kaedah mengajar
DESCRIPTION
kaedah pengajaran makmal dan tunjuk caraTRANSCRIPT
BAB 6 : KAEDAH PENGAJARAN
•PENGAJARAN TEKNIK DAN VOKASIONAL
•PENGAJARAN BERKOMPUTER
•STRATEGI PENGAJARAN
•KESIMPULAN
• Pendidikan akademik -pendidikan bersifat generik dan liberal
• Pendidikan Vokasional - program pendidikan atau latihan yang berasaskan kemahiran teknikal untuk melahirkan tenaga mahir dan separa mahir.
• Dikenali juga sebagai pembelajaran kolaboratif• Matlamat-supaya kurikulum sekolah lebih
responsif terhadap keperluan guna tenaga manusia dalam pasaran buruh terutama tenaga mahir dan separa mahir.
PENGAJARAN TEKNIK DAN VOKASIONAL
TEKNIK KOLABORATIF
satu teknik yang digunakan dalam proses pembelajaran di dalam kelas amnya
Secara khususnya teknik kolaboratif lebih menjurus kepada pendekatan pelajar bersikap aktif dalam kelas
Terdapat tiga interaksi yang berlaku dalam teknik kolaboratif iaitu:
1. Interaksi pelajar dengan bahan pengajaran
2. Interaksi pelajar dengan pelajar3. Interaksi pelajar dengan tenaga
pengajar
TEKNIK KOLABORATIF
1. Interaksi pelajar dengan bahan pengajaran memudahkan pelajar mengenalpasti subjek
yang dipelajari. meliputi komponen-komponen lihat, dengar,
sentuh, rasa, dan bau Sebagai contoh pembelajaran berkaitan jahitan
pakaian.Kain yang ingin dijahit di bawa ke dalam kelas sekaligus mampu memberikan interaksi antara pelajar dengan bahan
TEKNIK KOLABORATIF
2. Interaksi pelajar dengan pelajar pendekatan kaedah pengajaran secara
perbincangan sebagai contoh boleh digunakan.
bertujuan memberi peluang kepada pelajar-pelajar berbincang mengenai persoalan yang ditimbulkan hasil interaksi pelajar dengan bahan pengajaran yang dicetuskan sebelumnya.
TEKNIK KOLABORATIF
3. Interaksi pelajar dengan tenaga pengajar
• Perbincangan dan perkongsian ilmu pengetahuan di antara pelajar dan pengajar
• Perkongsian autoriti di antara pelajar dan pengajar.
• Guru berperanan sebagai fasilitator.
KELEBIHAN PENGAJARAN TEKNIK DAN VOKASIONAL.
Bahan dapat dirancang mengikut keperluan dan minat pelajar.
Sifat sosial yang baik dapat dipupuk melalui kerjasama antara ahli dalam kumpulan.
Sifat kepimpinan pelajar dapat dipupuk Guru dapat merancang pelbagai aktiviti
pengajaran berkumpulan. Membolehkan pelajar menjalankan pelbagai
aktiviti pembelajaran melalui simulasi, permainan, perbincangan, kerja projek dan pertandingan.
KELEMAHAN PENGAJARAN TEKNIKAL DAN VOKASIONAL
Tidak mudah bagi guru menguruskan aktiviti kumpulan dengan baik.
Memerlukan banyak masa dan tenaga untuk merancang dan menyediakan bahan pelajaran.
Masalah disiplin kerap berlaku sekiranya guru kurang cekap mengawal pelajar.
Menimbulkan perasaan kurang sihat dikalangan pelajar apabila diletakkan dalam kumpulan tertentu.
MODEL PENGAJARAN KOLABORATIF - Freudenstein (1991)
Rajah : Model Pengajaran Kolaboratif
Perbincangan dengan rakan yang jauh,penggunaan data sebagai sumber maklumat,memproses maklumat.
bahan pembelajaran dan kemahiran dalam unit kecil supaya mudah dipelajari dan difahami.
Di bawah konteks pendidikan, penggunaan komputer boleh dibahagikan kepada beberapa bidang seperti :
1. Komputer membantu pendidikan (computer aided education CAE)
2. Komputer membantu pengajaran (computer assisted instruction, CAI)
3. Komputer mengurus pengajaran (computer manage instruction, CMI)
4. Komputer membantu pengujian (computer assisted testing, CAT)
PENGAJARAN BERKOMPUETR
JENIS-JENIS KAEDAH PENGAJARAN MENGGUNAKAN KOMPUTER
Terdapat 2 jenis kaedah pengajaran bantuan komputer yang diguna pakai iaitu:
1. kaedah linear2. kaedah bercabang.
KAEDAH LINEAR• Corak laluan pembelajaran telah ditentukan
lebih awal. • Pelajar harus mengikuti program dari awal
hingga tamat• Tidak berpeluang bergerak bebas dari satu
modul ke modul yang lain• Modul murah dan mudah dibangunkan• sesuai untuk matapelajaran yang melibatkan
faktor masa dan yang memerlukan pelajar mengetahui pengetahuan asas sebelum pergi ke bahagian yang lebih sukar.
KAEDAH LINEAR
MODUL A
MODUL A
MODUL A
Rajah: Modul Kaedah Linear
KAEDAH BERCABANG
Pelajar boleh bertindakbalas atau memilih jawapan dari pilihan yang disediakan.
Komputer akan memantau pelajar tersebut ke salah satu cabang subrutin yang disediakan mengikut tindakbalas atau jawapan yang diberi..
lebih menarik minat pelajar kerana ia dapat mengawal proses pembelajaran atau arah mana yang hendak diikuti.
Kaedah bercabang sangat sesuai digunakan untuk modul yang tidak atau kurang bersandar antara satu sama lain.
KAEDAH BERCABANG
Modul A
Modul B
Modul B3Modul B1
Modul A13Modul A12Modul A11
Modul A1
Modul B2 Modul C1 Modul C2
Modul C
Rajah 2: Kaedah BercabangRajah: Kaedah Bercabang
Ia dapat memberi maklumbalas yang cepat,
Membantu menyelesaikan masalah guru dalam pengajaran,
memberikan peluang kepada pelajar menunjukkan kreativiti tersendiri
memberi peluang dan kebebasan kepada pelajar untuk menggunakan kepakaran mereka sendiri.
KEBAIKAN PENGAJARAN BERBANTUKAN KOMPUTER
Pelajar akan selalu bergantung sepenuhnya kepada komputer
Kos yang tinggi. Adaguru yang masih kurang mahir dan
berpengalaman dalam menggunakan komputer
Ada sesetengah subjek yang tidak boleh diajar melalui aplikasi komputer, contohnya penyelesaian masalah dalam Matematik.
Pelajar tidak pandai menggunakan komputer
KELEMAHAN PENGAJARAN BERBANTUKAN KOMPUTER
STRATEGI PENGAJARAN
Strategi pengajaran merujuk kepada cara-cara seorang guru melaksanakan pengajarannya secara sistematik.
Pendekatan adalah teori-teori pembelajaran yang akan diaplikasikan semasa menyampaikan kandungan subjek.
Kaedah adalah tindakan sistematik guru-guru untuk mencapai objektif pembelajaran dalam jangkamasa yang singkat. Ia termasuk prosedur berdasarkan pendekatan.
Teknik adalah pengurusan kaedah untuk mengoptimumkan pembelajaran,contohnya,latihan dalam bilik darjah berkaitan dengan sesuatu kandungan subjek.
STRATEGI PENGAJARAN
Aspek-aspek yang harus dipertimbangkan semasa menentukan strategi pengajaran:
1. Objektif Pengajaran2. Proses Pengajaran3. Kandungan pelajaran4. Penyediaan Bahan Bantu
Mengajar(ABBM)5. Gaya Pengajaran Peribadi6. Suasana Dalam Bilik darjah7. Keupayaan Murid-murid
STRATEGI PENGAJARAN BERPUSATKAN GURU
guru memainkan peranan yang penting Komunikasi dan interaksi di antara guru dan
murid adalah sehala. Ciri kepimpinan guru bersifat autokratik. mengutamakan pencapaian objektif
pengajaran guru. Penyebaran ilmu lebih diutamakan daripada
penyuburan nilai murni dan perkembangan emosi murid-murid..
bersambung………
STRATEGI PENGAJARAN BERPUSATKAN GURU
Mementingkan pencapaian murid berdasarkan keputusan ujian dan peperiksaan.
Teknik mengajar guru ditumpukan kepada penyampaian fakta-fakta secara menghafal.
Interaksi di antara murid adalah pasif Strategi ini menekankan organisasi bilik darjah
secara menyeluruh. Guru-guru tidak mengambil kira perbezaan individu di antara murid-murid.
murid-murid menjadi kurang kreatif dan tidak berinisiatif.
STRATEGI PENGAJARAN BERPUSATKAN PELAJAR
Pelajar memainkan peranan penting Tumpuan utama pendekatan ini adalah
pencapaian objektif pembelajaran pelajar. Pelajar lebih aktif dan terlibat dalam aktiviti
dalam kelas. Komunikasi dua hala turut berlaku.
bersambung………
STRATEGI PENGAJARAN BERPUSATKAN PELAJAR
Pendekatan pengajaran jenis ini pelajar tidak lagi bergantung pada bahan-bahan atau sumber maklumat daripada guru semata-mata.
Suasana kepimpinan adalah bersifat demokratik
Perkembangan pelajar adalah menyeluruh dan seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek..
Selain itu, ujian formatif juga ditekankan. Ujian ini menggunakan hasil ujian untuk mengatasi kelemahan pelajar.
KESIMPULAN
Terdapat pelbagai kaedah yang boleh diaplikasikan dalam proses pengajaran. Pengajar perlu mengenalpasti kaedah yang sesuai digunakan untuk memastikan keberkesanan kaedah pengajaran bagi mencapai objektif. Untuk mencapai kaedah pengajaran yang berkesan, pendekatan dan teknik pengajaran perlu diaplikasikan bersama kaedah pengajaran. Oleh itu, kesimpulannya kaedah yang baik akan menggunakan masa, tenaga serta kos yang paling sedikit tetapi menghasilkan kesan pengajaran pembelajaran yang paling maksimum.