unit 2 (beberapa pendekatan mengajar awal membaca).pdf

11
KRB 3013 : Prinsip Pengajaran Bacaan 1 UNIT 2 BEBERAPA PENDEKATAN MENGAJAR AWAL MEMBACA BAHASA MALAYSIA HASIL PEMBELAJARAN Di akhir unit ini anda akan dapat : 1. Tujuan Membaca 2. Peringkat Mendirikan Asas Bacaan 3. Kaedah Membaca di Peringkat Awal Membaca a) Kaedah Bunyi b) Kaedah Huruf c) Kaedah Pandang dan sebut d) Seluruh Perkataan e) Kaedah Cerakin f) Kaedah Binaan PENGENALAN Mengikut fahaman dahulu membaca ialah semata-mata memindahkan tulisan kepada suara. Seseorang murid yang boleh menyuarakan tulisan dengan lancar adalah dianggap pandai membaca walaupun isi bacaan itu tidak difahaminya. Oleh itu pelajaran membaca sentiasa dijalankan dengan cara membaca kuat dan perhatian ditumpukan semata-mata kepada suara, kelancaran dan sebutan murid itu. Soal memahami isi bacaan tidak dihiraukan sangat kerana murid itu membaca bahasanya sendiri dan daripada itu difikirkan tentulah ia mengerti apa yang dituturkannya. Mengikut fahaman sekarang membaca itu bukanlah memindahkan tulisan kepada suara sahaja bahkan ia perlu melibatkan perbuatan menangkap makna dan memahami apa yang dibaca. Seseorang murid yang boleh memindahkan tulisan kepada suara walau bagaimana lancar sekalipun, tetapi gagal untuk memahamkan bahan-bahan dibaca maka murid itu tidaklah boleh dihitung pandai membaca. Memahami isi bacaan adalah tujuan yang berjalan serentak dengan kelancaran membaca.

Upload: lehskss

Post on 01-Jan-2016

116 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

krb 3013 prinsip pengajaran bacaan

TRANSCRIPT

Page 1: UNIT 2 (BEBERAPA PENDEKATAN MENGAJAR AWAL MEMBACA).pdf

KRB 3013 : Prinsip Pengajaran Bacaan 1

UNIT 2

BEBERAPA PENDEKATAN MENGAJAR AWAL

MEMBACA BAHASA MALAYSIA

HASIL PEMBELAJARAN Di akhir unit ini anda akan dapat : 1. Tujuan Membaca 2. Peringkat Mendirikan Asas Bacaan 3. Kaedah Membaca di Peringkat Awal Membaca

a) Kaedah Bunyi b) Kaedah Huruf c) Kaedah Pandang dan sebut d) Seluruh Perkataan e) Kaedah Cerakin f) Kaedah Binaan

PENGENALAN Mengikut fahaman dahulu membaca ialah semata-mata memindahkan tulisan kepada suara. Seseorang murid yang boleh menyuarakan tulisan dengan lancar adalah dianggap pandai membaca walaupun isi bacaan itu tidak difahaminya. Oleh itu pelajaran membaca sentiasa dijalankan dengan cara membaca kuat dan perhatian ditumpukan semata-mata kepada suara, kelancaran dan sebutan murid itu. Soal memahami isi bacaan tidak dihiraukan sangat kerana murid itu membaca bahasanya sendiri dan daripada itu difikirkan tentulah ia mengerti apa yang dituturkannya.

Mengikut fahaman sekarang membaca itu bukanlah memindahkan tulisan kepada suara sahaja bahkan ia perlu melibatkan perbuatan menangkap makna dan memahami apa yang dibaca. Seseorang murid yang boleh memindahkan tulisan kepada suara walau bagaimana lancar sekalipun, tetapi gagal untuk memahamkan bahan-bahan dibaca maka murid itu tidaklah boleh dihitung pandai membaca. Memahami isi bacaan adalah tujuan yang berjalan serentak dengan kelancaran membaca.

Page 2: UNIT 2 (BEBERAPA PENDEKATAN MENGAJAR AWAL MEMBACA).pdf

KRB 3013 : Prinsip Pengajaran Bacaan 2

ISI KANDUNGAN

Tujuan Membaca

Membaca secara keseluruhannya diertikan sebagai menyuarakan tulisan, mengambil isi dan fikiran yang tertulis, dan memahamkan kandungannya. Mengajar membaca bererti mengajar murid-murid memindahkan tulisan kepada suara serta melatih mereka memahami apa yang terkandung dalam bacaan itu. Membaca mempunyai dua tujuan: a) Tujuan serta-merta b) Tujuan lanjut

a) Tujuan Serta-merta Tujuan serta-merta mempunyai tujuan muktamad iaitu untuk membolehkan murid-murid membaca dan memahami. 'Boleh membaca' bermaksud boleh membaca dengan cepat, tidak teragak-agak, boleh membaca dengan serta-merta dan tidak payah mengambil masa yang amat panjang. 'Boleh membaca' juga bererti murid-murid boleh membaca bersendirian tanpa bergantung kepada pertolongan dan bantuan guru. Ini bermakna prestasinya baik, kemas dan kukuh.

'Boleh memahami' pula bererti boleh menangkap dengan pantas makna atau maksud yang dibaca. Dalam hal ini, murid-murid boleh memberi fikirannya sendiri, boleh menggunakan perkataannya sendiri untuk menyatakan apa yang dibacanya. Dan sekiranya pimpinan gurunya baik, murid-murid akan boleh pula menilai dan menimbang hasil bacaannya sendiri. Tujuan serta-merta juga mempunyai beberapa objektif. Antaranya:

a) Untuk membolehkan kanak-kanak membaca dengan rentak irama dan intonasi yang betul.

b) Untuk membolehkan kanak-kanak membaca tanpa gangguan. c) Untuk mewujudkan sikap suka dan mahu mencari pengertian daripada

apa yang dibaca. d) Untuk menimbulkan minat mahu membaca dan mengisi masa lapang

dengan sempurna e) Untuk menambah pengetahuan

Page 3: UNIT 2 (BEBERAPA PENDEKATAN MENGAJAR AWAL MEMBACA).pdf

KRB 3013 : Prinsip Pengajaran Bacaan 3

b) Tujuan Lanjut Setelah tujuan serta-merta dapat disempurnakan dengan baik, murid yang meninggalkan bangku sekolah akan mempunyai satu alat yang membolehkan mereka mengutip pelbagai khazanah ilmu dan mendapatkan pelbagai fikiran daripada, buku-buku untuk dijadikan panduan hidup mereka. Dengan kebolehannya membaca itu mereka akan dapat membetulkan fahaman-fahamannya yang salah, membandingkan fikiran dan pengalaman orang lain untuk menyelesaikan masalah-masalah hidupnya sendiri, Mereka dijangka boleh berfikir dan melahirkan fikirannya dengan cara yang teratur. Apabila mereka boleh membaca maka dapatlah mereka menambah satu lagi alat perhubungannya dengan membolehkan mereka merapatkan diri mereka dengan orang lain yang ada di sekeliling mereka. Secara yang lebih tegas, tujuan lanjut bermatlamatkan:

a) Sebagai alat untuk menambah pengetahuan dan pengalaman setelah keluar dari sekolah. Kegiatan membaca secara meluas merupakan satu cara untuk mereka terus menyambung pelajaran mereka setelah mereka meninggalkan bangku sekolah.

b) Untuk mendapatkan bahan fikiran bagi dijadikan panduan hidup. Ini

dapat dilakukan dengan meneladani perkara-perkara yang baik yang dilakukan oleh orang lain.

c) Untuk meluaskan fahaman serta membetulkan idea-idea yang salah

untuk mencari kebenaran. Ini dapat dilakukan dengan menjadikan bahan-bahan yang dibaca sebagai perbandingan dengan fikiran dan pendapat orang lain.

d) Untuk menjadikannya latihan dan amalan bagi membentuk dan

melahirkan fikiran dengan baik dan teratur. e) Untuk merapatkan lagi diri dengan masyarakat dan memudahkan untuk

mengikuti perkembangan alam dan manusia.

Peringkat Mendirikan Asas Membaca

Sikap suka belajar patut ada pada murid-murid yang baharu datang ke sekolah tetapi hidup matinya sikap itu adalah bergantung kepada pengajaran guru. Sikap ini bukanlah dipelihara semasa murid-murid baharu belajar membaca tetapi sebenarnya berjalan sepanjang masa, sama dengan peringkat-peringkat yang lain juga. Bahan-bahan pelajaran yang baik dan disusun dengan cermat, teknik mengajar yang baik, kaedah yang menarik adalah di antara rahsia bagi membangunkan sikap ini. Oleh itu, tersangatlah mustahak guru-guru berhati-hati

Page 4: UNIT 2 (BEBERAPA PENDEKATAN MENGAJAR AWAL MEMBACA).pdf

KRB 3013 : Prinsip Pengajaran Bacaan 4

memilih bahan-bahan pelajarannya, buku-buku bacaannya, kaedah mengajarnya dan lain-lain supaya terbina dan terpelihara sikap 'sentiasa gemar membaca' itu.

Apabila guru-guru menerima murid-murid baharu tahun satu, biasanya guru itu mengajar terus dengan rasminya akan pelajaran membaca dan menulis kerana telah direncanakan dalam jadual waktu. Guru-guru tidak menyiasat terlebih dahulu adakah murid-murid mereka berkeadaan 'siap sedia' untuk menerima pelajaran yang akan disampaikan. Keadaan akan menjadi bertambah buruk lagi apabila latar belakang murid-murid itu mendukacitakan kerana datang daripada keluarga miskin dan daif. Permasalahan semakin terserlah apabila pengalaman mereka berhubung dengan buku-buku, gambar-gambar dan huruf-huruf tulisan sangat kurang. Oleh sebab itu, kenalah guru-guru menyiasat terlebih dahulu akan sifat kesediaan murid-murid mereka sebelum memulakan pengajarannya. Pada peringkat menyediakan murid ini, guru terpaksalah memberikan perhatian kepada dua perkara yang dikira penting:

a) Perasaan murid-murid b) Bahasa murid-murid

Murid-murid yang baharu masuk sekolah akan mengalami perubahan alam sekeliling. Mereka mulai berasa bimbang kerana terpisah daripada ibu bapa atau penjaganya dan tinggal di tempat dan kawasan lain yang asing bagi mereka. Ketika itu mereka bercampur gaul dengan rakan-rakan yang belum mereka kenal. Jadi guru mestilah bertimbang rasa dan memahami kesulitan dan perasaan mereka. Guru sepatutnya cuba sedaya upaya untuk menawan hati murid-murid itu sehingga tertanam satu perasaan kasih dan menaruh kepercayaan kepada kata-katanya. Beliau harus dapat menghilangkan rasa takut dan membangkitkan perasaan suka berkawan dan gemar belajar bersama-sama. Hati mereka seharusnya dapat dihiburkan dengan pelbagai nyanyian, pantun kanak-kanak, cerita jenaka dan binatang, lakonan, senaman dan pelbagai lagi kegiatan yang menyeronokkan.

Kesukaran setengah-setengah guru mengajar membaca adalah kerana mereka itu kurang menyiasat tentang kebolehan dan keberanian murid-murid bertutur dan berbahasa, menyatakan perasaan dan fikiran masing-masing dalam bahasa kandungnya. Soal bahasa ini penting kerana bacaan ialah menyuarakan lambang-lambang bahasa itu. Sekiranya bahasa murid-murid itu belum sempurna, pertuturannya belum kemas, dan sebutan serta fahamannya belum matang, akibatnya kelak menyusahkannya membaca dan menulis. Oleh itu guru sepatutnya terlebih dahulu menyiasat bahasa murid-murid itu khususnya yang berkaitan dengan bahasa yang akan digunakan dalam pelajaran bacaan. Sekiranya perbendaharaan kata yang dikehendaki itu belum ada, patutlah diajarkan melalui pelajaran lisan, cerita, dan sebagainya.

Asas bererti satu permulaan atau tapak bagi satu-satu binaan, Dalam soal mendirikan asas bacaan rumi bahasa Malaysia perkara-perkara seperti pemilihan ayat, rangkai kata, perkataan, huruf-huruf dan suku kata berkehendakkan kajian

Page 5: UNIT 2 (BEBERAPA PENDEKATAN MENGAJAR AWAL MEMBACA).pdf

KRB 3013 : Prinsip Pengajaran Bacaan 5

yang mendalam dan teliti daripada pihak guru supaya pelajaran yang disampaikan itu tidak membosankan murid-murid. Hal-hal di atas ini berhubung rapat dengan alatan mengajar dan buku-buku bacaan yang sesuai. Selain daripada papan tulis dan kapur putih, guru juga mestilah menyediakan kapur berwarna, papan magnet, kad-kad imbasan yang telah sedia bertulis, kad-kad perkataan, suku kata dan ayat serta gambar-gambar berwarna untuk menarik hati dan minat mereka.

Soalan-soalan

1. Apakah tujuan kita membaca? 2. Ada berapa peringkat dalam proses membaca? 3. Mengapa kita menjaga perasaan murid sebelum mereka belajar membaca?

Kaedah Mengajar Bacaan Dalam pengajaran bacaan terdapat pelbagai kaedah yang boleh digunakan oleh guru. Berikut ini diperlihatkan kaedah-kaedah tersebut:

a) Kaedah Mengeja Kaedah ini menekankan perbuatan mengeja perkataan. Ia dimulakan dengan suku kata yang mudah-mudah yang melibatkan suku kata terbuka dan suku kata tertutup. Suku-suku kata ini kemudiannya digabungkan menjadi perkataan.Apabila murid-murid telah boleh membatang suku kata, mereka kemudiannya diminta mengeja terus sesuatu perkataan itu. Misalnya:

a) Mengeja dan membatang suku kata seperti b, a, = ba; t u = tu.

b) Kemudian suku-suku kata ini digabungkan menjadi perkataan, misalnya

ba, tu, = batu.

c) Mengeja terus sesuatu perkataan seperti b, a, t, u = batu. Kaedah ini mempunyai beberapa kelebihannya. Antaranya ialah melalui kaedah ini murid-murid mahir mengeja. Ini kerana mereka dari mula-mula lagi dilatih mengeja setiap perkataan yang dibacanya. Kaedah ini kelegaan kepada guru-guru kerana kerja-kerja mereka menjadi lebih mudah. Kaedah ini tidak memerlukan guru-guru membuat banyak persediaan. Kaedah ini tidak berkehendakkan peralatan mengajar yang banyak. Di sebalik kelebihannya, kaedah ini mempunyai beberapa kelemahannya yang tersendiri. Antaranya ialah, murid-murid tidak lancar membaca. Ia menjadikan murid-murid pada setiap masa sibuk mengeja kerana tumpuan mereka adalah

Page 6: UNIT 2 (BEBERAPA PENDEKATAN MENGAJAR AWAL MEMBACA).pdf

KRB 3013 : Prinsip Pengajaran Bacaan 6

kepada huruf semata-mata. Selain itu kaedah ini boleh menjadikan pengajaran guru begitu layu. Murid-murid tidak faham apa yang dibacanya. Oleh sebab kaedah ini terlalu mementingkan ejaan dan sebutan, maka kefahaman tidak langsung dihiraukan. Kadang kala oleh sebab terlalu mementingkan ejaan, kaedah ini membuatkan murid-murid membaca berlagu seperti menghafaz. Kaedah ini tidak mempedulikan rangkai kata dan tempat-tempat berhenti. Tanda-tanda baca juga kurang diberi perhatian. Kaedah ini tidak membangkitkan perasaan gemar membaca kerana ia bertentangan dengan pendapat ilmu jiwa yang menekankan pencerakinan. Ini bermakna kanak-kanak perlu menguasai sesuatu itu secara keseluruhannya sebelum mereka dibawa melihat bahagian-bahagian yang lebih terperinci. Selain itu masalah yang lebih besar yang akan diketemui ialah kaedah ini mengelirukan kanak-kanak kerana nama-nama huruf tidak menepati bunyi huruf-huruf itu.

b) Kaedah Bunyi

Kaedah ini melibatkan kegiatan membunyikan suku kata terlebih dahulu dan kemudian suku-suku kata itu dicantum atau digabungkan dengan suku kata yang lain,

Misalnya ba ....tang, = batang, pi .... sang = pisang. ki .... lang = kilang dan sebagainya.

Perlu diingat bahawa sebelum murid-murid dapat menyebut suku-suku kata yang dibinanya, mereka harus perkenalkan dengan kegiatan membunyikan huruf-huruf dahulu, lepas itu menjadikannya suku kata dan akhirnya perkataan. Misalnya, b (beh), a (ah) = ba; t (teh), u (uh) = tu ; ba ....+ ... tu = batu d (deh), u (uh) = du, k (keh) u(uh) = ku; du ....+ ... ku = duku s (seh), u (uh) = su ; s (seh), u (uh) = su ; su ... + ... su = susu. Kaedah ini mempunyai beberapa kebaikan. Satu daripadanya ialah ia sesuai dengan susuk bahasa Melayu yang fonimik. Ini kerana Bahasa Melayu adalah terdiri daripada suku-suku kata yang hampir tetap bunyinya. Selain itu kaedah ini membolehkan kanak-kanak menyebut dan membaca perkataan-perkataan baru walau pun perkataan-perkataan itu di luar perbendaharaan kata mereka. Di samping kelebihannya, kaedah ini juga mempunyai kelemahannya yang tersendiri. Antara lain, jika dilaksanakan bacaan murid-murid tidak licin. Ini disebabkan perhatian murid-murid itu sangat tertumpu kepada suku-suku kata, dan

Page 7: UNIT 2 (BEBERAPA PENDEKATAN MENGAJAR AWAL MEMBACA).pdf

KRB 3013 : Prinsip Pengajaran Bacaan 7

kadang-kadang mengejanya satu lepas satu. Kaedah ini tidak menarik hati kerana suku-suku kata yang diajar itu tidak mempunyai makna yang nyata pada mereka.

c) Kaedah Huruf Kaedah ini adalah yang paling awal digunakan. Ia dianggap kaedah tertua yang pernah dijalankan dari semenjak kerajaan Greek dan Rom. Kaedah ini mementingkan kanak-kanak mengenal nama-nama huruf dan bunyi huruf-huruf itu. Kaedah ini dimulakan dengan mengenal nama-nama huruf terlebih dahulu. Umpamanya a, b, c, d hingga y dan z. Kemudian murid-murid diperkenalkan pula dengan huruf-huruf vokal dan konsonan. Dalam Bahasa Melayu abjad yang dibunyikan ialah vokal, vokal dan konsonan serta diftong. Umpamanya;

vokal = a, e, (e), i, o, u vokal dan konsonan = ba, be, bi, bo, bu diftong = ai, au, oi.

Kemudian bunyi-bunyi itu disambung supaya menjadi suku kata, misalnya ba + tu = batu, a + ku = aku dan sebagainya. Selepas itu suku-suku kata tadi dicantumkan menjadi perkataan dan daripada perkataan digabungkan pula menjadi rangkai kata dan dari rangkai kata menjadi ayat-ayat pendek. Selepas murid-murid dapat menguasai kemahiran ini mereka diajar pula membaca dengan menggunakan kaedah membaca bersuara. Kaedah ini mempunyai beberapa kelebihan. Antaranya ialah ia sesuai dengan susuk bahasa Malaysia kerana bahasa Malaysia terdiri daripada suku-suku kata yang hampir tetap bunyinya. Ia membolehkan kanak-kanak membaca perkataan-perkataan baharu, walaupun belum dipelajarinya kerana mereka dapat mengenal huruf-huruf dan membunyikan vokal dan konsonan dengan baik. Kaedah ini memberi asas dan binaan yang kukuh dalam kemahiran membaca. Murid-murid boleh mencapai kecekapan dan kemahiran membaca serta merangsang keyakinan kepada murid-murid. Sebagaimana kaedah-kaedah mengajar membaca yang telah disebut sebelum ini, kaedah huruf juga mempunyai kelemahannya yang tersendiri. Antaranya ialah murid-murid boleh membaca dengan lancar mengikut cara tradisional tetapi mereka kerap gagal memahami apa yang dibacanya. Mereka hanya mementingkan sebutan dan kelancaran membaca. Murid-murid terbawa-bawa tabiat membaca sambil mengeja. Ini menyebabkan mereka membaca merangkak-rangkak dan tidak faham apa yang dibaca. Kaedah ini dikatakan tidak sesuai dengan kehendak pendidikan dan psikologi murid-murid kerana pengajaran tidak dilakukan secara keseluruhan yang

Page 8: UNIT 2 (BEBERAPA PENDEKATAN MENGAJAR AWAL MEMBACA).pdf

KRB 3013 : Prinsip Pengajaran Bacaan 8

bermakna. Ia boleh membosankan murid-murid terutama apabila mereka diberi latihan dan latih tubi yang berlebihan.

Kaedah Pandang Sebut Kaedah ini mementingkan dua perkara, pertama membunyikan perkataan atau rangkai kata berdasarkan pengalaman melalui gambar dan yang keduanya membunyikan ayat melalui gambar yang ada cerita. Kaedah ini dimulakan dengan aktiviti mengecam dan mengenal perkataan dengan memandang keseluruhannya. Setelah dicam tanpa dibunyikan dan tidak juga dieja, murid-murid terus diminta menyebut perkataan itu. Pada peringkat permulaan, perkataan-perkataan yang disampaikan mengikut kaedah ini disertakan dengan gambar. Dalam hal mempelajari ayat-ayat pula, kanak-kanak diminta mengecam terus ayat-ayat yang pendek dan mudah dengan tidak mengeja satu-satu perkataan yang terkandung di dalamnya. Setelah mengecam, mereka diminta terus membaca. Pengulangan serta latih tubi perlu diperbanyakkan. Kaedah ini dikenali juga dengan nama kaedah perkataan, kaedah rangkai kata dan kaedah ayat. Kaedah ini sangat baik dan sesuai digunakan bagi mengajar bacaan jawi terutama bagi perkataan-perkataan yang tidak tetap sistem bunyinya untuk dieja. Kaedah ini mempunyai beberapa kelebihannya. Antaranya ialah ia sesuai dengan kehendak ilmu jiwa kanak-kanak kerana mereka mempelajari sesuatu cara keseluruhan. Ia dijangka dapat menarik minat murid-murid dan disukai. Ia sangat sesuai dengan resmi semula jadi kanak-kanak yang mempelajari sesuatu secara keseluruhan kepada bahagian-bahagiannya yang tertentu. Kaedah ini dari awal mementingkan makna. Dengan itu kanak-kanak dari mula lagi mendapat latihan memahami apa yang dibaca oleh mereka. Guru dapat melatih kanak-kanak membaca dengan sebutan dan rentak irama ataupun alunan suara yang betul dari mulanya. Di antaranya kelemahannya pula, kaedah ini mungkin menyebabkan bacaan kanak-kanak terhad kepada perkataan, rangkai kata dan ayat-ayat yang telah diajarkan sahaja. Kaedah ini tidak membolehkan kanak-kanak mengenal huruf secara formal serta lambat mengenal bunyi dan suku kata. Selain daripada lambat mencapai kemahiran dan kecekapan membaca, murid-murid juga tidak mempunyai asas yang kukuh yang membolehkan mereka membaca sendiri.

Page 9: UNIT 2 (BEBERAPA PENDEKATAN MENGAJAR AWAL MEMBACA).pdf

KRB 3013 : Prinsip Pengajaran Bacaan 9

Kaedah Membina Pendekatan Membina ialah satu cara yang berdasarkan prinsip sintesis atau membina Dengan lain perkataan ia menitikberatkan kegiatan menyusun bahagian-bahagian yang kecil menjadi satu benda yang lebih besar. Misalnya dalam mengajarkan ayat ; Nina ada baju merah:

- perkenalkan huruf - a, b, d, i, j, h, r, u, m, n, - perkenalkan suku kata v - ba, ni, na, ju, me, rah, da, - perkenalkan perkataan - baju, nuna, ada, merah - perkenalkan rangkai kata - baju merah, Nina ada - perkenalkan ayat - Nina ada baju merah

Pada keseluruhannya, cara ini menggunakan kaedah huruf, kaedah bunyi dan kaedah suku kata.

Kaedah Cerakinan Kaedah cerakinan ialah satu cara yang berlainan atau berlawanan prinsipnya dengan kaedah sintesis. Kaedah ini berdasarkan prinsip analisis atau dengan kata lain mencerai-ceraikan satu bahagian yang besar kepada bahagian-bahagian yang yang lebih kecil. Dalam sesuatu kajian, ia melihat sesuatu itu secara keseluruhan terlebih dahulu sebelum dipelajari perinciannya untuk dicari buktinya Misalnya dalam mengajarkan ayat atau sintaksis yang pendek-pendek, langkah yang dijalankan adalah seperti yang berikut:

- perkenalkan ayat - perkenalkan rangkai kata - perkenalkan perkataan - perkenalkan suku kata - perkenalkan huruf

Pada keseluruhannya, cara ini menggunakan kaedah perkataan, kaedah

rangkai kata, kaedah ayat yang kesemuanya digabungkan dalam kaedah pandang sebut. Pendidik dan pengajar-pengajar yang berpengalaman dengan kedua-dua cara tadi berpendapat bahawa cara-cara ini masih juga tidak membawa kepada hasil yang baik dan memuaskan. Maka dengan hal yang demikian, untuk mendapatkan kaedah yang lebih baik, kaedah-kaedah yang telah disebut sebelum ini digabungkan untuk dimanfaatkan ciri-ciri baik dalam kaedah-kaedah tersebut. Dengan itu wujudlah satu kaedah lain yang dipanggil kaedah bacaan eklektik. Kaedah ini dipercayai dapat meminimumkan kesulitan dan masalah mengajarkan bacaan di peringkat awal.

Page 10: UNIT 2 (BEBERAPA PENDEKATAN MENGAJAR AWAL MEMBACA).pdf

KRB 3013 : Prinsip Pengajaran Bacaan 10

Soalan-soalan Kefahaman

1. Apa yang anda maksudkan dengan kaedah membaca? 2. Adakah pendekatan mengajar membaca membawa maksud yang sama?

Mengapa? 3. Ada berapa kaedah dan pendekatan dalam pengajaran membaca. Bolehkan

anda jelaskan setiap satu daripadanya secara analitis?

RUMUSAN

Dalam bab ini, tujuan membaca telah dibincangkan secara terperinci. Turut di bincangkan adalah peringkat yang terlibat dalam mendirikan asas bacaan di samping beberapa kaedah membaca bagi peringkat awal seperti Kaedah bunyi, kaedah huruf dan kaedah perkataan.

RUJUKAN Abd. Ghafar Md. Din (1993).Meningkatkan Keberkesanan Dalam Penulisan Pembacaan, dan Pemahaman. Jurnal Dewan Bahasa dan Pustaka. Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka. Brown, A.L. (1980). Metacognitive Development and Reading dalam Theoritical Issues In Reading Comprehension Perspectives From Cognitive Psychology Linguistics, Artifical, Intelligence And Education. Spiro R.J (ed.) Hillsdale. Lawrence Erlbaum Associates. Dale D. Johnson dan P. David Pearson (1978). Teaching Reading and Reading Vocabulary. New York. Holt, Rinehart dan Winston. Dorothy Grant Henning (1993).Reading With Meaning. New Jersey. Prentice Hall. Dorothy Rubin (1993).A Practical Approach to Teaching Reading. Boston. Allyn and Bacon. Frank B. May (1990). Reading as Communication. Ohio. Merrill Publication Company. Frank Smith (1971). Understanding Reading. New York. Holt, Rinehart dan Winston. H. Alan Robinson (1978). Teaching Reading And Study Strategies. The Content Area. Boston. Allyn and Bacon.

Page 11: UNIT 2 (BEBERAPA PENDEKATAN MENGAJAR AWAL MEMBACA).pdf

KRB 3013 : Prinsip Pengajaran Bacaan 11

Irwin L. Joffe. (1980). Opportunity For Skinful Reading. Sixty Edition. California. Wadsworth Publishing Company. Kathleen T. McWhorter (1984). Academic Reading. Harper Collins College Publishers. New York. Marohaini Yusof (1989). Strategi Pengajaran Bacaan dan Kefahaman. Kuala Lumpur. Karya Bistari. McNeil, J.D. (1992). Reading Comprehension. New Directions For Classroom Practice. New York. Harper Collins Publishers. Safiah Osman (1990). Peningkatan Kemahiran Membaca dalam Safiah Karim (ed.) Membaca : Satu Pengenalan. Kuala Lumpur. Berita Publishing Sdn. Bhd. Sharon J. Crawley & Lee H. Mountain (1988). Strategies For Guiding Content Reading. Boston. Allyn & Bacon, Inc.