noor atiqah binti sulaiman - fp.utm.my · selawat dan salam ke atas junjungan nabi muhammad s.a.w....

30
KESEDIAAN PELAJAR WANITA MELIBATKAN DIRI DALAM AKTIVITI KOLEJ KEDIAMAN PELAJAR, UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA NOOR ATIQAH BINTI SULAIMAN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Upload: others

Post on 30-Aug-2019

11 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: NOOR ATIQAH BINTI SULAIMAN - fp.utm.my · Selawat dan salam ke atas junjungan nabi Muhammad S.A.W. Buat ayahanda yang amat ku kasihi, En.Sulaiman Bin Hj.Samsuri Bonda tercinta, Pn

KESEDIAAN PELAJAR WANITA MELIBATKAN DIRI DALAM AKTIVITI

KOLEJ KEDIAMAN PELAJAR, UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

NOOR ATIQAH BINTI SULAIMAN

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Page 2: NOOR ATIQAH BINTI SULAIMAN - fp.utm.my · Selawat dan salam ke atas junjungan nabi Muhammad S.A.W. Buat ayahanda yang amat ku kasihi, En.Sulaiman Bin Hj.Samsuri Bonda tercinta, Pn

PSZ 19:16(Pind. 1/97)

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS♦

JUDUL :

KESEDIAAN PELAJAR WANITA MELIBATKAN DIRI

DALAM AKTIVITI KOLEJ KEDIAMAN PELAJAR,

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

SESI PENGAJIAN : 2008/2009 Saya NOOR ATIQAH BINTI SULAIMAN

mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut :

1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia. 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk

tujuan pengajian sahaja 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran

antara institusi pengajian tinggi. 4. ** Sila tandakan ( √ )

SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau

kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam (AKTA RAHSIA RASMI 1972).

TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan).

√ TIDAK TERHAD Disahkan oleh

(HURUF BESAR)

(TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA) Alamat Tetap :

PROF.MADYA DR. YAHYA BUNTAT (NAMA PENYELIA)

Tarikh: 30 APRIL 2009 Tarikh: 30 APRIL 2009

NO.22, (F) BUKIT APING TIMUR, 81900,KOTA TINGGI, JOHOR

CATATAN * Potong yang tidak berkenaan ** Jenis tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi

berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD.

♦ Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM).

Page 3: NOOR ATIQAH BINTI SULAIMAN - fp.utm.my · Selawat dan salam ke atas junjungan nabi Muhammad S.A.W. Buat ayahanda yang amat ku kasihi, En.Sulaiman Bin Hj.Samsuri Bonda tercinta, Pn

PENGESAHAN PENYELIA

“ Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini

adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan Ijazah

Sarjana MudaTeknologi Serta Pendidikan ( Kemahiran Hidup )”.

Tandatangan : …………………..……................................

Penyelia : PROF.MADYA DR. YAHYA B. BUNTAT

Tarikh : 30 APRIL 2009

Page 4: NOOR ATIQAH BINTI SULAIMAN - fp.utm.my · Selawat dan salam ke atas junjungan nabi Muhammad S.A.W. Buat ayahanda yang amat ku kasihi, En.Sulaiman Bin Hj.Samsuri Bonda tercinta, Pn

KESEDIAAN PELAJAR WANITA MELIBATKAN DIRI DALAM AKTIVITI

KOLEJ KEDIAMAN PELAJAR, UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

NOOR ATIQAH BINTI SULAIMAN

Laporan Projek Ini Dikemukakan Sebagai Memenuhi

Sebahagian Syarat Penganugerahan

Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan

( Kemahiran Hidup )

FAKULTI PENDIDIKAN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

APRIL, 2009

Page 5: NOOR ATIQAH BINTI SULAIMAN - fp.utm.my · Selawat dan salam ke atas junjungan nabi Muhammad S.A.W. Buat ayahanda yang amat ku kasihi, En.Sulaiman Bin Hj.Samsuri Bonda tercinta, Pn

ii

“ Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya kecuali nukilan dan ringkasan

yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya”.

Tandatangan : ............................................................... Nama Penulis : NOOR ATIQAH BINTI SULAIMAN Tarikh : 30 APRIL 2009

Page 6: NOOR ATIQAH BINTI SULAIMAN - fp.utm.my · Selawat dan salam ke atas junjungan nabi Muhammad S.A.W. Buat ayahanda yang amat ku kasihi, En.Sulaiman Bin Hj.Samsuri Bonda tercinta, Pn

iii

DEDIKASI

Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha mengasihani.

Segala pujian atas limpah dan kurnia Allah S.W.T tuhan seluruh alam.

Selawat dan salam ke atas junjungan nabi Muhammad S.A.W.

Buat ayahanda yang amat ku kasihi, En.Sulaiman Bin Hj.Samsuri

Bonda tercinta, Pn. Rusnah Binti Hj. Rasidi

Kalian adalah insan yang memberi daku segala kebaikan di dunia

Terima kasih ayah dan mama. Segala dorongan dan sokongan yang kalian berikan

menjadi rantaian azimat dan kekuatan buat diri ini...

Doa kalian menerangi perjalanan hidupanakmu ini...

&

Terima kasih tak terhingga...

Buat kekandaku, Mokhtar Sani, Nasaruddin, Mahfuzah

dan Mohd Najib sekeluarga

serta adindaku Mohammad Saufi.

Kalian adalah kekuatan dan semangat buat diri ini

yang terbaik dalam lipatan sejarah hidupku ini

dan segalanya yang ku kira sempurna...

&

Terima kasih buat rakan seperjuanganku

Kalian memberiku peluang dan pengalaman beharga saat

melalui segala pahit manis dalam perjuangan ini..

Semoga Allah SWT memberkati kita semua…

InsyaAllah…

Page 7: NOOR ATIQAH BINTI SULAIMAN - fp.utm.my · Selawat dan salam ke atas junjungan nabi Muhammad S.A.W. Buat ayahanda yang amat ku kasihi, En.Sulaiman Bin Hj.Samsuri Bonda tercinta, Pn

iv

PENGHARGAAN

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Dan Maha Penyayang. Segala puji

Bagi Allah S.W.T. dan salam atas Nabi Muhammad S.A.W serta keluarga dan

sahabatnya. Dengan Taufik Dan HidayahNya dapatlah penyelidik menyempurnakan

kajian ini.

Penghargaan ikhlas ini juga ditujukan kepada semua pihak yang terlibat

dalam menyiapkan projek penyelidikan ini. Kerjasama serta sokongan yang

diberikan sangat bernilai dan hanya hasil projek ini dapat dipersembahkan sebagai

tanda terima kasih yang tidak terhingga.

Setinggi-tinggi penghargaan terima kasih kepada Prof. Madya Dr. Yahya B.

Buntat selaku penyelia projek ini di atas komitmen, kesabaran, bimbingan dan

nasihat yang dihulurkan kepada saya dalam melaksanakan projek ini. Beliau adalah

seorang yang profesional terhadap tugasnya.

Penghargaan dan terima kasih juga kepada pelajar-pelajar wanita Kolej Tun

Fatimah, Kolej Datin Seri Endon dan Kolej 9 kerana telah memberikan kerjasama

dalam membantu menyempurnakan soal selidik bagi menjayakan projek ini.

Seterusnya kepada rakan-rakan di atas bantuan, dorongan dan tunjuk ajar,

sumbangan idea dan pendapat dalam menjayakan projek ini.

Sekian terima kasih.

Page 8: NOOR ATIQAH BINTI SULAIMAN - fp.utm.my · Selawat dan salam ke atas junjungan nabi Muhammad S.A.W. Buat ayahanda yang amat ku kasihi, En.Sulaiman Bin Hj.Samsuri Bonda tercinta, Pn

v

ABSTRAK

Kajian ini adalah satu tinjauan mengenai kesediaan pelajar wanita melibatkan

diri dalam aktiviti kolej kediaman pelajar, Universiti Teknologi Malaysia dari aspek

fizikal, emosi, minat dan sikap. Tinjauan ini juga bertujuan untuk menentukan

faktor-faktor yang mendorong pelajar melibatkan diri dalam aktiviti kolej. Sampel

untuk kajian ini adalah terdiri daripada pelajar wanita yang tinggal di tiga buah kolej

dalam kampus Universiti Teknologi Malaysia iaitu Kolej Tun Fatimah, Kolej Datin

Seri Endon dan Kolej 9. Soal selidik telah dipilih sebagai instrumen untuk kajian ini.

Kebolehpercayaan soal selidik diuji dengan Cronbach’s Alpha di mana nilai

keseluruhan ialah 0.886. Seramai 254 orang pelajar wanita dipilih mewakili populasi.

Penyelidik menggunakan perisian Statistical Package for Social Science (SPSS for

window version 11.5), untuk menganalisis data kajian bagi perhitungan min,

kekerapan dan peratusan. Dapatan kajian menunjukkan pelajar wanita bersedia

melibatkan diri dalam aktiviti kolej. Pelajar wanita memerlukan tubuh badan yang

sihat dan cergas serta emosi yang stabil supaya bersedia melibatkan diri dalam

aktiviti yang diminati dan majoriti pelajar bersikap positif terhadap aktiviti yang

dijalankan. Pelajar wanita bersedia melibatkan diri dalam aktiviti kolej terutamanya

dalam aktiviti berbentuk keagamaan dan bersikap positif terhadap aktiviti kolej yang

dapat membentuk sikap positif dalam diri mereka. Faktor rakan sebaya, faktor bakat

dan kebolehan serta faktor insentif memainkan peranan yang penting mempengaruhi

penglibatan pelajar dalam aktiviti kolej. Penyelidik juga memberikan beberapa

cadangan untuk meningkatkan penglibatan pelajar wanita dalam aktiviti kolej dengan

mengharapkan komitmen pihak kolej serta Pejabat Hal Ehwal Pelajar (HEP).

Page 9: NOOR ATIQAH BINTI SULAIMAN - fp.utm.my · Selawat dan salam ke atas junjungan nabi Muhammad S.A.W. Buat ayahanda yang amat ku kasihi, En.Sulaiman Bin Hj.Samsuri Bonda tercinta, Pn

vi

ABSTRACT

This research intends to survey the female student’s readiness toward college

activities in Universiti Teknologi Malaysia from the physical, emotion, interest and

attitude aspect. The research also intends to determine the factors that encourage the

participation of students in college activities. This research was spread in the three

colleges in campus Universiti Teknologi Malaysia. Those are Kolej Tun Fatimah,

Kolej Datin Seri Endon, and Kolej 9. Questionnaires have been used as an instrument

for this research. The reliability of questionnaire was tested by using the Cronbach’s

Alpha which the value was 0.886. A total amount of 254 respondents living in those

colleges have been chosen. The data obtained was analyzed by Statistical Package

for Social Science (SPSS for Windows version 11.5), to calculate the mean, frequency

and percentage of the respondents from students. Student needs healthy, active body

and stable emotion toward college activities based on their interest in the college

activities. Most of the student have positive attitude towards colleges activities.

Majority of the students had involved in religious activities and believed that college

activities help to develop their positive attitude. The peer factor, talent, ability and

incentive are factors which important influence the student’s involvement in college

activities. Researcher had suggested a few points to improve the involvement of

female student in college activities. The support and commitment by the college

organizations and Pejabat Hal Ehwal Pelajar (HEP) are required to increase the

quality of involvement by the female student’s towards college activities.

Page 10: NOOR ATIQAH BINTI SULAIMAN - fp.utm.my · Selawat dan salam ke atas junjungan nabi Muhammad S.A.W. Buat ayahanda yang amat ku kasihi, En.Sulaiman Bin Hj.Samsuri Bonda tercinta, Pn

vii

KANDUNGAN

BAB PERKARA HALAMAN HALAMAN JUDUL i

HALAMAN PENGAKUAN ii

HALAMAN DEDIKASI iii

HALAMAN PENGHARGAAN iv

ABSTRAK v

ABSTRACT vi

KANDUNGAN vii-xi

SENARAI JADUAL xii-xiii

SENARAI RAJAH xiv

SENARAI SINGKATAN xv-xvi

SENARAI LAMPIRAN xvii BAB I PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan 1

1.2 Latar Belakang Masalah 3

1.3 Penyataan Masalah 7

1.4 Objektif Kajian 8

1.5 Persoalan Kajian 9

1.6 Kepentingan Kajian 10

1.7 Batasan Kajian 10

1.8 Lokasi Kajian 11

1.9 Definisi Istilah 13

Page 11: NOOR ATIQAH BINTI SULAIMAN - fp.utm.my · Selawat dan salam ke atas junjungan nabi Muhammad S.A.W. Buat ayahanda yang amat ku kasihi, En.Sulaiman Bin Hj.Samsuri Bonda tercinta, Pn

viii

1.9.1 Kesediaan 13

1.9.2 Pelajarr 13

1.9.3 Wanita 13

1.9.4 Aktiviti kolej kediaman 14

1.9.5 Kolej kediaman pelajar 14

1.9.6 Aspek 14

1.10 Penutup 14

BAB II SOROTON KAJIAN 2.1 Pengenalan 15

2.2 Aspek Fizikal 15

2.3 Aspek Emosi 17

2.4 Aspek Minat 19

2.5 Aspek Sikap 20

2.6 Faktor-faktor yang Mendorong 21

2.6.1 Faktor Bakat dan Kebolehan 22

2.6.2 Faktor Rakan Sebaya 23

2.6.3 Faktor Persekitaran 25

2.6.3.1 Faktor Ibubapa 25

2.6.3.2 Faktor Masa 26

2.6.4 Faktor Insentif 26

2.6.5 Faktor Kemudahan 27

2.7 Kajian-kajian lepas 28

2.7.1 Kajian berkaitan kesediaan 28

2.8 Kesimpulan 30

Page 12: NOOR ATIQAH BINTI SULAIMAN - fp.utm.my · Selawat dan salam ke atas junjungan nabi Muhammad S.A.W. Buat ayahanda yang amat ku kasihi, En.Sulaiman Bin Hj.Samsuri Bonda tercinta, Pn

ix

BAB III METODOLOGI KAJIAN 3.1 Pengenalan 31

3.2 Reka Bentuk Kajian 32

3.3 Lokasi kajian 33

3.4 Batasan Kajian 33

3.5 Populasi dan sampel kajian 33

3.5.1 Populasi 33

3.5.2 Persampelan 34

3.6 Instrumen Kajian 35

3.6.1 Pembinaan soal selidik 36

3.6.1.1 Bahagian A 36

3.6.1.2 Bahagian B 36

3.7 Kesahan Kajian 38

3.8 Kajian Rintis 39

3.9 Prosedur Kajian 40

3.10 Analisis Data 41

3.11 Penutup 42

BAB IV ANALISIS DATA DAN KEPUTUSAN 4.1 Pengenalan 43

4.2 Keputusan dan Analisis Data Bahagian A 43

4.2.1 Kolej 44

4.2.2 Umur 44

4.2.3 Keturunan 45

4.2.4 Agama 46

4.3 Analisis Data Menurut Persoalan Kajian 46

4.3.1 Analisis Persoalan Kajian 1 47

4.3.2 Analisis Persoalan Kajian 2 50

Page 13: NOOR ATIQAH BINTI SULAIMAN - fp.utm.my · Selawat dan salam ke atas junjungan nabi Muhammad S.A.W. Buat ayahanda yang amat ku kasihi, En.Sulaiman Bin Hj.Samsuri Bonda tercinta, Pn

x

4.3.3 Analisis Persoalan Kajian 3 53

4.3.4 Analisis Persoalan Kajian 4 56

4.3.5 Analisis Persoalan Kajian 5 59

4.4 Ringkasan Dapatan Kajian 63

4.5 Rumusan 64

BAB V RUMUSAN, PERBINCANGAN DAN CADANGAN 5.1 Pengenalan 65

5.2 Rumusan Dapatan Kajian 65

5.2.1 Rumusan Latar Belakang Responden 66

5.2.2 Rumusan Persoalan Kajian 67

5.3 Perbincangan Dapatan Kajian 68

5.3.1 Perbincangan Bahagian A 68

5.3.2 Perbincangan Bahagian B 69

5.3.2.1 Apakah Pelajar Wanita Bersedia dari 69

Aspek Fizikal untuk Melibatkan Diri

dalam Aktiviti Kolej

Kediaman Pelajar, UTM

5.3.2.2 Apakah Pelajar Wanita Bersedia dari 73

Aspek Emosi untuk Melibatkan Diri

dalam Aktiviti Kolej

Kediaman Pelajar, UTM

5.3.2.3 Sejauh manakah Pelajar Wanita 77

Berminat untuk Melibatkan Diri

dalam Aktiviti Kolej

Kediaman Pelajar, UTM

Page 14: NOOR ATIQAH BINTI SULAIMAN - fp.utm.my · Selawat dan salam ke atas junjungan nabi Muhammad S.A.W. Buat ayahanda yang amat ku kasihi, En.Sulaiman Bin Hj.Samsuri Bonda tercinta, Pn

xi

5.3.2.4 Bagaimanakah Sikap Pelajar Wanita 80

Terhadap Aktiviti yang Dijalankan

di Kolej Kediaman

Pelajar, UTM

5.3.2.5 Apakah Faktor -faktor Utama yang 83

Mendorong Pelajar Wanita Melibatkan

Diri dalam Aktiviti Kolej

Kediaman Pelajar, UTM

5.4 Kesimpulan 88

5.5 Cadangan 89

5.5.1 Pelajar 89

5.5.2 Pihak Kolej 90

5.5.3 Unit Pembangunan dan Aktiviti Pelajar 90

(P&A) dan Pejabat Hal

Ehwal Pelajar (HEP)

5.6 Cadangan Kajian Lanjutan 91

5.7 Penutup 92

RUJUKAN 93-96

Lampiran A-E 97-110

Page 15: NOOR ATIQAH BINTI SULAIMAN - fp.utm.my · Selawat dan salam ke atas junjungan nabi Muhammad S.A.W. Buat ayahanda yang amat ku kasihi, En.Sulaiman Bin Hj.Samsuri Bonda tercinta, Pn

xii

SENARAI JADUAL

NO. JADUAL TAJUK HALAMAN

1.1 Jumlah Pelajar Wanita KTF, KDSE dan K9

Sesi 2008/2009 11

3.1 Jumlah Keseluruhan Populasi 34

3.2 Taburan Responden Mengikut Kolej 35

3.3 Susunan Item dalam Borang Soal Selidik 37

3.4 Skor Skala Likert Untuk Setiap Item 38

3.5 Julat Skor Min 42

4.1 Taburan Kekerapan dan Peratusan 44

Responden Mengikut Kolej

4.2 Taburan Kekerapan dan Peratusan 44

4.3 Responden Mengikut Kursus

4.3 Taburan Kekerapan dan Peratusan 45

Responden Mengikut Keturunan

4.4 Taburan Kekerapan dan Peratusan 46

Responden Mengikut Agama

4.5 Taburan Responden Mengikut Kekerapan, Peratus 47

dan Min bagi Kesediaan Fizikal Pelajar Wanita untuk

Melibatkan Diri dalam Aktiviti Kolej Kediaman Pelajar,

UTM

4.6 Taburan Responden Mengikut Kekerapan, Peratus 50

dan Min bagi Kesediaan Emosi Pelajar Wanita untuk

Melibatkan Diri dalam Aktiviti Kolej Kediaman Pelajar,

UTM

Page 16: NOOR ATIQAH BINTI SULAIMAN - fp.utm.my · Selawat dan salam ke atas junjungan nabi Muhammad S.A.W. Buat ayahanda yang amat ku kasihi, En.Sulaiman Bin Hj.Samsuri Bonda tercinta, Pn

xiii

4.7 Taburan Responden Mengikut Kekerapan, Peratus 53

dan Min bagi Minat Pelajar Wanita untuk Melibatkan

Diri dalam Aktiviti Kolej Kediaman, UTM

4.8 Taburan Responden Mengikut Kekerapan, Peratus 57

dan Min bagi Sikap Pelajar Wanita Terhadap Aktiviti

Kolej Kediaman Pelajar, UTM

4.9 Taburan Responden Mengikut Kekerapan, Peratus 60

dan Min bagi Faktor-faktor Utama

yang Mendorong Pelajar Wanita

Melibatkan Diri dalam Aktiviti Kolej

Kediaman Pelajar, UTM

4.10 Rumusan Dapatan Kajian Mengikut Persoalan 63

Kajian

Page 17: NOOR ATIQAH BINTI SULAIMAN - fp.utm.my · Selawat dan salam ke atas junjungan nabi Muhammad S.A.W. Buat ayahanda yang amat ku kasihi, En.Sulaiman Bin Hj.Samsuri Bonda tercinta, Pn

xiv

SENARAI RAJAH

NO. RAJAH TAJUK HALAMAN 1.1 Organisasi Pejabat Hal Ehwal Pelajar, Kampus 5

UTM Skudai, Johor

1.2 Carta Organisasi Kolej Kediaman 12

Universiti Teknologi Malaysia

5.1 Hierarki Keperluan Maslow 72

Page 18: NOOR ATIQAH BINTI SULAIMAN - fp.utm.my · Selawat dan salam ke atas junjungan nabi Muhammad S.A.W. Buat ayahanda yang amat ku kasihi, En.Sulaiman Bin Hj.Samsuri Bonda tercinta, Pn

xv

SENARAI SINGKATAN IPT : Institusi Pengajian Tinggi IPTA : Institusi Pengajian Tinggi Awam UTM : Universiti Teknologi Malaysia JERIS : Jasmani, Emosi, Rohani , Intelektual, Sosial HEP : Hal Ehwal Pelajar P&A : Unit Pembangunan dan Aktiviti Pelajar MPP : Majlis Perwakilan Pelajar JKM : Jawatankuasa Kolej Mahasiswa WHO : Pertubuhan Kesihatan Dunia KTF : Kolej Tun Fatimah KDSE : Kolej Datin Seri Endon K9 : Kolej 9 STS : Sangat Tidak Setuju TS : Tidak Setuju TP : Tidak Pasti S : Setuju SS : Sangat Setuju SPSS : Statistical Packages for the Social Sciences BIL : Bilangan No : Nombor

Page 19: NOOR ATIQAH BINTI SULAIMAN - fp.utm.my · Selawat dan salam ke atas junjungan nabi Muhammad S.A.W. Buat ayahanda yang amat ku kasihi, En.Sulaiman Bin Hj.Samsuri Bonda tercinta, Pn

xvi

% : Peratus ƒ : Frekuensi

Page 20: NOOR ATIQAH BINTI SULAIMAN - fp.utm.my · Selawat dan salam ke atas junjungan nabi Muhammad S.A.W. Buat ayahanda yang amat ku kasihi, En.Sulaiman Bin Hj.Samsuri Bonda tercinta, Pn

xvii

SENARAI LAMPIRAN

NO. LAMPIRAN TAJUK HALAMAN

A Surat Akuan Pelajar Dari Fakulti 97

B Surat Memohon Kebenaran Mendapatkan 98-100

Data Awal

C Surat Pengesahan Pensyarah 101

D Realiability Kajian Rintis 102-103

E Borang Soal Selidik 104-110

Page 21: NOOR ATIQAH BINTI SULAIMAN - fp.utm.my · Selawat dan salam ke atas junjungan nabi Muhammad S.A.W. Buat ayahanda yang amat ku kasihi, En.Sulaiman Bin Hj.Samsuri Bonda tercinta, Pn

BAB I

PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan Falsafah Pendidikan Kebangsaan mengungkapkan hasrat bahawa pendidikan

di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah menghasilkan individu pelajar yang

seimbang dan harmoni dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan

kepercayaan kepada tuhan. Secara implisitnya matlamat pendidikan kita adalah

untuk melahirkan warganegara yang mempunyai jati diri di mana di tangan mereka

diharapkan akan terlahirnya rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan,

berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai

kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran

masyarakat dan negara (Habib Mat Som, 2005).

Hal ini selaras dengan ungkapan “Pendidikan di Malaysia adalah suatu

usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara

menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis

dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Usaha ini adalah bagi melahirkan

rakyat Malaysia yang berilmu, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai

kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan

kemakmuran masyarakat dan Negara”. Intipati utama dalam Falsafah Pendidikan

Kebangsaan ialah untuk melahirkan insan seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani,

intelektual dan sosial yang sering disebut sebagai JERIS.

Page 22: NOOR ATIQAH BINTI SULAIMAN - fp.utm.my · Selawat dan salam ke atas junjungan nabi Muhammad S.A.W. Buat ayahanda yang amat ku kasihi, En.Sulaiman Bin Hj.Samsuri Bonda tercinta, Pn

2

Menurut Wan Hasmah Wan Mamat (dalam Abdul Razaq Ahmad, 2005),

Institusi pengajian tinggi (IPT) dilihat sebagai pusat kepada kecemerlangan

pendidikan diharapkan mampu mengeluarkan para siswazah yang berkualiti dan

berkemampuan untuk hidup sebagai manusia yang bersahsiah serta bersaing dalam

pasaran ekonomi global. Tiga aspek penting dalam proses pendidikan iaitu pendidik,

yang dididik dan ilmu pengetahuan. Ketiga-tiga aspek ini memainkan peranan

penting dan saling bergantung bagi mempertingkatkan mutu pendidikan ke arah

menghasilkan siswazah yang berkualiti. Dalam dunia masa kini yang berubah begitu

pantas, dengan penemuan pelbagai ilmu dan pengetahuan baru serta akses terhadap

maklumat yang tiada batasnya, kuasa dan tanggungjawab untuk menguasai pelbagai

kemahiran bukanlah semata-mata terletak di bahu pensyarah atau guru.

Mahasiswa tidak seharusnya menjadi penonton yang pasif dalam bilik-bilik

kuliah. Kuasa untuk membina perkembangan kendiri, menimba ilmu, menguasai

kemahiran dan menghayati nilai adalah juga terletak ditangan mereka. Seharusnya,

mahasiswa menjadi pelajar yang berdikari sesuai dengan tanggungjawab mereka

sebagai mahasiswa di pusat pengajian tinggi. Dato’ Abdul Aziz Rahman (2005),

menyatakan citra keunggulan universiti (university) tidak berhujung dan rujukkannya

seluas alam semesta demi melahirkan seorang ‘mahasiswa’ yakni seorang pelajar

yang universal. Sebagai mahasiswa, tumpuan pemikiran dan pengajian mereka tidak

harus dibataskan kepada nota kuliah atau rujukan utama yang diberikan oleh

pensyarah. Mereka yang cemerlang mengambil daya usaha dengan penuh minat,

keghairahan dan keberanian untuk menyelami pelbagai teori dan rujukan baru yang

terdapat di perpustakaan atau dari sumber-sumber yang lain. Oleh sebab itu, selain

memberi penekanan kepada aspek akademik, mereka perlu menekankan aspek bukan

akademik seperti memberi peluang kepada diri sendiri untuk melibatkan diri dalam

aktiviti kokurikulum.

Menurut Kamaruddin Hussin (1997), gerakerja ko-kurikulum menyediakan

pelajar pengalaman-pengalaman yang mereka tidak dapat jalankan dalam bilik

darjah. Ia bertujuan memberikan peluang kepada pelajar-pelajar itu

memeperkembangkan mental, bakat sosial, jasmani serta rohani. Melalui aktiviti-

aktiviti seperti pasukan pakaian beragam, persatuan dan kelab atau sukan, pelajar-

Page 23: NOOR ATIQAH BINTI SULAIMAN - fp.utm.my · Selawat dan salam ke atas junjungan nabi Muhammad S.A.W. Buat ayahanda yang amat ku kasihi, En.Sulaiman Bin Hj.Samsuri Bonda tercinta, Pn

3

pelajar dilatih bersikap bertanggungjawab, berdisiplin, bekerjasama, membina

semangat kekitaan yang kuat, berdikari, tolong menolong dan hormat-menghormati

dan sebagainya. Menurut Ee Ah Meng (1988), kegiatan kokurikulum dalam bentuk

pasukan unit berpakaian beragam, kelab dan sukan boleh memupuk nilai-nilai

kewarganegaraan. Apabila pelajar brinteraksi antara satu sama lain, semangat

kekeluargaan dan perpaduan dapat disemai dan dipupuk. Permainan dan sukan dapat

menyihatkan tubuh badan dan fikiran serta menstabilkan emosi.

Menurut Tajul Ariffin Noordin & Nor’Aini (dalam Abdul Razaq Ahmad,

2005), aspek akademik mengukur kecerdasan mental dan aspek bukan akademik

mengukur kecerdasan atau kemahiran sosial dan fizikal. Kedua-dua aspek ini penting

dalam kehidupan sesebuah masyarakat, organisasi atau institusi sosial. Misalnya,

seseorang yang cemerlang akademik, tetapi tidak dapat menyesuaikan diri dengan

rakan dan tidak boleh bekerjasama, maka orang itu tidak berjaya dalam hidup

bermasyarakat atau berorganisasi. Hassan Langgulung (1983), menyatakan antara

keperluan psikologikal asasi manusia ialah keperluan berkumpul. Sepanjang hidup

manusia perlu tergabung dalam suatu kumpulan atau lebih supaya ia dapat merasa

satu haluan dan satu arah dengan kelompok tersebut, dan dia mencari penerimaan,

penghargaan dan pengakuan. Mulanya keperluan dipenuhi melalui keluarga, di mana

seseorang merasa perlu sepanjang umurnya, kemudian seseorang, kerana

pertumbuhannya perlu kepada memperluaskan lingkungan hubungan sosialnya yang

meliputi kawan-kawan bermain, jiran-jiran, kawan kerabat, kelompok sebilik darjah,

kelompok sekerja, kelab, syarikat sekerja dan lain-lain.

1.2 Latar Belakang Masalah.

Falsafah Universiti Teknologi Malaysia juga menekankan bahawa pendidikan

adalah usaha berterusan ke arah memperkembangkan potensi individu sebagai ahli

teknologi secara menyeluruh dan bersepadu yang berkeupayan mencapai

kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran

masyarakat dan negara berasaskan kepada tuhan. Asas yang sama juga digunakan

oleh HEP untuk melengkapkan sistem pendidikan formal dan tidak formal.

Page 24: NOOR ATIQAH BINTI SULAIMAN - fp.utm.my · Selawat dan salam ke atas junjungan nabi Muhammad S.A.W. Buat ayahanda yang amat ku kasihi, En.Sulaiman Bin Hj.Samsuri Bonda tercinta, Pn

4

IPT merupakan pusat pembelajaran. Individu yang diterima untuk menjadi

warganya sebagai pelajar dan mahasiswa yang mempunyai keistimewaan serta

tanggungjawab tertentu yang mesti dilaksanakan. Pace (1990 dalam Abdul Razaq

Ahmad, 2005) menjelaskan yang tanggungjawab ini adalah berasaskan perlunya

pelaburan dari segi masa dan tenaga di kalangan mahasiswa bagi mengembangkan

potensi diri dan pembelajaran. Menurut Mohd Idris Jauzi (1992), proses pendidikan

adalah usaha untuk menggilapkan potensi keinsanan ini agar insan tersebut boleh

mengenali dan ‘merealisasikan’ dirinya dan ketrampilan menghadapi kehidupan di

dunia. Pendidikan merupakan usaha ‘mengujudkan’ (actualise) potensi keinsanan. Ini

beerti setiap insan sudah mempunyai potensi yang ada padanya.

Walaubagaimanapun, Wan Hasmah Wan Mamat (2005), menjelaskan yang

menjadi persoalannya siapakah yang bertanggungjawab untuk menentukan sama ada

pelajar atau mahasiswa melalui sesi pembelajaran yang memberi ruang kepada

mereka mengenali potensi diri, memperkembangkan kemahiran dan nilai serta

meneroka pelbagai aspek pengetahuan. Perkembangan dalam bidang pengajaran dan

pembelajaran mendapati bahawa pelajar khususnya mahasiswa yang berada dalam

awal kedewasaan boleh bertanggungjawab terhadap pembelajaran mereka sendiri.

Universiti Teknologi Malaysia, kampus Skudai mempunyai sebanyak 13

buah kolej yang didiami oleh pelajar lelaki dan wanita pelbagai keturunan antaranya

Melayu, Cina, India dan lain-lain. Kolej-kolej tersebut ialah Kolej Rahman Putra,

Kolej Tun Fatimah, Kolej Tun Razak, Kolej Tun Hussien Onn, Kolej Tun Dr. Ismail,

Kolej Tuanku Canselor, Kolej Perdana, Kolej 9, Kolej 10, Kolej 11, Kolej Datin Seri

Endon, Kolej Tun Ghaffar Baba dan Kolej 16/17. Dalam kajian ini, penyelidik ingin

melihat kesediaan pelajar wanita melibatkan diri dalam aktiviti kolej kediaman

pelajar di Universiti Teknologi Malaysia.

Page 25: NOOR ATIQAH BINTI SULAIMAN - fp.utm.my · Selawat dan salam ke atas junjungan nabi Muhammad S.A.W. Buat ayahanda yang amat ku kasihi, En.Sulaiman Bin Hj.Samsuri Bonda tercinta, Pn

5

UNIT PENGURUSAN & KEWANGAN

KOLEJ KEDIAMAN PELAJAR

UNIT SUKAN

UNIT PEMBANGUNAN

ALUMNI

PUSAT KESIHATAN MAHASISWA

UNIT PERKHIDMATAN & KEMUDAHAN

PELAJAR

UNIT PEMBANGUAN DAN AKTIVITI

PELAJAR

PEJABAT HAL EHWAL

PELAJAR

Rajah 1.1: Organisasi Pejabat Hal Ehwal Pelajar, Kampus UTM Skudai,

Johor (Sumber: Buku Panduan Pelajar 2005/2006)

Berdasarkan carta di atas, Unit Pembangunan dan Aktiviti Pelajar telah wujud

di bawah pentadbiran pejabat Hal Ehwal Pelajar (HEP). Para pelajar perlu

melibatkan diri dalam aktiviti kolej yang disediakan oleh Unit Pembangunan dan

Aktiviti Pelajar (P&A). Unit P&A adalah unit yang memberi khidmat kepada semua

persatuan, kelab atau Jawatankuasa Kolej Mahasiswa (JKM) dan juga penasihat

kepada Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) yang merupakan badan utama yang

mewakilli semua pelajar. Matlamat Unit P&A adalah untuk melahirkan graduan yang

berkualiti, cergas, berketrampilan, berpesonaliti dan berakhlak mulia.

Unit ini bertindak menguruskan program-program kursus, seminar, dialog

dan lawatan, khidmat masyarakat, pembangunan diri, sukan dan rekreasi,

kebudayaan, seni pertahanan diri serta kemudahan sokongan khusus kepada semua

pelajar. Pada masa yang sama Unit P&A memberi khidmat memproses kelulusan

program pelajar yang terbahagi kepada 46 kelab serta persatuan dan 13 Jawatankuasa

Kolej Mahasiswa. Terdapat 22 jenis Persatuan akdemik dan 24 Persatuan Bukan

Akademik di bawah unit P&A.

Page 26: NOOR ATIQAH BINTI SULAIMAN - fp.utm.my · Selawat dan salam ke atas junjungan nabi Muhammad S.A.W. Buat ayahanda yang amat ku kasihi, En.Sulaiman Bin Hj.Samsuri Bonda tercinta, Pn

6

Jawatankuasa Kolej Mahasiswa untuk 13 buah kolej merupakan sebahagian

daripada Persatuan Bukan Akademik. Persatuan atau Kelab ditubuhkan untuk

menjalankan kegiatan ko-kurikulum pada masa lapang, melatih pelajar menjadi

seorang pemimpin, mengeratkan perpaduan berbilang kaum, membentuk sahsiah

pelajar dan menumpukan nilai-nilai akademik dalam kegiatan pelajar. Penubuhan

Jawatankuasa Kolej Mahasiswa (JKM) peringkat kolej di setiap kolej kediaman

pelajar adalah bertujuan untuk menjalankan program berbentuk kebajikan,

keusahawanan, kepimpinan, kerohanian dan aktiviti di kalangan sesama penghuni

kolej atau masyarakat umum. JKM dibentuk dibawah kawal selia Pengetua dan Felo

di setiap kolej. Aktiviti yang dijalankan bertujuan untuk menggalakkan integrasi

kaum, pembangunan sahsiah dan bimbingan akademik pelajar.

Aktiviti pelajar berfungsi sebagai penjanaan kepimpinan dan keintelektualan

pelajar di samping membimbing dan memberi khidmat nasihat halatuju aktiviti serta

menyediakan sokongan landasan kepada pelajar dalam menjalankan kegiatan

kokurikulum di masa lapang sekaligus dapat membentuk sahsiah diri pelajar yang

seimbang antara akademik dan bukan akademik. Selain itu, penglibatan pelajar

dalam kegiatan berpersatuan dapat meningkatkan kemahiran mahasiswa dalam

pengurusan organisasi, semangat patriotik, berkomunikasi, keintelektualan dan

kepimpinan.

Aktiviti kolej kediaman merujuk kepada kegiatan yang dijalankan di kolej

kediaman pelajar dalam beberapa kategori seperti Sukan dan Rekreasi, Kebudayaaan

dan Sosial, Kerohanian dan Keagamaan, Kepimpinan, Komunikasi dan

Dokumentari, Kaunseling dan Kerjaya serta Kemasyarakatan. Antara aktiviti yang

dijalankan ialah Hari Keluarga JKM, English Camp/Karnival, Kem Motivasi Diri,

Night Walk, Kayak, XPDC Gunung Arong, Kinabalu Challenge, Bengkel Ketupat

Rewang, Lawatan ke MSC, Minggu Kemerdekaan dan Perpaduan, Sukan Antara

Mahasiswa (SUKAM), Sukan Kolej (SUKOJ), Kursus Pengurusan, Kursus

Kepimpinan, Kursus Penjagaan Kesihatan dan Kecantikan, Kursus Usahawan UTM,

Kursus Kaunseling dan Kerjaya, Pertandingan Kompang Berirama, Kursus

Pemantapan Rohani, Isra’ Mi’Raj, Ihya’ Ramadhan, Diskusi Gabungan dan Solat

Hajat, Malam Assyura, Sambutan Maulidur Rasul, Bengkel Tajwid, Khidmat

Page 27: NOOR ATIQAH BINTI SULAIMAN - fp.utm.my · Selawat dan salam ke atas junjungan nabi Muhammad S.A.W. Buat ayahanda yang amat ku kasihi, En.Sulaiman Bin Hj.Samsuri Bonda tercinta, Pn

7

Masyarakat, Pertandingan Nasyid Interkolej, Screen Cinema, Pesta Tanglung, Depa-

Raya dan sebagainya.

Aktiviti kolej yang dilaksanakan diuruskan oleh Biro Sukan, Biro ICT, Kelab

Hikmah, Biro Kebudayaan, Biro Pendidikan, Biro Kerohanian, Biro Perpaduan, Biro

Kebajikan, Kelab PRS, Kelab Seri Permata, Kelab Usahawan dan lain-lain lagi.

Pelbagai aktiviti tahunan disediakan olah pihak kolej yang begitu prihatin terhadap

keperluan penghuninya. Pihak ahli JKM bertungkus lumus untuk melaksanakan

setiap aktiviti kolej. Sistem pengumpulan nilai mata kredit telah diperkenalkan di

kolej-kolej kediaman sebagai kayu penyukur terhadap keaktifan pelajar dalam

aktiviti kolej dan menjadi syarat untuk menghuni kolej pada sesi akan datang. Walau

bagaimanapun, pertambahan bilangan kolej kediaman yang dapat menampung

kapasiti pelajar yang semakin ramai, telah menyebabkan pelajar tidak melihat kepada

masalah kuota penginapan di kolej-kolej adalah terhad. Lantaran itu, kajian ini ingin

melihat kesediaan pelajar wanita melibatkan diri dalam aktiviti kolej dari pelbagai

aspek meskipun bukan bertujuan mendapat penginapan kolej sahaja, sebaliknya ingin

melihat sama ada pelajar mahu melibatkan diri atau sebaliknya untuk mencapai

keseimbangan akademik dan bukan akademik serta mengetahui faktor-faktor yang

boleh mendorong mereka melibatkan diri dalam aktiviti kolej sekaligus dapat

memberi kesedaran kepada pihak berkenaan.

1.3 Penyataan Masalah

Cross (1981 dalam Abdul Razaq Ahmad, 2005) menyatakan bahawa 70

peratus daripada pembelajaran golongan dewasa adalah merupakan pembelajaran

kendiri. Oleh itu, adalah menjadi tanggungjawab mahasiswa untuk memastikan

mereka yang menentukan corak interaksi dan penglibatan diri mengikut keperluan

mereka bagi menghasilkan pencapaian akademik yang memuaskan dan

perkembangan kendiri yang mantap. Oleh sebab itu, kajian ini bertujuan mengkaji

penglibatan pelajar wanita untuk melibatkan diri dalam aktiviti kolej yang dianggap

sebagai program pembanguan pelajar. Malahan, Wan Hamidon & Norgainy (2005),

berpendapat graduan perlu melengkapkan diri dari sudut akademik dan

Page 28: NOOR ATIQAH BINTI SULAIMAN - fp.utm.my · Selawat dan salam ke atas junjungan nabi Muhammad S.A.W. Buat ayahanda yang amat ku kasihi, En.Sulaiman Bin Hj.Samsuri Bonda tercinta, Pn

8

meningkatkan kualiti bukan berbentuk akademik yang lain seperti kebolehan menjadi

pemimpin, berkomunikasi yang baik, mempunyai akhlak dan sahsiah diri yang baik

dan sebagainya.

Pace (1990) pula menjelaskan IPT juga merupakan pusat bagi pelajar

mempertajamkan kemahiran interpersonal, membina keyakinan diri dan berinisiatif

melalui penglibatan dalam kehidupan akademik dan kehidupan sosial di kampus.

Tambahan pula, penyertaan pelajar wanita jauh mengatasi lelaki dalam setiap

peringkat pengajian. Pada hari ini kaum wanita di Malaysia seharusnya lebih

bersyukur kerana bilangan mereka bukan sahaja menyamai malah jauh mengatasi

kaum lelaki dalam pendidikan (Abdul Aziz Rahman, 2005). Kajian ini ingin melihat

sama ada pelajar wanita bersedia melibatkan diri dalam aktiviti kolej. Menurut

Horner (1968 dalam Shaharudin Abd. Aziz, 2001), kaum wanita berasa kurang

berkeyakinan melakukan kemahiran motor yang dianggap sebagai tidak sesuai

dengan sifat kewanitaanya. Sebaliknya, mereka akan lebih berkeyakinan jika

melakukan sesuatu tugasan yang dianggap sesuai dengan sifat kewanitaan mereka.

1.4 Objektif Kajian

Objektif kajian ini dijalankan adalah untuk meninjau kesediaan pelajar

wanita untuk melibatkan diri dalam aktiviti kolej kediaman pelajar, Universiti

Teknologi Malaysia dari aspek fizikal, emosi, minat, sikap dan meninjau faktor-

faktor utama yang mendorong pelajar wanita melibatkan diri dalam aktiviti kolej.

Kesemua pelajar tersebut merupakan pelajar di tiga buah kolej yang telah di pilih

iaitu Kolej Tun Fatimah (KTF), Kolej Datin Seri Endon (KDSE) dan Kolej 9 (K9).

Antara objektif kajian ialah:

1.4.1 Mengenal pasti tahap kesediaan pelajar wanita dari aspek fizikal untuk

melibatkan diri dalam aktiviti kolej kediaman pelajar, Universiti Teknologi

Malaysia.

Page 29: NOOR ATIQAH BINTI SULAIMAN - fp.utm.my · Selawat dan salam ke atas junjungan nabi Muhammad S.A.W. Buat ayahanda yang amat ku kasihi, En.Sulaiman Bin Hj.Samsuri Bonda tercinta, Pn

9

1.4.2 Mengenal pasti tahap kesediaan pelajar wanita dari aspek emosi untuk

melibatkan diri dalam aktiviti kolej kediaman pelajar, Universiti Teknologi

Malaysia.

1.4.3 Mengenal pasti tahap minat pelajar wanita untuk melibatkan diri dalam

aktiviti kolej kediaman pelajar, Universiti Teknologi Malaysia.

1.4.4 Mengenal pasti tahap sikap pelajar wanita terhadap aktiviti yang dijalankan di

kolej kediaman pelajar, Universiti Teknologi Malaysia.

1.4.5 Mengenal pasti faktor- faktor utama yang mendorong pelajar wanita

melibatkan diri dalam aktiviti kolej kediaman pelajar, Universiti Teknologi

Malaysia.

1.5 Persoalan Kajian

Dalam kajian ini penulis mengemukakan beberapa persoalan bagi menentukan

objektif kajian tercapai. Antaranya ialah:

1.5.1 Apakah pelajar wanita bersedia dari aspek fizikal untuk melibatkan diri

dalam aktiviti kolej kediaman pelajar, Universiti Teknologi Malaysia?.

1.5.2 Apakah pelajar wanita bersedia dari aspek emosi untuk melibatkan diri dalam

aktiviti kolej kediaman pelajar, Universiti Teknologi Malaysia?.

1.5.3 Sejauh manakah pelajar wanita berminat untuk melibatkan diri dalam aktiviti

kolej kediaman pelajar, Universiti Teknologi Malaysia?.

1.5.4 Bagaimanakah sikap pelajar wanita terhadap aktiviti yang dijalankan di kolej

kediaman pelajar, Universiti Teknologi Malaysia?.

Page 30: NOOR ATIQAH BINTI SULAIMAN - fp.utm.my · Selawat dan salam ke atas junjungan nabi Muhammad S.A.W. Buat ayahanda yang amat ku kasihi, En.Sulaiman Bin Hj.Samsuri Bonda tercinta, Pn

10

1.5.5 Apakah faktor-faktor utama yang mendorong pelajar wanita melibatkan diri

dalam aktiviti kolej kediaman pelajar, Universiti Teknologi Malaysia?.