ulasan kuliah 9.docx

2
NAMA SHAHIRAH BINTI MD SHUIB NO. MATRIK BA 13110441 (HA24) PENSYARAH DR. MOHAMAD TAHIR MAPA KULIAH 9 MALAYSIAN ENVIRONMENTAL MANAGEMENT PRACTICE TAJUK LITERASI ALAM SEKITAR MENURUT PARADIGMA AGAMA (JURNAL PENGAJIAN UMUM BIL. 3). PENULIS ROZITA IBRAHIM SOALAN TUTORIAL PENDEKATAN BUKAN UNDANG-UNDANG ADALAH CARA TERBAIK DALAM MENANGANI MASALAH ALAM SEKITAR. BAHASKAN. ULASAN Jurnal ini membincangkan mengenai pendekatan bukan undang-undang dalam menangani masalah alam sekitar dengan menggunakan konsep literasi alam sekitar dan peranannya dalam membentuk tindakan yang bertanggungjawab terhadap alam sekitar menurut paradigma agama. Konsep literasi alam sekitar yang diutarakan adalah berkaitan dengan kebolehan yang berkaitan dengan pengetahuan dan kemahiran mengenai isu alam sekitar dalam membantu menangani permasalahan alam sekitar. Konsep literasi ini menerapkan penghayatan dalam nilai keagamaan bertujuan untuk memperkukuhkan serta membina sikap yang lebih bertanggungjawab terhadap alam sekitar dalam diri setiap individu. Konsep literasi menurut penghayatan agama digunakan kerana sikap manusia yang kurang peka terhadap permasalahan alam sekitar yang berlaku di persekitaran mereka. Oleh itu, matlamat utama pelaksanaan literasi alam sekitar adalah untuk membina sikap bertanggungjawab dan kesedaran dalam diri manusia mengenai penjagaan alam sekitar. Kaedah yang boleh membantu membina literasi alam sekitar adalah melalui pendidikan sama ada secara formal atau tidak formal. Sebagai contoh, pendidikan formal seperti matapelajaran yang diajar di sekolah dan pendidikan tidak formal pula seperti penyebaran maklumat melalui media massa dan kempen. Perkara yang ditekankan adalah berkaitan dengan kualiti serta kuantiti kandungan dalam menyebarkan maklumat berkaitan alam sekitar kepada masyarakat. Dengan ini, maka pengetahuan dan kefahaman mengenai isu alam sekitar dapat diterapkan dalam kehidupan manusia. Walau bagaimanapun, memiliki pengetahuan dan kemahiran sahaja adalah tidak mencukupi jika tiada sebarang tindakan yang dilakukan dalam mengatasi permasalahan ini. Justeru itu, tindakan perlulah dilakukan seiring dengan pengetahuan yang dimiliki oleh setiap individu dalam memastikan kesejahteraan alam sekitar terjamin. Tambahan lagi, pengetahuan yang dimiliki turut mempengaruhi sikap dan kelakuan seseorang. Selain dari pengetahuan, faktor pegangan agama seseorang juga turut mempengaruhi tindakan yang dilakukan. Oleh yang demikian, nilai-nilai keagamaan telah diterapkan dalam proses

Upload: scott-sheppard

Post on 16-Sep-2015

233 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

NAMASHAHIRAH BINTI MD SHUIB

NO. MATRIKBA 13110441 (HA24)

PENSYARAHDR. MOHAMAD TAHIR MAPA

KULIAH 9MALAYSIAN ENVIRONMENTAL MANAGEMENT PRACTICE

TAJUKLITERASI ALAM SEKITAR MENURUT PARADIGMA AGAMA (JURNAL PENGAJIAN UMUM BIL. 3).

PENULISROZITA IBRAHIM

SOALAN TUTORIALPENDEKATAN BUKAN UNDANG-UNDANG ADALAH CARA TERBAIK DALAM MENANGANI MASALAH ALAM SEKITAR. BAHASKAN.

ULASANJurnal ini membincangkan mengenai pendekatan bukan undang-undang dalam menangani masalah alam sekitar dengan menggunakan konsep literasi alam sekitar dan peranannya dalam membentuk tindakan yang bertanggungjawab terhadap alam sekitar menurut paradigma agama. Konsep literasi alam sekitar yang diutarakan adalah berkaitan dengan kebolehan yang berkaitan dengan pengetahuan dan kemahiran mengenai isu alam sekitar dalam membantu menangani permasalahan alam sekitar. Konsep literasi ini menerapkan penghayatan dalam nilai keagamaan bertujuan untuk memperkukuhkan serta membina sikap yang lebih bertanggungjawab terhadap alam sekitar dalam diri setiap individu.Konsep literasi menurut penghayatan agama digunakan kerana sikap manusia yang kurang peka terhadap permasalahan alam sekitar yang berlaku di persekitaran mereka. Oleh itu, matlamat utama pelaksanaan literasi alam sekitar adalah untuk membina sikap bertanggungjawab dan kesedaran dalam diri manusia mengenai penjagaan alam sekitar. Kaedah yang boleh membantu membina literasi alam sekitar adalah melalui pendidikan sama ada secara formal atau tidak formal. Sebagai contoh, pendidikan formal seperti matapelajaran yang diajar di sekolah dan pendidikan tidak formal pula seperti penyebaran maklumat melalui media massa dan kempen. Perkara yang ditekankan adalah berkaitan dengan kualiti serta kuantiti kandungan dalam menyebarkan maklumat berkaitan alam sekitar kepada masyarakat. Dengan ini, maka pengetahuan dan kefahaman mengenai isu alam sekitar dapat diterapkan dalam kehidupan manusia.Walau bagaimanapun, memiliki pengetahuan dan kemahiran sahaja adalah tidak mencukupi jika tiada sebarang tindakan yang dilakukan dalam mengatasi permasalahan ini. Justeru itu, tindakan perlulah dilakukan seiring dengan pengetahuan yang dimiliki oleh setiap individu dalam memastikan kesejahteraan alam sekitar terjamin. Tambahan lagi, pengetahuan yang dimiliki turut mempengaruhi sikap dan kelakuan seseorang. Selain dari pengetahuan, faktor pegangan agama seseorang juga turut mempengaruhi tindakan yang dilakukan. Oleh yang demikian, nilai-nilai keagamaan telah diterapkan dalam proses memantapkan lagi pembinaan literasi alam sekitar di kalangan masyarakat. Terdapat tiga bahagian yang ditekankan iaitu motivasi dalaman, sifat permasalahan alam sekitar dan pendekatan serta kandungan pendidikan alam sekitar.Bahagian pertama berkaitan dengan motivasi dalaman yang menjadi pendorong bagi menetapkan matlamat yang jelas dalam melakukan tindakan dan mempengaruhi sikap seseorang terhadap alam sekitar. Hal ini, digariskan di dalam ajaran Islam yang menekankan peranan manusia sebagai khalifah di muka bumi di mana tidak boleh betindak sewenang-wenangnya dan mempunyai tanggungjawab dalam memelihara alam sekitar. Kedua, berkaitan dengan sifat permasalahan alam sekitar yang melibatkan sifat kompleksiti dan kumulatif dimana kita merasakan perbuatan kita seperti sia-sia dan tidak membawa sebarang kelebihan kepada perkara yang dilakukan. Akan tetapi menurut pandangan agama seperti ajaran Islam menganjurkan sikap untuk tidak berputus asa dan tidak berhenti untuk berusaha melakukan amalan yang baik terutamanya berkaitan dengan penjagaan alam sekitar. Akhir sekali berkaitan dengan pendekatan dan kandungan pendidikan alam sekitar yang merangkumi aspek penyampaian maklumat, penglibatan secara langsung dan memelihara alam sekitar. Perkara ini adalah sebagaimana di dalam ajaran Islam yang menggalakkan sifat rajin mencari ilmu dalam diri manusia serta.Secara kesimpulannya, semua ajaran agama menerapkan nilai penjagan alam sekitar serta menggalakkan hubungan baik antara manusia dengan alam semulajadi. Oleh itu seharusnya ia perlu diadaptasikan dalam kehidupan seharian dalam memastikan kesejahteraan alam sekitar. Hal ini, kerana melalui penekanan ajaran agama seperti Islam dapat dijadikan sebagai contoh kepada manusia dalam melakukan sebarang tindakan yang melibatkan permasalahan alam sekitar.