untuk merampas wang. Mujurlah Sapura datang dan Amri terselamat.

Sapura memberitahu ibu Amri sudah dihantarkan ke hospital. Kemudian, Amri turut dibawa ke hospital oleh bapa Sapura untuk mendapatkan rawatan. Peristiwa tersebut menginsafkan Amri. Sejak itu, Amri dan Sapura berkawan baik.

Page 2: Hikmah, Erti Sebuah Pengorbanan, 6.20

SinopsisErti Sebuah Pengorbanan (T2)Iman tinggal bersama-sama datuk dan neneknya setelah ibu bapanya

bercerai. Iman ingin menyatukan ibu bapanya semula. Iman bersahabat baik dengan Pei Wen. Iman tidak disukai oleh Linda rakan sekelasnya. Linda sentiasa mencari masalah dengannya.

Linda turut menyertai pertandingan pidato untuk mencabar Iman. Iman mendapat sokongan daripada Pei Wen, Adif Dainal dan Zulkarnian untuk menyertai pertandingan itu. Iman didesak oleh Linda supaya menarik diri daripada pertandingan tersebut jika mahu hubungan mereka pulih tetapi Iman enggan.

Adil Dainal menjauhkan diri daripada Iman selepas mendapat tahu bahawa lelaki yang akan berkahwin dengan ibunya ialah ayah Iman. Iman sedih kerana impiannya untuk menyatukan ibu bapanya mungkin tidak akan kesampaian.

Iman berjaya memenangi pertandingan pidato peringkat daerah. Perbuatan jahat Linda terbongkar selepas Linda mengakui bahawa dialah yang menjadi dalang menyembunyikan diari Iman. Iman berasa gembira apabila mendapat berita bahawa ayahnya dan Mak Cik Sofia, ibu Adil Dainal membatalkan hasrat untuk berkahwin. Ayah Iman berusaha unutk berbaik-baik semula dengan ibu Iman demi masa depan mereka sekeluarga.

Page 3: Hikmah, Erti Sebuah Pengorbanan, 6.20

Sinopsis6:20 (T3)

Empat hari berturut-turut Sukma bertemu dengan beberapa orang tetamu misteri di pintu pagar rumahnya. Peristiwa itu menimbulkan tanda tanya kepada Sukma. Dia ingin menyiasat tujuan kedatangan mereka tetapi dihalang oleh ibunya. Di kampus pula, fikiran Sukma bercelaru kerana tingkah laku Jerry telah berubah.

Alvin memberitahu Sukma bahawa Jerry menganggotai Kelab WX2 yang menuntut hak untuk hidup bebas secara mutlak. Sukma mencurigai tujuan penubuhan kelab itu setelah ternampak dengan Jerry yang berpakaian serba hitam dan bersolek seperti mayat. Sukma dan Rafiq memujuk Jerry supaya bertaubat. Abang Aim yang pernah menganggotai Kelab WX2 menasihati Sukma supaya berhati-hati kerana kelab itu sanggup melakukan apa-apa unutk memastikan matlamat mereka tercapai. Mereka pandai menghapuskan bukti supaya tidak dikesan oleh polis. Sukma melaporkan semua maklumat yang diketahuinya kepada Inspektor Ros. Inspektor Ros menemui Jerry untuk mendapatkan tandatangannya sebelum menyerahkan buku laporan kepada ketuanya.

Pihak polis bersiap sedia di tempat aktiviti kumpulan itu. Semasa operasi dijalankan, ibu Sukma terkena tembakan ahli kumpulan berkenaan dan koma. Sukma sedih dan marah kerana dia mengesyaki ibunya terlibat dalam kumpulan itu. Rupa-rupanya, ibunya merupakan perisik yang membantu pihak berkuasa untuk membanteras aktiviti kumpulan tersebut.

Page 4: Hikmah, Erti Sebuah Pengorbanan, 6.20

Tema

Hikmah (T1) Erti Sebuah Pengorbanan (T2)

6:20 (T3)

Permasalahan dalam keluarga yang mengakibatkan orang yang bermasalah.

Kasih sayang serta harapan yang ingin menyatukan keluarganya.

Jati diri yang diuji dengan arus dan pengaruh pemodenan.

Page 5: Hikmah, Erti Sebuah Pengorbanan, 6.20

Persoalan

Hikmat (T1)

• Masalah sebuah gejala buli dan memeras ugut di sekolah.

• Permasalahan keluarga yang menyebabkan anak menjadi liar.

• Kasih sayang seorang anak terhadap ibunya.• Keinsafan terhadap kelakuan buruk yang telah

dilakukan.• Sikap saling membantu dalam kalangan

masyarakat.

Page 6: Hikmah, Erti Sebuah Pengorbanan, 6.20

Persoalan

Erti Sebuah perjuangan (T2)

• Peranan dan tanggungjawab ibu bapa dalam keluarga khususnya anak-anak.

• Keprihatinan sebagai sahabat terhadap sahabat yang lain.• Usaha yang gigih mampu memacu kejayaan yang

cemerlang dalam pelbagai bidang.• Perbezaan kaum tidak menghalang persahabatan.• Kemenangan bagi insan yang bersabar dan kuat semangat.

Page 7: Hikmah, Erti Sebuah Pengorbanan, 6.20

Persoalan

6:20 (T3)

• Kasih sayang ibu bapa terhadap anak-anak.• Semangat setia kawan yang kukuh.• Sikap berdedikasi pemimpin terhadap

tanggungjawabnya.• Remaja yang mudah terpengaruh oleh gejala sosial.• Semangat cinta akan budaya tradisional.• Sikap berani menegakkan kebenaran.

Page 8: Hikmah, Erti Sebuah Pengorbanan, 6.20

Watak UtamaHikmah (T1) Erti Sebuah Pengorbanan

(T2)6:20 (T3)

Amri• Murid yang bermasalah.• Sering membuli dan

meminta wang perlindungan daripada murid lain.

• Bersifat pendendam.• Suka mengenakan orang

lain.• Sayang akan ibunya.

Iman Zulaika• Pelajar tingkatan satu.• Anak tunggal.• Ibu bapanya sudah

bercerai.• Murid yang pintar

berpidato hingga berjaya mewakili sekolah.

• Seorang yang berdikari, rajin, dan pintar dalam Matematik.

• Amat sayang akan ibu dan bapanya.

• Berazam untuk membina keluarganya yang runtuh semula.

• Disayangi rakan-rakan dan guru.

• Patuh akan perintah guru.

Nur Sukma• Anak tunggal Tuan haji

Syaqir dan Puan Delia.• Berusia 19 tahun.• Penuntut jurusan Sains

Politik di sebuah institusi pengajian tinggi awam.

• Hidup bermasyarakat dan suka membantu.

• Taat akan perintah Tuhan.• Bersemangat setia kawan.• Gigih berusaha dan tidak

berputus asa.• Bijak, rajin dan matang.• Taat akan perintah ibu

bapanya.• Selalu memohon maaf

kepada ibunya setelah dia bersikap kasar terhadap ibunya.

Page 9: Hikmah, Erti Sebuah Pengorbanan, 6.20

Watak Sampingan

Hikmat (T1)

Sapura• Pengawas sekolah.• Amanah.• Bertanggungjawab.• Bersikap tegas dan berani.• Baik hati.• Mempunyai rasa simpati terhadap orang lain.

Page 10: Hikmah, Erti Sebuah Pengorbanan, 6.20

Emak Amri• Tabah menghadapi penderitaan hidup.• Berhati mulia.• Patuh akan suami.• Penyayang.• Bertanggungjawab.• Bersikap pemaaf

Hikmat (T1)

Watak Sampingan

Page 11: Hikmah, Erti Sebuah Pengorbanan, 6.20

Watak Sampingan

Hikmat (T1)

Ayah Amri• Tidak bertanggungjawab.• Ketagihan dalam permainan judi dan

dadah.• Akhirnya dia insaf akan perbuatannya

yang kejam terhadap keluarganya.

Page 12: Hikmah, Erti Sebuah Pengorbanan, 6.20

Watak Sampingan

Hikmat (T1)

Pak Dolah• Peruncit yang baik hati.• Memberi hutang kepada keluarga Amri.• Tidak pernah kisah hutang keluarga

Amri.

Page 13: Hikmah, Erti Sebuah Pengorbanan, 6.20

Pei Wen• Berketurunan Cina.• Berkawan baik dengan Iman sejak kecil lagi.• Mudah menyesuaikan diri dengan persekitaran

orang Melayu.• Tinggal bersama-sama dengan bapa dan ibu tiri.• Berasa tertekan dengan lantaran sikap ibu tirinya

yang kasar terhadapnya.• Berprihatin, penyayang dan rajin belajar.

Watak Sampingan

Erti Sebuah perjuangan (T2)

Page 14: Hikmah, Erti Sebuah Pengorbanan, 6.20

Watak Sampingan

Erti Sebuah perjuangan (T2)

Linda• Rakan sekelas Iman.• Mencemburui kelebihan Iman.• Suka menonjolkan diri.• Sanggup menganiayai Iman demi

memuaskan hatinya.

Page 15: Hikmah, Erti Sebuah Pengorbanan, 6.20

Watak Sampingan

Erti Sebuah perjuangan (T2)

Adif Danial• Pelajar baharu di kelas Tingkatan Satu Dinamik.• Anak tunggal dalam keluarga.• Bapanya sudah meninggal dunia.• Bijak. • Keras hati.• Sensitif dan mudah merajuk.

Page 16: Hikmah, Erti Sebuah Pengorbanan, 6.20

Watak Sampingan

Erti Sebuah perjuangan (T2)

Datuk dan nenek• Sepasang suami isteri yang telah lanjut usia.• Mempunyai beberapa orang anak.• Digambarkan anak-anaknya berjaya dalam

akademik.• Menyayangi cucu mereka, Iman.

Page 17: Hikmah, Erti Sebuah Pengorbanan, 6.20

Watak Sampingan

6:20 (T3)

Rafiq Mustaqeem• Sahabat Sukma, Teja, Jerry, dan Alvin• Berasal dari Washington.• Berdarah kacukan Melayu (ayah) dan Turki (ibu). Wajahnya

iras kacukan orang Inggeris.• Pelajar baharu di universiti wang sama dengan Sukma.• Baik hati, merendah diri, dan mudah dibawa berbincang.• Bijak dalam pelajaran.• Setia kawan.

Page 18: Hikmah, Erti Sebuah Pengorbanan, 6.20

Watak Sampingan

6:20 (T3)

Iskandar• Sahabat kepada Sukma sejak bersekolah menengah.• Penuntut jurusan Sains Politik di sebuah institusi pengajian

tinggi awam.• Gemar memberontak dan bersikap pesimistik.• Suka melihat sesuatu dari sudut yang berbeza.• Suka merendahkan kebolehan dan kemampuan orang lain.• Mudah terpengaruh dengan mengagungkan budaya Barat.• Bertaubat• Bekerjasama.

Page 19: Hikmah, Erti Sebuah Pengorbanan, 6.20

Watak Sampingan

6:20 (T3)

Puan Delia• Ibu Sukma dan isteri kepada Tuan Haji Syaqir.• Berdisiplin, amanah, baik hati, dan cantik.• Penyayang dan bertanggungjawab.• Menghormati tetamu.• Menghidap penyakit darah tinggi.

Page 20: Hikmah, Erti Sebuah Pengorbanan, 6.20

Watak Sampingan

6:20 (T3)

Tuan Haji Syaqir• Pengerusi jawatankuasa kampung.• Bertanggungjawab.• Taat akan perintah Tuhan.• Dihormati oleh masyarakat sekeliling.• Pandai memujuk.• Tenang dalam menyelesaikan perselisihan

faham yang berlaku.

Page 21: Hikmah, Erti Sebuah Pengorbanan, 6.20

Plot

Hikmat (T1)

PermulaanAmri baru sahaja dirotan oleh Cikgu Salman kerana perbuatan buruknya terhadap Saleh telah dilaporkan oleh Sapura kepada Cikgu Salman. Hal itu menimbulkan perasaan sakit hati Amri terhadap Sapura dan bertekad untuk mengenakan Sapura suatu hari nanti. Kawan baik Amri, Siva enggan bersubahat untuk mengenakan Sapura.

Page 22: Hikmah, Erti Sebuah Pengorbanan, 6.20

PerkembanganEmak Amri kurang sihat, kesempitan wang, dan dibebani pula perangai ayahnya apabila pulang ke rumah meminta wang daripada emaknya. Sejurus kemudian, emak Amri pulang dari kedai Pak Dolah. Pertengkaran emak dengan ayahnya berlaku berpunca daripada ayahnya pulang semata-mata meminta duit daripada emaknya. Apabila emaknya gagal memberikan duit. Ayahnya menyelongkar gerobok. Ketika ingin pergi, sempat lagi ayahnya meragut rantai pusaka yang dipakai emaknya. Emak cuba menghalang ayah tetapi gagal kerana kakinya tersanding bendul. Amri yang geram melihat kejadian itu cuba menghalang ayahnya, namun tindakan itu menyebabkan ayahnya menampar Amri sehingga tersungkur.

Plot

Hikmat (T1)

Page 23: Hikmah, Erti Sebuah Pengorbanan, 6.20

PlotHikmat (T1)

PerumitanAmri ke sekolah dengan kesan lebam di pipi. Pada masa rehat Amri menyisihkan diri di hujung padang. Hatinya amat pedih mengenangkan keadaan yang berlaku kepadanya sehingga air matanya membasahi pipi. Semasa hendak pulang dari sekolah, Amri menunggu Sapura di tempat letak basikal. Mereka berdua kemudian melalui jalan sempit di tengah. Semasa melalui jalan tersebut tiba-tiba, Amri yang berada di hadapan memberhentikan basikalnya secara tiba-tiba. Sapura yang berada di belakang terkejut dan tidak boleh mengawal basikalnya lalu terjatuh ke dalam bendang. Amri sampai di rumah dan melihat keadaan rumahnya yang bersepah dan emaknya sedang menangis dengan keadaan kepala luka dan berdarah. Tanpa disedari segala yang berlaku kepada dua beranak itu diperhatikan oleh Sapura melalui celah lubang dinding. Seterusnya, Amri berhasrat ke pekan memberli ubat untuk emaknya. Amri mengambil keputusan ke farmasi yang terletak di pekan sejauh 10 kilometer dari rumahnya. Semasa dalam perjalanan Amri teringat peristiwa yang dialaminya. Perasaannya bercampur baur sehingga basikalnya tersasar ke tengah jalan besar. Khayalan itu hampir meragut nyawanya, nasib baik tiada kenderaan yang berselisih dengannya. Setelah dirinya tenang, Amri meneruskan perjalanan ke farmasi.

Page 24: Hikmah, Erti Sebuah Pengorbanan, 6.20

Plot

Hikmat (T1)

KlimaksSejam perjalanan akhirnya Amri sampai di farmasi. Apabila selesai membeli ubat Amri pulang. Semasa dalam perjalanan pulang dia ditahan oleh seorang lelaki yang tidak terurus yang berpura-pura meminta bantuannya mengangkat orang yang pengsan di sebuah lorong ke hospital. Semasa di lorong barulah Amri mengetahui itu semuanya muslihat apabila muncul seorang lagi pemuda dan meminta Amri menyerahkan wang kepadanya. Disebabkan tidak berpuas hati pemuda itu mencurahkan ubat yang baru dibeli oleh Amri tadi. Akibat terlalu lemah dipukul, Amri hanya mampu melihat ubat yang akan diberi kepada emaknya itu terbuang begitu sahaja sambil air matanya mengalir. Amri terus dipukul oleh pemuda itu. Tiba-tiba terdengar jeritan orang menyebut perkataan “polis”, menyebabkan dua orang penjahat itu lari bertempiaran. Amri seakan-akan mengenali suara itu dan alangkah terkejutnya Amri apabila yang membantunya tadi ialah Sapura.

Page 25: Hikmah, Erti Sebuah Pengorbanan, 6.20

PlotHikmat (T1)

PeleraianAmri cuba mendapatkan kepastian bagaimana Sapura boleh berada di situ. Amri juga memohon maaf kepada Sapura atas perbuatannya semasa balik dari sekolah tadi dan jika Sapura datang untuk membalas dendam dia sanggup menerimanya. Sapura menjelaskan, emak Amri yang memberitahu Amri ke farmasi dan Sapura cuba menjejaki Amri. Sapura juga memberitahu ayahnya telah menghantar emak Amri ke hospital untuk dirawat. Ayah Sapura terkejut dengan kejadian yang berlaku dan membawa Amri ke hospital yang kebetulan unutk menjemput emak Amri yang baru tadi dihantar ke hospital. Semenjak kejadian itu Amri dan Sapura berkawan baik. Amri tidak lagi membuli murid-murid lain. Ayah Amri telah ditangkap polis dan dipenjara kerana terlibat dalam kegiatan judi dan penyalahgunaan najis dadah. Kini ayah Amri benar-benar insaf. Keluarga Sapura menjadi semakin akrab dengan Amri dan emaknya. Kini Amri berjaya mengawal emosinya, dia berjanji akan menjadi insan yang berguna dan tidak akan mensia-siakan masa depannya lagi.

Page 26: Hikmah, Erti Sebuah Pengorbanan, 6.20

Plot

Erti Sebuah perjuangan (T2)

PermulaanIman Zulaikha pulang dari sekolah dalam keadaan letih. Nenek memberitahu ayah ada menelefonnya tadi dan menurut ayah, dua hari lagi ayah akan datang. Selepas makan tengah hari bersama datuk dan nenek, Iman Zulaikha masuk ke bilik mengulang kaji pelajaran. Ketika itu rakan sekelasnya, Pei Wen datang. Pei Wen menceritakan kerenah ibu tirinya. Pada waktu malam, setelah mengulang kaji pelajaran, Iman Zulaikha akan menulis dan membalas e-mel daripada ibu.

Page 27: Hikmah, Erti Sebuah Pengorbanan, 6.20

Plot

Erti Sebuah perjuangan (T2)

PerkembanganCikgu Julia, guru kelas Tingkatan Satu Dinamik memperkenalkan murid baharu, Adif Danial. Cikgu Julia memberitahu pada bulan hadapan akan diadakan pertandingan pidato peringkat daerah. Cikgu Julia menetapkan satu tarikh untuk memilih wakil sekolah, sama ada Iman Zulaikha atau Linda. Pada waktu rehat, Pei Wen menceritakan sikap ibu tirinya yang sudah berubah dan memohon maaf kepada Pei Wen kerana sebelum ini hidup ibu tirinya tertekan. Apabila sekembalinya dari sekolah, ayah sudah berada di rumah nenek. Akhirnya Iman Zulaikha diumumkan sebagai johan dan terpilih untuk mewakili sekolah dalam pertandingan di peringkat daerah pada bulan hadapan.

Page 28: Hikmah, Erti Sebuah Pengorbanan, 6.20

Plot

Erti Sebuah perjuangan (T2)

PerumitanBagi Linda, persahabatan mereka boleh terjalin sekiranya Iman Zulaikha menarik diri daripada pertandingan dan Linda memberi tempoh tiga hari untuk Iman Zulaikha memikirkan cadangannya itu. Malam itu ayah membawa Iman Zulaikha makan malam di sebuah restoran. Ayah menerangkan hasratnya mahu berkahwin lagi dengan Sofia, seorang janda yang kematian suami. Adif Dainal tidak datang ke sekolah. Pada petang itu, Iman Zulaikha dan Zulkarnian ke rumah datuk Adif Dainal di Taman Segar. Adif Dainal tidak mahu bercakap panjajng. Dia mahu mencari ketenangan dan dia mahu rakannya itu balik dahulu.

Page 29: Hikmah, Erti Sebuah Pengorbanan, 6.20

PlotErti Sebuah perjuangan (T2)

KlimaksSudah beberapa hari Iman Zulaikha tidak menerima e-mel daripada ibu. Pada satu hari dia bertemu Linda. Linda ingin mengetahui keputusan Iman Zulaikha. Iman Zulaikha menjelaskan yang dia tidak akan menarik diri, dia tetap akan bertanding. Kata-kata itu menyebabkan Linda menjadi marah, lalu menolak Iman Zulaikha yang berdiri di anak tangga, menyebabkan kaki Iman Zulaikha terpelecok lalu terguling-guling ke bawah. Pada petang itu, anak bongsu datuk, Pak Su Razlan yang baru menamatkan pengajian di New Zealand telah pulang. Pak Su Razlan menceritakan kepada Iman Zulaikha bahawa dia pernah terserempak dengan kakaknya itu bersama seorang lelaki Inggeris. Ketika di rumah Adif Dainal datang untuk memohon maaf daripada Iman Zulaikha. Dia juga memberitahu kepada mamanya, yang dirinya tidak memerlukan bapa tiri dan mamanya sanggup menunaikan hasrat Adil Dainal dengan membatalkan hasrat berkahwin lagi. Ibu menelefon datuk. Menurut ibu, selama sepuluh hari ibu terlantar di hospital kerana terlibat dalam kemalangan jalan raya. Menjelang hari pertandingan pidato, diari kepunyaan Iman Zulaikha hilang. Dalam diari itulah disisipkan teks pidato yang sepatutnya diserahkan kepada Cikgu Julia untuk diserahkan kepada penganjur pertandingan. Akhirnya dia membuat semula teks tersebut. Pada hari pertandingan yang dijalankan di sebuah sekolah berhampiran, ayah datang menonton. Iman Zulaikha memenangi pertandingan itu.

Page 30: Hikmah, Erti Sebuah Pengorbanan, 6.20

Plot

PeleraianPada hari terakhir persekolahan sebelum cuti pertengahan tahun, Iman Zulaikha telah diumumkan menduduki tempat kedua dalam Peperiksaan Pertengahan Tahun, manakala Adil Dainal menduduki tempat pertama. Tiba-tiba Cikgu Shaharudin masuk ke kelas. Cikgu Shaharudin memanggil Linda dan Iman Zulaikha. Menurut guru itu, seorang murid telah mengambil diari kepunyaan Iman Zulaikha dan Linda merupakan perancang kes kecurian tersebut. Linda dalam keadaan berat mengakui akan perbuatan yang dilakukan dan Iman Zulaikha memaafkan kesalahan yang Linda buat. Datuk dan nenek mengadakan kenduri kesyukuran. Pada malam itu, ayah bercadang membawa Iman Zulaikha, datuk dan nenek ke New Zealand. Menurut ayah, setelah ayah memikirkan dengan mendalam, ayah mahu hubungan dengan ibu diikat semula sebagai suami isteri. Kata-kata itu amat memeranjatkan hati Iman Zulaikha, lalu dipeluk ayah. Iman Zulaikha sedar erti sebuah pengorbanan yang dilakukan oleh ayah terhadapnya.

Erti Sebuah perjuangan (T2)

Page 31: Hikmah, Erti Sebuah Pengorbanan, 6.20

Plot

6:20 (T3)

PermulaanSukma ialah gadis berusia 19 tahun dan belajar di sebuah universiti. Dia mengalami konflik jiwa apabila kedatangan beberapa orang tetamu misteri ke rumahnya pada pukul 6.20 pagi pada setiap hari.

Page 32: Hikmah, Erti Sebuah Pengorbanan, 6.20

Plot

6:20 (T3)

PerkembanganSukma mula menyiasat secara sendirian dan mendapat maklumat tentang Kelab WX2 yang membawa fahaman tentang kebebasan tanpa had dan semakin mendapat perhatian remaja.

Page 33: Hikmah, Erti Sebuah Pengorbanan, 6.20

Plot

6:20 (T3)

PerumitanPerubahan sikap Puan Delia menyebabkan Sukma berasa pelik. Dengan bantuan rakan-rakannya, Sukma cuba untuk menyelesaikan permasalahan itu. Dia cuba mendapatkan maklumat daripada tetamu-tetamu misteri yang pernah ke rumahnya serta bertanya kepada rakan-rakannya. Sukma kecewa dan marah apabila mengetahui ramai rakannya yang terlibat dengan Kelab WX2. malah, ibunya ialah dalang kumpulan itu. Sukma telah memberikan maklumat kumpulan itu kepada Kak Ros yang sedang menyiasat kes itu.

Page 34: Hikmah, Erti Sebuah Pengorbanan, 6.20

Plot

6:20 (T3)

KlimaksPolis telah menggempur tempat aktiviti kumpulan tersebut. Semasa operasi dijalankan, ibu Sukma terkena tembakan ahli kumpulan berkenaan dan koma. Rupa-rupanya sangkaan buruk Sukma terhadap ibunya meleset apabila mendapati ibunya salah seorang yang membantu pihak berkuasa untuk membanteras aktiviti kumpulan tersebut.

Page 35: Hikmah, Erti Sebuah Pengorbanan, 6.20

Plot

6:20 (T3)

PeleraianSukma sedar bahawa prasangka terhadap ibunya tidak benar dan dia menyesal dan bersalah kerana mengesyaki ibunya.

Page 36: Hikmah, Erti Sebuah Pengorbanan, 6.20

Latar Tempat

Hikmat (T1) Erti Sebuah Pengorbanan (T2)

6:20 (T3)

• Sekolah• Dalam kelas• Rumah Amri• Hujung padang• Tempat letak basikal• Kawasan bendang• Jalan ke pekan • Farmasi• Hospital

• Kelas Tingkatan satu Dinamik

• Rumah datuk dan nenek

• Taman Segar• Pantai Port Dickson• Restoran Tasik• New Zealand

• Banglo Taman Megah• Kelab WX2• Dewan kuliah• Rumah Ehsan• Kafe Flora• Dewan peperiksaan• Tempat rehat• Warung Pak Alias• Rumah Aim• Rumah Tuk Siak• Kawasan tanah

perkuburan• Hospital

Page 37: Hikmah, Erti Sebuah Pengorbanan, 6.20

Latar Masa

Hikmah (T1) Erti Sebuah Pengorbanan (T2)

6:20 (T3)

• Waktu siang• Waktu tengah hari• Waktu malam

• Waktu senja• Jam 7:35 pagi• Jam 9:00 pagi• Waktu petang• Waktu malam

• Jam 6:20 pagi• Waktu petang • Waktu senja• Waktu malam

Page 38: Hikmah, Erti Sebuah Pengorbanan, 6.20

Latar Masyarakat

Hikmat (T1)

• Masyarakat yang mengabaikan tanggungjawab terhadap keluarga.

• Masyarakat yang suka membantu.• Masyarakat yang insaf akan kesalahan ang dilakukan.• Masyarakat yang mengalami tekanan hidup.• Masyarakat yang melakukan jenayah.

Page 39: Hikmah, Erti Sebuah Pengorbanan, 6.20

Latar Masyarakat

Erti Sebuah perjuangan (T2)

• Masyarakat yang penyayang.• Masyarakat yang bertanggungjawab.• Masyarakat yang bersabar apabila menerima dugaan.• Masyarakat kampung yang berbilang kaum dan saling

membantu.• Masyarakat yang sanggup berkorban demi kebahagiaan

orang yang disayangi.• Masyarakat yang suka menyakitkan hati orang lain.• Masyarakat yang memanfaatkan teknologi maklumat

memudahkan komunikasi.• Masyarakat yang mudah berprasangka buruk.

Page 40: Hikmah, Erti Sebuah Pengorbanan, 6.20

Latar Masyarakat

6:20 (T3)

• Masyarakat mahasiswa yang rajin belajar.• Masyarakat yang mudah terpengaruh oleh budaya Barat.• Masyarakat yang mengambil berat terhadap golongan muda.• Masyarakat yang tabah menghadapi dugaan dan cabaran hidup.• Masyarakat yang beriman kepada Tuhan.• Masyarakat yang cenderung menggunakan kekerasan dalam

perjuangan.• Masyarakat Iban yang masih mengamalkan budaya dan adat resam

nenek moyang mereka.• Pegawai kerajaan yang cekap menjalankan tugas.

Page 41: Hikmah, Erti Sebuah Pengorbanan, 6.20

Gaya Bahasa

Hikmat (T1)

• Bahasa Inggeris – junior, senior, hero• Bahasa Arab – Masya-Allah (Hlm. 75)• Simile – tersengih-sengih macam kerang busuk (Hlm. 35)• Metafora – tangkai jiwa (Hlm. 35)• Peribahasa – ada udang di sebalik batu (Hlm. 45)• Personifikasi – Amri sendiri kurang pasti tetapi ingatan-

ingatan itu begitu galak terpapar dalam mindanya. (Hlm. 60)

Page 42: Hikmah, Erti Sebuah Pengorbanan, 6.20

Gaya Bahasa

Erti Sebuah perjuangan (T2)

• Bahasa Inggeris – no problem, honeymoon, library• Bahasa Arab – Assalamualaikum, Waalaikumussalam• Personifikasi – bersama angin malam yang lembut

menyapa tubuhnya. (Hlm. 122)• Hiperbola – hatinya berbunga tatkala mendengar kata-

kata Cikgu Julia (Hlm. 52)• Peribahasa – tawar hati, berkecil hati• Simile – bagaikan ada suatu perasaan aneh.• Metafora – wajah yang mencuka, matanya bersinar ceria

Page 43: Hikmah, Erti Sebuah Pengorbanan, 6.20

Gaya Bahasa

6:20 (T3)

• Simile – Reny seperti seorang fasilitator (Hlm. 62)• Metafora – mata keimanan (Hlm. 196)• Personifikasi – angin ikut mendakap bahu,

melenggokkan pinggang (Hlm. 64)• Bahasa Inggeris – metal, underground, fall from grace• Peribahasa – berhati kering (Hlm. 90), kembali ke

pangkal jalan (Hlm. 223)

Page 44: Hikmah, Erti Sebuah Pengorbanan, 6.20

Nilai

Hikmah (T1) Erti Sebuah Pengorbanan (T2)

6:20 (T3)

• Kasih sayang• Baik hati• Bertanggungjawab• Keberanian• Ketaatan• Bersimpati• kesyukuran

• Kasih sayang• Baik hati• Bertanggungjawab• Keberanian• Bersimpati• Kerjasama• Ketabahan• Hemah tinggi• Keinsafan

• Kasih sayang• Baik hati• Kerjasama• Ketabahan• Kesyukuran• Keadilan• Bersedia untuk

berkorban

Page 45: Hikmah, Erti Sebuah Pengorbanan, 6.20

Pengajaran

Hikmat (T1)

• Kita hendaklah patuh, taat kepada orang tua kita dan pandai menjaga hati dan perasaan seorang ibu.

• Kita haruslah menjalankan tugas yang diamanahkan dengan penuh tanggungjawab.

• Kita hendaklah saling menolong antara satu sama lain.• Kita hendaklah insaf apabila sedar terhadap kesilapan yang

dilakukan sebelum ini.• Kita mestilah mengelakkan daripada memburuk-burukkan

orang lain.• Kita wajib menggunakan wang daripada sumber yang halal.

Page 46: Hikmah, Erti Sebuah Pengorbanan, 6.20

Pengajaran

Erti Sebuah perjuangan (T2)

• Kita perlulah saling menyayangi antara satu sama lain.• Kita hendaklah membantu mereka yang mengalami kesusahan.• Kita perlulah tabah menghadapi cabaran dan dugaan hidup.• Kita haruslah berani bertindak bagi menyelesaikan sesuatu

masalah.• Kita hendaklah bekerjasama membanteras gejala sosial yang

berlaku dalam masyarakat.• Kita hendaklah menjalankan tugas yang dipertanggungjawab

dengan jujur dan amanah.• Kita haruslah berfikiran rasional serta tidak mudah terpengaruh

oleh perkara yang tidak baik.• Kita hendaklah menasihati rakan yang telah membuat kesilapan

supaya berkelakuan baik.

Page 47: Hikmah, Erti Sebuah Pengorbanan, 6.20

Pengajaran

6:20 (T3)

• Kita perlu menyayangi ibu dan bapa walaupun mereka telah berpisah.

• Kita haruslah menjalinkan hubungan persahabatan yang baik.

• Kita perlulah berusaha dengan gigih untuk mencapai kejayaan.

• Kita perlulah insaf dan mengakui kesilapan kita.• Kita perlu berkorban demi kebahagiaan orang yang

disayangi.• Kita mesti memanfaatkan teknologi maklumat dan

komunikasi.• Kita perlu berprasangka baik terhadap orang lain.