persepsi terhadap penerapan kemahiran generik di … · doa dan restu kalian sering ku dambakan…...
TRANSCRIPT
PERSEPSI TERHADAP PENERAPAN KEMAHIRAN GENERIK DI KALANGAN
PELAJAR TINGKATAN EMPAT SEKOLAH MENENGAH VOKASIONAL DI NEGERI
PAHANG
AIDA YUSNITA BINTI MD. KEYA
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
ii
iii
PERSEPSI TERHADAP PENERAPAN KEMAHIRAN GENERIK DI KALANGAN
PELAJAR TINGKATAN EMPAT SEKOLAH MENENGAH VOKASIONAL DI NEGERI
PAHANG
AIDA YUSNITA BTE MD.KEYA
Laporan kajian ini dikemukakan sebagai syarat penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan serta Teknologi (Kemahiran Hidup)
Fakulti Pendidikan
Universiti Teknologi Malaysia
Januari 2012
iv
v
Dedikasi
Ku abadikan dedikasi ini teristimewa buat….
Ayahanda dan bonda
Kaulah permulaan perjalanan hidup bagiku..
Doa dan restu kalian sering ku dambakan…
Dalam perjalanan dan titian menuju puncak kejayaan…
Segala jasa dan pengorbanan kalian… akan ku kenang sehingga ke akhir hayat
Buat semua pensyarahku
Jasa dan pengorbananmu tetap ku kenang…
Dalam mendidik dan mendorongku ke jalan yang terang…
Buat teman seperjuangan
Pertemuan membawa rahmat… perpisahan menjadi adat…
Namun kita tetap sahabat dunia dan akhirat…
Semoga kejayaan terus mekar mengiringi perjalanan kita di hari depan…
vi
PENGHARGAAN
Alhamdulillah, segala puji – pujian kehadrat Allah SWT, Tuhan yang mentadbir sekalian
alam. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW. Setinggi syukur
dipanjatkan ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah kurnia dan hidayah dariNya dapat saya
menyiapkan dan menyempurnakan laporan Projek Sarjana Muda (PSM) ini.
Pertamanya, jutaan penghargaan diucapkan kepada Encik Hassan bin Hushin selaku
penyelia yang telah banyak memberikan tunjuk ajar, nasihat, buah fikiran serta kata – kata
semangat dalam usaha saya menyiapkan laporan ini.
Setinggi – tinggi tahniah juga diucapkan khas buat ayahandaku Md.Keya bin Mansor dan
bondaku Khatijah binti Deris, jasa dan pengorbanan yang telah ditaburkan kalian sentiasa meniti
dalam doa kudusku setiap masa.
Ucapan terima kasih juga buat rakan – rakan seperjuangan yang turut membantu dan
memberikan pandangan serta pendapat sepanjang tempoh menyiapkan laporan ini. Akhir kata,
kepada semua individu yang terlibat secara langsung atau tidak langsung, terima kasih
diucapkan. Semoga Allah melipatgandakan pahala amalan kalian seterusnya dikurniakan rahmat
kejayaan di dunia dan akhirat, Aamin.
Sekian, wassalam.
vii
ABSTRAK
Kajian ini adalah bertujuan untuk mengenalpasti persepsi terhadap penerapan
kemahiran generik di kalangan pelajar tingkatan empat sekolah menengah vokasional di
Negeri Pahang. Ia merangkumi tiga aspek dalam kemahiran generik yang ditekankan
iaitu Kemahiran Komunikasi, Kemahiran Bekerja Dalam Kumpulan dan Kemahiran
Berfikir Secara Kreatif dan Kritis. Satu set soal selidik telah diedarkan kepada 100 orang
responden yang terdiri daripada pelajar – pelajar tingkatan empat sekolah menengah
vokasional di Pahang. Set soal selidik mengandungi 36 item telah diedarkan kepada
responden dan dianalisis secara deskriptif untuk mendapatkan nilai kekerapan, peratus
dan min dengan menggunakan perisian Statistical Package for Social Science (SPSS)
15.0 for windows. Nilai kebolehpercayaan Alfa Cronbach ialah α = 0.806. Secara
keseluruhannya, hasil kajian menunjukkan bahawa persepsi terhadap penerapan
kemahiran generik di kalangan pelajar sekolah menengah vokasional berada di tahap
tinggi. Di akhir kajian, penyelidik mengemukakan beberapa cadangan kepada pihak –
pihak tertentu. Kajian lanjutan juga turut dikemukakan untuk tujuan penyelidikan pada
masa akan datang.
viii
ABSTRACT
The purpose of this study is to identify the perceptions of adoption of generic
skills among form four students at vocational school in Pahang. In addition, it covers
about three aspects of generic skills that emphasized such as communication skills,
teamwork skills and creative and critical thinking skills. Questionnaires was distributed to
100 respondents from vocational school students in the district of Pahang who are
studying in form four. The questionnaires which contain 36 items were distributed to the
respondents and analyzed descriptively to obtain the frequency value, percent and mean
by using Statistical Package for Social Science (SPSS) 15.0 for Windows. The value of
Alpha Cronbach obtained was α = 0.806. The results showed that the perceptions of
generic skills adopted among vocational school students was high level. At the end of the
study, the researcher has proposed several suggestions to the related parties. The
researcher concluded by providing a few recommendations for further study.
ix
ISI KANDUNGAN
BAB PERKARA HALAMAN
PENGESAHAN STATUS TESIS
PENGAKUAN PEMBIMBING ii
JUDUL iii
PENGAKUAN PENULIS iv
DEDIKASI v
PENGHARGAAN vi
ABSTRAK vii
ABSTRACT viii
ISI KANDUNGAN ix
SENARAI JADUAL xiii
SENARAI SINGKATAN xiv
SENARAI LAMPIRAN xv
BAB 1 PENDAHULUAN
1.0 Pengenalan 1
1.1 Latar Belakang Masalah 5
1.2 Penyataan Masalah 8
1.3 Objektif Kajian 9
1.4 Persoalan Kajian 9
1.5 Kepentingan Kajian 10
1.5.1 Sekolah Teknik dan Vokasional 10
1.5.2 Guru 11
x
1.5.3 Pelajar 11
1.6 Batasan Kajian 11
1.7 Definisi Operasional 12
1.7.1 Kemahiran 12
1.7.2 Generik 13
1.7.3 Penerapan 13
1.7.4 Pelajar 13
1.7.5 Komunikasi 14
1.7.6 Kerja Kumpulan (Teamworks) 14
1.7.7 Kemahiran Berfikir Secara Kreatif 14
dan Kritis
BAB 2 SOROTAN KAJIAN
2.0 Pengenalan 15
2.1 Konsep Kemahiran Generik 16
2.2 Kepentingan Kemahiran Generik 18
2.3 Kemahiran Generik Dalam Pendidikan 20
2.4 Kemahiran Berfikir Secara Kreatif dan Kritis 21
2.5 Kemahiran Bekerja Dalam Kumpulan 25
2.5.1 Saling Pergantungan Secara Positif 27
2.5.2 Interaksi Dalam Kumpulan 28
2.5.3 Saling Menghormati Antara Rakan Kerja 28
2.6 Kemahiran Komunikasi 29
2.7 Kesimpulan 31
xi
BAB 3 METODOLOGI KAJIAN
3.0 Pengenalan 33
3.1 Rekabentuk Kajian 34
3.2 Populasi dan Persampelan Kajian 35
3.3 Tempat Kajian 36
3.4 Instrumen Kajian 37
3.5 Prosedur Kajian 40
3.6 Kajian Rintis 41
3.7 Analisis Data 43
3.8 Kesimpulan 44
BAB 4 ANALISIS DATA
4.0 Pengenalan 45
4.1 Bahagian A 46
4.1.1 Jantina 46
4.1.2 Bangsa 47
4.1.3 Kediaman 48
4.1.4 Jenis Kursus 49
4.1.5 Jenis Sekolah Terdahulu 50
4.2 Bahagian B 51
4.3 Bahagian C 54
4.4 Bahagian D 56
4.5 Kesimpulan 58
xii
BAB 5 PERBINCANGAN, CADANGAN DAN RUMUSAN
5.0 Pengenalan 59
5.1 Perbincangan 60
5.1.1 Perbincangan Latar Belakang 60
Responden
5.1.2 Perbincangan Bahagian B, C dan D 61
5.1.1.1 Tahap Penerapan Pelajar 62
Terhadap Kemahiran Komunikasi
Dalam P&P
5.1.1.2 Tahap Penerapan Pelajar 63
Terhad Kemahiran Bekerja Dalam
Kumpulan Semasa Sesi P&P
5.1.1.3 Tahap Penerapan Pelajar 65
Terhadap Kemahiran Berfikir Secara
Kreatif dan Kritis Dalam P&P
5.2 Cadangan 67
5.2.1 Pelajar 67
5.2.2 Guru 68
5.2.3 Ibu bapa 68
5.2.4 Pihak Sekolah 69
5.3 Rumusan 70
5.4 Kajian Lanjutan 71
5.5 Kesimpulan 72
BIBLIOGRAFI 73
LAMPIRAN A-B
xiii
SENARAI JADUAL
NO. RAJAH
Jadual 3.1
Jadual 3.2
Jadual 3.3
Jadual 4.1
Jadual 4.2
Jadual 4.3
Jadual 4.4
Jadual 4.5
Jadual 4.6
Jadual 4.7
Jadual 4.8
TAJUK
Jadual Pemilihan Responden Mengikut
Kursus/Aliran dan Sekolah
Pecahan Item Soal Selidik Kajian
Skala Likert Lima Mata
Taburan Responden Mengikut Jantina
Taburan Responden Mengikut Bangsa
Taburan Responden Mengikut Jenis Kediaman
Taburan Responden Mengikut Jenis Kursus
Taburan Responden Mengikut Jenis Sekolah
Terdahulu
Peratusan Rumusan Analisis Data Bahagian B
Peratusan Rumusan Analisis Data Bahagian C
Peratusan Rumusan Analisis Data Bahagian D
HALAMAN
36
39
40
46
47
48
49
50
52
54
56
xiv
SENARAI SINGKATAN
P&P - Pengajaran dan Pembelajaran
UTM - Universiti Teknologi Malaysia
KBKK - Kemahiran Berfikir Kreatif dan Kritis
xv
SENARAI LAMPIRAN LAMPIRAN TAJUK
A Borang Soal Selidik
B Surat Kebenaran Daripada Bahagian Perancangan Dan Penyelidikan Dasar Pendidikan
BAB 1
PENDAHULUAN
1.0 Pengenalan
Kemahiran generik merupakan kemahiran bukan teknikal yang sangat
penting dalam pembangunan diri, sahsiah dan juga kehidupan pelajar. Ianya
amat berguna dalam melahirkan pelajar yang mempunyai keterampilan diri
yang tinggi dan berdaya saing secara sihat. Pelajar yang mempunyai
penerapan kemahiran generik yang baik akan menjadi generasi yang
cemerlang, gemilang dan terbilang. Dalam kajian yang telah dijalankan oleh
National Centre for Vocational Education Research (2003), kemahiran
generik mencakupi pelbagai bidang, antaranya adalah kemahiran asas,
kemahiran berkaitan insan, kemahiran berfikir, kemahiran peribadi,
kemahiran berkaitan perniagaan dan kemahiran berkaitan kemasyarakatan.
Kemahiran ini adalah bersifat fungsional dan adaptif untuk menjadikan
seseorang itu cekap dan produktif.
2
Kearns (2000) telah mendefinisikan kemahiran generik sebagai
kemahiran yang boleh digunakan merentasi sebilangan besar pekerjaan yang
pelbagai. Manakala menurut Yahya (2002), kemahiran generik ataupun
kemahiran employability adalah berkaitan kemahiran atau kualiti individu
yang diperlukan oleh para majikan industri terhadap pekerja yang akan
melibatkan diri dalam industri kelak. Selain itu kemahiran generik juga boleh
ditakrifkan sebagai kemahiran asas yang diperlukan untuk mendapatkan,
mengekalkan dan melakukan kerja dengan baik (Robinson, 2000).
Seiring dengan kualiti yang diharapkan, kemahiran generik perlu
diaplikasikan ke dalam pembelajaran. Menurut Azalya (2005), kemahiran
generik diperlukan oleh seorang pelajar untuk mengadaptasikan diri dengan
pelbagai situasi dan sekaligus dapat melahirkan seorang pelajar yang
berkualiti dalam semua bidang. Selain itu kemahiran generik adalah satu
kemahiran umum selain kemahiran teknikal dalam bidang pengkhususan
masing-masing yang diperlukan oleh seseorang untuk menjadikannya
individu yang berkebolehan dalam menyelesaikan masalah, berkomunikasi
secara efektif, berfikir secara kritikal dan kreatif, bekerja berpasukan, mampu
menghadapi daya saing dan sebagainya (Mohammad, 2004).
Dalam Pendidikan Teknik dan Vokasional, Kementerian Pendidikan
telah memperkenalkan matapelajaran Vokasional di sekolah. Subjek teknikal
ini memerlukan penerapan kemahiran generik yang cukup kerana pelajar
banyak berhadapan dengan kerja amali yang menuntut mereka untuk
berkomunikasi, bekerja dalam kumpulan, menyelesaikan masalah, dan
beberapa elemen kemahiran generik yang lain. Sekolah berfungsi sebagai
institusi pendidikan formal yang berperanan mendidik pelajar bukan sahaja
dalam penguasaan ilmu akademik dan kebolehan intelektual tetapi juga
mempastikan pelajar memiliki tahap moral diri dan kemahiran sosial yang
mantap dan berkualiti.
3
Maka adalah menjadi satu tanggungjawab kepada pihak sekolah
untuk membentuk kemahiran generik yang baik dalam diri setiap pelajar.
Kecemerlangan dalam kurikulum akan dapat dicapai sekiranya pelajar
memiliki kualiti disiplin dan sahsiah diri yang cemerlang.
Manakala menurut Kartini (2002), guru juga perlu menguasai
kemahiran generik untuk diterapkan dalam pedagogi pembelajaran bestari
seperti kemahiran komunikasi, kemahiran menggunakan teknologi,
kemahiran menaksir dan berfikir secara kreatif dan inovatif. Menurut Menteri
Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Yassin pelajar perlu memperlengkapkan diri
bukan sahaja dengan kemahiran profesional tetapi kemahiran generik. Beliau
berkata, kemahiran generik seperti kemahiran menyelesaikan masalah atau
menghasilkan sesuatu yang bermanfaat melalui cetusan daya kreativiti dan
inovasi yang amat diperlukan oleh negara bagi memacu ekonomi
berpendapatan tinggi. Pelajar juga perlu mempunyai kemahiran untuk
berhujah dan mengutarakan pandangan atau cadangan yang bernas untuk
diterima pihak lain. Kemahiran penting itu boleh dibina dan dimantapkan
melalui pembabitan dalam program diskusi atau wacana awam yang
dijalankan (Berita Harian, 2010). Dengan cara ini, masyarakat pelajar di
negara ini bukan sahaja akan dapat mengasah bakat kepimpinan tetapi
menajamkan daya fikir secara objektif dan rasional dalam menangani sesuatu
isu. Kesannya pelajar dapat mengelak daripada terjerat dalam perangkap
persepsi atau emosi yang mengaburi pandangan mereka tentang sesuatu isu.
Dalam penulisan Yahya (2005), beliau menyatakan bahawa pada hari
ini kerajaan amat memberikan penekanan dan perhatian yang tinggi kepada
bidang pendidikan teknik dan vokasional. Kementerian Pelajaran Malaysia
turut menggariskan beberapa tujuan pendidikan teknik dan vokasional antara
yang paling utama adalah untuk membentuk kemahiran, kebolehan, sikap,
tabiat kerja, dan tanggungjawab dalam diri pelajar supaya dapat digunakan
dengan lebih berfaedah dan produktif.
4
Dengan pendidikan dan corak latihan yang tersusun, tenaga manusia
dapat dilatih dengan kemahiran dan juga ilmu pengetahuan yang diperlukan
dalam industri seperti kemahiran komunikasi, kemahiran menyelesaikan
masalah, berfikir secara kreatif dan kritis, kerja berkumpulan dan sebagainya
(PKK 1991-2000).
Selain itu Kementerian Pendidikan telah mengambil inisiatif dengan
menggubal semula sistem pendidikan terutamanya sistem Pendidikan Teknik
dan Vokasional kerana bidang pendidikan ini merupakan pengeluar utama
sumber tenaga manusia dalam bidang teknikal untuk keperluan industri. Jelas
menampakkan bahawa fungsi Pendidikan Teknik dan Vokasional bertujuan
melahirkan generasi yang mempunyai kemahiran luaran dan dalaman diri
yang seimbang. Sehubungan dengan itu, kemahiran generik turut diserapkan
ke dalam diri para pelajar supaya mereka bukan hanya cemerlang dalam
bidang akademik, malah mempunyai sahsiah diri yang baik. Berpandukan
pula kepada kajian yang dijalankan oleh Adibah (2005), beliau menggariskan
beberapa elemen yang turut terkandung dalam konteks kemahiran generik,
iaitu:
i. Kemahiran hidup yang amat diperlukan untuk kerjaya dan
personal
ii. Kemahiran yang boleh digunakan secara am semasa di tempat
kerja
5
Kurikulum di Sekolah Teknik dan Vokasional perlu diperbaharui
dengan mengambil kira kepentingan kemahiran asas dan kemahiran generik
seperti cara berkomunikasi, budaya kerja dalam kumpulan, teknik menjana
idea yang kreatif dan elemen kemahiran generik yang lain (Buletin P&P,
UTM, Edisi Jun 2004). Dalam konteks pendidikan, kemahiran generik adalah
kemahiran utama yang perlu ada pada diri pelajar dalam melaksanakan tugas
dengan sempurna. Penerapan kemahiran ini akan membantu pelajar untuk
berhadapan dengan bidang pekerjaan kelak (Ab. Rahim, 2000).
1.1 Latar Belakang Masalah
Sebagaimana yang sedia maklum, kemahiran generik merupakan satu
intipati yang penting dalam menjana jati diri dan pembangunan sahsiah diri
pelajar. Individu yang mempunyai penerapan kemahiran generik yang
sempurna mampu untuk menjalani kehidupan dengan baik. Berbanding
dengan individu yang kurang diterapkan dengan kemahiran generik, mereka
tidak mempunyai kebolehan untuk bertindak dengan lebih rasional dan
matang. Kemahiran generik mampu menjadikan seseorang individu lebih
cekap, yakin diri dan berwawasan tinggi. Selaras dengan matlamat
Pendidikan Teknik dan Vokasional iaitu untuk menyediakan sumber manusia
kepada negara (Yahya, 2005). Para guru perlu memainkan peranan penting
dalam menerapkan elemen kemahiran generik kepada pelajar. Ini kerana guru
adalah kelompok yang paling hampir dengan pelajar setelah ibu bapa pelajar
itu sendiri.
6
Selain itu, Pendidikan Teknik Dan Vokasional sebenarnya merupakan
laluan inisiatif kepada pelajar-pelajar lepasan Peperiksaan Menengah Rendah
(PMR) yang memperolehi keputusan sederhana dan rendah. Malah tidak
dapat dinafikan bahawa sebilangan besar daripada pelajar yang tamat
pendidikan di Sekolah Menengah Vokasional akan terus melibatkan diri
dalam dunia pekerjaan. Zaman kini sudah memasuki era k-ekonomi di mana
pihak industri menuntut pekerja yang berkemahiran dan mempunyai
penekanan kemahiran generik juga. Sehubungan dengan itu, untuk
melahirkan golongan pelajar yang mempunyai tahap penerapan kemahiran
generik yang tinggi, maka tenaga pengajar iaitu guru itu sendiri perlu
melengkapkan diri dengan pengetahuan terkini yang berorientasikan industri
dan pekerjaan. Kualiti kurikulum dan tenaga pengajar amat mempengaruhi
ketrampilan pelajar (Tetty Henney Zulkifli dan Nik Zaffri, 2000).
Menurut Safarin (2004), pihak pengurusan Teknik dan Vokasional
perlu memberikan penekanan supaya produk yang dihasilkan daripada
institusi ini memenihi keperluan dan kehendak majikan. Maka penerapan
awal kemahiran generik sangat penting kepada kelompok pelajar ini supaya
mereka mempunyai nilai kebolehpasaran yang tinggi. Ini dikukuhkan lagi
menerusi laporan penulisan Mohd. Yahya (2003), di mana beliau menyatakan
bahawa perkembangan sektor perniagaan dan perindustrian memerlukan
pekerja yang cekap, mahir, dan berketrampilan.
Menurut Azalya (2003), ilmu pengetahuan yang dipelajari di dalam
bilik darjah tidak mampu melengkapkan pakej pada diri seseorang pelajar
jika tidak disertakan dengan pengetahuan-pengetahuan umum atau generik
lain seperti kemahiran komunikasi, kemahiran bekerja dalam kumpulan,
keyakinan diri, berfikir secara kreatif dan kritis dan lain-lain lagi. Jika tidak
mempunyai kemahiran generik, maka pastinya pelajar ini akan berhadapan
dengan masalah apabila memasuki dunia kerjaya.
7
Oleh yang demikian, institusi pendidikan memainkan peranan yang
cukup penting dalam memberikan penerapan kemahiran generik kepada para
pelajar (Adibah, 2005). Pusat Perkembangan Kurikulum (2001)
menggariskan bahawa kemahiran generik yang perlu diterapkan dalam diri
pelajar adalah:
i. Kemahiran komunikasi
ii. Kemahiran menggunakan teknologi
iii. Kemahiran merancang dan mengelola aktiviti
iv. Kemahiran bekerja dengan orang lain dan dalam kumpulan
v. Kemahiran menyelesaikan masalah
vi. Kemahiran mengurus, memilih dan menganalisis maklumat
vii. Kemahiran menggunakan idea dan teknik matematik
viii. Kemahiran memahami budaya
Pelajar hari ini dilihat amat lemah dalam kemahiran komunikasi
(Rahmah, 1999). Sehubungan dengan itu, para guru perlu memikul tugas
untuk mengajar dan menguasai setiap ilmu pengajaran supaya dilihat lebih
yakin dan bermatlamat tinggi (Chan, 2003). Kajian yang dijalankan oleh
Barbara et al. (2002) menunjukkan bahawa pembangunan kemahiran amat
penting dalam perkembangan pendidikan pelajar dan para pendidik perlu
bijak dalam mengintergrasikan kemahiran generik. Mok (2003) pula
berpendapat bahawa penerapan kemahiran generik dalam pengajaran dan
pembelajaran oleh guru bergantung kepada penguasaan kemahiran
mengintergrasikannya di samping kemahiran-kemahiran umum yang lain
seperti kemahiran belajar, kemahiran menilai, dan sebagainya.
8
Menurut Muhammad Abdul Rahman (Persatuan Pendidikan Malaysia
2002) kehidupan bergelar sebagai pelajar amat mencabar. Dalam
pemerhatian beliau pelajar yang datang dari golongan keluarga yang
mempunyai taraf hidup yang rendah kurang berkeyakinan diri dan
mempunyai perasaan malu yang tinggi membelenggu diri mereka. Mereka
merasa kurang senang untuk bergaul, tidak suka bersosial dan tidak gemar
berkongsi masalah dengan rakan seperjuangan.
Dalam konteks sekolah, komunikasi ialah proses bagaimana guru
berkongsi pengalaman dengan muridnya, dan begitu juga sebaliknya. Apabila
mereka berkomunikasi, mereka saling menyatakan pengetahuan dan
pengalaman masing-masing dan dengan cara itu, mereka mendapat manfaat
daripada pertukaran tersebut. Namun pelajar hari ini kurang mahir dalam
berkomunikasi. Bukan sahaja pelajar sekolah, malah para mahasiswa dan
mahasiswi di IPT pun turut mengalami keadaan yang sama. Mereka dilihat
tidak mempunyai kemahiran generik yang cemerlang. Malah lebih tepat lagi
mereka tidak mempunyai penerapan kemahiran generik yang baik.
1.2 Penyataan Masalah
Kemahiran generik adalah satu agenda yang tidak pernah dipandang
sepi lebih-lebih lagi dalam sistem pendidikan di negara kita. Pendidikan
Teknik dan Vokasional secara amnya merupakan platform terbaik bagi
pelajar yang mahu memasuki industri pekerjaan yang lebih bercirikan kepada
penguasaan kemahiran berbanding kecemerlangan akademik. Ini bukan
bererti akademik tidak ditekankan, tetapi pemantapan akademik diselaraskan
dengan penguasaan kemahiran generik dalam diri pelajar. Maka berpegang
kepada alasan ini, maka pengkaji merasakan bahawa kajian mengenai
kepentingan penerapan kemahiran generik di kalangan pelajar yang mengikut
aliran pendidikan Teknik dan Vokasional ini mempunyai takrifan yang cukup
9
meluas dan banyak yang berkaitan dengannya. Namun dalam kajian ini,
penyelidik hanya akan mengkaji tiga aspek yang terdapat dalam kemahiran
generik yang mana amat berkait rapat dengan diri setiap pelajar iaitu
kemahiran komunikasi, kemahiran bekerja berpasukan, dan kemahiran
berfikir secara kreatif dan kritis. Pengkaji mendapati ketiga-tiga elemen ini
amat penting untuk dikuasai oleh setiap pelajar di samping elemen – elemen
kemahiran generik yang lain.
1.3 Objektif Kajian
1. Mengenalpasti persepsi pelajar terhadap penerapan kemahiran
komunikasi yang dilaksanakan oleh guru dalam P&P.
2. Mengenalpasti persepsi pelajar terhadap penerapan kemahiran
bekerja berkumpulan yang dilaksanakan oleh guru dalam P&P.
3. Mengenalpasti persepsi pelajar terhadap penerapan kemahiran
berfikir secara kreatif dan kritis yang dilaksanakan oleh guru
dalam P&P.
1.4 Persoalan Kajian
1. Apakah persepsi pelajar terhadap penerapan kemahiran
komunikasi yang dilaksanakan oleh guru dalam P&P?
2. Apakah persepsi pelajar terhadap penerapan kemahiran bekerja
berkumpulan yang dilaksanakan oleh guru dalam P&P?
3. Apakah persepsi pelajar terhadap penerapan kemahiran berfikir
secara kreatif dan kritis yang dilaksanakan oleh guru dalam P&P?