geografi stpm baharu - bahagian a penggal 1 - kuliah 6 - lanjutan 02.docx

Upload: asmawi-bin-abdullah

Post on 04-Apr-2018

343 views

Category:

Documents


3 download

TRANSCRIPT

  • 7/31/2019 GEOGRAFI STPM BAHARU - BAHAGIAN A PENGGAL 1 - KULIAH 6 - LANJUTAN 02.docx

    1/13

    LANJUTAN KULIAH 6 - GUNUNG BERAPI

    PEMBENTUKAN GUNUNG BERAPI

    o Gunung berapi terbentuk hasil daripada batuan yang cair di bawah kerak bumi ( bahagianmantel ) akibat daripada keadaan suhu yang sangat panas di kawasan tersebut.

    o Batuan cair ini yang dikenali sebagai magma akan naik ke permukaan bumi keranatekanan yang sangat tinggi di kawasan tersebut.

    o Magma ini kemudiaanya ke luar ke permukaan bumi ( dikenali sebagai lava )melaluirekahan batuan atau lohong gunung berapi lalu membentuk gunung berapi.

    Teori Pembentukan gunung berapi

    Sempadan Plat tempat terbentuknya Gunung Berapi

    Gunung berapi terbentuk di kawasan sempadan plat

    o Terbentuk apabila berlaku pertembungan antara 2 plat atau lebih.

    o Pertembungan ini akan menyebabkan satu plat akan ke bawah plat yang lain.

    o Zon yang terbenam ini akan menjadi cair disebabkan suhu yang sangat panas di bawahkerak bumi.

    o Bahan yang cair ini bersama magma mengalir ke permukaan bumi membentuk gunungberapi.

    http://1.bp.blogspot.com/-1fwXpIMb_Ik/UA0RBkHLLwI/AAAAAAAAA3I/C1a4dZHWDFg/s1600/3.jpeg
  • 7/31/2019 GEOGRAFI STPM BAHARU - BAHAGIAN A PENGGAL 1 - KULIAH 6 - LANJUTAN 02.docx

    2/13

    Gunung Berapi di Sempadan Plat Eurasia dengan Indo Australia

    Gunung Berapi di Permatang Tengah Lautan

    Gunung berapi dikatakan terbentuk di zon permatang tengah lautan

    o Perebakan dasar laut akan berlaku apabila magma yang naik menolak lapisan kerakbumi ke arah yangbertentangan.

    o Lava ini akan membentuk permatang tengah lautan.

    o

    Contoh , pembentukan gunung berapi di Iceland.

    http://2.bp.blogspot.com/-3o3O07_Ijqo/UA0Rd_o6ruI/AAAAAAAAA3Q/0aTuQFyq_CA/s1600/6.jpeghttp://4.bp.blogspot.com/-wTUCLhEvlYE/UA0Sl5zKowI/AAAAAAAAA3Y/fcfBLLzNmrk/s1600/Picture3.jpghttp://2.bp.blogspot.com/-3o3O07_Ijqo/UA0Rd_o6ruI/AAAAAAAAA3Q/0aTuQFyq_CA/s1600/6.jpeghttp://4.bp.blogspot.com/-wTUCLhEvlYE/UA0Sl5zKowI/AAAAAAAAA3Y/fcfBLLzNmrk/s1600/Picture3.jpghttp://2.bp.blogspot.com/-3o3O07_Ijqo/UA0Rd_o6ruI/AAAAAAAAA3Q/0aTuQFyq_CA/s1600/6.jpeg
  • 7/31/2019 GEOGRAFI STPM BAHARU - BAHAGIAN A PENGGAL 1 - KULIAH 6 - LANJUTAN 02.docx

    3/13

    Gunung Berapi ditengah Plat

    Gunung berapi yang terbentuk di tengah plat atau jauh daripada sempadan plat

    o Proses pembentukannya dikaitkan dengan titik panas ( hotspots ).o Kenaikan magma daripada lapisan mantel kira-kira 13 15cm setahun ke permukaanbumi akan menyebabkan gunung berapi terbentuk.

    o Contoh gunung berapi di kepulauan Hawaii.

    JENIS-JENIS GUNUNG BERAPI

    Gunung Berapi Dunia

    Gunung berapi hidup /aktif

    o Gunung berapi yang masih aktif dan boleh meletus bila-bila masa sahaja.

    o Terdapat lebih kurang 500 buah gunung berapi di seluruh dunia yang termasuk dalamkategori ini.

    o Contoh gunung berapi hidup/aktif ialah Gunung Etna, gunung Pelee, GunungMayon,gunung Krakatua dan gunung Stromboli.

    Gunung berapi pendam

    http://2.bp.blogspot.com/-JH3-Z70QI2E/UA0YQ26O0XI/AAAAAAAAA3w/cZwwNmPA6DI/s1600/Picture6.jpghttp://2.bp.blogspot.com/-JSS4l8H77vc/UA0U-9HyjXI/AAAAAAAAA3g/igbDA8adM7s/s1600/Picture5.jpghttp://2.bp.blogspot.com/-JH3-Z70QI2E/UA0YQ26O0XI/AAAAAAAAA3w/cZwwNmPA6DI/s1600/Picture6.jpghttp://2.bp.blogspot.com/-JSS4l8H77vc/UA0U-9HyjXI/AAAAAAAAA3g/igbDA8adM7s/s1600/Picture5.jpg
  • 7/31/2019 GEOGRAFI STPM BAHARU - BAHAGIAN A PENGGAL 1 - KULIAH 6 - LANJUTAN 02.docx

    4/13

    o Gunung berapi yang pernah meletup dan akan meletup lagi di masa depan.

    o Gunung ini masih menunjukkan adanya aktiviti gunung berapi seperti terdapatnya mataair panas di sekelilingnya.

    o Contoh gunung berapi pendam ialah gunung Kalimanjaro, Gunung Fujiyama danGunung Vesuvius.

    Gunung berapi mati

    o Gunung berapi mati ialah gunung berapi yang tidak aktif dan tidak lagi akan meletup lagidi masa depan.

    o Gunung berapi di kategori sebagai mati atau tidak aktif kerana tidak ada lagi aktivitigunung berapi di sekitarnya.

    o Contoh gunung berapi mati ialah gunung berapi Kenya.

    BAHAN- BAHAN HASIL LETUPAN GUNUNG BERAPI

    Lavao Merujuk kepada magma yang mengalir keluar daripada bahagian mantel dan mengalirkeluar melalui rekahan batuan atau lohong gunung berapi lalu menyejuk dan membeku di ataspermukaan bumi.

    o Terdapat dua jenis lava gunung berapi iaitu lava bes dan lava asid.

    o Lava asid - Lava yang sangat pekat dan mengalir dengan perlahan, cepat membeku,mengandungi kandungan silika yang tinggi dan mempunyai takat lebur yang tinggi.

    o Lava Bes Lava yang cair dan mengalir dengan laju, lambat membeku dan mengalirlebih jauh di permukaan bumi, mengandungi sedikit silika tetapi banyak mengandungi besi danmagnesium.

    Piroklastiko Piroklastik merupakan bahan-bahan serpihan seperti debu halus, lapili, bom dan pumis

    akibat daripada letupan gunung berapi yang kuat.o Lapili berbentuk batu-batu bersaiz kecil

    o Bahan-bahan pejal yang besar dan berbentuk bulat, bujur atau bersegi-segi dikenalisebagai bom.

    o Batuan tempatan seperti batuan pumis yang terdapat disekitar gunung berapi turut diletupkeluar.

    o Contoh letupan yang menghasilkan bahan piroklastik ialah semasa letusan gunungberapi Visuvius di pantai barat Itali.

    Abu dan gaso Abu gunung berapi merupakan serbuk halus yang berdiameter kurang daripada 4 mm.

    o Semasa letupan gunung berapi abu gunung berapi akan menyelibungi atmosfera bumi

    dan jatuh ke bumi dalam bentuk salji hitam.o Contoh semasa letusan gunung berapi Pelee di kepulauan Antiles. Letusan gunungberapi juga boleh menghasilkan wap-wap air (60-70%) dan gas-gas seperti gas karbon dioksida,nitrogen, karbon dioksida, sulfur dan klorin.

    IGNEUS JALAR DALAM GUNUNG BERAPI

    Konsep igneus jalar dalam ( rejahan )

    Igneus jalar dalam atau rejahan merujuk kepada bentuk muka bumi dalaman yang dihasilkanoleh magma yang menyejuk dan membeku pada struktur rekahan dan retakan batuan sebelumtiba ke permukaan bumi.

    Kata kunci

  • 7/31/2019 GEOGRAFI STPM BAHARU - BAHAGIAN A PENGGAL 1 - KULIAH 6 - LANJUTAN 02.docx

    5/13

    bentuk muka bumi dalamanyang dihasilkan oleh magmayang menyejuk dan membekupada struktur rekahan dan retakan batuan sebelum tiba ke permukaan bumi.

    Bentuk muka bumi jalar dalam ( Rejahan )

    Bentuk muka bumi Jalar Dalam ( Rejahan )

    Daik

    o Daik terbentuk apabila magma yang keluar daripada lapisan mantel

    o Melalui rekahan dan retakan batuan dan menyejuk dan membeku dalam kerak bumisecara tegak

    o Kadang kalanya daik terbentuk secara berkelompok seperti yang terdapat di barat lautScotland, terutama di pulau- pulau Mull dan Arran.

    Silo Sil terbentuk apabila magma yang keluar daripada lapisan mantel

    o Melalui rekahan dan retakan batuan dan kemudiaannya menyejuk dan membeku dalamkerak bumi secara mendatar atau condong. Contoh sil yang paling terkenal ialah Great Whin Sil

    di utara England.Lakolito Lakolit berbentuk seperti cendawan. Magma yang mengalir keluar

    o Membeku dalam bentuk dom besar yang mempunyai satu lohong bawah.

    o Contoh lakolit ialah gunung Henry di Utah ( Amerika Syarikat )

    Lapolito Lapolit terbentuk apabila magma yang mengalir keluar menyejuk dan membeku dibawah permukaan bumi dalam bentuk piring yang bahagian tengahnya berbentuk lembangan.Contoh lapolit yang terkenal ialah yang terdapat di Ontario dan di Bushveld, Transvaal.

    Pakolito Pakolit terbentuk seperti sebuah kanta. Magma yang mengalir keluar membeku di

    bahagian kemuncak lintap mungkum atau di dasar lintap lendut dalam lapisan berlipat.

    http://1.bp.blogspot.com/-98d6G6kVJ20/UA0QiYKnD2I/AAAAAAAAA3A/KxQ0Jf3A9jY/s1600/Picture2.jpg
  • 7/31/2019 GEOGRAFI STPM BAHARU - BAHAGIAN A PENGGAL 1 - KULIAH 6 - LANJUTAN 02.docx

    6/13

    o Apabila lapisan batuan di atasnya di gondolkan oleh agen-agen gondolan sepertiluluhawa dan hakisan

    o pakolit akan terdedah ke permukaan bumi dan membentuk kubah, atau gunung.

    o Corndon Hill di Shorpshire England di percayai berasal daripada pakolit.

    Batolit

    o Batolit merupakan jisim batuan igneus jalar dalam yang paling besar.o Batolit terbentuk akibat pembekuan magma secara besar-besaran dalam kerak bumi.

    o Biasanya jisim batuan ini apabila terdedah di permukaan bumi akibat yang merupakanbatolit ialah Tanah Tinggi Dartmoor dan Bodmin Moor di barat daya England dan Banjaran PantaiBritish Columbia.

    IGNEUS JALAR LUAR GUNUNG BERAPIKonsep igneus jalar luar ( terobosan )

    Igneus jalar luar atau terobosan merujuk kepada bentuk muka bumi yang dihasilkan oleh lavayang menyejuk dan membeku di atas permukaan bumi.

    Bentuk muka bumi jalar luar gunung berapi

    Dataran tinggi lava / Penara Basalt

    Dataran tinggi lava terbentuk apabila lava

    mengalir keluar ke permukaan bumi

    melalui satu rekahan atau beberapa siri

    rekahan.

    Proses pengaliran ini biasanya berlaku

    secara senyap tanpa melibatkan letupan.

    Dataran Tinggi Deccan di India

    merupakan satu contoh dataran tinggi

    lava. Menurut kajian

    Dataran ini mempunyai 29 aliran lava

    yang berlainan.

    Geiser / Pancutan Air Panas.

    erdapat di kawasan gunung berapi.

    erdiri daripada punca air dari dalambumi yang dipanaskan oleh magma panas

    di lapisan batuan rejahan jalar dalam.

    ekanan yang amat panas menyebabkan

    airnya terpancut tinggi yang boleh

    dijanakan tenaga elektrik.

    Contoh terdapat banyak di Iceland,

    Filipina.

    Kon komposit

    http://2.bp.blogspot.com/-_gns0xaZduc/UA0QPNfa4ZI/AAAAAAAAA24/kTM-F6Rb_u8/s1600/Picture1.jpghttp://2.bp.blogspot.com/-H1PLWCMFUE4/UA0QH8FlhWI/AAAAAAAAA2w/dfrzYqDwrLs/s1600/Picture1.pnghttp://2.bp.blogspot.com/-_gns0xaZduc/UA0QPNfa4ZI/AAAAAAAAA24/kTM-F6Rb_u8/s1600/Picture1.jpghttp://2.bp.blogspot.com/-H1PLWCMFUE4/UA0QH8FlhWI/AAAAAAAAA2w/dfrzYqDwrLs/s1600/Picture1.png
  • 7/31/2019 GEOGRAFI STPM BAHARU - BAHAGIAN A PENGGAL 1 - KULIAH 6 - LANJUTAN 02.docx

    7/13

    Kon komposit mempunyai bentuk dan

    struktur yang lebih kompleks.

    Lava atau bahan akan diletuskan melalui

    lohong tengah dan juga lohong-lohong

    sisinya.

    Di bahagian tengah gunung berapiterdapat sebuah kon yang agak besar

    dan di cerun-cerun tepinya pula terbentuk

    anak-anak kon yang lebih kecil hasil

    daripada pengeluaran bahan daripada

    rekahan-rekahan yang terdapat di

    bahagian sisinya.

    Contoh gunung berapi jenis kon komposit

    ialah Fujiyama di Jepun, Vesivius di Itali,

    Shasta di Amerika Syarikat, dan Mayon

    di Filipina.

    Krater

    Krater atau kawah gunung berapi

    merupakan satu lekukan yang berbentuk

    bujur atau bulat di puncak gunung berapi.

    Krater di kelilingi cerun bahagian tepi

    yang agak curam dengan garis pusat

    kurang daripada 1.6 kilometer.

    Contoh Krater ialah tasik crater diAmerika Syarikat dan Tasik Haleakala

    di Pulau Maui, Hawaii

    Kaldera

    Kaldera terbentuk disebabkan oleh

    letusan gunung berapi yang kuat

    sehinggakan sebahagian besar daripada

    kon sebelah atas runtuh.

    Bentuk kaldera seakan-akan kawah

    gunung berapi tetapi saiznya lebih

    besar, luas dan cetek.

    Lekukan kaldera ini biasanya

    membentuk tasik yang besar dan luas.

    Contoh kaldera yang terkenal di dunia

    ialah Tasik Toba, Sumatera, Indonesia,

    tasik Aira, di Jepun, Kilauea di

    Hawaii.

    http://3.bp.blogspot.com/-8dP50KiGRkg/UA0fSfE4EcI/AAAAAAAAA4M/iv8m5Bv8uv4/s1600/Picture9.jpghttp://4.bp.blogspot.com/-apYEHk5xtOQ/UA0fE9XOgbI/AAAAAAAAA4E/U1uliEDUBq0/s1600/Picture8.jpghttp://3.bp.blogspot.com/-D3M8IGw4hWg/UA0e3HyO6CI/AAAAAAAAA38/q1HwtwQNo4Y/s1600/Picture7.jpghttp://3.bp.blogspot.com/-8dP50KiGRkg/UA0fSfE4EcI/AAAAAAAAA4M/iv8m5Bv8uv4/s1600/Picture9.jpghttp://4.bp.blogspot.com/-apYEHk5xtOQ/UA0fE9XOgbI/AAAAAAAAA4E/U1uliEDUBq0/s1600/Picture8.jpghttp://3.bp.blogspot.com/-D3M8IGw4hWg/UA0e3HyO6CI/AAAAAAAAA38/q1HwtwQNo4Y/s1600/Picture7.jpghttp://3.bp.blogspot.com/-8dP50KiGRkg/UA0fSfE4EcI/AAAAAAAAA4M/iv8m5Bv8uv4/s1600/Picture9.jpghttp://4.bp.blogspot.com/-apYEHk5xtOQ/UA0fE9XOgbI/AAAAAAAAA4E/U1uliEDUBq0/s1600/Picture8.jpghttp://3.bp.blogspot.com/-D3M8IGw4hWg/UA0e3HyO6CI/AAAAAAAAA38/q1HwtwQNo4Y/s1600/Picture7.jpg
  • 7/31/2019 GEOGRAFI STPM BAHARU - BAHAGIAN A PENGGAL 1 - KULIAH 6 - LANJUTAN 02.docx

    8/13

    Danau Toba

    Gunung Berapi Kon Perisai( Kubah

    Lava)

    Gunung berapi perisai mempunyai

    kubah yang lebar dan cerun yang

    landai.

    ahagian atasnya adalah cembung.

    erdiri daripada beberapa lapisan lava

    basalt ( batuan igneus yang terdapat di

    lembangan lautan) yang terobosmelalui lohong pusat atau lohong tepi/

    parasit.

    Gunung berapi ini adalah gunung berapi

    pulau seperti Pulau Hawaii, Samoa dan

    Galapagos.

    Kon Perisai

    Gunung Berapi Lava Asid.

    empunyai takat lebur dan kadar

    kelikatan yang tinggi.

    erwarna agak cerah dan suhu kurang

    panas berbanding lava bes.

    Cepat membeku di lereng gunung

    membentuk cerun yang curam..

    Contoh gunung berapi kon asid ialah

    Puy de Dome di Perancis.Kon Lava Asid

    http://2.bp.blogspot.com/-uhw_OVTtcEI/UA0hIS7iQVI/AAAAAAAAA4k/vp0EbkwNR5Q/s1600/Picture12.jpghttp://3.bp.blogspot.com/-DGsWWa6Mcwk/UA0foiRUxsI/AAAAAAAAA4c/U24DSCFT2Wo/s1600/Picture11.jpghttp://2.bp.blogspot.com/-TGRBckk67_c/UA0flDHpOgI/AAAAAAAAA4U/6nQAFoxpBFc/s1600/Picture10.jpghttp://2.bp.blogspot.com/-uhw_OVTtcEI/UA0hIS7iQVI/AAAAAAAAA4k/vp0EbkwNR5Q/s1600/Picture12.jpghttp://3.bp.blogspot.com/-DGsWWa6Mcwk/UA0foiRUxsI/AAAAAAAAA4c/U24DSCFT2Wo/s1600/Picture11.jpghttp://2.bp.blogspot.com/-TGRBckk67_c/UA0flDHpOgI/AAAAAAAAA4U/6nQAFoxpBFc/s1600/Picture10.jpghttp://2.bp.blogspot.com/-uhw_OVTtcEI/UA0hIS7iQVI/AAAAAAAAA4k/vp0EbkwNR5Q/s1600/Picture12.jpghttp://3.bp.blogspot.com/-DGsWWa6Mcwk/UA0foiRUxsI/AAAAAAAAA4c/U24DSCFT2Wo/s1600/Picture11.jpghttp://2.bp.blogspot.com/-TGRBckk67_c/UA0flDHpOgI/AAAAAAAAA4U/6nQAFoxpBFc/s1600/Picture10.jpg
  • 7/31/2019 GEOGRAFI STPM BAHARU - BAHAGIAN A PENGGAL 1 - KULIAH 6 - LANJUTAN 02.docx

    9/13

    Gunung Berapi Lava Bes

    Bersuhu tinggi, agak cair berbanding

    lava asid dan berwarna agak gelap.

    Lambat membeku dan dapat mengalirjauh kebawah cerun.

    Bentuk kon yang landai

    Subur kerana mengandungi unsur besi

    dan magnesium. Ct. G. Merapi di

    Indonesia.

    Kon Lava Bes

    Kon abu / Kon Piroklastik

    Kon abu merupakan kon kecil yang

    terbentuk daripada bahan-bahanpiroklastik seperti abu, debu, lapili,

    pumis dan tuf dilonggokkan di sekitar

    cerunnya

    Biasanya bahan letusan kasar boleh

    didapati dibahagian bawah manakala

    yang lebih halus di bahagaian atas kon.

    .

    Kon-kon abu mempunyai cerun yang

    curam ( lebih kurang 40 darjah ), tinggi

    dan tirus.

    Antara contoh gunung berapi jenis konabu ialah gunung berapi Vesivius, di

    Itali dan Krakatoa di Indonesia.

    Kon Abu

    http://4.bp.blogspot.com/-wQ8AcBSRTIE/UA0iHBTeJJI/AAAAAAAAA40/w7T9jPRDXrU/s1600/Picture14.jpghttp://4.bp.blogspot.com/-Wy0au0JdxUs/UA0hMpLEziI/AAAAAAAAA4s/vwbdBfUvjWA/s1600/Picture13.jpghttp://4.bp.blogspot.com/-wQ8AcBSRTIE/UA0iHBTeJJI/AAAAAAAAA40/w7T9jPRDXrU/s1600/Picture14.jpghttp://4.bp.blogspot.com/-Wy0au0JdxUs/UA0hMpLEziI/AAAAAAAAA4s/vwbdBfUvjWA/s1600/Picture13.jpg
  • 7/31/2019 GEOGRAFI STPM BAHARU - BAHAGIAN A PENGGAL 1 - KULIAH 6 - LANJUTAN 02.docx

    10/13

    Aktiviti Gunung Berapi

    JENIS_JENIS LETUSAN GUNUNG BERAPI

    Jenis HawaiianMelibatkan pengeluaran lava yang cair, dan dapat mengalir dengan jauh.

    Jenis StrambolianMelibatkan letusan yang agak kerap. Lava yang dikeluarkan tidak begitu cair, dan bercampurdengan serpihan pepejal.

    Jenis VulcanianMelibatkan pengeluaran lava yang sangat cepat menyejuk dan membeku. Letupan inimenghasilkan banyak bahan pepejal yang pelbagai saiz dengan diiringi kumpulan asap yang

    hitam.

    http://3.bp.blogspot.com/-4jvAN1NAF6k/UA0iuNXFp9I/AAAAAAAAA48/38B71qIw0zQ/s1600/Picture15.jpghttp://3.bp.blogspot.com/-4jvAN1NAF6k/UA0iuNXFp9I/AAAAAAAAA48/38B71qIw0zQ/s1600/Picture15.jpg
  • 7/31/2019 GEOGRAFI STPM BAHARU - BAHAGIAN A PENGGAL 1 - KULIAH 6 - LANJUTAN 02.docx

    11/13

    Jenis PeleanLetusan jenis Pelean melibatkan letupan yang sangat kuat. Pengeluaran lava yang sangat pekat,menghasilkan kumpulan asap debu gunung berapi yang dikenali dengan nama nuee ardente.

    Jenis VesuvianLetusan jenis Vesuvian melibatkan pengeluaran lava yang banyak berserta dengan kumpulan

    gas dan membentuk kumpulan awan yang bersaiz besar.

    PlinianLetusan jenis Plinian menghasilan bunyi yang sangat kuat, disertai dengan semburan gas yangtinggi ke udara. Letusan jenis ini juga menghasilkan sedikit bahan-bahan pepejal.

    FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI BENTUK DAN SAIZ GUNUNG BERAPIJenis lavaLava bes yang sifatnya cair, lambatmenyejuk dan membeku akan dapat mengalir dalam jarakyang jauh akan membentuk gunung berapi perisai yang bercerun landai dan besaiz besar.Contohnya gunung berapi Mauna Loa dan Mauna Kea di Hawaii. Lava asid pula dengan sifatnya

    yang sangat likat, cepat menyejuk dan membeku akan menghasilkan gunung berapi yangbercerun curam.

    Kekuatan dan kekerapan letusanLetusan yang senyap dan berterusan akan mewujudkan gunung berapi yang sekata. Bagiletusan yang kuat, lohong gunung berapi akan musnah dan mewujudkan kawah yang besar.

    Struktur lohong dan rekahan sisiSekiranya terdapat lohong yang banyak termasuk rekahan sisi gunung berapi maka magma akankeluar melalui pelbagai arah. Akibatnya kon komposit akan terbentuk.

    Kuantiti bahan yang dikeluarkan.Saiz sesebuah gunung berapi amat bergantung kepada kuantiti bahan yang dikeluarkan.Sekiranya kuantiti lava dan bahan piroklastik yang dikeluarkan banyak maka gunung berapi yangterbentuk lebih besar dan landai. manakala sekira kuantiti bahan yang dikeluarkan sedikit makabentuk gunung berapi yang terbentuk lebih kecil dan curam.

    Tindakan agen gondolan seperti hakisan dan luluhawaHakisan yang berterusan ke atas cerun-cerun gunung berapi akan meruntuhkan cerun-ceruntersebut. Magma yang keras akan terdedah di puncak gunung berapi sebagai palam gunungberapi.

    KESAN AKTIVITI GUNUNG BERAPI TERHADAP ALAM SEKITAR DAN AKTIVITI MANUSA.

    KESAN POSITIF

    Tanah yang suburLetusan gunung berapi lava bes kaya dengan pelbagai mineral. Tanah lava bes ini subur untukkegiatan pertanian seperti tanaman padi dan kapas. Contoh di Dataran Tinggi Deccan di India,kepulauan Jawa dan di bahagian timur laut Hawaii.

    Sumber galian ( perlombongan )Sumber galian logan seperti kuprum, emas, perak, plumbum didapati di kawasan gunung berapiyang mati ( di kawasan sempadan plat yang menjunam ).

    Sumber tenaga ( geoterma )Stim daripada mata air panas dan geiser boleh digunakan untuk menggerakkan turbin lalu

    menghasilkan tenaga elektrik geoterma.

  • 7/31/2019 GEOGRAFI STPM BAHARU - BAHAGIAN A PENGGAL 1 - KULIAH 6 - LANJUTAN 02.docx

    12/13

    PelanconganTasik kawah ( kaldera ) amat unik dan menarik. Kawasan ini amat sesuai dijadikan sebagaikawasan pelancongan seperti Danau Toba di Sumatera, merupakan kawasan ekopelanconganyang popular. Mata air panas dan geiser yang banyak terdapat di Rotorua, New Zealand,Yellowstone di Amerika Syarikat telah menarik ramai pelancong melancong ke kawasantersebut.

    KESAN NEGATIF

    Kematian dan kerosakan harta bendaLetusan gunung berapi Krakatoa pada bulan ogos 1883, telah menghasilkan kejadian ombak luarbiasa atau Tsunami setinggi 30 meter. Ombak tsunami ini telah meragut 36,000 nyawa danmemusnahkan 1000 buah kampung di sepanjang pantai Jawa dan Sumatera.

    Hujan asidGas sulfur dioksida yang terhasil akibat letusan gunung berapi akan menyebabkan berlakunyahujan asid. Hujan asid ini akan merosakkan tanaman, cat-cat bangunan, ekosistem akuatik, dan

    kemusnahan hutan.

    Kesan kepada sistem pengangkutanLetupan gunung berapi berupaya untuk menghasilkan debu yang banyak di atmosfera bumi.Debu-debu yang berterbangan di udara boleh menghadkan jarak penglihatan di sesuatukawasan. Keadaan ini boleh mengganggu aktiviti penerbangan. Debu-debu hasil daripadaletupan gunung berapi juga berupaya untuk menghilangkan kuasa enjin kapal terbang setelahenjin kapal terbang dikotori oleh debu gunung berapi.

    Kejadian TsunamiGegaran akibat letupan gunung berapi di dasar laut berupaya untuk mewujudkan pergerakanombak selaju 700 km/sejam. Pergerakan ombak akan menjadi semakin tinggi apabila memasukikawasan pantai yang cetek. Akibat pergeselan akan mengurangkan pergerakan ombak. Tolakanombak secara berterusan di bahagian belakang akan meninggikan ombak-ombak yang berada dihadapan.Kenaikan ketinggian ombak secara tiba-tiba akan menyebabkan air laut berhampiran pinggirpantai akan mengundur ke laut untuk tempoh beberapa minit sebelum ianya melanda semulapantai ini dalam bentuk ombak pembinasa. Contohnya semasa letusan gunung berapi Krakatoapada bulan ogos 1883, telah menghasilkan kejadian ombak luar biasa atau Tsunami setinggi 30meter. Ombak tsunami ini telah meragut 36,000 nyawa dan menusnahkan 1000 buah kampungdi sepanjang pantai Jawa dan Sumatera.

    Kesan kepada ekosistem hutanAliran lava yang panas apabila merentasi kawasan hutan boleh menyebabkan berlakunyakebakaran kawasan hutan tersebut. Akibatnya ekosistem hutan musnah dan sekaligus

    mengganggu sistem rantaian makanan di kawasan tersebut.

    KEPENTINGAN BENTUK MUKA BUMI AKTIVITI GUNUNG BERAPI TERHADAP KEGIATANMANUSIA.

    Kegiatan pertanianDataran tinggi lava - Letusan gunung berapi lava bes kaya dengan pelbagai mineral. Tanah lavabes ini subur untuk kegiatan pertanian seperti tanaman padi dan kapas. Contoh di DataranTinggi Deccan di India, kepulauan Jawa dan di bahagian timur laut Hawaii.

    Kegiatan penternakanKaldera- Penternakan ikan air tawar ( akuakultur ) dapat dijalankan seperti yang dijalankan di

    Tasik Danau Toba, Sumatera.

  • 7/31/2019 GEOGRAFI STPM BAHARU - BAHAGIAN A PENGGAL 1 - KULIAH 6 - LANJUTAN 02.docx

    13/13

    Kegiatan pelanconganTasik kawah ( kaldera ) amat unik dan menarik. Kawasan ini amat sesuai dijadikan sebagaikawasan pelancongan seperti Danau Toba di Sumatera, merupakan kawasan ekopelanconganyang popular.

    Kegiatan Pelombongan

    Batolit- Magma yang membeku di bawah tanah membentuk batuan keras seperti granit. Apabilabatuan ini terdedah ke permukaan bumi akibat aktiviti gondolan batuan tersebut boleh menjadisumber perlombongan yang penting. Contoh batuan granit yang terdedah oleh proses hakisan diCalifornias Yosemite National Park.