tutorial sce 3083 week 1

Upload: blurrmie

Post on 13-Jan-2016

27 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

sce

TRANSCRIPT

Mengapa guru perlu menyediakan persediaan mengajar? Sebab-sebabnya adalah seperti berikut: 1.Persediaan mengajar yang baik memberikan keyakinan kepada guru. 2. Membantu guru memikirkan dengan mendalam tentang perkara yang akan diajar sebelum mengajar. Kesukaran atau masalah yang dihadapi akan dapat dijangka dan keputusan dapat dibuat untuk mengatasinya. Perancangan spesifik juga boleh dibuat untuk mengatasi masalah yang berkaitan dengan kawalan bilik darjah dan memotivasikan pelajar. 3.Membantu guru merancang media pengajaran yang digunakan dalam pengajaran. 4. Memastikan semua maklumat yang hendak disampaikan dimasukkan dalam persediaan mengajar. 5.Memastikan pengajar sentiasa dapat mengikuti jadual yang telah ditetapkan. 6.Memastikan langkah disusun mengikut urutan. 7.Sebagai rekod untuk mengetahui perkara yang telah dan belum diajar.

Lebih spesifik antara perkara-perkara yang perlu dipertimbangkan dalam menyediakan rancangan pelajaran ialah :a. Tajuk . Butiran lanjut mengenai tajuk dari huraian sukatan pelajaran dan buku teks.b. Matlamat ,Objektif dan Hasil Pembelajaran.Matlamat yang jelas, objektif yang spesifik dan hasil pembelajaran yang eksplisit dan boleh diukur.c. Isi KandunganIsi kandungan dan skop serta kedalamannya serta organisasi urutan isi yang perlu dicapai.d. Aktiviti pembelajaranAktiviti yang pelbagai, menarik, bermotivasi hands on dan mind on serta mengambil kira perbezaan pelajar dengan arahan yang jelas. Kaedah, pendekatan dan teknik yang sesuai dan berkaitan. e. Bahan Bantu MengajarSenaraikan bahan yang diperlukan untuk guru dan pelajarf. Penilaian : Kerja rumah, ujian , penulisan jounal atau projek tertentu untuk menilai pembelajaran pelajar.g. Masa , tempat dan jenis pembelajaran individu, kumpulan kecil atau kumpulan besar