tutorial 10 kebudayaan kebangsaan

Upload: joice-wf

Post on 16-Oct-2015

181 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

Silakan Baca

TRANSCRIPT

  • BMM 3114KEBUDAYAAN MELAYU

    TAJUK 15KEBUDAYAAN KEBANGSAAN

    AHLI KUMPULAN:DARRLENE GEORGE TAMAKIJOICE WONG FONG

  • KEBUDAYAAN KEBANGSAANDefinisi dan konsep DKKPelaksanaan Kedudukan yang terkiniIsu dan permasalahan Prinsip Bentuk budaya pada masa akan datang

  • DASAR KEBUDAYAAN KEBANGSAAN (1971)

  • Apakah kebudayaan kebangsaan?

  • Kebudayaan: keseluruhan cara hidup manusia sama ada dalam bentuk fikiran, kepercayaan, perlakuan ataupun penghasilan dalam sesebuah masyarakat yang diterima oleh sebahagian besar anggota masyarakat itu dan diwarisi secara turun temurun.

    Kebangsaan: (Kamus Dewan Edisi 4) segala yang berkaitan dgn negara secara keseluruhan, nasional, bangasa, melambangkan keperibadian sesebuah negara seperti bahasa, pakaian dsb.

  • Definisi dan konsep DKKDKK merupakan asas gagasan Kongres Kebudayaan Kebangsaan 1971 sejak merdeka disebabkan tiada arah dalam mewujudkan kebudayaan kebangsaan.

    Dasar ini mementingkan sifat- sifat murni yang sesuai dengan pembinaan bangsa dan dijadikan panduan dalam membentuk dan mengekalkan identiti negara Malaysia.

  • OBJEKTIF DASAR KEBUDAYAAN KEBANGSAANMengukuhkan perpaduan negara menerusi satu corak kebudayaan nasional.Memupuk dan memelihara keperibadian kebangsaan yang tumbuh dari satu kebudayaan kebangsaan.Memperkaya dan meningkatkan nilai-nilai kehidupan kemanusiaan dan kerohanian yang seimbang dengan pembangunan sosioekonomi.

  • RASIONAL DASAR KEBUDAYAAN KEBANGSAANPenggubalan Dasar Kebudayaan Kebangsaan merupakan langkah penting untuk mengekalkan perpaduan.

    Menjadi garis panduan ke arah membentuk dan mewujudkan serta mengekalkan identiti dan perpaduan dalam masyarakat.

    Akan menentukan sifat-sifat yang terbaik dan mulia bagi membina bangsa yang bersatu padu dan berdaya

  • 3 PRINSIP DKKBerteraskan kebudayaan rakyat asal rantau ini.

    Menurut prinsip ini, kebudayaan kebangsaan Malaysia hendaklah berteraskan kebudayaan rakyat setempat rantau ini.

    Rantau membawa maksud alam Melayu, yakni warisan tradisi kebudayaan

  • Kepulauan Melayu yang sebahagian besar suku bangsanya terdiri daripada orang Melayu, Bugis, Jawa, Iban, Minang, Murut, Kadazan dll.

    Merekalah yang dimaksudkan sebagai rakyat asal rantau ini.

    Kebudayaan serantau digambarkan dengan penggunaan Bahasa Melayu.

  • Rantau ini merangkumi Malaysia, Indonesia, Filipina, Singapura, Brunei, Thailand dan Kampuchea serta Kepulauan Selatan Pasifik (Polynesia, Melanesia dan Oceania sehingga Malagasi adalah merupakan bahagian utama dari kawasan tamadun atau budaya Melayu.

    Rantau ini merupakan pusat pengembangan warisan Kebudayaan Melayu sejak zaman berzaman dan ditandai pula oleh kegemilangan dan keagungan tamadun Melayu yang berpusat di Melaka yang menggunakan Bahasa Melayu sebagai bahasa perhubungan antarabangsa (linguafranca).

  • 2. Unsur-unsur kebudayaan lain yang sesuai.

    Unsur-unsur kebudayaan kaum boleh diterima dan diserap dalam kebudayaan asalkan ia tidak bercanggahan dengan Perlembagaan dan prinsip-prinsip Rukun Negara

    Kemasukan unsur asing (Cina, Arab, India dsb) ke dalam kebudayaan tempatan terjadi melalui pelbagai proses seperti asimilasi, akomodasi dan akulturasi.

  • 3. Islam menjadi unsur penting di dalam pembentukan kebudayaan kebangsaan.

    Islam diletakkan sebagai unsur penting dalam kebudayaan kebangsaan kerana Islam merupakan agama Persekutuan seperti yang termaktub dalam Perlembagaan.

    Justeru, pelaksanaan prinsip pertama dan kedua dalam pembentukan kebudayaan kebangsaan perlulah disesuaikan dengan ciri-ciri atau nilai universal agama Islam.

  • STRATEGI DASAR KEBUDAYAAN KEBANGSAAN Pemulihan, pemeliharaan dan pembangunan kebudayaan ke arah menguatkan asas-asas Kebudayaan Kebangsaan melalui usahasama penyelidikan, pembangunan, pendidikan, pengembangan dan perhubungan budaya

    Meningkat dan mengukuhkan kepimpinan budaya melalui usaha-usaha membimbing dan melatih peminat, mendokong dan menggerak kebudayaan seluas-luasnya sebagai jentera pembangunan yang berkesan

  • 3. Mewujudkan komunikasi yang berkesan ke arah kesedaran kebangsaan, kenegaraan dan nasionalisme Malaysia

    4. Memenuhi keperluan sosiobudaya

    5. Meninggikan taraf dan mutu kesenian.

  • Kementerian Kebudayaan Kesenian dan Pelancongan: 1. menguruskan penyelidikan, pembangunan dan penggalakan, pendidikan dan pengembangan kesenian danperhubungan ke arah kemajuan kebudayaan kebangsaan.

    PERLAKSANAAN DASAR KEBUDAYAAN KEBANGSAAN

  • 2. Pelaksanaan aktiviti seperti: aktiviti pembangunan, persembahan seni oleh Kompleks Budaya Negara sebagaipengelola dan urusetia perhubungan kebudayaan antarabangsa, Majlis Kebudayaan Negeri, khidmat nasihat bagi mengukuhkan pertubuhan-pertubuhan kebudayaan dan kerjasama dengan badan-badan antarabangsa.

    3. Melibatkan pihak lain dalam pelaksanaan dasar termasuklah Kementerian-kementerian dan Jabatan-jabatan Kerajaan Pusat, Kerajaan-kerajaan Negeri, badan-badan berkanun dan pihak swasta serta pertubuhan-pertubuhan kebudayaan.

  • 4. Peranan Kementerian/Jabatan, Kerajaan-kerajaan Negeri dan badan-badan berkanun yang lain adalah sama penting dalam melaksanakan strategi dasar ini di dalam pengurusan harian dan pelaksanaan dasar-dasar semasa.

    5. Peranan pihak swasta dan pertubuhan-pertubuhan kebudayaan kian diperlukan dimana badan-badan ini boleh memainkan peranan menjalankan usaha pembinaan dan kemajuan kebudayaan di peringkat organisasi masing-masing dan seterusnya membiayai penajaan program atau projek-projek kebudayaan.

  • CABARAN YANG DIHADAPISetelah lebih 50 tahun kita merdeka kita masih belum dapat melihat satu bentuk kebudayaan Malaysia yang baru.

    Setiap kaum dan etnik masih kuat menyuarakan dan meminta hak yang lebih luas untuk mengamalkan kebudayaan masing-masing.

    Media elektronik dan media cetak pula terpaksa melayan permintaan kaum yang ada di Malaysia masing-masing. Jelasnya rupa bentuk kebudaayaan yang masih wujud sehingga ini adalah terbahagi mengikut kaum dan ethnik masing-masing. Apa yang sering dipertontonkan kepada kita dan dunia ialah 'Malaysia Negara Pelbagai Kaum' yang bebas mengamalkan budaya dan adat resam masing-masing.

  • Kebudayaan Kebangsaan

  • Isu Dan Permasalahan

  • PendahuluanPembinaan budaya kebangsaan amat penting diberikan tumpuan. Budaya kebangsaan itu penting dalam memupuk semangat patriotisme dan integrasi kaum di negara ini. sejak zaman pemerintahan kolonial lagi, Pemerintah kolonial tidak memberikan perhatian tentang bahasa dan budaya Melayu, sebaliknya bahasa dan budaya kolonial didapati semakin penting yang membawa nilai-nilai sosial dan ekonomi.

  • ISU 1 : Budaya Popular vs. Budaya KebangsaanPenghasilan bahan-bahan budaya popular itu adalah sebahagian daripada kemajuan budaya yang dicapai masyarakat Melayu.

    Penghasilan budaya popular itu juga melalui proses kreativiti, yang dengan sendirinya menyatakan pembangunan budaya Melayu, seterusnya memainkan peranan sebagai sumbangan peningkatan peradaban Melayu.

  • Dengan pesatnya penawaran berbagai-bagai bahan budaya popular Melayu moden, boleh dianggap mempengaruhi kedudukan tradisi rakyat yang tidak lagi berkembang dan menjadi popular. Citarasa budaya orang ramai telah berubah, terutama berikutan dengan proses modenisasi dan urbanisasi yang semakin pesat. Setiap orang tidak mahu ketinggalan dalam menghadapi sesuatu yang moden.

  • CONTOHNYA..walaupun persembahan budaya rakyat itu ditawarkan secara percuma di bandar-bandar, masih tidak dapat menarik penonton. Tetapi mereka sanggup mengeluarkan perbelanjaan untuk menonton persembahan popular. Misalnya konsert K-pop.

  • ISU KEDUAGenerasi muda tidak diberikan pendedahan seluasnya kepada tradisi budaya.Kesannya, menyebabkan mereka tidak mengenali dan memahami unsur-unsur budaya tradisi.

  • Kedudukan budaya tradisi atau budaya rakyat yang ingin diperkembangkan dalam rancangan pembinaan budaya kebangsaan tidak menunjukkan kemajuan sebagaimana yang diharapkan.

    Oleh itu kerajaan telah mengubah strategi bagi menggalakkan pertumbuhan budaya kebangsaan, iaitu Kementerian yang berkenaan telah digabungkan dengan industri pelancongan, yang kini dikenali sebagai Kementerian Kebudayaan Kesenian dan Pelancongan.

  • Dari sudut ekonomi, perlibatan dalam kegiatan-kegiatan kesenian tradisional atau budaya rakyat tidak memberikan pendapatan sewajarnya.

    Mereka yang terlibat dalam kegiatan seni tradisional tidak dapat menumpukan sepenuh perhatian kepada kegiatan yang berkaitan memandangkan kegiatan itu tidak memberikan pulangan ekonomi sewajarnya.

  • Sambutan orang ramai yang dingin terhadap tradisi budaya itu tidak memberi peluang mereka untuk menambahkan pulangan ekonomi dengan menumpukan kepada bidang yang diminati. Penumpuan dalam kegiatan-kegiatan ekonomi yang lain lebih penting, terutama bagi memperbaiki kehidupan mereka.

  • Kedudukan yang terkini

  • Secara umumnya pencapaian matlamat dan objektif dasar telah menunjukkan kejayaan yang membanggakan.

    Pembentukan Kebudayaan Kebangsaan sememangnya memerlukan proses penyerapan dan penerimaan dalam jangka masa yang lama, iaitu melalui generasi ke generasi.

  • Meskipun penggubalan dan pelaksanaan dasar ini masih lagi baru usianya (iaitu 43 tahun) namun pembentukan identiti nasional, perpaduan kaum dan nilai Islam telah dilaksanakan

    Secara ringkas bolehlah dikatakan identiti negara Malaysia telah dapat diwujudkan secara beransur-ansur.

    Ini jelas melalui identiti kewarganegaraan dan seni budaya Malaysia seperti sambutan perayaan, kegiatan seni sukan dsb.

  • Namun, timbul persoolan sejauh mana unsur-unsur kebudayaan lain telah diterapkan dalam proses pewujudan Kebudayaan Kebangsaan itu.

    Ini boleh dijelaskan dengan pelaksanaan kerajaan:Di Sek, rendah: kerajaan menyediakan pendidikan asas percuma selama 6 tahun di SJKC dan SJKT.

    Di Sek. Menengah: penghantaran guru bahasa Cina atau Tamil sekiranya ibu-bapa kepada 15 atau lebih orang pelajar Cina dan India meminta kelas-kelas bahasa ibunda dilaksanakan.

    Di pengajian tinggi, kerajaan telah menubuhkan jabatan-jabatan pengajian Cina dan Tamil di Universiti Malaya.

  • Program-program dalam bahasa Cina dan Tamil kerap disiarkan oleh Radio dan Televisyen Malaysia.

    Perayaan Tahun Baru Cina, Deepavali, hari Wesak dan Krismas telah diisytiharkan sebagai hari kelepasan am.

    Namun demikian, sukar untuk membuat ukuran secara terperinci terhadap pencapaian dan keberkesanan pelaksanaan DKK, memandangkan pembentukan sesuatu budaya negara memerlukan masa yang lama.

  • Contoh-contoh aktiviti yang mengalakkan perpaduan di Malaysia1. PendidikanSekolah wawasanSekolah klusterSekolah sukan

    2. KesenianSeni suaraContoh: Marhaban, Kelab kebudayaan di sekolah,

  • 3. Seni tariKelab tarian, pertandingan tarian-contoh KAGUM IPG

    4. Seni ukirKhat

  • SUMBER RUJUKANSiti Razmah Hj. Idris Dan Fatimah Azzahra (1996). Kebudayaan Kebangsaan. Petaling Jaya Selangor. Penerbit Pinang.

    http://zanas.wordpress.com/budaya-kebangsaan-dan-permasalahan-budaya/