ulasan jurnal mun

3
MAIMUN BT ALI KUTY (M20101000203) 2012 Artikel: Perkembangan Pendidikan Matematik di Malaysia Ulasan Oleh : Maimun Bt Ali Kuty (M20101000203) RUMUSAN KESELURUHAN ARTIKEL Kurikulum Kurikulum matematik di Malaysia sekitar tahun 1950 sehingga tahun 2000 mengalami pelbagai perubahan dan mengenalpasti pelbagai isu yang mempengaruhi perkembangan negara,memperihalkan tempoh perkembangan utama kurikulum matematik di Malaysia dan mempengaruhi perkembangan kurikulum masa depan. Perkembangan Kurikulum Matematik di Malaysia Antara kurikulum pendidikan adalah Laporan Razak (1956) dan Laporan Projek Khas (1970) di mana ia adalah Projek Khas KPM bermula pada 1968 diterajui oleh En.Abu Hassan Ali. Objektif projek ini ialah untuk memperbaiki mutu pendidikan matematik dan sains supaya selaras dengan perkembangan matematik moden di negara-negara maju.Bahan-bahan pengajaran-pembelajaran direka cipta oleh pensyarah dan guru yang telah dilatih di luar Negara.Strategi serta kaedah berpusatkan guru diperkenalkan. Kaedah inkuiri-penemuan digalakkan.Kajian rintis bagi Projek Khas ini dilancarkan pada 1970. Program ini telah diubahsuai dan diperkenalkan ke semua sekolah rendah dari masa ke semasa sehingga ianya digantikan dengan Matematik KBSR.Selain itu,Program Matematik Moden (1970) diperkenalkan ke sekolah rendah dan menengah pada awal tahun 70an. Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) (1983) dilaksanakan berdasarkan Falsafah Pendidikan Kebangsaan sebagai sebahagian daripada pelaksanaan Dasar Pendidikan Kebangsaan (1979). Perubahan kurikulum ini adalah sebahagian daripada reformasi Kurikulum Pendidikan Negara. Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (1994) dan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (1998) telah diperkenalkan,Sukatan Matematik Sekolah Rendah (1998) diwujudkan akibat pelancaran Sekolah Bestari (1995) dan memenuhi keperluan IT (Teknologi Maklumat) .Pada bulan Januari 2003, Program Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) telah mula dilaksanakan untuk pelajar Tingakatan 1, 4 dan enam rendah. Dengan penguasaan Bahasa Inggeris yang baik, perubahan

Upload: huda-hamdan

Post on 07-Jul-2015

3.071 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

Page 1: Ulasan jurnal mun

MAIMUN BT ALI KUTY (M20101000203) 2012

Artikel: Perkembangan Pendidikan Matematik di Malaysia

Ulasan Oleh : Maimun Bt Ali Kuty (M20101000203)

RUMUSAN KESELURUHAN ARTIKEL

Kurikulum

Kurikulum matematik di Malaysia sekitar tahun 1950 sehingga tahun 2000 mengalami

pelbagai perubahan dan mengenalpasti pelbagai isu yang mempengaruhi perkembangan

negara,memperihalkan tempoh perkembangan utama kurikulum matematik di Malaysia dan

mempengaruhi perkembangan kurikulum masa depan.

Perkembangan Kurikulum Matematik di Malaysia

Antara kurikulum pendidikan adalah Laporan Razak (1956) dan Laporan Projek Khas (1970)

di mana ia adalah Projek Khas KPM bermula pada 1968 diterajui oleh En.Abu Hassan Ali.

Objektif projek ini ialah untuk memperbaiki mutu pendidikan matematik dan sains supaya

selaras dengan perkembangan matematik moden di negara-negara maju.Bahan-bahan

pengajaran-pembelajaran direka cipta oleh pensyarah dan guru yang telah dilatih di luar

Negara.Strategi serta kaedah berpusatkan guru diperkenalkan. Kaedah inkuiri-penemuan

digalakkan.Kajian rintis bagi Projek Khas ini dilancarkan pada 1970. Program ini telah

diubahsuai dan diperkenalkan ke semua sekolah rendah dari masa ke semasa sehingga ianya

digantikan dengan Matematik KBSR.Selain itu,Program Matematik Moden (1970)

diperkenalkan ke sekolah rendah dan menengah pada awal tahun 70an. Kurikulum Baru

Sekolah Rendah (KBSR) (1983) dilaksanakan berdasarkan Falsafah Pendidikan Kebangsaan

sebagai sebahagian daripada pelaksanaan Dasar Pendidikan Kebangsaan (1979). Perubahan

kurikulum ini adalah sebahagian daripada reformasi Kurikulum Pendidikan Negara.

Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (1994) dan Kurikulum Bersepadu Sekolah

Menengah (1998) telah diperkenalkan,Sukatan Matematik Sekolah Rendah (1998)

diwujudkan akibat pelancaran Sekolah Bestari (1995) dan memenuhi keperluan IT

(Teknologi Maklumat) .Pada bulan Januari 2003, Program Pengajaran dan Pembelajaran

Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) telah mula dilaksanakan untuk pelajar

Tingakatan 1, 4 dan enam rendah. Dengan penguasaan Bahasa Inggeris yang baik, perubahan

Page 2: Ulasan jurnal mun

MAIMUN BT ALI KUTY (M20101000203) 2012

ini bertujuan supaya pelajar dapat mengakses maklumat untuk tujuan pembelajaran dengan

mudah, seiring dengan perkembangan teknologi maklumat.Projek lain yang telah dijalankan

untuk meningkatkan kualiti pengajaran matematik di sekolah adalah seperti Projek Imbuhan

(Compensatory Project), Projek InSPIRE (the Integrated System of Programmed Instruction

for Rural Environment) dan projek Sekolah Bestari.

Selain itu,pengaruh perubahan dalam Kurikulum Matematik negara luar terhadap

perkembangan Kurikulum Matematik di Malaysia memberi kesan yang positif untuk

perkembangan kualiti pendidikan Negara kita.Antaranya adalah Nuffield Mathematics

Project (NMP), Scottish Mathematics Group (SMG), School Mathematics Project (SMP) dan

School Mathematics Study Group (SMSG).National Council of Teachers of

Mathematics(NCTM-1989) juga mempengaruhi pembentukan kurikulum matematik di

Malaysia sejak tahun 1990 melalui dokumen Curriculum and Evaluation Standards for

School Mathematics yang telah dikeluarkan oleh NCTM.Dasar dan Program bagi Kemajuan

Matematik Kanak-Kanak digubal untuk menjamin mereka menjadi warga dunia masa depan

yang berjaya. Oleh itu, keperluan kehidupan masa depan perlu dijadikan amalan bilik darjah

hari ini bagi kelangsungan kehidupan.

Alaf baru memerlukan warga dunia yang inovatif dan kreatif selain daripada berpengetahuan.

Dunia masa depan juga memerlukan idea-idea baru yang menggalakkan pengurusan yang

baik terhadap persekitarannya. Oleh itu, amalan bilik darjah hari ini perlu melatih kanak-

kanak supaya berfikir secara kreatif dan inovatif. Selaras dengan itu, sebarang program

pendidikan matematik kanak-kanak di Malaysia perlu sejajar dengan keperluan sezaman.

Oleh itu, program pendidikan matematik perlu selari dengan teori pembelajaran berasaskan

otak dan juga penggunaan TMK dalam amalan bilik darjah.Kurikulum kini haruslah

menggalakkan kreativiti,mengamalkan pembelajaran holistic, Proses Big Picture Thinking,

Proses Emphatizing,

Proses In-forming dan menghargai matematik Ethno untuk meningkatkan kualiti pendidikan

negara kita dan mempunyai daya persaingan yang positif.

Page 3: Ulasan jurnal mun

MAIMUN BT ALI KUTY (M20101000203) 2012

“Kurikulum pendidikan berperanan memenuhi kehendak sezaman. Menurut Pink (2006),

Zaman Maklumat menggalakkan pencanaian otak kiri. Ini berlaku kerana pada hemisfera

otak itulah pengetahuan ataupun maklumat disimpan untuk diingatkan semula apabila

diperlukan. Oleh itu matlamat pendidikan kurun ke 20 ialah kemenjadian saraf otak

hemisfera kiri terhadap kegiatan sehala (linearity) yang melibatkan perkataan, logik, nombor,

sekuen dan analisis (Buzan, 2005)”

“Menurut Pink (2006), kurun ke 21 ialah Zaman Konseptual. Inovasi dan kreativiti

diperlukan selain daripada pengetahuan yang mendalam bagi sesuatu bidang. Ini berlaku

kerana masyarakat kurun ke 21 sentiasa menghendaki idea serta ciptaan baru bagi

kelangsungan kehidupan mereka. Oleh itu, Zaman Konseptual memerlukan golongan

karyawan yang inovatif dan kreatif.”