sejarah & undang - undang dalam futsal

77
1.0 Pengenalan & Sejarah Futsal Kata Futsal berasal dari bahasa Sepanyol iaitu 'futbol' (sepak bola) dan 'sala' (ruangan) dan menjadi kata nama 'futsal'. Menurut Football International Federation Association (FIFA), sejarah futsal bermula pada tahun 1930. Sukan ini pertama kali dimainkan pada tahun 1930 oleh Juan Carlos Ceriani. Beliau merupakan seorang pelatih bola sepak yang berasal daripada Argentina. Keunikan futsal mendapat perhatian di seluruh Amerika Selatan, terutamanya di Brazil yang terkenal dengan sukan bola sepaknya. Ketrampilan yang dikembangkan dalam permainan ini dapat dilihat dalam gaya terkenal dunia yang diperlihatkan pemain- pemain Brasil di luar ruangan, pada lapangan berukuran biasa. Pele, bintang bola sepak terkenal Brazil yang kini menjadi lagenda sepanjang zaman sukan itu, contohnya, mengembangkan bakatnya daripada sukan futsal. Brazil merupakan salah satu jaguh antarabangsa bagi sukan ini. Sehingga kini, pertubuhan futsal yang dinamakan Fédération Internationale de Football Association terdiri adalah terdiri daripada pelbagai negara dari seluruh dunia, iaitu dari Benua Eropah, Amerika, Amerika Tengah, Amerika Utara, Afrika, Asia dan juga dari kawasan Oceania. Namun begitu, sejarah futsal versi FIFA ini tidak boleh diterima begitu saja, ada beberapa negara yang mengakui bahawa futsal berasal dari negara mereka masing-masing iaitu Kanada dan Brazil.

Upload: arsyad-arifin-ismail

Post on 20-Jun-2015

4.159 views

Category:

Sports


7 download

DESCRIPTION

Muka depan tidak disertakan

TRANSCRIPT

Page 1: Sejarah & Undang - undang dalam Futsal

1.0 Pengenalan & Sejarah Futsal

Kata Futsal berasal dari bahasa Sepanyol iaitu 'futbol' (sepak bola) dan 'sala' (ruangan)

dan menjadi kata nama 'futsal'. Menurut Football International Federation Association (FIFA),

sejarah futsal bermula pada tahun 1930. Sukan ini pertama kali dimainkan pada tahun 1930 oleh

Juan Carlos Ceriani. Beliau merupakan seorang pelatih bola sepak yang berasal daripada

Argentina.

Keunikan futsal mendapat perhatian di seluruh Amerika Selatan, terutamanya di Brazil

yang terkenal dengan sukan bola sepaknya. Ketrampilan yang dikembangkan dalam permainan

ini dapat dilihat dalam gaya terkenal dunia yang diperlihatkan pemain-pemain Brasil di luar

ruangan, pada lapangan berukuran biasa. Pele, bintang bola sepak terkenal Brazil yang kini

menjadi lagenda sepanjang zaman sukan itu, contohnya, mengembangkan bakatnya daripada

sukan futsal. Brazil merupakan salah satu jaguh antarabangsa bagi sukan ini. Sehingga kini,

pertubuhan futsal yang dinamakan Fédération Internationale de Football Association terdiri

adalah terdiri daripada pelbagai negara dari seluruh dunia, iaitu dari Benua Eropah, Amerika,

Amerika Tengah, Amerika Utara, Afrika, Asia dan juga dari kawasan Oceania. Namun begitu,

sejarah futsal versi FIFA ini tidak boleh diterima begitu saja, ada beberapa negara yang

mengakui bahawa futsal berasal dari negara mereka masing-masing iaitu Kanada dan Brazil.

Futsal berkembang pesat di Brazil, pada tahun 1936 mereka telah menetapkan perkara -

perkara penting di dalam futsal iaitu undang - undang dan peraturan bagi sukan ini. Namun

begitu, peraturan - peraturan tersebut tidak banyak bezanya dengan peraturannya pada masa kini.

Apabila peraturan tersebut diperkenalkan, futsal semakin digemari dan berkembang ke seluruh

dunia. Di Itali, futsal telah mula diperkenalkan pada tahun 1950an. Futsal di Itali diperkenalkan

oleh pemain-pemain sepak bola import dari Amerika latin yang bermain di Seri A (Liga Itali).

Pada masa lapang, pemain-pemain itu bermain futsal. Futsal semakin dikenali dan digemari di

Itali. Keadaan ini berbeza apabila dibandingkan dengan perkembangan futsal di England. Di

England, pemain-pemain bola sepak sering melakukan latihan dengan pertanding enam lawan

enam di lapangan rumput. Futsal juga terkenal di England. Keadaan ini terbukti apabila

wujudnya pertandingan atau tournamet untuk sukan ini. Tournament futsal ketika itu ditaja dan

diuruskan oleh London Express iaitu salah satu akhbar tabloid harian di England.

Keadaan ini berbeza dengan negara Sepanyol di mana perkembangan futsal adalah lebih cepat

Page 2: Sejarah & Undang - undang dalam Futsal

berbanding dengan negara - negara lain. Keadaan ini terjadi kerana bola sepak di Sepanyol

adalah sama jika dibandingkan dengan bola sepak di Amerika Latin terutamanya Brazil. Juara

pertama bagi pertandingan futsal adalah negara Paraguay, iaitu pada tahun 1965. Pada tahun

1979 pula, Brazil berjaya merangkul kejuaraan ini. Pada tahun 1980 dan 1984 pula, Brazil sekali

lagi telah menjadi juara bagi kejohan Pan Amerika untuk pertama kalinya dalam sejarah.

Pada tahun 1974 terdapat pertemuan antara perwakilan futsal dari pelbagai negara. Pertemuan di

Sao Paulo itu akhirnya telah membentuk FIFUSA (The Federacao Internationale de Futebol de

Salao / Federasi Futsal AS) sebagai organisasi rasmi yang menaungi futsal. FIFUSA saat itu

melantik Joao Havelange sebagai ketua umum. Setelah wujudnya FIFUSA ini, sukan

futsal semakin popular dan digemari oleh ramai pihak dari seluruh dunia.

Kejuaraan dunia futsal pertama dianjurkan oleh FIFUSA pada 1982 di Sao Paulo Brazil.

Di dalam pertandingan ini, Brazil telah menjadi juara keseluruhan.

Tiga tahun berikutnya, pertandingan yang sama pula telah dijuarai oleh Sepamyol. Pada tahun

berikutnya, Ini adalah kali pertama dalam masa tiga tahun ini dijuarai oleh wakil dari pihak

Eropah dan pada tahun - tahun berikutnya Brazil telah berjaya menjadi juara. Namun begitu pada

tahun 1988, Paraguay telah berjaya mengalahkan Brazil di dalam pertandingan ini.

Setelah beberapa tahun mendatang, futsal semakin bersistem dan FIFA pun tertarik dengan

kunikan sukan ini. Keadaan ini adalah kerana futsal turut memajukan industri bola sepak

antarabangsa dengan kehadiran pemain - pemain profesional yang berasal dari sukan ini. Pada

tahun 1989, FIFA memutuskan untuk mengambil alih pentadbiran dalam organisasi futsal.

Piala dunia futsal edisi FIFA yang pertama digelar di Belanda pada 1989 dan yang kedua digelar

di Hong Kong di tahun 1992, dengan Brazil sebagai juara di kedua edisi ini.

Futsal di Malaysia

Penubuhan unit futsal bermula di Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) pada tahun 2000 yang

diketuai oleh Encik Jey Singh Mutthiah dengan jurulatih pertama skuad futsal Malaysia ialah

Encik Bhawandi Hiralal.

Permainan ini mula diminati terutamanya di Lembah Klang pada tahun 2001 apabila Sports

Planet mula beroperasi di Sunway dan Shah Alam. Kemudian, permainan ini terus berkembang

dengan pesat di negeri-negeri lain sehingga kini selari dengan perkembangan ‘Street Soccer’.

Page 3: Sejarah & Undang - undang dalam Futsal

Dengan adanya pusat-pusat permainan futsal ini di beberapa lokasi strategik menjadikan sukan

ini semakin popular terutama dikalangan remaja dan belia. Justeru, ramai penganjur kejohanan

mengambil kesempatan mengadakan pertandingan baik secara tertutup mahupun bersifat

terbuka. Perkembangan ini semakin meluas dengan penubuhan unit atau jawatankuasa Futsal

Persatuan Bola Sepak Negeri. Pihak Kementerian Belia dan Sukan turut membantu

perkembangan ini dengan membina gelanggang futsal di setiap parlimen seluruh Malaysia mulai

tahun 2010.

Page 4: Sejarah & Undang - undang dalam Futsal

peraturan

&

undang - undang

dalam permainan

futsal

Page 5: Sejarah & Undang - undang dalam Futsal

BAB 1 : UNDANG-UNDANG 1 (GELANGGANG PERMAINAN)

1.1) Dimensi

Panjang : Minimum 25 meter

Maksimum 42 meter

Lebar : Minimum 15 meter

Maksimum 25 meter

1.2) Perlawanan Antarabangsa

Panjang : Minimum 38 meter

Maksimum 42 meter

Lebar : Mimimum 18 meter

Maksimum 25 meter.

1.3) Tanda-tanda pada gelanggang:

Gelanggang adalah ditandakan dengan garisan. Sebagai sempadan garisan-garisan ini adalah sebahagian

dari kawasan yang meliputi:

a) Dua garisan sempadan yang lebih panjang ialah garisan tepi

b) Dua garisan sempadan pendek adalah garisan gol

Lebar semua garisan adalah 8 cm. Gelanggang dibahagikan kepada dua bahagian oleh garisan tengah.

Pusat gelanggang hendaklah ditandakan di pertengahan garisan tengah.

Pusat gelanggang hendaklah ditandakan di pertengahan garisan tengah. Satu bulatan berjejari 3m ditanda

mengelilinginya.

1.4) Kawasan penalti.

Kawasan penalti ditentukan di tiap-tiap hujung gelanggang seperti berikut:

Page 6: Sejarah & Undang - undang dalam Futsal

Kawasan penalti merupakan kawasan yang mempunyai garisan suku lengkuk yang berjejari 6 meter

bahagian atas kedua-dua garisan ini adalah disambungkan dengan satu garisan 3.16 meter yang selari

dengan garisan gol di antara tiang-tiang.

Garisan lengkuk yang menandakan luas sempadan kawasan penalti adalah dinamakan garisan kawasan

penalti:

Tanda penalti pertama – adalah dibuat 6 meter dari titik pertengahan tiang gol

Tanda penalti kedua - 10 meter dari titik pertengahan tiang gol

1.5) Lengkuk Penjuru

Suku bulatan berjejari 25 sm dari setiap penjuru adalah dibuat di dalam gelanggang.

1.6) Zon Penggantian

Zon Penggantian di gelanggang adalah ditentukan di bahagian yang sama dengan bangku pasukan

dan tepat di depannya. Di sinilah tempatnya pemain-pemain masuk dan keluar gelanggang untuk

penggantian.

Page 7: Sejarah & Undang - undang dalam Futsal

Zon pengantian ditentukan di hadapan bangku pasukan dan 5 m panjangnya. Ia ditanda pada

setiap bahagian tepi dengan gariasn tepi. Ruangan kosong ini yang tepat di depan meja penjaga

masa hendaklah dibiarkan kosong.

1.7) Tiang dan palang gol

Tiang-tiang gol hendaklah diletakkan di pertengahan setiap garisan gol.

Ada dua tiang tegak yang sama jaraknya dari setiap penjuru dan dicantumkan bahagian atasnya

dengan palang melintang.

Jarak (ukuran dalaman) di antara tiang-tiang itu adalah 3 m dan jarak bahagian palang gol ke

tanah ialah 2 m,

Tiang-tiang dan palang gol hendaklah mempunyai lebar hendaklah mempunyai lebar dan dan

tebal yang sama iaitu 5 m.

Jaringan diperbuat daripada hemp, jut atau nylon. Jaringan dipasang pada tiang pada tiang dan gol

di belakang tiang gol. Bahagian bawah juga disokong dengan palang melintang atu penyokong

lain yang bersesuaian.

Keluasan bahagian dalam gol ditentukan jaraknya dari bahagian dalam tiang gol menganjur

keluar gelanggang adalah sekurang-kurangnya 80 cm dibahagian atas dan 100 cm pada paras

tanah.

BAB 2 : UNDANG-UNDANG 2 (BOLA)

Page 8: Sejarah & Undang - undang dalam Futsal

2.1) Ciri-ciri dan ukuran bola:

Berbentuk sfera

Diperbuat daripada kulit atau bahan-bahan yang sesuai

Ukuran lilit tidakm kurang 62 cm dan tidak lebih 64cm

Berat tidak kurang dari 400 gram atau tidak lebih 440 gram pada permulaan permainan

Tekanan angina 0.4-0.6 atmosfera ( 400-600g/sm padu)

Contoh Bola Futsal Logo rasmi FIFA untuk kejohanan antarabangsa

2.2) Penggantian bola yang rosak:

Jika bola pecah semasa perlawanan:

Permainan akan diberhentikan

Permainan dimulakan dengan jatuhan bola menggunakan bola yang telah disahkan oleh pengadil.

Sekiranya bola yang digunakan pecah atau rosak ketika bola di dalam permianan (ketika sepak

mula, sepakan gol, sepakan penjuru, sepakan percuma, sepakan penalti, atau sepakan ke dalam)

permainan dimulakan semula mengikut undang-undang permainan

Bola tidak dibenarkan ditukar semasa permainan tanpa kebenaran pengadil.

BAB 3 : UNDANG-UNDANG 3 (BILANGAN PEMAIN)

3.1) Pemain-pemain

Page 9: Sejarah & Undang - undang dalam Futsal

Suatu perlawanan dimainkan oleh dua pasukan.

Setiap pasukan mengandungi tidak lebih lima pemain dan salah seorang menjadi penjaga

gol.

3.2) Prosedur Penggantian

Bilangan maksimum pengganti yang dibenarkan adalah tujuh. Bilangan penggantian yang

dilakukan di dalam sesuatu perlawanan tidak terhad. Pemain boleh digantikan dan boleh kembali ke

gelanggang sebagai pamain lain.

Syarat-syarat pengantian

Pemain yang keluar gelanggang mesti berbuat demikian di zon penggantian pasukannya.

Pemain yang masuk ke gelanggang mesti berbuat demikian di zon penggatian pasukannya

setelah pemain yang digantikan telah keluar sepenuhnya.

Pengantian adalah terakluk kepada kuasa budi bicara pengadil sama ada dipanggil untuk

bermain atau tidak.

Pengantian pemain adalah sempurna apabila penganti masuk ke gelanggang, mulai saat itu

dia menjadi pemain aktif dan pemain yang diganti itu tamat sebagi pemain aktif.

Penjaga gol juga boleh bertukar-tukar tempat dengan mana-mana pemain.

BAB 4 : UNDANG-UNDANG 4 (ALATAN PEMAIN)

Keselamatan

Seseorang pemain tidak dibenar menggunakan atau memakai sebarang peralatan yang berbahaya

kepada pemain-pemain lain.

4.1) Peralatan Asas

Peralatan asas yang diwajibkan ialah:

jersi atau baju,

seluar pendek – jika seluar dalam ‘thermal’ digunakan, warnanya hendaklah sama dengan warna

utama seluar pendek.

Page 10: Sejarah & Undang - undang dalam Futsal

stokin

shinguard

alas kaki - hanya alas kaki yang diperbuat daripada ‘canvas’ atau kasut latihan dari kulit yang

lembut atau kasut jimnastik yang bertapak getah atau bahan-bahan yang sama dibenarkan.

Pemakaian alas kaki adalah diwajibkan.

4.2) Jersi atau baju

Nombor mestilah tertera pada bahagian belakang semua baju dan mengandungi nombor-nombor

di antara 1 hingga 15.

Warna nombor hendaklah berbeza dengan jelasnya dari warna jersi.

Untuk perlawanan antarabangsa, nombor mestilah tertera juga di bahagian hadapan, walaupun

lebih kecil saiznya.

4.3) Shinguard

Shinguard hendaklah dilitupi keseluruhannya oleh stokin

Diperbuat daripada bahan yang sesuai (getah, plastik atau bahan yang serupa)

Perlu memberikan perlindungan pada tahap yang munasabah

4.4) Penjaga Gol

Setiap penjaga gol hendaklah memakai warna yang membezakan dengan mudahnya dengan

pemain-pemain lain dan juga Pengadil.

Jika seorang pemain menukar tempat dengan penjaga gol, jersi penjaga gol yang digunakan oleh

pemain lain mestilah ditandakan di bahagian belakangnya oleh nombor pemain tersebut.

4.5) Tujuan Hukuman dan Kesalahan

Seseorang pemain tidak dibenarkan memakai sebarang alatan merbahaya kepada dirinya

atau pemain-pemain lain, termasuk sebarang barangan kemas. Hal ini bertujuan untuk menjaga

Page 11: Sejarah & Undang - undang dalam Futsal

keselamatan semasa dalam perlawanan. Sekiranya perlanggaran undang-undang ini terjadi,

pemain bersalah akan dikeluarkan dari permainan oleh pengadil untuk membetulkan atau

melengkapkan alatannya. Pemain tidak dibenarkan masuk semula tanpa melaporkan diri terlebih

dahulu kepada salah seorang yang akan menentukan alatan pemain itu sempurna. Jika pengadil

memberhentikan permainan untuk memberi amaran kepada pemain yang bersalah, permainan

akan dimulakan semula dengan sepakan percuma tidak terus dibuat oleh pemain lawan di tmpat

bola berada semasa pengadil-pangadil itu memberhentikan permainan.

BAB 5 : UNDANG-UNDANG 5 (PENGADIL)

1.1) Kuasa Pengadil

Setiap perlawanan dikawal oleh seorang Pengadil yang mempunyai kuasa untuk

menguatkuasakan Undang-undang Permainan berkaitan dengan perlawanan yang dia ditugaskan

itu, dari mula dia masuk ke persekitaran di mana gelanggang itu ditetapkan sehingga dia keluar.

5.2) Tugas-tugas pengadil:

Menguatkuasakan Undang-undang Permainan

Meneruskan permainan apabila pasukan yang dikasari beruntung dari advantej ini dan

menghukumkan kesalahan yang asal jika advantej yang dijangkakan itu tidak berhasil.

Membuat catatan tentang perlawanan dan menyediakan kepada pihak berkuasa laporan

perlawanan yang mengandungi semua keterangan tentang sebarang tindakan disiplin terhadap

pemain-pemain, dan/atau pegawai pasukan dan sebarang kejadian yang berlaku sebelum, semasa

dan selepas permainan itu.

Bertindak sebagai penjaga masa sekiranya pegawai berkenaan tidak hadir;

Memberhentikan, menangguh atau menamatkan permainan bagi sebarang kesalahan Undang-

undang atau disebabkan oleh sebarang gangguan yang tidak sepatutnya

Mengambil tindakan disiplin terhadap pemain yang bersalah untuk kesalahan-kesalahan diberi

amaran atau diperintah keluar.

Memastikan bahawa hanya orang lain tidak dibenarkan masuk ke padang

Berhentikan permainan jika, pada pendapatnya, seseorang pemain cedera parah dan pastikan

pemain itu dikeluarkan dari gelanggang secepat mungkin

Teruskan permainan sehingga bola di luar permainan jika seorang pemain, pada pendapatnya

tercedera ringan.

Page 12: Sejarah & Undang - undang dalam Futsal

Menentukan bahawa bola yang disediakan memenuhi kehendak Undang-undang II.

BAB 6 : UNDANG-UNDANG 6 (PENGADIL KEDUA)

6.1) Tugas-tugas

Seorang Pengadil Kedua hendaklah dilantik untuk bertugas di sebelah gelanggang yang

bertentangan dengan Pengadil. Dia dibenarkan untuk menggunakan wisel.

Pengadil Kedua membantu pengadil untuk mengawal perlawanan mengikut Undang-undang

Permainan. Pengadil Kedua juga:

Mempunyai kuasa budibicara untuk memberhentikan permainan jika berlaku perlanggaran

undang-undang

Memastikan penggantian dilakukan dengan betul

Jika berlaku gangguan yang tidak wajar atau kelakuan tidak sepatutnya, pengadil akan menamatkan tugas

Pengadil Kedua dan mendapatkan penggantinya dan melaporkan kepada pihak yang berkuasa.

BAB 7 : UNDANG-UNDANG 7 (PENJAGA MASA DAN PENGADIL KETIGA)

7.1) Tugas-tugas

Seorang Penjaga Masa dan Pengadil Ketiga hendaklah dilantik.

Mereka ditempatkan di luar gelanggang permainan pada pertengahan garisan tepi di sebelahan

yang sama dengan zon penggantian.

Penjaga Masa dan Pengadil Ketiga itu dilengkapkan dengan jam (randik) yang sesuai dan

peralatan yang perlu untuk menunjukkan kesalahan-kesalahan terkumpul, yang dibekalkan oleh

persatuan atau kelab di mana gelanggang itu dimainkan.

7.2) Penjaga Masa:

Memastikan jangkamasa perlawanan mengikut peruntukan yang ditetapkan di dalam Undang-undang 8

dengan memulakan jamnya selepas sepak mula:

Mulakan jam (chrometer) itu setelah sepak mula

Memberhentikan jam itu apabila di luar permainan

Page 13: Sejarah & Undang - undang dalam Futsal

Memulakan semula selepas sepakan ke dalam, penghantaran gol, atau tanda penalti kedua,

perhentian masa atau jatuhan bola.

Mengawalkan perhentian masa satu minit.

Mengawal tempoh 2 minit masa hukuman apabila seseorang pemain diperintah keluar

Memberi isyarat tempoh masa separuh masa pertama, tamat tempoh perlawanan, tamat tempoh

masa tambahan dan tamat tempoh perhentian masa dengan satu tiupan wisel atau isyarat bunyi

lain yang berbeza dari wisel pengadil-pengadil.

Merekodkan semua baki perhentian masa bagi tiap-tiap pasukan, memaklumkan pengadil-

pengadil dan pasukan sewajarnya dan memberi isyarat kebenaran perhentian masa apabila

diminta oleh salah satu pasukan (undang-undang 8)

Merekod lima kesalahan terkumpul pertama dilakukan pasukan yang dihukum oleh pengadil,

pada tiap-tiap separuh masa perlawanan dan beri isyarat apabila kesalahan terkumpul kelima

dilakukan oleh mana-mana pasukan.

7.3) Pengadil Ketiga

Pengadil Ketiga membantu Penjaga Masa Dalam:

Mencatatkan lima kesalahan pertama yang dilakukan oleh kedua-dua pasukan pada setiap separuh

masa yang dicatatkan oleh Pengadil dan memberikan isyarat apabila kesalahan kelimat dilakukan

oleh mana-mana pasukan

Menyimpan rekod semua pemberhentian dan sebab-sebabnya di dalam sesuatu permainan,

Catatan nombor pemain-pemain yang menjaringkan gol

Mengingatkan nama pemain-pemain yang diberi amaran atau diperintah keluar

Memberikan maklumat-maklumat lain yang ada kaitan dengan permainan itu.

Jika berlaku gangguan yang tidak sewajarnya oleh Penjaga Masa atau Pengadil Ketiga, Pengadil akan

menamatkan tugasnya dan mendapatkan penggantinya serta melaporkan kejadian itu kepada pihak

berkuasa yang bertanggungjawab. Jika berlaku kecederaan, Pengadil Ketiga boleh menggantikan sama

ada Pengadil atau Pengadil Kedua.

BAB 8 : UNDANG-UNDANG 8 (JANGKAMASA PERMAINAN)

8.1) Tempoh Masa Permainan

Page 14: Sejarah & Undang - undang dalam Futsal

Perlawanan hendaklah dibahagikan kepada dua tempuh masa yang sama, iaitu 20 minit setiap

satu.

Catatan masa dilakukan oleh Penjaga Masa yang tugasnya adalah dihuraikan di dalam Undang-

undang 7.

Tempuh masa setiap separuh masa akan dilanjutkan untk membolehkan satu sepakan penalti

dibuat.

8.2) Hentian Masa

Setiap pasukan berhak meminta perhentian masa satu minit pada setiap separuh masa.

Syarat-syarat berikut dilaksanakan untuk perhentian masa:

Jurulatih pasukan adalah berkuasa untuk meminta perhentian masa satu minit.

Perhentian masa satu minit boleh diminta pada bila-bila masa tetapi dibenarkan hanya apabila

pasukan yang meminta perhentian masa sedang mengawal bola.

Penjaga masa memberi isyarat kebenaran untuk perhentian masa apabila bola di luar permainan

dengan menggunakan wisel atau isyarat bunyi lain yang berbeza dari digunakan oleh Pengadil.

Ketika perhentian masa dibenarkan, pemain-pemain mesti berada di dalam gelanggang. Jika

mereka hendak menerima arahan dari pegawai pasukan, ini hanya dibuat di garisan tepi

berhadapan dengan bangku. Pegawai yang memberi arahan tidak dibenarkan masuk ke

gelanggang.

8.3) Masa Rehat

Rehat pada separuh masa tidak boleh melebihi 15 minit.

BAB 9 : UNDANG-UNDANG 9 (PERMULAAN DAN MEMULAKAN SEMULA

PERMAINAN)

9.1) Pra-perlawanan

Pilihan tempat sepak mula hendaklah ditentukan dengan lentingan syiling. Pasukan yang menang

lentingan berhak membuat pilihan tempat untuk diserang pasukannya.

Pasukan lawan akan memilih sepak mula perlawanan.

Page 15: Sejarah & Undang - undang dalam Futsal

Pasukan yang menang lentingan syiling membuat sepak mula pada separuh masa kedua

perlawanan.

Dalam separuh masa kedua, kedua-dua pasukan bertukar tempat menyerang gol yang

bertentangan.

9.2) Sepak Mula

Sepak mula adalah satu cara untuk memulakan atau memulakan semula permainan:

pada permulaan perlawanan

selepas satu gol telah dijaringkan

pada permulaan separuh masa kedua perlawanan

pada permulaan setiap masa tambahan, bila sesuai.

Gol boleh dijaringkan terus dari sepak mula.

9.3) Jatuhan Bola

Jatuhan bola ialah suatu cara untuk memulakan semula permainan selepas sesuatu penangguhan

sementara yang diperlukan, semasa bola di dalam permainan dengan syarat sebelum

pemberhentian itu bola belum melintasi garisan tepi atau garisan gol, atau mana-mana sebab yang

tidak disebut di mana-mana bahagian Undang-undang Permainan yang lain.

9.4) Keadaan-keadaan Tertentu:

Bola dijatuhkan semula jika:

Disentuh oleh pemain sebelum ia menyentuh tanah

Bola keluar dari gelanggang selepas ia menyentuh tanah tanpa disentuh oleh pemain.

Sepakan percuma yang diberikan kepada pasukan bertahan di dalam kawasan penaltinya boleh

dibuat dari mana-mana tempat di dalam kawasan penalti itu. Sepakan percuma yang diberikan

tidak terus yang diberikan kepada pasukan penyerang di dalam kawasan penalti pasukan lawan

hendaklah dibuat di garisan kawasan penalti di tempat paling hampir bola berada semasa

permainan diberhentikan. Jatuhan bola untuk memulakan semula permainan di dalam kawasan

penalti mesti dibuat di garisan kawasan penalti di tempat paling hampir bola berada semas

permainan diberhentikan.

Page 16: Sejarah & Undang - undang dalam Futsal

BAB 10 : UNDANG-UNDANG 10 (BOLA DI DALAM DAN DI LUAR PERMAINAN)

10.1) Bola di Luar Permainan

Bola adalah di luar permainan apabila:

Keseluruhannya telah melintasi garisan gol atau garisan tepi sama ada di tanah atau di udara

Permainan diberhentikan oleh pengadil

Ia menyentuh siling.

10.2) Bola di Dalam Permainan

Bola sentiasa di dalam permainan termasuk apabila:

Ia melantun dari tiang gol atau palang gol ke dalam gelanggang

Ia melantun dari pengadil-pengadil ketika mereka berada di dalam gelanggang

10.3) Keputusan-keputusan

Apabila sesuatu perlawanan dimainkan di gelanggang dalam dewan dan bola terkena siling, permainan

hendaklah dimulakan semula dengan satu sepakan ke dalam, yang dibuat oleh pasukan lawan kepada

pemain yang akhir sekali menyentuh bola itu.Sepakan ke dalam dibuat dari garisan tepi paling hampir

kepada tempat di mana bola menyentuh siling.

BAB 11 : UNDANG-UNDANG 11 (CARA MENENTUKAN JARINGAN)

11.1) Jaringan Gol

Kecuali terdapatnya peruntukan lain di dalam undang-undang ini, gol dijaringkan apabila

keseluruhan bola telah melintasi garisan gol, di antara kedua-dua tiang gol dan di bawah palang

gol, kecuali bola itu telah dilontar, dibawa atau sengaja dikuis dengan tangan atau lengan oleh

seorang pemain pasukan menyerang, termasuk penjaga gol.

Page 17: Sejarah & Undang - undang dalam Futsal

11.2) Pasukan yang Menang

Pasukan yang menjaringkan bilangan gol yang lebih dalam sesuatu perlawanan akan dikira

pemenang. Jika kedua-dua pasukan menjaringan bilangan gol yang sama atau tiada gol

jaringankan, perlawanan dikira “seri”.

11.3) Peraturan Pertandingan

Bagi perlawanan yang berkesudahan dengan seri, peraturan pertandingan boleh menyatakan

peruntukan yang melibatkan tambahan masa atau prosedur-prosedur lain untuk menentukan

pemenang sesuatu perlawanan.

BAB 12 : UNDANG-UNDANG 12 (KESALAHAN-KESALAHAN DAN KELAKUAN TIDAK

BERTERTIB)

12.1) Kesalahan-kesalahan dan kelakuan tidak bertertib adalah dihukum seperti berikut:

12.1.1) Sepakan Percuma Terus

Suatu sepakan percuma terus akan diberi kepada pasukan lawan jika seseorang pemain dengan

sengaja melakukan salah satu dari enam kesalahan berikut yang dianggap oleh pengadil sebagau cuai,

gegabah atau menggunakan daya yang berlebih:

Menendang atau cuba menendang pemain lawan

Membentes atau cuba membentes pemain lawan

Melompat ke pemain lawan

Merempuh pemain lawan, walaupun dengan bahu

Memukul atau cuba memukul pemain lawan

Menolak pemain lawan

Sepakan percuma terus juga diberikan kepada pasukan lawan jika seseorang pemain melakukan salah

satu daripada lima kesalahan berikut:

Memegang pemain lawan

Meludah kepada pemain lawan

Page 18: Sejarah & Undang - undang dalam Futsal

Menggelunsor untuk memainkan bola yang sedang dimainkan atau cuba dimainkan oleh pemain

lawan (takel menggelunsor), kecuali bagi penjaga gol di dalam kawasan penaltinya dengan syarat

dia tidak bermain secara cuai, gegabah atau menggunakan daya yang berlebihan

Memegang bola dengan sengaja kecuali penjaga gol yang berada di dalam kawasan penaltinya

sendiri

*semua sepakan percuma dibuat di tempat kesalahan.

12.1.2) Sepakan Penalti

Suatu sepakan penalti diberi kepada pasukan lawan jika seseorang pemain melakukan salah satu

dari kesalahan di atas di dalam kawasan penaltinya tanpa diambil kira kedudukan bola tetapi

dengan syarat bola berada di dalam permainan.

12.1.3) Sepakan Percuma Tidak Terus

Suatu sepakan percuma tidak terus diberi kepada pasukan lawan jika penjaga gol melakukan salah

satu dari kesalahan-kesalahan berikut:

Setelah melepaskan bola dari kawalannya, dia menerima semula bola yang disepak oleh

rakannya, tanpa bola terlebih dahulu melepasi garisan tengah atau dimainkan oleh pemain

pasukan lawan

Menyentuh atau mengawal bola dengan tangannya setelah ia disepak dengan sengaja kepadanya

oleh rakannya

Menyentuh atau mengawal bola dengan tangannya setelah ia menerima bola terus dari suatu

sepakan ke dalam oleh rakannya

Menyentuh atau mengawal bola dengan tangan atau kakinya lebih dari empat saat, di mana-mana

bahagian gelanggang, kecuali ia menyentuh bola di separuh bahagian gelanggang pasukan lawan

Suatu sepakan percuma tidak terus juga diberi kepada pasukan lawan, dan dibuat di tempat kesalahan,

jika, pada pendapat pengadil, seorang pemain:

Bermain dengan cara berbahaya

Apabila tidak memainkan bola, dengan sengaja menghalang pergerakan pemain lawan

Menghalang penjaga gol untuk melepaskan bola dari tangannya

Page 19: Sejarah & Undang - undang dalam Futsal

Melakukan mana-mana kesalahan lain, tidak disebut di dalam Undang-undang 12 di atas, di mana

permainan diberhentikan untuk memberi amaran atau perintah keluar seseorang pemain

Sepakan percuma tidak terus dibuat di tempat kesalahan, kecuali di dalam kawasan penalti, maka sepakan

percuma tidak terus itu hendaklah dibuat di atas garisan kawasan penalti yang paling hampir dengan

tempat kesalahan dilakukan.

12.2) Hukuman-hukuman Disiplin

Kad kuning atau merah hanya boleh ditunjuk kepada pemain-pemain dan penganti-penganti.

12.3) Kesalahan-kesalahan Beramaran

Pemain diberi amaran dan ditunjukkan kad kuning jika dia melakukan mana-mana kesalahan

berikut:

Berkelakuan tidak bersemangat sukan

Membantah keputusan pengadil dengan perkataan atau tindakan

Sentiasa melanggar undang-undang permainan

Melambat-lambatkan permulaan semula permainan

Gagal menghormati jarak yang diperlukan semasa permainan dimulakan semula dengan suatu

sepakan penjuru, sepakan ke dalam, sepakan percuma atau lemparan gol

Masuk atau masuk semula gelanggang tanpa kebenaran pengadil atau melanggaar prosedur

penggantian

Dengan sengaja keluar dari gelanggang tanpa kebenaran pengadil

Untuk mana-mana dari kesalahan di atas, suatu sepakan percuma tidak terus diberi kepada pasukan

lawan, yang dibuat dari tempat kesalahan. Jika kesalahan itu dilakukan di dalam kawasaan penalti,

sepakan percuma tidak terus itu dibuat dari garisan penalti di tempat yang paling hampir dengan tempat

kesalahan. Suatu kesalahan juga diberi dengan syarat tiada kesalahan yang lebih berat dilakukan.

12.4) Kesalahan Perintah Keluar

Seorang pemain diperintah keluar dan dilayangkan kad merah jika melakukan mana-mana kesalah

berikut:

Bersalah kerana bermain dengan amat kasar;

Page 20: Sejarah & Undang - undang dalam Futsal

Bersalah kerana berkelakuan ganas

Meludah pemain lawan atau orang lain

Menggagalkan pasukan lawan suatu jaringan atau peluang jaringan yang jelas dengan kesalahan

memegang bola dengan sengaja (ini tidak termasuk penjaga gol di dalam kawasan penaltinya)

Menggagalkan peluang jeringan yang jelas pemain lawan yang bergerak ke arah gol pemain

dengan suatu kesalahan yang boleh dihukum dengan suatu sepakan percuma atau sepakan penalti

Menggunakan bahasa yang menyinggung perasaan, menghina atau kesat

Bersalah kerana menerima amaran kedua dalam satu permainan.

Jika permainan diberhentikan kerana seorang pemain diperintah keluar di atas kesalahan 6 atau 7, tanpa

pelanggaran undang-undang lain, permainan akan dimulakan semula dengan satu sepakan percuma tidak

terus kepada pasukan lawan dari tempat di mana kesalahan itu dilakukan. Walau bagaimanapun, jika ia

dilakukan di dalam kawasan penalti, sepakan percuma tidak terus itu hendaklah dibuat dari garisan

kawasan penalti yang paling hampir dengan tempat kesalahan.

BAB 13 : UNDANG-UNDANG 13 (SEPAKAN PERCUMA)

13.1) Jenis-jenis Sepakan Percuma

Sepakan percuma adalah sama ada terus atau tidak terus.

Untuk kedua-dua sepakan itu bola hendaklah tidak bergerak semasa sepakan percuma dibuat, dan

penyepak tidak boleh memainkan bola itu kali kedua sehingga bola disentuh atau dimainkan oleh

pemain lain.

Page 21: Sejarah & Undang - undang dalam Futsal

13.1.1) Sepakan Percuma Terus

Jika dari suatu sepakan percuma terus, bola disepak terus ke dalam gol pasukan lawan, gol

dikira.

13.1.2) Sepakan Percuma Tidak Terus

Suatu gol boleh dijaringkan hanya apabila bola itu telah dimainkan atau disentuh oleh

seorang pemain lain sebelum bola masuk ke dalam gol

13.2) Kedudukan untuk Sepakan Percuma

Semua pemain lawan mestilah sekurang-kurangnya 5 meter dari bola sehingga ia berada di

dalam permainan

Bola berada di dalam permainan sebaik saja ia disentuh atau dimainkan

13.3) Kesalahan-kesalahan/Hukuman-hukuman

Jika, apabila suatu sepakan percuma dibuat, seorang pemain berada lebih hampir ke bola dari jarak yang

diperlukan:

Sepakan dibuat semula

Jika, setelah bola berada di dalam permainan, penyepak menyentuh bola semula sebelum ia

dimainkan oleh pemain lain:

Satu sepakan percuma tidak terus diberi kepada pasukan lawan di tempat kesalahan itu.

Walau bagaimanapun, jika kesalahan itu berlaku di dalam kawasan penalti, sepakan percuma

tidak terus itu hendaklah dibuat di atas garisan kawasan penalti di tempat paling hampir

dengan kesalahan itu.

Jika pasukan yang membuat sepakan percuma mengambil lebih dari 4 saat

Suatu sepakan percuma tidak terus diberi kepada pasukan lawan.

13.4) Isyarat-isyarat

13.4.1) Sepakan Percuma Terus

Page 22: Sejarah & Undang - undang dalam Futsal

Pengadil mengekalkan lengannyanya melintang menunjukkan arah sepakan dibuat. dalam

kesalahan yang dikira sebagai kesalahan terkumpul, pengadil mengisyaratkan dengan

menunjukkan jari telunjuk ke bawah supaya pengadil ketiga, atau mana-mana pegawai pada meja,

tahu bahawa ia dikira sebagai kesalahan terkumpul.

13.4.2) Sepakan Percuma Tidak Terus:

Pengadil mengisyaratkan sepakan percuma tidak terus dengan mengangkat sebelah tangan lurus

ke atas. Dia mengekalkan tangannya sehingga sepakan itu telah dibuat dan bola telah dimainkan

oleh pemain lain.

BAB 14 : UNDANG-UNDANG 14 (KESALAHAN-KESALAHAN TERKUMPUL)

14.1) Kesalahan-kesalahan terkumpul

Kesalahan terkumpul ialah kesalahan yang dihukum dengan sepakan percuma terus yang disebut

di dalam undang-undang 12.

Lima kesalahan terkumpul pertama dilakukan setiap pasukan pada tiap-tiap separuh masa adalah

dicatatkan di dalam catatan perlawanan.

Pengadil-pengadil boleh meneruskan permainan dengan melaksanakan peraturan

Advantej jika pasukan itu belum lagi melakukan lima kesalahan terkumpul dan pasukan lawan

tidak digagalkan dengan peluang jelas untukmenjaringkan gol.

Page 23: Sejarah & Undang - undang dalam Futsal

Jika masa tambahan dimainkan, kesalahan-kesalahan terkumpul daripada tempoh kedua masih

dikira. Sebarang kesalahan terkumpul semasa masa tambahan adalah dicampurkan kepada jumlah

keseluruhan pasukan daripada tempoh kedua.

14.2) Kedudukan Sepakan Percuma

Bagi lima kesalahan terkumpul yang pertama yang dicatatkan oleh mana-mana pasukan di dalam setiap

separuh masa:

Pemain pasukan lawan boleh membentuk benteng untuk mempertahankan sepakan percuma itu.

Semua pemain lawan berada sekurang-kurangnya lima meter dari bola sehingga ia di dalam

permainan.

Gol boleh dijaringkan terus dari sepakan ini.

Bermula dengan kesalahan terkumpul yang keenam yang dicatatkan oleh mana-mana pasukan di

dalam setiap separuh masa:

Pemain pasukan lawan tidak boleh membentuk benteng untuk mempertahankan sepakan percuma

itu.

Pemain yang membuat sepakan hendaklah dikenal pasti.

Penjaga gol mesti berada di dalam kawasan penaltinya dan sekurang-kurangnya lima meter dari

bola.

Semua pemain lawan di dalam gelanggang hendaklah berada se belakang garisan bayangan yang

selari dengan garisan gol, dan di luar kawasan penalti. Mereka mestilah berada lima meter dari

bola dan tidak boleh menghalang pemain yang membuat sepakan itu. Tiada pemain dibenarkan

melepasi garisan bayangan itu sehingga bola berada di dalam permainan.

Page 24: Sejarah & Undang - undang dalam Futsal

14.3) Prosedur (untuk kesalahan terkumpul keenam dan lebih)

Pemain yang membuat sepakan mesti menyepak bola dengan tujuan untuk membuat jaringan dan

tidak dibenarkan untuk membuat hantaran kepada pemain lain.

Sebaik saja sepakan dibuat, tiada pemain dibenarkan menyentuh bola sehingga ia disentuh oleh

penjaga gol, atau ia melantun dari tiang atau palang gol, atau telah keluar dari gelanggang.

Tiada sepakan percuma dibenarkan dibuat kurang enam meter dari garisan gol (lihat Undang-

undang 13). Jika sesuatu kesalahan yang biasa dihukumkan dengan suatu sepakan percuma tidak

terus berlaku di dalam kawasan penalti, sepakan percuma itu hendaklah dibuat dari garisan

kawasan penalti yang hampir dengan kesalahan itu.

Jika seorang pemain melakukan kesalahan keenam pasukannya di dalam kawasan pasukan lawan

atau di dalam kawasan sendiri di depan garisan bayangan yang selari dengan garisan pertengahan

padang dan melalui tanda penalti kedua 10 meter dari garisan gol, sepakan percuma itu hendaklah

dibuat daripada tanda penalti kedua. Tanda penalti kedua ini diterangkan di dalam Undang-

undang 1. Sepakan percuma ini hendaklah dibuat menepati peruntukan yang disebutkan di bawah

“Posisi untuk sepakan percuma”.

Jika seorang pemain melakukan kesalahan keenam pasukannya di dalam kawasannya di antara

garisan 10 meter dengan garisan gol, pasukan yang akan membuat sepakan itu boleh memilih

untuk membuat sepakan itu dari tanda penalti kedua atau dari tempat di mana kesalahan itu

berlaku.

Jika permainan berlanjutan ke masa tambahan, semua kesalahan yang terkumpul dari separuh

masa kedua akan dibawa ke masa tambahan itu.

BAB 15 : UNDANG-UNDANG 15 (SEPAKAN PENALTI)

15.1) Sepakan Penalti

Satu sepakan penalti diberi terhadap sesuatu pasukan yang melakukan mana-mana kesalahan di

dalam kawasan penaltinya yang dihukumkan dengan satu sepakan percuma terus, semasa bola di

dalam permainan.Gol boleh dijaringkan terus dari satu sepakan penalti.

Masa hendaklah dilanjutkan untuk suatu sepakan penalti dibuat pada penghujung masa setiap

separuh masa atau pada penghujung setiap separuh masa tambahan.

15.2) Kedudukan Bola dan Pemain

Page 25: Sejarah & Undang - undang dalam Futsal

Bola:

Diletakkan di tanda penalti

Pemain yang membuat sepakan penalti:

Dikenal pasti

Penjaga gol bertahan:

Berada di atas garisan golnya, mengadap penyepak, di antara kedua-dua tiang gol, sehingga bola

disepak.

Pemain-pemain selain dari penyepak berada:

Di dalam gelanggang

Di luar kawasan penalti

Di belakang atau di tepi tanda penalti

Sekurang-kurangnya 5 meter dari tanda penalti

15.3) Prosedur

Penyepak sepakan penalti itu menyepak bola ke hadapan

Dia tidak dibenarkan memainkan bola kali kedua sehingga ia telah disentuh oleh pemain lain

Bola berada di dalam permainan sebaik ia disepak dan bergerak ke hadapan

Apabila sesuatu sepakan penalti dibuat semasa permainan biasa, atau masa dilanjutkan pada separuh

masa atau masa penh untuk membenarkan sepakan penalti itu dibuat atau dibuat semula, gol diberi

jika, sebelum melintasi tiang-tiang gol di bawah palang gol:

Bola menyentuh salah satu atau kedua-dua tiang gol, dan/atau palang gol dan/atau penjaga gol.

Kesalahan-kersalahan/hukuman-hukuman

BAB 16 : UNDANG-UNDANG 16 (SEPAKAN KE DALAM)

16.1) Sepakan ke dalam:

Sepakan ke dalam adalah salah satu cara untuk memulakan semula permainan. Gol tidak boleh

dijaringkan terus dari sepakan ke dalam. Sepakan ke dalam boleh diberikan dalam keadaan:

Page 26: Sejarah & Undang - undang dalam Futsal

Apabila keseluruhan bola melintasi garisan tepi, sama ada di tanah atau di udara, atau terkena

siling

Dari tempat di mana bola melintasi garisan tepi

Kepada lawan pemain yang akhir sekali menyentuh bola.

16.2) Kedudukan Bola dan Pemain

Bola:

Mesti statik di atas garisan tepi.

Bola disepak ke dalam permainan ke mana-mana arah

Pemain yang membuat sepakan ke dalam:

Sebahagian dari satu kaki di atas garisan tepi atau di atas tanah di luar garisan tepi ketika

menyepak bola itu

Pemain bertahan:

Mestilah berada tidak kurang 5 meter dari tempat sepakan ke dalam dibuat.

16.3) Prosedur

Pemain yang membuat sepakan ke dalam mestilah melakukannya dalam masa 4 saat dari masa ia

menerima bola

Pemain yang membuat sepakan ke dalam tidak boleh memainkan bola kali kedua sehingga ia

telah disentuh oleh pemain lain

Bola berada di dalam permainan sebaik saja ia disepak atau disentuh

BAB 17 : UNDANG-UNDANG 17 (PENGHANTARAN GOL)

17.1) Penghantaran Gol

Page 27: Sejarah & Undang - undang dalam Futsal

Penghantaran gol adalah satu cara untuk memulakan semula permainan. Gol tidak boleh dijaringkan terus

dari penghantaran gol. Penghantaran gol diberi apabila:

Keseluruhan bola yang akhir sekali disentuh oleh pemain pasukan menyerang melintasi garisan

gol sama ada di udara atau di tanah dan gol tidak dijaringkan mengikut Undang-undang 11.

17.2) Prosedur

Bola dibaling dari mana-mana kawasan penaltinya oleh penjaga gol pasukan bertahan

Pemain lawan berada di luar kawasan penalti sehingga bola di dalam permainan

Penjaga gol tidak memainkan bola kali kedua sehingga ia telah disentuh oleh pemain lain

Bola di dalam permainan sebaik saja ia dibaling melepasi kawasan penalti tersebut.

17.3) Kesalahan-kesalahan/hukuman-hukuman

Jika bola tidak melintasi terus dari kawasan penalti:

Penghantaran gol dibuat semula

Jika, setelah bola berada di dalam permainan, penjaga gol menyentuh bola kali kedua, sebelum ia telah

disentuh oleh pemain lain:

Sepakan percuma tidak terus diberi kepada pasukan lawan dari tempat kesalahan, ia berlaku di

dalam kawasan penalti, dalam hal demikian, sepakan percuma tidak terus ini dibuat dari garisan

kawasan penalti yang hampir dengan dengan kesalahan itu.

Jika penghantaran gol tidak dibuat dalam masa 4 saat dari masa penjaga

Sepakan percuma tidak terus diberi kepada pasukan lawan dari garisan kawasan penalti yang

hampir dengan dengan kesalahan itu.

BAB 18 : UNDANG-UNDANG 18 (SEPAKAN PENJURU)

18.1) Sepakan penjuru

Sepakan penjuru ialah satu cara untuk memulakan semula permainan.

Gol boleh dijaringkan terus dari sepakan penjuru, tetapi hanya terhadap pasukan lawan.

Page 28: Sejarah & Undang - undang dalam Futsal

Sepakan penjuru diberi kerana keseluruhan bola melintasi garisan gol, akhir sekali disentuh oleh

pemain bertahan sama ada di tanah atau di udara, dan satu gol tidak dijaringkan menurut Undang-

undang 11.

18.2) Prosedur

Bola diletakkan tepat pada bahagian dalam lengkuk penjuru yang paling hampir

Pemain lawan hendaklah berada tidak kurang 5 meter dari bola sehingga bola didalam permainan

Bola disepak oleh pemain pasukan menyerang

Bola berada di permainan sebaik saja disepak atau disentuh

Pemain yang membuat sepakan itu tidak boleh memainkan bola kali kedua sehingga ia telah

disentuh oleh pemain lain

18.3) Kesalahan-kesalahan/hukuman-hukuman

Sepakan percuma tidak terus diberi kepada pasukan lawan jika:

Pemain yang membuat sepakan penjuru menyentuh bola kali kedua sebelum ia disentuh oleh

pemain lain. Sepakan percuma tidak terus itu adalah dibuat di tempat kesalahan.

Sepakan penjuru tidak dibuat dalam masa 4 saat dari masa pemain yang akan membuat sepakan

menerima bola. Sepakan percuma tidak terus itu adalah dibuat dari lengkuk penjuru.

Untuk kesalahan-kesalahan lain:

Sepakan penjuru dibuat semula

2.0) ISYARAT-ISYARAT PENGADIL SEMASA PERLAWANAN FUTSAL

Page 29: Sejarah & Undang - undang dalam Futsal

Mula dan Mula Semula Permainan Advantage

Sepakan Percuma Terus Sepakan Percuma Tidak Terus

Page 30: Sejarah & Undang - undang dalam Futsal

Kiraan Empat Saat Kesalahan Terkumpul Kelima

Beri Amaran/Perintah Keluar Masa Rehat

3.0) SOALAN LAZIM TENTANG FUTSAL

SOALAN OBJEKTIF

Page 31: Sejarah & Undang - undang dalam Futsal

1) Apakah sebabnya sukan futsal dikatakan merupakan salah satu sukan yang istimewa berbanding dengan sukan lain?

a) Boleh dimainkan pada bila-bila waktu dan cuaca.

b) Boleh dimainkan pada waktu hujan.

c) Boleh dimainkan oleh semua peringkat umur dan jumlah pemain seramai 10 orang.

d) Boleh menggunakan pakaian yang bebas untuk bermain

2) Perkataan ‘FUTSAL’ berasal dari negara?

a) Brazil

b) Amerika Latin

c) Kanada

d) Sepanyol

3) Negara mana yang memenangi kejohanan futsal dunia FIFUSA pada tahun 1982 di Sao Paulo

a) Canada

b) Sepanyol

c) Brazil

d) Paraguay

4) Pada tahun bilakah undang-undang futsal di buat?

a) 1936

b) 1940

c) 1926

d) 1957

5) Apakah maksud FIFUSA?

a) The Federacao Internationale de Futebol de Salao / Federasi Futsal AS

b) Football International Federation of United Stated of America

c) The Federacao Internationale de Futebol de Brazil

d) Soccer of USA

6) Berapa ramai pemain yang bermain di dalam gelanggang ketika perlawanan berlangsung?

Page 32: Sejarah & Undang - undang dalam Futsal

a) 10 orang

b) 5 orang

c) 22 orang

d) 11 orang

7) Berapakah berat bola futsal?

a) Berat tidak kurang dari 400 gram atau tidak lebih 440 gram pada permulaan permainan

b) Berat tidak kurang dari 440 gram atau tidak lebih 480 gram pada permulaan permainan

c) Berat tidak kurang dari 500 gram atau tidak lebih 540 gram pada permulaan permainan

d) Berat tidak kurang dari 410 gram atau tidak lebih 450 gram pada permulaan permainan

8) Berapakah saiz gelanggan futsal?

a) Panjang : Minimum 38 meter

Maksimum 42 meter

Lebar : Mimimum 18 meter

Maksimum 25 meter.

b) Panjang : Minimum 28 meter

Maksimum 42 meter

Lebar : Mimimum 18 meter

Maksimum 15 meter.

c) Panjang : Minimum 35 meter

Maksimum 52 meter

Lebar : Mimimum 11 meter

Maksimum 95 meter.

d) Panjang : Minimum 35 meter

Maksimum 40 meter

Lebar : Mimimum 18 meter

Maksimum 25 meter.

Page 33: Sejarah & Undang - undang dalam Futsal

9) Berapakah bilangan maksimum pemain yang dibenarkan untuk pengantian?

a) 3 orang

b) 7 orang

c) 5 orang

d) 2 orang

10) Apakah reaksi pengadil berdasarkan gambar berikut?

a) Advantage

b) Kiraan empat saat

c) Sepakan percuma tidak terus

d) Sepakan percuma terus

Page 34: Sejarah & Undang - undang dalam Futsal

laporan &

aktiviti

mingguan

Minggu pertama

Page 35: Sejarah & Undang - undang dalam Futsal

Hari :          KhamisTarikh :          12. September. 2013Masa      :          5.00pm-7.00pmTempat              :          Padang Serbaguna, UPSI. Kaedah latihan        :          Taklimat oleh pensyarahAktiviti      :

Menerangkan tentang Rancangan Instruksi dalam subjek futsal yang di ambil, seperti keperluan kursus , tugasan yang akan di buat sepanjang semester ini.

Pembahagian kumpulan. Kumpulan telah dibahagikan kepada satu kumpulan yang mana terdiri dari dua orang pelajar.

Pelantikan ketua kumpulan besar dan setiausaha serta bendahari.

Objektif          : Untuk memberi pengetahuan dan pengenalan tentang kursus kokurikulum ini.

Catatan / Komen        : Semua pelajar memberi perhatian dengan apa yang disampaikan oleh pensyarah. Kerjasama dari pelajar sangat bagus.

Pada minggu pertama, kami telah menerima taklimat ringkas oleh instruktor dan En. Omar Bin

Md Salleh berkaitan kursus secara rawak. Selepas itu, pemilihan organisasi bagi kumpulan A.

Bagi pengenalan, kami diberitahu secara ringkas dan padat mengenai sejarah Futsal

Antarabangsa dan sejarah Futsal di Malaysia. Setelah En. Omar selesai memberikan penerangan,

kami diarahakan membentuk kumpulan sendiri iaitu seramai dua orang dalam satu kumpulam

untuk melaksanakan tugasan berkumpulan. Setelah itu, sedikit taklimat diberi mengenai cara-

cara untuk melakukan tugasan seperti yang telah ditetapkan. Selain itu pensyarah juga telah

menerangkan bagaimana untuk menyiapkan serta menerangkan format buku log ini.

Seterusnya, kami diarahkan oleh pensyarah untuk melakukan pemanasan badan sebelum

diberikan arahan untuk bermain dalam kumpulan. Pada hari tersebut, saya berpeluang

mengetahui dengan jelas mengenai sejarah Futsal dunia malah di Malaysia. Seperti yang kita

tahu, di Malaysia Futsal semakin mendapat tempat dalam kalangan masyarakat tanpa mengira

lapisan umur. Ia mwnunjukkan satu perkembangan yang baik malah menyumbang kepada

kesihatan tuibuh badan dalam kalangan masyarakat di Malaysia yang menggemarinya.

Page 36: Sejarah & Undang - undang dalam Futsal

Tambahan lagi, pada minggu pertama kesemua pelajar dapat memperlajari serta

mengaplikasikan teknik memanaskan badan dan aktiviti regangan yang sesuai untuk permainan

Futsal.

MINGGU KEDUA

Page 37: Sejarah & Undang - undang dalam Futsal

Hari                           :          Khamis

Tarikh                       :  19. September. 2011

Masa                         :          5.00pm - 7.00pm

Tempat                      :        Padang Serbaguna UPSI. 

Kaedah latihan          :          Pensyarah telah memberi penerangan tentang teknik permainan futsal.

Aktiviti          : Pemanasan badan serta regangan otot

Teknik asas menendang bola

Objektif : Supaya pelajar dapat mempelajari teknik-teknik untuk menendang bola

sebagai permulaan awal.

Pelajar juga dapat dan mengetahui untuk melakukan pemanasan badan

sebelum melakukan sesuatu aktiviti.

Catatan/komen : Semua pelajar dapat mengikuti apa yang diperlukan dan diajar oleh

instruktor dan pensyarah.

Pelajar memberi komitmen dan kerjasama yang tinggi sepanjang

pembelajaran ini berlangsung.

Pada minggu ini, kami diajar mengenai sentuh menerima bola, dalam aspek pembinaan

kecergasan dan kemahiran. Tujuan pembelajaran tersebut adalah untuk menghasilkan gerak kaki

yang betul sambil bergerak dan menyentuh bola menggunakan pelbagai bahagian kaki. Pada

minggu tersebut juga, kami telah diterangkan oleh pensyarah mnegenai gelanggang, senarai

alatan yang digunakan dalam permainan Futsal. Kami juga diterangkan mengenai ukuran,

garisan, dan pelbagai lagi kerana walaupun sukan Futsal.. Sepertimana yang kita sedia maklum

permainan Futsal ini lebih mencabar kerana pemain perlu bermain dalam ruangan yang kecil

yang mana amat memerlukan “skill” atau kemahiran yang pelbagi dalam mengawal bola.

Bagi peralatan pula, semasa bermain futsal pemain perlu memakai beberapa alat

untuk keselatan seperti “Shinguard” yang berfungsi melindungi tulang pada tahap

Page 38: Sejarah & Undang - undang dalam Futsal

maksimum. Selain itu, kami diajar mengenai bola yang digunakan dalam permainan

Futsal. Bola untuk permainan ini adalah lebih berat dan lantunan yang kurang berbanding

bola yang digunakan untuk bermain Sepak Bola. Bola yang berat membolehkan pemain

mengawal bola dengan lebih baik walaupun dalam gelanggang yang kecil. Pembelajaran

pada minggu tersebut, membolehkan para pelajar untuk menyata dan membuat gambaran

mental tentang peralatan dan gelanggang Futsal.

MINGGU KETIGA

Page 39: Sejarah & Undang - undang dalam Futsal

Tarikh : 26 September 2013

Masa : 5.00 petang

Pensyarah : En. Omar bin Md Salleh

Seperti biasa, sebelum memulakan latihan futsal, jurulatih mengarahkan pelajar futsal

memanaskan badan (warm up) dan meregangkan otot (stretching) untuk mengelakkan

berlakunya sebarang kecederaan sepanjang latihan dan sebagai persediaan untuk melakukan

gerakan badan seperti menendang, berlari dan sebagainya. Arahan yang diberikan oleh jurulatih

sangat jelas dan mampu difahami oleh semua pelajar futsal. Antara aktiviti memanaskan badan

adalah seperti juggling, front kick, jogging dan macam-macam lagi. Aktiviti-aktiviti ini selalu

dilakukan oleh mana-mana pemain futsal mahupun bola sepak dan kami didedahkan dengan

aktiviti ini untuk meningkatkan pengetahuan mengenai sukan futsal.

Setelah itu, jurulatih futsal mengarahkan pelajar futsal supaya berpasang-pasangan untuk

belajar cara menghantar dan menerima bola yang baik. Teknik menghantar dan menerima bola

dengan menggunakan dua cara iaitu menggunakan hujung kaki dan tepi kaki. Untuk menjadi

pemain futsal yang hebat, teknik ini perlu dikuasai dengan sebaik mungkin. Banyak perkara baru

yang boleh dipelajari di dalam sukan futsal ini dan ternyata ianya berbeza dengan bola sepak.

Latihan menghantar dan menerima bola diteruskan untuk memahirkan pelajar dan nampaknya

pelajar perempuan sedikit sebanyak sudah meningkatkan kemahiran di dalam sukan futsal ini.

Semua pelajar kelihatan bersemangat, berkeyakinan dan sudah berminat untuk terus mendalami

Page 40: Sejarah & Undang - undang dalam Futsal

ilmu futsal ini. Ianya boleh dijadikan hobi di masa lapang untuk melahirkan pelajar yang sihat

dan cergas.

Satu demi satu teknik yang dipelajari oleh pelajar futsal mampu dikuasai dengan baik.

Kemudian, kami diminta untuk menghantar dan menerima bola sambil berlari di dalam

gelanggang untuk membiasakan kami di dalam sesuatu pertandingan atau perlawanan yang bakal

diadakan kelak. Walaupun keadaan gelanggang yang agak licin kerana dibasahi hujan, latihan

futsal dapat dijalankan tanpa sebarang kecederaan. Pelajar lelaki juga sangat membantu apabila

turut sama mengajar pelajar perempuan cara-cara bermain dengan bola.

Selepas belajar teknik-teknik bermain futsal, pertandingan di antara kumpulan diadakan.

Semua pelajar gembira dan teruja untuk berentap di atas gelanggang lebih-lebih lagi apabila

berjaya menjaringkan gol. Walaupun penat, permainan ini sangat bermakna dan seronok kerana

ianya memerlukan kerjasama di antara kumpulan dan boleh mengeratkan silaturrahim. Kelas

akhirnya tamat jam 6.50 petang setelah rumusan dan perkara yang dipelajari pada latihan

tersebut dibincangkan bersama.

MINGGU KEEMPAT

Page 41: Sejarah & Undang - undang dalam Futsal

Hari : KhamisTarikh  :     3. Oktober. 2013Masa                :   5.00pm - 7.00pmTempat           :    Padang Serbaguna UPSI. Kaedah latihan        :  Sambungan minggu lalu. Peraturan dan undang-undang dalam

permainan futsal.

Aktiviti          : Pelajar didedahkan dengan kemahiran menggelecek bola.

Pensyarah melalui instruktor telah memberi tunjuk ajar tentang untuk menggelecek bola.

Objektif : Supaya pelajar dapat menggelecek bola dengan tenang dan stabil.

Diberi pendedahan agar dapat menguasai teknik menggelecek bola dengan lebih bagus.

Mengenalpasti bentuk-bentuk peraturan dan undang-undang dalam sebarang bentuk permainan bola futsal ini.

Catatan/Komen : Semua pelajar memberi komitmen dan kerjasama.

Dalam kaedah pembelajaran adalah sambungan daripada pembelajaran pada minggu lalu.

Pada minggu keempat, pembelajarn kami diteruskan lagoi dengan kemahiran teknikal dalam permainan Futsal. Kami diajar kemahiran untuk menggelecek, menukar arah dan had laju. Saya semakin berminat untuk bermain futsal kerana dapat menguasai teknik mengelecek dengan baik. Teknik ini diajar kepada para pelajar agar semua pelajar dapat menghasilkan mengawal bola dengan baik. Kami diingatkan agar perlu mennyesuaikan diri dengan bola terlebih dahulu. Kemudian membiasakan diri untuk menggunakan pelbagai bahagian kai semasa mengawal bola.

Setelah itu, kami meneruskan sesi pembelajaran dengan penerangan mengenai undang-undang 5, 6, 7 dan 8. Seperti sebelum ini, tujuannya adalah untuk membolehkan pelajar mengaplikasikan setipa undang-undang yang dipelajari dalam permainan Futsal dan mengadakan perlawanan dalam kumpulan.

MINGGU KELIMA

Page 42: Sejarah & Undang - undang dalam Futsal

Tarikh : 10 Oktober 2013Masa : 5.00pm – 7.00pmTempat : Gelanggang SquashKumpulan : A Pensyarah : Encik Omar Bin Md SallehInstruktor : Encik Suhaimi

Pada minggu ini, sekali lagi kelas dibuat di gelanggang squash, gymnasium UPSI kerana hari hujan. Oleh sebab itulah gelanggang futsal tidak dapat digunakan. Kelas pada minggu ini dimulakan dengan warming up iaitu slow jog beberapa kali.

Seterusnya, Encik Suhaimi membahagikan pelajar kepada 8 kumpulan dan kami dikehendaki berada dalam kumpulan masing-masing bagi menjalankan aktiviti pada hari tersebut. Aktiviti pertama yang dilakukan ialah aktiviti dribbling dimana kami diarah membawa bola melalui kon-kon kecil. Pada mulanya Encik Suhaimi menunjukkan bagaimana langkah tersebut dilakukan dan kemudiannya memberi arahan kepada kami untuk melakukannya. Aktiviti tersebut memerlukan kami untuk membawa bola dengan perlahan dan melalui kon-kon kecil yang ada. Aktiviti tersebut dilakukan beberapa kali menggunakan kaki kanan dan seterusnya menukarkan kepada kaki kiri. Pada pertengahan aktiviti, En. Suhaimi menghentikan aktiviti sekejap dan mengarahkan pelajar melakukan strenching dan kembali melakukan aktiviti. Setiap ahli kumpulan dikehendaki melakukannya dan bergilir-gilir melakukannya sehinggalah kami diberi arahan untuk melihat teknik yang selanjutnya.

Selepas itu, Encik Suhaimi menunjukkan teknik turning yang lain di mana kami perlu membahagikan ahli kumpulan kecil kami kepada dua bahagian iaitu A dan B. Ahli di bahagian A perlu berada di hadapan ahli di bahagian B. A dikehendaki menghantar bola kepada

Page 43: Sejarah & Undang - undang dalam Futsal

B dan A perlu tunggu di tengah sehinggalah B datang dan A perlu menggelecek bola. Pada pertengahan aktiviti juga, En. Suhaimi menghentikan aktiviti sekejap dan mengarahkan pelajar melakukan strenching dan kembali melakukan aktiviti.

Setelah selesai menjalani aktiviti, kami diberi peluang untuk bermain futsal dan berlawan antara kumpulan. Setelah kesemua kumpulan selesai bermain, kelas kami berakhir dengan aktiviti cooling down.

MINGGU KEENAM

Page 44: Sejarah & Undang - undang dalam Futsal

Kelas tiada sempena Cuti Hari Raya Aidiladha

MINGGU KETUJUH

Tarikh : 24 Oktober 2013Masa : 5.00pm – 7.00pmTempat : Gelanggang futsalKumpulan : APensyarah : Encik Omar Bin Md SallehInstruktor : Encik Suhaimi

Encik Suhaimi meminta semua pelajar untuk berkumpul di gelanggang futsal baru memandangkan gelanggang futsal yang lama digunakan oleh pelajar-pelajar luar untuk latihan hoki pada petang tersebut. Disebabkan itu,kelas futsal pada petang itu bermula agak lewat kira-kira pukul 5.45 petang.

Encik Omar bertanyakan perkembangan mengenai tugasan, seminar dan tournament yang akan dijalankan pada minggu ke-12 dan 14. Streching dilakukan semasa latihan berjalan. Pada petang tersebut Encik Suhaimi menerangkan dan mengajar mengenai pertahanan. Pertahanan terbahagi kepada dua iaitu zonal marking dan men to men. Dalam aktiviti ini pelajar dibahagikan berpasangan lelaki dan perempuan. Setelah aktivti selesai pelajar dikehendaki membuat cooling down supaya pelajar tidak mengalami kekejangan kemudian pelajar boleh bersurai.

MINGGU KELAPAN

Page 45: Sejarah & Undang - undang dalam Futsal

Tarikh : 31 Oktober 2013

Tempat : Gimnasium, UPSI.

Kumpulan : A

Pensyarah : Encik Omar Bin Md Salleh

Instruktor : Encik Suhaimi

Pada minggu ini, sekali lagi dibuat di dalam gymnasium disebabkan hari

hujan. Seperti biasa, kelas akan dimulakan dengan warming up dan stretching.

Memandangkan pengetahuan kami mengenai stretching kurang, Encik Suhaimi

mengambil keputusan untuk mengajar mengenai jenis-jenis stretching dan cara

melakukannya dengan betul.

Bagi menjadikan pengajaran lancar, Encik Suhaimi membahagikan kami

kepada empat kumpulan besar di mana setiap kumpulan kecil digabungkan menjadi

satu kumpulan. Setiap kumpulan diberikan jenis-jenis stretching yang berbeza oleh

Encik Suhaimi. Kami dikehendaki membentangkan dan menunjukkan cara-cara

stretching. Selepas tugasan diberi, Encik Suhaimi mengarahkan kami untuk berada

di dalam kumpulan masing-masing dan berbincang mengenai tajuk yang diperoleh.

Bagi aktiviti perbincangan dalam kumpulan, kami diberi masa selama 10 minit

untuk melakukan perbincangan untuk mencari gerakan-gerakan yang sesuai

dengan tajuk yang diperoleh itu.

Setelah 10 minit berlalu, kami diminta untuk membentangkan hasil

perbincangan kumpulan yang kami peroleh. Cara pembentangan yang dilakukan

adalah dengan cara kumpulan yang membentangkan itu perlu menjadi mentor

kepada pelajar-pelajar lain dengar cara menunjukkan cara-cara melakukan

stretching tersebut dan seterusnya pelajar lain akan mengikut. Kumpulan pertama

yang membuat pembentangan adalah kumpulan satu. Mereka membentangkan

tajuk warm-up dan stretching. Jenis stretching ini adalah seperti kebiasaan yang

kita lakukan sebelum bermulanya permainan. Kumpulan ini telah menunjukkan

pergerakan yang melibatkan pergerakan seluruh anggota badan serta diselang-

selikan dengan ‘joging’.

Page 46: Sejarah & Undang - undang dalam Futsal

Kumpulan seterusnya iaitu kumpulan dua pula membentangkan atau

menunjukkan jenis stretching iaitu static stretching atau regangan tetap. Ia merujuk

kepada regangan yang dilakukan untuk meregangkan otot sehingga had

pergerakannya dan kedudukan itu dikekalkan untuk tempoh masa yang tertentu

tanpa sebarang gerakan. Dalam jenis regangan ini, ia perlu dalam keadaan statik

atau tetap di mana pergerakan yang dilakukan adalah di satu-satu tempat itu

sahaja. Ia tidak melibatkan aktiviti larian seperti stretching dan warm up.

Pergerakan-pergerakan otot dilakukan sesuai dengan keadaan anggota badan yang

dalam keadaan tetap.

Selepas itu, kumpulan seterusnya pula yang menyusul iaitu kumpulan tiga.

Tajuk yang diperoleh oleh mereka adalah Dynamic stretching. Seperti kumpulan-

kumpulan lain juga, mereka melakukan pergerakan Dynamic stretching. Mereka

memulakan dengan melakukan di bahagian kepala, tangan, pinggan dan akhir

sekali bahagian kaki. Regangan dinamik ini menggunakan kelajuan pergerakan,

momentum, dan pergerakan otot yang aktif yang membawa kepada regangan. Ia

amat baik dilakukan sebelum pertandingan atau perlawanan kerana ia dapat

mengurangkan ketegangan otot.

Page 47: Sejarah & Undang - undang dalam Futsal

Akhir sekali, kumpulan empat melakukan pembentangan mengenai tajuk

mereka iaitu ballistic stretching. Masih lagi berada di dalam kedudukan tadi,

namun, ia sedikit pantas kerana merangkumi semua pergerakan dari atas hingga ke

bawah. Pergerakan ini memerlukan kepantasan serta ketajaman pergerakan agar

dapat dibuat dengan baik. Pergerakannya adalah pelbagai di mana ahli-ahli perlu

mengerakkan anggota badan ke depan dan ke belakang untuk menghasilkan

pergerakan secara pantulan. Stretching ini membuatkan otot dapat diregang

dengan lebih panjang.

.

Page 48: Sejarah & Undang - undang dalam Futsal

MINGGU KESEMBILAN

Kelas tiada sempena Cuti Mid - Semester

MINGGU KESEPULUH

LAPORAN MINGGU FUTSAL KE-9

DISEDIAKAN OLEH : NUR ASHIKIN BINTI AZIZ

Tarikh : 21 November 2013

Masa : 5.00pm – 7.00pm

Tempat : Gelanggang futsal

Kumpulan : A

Pensyarah : Encik Omar Bin Md Salleh

Instruktor : Encik Suhaimi bin Abdul Razak

Sebelum memulakan latihan, intruktor mengarahkan kami untuk melakukan latihan memanaskan

badan (warm up) seperti slow jogging dan meregangkan otot (stretching) untuk mengelakkan

berlakunya kekejangan atau sebarang kecederaan sepanjang latihan. Setelah melakukan aktiviti

Page 49: Sejarah & Undang - undang dalam Futsal

pemanasan badan kami diarahkan untuk membentuk 8 kumpulan sedia ada seperti minggu yang

terdahulu untuk melakukan aktiviti yang seterusnya. Kami dikehendaki membuat bulatan untuk

melakukan aktiviti “monkey”. Aktiviti “monkey” ini adalah aktiviti dimana salah seorang

pemain perlu berada dalam bulatan untuk menangkap atau mendapatkan bola daripada pihak

lawan. Dalam permainan ini memerlukan kemahiran mengawal dan menghantar bola kepada

rakan daripada dirampas oleh pihak lawan.

Setelah selesai menjalani aktiviti mengawal dan menghantar bola, kami diberi peluang untuk

bermain futsal dan berlawan antara kumpulan. Apa yang menariknya perlawanan kali ini adalah

terdapat 4 goal dalam satu permainan yang kami boleh bolosi. Perlawanan ini dimain dengan

bersungguh-sungguh oleh pemain.

.

Page 50: Sejarah & Undang - undang dalam Futsal

Gambar perlawanan

Selepas perlawanan tamat, kami semua dikehendaki berkumpul untuk melakukan “cooling

down”. Aktiviti “cooling down” perlu dilakukan supaya pelajar tidak mengalami kekejangan

setelah bermain. Selepas selesai melakukan “cooling down” kami mendengar sedikit taklimat

daripada Encik Omar berkenaan pretasi kami dan pasal seminar serta tournament yang bakal

diadakan. Setelah selesai, kami semua dibenarkan balik.

Page 51: Sejarah & Undang - undang dalam Futsal

laporan &

aktiviti

seminar

Page 52: Sejarah & Undang - undang dalam Futsal

Rujukan Tuan :

Rujukan Kami :

Tarikh : 25 OKTOBER 2013

Setiausaha Agung

YH Dato' Hamidin Bin Hj Mohd Amin

PERSATUAN BOLA SEPAK MALAYSIA,

Tingkat 3, Wisma FAM,

Jalan SS 5A/9, Kelana Jaya,

47301 PETALING JAYA,

SELANGOR DARUL EHSAN.

HP+60193513800/OFFICE+60378763766

Y. Bhg Dato’,

PUSAT KOKURIKULUM

Pusat Kokurikulum, 35900 Tanjong Malim

Perak Darul Ridzuan

Tel: 05-4506092/6232/6270 Fax : 05-4597211

Page 53: Sejarah & Undang - undang dalam Futsal

PERMOHONAN UNTUK MENJALANKAN SEMINAR KEPEGAWAIAN DAN KEPENGADILAN

FUTSAL 2013 SERTA MENDAPATKAN TENAGA PENGAJAR (INSTRUKTOR) DARI PERSATUAN

BOLA SEPAK MALAYSIA.

Dengan hormatnya merujuk kepada perkara di atas.

2. Adalah dimaklumkan bahawa pelajar-pelajar Ko-Futsal (CSG2051), Universiti Pendidikan Sultan Idris

ingin menganjurkan satu kursus iaitu Seminar Kepegawaian dan Kepengadilan Futsal 2013.

Kursus ini dianjurkan bagi memberi pendedahan kepada pelajar untuk mendalami segala aspek yang berkaitan

dengan kepegawaian dan kepengadilan permainan futsal.

3. Sehubungan dengan itu, mohon jasa baik pihak Y. Bhg. Dato’ agar dapat mengizinkan pihak kami bagi

menjalani seminar seperti yang dinyatakan di atas bertempat di Kampus Sultan Abdul Jalil, Universiti Pendidikan

Sultan Idris, Tanjong Malim, Perak. Kami memohon jasa baik Y. Bhg. Dato’ mengizinkan En. M.Saminathen untuk

mengendalikan seminar tersebut.

Maklumat lanjut seminar adalah seperti berikut:

Tarikh : 16 November 2013 (Sabtu)

Tempat : Dewan Kuliah DKA & Gelanggang Futsal UPSI

Masa : 8.00 pagi hingga 5.00 petang.

Oleh yang demikian, bersama-sama ini dilampirkan salinan kertas kerja untuk makluman pihak Y. Bhg. Dato’.

Sebarang kesulitan dan permasalahan sila hubungi Pengarah Projek iaitu Saudara Arsyad Arifin bin Ismail di talian

013-5858872. Diharapkan permohonan ini dapat dipertimbangkan dan seterusnya diluluskan.

Segala kerjasama dan perhatian pihak Dato' amatla dihargai dan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.

Page 54: Sejarah & Undang - undang dalam Futsal

“KOMITED MEMBAWA PERUBAHAN DALAM PENDIDIKAN”

Yang benar,

............................................................................

(IRFIYANA BINTI IRWANTO)

Setiausaha Ko-Futsal (CSG2051)

Universiti Pendidikan Sultan Idris.

UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS

LAPORAN AKTIVITI

KURSUS KEPEGAWAIAN DAN

KEPENGADILAN FUTSAL.

TARIKH :

16 NOVEMBER 2013

TEMPAT :

DKP 6 DAN GELANGGANG FUTSAL KOLEJ ZA’ABA

ANJURAN:

Page 55: Sejarah & Undang - undang dalam Futsal

KURSUS KOKURIKULUM BERKREDIT

FUTSAL (CSG2051)

DENGAN KERJASAMA:

PUSAT KOKURIKULUM

1.0 PENDAHULUAN

Program ini telah dilaksanakan bertujuan untuk mendedahkan para pelajar dalam menguruskan

dan mengadili pertandingan futsal. Seterusnya dapat menarik minat para pelajar untuk melibatkan diri

dalam permainan ini. Program ini juga dapat melatih mahasiswa dalam proses pengendalian dan

pengelolaan aktiviti berkaitan sukan dan permainan seperti futsal agar dapat diaplikasikan dengan lebih

baik dan sempurna di sekolah kelak. Selain itu, program ini juga memberikan impak positif kepada bakal

guru untuk mengendalikan kejohanan futsal yang bakal diadakan nanti.

1.0 OBJEKTIF

a) Memberi pendedahan kepada pelajar mengenai kepegawaian dan kepengadilan futsal.

b) Memberi kelebihan dalam pengurusan futsal kepada para pendidik.

c) Memperkenalkan kepada peserta tentang peraturan dan disiplin permainan.

e) Melahirkan pelajar yang berorganisasi dan berdisiplin.

f) Menyediakan pelajar yang cemerlang dalam pembelajaran dan aktif dalam sukan.

2.0 SENARAI AHLI JAWATANKUASA PELAKSANA DAN SENARAI TUGAS

Penasihat

Page 56: Sejarah & Undang - undang dalam Futsal

En. Omar Bin Md. Salleh

Pengarah Program

Arsyad Arifin Bin Ismail

Timbalan Pengarah

Sarinah Binti Markim

Setiausaha

Irfiyana Bte Irwanto

Bendahari

Siti Hanis Binti Mazlan

Ajk Protokol :

1. Hazirah Binti Ab Manaf

2. Ahmad Muaz Bin Ahmad Khair

3. Mohd Zulkifli Bin Ya'azid

4. Nicholas Balai Anak Edward Endie

5. Muhammad Amir Bin Azmi

6. Aini Syazana Binti Mohd Roos

7. Engku Norhana Binti Engku Daud

8. Nur Heida Shamira Binti Haidzir

9. Mona Binti Mat Zaid

Ajk Aktiviti

1. Mohd Marzuki Bin Alias

2. Nazirah Binti Basiron

3. Ahmad Ruzaini Bin Muhammad

Page 57: Sejarah & Undang - undang dalam Futsal

4. Mohd Shahidan Bin Mat Yaacob

5. Sodikeen Laprapeh

6. Noorzawani Binti Ismail

7. Nurul Amirah Binti Mohd Komuri

8. Noor Ilyana Binti Idris

Ajk Pendokumentasian Dan Informasi (Pdi)

1. Hafizul Bin Abdullah Hashim

2. Saravanakumar A/L Mathyvanan

3. Mohammad Syauqi Bin Mohd Nasir

4. Muhammad Zamir Bin Zainal

5. Nurul Syakila Binti Mohamed Darussalam

6. Iqlima Binti Abdul Shatter

7. Siti Hanis Binti Mazlan

8. Lau Jing Jing

Ajk Makanan

1. Nor Mala Binti Mohd Noor

2. Siti Waridah Binti Ngadalan

3. Ahmad Zulhilmi Bin Abdul Rahim

4. Norshafika Binti Mahadi

5. Norzulaikha Binti Mohd Nasir

Ajk Persiapan Tempat

1. Aliff Bin Abdullah

2. Mohamad Nor Faiz Bin Azmi

3. Muhamad Shahiman Bin Ramli

4. Vasanthraj A/L Selvam

5. Mohd Zahier Bin Othman

Page 58: Sejarah & Undang - undang dalam Futsal

6. Nur Ashikin Binti Aziz

7. Nur Ismah Izzati Binti Ismail

Ajk Teknikal Dan Logistik

1. Ariman Bin Ariffin

2. Mohamad Rashid Bin Mat Yusof

3. Muhammad Amir Hakimi Bin Rosli

4. Wan Anuar Bin Wan Husin

5. Nursyaza Hamiezah Binti Mohd Zin

6. Raudah Binti Mat Ali

7. Siti Rokiah Binti Zakaria

Ajk Sijil Dan Cenderahati

1. Nuraadila Binti Mat Amin

2. Nazatul Farhanis Binti Nordin

3. Tuan Nur Fatihah Binti Tuan Aziz

4. Mohamad Natasya Bin Mohd Jusoh

5. Wan Mohd Afiq Bin Wan Mohd Zawawi

3.1) Senarai nama AJK dan tugas :

BIL NAMA JAWATAN TUGAS

1 En. Omar Bin Md. Salleh Penasihat Penasihat program

2 Arsyad Arifin Bin Ismail Pengarah Program

-Mengarahkan ahli jawatankuasa menjalankan tugas masing-masing

-Memastikan aktiviti berjalan dengan lancar.

-Memantau ahli dalam setiap aktiviti

-Membuat kertas kerja

3 Sarinah Binti Markim Timbalan Pengarah

-Penolong Pengarah

Page 59: Sejarah & Undang - undang dalam Futsal

-Membantu pengarah dalam segala hal yang diperlukan pengarah

4 Irfiyana binti Irwanto Setiausaha -Menulis laporan aktiviti

-Membantu pengarah membuat kertas kerja

5 Siti Hanis Binti Mazlan Bendahari -Memungut wang penyertaan

-Mengawal pembelajaan

- Membuat akaun pembelajaan

6 1.Ariman Bin Ariffin

2.Mohamad Rashid Bin Mat Yusof

3.Muhammad Amir Hakimi Bin Rosli

4.Wan Anuar Bin Wan Husin

5.Nursyaza Hamiezah Binti Mohd Zin

6.Raudah Binti Mat Ali

7.Siti Rokiah Binti Zakaria

AJK Teknikal dan logistik

-Menyediakan peralatan

-Memastikan peralatan selamat digunakan

7 1.Nuraadila Binti Mat Amin

2.Nazatul Farhanis Binti Nordin

3.Tuan Nur Fatihah Binti Tuan Aziz

4.Mohamad Natasya Bin Mohd Jusoh

5.Wan Mohd Afiq Bin Wan Mohd Zawawi

AJK Cenderahati & Sijil

-Menyediakan Cenderahati kepada penceramah jemputan dan pensyarah.

-Menyediakan sijil peserta.

Page 60: Sejarah & Undang - undang dalam Futsal

8 1.Hazirah Binti Ab Manaf

2.Ahmad Muaz Bin Ahmad Khair

3.Mohd Zulkifli Bin Ya'azid

4.Nicholas Balai Anak Edward Endie

5.Muhammad Amir Bin Azmi

6.Aini Syazana Binti Mohd Roos

7.Engku Norhana Binti Engku Daud

8.Nur Heida Shamira Binti Haidzir

9.Mona Binti Mat Zaid

AJK Protokol -Memastikan majlis mengikut protokol,terutamanya semasa majlis penutupan.

9 1.Hafizul Bin Abdullah Hashim

2.Saravanakumar A/L Mathyvanan

3.Mohammad Syauqi Bin Mohd Nasir

4.Muhammad Zamir Bin Zainal

5.Nurul Syakila Binti Mohamed Darussalam

6.Iqlima Binti Abdul Shatter

7. Siti Hanis Binti Mazlan

8. Lau Jing Jing

AJK Publisiti -Memberi informasi mengenai program kepada peserta

-Menempah baju T-Shirt untuk peserta

- Menangkap gambar sepanjang program

Page 61: Sejarah & Undang - undang dalam Futsal

9 1.Aliff Bin Abdullah

2.Mohamad Nor Faiz Bin Azmi

3.Muhamad Shahiman Bin Ramli

4.Vasanthraj A/L Selvam

5.Mohd Zahier Bin Othman

6. Nur Ashikin Binti Aziz

7.Nur Ismah Izzati Binti Ismail

AJK Persiapan Tempat

-Memastikan tempat selamat untuk peserta dan jurulatih.

- Membuat tempahan tempat untuk program.

10 1. Nor Mala Binti Mohd Noor2. Siti Waridah Binti Ngadalan3. Ahmad Zulhilmi Bin Abdul Rahim4.Norshafika Binti Mahadi5.Norzulaikha Binti Mohd Nasir

AJK Makanan -Memastikan peserta tidak terkena keracunan makanan.

-Menempah dan menyediakan makanan untuk pelajar dan tetamu jemputan.

-Memastikan kebersihan tempat makan terjamin.

3.0 TENTATIF PROGRAM :Nama Penceramah : En.Saminathen Marimuthu

Tajuk Ceramah : Seminar Undang-undang dan Kepengadilan Futsal.Tempat : DKP 6 dan Gelanggang Futsal , Kolej Za’aba.

MASA AKTIVITI8.00-8.30a.m Pendaftaran Peserta8.30-9.00a.m Ketibaan pegawai FAM / Ucapan Aluan/ Doa9.00-1.00pm Taklimat teori Futsal / Sesi ceramah kepegawaian dan kepengadilan1.00-2.00pm Rehat/ Solat Zohor / Makan2.00-4.00pm Kemahiran dalam kepegawaian dan kepengadilan

5.00-6.00pm Penyampain sijil penyertaan kursus kepegawaian dan kepengadilan /Penyampaian cenderahati dan sesi penggambaran

6.00pm Bersurai

Page 62: Sejarah & Undang - undang dalam Futsal

MASA AKTIVITI8.00-8.30a.m Pendaftaran Peserta8.30-9.00a.m Ketibaan pegawai FAM / Ucapan Aluan/ Doa9.00-1.00pm Taklimat teori Futsal / Sesi ceramah kepegawaian dan kepengadilan1.00-2.00pm Rehat/ Solat Zohor / Makan2.00-4.00pm Kemahiran dalam kepegawaian dan kepengadilan5.00-6.00pm Penyampain sijil penyertaan kursus kepegawaian dan kepengadilan

/Penyampaian cenderahati dan sesi penggambaran6.00pm Bersurai

5.0 PENYERTAAN

Program ini telah dihadiri oleh pelajar kursus kokurikulum berkredit futsal dari kumpulan A dan B seramai 106 orang peserta. ( Rujuk Lampiran)

6.0 PERBELANJAAN KEWANGAN :Bil Perkara Keterangan Jumlah (RM)

1

2

3

4

Bayaran Yuran Penceramah

Makanan VIP

Makanan Peserta

Sijil Kursus

RM 500.00 X 1

RM 60.00 X 1

RM 5.00 X 106

RM 1.30 X 107

RM 500.00

RM 60.00

RM 530.00

RM 139.10

JUMLAH KESELURUHAN RM 1229.10

6.1 PENDAPATAN :

Page 63: Sejarah & Undang - undang dalam Futsal

Bil Perkara Keterangan Jumlah (RM)

1 Yuran Penyertaan RM 10.00 X 106 RM 1060.00

JUMLAH KESELURUHAN RM 1060.00

7.0 PENUTUP

Secara keseluruhannya seminar undang-undang dan kepengadilan futsal ini berjalan dengan lancar dan menarik minat ramai peserta serta tenaga pengajar yang hadir. Terdapat pelbagai imput yang telah diberikan oleh penceramah tentang sukan futsal terutamanya mengenai undang-undang dan kepengadilan futsal yang betul yang ditunjukkan melalui tayangan video dan juga semasa praktikal di Gelanggang Futsal. En.Saminathan selaku penceramah juga telah memberi galakan kepada peserta yng berminat untuk menjadi pengadil supaya mengambil kursus kepengadilan yang dianjurkan oleh pihak FAM. Namun, terdapat beberapa kelemahan yang perlu diperbaiki dari segi persiapan tempat dan ketetapan masa pelajar datang ke tempat ceramah. Semoga seminar yang telah dijalankan ini dapat memberi manfaat kepada peserta yang hadir dan berguna pada masa akan datang.

Page 64: Sejarah & Undang - undang dalam Futsal

Disediakan oleh : Setiausaha,

Program Kepegawaian dan Kepengadilan Futsal,

Universiti Pendidikan Sultan Idris.

..............................................

(IRFIYANA BINTI IRWANTO)

0193603218

Disemak oleh : Pengarah Program,

Seminar Undang-undang Futsal,

Universiti Pendidikan Sultan Idris.

........................................

(ARSYAD ARFIN BIN ISMAIL)

Tarikh :

Disahkan oleh : Pensyarah,

Kokurikulum Berkredit Futsal,

Universiti Pendidikan Sultan Idris.

........................................

(EN. OMAR BIN MD. SALLEH)

Tarikh :

Page 65: Sejarah & Undang - undang dalam Futsal

En.Saminathan : Penceramah undang-undang dan kepengadilan futsal.

Majlis penutup seminar yang dihadiri oleh pensyarah, instruktor dan peserta di gelanggang Futsal KZ.