tutorial 10 (rose & beth)

Upload: zam-miaq

Post on 10-Jan-2016

260 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

n

TRANSCRIPT

Jelaskan fungsi dan peranan unit/bahagian di kpm, jpn, dan ppd yang dapat menyokong perkembangan guru di sekolah

AMBROSE JENGGIENG ANAK CHELOKTAJUK PEMBENTANGAN : PERANAN KPM, JPN DAN PPD DALAM PERKEMBANGAN SEORANG GURU DI SEKOLAH SKOP YANG DIBENTANGKAN1)Takrifan guru cemerlang.2)Bagaimanakah menjadi guru cemerlang.3)Jabatan atau bahagian Kementerian Pendidikan Malaysia yang terlibat dalam perkembangan menjadi guru cemerlang.

Apa yang dimaksudkan sebagai guru cemerlangRole modelSumber inspirasi Bermotivasi tinggi, Pakar dalam sesuatu bidangMotivasi kepada guru lain untuk sama-sama bersaing meningkatkan lagi tahap pencapaian kualiti P&P di sekolah masing-masingBAGAIMANA MENJADI GURU CEMERLANG1) Mengisi borang untuk menjadi guru cemerlang. (pilih bidang yang berkaitan)Menyatakan bidang dan sumbangan yang telah dilakukan.Pastikan juga subjek yang dipilih itu merupakan subjek yangtelah anda ajar sekurang-kurangnya 3 tahun berturut-turut, terutamanya jika anda berpindah-pindah sekolah. Tidak menjadi masalah juga jika memilih subjek bukan major selagi subjek yang dipohon telah diajar sekurang-kurangnya 3 tahun dan ke atas.

JADUAL SKOR ATAU SYARAT GURU CEMERLANGSYARAT UMUM MENGISI BORANG MENJADI GURU CEMERLANGSyarat utama yang perlu dipatuhi untuk menjadi guru cemerlang haruslah menepati kriteria syarat umum seperti yang berikut :i.Mencapai tahap prestasi yang ditetapkan berdasarkan LNPT bagi 3 tahun terakhirii.Bebas daripada tindakan tatatertibiii.Telah mengisytiharkan hartaiv.Lulus tapisan keutuhan SPRMv.Bebas daripada senarai Peminjam Tegar Institusi Pinjaman Pendidikanvi.Diperakukan oleh Ketua Jabatan / PerkhidmatanLangkah seterusnya menunggu dicerap atau dinilai oleh NazirAspek yang dinilai Huraian1. Aspek ketrampilan profesonal iaitu sebanyak 15%Rambut dan pakaain haruslah menepati etika seorang guru yang cemerlang2. Aspek pengajaran dan pembelajaran iaitu sebanyak 45%.Mutu penyampaian isi pelajaran dengan mempelbagaikan kaedah, pendekatan dan teknik di dalam kelas3. Aspek pengurusan kurikulum iaitu sebanyak 15%Pengurusan kurikulum dapat dijelaskan melalui pencapaian seorang guru tersebut dalam mata pelajaran yang diajar di sekolah. 4. Aspek peranan dalam aktiviti bukan aktiviti akademik iaitu sebanyak 10%Pencapaian yang baik dalam bidang sukan di sekolah seperti berjaya mengharumkan nama sekolah dalam bdiang sukan. 5. Aspek kualiti keperibadian iaitu sebanyak 10%Sikap yang positif harus dimiliki agar dapat membawa perwatakan insan yang cemerlangBahagian LantikanBahagian Pengurusan Manusia. Bahagian Pengurusan Manusia merupakan bahagian yang mengendalikan urusan pemangkuan, kenaikan pangkat, penempatan pemangkuan, pertukaran setara bagi PPP dan AKS serta menjadi Urus Setia Induk Panel Pembangunan Sumber Manusia dan Urus Setia Anugerah Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Peringkat Persekutuan dan Negeri

RumusanSektor KPM, JPN dan PPD memainkan penting dalam menyokong perkembangan seorang guru di sekolah. Tanpa wujud kerjasama daripada pihak tersebut secara tidak langsung membantutkan untuk meningkatkan prestasi guru di sekolah kerana kita tiada saluran untuk memastikan taraf pendidikan kita berada pada tahap yang berkualiti.

Jelaskan fungsi dan peranan unit/bahagian di KPM, JPN, dan PPD yang dapat menyokong perkembangan guru di sekolahELZAZABETH UMANG ANAK DAOKBAHAGIAN DALAM KPMBahagian Pembangunan Dan Penilaian KompetensiBahagian AkaunBahagian Tajaan PendidikanBahagian Pengurusan Sumber Manusia

Skop perbincanganKenaikan gajiPembangunan potensi pegawaiMenyambung dan melanjutkan pelajaranPERKEMBANGAN PROFESIONALISME GURU PEMBANGUNAN POTENSI PEGAWAI

BAHAGIAN pembangunan dan penilaian kompetensi PELAKSANAAN PROGRAM BERSEPADU POTENSI DAN KOMPETENSI (PROSPEK)STRUKTUR PENGURUSAN PROSPEK

Pegawai akan diterapkan dengan asas kompetensi yang bersifat umum (generik) dan khusus (fungsional) melalui program-program latihan seperti kursus, mentoring/coaching, training road map, seminar, bengkel dan sebagainya.Pegawai selanjutnya akan diperkukuhkan melalui PROSPEK yang merupakan program menyeluruh bagi menilai dan membangun kompetensi dan potensi pegawai dalam usaha melahirkan pegawai berprestasi tinggi yang mampu mendukung aspirasi ke arah negara maju.Melibatkan elemen penilaian dan pembangunan kompetensi serta potensi pegawai. Penilaian mengenal pasti kompetensi dan potensi pegawai untuk menyandang gred lebih tinggi yang dibuat berasaskan kompetensi pegawai dalam melaksanakan tugas semasa. Program prospekPusat Pembangunan atau Potential Development Center (PDC ) - dilaksanakan secara berpusat dalam satu tempoh tertentu melalui pelbagai aktiviti pembangunan dan penilaian berdasarkan kepada keperluan kompetensi gred dan jawatan. Kursus Profesionalisme Berterusan atau CPD - mempertingkatkan pengetahuan dan menambah baik kecekapan profesional sepanjang kerjaya seseorang pegawai. Program tersebut merupakan komitmen ahli-ahli pertubuhan profesional untuk mengekal, memperluas serta meningkatkan pengetahuan, kemahiran dan membangunkan kualiti peribadi yang diperlukan dalam bidang profesional berkaitan. Computer Based Test (CBT) - memperoleh dan membuktikan kemahiran, pengetahuan dan sikap untuk memenuhi standard yang ditetapkan. Program latihan dibangunkan untuk memastikan kemahiran yang diperoleh adalah relevan dengan keperluan kompetensi pegawai. PERKEMBANGAN PROFESIONALISME GURU KENAIKAN GAJI

BAHAGIAN AKAUNBAHAGIAN PEMBANGUNAN DAN PENGURUSAN SUMBERBahagian akaunGred GajiGaji MinimumGaji MaksimumKadar Tetap 3%DG545,840.0011,864.00355.92DG525,538.0011,194.00335.82DG484,922.0010,560.00316.80DG443,371.009,414.00282.42DG41 1,917.008,652.00259.56DG38 3,457.007,051.00211.53DG34 3,397.005,797.00173.91DG32 2,731.005,457.00 163.71DG29 1,589.005,137.00154.11Gred gaji minimum dan maksimun dengan kadar tetap 3%Berperanan dalam Pengurusan Gaji dan Bayaran, Pengurusan Amanah Pengurusan Akaun dan Pengurusan Teknologi Maklumat. Pengurusan pembayaran gaji bulanan dikendalikan oleh Seksyen Bayaran Dan Gaji. Unit ini akan menguruskan pembayaran gaji bulanan anggota kerajaan persekutuan mengikut jadual yang ditetapkan dan tidak lewat daripada (25) haribulan. Pembayaran gaji kepada semua penjawat awam bagi perkhidmatan pendidikan akan dibayar mengikut gred.Bahagian akaun dan bahagian pengurusan sumber manusia mempunyai perkaitan dengan pemberian gaji berdasarkan kepada pangkat. Kedudukan gaji bagi pegawai yang memilih kenaikan pangkat secara Time-Based apabila bersara nanti, akan berada pada gred kenaikan pangkat. Bahagian pengurusan sumber manusiaMemproses urusan pemangkuan PPP dan AKS bagi laluan kenaikan pangkat secara hakiki dan cemerlang untuk dikemukakan ke Lembaga Kenaikan Pangkat Perkhidmatan Pelajaran dalam tempoh tiga (3) bulan dari tarikh perakuan lengkap diterima.Memproses perakuan kenaikan pangkat bagi PPP dan AKS secara Time Based untuk dikemukakan ke Lembaga Kenaikan Pangkat Perkhidmatan Pelajaran dalam tempoh tiga (3) bulan dari tarikh perakuan lengkap diterima.Menyediakan latihan dalam perkhidmatan kepada sekurang-kurangnya 70% Pegawai dan Kakitangan Bukan Guru bagi mematuhi keperluan dasar latihan sekurang-kurangnya tujuh (7) hari dalam setahunMenyediakan Kursus Induksi untuk Pegawai dan Kakitangan Bukan Guru dalam masa satu (1) hingga tiga (3) tahun dari tarikh lantikanKetua Jabatan dan Panel Pembangunan Sumber Manusia (PPSM) iaitu dalam bahagian Pengurusan Sumber Manusia bertanggungjawab juga memastikan:Pergerakan gaji ini hanya diberikan kepada pegawai yang layakPerubahan gaji tersebut direkodkan dalam kenyataan perkhidmatan.PPSM dalam kementerian pelajaran juga akan mengenal pasti pegawai-pegawai yang akan bersara paksa pada sesuatu tahun dalam mempertimbangkan pemberian. Pergerakan Gaji Tahunan pegawai yang diawalkan pada hari terakhir perkhidmatannya.

PERKEMBANGAN PROFESIONALISME GURU GURU MENERUSKAN PENGAJIAN KE PERINGKAT LEBIH TINGGI.BAHAGIAN TAJAAN PENDIDIKANIntstitut aminuddin bakiBerperanan dalam pengurusan kebajikan guru, sama ada kenaikan gaji mahupun pengurusan bagi guru atau pendidik yang ingin melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi.Unit-unit tertentu bertanggungjawab dalam menguruskan pemberian biasiswa kepada Pegawai Perkhidmatan Pendidikan dan pelajar dalam dan luar negara (dalam perkhidmatan dan praperkhidmatan). Mengurus pemberian pinjaman pelajaran kepada pegawai perkhidmatan pendidikan dan berkuat kuasa pada mengikut situasi yang tertentu untuk kutipan bayaran balik pinjaman dan pecah kontrak dalam perkhidmatan pendidikan. Mengurus hal-hal berkaitan perkhidmatan dan kewangan jawatan latihan. Unit yang terlibat ialah unit pentadbiran dan perkhidmatan, unit kewangan dan akaun, cawangan latihan, unit latihan dalam perkhidmatan, unit perjanjian pinjaman dan unit pinjaman biasiswa.Unit perjanjian biasiswa dan pinjaman biasiswa bertanggungjawab dalam mengeluarkan surat tawaran biasiswa atau pinjaman kepada pelajar dan pegawai perkhidmatan pendidikan dalam tempoh 3 minggu selepas calon diperaku dan dilulus oleh pihak yang melulus.

Mengeluarkan surat kelulusan cuti belajar kepada pegawai perkhidmatan pendidikan dalam tempoh 3 minggu selepas permohonan lengkap diterima. Berdasarkan garis panduan kemudahan cuti belajar kepada pegawi perhidmatan pendidikanPekeliling perkhidmatan bilangan 6 tahun 2005 telah menggariskan dasar latihan sumber manusia sektor awam. Bagi menyokong dasar tersebut, surat pekeliling perkhidmatan bilangan 2 tahun 2005 yang merangkumi struktur dan program-program latihan yang lebih sistematik dan komprehensif telah dikeluarkan sebagai garis panduan untuk memastikan supaya anggota awam dilengkapi dengan latihan berasaskan kompetensi dan pembelajaran berterusan.Garis Panduan Kemudahan Cuti Belajar ini dikeluarkan sebagai rujukan kepada Kementerian, Jabatan atau Agensi dalam menguruskan pemberian cuti belajar kepada pegawai-pegawai yang ingin dalam mengikuti kursus yang melebihi tiga bulan.Garis panduan kemudahan belajar untuk para pegawai perkhidmatan pendidikan ini adalah berdasarkan beberapa perkara yang berikut :Pergerakan gajiKekanananPemangkuanPenilaian Tahap KecekapanKenaikan PangkatBayaran Elaun dan kemudahan

PERANAN INSTITUT AMINUDDIN BAKIMemastikan prasarana latihan dan semua keperluan serta peralatan latihan berfungsi dengan baik dan dalam keadaan siap sedia untuk digunakan dalam tempoh satu hari sebelum kursus bermula;Menjalankan sekurang-kurangnya sembilan (9) penyelidikan dan pembangunan sistem maklumat setahunMenghasilkan sekurang-kurangnya sepuluh penerbitan setahun ;Menjalankan sekurang-kurangnya enam program konsultansi termasuk khidmat pasukan pemikir setahun;Menghasilkan indeks keperluan latihan dan pembangunan profesioanal pemimpin sekolah bagi setiap negeri setiap tahun;Menyediakan perkhidmatan perpustakaan pada setiap hari bekerja mulai 8.30 pagi hingga 4.45 petang;Memastikan semua staf IAB mendapat peluang untuk mengikuti latihan sekurang-kurangnya 7 hari setahun;

Program-program yang dikendalikan oleh unit penyelarasan program untuk para guru adalah merangkumi penggunaan prasarana atau latihan yang akan dilaksanakan.Memberikan penekanan kepada kepemimpinan di sekolah. Sebagai contoh pengurusan sekolah, pentadbiran sekolah dan sebagainya. Latihan profesional akan diberikan kepada guru-guru yang mengambil kursus untuk menjadi guru besar.Mengendalikan kursus Program Kelayakan Profesional Pemimpin Pendidikan Kebangsaan atau dikenali National Professional Qualification And Educational Leaders (NPQEl) yang dihadiri oleh guru yang memohon untuk menjadi guru besar di sekolah. NPQEL adalah kursus yang diwujudkan bagi melatih kumpulan pemimpin pelapis yang telah melepasi proses taksiran khas yang dijalankan oleh Institut Aminuddin Baki. Kursus kepimpinan dan pengurusan pendidikan (KPPP) juga diwujudkan bagi melatih pemimpin-pemimpin sekolah yang baru dilantik yang memerlukan pengetahuan dan kemahiran untuk memimpin serta melaksanakan fungsi pengurusan dan kepimpinan dalam organisasi sekolah.

Kesimpulannya, beberapa bahagian dalam kementerian pelajaran mempunyai tugas dan peranan masing-masing dalam melaksanakan progtam atau aktiviti bagi membantu memperkembangkan profesionalisme guru.Kenaikan gaji, pembangunan potensi guru dan menyambung pengajian adalah aspek kelebihan untuk seseorang guru dalam mempertingkatkan dan memperkembangkan profesion keguruan dan aspek keperluan diri mereka unuk bejaya.Oleh yang demikian, setiap guru haruslah mempunyai keinginan untuk mempertingkan profesinasionalisme diri dan memartabatkan profesion keguruan selaras dengan dasar pembangunan negara.Rujukanhttp://www.moe.gov.my/cms/upload_files/images/carta%20organisasi%20kpm%207815.png http://www2.esyariah.gov.my/esyariah/mal/portalv1/enakmen/State_Enact_Ori.nsf/100ae747c72508e748256faa00188094/8064925a1c6f9f734825702800165b87?OpenDocument http://www.moe.gov.my/v/profil-jabatan?div=57 http://www.moe.gov.my/v/profil-jabatan?div=26 docs.jpa.gov.my/docs/spp/2011/spp042011.pdfhttp://www.moe.gov.my/v/profil-jabatan?div=57