pbs geo ku

27
940318-12-5728 MAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA PENULISAN KERJA KURSUS PENGGAL 3 TAHUN 2013 MATA PELAJARAN/KOD:EKONOMI 4 (944/4) TAJUK NAMA CALON NOMBOR KAD PENGENALAN ANGKA GILIRAN ALAMAT SEKOLAH/ ALAMAT CALON NAMA GURU/PENILAI TANDATANGAN GURU/PENILAI TARIKH MARKAH 1 940318-12-5728 ANIS AMIRAH NURSYAIRAH BINTI ABDUL SALIM SE0302/1001(13P3) SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN BALUNG P/S NO.60070,91010 TAWAU, SABAH. ENCIK MOHD LANGKA KAMOGAN TENAGA BURUH DI MALAYSIA DARI TAHUN 2000 HINGGA 2012.

Upload: eddy-fazwan

Post on 12-Jan-2016

255 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

bbb

TRANSCRIPT

Page 1: PBS GEO KU

940318-12-5728

MAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA

SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA

PENULISAN KERJA KURSUS

PENGGAL 3 TAHUN 2013

MATA PELAJARAN/KOD:EKONOMI 4 (944/4)

TAJUK

NAMA CALON

NOMBORKAD PENGENALAN

ANGKA GILIRAN

ALAMAT SEKOLAH/ALAMAT CALON

NAMA GURU/PENILAI

TANDATANGANGURU/PENILAI

TARIKH

MARKAH

1

940318-12-5728

ANIS AMIRAH NURSYAIRAH BINTI ABDUL SALIM

SE0302/1001(13P3)

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN BALUNG

P/S NO.60070,91010 TAWAU,

SABAH.

ENCIK MOHD LANGKA KAMOGAN

TENAGA BURUH DI MALAYSIA DARI TAHUN 2000 HINGGA 2012.

Page 2: PBS GEO KU

MAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA

SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA

PENULISAN KERJA KURSUS

PENGGAL 3 TAHUN 2013

MATA PELAJARAN/KOD:EKONOMI 4 (944/4)

BORANG PERAKUAN CALON

Borang ini mestilah ditandatangani oleh calon dan guru/pemeriksa yang memeriksa kerja kursus calon, dan dilampirkan bersama dengan kerja kursus yang dihantar kepada guru/ pemeriksa. Kegagalan calon menandatangani borang perakuan ini akan menyebabkan calon tidak diberikan sebarang markah untuk kerja kursus yang dihasilkan.

Nama Calon ANIS AMIRAH NURSYAIRAH BINTI ABDUL SALIMNo. Kad Pengenalan Calon 940318-12-5728Angka Giliran Calon SE0302/1001(P313)Nama Pusat PBS Calon SMK BALUNG TAWAU

Makluman kepada calon:

Kerja kursus yang dihantar untuk dinilai mestilah hasil kerja calon sendiri. Kerja kursus calon boleh dibatalkan sekiranya calon didapati meniru kerja kursus calon lain atau membenarkan calon lain untuk meniru kerja kursus yang dihasilkan oleh calon sendiri, atau calon didapati menipu dalam apa cara sekalipun bagi menghasilkan kerja kursus tersebut.

Perakuan Keaslian Kerja Kursus Calon:

Saya telah membaca dan memahami makluman kepada calon di atas. Saya telah menghasilkan kerja kursus .......................................... tanpa bantuan daripada mana-mana pihak, kecuali penerangan dan bimbingan oleh pihak yang dibenarkan, iaitu guru mata pelajaran ........................... di sekolah (untuk calon sekolah kerajaan, calon sekolah bantuan kerajaan dan calon sekolah swasta) atau pemeriksa kerja kursus mata pelajaran ......................................... (untuk calon persendirian individu).

Tandatangan CalonTarikh

Perakuan oleh Guru/Penilai:

Saya mengesahkan bahawa kerja kursus ........................................................ telah dihasilkan mengikut spesifikasi yang telah ditetapkan. Saya telah memeriksa kerja kursus calon dan saya berpuas hati bahawa sepanjang pengetahuan saya, kerja kursus tersebut telah dihasilkan sendiri oleh calon.

Tandatangan Guru/PemeriksaNama Guru/PemeriksaTarikh

21

Page 3: PBS GEO KU

MAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA

SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA

PENULISAN KERJA KURSUS (KERJA PROJEK)

PENGGAL 3 TAHUN 2013

MATA PELAJARAN/KOD: EKONOMI 4 (944/4)

BORANG REKOD KERJA KURSUS CALON

No. Pusat/Angka Giliran: SE0302/1001(P313) No. Kad Pengenalan: 940318-12-5728

Tarikh

Aktiviti dalam PenghasilanKerja Kursus

(diisi oleh calon)

Ulasan GuruTandatangan

GuruTandatangan

calon

.

21

Page 4: PBS GEO KU

Pengesahan Guru Mata Pelajaran: Ekonomi

Saya mengesahkan bahawa calon ini telah menjalankan sendiri setiap tahap proses kerja dalam penghasilan kerja kursus bagi mata pelajaran Ekonomi Tahun 2013 mengikut peraturan yang ditetapkan oleh Majlis Peperiksaan Malaysia.

Tandatangan Guru: .....................................

Nama Guru: ................................................

Tarikh: .......................................

Cap Sekolah:

21

Page 5: PBS GEO KU

MAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA

SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA

PENULISAN KERJA KURSUS (KERJA PROJEK)

PENGGAL 2 TAHUN 2013

MATA PELAJARAN/KOD: GEOGRAFI 4 (942/4)

BORANG MARKAH KERJA KURSUS CALON

Nama Calon: ANIS AMIRAH NURSYAIRAH BT ABDUL SALIM Angka Giliran: SE0302/1001 (13P3)

No. Kad Pengenalan: 940318-12-5728

(Untuk diisi oleh guru/pemeriksa/penyelaras)

Kriteria PenilaianMarkah Penuh

Markah Guru/Pemeriksa

Markah Penyelaras

A. Penulisan

1. Sinopsis 2

2. Kandungan (butiran dan muka surat) -

3. Penghargaan -

4. Pengenalan 2

5. Objektif Kajian 2

6. Lokasi Kajian 2

7. Kaedah Kajian 5

8. Dapatan Kajian dan Perbincangan 15

9. Rumusan dan Kesimpulan 3

10. Bibliografi/Rujukan 2

11. Lampiran (jika perlu) B. Sesi Pembentangan dan Soal Jawab

1. Pembentangan 4

2. Kreativiti Persembahan 3

3. Keterampilan 2

4. Soal jawab 8

C. Impak Keseluruhan 5

Jumlah Markah 55

PERAKUAN GURU/PEMERIKSA PENGESAHAN PENYELARAS

Saya memperakui bahawa markah dan butiran di atas adalah benar.

Tandatangan Guru/Pemeriksa: ……….……............ Nama:........................................................................

Saya mengesahkan bahawa markah dan butiran di atas adalah benar.

Tandatangan Penyelaras: ..........................................

Nama:........................................................................

No. Kad Pengenalan: ............................................... No. Kad Pengenalan: ...............................................

Tarikh: ...................................... Tarikh: ......................................

No. Telefon (sekolah): ............................................

No. Telefon (bimbit): ...........................................

No. Telefon (sekolah): ............................................

No. Telefon (bimbit): ...........................................

21

Page 6: PBS GEO KU

KANDUNGAN

Halaman

KANDUNGAN 6 7

PENGHARGAAN 8

1.0 PENGENALAN 9 10

2.0 OBJEKTIF KAJIAN 10

3.0 LOKASI KAJIAN 10 11

3.1 PETA TAWAU 11

3.2 PETA HOT SPRING 11

4.0 KAEDAH KAJIAN 12

5.0 DAPATAN KAJIAN DAN PERBINCANGAN 13 14

5.1 BENTUK-BENTUK CERUN 13 14

5.2 PROSES KEGAGALAN CERUN 15

5.3 FAKTOR KEGAGALAN CERUN 16

5.4 KESAN KEGAGALAN CERUN 16 17

5.5 LANGKAH MENSTABILKAN CERUN 18 19

6.0 KESIMPULAN 20

7.0 RUJUKAN 21

8.0 LAMPIRAN 22

21

Page 7: PBS GEO KU

SENARAI PETA

No Peta Halaman

1 Peta Daerah Tawau 11

2 Peta Hot Spring 11

SENARAI FOTO

No Foto Halaman

1 Foto 1 ( Cerun cembung ) 13

2 Foto 2 ( Cerun Cekung ) 14

3 Foto Kajian Lapangan 17

4 Foto Langkah Menstabilkan Cerun 18 19

21

Page 8: PBS GEO KU

PENGHARGAAN

Pertama sekali, saya ingin memanjatkan kesyukuran kepada ALLAH S.W.T kerana

dengan limpahan rahmatNYA dapatlah saya menjayakan kerja ini. Saya ingin

mengucapkan jutaan terima kasih kepada Cikgu Norahim B. Alison selaku penyelia saya

di atas kesudian beliau meluangkan masa untuk memberi tunjuk ajar dan bimbingan

dalam menyempurnakan kerja kursus ini. Teguran dan tunjuk ajar beliau amatlah saya

hargai.

Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada semua guru-guru di Sekolah

Menengah Kebangsaan Balung Tawau yang telah banyak membimbing, memberi tunjuk

ajar dan nasihat sepanjang saya berada di sekolah ini. Terima kasih juga kepada ibu dan

ayah tercinta iaitu Encik Abdul Salim B. Ayub dan Puan Rohani Bt. Jaafar kerana

banyak membantu dan tidak jemu memberikan nasihat, tunjuk ajar dan bimbingan serta

sokongan moral dan kewangan. Tidak lupa juga buat adik beradik yang dikasihi, Anis

Eddywizwan dan Anis Eddyfazwan, terima kasih kerana memberi sokongan dan

semangat.

Penghargaan ini juga buat kawan-kawan sekumpulan yang disayangi, Siti

Zureena Bt Abdul Mulok, Dewyana Bt Badaway, Norilani Bt Bacho dan rakan-rakan

seperjuangan di Tingkatan Enam PPU UKM(2), terima kasih kerana sudi membantu.

Jasa anda semua amat dihargai.

Sekian, Terima Kasih kepada semua.

1.0 PENGENALAN

21

Page 9: PBS GEO KU

Cerun merupakan suatu permukaan tanah yang terdedah dan membentuk suatu sudut

terhadap satah ufuk. Pada kebiasaannya kegagalan cerun dikaitkan dengan keadaan cerun

yang curam, namun kes kegagalan cerun ini sering berlaku pada cerun yang curam

sahaja, namun begitu, kegagalan cerun ini juga berlaku pada cerun landai.

Kegagalan cerun atau dikenali sebagai tanah runtuh merupakan satu kejadian

geologi yang melibatkan sebahagian besar pergerakan tanah, jatuhan batuan atau

cantuman dari keduanya. Kebanyakkan runtuhan tanah ini bermula di lereng-lereng

cerun dan sering kali disebabkan oleh larian air permukaan. Terdapat runtuhan tanah

yang berlaku secara berperingkat dan mungkin juga berlaku dalam keadaan yang pantas

sewaktu hujan yang lebat serta bergerak bersama-sama bahan bumi yang menggelongsor

mengikut tarikan graviti.

Air yang mengalir di permukaan akan sentiasa menyebabkan hakisan pada

permukaan cerun. Kadar hakisan tersebut akan semakin tinggi sekiranya tanah di sesuatu

kawasan itu terletak di tempat yang tinggi dan curam seperti lereng-lereng bukit.

Pengaliran air yang amat deras ini akan mendorong kepada hakisan bunga tanah atau

lapisan atas.

Sehubungan dengan itu, kegagalan cerun atau tanah runtuh akan memberi

implikasi yang negatif. Hal ini, akan meragut nyawa manusia serta memusnahkan harta

benda. Sebagai contoh, tragedi tanah runtuh pada 24 Februari 2000 di kampung Sri

Damai berdekatan Taman Kencana Ampang yang meragut nyawa seorang budak

berumur 4 tahun, pada 5 Oktober 2000 juga satu kejadian tanah runtuh di Jalan Bukit

Antarabangsa berikutan hujan lebat yang berterusan menyebabkan tanah runtuh di

kawasan tersebut. Seterusnya pada 6 Disember 2008, 14 buah banglo di Bukit

Antarabangsa terlibat dalam runtuhan tanah dan mengorbankan sekurang-kurangnya 4

orang penduduk dan lebih 200 orang penduduk terpaksa dipindahkan ke tempat yang

selamat.

Kekuatan cerun yang tidak mampu mengawal dan menyokong kawasan menjadi

tidak stabil dan aliran air berlebihan ini telah menyusup ke bawah permukaan dan telah

menyebabkan struktur bumi menjadi lembab dan lemah. Tambahan pula, dengan

keadaan cerun yang tidak stabil menyebabkan sejumlah bahan bumi bersama beberapa

rumah penduduk yang terlibat runtuh di sepanjang cerun.

2.0 OBJEKTIF KAJIAN

21

Page 10: PBS GEO KU

Pada amnya, tujuan kajian luar ini ialah untuk mengenalpasti cerun yang terdapat di Hot

Spring Tawau dan juga kesan kegagalan cerun terhadap persekitaran yang dijalankan di

kawasan berkenaan. Secara khusus, kajian luar ini bertujuan untuk :

a) Mengenalpasti bentuk-bentuk cerun yang terdapat di kawasan kajian.

b) Menjelaskan proses kegagalan cerun yang berlaku di kawasan kajian.

c) Mengenalpasti dan Menjelaskan faktor berlakunya kegagalan cerun.

d) Mengkaji kesan kegagalan cerun terhadap persekitaran fizikal dan

manusia.

e) Mengenalpasti dan mencadangkan langkah yang sesuai untuk

menstabilkan cerun tersebut.

3.0 LOKASI KAJIAN

Lokasi kajian merupakan salah satu elemen penting dalam menjalankan kajian

ini. Kawasan kajian ini dijalankan di Hot Spring, Jln Sin Onn. Hot Spring terletak kira-

kira 65 Km dari kawasan sekolah dan 10 Km dari Bandar Tawau. Perjalanan mengambil

masa kira-kira 1 jam 25 minit untuk sampai ke kawasan Hot Spring. Kawasan ini

mempunyai bukit-bukau yang tinggi serta memiliki kecerunan yang curam yang sesuai

dijadikan lokasi kajian. Tambahan pula, kawasan ini juga berhampiran dengan kawasan

padang golf yang dikenali sebagai Tawau Golf Club Jalan Sin Onn, di samping kaya

dengan keindahan alam semula jadi dan kepelbagaian spesis flora dan fauna. Kawasan

ini sesuai dijadikan tempat beriadah dan bekelah. Hal ini demikian kerana, kawasan ini

juga berhampiran dengan tapak rekreasi yang dikenali sebagai Taman Hot Spring.

Selain itu, terdapat beberapa ladang kelapa sawit yang berdekatan dengan

kawasan Hot Spring. Kawasan ini pesat dengan penanaman kelapa sawit disebabkan oleh

jenis tanah yang sesuai, iaitu tanah laterit yang dapat meningkatkan lagi kesuburan tanah

dan tumbesaran pokok kelapa sawit di kawasan itu. Tambahan pula, kawasan ini

memiliki sebatang anak sungai kecil yang berhampiran dengan kawasan itu dan memiliki

jaringan jalan raya yang baik untuk memudahkan pergerakan perkhidmatan

pengangkutan keluar masuk di kawasan itu.

21

Page 11: PBS GEO KU

Peta kedudukan Daerah Tawau

Sumber : Jabatan Tanah Dan Ukur Tawau

Peta Kedudukan Hot Spring

Sumber : Muhd Sulaimi Sahabudin

21

Skala: 1:24 400

Skala: 1:20 000

Page 12: PBS GEO KU

940318-12-5728

4.0 KAEDAH KAJIAN

Terdapat pelbagai kaedah yang saya gunakan untuk memperoleh data dan maklumat kajian

luar ini, kaedah yang dipilih bergantung kepada jenis data yang diperlukan. Bagi data dan

maklumat primer saya menggunakan kaedah pemerhatian dan kaedah sekunder ialah rujukan

dan perpustakaan.

a) Kaedah pemerhatian adalah kaedah yang merupakan kaedah alternatif yang

ada dalam pengumpulan maklumat. Kaedah pemerhatian memerlukan

penyelidik memerhati sendiri keadaan di kawasan kajian. Kaedah ini

membolehkan pengkaji memahami situasi yang sebenar yang hendak

digambarkan di kawasan kajian. Kaedah ini digunakan untuk meninjau lokasi

kawasan kajian, mengenalpasti jenis-jenis cerun, dan rupa muka fizikal yang

terdapat di kawasan kajian.

b) Kaedah rujukan. Kaedah ini, menggunakan kaedah merujuk bahan-bahan

bacaan seperti buku, majalah, jurnal dan sebagai bahan rujukan untuk

menjalankan kajian ini.

c) Kaedah perpustakaan. Melakukan tinjauan ke perpustakaan yang berdekatan

untuk mencari bahan-bahan yang berkaitan dengan tajuk kajian sebagai bahan

rujukan untuk menjalankan kajian ini. Selain itu, internet juga sebagai sumber

untuk saya memperolehi bahan dan beberapa laman web mengenai Hot Spring

telah saya perolehi.

21

Page 13: PBS GEO KU

940318-12-5728

5.0 HASIL KAJIAN DAN PERBINCANGAN

5.1 Bentuk-bentuk cerun yang terdapat di kawasan kajian ialah, cerun cembung,

cerun cekung.

a) Cerun Cembung

Cerun cembung mempunyai garis-garis kontur yang rapat (yang

menggambarkan cerun curam) di bahagian bawah.

Foto 1 Cerun Cembung

21

Page 14: PBS GEO KU

940318-12-5728

b) Cerun Cekung

Cerun cekung mempunyai susunan kontur pada bahagian rendah adalah

jarang, manakala susunan kontur pada bahagian tingginya adalah rapat.

Foto 2 Cerun Cekung

21

Page 15: PBS GEO KU

940318-12-5728

5.2 Proses Kegagalan Cerun

Cerun biasanya akan gagal apabila partikel-partikel tanah tidak mampu

untuk melekat dan membina ikatan yang kuat di antara satu sama lain sehingga

ia menjadi longgar dan terurai. Kegagalan pula tidak wujud dalam satu

keadaan sahaja, secara umumnya pelbagai bentuk kegagalan ini wujud

disebabkan beberapa faktor yang mempengaruhinya.

Air hujan yang turun ke permukaan bumi akan menyebabkan

berlakunya pergerakan bahan-bahan di cerun. Bahan-bahan yang terlibat

dalam pergerakan ini merangkumi bahan terluluh bergerak dari atas cerun ke

bahagian bawah sesuatu lereng bukit, cerun atau gunung disebabkan oleh

gerakan graviti dan aliran air hujan. Hal ini menyebabkan berlakunya larian air

permukaan, apabila keupayaan susupan tanah dapat dilepasi. Titisan air hujan

yang tidak dapat lagi masuk ke dalam tanah apabila rongga-rongga porinya

tepu kerana dipenuhi air oleh titisan sebelumnya akan membentuk larian air

permukaan yang hanya mengalir di atas permukaan sahaja.

Oleh yang demikian, kawasan permukaan cerun yang menerima hujan

yang lebat adalah kawasan yang berisiko tinggi untuk mengalami kegagalan

cerun berbanding dengan kawasan yang menerima jumlah hujan yang rendah.

Hal ini juga berlaku kerana ketepuan air dalam tanah bertambah dangan

pertambahan peresapan air hujan yang pesat. Oleh itu, perkara ini amat

mempengaruhi akan proses kegagalan cerun di sesebuah kawasan cerun.

Justeru, proses kegagalan cerun akan menyebabkan fenomena tanah

runtuh akibat daripada pergerakan jisim yang membawa bahan-bahan bergerak

ke bahagian bawah cerun atau lereng-lereng bukit dan gunung.

21

Page 16: PBS GEO KU

940318-12-5728

5.3 Faktor Berlaku Kegagalan Cerun

Fizikal :

Secara amnya, litupan tumbuhan yang terdapat pada cerun juga

mempengaruhi akan proses kejadian tanah runtuh. Dalam hal ini, litupan

tumbuhan pada cerun merupakan suatu lapisan tutup bumi yang mampu untuk

mengawal hakisan pada permukaan cerun seterusnya dapat mengukuhkan

struktur tanah pada cerun. Selain itu, litupan tumbuhan pada cerun juga

bertindak dengan mengikat zarah-zarah tanah dengan mewujudkan struktur

perlekatan di antara akar tumbuhan dengan partikel-partikel tanah. Justeru itu,

akar tumbuhan akan bertindak dengan tumbuh jauh ke dalam tanah dengan

bertindak seperti penahan yang menahan permukaan tanah cerun daripada

menggelongsor dan juga ianya akan menyerap momentum jatuhan air hujan

daripada jatuh terus ke permukaan tanah seperti tumbuhan kekacang. Hal ini

akan dapat mengawal kuantiti dan saliran air permukaan kerana aliran tersebut

diserap oleh tanaman yang terdapat pada cerun membolehkan kesan hakisan

pada permukaan cerun dapat di kurangkan.

Manusia :

Faktor manusia pula, ialah pengubahsuaian cerun atau dikenali sebagai

“ oversteeping” yang biasanya berlaku di jalan raya, pembinaan kejuruteraan

dan pembinaan landskap. Puncak cerun overloading juga merupakan faktor

manusia dimana berat isi dan struktur-struktur bahagian atas cerun diletakan

bagi bahan-bahan dibawah. Sekiranya muatan bertambah lagi boleh

mengakibatkan gelongsoran. Pemindahan tumbuh-tumbuhan yang kerap akan

menyebabkan berlakunya tanah runtuh.

5.4 Kesan Kegagalan Cerun

Tanah runtuh atau kegagalan cerun merupakan satu malapetaka major

dunia kerana ianya tersebar luas dan memberi impak yang besar termasuk

negara malaysia. Kesan daripada malapetaka tanah runtuh atau kegagalan

cerun ini berbahaya kepada manusia dan juga benda hidup yang lain.

Tanah runtuh atau kegagalan cerun akan menyebabkan kerosakan

infrastruktur seperti jalan raya akibat daripada daya aliran tanah atau lumpur.

Pembinaan jalan raya telah melibatkan kerja-kerja pemotongan cerun atau

21

Page 17: PBS GEO KU

940318-12-5728

susuh bukit yang akan menyebabkan kecerunan cerun bertambah. Cerun yang

curam biasanya tidak stabil dan mudah runtuh. Pembinaan jalan raya juga turut

melibatkan aktiviti penebangan tumbuh-tumbuhan asal kawasan tersebut. Hal

ini menyebabkan permukaan bumi terdedah kepada proses-proses

geomorfologi seperti hakisan dan luluhawa. Akar tumbuhan berperanan

memegang dan mencengkam tanah daripada runtuh. Akibatnya, sturuktur

tanah di cerun akan menjadi longgar, tidak stabil dan mudah untuk jatuh akibat

tarikan graviti bumi.

Seterusnya, dari aspek fizikal kegagalan cerun atau tanah runtuh

memberi kesan ke atas kerosakan ekosistem. Kejadian tanah runtuh kerap

berlaku semasa dan selepas hujan lebat di kawasan cerun atau lereng-lereng

bukit yang curam. Kegiatan penebangan pokok-pokok yang berlaku di

kawasan kajian telah menyebabkan kejadian tanah runtuh. Tanah terdedah dan

tepu dengan aliran air lalu bergerak menuruni lereng bukit kemudiannya

mengakibatkan kejadian tanah runtuh. Biasanya kehadiran tumbuh-tumbuhan

akan mengukuhkan struktur tanah kerana sistem akar tumbuhan akan

memegang struktur tanah daripada runtuh.

Kajian Lapangan 2013

21

Page 18: PBS GEO KU

940318-12-5728

5.5 Langkah Menstabilkan Cerun

Permukaan bumi terutama di lereng-lereng bukit dan gunung yang

sedang atau telah berlaku kegiatan manusia seharusnya diliputi dengan

penanaman pokok atau rumput. Litupan bumi dapat mencengkam tanah

melalui akar-akarnya dan tanah pula kurang terdedah kepada tindakan air

hujan. Justeru penanaman litupan tumbuhan dapat mengatasi masalah

kegagalan cerun disamping menstabilkan cerun daripada berlaku runtuhan.

Selain itu, kawasan-kawasan di permukaan bumi yang bercerun curam

seharusnya ditereskan mengikut kaedah garis kontur. Tindakan ini bukan

sahaja mengurangkan kecerunan lereng-lereng bukit bahkan mengurangkan

daya tarikan graviti terhadap lapisan tanah di sesuatu bukit atau tanah tinggi.

Teres juga mengurangkan atau mengawal air larian permukaan yang boleh

mempengaruhi pergerakan jisim dan tidak mudah runtuh sekiranya berlaku

gegeran.

Tambahan pula, pembinaan benteng konkrit dapat mengatasi masalah

kegagalan cerun di lereng-lereng bukit atau tanah tinggi. Hal ini bertujuan

menahan pergerakan tanah. Benteng tersebut dibina daripada bahan yang

kukuh seperti simen yang telah di konkritkan. Kaedah ini sangat sesuai

mengatasi pergerakan jisim jenis kesotan tanah dan tanah runtuh di lereng-

lereng bukit yang tidak begitu curam.

21

Page 19: PBS GEO KU

940318-12-5728

Kajian Lapangan 2013

21

Page 20: PBS GEO KU

940318-12-5728

6.0 Kesimpulan

Tanah runtuh atau kegagalan cerun merupakan salah satu daripada bencana

geologi yang memberi ancaman kepada hidupan mahupun persekitaran, ia boleh

berlaku di mana sahaja terutama di kawasan bercerun dan berisiko dengan gempa

bumi dan letusan volkano. Hal ini berpunca daripada tanah atau batuan yang lemah

dan kedudukannya yang tidak stabil. Jenis gerakan tanah runtuh boleh dikelaskan

sebagai jatuhan gelongsoran atau aliran. Bahaya tanah runtuh atau kegagalan cerun

bergantung juga pada jenis dan saiz bahan yang mengalami kegagalan serta

kepantasannya berlaku. Perbezaan bahan tanah runtuh yang di bawa juga memberi

kesan dan impak yang berlainan.

Faktor yang menyebabkan kejadian tanah runtuh boleh dibahagikan sama ada

ia berlaku secara semulajadi atau susulan daripada aktiviti manusia. Faktor semula

jadi seperti tindakan hakisan, hujan lebat berterusan menyebabkan aliran yang

membawa bahan tanah, akibat gegeran gempa bumi atau letusan volkano yang

meruntuhkan struktur tanah. Justeru manusia juga perlu sedar akan akibat aktiviti-

aktiviti pembangunan yang tidak terancang, penarahan bukit dan penebangan kawasan

tadahan hujan serta pembinaan infrastruktur di atas tanah tinggi mengundang risiko

kemusnahan harta benda dan nyawa apabila fenomena tanah runtuh berlaku.

Pelbagai cara yang boleh dilakukan untuk mengelak kemungkinan bencana ini.

Semua lapisan masyarakat perlu bijak di dalam mengenalpasti kawasan yang

berpotensi mengalami kegagalan cerun batuan dan tanah bagi mengelak sebarang

pembinaan di kawasan tanah tinggi yang berisiko. Ilmu pengetahuan juga perlu di

canai dengan sebaiknya untuk menjamin keselamatan manusia. Oleh itu, semua

lapisan masyarakat memainkan peranan yang sangat penting dalam membantu

mengelak dan menangani masalah kejadian tanah runtuh. Sebarang projek pembinaan

perlulah mendapat rundingan daripada pakar untuk mengkaji dan menilai terlebih

dahulu tahap keselamatan sesuatu kawasan.

Oleh itu, langkah-langkah awal perlulah dititkberatkan. Sebagai rakyat

malaysia, kita haruslah mengamalkan amalan “sediakan payung sebelum hujan” bagi

mengelakkan lagi banyak nyawa terkorban. Justeru, semua pihak haruslah berganding

bahu memberi bantuan kecemasan kepada pihak yang memerlukan bagi meringankan

kesengsaraan mereka.

21

Page 21: PBS GEO KU

940318-12-5728

7.0 Senarai Rujukan

Buku Teks Geografi Oxford Fajar Sdn.Bhd (Mohamad Zhahir Shaari,Harun arnain

Hasan,Prof.Dr.Ekhwan Hj.Toriman)

Buku Teks Pra-U STPM Geografi (Hj.Rusly Musa,Hjh.Nurashikin Abdullah)

Rahman, Zulfahmi Ali, Sahibin Abd Rahim, and Hazizi Esa. "Ciri fizikal tanah pada

kegagalan cerun sepanjang jalan utama Bangi Lama, Selangor Darul Ehsan." Sains

Malaysiana 29 (2000): 233-255.

Rahman, Zulfahmi Ali, et al. "Tinjauan awal potensi ketidakstabilan cerun dan cirian

fiziko-

kimia tanah di Cameron Highlands, Pahang: Preliminary survey on potential slope

instability and soil physico-chemical characteristic in Cameron Highlands, Pahang."

Sains Malaysiana 36.2 (2007): 105-116.

WENG, CHAN KOK. "Effect of layering on slope instability induced by Rainfall."

Faculty

of Civil Engineering Universiti Teknologi Malaysia. project report for the award of

the degree of Master of Engineering (Civil–Geotechnics) (2009).

Hjh Nurashikin Abdullah. 2010. Longman Teks Pra-U STPM Geografi Alam Sekitar

Fizikal. Pearson Malaysia Sdn. Bhd. Selangor Darul Ehsan.

Saya, L. E. E. "JUDUL: KESAN SIFAT KETEGARAN TEMBOK PENAHAN

TERHADAP TABURAN TEKANAN SISI TANAH."

Laman Web Google : http://jabatan-geografi-smkpurun.blogspot.com

Laman Web Google : http://pagarmuseh.blogspot.com

Laman Web Google : http://omisay.blogspot.com

Laman Web Google : http://eprints.utm.my/2307/3/AdnanIsmailMAD2006CHAP1

Laman Web Google : http://myglobalisation.blogspot.com

21

Page 22: PBS GEO KU

940318-12-5728

8.0 Lampiran

21

Page 23: PBS GEO KU

940318-12-5728

21