ulasan jurnal

2
MARDHIYATUL HUDA BT HAMDAN( M20112001423) 2012 Tajuk Jurnal : Perisian Matematik Bagi Tajuk Pecahan Untuk Pelajar Berkeperluan Khas Sumber : Jurnal Teknologi Pendidikan Malaysia Jilid 1(ms 39-47), Nombor 2, Jun 2011 Penulis : Khairul Anuar bin Abdul Rahman dan Norazrena bt Abu Samah Ulasan Oleh : Mardhiyatul Huda bt Hamdan ( M20112001423) RUMUSAN KESELURUHAN JURNAL Tajuk jurnal adalah ‘Perisian Matematik bagi Tajuk Pecahan untuk Pelajar Berkeperluan Khas’. Jurnal ini merupakan hasil kajian Khairul Anuar bin Abdul Rahman dan Norazrena bt Abu Samah. Tajuk yang dinyatakan adalah ringkas, padat, serta mudah difahami. Tujuan penyelidikan dijalankan berdasarkan tajuk yang diberi ialah untuk menilai keberkesanan perisian matematik di bawah tajuk Pecahan bagi pelajar berkeperluan khas dari aspek pencapaian pelajar. Kajian ini menggunakan kaedah pre-experimental yang mana responden diberikan ujian pra, rawatan dan ujian pasca untuk melihat keberkesanan perisian matematik terhadap tahap pencapaian pelajar. Hasil kajian menunjukkan pencapaian kesemua 9 responden meningkat setelah menggunakan perisian yang dibangunkan. Melalui sokongan data skor pencapaian pelajar, penyelidik dapat membuktikan bahawa perisian Matematik bertajuk Pecahan yang dibangunkan ini mampu meningkatkan pencapaian pelajar berkeperluan khas seterusnya berkesan digunakan untuk mengukuhkan kefahaman pelajar. Dapatan kajian ini menyokong dapatan yang diperolehi oleh Jamalludin dan Siti Nurulwahida (2010) serta Shaharuddin dan Ahmad Khairi (2011), di mana teknologi terutama perisian dalam pendidikan mampu meningkatkan prestasi pelajar dalam pembelajaran matematik. Penyataan masalah berkaitan pelajar bekeperluan khas digarap secara mendalam oleh penyelidik. Namun masalah berkaitan dengan pencapaian pelajar yang menggunakan perisian multimedia yang sedia ada tidak dinyatakan. Penyelidik juga tidak menyentuh tentang pernyataan masalah berkaitan subjek Matematik terutama berkaitan tajuk Pecahan yang ingin dikaji. Penyelidik tidak menyatakan kenapa topik Pecahan dipilih untuk dijadikan bahan kajian. Fokus pernyataan masalah seharusnya tertumpu kepada subjek Matematik yang seringkali dikaitkan sebagai salah satu mata pelajaran yang sukar difahami menggunakan kaedah tradisonal. Justeru pendekatan pembelajaran berbantu komputer menggunakan perisian multimedia seumpama ini adalah sangat memberangsangkan.

Upload: huda-hamdan

Post on 24-May-2015

1.314 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

MARDHIYATUL HUDA BT HAMDAN( M20112001423) 2012

Tajuk Jurnal : Perisian Matematik Bagi Tajuk Pecahan Untuk Pelajar Berkeperluan Khas

Sumber : Jurnal Teknologi Pendidikan Malaysia Jilid 1(ms 39-47), Nombor 2, Jun 2011

Penulis : Khairul Anuar bin Abdul Rahman dan Norazrena bt Abu Samah

Ulasan Oleh : Mardhiyatul Huda bt Hamdan ( M20112001423)

RUMUSAN KESELURUHAN JURNAL

Tajuk jurnal adalah ‘Perisian Matematik bagi Tajuk Pecahan untuk Pelajar Berkeperluan

Khas’. Jurnal ini merupakan hasil kajian Khairul Anuar bin Abdul Rahman dan Norazrena bt

Abu Samah. Tajuk yang dinyatakan adalah ringkas, padat, serta mudah difahami. Tujuan

penyelidikan dijalankan berdasarkan tajuk yang diberi ialah untuk menilai keberkesanan

perisian matematik di bawah tajuk Pecahan bagi pelajar berkeperluan khas dari aspek

pencapaian pelajar. Kajian ini menggunakan kaedah pre-experimental yang mana responden

diberikan ujian pra, rawatan dan ujian pasca untuk melihat keberkesanan perisian matematik

terhadap tahap pencapaian pelajar.

Hasil kajian menunjukkan pencapaian kesemua 9 responden meningkat setelah

menggunakan perisian yang dibangunkan. Melalui sokongan data skor pencapaian pelajar,

penyelidik dapat membuktikan bahawa perisian Matematik bertajuk Pecahan yang

dibangunkan ini mampu meningkatkan pencapaian pelajar berkeperluan khas seterusnya

berkesan digunakan untuk mengukuhkan kefahaman pelajar. Dapatan kajian ini menyokong

dapatan yang diperolehi oleh Jamalludin dan Siti Nurulwahida (2010) serta Shaharuddin dan

Ahmad Khairi (2011), di mana teknologi terutama perisian dalam pendidikan mampu

meningkatkan prestasi pelajar dalam pembelajaran matematik.

Penyataan masalah berkaitan pelajar bekeperluan khas digarap secara mendalam oleh

penyelidik. Namun masalah berkaitan dengan pencapaian pelajar yang menggunakan perisian

multimedia yang sedia ada tidak dinyatakan. Penyelidik juga tidak menyentuh tentang

pernyataan masalah berkaitan subjek Matematik terutama berkaitan tajuk Pecahan yang ingin

dikaji. Penyelidik tidak menyatakan kenapa topik Pecahan dipilih untuk dijadikan bahan

kajian. Fokus pernyataan masalah seharusnya tertumpu kepada subjek Matematik yang

seringkali dikaitkan sebagai salah satu mata pelajaran yang sukar difahami menggunakan

kaedah tradisonal. Justeru pendekatan pembelajaran berbantu komputer menggunakan

perisian multimedia seumpama ini adalah sangat memberangsangkan.

MARDHIYATUL HUDA BT HAMDAN( M20112001423) 2012

Kajian literatur adalah rumusan literatur yang ditulis bertujuan menerangkan

maklumat dan penyelidikan semasa dan lampau. Antara tinjauan literatur yang dibentangkan

oleh penyelidik ialah kajian Rahayu dan Maria (2010), berkaitan dengan elemen multimedia

dan elemen visual yang merupakan kaedah penyaluran maklumat yang sangat menarik dalam

menyampaikan sesuatu input pembelajaran. Malangnya, penyelidik gagal menggarap sorotan

kajian-kajian lepas terutamanya mengenai pelajar berkeperluan khas dan perisian multimedia

secara lebih terperinci dalam laporan kajian ini.

Sampel dalam kajian ini telah dinyatakan dengan jelas oleh penyelidik. Kajian ini

telah memilih 2 orang guru dan 9 orang pelajar pendidikan khas yang merupakan responden

kajian. Namun penyelidik tidak menjelaskan kaedah persampelan yang dipilih serta jumlah

populasi sebenar kajian beliau. Instrumen yang digunakan adalah ujian penilaian yang terdiri

daripada Ujian Pencapaian 1 (ujian pra) dan Ujian Pencapaian 2 (ujian pasca). Penyelidik

tidak menyatakan sumber dan proses pembinaan instrumen serta prosedur pembinaan ujian

yang digunakan untuk penyelidikan. Kriteria asas pembinaan ujian seperti kesahan,

kebolehpercayaan, keobjektifan dan kemudahtafsiran juga tidak dibentangkan. Selain itu,

tempoh masa yang diambil diantara ujian pra dan pasca tidak dinyatakan sama sekali.

Berdasarkan analisis data, penyelidik telah membentangkan hasil kajian secara teratur

menggunakan jadual yang diselitkan di dalam aspek perbincangan. Jadual yang dipaparkan

berinformasi dan diterangkan dengan baik oleh penyelidik. Penyelidik seharusnya

memasukkan cadangan penambahbaikkan di dalam pembangunan perisian yang dibangunkan

untuk tujuan rujukan kajian akan datang. Selain itu, penyelidik juga tidak menerangkan

tentang sumbangan hasil kajian yang dijalankan kepada bidang ilmu Matematik yang dikaji

khususnya dalam penambahbaikan kaedah pengajaran bagi pelajar bekeperluan khas.

Cadangan penambahbaikan ini penting untuk rujukan pihak-pihak tertentu seperti

Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM), pentadbiran sekolah, guru-guru dan para penyelidik.

Namun begitu, kesimpulan yang dinyatakan oleh penyelidik ringkas dan tepat serta disokong

oleh hasil kajian yang diperolehi sepanjang penyelidikan dijalankan. Secara keseluruhannya,

gaya penulisan penyelidik dalam memberi hujah dan menginterpretasi hasil kajian adalah

baik dan berkesan.