ulasan blog

11
KPT 6044 ULASAN BLOG PEMBELAJARAN BERASASKAN ELEKTRONIK DAN WEB NAMA IDA NORINI BINTI MAHAMAD TAJUDIN NO MATRIKS M20121000502 PENSYARAH PROF MADYA DATO’ DR ABD LATIF B HJ GAPOR TARIKH SERAHAN 30 NOVEMBER 2013

Upload: ida-norini-mahamad-tajudin

Post on 28-Jun-2015

184 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

Page 1: Ulasan Blog

KP

T 6

04

4

ULA

SAN

BLO

G

PEM

BEL

AJA

RA

N B

ERA

SASK

AN

EL

EKT

RO

NIK

DA

N W

EB

NAMA IDA NORINI BINTI MAHAMAD TAJUDIN

NO MATRIKS M20121000502

PENSYARAH PROF MADYA DATO’ DR ABD LATIF B HJ GAPOR

TARIKH SERAHAN 30 NOVEMBER 2013

Page 2: Ulasan Blog

1.0 Pengenalan

Menurut Wikipedia, Blog memberikan ulasan atau berita mengenai sesuatu tajuk,

umpamanya makanan, politik, atau berita tempatan, dengan sesetengah blog berperanan lebih

sebagai buku harian peribadi dalam talian. Blog yang tipikal menggabungan teks, imej, dan

pautan ke dalam blog, laman web, dan media lain yang berkaitan dengan topiknya. Keupayaan

para pembaca untuk meninggalkan ulasan mereka dalam format interaktif merupakan ciri yang

utama untuk banyak blog. Kebanyakan blog umumnya adalah blog teks, walaupun

sesetengahnya bertumpu pada gambar foto (blog foto), video (vlog), muzik (blog MP3), atau

audio (podcasting), dan merupakan sebahagian rangkaian media sosial yang lebih luas.”

2.0 Pengertian Blog

Istilah asal Blog adalah Weblog, istilah ini pertama kali digunakan oleh “Jorn Barger”

pada bulan Disember tahun 1997. Jorn Barger menggunakan istilah Weblog untuk menyebut

kelompok website peribadi yang selalu dikemaskini secara berterusan dan berisi pautan-pautan

ke laman web yang lain yang mereka anggap menarik disertai dengan komen-komen mereka

sendiri.

Secara umumnya, Weblog dapat dirangkum sebagai kumpulan laman web peribadi yang

membolehkan para pembuatnya menampilkan berbagai jenis isi pada web dengan mudah seperti

hasil karya mereka, kumpulan pautan-pautan internet, dokumen-dokumen, gambar ataupun

multimedia. Para pembuat blog ini sering di sebut dengan nama Blogger. Melalui blognya

keperibadian Blogger menjadi begitu mudah dikenali berdasarkan topik apa yang disukai, apa

tanggapan terhadap pautan-pautan yang di pilih dan isu-isu di dalamnya kerana itu blog bersifat

sangat personal. Blog juga digunakan sebagai medium perniagaan, mendapat maklumbalas,

berkongsi idea dan bertukar maklumat.

3.0 Wordpress

Terdapat pelbagai platform blog di internet, contohnya, blogspot, joomla, multiply dan

WordPress merupakan salah satu dari platform blog yang ada. WordPress adalah laman web

yang sangat popular dan mempunyai jumlah pengguna terbesar di seluruh dunia, disusuli oleh

blogspot. Ini kerana cara penggunaanya sangat mudah, menarik dan mesra pengguna serta ia

Page 3: Ulasan Blog

muncul dengan cepat di search engine. Saya juga menggunakan platform WordPress dalam

pembinaan blog saya ini.

4.0 Ulasan Blog

Blog saya adalah blog yang bersifat santai dan mesra pengguna. Saya menggunakan

platform WordPress seperti yang disarankan oleh Prof Madya Dato’ Dr Abdul Latif bin Haji

Gapor. Saya mendapati WordPress ini sangat menarik berbanding platform blogspot walaupun

pada mulanya agak sukar untuk saya memulakannya. Di atas tunjuk ajar pensyarah bagi subjek

KPT 6044, iaitu Prof Madya Dato’ Dr Abdul Latif bin Haji Gapor dan nota-nota yang dibekalkan

oleh beliau serta tunjuk ajar rakan-rakan, saya berjaya membangunkan blog saya menggunakan

platform WordPress ini. Alamat blog saya ialah http://idanorini.wordpress.com/ dan dari beratus

tema percuma dan berbayar yang terdapat di dalam WordPress, saya memilih tema Matala

secara percuma. Tema ini sangat menarik dan mempunyai dua panel untuk saya memasukkan

widget.

Rajah 1: Pengurusan Tema

Page 4: Ulasan Blog

4.1 Keterangan Menu

Blog ini mempunyai 16 halaman (pages) kesemuanya yang terdiri daripada 1

halaman pos (post). Berdasarkan kepada struktur menu di bawah, terdapat 6 item utama

dan 10 pecahan sub-item. Item utama dan sub itemnya ialah:

1. Home

2. Wordpress

3. KPT 6044

i) Apa itu e-pembelajaran

ii) Blendspace

iii) Artikel dari TOJET

iv) Persembahan Power Point

v) Rakaman You Tube

vi) Kajian Tinjauan

vii) Penilaian Kendiri

viii) Ulasan Blog

4. Sudut Ilmu

(i) Animasi Mudah

(ii) Drawing using MS Paint

5. Motivasi

6. Homestay Ida

Page 5: Ulasan Blog

Rajah 2: Struktur Menu

Merujuk kepada paparan utama blog saya di bawah ini, terdapat 6 halaman utama

di dalam blog ini iaitu Utama, Wordpress, KPT 6044, Sudut Ilmu, Motivasi dan

Homestay Ida.

Rajah 3: Paparan Utama Blog http://idanorini.wordpress.com/

Page 6: Ulasan Blog

4.2 Keterangan Blog

Di dalam halaman home, terdapat pautan dari akaun Evernote saya dan turut

dikongsikan ke Wordpress (Rajah 5). Saya juga menggunakan aplikasi Wordpress for

Android di mana saya menggunakan telefon yang turut dimuat turun aplikasi Wordpress

ini.

Rajah 4: Aplikasi Wordpress dan Evernote dari Android

Rajah 5: Pautan dari Aplikasi Evernote ke Wordpress

Pada halaman WordPress pula, saya memberi pautan ke

http://learn.wordpress.com/get-started/ untuk memberi manfaat kepada pengunjung blog

saya bagaimana untuk memulakan akaun WordPress. Saya turut belajar untuk membina

laman web dari aplikasi WordPress ini dari nota tersebut. Sebuah video tutorial yang

Page 7: Ulasan Blog

menerangkan langkah membina akaun WordPress turut dimasukkan ke dalam halaman

ini.

Pada Rajah 6 di bawah, terdapat 8 sub-item di dalam halaman KPT 6044 di mana

saya memasukkan segala tugasan yang diberikan oleh pensyarah yang telah dimuatnaik

ke dalam SlideShare dan YouTube. Rajah 7 dan 8 di bawah menunjukkan contoh tugasan

yang dimasukkan ke halaman KPT 6044.

Rajah 6: Paparan Sub-Item

Rajah 7: Contoh Tugasan dari SlideShare

Page 8: Ulasan Blog

Rajah 8: Contoh Tugasan dari YouTube

Pada halaman Sudut Ilmu, saya turut berkongsi ilmu dengan pengunjung blog

tutorial membuat animasi mudah menggunakan perisian MS Paint dan Movie Maker.

Video tutorial ini dirakam sendiri menggunakan perisian Webinaria ini dan dimuatnaik

ke dalam YouTube. Terdapat juga video tutorial melukis menggunakan MS Paint dari

pengguna YouTube yang lain. Halaman Motivasi pula saya memasukkan kata-kata

motivasi dalam bentuk grafik yang menarik untuk dikongsi bersama

WordPress juga turut digunakan sebagai medium perniagaan, oleh itu saya turut

mempromosikan kemudahan homestay saya yang terletak di Sunway City Ipoh. Panel di

sebelah kanan, saya memasukkan widget imej dan akan dipautkan ke

www.homestayida.blogspot.com apabila imej itu diklik (Lihat Rajah 9). Selain dari itu,

saya turut memasukkan Butang Cari, Kalendar, Pos Terkini dan Senarai Blog yang saya

ikuti pada panel kanan blog ini.

Rajah 9: WordPress sebagai Medium Perniagaan

Page 9: Ulasan Blog

5.0 Penutup

Pembinaan blog menggunakan aplikasi Wordpress ini memberikan saya satu pengalaman

baru kepada saya dan Insyaallah saya akan menggunakan platform ini untuk dikongsi bersama

segala ilmu dan maklumat kepada pengunjung blog saya. Walaupun pada mulanya agak sukar

untuk saya memulakannya, tetapi lama-kelamaan timbul rasa seronok untuk menjadikannya

lebih menarik dan mesra pengguna. Diharapkan blog ini memberi manfaat kepada semua dan

ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada pensyarah bagi kursus ini iaitu Prof Madya

Dato’ Dr Abdul Latif bin Haji Gapor serta rakan-rakan dalam member tunjuk ajar dalam

pembinaan blog ini.