tugasan sosio emosi

20
1 PPGPJJ SEMESTER 1 SESI 2014/2015 KAL 3033 PENDIDIKAN SOSIAL EMOSI KANAK-KANAK TAJUK TUGASAN 1 DISEDIAKAN OLEH NAMA SITI NORBAYA BINTI MD.SAAD NO. MATRIK D20121061750 KUMPULAN UPSI 01(A141PJJ) NO TELEFON 012 - 5179327 NAMA PENSYARAH : PN. HASHIMAH BT HUSSIEN TARIKH SERAH : 28 NOVEMBER 2014 BINCANGKAN DAN HURAIKAN BAGAIMANA KEPERCAYAAN , PERASAAN , SIKAP DAN NILAI MEMBERI KESAN KEPADA PEMBENTUKAN KONSEP KENDIRI KANAK-KANAK.

Upload: jinggo-johan

Post on 24-Dec-2015

14 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

PSIKOLOGI

TRANSCRIPT

Page 1: TUGASAN SOSIO EMOSI

1

RIS

SEMESTER 1 SESI 2010/2011

KOD & NAMA KURSUS

PPGPJJ SEMESTER 1 SESI 2014/2015

KAL 3033

PENDIDIKAN SOSIAL EMOSI KANAK-KANAK

TAJUK TUGASAN 1

DISEDIAKAN OLEH

NAMA SITI NORBAYA BINTI MD.SAAD

NO. MATRIK D20121061750

KUMPULAN UPSI 01(A141PJJ)

NO TELEFON 012 - 5179327

NAMA PENSYARAH : PN. HASHIMAH BT HUSSIEN

TARIKH SERAH : 28 NOVEMBER 2014

BINCANGKAN DAN HURAIKAN BAGAIMANA KEPERCAYAAN ,

PERASAAN , SIKAP DAN NILAI MEMBERI KESAN KEPADA

PEMBENTUKAN KONSEP KENDIRI KANAK-KANAK.

Page 2: TUGASAN SOSIO EMOSI

2

ISI KANDUNGAN

BIL

ISI KANDUNGAN

MUKA SURAT

1.0

PENGENALAN

3

2.0

DEFINISI KONSEP KENDIRI

4 - 6

3.0

PERKEMBANGAN KONSEP KENDIRI

6 - 9

4.0

JENIS-JENIS KONSEP KENDIRI

4.1 KONSEP KENDIRI POSITIF

4.1.1 FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI

KONSEP KENDIRI POSITIF

4.2 KONSEP KENDIRI NEGATIF

4.2.1. FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI

KONSEP KENDIRI NEGATIF

9 - 12

5.0

FAKTOR KEPERCAYAAN, PERASAAN , SIKAP DAN

NILAI YANG MEMPENGARUHI KONSEP KENDIRI

KANAK-KANAK

( I ) FAKTOR IBU BAPA

( II ) FAKTOR RAKAN SEBAYA

( III ) FAKTOR SEKOLAH DAN GURU

( IV ) FAKTOR GLOBALISASI DAN MEDIA MASSA

13 - 16

6.0

KESAN KEPERCAYAAN, PERASAAN , SIKAP DAN

NILAI KEPADA PEMBENTUKANN KOSEP KENDIRI

KANAK-KANAK

17 - 18

7.0

PENUTUP

19

8.0

RUJUKAN / BIBLIOGRAFI

20

Page 3: TUGASAN SOSIO EMOSI

3

1.0 PENGENALAN

Kendiri adalah konsep merujuk kepada fikiran, perasaan dan sikap terhadap diri.

Sukar untuk menentukan bila kanak-kanak mula memahami kewujudan mereka.

Mengukur kesedaran kanak-kanak pula bukan mudah. Kita tidak dapat bertanya kanak-

kanak berumur tiga tahun dengan menyoal. Kita memerlukan pendekatan secara tidak

langsung. Contohnya menyuruh kanak-kanak melihat cermin. Apabila ia menyentuh

hidungnya setelah melihat muka di cermin, kita sedar bahawa kanak-kanak tahu yang itu

adalah rupanya. Ini menunjukkan kanak-kanak mula membina konsep tentang diri

mereka. Seterusnya kanak-kanak mula membina kesedaran kendiri iaitu sedar tentang

kewujudan diri mereka. Apabila dia sedar tentang kewujudan mereka, kanak-kanak

mula memperoleh konsep kendiri dan mula bertanya siapa diri mereka dan ingin mendefinisi

diri mereka.

Cara berfikir dan tingkahlaku seseorang murid dipengaruhi oleh konsep kendiri.

Konsep kendiri yang positif akan menghasilkan keyakinan diri yang tinggi dan

mempengaruhi kejayaan dri seseorang murid. Namun sebahagian murid kurang

berkeyakinan dan menunjukkan sikap yang pasif samaada didalam atau diluar sekolah.

Konsep kendiri seseorang sangat dipengaruhi kerjaya dalam sesuatu bidang. Tanpa

disedari konsep kendiri ini juga boleh berubah –ubah dalam satu jangka waktu

tertentu. Ia dipengaruhi oleh faktor persekitarannya seperti ibubapa, keluarga, guru, rakan

sebaya dan juga masyarakat sekeliling. Sebagai contoh, apabila berlaku penceraian

dalam sesebuah keluarga , peristiwa ini mungkin meninggalkan kesan negatif keatas

diri seseorang. Kesannya ia mengubah konsep kendiri seseorang seterusnya mengubah

personalitinya kepada personality yang baru. Pencapaian akademiknya juga akan turut

terjejas disebabkan peristiwa tersebut.Joseph Campbell (1985) mempercayai bahawa

konsep kendiri yang berdikari , arah kendiri tidak berkembang sehingga 800 tahun dahulu.

Antara 700 dan 1500 , konsep kendiri dikenal sebagai yang lemah , berdosa ,

kasar, bersifat mementingkan yang betul dan cukup memahami diri untuk menentukan

jenis tindakan yang dirasakan betul. Dengan erti kata yang lain, kita mesti memahami diri

kita , baru kita boleh t entukan matlamat hidup dan kesempurnaan kendiri.

Page 4: TUGASAN SOSIO EMOSI

4

Hari ini, konsep kendiri kita, iaitu pengetahuan kita , andaian dan perasaan tentang

diri kita, adalah pusat kepada kebanyakan proses mental. Kesedaran kendiri adalah antara

satu konsep yang terpenting dalam psikologi. Kita tahu bahawa konsep kendiri setiap

individu adalah berbeza antara satu sama lain. Tetapi hairannya , tiada satu persetujuan

tentang struktur umum atau isi konsep kendiri. Ada pepatah mencadangkan bahawa

anda mempunyai satu kendiri benar atau kendiri tulen seperti yang dikatakan

”jadi anda sahaja”. Kendiri benar mungkin sama dengan identiti yang kamu lebih suka

atau kendiri yang terbaik.Kendiri ini kemas, seragam,penerangan positif stabil yang relatif

tidak padan dengan realiti yang kebanyakkan kita mengalaminya. Nampaknya kita

mempunyai satu kendiri dengan banyak bahagian , ada yang disukai dan ada yang tidak.

2..0 DEFINISI KONSEP KENDIRI

Manusia mempunyai suatu gambaran atau pandangan tentang diri sendiri.

Gambaran inilah disebut konsep kendiri atau imej kendiri. Ia merangkumi gambaran

tentang rupa paras , kesihatan fizikal, kebolehan, kelemahan dan tingkahlaku kita.

Konsep kendiri boleh didefinisikan sebagai penilaian seseorang ke atas dirinya

sendiri atau bagaimana ia menganggap tentang dirinya sendiri samaada secara positif

atau negatif. Ia berkait rapat dengan perasaan kita terhadap kebolehan kita , perkara yang

berlaku pada diri kita dan perkara yang akan berlaku pada diri kita.

Untuk membina konsep kendiri seseorang juga menerima penilaian daripada orang lain.

Konsep kendiri seseorang meliputi persepsi tentang diri dan alam sekelilingnya melalui derianya

dan juga perasaan tentang kebolehannya meliputi keyakinan dan harga dirinya. Konsep kendiri

meliputi aspek jasmani dan juga psikologi. Ia juga berkaitan dengan pembelajaran yang dialami

semenjak kanak-kanak masih kecil lagi.

Menurut Shavelon dan Bolus (1982), konsep kendiri ialah tanggapan seseorang

terhadap dirinya yang meliputi kepercayaan , perasaan , sikap dan nilai. Ia adalah berbeza di

antara seseorang dengan individu lain.

Page 5: TUGASAN SOSIO EMOSI

5

Menurut Harter (1983), dalam bukunya ,”Becoming a Person”, konsep kendiri ialah agen

perkembangan diri individu terutamanya kanak-kanak. Kanak-kanak akan berkembang sebagai

objek iaitu merupakan sesuatu yang unik dan boleh diperhatikan tahap perkembangannya. Oleh

itu, ini memerlukan kerjasama daripada banyak pihak supaya konsep kendiri kanak-kanak subur

secara positif.

Carl Rogers (1950), mendefinisikan konsep kendiri sebagai suatu gambaran persepsi

seseorang tentang ciri-ciri dan kebolehannya , persepsi dan konsep kendiri berbanding dengan

orang lain dan persekitarannya .

Dari segi psikologi, Hall dan Landsay seperti yang dipetik oleh Staatts(1963),

berpendapat, konsep kendiri boleh dilihat dalam dua cara iaitu tanggapan diri seseorang individu

dan juga proses yang menentukan tingkah laku seseorang individu.

Syarifah Alawiyah (1987), pula menyatakan kendiri merupakan suatu organisasi ,

peribadi bagi seseorang individu yang unik dan dinamik lahir daripada interaksinya dengan

persekitaran. Hal tersebut seterusnya akan menentukan ciri tingkahlaku perasaan dan fikiran.

Sungguhpun taraf mental kanak-kanak telah ditentukan semenjak di dalam kandungan

lagi kita tidak boleh berserah sahaja kepada takdir tanpa berusaha untuk mempengaruhi

konsep kendiri kanak-kanak. Kendiri kanak-kanak ibarat pokok yang tumbuh perlu dibaja

dan disirami air. Begitulah juga keadaannya dengan konsep kendiri. Ini bermakna kita

perlu menjalankan tanggungjawab iaitu apakah langkah yang perlu diambil untuk

meningkatkan konsep kendiri kanak-kanak berdasarkan perkembangan kanak-kanak.

Kanak-kanak berkembang dari aspek fizikal, emosi, rohani, sosial dan kognitif. Kanak-

kanak adalah pelajar yang aktif, sentiasa ingin tahu dan ingin melakukan sesuatu tanpa

menyedari risiko. Menurut Froebel, kerja kanak-kanak adalah bermain. Dalam membina

strategi dan langkah-langkah untuk meningkatkan konsep kendiri kanak-kanak , ia perlu

berdasarkan perkembangan bermain tersebut.

Kanak –kanak suka meniru perwatakan orang yang lebih dewasa. Selain ibu bapa , guru

juga memainkan peranan yang penting sebagai agen membentuk perkembangan konsep

kendiri.Semasa murid berada di sekolah, guru hendaklah mempertingkatkan kualiti

Page 6: TUGASAN SOSIO EMOSI

6

kendiri kanak-kanak seperti mempunyai keyakinan yang tinggi dan percaya yang anda

boleh menyempurnakan tanggungjawab dalam kerjaya dengan betul , mempunyai kemahiran

mengurus kanak-kanak, boleh mengawal perasaan marah, mengeluarkan bunyi suara yang

lunak dan mesra ,keupayaan menyanyi dengan selesa di hadapan kanak-kanak, dan juga

guru hendaklah menerima kanak-kanak yang ada dalam kelas mereka tanpa syarat.

3.0 PERKEMBANGAN KONSEP KENDIRI

Pada peringkat Maskular –anal / Autonomi lawan perasaan malu dan keraguan

(18 bulan hingga 3 tahun) ia mempunyai kaitan dengan peringkat dubur (anal) dalam teori

Freud dan berlaku semasa kanak-kanak berusia di antara 2 – 3 tahun. Mengikut Teori

Erikson, tahap perkembangan manusia bermula pada umur 18 bulan hingga 3 tahun.

Perkembangan pada peringkat ini adalah berdasarkan konflik yang wujud dalam diri

kanak-kanak iaitu autonomi lawan rasa malu atau sangsi.

Pada peringkat ini kanak-kanak perlahan-lahan mula memahami bahawa mereka

boleh mengawal tindakannya.Ini bermakna kanak-kanak sudah mempunyai autonomi ke atas

diri mereka. Mulai usia 18 bulan, konsep kendiri seseorang mulai nyata. Seseorang kanak-

kanak mulai mengetahui apa yang diperkatakan dan lakukan itu merupakan satu

tindakannya dan bukanlah orang lain. Keinginan untuk bertindak secara bebas juga

meningkat. Kanak-kanak lebih suka membuat sesuatu tindakan itu secara individu dan

bukannya bergantung kepada orang lain untuk membuatnya. Pada peringkat ini juga

seseorang kanak-kanak mungkin percaya yang dirinya adalah cekap dan

berkebolehan. Sebaliknya, jika dia berasa yang dirinya kurang cekap dia akan berasa

malu dan mula meragui kebolehan dirinya.

Tingkah laku kanak-kanak yang sentiasa dipuji dan diterima akan menyebabkan dia

berasa lebih berkeyakinan lagi. Sebaliknya, tingkahlaku yang menyebabkan dia didenda

atau dimarahi akan menyebabkan kanak-kanak itu berasa malu atau ragu-ragu. Menurut

Erikson, tingkahlaku yang tidak diingini hendaklah dikawal dan yang diingini dipuji

pula. Dengan cara ini kanak-kanak akan mengenal jenis-jenis tingkahlaku yang digalakkan

dan yang hendak dielak. Kecenderungan kanak-kanak hendak berfungsi secara bebas

Page 7: TUGASAN SOSIO EMOSI

7

hendaklah diterima serta didorongkan. Perasaan autonomi dan kawalan kendiri akan

terbentuk jika ibu bapa memberi bimbingan kepada anak-anak. Dengan ini, anak-anak

akan memiliki perasaan positif terhadap orang lain dan berasa bangga. Nilai (virtue) yang

timbul di sini adalah ‘will’, iaitu kehendak atau kuasa untuk membuat keputusan dan

penilaian dengan bebas atau mengawal dengan kemahuan sendiri. Menerusi kefahaman ini,

dapat autonomi bermaksud kanak-kanak pada peringkat usia 18 bulan hingga 3 tahun

berusaha menunjukkan autonomi untuk berdikari daripada orang dewasa atau orang lain

yang sebaya dengannya. Walau bagaimanapun semasa kanak-kanak hendak mendapatkan

autonomi, mereka mengalami perasaan sangsi sama ada boleh menangani situasi. Mereka

rasa malu jika gagal menangani sesuatu tindakan. Campuran autonomi, malu dan

sangsi memberikan satu kekuatan kepada kanak-kanak bahawa mereka boleh bertindak

ke atas dunia dengan kekuatan sendiri.

Pada peringkat Lokomotor –genital /Inisiatif lawan bersalah (3 hingga 6 tahun),

mempunayai kaitan dengan peringkat phallic dalam teori Freud. Jika konflik pada peringkat

sebelumnya berjaya diatasi , kanak-kanak berasa dirinya kini mempunyai hak. Ketika ini

kanak-kanak yang berumur 3 tahun , perasaan autonominya sudahpun mencapai

aras perkembangan yang tinggi jika adanya galakkan.Selain itu, kanak-kanak

diperingkat ini juga ingin meneroka dan mencuba sesuatu yang baru dan mencabar.

Keinginan seperti ini dikenali sebagai inisiatif. Perkembangan inisiatif adalah amat

penting dalam lingkungan usia 3 hingga 6 tahun. Sekiranya trait inisitif hendak dipupuk ,

kanak-kanak seharusnya sentiasa didorong untuk mencuba sesuatu yang baru.

Piaget menekankan aktiviti ini sebagai keperluan untuk perkembangan intelek. Ia juga

perlu untuk perkembangan psikososial.Inisiatif merupakan trait yanga akan membantu

kita sepanjang hayat.

Sekiranya tidak digalakkan pada peringkat ini, perkembangan seseorang kanak-kanak

itu mungkin terjejas.Dari galakkan yang diberikan kepada kanak-kanak untuk meneroka

dan mencuba, mereka akan menyedari keupayaan mereka serta potensinya. Mereka akan

mula mengetahui yang mereka itu boleh mengarahkan diri mereka untuk mencapai sesuatu

yang berfaedah.Kanak-kanak dalam keadaan tersebut akan membesar menjadi seoarang

dewasa yang berinisiatif. Jika sebaliknya, kanak-kanak yang tidak dibenarkan mencuba

Page 8: TUGASAN SOSIO EMOSI

8

dan meneroka akan membesar menjadi individu yang kurang berinisiatif serta rendah

keyakinan diri. Kanak-kanak seperti ini sering berasa bersalah. Perkembangan konsep

kendiri yang sebeginilah yang akan dilihat membentuk konsep kendiri yang negatif.

Pada peringkat Latency /Ketekunan lawan kompleks rendah diri (6 hingga 12 tahun),

dilihat ada persamaan teori Freud. Ketika mencapai usia 6 tahun , kanak adalah amat

bertenaga. Kebolehan dalam berbahasa telah meningkat. Mereka mula mencapai peringkat

operasi konkrit. Mereka berupaya mengambarkan tranformasi dan pertalian diantara dua

situasi yang berkaitan iaitu memahami proses pembalikan serta berfikiran logik. Mereka

juga boleh memahami konsep ruang , kelajuan ,masa dan sebab musabab sesuatu kejadian.

Mereka juga berkeupayaan menyusun idea-idea mengikut urutan juga boleh memahami

sesuatu idea dari beberapa segi. Ini juga bermakna mereka sudah bersedia untuk

menerima pandangan-pandangan orang lain. Bahasa mula digunakan dengan agak betul dan

tepat selagi ia adalah tentang objek-objek yang konkrit.

Konsep tentang kejujuran dan taat setia masih lagi sukar difahami. Persaingan

dalam permainan mula bertambah hebat. Kanak-kanak tidak lagi mudah menerima

kekalahan dan pertengkaran juga sentiasa berlaku dalam permainan di mana unsur

persaingan adalah kuat.Menurut Erikson , kanak-kanak pada peringkat ini perlu

menyalurkan tenaga mereka kearah menghasilkan sesuatu yang baik. Tugasan yang

dijalankan hendaklah menghasilkan sesuatu seperti penyelesaian, produk, kemahirqan

atau kefahaman. Apabila tenaga kanak-kanak ditujukan kepada tugasan yang bertujuan ,

ketekunan individu tersebut akan dipupuk.Ketekunan ini akan meningkatkan lagi

ketrampilan iaitu keupayaan untuk melakukan atau membuat sesuatu. Pada peringkat

ini , merupakan kunci bagi perkembangan sikap yang rajin melalui keinginan untuk

menjalankan aktiviti yang berfaedah. Keinginan ini hendaklah sentiasa digalakkan.

Sekiranya keinginan itu dihalang ,suatu perasaan rendah diri dan kurang yakin akan

dibentuk . Orang dewasa akan menjadi marah jika sesuatu aktiviti itu menimbulkan

kebisingan. Amalan seperti inilah akan menyebabkan seeorang kanak-kanak itu rasa bersalah.

Oleh yang demikian,aktiviti-aktiviti yang berfaedah dilakukan oleh kanak-kanak

hendaklah dipuji dan d igalakkan agar sikap ketekunan mereka dapat dipupuk.

Page 9: TUGASAN SOSIO EMOSI

9

4.0 JENIS-JENIS KONSEP KENDIRI

Persekitaran memainkan peranan penting dalam peningkatan kendiri. Persekitaran

seperti didikan agama, budaya keluarga, rumah, rakan sebaya, sekolah, jiran tetangga,

saudara mara dan harapan guru boleh memberi implikasi kepada konsep kendiri. Kasih

sayang dan penerimaan orang lain daripada persekitaran boleh mengubah konsep

kendiri seseorang kanak-kanak. Kekuatan konsep kendiri bergantung kepada bagaimana

seseorang bertindak balas kepada elemen-elemen persekitaran. Kanak-kanak yang dididik

dengan kasih sayang dan sempurna akan membentuk pandangan positif tentang diri, begitu

juga sebaliknya. Konsep kendiri dapat dibahagikan kepada dua jenis iaitu konsep

kendiri positif dan negatif.

4.1 KONSEP KENDIRI POSITIF

Jika kita perhatikan seseorang yang sering dikaitkan dengan kejayaan dalam hidup

ialah mereka yang dapat membina konsep kendiri yang positif. Mereka yang mempunyai

konsep kendiri yang positif ini sentiasa menerima layanan dan perhatikan yang baik sama ada

daripada ibubapa sendiri , keluarga, guru , rakan-rakan mahu pun orang berada

di persekitarannya. Individu ini akan sentiasa mengalami lebih banyak kejayaan berbanding

dengan kegagalan . Individu ini juga sering berasa gembira, berkeyakinan dan

mempunyai kepercayaan yang penuh terhadap dirinya sendiri untuk melakukan sesuatu.

Individu ini juga tidak mudah melatah atau mengalah dan sanggup menghadapi

sebarang cabaran dan dugaan dan sekiranya berlakunya kegagalan , akan diterimanya

dengan tenang dan tabah. Selain itu juga , individu ini bersifat optimistik, lebih terbuka

sikapnya serta sedia menerima pendapat dan kritikan orang lain. Dia juga bersifat lebih

tenang , mudah berinteraksi dengan orang lain serta senang didampingi. Individu ini

sentiasa tenang dan stabil serta seimbang dari segi emosi.Individu dalam kategori ini

juga sentiasa merasa bahagia , tidak mudah mengalah dan sentiasa berusaha untuk

memikul tanggungjawab dengan amanah.

Page 10: TUGASAN SOSIO EMOSI

10

4.1.1. FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI KONSEP KENDIRI POSITIF

Terdapat banyak faktor yang mempengaruhi pembentukan konsep kendiri.

Antaranya adalah pengalaman,penampilan fizikal, pengaruh budaya, kasih sayang dan

layanan baik dari keluarga dan juga keadaan persekitaran. Individu yang sentiasa

memperoleh ganjaran yang positif seperti pujian yang membina, hadiah dan sebagainya

sejak dari kecil apabila melakukan sesuatu samaada mendapat kejayaan mahupun

kegagalan adalah antara individu yang memperolehi konsep kendiri yang positif.

Peneguhan yang paling berkesan berkesan adalah datangnya dari ibubapa kerana

mereka merupakan orang yang paling dekat dengan individu tersebut. Di antara

contoh peneguhan yang positif ialah “Pandainya anak mama” dan juga “Baik anak mama

hari ini”.

Individu yang sentiasa mendapat kasih sayang dan layanan yang baik daripada

ibubapa dan keluarga juga berkemungkinan besar akan dapat membentuk konsep kendiri

yang positif. Ini kerana individu tersebut tidak akan merasa kekurangan dan kekosongan.

Dalam hidupnya.Mereka akan sentiasa merasa di hargai dan merasa ada orang yang

ada bersama-samanya dalam melakukan sesuatu.

Keadaan dan persekitaran keluarga juga turut mempengaruhi seseorang individu

dalam membentuk konsep kendiri yang positif. Keadaan keluarga yang stabil dan harmoni

akan membantu seseorang membina konsep kendiri yang baik. Sekiranya keluarga berada

dalam keadaan yang harmonis dan ceria, setiap daripada ahli keluarga akan berasa selamat

dan gembira dilahirkan dalam keluarga tersebut.

Selain itu individu yang sering mendapat pengiktirafan sama ada dari ibu bapa ,

guru dan rakan-rakannya berjaya membentuk konsep kendiri positif. Individu ini akan

sentiasa dalam keadaan riang dan gembira kerana dapat membuatkan orang yang

berada di persekitarannya mempercayai dan yakin dengan kebolehannya. Keyakinan

tinggi yang ada dalam diri individu sendiri juga dapat membentuk konsep kendiri yang

positif dalam dirinya. Ini kerana kepercayaan yang kuat dan teguh kepada diri sendiri akan

menyebabkan individu terbabit akan berusaha untuk melakukan yang terbaik untuk

dirinya tanpa merasa takut dan malu apabila mengalami kegagalan.

Page 11: TUGASAN SOSIO EMOSI

11

4.2 KONSEP KENDIRI NEGATIF

Jika kita lihat individu yang sering dikaitkan dengan kegagalan sama ada dalam

bidang apa sekalipun , biasanya tidak lari daripada mempunyai konsep kendiri yang negatif.

Berbeza penampilannya dengan individu yang mempunyai konsep kendiri yang positif di

mana individu jenis ini akan sentiasa berasa tidak puas hati , tidak gembira , cepat merajuk

serta perasaannya mudah tersinggung. Individu dalam kategori ini biasanya merasakan

dirinya tidak berguna lagi kerana kualiti hidupnya amat teruk dan tiada usaha untuk

mengatasi masalah kehidupannya.

Mereka ini sering dimarahi ataupun dikritik sama ada oleh ibu bapa, guru , rakan-

rakan dan sesiapa sahaja yang berada di persekitarannya. Mereka juga kurang menerima

kasih sayang atau perhatian. Mereka biasanya kurang diterima oleh guru, rakan sebaya mahu

pun orang lain . Keadaan ini akan memburukkan lagi keadaan dimana individu tersebut

akan berasa dirinya mempunyai aras keyakinan yang rendah. Seterusnya keadaan ini

akan menyebabkan individu berkenaan akan membentuk sifat rendah diri dalam dirinya.

Akibat daripada itu individu tersebut akan menjadi seorang yang pasif , sentiasa dalam

keadaan yang muram dan tidak mudah untuk bergaul dengan orang lain atau tidak

mahu bersosialisasi dengan persekitarannya.

Mereka yang tergolong dalam golongan individu yang mempunyai konsep kendiri

negatif biasanya suka melakukan kerja-kerja yang mudah dan senang untuk menjamin kejayaan.

Mereka juga suka bergaul dan bermain dengan individu yang lebih muda

darinya dan yang mempunyai kemampuan intelektual yang rendah. Apa yang amat

menyedihkan , mereka ini amat mudah dipermainkan oleh orang lain. Individu yang

mempunyai konsep kendiri yang negatif mempunyai emosi dan mental yang

mudah dipengaruhi oleh unsur-unsur luar kerana tiada keyakinan , tidak berpendirian

dan tidak tabah. Pelajar ini mudah dipengaruhi dan mudah terjerumus dengan aktiviti yang

tidak sihat.

Page 12: TUGASAN SOSIO EMOSI

12

4.2.1 FAKTOR YANG MEMPENGARUHI KONSEP KENDIRI NEGATIF

Semua orang sudah mengetahui bahawa seorang individu yang baru dilahirkan

masih belum mempunyai konsep kendiri. Konsep kendiri yang kita ketahui terbentuk

daripada proses berinteraksi dengan orang lain sama ada konsep kendiri positif atau

pun negatif. Konsep kendiri yang negatif daripada kurangnya kasih sayang , perhatian

dan belaian daripada ibu bapa , guru ataupun orang dewasa yang lain. Ini mengakibatkan

wujudnya perasaan tidak dipunyai serta kekurangan dalam diri individu tersebut. Daripada

perasaan ini akan lahirlah suatu penerimaan yang negatif dalam diri dan akhirnya

akan membentuk satu yang dinamakan konsep kendiri yang negatif.

Suasana dalam keluarga juga merupakan faktor yang boleh mendorong kepada

pembentukkan konsep kendiri. Sekiranya suasana keluarga bahagia dan harmoni akan

dapat membentuk konsep kendiri yang positif. Keadaan ini keluarga yang sebaliknya akan

membentuk konsep kendiri yang negatif. Ini kerana keadaan keluarga yang kucar kacir

serta dengan keadaan ibu bapa yang sering bergaduh dan tidak memberikan perhatian dan

kasih sayang yang sepenuhnya kepada anak-anak akan menyebabkan anak-anak yang

sedang membesar berasa tidak selamat berada dalam keluarga tersebut. Perasaan ini pula

akan menyebabkan anak-anak.sentiasa dalam keadaan ketakutan serta kerungsingan

dan seterusnya akan terbentuklah konsep kendiri yang negatif.

Kedudukan sosioekonomi keluarga yang rendah berbanding dengan keluarga lain

juga merupakan satu punca yang mengakibatkan terbentuknya konsep kendiri yang

negatif. Individu tersebut akan merasa rendah diri kerana keperluan dan kehendaknya

tidak dipenuhi oleh keluarganya seperti keluarga yang lain.

Aspek fizikal yang tidak sempurna juga dapat membentuk konsep kendiri yang

negatif. Kecacatan yang dimiliki akan dirasai sebagai penghalang kepadanya untuk

bergaul dan menyertai aktiviti-aktiviti seperti orang lain. Keadaan ini akan Menyebabkan

individu tersebut akan berasa rendah diri dan merasakan bahawa dirinya tidak berguna

kepada orang lain.

Page 13: TUGASAN SOSIO EMOSI

13

5.0 FAKTOR KEPERCAYAAN , PERASAAN , SIKAP DAN NILAI YANG

MEMPENGARUHI KONSEP KENDIRI KANAK-KANAK

Peranan penting persekitaran dalam pembentukan identiti seseorang kanak-kanak

tidak boleh diabaikan. Peranan ini dimainkan oleh individu-individu yang signifikan

seperti ibu bapa, ahli keluarga, rakan sebaya, guru dan media massa. Kesemua faktor-

faktor ini memberikan pengaruh yang kuat dalam pembentukan jati diri setiap kanak-kanak

.

( I ) Faktor Ibu Bapa

Pengaruh persekitaran sosial yang paling awal diterima oleh seseorang manusia sudah

tentulah daripada ibu bapa .Ibu bapa memainkan peranan penting dalam mencorakkan

pendidikan anak-anak dan membentuk asas-asas perkembangan diri seseorang anak.

Ibu bapalah yang dapat membantu anak-anak memperolehi pendidikan yang cemerlang dan

bermutu. Oleh itu, mereka bertanggungjawab membentuk sikap yang positif di dalam

diri anak-anak seperti ingin belajar, rajin membaca, ingin tahu, suka bergaul dengan orang

lain, sentiasa aktif dan mengambil bahagian dalam aktiviti-aktiviti sekolah. Ibu bapa juga

harus menunjukkan contoh sikap ini kepada anak-anak dan membimbing kelakuan

mereka.

Ibu bapa juga bertanggungjawab meletakkan asas-asas nilai murni dan pembentukan

konsep diri yang positif di kalangan anak-anak (Zaleha Sulaiman 1995).ibu bapa juga

jelasnya merupakan ejen sosialisasi yang paling penting bagi kanak-kanak sebelum mereka

dipengaruhi oleh ejen sosialisasi yang lain. Walaupun sekolah merupakan satu lagi

ejen sosialisasi yang kuat mempengaruhi kanak-kanak tetapi pengaruh ibu bapa

mungkin lebih kuat kerana jumlah jam kanak-kanak berada di rumah adalah lebih

panjang dari jumlah jam kanak-kanak berada di sekolah (Johari Talib 2007).

Memahami watak dan kerenah anakanak merupakan tanggungjawab pendidikan yang

sangat mustahak bagi kedua ibu bapa. Mahu tidak mahu, suka tidak suka, berminat atau

tidak berminat . Ibu bapa tidak dapat mengelak dari terlibat dengan tanggungjawab ini.

Page 14: TUGASAN SOSIO EMOSI

14

Oleh yang demikian, ibu bapa hendaklah mempunyai panduan dan pengetahuan pendidikan

yang sewajarnya, supaya kanak-kanak di bawah asuhan dan jagaanmereka mendapat

bimbingan dan pendidikan yang selayaknya (Mahyuddin Shaari 2009).

Menurut Mohamad Ali Hassan (2004), ibu bapa memainkan peranan yang cukup

penting dalam pendidikan anak-anak dengan cara menghayati fitrah anak yang suci,

mendisiplinkan anak-anak sejak peringkat awal, menyediakan kemudahan dan sumber

pembelajaran yang diperlukan, membantu anak membina matlamat, memberikan

motivasi, menggalakkan kejayaan dalam pelajaran melalui ganjaran atau sebagainya,

mengikuti perkembangan kemajuan anak dan membantu dalam penyelesaian masalah,

memperkayakan pengalaman anak dengan persekitarandan sosial, memberikan contoh

teladan yang baik dan berkongsi pengalaman, menyemai budaya suka belajar seawal

usianya.

Ibu bapa juga digalakkan untuk bekerjasama dengan pihak sekolah bagi melaksanakan

program pengembangan minda, rohani, emosi dan jasmanikepada anak-anak mereka

(Azhar 2006). Sehubungan dengan itu, ibu bapa juga hendaklah memantau dan mengawal

selia akademik anak-anak mereka. Kajian menunjukkan bahawa penglibatan ibu bapa

dalam aktiviti persekolahan anak-anak adalah penting dalam membantu perkembangan

sosio-emosi kanak-kanak (Bronfenbrenner, 1979; Vygotsky 1978).Ibu bapa yang menyertai

aktiviti persekolahan anak-anak mereka, menghadiri perjumpaan dengan guru, membantu

anak-anak menyiapkan kerja sekolah dan memantau pergerakan mereka akan

mempengaruhi pencapaian akademik anak-anak mereka.

Semakin aktif ibu bapa memberi perhatian kepada kerja sekolah anak-anak dan semakin

banyak perhatian diberi kepada pergerakan tingkah laku mereka, maka semakin tinggi

pencapaian kanak-kanak (Epstein 1986; Sternberget al. 1992). Johari (2007) juga

menjelaskan bahawa aspek-aspek keibubapaan seperti penglibatan ibu bapa dalam

aktiviti sekolah anak-anak serta pemantauan ibu bapa terhadap pergerakan anak-anak adalah

penting diberi perhatian keranaaspek tersebut memberi kesan kepada pencapaian pembelajaran

dan pencapaian akademik anak-anak.Justeru ibu bapa sewajarnya berusaha memahami

dan menjaga minat, bakat dan naluri, kemampuan tabii anak-anak mereka dalam

usaha membina masa depan mereka, berlandaskan prinsip falsafah pendidikan Islam.

Page 15: TUGASAN SOSIO EMOSI

15

( II ) Faktor Rakan Sebaya

Rakan sebaya juga dikenal pasti mempunyai pengaruh yang kuat terhadap proses

pembentukan akhlak di kalangan pelajar sekolah (Che Noraini, 2005). Di sekolah, mereka

mula membuat perhubungan dengan rakan di luar persekitaran keluarga. Di sini, kita

akan nampak dengan jelas bahawa kanak-kanak sedang melalui transisi daripada interaksi

sosial di dalam keluarga kepada peranan dan kedudukan sebagai orang dewasa. Ini adalah

kerana rakan sebaya mempunyai sub-budaya yang tersendiri. Sehubungan dengan itu,

pengaruh rakan sebaya adalah penting dalam perkembangan kanak-kanak, khasnya

dari perkembangani intelek, sahsiah, emosi dan sosial. Misalnya; kanak-kanak bergaul

dengan akan sebaya yang rajin belajar akan mendorong perkembangan intelek dan

potensinya ke tahap optimum. Kanak-kanak yang bersosialisasi dengan rakan sebaya

yang bersopan santun akan menyerap nilai-nilai murni yang positif daripada mereka.

( III ) Faktor Sekolah dan Guru

Guru dan sekolah merupakan ejen perubahan dan bersama-sama diberi tugas untuk

memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu, demi

mewujudkan insan yang harmonis dan seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan

jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Tugas murni ini

telah dimaktubkan dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan tahun 1988 iaitu:Pendidikan

di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi

individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang harmonis

dan seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan

kepatuhan kepada Tuhan.

Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan,

berketrampilan, berakhlak mulia, serta memberi sumbangan terhadap keharmonian

dan kemakmuran masyarakat dan negara.Sehubungan dengan itu juga, guru dan

sekolah merupakan pengaruh yang paling penting dalam perkembangan pelajar daripada

Page 16: TUGASAN SOSIO EMOSI

16

segi fizikal, intelek, emosi dan sosialnya. Guru yang bersifat penyayang melahirkan pelajar

yangberilmu, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan

mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan

kemakmuran dan cekap menguruskan aktivitipengajaran pembelajaran dalam bilik darjah

akan negara.

Iklim sekolah yang kondusif serta dilengkapi dengan kemudahan-kemudahan

yang diharapkan itu. Jadi guru yang mempunyai sangkaan bahawa pelajarnya lemah

akan mendapati pelajarnya benar-benar lemah (Zaleha 1995). Terdapat banyak kajian dan

tulisan yangberkaitan dengan perlakuan guru dan kesannya terhadap pencapaian pelajar.

Kajian-kajian tersebut memperlihatkan kesan-kesan positif dan negatif tentang implikasi

sikap, nilai prestasi pengajaran pembelajaran akan membantu perkembangan kognitif,

efektif dan psikomotor pelajar.

( IV ) FAKTOR GLOBALISASI DAN MEDIA MASSA

Cabaran zaman moden yang melanda masyarakat kita hari ini seperti pengaruh

media cetak dan elektronik serta kemajuan sains dan teknologi dalam era dunia tanpa

sempadan, telah memburukkan lagi keadaan kerana telah menjadikan sejumlah anggota

masyarakat kita hilang jati diri. Perkembangan individu pula dipengaruhi oleh

pendedahannya kepada sumber teknologi yang terdapat di alam kehidupannya (Hamidah

Sulaiman 2005). Sumber teknologi ini merujuk kepada maklumat-maklumat yang diperolehi

daripada bahan-bahan bacaan seperti kanak-kanak kepada sumber teknologi yang sihat

akan meningkatkan kadar perkembangan kognitif, emosi dan sosialnya.

Sebaliknya, kanak-kanak yang didedahkan kepada sumber teknologi yang berunsur

keganasan, kuning atau kezaliman, akan membentuk sikap yang negatif dan personaliti

yang tidak diingini. Pembelajaran pemerhatian sangat bernilai bagi menerangkan tingkah

laku manusia yang kompleks. Sebagai contohnya, media angat berpengaruh terhadap

pendidikan, tingkah laku dan keperibadian anak. Televisyen misalnya merupakan satu

contoh alat yang banyak mempengaruhi tingkah laku kanak-kanak. Banyak tingkah laku

yang tidak sopan dan agresif ditiru melalui model di dalam TV (Asmawati Desa 2004).

Page 17: TUGASAN SOSIO EMOSI

17

6.0 KESAN KEPERCAYAAN , PERASAAN , SIKAP DAN NILAI KEPADA

PEMBENTUKAN KONSEP KENDIRI KANAK-KANAK

Dalam konsep kendiri , kepercayaan , perasaan , sikap dan nilai memainkan peranan

penting dalam membentuk konsep kendiri kanak-kanak sama ada konsep kendiri positif

ataupun kosep kendiri negatif. Kanak-kanak yang mempunyai kepercayaan terhadap

dirinya dan kepercayaan terhadap diri orang lain akan mempunyai kosep kendiri yang

positif . Mereka dapat menjalani kehidupan alam kanak-kanak dengan penuh kegembiraan.

Keadaan ini adalah kerana kanak-kanak ini percaya kepada kebolehan dirinya sendiri

dalam melakukan apa sahaja seperti belajar , berkawan dan berinteraksi dengan individu

lain dan persekitarannya. Kanak-kanak ini percaya bahawa dirinya disayangi oleh ahli

keluarganya , guru-guru , kawan-kawannya dan orang-orang laian di sekelilingnya .

Kepercayaan ini akan meningkatkan keyakinan dirinya dan dapat membentuk konsep

kendiri yang positif.

Kanak-kanak yang mempunyai kepercayaan diri yang rendah terhadap diri sendiri

dan juga orang lain akan sentiasa mersa rendah diri . Kanak-kanak seperti ini mungkin

tidak mendapat perhatian dan kasih sayang yang sewajarnya daripada keluarga . Mereka

juga sering dikritik dan dipersalahkan . Keadaan ini akan menjadikan kanak-kanak itu

merasa diri tidak diperlukan dan merasa rendah diri dan akan membentuk konsep kendiri

negatif.

Secara umumnya kanak-kanak selalu digambarkan sentiasa ceria dan gembira, tetapi

hakikatnya ada kanak-kanak yang mengalami tekanan perasaan yang menyebabkan mereka

sedih dan muram. Perasaan yang dialami oleh seseorang kanak-kanak akan membentuk

kosep kendiri mereka . Kanak-kanak yang ceria dan riang adalah golongan kanak-kanak

yang mempunyai kosep kendiri positif , sebaliknya kanak-kanak yang mempunyai konsep

kendiri negatif pula akan sentiasa berasa tidak puas hati, tidak gembira, cepat merajuk serta

perasaannya mudah tersinggung . Perasaan yang dialami oleh ke dua dua kategori kanak-

kanak ini adalah dipengaruhi oleh faktor keluarga dan persekitaran .

Page 18: TUGASAN SOSIO EMOSI

18

Kanak-kanak yang pemurah dan suka membantu orang lain merupakan kanak-kanak

yang mempunyai konsep kendiri positif. Mereka merasa bertanggungjawab untuk

menghulurkan bantuan dan menyelesaikan masalah ahli keluarga , rakan-rakan dan orang lain

yang memerlukan. Perbuatan ini sangat mulia dan patut ada dalam setiap diri kanak-kanak.

kanak-kanak yang mempunyai sifat-sifat diatas didapati senang mendapat kawan dan

disenangi oleh orang persekitaran. Ramai orang suka mendampingi mereka kerana sikap

mereka yang tidak sombong, pandai menghargai rakan dan sentiasa membantu orang

yang memerlukan bantuan. Kanak-kanak bersikap seperti ini mempunyai konsep kendiri

positif.

Kanak-kanak yang sering dikaitkan dengan kegagalan sama ada dalam apa bidang

sekali pun biasanya tidak lari daripada mempunyai konsep kendiri yang negatif.

Berbeza penampilannya dengan individu yang mempunyai konsep kendiri yang positif

di mana kanak-kanak jenis ini akan sentiasa berasa tidak puas hati, tidak gembira,

cepat merajuk serta perasaannya mudah tersinggung. Individu seperti ini sering dimarahi

ataupun dikritik sama ada oleh ibu bapa, guru, rakan-rakan dan sesiapa sahaja yang

berada di persekitarannya.

Mereka juga kurang menerima kasih sayang atau perhatian. Mereka biasanya kurang

diterima oleh guru, rakan sebaya mahupun orang lain. Keadaan ini akan memburukkan

lagi keadaan di mana individu tersebut akan berasa dirinya mempunyai aras keyakinan

yang rendah. Seterusnya keadaan ini akan menyebabkan kanak-kanak berkenaan

akan membentuk sifat rendah diri dalam dirinya. Akibat daripada itu kanak-kanak tersebut

akan menjadi seorang yang pasif, sentiasa dalam keadaan yang muram dan tidak mudah

untuk bergaul dengan orang lain atau tidak mahu bersosialisasi dengan persekitarannya.

Mereka yang tergolong dalam golongan kanak-kanak yang mempunyai konsep

kendiri negatif ini lazimnya suka bergaul dan bermain dengan kanak-kanak yang lebih

muda darinya dan yang mempunyai kemampuan intelektual yang rendah. Apa yang amat

menyedihkan, kanak-kanak ini ama t mudah dipermainkan oleh orang lain.

Page 19: TUGASAN SOSIO EMOSI

19

7.0 PENUTUP

Setiap daripada kita tentunya mempunyai gambaran atau pandangan terhadap diri sendiri.

Gambaran sedemikian disebut konsep kendiri. Secara keseluruhannya ,ia merangkumi gambaran

tentang rupa , kesihatan, kebolehan , kelemahan dan tingkahlaku.

Konsep kendiri adalah dinamik dan sentiasa berubah-ubah. Konsep kendiri bergantung

kepada interaksi sosial seseorang yang mempengaruhi persekitaran. Semakin banyak seseorang

bergaul, pengalamannya juga bertambah. Rogers(1951) telah menyatakan bahawa manusia itu

memang mempunyai potensi untuk menuju kearah kesempurnaan kendiri dengan syarat

seseorang itu harus mempunyai keyakinan terhadap dirinya . Adalah penting untuk seseorang

memiliki konsep kendiri yang baik yang akan membantunya menuju ke arah kesempurnaan

kendiri bagi menjamin kehidupan yang lebih bermakna. Usaha meningkatkan konsep kendiri

perlu juga terus dijalankan agar pelajar dapat menempuh masa depan dengan penuh cemerlang.

Konsep kendiri juga dibentuk hasil daripada interaksi kita dengan orang lain dan

penyesuaian kita dengan alam sekitar. Lazimnya penyesuaian yang berjaya akan membawa

kepada konsep kendiri yang positif manakala kegagalan akan membawa kepada konsep kendiri

yang negatif. Disamping itu tanggapan orang lain terhadap diri kita juga mempengaruhi konsep

kendiri seseorang itu.

Individu yang mempunyai konsep kendiri yang positif biasanya akan dapat menghadapi

masalah dan cabaran dengan tabah. Individu sebegini dilihat bersifat optimistik , lebih terbuka

sikapnya serta bersedia menerima pendapat dan kritikan dari orang lain. Seseorang itu juga akan

kelihatan lebih relaks atau tenang, mudah berinteraksi dengan orang lain, senang

dihampiri.Keadaan emosinya juga lebih stabil.

Individu yang sentiasa mengalami kegagalan dalam kehidupannya, kerjayanya atau

bidang akademiknya, lazimnya mempunyai konsep kendiri yang negatif. Kanak-kanak yang

sentiasa dimarahi ,dikritik , kurang menerima perhatian dan kasih sayang sering mempunyai

konsep kendiri yang negatif. Mereka akn bersifat tidak gembira, tidak berpuashati, cepat merajuk

serta mudah tersinggung akan menyebabkan diri mereka kurang diterima oleh orang lain,

contonya rakan sebaya. Keadaan ini akan memburukkan lagi imej kendiri mereka.

Page 20: TUGASAN SOSIO EMOSI

20

8.0 RUJUKAN /BIBLIOGRAFI

Azizi Yahaya dan Jaafar Sidek Latif (2006).Siri Kaunseling :Membentuk Identiti

Remaja.Bentong :PTS Profesional Publishing Sdn. Bhd.

Azlina Abu Bakar(2002). Psikologi Personaliti Individu. Shah Alam:Karisma Publications Sdn.

Bhd.

Azizi Yahaya,Fawziah Yahaya, Zurihanmi Zakariya dan Noordin Yahaya(2005).Pembangunan

Kendiri. Skudai:Penerbit Universiti Teknologi Malaysia.

Sharifah Alwiah Alsagof.(1987).Psikologi Pendidikan 1.Kuala Lumpur.Heinemann(Malaysia)

Sdn.Bhd.

Faizah Yunus (2007).Kaizen Dalam Pengurusan Organisasi.Dalam MD Nasrudin Md Akhir,

Asmadi Hassan(2007) Dinamisme Politik dan Sosiobudaya Jepun, Universiti Malaya,

Kuala Lumpur: Falkulti Satera dan Sains Sosial , Jabatan Pengajian Asia Timur.

http://cikgupsikomuzik.blogspot.com/2012/08/konsep-kendiri-dan-personaliti.html

http://eprints.utm.my/10353/1/bab6.pdf

http://wendegreeinmajorandminor.blogspot.com/2011/12/sosioemosi-kanak-kanak.html

http://www.slideshare.net/vhere1/konsep-kendiri-20764658