undang-undang futsal 5 & 6

10
PENGADIL DAN PENGADIL KEDUA

Upload: cikwawa

Post on 30-Jun-2015

511 views

Category:

Documents


4 download

TRANSCRIPT

Page 1: Undang-Undang Futsal 5 & 6

PENGADIL DAN PENGADIL KEDUA

Page 2: Undang-Undang Futsal 5 & 6

PENGADILPENGADILKuasa PengadilSetiap perlawanan di kawal oleh seorang

pengadil yang mempunyai kuasa untuk menguatkuasakan undang-undang permainan berkaitan dengan perlawanan yang dia ditugaskan itu, dari mula dia masuk ke persekitaran di mana gelanggang itu ditetapkan sehingga dia keluar.

Page 3: Undang-Undang Futsal 5 & 6

KUASA DAN TUGAS KUASA DAN TUGAS PENGADILPENGADIL

Menguatkuasakan undang-undang Meneruskan permainan apabila pasukan yang dikasari

beruntung dari advantej ini dan menghukumkan kesalahan yang asal jika advantej yang di jangkakan itu tidak berhasil

Membuat cacatan tentang perlawanan dan menyediakan kepada pihak berkuasa laporan perlawanan yang mengandungi semua keterangan tentang sebarang tindakan disiplin terhadap pemain-pemain dan pegawai pasukan dan sebarang kejadian yang berlaku sebelum, semasa, selepas permainan itu.

Page 4: Undang-Undang Futsal 5 & 6

Bertindak sebagai penjaga masa sekiranya pegawai berkenaan tidak hadir.

Memberhentikan, menangguhkan atau menamatkan permainan bagi sebarang kesalahan undang-undang atau disebabkan oleh sebarang gangguan yang tidak sepatutnya.

Mengambil tindakan disiplin terhadap pemain yang bersalah untuk kesalahan-kesalahan diberi amaran atau perintah keluar.

Memastikan bahawa hanya orang lain tidak dibenarkan masuk ke padang.

Page 5: Undang-Undang Futsal 5 & 6

Berhentikan permainan jika, pada pendapatnya; seorang pemain cedera parah dan pastikan pemain itu dikeluarkan dari gelanggang secepat mungkin.

Teruskan permainan sehingga bola di luar permainan jika seorang pemain ,pada pendapatnya tercedera ringan.

Menentukan bahawa bola yang di sediakan memenuhi kehendak undang-undang II.

Page 6: Undang-Undang Futsal 5 & 6

KEPUTUSAN-KEPUTUSAN KEPUTUSAN-KEPUTUSAN PENGADILPENGADIL

Keputusan-keputusan pengadil terhadap sebarang fakta berkaitan dengan permainan adalah muktamad.

KEPUTUSAN 1: Jika pengadil dan pengadil kedua mengisyaratkan

kesalahan serentak dan terdapat perselisihan pendapat pasukan yang sepatutnya dihukumnya, keputusan pengadil diutamakan.

Page 7: Undang-Undang Futsal 5 & 6

KEPUTUSAN 2:Kedua-dua pengadil dan pengadil kedua

berhak untuk memberikan amaran atau perintah keluar seseorang pemain, tetapi jika terdapat perselisihan pendapat,keputusan pengadil diutamakan.

Page 8: Undang-Undang Futsal 5 & 6

PENGADIL KEDUAPENGADIL KEDUATUGAS-TUGAS: Seorang pengadil kedua hendaklah dilantik untuk

bertugas di sebelah gelanggang yang bertentangan dengan pengadil. Dia dibenarkan menggunakan wisel.

Pengadil kedua membantu pengadil untuk mengawal mengikut undang-undang permainan.

Mempunyai kuasa budibicara untuk memberhentikan permainan jika berlaku perlanggaran undang-undang.

Page 9: Undang-Undang Futsal 5 & 6

Memastikan penggantian dilakukan dengan betul.

Jika berlaku gangguan yang tidak sewajarnya, pengadil akan menamatkan tugas pengadil kedua dan mendapatkan penggantinya serta melaporkan kejadian itu kepada pihak berkuasa yang bertanggungjawab.

KEPUTUSAN-KEPUTUSAN:

Untuk perlawanan antarabangsa penggunaan pengadil kedua adalah diwajibkan.

Page 10: Undang-Undang Futsal 5 & 6

MD.AFANDI BIN HASAN 10155

MOHD ASRI BIN IBRAHIM 10157

MOHD AZMAN BIN HUSIN 10158

MOHD AZRI BIN AZIZ 10160

MOHD NOWAWI BIN SULONG 10164

ZULKEFLY BIN NORDIN 10185