ulasan jurnal pembangunan sahsiah

18
Pembangunan Sahsiah ULASAN JURNAL Menggalakkan perubahan sikap yang positif merupakan tajuk jurnal yang telah dipilih oleh kumpulan kami. Melihat kepada tajuk sudah cukup memberi gambaran kepada pembaca mengenai apa yang akan ditulis oleh penulis jurnal ini. Jurnal ini telah di tulis oleh Andrew E. Finch yang mana kajian ini telah dijalankan di salah sebuah universiti terkemuka di Korea. Kajian ini dijalankan terhadap pelajar Pendidikan Bahasa Inggeris untuk mengkaji bagaimana sikap mereka untuk belajar. Disamping itu, faktor kepercayaan turut memberi kesan dalam proses pembelajaran.Sikap untuk belajar merupakan intipati utama bagi seseorang individu untuk berjaya dalam kehidupan. Seorang yang bersikap mulia atau mempunyai sahsiah yang tinggi tidak akan mempunyai sebarang masalah untuk berjaya. Mereka perlu mempunyai strategi pembelajaran yang berkesan. Sikap bermaksud cara menempatkan atau membawa diri, atau cara merasakan dan tingkah laku. Selain itu, sikap juga membawa maksud keadaan mental yang kompleks iaitu melibatkan keyakinan dan perasaan, serta tingkah laku untuk bertindak dengan cara tertentu. Penulis turut mengaitkan faktor kepercayaan dalam proses pembelajaran. Sebagai contoh, seorang pelajar yang beragama Islam akan sentiasa berdoa kepada Allah supaya dipermudahkan dalam urusan pembelajaran dan dikurniakan keputusan peperiksaan yang cemerlang. Hal ini adalah kerana pelajar tersebut percaya dan yakin Allah akan memakbulkan doanya.

Upload: farhana-ariffin

Post on 20-Jan-2015

217 views

Category:

Education


10 download

DESCRIPTION

ULASAN JURNAL pembangunan sahsiah.pdf

TRANSCRIPT

Page 1: Ulasan jurnal pembangunan sahsiah

Pembangunan Sahsiah

ULASAN JURNAL

Menggalakkan perubahan sikap yang positif merupakan tajuk jurnal yang telah dipilih oleh

kumpulan kami. Melihat kepada tajuk sudah cukup memberi gambaran kepada pembaca

mengenai apa yang akan ditulis oleh penulis jurnal ini. Jurnal ini telah di tulis oleh Andrew E.

Finch yang mana kajian ini telah dijalankan di salah sebuah universiti terkemuka di Korea.

Kajian ini dijalankan terhadap pelajar Pendidikan Bahasa Inggeris untuk mengkaji bagaimana

sikap mereka untuk belajar. Disamping itu, faktor kepercayaan turut memberi kesan dalam

proses pembelajaran.Sikap untuk belajar merupakan intipati utama bagi seseorang individu untuk

berjaya dalam kehidupan.

Seorang yang bersikap mulia atau mempunyai sahsiah yang tinggi tidak akan mempunyai

sebarang masalah untuk berjaya. Mereka perlu mempunyai strategi pembelajaran yang berkesan.

Sikap bermaksud cara menempatkan atau membawa diri, atau cara merasakan dan tingkah laku.

Selain itu, sikap juga membawa maksud keadaan mental yang kompleks iaitu melibatkan

keyakinan dan perasaan, serta tingkah laku untuk bertindak dengan cara tertentu. Penulis turut

mengaitkan faktor kepercayaan dalam proses pembelajaran. Sebagai contoh, seorang pelajar

yang beragama Islam akan sentiasa berdoa kepada Allah supaya dipermudahkan dalam urusan

pembelajaran dan dikurniakan keputusan peperiksaan yang cemerlang. Hal ini adalah kerana

pelajar tersebut percaya dan yakin Allah akan memakbulkan doanya.

Page 2: Ulasan jurnal pembangunan sahsiah

Penulis menyatakan bahawa berdasarkan kajian yang dijalankan, para pelajar dilihat mempunyai

tahap keyakinan diri yang rendah, cara pembelajaran yang kurang menarik dan mempunyai sikap

malas untuk belajar. Oleh yang demikian, guru dilihat perlu menghormati pegangan dan

kepercayaan pelajar. Guru juga perlu memahami sikap dan sahsiah pelajar. Sekiranya guru ingin

menegur tingkah laku pelajarnya, mereka perlu menegur dengan cara yang betul.

Semasa menjalankan kajian ini, penulis telah menyenaraikan beberapa faktor yang

mempengaruhi perubahan sikap dan sahsiah pelajar. Faktor yang menyumbang dalam perubahan

sikap dan sahsiah pelajar adalah keyakinan diri, motivasi diri, tanggungjawab, kebimbangan dan

autonomi. Sebagai contoh, seorang pelajar yang mempunyai keyakinan diri yang tinggi akan

aktif dalam kelas semasa proses pembelajaran berlaku. Pelajar tersebut akan bertanyakan soalan

jika tidak faham dan sering menawarkan diri untuk menjawab soalan yang diberikan oleh guru.

Penulis telah menggunakan lima kaedah dalam menyempurnakan kajian ini. Lima kaedah

tersebut ialah pembelajaran jurnal, persekitaran pembelajaran, penilaian dalam kelas, soal selidik

dan umum. Pembelajaran jurnal bermaksud pensyarah memberi satu jurnal kepada pelajarnya

untuk membuat refleksi berdasarkan jurnal tersebut. Penilaian diberi berdasarkan keyakinan dan

keberanian pelajar untuk berkomunikasi dengan ahli kumpulan yang lain. Penilaian dalam kelas

pula memperlihatkan tahap aktif seseorang pelajar didalam kelas. Sekiranya pelajar tersebut

bersikap pasif, hal ini demikian kerana pelajar tersebut mempunyai sahsiah yang kurang

memuaskan. Pelajar tersebut perlu menjadi pelajar yang asertif di mana perlu bertanya sekiranya

tidak faham.

Penulis ada menyatakan pembelajaran melalui kaedah metakognitif sangat mempengaruhi sikap

pelajar dalam proses pembelajaran. Secara umum metakognitif bermaksud ‘pemikiran tentang

pemikiran’ (Flavel, 1979). Ia merujuk kepada pengetahuan seseorang tentang proses

Page 3: Ulasan jurnal pembangunan sahsiah

pembelajarannya sendiri. Pengetahuan tersebut digunakan untuk memantau dan meregulasi

proses kognitifnya secara sedar ketika menjalankan aktiviti belajar, menyelesaikan masalah dan

menakul (reasoning). Osborne (1999) menyarankan bahawa metakognitif meliputi pemantauan

aktif, kawalan secara sedar atau regulasi eksekutif bagi proses mental. Metakognitif

mengandungi dua proses asas yang berlaku serentak iaitu memantau kemajuan semasa proses

pembelajaran dan membuat perubahan atau mengubahsuai strategi yang digunakan jika didapati

ianya kurang berkesan (Winn & Snyder,1998). Proses metakognitif ini melibatkan antara lain

proses refleksi kendiri, penetapan matlamat, pengurusan masa serta inisiatif dan tanggungjawab

kendiri. Ia melibatkan kedua-dua kesedaran tentang pengetahuan dan kesedaran tentang kawalan

proses pembelajaran seseorang. Dengan erti kata lain, kemahiran metakognitif meliputi proses

kawalan secara sedar pembelajaran seseorang termasuklah dari peringkat perancangan, memilih

strategi yang sesuai, memantau kemajuan pembelajaran, membetulkan kesilapan yang dilakukan,

menilai keberkesanan strategi pembelajaran yang digunakan serta menukar strategi atau tindakan

yang diambil jika perlu (Ridley, Schutz Glanz &Weinstein, 1992). Keyakinan diri ataupun self-

esteem ialah kepercayaan bahawa dirinya boleh mengendalikan kehidupannya dengan baik serta

segala cabaran yang dihadapi dengan jayanya. Kejayaan datang kepada mereka yang dapat

mengendalikan kehidupan dengan yakin dan cemerlang.

Page 4: Ulasan jurnal pembangunan sahsiah

TEORI KOGNITIF : TEORI PILIHAN

Teori Kognitif adalah teori yang berpusatkan kepada pemikiran manusia. Terdapat

banyak teori yang dikategorikan di bawah teori kognitif seperti Teori Kognitif Tingkah

Laku, Teori Rasional Emotif Tingkah Laku, Teori pilihan Terapi Pilihan dan Terapi

Realiti. Persamaan teori-teori di bawah pendekatan kognitif adalah daripada aspek konsep

dan aplikasinya kepada pelajar. Teori Pilihan dan Terapi Realiti yang menekankan sistem

berfikir merupakan sistem kawalan yang mengawal tingkah laku individu. Setiap individu

bebas untuk membuat pilihan.

Pendekatan kognitif berasal daripada perkataan ‘cognitio’ yang membawa maksud

‘to know’ iaitu mengetahui atau memahami. Perkembangan kognitif adalah berkaitan

dengan keupayaan seseorang individu mengumpul maklumat dan menyelesaikan masalah.

Perkembangan kognitif terbahagi kepada empat aspek iaitu pemikiran, persepsi,

penyelesaian masalah dan pembentukan konsep. Teori Pilihan dan Terapi Realiti telah

diasaskan oleh William Glasser iaitu seorang doctor psikologi klinikal yang telah

dilahirkan di Cleveland, Ohio, California pada 11 Mei 1925. Dalam tahun 1966, Glasser

mula mengaplikasikan idea-idea Teori Pilihan dan Terapi Pilihan dalam system

Pendidikan di California. Tegas Glasser (2000), Teori Pilihan menerangkan bahawa kita

memilih untuk bertingkah laku sebagaimana yang kita inginkan termasuklah kita bersedih.

Page 5: Ulasan jurnal pembangunan sahsiah

Individu bebas bertingkah laku berdasarkan kepada motivasi dalaman, pilihan kita sendiri,

fleksibel, bermatlamat dan kreatif.

Menurut Glasser (1986) dan Ahmad Jazimin (2010), keinginan psikologi

merangkumi seseorang individu yang menyayangi dan ingin disayangi oleh orang lain,

ingin penghargaan daripada lain, inginkan kebebasan dan inginkan kegembiraan. Tegas

Glasser (1998) dan Ahmad Jazimin et al. (2011), berdasarkan Teori Pilihan manusia

bertingkah laku berdasarkan beberapa faktor.

KEHENDAK KUALITI (QUALITY WORLD)

Konsep kehendak kualiti (Quality World) merupakan salah satu kata kunci dalam

teori pilihan dan terapi pilihan. Kehendak kualiti membawa maksud setiap orang

mempunyai kehendak, harapan atau impian masing-masing. Kehendak seseorang

bergantung kepada sejauhmana pengalamannya dengan orang lain, benda, kepercayaan dan

situasi yang dialami. Quality World yang ada pada diri seseorang menghasilkan satu

kehendak, idaman, harapan yang diinginkan.

Melalui jurnal yang bertajuk ‘Menggalakkan Perubahan Sikap yang Positif’ ini,

konsep kehendak kualiti (quality world) merupakan salah satu konsep yang boleh

dikaitkan di dalamnya. Setiap pelajar mempunyai kehendak masing-masing di dalam diri

mereka. Setiap perubahan yang ingin diaplikasikan haruslah mempunyai nilai yang positif

agar pelajar dapat mengambilnya sebagai contoh. Sesungguhnya, setiap pengalaman

Page 6: Ulasan jurnal pembangunan sahsiah

memberi iktibar kepada seseorang. Pengalaman yang positif akan membantu pelajar untuk

menjadi lebih baik.

Dalam kaedah pembelajaran yang telah dijalankan iaitu kaedah pembelajaran

persekitaran, ia merupakan faktor yang amat sesuai dalam proses pembelajaran di mana

perubahan sikap yang positif boleh diambil melalui kaedah ini. Kaedah ini membantu

menggalakkan keyakinan dan harga diri seseorang pelajar serta menggalakkan pelajar

bertanggungjawab untuk mencapai kejayaan dalam pelajaran. Pembelajaran persekitaran ini

dicipta bagi menghasilkan kesan yang positif dan autonomi dan menggalakkan pelajar

bertindak balas dengan kaedah ini. Konsep kehendak kualiti boleh dikaitkan dengan

kaedah ini kerana seseorang pelajar mestilah mahukan yang terbaik dalam diri mereka.

Berdasarkan pengalaman mereka melalui kaedah pembelajaran persekitaran, sedikit-

sebanyak input yang positif boleh diambil dan diamalkan. Pada masa yang sama,

pembelajaran bersama-sama orang disekeliling juga dapat membantu mereka dalam proses

pembelajaran. Pelbagai jenis ragam manusia boleh dilihat. Oleh itu, pelajar harus bijak

memilih rakan agar rakan tersebut dapat membantu mereka berubah menjadi lebih baik.

Justeru, konsep kehendak kualiti boleh dikaitkan di dalam jurnal ini. Hal ini

kerana perubahan sikap yang positif perlulah memerlukan kualiti yang baik untuk

diamalkan.

INDIVIDU BERTANGGUNJAWAB UNTUK MEMILIH KEPUTUSAN DALAM

HIDUPNYA

Page 7: Ulasan jurnal pembangunan sahsiah

Konsep ini membawa maksud setiap keputusan yang dibuat oleh seseorang itu

berdasarkan kepada beberapa faktor iaitu setiap pilihan berdasarkan kepada keperluan

asas, setiap pilihan mempunyai risiko, individu berupaya memilih tingkah laku efektif dan

tidak efektif, tingkah laku efektif membentuk identiti berjaya dan tingkah laku tidak

efektif membentuk identiti gagal.

Membuat keputusan yang bijak sangat penting kerana ia menentukan kehendak

seseorang individu. Waktu dan hubungan manusia merupakan elemen yang amat penting

dalam proses pembuatan keputusan. Pembuatan keputusan menghubungkan keadaan

organisasi masa kini dengan tindakan yang akan diambil untuk organisasi masa depan.

Membuat keputusan juga menggunakan pengalaman masa lalu samada positif atau negatif.

Melalui pengalaman tersebut pelajar dapat membuat keputusan yang terbaik untuk masa

depan. Menurut Glasser (1998) keperluan asas menjadi punca dalam konsep ini.

Tanggungjawab adalah keupayaan untuk memenuhi keperluan dan bersedia menghadapi

rintangan. Manusia sering mempunyai masalah kerana keinginan tidak dipenuhi. Keperluan

asas yang dimaksudkan ialah menyayangi, ingin dimiliki, ingin pengharagaan, ingin bebas,

ingin gembira dan ingin terus hidup. Kepuasan akan wujud setelah kehendak telah

dipenuhi.

Mengikut Pietrofesa Hoffman dan Splete (1984), manusia mempunyai dua

keperluan asas. Jika keperluan itu tidak dapat dipenuhi maka akan wujudlah kekecewaan.

Dua keperluan asas itu ialah keinginan untuk menyayangi dan disayangi dan juga

keperluan ingin merasakan kita berguna untuk diri sendiri dan juga orang lain. Menurut

Wubbolding dalam John J. Pietrofesa et, al.(1984), kejayaan identiti seseorang itu

berkembang dalam beberapa peringkat iaitu peringkat ‘lakukan atau buat’ iaitu orang akan

Page 8: Ulasan jurnal pembangunan sahsiah

mula untuk mengerjakan sesuatu. Seterusnya perkembangan identiti kejayaan iaitu

pemikiran yang positif dan seterusnya peringkat mengisi kekosongan yang ada pada diri

seseorang dengan merasakan sesuatu yang seronok, merasakan kasih sayang dan

disayangi oleh orang lain.

Melalui jurnal ini, terdapat contoh yang berkaitan dengan konsep memilih

keputusan dalam kehidupan. Sebagai contoh, pelajar diberi pilihan membuat keputusan

untuk memilih cara belajar yang berkesan. Melalui cara pembelajaran persekitaran,

pembelajaran jurnal, pembelajaran di dalam kelas dan pembelajaran melalui soal selidik.

Kaedah ini juga membantu pelajar berfikir untuk memilih tingkah laku efektif dan tidak

efektif di mana kedua-dua tingkah laku ini membentuk identiti berjaya atau gagal.

IDENTITI BERJAYA DAN IDENTITI GAGAL

Terdapat dua identiti yang boleh menjadi pilihan kepada seseorang itu iaitu

identitiberjaya dan identiti gagal. Identiti berjaya ialah apabila seseorang itu mengalami rasa

cinta dan rasa dihargai serta keperluan psikologikalnya dipenuhi. Manakala identiti gagal pula

adalah apabila seseorang itu tidak ada rasa dicintai, personaliti tidak seimbang, kurang keyakinan

diri dan cepat berputus asa (Aslina Ahmad, HazalizahHamzahdan Mohammad Aziz Shah

Mohamed,2011).

Menurut Wiliian Glasser dalam buku ‘Mengurus Khidmat Bimbingan dan Kaunseling

Sekolah’ karya Malek Muhamad Said(2007), manusia bertanggungjawab sepenuhnya

Page 9: Ulasan jurnal pembangunan sahsiah

menentukan arah kehidupannya. Manusialah yang bertanggungjawab memenuhi keperluan

fisiologi dan psikologinya sendiri. Manusia dapat memenuhi keperluan itu membentuk identiti

berjaya dan apabila sebaliknya membentuk identiti gagal.

Dalam jurnal ini, terdapat banyak identiti-identiti tersebut. Dalam jurnal tersebut ada

menerangkan mengenai identiti berjaya. Antaranya, pelajar-pelajar tersebut cenderung untuk

mengembangkan pelakuan yang lebih aktif dan juga autonomi yang membolehkan mereka

mengambil berat mengenai perihal pembelajaran mereka.

Ini menunjukkan pelajar-pelajar tersebut mempunyai identiti yang secara langsung

dipengaruhi oleh persepsi mereka terhadap kejayaan dalam pembelajaran. Tahap realistik mereka

yang tinggi membantu mereka membina keyakinan diri. Orientasi mental yang kompleks yang

melibatkan kepercayaan dan perasaan menyebabkan pelajar membina identiti yang bergerak

menuju ke arah apa yang diingini.

Pelajar yang mempunyai identiti berjaya selalunya sentiasa berfikiran positif dan mudah

berinteraksi dengan orang lain. Mereka bersikap terbuka dan tidak mudah berputus asa. Ciri-ciri

seperti ini merupakan ciri-ciri yang penting dalam mengejar kejayaan dalam pembelajaran.

Bagi identiti gagal pula, ada dinyatakan bahawa apabila pelajar-pelajar ini mempunyai

kepercayaan yang tidak berasas mengenai pembelajaran bahasa, pada masa yang sama boleh

membawa kepada pergantungan kepada strategi yang kurang berkesan, menyebabkan sikap

sambil-lewa, kekurangan prestasi kognitif dan sikap autonomi yang negatif.

Ini bermakna apabila pelajar bersikap seperti tersebut, identiti gagal telah mula ada dalam

diri mereka. Ini akan menyebabkan kurangnya keyakinan, harapan yang tidak realistik, dan

Page 10: Ulasan jurnal pembangunan sahsiah

lemahnya pembelajaran akan dipamerkan oleh pelajar-pelajar Korea di peringkat pengajian

tinggi tersebut.

Faktor-faktor seperti mempunyai keperluan yang berbeza, keutamaan, kepercayaan, gaya

pembelajaran dan latar belakang pendidikan boleh menyebabkan reaksi negatif terhadap

kesedaran pelajar(Azizi Yahaya dan Jaafar Sidek Latif,2006).

TINGKAH LAKU KESELURUHAN

Kesemua perlakuan, pemikiran, perasaan dan fisiologi manusia adalah “total behaviour”.

Seseorang itu boleh mengawal perbuatannya tetapi tidak dapat mengawal perasaan atau tubuh

kita sebab kita bukan robot (Aslina Ahmad et al,2011).

Jurnal ini telah menyingkap kesemua perlakuan, pemikiran, perasaan dan fisiologi para

pelajar. Kajian ini mendapati bahawa sikap untuk belajar dan persepsi serta kepercayaan kendiri

pelajar sendirilah yang menentukan siapa mereka. Pelajar akan mendapat hasil daripada

pembelajaran mereka selama ini, setelah pelajar berjaya membangunkan kepercayaan yang

mendalam tentang proses pembelajaran bahasa, penggunaan stategi pembelajaran yang berkesan

dan kebolehan mereka sendiri, yang secara keseluruhan memudahkan pembelajaran. Semua ini

menyumbang kepada tingkah-laku pada masa depan, dan mengekalkan motivasi diri.

Page 11: Ulasan jurnal pembangunan sahsiah

Ini menunjukkan perlakuan keseluruhan pelajarlah yang mencorak diri mereka. Apabila

mereka memberi tumpuan, berkeyakinan, bermotivasi, dan bertanggungjawab, maka para pelajar

dapat membangunkan perlakuan atau sikap yang positif dalam pembelajaran(Calvin S.Hall dan

Gardner Lindzey, 2008). Mereka akan bijak menyelesaikan masalah dan mempunyai kemahiran

menilai yang baik. Ini akan memberi manfaat kepada masa depan mereka dan masa depan

mereka akan lebih luas.

Teori pilihan : keperluan asas (basic need)

Psikologi: menyayangi dan ingin dimiliki,penghargaan,kegembiraan dan kebebasan.

Fisiologi:keperluan manusia untuk terus hidup di atas dunia ini.

Teori psikologi merujuk kepada reaksi penilaian, emosi iaitu tahap suka atau tidak suka terhadap

sesuatu sikap atau tingkah laku.(Zimbardo & Lieppe, 1991). Penyelidikan awal mengenai

keperluan asas seseorng pelajar itu berdasarkan hubungan antara sikap dan pencapaian bahasa

yang dijalankan oleh Gardner & Lambert pada tahun 1950-an, dan kemudian oleh Schumann

(1975), yang mendapati bahawa tekanan bahasa dan kebimbangan adalah faktor penyumbang

yang kukuh terhadap keperluan asas seseorang.

Menurut Sauvignon (1976) menunjukkan bahawa guru juga mempunyai sikap dan kepercayaan

tentang pembelajaran bahasa. Sehingga kita telah melihat tahap kritikal pada sikap dan motivasi

seseorang guru samada kita akan bersedia untuk menentukan halangan yang terletak dalamcara

yang mewujudkan jenis persekitaran pembelajaran yang akan dapat membantu para

Page 12: Ulasan jurnal pembangunan sahsiah

pelajar.Selain kepercayaan guru terhadap pembelajaran bahasa,pelajar juga terlalu menginginkan

keperluan ingin disayangi daripada seorang guru untuk meneruskan pembelajaran dalam keadaan

yang selesa dan bebas untuk belejar.

Dalam usaha untuk menyiasat perubahan sikap, beberapa faktor telah dipertimbangkan iaitu

keyakinan, harga diri, motivasi, kebimbangan, dan tanggungjawab. Terdapat sesetengah kajian

yang dilakukan secara berasingan yang kajian tersebut telah diakui bahawa kelas bahasa yang

dinamik dan kompleks iaitu "sistem terbuka dalam keadaan yang stabil." (Laszlo, 2002, ms 32),

di mana setiap faktor berinteraksi dengan lain, dan tidak boleh bermakna belajar di luar

konteks.Setiap pelajar memerlukan cara untuk belajar dengan rasa selesa dan kegembiraan.Ini

sebagai satu motivasi dan keyakinan kepada pelajar untuk menentukan cara

pembelajaran.Kekurangan data yang objektif-diperhatikan kuantitatif tidak dilihat sebagai

masalah bagi kajian ini kerana perubahan sikap didorong seseorang adalah kepercayaan dan

persepsi individu, yang mewakili realiti bagi pelajar (Rogers, 1951, yang dipetik dalam Pine &

Boy 1977, p 111).

Penyelidikan selanjutnya dijalankan oleh Peacock (1998), yang melaporkan keputusan yang

sama, dan di mana penemuan menyediakan bukti untuk menyokong Horwitz, Kern dan cadangan

mantel-Bromley bahawa kepercayaan yang tidak betul boleh menjejaskan pembelajaran

bahasa.Mereka membuat kesimpulan bahawa guru harus banyak berinteraksi dengan para pelajar

untuk memenuhi basic need (keperluan asas) setiap pelajar supaya mereka dapat meningkatkan

pembelajaran mereka.

Penyelidikan ke atas harga diri telah menunjukkan hubungan yang jelas antara persepsi

kecekapan individu dan prestasi bahasa yang sebenar, walaupun Cotterall (1999, ms. 510)

Page 13: Ulasan jurnal pembangunan sahsiah

melihat keperluan untuk penyelidikan selanjutnya kepada kepercayaan pelajar tentang

keupayaan, keberkesanan diri dan harga diri terhadap keperluan asas seseorang pelajar.

Penutup

Metodologi kajian yang digunakan dalam kajian kes ini diiktiraf bahawa perubahan sikap tidak

boleh disebabkan oleh faktor-faktor terpencil, dan mana-mana faktor-faktor yang dikaji perlu

dilihat dalam konteks untuk mempunyai sebarang makna. Ia juga mengakui bahawa sikap

mewakili realiti bagi orang-orang yang mempunyai pengetahuan dalam pembelajaran, dan

perubahan sikap adalah fungsi perubahan dalam kepercayaan dan persepsi subjektif, bukannya

peperiksaan objektif dan luaran. Oleh itu, kajian ini disiasat perubahan sikap seperti yang

ditanggapi dan dilaporkan oleh mata pelajaran itu sendiri. Tidak ada percubaan untuk mengenal

pasti faktor penyebab, kerana ia adalah mustahil untuk menyiasat gamut seluruh connectivities

memberi kesan kepada pelajar, dan juga tiada percubaan untuk membandingkan keputusan

dengan mana-mana kumpulan kawalan, atau untuk umum keputusan.

Keputusan menunjukkan petanda yang memberangsangkan perubahan sikap itu, yang berlaku

dalam konteks: i) penggunaan pelajar yang interaktif / reflektif jurnal; ii) persekitaran

pembelajaran yang tidak mengancam; dan iii) penilaian berasaskan bilik darjah. Analisis

sebelum / selepas kursus soal selidik yang lengkap dalam format temuduga oleh pelajar

menunjukkan peningkatan dalam penggunaan perbendaharaan kata positif, dan pengurangan

sepadan dalam penggunaan perbendaharaan kata negatif, menunjukkan bahawa persepsi dan

Page 14: Ulasan jurnal pembangunan sahsiah

perspektif sub-sedar telah berubah, bersama-sama dengan bahasa yang digunakan untuk

menggambarkan mereka.

Perubahan ini telah ditunjukkan dalam jurnal pelajar yang interaktif / reflektif, yang merupakan

satu faktor yang pasti dalam perubahan sikap untuk beberapa sebab.

1) Oleh interaktif dan mencerminkan, jurnal yang diberikan kepada pelajar rangka kerja untuk

membincangkan isu-isu kepentingan masa kini dan masa depan, yang tidak pernah sebelum ini

telah diterokai oleh mereka secara mendalam apa-apa.

2) Dengan membenarkan pelajar untuk menggambarkan individu atas apa sahaja yang mereka

dapati adalah penting selepas perbincangan ini, dan dengan menekankan bahawa terdapat

jawapan tidak "betul"

dan bahawa setiap pendapat adalah sah, jurnal juga menggalakkan pertumbuhan keyakinan dan

harga diri pelajar yang sebelum ini dilabel diri mereka sebagai pelajar miskin.

3) Dengan membenarkan kumpulan untuk melalui jurnal pada kadar mereka sendiri, pelajar

dibenarkan untuk menghabiskan masa mengenai isu-isu yang mereka dapati yang relevan dan

bermakna, sekali gus memberi kesahihan kepada persepsi mereka.

4) Dengan membawa pengajaran / isu-isu berkaitan pembelajaran untuk perhatian pelajar, jurnal

mempromosikan penerokaan kerjasama kepercayaan, membawa kepada pengubahsuaian sikap

positif kepada pembelajaran.

5) Dengan menggalakkan pelajar membuat refleksi individu secara tetap, tanpa pembetulan yang

jelas oleh guru, takut "membuat kesilapan" telah dilumpuhkan, dan kemahiran menulis

dibenarkan untuk memperbaiki hanya melalui amalan yang dilanjutkan dan kadang-kadang rakan

sebaya-maklum balas.

Page 15: Ulasan jurnal pembangunan sahsiah

Apabila memberi tumpuan kepada petunjuk seperti keyakinan, motivasi, tanggungjawab dan

kebebasan sebagai alasan untuk menyokong penggunaan jurnal pelajar yang interaktif /

mencerminkan, ia adalah hipotesis yang menunjukkan peningkatan dalam bidang-bidang ini

akan tahan lama dan sendiri diarahkan, dan bahawa pelajar akan membangunkan positif sikap

untuk pembelajaran (termasuk menyelesaikan masalah dan kemahiran penilaian) yang akan

memberi manfaat dalam kehidupan masa depan mereka. Untuk menguji hipotesis ini, perlu untuk

menghubungi pelajar-pelajar ini dalam masa 5 atau 10 tahun, yang mana masa hampir semua

faktor yang terlibat dalam kajian ini akan menjadi tidak relevan kepada

subjek.Walaubagaimanapun, mereka masih akan memiliki persepsi mengenai penyelidikan dan

kursus di mana ia berlaku, dan ini masih akan mewakili realiti untuk mereka. Ia adalah

diharapkan bahawa hubungan seperti itu boleh dibuat, dan laporan mengenai persepsi mereka

pada masa itu boleh menjadi satu penulisan.

Page 16: Ulasan jurnal pembangunan sahsiah

BIBLIOGRAFI

Abd Rahim Abd Rashid (2006) KemahiranBerfikir. Kuala Lumpur:Prin-Ad SdnBhd

Aslina Ahmad, HazalizahHamzahdan Mohammad Aziz Shah Mohamed (2011)

Pengenalan Pembangunan Sahsiah. TanjungMalim, Perak: Emeritus Publication

AziziYahayadanJaafarSidekLatif (2006) MembentukIdentiti. Pahang: PTS Professional

SdnBhd

Calvin S. Hall dan Gardner Lindzey(2008) Keperibadian. Yogyakarta: Kanisius

MalekMuhamadSaid (2007) Mengurus Khidmat Bimbingan dan Kaunseling Sekolah.

Kuala Lumpur: PTS Professional PendidikanSdn. Bhd

MohdAzhar Abdul Hamid (2003) PerkembanganKognitif. Kuala Lumpur: PTS

Professional PendidikanSdn. Bhd

Mohd Ismail Mustari(2005)MenjadiBeliaCemerlang.Kuala Lumpur: PTS Professional

PendidikanSdn. Bhd

Richard Stanley Lazarus danAtanLong(2001)SahsiahdanPenyesuaian. Kuala

Lumpur:DewanBahasadanPustaka, KementerianPelajaran Malaysia.

RobiahKulopHamzahdanFythullahHamzah(2006).Ayuh, SahutCabaran. Pahang: PTS

Millennia SdnBhd

Yahya Don (2006)SahsiahKendiri. Kuala Lumpur:PTS Professional PendidikanSdn. Bhd

Page 17: Ulasan jurnal pembangunan sahsiah

Flavel, J. H. (1979). Metacognition and cognitive monitoring: A new area of cognitive

developmental inquiry. American Psychologist, 34, 9-6-911.

Winn, W. & Snyder D. 1998. Cognitive perspectives in pyschology. In D.H. Jonassen,

ed. Handbook of research for educational communications and technology, 112-142.

New York: Simon & Schuster Macmillan

Ridley, D.S., Schutz, P.A., Glanz, R.S. & Weinstein, C.E. 1992. Self-regulated learning:

the interactive influence of metacognitive awareness and goal-setting. Journal of

Experimental Education 60 (4), 293-306.

Osborne, J.W. 1999. Metacognition and teaching for learning. (On-Line). Diperolehi di:

http://facultystaff.ou.edu/O/Jason.W.Osborne-1/Metahome.html

Ida Hartina Ahmad Tahrbe(2006). Memimpin Kaunseling Kelompok. Kuala Lumpur,PTS

Profesional Sdn.Bhd.

Page 18: Ulasan jurnal pembangunan sahsiah