penerapan elemen inovasi dalam pengajaran · pdf filejasa dan pengorbanan mu tidak mampu ku...

27
PENERAPAN ELEMEN INOVASI DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN KURSUS IKHTISAS PENDIDIKAN NOOR NATASHA NADIA BINTI JAAFAR UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Upload: nguyenthuy

Post on 02-Feb-2018

235 views

Category:

Documents


5 download

TRANSCRIPT

Page 1: PENERAPAN ELEMEN INOVASI DALAM PENGAJARAN · PDF fileJasa Dan Pengorbanan Mu Tidak Mampu Ku Balas Hingga Akhir Hayat . ... Jadual 3.1 Bilangan Pelajar Tahun 4 Fakulti Pendidikan Mengikut

PENERAPAN ELEMEN INOVASI DALAM PENGAJARAN DAN

PEMBELAJARAN KURSUS IKHTISAS PENDIDIKAN

NOOR NATASHA NADIA BINTI JAAFAR

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Page 2: PENERAPAN ELEMEN INOVASI DALAM PENGAJARAN · PDF fileJasa Dan Pengorbanan Mu Tidak Mampu Ku Balas Hingga Akhir Hayat . ... Jadual 3.1 Bilangan Pelajar Tahun 4 Fakulti Pendidikan Mengikut

PSZ 19:16 (Pind.1/97)

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

JUDUL: PENERAPAN ELEMEN INOVASI DALAM PENGAJARAN DAN

PEMBELAJARAN KURSUS IKHTISAS PENDIDIKAN

SESI PENGAJIAN: 2010/2011

Saya _NOOR NATASHA NADIA BINTI JAAFAR_____ mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan

Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut:

1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia. 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan

pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara

institusi pengajian tinggi. 4. **Sila tandakan ( )

SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau

kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972)

TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan

oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan) TIDAK TERHAD

(TANDATANGAN PENULIS) Alamat Tetap: CIK SARIMAH BINTI ISMAIL Nama Penyelia Km5, Jalan Pauh, 06010 Changlun, Kedah Darul Aman Tarikh: _10 Mei 2011_ Tarikh: _10 Mei 2011_

CATATAN * Potong yang tidak berkenaan ** Jenis tesis ini SULIT dan TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD.

o Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM).

Page 3: PENERAPAN ELEMEN INOVASI DALAM PENGAJARAN · PDF fileJasa Dan Pengorbanan Mu Tidak Mampu Ku Balas Hingga Akhir Hayat . ... Jadual 3.1 Bilangan Pelajar Tahun 4 Fakulti Pendidikan Mengikut

10 Mei 2011

Page 4: PENERAPAN ELEMEN INOVASI DALAM PENGAJARAN · PDF fileJasa Dan Pengorbanan Mu Tidak Mampu Ku Balas Hingga Akhir Hayat . ... Jadual 3.1 Bilangan Pelajar Tahun 4 Fakulti Pendidikan Mengikut

     

PENERAPAN ELEMEN INOVASI DALAM PENGAJARAN DAN

PEMBELAJARAN KURSUS IKHTISAS PENDIDIKAN

NOOR NATASHA NADIA BINTI JAAFAR

Tesis ini dikemukakan sebagai memenuhi syarat penganugerahan Ijazah Sarjana Muda

Teknologi Serta Pendidikan (Kemahiran Hidup)

Fakulti Pendidikan

Universiti Teknologi Malaysia

MEI 2011

Page 5: PENERAPAN ELEMEN INOVASI DALAM PENGAJARAN · PDF fileJasa Dan Pengorbanan Mu Tidak Mampu Ku Balas Hingga Akhir Hayat . ... Jadual 3.1 Bilangan Pelajar Tahun 4 Fakulti Pendidikan Mengikut

PENGAKUAN

“Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang

tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya”

Tandatangan :

Nama Penulis : NOOR NATASHA NADIA BINTI JAAFAR

Tarikh : 10 Mei 2011

Page 6: PENERAPAN ELEMEN INOVASI DALAM PENGAJARAN · PDF fileJasa Dan Pengorbanan Mu Tidak Mampu Ku Balas Hingga Akhir Hayat . ... Jadual 3.1 Bilangan Pelajar Tahun 4 Fakulti Pendidikan Mengikut

ii 

DEDIKASI

Teristimewa Untuk…….

Naimah Binti Nayan………..Seorang Emak Yang Ku Sanjungi & Kasihi

Romli Bin Bakar……….Seorang Ayah Yang Banyak Berbakti

Kasih Sayang Kalian Menjadi Kekuatan Dan Kelemahan Diriku

Terima Kasih Kepada….

Cik Sarimah Ismail………penyelia ku yang dedikasi

Jasa Dan Pengorbanan Mu Tidak Mampu Ku Balas Hingga Akhir Hayat

Segala Ilmu Yang Mu Curahkan Membuatkan Aku Menjadi Manusia Berguna

Salam Ingatan.......

Guru-Guru Yang Pernah Menabur Ilmu Kepada Ku,

Terima Kasih Semuanya,

Ilmu Kalian Menjadikan Diriku Seorang Insan Yang Berjaya.

Berjaya Dunia Akhirat Hendaknya

Untuk Rakan-Rakan Seperjuangan.....Terima Kasih

Suka Duka Saat Bersama Kalian Mematangkan Diriku

Semoga Kita Berjaya Mengapai Cita-cita

Page 7: PENERAPAN ELEMEN INOVASI DALAM PENGAJARAN · PDF fileJasa Dan Pengorbanan Mu Tidak Mampu Ku Balas Hingga Akhir Hayat . ... Jadual 3.1 Bilangan Pelajar Tahun 4 Fakulti Pendidikan Mengikut

iii 

PENGHARGAAN

Bismillahirrahmanirrahim.

Pertama sekali saya ingin mengucapkan syukur ke Hadrat Allah S.W.T kerana

dengan izin dan limpahnya dapat saya menyempurnakan penyelidikan penulisan ini

sebagai suatu pengalaman dalam kehidupan saya serta sebagai memenuhi syarat untuk

lulus Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Kemahiran Hidup) daripada

Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia.

Dalam usaha menjayakan penyelidikan ini, saya ingin mengucapkan jutaan

terima kasih kepada Cik Sarimah Ismail diatas kesudian beliau melapangkan masa demi

membantu dan membimbing saya sepanjang tempoh melaksanakan Projek Sarjana Muda

ini. Segala nasihat dan semangat daripada beliau menjadikan saya seorang yang lebih

tabah menghadapi kehidupan mendatang. Walaupun berbagai rintangan dan cabaran

ditempuhi serta linangan air mata yang jatuh, Cik Sarimah sentiasa sabar dan membantu

saya dalam menyiapkan penulisan ini.

Ucapan ribuan terima kasih turut saya rakamkan kepada semua pelajar tahun

empat kerana sudi bekerjasama dan memberikan komitmen yang baik dalam

menghasilkan penyelidikan ini. Tidak lupa kepada semua mereka yang terlibat secara

langsung atau tidak langsung sepanjang penyelidikan ini dijalankan, terima kasih semua.

Page 8: PENERAPAN ELEMEN INOVASI DALAM PENGAJARAN · PDF fileJasa Dan Pengorbanan Mu Tidak Mampu Ku Balas Hingga Akhir Hayat . ... Jadual 3.1 Bilangan Pelajar Tahun 4 Fakulti Pendidikan Mengikut

vi 

ABSTRAK

Penerapan elemen kreativiti dan inovasi dalam pengajaran dan pembelajaran

membantu meningkatkan daya pemikiran, idea dan kualiti hasil pembelajaran pelajar.

Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti penerapan inovasi dalam pengajaran dan

pembelajaran oleh pensyarah yang mengajar kursus ikhtisas pendidikan. Terdapat lima

elemen yang dikaji iaitu isi pelajaran, kaedah pengajaran, menjalinkan hubungan

kerjasama baru bersama agensi-agensi luar, menjalinkan usahasama diperingkat institusi

dan perkembangan berterusan dalam pengajaran dan pembelajaran. Kajian tinjauan

kuantitatif ini melibatkan 334 pelajar tahun 4 daripada semua program Fakulti

Pendidikan, UTM sebagai responden kajian dan data dikumpul menggunakan borang

soal selidik dan dianalisis menggunakan perisian komputer Statistical Packages for

Social Science (SPSS) versi 15.0. Dapatan kajian menunjukan pensyarah-pensyarah

yang mengajar kursus ikhtisas pendidikan menerapkan elemen isi pelajaran dan

menangani perkembangan berterusan ditahap yang tinggi sementara elemen kaedah

pengajaran bagi menyampaikan isi pelajaran, menjalinkan hubungan kerjasama bersama

agensi-agensi luar dan menjalinkan usahasama diperingkat institusi berada ditahap yang

sederhana. Kajian ini mencadangkan Fakulti Pendidikan mengadakan kursus kaedah

pengajaran kepada semua pensyarah, menambah saiz bilik kuliah bersesuaian dengan

bilangan pelajar, jadual waktu bagi sesuatu kursus perlu dipanjangkan, pensyarah

mengadakan kerjasama dengan agensi-agensi berkaitan dari luar UTM untuk tujuan

pengajaran dan pembelajaran, menambah bilangan sampel kajian yang dipilih dari

kalangan pelajar dan pensyarah dan meluaskan lokasi kajian kepada semua institusi

pengajian tinggi di Malaysia yang menawarkan program pendidikan.

Page 9: PENERAPAN ELEMEN INOVASI DALAM PENGAJARAN · PDF fileJasa Dan Pengorbanan Mu Tidak Mampu Ku Balas Hingga Akhir Hayat . ... Jadual 3.1 Bilangan Pelajar Tahun 4 Fakulti Pendidikan Mengikut

vii 

ABSTRACT

The application of innovation and creativity in teaching and learning can

improve students’ thinking capability, idea and teaching and learning outcomes. This

study was conducted to identify the application of innovation in lecturers’ teaching and

learning of the educational pedagogical courses. Five innovation elements were

measured as research variables, which werer content of the lesson, teaching method,

collaboration with outside agencies, collaboration at the institution level and continuous

development in teaching and learning. This quantitative survey research involved 334

final year students from all programs at the Faculty of Education, UTM as the research

respondents and data were collected using questionnaire and analysed using computer

software of Statistical Packages for Social Science (SPSS) version 15.0. Findings of the

study indicated lecturers who teach educational pedagogical courses were applied

innovation elements highly in content of the lesson, and continuous development in

teaching and learning while moderately in the elements of teaching method,

collaboration with outside agencies and collaboration at the institution level. This study

was suggested for the Faculty to conduct teaching course for all lecturers, enlarge lecture

room size according to number of students, prolong lecture hour, establish collaboration

with outside agensies for teaching and learning, increase sample size who selected

among students and lecturers, expand research location to all Malaysia public

universities that offer education program.

Page 10: PENERAPAN ELEMEN INOVASI DALAM PENGAJARAN · PDF fileJasa Dan Pengorbanan Mu Tidak Mampu Ku Balas Hingga Akhir Hayat . ... Jadual 3.1 Bilangan Pelajar Tahun 4 Fakulti Pendidikan Mengikut

viii 

 

SENARAI KANDUNGAN

BAB PERKARA MUKA SURAT

PENGESAHAN STATUS TESIS

PENGESAHAN PENYELIA

JUDUL

PENGAKUAN i

DEDIKASI ii

PENGHARGAAN iii

ABSTRAK vi

ABSTRACT vii

ISI KANDUNGAN viii

SENARAI JADUAL xiii

SENARAI RAJAH xv

SINGKATAN xvi

SENARAI LAMPIRAN xvii

Page 11: PENERAPAN ELEMEN INOVASI DALAM PENGAJARAN · PDF fileJasa Dan Pengorbanan Mu Tidak Mampu Ku Balas Hingga Akhir Hayat . ... Jadual 3.1 Bilangan Pelajar Tahun 4 Fakulti Pendidikan Mengikut

ix 

 

1 PENGENALAN

1.1 Pendahuluan 1

1.2 Latar Belakang Masalah 3

1.3 Pernyataan Masalah 7

1.4 Objektif Kajian 7

1.5 Persoalan Kajian 8

1.6 Kepentingan Kajian 9

1.6.1 Fakulti 9

1.6.2 Pensyarah 9

1.6.3 Pelajar 10

1.7 Skop Kajian 10

1.8 Batasan Kajian 10

1.9 Definisi Operasional 11

1.9.1 Inovasi 11

1.9.2 Pengajaran 11

1.9.3 Pembelajaran 12

1.9.4 Kursus Ikhtisas Pendidikan 13

1.9.5 Pensyarah 13

1.10 Penutup 14

Page 12: PENERAPAN ELEMEN INOVASI DALAM PENGAJARAN · PDF fileJasa Dan Pengorbanan Mu Tidak Mampu Ku Balas Hingga Akhir Hayat . ... Jadual 3.1 Bilangan Pelajar Tahun 4 Fakulti Pendidikan Mengikut

 

2 SOROTAN KAJIAN

2.1 Pengenalan 15

2.2 Inovasi Dalam Isi Pelajaran 16

2.3 Inovasi Dalam Kaedah Pengajaran Menyampaikan 18

Isi Pelajaran

2.4 Kerjasama Dengan Pelbagai Pihak Untuk Proses 21

Pembelajaran

2.5 Menangani Perkembangan Inovasi Berterusan 24

3 METODOLOGI KAJIAN

3.1 Pengenalan 27

3.2 Reka Bentuk Kajian 27

3.3 Tempat Kajian 28

3.4 Populasi Dan Persampelan Kajian 28

3.5 Instrumen Kajian 29

3.5.1 Bahagian A 30

3.5.2 Bahagian B 30

3.6 Kesahan 31

Page 13: PENERAPAN ELEMEN INOVASI DALAM PENGAJARAN · PDF fileJasa Dan Pengorbanan Mu Tidak Mampu Ku Balas Hingga Akhir Hayat . ... Jadual 3.1 Bilangan Pelajar Tahun 4 Fakulti Pendidikan Mengikut

xi 

 

3.7 Kajian Rintis 32

3.8 Kebolehpercayaan 32

3.9 Proses Kajian 34

3.10 Prosedur Kajian 37

3.11 Analisis Data 38

3.12 Penutup 39

4 ANALISIS DATA

4.0 Pengenalan 40

4.1 Latar Belakang Responden 41

4.2 Dapatan Persoalan Kajian 1 44

4.3 Dapatan Persoalan Kajian 2 45

4.4 Dapatan Persoalan Kajian 3 48

4.5 Dapatan Persoalan Kajian 4 50

4.6 Dapatan Persoalan Kajian 5 53

4.7 Kesimpulan 55

Page 14: PENERAPAN ELEMEN INOVASI DALAM PENGAJARAN · PDF fileJasa Dan Pengorbanan Mu Tidak Mampu Ku Balas Hingga Akhir Hayat . ... Jadual 3.1 Bilangan Pelajar Tahun 4 Fakulti Pendidikan Mengikut

xii 

 

5 PERBINCANGAN, RUMUSAN DAN CADANGAN

5.1 Pengenalan 57

5.2 Perbincangan Hasil Kajian

5.2.1 Penerapan Elemen Inovasi Isi Pelajaran 58

5.2.2 Penerapan Elemen Inovasi Kaedah Pengajaran 59

5.2.3 Penerapan Elemen Inovasi Menjalinkan Kerjasama 60

Baru Bersama Pihak Luar

5.2.4 Penerapan Elemen Inovasi Menjalinkan Usahasama 61

Diperingkat Institusi

5.2.5 Penerapan Elemen Inovasi Menangani 62

Perkembangan Berterusan

5.3 Rumusan Perbincangan 63

5.4 Cadangan Kepada Pihak Yang Berkenaan 64

5.4.1 Kementerian Pelajaran dan Pengajian Tinggi 64

Malaysia

5.4.2 Fakulti Pendidikan 64

5.4.3 Pensyarah 65

5.5 Cadangan Kajian Akan Datang 65

5.6 Kesimpulan 66

RUJUKAN

LAMPIRAN

Page 15: PENERAPAN ELEMEN INOVASI DALAM PENGAJARAN · PDF fileJasa Dan Pengorbanan Mu Tidak Mampu Ku Balas Hingga Akhir Hayat . ... Jadual 3.1 Bilangan Pelajar Tahun 4 Fakulti Pendidikan Mengikut

xiii 

 

SENARAI JADUAL

NO TAJUK MUKA SURAT

Jadual 1.1 Kursus-Kursus Ikhtisas Pendidikan Yang Ditawarkan Oleh 5

Jabatan Asas Pendidikan, UTM

Jadual 1.2 Garis Panduan Kursus-Kursus Ikhtisas Pendidikan Oleh Jabatan 6

Asas Pendidikan, UTM

Jadual 3.1 Bilangan Pelajar Tahun 4 Fakulti Pendidikan Mengikut Program 29

Jadual 3.2 Pengelasan Skala Tiga Mata 30

Jadual 3.3 Pembahagian Bilangan Item Berhubung Pembolehubah Dalam 31

Persoalan Kajian

Jadual 3.4 Pekali Alpha Cronbach 33

Jadual 3.5 Dapatan Analisa Alpha Cronbach 33

Jadual 3.6 Item yang Di ubah 34

Jadual 3.7 Maklumbalas Dan Skor Tiga Mata Item 38

Jadual 3.8 Peratusan Maklum Balas 38

Jadual 4.1 Taburan Bilangan dan Peratusan Umur 41

Jadual 4.2 Taburan Bilangan dan Peratusan Pelajar Mengikut Jantina 42

Page 16: PENERAPAN ELEMEN INOVASI DALAM PENGAJARAN · PDF fileJasa Dan Pengorbanan Mu Tidak Mampu Ku Balas Hingga Akhir Hayat . ... Jadual 3.1 Bilangan Pelajar Tahun 4 Fakulti Pendidikan Mengikut

xiv 

 

Jadual 4.3 Taburan Bilangan dan Peratusan Mengikut Bangsa 42

Jadual 4.4 Taburan Bilangan dan Peratusan Pelajar Mengikut Program 43

Pengajian

Jadual 4.5 Taburan Bilangan dan Peratusan Pelajar Mengikut Kelayakkan 43

Akademik Tertinggi

Jadual 4.6 Penerapan Inovasi dalam Elemen Isi Pelajaran Kursus Ikhtisas 45

Pendidikan

Jadual 4.7 Penerapan Inovasi dalam Elemen Kaedah Pengajaran 46

Bagi Menyampaikan Isi Pelajaran Kursus Ikhtisas Pendidikan

Jadual 4.8 Penerapan Inovasi Dalam Elemen Menjalinkan Hubungan 49

Kerjasama Baru Bersama Pihak Luar Dalam Proses Pengajaran

Kursus Ikhtisas Pendidikan

Jadual 4.9 Penerapan Inovasi Dalam Elemen Menjalinkan Usahasama 52

Di Peringkat Institusi Dalam Proses Pengajaran Kursus

Ikhtisas Pendidikan

Jadual 4.10 Penerapan Inovasi Dalam Elemen Menangani Perkembangan 54

Berterusan Dalam Proses Pengajaran Kursus Ikhtisas Pendidikan

Jadual 4.11 Ringkasan Dapatan Kajian Penerapan Elemen Inovasi Dalam 56

Pengajaran dan Pembelajaran Kursus Ikhtisas Pendidikan di

Fakulti Pendidikan

Page 17: PENERAPAN ELEMEN INOVASI DALAM PENGAJARAN · PDF fileJasa Dan Pengorbanan Mu Tidak Mampu Ku Balas Hingga Akhir Hayat . ... Jadual 3.1 Bilangan Pelajar Tahun 4 Fakulti Pendidikan Mengikut

xv 

 

SENARAI RAJAH

NO TAJUK MUKA SURAT

Rajah 3.1 Carta Alir Prosedur Kajian 35

Page 18: PENERAPAN ELEMEN INOVASI DALAM PENGAJARAN · PDF fileJasa Dan Pengorbanan Mu Tidak Mampu Ku Balas Hingga Akhir Hayat . ... Jadual 3.1 Bilangan Pelajar Tahun 4 Fakulti Pendidikan Mengikut

xvi 

 

SENARAI SINGKATAN

UTM Universiti Teknologi Malaysia

SPSS Statistical Package for Social Sciences

KPM Kementerian Pelajaran Malaysia

MOSTI Kementerian Sains, Teknologi Dan Inovasi

KPTM Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia

TMK Teknologi Maklumat Dan Telekomunikasi

R&D Penyelidikan Dan Pembangunan

ICT Information Computer Technology

PSZ Perpustakaan Sultanah Zanariah

UTM-IR Universiti Teknologi Malaysia-Insttitutional Repository

PBL Pembelajaran Berasaskan Masalah

KBSR Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah

PPP Penyediaan Pendidikan Latihan Profesional

CID Creativity And Innovation Day

PSM Projek Sarjana Muda

Page 19: PENERAPAN ELEMEN INOVASI DALAM PENGAJARAN · PDF fileJasa Dan Pengorbanan Mu Tidak Mampu Ku Balas Hingga Akhir Hayat . ... Jadual 3.1 Bilangan Pelajar Tahun 4 Fakulti Pendidikan Mengikut

xvii 

 

SENARAI LAMPIRAN

LAMPIRAN TAJUK

A Senarai Bilangan Pelajar Tahun Empat Fakulti Pendidikan

B Pengesahan Instrumen

C Contoh Instrumen

Page 20: PENERAPAN ELEMEN INOVASI DALAM PENGAJARAN · PDF fileJasa Dan Pengorbanan Mu Tidak Mampu Ku Balas Hingga Akhir Hayat . ... Jadual 3.1 Bilangan Pelajar Tahun 4 Fakulti Pendidikan Mengikut

BAB 1

PENGENALAN

1.1 Pendahuluan

Negara kita, Malaysia sedang menuju ke arah menjadikan inovasi sebagai

sumber ekonomi dengan matlamat meningkatkan daya saing bagi kemajuan dan

pertumbuhan ekonomi lestari. Malaysia ingin berganjak dari satu bentuk model

ekonomi baru berpaksikan inovasi, kreativiti dan nilai tambah tinggi dalam usaha untuk

memastikan Negara dapat terus berdaya saing dan relevan dalam persaingan ekonomi

global. Bagi mencapai model ekonomi baru tersebut, Malaysia telah menjadikan tahun

2010 sebagai Tahun Inovasi dan Kreativiti (Majalah EstidotMy, Edisi 95). Penekanan

pada aspek inovasi dan kreativiti akan dipertingkatkan di semua peringkat dan bidang,

termasuklah bidang pendidikan.

Aspek inovasi dan kreativiti penting kepada negara kerana menggalakkan daya

saing, memacu pembangunan negara dan meningkatkan produktiviti kerana ia

penyumbang utama bagi peningkatan kekayaan ekonomi sesebuah negara menerusi

Page 21: PENERAPAN ELEMEN INOVASI DALAM PENGAJARAN · PDF fileJasa Dan Pengorbanan Mu Tidak Mampu Ku Balas Hingga Akhir Hayat . ... Jadual 3.1 Bilangan Pelajar Tahun 4 Fakulti Pendidikan Mengikut

penjimatan tenaga, masa dan kos yang sekaligus mampu meningkatkan penghasilan

produktiviti, hasil kerja serta perkhidmatan (Laupa, 2010).

Inovasi banyak diaplikasikan dalam organisasi dalam tadbir urus, inovasi

kemasyarakatan, inovasi bandar-bandar, inovasi desa, inovasi koprat, inovasi industri,

inovasi penjagaan kesihatan, inovasi pengangkutan jaringan keselamatan sosial, inovasi

penjenamaan dan inovasi pendidikan (Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi, 2010).

Perubahan inovasi boleh berlaku dalam pelbagai bentuk seperti memperkenalkan

teknologi yang baru, perubahan sistem dan prosedur kerja.

Penerapan atau aplikasi inovasi ini amat bergantung kepada keberkesanan sistem

pendidikan bagi melahirkan modal insan yang kreatif dan inovatif. Ini kerana aplikasi

inovasi yang baik dalam kurikulum pendidikan mampu melahirkan pelajar yang berdaya

saing diperingkat antarabangsa (Shuhada, 2010).

Bagi merealisasikan hasrat Negara, Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM)

telah merangka transformasi terhadap bidang pendidikan seperti isi kandungan

kurikulum, penyusunan, pedagogi dan pendekatan di dalam bilik darjah yang

membolehkan potensi inovasi dan kreativiti pelajar dapat dipupuk dengan efektif.

Transformasi ini penting kerana kurikulum merupakan perubahan penting bagi

keberkesanan sekolah dan laluan kepada kecemerlangan pendidikan (Kementerian

Pelajaran Malaysia, 2010).

Transformasi kurikulum dapat membuka laluan kepada pelajar untuk menerokai

dan membuat penemuan kaedah pembelajaran yang baru melalui eksperimen, reka cipta

dan penyelidikan. Ini termasuk perbincangan rakan sebaya, simulasi, lawatan lapangan

dan aktiviti menyelesaikan masalah yang membolehkan aplikasi sumber di dalam dan di

luar bilik darjah. Pelaksanaan kurikulum baru ini pula bergantung kepada keupayaan

guru memperbaiki dan mengaplikasikan elemen inovasi dan kreativiti dalam amalan

pengajaran di dalam bilik darjah.

Page 22: PENERAPAN ELEMEN INOVASI DALAM PENGAJARAN · PDF fileJasa Dan Pengorbanan Mu Tidak Mampu Ku Balas Hingga Akhir Hayat . ... Jadual 3.1 Bilangan Pelajar Tahun 4 Fakulti Pendidikan Mengikut

Justeru itu, peningkatan dalam ilmu pengetahuan dan teknologi sewajarnya

dilakukan juga oleh pensyarah yang melatih para guru kerana keupayaan menyelesaikan

masalah bergantung kepada keupayaan pensyarah sebagai fasilitator, penyelesai

masalah, pemangkin dan pendorong pembelajaran. Inovasi dalam konteks pengajaran

dan pembelajaran merupakan keaslian inovasi pengajaran dan pembelajaran,

kerelevanan inovasi dan juga impak inovasi kepada pengajaran dan pembelajaran.

Disebabkan inovasi dalam pendidikan ini penting, wujudnya Anugerah Tokoh

Pengajaran kepada pensyarah-pensyarah yang dianjurkan oleh Kementerian Pengajian

Tinggi Malaysia (KPTM) (Abdul Rahman, 2010). Jika kita lihat anugerah ini menilai

kaedah pengajaran yang diamalkan dalam pengajaran dan pembelajaran seperti isi

kandungan, falsafah pengajaran, keberkesanan pengajaran dan pembelajaran, inovasi,

dan bahan pengajaran dan penilaian.

Kesimpulannya, daya saing sesebuah negara amat bergantung kepada

kemampuan sistem pendidikan untuk melahirkan modal insan yang kreatif dan inovatif,

meningkatkan elemen kreativiti dan inovasi dalam pendidikan. Dunia pendidikan juga

memerlukan pensyarah-pensyarah dan juga bakal guru yang kreatif untuk melaksanakan

pembelajaran yang merangsang minda dan menggarap daya kreativiti dan inovasi murid.

Pendek kata, kreativiti dan inovasi adalah kunci kepada kemajuan negara dan kehidupan

sejahtera.

1.2 Latar Belakang Masalah

Inovasi dalam pendidikan menjadi satu asas atau keperluan utama kerana ia

dapat menganjak negara daripada terperangkap di dalam ekonomi pendapatan sederhana

kepada ekonomi pendapatan tinggi bagi bersaing dengan negara lain. Salah satu usaha

Page 23: PENERAPAN ELEMEN INOVASI DALAM PENGAJARAN · PDF fileJasa Dan Pengorbanan Mu Tidak Mampu Ku Balas Hingga Akhir Hayat . ... Jadual 3.1 Bilangan Pelajar Tahun 4 Fakulti Pendidikan Mengikut

kerajaan Malaysia ke arah mencapai matlamat ini adalah melalui penganjuran Malaysia

Inovatif 2010 (Majalah EstidotMy, Edisi 95).

Program Malaysia Inovatif 2010 ini memberi pendedahan kepada masyarakat

mengenai konsep inovasi melalui perkembangan minda ke arah berfikir di luar

kelaziman, memberi inspirasi dan galakan untuk lebih berusaha menimba ilmu

pengetahuan, berkemahiran dan bersedia untuk lebih proaktif dalam menjana idea baru.

Justeru itu, Universiti Teknologi Malaysia (UTM) yang merupakan institusi

pengajian tinggi awam yang membekalkan bakal-bakal guru hendaklah berperanan

melahirkan guru-guru yang berkemampuan untuk melaksanakan inovasi dalam

pendidikan. Ini bergantung penuh kepada peranan pensyarah yang mengajar. Mereka

perlu menerapkan elemen kretiviti dan inovasi bagi membantu bakal-bakal guru supaya

mereka pula dapat mengaplikasi inovasi dalam pengajaran, memberi sumbangan ke arah

penambahbaikan pemikiran, idea dan kualiti pengajaran dan pembelajaran yang

mempunyai nilai tambah baru yang boleh dimanafaatkan di sekolah (Zaini, 2010).

Maka, seseorang pensyarah itu seharusnya menguasai kaedah, strategi dan teknik

pengajaran dan pembelajaran berkesan (Mahadi, 2006). Apabila pensyarah menguasai

semua ini ia memberi kelebihan kepada mereka dalam mengenalpasti punca masalah

pelajar dalam pembelajaran dan mengambil tindakan untuk meningkatkan keberkesanan

pengajaran menerusi penggunaan pelbagai teknik dan kaedah pengajaran yang kreatif

dan inovatif di dalam kelas seperti kuliah, tutorial dan amali (Hassan, 2009). Usaha ini

adalah untuk melahirkan pemimpin pembagunan modal insan dan teknologi inovasi

yang memberikan sumbangan untuk mencipta kekayaan bangsa (Zaini, 2010).

Kursus pendidikan merupakan kursus yang wajib diambil setiap pelajar yang

mengikuti program pendidikan di Fakulti Pendidikan, UTM. Kursus-kursus ikhtisas

pendidikan dikendalikan oleh Jabatan Asas Pendidikan (Rujuk Jadual 1.1).

Page 24: PENERAPAN ELEMEN INOVASI DALAM PENGAJARAN · PDF fileJasa Dan Pengorbanan Mu Tidak Mampu Ku Balas Hingga Akhir Hayat . ... Jadual 3.1 Bilangan Pelajar Tahun 4 Fakulti Pendidikan Mengikut

Jadual 1.1: Kursus-kursus Ikhtisas Pendidikan yang ditawarkan oleh Jabatan Asas

Pendidikan Fakulti Pendidikan, UTM

KOD KURSUS KURSUS KREDIT SPP 1002 Falsafah Pendidikan 2 SPP 1012 Psikologi Pendidikan 2 SPP 2002 Asas Pedagogi 2 SPP 2032 Pengukuran dan Penilaian Pendidikan 2 SPP 3042 Kaedah Penyelidikan Dalam Pendidikan 2 SPP 4043 Pembangunan Guru 2 SPP 4052 Sosiologi dan Professionalisme 2 SPP 4082 Pengenalan Pendidikan Kekeluargaan 2 SPP 4502 Bimbingan dan Kaunseling 2 SPP 4072 Pengajian Kurikulum 2 SPP 4082 Pengenalan Pendidikan Kekeluargaan 2 SPP 4092 Masalah Pendidikan Semasa 2 SPP 4132 Penyelewengan Tingkahlaku 2 SPP 4142 Pendidikan dan Pembangunan 2 SPP 4152 Penerapan Nilai Murni Di Dalam Pendidikan 2 SPP 4162 Pengajaran Kemahiran Berfikir 2 SPP 4172 Perkembangan Sahsiah dan Remaja 2 SPP 4182 Pendidikan Perbandingan 2 SPP 4192 Pendidikan Pelajar Istimewa 2 UPP 1002 Pengenalan Pengajaran sebagai Kerjaya 2

(Sumber: Buku Panduan Akademik Fakulti Pendidikan Siri Kemasukkan 2007/2008)

Elemen inovasi diaplikasikan oleh majoriti pensyarah yang mengajar kursus

ikhtisas pendidikan di Fakulti Pendidikan. Ini sejajar dengan slogan UTM “Menjana

Minda Kreatif dan Inovatif” yang diperkenalkan pada tahun 2009. Penerapan elemen

inovasi ini dinyatakan dengan jelas dalam panduan aktiviti dan kaedah pengajaran dan

pembelajaran kursus-kursus tersebut (Rujuk Jadual 1.2).

Page 25: PENERAPAN ELEMEN INOVASI DALAM PENGAJARAN · PDF fileJasa Dan Pengorbanan Mu Tidak Mampu Ku Balas Hingga Akhir Hayat . ... Jadual 3.1 Bilangan Pelajar Tahun 4 Fakulti Pendidikan Mengikut

Jadual 1.2: Panduan aktiviti dan kaedah pengajaran dan pembelajaran kursus-kursus Ikhtisas Pendidikan oleh Jabatan Asas Pendidikan.

Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran Kaedah Pengajaran 1. Pembelajaran di dalam kelas

a) Pengajaran berpusatkan pensyarah i. Syarahan

ii. Praktikal / tutorial iii. Pembelajaran berpusatkan aktiviti

pelajar (perbincangan) 2. Aktiviti pembelajaran sendiri

a) Manual, modul, tugasan, laman web dan lain-lain.

b) Belajar sendiri / ulangkaji / projek c) Persediaan untuk penilaian

3. Penilaian formal a) Penilaian berterusan

4. Peperiksaan akhir

Berdasarkan power point presentation, bahan pembelajaran, aktiviti pembelajaran berkumpulan (perbincangan, latihan menyelesaikan masalah, tugasan berkumpulan dan klip video)

Sumber: Ketua Jabatan Asas Pendidikan, Fakulti Pendidikan, UTM (Sesi I 2010/2011).

Berdasarkan panduan aktiviti dan kaedah pengajaran dan pembelajaran pada

Jadual 1.2, pengajaran dan pembelajaran yang berlangsung diterapkan dengan elemen

inovasi. Ini dibuktikan dengan aktiviti pembelajaran yang dilakukan dimana ia tidak

hanya berpusatkan pensyarah tetapi melibatkan pelajar. Inovasi yang dilakukan dalam

pengajaran ini ialah syarahan, praktikal, tutorial, perbincangan pelajar dan projek. Bagi

menambahkan pengetahuan pelajar mengenai isi pembelajaran kursus tersebut, pelajar

diminta membuat aktiviti pembelajaran sendiri menggunakan modul, tugasan dan juga

melayari laman web untuk maklumat tambahan.

Bagi inovasi kaedah pengajaran pula pensyarah menggunakan power point

presentation, perbincangan, latihan menyelesaikan masalah selain menggunakan video

yang berkaitan dengan isi pengajaran. Selain daripada itu, tugasan yang diberikan

memerlukan pelajar bekerjasama dengan pihak luar untuk mendapatkan maklumat

merupakan inovasi menjalinkan hubungan baru dengan pihak luar dan peringkat

institusi. Dari segi inovasi perkembangan berterusan pula, pensyarah menerapkan ia di

dalam soalan peperiksaan akhir dan penilaian berterusan.

Page 26: PENERAPAN ELEMEN INOVASI DALAM PENGAJARAN · PDF fileJasa Dan Pengorbanan Mu Tidak Mampu Ku Balas Hingga Akhir Hayat . ... Jadual 3.1 Bilangan Pelajar Tahun 4 Fakulti Pendidikan Mengikut

1.3 Pernyataan Masalah

Pensyarah-pensyarah Jabatan Asas Pendidikan, Fakulti Pendidikan UTM,

bertanggungjawab memastikan bakal-bakal guru ini memahami dan mengaplikasi

kurikulum ikhtisas pendidikan yang telah diterapkan dengan elemen inovasi dan

kreativiti. Namun begitu, bagaimanakah elemen inovasi telah diaplikasikan dalam

pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan di Fakulti Pendidikan bagi kursus-kursus

ikhtisas pendidikan? Oleh itu kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti penerapan

elemen inovasi dalam pengajaran dan pembelajaran kursus ikhtisas pendidikan di

Fakulti Pendidikan, UTM dari perspektif pelajar tahun 4 dari semua program pendidikan

di Fakulti Pendidikan, UTM yang telah mengambil semua kursus ikhtisas pendidikan

yang ditawarkan oleh Jabatan Asas Pendidikan. Pembolehubah yang hendak dikaji

dalam kajian ini ialah elemen inovasi dari isi kandungan pengajaran dan pembelajaran,

kaedah pengajaran, menjalinkan hubungan kerjasama baru dengan pihak luar,

menjalinkan usahasama di peringkat institusi, dan menangani pembangunan berterusan

yang diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran kursus-kursus ikhtisas

pendidikan tersebut.

1.4 Objektif Kajian

Objektif kajian ini dikonstruk daripada kajian yang dijalankan oleh Danish Institute

(2008):

1. Aplikasi elemen inovasi dalam isi pelajaran kursus ikhtisas pendidikan oleh

pensyarah.

2. Aplikasi elemen inovasi dalam kaedah pengajaran isi pelajaran kursus ikhtisas

pendidikan oleh pensyarah.

Page 27: PENERAPAN ELEMEN INOVASI DALAM PENGAJARAN · PDF fileJasa Dan Pengorbanan Mu Tidak Mampu Ku Balas Hingga Akhir Hayat . ... Jadual 3.1 Bilangan Pelajar Tahun 4 Fakulti Pendidikan Mengikut

3. Aplikasi elemen inovasi dalam menjalin hubungan baru dan rangkaian kursus

ikhtisas pendidikan oleh pensyarah.

4. Aplikasi elemen inovasi dalam peringkat institusi kursus ikhtisas pendidikan oleh

pensyarah dalam pengajaran dan pembelajaran.

5. Aplikasi elemen inovasi dalam menangani perkembangan berterusan kursus

ikhtisas pendidikan oleh pensyarah dalam pengajaran dan pembelajaran.

1.5 Persoalan Kajian

1. Apakah pensyarah mengaplikasi elemen inovasi dalam isi pelajaran kursus

ikhtisas pendidikan?

2. Apakah pensyarah mengaplikasi elemen inovasi dalam kaedah pengajaran isi

pelajaran kursus ikhtisas pendidikan?

3. Apakah pensyarah mengaplikasi elemen inovasi dalam menjalin hubungan baru

dan rangkaian kursus ikhtisas pendidikan?

4. Apakah pensyarah mengaplikasi elemen inovasi dalam peringkat institusi kursus

ikhtisas pendidikan?

5. Apakah pensyarah mengaplikasi elemen inovasi dalam menangani

perkembangan berterusan kursus ikhtisas pendidikan?