ulasan jurnal kpr5063

5
KPR 5063 Artikel Kajian Tindakan ini dipetik daripada artikel yang bertajuk ‘Meningkatkan Kemahiran Membaca Murid-murid Tahun 1 Dengan Latih-tubi Menggunakan Suku Kata Dan Gambar’ yang telah ditulis oleh Roziah Binti Abd. Hamid dari Sekolah Kebangsaan Kuala Tahan, 27000 Jerantut, Pahang Darul Makmur. Artikel ini diperolehi melalui http://apps.emoe.gov.my/ipba/rdipba/cd1/article32.pdf. Kajian ini dijalankan selama tiga bulan bermula dari Mac hingga Mei 2005. Bermula bulan Mac, penulis mengenal pasti masalah. Manakala bulan April kajian tindakan dilaksanakan dan bulan Mei penulis menganalisis data dan keputusan yang diperolehi. Kajian ini dijalankan kerana penulis merasakan kepentingan kemahiran membaca di mana ianya merupakan satu elemen yang sangat penting dalam semua matapelajaran terutama matapelajaran Bahasa Melayu dan merupakan perkara asas yang perlu dikuasai oleh setiap murid bermula dari awal pembelajaran mereka lagi. Fenomena ini dikenalpasti selepas penulis menjalankan kajian terhadap 27 orang murid Tahun 1 Murni dari Sekolah Kebangsaan Kuala Tahan dan mendapati seramai 10 orang murid begitu lemah dalam sesi bacaan tersebut. Semasa proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung di dalam kelas,didapati kebanyakan murid tidak pandai membaca malah ada sesetengah yang tidak pandai mengeja suku kata terutama suku kata KV + KVK, dan KV + KVKK. Hal ini telah mendatangkan masalah kepada murid itu sendiri, murid- murid yang lain dan seterusnya kepada guru. Oleh itu, penulis telah memberi fokus di dalam kajian ini untuk meningkatkan kemahiran membaca nurid-murid Tahun 1 dengan latih tubi menggunakan suku kata KV + KVK dan KV + KVKK serta kad gambar bagi menambahbaik masalah ini. Penulis telah membuat beberapa tinjauan awal iaitu antaranya ialah dengan menjalankan ujian pra bacaan seperti membaca cerita pendek, dan hasilnya seramai 10 orang murid tidak pandai membaca cerita tersebut. Maka, penulis telah menggariskan tiga objektif di dalam kajian ini iaitu untuk meningkatkan kemahiran membaca murid-murid Tahun 1 menggunakan kad suku kata dan gambar, merancang tindakan untuk mengatasi masalah membaca, dan menilai keberkesanan penggunaan kad suku kata dan gambar dalam meningkat penguasaan kemahiran membaca dengan lancar. Objektif tersebut ingin dicapai dengan menggunakan pendekatan baru yang ingin digunakan oleh penulis bagi meningkatkan kemahiran membaca murid dengan menggunakan suku kata dan kad gambar. 1

Upload: iedadyna

Post on 10-Jul-2015

896 views

Category:

Documents


6 download

TRANSCRIPT

Page 1: Ulasan jurnal kpr5063

KPR 5063

Artikel Kajian Tindakan ini dipetik daripada artikel yang bertajuk ‘Meningkatkan

Kemahiran Membaca Murid-murid Tahun 1 Dengan Latih-tubi Menggunakan Suku Kata Dan

Gambar’ yang telah ditulis oleh Roziah Binti Abd. Hamid dari Sekolah Kebangsaan Kuala

Tahan, 27000 Jerantut, Pahang Darul Makmur. Artikel ini diperolehi melalui

http://apps.emoe.gov.my/ipba/rdipba/cd1/article32.pdf. Kajian ini dijalankan selama tiga

bulan bermula dari Mac hingga Mei 2005. Bermula bulan Mac, penulis mengenal pasti

masalah. Manakala bulan April kajian tindakan dilaksanakan dan bulan Mei penulis

menganalisis data dan keputusan yang diperolehi.

Kajian ini dijalankan kerana penulis merasakan kepentingan kemahiran membaca di

mana ianya merupakan satu elemen yang sangat penting dalam semua matapelajaran terutama

matapelajaran Bahasa Melayu dan merupakan perkara asas yang perlu dikuasai oleh setiap

murid bermula dari awal pembelajaran mereka lagi. Fenomena ini dikenalpasti selepas penulis

menjalankan kajian terhadap 27 orang murid Tahun 1 Murni dari Sekolah Kebangsaan Kuala

Tahan dan mendapati seramai 10 orang murid begitu lemah dalam sesi bacaan tersebut.

Semasa proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung di dalam kelas,didapati kebanyakan

murid tidak pandai membaca malah ada sesetengah yang tidak pandai mengeja suku kata

terutama suku kata KV + KVK, dan KV + KVKK. Hal ini telah mendatangkan masalah

kepada murid itu sendiri, murid- murid yang lain dan seterusnya kepada guru. Oleh itu,

penulis telah memberi fokus di dalam kajian ini untuk meningkatkan kemahiran membaca

nurid-murid Tahun 1 dengan latih tubi menggunakan suku kata KV + KVK dan KV + KVKK

serta kad gambar bagi menambahbaik masalah ini.

Penulis telah membuat beberapa tinjauan awal iaitu antaranya ialah dengan

menjalankan ujian pra bacaan seperti membaca cerita pendek, dan hasilnya seramai 10 orang

murid tidak pandai membaca cerita tersebut. Maka, penulis telah menggariskan tiga objektif

di dalam kajian ini iaitu untuk meningkatkan kemahiran membaca murid-murid Tahun 1

menggunakan kad suku kata dan gambar, merancang tindakan untuk mengatasi masalah

membaca, dan menilai keberkesanan penggunaan kad suku kata dan gambar dalam meningkat

penguasaan kemahiran membaca dengan lancar. Objektif tersebut ingin dicapai dengan

menggunakan pendekatan baru yang ingin digunakan oleh penulis bagi meningkatkan

kemahiran membaca murid dengan menggunakan suku kata dan kad gambar.

1

Page 2: Ulasan jurnal kpr5063

KPR 5063

Berdasarkan jurnal ini, kami mendapati model yang bersesuaian dengan kajian ini

adalah Model Kajian Tindakan Kemmis yang telah dibangunkan oleh Kemmis McTaggard

(1998), Stephen Kemmis dan Robin McTaggard (1998). Pendekatan yang digunakan ini

terdiri daripada empat pendekatan iaitu merancang, bertindak, memerhati dan membuat

refleksi dan kitaran ini akan berterusan mengikut kesesuaian masalah. Jika masalah didapati

belum selesai dan terdapat penambahbaikan dalam perancangan, maka kitaran akan

diteruskan sehingga masalah yang dihadapi dapat diselesaikan.

RAJAH 1: MODEL KEMMIS

http://www.google.com.my/images?

hl=en&q=action+research&um=1&ie=UTF-8&source=univ&ei=_FtnTN-vIpayugPT04j

2

Page 3: Ulasan jurnal kpr5063

KPR 5063

Rajah 1 menunjukkan Model Kemmis. Pendekatan ini boleh diaplikasikan bagi

menerangkan apa yang telah dijalankan oleh penulis untuk menangani masalah yang dihadapi.

Sebagai contoh, bagi model ini, sesuatu kajian memerlukan 4 fasa iaitu merancang, membuat

pelan tindakan, mengumpul data (memerhati) dan membuat refleksi. Bagi langkah pertama,

iaitu perancangan, penulis perlu memikirkan apakah yang hendak dibuat, adakah ia

merupakan sesuatu masalah yang berkaitan dengan pengajaran penulis, adakah penulis ingin

membuat sesuatu yang membawa manfaat kepada penulis dan murid, bolehkah penulis

menyatakan masalah dalam format soalan, dan yang terakhir, adakah masalah yang ingin

dikaji kecil dan mudah diuruskan oleh penulis seorang sahaja.

Bagi permasalahan yang dihadapi ini, langkah pertama yang dilakukan oleh penulis

adalah merancang. Pada peringkat ini, penulis mengenalpasti bahawa permasalahan ini

merupakan masalah yang berkaitan dengan pengajaran beliau kerana masalah ini dikenalpasti

semasa proses pengajaran dan pembelajaran bagi kelas beliau. Penulis juga beriltizam untuk

menyelesaikan masalah ini kerana ianya akan memberi manfaat kepada penulis sebagai guru

bagi matapelajaran tersebut dan seterusnya bagi murid itu sendiri kerana matapelajaran

Bahasa Melayu merupakan matapelajaran teras yang perlu dikuasai oleh setiap murid di

negara ini. Masalah yang dikaji ini merupakan masalah yang kecil dan ianya adalah mudah

untuk diuruskan oleh penulis seorang sahaja kerana kumpulan sasaran yang agak kecil dan

berdasarkan kepada pengalaman penulis tersebut dalam mengajar matapelajaran tersebut.

Langkah kedua yang perlu diambil oleh penulis adalah membina pelan tindakan.

Dalam perancangan untuk membina pelan tindakan, penulis perlu mengambil beberapa

persoalan berikut iaitu adakah penulis bercadang untuk memperkenalkan kaedah, strategi atau

teknik berkenaan dalam bilik darjah. Bagi kajian yang dijalankan ini, penulis telah

menggunakan kaedah ujian dan pengajaran menggunakan gambar. Ujian dilakukan sebanyak

dua kali iaitu ujian pra dan ujian pasca di mana pelajar akan diminta untuk mengeja perkataan

dan markah akan diberikan setiap kali satu perkataan dibaca dengan betul. Ujian pra akan

dijalankan sebelum penulis mengambil tindakan untuk mengajar dengan menggunakan sistem

gambar. Manakala, ujian pasca dijalankan selepas aktiviti pembelajaran suku kata dengan

menggunakan gambar dijalankan. Penulis menjalankan aktiviti mingguan seperti

menggunakan sistem gambar bagi memudahkan pembelajaran murid. Aktiviti ini diteruskan

bagi pelajar yang belum menguasai kemahiran mengeja, membatang suku kata dan membaca

dengan lancar. Manakala murid yang telah menguasai kemahiran membaca akan diberikan

3

Page 4: Ulasan jurnal kpr5063

KPR 5063

ayat pendek yang lain. Bagi melaksanakan proses ini, penulis mengambil masa sebulan untuk

menjalankan sesi pengajaran dan perubahan yang berlaku dianggarkan dalam tempoh masa

dua bulan di mana penulis dapat melihat peningkatan tahap kemahiran membaca murid

tersebut melalui ujian yang dijalankan.

Bagi langkah tiga model Kemmis ini iaitu pengumpulan data, penulis mesti memerhati

apa yang berlaku di kalangan murid iaitu seperti hasil keputusan peperiksaan, keputusan dari

aktiviti dan latihan yang dilakukan, dan apa- apa yang boleh menunjukkan prestasi murid dari

semasa ke semasa. Berdasarkan kepada langkah ini, penulis telah merekodkan keputusan

ujian yang dijalankan iaitu ujian pra dan ujian pasca di mana terdapat dua jadual yang

menunjukkan keberkesanan sistem yang dilakukan oleh penulis.

Didapati bahawa jadual 1 menunjukkan senarai markah ujian bagi ujian pra dan pasca

bagi sebelum dan selepas tindakan dijalankan. Berdasarkan kepada ujian pra dan pasca yang

dijalankan, jelas menunjukkan perbezaan keputusan yang diperolehi. Bagi ujian pra, markah

yang diperolehi bagi 1 suku kata ialah 26, untuk 2 suku kata pula ialah 17 dan 3 suku kata

ialah 9. Ini menjadikan jumlah keseluruhan 52. Manakala bagi ujian pasca pula, bagi ujian 1

suku kata, 36 markah diperolehi, 2 suku kata pula ialah 31 dan 3 suku kata pula sebanyak 17

markah. Jumlah keseluruhan markah yang diperolehi ialah 84. Ini jelas menunjukkan bahawa

tindakan ini sangat berkesan kerana prestasi murid menunjukkan peningkatan yang sangat

memberangsangkan.

Bagi langkah ke empat iaitu refleksi di mana penulis perlu menganalisis data yang

telah diperolehi. Data kuantitatif dan data kualitatif akan dikumpulkan dan dianalisis. Data

kualitatif merupakan data yang terdiri daripada apa sahaja yang diperkatakan, atau ayat yang

dituturkan atau pernyataan daripada murid. Manakala data kuantitatif pula merupakan nombor

dan angka yang ditukarkan menjadi peratus, kekerapan, min, sisihan piawai dan sebagainya.

Berdasarkan kajian ini, penulis menggunakan data kuantitatif peratus di mana

keputusan dari ujian yang dilakukan itu ditukarkan kepada nilai peratus bagi melihat

keputusan yang lebih mudah difahami dan tepat. Data yang diperolehi akan dikaji secara teliti

dan mungkin idea- idea lain akan timbul bagi menyelesaikan masalah ini dengan lebih

berkesan. Penulis menggunakan langkah ini semasa ujian pra di mana selepas menjalankan

4

Page 5: Ulasan jurnal kpr5063

KPR 5063

ujian pra, penulis menganalisis data tersebut dan menjalankan tindakan untuk menangani

masalah tersebut.

Seterusnya, penulis akan membuat perancangan semula berdasarkan kepada data yang

telah dikumpulkan bagi ujian pra dan data yang telah dianalisis. Kemudian, pelaksanaan bagi

kaedah pengajaran yang lebih berkesan dijalankan seperti mengajar membaca dengan

menggunakan alat bantuan gambar bagi memudahkan pembelajaran bagi murid. Langkah ini

akan berterusan sehingga penulis merasakan masalah yang dihadapi itu dapat ditangani dan

berjaya dilaksanakan dengan menggunakan kaedah yang lebih berkesan seperti menyusun

semula penyampaian kaedah mengajar iaitu dengan memendekkan atau memanjangkan masa

bagi murid membuat latihan atau ujian, guru memberi lebih banyak peluang kepada murid

untuk membuat penyampaian, guru mempertingkatkan alat bantuan mengajar yang

digunakan, guru menyusun semula bilangan murid dalam sesuatu kumpulan kecil, guru

memberi lebih banyak masa untuk menerangkan kepada murid konsep-konsep asas bagi

sesuatu matapelajaran yang akan diajar bagi memudahkan murid memahami konsep

matapelajaran tersebut sebelum mereka mempelajarinya.

Kesimpulannya, didapati bahawa tindakan yang dilakukan oleh penulis berjaya

meningkatkan kemahiran membaca murid-murid Tahun 1 Murni. Ini dapat dibuktikan

berdasarkan kepada analisis keputusan ujian pra dan pasca yang dilakukan di mana di dalam

ujian pra, peratusan yang diperolehi bagi ujian 1 suku kata adalah sebanyak 50%, manakala

dalam ujian pasca pula peratusan bagi ujian 1 telah meningkat kepada 90%. Ini menunjukkan

peratusan markah telah meningkat sebanyak 40%. Seterusnya ujian 2 suku kata juga turut

mengalami peningkatan sebanyak 40% di mana bagi ujian pra peratusan yang diperolehi ialah

20% manakala ujian pasca menigkat kepada 60%. Bagi ujian 3 suku kata pula, berlaku

peningkatan sebanyak 20% di mana peratusan ujian pra adalah 0% meningkat kepada 20%

pada ujian pasca. Berdasarkan keputusan ini, kajian tindakan ini memeberikan keputusan

yang positif dalam membaiki kemahiran membaca murid-murid ini.

5