ulasan jurnal altruisme
DESCRIPTION
Ulasan JurnalTRANSCRIPT
Ulasan Jurnal
A Positive Ethics for Public Administration: Altruism, Self-Interest and the Concept of the
State
Jurnal “A Positive Ethics for Public Administration: Altruism, Self-Interest and the
Concept of the State” telah ditulis oleh Agustin Ferraro dan Natalia Ajenjo. Jurnal ini
membincangkan secara terperinci etika tertentu yang boleh diaplikasikan dalam pengurusan
awam. Jurnal ini membincangkan tiga pendekatan etika yang boleh diaplikasikan iaitu
liberalisme dan egoisme secara rasional dalam politik, altruisme dan pilihan secara rasional dan
sikap kerjasama. Ketiga-tiga pendekatan ini dilihat secara positif bagi meningkatkan prestasi
pengurusan awam.
Dalam satu perbandingan kajian tentang pengurusan awam yang telah diaplikasikan di
sesetengah negara membangun, Pollit dan Bouckaert telah melihat dua model etika dalam sudut
yang berbeza. New Public Management (NPM) merupakan satu model yang berpengaruh dan
diaplikasikan sepenuhnya di Australia, New Zealand dan United Kingdom. Manakala, model
yang dikenali sebagai New Weberian State (NWS) diaplikasikan di banyak negara di Benua
Eropah.
Senario tentang pengaplikasian etika di Malaysia juga agak membangun berbanding 20
tahun lepas. Etika Perkhidmatan Awam telah diwujudkan berdasarkan beberapa faktor iaitu
wujud permintaan rakyat keatas perkhidmatan awam; rakyat mahukan sebuah pentadbiran yang
dapat member dan menyalurkan perkhidmatan yang sistematik, cekap dan berkesan; terdapatnya
teguran dan aduan mengenai kemampuan dan keupayaan jentera pentadbiran perkhidmatan
awam; kelambatan menunaikan permintaan rakyat dan wujud sikap tidak mementingkan
permohonan dan kepentingan rakyat, dan wujud tuduhan-tuduhan berlakunya penyelewengan
dalam pelaksanaan dasar-dasar kerajaan telah melahirkan rasa syak wasangka dan curiga
terhadap keupayaan perkhidmatan awam di negara ini, walaupun hanya sebilangan kecil sahaja
anggotanya yang melakukan kecuaian. Selain itu, iaitu faktor kemelesetan ekonomi dan faktor-
faktor luar juga telah menjadi faktor penggubalannya kewujudan gegala-gegala yang tidak sihat.
Sehubungan dengan itu, kesedaran mewujudkan etika perkhidmatan awam, lantaran itu Panduan
Perkhidmatan Cemerlang telah dilancarkan pada tahun 1979 oleh Ketua Setiausaha Negara.
Tujuan etika adalah untuk menimbulkan dan menyemai kesedaran dikalangan kakitangan
kerajaan mengenai tanggungjawab kepada negara dan rakyat.
Banyak pendekatan boleh diterapkan bagi meningkatkan prestasi pengurusan awam.
Kerajaan Malaysia juga menyedari betapa pentingnya penerapan nilai etika dalam sistem
pengurusan awam. Kerajaan juga mengeluarkan beberapa pekeliling agar nilai dan etika
diterapkan dalam pengurusan awam iaitu:
-Teras perkhidmatan awam
-Tonggak 12 perkhidmatan awam
-Dasar Pandang ke Timur
-Penerapan nilai-nilai islam dalam pentadbiran
-Kepimpinan melalui teladan
-Gerakan budaya kerja cemerlang
-Pengurusan kualiti dan anugerah kualiti
-Konsep perkhidmatan cemerlang
Dengan adanya pekeliling tersebut, pengaplikasian etika dalam sistem pengurusan awam mudah
diterapkan. Antara tujuan etika dalam pengurusan awam ialah:
-Meninggikan mutu perkhidmatan awam
-Memelihara kepercayaan awam
-Memupuk tanggungjawab bersama
-Mewujudkan suasana sihat dan cekap
-Mengeratkan hubungan sesama kakitangan
-Membentuk sikap dan pembawaan yang bersesuaian dengan Rukun Negara
Menurut INTAN, 1991, etika bermaksud tanggungjawab dan akibat tingkah laku
seseorang atau profesion terhadap masyarakat. Seseorang anggota perkhidmatan awam
berkewajipan memahami tanggungjawab terhadap peranan dan perilaku seseorang pekerja dalam
kerajaan. Manakala, Shukri Ahmad dan Razali Mat Zin, etika merupakan prinsip moral atau nilai
akhlak atau tingkah laku yang menjadi pegangan seseorang individu atau sesuatu kumpulan.
Prinsip moral dan kesedaran akhlak ini tidak boleh dicapai oleh seseorang tanpa menjalin
perhubungan sosial dengan orang lain.
Jurnal ini tersusun secara ringkas dan padat dari segi isi-isi penting. Pendahuluan ditulis
dengan membuat perbandingan sistem pengurusan awam 20 tahun yang lepas dan juga zaman
sekarang. New Public Management dan New Weberian State dilihat sebagai dua pendekatan
sistem yang mempunyai pengaruh yang besar dalam sistem pengurusan awam dunia. New Public
Management dilihat mempunyai pengaruh di Australia, New Zealand dan United Kingdom.
Manakala, New Weberian State berpengaruh di Benua Eropah secara majoriti. Dalam jurnal ini,
penulis melihat beberapa pendekatan etika yang menjadi faktor penyebab yang membuatkan
revolusi sistem pengurusan awam New Weberian State kepada New Public Management.
Antara salah satu pendekatan pengaplikasian etika dalam sistem pengurusan awam di
dalam jurnal ini ialah altruisme. Altruisme ialah amalan untuk mengutamakan orang-orang lain
berbanding diri sendiri. Amalan ini adalah sifat murni dalam banyak budaya, dan merupakan
pokok kepada banyak agama. Dalam budaya Inggeris, idea ini sering diperihalkan sebagai
peraturan keemasan etika. Dalam Buddhisme, ia dianggap sebagai sifat asas bagi fitrah manusia.
Altruisme boleh dibezakan daripada perasaan kesetiaan dan kewajipan. Amalan ini
menumpukan perhatian pada dorongan untuk membantu orang lain atau untuk melakukan
sesuatu yang baik tanpa ganjaran. Sebaliknya, kewajipan menumpukan perhatian pada kewajipan
moral terhadap sesuatu individu yang tertentu (umpamanya, Tuhan, dan raja), sesuatu
pertubuhan yang khusus (umpamanya, kerajaan), atau sebuah konsep yang abstrak (umpamanya
negara). Sesetengah orang mungkin berasa kedua-dua altruisme dan kewajipan, manakala orang-
orang yang lain mungkin tidak. Altruisme tulen ialah pemberian tanpa menjangka sebarang
ganjaran atau manfaat-manfaat pengakuan.
Konsep altruisme mempunyai sejarah yang panjang dalam pemikiran falsafah dan etika,
dan baru-baru ini telah dijadikan topik untuk ahli-ahli psikologi, sosiologi, dan biologi evolusi.
Sedangkan idea-idea tentang altruisme daripada satu bidang boleh mempengaruhi bidang-bidang
yang lain, kaedah-kaedah dan tumpuan-tumpuan yang berbeza dalam bidang-bidang ini telah
menimbulkan sudut-sudut pandangan yang berbeza terhadap altruisme.
Perkataan "altruisme" (berasal daripada bahasa Perancis, autrui, "orang lain") telah
dicipta oleh Auguste Comte, pengasas positivisme dari Perancis, untuk memerihalkan doktrin
etika yang disokongnya. Beliau mempercayai bahawa individu-individu mempunyai kewajipan
moral untuk berkhidmat bagi kepentingan orang lain atau kebaikan kemanusiaan yang lebih
besar. Disebabkan nama doktrin etika ialah "altruisme", perbuatan yang ditetapkan oleh doktrin
etika juga telah diistilahkan sebagai "altruisme" — berkhidmat kepada orang-orang lain melalui
mengutamakan kepentingan mereka berbanding kepentingan diri sendiri.
Selain daripada altruisme, jurnal ini juga membincangkan tentang individualisme.
Individualisme merupakan satu falsafah yang mempunyai pandangan moral, politik atau sosial
yang menekankan kemerdekaan manusia serta kepentingan bertanggungjawab dan kebebasan
sendiri. Seorang individualis akan melanjutkan percapaian dan kehendak peribadi. Mereka
menentang campur tangan luaran dari masyarakat, negara dan sebarang badan atau kumpulan ke
atas pilihan peribadi mereka. Oleh itu, individualisme menentang segala pendapat yang
meletakkan matlamat sesuatu kumpulan sebagai lebih penting dari matlamat seseorang individu
yang dengan sendiri adalah asas kepada mana-mana badan masyarakat. Pendapat-pendapat yang
di tentang termasuklah holisme, kolektivisme dan statisme, antara lain. Falsafah ini juga kurang
senang segala standard moral yang dikenakan ke atas seseorang kerana peraturan-peraturan itu
menghalang kebebasan seseorang.
Hubungan di antara individualisme dan egoisme telah menghasilkan satu perdebatan
yang hebat. Walaupun sesetengah individualis adalah juga egois, mereka tidak menyatakan
bahawa sifat mementingkan diri sendiri adalah sesuatu sifat yang terpuji dengan sendirinya.
Disebaliknya, mereka percaya yang seseorang individualis tidak terikat kepada takat moral yang
diguna pakai oleh masyarakat dan individualis adalah bebas untuk mementingkan diri sendiri,
hidup dengan altruisme atau apa-apapun cara hidup yang mereka gemar. Yang lain pula
mengatakan bahawa matlamat individualisme tidak mementingkan diri sendiri jika mereka tidak
mengacam orang lain. Ada pula seperti Ayn Rand yang menekankan relatifisme moral dan yang
sifat mementingkan diri sendiri adalah satu sifat terpuji.
Antara kekuatan jurnal ini ialah bagaimana informasi digarap satu persatu iaitu bermula
dari sejarah revolusi ini berlaku. Ia diikuti oleh penjelasan terperinci oleh penulis tentang setiap
satu pendekatan etika. Sebelum penjelasan secara terperinci dilakukan disetiap bab kecil, ulasan
terlebih dahulu ditulis di bahagian pendahuluan bagi memudahkan pembaca memahami terlebih
dahulu isi-isi penting isu. Kekuatan pada jurnal ini juga terletak pada susunan bab yang ringkas
dan amat tersusun. Selain itu, jurnal ini juga memberi gambaran di seksyen ketiga jurnal dan
kesimpulan tentang elemen-elemen etika positif di dalam sistem pengurusan awam. Jurnal ini
juga mencadangkan tiga jenis struktur organisasi yang menyokong untuk meningkatkan
komitmen pekerja awam dalam nilai etika.
Walau bagaimanapun, sedikit kelemahan ditunjukkan di dalam jurnal ini. Bab 2 yang
menerangkan tentang altruisme ditulis di dalam bahasa Sepanyol. Ini menyebabkan pembaca
tidak dapat membaca maklumat penting dari segi pendekatan etika altruisme. Walaupun
penerangan ringkas telah ditulis dibahagian pendahuluan, maklumat secara terperinci pastinya
tidak dapat dibaca bagi yang tidak boleh membaca bahasa Sepanyol.
Kesimpulannya, pendekatan etika yang dibincangkan merupakan faktor yang
menyebabkan revolusi perubahan model sistem pengurusan awam. Pendekatan etika didalam
sistem pengurusan awam sememangnya amat penting bagi pentadbiran yang sistematik dan
kelancaran pengurusan penjawat awam hendaknya.
.