web viewaplikasi pendekatan pembelajaran bahasaberpusatkan murid, berdasarkan bahan, pembelajaran...

25
BMM3117 Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah Tajuk 4 Teori Pemerolehan Bahasa Behavioris Kognitif Mentalis Interaksionalis Sinopsis Tajuk ini mengemukakan empat teori yang membantu guru mengetahui cara kanak-kanak mempelajari bahasa. Tajuk ini penting bagi membantu anda memilih kaedah pengajaran yang selaras dengan teori pemerolehan bahasa. Empat Teori Pemerolehan Bahasa yang dibincangkan dalam tajuk ini ialah: Teori Behavioris Teori Kognitif Teori Mentalis Teori Interaksionalis Teori Behavioris yang dipelopori oleh Bloomfield menyatakan bahawa proses pembelajaran bahasa memerlukan penekanan pada latihan dan pengulangan yang banyak untuk membentuk kebiasaan. Manakala Teori Kognitif dikatakan bersifat mentalis kerana teori ini cuba menghubungkan realiti mental dengan lakuan bahasa yang sebenarnya. Teori Mentalis pula merujuk pada pemerolehan bahasa yang mementingkan proses pemikiran. Teori Interaksionalis melihat aktiviti komunikasi 1

Upload: lenga

Post on 30-Jan-2018

256 views

Category:

Documents


6 download

TRANSCRIPT

Page 1: Web viewAplikasi Pendekatan Pembelajaran BahasaBerpusatkan Murid, Berdasarkan Bahan, Pembelajaran Berasaskan Projek, Masalah, ... Mengutamakan kemahiran membaca dan

BMM3117 Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah

Tajuk 4 Teori Pemerolehan Bahasa Behavioris Kognitif Mentalis Interaksionalis

Sinopsis

Tajuk ini mengemukakan empat teori yang membantu guru mengetahui cara kanak-kanak

mempelajari bahasa. Tajuk ini penting bagi membantu anda memilih kaedah pengajaran yang

selaras dengan teori pemerolehan bahasa.

Empat Teori Pemerolehan Bahasa yang dibincangkan dalam tajuk ini ialah:

Teori Behavioris

Teori Kognitif

Teori Mentalis

Teori Interaksionalis

Teori Behavioris yang dipelopori oleh Bloomfield menyatakan bahawa proses pembelajaran

bahasa memerlukan penekanan pada latihan dan pengulangan yang banyak untuk

membentuk kebiasaan. Manakala Teori Kognitif dikatakan bersifat mentalis kerana teori ini

cuba menghubungkan realiti mental dengan lakuan bahasa yang sebenarnya. Teori Mentalis

pula merujuk pada pemerolehan bahasa yang mementingkan proses pemikiran. Teori

Interaksionalis melihat aktiviti komunikasi semasa berinteraksi penting dalam mempengaruhi

pemerolehan bahasa kanak-kanak.

Hasil Pembelajaran

1. Mempunyai pengetahuan dan kefahaman tentang komponen pengajaran mikro-makro,

Teori Huraian Bahasa dan Teori Pemerolehan Bahasa dan mengaplikasikan di dalam

bilik darjah.

1

Page 2: Web viewAplikasi Pendekatan Pembelajaran BahasaBerpusatkan Murid, Berdasarkan Bahan, Pembelajaran Berasaskan Projek, Masalah, ... Mengutamakan kemahiran membaca dan

BMM3117 Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah

Kerangka konsep

Teori Pemerolehan Bahasa

Nota ringkas:

4.1 Teori Behavioris

2

Sebagai guru bahasa yang berkesan, anda perlu tahu cara kanak-kanak mempelajari bahasa. Anda perlu memilih dan menentukan strategi, pendekatan, kaedah, dan teknik yang sesuai dengan tatacara kanak-kanak memperoleh dan mempelajari sesuatu bahasa.

Teori Huraian Bahasa: Nahu Tradisional Struktural Transformasi Generatif Teori Fungsionalis

Teori Huraian Bahasa dan Teori Pemerolehan Bahasa

Teori Pemerolehan Bahasa: Behavioris Kognitif Mentalis FungsionalisStrategi,

Pendekatan, Kaedah

dan Teknik

Pengajaran dan

Pembelajaran

Bahasa Melayu

Aplikasi Pendekatan Pembelajaran BahasaBerpusatkan Murid, Berdasarkan Bahan, Pembelajaran Berasaskan Projek, Masalah, Aktiviti, Situasional dan

Permainan

Page 3: Web viewAplikasi Pendekatan Pembelajaran BahasaBerpusatkan Murid, Berdasarkan Bahan, Pembelajaran Berasaskan Projek, Masalah, ... Mengutamakan kemahiran membaca dan

BMM3117 Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah

Dipelopori oleh Bloomfeild, Edward Sapir, Boas, dan Brooks

Proses pembelajaran bahasa menekankan latihan dan pengulangan yang banyak

untuk membentuk kebiasaan.

Pembelajaran bahasa perlu pengukuhan dan pembetulan serta merta

Latih tubi amat digalakkan

Pengajaran bahasa mementingkan persekitaran termasuk guru, rakan serta

suasana dalam bilik darjah.

4.2 Teori Kognitif

4.3 Teori Mentalis

Dipelopori oleh Chomsky

Pemerolehan bahasa mementingkan proses pemikiran

Mengutamakan kemahiran membaca dan menulis

Pengajaran tatabahasa diajar secara formal

4.4 Teori Interaksionalis

Mementingkan aktiviti komunikasi

Pemerolehan bahasa melibatkan proses kognitif dan proses interaksi bahasa

Melalui interaksi kanak-kanak menguasai bahasa

Arahan:

3

Saya Jean Piaget dilahirkan di Nauchatel, Switzerland pada 9 Ogos 1896. Saya yakin bahawa proses pembelajaran merupakan proses mental (bukan mekanis semata-mata), melaluinya murid-murid menyerap pengetahuan sedia ada dalam otaknya dengan data-data yang diperoleh daripada alam sekitarnya. Pemerolehan bahasa berkait rapat dengan perkembangan deria motor dan seterusnya berkembang mengikut tahap perkembangan kognitif kanak-kanak. Dengan demikian, pengajaran bahasa semestinya mengambil kira tahap perkembangan mental (kognitif) dan deria kanak-kanak.

Page 4: Web viewAplikasi Pendekatan Pembelajaran BahasaBerpusatkan Murid, Berdasarkan Bahan, Pembelajaran Berasaskan Projek, Masalah, ... Mengutamakan kemahiran membaca dan

BMM3117 Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah

Anda dikehendaki membuat rujukan dan memahami teori-teori pemerolehan

bahasa.

Setelah itu, anda dikehendaki menyiapkan tugasan yang diberikan.

Tugasan

Dalam kelas KBSR, objektif pengajaran anda adalah supaya murid menguasai

pola ayat FN + FA. Cadangkan aktiviti pengajaran dan pembelajaran

berdasarkan Teori Behavioris.

Menurut Teori Mentalis pemerolehan bahasa kanak-kanak berkait rapat dengan

mental. Anda dikehendaki mengajar kemahiran “memberi teguran secara

bertatasusila.” Setelah selesai mengajar, senaraikan ayat-ayat yang dihasilkan

oleh murid-murid.

Sediakan rumusan berkaitan hubungan penguasaan bahasa murid dengan

perkembangan mental.

4

Page 5: Web viewAplikasi Pendekatan Pembelajaran BahasaBerpusatkan Murid, Berdasarkan Bahan, Pembelajaran Berasaskan Projek, Masalah, ... Mengutamakan kemahiran membaca dan

BMM3117 Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah

Tajuk 5 Konsep Strategi, Pendekatan, Kaedah, dan Teknik Definisi Membanding beza Strategi, Pendekatan, Kaedah, dan Teknik Membuat Rumusan

Sinopsis

Tajuk ini merangkumi empat konsep penting. Strategi, pendekatan, kaedah, dan teknik yang

mantap amat penting dalam melaksanakan pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu.

Strategi merujuk cara atau langkah yang harus dilakukan untuk mencapai objektif pengajaran

dan pembelajaran. Pendekatan pula merupakan satu set andaian yang membentuk sifat

bahasa serta pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan. Beberapa kaedah yang

diperkenalkan dalam tajuk ini, iaitu Kaedah Natural, Kaedah Tatabahasa Terjemahan, Kaedah

Terus dan sebagainya memperlihatkan perancangan secara teratur, kemas dan sistematik

bagi memastikan pencapaian objektif dalam pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran

bahasa Melayu. Teknik pengajaran yang dicadangkan dalam tajuk ini melibatkan

pengendalian suatu organisasi yang benar-benar berlaku, misalnya teknik drama untuk

mencapai sesuatu objektif.

Hasil Pembelajaran

2. Mempunyai pengetahuan dan kefahaman mendalam dan dapat membandingbezakan

konsep : strategi, pendekatan, kaedah, dan teknik pengajaran dengan tepat

Kerangka konsep

5

Page 6: Web viewAplikasi Pendekatan Pembelajaran BahasaBerpusatkan Murid, Berdasarkan Bahan, Pembelajaran Berasaskan Projek, Masalah, ... Mengutamakan kemahiran membaca dan

BMM3117 Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah

Strategi, Pendekatan, Kaedah, dan Teknik

Terdapat hubungan yang saling berkaitan antara strategi, pendekatan, kaedah, dan teknik

sebagaimana yang berikut:

6

Teori Huraian Bahasa dan Teori Pemerolehan Bahasa sudah difahami sebaik-baiknya. Sekarang bolehlah saya memilih strategi, pendekatan, kaedah, dan teknik yang sesuai untuk membantu murid-murid saya mempelajari bahasa dengan berkesan!

Teori Huraian Bahasa: Nahu Tradisional Struktural Transformasi Generatif Teori Fungsionalis

Teori Huraian Bahasa dan Teori Pemerolehan Bahasa

Teori Pemerolehan Bahasa: Behavioris Kognitif Mentalis FungsionalisStrategi,

Pendekatan,

Kaedah, dan

TeknikPengajaran dan

Pembelajaran

Bahasa Melayu

Aplikasi Pendekatan Pembelajaran BahasaBerpusatkan Murid, Berdasarkan Bahan, Pembelajaran Berasaskan Projek, Masalah, Aktiviti, Situasional dan

Permainan

Page 7: Web viewAplikasi Pendekatan Pembelajaran BahasaBerpusatkan Murid, Berdasarkan Bahan, Pembelajaran Berasaskan Projek, Masalah, ... Mengutamakan kemahiran membaca dan

BMM3117 Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah

STRATEGI

5.1 Strategi

Strategi merupakan konsep yang melibatkan proses merancang untuk menentukan

tindakan ke arah mencapai sesuatu matlamat. Dalam konteks pengajaran dan

pembelajaran, khususnya pengajaran dan pembelajaran bahasa, strategi bermaksud

cara atau langkah atau tindakan yang mesti dilaksanakan untuk mencapai objektif

pengajaran dan pembelajaran. Dalam konteks pengajaran dan pembelajaran bahasa,

strategi lebih menjurus dan menumpukan pada pencapaian atau hasil pembelajaran.

5.2 Pendekatan

Pendekatan merupakan satu set andaian yang membentuk sifat bahasa, pembelajaran

dan pengajaran yang dijalankan.

Pendekatan Induktif

Pendekatan Deduktif

Pendekatan Eklektik

Pendekatan Komunikatif

5.3 Kaedah

Kaedah pengajaran ialah satu perancangan atau prosedur bagi melaksanakan sesuatu

pengajaran secara teratur, kemas, dan sistematik. Kaedah merupakan langkah-

langkah pengajaran yang tersusun rapi dan berkesinambungan yang harus diikuti

dengan sistematik bagi mencapai sesuatu objektif pengajaran. Antara kaedah yang

dicadangkan untuk digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran guru adalah seperti

yang berikut:

7

Pendekatan

Kaedah

Teknik

Page 8: Web viewAplikasi Pendekatan Pembelajaran BahasaBerpusatkan Murid, Berdasarkan Bahan, Pembelajaran Berasaskan Projek, Masalah, ... Mengutamakan kemahiran membaca dan

BMM3117 Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah

Kaedah Natural

Kaedah Tatabahasa Terjemahan

Kaedah Terus

Kaedah Ajuk Hafaz

Kaedah Linguistik

Kaedah Kod – Kognitif

Kaedah Bahasa Komuniti

Kaedah Oral – Aural

5.4 Teknik

Teknik merupakan pengendalian suatu organisasi yang benar-benar berlaku di dalam

bilik darjah yang digunakan untuk mencapai sesuatu objektif. Antara teknik yang

dicadangkan adalah seperti yang berikut:

Teknik Drama

Teknik Permainan Bahasa

Teknik Perbincangan

Teknik Bercerita

Teknik Latih Tubi

8

Page 9: Web viewAplikasi Pendekatan Pembelajaran BahasaBerpusatkan Murid, Berdasarkan Bahan, Pembelajaran Berasaskan Projek, Masalah, ... Mengutamakan kemahiran membaca dan

BMM3117 Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah

Tajuk 6 6.1 Pengaplikasian Pendekatan Pengajaran Bahasa Induktif Deduktif Eklektik Komunikatif

Sinopsis

Tajuk ini mengutarakan empat pendekatan yang lazim digunakan oleh para guru. Pendekatan

yang baik dapat menarik minat murid terhadap pengajaran dan pembelajaran. Pendekatan

yang sering digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran ialah:

Pendekatan Induktif

Pendekatan Deduktif

Pendekatan Eklektik

Pendekatan Komunikatif

Pendekatan Induktif mempunyai tanggapan bahawa mempelajari sesuatu itu ialah untuk

mendapat hukumnya yang dibentuk melalui pengumpulan maklumat. Tugas dan

tanggungjawab guru ialah memperkenalkan pengetahuan dan memberi pengalaman.

Konsep Pendekatan Deduktif menekankan mempelajari sesuatu berdasarkan hukum. Oleh itu

pengajaran dimulai dengan memberi generalisasi, kesimpulan, undang-undang dan isi

kandungan.

Gabungan Pendekatan Induktif dan Pendekatan Deduktif menghasilkan Pendekatan Eklektik.

Berdasarkan pendekatan ini, guru perlu kreatif dan menggunakan pelbagai kaedah dalam

melaksanakan pengajaran dan pembelajaran.

Hasil Pembelajaran

1.1 Menghuraikan berserta contoh pendekatan induktif dan deduktif

3.4 Mengaplikasi kemahiran menggunakan papan tulis dalam aktiviti pengajaran mikro

9

Page 10: Web viewAplikasi Pendekatan Pembelajaran BahasaBerpusatkan Murid, Berdasarkan Bahan, Pembelajaran Berasaskan Projek, Masalah, ... Mengutamakan kemahiran membaca dan

BMM3117 Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah

Kerangka konsep

10

Teori Huraian Bahasa: Nahu Tradisional Struktural Transformasi Generatif Teori Fungsional

Teori Huraian Bahasa dan Teori Pemerolehan Bahasa

Teori Pemerolehan Bahasa: Behaviorisme Kognitif Mentalis FungsionalStrategi,

Pendekatan, Kaedah

dan Teknik

Pengajaran dan

Pembelajaran

BAHASA MELAYU

Aplikasi Pendekatan Pembelajaran BahasaBerpusatkan Murid, Berdasarkan Bahan, Pembelajaran Berasaskan Projek, Masalah, Aktiviti, Situasional dan

Permainan

Page 11: Web viewAplikasi Pendekatan Pembelajaran BahasaBerpusatkan Murid, Berdasarkan Bahan, Pembelajaran Berasaskan Projek, Masalah, ... Mengutamakan kemahiran membaca dan

BMM3117 Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah

Pendekatan

Apa pulak? Pendekatan eklektik tentu lebih kerana menggabungkan segala yang baik-baik daripada pendekatan induktif dan deduktif!

Tetapi jangan lupa, dalam semua pendekatan itu – murid bertutur sesama sendiri, mereka mempunyai kebolehan dan kemahiran berbahasa menyampaikan fikiran, fakta dan hujah masing-masing. Mereka menyerap idea dan menyepadukannya dengan pengetahuan sedia ada mengenainya.

6.1.1 Pendekatan induktif

Pendekatan induktif dalam proses pengajaran dan pembelajaran memerlukan

seseorang murid melaksanakan proses penaakulan yang tinggi. Dalam proses

penaakulan, murid tidak diajar secara langsung,bahan pengajaran bagi subjek

berkenaan tetapi mereka diberi galakan mencari, meneliti dan mempelajarinya sendiri.

Kemudiannya, mereka dikehendaki mengemukakan satu rumusan hasil daripada kajian

yang telah dilakukan oleh mereka.

Sehubungan dengannya, guru memungut dan mengumpul contoh-contoh tertentu

daripada teks, menunjukkan dan menerangkan bagaimana ia bekerja dan berfungsi

membantu murid-murid untuk merumuskan satu kesimpulan yang sesuai. Ringkasnya

pendekatan ini menggunakan kaedah pencarian atau penemuan yang melibatkan

proses memerhati, meneliti, mengkaji, menganalisis sesuatu aspek bahasa itu pada

11

Mana boleh! pendekatan deduktif tentu lebih baik kerana murid digalakkan berfikir untuk membuktikan teori/fakta tertentu!

Pendekatan induktif tentu lebih baik kerana murid tidak diajar secara langsung! Murid diajar menaakul /berfikir tinggi.

Page 12: Web viewAplikasi Pendekatan Pembelajaran BahasaBerpusatkan Murid, Berdasarkan Bahan, Pembelajaran Berasaskan Projek, Masalah, ... Mengutamakan kemahiran membaca dan

BMM3117 Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah

awal pembelajaran dan kemudian dikaitkan dengan satu kesimpulan umum daripada

data-data yang dipelajari. Antara lain murid-murid dikehendaki:

a. memberi definisi kepada sesuatu konsep

b. menerangkan peraturan-peraturan

c. menerangkan isi kandungan keseluruhan pelajaran yang hendak disampaikan

d. memberitahu objektif pengajaran pada awal pengajaran

Selain itu, guru boleh mengemukakan soalan, bertanya, berbincang, memerhati,

mengkaji dan memberi contoh-contoh tertentu. Guru kemudiannya membuat rumusan

tertentu mengenainya.

Prosedur pengajaran induktif

Prosedurnya melibatkan langkah-langkah yang telah dirancang untuk satu pengajaran

yang berkesan. Ia melibatkan struktur isi dan peringkat-peringkat kebolehan kognitif.

Secara kasar, prosedur pengajaran itu diperlihatkan seperti yang berikut:

Peringkat pendedahan

Pada peringkat ini, guru:

a. akan mendedahkan unsur-unsur bahasa yang hendak disampaikan kepada

murid-murid secara tidak langsung;

b. menggunakan contoh yang melibatkan unsur-unsur bahasa;

c. membuat pendedahan mengenai isi kandungan pelajaran dalam set induksi

pada bahagian permulaan pengajaran;

d. menggunakan teknik perbualan atau bersoal jawab bagi memulakan pengajaran

tersebut. Pada peringkat ini seboleh-bolehnya guru jangan menerangkan

objektif, peraturan, konsep-konsep, tajuk, idea keseluruhan dan sebagainya;

dan

e. mengaitkan dengan pengetahuan sedia ada.

12

Page 13: Web viewAplikasi Pendekatan Pembelajaran BahasaBerpusatkan Murid, Berdasarkan Bahan, Pembelajaran Berasaskan Projek, Masalah, ... Mengutamakan kemahiran membaca dan

BMM3117 Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah

Peringkat pembentukan konsep

Pada peringkat ini, guru

a. membentuk konsep tertentu melalui contoh-contoh yang dikemukakan;

b. mendengar ayat yang dibina oleh murid;

c. mendengar ayat yang dibina oleh guru;

d. melakukan beberapa usaha untuk murid menguasai pelajaran;

e. memandu murid langkah demi langkah sehingga kesimpulan diperoleh.

Peringkat membuat generalisasi

a. Dijalankan dalam bentuk gerak kerja bertulis;

b. Murid diberikan latihan dalam kumpulan.

Peringkat penutup

a. Guru menutup pengajarannya;

b. Guru membuat rumusan berdasarkan apa-apa yang diajarnya;

c. Murid diberi aktiviti-aktiviti susulan sebagai pengukuhan.

6.1.2 Pendekatan Deduktif

13

Pendekatan deduktif memerlukan seseorang guru menegaskan hukum-hukum atau sesuatu teori atau peraturan tertentu di peringkat awal pengajarannya sebelum menganalisis hukum-hukum berkenaan dengan menggunakan contoh-contoh yang konkrit. Secara lebih khusus pendekatan deduktif memerlukan seseorang murid menaakul, mempelajari sesuatu berdasarkan sesuatu hukum, mengemukakan fakta bagi tujuan membuktikan sesuatu pernyataan, menganalisis fakta atau isi kandungan pelajaran untuk membentuk generalisasi dan membuat satu pencerakinan: daripada yang umum kepada yang spesifik.

Page 14: Web viewAplikasi Pendekatan Pembelajaran BahasaBerpusatkan Murid, Berdasarkan Bahan, Pembelajaran Berasaskan Projek, Masalah, ... Mengutamakan kemahiran membaca dan

BMM3117 Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah

Antara lain, guru boleh menggunakan pendekatan deduktif melaksanakan proses

pengajaran dan pembelajaran mengikut peringkat berikut:

Peringkat awal generalisasi

Peringkat ini, guru sebaik-baiknya tidak mendedahkan perkara yang hendak diajarkan,

menegas tujuan pengajaran, memberi tajuk pelajaran dan memberi rangka kasar

seluruh idea.

Peringkat mengemukakan generalisasi

Peringkat ini, guru membuat generalisasi dalam langkah pertama pengajaran dengan

cara memberi penerangan yang jelas mengenai peraturan, rumus-rumus tatabahasa

dan pengertian yang berbentuk hukum tertentu. Dalam hal ini seseorang guru boleh

menggunakan carta dan gambar rajah tertentu yang difikirkan sesuai dan boleh

membantu murid-murid memahami struktur isi sesuatu mata pelajaran.

Peringkat menganalisis konsep

Sebaik-baiknya sesuatu konsep dianalisis dalam dalam langkah kedua pengajaran

dengan memberi contoh-contoh diikuti dalam langkah ketiga dan berikutnya. Guru

perlu menggunakan teknik dan bahan bantu belajar yang sesuai untuk merancang

dan melaksanakan pelbagai aktiviti dalam situasi pembelajaran tertentu bagi tujuan

meningkatkan pemahaman murid terhadap isi pelajaran yang disampaikan.

Peringkat membuat generalisasi

Generalisasi mengenai sesuatu boleh dilakukan dalam aktiviti gerak kerja kumpulan

sama ada secara bertulis atau latihan tertentu bagi tujuan menggambarkan

penguasaan kebolehan dan kemahiran murid mengenai subjek yang dipelajari.

Peringkat penutup

Peringkat ini guru membuat kesimpulan mengenai sesuatu konsep, peraturan dan

hukum tertentu. Selebihnya guru memberi beberapa aktiviti dan latihan tambahan

sebagai aktiviti pengukuhan.

14

Page 15: Web viewAplikasi Pendekatan Pembelajaran BahasaBerpusatkan Murid, Berdasarkan Bahan, Pembelajaran Berasaskan Projek, Masalah, ... Mengutamakan kemahiran membaca dan

BMM3117 Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah

6.1.3 Pendekatan Eklektik

Ciri-ciri Pendekatan eklektik, antara lain:

merupakan satu cara mengajar menggunakan pelbagai kaedah, yakni tidak

terikat kepada atu kaedah mengajar sahaja;

guru boleh menggunakan usaha dan daya kreativiti sendiri;

guru juga boleh mengajar mengikut kebolehan dan kemampuan murid-muridnya.

Misalnya, peringkat asas pengajaran dilaksanakan latihan mendengar dan

kemudiannya diikuti pula dengan latihan bertutur, membaca dan menulis;

murid-murid, selain boleh menggunakan bahasa secara aktif, boleh pula berfikir

secara langsung dengan menggunakan bahasa yang dipelajarinya;

pendekatan ini memerlukan latihan yang banyak dan murid diberi peluang

mempraktiskan pengetahuan dan kemahiran berbahasa secara meluas.

6.1.4 Pendekatan komunikatif

Secara umum, pendekatan ini member fokus khusus kepada murid. Hal ini kerana

manusia perlu berkomunikasi untuk sama ada secara interpersonal atau intrapersonal

bagi tujuan memenuhi keperluan dan kehendaknya. Antara lain manusia

berkomunikasi untuk menyatakan perasaan dan emosi, mencipta imaginasi,

memperoleh barangan dan perkhidmatan, bertukar pandangan, memperoleh dan

menyampaikan maklumat.

15

Barulah saya faham, pendekatan emenggabungkan pendekatan induktif dan pendekatan deduktif dalam proses pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah. Saya yakin murid-murid yang mempunyai kebolehan yang pelbagai boleh diajar dengan mudah menggunakan pendekatan ini. membolehkan seseorang guru mengubahsuai aktivitinya dengan mudah.

Page 16: Web viewAplikasi Pendekatan Pembelajaran BahasaBerpusatkan Murid, Berdasarkan Bahan, Pembelajaran Berasaskan Projek, Masalah, ... Mengutamakan kemahiran membaca dan

BMM3117 Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah

Prinsip asas pendekatan komunikatif ini ialah murid mengetahui dan memahami tujuan

melaksanakan aktiviti tertentu dalam proses pembelajarannya. Proses pengajaran

bahasa dilaksanakan dalam konteks wacana mengikuti proses komunikasi sebenar.

Berikut merupakan ciri-ciri penting pendekatan komunikatif:

makna sangat dipentingkan;

dialog jika digunakan terarah kepada proses komunikatif bukan untuk tujuan

hafalan;

konteks dan situasi komunitif sangat diberi keutamaan;

pembelajaran bahasa berfokus kepada keperluan belajar untuk berkomunikasi;

latih tubi perlu tetapi bukan keutamaan;

pengucapan bahasa perlu sekadar untuk difahami sahaja;

bahan bantu mengajar perlu sesuai mengikut tahap umur dan kemahiran murid-

murid. Bahan bantu mengajar berfungsi sebagai dorongan kepada murid-murid

untuk belajar;

murid-murid digalakkan menyampaikan idea secara lisan (bertutur);

terjemahan boleh digunakan, asal saja murid-murid memperoleh manfaat

daripadanya;

kebolehan berkomunikasi merupakan matlamat khusus pembelajaran. Maka,

kelancaran bahasa diadili bukan dalam abstrak sebaliknya dalam konteksnya.

16

Page 17: Web viewAplikasi Pendekatan Pembelajaran BahasaBerpusatkan Murid, Berdasarkan Bahan, Pembelajaran Berasaskan Projek, Masalah, ... Mengutamakan kemahiran membaca dan

BMM3117 Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah

Tajuk 6 6.2 Pengaplikasian Pendekatan Pembelajaran Bahasa Berpusatkan Murid Berdasarkan Bahan Pemebelajaran Berasaskan Projek Pembelajaran Berasaskan Masalah

Sinopsis

Pendekatan pembelajaran bahasa harus sesuai dengan gaya pembelajaran murid yang

berbeza. Pendekatan yang dikemukakan dalam tajuk ini meliputi:

Pendekatan Berpusatkan Murid

Pendekatan Berpusatkan Bahan

Pembelajaran Berasaskan Projek

Pembelajaran Berasaskan Masalah

Pendekatan berpusatkan murid memastikan murid memainkan peranan penting dalam proses

pembelajaran. Guru menjadi pemimpin yang memandu murid menjalankan aktiviti

pembelajaran mereka.

Pendekatan berpusatkan bahan pula mengutamakan kecekapan dan kemahiran

menggunakan bahan pelajaran untuk mencapai objektif pelajaran. Dalam konteks ini, guru

atau murid bergantung sepenuhnya kepada bahan pelajaran.

Dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran, pendekatan berasaskan projek boleh membantu

guru menjadikan aktiviti pengajaran dan pembelajaran lebih menarik. Pembelajaran

berasaskan masalah sering digunakan bagi membentuk kecekapan berbahasa di kalangan

murid. Kebolehan berbahasa ini juga membantu dalam pembentukan daya pemikiran murid

dalam menyelesaikan masalah.

Hasil Pembelajaran

1.2 Menghuraikan berserta contoh pendekatan eklektik dan komunikatif

3.4 Mengaplikasi kemahiran pelbagai rangsangan dalam aktiviti pengajaran mikro

17

Page 18: Web viewAplikasi Pendekatan Pembelajaran BahasaBerpusatkan Murid, Berdasarkan Bahan, Pembelajaran Berasaskan Projek, Masalah, ... Mengutamakan kemahiran membaca dan

BMM3117 Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah

Kerangka konsep

Nota Ringkas:

6.2.1 Pendekatan berpusatkan murid

Pendekatan pembelajaran berpusatkan murid berlaku apabila murid

memainkan peranan penting dalam proses pembelajaran.

Murid-murid digalakkan melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti pembelajaran

mereka. Murid-murid diberi peluang untuk maju mengikut kadar keupayaan

mereka sendiri. Sehubungan dengannya aktiviti pemulihan dan pengayaan

merupakan sebahagian daripada proses pengajaran dan pembelajaran.

Guru merupakan seorang pemimpin yang memandu murid-murid menjalankan

aktiviti pembelajaran sama ada secara kumpulan atau individu.

Banyak masa diperuntukkan untuk murid melaksanakan sesuatu aktiviti.

18

Teori Huraian Bahasa: Nahu Tradisional Struktural Transformasi Generatif Teori Fungsional

Teori Huraian Bahasa dan Teori Pemerolehan Bahasa

Teori Pemerolehan Bahasa: Behaviorisme Kognitif Mentalis FungsionalStrategi,

Pendekatan, Kaedah

dan Teknik

Pengajaran dan

Pembelajaran

BAHASA MELAYU

Aplikasi Pendekatan Pembelajaran BahasaBerpusatkan Murid, Berdasarkan Bahan, Pembelajaran Berasaskan Projek, Masalah, Aktiviti, Situasional dan

Permainan

Page 19: Web viewAplikasi Pendekatan Pembelajaran BahasaBerpusatkan Murid, Berdasarkan Bahan, Pembelajaran Berasaskan Projek, Masalah, ... Mengutamakan kemahiran membaca dan

BMM3117 Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah

6.2.2 Pendekatan berpusatkan bahan

Dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran, bahan pelajaran sangat penting.

Guru atau murid bergantung sepenuhnya kepada penggunaan bahan pelajaran

untuk mencapai objektif pelajaran.

Strategi pengajaran dan pembelajaran lebih mengutamakan kecekapan dan

kemahiran menggunakan bahan pelajaran untuk mencapai objektif pelajaran.

Pendekatan ini menekankan perkembangan kognitif, jasmani dan rohani.

Penggunaan bahan mengajar akan membantu murid memahami konsep yang

abstrak dengan lebih jelas.

6.2.3 Pendekatan berasaskan projek

Dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran, pendekatan berasaskan projek

boleh membantu guru untuk menjadikan pengajaran dan pembelajaran lebih

berkesan dan menarik.

Dalam pendekatan berasaskan projek, pengajaran dan pembelajaran akan lebih

menarik apabila guru dan murid dapat mengalami sendiri sesuatu situasi

pembelajaran melalui projek yang dilaksanakan.

Arahan:

Anda dikehendaki menjalankan pembelajaran berasaskan projek kepada murid

anda.

Anda dikehendaki memberi satu projek ( tajuk yang dicadangkan).

Bahagikan murid anda kepada kumpulan kecil terdiri daripada 5-6 orang satu

kumpulan.

Setiap kumpulan bebas menghasilkan pelbagai bahan produk yang sesuai untuk

tajuk yang diberi.Contoh produk yang akan dihasilkan oleh murid dalam bentuk

brosur,gambar, risalah,papan tanda,iklan dan lain-lain.

Anda dikehendaki mengumpul bahan hasilan murid dan menyimpan ke dalam folio

anda.

19

Page 20: Web viewAplikasi Pendekatan Pembelajaran BahasaBerpusatkan Murid, Berdasarkan Bahan, Pembelajaran Berasaskan Projek, Masalah, ... Mengutamakan kemahiran membaca dan

BMM3117 Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah

6.2.4 Pendekatan berasaskan masalah

Pengajaran dan pembelajaran berasaskan masalah memerlukan seseorang guru

secara kreatif menimbulkan situasi, keadaan dan fenomena yang boleh

mendorong minat dan kecenderungan murid menggunakan fikiran dan kemahiran

berbahasa untuk menyelesaikan masalah.

Guru menentukan tujuan, mengagihkan murid dalam kumpulan dan menentukan

tugasan untuk menyelesaikan masalah.

a. Apakah masalah yang sedang dihadapi oleh

Encik Kamal?

b. Apakah puncanya?

c. Apakah kesan masalah itu kepada:

Encik Kamal?

Tugasnya?

Keluarga?

d. Bagaimanakah masalah itu dapat diatasi?

Dewey (1933: 105) mencadangkan lima langkah berikut bagi tujuan melaksanakan

pendekatan pengajaran berasaskan masalah:

i. Kenal pasti masalah

Murid-murid diarah untuk mengenal pasti sesuatu masalah. Guru perlu

menyediakan situasi, soalan rangsangan dan dorongan yang sesuai supaya

murid-murid benar-benar mengenal masalah yang hendak diselesaikan.

ii. Penentuan masalah

Biasanya murid-murid menghadapi kesukaran untuk mengenal pasti masalah.

Sehubungan dengannya apa yang dikatakan masalah itu mesti terlebih dahulu

diuji, diteliti dan ditetukan arah penyelesaiannya. Guru perlu bijak mengarah dan

mendorong pemikiran murid-murid ke arah menyelesaikan masalah. Guru

20

Page 21: Web viewAplikasi Pendekatan Pembelajaran BahasaBerpusatkan Murid, Berdasarkan Bahan, Pembelajaran Berasaskan Projek, Masalah, ... Mengutamakan kemahiran membaca dan

BMM3117 Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah

membantu murid-murid memperoleh maklumat untuk menyelesaikan sesuatu

masalah.

iii. Cadangan penyelesaian

Murid-murid berdasarkan data, fakta dan maklumat yang diperoleh serta dengan

bantuan guru perlu menyediakan rancangan penyelesaian masalah. Pelbagai

rancangan alternatif penyelesaian masalah perlu, tetapi kesudahannya kelak

hanya ada satu cadangan penyelesaian masalah.

iv. Penelitian penyelesaian

Penyelesaian sesuatu masalah perlu dilaksanakan sebaik-baiknya. Penyelesaian

masalah yang kurang tepat perlu diketepikan. Guru seharusnya bersedia untuk

membantu murid-murid melaksanakan tugas menyelesaikan masalah, menilai

proses dan jawapan akhir penyelesaian sesuatu masalah.

v. Pemeriksaan kesimpulan

Setelah sesuatu masalah diselesaikan, murid-murid mesti diberi peluang menguji

sesuatu keputusan penyelesaian masalah yang diperoleh. Penyelesaian masalah

tersebut boleh sama ada diterima atau ditolak. Jika sesuatu penyelesaian

masalah ditolak, maka usaha untuk memperoleh penyesaian masalah yangbariu

hendaklah diusahakn.

Tugasan:

1. Anda diminta memberi satu kerja projek kepada murid anda mengenai

penggunaan kata panggilan yang betul dalam kalangan warga sekolah.

2. Murid dikehendaki menghasilkan pelbagai jenis bahan sebagai produk untuk

projek tersebut. Murid diminta membentang hasilan dan guru menilai

keberkesanannya.

21