ulasan jurnal by haziq azree

13
1 UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS PENDIDIKAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING (AT 04) PENGUJIAN DAN PENILAIAN DALAM KAUNSELING (KKA 3023 ) SEMESTER 1 SESI 2012/2013 TAJUK: ULASAN JURNAL NAMA : HAZIQ AZREE BIN YAZID (D20111047456) PENSYARAH : DR. MUHAMMAD BAZLAN BIN MUSTAFA FAKULTI : PENDIDIKAN DAN PEMBANGUNAN MANUSIA PENGHANTARAN: 5 NOVEMBER 2012

Upload: haziq-azree

Post on 09-Feb-2016

1.034 views

Category:

Documents


35 download

DESCRIPTION

Counseling

TRANSCRIPT

Page 1: ULASAN JURNAL BY HAZIQ AZREE

1

UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS

PENDIDIKAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING

(AT 04)

PENGUJIAN DAN PENILAIAN

DALAM KAUNSELING

(KKA 3023 )

SEMESTER 1

SESI 2012/2013

TAJUK: ULASAN JURNAL

NAMA : HAZIQ AZREE BIN YAZID (D20111047456)

PENSYARAH : DR. MUHAMMAD BAZLAN BIN MUSTAFA

FAKULTI : PENDIDIKAN DAN PEMBANGUNAN MANUSIA

PENGHANTARAN: 5 NOVEMBER 2012

Page 2: ULASAN JURNAL BY HAZIQ AZREE

2

ISI KANDUNGAN

BIL PERKARA M/s

1.0

PENGENALAN

1

2.0

ULASAN JURNAL

1-9

3.0

CADANGAN

9-10

4.0

KESIMPULAN

11

5.0

RUJUKAN

11

6.0

LAMPIRAN

11

Page 3: ULASAN JURNAL BY HAZIQ AZREE

3

PENGENALAN

Penulisan jurnal yang bertajuk Implikasi Sosial dalam Pengujian Psikologi ini dibina bertujuan

meningkatkan kesedaran golongan profesional terhadap isu-isu berkaitan etika, khususnya dalam

pengujian dan penilaian psikologi. Implikasi sosial dalam pengujian dilihat diberi perhatian oleh

penulis merupakan satu tindakan yang tepat. Hal ini disokong oleh Kaplan dan Saccuzo (1982)

dalam Sidek Mohd Noah (2005) bahawa sekurang-kurangnya tiga perkara perlu diberi perhatian

dalam pengujian psikologi iaitu isu profesional, sosial dan moral. Dalam hal ini, penulis telah

membincangkan isu sosial dari sudut implikasinya sebagai fokus perbincangan yang turut

dikaitkan dengan soal etika. Merujuk Kamus Dewan Edisi Keempat (2007), etika bermaksud

prinsip moral atau nilai akhlak yang menjadi pegangan seseorang individu atau sesuatu

kumpulan. Namun, etika dalam pengujian sedikit berbeza kerana ia melibatkan kesahan dalam

soal perundangan, moral mahupun agama. Dalam membincangkan isu sosial dan soal etika,

penulis telah menggarap penulisannya dalam dua bahagian. Bahagian pertama, akan

membincangkan Isu Kecukupan iaitu hal berkaitan kepatuhan pada prinsip umum kaedah

saintifik meliputi objektif, kebolehpercayaan dan kesahan. Bahagian kedua, proses interaksi

antara penguji dengan responden meliputi hal berkaitan keadilan, prosedur, hasil keputusan,

persetujuan termaklum, keselamatan ujian yang digunakan dan kelayakan responden.

ULASAN JURNAL

Dalam penulisan ini terdapat tiga perkara asas yang dibincangkan iaitu etika sebagai muhasabah

dan pilihan sendiri, persoalan etika ini sah atau tidak di sisi undang-undang dan persoalan

perkara-perkara yang membuatkan pengujian dan penilaian lebih beretika. Walau bagaimanapun

penulisan ini lebih memfokuskan kepada perkara-perkara yang perlu, supaya pengujian dan

penilaian psikologi akan lebih beretika.

Sebelum mendalami perkara-perkara perlu bagi menjadikan pengujian penilaian lebih

beretika, adalah elok jika ditinjau terlebih dahulu apakah yang dimaksudkan dengan etika

pengujian. Etika dalam pengujian agak sukar ditafsirkan secara kasar kerana ia lebih jelas jika

dikaitkan dengan contoh-contoh kes. Etika sebenarnya merupakan sebahagian daripada cabang

falsafah kerana ia sering membincangkan berkenaan perkara yang benar atau salah. Secara

asasnya etika ialah kajian apa yang berlaku apabila tidak ada jawapan yang tepat dalam sesuatu

Page 4: ULASAN JURNAL BY HAZIQ AZREE

4

keadaan. Dalam menjalankan pengujian, penguji hendaklah bersedia untuk menilai situasi secara

profesional dan mengendalikan isu-isu secara kritis dan kreatif. Justeru, penulisan ini akan

menerangkan perkara yang berkaitan etika dalam pengujian psikologi sebagai pemudah cara jika

berhadapan dengan isu-isu berkaitan.

Dalam persoalan sama ada etika sah atau tidak dari sudut perundangan, pembangunan

kompetensi dalam pemikiran etika adalah amat penting. Hal ini kerana, etika mempunyai

perkaitan dengan tanggungjawab sosial pengujian yang melibatkan profesion dalam masyarakat.

Ia telah diamalkan oleh banyak negara yang mempunyai persatuan psikologi supaya ahli-ahli

pengujian mereka mematuhi standard etika yang ditetapkan. Kenyataan ini disokong oleh Leach

& Oakland (2007) dalam kod etika bilangan 31, bahawa amalan psikologi di 35 buah negara

menunjukkan penanda aras penting bagi kecekapan profesional. Walau bagaimanapun,

perbincangan etika sah atau tidak dalam sesuatu perkara masih lagi belum wujud dalam bidang

perundangan. Kebanyakkan negara juga masih kurang mempunyai undang-undang berkenaan

pengujian psikologi meskipun telah mempunyai undang-undang berkenaan aktiviti psikologi.

Namun, banyak persatuan antarabangsa mula mengorak langkah menyediakan satu set peraturan

yang menyeluruh bagi membentuk piwaian atau garis panduan berdasarkan pengujian-pengujian

psikologi. Prinsip utama badan yang mengawal perundangan etika ini berkait dengan ujian yang

tersirat, kepercayaan sebagai manusia dan ahli psikologi. Kerja-kerja ini telah diteruskan oleh

American Psychological Assiociation (APA) dalam bentuk baru yang dikenali sebagai ‘Standard

untuk ujian pendidikan dan psikologi’ yang membincangkan 250 prinsip etika pengujian dalam

15 kategori. Oleh itu, penulis merasakan satu dokumen berkaitan “Deklarasi Hak Sejagat Hak

Asasi Manusia” adalah relevan untuk diwujudkan. Ia adalah dokumen yang mempunyai asas

moral yang kuat dan termasuk dalam undang-undang dan kod etika sebilangan besar negara serta

profesion. Menurut Gauthier (2008), satu Deklarasi Sejagat Prinsip Etika Psikologi telah diguna

pakai oleh Kesatuan Antarabangsa Psikologi Sains (IUPsys) dan Persatuan Antarabangsa

Psikologi Gunaan. Dalam deklarasi ini empat prinsip umum telah dipersetujui iaitu menghormati

maruah individu, kompoten prihatin untuk kesejahteraan individu dan rakyat, intergriti dan

profesional serta tanggungjawab saintifik persatuan. Perlu diketahui bahawa objektif Deklarasi

Sejagat ini menyediakan rangka kerja moral dan set generik prinsip etika untuk organisasi

psikologi di seluruh dunia. Justeru, pengujian psikologi juga perlu dipertimbangkan untuk

mematuhi etika seperti mana yang terkandung dalam Deklarasi Prinsip Psikologi Sejagat.

Page 5: ULASAN JURNAL BY HAZIQ AZREE

5

Seterusnya, penulis telah membincangkan secara panjang lebar mengenai perkara penting

dalam menjadikan pengujian psikologi lebih beretika. Secara asasnya, terdapat tiga perkara perlu

dipatuhi dalam memastikan pengujian beretika. Pertama, bagi ujian yang baru dan belum ada

bukti kesahan yang luas maka penguji hendaklah diberi tahu terlebih dahulu berkenaan

eksperimen ini. Kedua, pengujian yang dibuat hendaklah mematuhi satu kod etika profesional

yang di terima di seluruh dunia. Ketiga, menjadikan etika pengujian sebagai sebahagian

dokumen rasmi seperti mewujudkan kod etika dan undang-undang.

Selain itu, penulis telah membahagikan prosedur pengujian kepada dua bahagian iaitu

pematuhan proses ujian kepada prinsip umum melalui kaedah saintifik dan yang kedua ciri-ciri

interaksi antara penguji dengan responden ketika proses pengujian. Beberapa komponen peting

perlu ada dalam pematuhan proses ujian mengikut prinsip umum. Ini kerana ujian dilaksanakan

bagi mendapatkan tujuan dan menjana data saintifik. Oleh itu, objektif ujian perlu ditetapkan

terlebih dahulu. Objektif perlu konsisten antara penggunaan dalam pelaksanaan, pemarkahan dan

penafsiran prosedur mengikut penilaian standard. Dalam menterjemahkan objektif ini terdapat

tiga prinsip dalam pengujian yang perlu dipatuhi. Prinsip pertama, pertimbangan pengujian

sebagai objektif ia melibatkan tatacara pentadbiran, pemarkahan dan penafsiran yang seragam

merentasi masa, pengguna dan pengambilan ujian. Oleh itu, semua penguji harus mentadbir, skor

dan menafsir ujian dengan cara yang sama dan tidak boleh bersifat acuh tak acuh ketika

mentadbir ujian. Walaupun semua pentadbiran dan pemarkahan mungkin seragam, namun

pertimbangan objektif dan tafsiran perlu dihakimi secara profesional oleh penguji kerana ia

termasuk dalam Pengistiharan Prinsip Etika Psikologi iaitu melibatkan pengetahuan diri, nilai

sendiri, sikap, pengalaman dan konteks sosial responden. Implikasinya ia akan mempengaruhi

tindakan, tafsiran, pilihan dan cadangan responden. Prinsip kedua, objektif merujuk kepada

ukuran tanpa ralat yang merujuk kepada Deklarasi Prinsip Etika Sejagat “membangun dan

mengekalkan kecekapan”. Dalam prinsip ini pengujian perlu dilaksanakan dengan menetapkan

keperluan untuk dianalisis secara kritikal dalam pembinaan, pentadbiran, pemarkahan dan

tafsiran pengujian. Hal ini penting kerana kebanyakan negara maju kini menggunakan ujian

psikologi sebagai salah satu alat dalam mengambil pekerja. Ini memperlihatkan bahawa ujian

psikologi telah memberikan sumbangan yang penting namun beberapa perkara perlu dititik

beratkan dalam pengujian psikologi. Antaranya ialah prosedur baru, pedokumenkan prosedur,

penggunaan prosedur yang lama atau baru namun telah dibuktikan kesahannya dalam bentuk

Page 6: ULASAN JURNAL BY HAZIQ AZREE

6

empirikal dan mengemaskini pengujian mengikut norma terkini. Prinsip ketiga, objektif tidak

hanya bersandarkan kepada ciri-ciri pengujian namun perlu bergantung kepada sesuatu keadaan.

Hal ini kerana dalam keadaan tertentu pengujian terdapat perbezaan dalam sesuatu situasi atau

konteks. Justeru, perlu ada bukti empirikal atau teori yang munasabah untuk menyatakan sebab

hasil yang berbeza.

Komponen kedua dalam proses pengujian berdasarkan prinsip umum ialah

kebolehpercayaan. Kebolehpercayaan merupakan aspek yang amat penting dalam pengujian

psikologi kerana ia berkait dengan kesilapan dalam pengukuran. Menurut APA dan NCME

(1999), kebolehpercayaan merujuk kepada ketekalan. Apabila prosedur ujian diulangi pada

individu atau kumpulan ia akan menimbulkan sekurang-kurangnya dua persoalan berkait dengan

etika. Persoalan pertama, pembahagian keputusan yang tinggi berlawanan dengan

kebolehpercayaan yang rendah. Dalam hal ini akan wujud persoalan sejauh mana perlunya

bergantung kepada keputusan ujian? Inilah yang merujuk kepada kebolehpercayaan jika

kebolehpercayaan rendah adakah ia perlu dijadikan sandaran dalam membuat keputusan? Oleh

itu, had tertentu perlu ditetapkan dalam menentukan kebolehkepercayaan. Antara had ditetapkan

ini menurut Nunnally & Bernstein (1994) ialah 0,70 dan 0,90. Keputusan hanya boleh jatuh

dibawah tahap 0,90 namun tidak bawah dari 0,70. Kebolehpercayaan tinggi ini amat mustahak

sekiranya ia melibatkan pengklasifikasian contoh individu jenis perisikan namun

kebolehpercayaan yang rendah mencukupi jika hanya menyusun individu dalam perbezaan

kasar. Dalam hal ini etika adalah penting kerana adalah tidak layak jika hasilnya diberikan

kepada mereka yang tidak layak. Walau bagaimanapun, sesetengah situasi memerlukan

pengendalian mereka yang profesional. Hal ini turut disokong oleh Sidek Mohd Noah (2005),

penguji perlu mempunyai kebolehan dan pengetahuan yang mencukupi dalam bidang pengujian

dan pengukuran, statistik gunaan, dan penganalisisan data di samping berupaya dan

berkebolehan untuk membuat interpretasi atau penafsiran. Selain itu, terdapat satu aspek yang

penting dalam kebolehpercayaan iaitu Ralat Standard Pengukuran (SME). Menurut Dudek

(1997), sebab utama yang diletakkan atas kebolehpercayaan sebagai ciri psikometrik kerana

keupayaan ciri-ciri ini untuk meramal taburan kesilapan yang berkait dengan pengukuran dalam

ujian tertentu. Dalam hal ini konsep SME akan menggangarkan ukuran pada individu yang sama

secara berulang pada ujian yang dijalankan mengikut skor. Markah yang sebenar tidak boleh

diukur secara lansung kerana mustahil bagi membina ujian yang bebas dari kesilapan. Dalam hal

Page 7: ULASAN JURNAL BY HAZIQ AZREE

7

ini, menurut Harvill (1991) SME mentakrif ia sebagai “Sisihan Standard Kesilapan Pengukuran

yang berkaitan dengan pengujian skor dari kumpulan tertentu yang diperiksa ”. Rumusannya,

SME berkait secara lansung dengan kebolehpercayaan. Semakin kecil SME, semakin kurang

kesilapan pengujian.

Persoalan kedua, jenis kebolehpercayaan. Kebolehpercayaan skor pada ujian boleh dinilai

melalui dua pendekatan berbeza. Salah satu pendekatan menganggap bahawa ujian boleh

dipercayai jika ada maklumat yang lebih tinggi antara bahagian-bahagian ujian yang berlainan.

Ia dipanggil ketekalan dalaman dan diukur melalui prosedur seperti Pekali Alfa Cronbach atau

Kolerasi Selari dalam bentuk ujian. Secara asasnya, kebolehpercayaan harus diukur dan terdapat

beberapa teori yang menggunakan kedua-dua jenis kebolehpercayaan. Dalam hal ini,

kebolehpercayaan dilihat berkait rapat dengan etika namun masih kurang didokumenkan dalam

pengujian. Meskipun, kebolehpercayaan tidak mempengaruhi baik, buruk responden namun

dapatan yang diperoleh tidak akan konsisten. Oleh itu, amat penting kebolehpercayaan

disesuaikan dengan keadaan pengujian dan sasaran yang hendak dibina.

Komponen ketiga ialah kesahan. Menurut AERA, APA & NCME (1999) kesahan

merujuk sejauh mana bukti dan teori yang menyokong tafsiran skor ujian. Selain itu, kesahan

juga merupakan pertimbangan yang paling asas dalam pembangunan dan penilaian ujian.

Dengan adanya kesahan, ia akan membolehkan pengukuran ujian, dapat mentafsir keputusan

ujian serta merumus untuk kesimpulan deskriptif dan membuat ramalan skor ujian. Walau

bagaimanapun, tiada ujian yang sah untuk semua keadaan dan kepada semua masyarakat kerana

ia bergantung pada banyak aspek dan situasi. Menurut Anastasi (1997), kesahan tidak hanya

bergantung pada ujian itu sendiri tetapi turut bergantung pada tafsiran ujian. Interpretasi berkait

rapat dengan situasi dan turut diintergrasikan bersama dengan skor ujian objektif penilaian,

pembolehubah peribadi, budaya dan situasi. Oleh itu, ujian hanya dilaksanakan jika terdapat

bukti yang ia bermanfaat. Kedua-dua isu ini turut disokong oleh Sidek Mohd Noah (2005)

bahawa selain masalah pokok berkaitan dengan kesahan yang berkait dengan silang budaya,

masalah pengurusan dan pentadbiran ujian psikologi perlu diberi perhatian. Kedua, responden

hanya perlu menyatakan pendapat dan cadangan mereka yang asas dalam borang penilaian

terhadap data yang cukup kesahannya. Hal ini kerana ia berkait rapat dengan interpretabiliti skor

ujian. Responden sering membuat pertimbangan ramalan menggunakan skor ujian untuk

Page 8: ULASAN JURNAL BY HAZIQ AZREE

8

meramalkan tingkah laku masa hadapan namun ujian sebenarnya tidak cukup untuk

mendapatkan keputusan yang sah. Hal ini kerana dalam prinsip umum dan kaedah saintifik tiada

ujian yang sempurna kerana terdapat pro dan kontra dalam sesuatu alat pengujian.

Prosedur bahagian pengujian yang kedua ialah ciri-ciri interaksi yang perlu antara

penguji dengan responden ketika proses pengujian. Pengujian adalah merupakan satu proses

interaksi antara penguji profesional dengan responden. Oleh itu, penguji bertanggungjawab

beretika dalam kategori pihak yang berkepentingan. Antara ciri-ciri yang diperlukan ialah

bersifat adil. Keadilan ialah layanan saksama dalam proses pengujian dan keadilan adalah

sebagai satu peluang untuk belajar. Dalam membicarakan soal keadilan ini, terdapat satu lagi

perkara yang berpaksikan keadilan iaitu dari sudut prosedurnya. Responden melihat ujian

sebagai objektif yang boleh dipercayai dan sah. Mereka juga berpersepsi pengambilan ujian

mempunyai kawalan meskipun hasilnya berbeza-beza. Menurut Lind dan Tyler (1988), individu

menilai pengalaman sosial mereka berdasarkan hasil yang mereka terima. Oleh itu, mereka

bertanggapan pengujian boleh dijadikan alat untuk menjelaskan hasil dapatan. Walau

bagaimanapun, terdapat beberapa perbezaan antara model yang berasaskan keberhasilan dan

berasaskan proses. Dalam konsep prosedur keadilan yang dijalankan oleh pusat penyelidikan

adalah berasaskan proses. Konsep ini telah membahagikan antara “objektif” dan “subjektif”

dalam prosedur keadilan. Menurut Kaplan (1986) prosedur objektif memberi tumpuan kepada

ciri-ciri piawaian normatif keadilan untuk dipatuhi. Keadilan objektif ini dapat mengurangkan

prasangka yang jelas tidak boleh diterima. Selain itu, dalam usaha memaksimumkan keadilan

prosedur objektif, tumpuan harus diberikan kepada dokumen normatif contohnya Standard

Pengujian Pendidikan dan Psikologi. Hal ini kerana ia mementingkan hak-hak responden dan

mempunyai prosedur yang jelas seperti mereka berhak untuk diuji dalam bahasa ibunda mereka.

Menurut Lind & Tyler (1988) Secara umumnya, keadilan prosedur membincangkan soal

penghakiman responden dalam memperoleh prosedur dan proses pengujian yang adil. Dalam hal

ini ia akan dinilai dari pelbagai aspek seperti bagaimana ujian dipilih, bagaimana ujian ditadbir,

bagaimana ujian ditafsir. Oleh itu, Menurut Ambrose dan Rosee (2003) sekiranya prosedur

subjektif dipertingkatkan dengan menggalakkan komunikasi dalam proses ujian, ia akan

membolehkan responden bertanggungjawab dalam beberapa proses ujian. Penglibatan responden

ini juga tidak merosakkan keputusan akhir malahan meningkatkan perasaan keadilan prosedur

yang subjektif.

Page 9: ULASAN JURNAL BY HAZIQ AZREE

9

Ciri yang ketiga yang perlu ada ialah perkongsian keputusan pengujian. Responden

mempunyai hak untuk mendapatkan keputusan ujian kerana ia merupakan hak asasi. Walau

bagaimanapun, hak pengambilan ujian bergantung pada maksud ujian tersebut. Contohnya,

dalam bidang forensik psikologi, hanya pihak berkepentingan yang akan dikongsikan maklumat

pengujian. Meskipun sukar kerana ia berhadapan dengan isu etika, penguji sebenarnya

berhadapan dengan prinsip mencapah. Pertama ia masih berpegang pada prinsip Deklarasi

Sejagat “Menghormati maruah diri dan orang lain” namun ia juga berkait dengan prinsip

“penyanyang kompeten untuk kesejahteraan individu dan masyarakat”. Dalam hal ini penguji

sebenarnya memilih untuk mematuhi prinsip “penyayang kompeten untuk kesejahteraan individu

dan rakyat”. Penguji masih lagi terikat dengan prinsip dan nilai-nilai serta menghormati privasi

namun perlu berkongsi maklumat dengan pihak berkuasa untuk melindungi kemudaratan pada

orang lain. Dengan ini dapatlah difahami bahawa perkongsian data hanya perlu dilakukan

mengikut hasrat responden dengan persetujuan termaklum. Bagi kes berkenaan, penguji perlu

meminta persetujuan responden sekiranya hasil ujian hendak dikongsikan sebelum ujian diambil

kerana ia mungkin dilihat sebagai cara paksaan dengan cara yang halus jika dilakukan tanpa

persetujuan responden.

Ciri yang keempat ialah keperluan komunikasi dan juga melaporkan hasil keputusan.

Seperti yang dibincangkan dalam subtopik sebelumnya, responden berhak mengetahui keputusan

ujian kerana ia adalah hak asasi. Hak ini dinyatakan dengan jelas dalam kod etika walaupun tidak

terkandung dalam Peristiharan Sejagat Prinsip Etika bagi Psikologi. Walau bagaimanapun, tiada

standard yang jelas untuk siapa berkomunikasi, untuk apa berkomunikasi dan bagaimana cara

berkomunikasi dalam menyampaikan keputusan ujian. Dalam hal ini responden hendaklah jujur,

benar dan terbuka dalam menjawab ujian. Ini kerana menurut Aiken& Groth (2005) ujian tidak

hanya memainkan peranan kepada responden tetapi turut memainkan peranan penting kepada

penguji untuk mengesahkan tafsiran beliau. Walau bagaimanapun, terdapat beberapa situasi

apabila pendedahan lengkap mungkin akan mengundang bahaya atau kurang sesuai. Dalam

senario ini penguji hendaklah berpegang pada nilai berkenaan untuk keupayaan individu,

keluarga, kumpulan, dan masyarakat untuk membuat keputusan untuk diri mereka sendiri dan

menjaga untuk diri mereka sendiri dan antara satu sama lain. Selain itu, terdapat juga persoalan

mengenai keperluan untuk memaklumkan semua data pengujian. Menurut Persatuan Psikologi

Amerika Kod Etika (2002), dokumen yang mengandungi jawapan mengambilan ujian adalah

Page 10: ULASAN JURNAL BY HAZIQ AZREE

10

tertakluk kepada keputusan yang nyata. Ini bermaksud tidak perlu didedahkan secara menyeluruh

kerana ia mungkin disalah tafsir seperti penafsiran markah mentah dan laporan visual. Ini kerana

responden tidak mempunyai keupayaan teknikal untuk memahami dan penafsir data. Selain itu,

ditakuti juga hasil maklumat disalahgunakan yang akan mendatangkan bahaya. Ini bertepatan

dengan nilai Deklarasi Prinsip Etika Sejagat iaitu penguji hanya mendedahkan maklumat yang

hanya boleh difahami oleh responden dengan betul termasuk batas-batasnya.

Ciri yang kelima ialah maklumat concent. Proses pengujian merupakan proses yang

kompleks kerana ia memerlukan komunikasi penyampaian pada akhirnya. Komunikasi yang

jelas ini akan memudahkan skop dan matlamat proses ujian serta dapat mencapai matlamat. Ini

kerana menurut Anastasi (1997) ujian psikologi tidak memerlukan prestasi sahaja tetapi turut

memerlukan pendedahan kendiri dan ia dianggap mengancam hak peribadi. Oleh itu, ia

memerlukan persetujuan responden terlebih dahulu kerana terdapat perkara tersirat di sebalik

ujian. Menurut Aiken & Groth-Marnat (2005) pendekatan asas ujian dapat mengenal pasti

keperibadian sebenar. Dalam persetujuan termaklum juga dapat dirumuskan sebagai nilai yang

mendasari kerja psikologi dan pengujian psikologi oleh Peristiharan Prinsip Etika Psikologi

Sejagat. Ia juga dianggap baik untuk bidang psikologi kerana menghormati hak pelanggan untuk

mendapatkan penjelasan yang penuh. Hal ini turut dinyatakan dalam Kod Etika APA dalam

Sidek Mohd Noah (2005) bahawa maklumat peribadi individu hanya boleh diumumkan kepada

orang awam setelah mendapat persetujuan daripada individu berkenaan kecuali dalam kes-kes

tertentu. Selain itu, persetujuan termaklum juga mempunyai status kontrak psikologi antara

penguji dan responden. Oleh itu, responden mempunyai hak bagi menerima penjelasan ringkas

secara lisan atau bertulis sebelum ujian dilaksanakan. Sidek Mohd Noah (2005) menjelaskan

perkara ini sebagai hak manusia iaitu individu yang diuji berhak mengetahui skor ujian dan

interpretasi yang dibuat berdasarkan skor.

Keselamatan pengujian dan kelayakan pengguna. Keselamatan pengujian merupakan

perkara yang dibimbangi kerana terdapat penguji atau individu yang menyalahgunakan hasil

pengujian psikologi. Bagi menyekat masalah yang berlaku ini, maka perundangan yang kukuh

perlu mendasari sistem pengujian. Kedua, pihak yang menghasilkan pengujian juga berhak

mendapatkan pampasan kewangan atas hasil kerja mereka membangunkan pengujian psikologi

ini. Isu hak cipta terpelihara juga harus diketengahkan kerana menurut Leach & Oakland (2009),

Page 11: ULASAN JURNAL BY HAZIQ AZREE

11

amalan yang baik dalam pengujian psikologi hendaklah mematuhi hak cita pendokumenan

antarabangsa. Ketiga, berkaitan hal terjemahan atau penyesuaian ujian tanpa kelulusan hak cipta

semasa juga dilihat melanggar hak cipta antarabangsa. Ini kerana adaptasi secara haram terutama

dalam kalangan negara membangun mungkin mengugat keselamatan ujian kerana ia melibatkan

kualiti, kawalan dan keselamatan. Oleh itu, pendokumenan pengujian psikologi penting

khususnya diajar kepada Pelajar Pendidikan Psikologi Siswazah dan Prasiswazah. Dokumen ini

meliputi garis panduan dalam empat bidang utama iaitu keselamatan bahan ujian, demonstrasi

ujian, pengajaran mentadbir dan skor ujian serta penggunaan ujian dalam penyelidikan.

CADANGAN

Berdasarkan ulasan jurnal ini terdapat beberapa perkara yang dilihat boleh dilaksanakan di

negara ini khususnya dalam meningkatkan lagi kesedaran terhadap kepentingan etika dalam

pengujian dan penilaian.

Antaranya ialah etika sah atau tidak dari sudut perundangan. Seperti mana yang telah

dinyatakan oleh penulis, negara ini khususnya perlu menggubal akta bagi membolehkan tindakan

undang-undang dikenakan ke atas mana-mana pihak profesional yang menjalankan pengujian

secara tidak beretika. Meskipun pengujian psikologi sebenarnya masih dalam peringkat

perkembangan di negara ini, namun pengunaannya dilihat kian meluas. Contohnya, pemilihan

angkawasan negara yang pertama juga telah menggunakan ujian psikologi sebagai salah satu

proses dalam pemilihan. Pemilihan calon menggunakan ujian psikologi juga dilihat kian meluas

dalam bidang pendidikan contohnya dalam pemilihan pelajar ke pogram pendidikan yang perlu

menjalani ujian MEDSI dan pemilihan penerima biasiswa contohnya Biasiswa Tunku Abdul

Rahman (BTAR) yang menggunakan khidmat pakar psikologi yang memilih angkasawan

negara. Justeru, sudah tiba masanya suatu akta diwujudkan bagi menangani isu moral dalam

ujian psikologi. Ini bertujuan melindungi rahsia peribadi responden diketahui umum dan juga

mendapat label dari masyarakat. Jika tidak, penguji akan bebas untuk melakukan apa sahaja

khususnya melibatkan jantina berlainan seperti lelaki dan wanita. Keputusan ujian mungkin juga

boleh dijadikan ugutan untuk mendapatkan ganjaran dalam apa jua bentuk seperti wang, seks dan

sebagainya, sekiranya tiada akta untuk melindungi responden.

Page 12: ULASAN JURNAL BY HAZIQ AZREE

12

Kedua, kekurangan ujian psikologi dalam Bahasa Kebangsaan. Seperti mana yang

dibincangkan oleh penulis, bahasa memainkan peranan penting dalam pengujian psikologi.

Sekiranya, ujian ini hanya diterbitkan dalam Bahasa Inggeris ia tidak akan mendatangkan hasil

yang maksimum. Ini kerana akan berlaku ‘bias’ iaitu berat sebelah terhadap golongan minoriti.

Justeru, golongan pakar dalam bidang pengujian psikologi perlu membina lebih banyak ujian

psikologi dalam bahasa kebangsaan atau sekurang-kurangnya menterjemah lebih banyak ujian

psikologi untuk kegunaan orang ramai. Meskipun ia menelan belanja yang agak besar, badan

yang bertanggungjawab hendaklah duduk semeja dengan pihak kerajaan bagi membolehkan

penghasilan ujian psikologi dalam bahasa kebangsaan dihasilkan tanpa meminggirkan soal

kualiti ujian yang dihasilkan.

Ketiga, menempatkan satu jawatan khas guru psikologi di sekolah. Umum sedia maklum,

kaunselor di sekolah telah banyak tugasan untuk dilaksanakan khususnya melibatkan karenah

birokrasi, program tahunan dan sesi kaunseling. Justeru, jawatan seorang guru psikologi perlu

diwujudkan oleh kemeterian bagi membolehkan pengujian psikologi dilaksanakan secara

menyeluruh di sekolah berserta tafsiran terperinci kepada para pelajar. Dengan adanya tenaga

pakar dalam bidang ini akan membolehkan para pelajar mendalami personaliti mereka dengan

lebih mendalam. Contohnya, Iventori Personaliti Sidek akan membolehkan para pelajar

mengetahui 16 ciri personaliti mereka. Dengan ini para pelajar akan mendapat interpretasi yang

tepat berkait dengan maklumat diri yang mungkin tidak sempat untuk dihuraikan sepenuhnya

oleh kaunselor sekolah. Ini kerana menurut Sidek Mohd Noah (2005), penguji perlu mempunyai

pengetahuan yang mencukupi dalam bidang pengujian dan pengukuran, statistik gunaan, dan

penganalisisan data di samping berupaya dan berkebolehan untuk membuat interpretasi atau

pentafsiran. Justeru, penempatan guru psikologi akan membolehkan ujian psikologi dijalankan

dengan lebih tersusun, beretika dan sistematik.

Page 13: ULASAN JURNAL BY HAZIQ AZREE

13

KESIMPULAN

Kesimpulannya, banyak implikasi sosial dalam pengujian psikologi khususnya kepentingan

melibatkan soal etika pengujian. Etika dalam pengujian merupakan perkara yang perlu diberi

perhatian kerana ia melibatkan serangan peribadi sekiranya ia disalah gunakan. Umum sedia

maklum bahawa pengujian psikologi banyak mendatangkan manfaat khususnya dalam

membentuk personaliti. Namun, ia juga akan menjadi senjata yang amat berbahaya kepada

individu khususnya melibatkan soal maruah dan harga diri sekiranya pihak penguji mengambil

kesempatan atas dapatan ujian psikologi kepada responden. Justeru, etika dalam pengujian perlu

diperkemaskan lagi dari semasa ke semasa kerana pengujian psikologi merupakan bidang yang

berkronologi iaitu berkembang merentas masa, peradapan dan budaya.

RUJUKAN

Sidek Mohd Noah (2005). Pengujian dan Penilaian dalam Kaunseling. Serdang, Selangor

Universiti Putra Malaysia (UPM).

Robert M. Kaplan dan Dennis P. Saccuzo (2009). Psyschological Testing. United States :

Wadsworth, Cengage Learning.

Dragos, Dan Ispas & Michael Harris (2009). Diperoleh pada Oktober 28, 2012 daripada

http://www.intestcom.org/Publications/ORTA/Social%20implications%20and%20ethics

LAMPIRAN