kajian novel erti sebuah pengorbanan tingkatan 2

21
ANALISIS NOVEL ERTI SEBUAH PENGORBANAN TINGKATAN 2 SINOPSIS NOVEL TINGKATAN 2 (2011) MENGIKUT BAB Tajuk: Erti Sebuah Pengorbanan Penulis: Zaihanim bt. Zainal Abidin Penerbit: KZ Berjaya Enterprise Bab 1: Kisah Seorang Kawan Iman Zulaikha, gadis berusia 13 tahun, bersahabat baik dengan Pei Wen. Mereka tinggal berdekatan dan belajar bersama-sama. Ibu bapa Iman telah bercerai ketika Iman berusia 12 tahun. Iman tinggal bersama dengan datuk dan neneknya, setelah ibunya melanjutkan pelajaran ijazah kedoktoran di New Zealand selama dua tahun. Linda dan Iman bermusuh ketat di sekolah. Linda tidak mahu menganggotai kumpulan kerja kursus Sejarah Iman. Akhirnya, Iman bertindak menyertai kumpulan Zulkarnain dan Mohana. Iman turut bersimpati akan nasib Pei Wen. Saban hari, Pei Wen perlu berhadapan dengan ibu tirinya yang garang. Ketika merenung gambar keluarga, Iman terkenang akan perpisahan ibu dan bapanya. Walaupun mereka sudah berpisah, ibu dan bapanya masih bersahabat dan berharap agar Iman belajar berdikari dan menerima kenyataan. Selepas waktu zuhur, Pei Wen mengunjungi rumah Iman. Pei Wen meluahkan perasaannya tentang ibu tirinya (mak cik, gelar Pei Wen) dan kehadiran lelaki asing kepada Iman. Sikap ibu tirinya (mak cik) berubah sejak dia keguguran apatah lagi bapa Pei Wen senantiasa sibuk di gerai ikan. Ibu tirinya pula sibuk menyiapkan tempahan kain baju pelanggan. Datuk dan nenek Iman telah menasihati Pei Wen. Sebelum tidur, Iman akan membaca dan membalas e-mel ibunya di New Zealand. Melalui e-mel, ibu memberitahu Iman tentang kesibukan kuliah dan tugasannya. Turut disebut, Albert pemuda Inggeris yang berkaca mata, kenalan baharu ibu. Menurut Iman, ayahnya baru balik dari Manila. Iman bertekad untuk menyatukan ibu dan ayahnya semula. Dia mempunyai rancangan pada 15 haribulan kerana hari tersebut ialah hari jadi ibunya. Kosa Kata / Makna: 1. Terik - amat sangat (panas matahari) 2. Berjemaah – beramai-ramai, bersama-sama 3. Menjenguk – melihat (menengok) dengan menghulurkan kepala 4. Membelek-belek – memerhati dengan teliti, mengincar, memeriksa 5. Janggal – tidak sedap dilihat atau didengar, canggung 6. Muktamad – kepercayaan, tidak boleh dipinda-pinda lagi, pasti, tegas 7. Kecoh – tipu, heboh, bising, riuh 8. Berkenan – bersetuju di hati, berasa gembira 1

Upload: ielie

Post on 11-Feb-2015

204 views

Category:

Documents


6 download

DESCRIPTION

NOVEL

TRANSCRIPT

Page 1: Kajian Novel Erti Sebuah Pengorbanan Tingkatan 2

ANALISIS NOVEL ERTI SEBUAH PENGORBANAN TINGKATAN 2

SINOPSIS NOVEL TINGKATAN 2 (2011) MENGIKUT BAB

Tajuk: Erti Sebuah PengorbananPenulis: Zaihanim bt. Zainal AbidinPenerbit: KZ Berjaya Enterprise

Bab 1: Kisah Seorang Kawan

Iman Zulaikha, gadis berusia 13 tahun, bersahabat baik dengan Pei Wen. Mereka tinggal berdekatan dan belajar bersama-sama. Ibu bapa Iman telah bercerai ketika Iman berusia 12 tahun. Iman tinggal bersama dengan datuk dan neneknya, setelah ibunya melanjutkan pelajaran ijazah kedoktoran di New Zealand selama dua tahun.

Linda dan Iman bermusuh ketat di sekolah. Linda tidak mahu menganggotai kumpulan kerja kursus Sejarah Iman. Akhirnya, Iman bertindak menyertai kumpulan Zulkarnain dan Mohana. Iman turut bersimpati akan nasib Pei Wen. Saban hari, Pei Wen perlu berhadapan dengan ibu tirinya yang garang. Ketika merenung gambar keluarga, Iman terkenang akan perpisahan ibu dan bapanya. Walaupun mereka sudah berpisah, ibu dan bapanya masih bersahabat dan berharap agar Iman belajar berdikari dan menerima kenyataan.

Selepas waktu zuhur, Pei Wen mengunjungi rumah Iman. Pei Wen meluahkan perasaannya tentang ibu tirinya (mak cik, gelar Pei Wen) dan kehadiran lelaki asing kepada Iman. Sikap ibu tirinya (mak cik) berubah sejak dia keguguran apatah lagi bapa Pei Wen senantiasa sibuk di gerai ikan. Ibu tirinya pula sibuk menyiapkan tempahan kain baju pelanggan. Datuk dan nenek Iman telah menasihati Pei Wen.

Sebelum tidur, Iman akan membaca dan membalas e-mel ibunya di New Zealand. Melalui e-mel, ibu memberitahu Iman tentang kesibukan kuliah dan tugasannya. Turut disebut, Albert pemuda Inggeris yang berkaca mata, kenalan baharu ibu. Menurut Iman, ayahnya baru balik dari Manila. Iman bertekad untuk menyatukan ibu dan ayahnya semula. Dia mempunyai rancangan pada 15 haribulan kerana hari tersebut ialah hari jadi ibunya.

Kosa Kata / Makna:

1. Terik - amat sangat (panas matahari)2. Berjemaah – beramai-ramai, bersama-sama3. Menjenguk – melihat (menengok) dengan menghulurkan kepala4. Membelek-belek – memerhati dengan teliti, mengincar, memeriksa5. Janggal – tidak sedap dilihat atau didengar, canggung6. Muktamad – kepercayaan, tidak boleh dipinda-pinda lagi, pasti, tegas7. Kecoh – tipu, heboh, bising, riuh8. Berkenan – bersetuju di hati, berasa gembira9. Tersengih – tersenyum dengan mulut terbuka sedikit10. Keakraban – perhubungan atau pertalian yang sangat erat11. Luntur – turun atau berubah warnanya, berubah, bertukar12. Visi – tanggapan dan pandangan yang jauh dan mendalam13. Zuhur – waktu tergelincir matahari ke arah barat hingga bayang-bayang kayu dsb. sama panjang dengan kayu dsb. yang menjadi pengukurnya.14. Melengah-lengahkan – mengabaikan, melalaikan, melambat-lambatkan15. Berkobar-kobar – bernyala-nyala dengan hebatnya atau bergolak, bergelora dengan amat

1

Page 2: Kajian Novel Erti Sebuah Pengorbanan Tingkatan 2

ANALISIS NOVEL ERTI SEBUAH PENGORBANAN TINGKATAN 2

Bab 2: Pemilihan

Cikgu Julia memperkenalkan Adif Danial kepada murid-murid Tingkatan Satu Dinamik. Adif Danial bertukar dari SMK Damansara. Linda pula mengambil kesempatan untuk berkenalan dengan Adif.

Cikgu Julia turut mengumumkan pertandingan pidato peringkat daerah. Seorang pemidato dari Tingkatan Satu Dinamik akan dipilih. Ai Ling mencadangkan nama Iman Zulaikha. Cadangan Ai Ling disokong oleh Pei Wen. Malangnya, Linda tidak bersetuju. Sebenarnya, Linda ingin bertanding dengan Iman. Cikgu Julia akan berbincang dengan Cikgu Osman, guru Perbama tentang tarikh pertandingan bersertakan tajuknya. Berkat dorongan dan sokongan rakan-rakan, akhirnya Iman bersetuju untuk berentap dengan Linda.

Selepas menjamu selera di kantin, Iman dan Pei Wen berbual-bual tentang ibu tiri Pei Wen. Menurut Pei Wen, ibu tirinya meminta maaf dan berpesan agar hal yang berlaku tidak sampai ke pengetahuan bapanya. Zulkarnain dan Adif Danial menghampiri mereka. Zulkarnain meluahkan perasaan bengangnya terhadap sikap Linda. Iman terpaksa menenangkan Zulkarnain.

Cikgu Julia telah menyerahkan tiga buah tajuk pidato untuk dipilih oleh Iman. Sejak hari itu, Iman membuat rujukan di perpustakaan bersama-sama Pei Wen, Adif Danial dan Zulkarnain. Iman turut mendapat bimbingan Cikgu Julia, guru bahasa Malaysia di sekolah itu. Pertandingan pidato antara Iman dan Julia akan bermula 9 pagi, hari Sabtu minggu berikutnya. Hubungan Iman dengan Linda semakin renggang. Jika bertembung, Linda pasti akan mengelak atau memalingkan wajah.

Pagi itu, sebaik sahaja tiba di sekolah, Iman bersemuka dengan Linda. Maka berlakulah pertikaman lidah. Linda menuduh Iman bertindak mempengaruhi kawan-kawannya, termasuklah Adif Danial. Mujur muncul Zulkarnain, Adif Danial dan Pei Wen. Iman segera meninggalkan kelas. Pei Wen mengekorinya ke tandas. Iman menangis di dalam tandas. Dia ingin menarik diri daripada pertandingan. Pei Wen tidak berpuas hati sambil bertindak memberikan dorongan kepada Iman. Menurut Pei Wen, maruah sekolah di bahu Iman. Akhirnya, semangat baharu menular ke dalam diri Iman.

Kosa Kata / Makna:

1. Mara – bergerak ke muka, tampil ke hadapan, maju2. Melemparkan – membalingkan, melantingkan, melontarkan3. Menonjolkan – menjorokkan, menyorongkan (ke muka), menampakkan, muncul4. Berentap – beradu pengaruh, kebolehan, kekuatan dengan hebatnya untuk mencapai kemenangan5. Mengejek – mempersendakan orang, mencemuh, menghina6. Menjeling – memandang dengan ekor mata, mengerling7. Menyiku – menyinggung dengan siku8. Sepakat – setuju, sependirian, seia sekata9. Bersaing – atas-mengatasi, dahulu-mendahului10. Menoleh – berpaling atau berpusing muka ke kiri (ke kanan atau ke belakang) untuk melihat11. Getus – getis, gentis12. Strategi – ilmu tentang cara-cara merancang dan melaksanakan tindak-tanduk peperangan13. Gelagat – tingkah laku, gerak-geri14. Bertembung – berjumpa (dengan tidak sengaja), bersua, bertemu, terjerempak15. Bersemuka – berhadapan muka (dengan) 16. Hipokrit – (orang yang) berpura-pura berperangai baik17. Mengekori – mengikuti atau menyertai dari belakang18. Mengesat – menyapu-nyapu atau menggosok supaya kering19. Menggenggam – memegang dalam genggam, menguasai20. Menular – membiak atau menjangkit, merebak ke merata-rata tempat21. Maruah – kehormatan, harga diri

2

Page 3: Kajian Novel Erti Sebuah Pengorbanan Tingkatan 2

ANALISIS NOVEL ERTI SEBUAH PENGORBANAN TINGKATAN 2

Bab 3: Ibu dan Ayah

Sabtu. Iman tidak ke sekolah. Iman memperoleh kata-kata semangat daripada ibu melalui e-mel. Pertama, ibu mahu Iman menjadi johan dan mewakili sekolah ke pertandingan daerah. Kedua, ibu menasihati Iman agar bersabar terhadap kerenah Linda. Menurut ibu, dugaan akan mencabar kehidupan. Yang penting niat ikhlas.

9 pagi. Iman menerima panggilan telefon daripada ayahnya. Ayah bertanyakan khabar. Jika mengizinkan, ayah akan berjumpa dengan Iman. Sejak meletakkan jawatan pensyarah, Yusri (ayah Iman) sibuk akan dunia perniagaan perhotelan. Namun, Yusri tidak pernah mengabaikan tanggungjawabnya terhadap Iman Zulaikha.

Iman sempat mengingatkan hari jadi ibu pada 15 haribulan. Iman mendesak agar ayahnya mengirimkan kad ucapan sempena ulang tahun kelahiran ibu yang ke-38 tahun. Iman mohon izin untuk mengirimkan kad bagi pihak ayahnya. Ayah turut menyampaikan salam kepada datuk dan nenek Iman.

Iman dikejutkan oleh kehadiran Pei Wen, Zulkarnain dan Adif Danial. Mereka bersalaman dengan nenek Iman. Pei Wei sempat menghulurkan bungkusan berisi beberapa ekor ikan sungai kepada nenek. Iman muncul dan memohon kebenaran nenek untuk berlatih pidato di sekolah pada pukul 10.15 pagi. Sekolah sibuk dengan akitiviti kokurikulum.

Adif Danial bertanyakan skrip pidato. Iman menjelaskan bahawa skrip pidato sudah ditunjukkan dan mendapat persetujuan Cikgu Julia. Mereka ke kelas Tingkatan Satu Dinamik. Rupa-rupanya, kumpulan Linda sedang berlatih di dalamnya. Linda menyindir Iman lagi. Linda kurang senang melihat Iman bergaul rapat dengan Adif Danial. Maka, berlakulah usik-mengusik dan sindir-menyindir. Linda amat yakin bahawa Iman akan kalah dalam pertandingan pidato itu nanti. Kata-kata Linda diterima baik oleh Iman. Pertemuan Linda dengan Iman menghairankan teman-teman Iman.

Setiba di rumah, Iman terkejut. Hadir sebuah Proton Perdana di hadapan rumah. Iman keriangan menyambut kedatangan ayahnya. Mereka berbual panjang termasuklah hal pertandingan pidato. Malangnya, ayahnya perlu berangkat ke Langkawi pada petang Jumaat sedangkan pertandingan Iman pada 9 pagi, hari Sabtu.

Petang itu, Iman, ayah, datuk dan nenek bersiar-siar di pantai Port Dickson. Selepas berdarmawisata, mereka makan ikan bakar di sebuah restoran. Sempat juga Iman bercerita tentang pelajaran dan aktivitinya di sekolah. Datuk dan nenek Iman dikejutkan oleh pertanyaan dan hasrat Yusri untuk membawa Iman tinggal bersama dengannya di bandar. Menurut Iman, dia perlu mendapat keizinan ibu dan mahu ibunya tinggal bersama-sama. Kemudian, Yusri berbincang dengan nenek dan datuk Iman.

Sejak pulang dari Port Dickson, Iman sedar akan perubahan diri nenek. Rupa-rupanya nenek berasa cemburu akan Yusri, ayah Iman. Nenek bimbang kalau-kalau Yusri membawa Iman tinggal di bandar bersama dengannya. Perbualan Iman dengan datuk disedari oleh nenek. Menurut nenek, jika Iman tinggal bersama dengan ayahnya, maka akan sunyilah mereka berdua di kampung. Menurut Iman, dia hanya akan tinggal bersama dengan ayah sekiranya ibunya turut bersama semula.

Kosa Kata / Makna

1. Menimpa – menghempap, jatuh menindih (ke atas) sesuatu, mengenai2. Corong – saluran yang berbentuk kelongsong dan bermuncung di hujungnya untuk menuang air3. Berkesempatan – ada kesempatan (peluang) untuk 4. Mengiakan – mengatakan ia, mengakui, menyetujui, membenarkan5. Berselerak – bersebar, bersepah, berserak6. Jenguk – lihat, jengah7. Terkedu – lentik ke belakang tubuhnya, terkedik

3

Page 4: Kajian Novel Erti Sebuah Pengorbanan Tingkatan 2

ANALISIS NOVEL ERTI SEBUAH PENGORBANAN TINGKATAN 2

8. Tercegat – tertegak, berdiri tegak, tercancang9. Mencuka – menjadi masam seperti cuka (berkenaan wajah, muka) kerana marah, geram10. Mengerutkan – mengedutkan, menggelemburkan11. Bosan – sudah tidak suka lagi, jemu, boyak12. Diselubungi – ditutup litup dengan selubung, dibungkusi, diselimuti13. Tersinggung – terkena, terjamah, tersentuh14. Mentua – ibu bapa, ibu atau bapa kepada isteri atau suami15. Termenung – dalam keadaan bermenung (berfikir panjang)16. Lucu – membuat orang ketawa, menggelikan hati, jenaka17. Tersentuh – tertarik dengan kuat, terpiuh, tersedar18. Menantu – isteri atau suami kepada anak sendiri19. Mengutarakan – melahirkan apa yang tersemat di hati, mengatakan, mengemukakan, menyatakan

Bab 4: Pertandingan

Sejak awal pagi lagi, Iman dan Pei Wen tiba di sekolah. Banyak murid hadir untuk memberikan sokongan. Linda sedang berbincang dengan rakan-rakan. Penasihat Linda, Cikgu Azwaliza turut kelihatan. Iman duduk di sebelah Pei Wen dan Zulkarnain. Adif Danial tidak kelihatan. Kononnya, Adif Danial suka akan Iman. Keresahan Iman dapat ditangani dengan kehadiran Adif Danial.

Selepas ucapan Guru Penasihat Bahasa Malaysia, tampil Cikgu Julia membaca syarat pertandingan. Peserta pertama, Norazlinda Borhan. Kemudian, tiba giliran Linda. Linda dapat menyampaikan pidatonya dengan lancar, bernas dan bersemangat. Bagi Iman, Linda berbakat. Sepuluh minit kemudian, giliran Iman pula. Iman terpandang akan ayahnya. Ayahnya muncul untuk memberikan dorongan semangat. Akhirnya, Iman muncul juara pidato dan mewakili sekolah di peringkat daerah. Kejayaan Iman disambut oleh rakan-rakan dan ayahnya.

Iman memperkenalkan ayahnya kepada rakan-rakan. Anehnya, salam tangan tidak disambut oleh Arial Danial. Arial Danial kelihatan serius dan mendiamkan diri. Dia memalingkan wajahnya dan meminta diri dengan tiba-tiba. Iman kehairanan. Cikgu Julia mengucapkan tahniah kepada Iman sambil mengingatkan bahawa pertandingan pada bulan yang berikutnya lebih bermakna. Iman perlu berusaha dengan sungguh-sungguh.

Linda kelihatan sedih dan cuba mengelakkan diri daripada Iman. Iman mendekati Linda dan cuba memujuk Linda. Iman ingin tahu akan sebab Linda begitu marah akan dirinya. Menurut Linda, mereka boleh bersahabat dengan syarat Iman menarik diri sebagai wakil sekolah dalam pertandingan pidato daerah. Tempoh tiga hari diberikan kepada Iman. Sebaik pulang dari rumah, Iman mengurungkan diri di dalam bilik. Iman kekeliruan tentang Adif, permintaan Linda dan tajuk perbualan dengan ayahnya pada malam hari. Iman menghadap komputernya. E-mel ibu dibaca olehnya. Dibalasnya e-mel ibu sambil bertanyakan sama ada ibu merindui ayah. Ceria kembali Iman.

Malam. Restoran di tepi sebuah tasik. Iman makan malam bersama ayahnya. Cuba dikisahkan oleh Iman kenangan sambutan Hari Raya Adilfitri dua tahun yang lalu. Mereka sekeluarga sedondon memakai pakaian berwarna ungu. Indah ketika itu. Ayah memberitahu Iman bahawa kenangan itu sudah berlalu. Yang penting, mereka perlu membina hidup baharu. Iman bertanyakan hasrat ayah untuk membina keluarga yang runtuh semula. Iman meluahkan kasih sayang kepada ibu dan ayahnya. Yusri tahu benar akan hasrat dan niat hati anak gadisnya setiap kali mereka berjumpa. Iman mendengar penjelasan daripada ayahnya tentang takdir perpisahan dan mengumumkan pengganti ibunya. Hati Iman bergetar. Dirinya terkejut dan terpaku seketika. Wanita yang kematian suami itu bernama Sofia, kenalan lama ayah Iman. Iman mengalihkan pandangannya ke tengah tasik seolah-olah dia kini keseorangan. Kata ayah, Arial Danial ialah anak tunggal Sofia. Alangkah kecil dunia ini. Iman dilanda kekecewaan. Hasrat untuk menyatukan ibu dan ayahnya tidak kesampaian. Dia bakal menerima seorang ibu tiri seperti Pei Wen.

4

Page 5: Kajian Novel Erti Sebuah Pengorbanan Tingkatan 2

ANALISIS NOVEL ERTI SEBUAH PENGORBANAN TINGKATAN 2

Selepas menghantar Iman ke rumah mentuanya, Yusri bertolak pulang ke Kuala Lumpur. Nenek dan datuk menunggu cucu kesayangan mereka di muka pintu. Iman memandang tepat ke wajah nenek. Air mata menanti masa untuk gugur. Iman memeluk neneknya erat-erat.

Kosa Kata / Makna:

1. Hujah – pendapat berserta alasan yang diberikan sebagai menyokong atau menentang sesuatu pendirian2. Kagum – berasa amat sangat tertarik (melihat dsb sesuatu yang luar biasa), hairan, takjub3. Erat – kemas, ketat, kuat-kuat, tidak longgar (genggaman, ikatan dll.)4. Tewas – menderita kekalahan, kalah (dlm permainan, pertandingan dll)5. Sinis – cenderung untuk mempersoalkan kebaikan (kejujuran dll) orang6. Tempoh – waktu, masa7. Menguntum – sebagai kuntum, mulai berkembang (menjelma), menjadi kuntum8. Rancak – bagus, baik, cantik, elok, molek9. Mengurung – menahan atau memasukkan ke dalam penjara dll, membiarkan atau menyuruh tinggal di rumah sahaja10. Keliru – salah (menganggap atau membuat kesimpulan), khilaf, sesat (tanggapan)11. Sedondon – sama warna atau corak12. Telatah – gerak-geri, tingkah laku, kelakuan13. Hasrat – keinginan yang kuat untuk memiliki (melakukan) sesuatu14. Bersandar – meletakkan belakang (bahu, dada, dll) pada sesuatu supaya teguh atau selesa15. Mencecah – kena (sedikit) pada, menyentuh sedikit, mencolek (sambal, kicap dll)16. Menyeka – menyapu supaya bersih atau kering17. Kesampaian – ketibaan, tibanya, sampainya18. Redup – berawan (langit), tidak terang (cuaca), mendung, tidak panas terik19. Bertapak – mempunyai tapak, ada tapaknya, berjejak, berpijak, melangkah20. Bendung – haling

Bab 5: Kawanku, Adif

Isnin. 7.30 pagi. Adif masih belum tiba di sekolah lagi. Murid-murid lain sudah mengisi tempat duduk masing-masing. Zulkarnain menegur Iman. Cikgu David, guru Matematik di sisinya. Iman ditegur oleh Cikgu David kerana mengelamun di dalam kelas. Iman didenda berdiri di luar kelas. Zulkarnain kegelisahan. Kolam mata Iman digenangi air. Tiada sesiapa yang mengerti perasaan yang bersarang di jiwanya.

Rehat. Iman tidak pergi ke kantin. Iman ditegur oleh Zulkarnain. Alasan malas diberikan oleh Iman lebih-lebih lagi ketidakhadiran Adif dan Pei Wen. Zulkarnain ingin mendengar masalah yang dihadapi oleh Iman. Iman pun menceritakan hal perkahwinan ayahnya dengan Sofia, ibu kepada Adif Danial. Mereka bercadang ke rumah Adif pada petang itu.

Tengah hari. Datuk dan nenek Iman sedang membaca surat Razlan, anak bongsu datuk. Pak Su Razlan baru sahaja menamatkan pengajian universitinya di New Zealand. Datuk dan nenek gembira, Pak Su Razlan akan pulang tidak lama lagi. Muncul Iman memberikan salam. Nenek berasa kesal kerana merahsiakan hal ayah Iman. Nenek memberitahu Iman bahawa ayahnya menelefon dan memohon maaf daripada Iman. Iman serba salah. Nenek memahami kedudukan Iman. Datuk menasihati Iman agar menerima keputusan ayahnya. Sempat Iman meminta izin nenek untuk ke rumah Adif. Adif Danial anak Sofia.

Iman dan Zulkarnain tercegat di hadapan sebuah banglo. Selepas salam dibalas, muncul seorang lelaki sebaya usia datuk Iman. Zulkarnain bersalaman dengan lelaki itu sambil mendapat kepastian sama ada rumah itu rumah Adif Danial. Rupa-rupanya lelaki tua itu datuk Adif Danial. Mereka dijemput masuk.

Muncul Adif Danial dari tingkat atas. Zulkarnain bertanyakan khabar Adif. Giliran Iman pula berbual

5

Page 6: Kajian Novel Erti Sebuah Pengorbanan Tingkatan 2

ANALISIS NOVEL ERTI SEBUAH PENGORBANAN TINGKATAN 2

dengan Adif. Iman ingin tahu sama ada Adif masih memarahinya. Adif menyuruh mereka balik. Dia masih belum bersedia untuk membicarakan hal antara Iman dengan dirinya. Adif tidak memberikan peluang kepada Iman untuk memberikan penjelasan. Yang jelas, Adif masih tidak boleh menerima bahawa ayah Iman akan berkahwin dengan ibunya. Adif terus beredar ke tingkat atas tanpa mempedulikan Iman dan Zulkarnain. Sikap Adif ditegur oleh datuknya. Menurut datuk Adif, sikap cucunya berubah sejak dua tiga hari. Dulu Adif tinggal bersama dengan ibunya, Sofia (menantu datuk Adif) di Kuala Lumpur. Tidak semena-mena, dia ingin balik dan bersekolah di kampung. Menantunya memberitahukan hal perselisihan Adif dengan Sofia. Adif marah benar apabila Sofia ingin berkahwin lagi.

Sejak ditengking oleh Adif Danial, Iman tidak berani berbual dengan Adif lagi. Tiada sapaan dan senyuman lagi. Iman menceritakan peristiwa itu kepada Pei Wen sekembalinya dia daripada cuti dua hari. Petang itu, Iman dan Pei Wen pergi ke sebuah kedai buku berdekatan dengan sekolah. Selepas Iman membeli tiga buah buku Matematik dan Bahasa Inggeris, Pei Wen mengajak Iman makan ais kacang di sebuah restoran yang berdekatan. Setelah memesan dua mangkuk ais kacang, Pei Wen memberitahu Iman bahawa ibu tirinya (mak cik) sudah banyak berubah dan bersalah selepas bertengkar dengan ayahnya. Lelaki misteri yang sering datang berjumpa dengan ibu tirinya ialah bekas suaminya.

Bekas suaminya kerap datang untuk meminta wang daripada ibu tirinya. Akhirnya, lelaki itu telah diberkas oleh polis kerana terbabit dalam penyalahgunaan dadah. Pei Wen memuji semangat Iman ketika mengharungi masalah. Tiba-tiba mereka ternampak akan Linda dan Adif di kedai buku yang berhampiran dengan restoran tersebut. Barangkali, timbul pula perasaan cemburu di hati Iman. Iman berjanji akan ke rumah Pei Wen petang nanti.

Kosa Kata / Makna:

1. Menelaah – mengkaji semula (mengulang) pelajaran, meneliti, meramalkan (nasib dll)2. Menoleh – berpaling atau berpusing muka ke kiri (ke kanan atau ke belakang) untuk melihat3. Berkecamuk – menjadi hebat (peperangan, perjuangan dll), menghebat, menjadi kacau atau tidak tenteram (fikiran, perasaan dll), kacau-bilau4. Melamun – memikirkan sesuatu, berangan-angan, berkhayal5. Menggelabah – berada dalam keadaan tidak tentu arah, berasa resah gelisah6. Bentak – herdik, tengking7. Mengerling – memandang ke kanan atau ke kiri (dgn tidak menggerakkan kepala), menjeling8. Bersimpang-siur – bergerak ke sana ke mari, sibuk benar, hilir mudik9. Membeliak – terbuka besar-besar (mata), terbelalak10. Kena-mengena – ada sangkut pautnya (hubungannya, kaitannya, dll)11. Jodoh – pasangan hidup (laki-laki atau perempuan)12. Ziarah – lawatan, kunjungan13. Terpinga-pinga – tercengang-cengang kehairanan14. Tengking – bunyi yang nyaring dan keras (bunyi ringkik kuda), suara yang tinggi dan keras (suara orang marah)15. Bertengkar – berbantah, berbalah, bercekcok, bertaki, bertikai16. Ternganga – terbuka lebar-lebar (mulut dll), terbuka luas17. Menyelinap – bergerak dgn pantas (utk menyembunyikan diri), menyorok, menyusup18. Menuding – menunjuk ke sesuatu arah (dgn jari telunjuk, tongkat dll) menuduh

Bab 6: Kenapakah, Ibu?

Iman berasa bimbang kerana sudah beberapa hari e-mel ibu tidak kesampaian. E-mel Iman pula tidak berbalas. Biarlah ayahnya sendiri memberitahukan hal Mak Cik Sofia kepada ibu. Pertandingan pidato daerah akan bermula selepas Peperiksaan Pertengahan Tahun. Iman pandai membahagikan masa, yakni antara pelajaran dan pertandingan. Iman tidak mempedulikan permintaan Linda. Ketika bertembung dengan Linda, Iman menjelaskan pendiriannya bahawa dia tetap akan bertanding.

6

Page 7: Kajian Novel Erti Sebuah Pengorbanan Tingkatan 2

ANALISIS NOVEL ERTI SEBUAH PENGORBANAN TINGKATAN 2

Keputusan itu menaikkan kemarahan Linda. Linda menolak Iman. Kaki Iman terpelecok, tersungkur di anak tangga yang terakhir dan terguling-guling sebelum jatuh terduduk. Linda segera beredar dari situ. Perbuatan itu terlihat oleh Mohana dan Adif Danial. Mujur Mohana memapah Iman ke biik guru.

Nenek Iman terkejut benar tanpa mengetahui perkara yang sebenar. Iman telah berpakat dengan Pei Wen untuk merahsiakan hal tersebut. Pei Wen cukup marah akan perbuatan Linda dan berasa bimbang akan tindakan Linda seterusnya. Iman bermohon agar hal itu juga tidak diberitahukan kepada Zulkarnain dan Adif Danial.

Petang itu, rumah datuk dan nenek dikunjungi Pak Su Razlan, lulusan jurusan Pentadbiran Perniagaan dari universiti di New Zealand. Ibu Iman juga belajar di universiti yang sama. Menurut Pak Su Razlan, dia sempat berjumpa dengan ibu Iman sebanyak tiga kali dan bersembang beberapa minit sahaja dek kesibukan. Iman meluahkan keresahan kerana e-melnya tidak berbalas. Pak Su Razlan tersenyum sinis lalu memberitahu Iman bahawa ibunya berhubungan mesra dengan seorang lelaki Inggeris. Iman terdiam. Wajahnya berubah. Perubahan ini menimbulkan ketidaksenangan Pak Su Razlan. Pak Su Razlan ditegur oleh nenek sebelum dicelah oleh datuk.

Iman bertekad untuk mengetepikan semua masalah yang berlaku. Yang penting, dia perlu menghadapi peperiksaan seminggu lagi dan pertandingan pidato minggu yang berikutnya. Keesokan hari, tengah hari, selepas mata pelajaran Matematik, Iman ingin berjumpa dengan Cikgu Julia biarpun diajak oleh Pei Wen untuk pulang bersama. Selepas berkemas, Iman terserempak dengan Adif Danial dan Linda. Senyuman Iman tidak berbalas juga. Kemudian, Iman ke bilik guru. Akhirnya, Iman dapat berjumpa dengan Cikgu Julia. Iman meminta pandangan Cikgu Julia tentang ibunya. Iman menceritakan hal ibu dan bapanya satu persatu. Yang jelas, hasrat Iman untuk menyatukan ayah dan ibunya semula musnah kini.

Menurut Cikgu Julia, senario kehidupan ayah dan ibunya sudah ditentukan oleh takdir waima ayahnya akan berkahwin dengan ibu Adif Danial, Mak Cik Sofia dan kesahihan hubungan ibunya dengan lelaki Inggeris yang barangkali merupakan teman sekolej. Yang penting, menurut Cikgu Julia, Iman perlu bersabar, berterus terang dan berkorban. Fikiran Iman tenang dan positif kembali selepas berbual-bual dengan Cikgu Julia. Album gambar dibelek satu persatu. Gambar keluarga Iman tetap akan menjadi kenangan sampai bila-bila. Tiba-tiba, Iman dikejutkan oleh panggilan nenek. Kata nenek kawan lelaki Iman sedang mencarinya. Zulkarnain dan Adif Danial! Adif Danial ingin memohon maaf daripada Iman. Sebenarnya, Adif Danial merindui saat-saat bersama dengan Pei Wen, Zulkarnain dan Iman. Iman dan Adif Danial sama-sama mengaku kesalahan tentang kisah ibu dan ayah masing-masing. Malah, Adif Danial cukup kagum akan ketabahan Iman menghadapi masalah tersebut lebih-lebih lagi Pei Wen dan Zulkarnain telah menceritakan segala-galanya, termasuk tindakan kasar Linda terhadap Iman.

Ibu Adif Danial memahami kehendaknya anak lelakinya. Ibunya sanggup membatalkan perkahwinan sekiranya hasrat tersebut diingini Adif. Yang jelas, ibu Adif tidak akan berkahwin dengan ayah Iman. Hati Iman bertambah lega sekarang. Fikirannya bertambah lapang. Pagi itu datuk dan nenek Iman menjamu Adif Danial dan Zulkarnain makan buah rambutan dan cempedak.

Kosa Kata / Makna:

1. Ketinggalan – yang tinggal baki, kelebihan, sisa, tertinggal (dgn tidak sengaja), terbelakang2. Amanah – sesuatu yang dipercayakan kepada orang, kepercayaan yang diletakkan kepada seseorang3. Menuruni – turun melalui (tangga, lereng bukit dll), turun untuk mengambil sesuatu4. Bertembung – berjumpa (dgn tidak sengaja), bersua, bertemu, terjerempak5. Meluap-luap – bergelora dgn amat sangat (bkn perasaan, semangat dsb), berkobar-kobar, berapi-api6. Terguling-guling – berguling-guling (dgn tidak sengaja), berpusing berbalik-balik7. Papah – berpegang atau berpaut pd bahu orang dll.8. Bebel – mengomel, berleter9. Mencebikkan – menyorongkan bibir bawah ke depan (kerana marah, benci dsb), menghina

7

Page 8: Kajian Novel Erti Sebuah Pengorbanan Tingkatan 2

ANALISIS NOVEL ERTI SEBUAH PENGORBANAN TINGKATAN 2

10. Tercengang – berasa kehairan-hairanan, terkejut bercampur pelik sehingga mata terbuka luas dan mulut ternganga11. Merajuk – menunjukkan rasa tidak suka (enggan bercakap, enggan bekerjasama, enggan bergaul)12. Mengerling – memandang ke kanan atau ke kiri (dgn tidak menggerakkan kepala)13. Mengkhianati – berbaut khianat kepada, mencelakakan, memperdaya, membelot terhadap14. Beriringan – berjalan dll bersama-sama, berturut-turut15. Tampak – tidak terlindung, dapat dilihat, kelihatan16. Berkecamuk – menjadi hebat, menjadi kacau atau tidak tenteram (fikiran, perasaan dll)17. Solehah – taat dan patuh kpd perintah Allah (perempuan)18. Hakikat – sesuatu yang tidak dapat ditiadakan atau dinafikan kebenaran, kenyataan19. Arwah – roh atau jiwa orang yang telah meninggal dunia, semangat, Allahyarham, Almarhum20. Menyisihkan – mengasingkan, memisahkan, menceraikan, memencilkan

Bab 7: Usaha dan Cabaran

Peperiksaan menjelang tiba. Iman mengadakan perbincangan berkumpulan bersama-sama Pei Wen, Zulkarnain dan Adif Danial. Iman mahir dalam pelajaran Matematik. Mereka bantu-membantu. Iman mahu mengungguli pencapaian akademik Tingkatan Satu Dinamik. 20 Mei 2006. Peperiksaan Pertengahan Tahun telah pun berlalu. Kini, Iman memberikan tumpuan pada pertandingan pidato daerah. Teks disediakan oleh Iman dan disemak oleh Cikgu Julia. Kemudian, Iman akan berlatih bersama-sama Pei Wen, Zulkarnain dan Adif Danial selepas sekolah. Di rumah, Iman berlatih di hadapan datuk dan nenek.

Sudah genap sepuluh hari Iman tidak berutus e-mel dengan ibunya. Barangkali, ibunya telah menemui pengganti ayah. Sempat Iman berbual-bual dengan nenek. Dapatlah nenek mendengar dan berkongsi luahan rasa Iman. Nenek tahu benar akan perangai ibu Iman. Kata nenek, mencari pengganti suami bukan mudah dan menasihati Iman agar tidak berprasangka terhadap ibu Iman sendiri. Iman tertunduk. Air mata mengalir dari kolam matanya. Iman berasa terlalu berdosa. Nenek menepuk-nepuk bahu cucunya.

Tiba-tiba datuk, nenek dan Iman dikejutkan dengan panggilan Ruhaida, ibu Iman dari New Zealand. Rupa-rupanya, ibu Iman terlantar di hospital selama sepuluh hari kerana kemalangan jalan raya. Iman menangis teresak-esak kerana bersalah menuduh ibunya. Iman meluahkan perasaannya melalui e-mel.

Esok, pertandingan pidato akan dijalankan. Iman telah membuat persediaan yang rapi. Para peserta juga diminta menyediakan satu teks salinan asal berkaitan tajuk yang dipersembahkan. Teks itu disisipkan di dalam diari yang berwarna ungu. Ungu, warna kegemaran keluarga Iman. Petang itu, Iman dan Pei Wen ingin bertemu dan berbincang dengan Cikgu Julia. Iman juga mahu menyerahkan teks itu untuk disimpan oleh Cikgu Julia agar lebih selamat. Malangnya, diari ungu tidak kelihatan. Diari itu ditinggalkan oleh Iman di dalam beg sebelum memasuki perpustakaan. Iman ke kelas untuk mencari diarinya. Pei Wen pula ke perpustakaan untuk tujuan yang sama. Malangnya, diari itu tiada di dalam kelas. Panik. Hampa. Iman bagaikan mahu menangis. Gagal juga Pei Wen mencari diari tersebut di perpustakaan.

Iman dan Pei Wen terpaksa berjumpa dengan Cikgu Julia semula. Sebuah teks baharu perlu disediakan oleh Iman. Sesungguhnya, Iman tidak mengaku kalah. Iman meneruskan latihan. Zulkarnain dan Adif Danial turut memberikan kata-kata semangat. Dalam e-mel, ibu Iman turut mendoakan kejayaan Iman. Teks pidato dihafal. Solat hajat ditunaikan. Malam itu, Iman tidur awal. Esok, datuk dan nenek akan pergi bersama-sama.

8.15 pagi. Ramai murid hadir di majlis itu. Enam buah sekolah menyertai pertandingan tersebut. Setiap sekolah menghantar enam orang wakil. Iman peserta kedua terakhir. Pei Wen menjadi peneman dan pendorong utama Iman. Zulkarnain, Adif Danial dan Ai Ling turut hadir memberikan perangsang. Ayah Iman turut hadir. Maka bertambah semangatlah Iman. Yang penting, Iman memberikan tumpuan kepada persembahannya nanti.

8

Page 9: Kajian Novel Erti Sebuah Pengorbanan Tingkatan 2

ANALISIS NOVEL ERTI SEBUAH PENGORBANAN TINGKATAN 2

Kosa Kata / Makna:

1. Perkongsian – syarikat perniagaan yg dijalankan secara berkongsi oleh dua orang atau lebih sbg rakan niaga2. Menghirup – menyedut dan menelan benda cair, meneguk, menghisap, menyedut3. Menatang – membawa sesuatu di atas tapak tangan, menating, menayang4. Memudaratkan – mendatangkan mudarat, membahayakan, merugikan5. Terlopong – ternganga (mulut)6. Berprasangka – sangka (anggapan) buruk terhadap sesuatu (seseorang) sebelum mengetahui (menyelidiki) yang sebenarnya7. Terhinggut-hinggut – bergoyang-goyang, berayun-ayun, bergoncang-goncang8. Terlantar – terletak di, terabai, terbiar9. Teresak-esak – tersedu-sedu (menangis)10. Berenggang – berantara, berjauh, berpisah11. Disisipkan – diselitkan12. Asyik – menaruh berahi atau perasaan cinta yang amat sangat (terhadap seseorang)13. Gementar – gentar, menggigil (kerana ketakutan, deman dll)14. Mantap – tabah hati, tetap hati (fikiran), tetap setia, tidak berubah-ubah, tetap, stabil

Bab 8: Pengorbanan

Kejayaan Iman muncul johan pidato daerah menjadi buah mulut murid-murid dan guru-guru. Yang lebih berbangga, Cikgu Julia. Iman menerima ucapan tahniah daripada datuk, nenek dan rakan-rakan. Hubungan Iman dan ayahnya kembali bertaut.

Jumaat. Hari terakhir sebelum sekolah mula bercuti selama dua minggu. Kelas Tingkatan Satu Dinamik riuh-rendah. Cikgu Julia akan mengumumkan keputusan Peperiksaan Pertengahan Tahun. Zulkarnain sempat berlawak jenaka melibatkan Pei Wen. Pei Wen mencebikkan bibir. Rupa-rupanya, Zulkarnain menaruh hati pada Pei Wen.

Keputusan telah diumumkan. Adif Danial, Iman Zulaikha dan Haris Fadzillah menduduki tempat pertama, kedua dan ketiga di dalam kelas. Kedengaran tepukan dan ucapan tahniah. Zulkarnain dan Pei Wen mendapat tempat keenam dan kelapan. Pada keseluruhannya, Cikgu Julia amat berpuas hati dengan prestasi murid-muridnya. Cikgu Julia tidak lupa mengingatkan murid-muridnya agar mengulang kaji pelajaran pada musim cuti.

Adif Danial pula akan bertukar ke Kuala Lumpur. Keadaan ini dijadikan modal untuk Zulkarnain untuk mengusik Adif Danial dan Iman. Iman tertunduk malu. Dalam kesibukan murid-murid menyemak keputusan, muncul Cikgu Shaharudin, guru disiplin sekolah itu. Linda dan Iman Zulaikha dipanggil ke depan kelas. Diari ungu dikeluarkan daripada sampul surat. Iman tersentak. Linda tidak berani bertentang mata dengan Cikgu Shaharudin. Salah seorang murid dari kelas Tingkatan Satu Anggerik telah membuat pengakuan bahawa dia telah mengambil diari Iman seperti yang telah dirancang oleh Linda. Terkejut Iman. Dia beristighfar sambil merenung wajah Linda. Bahu Linda terhinggut-hinggut. Dia menangis sambil menutup wajahnya dengan tapak tangan. Akhirnya, Linda mengaku. Iman sedia memaafkan Linda seandaInya dia sedia berubah. Linda mendakap Iman dengan erat. Cikgu Shaharudin terpana melihat sikap terpuji yang ditunjukkan oleh Iman, anak murid kesayangan Cikgu Julia.

Datuk dan nenek Iman mengadakan kenduri kesyukuran atas kejayaan Iman dalam pertandingan pidato peringkat daerah dan Peperiksaan Pertengahan Tahun baru-baru ini. Anak-anak dan cucu-cucu dijemput hadir. Sebenarnya, datuk dan nenek dikurniai lima orang anak. Ibu Iman Zulaikha, anak yang kedua. Pei Wen dan keluarganya, Adif Danial dan ibunya, Zulkarnain, Cikgu Julia serta beberapa rakan sekelasnya turut hadir. Pada hari itu, Iman memakai baju kurung berwarna ungu. Baju itu pernah dipakai semasa menyambut Hari Raya Adilfitri bersama-sama dengan ayah dan ibunya dua tahun yang lalu.

9

Page 10: Kajian Novel Erti Sebuah Pengorbanan Tingkatan 2

ANALISIS NOVEL ERTI SEBUAH PENGORBANAN TINGKATAN 2

Para tetamu lelaki mengambil tempat di ruang tamu rumah datuk. Tetamu wanita pula berada di ruang dapur. Datuk mengetuai bacaan tahlil dan zikir dalam majlis tersebut. Selesai berdoa, hidangan pun diangkat ke ruang tamu. Sempat juga Iman berbual-bual dengan Mak Cik Sofia, ibu Adif Danial.

Malam itu, Iman duduk di anjung rumah sambil menghirup udara malam. Rumah datuk dan nenek kembali sunyi. Tiba-tiba muncul ayah Iman mengemukakan cadangan kepada Iman. Ayah Iman ingin bercuti bersama dengan Iman ke New Zealand. Yang penting, Iman amat memerlukan ayah dan ibu di sisi Iman. Walaupun malam gelap pekat, Iman dapat melihat ada sinar yang terang menantinya di hujung sana. Ayah Iman Zulaikha, Yusri ingin membina ikatan kekeluargaan yang runtuh selama ini semula. Iman mengangguk dan mendakap ayahnya erat-erat. Doa Iman, biarlah kasih sayang ibu dan ayah kukuh selama-lamanya. Air mata kesyukuran membasahi pipi Iman Zulaikha. Bersyukur Iman kepada Tuhan kerana memakbulkan doanya selama ini.

Kosa Kata / Makna:

1. Membicarakan – mempercakapkan, memperkatakan, membincangkan, mengadili2. Bertaut – menjadi rapat, berkatup rapat-rapat, bercantum, berpaut, bertemu, berhubungan (dgn), bertalian (dgn)3. Semester – satu daripada dua sesi pengajian dlm. Sesuatu tahun akademik di pusat pengajian (universiti, kolej, sekolah dsb)4. Menaruh – meletakkan, menempatkan, membubuh, menambah5. Prestasi – hasil yang telah diperoleh, pencapaian6. Didatangi – dikunjungi, dilawati, diziarahi7. Beralih – bergerak dari satu tempat ke tempat yang lain, pergi (ke tempat lain)8. Kaget – terkejut, terperanjat9. Menjenguk – melihat, mengunjungi, menengok10. Mengerling – memandang ke kanan atau ke kiri (dgn. Tidak menggerakkan kepala)11. Tersipu-sipu – malu sekali, (dgn) pantas, lekas, segera12. Berkorban – (sedang) menawarkan sesuatu sbg korban (kpd yang disembah), menanggung penderitaan untuk keselamatan (kebahagiaan, kepentingan) orang dll.13. Mengukir – membuat lukisan dll dgn cara memahat (menggores, menoreh dll), membentuk (senyuman), memperlihatkan, menampakkan (senyum)14. Memakbulkan – menerima (permintaan, doa, dll), mengabulkan, menyampaikan (maksud), memperkenankan15. Menatap – memerhatikan dgn teliti, memandang dgn sungguh-sungguh16. Kepekatan – perihal atau keadaan pekat

10

Page 11: Kajian Novel Erti Sebuah Pengorbanan Tingkatan 2

ANALISIS NOVEL ERTI SEBUAH PENGORBANAN TINGKATAN 2

SINOPSIS KESELURUHAN

Iman Zulaikha merupakan seorang pelajar tingkatan satu. Setelah bapa dan ibunya bercerai, Iman berpindah dan tinggal bersama-sama datuk dan neneknya di kampung. Iman menyimpan cita-cita yang tinggi agar dia dapat menyatukan semula ibu dan bapanya. Iman dan Pei Wen merupakan pasangan sahabat yang rapat sama ada di sekolah atau di rumah. Kedua-duanya sering mencurah rasa dan sama-sama berbincang bagi menyelesaikan sebarang masalah yang dihadapi. Setiap hari apabila sampai di rumah, Iman akan membaca dan menghantar e-mail kepada ibunya yang berada di New Zealand.

Di sekolah, Iman merupakan seorang pelajar yang cemerlang dan sering dikagumi oleh pelajar-pelajar yang lain. Namun, Linda sering menimbulkan masalah dan tidak mahu berbaik-baik dengan Iman. Kehadiran pelajar baharu, iaitu Adif Danial ke sekolah mereka menambah lagi rakan Iman termasuk Zulkarnain. Pernah pada suatu ketika Linda menolak Iman sehingga terjatuh dari tangga gara-gara Iman tidak mahu menarik diri daripada pertandingan pidato yang mereka sertai. Berkat kegigihan dan ketabahannya berlatih, Iman berjaya menjadi juara dan bakal mewakili sekolahnya dalam pertandingan pidato peringkat daerah.

Kehadiran ayahnya secara tiba-tiba pada suatu hari mengganggu ketenangan Iman. Ayahnya memberitahu bahawa dia ingin berkahwin dengan Puan Sofia, ibu Adif Danial. Ketika berjumpa Yusri di sekolah, Adif Danial terkejut dan menyedari bahawa Yusri ialah bapa Iman. Hal ini menyebabkan Adif Danial memberontak dan menjauhkan diri daripada Iman, Pei Wen dan Zulkarnain tetapi merapatkan diri dengan Linda.

Oleh sebab kedua-dua anak mereka tidak bersetuju, Yusri dan Puan Sofia tidak jadi berkahwin. Iman kembali mesra dengan ayahnya. Iman menjadi juara pidato di peringkat daerah. Pertandingan ini turut disaksikan oleh ayahnya. Kejahatan Linda terbukti apabila dia ditangkap kerana mencuri diari dan teks pidato Linda. Namun, Iman memaafkan Linda.

Berita gembira disampaikan oleh ayah Iman. Ayahnya mengajak Iman, datuk dan neneknya pergi ke New Zealand untuk bertemu dengan ibunya. Hal ini amat menggembirakan Iman.

TEMA DAN PERSOALAN

Tema

Kasih sayang Iman Zulaikha amat menyayangi kedua-dua ibu bapanya. Setelah mereka bercerai, Iman ditinggalkan bersama-sama datuk dan neneknya di kampung. Namun, hubungan ibu dan bapanya masih baik sebagai sahabat. Pelbagai usaha dilakukan agar kedua-dua ibu bapanya dapat bersatu semula.

Persoalan

1. Persoalan pengorbananAyah Iman dan ibu Adif Danial, terpaksa mengorbankan hasrat mereka untuk berkahwin kerana anak-anak mereka tidak menyetujui perkahwinan tersebut. Ayah Iman akur dengan permintaan Iman agar beliau berbaik-baik dengan bekas isterinya semula. Adif Danial pula belum bersedia untuk menerima orang baharu sebagai ayahnya.

2. Persoalan ketabahan

11

Page 12: Kajian Novel Erti Sebuah Pengorbanan Tingkatan 2

ANALISIS NOVEL ERTI SEBUAH PENGORBANAN TINGKATAN 2

Iman tabah menghadapi dugaan dan cabaran yang dihadapinya. Setelah ditinggalkan oleh ibunya yang melanjutkan pelajaran di New Zealand, dia menyesuaikan dirinya tinggal dengan datuk dan neneknya di kampung. Segala masalah dihadapinya tanpa merungut malahan dia lebih berazam untuk berjaya.

3. Persoalan hubungan persahabatanIman dan Pei Wen bersahabat baik dan sering mencurah rasa serta sama-sama menyelesaikan masalah yang mereka hadapi.Kegigihan Iman gigih berlatih untuk memenangi pertandingan pidato bagi mewakili sekolahnya ke peringkat daerah.

4. Persoalan taat kepada perintah agamaIman sentiasa menunaikan sembahyang dan memohon doa agar segala apa yang dihajatinya tercapai.

BINAAN PLOT

Permulaan

Iman Zulaikha merupakan pelajar tingkatan satu yang tinggal bersama-sama datuk dan neneknya di kampung. Iman tinggal bersama-sama dengan ibunya setelah pihak mahkamah memberikan hak penjagaan kepada ibunya. Iman kemudiannya berpindah ke kampung kerana ibunya melanjutkan pelajaran ke New Zealand. Namun, kerana kasih sayang terhadap ibu dan bapanya, dia menyimpan hasrat untuk menyatukan mereka semula.

Perkembangan

Dia amat senang berkawan dengan Pei Wen yang tinggal bersebelahan rumah datuknya di kampung. Mereka sering bersama-sama ke sekolah. Pei Wen dan Iman berkongsi suka duka dan sering mengatasi masalah bersama-sama. Iman dan ibunya sering berhubung melalui kiriman e-mail.

Perumitan

Linda, rakan sekelas Iman, sering menimbulkan masalah kepada Iman kerana Linda tidak mahu berbaik-baik dengan Iman. Hal ini menghairankan Iman. Apabila Cikgu Julia mencari wakil pidato untuk mewakili sekolah ke peringkat daerah, Linda menjadi pesaingnya. Kemunculan Adif Danial yang berkawan rapat dengan Iman, Pei Wen dan Zulkarnain tambah menaikkan kemarahan Linda. Linda menyuruh Iman menarik diri daripada pertandingan tetapi tidak dipersetujui oleh Iman.

Puncak

Iman memenangi pertandingan pidato peringkat daerah hasil daripada kegigihannya berlatih walaupun pelbagai masalah yang dihadapinya sepanjang tempoh persediaan bagi menyertai pertandingan tersebut. Dua hari sebelum bertanding, diari dan teks pidatonya hilang. Namun dia cekal. Ayahnya turut hadir memberikan sokongan pada hari pertandingan.

Peleraian

Datuk dan nenek mengadakan kenduri kesyukuran bagi menghargai kejayaan Iman. Berita yang paling menggembirakan Iman ialah bapanya bersetuju untuk membawa Iman serta datuk dan neneknya ke New Zealand bertemu dengan ibunya.

12

Page 13: Kajian Novel Erti Sebuah Pengorbanan Tingkatan 2

ANALISIS NOVEL ERTI SEBUAH PENGORBANAN TINGKATAN 2

Teknik Plot

1. DialogPerbualan antara Iman dan Pei Wen semasa Pei Wen mengadu tentang ibu tirinya yang sering tidak bersefahaman dengannya.

2. KejutanPembaca dikejutkan dengan berita bahawa Yusri ingin membawa Iman berjumpa dengan ibunya di New Zealand.

3. Imbas kembaliIman terkenangkan peristiwa semasa usianya 12 tahun, ibu dan bapanya bercerai.

4. SuspensPembaca tertanya-tanya peristiwa ketika Adif Danial melarikan diri daripada Yusri ketika pertemuan mereka di sekolah.

LATAR

Latar Masa

Pada waktu pagi.Sewaktu sesi persekolahan pagi bermula jam 7.35 pagi.Contohnya, sewaktu di dalam kelas Linda telah mengasari Iman.

Pada waktu petang.Selepas sesi persekolahan.Contohnya, Iman menemani Pei Wen membeli barang di pasar raya.

Pada waktu malam.Hubungan Iman dengan ibunya.Contohnya, Iman selalu berbalas e-mail dengan ibunya yang berada di New Zealand.

Latar Tempat

SekolahTempat Iman, Pei Wen, Zulkarnain, Linda dan Adif Danial menuntut ilmu.

Rumah datuk dan nenek ImanTempat tinggal Iman setelah ibunya pergi melanjutkan pelajaran ke New Zealand.

Port DicksonBapa Iman, Yusri membawa Iman dan datuk neneknya bersiar-siar ke Port Dickson.

KampungIman tinggal bersama-sama dengan datuk dan neneknya di kampung.

13

Page 14: Kajian Novel Erti Sebuah Pengorbanan Tingkatan 2

ANALISIS NOVEL ERTI SEBUAH PENGORBANAN TINGKATAN 2

Latar Masyarakat

Masyarakat pelajarMasyarakat ini diwakili oleh Iman, Linda, Pei Wen, Zulkarnain dan Adif Danial.

Masyarakat kampungIman tinggal di kampung bersama-sama datuk dan neneknya.

Masyarakat yang patuh kepada agamaDatuk selalu bersembahyang jemaah di surau berhampiran rumahhnya di kampung tersebut.

WATAK PERWATAKAN

Watak Utama

Iman Zulaikha Pelajar tingkatan satu

PenyayangIman amat menyayangi kedua-dua ibu dan bapanya walaupun mereka telah bercerai. Malahan Iman bercita-cita untuk menyatukan mereka semula.

GigihIman gigih berlatih untuk memenangi pertandingan pidato peringkat sekolah dan peringkat daerah. Hasil usahanya yang gigih, dia berjaya menjadi johan.

PemaafIman merupakan seorang yang pemaaf. Dia memaafkan kesalahan Linda yang pernah menolaknya sehingga jatuh tangga dan mengambil diari serta teks pidatonya sebelum pertandingan.

BeraniIman berani menentang Linda yang menyuruhnya menarik diri daripada pertandingan pidato agar memberi laluan kepadanya.

Watak Sampingan

Cikgu Julia Merupakan guru kelas Iman Zulaikha. Seorang guru yang bertanggungjawab terhdap semua muridnya. Telah banyak membantu Iman Zulaikha dalam pelajaran dan pertandingan pidato yang di sekolahnya.

Pei Wen Merupakan sahabat baik Iman. Belajar dalam kelas yang sama dan tinggal sekampung dengan Iman Zulaikha. Tinggal dengan emak tirinya.

Adif Danial. Merupakan sahabat baik Zulkarnain. Rakan sekelas Iman Zulaikha.

14

Page 15: Kajian Novel Erti Sebuah Pengorbanan Tingkatan 2

ANALISIS NOVEL ERTI SEBUAH PENGORBANAN TINGKATAN 2

Merupakan pelajar terbaik dalam kelas 1 Dinamik.Linda Merupakan rakan sekelas Iman Zulaikha. Suka menyakiti hati Iman dan akhirnya dia insaf akan kesalahannya dan berbaik semula dengan Iman Zulaikha.

NILAI DAN PENGAJARAN

Nilai

1. Nilai kasih sayangIman amat menyayangi ibu dan bapanya walaupun mereka telah berpisah. Datuk dan nenek Iman juga amat menyayangi Iman.

2. Nilai ketabahanIman tabah menghadapi pelbagai dugaan untuk mencapai kemenangannya dalam pertandingan pidato peringkat sekolah dan daerah

3. Nilai kerajinanIman merupakan seorang pelajar yang rajin membaca dan mengulang kaji pelajaran.

Pengajaran

1. Kita hendaklah menyayangi ibu dan bapa walaupun mereka telah berpisah kerana tanpa mereka, kita tidak akan lahir ke dunia.

2. Kita perlu tabah menghadapi pelbagai dugaan untuk mencapai kemenangan dalam sesuatu pertandingan.

3. Sebagai seorang pelajar kita haruslah rajin membaca dan mengulang kaji pelajaran.

15