sejarah sosio ekonomi

Upload: callmeninie

Post on 14-Apr-2018

291 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 7/30/2019 sejarah sosio ekonomi

    1/26

    1

    1.0 PENGENALAN.

    Setelah kedatangan British ke Tanah Melayu dan berlakunya pemerintahan secara tidak

    langsung di Tanah Melayu telah menyaksikan kemasukkan buruh-buruh asing secara besar-

    besaran khususnya dari China dan India. Hal ini berlaku disebabkan oleh pertumbuhan ekonomi

    kerajaan kolonial di Tanah Melayu telah mendesak keperluan tenaga buruh yang lebih ramai

    terutamanya dalam sektor perladangan dan perlombongan.1Pada mulanya buruh-buruh Cina dan

    India ini tidak tinggal menetap di Tanah Melayu mereka akan pulang ke tanah air mereka setelah

    habis kontrak. Misalnya buruh India yang tinggal di estet-estet hanya berada di Tanah Melayu

    dalam tempoh dua hingga tiga tahun sahaja.2

    Namun menjelang tahun 1920-an, terdapat perubahan dalam sifat-sifat imigran ini

    terutama buruh-buruh Cina. Misalnya kedatangan masyarakat Cina ke Tanah Melayu

    menyebabkan tertubuhnya persatuan-persatuan suku kaum dan juga pertubuhan kongsi gelap.3

    Imigran Cina dikatakan telah berjaya mengukuhkan kedudukan ekonomi mereka melalui

    perusahaan timah. Hal ini kerana mereka dikatakan mengunakan teknologi yang mereka warisi

    yang memberi pulangan yang lumayan berbanding dengan cara tradisonal yang hanya memberi

    pulangan yang sedikit.

    Ditambah pula dengan masalah buruh yang ramai dapat diatur dengan berkesan oleh

    kongsi-kongsi gelap yang bertindak mengawasi buruh-buruh ini. Perkara ini telah memberi

    1 Emerson, R,Malaysia, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1987, hlm. 392 Emerson, R,Malaysia, hlm. 39.3 Nik Hassan Nik Mahmood, Orang-Orang Cina Di Tanah Melayu, Pernerbit Universiti Teknologi Malaysia, Johor,

    1997, hlm. 166.

  • 7/30/2019 sejarah sosio ekonomi

    2/26

    2

    pukulan yang hebat kepada orang Melayu dalam bidang ekonomi.4

    Akibatnya kedudukan

    ekonomi orang Melayu semakin tergugat dengan kedatangan imigran Cina5

    dan India.

    Persoalannya sekarang apakah sebab-sebab berlakunya mogok Cina 1937 dan mogok India 1941

    dan kesan serta implikasinya terhadap mereka amnya? Perkara inilah yang akan dikupaskan

    dengan lebih lanjut lagi esei ini.

    2.0 ISI-ISI

    2.1 Sebab-sebab berlakunya mogok-mogok Cina 1937 dan mogok-mogok India 1941 dan

    kesan serta implikasinya terhadap mereka amnya.

    Pada mulanya buruh-buruh Cina dan India tidak tinggal menetap di Tanah Melayu. Hal

    ini kerana tempoh tertentu mereka akan pulang ke negara asal mereka. Buruh India yang tinggal

    sambil bekerja di ladang-ladang di Tanah Melayu untuk tempoh dua hingga tiga tahun sahaja.6

    Menjelang tahun 1920-an, terdapat perubahan dalam sifat-sifat buruh imigran ini terutamanya

    buruh-buruh Cina. Mereka menjadi lebih sedar tentang perburuhan, bercorak keluarga, lebih

    menetap, mudah bergerak dan lebih tersusun serta bebas.

    4 Zainal Kling (penyunting), Masyarakat Melayu, Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors, 1977, hlm.

    135.5 Di Negeri-Negeri Selat, imigran Cina ini merupakan kumpulan majoriti dan terdapat persatuan yang menguruskan

    kepentingan orang Cina. Misalnya pada 17 Ogos 1900 ditubuhkan Persatuan Cina Selat British (SCBA) di

    Singapura diikuti dengan penubuhan cawangannya di Melaka dan Pulau Pinang. Terdapat juga penerbitan-

    penerbitan yang mengerakkan pemikiran masyarakat Cina Selat seperti Straits Chinese Herald, Straits Chinese

    Magazine, Bintang Timur dan banyak lagi. Penerbitannya bertujuan untuk mencapai dua matlamat iaitu usaha

    mengekalkan kebudayaan Cina dan mengekalkan identiti Baba peranakkan.6 Emerson, R, Malaysia, Kuala Lumpur :Dewan Bahasa dan Pustaka, 1987,hlm.39.

  • 7/30/2019 sejarah sosio ekonomi

    3/26

  • 7/30/2019 sejarah sosio ekonomi

    4/26

    4

    Perkara ini menunjukkn bahawa zaman kemelesetan pula iaitu tahun-tahun 1930 hingga

    1934 telah dianggap sebagai titik perubahan pergerakan kaum buruh. Apabila suasana muram

    ekonomi kembali cerah perasaan tidak puas hati terhadap masalah-masalah tertentu yang

    terpendam sehingga 1934 telah diluahkan dengan tercetusnya mogok-mogok. Mogok Cina telah

    berlaku di Batu Arang pada penghujung bulan Mac 1937 manakala mogok India pula berlaku di

    daerah Kelang pada bulan Mei 1941.

    Justeru itu, terdapat banyak mogok- mogok berlaku akibat daripada ketidakpuasan hati

    kaum buruh dalam pemberian hak-hak kepada mereka. Apabila tuntutan-tuntutan buruh ditolak

    oleh majikan maka banyak mogok berlaku.11 Mulai dari tahun 1934, tindakan-tindakan

    kekacauan buruh-buruh cina menjadi satu ciri yang biasa dalam bidang suasana perusahaan di

    Tanah Melayu. Pekerja-pekerja mahir di bandar-bandar memulakan tindakan-tindakan mereka

    supaya di bayar upah dikembalikan kepada peringkat sebelum zaman kemerosotan ekonomi

    dahulu.12

    Pekerja-pekerja pertukangan pula melalui syarikat mereka yang tradisional dikatakan

    telah berjaya menyelesaikan beberapa pertelingkahan yang timbul.

    Senjata yang digunakan oleh pekerja pekerja pertukangan ini ialah merupakan amaran-

    amaran tindakan mogok atau cara perletakan jawatan beramai-ramai kerana mereka ketahui

    bahawa mereka adalah pekerja-pekerja yang mahir dan tidak dapat digantikan dalam pemulihan

    ekonomi tersebut.13

    Dengan mendapat galakan dan kejayaan yang dicapai oleh pekerja-pekerja

    terutamanya pemotong-pemotong dan pembungkus-pembungkus nanas di Singapura dan Johor

    mogok ini menjadi lebih agresif sekitar tahun 1937, mogok-mogok yang dilakukan adalah

    11 Emerson, R,Malaysia, hlm. 39.12 Bastin, John,Sejarah Asia Tenggara moden : Penjajahan Nasionalisma dan Kebijajahan , (terj) oleh Zaha, 1971,

    hlm 67.13 Kamaruddin M.Said,Mogok dan Kofliks Perindustrian di Malaysia,. hlm. 5.

    http://www.lib.usm.my/elmu-usm/index.jsp?module=webopac-l&action=fullDisplayRetriever.jsphttp://www.lib.usm.my/elmu-usm/index.jsp?module=webopac-l&action=fullDisplayRetriever.jsphttp://www.lib.usm.my/elmu-usm/index.jsp?module=webopac-l&action=fullDisplayRetriever.jsphttp://www.lib.usm.my/elmu-usm/index.jsp?module=webopac-l&action=fullDisplayRetriever.jsp
  • 7/30/2019 sejarah sosio ekonomi

    5/26

    5

    menjadi lebih tersusun dalam menuntut sesuatu daripada majikan mereka.14

    Mogok-mogok ini

    memberi kesan dan tamparan yang hebat terhadap pihak majikan

    Selain itu, akibat daripada ketidakpuasan hati kaum buruh ini juga, satu lagi permogokan

    telah dilakukan oleh pekerja-pekerja Cina dilombong besi Sri Medan, Batu Pahat, Johor. Mogok

    ini telah berlaku pada 26 September 1935 kerana masalah kenaikan gaji. Kadar kenaikan

    kemudiannya dipersetujui oleh pihak pengurusan sebanyak 20%. Mulai dari tahun 1934,

    tindakan-tindakan kekacauan oleh buruh-buruh Cina menjadi satu ciri yang biasa dalam suasana

    perusahaan di Tanah Melayu. Pekerja-pekerja mahir di bandar-bandar memulakan tindakan

    mereka menuntut supaya bayaran upah dikembalikan kepada peringkat sebelum zaman

    kemerosotan ekonomi dahulu.

    Perubahan yang berlaku kepada keadaan ekonomi, sistem pendidikan, komunikasi dan

    sturktur perburuhan pada tahun 1930-an menjadikan mereka lebih peka mengenai persekitaran

    sosioekonomi dan perhubungan pekerja dengan majikan. Hakikatnya mogok ini berlaku kerana

    gaji, sistem kontrak dan keadaan kerja mereka. Dikatakan bahawa mogok-mogok yang dilakukan

    oleh imigran Cina ini berlaku setelah tuntutan-tuntutan mereka mengenai hak-hak ekonomi

    mereka ditolak oleh majikan mereka.15

    Sememangya buruh-buruh Cina di bebani dengan bebanan tugas yang berat tetapi upah

    yang diberikan tidak memadai, malahan kontraktor dengan mudah memberhentikan pekerja yang

    tidak disukai tanpa alasan yang munasabah. Dari segi kebajikan, buruh Cina ini tidak disediakan

    dengan kebajikan yang sepatutnya sama ada dari segi tempat tinggal, pendidikan mahupun

    14Nik Hassan Nik Mahmood, Orang-Orang Cina Di Tanah Melayu, Pernerbit Universiti Teknologi Malaysia, Johor,

    1997, hlm. 166.15Kamaruddin M.Said,Mogok dan Kofliks Perindustrian di Malaysia,. hlm.23.

  • 7/30/2019 sejarah sosio ekonomi

    6/26

    6

    pembelajaran.16

    Kontraktor juga bertindak menipu dan menindas buruh, misalnya memaksa

    membeli barangan dan bertindak mengenakan bunga ke atas hutang yang diberikan. Hal ini

    menyebabkan buruh semakin tertekan sementara kontaraktor memperolehi banyak keuntungan.17

    Keadaan ini bertambah buruk ekoran kos kehidupan semakin tinggi tetapi upah kerja semakin

    bertambah. Bagi pemogok-pemogok, mereka berkata:

    We do not want to cease work but what else can we do if managers

    persistently r efuseto discuss the question and dismiss our request wi th a

    wave of hand?... if we were all owed to organi ze ourselves as European

    planters, we would then be in a position to discuss the whole question

    thoroughl y and received better tr eatment.

    18

    Sebenarnya pengurusan bayaran gaji ini sepenuhnya diuruskan oleh pihak kontraktor.

    Dikatakan dalam sesebuah ladang dan lombong Eropah, tugas-tugas mengawal dan mengurus

    pekerja-pekerja diserahkan kepada seorang kotraktor. Di sisi undang-undang kontraktor diiktiraf

    sebagai majikan dan dia bertanggujawab untuk menyediakan kemudahan-kemudahan asas

    kepada buruh seperti tempat tinggal di samping menjaga kebajikan buruh. Pada hakikatnya,

    kontraktor tidak mempunyai modal atau keupayaan untuk berbuat demikian. Kemudahan asas

    yang disediakan untuk kaum buruh adalah amat menyedihkan. Biasanya tempat tinggal yang

    disediakan oleh kontraktor amat teruk, seperti rumah kongsi tidak bertingkap, tidak mempunyai

    pengaliran udara dan lantai yang kotor.19

    16 Misalnya di Ladang Tanah Merah Negeri Sembilan , tandas kongsi tidak diperbaiki langsung, dan 130 orang

    pekerja tidur dalam sudut rumah ekoran bumbung yang bocor.17 Tai Yuen,Labour Unrest in Malaya 1934-1941, University of Hong Kong, 1973, hlm. 146.18 Tai Yuen,Labour Unrest in Malaya 1934-1941, hlm. 145.19Tai Yuen,Labour Unrest in Malaya 1934-1941, hlm. 146.

  • 7/30/2019 sejarah sosio ekonomi

    7/26

    7

    Akibatnya kaum Cina tidak menikmati sebarang faedah daripada kontraktor dan majikan

    mereka. Dengan adanya kontraktor, pihak majikan dari sudut teknikal telah berjaya melepaskan

    diri dari tanggungjawab mereka terhadap kebajikan kaum buruh. Walaupun keadaan ini berada

    dalam pengetahuan pihak kerajaan, namun ianya tetap dibiarkan berlaku dan sebagai akibatnya

    sistem kontraktor ini telah diekploitasi oleh pihak tertentu.

    Di bawah sistem kontraktor juga peraturan-peraturan yang ditetapkan amat

    membebankan para pekerja. Ini kerana seorang penoreh getah ditentukan kerjanya oleh

    kontraktor berdasarkan kepada task. Task ialah istilah yang digunakan untuk menentukan jumlah

    pokok tertentu yang seharusnya ditoreh oleh seseorang pekerja pada hari bekerja. Bilangan

    pokok yang perlu ditoreh juga dibezakan mengikut mengikut jaraknya dari kilang dan kedudukan

    ketinggian pokok getah. Lebih rendah kawasan pokok getah, maka lebih banyak pokok getah

    yang harus ditoreh oleh buruh. Di samping itu, buruh-buruh juga dipaksa membawa susu getah

    ke kilang dengan berjalan kaki untuk ditimbang beratnya. Hal ini juga yang menyebabkan kaum

    buruh berasa tertindas dan menanamkan perasaan tidak puas hati seterusnya diluahkan dalam

    mogok-mogok tersebut.20

    Oleh kerana akaun-akaun kontraktor tersimpan dalam bahasa Cina dan dalam cara yang

    sukar difahami oleh para majikan atau Jabatan Perlindungan Cina menyebabkan kadar bayaran

    upah dan amalannya adalah di luar pengawasan secara langsung oleh pihak majikan. Hal ini

    sekaligus menyebabkan corak ekploitasi terus berlaku. Namun pada 1930-an, kuasa kontraktor

    ke atas pemburuhan kian merosot dan kaum buruh pada masa itu lebih bebas daripada kekuasaan

    kontraktor.21

    Keadaan ini berubah dan kaum buruh menjadi lebih berani serta lebih bersedia

    20Nik Hassan Nik Mahmood, Orang-Orang Cina Di Tanah Melayu,hlm.87.

    21Tai Yuen,Labour Unrest in Malaya 1934-1941, hlm. 147.

  • 7/30/2019 sejarah sosio ekonomi

    8/26

    8

    untuk memperbaiki kedudukan mereka.22

    Golongan ini adalah jauh berbeza dengan buruh-buruh

    sebelumnya dan mereka sedar tentang persekitaran dan sistem pekerjaan mereka.

    Tambahan pula, walaupun ekonomi Tanah Melayu selepas 1934 telah kembali pulih,

    namun gaji buruh masih belum kembali ke peringkat yang selaras dengan ekonomi.23

    Buktinya

    pada tahun 1932, gaji pekerja ladang ditetapkan 20 sen sehari sedangkan sebelumnya iaitu pada

    tahun 1929, gaji pekerja ladang adalah antara 50-55 sen sehari.24

    Perkara inilah yang

    menyebabkan mereka melakukan mogok, misalnya buruh Cina di Selangor dan negeri-negeri

    Sembilan telah menunjukkan ketidakpuasan hati mereka tentang kadar upah pada bulan

    September 1936 dan telah berhenti kerja buat sementara waktu.

    Masalah ini bermula apabila pengurus eastet Connemara dan Sungai Rinding menolak

    untuk berbincang tentang kenaikan kadar upah. Akibatnya pada 8 Mac 1936 buruh-buruh di

    beberapa buah estet juga bertindak berhenti kerja kerana mendapat berita tentang keenganan

    kenaikan kadar upah ini. Pada masa yang sama, mogok telah merebak ke estet-estet lain dan

    daerahdaerah yang lain.25

    Tindakan-tindakan ini terus berterusan berlaku sehingga pada bulan Mac 1937. Dengan

    kata lain kekacauan-kekacauan ini juga merebak kepada penoreh-penoreh ladang getah di

    Melaka, Johor dan mencapai kemuncaknya dengan tindakan mogok buruh-buruh di lombong di

    Batu Arang pada penghujung bulan Mac 1937. Perkara ini menunjukkan bahawa ketidakpuasan

    hati dalam kalangan buruh Cina inilah yang menyebabkan berjayanya matlamat buruh Cina

    22Tai Yuen,Labour Unrest in Malaya 1934-1941, hlm. 145.

    23Pada tahun 1929, terdapat 258 ribu orang pekerja tetapi pada tahun 1932, hanya tertinggal 145 ribu orang pekerja

    ladang. Sebahagian daripada mereka telah dihantar pulang ke India atas perbelanjaan kerajaan. Antara tahun 1930-

    1933, 370 ribu orang telah dihantar pulang ke India.24 Kamaruddin M.Said,Mogok dan Kofliks Perindustrian di Malaysia,, hlm. 5.25 Goh Hoon Pan, Mogok-Mogok Buruh Cina di Selangor dan Negeri Sembilan Pada March 1937, Kuala Lumpur:

    Bangi, 1986, hlm. 15.

  • 7/30/2019 sejarah sosio ekonomi

    9/26

    9

    mengadakan mogok secara besar-besaran pada 1937 di Kelang, Kajang, Ulu Klang, Batu Arang

    di Selangor dan Negeri Sembilan.26

    Mogok Cina tercetus pada 1937 telah membuka mata PKM untuk memanipulasikan

    kaum ini. Seterusnya, hal ini jelas terbukti apabila PKM telah mengambil peluang menaja

    kesatuan sekerja yang haram dalam kalangan buruh bawahan dengan mengadakan beberapa siri

    mogok:

    Strikes broke out in various sections of the country..strikes at BatuArang, the only coal mine in Malaya, were fol lowed by work stoppages in

    the Kin ta Vall ey tin mines, and when these failed, The MCP shif ted to the

    Perak Hydroelectric station and then to the Selangor tin fields.27

    Apabila mogok-mogok tercetus pada awal 1937, PKM telah bersedia dengan satu rangka

    yang membolehkan kader-kadernya melibatkan diri dalam mogok-mogok itu. Oleh itu, mogok-

    mogok tersebut dengan cepatnya telah merebak dalam kalangan penoreh-penoreh getah di

    Kajang, Ulu Langat, Kuala Lumpur, Negeri Sembilan, Melaka, Johor dan Kelang. Mogok Cina

    1937 seterusnya telah meninggalkan kesan iaitu pada tahun 1938 kekacauan telah merebak pula

    dalam kalangan pekerja kilang dan lombong-lombong:

    Signs of labour unrest in factories and mines had appeared in

    the earl y months of 1938..and indications were received of some

    unrest on estates.28

    26 Goh Hoon Pan,Mogok-Mogok Buruh Cina di Selangor dan Negeri Sembilan Pada March 1937, hlm. 15.27Goh Hoon Pan,Mogok-Mogok Buruh Cina di Selangor dan Negeri Sembilan Pada March 1937, hlm. 16.

    28M.R Stenson,Industrial Conflic In Malaya, Oxford University Press (London, New York), 1970,hlm.90.

  • 7/30/2019 sejarah sosio ekonomi

    10/26

    10

    Perkara ini jelas menujukkan mogok-mogok Cina yang tercetus pada 1937 semakin

    merebak pada 1938 iaitu pemogokan ini telah dicetuskan oleh pekerja-pekerja kilang, buruh-

    buruh lombong dan penoreh-penoreh getah yang ditaja oleh PKM. Kegagalan pihak majikan

    menyediakan kemudahan bekerja seperti kadar upah yang baik, tempat tinggal, keselesaan

    bekerja dan kemudahan sosial lain telah digunakan oleh PKM sebagai strategi mereka bagi

    menyalakan perasaan tidak puas hati dalam kalangan buruh-buruh.29

    Menurut laporan Pesuruhjaya Polis unsur-unsur komunisme adalah begitu jelas semasa

    berlangsungnya mogok-mogok tersebut. Di beberapa tempat didapati bendera merah dipasang

    oleh buruh-buruh Cina yang terlibat dalam mogok-mogok tersebut. Hal ini jelas menunjukkan

    bahawa kesan daripada mogok-mogok buruh Cina pada 1937 telah memberi peluang kepada

    PKM dalam mencapai misinya serta buruh-buruh Cina itu sendiri kerana banyak menerima

    bantuan daripada PKM dalam mencetuskn mogok-mogok ini.30

    Selanjutnya, mogok-mogok Cina 1937 juga turut memberi kesan yang ketara sehingga

    telah belakunya mogok India pada tahun 1941. Mogok buruh India ini bermula di daerah Klang

    Selangor pada bulan Mac 1941 yang bertujuan untuk menuntut pembayaran gaji yang seimbang

    dengan kos hidup dan memperbaiki taraf hidup buruh-buruh India. Misalnya dalam kalangan

    buruh estet bayaran upah pula didasarkan kepada timbangan susu getah yang dipungut pada hari

    29Kesempatan ini sememangnya ditunggu-tungguoleh PKM untuk memperalatkan kaum buruh dalam mencapai

    cita-cita mereka. Residen Selangor sendiri bersetuju dengan pendapat pengawai-pengawai Protectorate yang

    menyatakan bahawa mogok besar-besaran di ladang getah pada 1937 adalah disebabkan keengganan pihak majikan

    memenuhi perjanjian yang telah dicapai dalam mogok-mogok pekerja-pekerja lombong bijih timah dan arang batu

    pada bulan November dan Disember 1936.30Goh Hoon Pan,Mogok-Mogok Buruh Cina di Selangor dan Negeri Sembilan Pada March 1937, hlm. 15.

  • 7/30/2019 sejarah sosio ekonomi

    11/26

    11

    bekerja ialah sebanyak empat sen sepaun, tetapi apa yang berlaku ialah kiraannya hanyalah

    sebanyak tiga sen sahaja dan selebihnya iaitu satu sen adalah menjadi milik kontraktor.31

    Buruh-buruh India ini semakin sedar tentang persekitaran sosioekonomi sejak berlakunya

    mogok-mogok buruh Cina 1937 itu. Hal ini telah menunjukkan bahawa mogok-mogok buruh

    cina telah memberi kesan kepada buruh-buruh india untuk memperjuangkan hak mereka,

    walaupun mereka tidak menyertai mogok buruh-buruh Cina pada ketika itu kerana sistem

    pengurusan upah adalah berbeza.

    By the end of 1940 Indian estate labourers wages were only at the 1928

    level of 50 cents as compared with wages of at least 70 cents andsometimes over $ forChinese tapper32

    Bagi buruh-buruh India mogok-mogok yang dilakukan oleh buruh Cina telah

    menunjukkan kepada para pekerja India betapa pentingnya semangat perjuangan dan penyatuan

    untuk mencapai taraf hidup sosial dalam masyarakat iaitu melalui ekonomi yang seimbang

    dengan masyarakat pribumi. Pada keseluruhannya, gaji yang dibayar adalah tidak seimbang

    dengan kenaikkan kos sara hidup. Bayaran bagi buruh pada tahun 1930-an adalah ditetapkan

    oleh sebuah Jawatankuasa Imigrasi India yang terdiri darpada wakil-wakil majikan dan pihak

    kerajaan.33

    Bayaran upah yang ditetapkan dikenali sebagi Standard Wages iaitu sesuatu kadar

    minima yang dipersetujui oleh pihak majikan melalui United Planting Association of Malaya

    (UPAM) dan wakil pihak kerajaan biasanya Pesuruh Jaya Buruh. Bagi UPAM pula walaupun

    31 Bastin John ,(terj) oleh Zaha, Sejarah Asia Tenggara moden : Penjajahan Nasionalisma dan Kebijajahan ,

    Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1977. hlm 81.32M.R Stenson,Industrial Conflic In Malaya, Oxford University Press (London, New York), 1970, hlm.28.

    33Emerson, R,Malaysia, hlm.45.

    http://www.lib.usm.my/elmu-usm/index.jsp?module=webopac-l&action=fullDisplayRetriever.jsphttp://www.lib.usm.my/elmu-usm/index.jsp?module=webopac-l&action=fullDisplayRetriever.jsp
  • 7/30/2019 sejarah sosio ekonomi

    12/26

    12

    buruh-buruh India mendapat kadar upah yang lebih rendah dari buruh Cina34

    namun buruh India

    mendapat layan yang baik istimewa daripada majikan seperti kemudahan tempat tinggal yang

    sempurna, layan perubatan dan rawatan di hospital, elaun bersalin, padang permainan dan

    sekolah.

    Namun hakikatnya adalah sebaliknya mereka tidak mendapat layanan seperti yang

    didakwa oleh UPAM. Bahkan sistem upah seperti Standard Wage tidak dilaksanakan langsung

    ianya wujud secara teori sahaja. Pada prinsipnya Standard Wage ini ditentukan oleh turun naik

    harga getah di pasaran dunia tetapi amalan ini tidak diikuti oleh pihak majikan. Perkara ini

    menyebabkan rasa ketidakpuasan hati dalam kalangan buruh-buruh India seterusnya pada tahun

    1941, permogokan buruh India telah dicetuskan oleh buruh-buruh India.

    The first important strikes by Indian estate workers accured in

    Negeri Sembilan in January and in K lang district of Selangor in

    March 1941.35

    Mogok yang dicetuskan oleh buruh India ini adalah memeranjatkan pihak pentadbir,

    kerana sebelum ini tidak ada tanda-tanda yang menunjukkan buruh India akan bertindak

    sedemikian. Komuniti India di Tanah Melayu telah menampakkan perubahan ke arah yang lebih

    dinamik dan progresif sejak 1920-an lagi. Kaum buruh India mula dipengaruhi oleh gerakan-

    gerakan reformasi yang dipelopori oleh golongan Tamil. Mereka telah menimbulkaan isu-isu

    yang berkaitan dengan sosioekonomi, iaitu untuk mendapatkan kenaikan gaji dan memperbaiki

    taraf hidup sosial buruh-buruh estet dalam masyakarat di Tanah Melayu pada waktu itu.36

    34 Misalnya gaji buruh harian Cina ialah dalam lingkingan 60 sen hingga 80 sen berbanding dengan gaji buruh India

    Lelaki 40 sen manakala perempuan pula ialah 32 sen.35 Abdul Rahim bin Haji Omar,Mogok buruh-buruh estet India di daerah Klang, 1941, USM, 1979, hlm. 12.36 Abdul Rahim bin Haji Omar,Mogok buruh-buruh estet India di daerah Klang, 1941, hlm. 12

  • 7/30/2019 sejarah sosio ekonomi

    13/26

    13

    Ekoran daripada mogok buruh Cina 1937, jelas meninggalkan kesan dan implikasi

    kepada buruh India. Mereka telah berani membuat tuntutan ,iaitu kenaikan gaji yang

    diperjuangkan oleh Persatuan India Daerah Kelang (PDIK) yang dipimpin oleh R.N. Nathan dan

    Y.K. Menon. Hal ini berdasarkan buruh India dibayar gaji dan upah mengikut bilangan hari

    mereka bekerja dalam satu bulan. Buruh India dibayar sebanyak 35 sen sehari jika bekerja

    selama 20 hari, 40 sen sehari jika 24 hari bekerja dan 45 sen sehari jika bekerja selama 28 hari.

    Jika 10 hari hujan, buruh India hanya mendapat 35 sen sehari jika menoreh 20 hari.37

    Pada peringkat awal isu-isu yang berkenaan adalah berasaskan kepada sosioekonomi iaitu

    dalam mendapatkan hak untuk kenaikan gaji dan membaiki taraf sosial buruh-buruh estet.

    Namun pada 9hb April 1941, bilangan-bilangan buruh yang melancarkan mogok kian bertambah

    sehingga tercetusnya rusuhan yang mengancam kedudukan dan maruah kerajaan. Bilangan buruh

    India yang terlibat dianggarkan hampir 15,000 orang.38

    Perkara ini jelas menunjukkan bahawa

    mogok-mogok buruh Cina sebelum ini sememangnya meninggalkan implikasi atau kesan kepada

    kaum buruh India, hal ini kerana mereka sudah berani menubuhkan persatuan sendiri sekaligus

    menanamkan semangat kepada kaum mereka dalam mengadakan mogok-mogok bagi menuntut

    hak yang setimpal dengan kerja yang dilakukan.

    Kesan yang ketara juga dapat dilihat apabila berlaku pertempuran kaum buruh India

    dengan pihak polis menyebabkan kerajaan terpaksa menghancurkan mogok-mogok dengan

    menggunakan askar-askar dari Voluntter Armoured, Signal Company dan satu battalion Tentera

    India. Jadi mogok yang bermula dengan isu-isu sosioekonomi di beberapa estet telah merebak

    37Emerson, R,Malaysia, hlm.45.

    38 Abdul Rahim bin Haji Omar,Mogok buruh-buruh estet India di daerah Klang, 1941, hlm. 20.

  • 7/30/2019 sejarah sosio ekonomi

    14/26

    14

    sehingga merangkumi sebanyak 176 estet. Mogok-mogok tersebut bermula secara teratur telah

    berakhir dengan pertempuran yang sengit.39

    Seterusnya, muncullah kembali mogok-mogok buruh yang lebih tersusun iaitu antara

    Kesatuan Sekerja dengan yang didalangi Komunis ekoran daripada mogok buruh Cina 1937 dan

    mogok buruh India 1941. Ekoran daripada mogok-mogok tersebut maka tercetusnya kebangkitan

    pergerakan buruh dalam kesatuan sekerja dibawah penguasaan komunis. Peralihan kuasa

    daripada Jepun kepada Pentadbiran Tentera British ( BMA ) telah mengubah kedudukan politik

    Parti Komunis Malaya ( PKM ). Ia telah muncul sebagai parti politik yang sah selepas perang

    dan di antara tahun 1945-1948 ia dibenarkan bergerak secara terbuka dengan penubuhan banyak

    cawangan parti di Tanah Melayu dan Singapura.40

    Dikatakan bahawa semasa di bawah pemerintahan BMA dan Kerajaan Malayan Union

    kepentingan kaum buruh adalah tidak diperdulikan kerana kerajaan hanya mementingkan

    pemulihan ekonomi dan politik. Hal ini menyebabkan kaum buruh beranggapan bahawa keadaan

    mereka tiada bezanya jika dibandingkan dengan keadaan semasa pendudukan Jepun.

    Digambarkan bahawa keadaan kaum buruh adalah seperti berikut:

    Kaum buruh pada masa itu wujud dalam keadaan kebimbangan akibat

    kekurangan asas, makanan yang tidak mencukupi, bayaran gaji yang

    terlalu rendah dan keadaan inflasi yang melanda ketika itu,41

    39 Abdul Rahim bin Haji Omar,Mogok buruh-buruh estet India di daerah Klang, 1941, hlm. 26.40 Leong Yee Fong, Module: Sejarah Perburuhan di Malaysia, Program Pendidikan Jarak Jauh, USM Module 2,

    Pelajaran 5, hlm, 48.41 Leong Yee Fong,Module: Sejarah Perburuhan di Malaysia, hlm. 48.

  • 7/30/2019 sejarah sosio ekonomi

    15/26

    15

    Kaum buruh menganggap bahawa PKM sebagai pemimpin dalam memperjuangkan nasib

    golongan kaum buruh dengan kata lain pembela kaum buruh dalam menyelesaikan masalah

    mereka iaitu melalui Kesatuan sekerja. Hal ini kerana PKM telah melihat melalui mogok-mogok

    kaum buruh Cina dan India adalah sangat penting dan berkesan bagi mereka untuk

    memanfaatkannya sehinngga menubuhkan persatuan-persatuan kepada kaum buruh ini.

    Sebenarnya PKM mempunyai motif membentuk Kesatuan sekerja ini, iaitu cuba mengaburi mata

    kaum buruh dengan memperjuangkan hak mereka melalui Kesatuan Sekerja. Organisasi tersebut

    dikenali sebagai Kesatuan Sekerja Umum Semalaya atau Pan Malayan General Labour Union (

    PMGLU )

    42

    yang ditubuhkan pada 15 Januari 1946 di Singapura dan seterusnya ditukarkan

    kepada Pan Malaya Federation of Trade Union ( PMFTU ) pada tahun 1947.43

    Organisasi ini mewakili pekerja sektor perniagaan, perindustrian, perkhidmatan awam,

    penarik beca, penjaja dan bidang-bidang pekerjaan yang lain. PMGLU merupakan satu

    organisasi gabungan antara PKM dengan kesatuan Sekerja Umum ( GLU ) yang terdapat di

    negeri-negeri Tanah Melayu yang ditubuhankan oleh ahli-ahli Indian National Army ( INA )

    dan Malayan People Anti Japanese Army ( MPAJA ) yang tidak dapat bergerak dalam politik.44

    Pada hakikatnya, PKM menggunakan PMGLU bagi kepentingan perjuangan parti politiknya

    untuk menyebarkan pengaruh komunis dalam kalangan kaum buruh dan rakyat. Tujuannya

    adalah untuk memecahkan sistem kerajaan yang ada untuk menuntut kemerdekaan Tanah

    42

    Tujuan penubuhan PMGLU adalah untuk menyatukan semua GLU di Tanah Melayu tanpa mengira bangsa,agama, kepercayaan, dan perlindungan politik di bawah satu kesatuan, memperjuangkan taraf hidup buruh yang

    lebih baik, memperbaiki suasana dan waktu bekerja, menganjurkan insuran sosial sebagai perlindung kepada pekerja

    dan keluarga mereka, menuntut upah yang tinggi, memperjuangankan kebajikan sosial pekerja serta membentuk

    kesetiaan kesatuan sekerja terhadap PMGLU. Objektif PMGLU ini adalah strategi PKM untuk menyempurnakan

    perjuangan politik berperlembagaan mereka. Akhirnya segala aktiviti tertakluk kepada PKM.43 Leong Yee Fong, Perkembangan Kesatuan Sekerja dan Dasar Kolonial di Malaysia, 1945 -1957 dalam

    Kolonialisme di Malaysia dan Negara-negara lain, Cheah Boong Kheng dan Abu Talib Ahmad (ed), Petaling Jaya,

    Fajar Bakti, Kuala Lumpur, 1990, hlm, 265.44 Leong Yee Fong, Module: Sejarah Perburuhan di Malaysia, hlm. 56.

  • 7/30/2019 sejarah sosio ekonomi

    16/26

    16

    Melayu. Oleh kerana itulah, PKM dan ahli-ahlinya dengan menggunakan tipu muslihat serta

    dakyah yang bijak telah menyusup meresapi pertubuhan pekerja, belia dan wanita.45

    Dikatakan bahawa PMGLU ini telah mendapat sambutan yang hangat dalam kalangan

    kaum buruh. Menurut M.R Stenson di dalam bukunya, Industrial Conflict Malaya, PMGLU

    telah Berjaya mempengaruhi kira-kira 263,598 ahli GLU pada April 1947. Bilangan ini melebihi

    50% daripada bilangan pekerja di Tanah Melayu.46

    Dikatakan juga pada akhir tahun 1947

    PMGLU di bawah PKM menguasai 214 daripada 227 Kesatuan Sekerja yang didaftarkan ketika

    itu. Pada Kongres pertamanya PMGLU mendakwa mewakili 436,000 pekerja, kebanyakannya

    daripada kesatuan pekerja-pekerja lombong.estet Longshoremens Union.47 Jelaslah kepada kita

    bahawa PMGLU telah berjaya membuka mata orang ramai sedangkan menifestasi ini hanyalah

    sebagai gimik semata-mata.48

    Ekoran daripada mogok-mogok tersebut juga kaum buruh ini semakin dipandang dan

    mereka telah telibat dalam PMGLU ini. Sokongan kepada PMGLU bertambah meningkat ekoran

    daripada tekanan hidup yang meruncing dan kritikal terpaksa dihadapi oleh kaum buruh akibat

    peningkatan hidup yang tinggi sehingga melebihi 200% sedangkan peningkatan upah tidak

    meningkat selaras dengan kenaikan kos hidup. Selain itu, kebajikan tempat tinggal, tahap

    45 Abdul Aziz b Hj Awang, Sejarah Pergerakan Barisan Bersatu PKM Tahun 1940-60, PPIK, USM, 1989,

    hlm.9.46

    M.R Stenson,Industrial Conflic In Malaya, Oxford University Press (London, New York), 1970, hlm. 124.47 Abdul Aziz b Hj Awang, Sejarah Pergerakan Barisan Bersatu PKM Tahun 1940-60, hlm. 20.48 PKM melalui pergerakkannya di dalam PMGLU telah memainkan peranan penting untuk mengembangkan sayap

    dan pengaruhnya dalam kalangan kaum buruh. Strategi yang dimainkan oleh PKM menerusi PMGLU ini

    sebenarnya telah member cabaran yang hebat kepada kerajaan British pada ketika itu. Cabaran hebat kepada pihak

    British apabila PKM telah Berjaya mewujudkan satu penyusunan, perancangan dan perlaksanaan organisasi yang

    rapat dan sistematik pada tahun 1944-1948. Walaupun pada hakikatnya ia adalah untuk kepentingan politik PKM

    semata-mata.Sokongan kuat PMGLU untuk memperbaiki kedudukan sosial dan ekonomi pekerja adalah salah satu

    daripada strateginya. PKM telah Berjaya memujuk rayu kaum buruh dengan janji-janji manisnya untuk

    menyelesaikan masalah pemburuhan dan kebajikan mereka sekiranya menyertai PMGLU.

  • 7/30/2019 sejarah sosio ekonomi

    17/26

    17

    kesihatan dan pendidikan bagi kaum buruh adalah dalam keadaan menyedihkan.49

    Hal ini

    bertambah buruk BMA lebih mementingkan pemulihan ekonomi kolonial selepas perang

    daripada kebajikan buruh.50

    Keadaan-keadaan inilah yang menyebabkan buruh tertarik menyertai

    dan menyokong PMGLU kerana ingin memperjuangankan hak kebajikan mereka.

    PMGLU juga telah mengambil peluang ini untuk membela nasib kaum buruh dengan

    menggariskan matlamat memperjuangkan hak kaum buruh dalam Selangor Estate Workers

    Union ( SEWU ) bagi menuntut kenaikan gaji mereka sebanyak 100% menyamai gaji buruh-

    buruh Cina, bayaran bonus dan beberapa tuntutan demi menaikkan taraf perburuhan mereka.

    PMGLU juga telah membela nasib buruh-buruh Cina yang turut sama mengalami penderitaan

    akibat keadaan sosio ekonomi yang meruncing.51

    Slogan bersedia memenuhi tuntutan kaum

    buruh dilaungkan oleh PMGLU bagi mendapatkan kenaikan gaji lebih tinggi daripada pihak

    majikan serta syarat-syarat pekerjaan yang lebih baik. Tuntutan yang dibuat oleh PMGLU serta

    memberi cabaran kepada pihak kolonial. Hal ini telah banyak memberi keuntungan kepada kaum

    buruh apabila keperluan dan permintaan mereka telah diperjuangkan oleh PMGLU ini serta

    menampakkan kesan yang baik.

    Buat pertama kalinya di dalam sejarah perburuhan, PMGLU di bawah pimpinan PKM

    telah berjaya menyatukan ketiga-tiga kaum buruh Cina, India dan Melayu. Barisan kepimpinan

    kesatuan yang terdiri daripada pelbagai kaum ini telah membuktikan bahawa PMGLU berjaya

    memperkukuhkan imejnya sebagai pertubuhan yang mementingkan kelas dan bukannya etnik.

    Tujuan PKM adalah untuk mengelak daripada anggapan kaum buruh sahaja dan tidak

    49 Leong Yee Fong,Module: Sejarah Perburuhan di Malaysia, hlm. 55.50 K.S Jomo and Patricia Trade Unions and State Penisular Malaysia, Oxford University Press, New York, 1994,

    hlm. 72.51 Leong Yee Fong, Labour and Trade Unionism in Colonial Malaya: A Study of the Social Economic and

    Political Baces of the Malayan Labour Movement, 1930-1957. ( USM Press, 1999), hlm. 168.

  • 7/30/2019 sejarah sosio ekonomi

    18/26

    18

    mengambil berat tentang kebajikan buruh daripada kaum lain seperti yang dipersetujui oleh

    Stenson:

    By drawing in to is tanks a wide variety of l eaders of all races and grades, it

    succeeded in avoiding ite stigma of being regardes by the works as on outside

    or al ien body.52

    Sebelum pendudukan Jepun, kita dapati pertubuhan buruh Cina dan India adalah secara

    berasingan. Namun setelah penubuhan PMGLU, kedua-kedua kesatuan tersebut telah Berjaya

    disatukan di dalam satu pakatan.53

    Jawatankuasa pentadbir kesatuan yang terdiri daripada kaum

    di dalam PMGLU ini juga telah dapat menyembunyikan ciri-ciri ideologi komunisme dan sifat

    kecinaan walaupun pucuk pimpinan kesatuan ini dikuasai oleh kaum pimpinan Cina radikal.

    Perlantikan pemimpin-pemimpin India dan Melayu54

    untuk menjadi pemimpin PMGLU

    di dalam Biro Eksekutif Pusat pada tahun 1946-1947 adalah inisiatif PMGLU. Pemimpin-

    pemimpin tersebut ialah S.A Ganapanty dilantik sebagai Pengerusi PMGLU dan R.Balan sebagai

    pengelola Kesatuan Sekerja Umum Perak. Perlantikan pemimpin dalam kalangan kaum India ini

    adalah kerana mereka mempunyai pengaruh kuat dalam kalangan kaum buruh India dan sudah

    pasti dapat menarik ramai buruh India menyertai PMGLU.

    Seperkara yang harus kita sedar bahawa mogok-mogok yang dilancarkan oleh

    kaum buruh selepas pendudukan Jepun ( 1945-1948 ) adalah lebih militant, tersusun dan

    52 M.R Stenson,Industriall Conflic In Malaya , hlm.101.53 Leong Yee Fong, Perkembangan Kesatuan Sekerja dan Dasar Kolonial di Malaysia,1945-1957, hlm. 267.54Pemimpin Melayu dilantik ialah Abdullah Che Dat sebagai Timbalan Pengerusi PMGLU dan B.Ahmad sebagai

    penolong setiausaha PMGLU dilihat sebagai strategi bijak PMGLU menyembunyikan ideology komunis kerana

    beliau berasal daripada kelas buruh yang tidak ada pertalian dengan politik PKM. Taktik ini adalah satu gambaran

    pergerakan buruh yang benar-benar memperjuangkan aspirasi dan masalah perburuhan. Penyusanan pemimpin

    daripada pelbagai kaum ini dalam PMGLU menyebabkan ia menjadi popular dalam kalangan kaum buruh Cina,

    India dan Melayu. Buktinya, dengan peningkatan jumlah ahli PMGLU sama ada di bandar atau pun di luar bandar.

  • 7/30/2019 sejarah sosio ekonomi

    19/26

    19

    berdisiplin di bawah PMGLU berbanding dengan mogok-mogok sebelum Perang Dunia kedua

    yang lebih bersifat mogok-mogok kucing liar.55

    Siri-siri mogok telah dilancarkan oleh

    PMGLU bermula dari Batu Arang yang kemudiannya merebak ke beberapa Bandar-bandar kecil

    seperti Lumut, Taiping, Sungai Siput, dan Raub dalam tempoh beberapa minggu sahaja. Mogok-

    mogok yang dilancarkan adalah untuk menyakinkan buruh akan kekuatan PMGLU dan faedah-

    faedah yang diperolehi sebagai ahlinya serta membangkitkan suasana huru-hara bagi

    melemahkan jentera ekonomi dan pentadbiran kolonial British.56

    Ketiadaan sekatan terhadap pergerakan PMGLU bersama-sama parti radikal pada masa

    itu telah mengukuhkan lagi kedudukan dan meningkatkan imejnya serta member peluang kepada

    PMGLU untuk menguasai Kesatuan Sekerja lain. Perhubungan PMGLU dengan pertubuhan-

    pertubuhan di luar Negara dilihat sebagai satu cabaran kepada kerajaan kolonial. Sebagai sebuah

    kesatuan sekerja yang mawakili kepentingan kaum buruh di Tanah Melayu dan untuk

    mengelakkan sebarang tekanan undang-undang yang boleh dikenakan oleh kerajaan kolonial di

    Tanah Melayu kepada PMGLU hubungan ini adalah penting. PMGLU telah menjalinkan

    hubungan degan Persekutuan Kesatuan Sekerja Dunia atau World Federation of Trade Unions

    (WFTU ) yang berpusat di Moscow, dan dengan sokongan British Trades Union Congress yang

    menjadi anggota WFTU.57

    Sebenarnya, hubungan ini bertujuan untuk mendapatkan bantuan sekiranya PMGLU

    menghadapi masalah dengan pihak kolonial. Perhubungan PMGLU dengan pertubuhan-

    55Leong Yee Fong, Module: Sejarah Perburuhan di Malaysia, hlm. 62.

    56Jika kita tinjau mengenai alasan-alasan yang diberikan untuk membangkitkan mogok-mogok, maka akan

    memperlihatkan bahawa PMGLU sebenarnya langsung tidak menghiraukan kebajikan buruh tetapi lebih kearah

    memperjuangkan politik PKM.Misalnya pada 29 Januari 1946, satu mogok secara besar-besaran telah dilancarkan

    selama 24 jam menuntut supaya beberapa orang ahli PKM dibebaskan. Mogok ini telah melibatkan 170,000 orang

    buruh di Singapura dan merebak ke Malaya.57 Leong Yee Fong, Module: Sejarah Perburuhan di Malaysia, hlm. 62.

  • 7/30/2019 sejarah sosio ekonomi

    20/26

    20

    pertubuhan luar Negara memberi keuntungan kepada kesatuan sekerja di Tanah Melayu.

    Buktinya apabila Kerajaan Parti Buruh yang berkuasa pada 1946 dengan sokongan Kesatuan

    Sekerja telah pun menghapuskan Akta Perbalahan Perdagangan dan Kesatuan Sekerja United

    Kingdom 1927. Oleh demikian, Kerajaan Parti Buruh telah pun mengarahkan kerajaan kolonial

    membuat undang-undang yang lebih memihak kepada perjuangan sekerja dan juga memberi

    kebebasan yang lebih kepada Kesatuan Sekerja.58

    Dikatakan juga satu model undang-undang kesatuan sekerja bagi semua tanah jajahan

    sebagai asas untuk membentuk undang-undang sekerja yang lebih liberal telah dihantar oleh

    kerajaan British sebagai panduan. Akibatnya PMGLU telah bertindak dengan lebih agresif di

    atas kelonggoran dan kebebasan undang-undang ini dengan mengadakan mogok-mogok.

    Pencapaian PMGLU ini menjadi asas kepada kekuatan untuk mendapatkan sokongan yang lebih

    padu daripada kaum buruh pada tahun 1945-1948 dan seterusnya memberi tentangan yang hebat

    kepada pihak British.

    Seterusnya ekoran daripada mogok 1937 dan 1941 telah menberi kesan yang ketara

    apabila media Massa telah diterbitkan oleh PMGLU juga adalah satu bentuk tentangan yang

    telah dilakukan kaum sekerja terhadap pihak British. Media Massa ini menjadi asas kekuatan

    PMGLU kerana kesatuan ini menerbitkan dan menyebarkan buletinnya bagi memastikan

    pengaruhnya tersebar luas. Vanguard adalah bulletin yang berbentuk akhbar mingguan telah

    dicetak dalam empat bahasa iaitu bahasa Inggeri, Melayu, Cina dan Tamil bagi memudahkan

    kaum buruh yang terdiri daripada pelbagai kaum membaca dan memahami isi kandungan yang

    dimuatkan dalam akhbar tersebut.

    58 Leong Yee Fong, Perkembangan Kesatuan Sekerja dan Dasar Kolonial di Malaysia,1945-1957, hlm. 268.

  • 7/30/2019 sejarah sosio ekonomi

    21/26

    21

    Selain menerbitkan dua akhbar mingguan iaitu Democrat dan Voice of The People

    turut dijadikan sebagai lidah rasmi kesatuan.59

    Media Massa ini menjadi alat penting untuk

    mempengaruhi pemikiran buruh tentang persoalan semasa dan masalah-masalah yang sedang

    dialami oleh mereka. Perbahasan di dalam akhbar ini memberi kesedaran bahawa perjuangan

    politik sebenarnya tidak dapat dipisahkan daripada kaum buruh. Oleh itu perjuangan dalam

    perburuhan politik haruslah seiring untuk mewujudkan satu bentuk perlembagaan demokratik

    yang menjadi asas bagi pengiktirafan dan martabat kaum buruh.60

    Hal ini sekaligus

    menyebabkan kepimpinan kaum buruh semakin kuat dan kukuh.

    Kebimbangan pihak British semakin terasa apabila PMGLU mendapat banyak

    keistimewaan dan tindakan kekerasan kerajaan terhadap kaum buruh tidak dapat dilakukan lagi

    lantaran penghapusan Akta Perbalahan Perdagangan dan Kesatuan Sekerja United Kingdom

    1927, sekaligus tidak mendapat restu daripada Parti Buruh British. Jadi, cara terbaik yang

    dilakukan oleh pihak kolonial adalah dengan menyekat kemaraan PMGLU ialah melalui

    penambahan sekatan-sekatan baru kepada Ordinan Kesatuan Sekerja secara berperingkat-

    peringkat.61

    Kekerasan buruh yang berlaku di Kedah antara bulan Februari dan bulan April 1948 telah

    mengubah sikap pihak kerajaan British dengan memberi peluang kepada pihak berkuasa di

    Malaya mengambil langkah yang drastik untuk memperketatkan kegiatan PMGLU sekaligus

    kegiatan PKM. Akhirnya pada Februari 1948, Gabenor General Malcom Mc Donald telah

    menubuhkan sebuah jawatankuasa mengharamkan PMGLU. Pada bulan April telah dibuat

    pindaan undang-undang dan diluluskan oleh Majlis Perundangn pada 31 Mei 1948. British

    59Leong Yee Fong, Labour and Trade Unionism in Colonial Malaya hlm. 158.60 Leong Yee Fong,Module: Sejarah Perburuhan di Malaysia, hlm. 63.61 Leong Yee Fong, Perkembangan Kesatuan Sekerja dan Dasar Kolonial di Malaysia,1945-1957, hlm. 268.

  • 7/30/2019 sejarah sosio ekonomi

    22/26

    22

    berharap dengan adanya pindaan undang-undang ini, persatuan PMGLU dibawah pengaruh

    PKM dapat disekat kegiatannya.

    Namun kerajaan kolonial sebenarnya gagal menangani masalah PMGLU melalui undang-

    undang yang diwartakan. seramai 69.132 orang pada penghujung tahun 1948.62

    Bilangan ahlinya

    semakin berkurang pada tahun 1949 dengan catatan jumlah seramai 41,305 orang

    62 Leong Yee Fong,Module: Sejarah Perburuhan di Malaysia, hlm. 50.

  • 7/30/2019 sejarah sosio ekonomi

    23/26

    23

    3.0 KESIMPULAN

    Kesimpulannya, mogok yang tercetus pada tahun 1937 dan 1941 adalah disebabkan oleh

    faktor-faktor sosioekonomi yang berlaku pada tahun 30-an dan banyak meninggalkan kesan

    terhadap buruh dan juga pihak lain. Perubahan yang berlaku kepada keadaan ekonomi, sistem

    pendidikan, komunikasi dan struktur perburuhan pada tahun 30-an menjadikan kaum buruh

    lebih peka kepada persekitaran sosioekonomi dan hak mereka serta menjadi lebih arif dalam

    perhubungan buruh dengan majikan. Oleh kerana tuntutan buruh supaya syarat-syarat pekerjaan

    diperbaiki agar setimpal dengan kos sara hidup tidak dilayani, maka kaum buruh telah

    melancarkan mogok. Sememangnya senjata mogok adalah berbisa kerana setelah tercetusnya

    mogok, majikan telah menjadi lebih bersedia untuk member konsesi serta meningkatkan taraf

    hidup kaum buruh.

    Namun begitu, mogok buruh Cina pada tahun 1937 yang pada awalnya adalah hasil usaha

    sendiri, akhirnya telah diperalatkan dengan berkesan sekali oleh Parti Komunis Malaya ( PKM ).

    Dengan perancangan yang rapi oleh PKM, beberapa siri mogok secara besar-besaran dapat

    dilakukan. Tujuan utama PKM menggunakan mogok tersebut adalah untuk mewujudkan suasana

    tidak tenteram dalam kalangan rakyat di Tanah Melayu pada masa itu. Seterusnya, sistem

    pentadbiran akan menjadi lemah dan banyak kos yang perlu digunakan oleh kerajaan untuk

    memberhentikan mogok-mogok tersebut. Akhirnya, apabila suasana menjadi tidak tenteram dan

    pentadbiran menjadi lemah, PKM sudah pasti akan mengambil kesempatan untuk melancarkan

    peperangan bersenjata dan seterusnya akan menubuhkan sebuah negara Komunis di Tanah

    Melayu.

  • 7/30/2019 sejarah sosio ekonomi

    24/26

    24

    Manakala bagi buruh India pula, walaupun mereka telah mempunyai kesedaran tetapi

    mereka perlu digerakkan oleh orang luar untuk melakukan mogokmogok pada tahun 1941

    kerana pemimpin yang berkebolehan dalam kalangan buruh estet India itu sendiri. Berbeza

    dengan PKM. Pemimpin India lebih mempunyai semangat untuk menaikkan taraf kehidupan

    serta imej buruh India dan seterusnya tidak dipandang rendah oleh masyarakat sekeliling.

  • 7/30/2019 sejarah sosio ekonomi

    25/26

    25

    BIBILOGRAFI

    Abdul Aziz b Hj Awang. 1989. Sejarah Pergerakan Barisan Bersatu PKM Tahun 1940-1960,

    PPIK, USM.

    Abdul Rahim bin Haji Omar. 1979. Mogok buruh-buruh estet India di daerah Klang, 1941,

    USM.

    Bastin, John, (terj) oleh Zaha. 1971. Sejarah Asia Tenggara moden : Penjajahan Nasionalisma

    dan Kebijajahan , Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

    Comber, Leon (terj.) Omardin Haji Ashaari. 1985. Peristiwa 13 Mei :Sejarah Perhubungan

    Melayu-Cina, International Book Service, Petaling Jaya.

    Emerson, R. 1987.Malaysia, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

    Goh Hoon Pan. 1986.Mogok-Mogok Buruh Cina di Selangor dan Negeri Sembilan Pada March

    1937, Kuala Lumpur: Bangi.

    Jomo, K.S and Patricia, T. 1994. Trade Union and the State in Peninsular Malaysia, New

    York: Oxford University Press.

    Kamaruddin M. Said. 1987. Mogok dan konflik perindustrian di Malaysia, Universiti

    Kebangsaan Malaysia.

  • 7/30/2019 sejarah sosio ekonomi

    26/26

    M.R Stenson. 1970.Industrial Conflic In Malaya, Oxford University Press (London, New York).

    Nik Hassan Nik Mahmood. 1997. Orang-Orang Cina Di Tanah Melayu, Malaysia: Pernerbit

    Universiti Teknologi Malaysia.

    Tai Yuen. 1973. Labour Unrest in Malaya 1934-1941, University of Hong Kong.

    Leong Yee Fong. 1997. Module: Sejarah Perburuhan di Malaysia, Program Pendidikan Jarak

    Jauh, USM Module 2.

    Leong Yee Fong, Perkembangan Kesatuan Sekerja dan Dasar Kolonial di Malaysia,1945-

    1957, dalam Kolonialisme di Malaysia dan Negara-negara lain, Cheah Boong Kheng dan Abu

    Talib ( ed ), Petaling Jaya, Fajar Bakti, Kuala Lumpur, 1990.

    Leong Yee Fong. 1999. Labour and Trade Unionsim in Colonial Malaya: A Study of the Sosial

    Ekonomic and Political Bases of The Malayan Labour Moverment, 1930-1957, USM.

    Zainal Kling (penyunting). 1977.Masyarakat Melayu, Utusan Publications & Distributors Sdn

    .Bhd.