asement kum sosio

45
1.0 PENDAHULUAN Secara ghalibnya, dasar British terhadap Tanah Melayu mulai berubah menjelang tahun 1870-an. Sejarah memperlihatkan campur tangan kuasa British di Tanah Melayu secara rasminya bermula pada 20 April 1874 apabila termeterainya Perjanjian Pangkor. 1 Perubahan sikap British terhadap Negeri-negeri Melayu daripada dasar tidak campur tangan kepada dasar campur tangan adalah didorong oleh kemajuan dan perubahan politik di Britain. Campur tangan kuasa British ini secara amnya telah meninggalkan impak yang besar dalam setiap aspek kehidupan rakyat di Tanah Melayu. Hakikatnya, salah satu daripada impak campur tangan mereka ialah transformasi corak ekonomi masyarakat tempatan yang menyaksikan kewujudan ekonomi penjajahan kolonial British merintis ekonomi konvensional atau tradisional yang sedia ada diamalkan oleh masyarakat tempatan. Pengenalan ekonomi dan penjajahan kolonial British ini menjadi salah satu corak pendekatan campur tangan British di Tanah Melayu melibatkan rangkuman beberapa komoditi utama yang diusahakan ketika itu. Secara amnya, umum sudah mengetahui yang Tanah Melayu merupakan salah satu kawasan yang subur dan kaya dengan sumber mineral atau beberapa jenis komoditi utama yang penting. Antara komoditi yang sinonim dengan ekonomi kapitalis di Tanah Melayu ketika itu ialah bijih timah, getah, lada hitam, gambir, tebu, buah pala dan beberapa jenis komoditi lain. Pelbagai dasar telah dilaksanakan oleh pihak British untuk mengaut kekayaan hasil bumi di Tanah Melayu di samping British berminat untuk menjadikan Negeri-negeri Melayu sebagai pusat untuk memasarkan barangan siap keluaran kilang mereka. Ironinya, kewujudan dan pelaksanaan sistem ekonomi ini di Tanah Melayu banyak mengubah landskap politik dan sosioekonomi masyarakat tempatan. Perubahan yang berlaku ini ternyata boleh dilihat melalui prospek positif dan negatif. 1 Zainal Abidin Abdul Wahid, 1996. Malaysia Warisan dan Perkembangan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Hal 121. 1

Upload: kolej-harun-aminurrashid

Post on 14-Dec-2014

1.096 views

Category:

Education


0 download

DESCRIPTION

Assigmen

TRANSCRIPT

Page 1: Asement kum sosio

1.0 PENDAHULUAN

Secara ghalibnya, dasar British terhadap Tanah Melayu mulai berubah menjelang tahun

1870-an. Sejarah memperlihatkan campur tangan kuasa British di Tanah Melayu secara

rasminya bermula pada 20 April 1874 apabila termeterainya Perjanjian Pangkor.1 Perubahan

sikap British terhadap Negeri-negeri Melayu daripada dasar tidak campur tangan kepada

dasar campur tangan adalah didorong oleh kemajuan dan perubahan politik di Britain.

Campur tangan kuasa British ini secara amnya telah meninggalkan impak yang besar dalam

setiap aspek kehidupan rakyat di Tanah Melayu. Hakikatnya, salah satu daripada impak

campur tangan mereka ialah transformasi corak ekonomi masyarakat tempatan yang

menyaksikan kewujudan ekonomi penjajahan kolonial British merintis ekonomi konvensional

atau tradisional yang sedia ada diamalkan oleh masyarakat tempatan.

Pengenalan ekonomi dan penjajahan kolonial British ini menjadi salah satu corak

pendekatan campur tangan British di Tanah Melayu melibatkan rangkuman beberapa

komoditi utama yang diusahakan ketika itu. Secara amnya, umum sudah mengetahui yang

Tanah Melayu merupakan salah satu kawasan yang subur dan kaya dengan sumber mineral

atau beberapa jenis komoditi utama yang penting. Antara komoditi yang sinonim dengan

ekonomi kapitalis di Tanah Melayu ketika itu ialah bijih timah, getah, lada hitam, gambir,

tebu, buah pala dan beberapa jenis komoditi lain. Pelbagai dasar telah dilaksanakan oleh

pihak British untuk mengaut kekayaan hasil bumi di Tanah Melayu di samping British

berminat untuk menjadikan Negeri-negeri Melayu sebagai pusat untuk memasarkan barangan

siap keluaran kilang mereka. Ironinya, kewujudan dan pelaksanaan sistem ekonomi ini di

Tanah Melayu banyak mengubah landskap politik dan sosioekonomi masyarakat tempatan.

Perubahan yang berlaku ini ternyata boleh dilihat melalui prospek positif dan negatif.

1 Zainal Abidin Abdul Wahid, 1996. Malaysia Warisan dan Perkembangan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Hal 121.

1

Page 2: Asement kum sosio

2.0 LATAR BELAKANG EKONOMI DAN PENJAJAHAN KOLONIAL BRITISH

Ekonomi dan penjajahan kolonial secara konseptualnya merupakan satu corak dan bentuk

ekonomi berasaskan modal yang memperlihatkan sumber ekonomi dimiliki sepenuhnya oleh

individu atau kumpulan tertentu dan ianya digunakan sepenuhnya untuk mengeluarkan

barangan atau produk. Pengenalan dan pelaksanaan dasar ekonomi dan penjajahan kolonial

British di Tanah Melayu dalam era penjajahan sebenarnya merupakan salah satu pendekatan

dan perubahan ekonomi yang dilakukan kuasa barat tersebut dalam usaha mereka menguasai

dan mengukuhkan tampuk pemerintahan mereka di Tanah Melayu. Secara amnya,

pengenalan dan pelaksanaan ekonomi dan penjajahan kolonial British ini di Tanah Melayu

bersesuaian dengan ciri utama konsep ekonomi ini yang berteraskan usaha memaksimumkan

keuntungan dan mengabaikan kebajikan rakyat. Buktinya, walaupun terdapat perubahan

seperti peningkatan sistem perhubungan dan pengangkutan, namun ia ternyata untuk

kepentingan pihak pedagang Eropah dan bukannya penduduk tempatan. Lebih menyedihkan

apabila pengenalan ekonomi kapitalis telah menekan guna tenaga rakyat tempatan dan

menyebabkan ketuanan Melayu tercalar.

Secara amnya, pengenalan ekonomi dan penjajahan kolonial British ini dirangsang

oleh faktor ekonomi sebagai faktor utama. Hal ini dapat dilihat apabila pengenalannya di

Tanah Melayu oleh British sebenarnya bagi memenuhi corak dan permintaan pasaran dunia

ketika itu yang memerlukan keluaran yang banyak terutamanya bekalan bahan mentah seperti

bijih timah ekoran Revolusi Perindustrian di Eropah pada abad ke-17. Faktor tarikan di Tanah

Melayu yang kaya dengan bijih timah, getah dan beberapa komoditi lain serta kesuburan

tanah juga telah menyebabkan ekonomi diperkenalkan oleh British bagi membolehkan British

mengeksploitasi hasil keluaran Tanah Melayu. Namun demikian, faktor sosial dan politik

tidak seharusnya dinafikan peranannya dalam merangsang pengenalan ekonomi di Tanah

Melayu. Buktinya, faktor politik seperti persaingan kuasa barat (British, Sepanyol, Jerman,

Belanda dan Perancis) dalam meningkatkan kuasa hegemoni mereka melalui kekayaan hasil

juga turut mendorong pengenalan corak pentadbiran British ini.

2

Page 3: Asement kum sosio

PERUBAHAN SOSIOEKONOMI DAN KESAN PENJAJAHAN KOLONIAL

BRITISH.

3.0 POLITIK

3.1 Sistem Residen

Ekonomi yang melibatkan komoditi getah, bijih timah, lada hitam dan beberapa lagi

jenis komoditi lain telah menguatkan lagi Sistem Residen yang diperkenalkan British. Hal ini

dapat dilihat apabila lebih ramai pegawai Eropah menguasai tampuk pemerintahan dan

perjalanan ekonomi di Tanah Melayu. Golongan pembesar Melayu pula hanya bertindak

sebagai pembantu yang menyebabkan kuasa dan peranan mereka mulai terhakis. Hak

memungut cukai terpaksa diberikan mereka kepada golongan pihak British. Melalui

pelaksanaan ekonomi, mereka berjaya mengukuhkan Sistem Residen dengan mengeksploitasi

ekonomi negeri-negeri di Tanah Melayu melalui pembentukan Negeri-Negeri Melayu

Bersekutu pada tahun 1896 yang terdiri daripada Perak, Selangor, Negeri Sembilan dan

Pahang. Tumpuan diberikan kepada empat negeri ini kerana ia kaya dengan bijih timah

seperti di Lembah Kinta dan Larut (Perak), Sungai Klang (Selangor), Kuala Lipis (Pahang)

dan Sungai Ujong dan Jelebu di Negeri Sembilan.2

Bagi mengelakkan kebangkitan orang Melayu dan Sistem Residen tidak digugat,

mereka hanya membenarkan orang tempatan terutamanya orang Melayu membuka kebun

kecil dan menjadi petani kecil. Kebanyakan ladang getah dan lombong bijih timah hanya

dimiliki oleh orang Eropah.3 Pihak British tertumpu di kawasan yang kaya dengan komoditi

bijih timah seperti di Perak, Selangor dan Sungai Ujong.4 Pengenalan undang-undang tanah

di bawah corak ekonomi penjajahan British juga turut dapat mengukukuhkan Sistem Residen

apabila pelaksanannya telah memberi kuasa yang besar kepada Residen Negeri untuk

menentukan jumlah kawasan konsesi tanah yang akan diberikan kepada para pemodal.

2J. Kennedy, 1965. A History of Malaya. Kuala Lumpur: Mac Millon and Company Limited. hlm.189-199.3 Zainal Abidin Abdul Wahid, 1996. Malaysia Warisan dan Perkembangan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. hlm.149.4 Rahmat Saripan et.al, 1991. Masyarakat Melayu Abad Ke-19. Kuala Lumpur: Jawawatankuasa Kolokium. Jabaran Sejarah, Universiti Kebangsaan Malaysia. hlm.12.

3

Page 4: Asement kum sosio

3.2 Dasar Pecah dan Perintah

Kedatangan kolonial British di Tanah Melayu juga telah membawa kepada dasar

pecah dan perintah. Dasar ini merupakan pengasingan bagi setiap kaum yang terdapat di

Tanah Melayu. Akibatnya, jurang perbezaan ekonomi dan sosial terbentuk atas dasar ini. Ia

juga menyebabkan berlakunya pengasingan penempatan iaitu kaum-kaum di Tanah Melayu

tinggal berasingan mengikut kegiatan ekonomi tersendiri. Kaum Cina tinggal di kawasan

pemacu ekonomi di bandar dan lombong, kaum India pula diletakkan di kawasan

perladangan aktiviti pertanian yang terletak diluar bandar dan kaum Melayu masih kekal di

pedalaman kampung. Hanya golongan elit Melayu sahaja yang diterima bekerja dengan

pejabat pentadbiran British.

Pihak British sengaja memisahkan kaum-kaum terbabit serta menyekat sebarang

usaha penyatuan agar tidak berlaku penentangan terhadap mereka. Oleh kerana penempatan

yang berbeza, maka sebarang interaksi tidak dapat dilakukan oleh penduduk pada zaman

pemerintahan British. Pengelasan kaum mengikut jenis pekerjaan dan sistem pelajaran yang

berbeza telah membawa kepada keadaan yang terasing oleh kaum yang menetap di Tanah

Melayu. Meskipun kaum China dan India merupakan kaum yang asing, namun kedatangan

mereka telah menjadikan mereka sebagai penduduk tanah Melayu.

Setelah kedatangan Inggeris di Tanah Melayu, kuasa Raja dan Sultan juga turut

terjejas dan menjadi terhad. Raja atau Sultan hanya boleh menyentuh hal-hal mengenai adat

istiadat Melayu serta soal keagamaan sahaja.5 Bagi kaum India, mereka tidak perlu

memikirkan keadaan politik tersebut kerana tugas mereka hanya menjalankan aktiviti

ekonomi yang ditugaskan. Inggeris telah berjaya mentadbir dengan lancar melalui dasar

pecah dan perintah kerana tiada lagi gangguan secara langsung daripada sultan dan pembesar

tempatan. British telah menjadikan orang Melayu mengubah taraf kehidupan mereka di mana

mereka tidak perlu lagi berkhidmat dan mencurahkan taat setia kepada sultan dan pembesar.

Dasar pecah dan perintah telah berjaya mengurangkan kuasa pembesar tempatan

selain tidak melibatkan campur tangan daripada pembesar Melayu dalam kehidupan

masyarakat Melayu. Penglibatan masyarakat setempat iaitu kaum Melayu di dalam bidang

5 Kassim Thukiman. 2002. Malaysia : Perspektif, Sejarah, dan Politik. Johor : Penerbit Universiti Teknologi Malaysia. hlm.30.

4

Page 5: Asement kum sosio

politik adalah terhad kepada jawatan rendah. Bagi kaum Cina dan India, mereka tidak terlibat

secara langsung terhadap politik Tanah Melayu dan ini memudahkan pentadbiran Inggeris

mengikut kaum-kaum tersebut.

Apabila berlaku perluasan kuasa Inggeris, sistem ekonomi komersial turut

diperkenalkan. Masyarakat Melayu kekal mengusahakan kegiatan ekonomi sara diri. Melalui

dasar ini, orang Melayu tetap ditempatkan di kediaman asal iaitu perkampungan atau luar

bandar. Alasan pihak British menempatkan orang melayu di luar bandar adalah kukuh.

Mereka juga telah berjaya menjadikan bangsa Melayu terus mundur dan mewarisi

kemiskinan keluarga.

Sebelum kedatangan pihak British, perusahaan lombong bijih timah ini telah

domonopoli oleh saudagar-saudagar Cina hampir setengah abad lamanya. Sejak pertengahan

abad ke 18 sehingga akhir abad tersebut, hampir seluruh perusahaan lombong bijih timah di

Tanah Melayu dimiliki oleh orang-orang Cina. Inggeris lebih menumpukan kegiatan ekonomi

yang berorientasikan eksport. Ini telah mendorong pelabur-pelabur asing datang ke Tanah

Melayu dan membawa teknologi serta sistem pengurusan ekonomi yang lebih sistematik.

Perkembangan perusahaan getah juga mendapat galakan daripada kerajaan British.

Hal ini menjadi faktor penarik bagi orang India untuk datang ke Tanah Melayu. Peluang

ekonomi yang wujud dalam sektor ini kepada orang India adalah disebabkan oleh

keengganan orang Melayu untuk bekerja di ladang getah. Selain itu, dua buah perkhidmatan

awam yang paling banyak menggunakan tenaga buruh India iaitu Jabatan Keretapi dan

Jabatan Kerja Raya juga menarik kehadiran orang India ke Tanah Melayu.

3.3 Masyarakat Berbilang Kaum

Pengaruh kolonial British turut membawa pelbagai kaum datang ke Tanah Melayu.

Antara kaum yang datang ialah Inggeris, Cina, India dan Bugis dari Indonesia. Kedatangan

mereka pada dasarnya di atas faktor tertentu. Namun, mereka akhirnya berasimilasi dalam

perkahwinan dengan orang melayu dan juga antara kaum lain.6

6 Mohd Isa Othman. 2002. Sejarah Malaysia (1800-1963). Kuala Lumpur : Utusan Publications Sdn Bhd. hlm.170.

5

Page 6: Asement kum sosio

Selain dibawa oleh pihak British, penghijrahan kaum Cina juga telah lama terjadi.

Mereka datang sejak zaman Kesultanan Melayu Melaka apabila terlibat dalam perdagangan

di Pelabuhan Melaka. Begitu juga dengan kaum India yang telah menjadi sami, pedagang

serta petukang. Mereka berhijrah ke Tanah Melayu pada awal kurun Masihi. Faktor ini

menjadi galakan kepada pihak British apabila mendapat kerjasama yang baik daripada kaum-

kaum tersebut untuk dibawa masuk sebagai petani mahupun sebagai buruh. Namun demikian,

kemasukan kaum China dan India secara besar-besaran berlaku setelah berkembangnya

perusahaan bijih timah dan getah. Kaum China dibawa masuk ke Tanah Melayu melalui

Sistem Kangcu manakala kaum India melalui Sistem Kangani.

Apabila dilihat secara mendalam, penyatuan kaum di Tanah Melayu seakan-akan

warisan daripada pihak British. Orang Eropah juga menetap di Tanah Melayu. Mereka

menjadi penguasa dalam perdagangan. Kelab-kelab khas bagi orang Eropah juga ditubuhkan

di bandar.7 Akhirnya, wujudlah perbezaan bagi pekerjaan, bahasa, tempat tinggal,

pendidikan, kebudayaan dan agama. Perbezaan ini adalah menjadi teras bagi dasar pecah dan

perintah.

3.4 Perkembangan Bandar

Kewujudan bandar-bandar baru di Tanah Melayu adalah ekoran daripada

perkembangan industri bijih timah dan getah. Kewujudan bandar-bandar baru juga

disebabkan oleh pembinaan infrastruktur seperti jalan raya dan kereta api yang digunakan

untuk mengangkut hasil bijih timah, getah dan tanaman-tanaman lain seperti kopi, teh, lada

hitam dan sebagainya. Antara bandar-bandar baru yang muncul ialah Taiping, Ipoh,

Seremban dan Kuala Lumpur. Selain itu, bandar-bandar seperti Sungai Petani, Kulim,

Tampin, Segamat dan Pontian juga merupakan bandar baru yang wujud di Tanah Melayu

ekoran perkembangan perusahaan getah. Namun, bandar-bandar ini tidak dapat menandingi

bandar-bandar besar yang wujud di kawasan bijih. Sekitar lewat 1850-1860-an, telah wujud

aktiviti melombong timah yang aktif di kawasan sekitar lombong di Ampang. Salah seorang

Kapitan Cina yang pertama sekali membuka kedai ialah Yap Ah Loy yang telah menjadi

Kapitan China bermula 1868-1885. Beliau menjadi individu yang berpengaruh dan berkuasa

di Kuala Lumpur sehingga 1880 iaitu setelah kedatangan Residen British di kawasan Kuala

7 Mohd Isa Othman. 2002. Sejarah Malaysia (1800-1963). Kuala Lumpur : Utusan Publications Sdn Bhd. hlm.182.

6

Page 7: Asement kum sosio

Lumpur.8 Kewujudan bandar-bandar baru ini turut memberikan kesan yang mendalam di

mana berlakunya pertambahan bilangan penduduk terutamanya di kawasan bandar.

4.0 EKONOMI

4.1 Aktiviti Perlombongan

Inggeris merupakan pengaruh dan kuasa asing yang terakhir bertapak di Negeri-

Negeri Melayu. Pengaruh Inggeris dan campur tangan mereka dalam hal pentadbiran Negeri-

Negeri Melayu telah membawa kepada kebangkitan semangat nasionalisme di kalangan

penduduk-penduduk tempatan. Namun, kehadiran Inggeris di Semenanjung Tanah Melayu

selama 100 tahun telah mengubah kedudukan negara ini sehingga membawa kepada

kemerdekaannya pada tahun 1957.9 Sejarah memperlihatkan campur tangan kuasa British di

Tanah Melayu secara rasminya bermula pada 20 April 1874 apabila termeterainya Perjanjian

Pangkor.10

Berlakunya perkembangan ekonomi di Tanah Melayu bermula dengan perlombongan

iaitu perlombongan bijih timah. Perlombongan bijih timah merupakan sumber hasil utama di

beberapa buah negeri di Tanah Melayu. Ia menyebabkan Brtish mempergiat dan

mempertingkatkan aktiviti perlombongan ini. Di samping itu, British juga mempunyai niat

untuk mengaut keuntungan dan kekayaan hasil bumi Tanah Melayu. Jadi, banyak lombong-

lombong bijih timah telah diusahakan di samping membawa masuk buruh-buruh dari negara

luar iaitu China untuk ditempatkan di lombong-lombong. Tenaga buruh dari China dibawa

masuk ke Tanah Melayu adalah disebabkan masyarakat Melayu tidak berminat untuk bekerja

sebagai buruh di lombong-lombong bijih timah mahupun di ladang-ladang getah.

Perkembangan industri ini secara besar-besaran berlaku selepas penemuan longgokan bijih

timah yang banyak di Larut, Perak iaitu pada tahun 1848 dan di Kinta pada tahun 1880.

Namun, negeri Perak ini memang terkenal dengan hasil bijih timahnya sejak dari zaman

wujudnya kerajaan dan kesultanan Melayu. Buktinya, menurut Barreto de Resende, sejumlah

8 J. Kennedy. 1965. A History of Malaya. Kuala Lumpur: Mac Millon and Company Limited. Hlm. 225.9 Malaysia Kita. 2003. Kuala Lumpur: International Law Book Services. hlm.40.10 Zainal Abidin Abdul Wahid. 1996. Malaysia Warisan dan Perkembangan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. hlm.121.

7

Page 8: Asement kum sosio

lebih kurang 400 kati bijih timah dihantar ke Melaka sebagai pembayaran ufti negeri Perak

kepada kuasa penjajah Melaka pada masa itu iaitu Portugis.11

Dalam pertengahan pertama abad ke-19, pelombong cina telah memperkenalkan

pembaharuan dalam teknik perlombongan seperti pam rantai bagi mengeringkan lombong-

lombong yang bertakung. Dalam beberapa tahun sahaja, mereka menjadi pengeluar utama

dan mula mendapat tanah lombong untuk mereka sendiri daripada kerajaan. Pelombong

Eropah di Kinta mendapati cara melombong bijih timah yang mereka gunakan tersangat

mahal dan dua buah lombong mereka yang dibuka dalam tahun 1886 di Papan terpaksa dijual

kepada orang Cina lima tahun kemudiannya kerana lombong itu mendatangkan kerugian

yang besar.12 Tetapi, dengan cara yang digunakan oleh orang Cina ini, lombong tersebut telah

membawa perubahan yang besar. Pelombong Cina juga memperkenalkan sistem lombong

yang lebih baik seperti sistem lombong dedah, pam kelikir, dan palung. Namun, pada tahun

1898 pelombong Cina telah menggunakan teknik hidraulik dan pam kelikir yang dibawa dari

Australia dalam perlombongan bijih timah.

Industri bijih timah ini terus berkembang pesat di zaman pemerintahan kolonial

British kerana ramai pelabur Inggeris membuat pelaburan di dalam bidang ini. Penggunaan

kapal korek yang pertama dalam industri perlombongan bijih timah telah dibuat oleh

Malayan Tin Dredging Company di Batu Gajah pada tahun 1912.13 Penggunaan kapal korek

pada masa ini telah meningkatkan pengeluaran bijih timah. Selain itu, bijih timah juga

mendapat permintaan yang tinggi dalam industri pengetinan makanan di England. Ia

menggambarkan bahawa perusahaan bijih timah yang diusahakan oleh pengusaha Eropah dan

Cina dianggap sangat penting dan memberikan sumbangan dalam berbagai cara kepada

ekonomi negara ini. Justeru, kerajaan British telah mendirikan rel kereta api seperti Taiping-

Port Weld (1885) dan Kelang-Kuala Lumpur (1886) yang didirikan untuk menghubungkan

kawasan perlombongan dan pelabuhan.14 Port Weld pada masa ini merupakan sebuah

pelabuhan yang sangat sibuk kerana segala import dan eksport di antara Taiping dengan

11 Mohd Zamberi A. Malek. 2001. Larut Daerah Terkaya. Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia. hlm.25.12 Jessy, Joginder Singh. 1978. Sejarah Tanah Melayu (1400-1959). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. hlm.276.13 Malaysia Kita. 2003. Kuala Lumpur: International Law Book Services. hlm.58.14 Mohd Ashraf Ibrahim. 2004. Gagasan Bangsa Malayan yang Bersatu 1945-57. Bangi : Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia. hlm.20.

8

Page 9: Asement kum sosio

Pulau Pinang disalurkan melalui pelabuhan ini. Hulu Perak dan Kinta juga bergantung

kepada Port Weld walaupun Kinta juga menggunakan pelabuhan Teluk Anson.15

Selain itu, perlombongan emas juga turut dijalankan. Pahang adalah salah sebuah

negeri di Malaysia yang terkenal dengan penghasilan emas. Pada tahun 1888, aktiviti

melombong emas yang dijalankan oleh orang Melayu sebahagiannya dilakukan di dasar

sungai yang cetek airnya. Hal ini kerana, orang Melayu masih lagi melombong emas dengan

cara traidisional. Selain itu, orang Cina juga memainkan peranan yang penting dalam

perlombongan emas di Pahang. Namun, sebelum abad ke-18, orang Cina yang tinggal di

Pahang tidaklah ramai, tetapi selepas berita mengenai kekayaan emas di negeri itu tersebar,

mereka tertarik untuk berpindah ke Pahang. Kebanyakan orang Cina yang berpindah ke

Pahang ialah mereka yang berasal dari Perak dan Negeri Sembilan.

Emas juga didapati di sepanjang tebing Sungai Sarawak dan tempat ini telah menarik

perhatian pelombong Cina kerana lombong Sambas tidak lagi mendatangkan hasil. Emas di

lombong Sambas tidak ditemui dengan banyak akibat daripada perlombongan yang tidak

teratur. Pada tahun 1890- an, Syarikat Borneo memperkenalkan alat-alat melombong yang

moden dan telah membuka lombong sendiri di Bau dua tahun kemudian. Pada tahun ini juga,

emas dilombong secara komersial di Raub, Pahang yang diusahakan oleh Syarikat

Perlombongan Emas Australia Raub dari Australia. Kawasan ini juga dikenali sebagai

Pahang Gold Belt. Keadaan ini telah memberi peluang kepada industri perlombongan emas

dan mencapai kemuncaknya selepas 20 tahun berikutnya.

Perlombongan antimoni juga turut diusahakan namun bahan galian antimoni ini

dikatakan hanya ditemui di Sarawak. Raja Charles telah membenarkan Syarikat Borneo

menjalankan operasi di Sarawak dalam bidang pertanian dan perlombongan. Perlombongan

antimoni pertama yang dibuka di Sarawak ialah di kawasan Bau iaitu empat tahun selepas

Singapura menjadi pelabuhan entreport yang baharu bagi pasaran antimoni pada tahun 1819.

Longgokan antimoni yang terdapat di Sungai Sarawak diusahakan oleh orang-orang Melayu

dan Cina. Pada tahun 1840-an, Syarikat Borneo telah menubuhkan sebuah kilang melebur di

Kuching dan Bau pada tahun 1860-an. Permintaan antimoni yang tinggi di pasaran Singapura

menyebabkan bahan tersebut menjadi bahan eksport utama Sarawak dan menjadi hasil

pendapatan utama negeri. Namun, selepas tahun 1885, jumlah keluaran dan kepentingannya

15 Khoo Khay Kim. 1981. Taiping IbuKota Perak. Kuala Lumpur: United Selangor Press Sdn Bhd. hlm.5.

9

Page 10: Asement kum sosio

mulai merosot. Selain daripada perlombongan bijih timah, emas dan antimoni, arang batu

juga turut menjadi bahan galian eksport utama bagi negeri Sarawak selepas tahun 1889

apabila kerajaan berjaya mengusahakan lombong arang batu di Sadong. Selain itu, arang batu

juga dilombong di Tawau, Sandakan, dan Labuan. Galian ini amat diperlukan untuk

kegunaan kapal-kapal wap pada ketika itu. Arang batu menjadi galian eksport bahan mineral

yang penting pada penghujung kurun ke-19 namun merosot setelah pertumbuhan industri

getah dan kayu balak.

Penjajahan British di Tanah Melayu memberi kesan terhadap ekonomi Tanah Melayu

walaupun British melakukan sesuatu pembaharuan semata-mata untuk mengaut kekayaan

hasil bumi di Tanah Melayu. Namun, penguasaan British ini turut memberikan tempias

terhadap perkembangan ekonomi Tanah Melayu.

4.2 Pertanian dan Perladangan

Masyarakat Melayu sejak zaman berzaman bergantung hidup dengan kegiatan

pertanian. Sejak zaman agraria lagi, sektor ekonomi penduduk rantau Asia Tenggara

bergantung hidup kepada kegiatan pertanian bagi menjana makanan dalam kalangan

masyarakat. Negeri Semenanjung Tanah Melayu yang terkenal dengan pertanian padi ialah di

negeri Kelantan, Kedah dan Perlis.

Semenanjung Tanah Melayu mengalami transformasi ekonomi hasil daripada

pemerintahan kolonial. Ekonomi di bawah sistem kolonial mementingkan pertukaran. Di

bawah pemerintahan kolonial membentuk sebuah industri pertanian. Aktiviti pertanian

masyarakat Melayu dihadkan kepada ekonomi berbentuk kolonial. Contohnya, pihak kolonial

mengadakan beberapa undang-undang bagi menyekat aktiviti penduduk. Di Perak, peraturan-

peraturan dan undang-undang baru seperti Compulsory Planting of Coconuts by Malays

1880, Prohibition of Feeling of Forest 1881 dan Alienation of Nipah Lands 1888. Peraturan

ini telah membataskan pergerakan kaum tani Melayu. Pemerintah bebas menentukan jenis

tanaman yang mesti ditanam dan cara penanamannya.16

Di bawah sistem pertanian komersial, pihak penjajah British menggalakkan bangsa

mereka untuk membuka ladang-ladang getah, kelapa dan rempah ratus di Tanah Melayu

16 Norazit Selat. 1977. Ekonomi dan Politik Melayu. Kuala Lumpur:Universiti Malaya. hlm.7.

10

Page 11: Asement kum sosio

untuk keperluan pengeluaran komoditi eksport. Tanaman pertama yang diperkenalkan British

di Tanah Melayu ialah lada hitam. Tanaman lada hitam diperkenalkan di Pulau Pinang dari

Acheh pada tahun 1790. Menjelang tahun 1830-an industri ini menghadapi krisis dan

digantikan dengan tanaman buah pelaga dan buah pala pada awal abad ke-19. Tebu turut

ditanam di Seberang Perai pada tahun 1850-an. Tanaman-tanaman lain yang ditanam di

Tanah Melayu seperti ubi kayu, kelapa dan kopi. Sebelum Perang Dunia Pertama meletus

getah muncul sebagai penjana ekonomi yang utama di Semenanjung Tanah Melayu.17

4.2.1 Tanaman Getah

Penanaman getah di Negeri-negeri Melayu bermula pada awal abad ke-20. Hal ini

disebabkan oleh beberapa faktor yang merancakkan lagi penanaman getah di Tanah Melayu.

Pertamanya, harga kopi jatuh akibat pengeluaran kopi yang semakin meningkat di Brazil.

Peladang kopi memilih untuk menanam getah kerana pokok kopi sering diserang penyakit.

Pengarah Tanaman Botanik di Singapura, H.N.Ridley menggalakkan penanaman getah secara

besar-besaran di Tanah Melayu. Di samping, kemajuan industri kereta di Eropah dan

Amerika memerlukan penggunaan tayar getah. Kenaikan harga getah menggalakkan

penanaman getah secara besar-besaran. Biji getah dibawa dari Brazil ke London dan ke

Singapura. Dari Singapura biji getah ini dibawa ke Kuala Kangsar. Pokok getah pertama

yang ditanam di Tanah Melayu ialah terletak di kediaman Residen Inggeris di Perak iaitu

Hugh Low. Kebanyakan tanaman getah di tanam di Negeri-negeri Melayu Bersekutu.18

Pihak Inggeris membuka ladang getah secara besar-besaran. Oleh itu, mereka

memerlukan buruh yang ramai untuk mengerjakan ladang getah. Orang Cina yang berada di

Tanah Melayu yang mengusahakan aktiviti perlombongan telah berubah arah kepada aktiviti

penanaman getah. Hal ini disebabkan berlaku peningkatan harga getah di pasaran dunia pada

tahun 1890-an. Pihak penjajah Inggeris memberi perhatian yang lebih kepada penanaman

getah. Getah asli mendapat permintaan yang memberangsangkan di pasaran antarabangsa.

Oleh itu, pada tahun 1925, Pusat Penyelidikan Getah Malaya (RRIM) telah ditubuhkan. Pusat

ini merupakan satu-satunya pusat penyelidikan ke atas penanaman getah asli.19

17 Ishak Saat. 2006. Sejarah Sosiobudaya Melayu. Shah Alam:Karisma Publications Sdn. Bhd. hlm.167-168.18 2003. Malaysia Kita. Kuala Lumpur: International Law Book Service. hlm.59-60.19 Ishak Saat. Sejarah Sosiobudaya Melayu. Shah Alam:Karisma Publications Sdn. Bhd. hlm.168-169.

11

Page 12: Asement kum sosio

Getah menjadi tanaman ideal bagi memenuhi matlamat jangka panjang penggunaan

tanah oleh orang Eropah. Pada tahun 1897, peraturan tanah khas diperkenalkan di Negeri-

negeri Melayu Bersekutu bagi menggalakkan penanaman getah. Boom getah yang pertama

berlaku pada tahun-tahun 1905, iaitu dengan berkembangnya industri motokar. Dalam

tempoh ini juga kawasan yang ditanami getah bertambah sebanyak lima kali ganda. Pada

tahun 1908, getah ditanam di setiap negeri di Tanah Melayu. Kerajaan mengambil langkah

yang bermanfaat terhadap peladang getah dari segi pengambilan tanah, aliran modal serta

peraturan-peraturan buruh. Tujuannya adalah untuk mengadakan tapak bagi perluasan

industri itu. Boom getah berlaku pula antara tahun 1909 dan 1912. Syarikat-syarikat Eropah

membelanjakan jumlah wang yang besar untuk membeli tanah-tanah Melayu. Boom getah

lebih ketara di negeri-negeri pantai barat disebabkan di sana adanya infrastruktur. Pengusaha-

pengusaha Eropah merancakkan industri mereka di kawasan pantai barat berbanding dengan

pantai timur. Hal ini disebabkan pantai barat terdapat jaringan jalan raya, jalan kereta api dan

pelabuhan yang terbuka sepanjang tahun.

Penyertaan pekebun-pekebun kecil dalam industri getah hanya mula berkesan apabila

Skim Stevenson dikuatkuasakan pada tahun 1922. Skim ini menentukan kuota ke atas

pengeluaran getah yang mendiskriminasikan pekebun kecil anak negeri.20 Sejarah penanaman

getah di Tanah Melayu turut mengalami zaman yang genting, apabila harga getah menurun.

Getah dikehendaki untuk perusahaan motokar. Harga getah mengalami kemelesetan sehingga

mencecah hanya 20 sen sepaun. Rayuan dibuat bagi mengehadkan harga getah tetapi Belanda

tidak melibatkan diri dalam rayuan ini. Pengeluar getah di Tanah Melayu dan Ceylon

menjalankan juga Skim Pembatasan Stevenson. Pembatasan ini melibatkan pengeluaran dan

ladang-ladang baharu. Harga getah mula meleset sehingga tahun 1934. Jepun menakluk

Tanah Melayu dari tahun 1942 hingga 1945. Timbul pula getah tiruan yang menggugat

pengeluaran getah asli.21

4.2.2 Tanaman Padi

Penanaman padi secara pertanian pindah oleh kaum tani Melayu menjadi satu isu

kepada pemerintahan Inggeris. Amalan berladang mengikut fahaman kolonial sebagai ‘an

obnoxious and wasteful type of agriculture, destroying valuable timber and a temporary

20 Andaya.B.W dan Andaya L.Y. 1983. Sejarah Malaysia. Petaling Jaya:Macmillan Publishers (M) Sdn. Bhd. hlm.248-249.21 Joginder Singh Jessy. 1978. Sejarah Tanah Melayu 1400-1959. Kuala Lumpur:Dewan Bahasa dan Pustaka. hlm.275.

12

Page 13: Asement kum sosio

culture of best’. Pihak Inggeris menggalakkan kaum tani Melayu yang mempraktikkan sistem

ladang untuk menanam padi secara tetap menerusi padi basah. Bagi mencapai matlamat

tersebut, pihak kolonial menaikkan kadar sewa ke atas penanaman padi darat, namun cara itu

juga tidak dapat mengubah keadaan. Masyarakat petani kekal dengan tanaman padi darat

mereka. Dalam tahun 1888, setahun selepas kadar sewa dinaikkan, jumlah kawasan yang

diusahakan dengan padi darat masih besar. Contohnya, di Perak di daerah Kinta sejumlah

1500 ekar diusahakan. Di Kuala Kangsar pula ialah 3455 ekar atau 91.0 peratus daripada

kesemua tanah yang diteroka di dalam daerah itu. Ekoran kedegilan masyarakat pihak

kolonial mengadakan peraturan yang lebih ketat. Bermula dari 1 Januari 1890, kawasan hutan

tidak boleh ditebang untuk tujuan ladang.22

Pada mulanya, kerajaan kolonial tidak mengambil berat tentang penanaman padi

secara sara diri. Namun begitu, setelah pelombong timah dan pengusaha industri getah

mengimport ramai buruh asing menyebabkan permintaan terhadap makanan adalah tinggi.

Pihak kolonial membuat percubaan dengan membawa masuk petani dari Cina dan India tetapi

tidak berjaya. Kebanyakan masyarakat asing ini tidak berminat menceburkan diri dalam

bidang pertanian secara jangka panjang. Permintaan terhadap beras dalam negeri semakin

meningkat. Kemerosotan pekerjaan tradisional penduduk seperti kesenian kerja tangan

Melayu dan perkapalan merancakkan lagi penanaman padi di barat laut atau timur laut

Semenanjung Tanah Melayu. Kedua-dua kawasan ini memang sesuai ditanam padi kerana

bekalan air yang cukup dan perparitan yang baik. Penanaman padi memerlukan sumber air

yang mencukupi untuk hidup subur. Kedah merupakan negeri yang mengusahakan

penanaman padi secara besar-besaran. Kerajaan kolonial memperkenalkan rancangan

pengairan secara besar-besaran untuk daerah Kerian dan beberapa projek lain yang kecil.

Orang Melayu juga dengan inisiatif mereka sendiri berusaha meningkatkan kawasan

penanamannya. Semasa zaman kolonial 60% dari seluruh kawasan padi ialah di barat laut

(Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Seberang Perai dan Perak) dan 23% lagi di timur laut (Kelantan

dan Terengganu).

Di Tanah Melayu, berlaku kekurangan bekalan beras yang sangat genting antara tahun

1918 dan 1921. Beras menjadi satu keperluan yang mendesak. Walau bagaimanapun, terdapat

kesilapan besar dalam usaha Inggeris mahu menggalakkan penanaman padi dalam kalangan

22 Norazit Selat. 1977. Ekonomi dan Politik Melayu. Kuala Lumpur:Universiti Malaya. hlm.7-8.

13

Page 14: Asement kum sosio

orang Melayu. Kerajaan kolonial tidak memberikan sambutan kepada keperluan kredit bagi

penduduk kampung. Petani dihimpit masalah menerusi dasar pihak kolonial apabila pemberi

pinjam akan merampas tanah mereka ataupun petani mungkin dihalau oleh tuan tanah yang

mereka sewa itu. Sebaliknya, pinjaman yang sedia ada disalurkan kepada firma-firma Eropah

yang terlibat dengan industri ekstraktif. Sehinggakan penyelidikan berkaitan dengan padi

jauh terkebelakang berbanding dengan tanaman lain untuk eksport. Padi menjadi mangsa

korban untuk tanaman getah dan timah. Kolonial kurang memberi perhatian terhadap

penanaman padi.23

4.2.3 Tanaman Kopi

Kopi menjadi tanaman yang menguntungkan pada akhir kurun ke-19 dan awal kurun

ke-20. Penanaman kopi secara besar-besaran ialah di Selangor, Negeri Sembilan, Perak dan

Johor. Kopi sebagai tanaman komersial pertama yang dapat hidup dengan subur di

kebanyakan kawasan di Tanah Melayu. Tanaman kopi menarik banyak modal, pengurusan

kakitangan dan membawa masuk ramai buruh Tamil dan Jawa ke beberapa tempat di Tanah

Melayu. Kerajaan melihat tanaman kopi membawa keuntungan kepada mereka. Oleh itu,

peladang-peladang kopi mendapat syarat-syarat yang baik tentang pengambilan tanah, diberi

pinjaman penanaman yang besar dan keadaan buruh yang menguntungkan. Hal ini,

mendorong kemasukan pelaburan yang besar.24

4.2.4 Tanaman Kelapa Sawit

Kelapa sawit diperkenalkan di Semenanjung pada tahun 1850-an namun hanya

ditanam sebagai pokok hiasan. Hanya pada tahun 1917, muncul ladang kelapa sawit yang

pertama sebagai usaha komersial. Minyak kelapa sawit digunakan untuk membuat sabun,

lilin, fluks untuk perusahaan menyadur timah, marjerin, minyak sayur, gris dan minyak untuk

23 Andaya.B.W dan Andaya L.Y. 1983. Sejarah Malaysia. Petaling Jaya:Macmillan Publishers (M) Sdn. Bhd. hlm.252-253.

24 Andaya.B.W dan Andaya L.Y. 1983. Sejarah Malaysia. Petaling Jaya:Macmillan Publishers (M) Sdn. Bhd. hlm..247.

14

Page 15: Asement kum sosio

enjin pembakaran. Harga getah yang merosot setelah Perang Dunia Kedua menyebabkan

peladang mencari alternatif mencari tanaman gantian yang lain. Pembangunan secara besar-

besaran tidak berlaku, namun pada tahun 1924 tiga buah syarikat getah dalam kumpulan

Guthrie menubuhkan Kelapa Sawit Berhad. Industri kelapa sawit memerlukan modal yang

besar dan kepakaran yang khusus. Oleh itu, industri kelapa sawit terletak berdekatan dengan

ladang-ladang getah. Hal ini supaya mendapat manfaat daripada infrastruktur yang ada.

Ladang kelapa sawit terletak di pantai barat Tanah Melayu. Pada tahun 1930-an, pengeluaran

minyak kelapa sawit berlipat kali ganda. Kemajuan yang begitu drastik dalam industri kelapa

sawit disebabkan oleh kemajuan teknik di bidang penanaman, ekstraksi minyak dan

pengangkutan.25

5.0 SOSIAL

5.1 Dasar- dasar Sistem Pendidikan Kolonial British

Walaupun pendidikan pada Zaman Kolonial memang suatu kepentingan tetapi

sekolah-sekolah yang direka adalah bagi memenuhi keperluan penjajah. Dasar pendidikan

kolonial menyebabkan interaksi kaum pada masa itu sangat lemah. Pengenalan kaum

berasaskan tempat tinggal amat ketara pada masa ini di mana orang Cina lazimnya di bandar-

bandar atau lombong, orang India di kawasan estet dan ladang kopi manakala orang Melayu

tinggal di kampung-kampung sebagai nelayan ataupun petani yang mengerjakan sawah padi.

British sengaja membiarkan keadaan ini supaya mereka senang memerintah dan mengaut

kekayaan di Tanah Melayu sementara rakyat peribumi dibiarkan merempat dan ditindas di

negeri sendiri.

Anak-anak Melayu yang belajar di Sekolah Vernakular Melayu diajar asas pelayaran

dan pertanian supaya mereka boleh menjadi nelayan dan petani yang lebih baik daripada ibu

bapa mereka. Dasar British adalah untuk mengekalkan orang Melayu di kampung kerana

mereka menganggap orang Melayu pemalas dan tidak mahu melakukan kerja. Dasar Inggeris

sendiri tidak mahu orang Melayu lebih berpelajaran kerana dianggap akan mengancam

keselamatan dan menggerakkan penentangan terhadap penjajah.26 Namun, semenjak sebelum 25 Ibid. hlm.251.26 Mohd Isa Othman. 2002. Sejarah Malaysia (1800-1963). Kuala Lumpur : Utusan Publications Sdn Bhd. hlm. 216.

15

Page 16: Asement kum sosio

merdeka lagi, Malaysia telah menghantar ramai para pelajarnya menuntut di Britain.27 Ini

menunjukkan bahawa penduduk di Tanah Melayu sudah mendapat pendidikan awal lagi.

Sekolah-sekolah yang didirikan oleh penjajah adalah hanya sebagai penyebar budaya nilai-

nilai asing kerana pada zaman kolonial kanak-kanak di sekolah diajar dengan menggunakan

kurikulum dan buku-buku yang serupa dengan di England.

Pemeritahan kolonial tidak ada minat untuk membangunkan rakyat dan menyatukan

etnik yang pelbagai kaum pada waktu tersebut melalui pendidikan. Tujuan utama adalah

untuk membantutkan dasar perkembangan pendidikan dan tamadun orang Melayu. Ia juga

dilakukan bagi memudahkan pengaliran keluar segala hasil kekayaan negeri-negeri Melayu.

Sekatan pendidikan turut dikenakan terhadap orang India yang menetap di ladang-ladang

bagi mengekalkan status quo mereka sebagai ‘anak ladang’. Orang Cina pula mempunyai

sistem pendidikan tersendiri yang dibiayai oleh pedagang-pedagang dan pelombong Cina.

Ternyata orang Cina mempunyai sistem pendidikan yang jauh lebih maju daripada

pendidikan orang Melayu dan India.

5.2 Sistem Pendidikan Kolonial British

Sistem pendidikan yang dilaksanakan pada zaman kolonial adalah mencerminkan

kuasa dan keperluan penjajah kerana tujuan kedatangan Inggeris ke Tanah Melayu bukan

untuk memperkenalkan sistem pendidikan tetapi terpaksa diperkenalkan kerana tuntutan

politik dan desakan daripada sesetengah pihak. Dasar pecah dan perintah British

menyebabkan wujud sistem pendidikan Vernakular di Tanah Melayu iaitu empat aliran

sekolah yang berbeza iaitu Melayu, Cina, Tamil dan Inggeris. Sistem Pendidikan Vernakular

bermaksud sistem pendidikan yang berasaskan bahasa ibunda masing-masing sebagai bahasa

pengantar. Pendidikan Vernakular gagal memupuk perpaduan kaum di Tanah Melayu kerana

mereka terpisah di antara satu sama lain. Sistem pendidikan berbentuk vernakular dihasilkan

dengan mengekalkan setiap kaum dengan identiti bahasa dan negara asal mereka.

5.3 Sekolah-sekolah yang ditubuhkan pada zaman kolonial

5.3.1 Sekolah Vernakular Melayu

27 Ucapan Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad di Perasmian Pameran Pendidikan British di Pusat Dagangan Dunia Putra, Kuala Lumpur pada Hari Khamis, 28 Mac 1991.

16

Page 17: Asement kum sosio

Sebelum penjajahan British, kanak-kanak Melayu mendapat pendidikan di surau,

masjid dan sekolah pondok. Pendidikan dalam kalangan masyarakat Melayu tertumpu kepada

pelajaran agama. Semasa pentadbiran British, Sekolah Melayu didirikan bagi memberikan

pendidikan sekular kepada orang-orang Melayu menyebabkan sekolah pondok banyak

ditubuhkan kerana orang-orang Melayu menganggap sekolah Inggeris kafir. Selepas tahun

1946 keadaan sebaliknya berlaku disebabkan galakan pihak pemerintah termasuk membuka

peluang melanjutkan pelajaran dan jaminan mendapat pekerjaan untuk lepasan sekolah

Inggeris dan Melayu.28 Di sekolah ini, anak-anak Melayu diajar menulis, membaca dan

mengira serta sedikit ilmu Geografi, seni pertukangan dan perkebunan. Sekolah Sekular

Melayu hanya memberikan pendidikan rendah sehingga darjah enam sahaja. Sekolah sekular

Melayu pertama dibina adalah di negeri-negeri selat, iaitu Sekolah Melayu Gelugor dan

Sekolah Melayu Bayan Lepas di Pulau Pinang. Sekolah-sekolah sekular Melayu

kemudiannya dibuka di Seberang Prai, Melaka dan kemudiannya dibuka di negeri-negeri

Melayu yang lain.

Pada tahun 1905, Kolej Melayu Kuala Kangsar (Malay college Kuala Kangsar)

ditubuhkan khas bagi anak-anak golongan bangsawan Melayu yang menjadi alat pentadbiran

British. Ianya berasaskan sistem pendidikan terbaik di Britain. Pada tahun 1910, mereka yang

lulus darjah tujuh di kolej tersebut diserapkan ke dalam perkhidmatan pentadbiran Melayu.

Pada tahun 1930, golongan ini dilantik untuk menjawat jawatan rendah dalam Perkhidmatan

Awam Tanah Melayu (MCS). Lulusan kolej ini diharap menjadi penyokong setia British.

Atas desakan untuk memenuhi kekurangan besar dalam bilangan guru, R.O Winstedt selaku

penolong Pengarah Pelajaran telah dipertanggungjawabkan untuk mentadbir sekolah-sekolah

vernakular Melayu dan beliau telah mencadangkan penubuhan sebuah maktab bagi melatih

guru-guru Melayu di Tanjung Malim, Perak. Maka, lahirlah Maktab Perguruan Sultan Idris

(MPSI) pada tahun 1922.

Pendidikan Vernakular Melayu adalah rendah mutunya. Antara tahun 1914-1940,

tidak terdapat sekolah menengah aliran Melayu di Tanah Melayu. Perkembangan sekolah

hanya terhad kepada sekolah rendah sahaja. Pihak British tidak mewujudkan sekolah

menengah aliran Melayu kerana pihak penjajah berpegang kepada dasar untuk mengekalkan

28 Mohd. Isa Othman. 2002. Sejarah Malaysia (1800-1963). Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd. hlm.209.

17

Page 18: Asement kum sosio

cara hidup masyarakat Melayu sebagai petani dan nelayan29 yang lebih cerdik daripada

bapanya. Pihak British bimbang pendidikan tinggi bagi orang-orang Melayu akan

membangkitkan kesedaran dan mereka akan bangkit menentang penjajahan British.30 Ini

bermaksud British ingin terus membiarkan orang Melayu terus dibelenggu kemiskinan dan

juga ingin mengekalkan orang Melayu supaya terus tinggal di perkampungan nelayan atau di

kawasan pedalaman. Penubuhan sekolah vernakular Melayu ini juga bertujuan untuk

mengekalkan kesetiaan dan jalinan persahabatan antara pegawai kerajaan British dengan

golongan elit Melayu, iaitu golongan raja dan pembesar-pembesar Melayu supaya terus

memberikan kerjasama dengan mereka.

5.3.2 Sekolah Vernakular Cina

Pendidikan Cina di Tanah Melayu sehingga abad ke 20 adalah berasaskan

pengetahuan klasik Confucius.31 Sekolah-sekolah Cina menekankan kaedah pembelajaran

secara menghafal, mendeklamasi teks Confucius atau klasik Cina tanpa memahami

maknanya. Sekolah-sekolah ini mengajar pelajaran klasik dan secara hafalan yang kurang

berguna untuk keperluan Inggeris di Negeri-negeri Selat.32 Terdapat tiga jenis sekolah Cina

pada zaman kolonial. Sekolah yang pertama iaitu yang dikendalikan oleh jawatan kuasa

peringkat daerah, persatuan, keluarga Cina di Bandar atau di daerah tertentu. Sekolah yang

kedua iaitu ditubuhkan oleh orang perseorangan atau beberapa orang guru dalam satu jawatan

kuasa yang terdiri daripada penaja atau dermawan. Sekolah yang ketiga pula yang dijalankan

oleh guru yang mengambil upah dari anak-anak murid mereka. Sekolah Cina menggunakan

dialek masing-masing sebagai bahasa pengantar iaitu Kantonis, Hokkien, Hakka dan

sebagainya. Guru, sukatan mata pelajaran dan buku dibawa dari China. Sekolah Cina

menyediakan pendidikan rendah selama enam tahun. Terdapat sekolah Cina yang

menyediakan pendidikan sehingga tahap senior Middle iaitu pelajaran menengah atas tiga

atau sekolah Tinggi ke China.

29 Malaysia Kita: Panduan dan Rujukan untuk Peperiksaan Am Kerajaan. 2003. Kuala Lumpur: International Law Book Service. hlm.445. 30 Ibid. hlm.445. 31 Barbara Watson Andaya & Leonard Y. Andaya. 1983. Sejarah Malaysia. Kuala Lumpur: Macmillan Publishers (M) Sdn. Bhd. hlm. 259. 32 Mohd. Isa Othman. 2002. Sejarah Malaysia (1800-1963). Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd. hlm. 212.

18

Page 19: Asement kum sosio

Langkah untuk mengawal sekolah Cina bermula apabila sekolah ini digunakan oleh

Parti Kuomintang (KMT) dan Parti Komunis China (PKC) sebagai pusat dakyah. Sekolah

Cina di Tanah Melayu pada tahun 1920 an menjadi medan pertarungan antara dua ideologi

politik yang bertentangan ini. Buku teks sekolah dan bahan pendidikan yang lain jelas

menggambarkan semangat anti-Eropah.33 Pada tahun 1920, kerajaan Inggeris mengeluarkan

undang-undang bagi mengawal kegiatan sekolah-sekolah dan guru-guru yang terlibat serta

semua sekolah yang didirikan mesti didaftarkan.34 Enakmen ini memberi kuasa kepada

pengarah pelajaran untuk menutup sekolah yang tidak mengikut syarat pengurusan, sukatan

pelajaran, dan peraturan kesihatan yang ditetapkan oleh British. Namun, perlaksanaan

enakmen ini kurang berjaya.

British kemudiannya terpaksa mengambil tindakan yang lebih tegas pada tahun 1929.

Antara tindakan itu adalah menghapuskan semua unsur Eropah yang terdapat dalam buku

teks sekolah vernakular Cina. Guru-guru yang lahir di negara Cina tidak dibenarkan lagi

masuk ke Tanah Melayu. Pegawai-pegawai kerajaan dilantik untuk mengawal sekolah-

sekolah Vernakular Cina ini. Selain itu, peruntukan kerajaan juga diberikan kepada sekolah-

sekolah ini supaya dapat menyekat pengembangan ideologi komunis.

5.3.3 Pendidikan Vernakular Tamil

Semasa zaman penjajahan British, British tidak mengambil berat tentang pendidikan

orang India. Pendidikan Tamil adalah secara formal di Tanah Melayu dan dimulakan oleh

orang perseorangan dan pertubuhan masyarakat India. Dalam perkembangan sekolah India

kita dapat menilai dan melihat bahawa sekolah Vernakular Tamil dipengaruhi oleh

perkembangan ekonomi di Tanah Melayu. British telah mengarahkan supaya Orang India

berhijrah secara beramai-ramai untuk bekerja di Tanah Melayu sebagai pekerja di ladang

kopi, ladang tebu, ladang kelapa dan ladang getah. Dalam masa yang sama juga masyarakat

India telah membina sekolah-sekolah Tamil dan sekolah-sekolah ini telah didirikan di

kawasan ladang di Seberang Prai , Pulau Pinang dan Johor.

33 Barbara Watson Andaya & Leonard Y. Andaya. 1983. Sejarah Malaysia. Kuala Lumpur: Macmillan Publishers (M) Sdn. Bhd. hlm. 260. 34 Azmah Abdul Manaf. 2001. Sejarah Sosial Masyarakat Malaysia. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd. hlm.290.

19

Page 20: Asement kum sosio

Dapat dilihat bahawa sekolah-sekolah India yang dibina pada waktu itu hanya

sekolah-sekolah ladang dan bermutu rendah dan menghadapi pelbagai masalah seperti

kekurangan kemudahan di dalam sekolah seperti alat-alat untuk mengajar dan juga bilangan

guru yang betul-betul berkelayakan. Guru-guru lazimnya ialah kangani itu sendiri, kerani

ladang ataupun pekerja yang kebetulan boleh membaca dan menulis di ladang itu yang

mempunyai sedikit latihan atau tanpa latihan sama sekali.35 Dari segi bahasa pengantar yang

digunakan pula, di sekolah India telah menggunakan pelbagai rumpun bahasa dari India

seperti bahasa Telegu, Malayalam, Punjabi atau bahasa Hindi.

Pada tahun 1962 , British telah memperkenalkan sebuah undang-undang buruh yang

mewajibkan pengusaha ladang supaya menyediakan sekolah dan guru untuk anak-anak

pekerjanya. Keadaan ini secara langsung telah menyebabkan bilangan sekolah Tamil

bertambah bagaikan cendawan selepas hujan di setiap kawasan ladang di Tanah Melayu.

Walau bagaimanapun, terdapat juga sekolah Tamil yang didirikan di kawasan bandar seperti

sekolah Thamboosamy Pillai dan sekolah Vivekananda di Bandar Kuala Lumpur.

5.3.4 Sekolah Vernakular Inggeris

Sekolah Inggeris menyediakan pelajaran bagi semua kaum di Tanah Melayu kerana

pentadbiran British memerlukan ramai kerani dan pegawai rendah tempatan yang mempunyai

kemahiran berbahasa Inggeris. Sekolah Inggeris memainkan peranan yang penting dalam

melahirkan golongan elit pentadbir Melayu.36 Sekolah-sekolah ini diusahakan oleh mubaligh

Kristian dan badan-badan awam. Para mubaligh menganggap tugas mendidik adalah

mengikut budaya Barat kerana tugas mentamadunkan anak jajahan adalah ‘beban orang

putih’.37 Sekolah Inggeris yang pertama di Tanah Melayu adalah Penang Free School yang

ditubuhkan pada tahun 1816. Sekolah ini adalah sekolah pertama yang dibuka kepada semua

kaum dan agama.38

35 Barbara Watson Andaya & Leonard Y. Andaya. 1983. Sejarah Malaysia. Kuala Lumpur: Macmillan Publishers (M) Sdn. Bhd. hlm.258. 36 Mohd. Isa Othman. 2002. Sejarah Malaysia (1800-1963). Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd. hlm.215.37 Ibid. hlm. 215. 38 Azmah Abdul Manaf. 2001. Sejarah Sosial Masyarakat Malaysia. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd. hlm.296.

20

Page 21: Asement kum sosio

Sekolah Inggeris yang lain adalah Malacca School Free (1826) dan Singapore Free

School (1834). Terdapat sekolah Inggeris kerajaan di Negeri-negeri Melayu yang

menawarkan pelajaran percuma kepada anak-anak lelaki golongan pembesar. Pegawai British

seperti Frank Swettenham, Hugh Clifford dan Martin Lister menganggap bahawa apabila

pelajaran percuma diberikan, para pembesar akan lebih mudah bekerjasama. Sebuah Sekolah

Inggeris khusus untuk keluarga Diraja dan pembesar-pembesar negeri telah dibina pada tahun

1890 dan dinamakan Sekolah Raja. Pada tahun 1889, William Maxwell, residen Selangor

telah melantik Rev. Frank Haines sebagai guru Bahasa Inggeris kepada anak-anak raja di

Selangor.

Terdapat sekolah Inggeris yang ditubuhkan oleh badan mubaligh Kristian seperti

Pertubuhan Mubaligh London, Methodist Amerika, Gereja Anglikan dan Gereja Roman

Katolik. Sekolah-sekolah ini berkembang apabila mendapat bantuan dari kerajaan British.

Sumbangan penting sekolah mubaligh adalah kejayaan memberikan pelajaran kepada anak-

anak perempuan. Mereka berjaya meyakinkan ibu bapa untuk menghantar anak perempuan

mereka ke sekolah. Pada akhir tahun 1974, tedapat kira-kira 33 buah Mubaligh untuk kanak-

kanak perempuan.

Antara sekolah mubaligh bagi kanak-kanak perempuan ialah sekolah Perempuam

Methodist Senior, Kuala Lumpur. Sekolah ini diserahkan kepada mubalight Methodist

Amerika masalah kewangan dan kesukaran untuk mendapatkan tenaga pengajar. Terdapat

juga sekolah-sekolah mubaligh untuk kanak-kanak lelaki seperti sekolah lelaki Katholik di

Pulau Pinang dan St. John Institution di Kuala Lumpur. Mata pelajaran adalah nahu Inggeris,

Sejarah dan Geografi diajar dalam tahun tiga. Mata pelajaran sejarah diajar berdasarkan

sejarah Rom atau Britain. Sekolah perempuan Inggeris memberi penekanan kepada kelas

jahitan, memasak dan muzik.Sekolah Inggeris kemudian dimajukan menjadi sekolah rendah

dan sekolah menengah. Sekolah rendah menyediakan pelajaran selama tujuh tahun iaitu

darjah rendah, satu dan darjah rendah serta diikuti darjah satu hingga lima. Sekolah

Menengah pula menyediakan pelajaran selama 4 tahun, iaitu darjah enam hingga kelas Sijil

Persekolahan. Murid-murid dalam darjah lima boleh mengambil peperiksaan khas, iaitu Sijil

Junior Cambridge.

5.4 Infrastuktur

21

Page 22: Asement kum sosio

5.4.1 Sistem Perhubungan dan Pengakutan Jalan Raya

Menjelang pertengahan abad ke-19, negeri-negeri Melayu mula dikunjungi oleh pedagang-

pedagang Eropah dan China secara beramai-ramai apabila terjumpanya hasil bumi yang

berpotensi untuk dimajukan iaitu bijih timah. Lombong bijih timah banyak ditemui di daerah

Larut dan Kinta di Perak dan Lembah Klang di Selangor. Justeru dengan penemuan berharga

ini, mereka hanya berminat untuk mengusahakannya berhadapan dengan masalah

pengangkutan untuk membawa keluar hasil-hasil lombong.

Pada peringkat awal kebanyakan jalan darat dibina di kawasan lombong. Pengguna-

pengguna jalan ini terdiri daripada pejalan-pejalan kaki dan kereta dua roda seperti kereta

lembu dan kuda. Pemerintah-pemerintah Melayu sendiri sudah memulakan pembinaan jalan

seperti ini tetapi sumber kewangan mereka terhad. Pelombong-pelombong Cina seperti Yap

Ah Loy juga membina jalan di Kuala Lumpur.39 British terpaksa mengeluarkan wang untuk

membina jalan-jalan darat yang menghubungkan antara kawasan perlombongan dengan

kilang-kilang untuk diproses dan seterusnya dihantar ke pelabuhan untuk dieksport.40 Pada

peringkat ini iaitu pada pertengahan abad ke-19, jalan-jalan darat yang dibina adalah

merupakan jalan-jalan kecil atau denai untuk laluan pedati atau kereta lembu. Pada tahap ini

kelihatan bahawa pihak yang berusaha untuk memajukan sistem pengangkutan jalan darat ini

ialah mereka yang berkepentingan dalam perusahaan perlombongan seperti pembesar-

pembesar Melayu yang turut terlibat misalnya Sultan Selangor, Sultan Abdul Samad telah

membelanjakan wangnya sendiri untuk membuat jalan di Ulu Langat, Selangor.41 Ini

menunjukkan bahawa kepentingan jalan darat sudah mula dirasai.

Menjelang tahun 1890, satu rangkaian jalan kereta lembu telah dibina di Negeri-

negeri Selat dan Negeri-negeri Melayu Bersekutu. Pembinaan jalan kereta lembu yang

pertama adalah di Perak iaitu di daerah Matang dan Taiping kemudian pada tahun 1875 ianya

disambungkan lagi ke Kamunting dan seterusnya ke Kerian. Jalan kereta lembu ini dibina

bagi mengangkut bijih timah terutamanya di kawasan lombong yang jauh ke pedalaman.

39 Mohd. Isa Othman. 2002. Sejarah Malaysia (1800-1963). Kuala Lumpur: Utusan Publication & Distributors Sdn Bhd. hlm.200.40 Ibid.hlm.20141 Amarjit Kaur. 1984. An Historical Study of Transport In Malaya. Kuala Lumpur: Persatuan Sejarah Malaysia. hlm.246.

22

Page 23: Asement kum sosio

Seterusnya, jalan kereta lembu ini telah diperbaiki dan diperluaskan menjadi jalan raya untuk

kegunaan kereta motor.42

Jaringan jalan raya ini telah dibuat secara berperingkat-peringkat di sesuatu kawasan

dan seperti biasa kawasan utama pembinaan jalan raya oleh British ditumpukan di tempat

yang ada nilai ekonomi seperti bijih timah, getah, serta hasil pertanian yang lain. Penggunaan

jalan raya memudahkan pengangkutan hasil dari kawasan perlombongan atau pertanian,

memudahkan pengedaran barang dagangan dari satu tempat ke satu tempat yang lain.

Pembinaan jalan raya ini lebih dilihat oleh British sebagai satu kemudahan atau keperluan

disebabkan oleh pembangunan ekonomi yang pesat. Kebanyakan kewangan adalah untuk

membina jalan raya yang diberi tumpuan di kawasan yang mempunyai hasil bumi yang

banyak terutama di negeri Perak dan Selangor berbanding dengan negeri-negeri lain.43

Misalnya pada tahun 1875, British telah menyiapkan jalan raya yang menghubungkan

Petaling dan Damansara.44

Semasa kedatangan British ke Perak, di daerah Larut hanya terdapat satu jalan

bermula daripada tebing sungai iaitu kawasan perlombongan bijih timah dan berakhir di Kota

dan Bukit Gantang.45 Jalan tersebut sangat teruk dan hanya gajah sahaja yang digunakan

untuk melalui jalan ini. Namun demikian, jalan ini telah dibaikpulih dengan menggunakan

batu-batu dari kawasan perlombongan yang terdekat dan keadaannya menjadi semakin baik

yang kemudiannya disebut sebagai “Cardury Roads”.46 Penggunaan jalan raya ini dilihat

dapat memudahkan pengangkutan barangan khususnya bijih timah dari suatu tempat ke

tempat yang lain dan memudahkan urusan pentadbiran pihak British.

5.4.2 Sistem Perhubungan Jalan Kereta Api

Pembinaan landasan kereta api telah merapatkan lagi hubungan antara negeri-negeri

di Tanah Melayu. Ia juga berjaya merubah bentuk muka bumi di Tanah Melayu dari keadaan

yang berhutan belukar dan bergunung-ganang kepada keadaan bertanah rata dan mempunyai

42 Zainal Abidin Abdul Wahid. 1996. Malaysia: Warisan dan Perkembangan Edisi Kedua. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. hlm.247.43 M.A., Kennedy. J. 1965. A History Of Malaya. Hong Kong: Continental Printing. hlm.197.44 Gullick, M.J. 2000. History Of Kuala Lumpur (1856-1939). Selangor: Academic Art & Printing Services. hlm.60.45 M.A., Kennedy. J. 1965. A History Of Malaya. Hong Kong: Continental Printing. hlm.169.46 Ibid. hlm.169.

23

Page 24: Asement kum sosio

jaringan perhubungan yang baik. Pembinaan jalan kereta api memang dianggap penting oleh

British untuk kepentingan ekonominya. Tetapi pembinaan jalan kereta api yang pertama di

Tanah Melayu bukan dilakukan oleh British. Jalan kereta api pertama dibina oleh kerajaan

Johor pada tahun 1869 yang menghubungkan Johor Bharu dengan Gunung Pulai. Jalan ini

dikenali sebagai “kereta api kayu Johor” kerana landasannya dibuat daripada kayu. Tapi

landasan ini ditinggalkan sepuluh tahun kemudian.47

British mula membina landasan kereta api pada tahun 1885 bagi mengadakan satu

sistem pengangkutan dan perhubungan yang cekap dan lebih baik. Pada peringkat awal,

perkembangan perkhidmatan kereta api di negeri-Negeri Melayu terutama di Negeri Perak,

Selangor, Negeri Sembilan dan Perak ialah di antara tahun 1885 hingga 1895. Pada peringkat

ini, empat landasan kereta api yang pendek telah di bina untuk menghubungkan kawasan

perlombongan bijih timah di kawasan pedalaman dengan pelabuhan.48 Kerja-kerja pembinaan

landasan kereta api yang pertama sepanjang lapan batu di antara lombong-lombong di

Taiping dan kawasan pantai di muara Sungai Larut telah dimulakan pada tahun 188149.

Kereta api yang pertama digunakan adalah pada tahun 1885, iaitu kereta api yang

menghubungkan Taiping dengan Port Weld bagi mengangkut bijih timah ke Ipoh.50

Kemudian pada tahun 1886, landasan kereta api telah dibina bagi menghubungkan Kuala

Lumpur dengan Kelang. Ini memudahkan bijih timah diangkut ke Pelabuhan Kelang.51

Manakala pada tahun 1891, landasan kereta api yang mmenghubungkan antara Port Dickson

dengan Seremban telah dibina, dan pada tahun 1895 sebuah landasan kereta api telah

menghubungkan Pelabuhan Teluk Intan dengan Ipoh dan Batu Gajah.52 Pembinaan landasan

kereta api ini telah memberikan kemudahan kepada pelombong-pelombong di kawasan

Lembah Kinta untuk membawa bijih timah ke tempat pelabuhan yang terdekat.

Selain itu, ramai orang Cina dibawa masuk untuk bekerja di sektor perlombongan dan

bijih timah dibawa keluar masuk menggunakan kereta api. Begitu juga dengan hasil daripada

pokok getah yang akan dibawa ke pelabuhan menggunakan kereta api. Di samping itu sistem

47 Mohd. Isa Othman. 2002. Sejarah Malaysia (1800-1963). Kuala Lumpur: Utusan Publication & Distributors Sdn Bhd. hlm 202.48 Zainal Abidin Abdul Wahid. 1996. Malaysia: Warisan dan Perkembangan Edisi Kedua. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. hlm.165.49 Tate. D. J. M. 1980. Sejarah Pembentukan Asia Tenggara. Kuala Lumpur: Fajar bakti Sdn.Bhd. hlm.226.50 Hawkin Gerald. 1983. Malaya. Singapura: National Printer. hlm.83.51 Abdullah Ishak, Nina Musa. 1997. Wilayah Persekutuan. Kompas Publishing: Petaling Jaya. hlm.9.52 Zainal Abidin Abdul Wahid. 1996. Malaysia: Warisan dan Perkembangan Edisi Kedua. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. hlm.165.

24

Page 25: Asement kum sosio

kereta api pada waktu itu lebih menjadi pilihan kerana dapat menjimatkan masa dan boleh

membawa muatan yang banyak dan mengurangkan kos. Misalnya, pembukaan stesen dan

landasan kereta api yang pertama di Kuala Lumpur, terdapat empat kereta api yang berulang-

alik antara Kuala Lumpur dan Klang pada setiap hari.53 Setiap perjalanannya mengambil

masa selama 40 minit untuk sampai ke destinasinya kira-kira 20 batu. Usaha memajukan lagi

sistem jaringan perhubungan jalan kereta api ini sebenarnya secara tidak langsung dapat

meningkatkan darjah ketersampaian pentadbiran British di samping meningkatkan lagi hasil

ekonomi British pada ketika itu.

5.4.3 Perkhidmatan Pos, Telefon dan Telegraf

Pejabat pos dan telegraf bermula dari pusat perkembangan ekonomi, pusat

pentadbiran, pelabuhan dan kemudiannya ke kawasan petempatan.54 Pejabat pos mulanya

dibina di Negeri-negari selat dan diikuti dengan bandar-bandar utama kawasan lombong

seperti Taiping, Ipoh, Kuala Lumpur dan Seremban kemudian barulah berkembang ke

bandar-bandar lain yang ada kepentingan perdagangan bagi pihak British. Pembinaan jalan

raya menggalak dan meningkatkan lagi perkhidmatan pos. Kawasan-kawasan yang kurang

kemudahan pengangkutan, perkidmatan pos masih tidak memuaskan.

Bagi meningkatkan keberkesanan dan penyelarasan pentadbiran, kerajaan British

memulakan perkhidmatan telegraf. Komunikasi ini juga membantu perkembangan ekonomi

pihak British. Pada tahun 1892, sudah ada talian langsung yang menghubungkan Pulau

Pinang, Perak, Selangor, Negeri Sembilan dan Melaka. Perkembangan telefon pula

berhubungkait dengan permintaan orang ramai. Telefon bermula di Negeri-negeri Selat. Pada

tahun 1885, Perak dihubungkan dengan Pulau Pinang, Kuala Lumpur dan Singapura. Di

Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu juga berlaku perkembangan. Johor misalnya telah

menswastakan projek telefon pada tahun 1899. Di Kedah pula talian telefon ada hubung kait

dengan perusahaan getah. Semua balai-balai polis utama dilengkapi dengan kemudahan

telefon menjelang akhir abad ke-19. Semua kemudahan ini sememangnya untuk

memudahkan urusan pentadbiran pihak British di Tanah Melayu.55

53 Gullick M.J. 1998. Kuala Lumpur 1880-1895 A City In The Making. Selangor: Eagle Trading. hlm.47.54 Zainal Abidin Abdul Wahid. 1996. Malaysia: Warisan dan Perkembangan Edisi Kedua. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. hlm.248.55 Mohd. Isa Othman. 2002. Sejarah Malaysia (1800-1963). Kuala Lumpur: Utusan Publication & Distributors Sdn Bhd. hlm.204.

25

Page 26: Asement kum sosio

5.4.4 Kewujudan Perkhidmatan Sosial

Perkembangan bandar dan jaringan jalan pengangkutan yang baik terutamanya sistem

pengangkutan laut akibat peningkatan hasil keluaran melalui ekonomi kapitalis telah

menyebabkan wujudnya perkhidmatan sosial seperti perkhidmatan insurans maritim untuk

melindungi dagangan dan kapal dagangan. Selain itu, terdapat juga beberapa jenis insurans

lain seperti insurans kebakaran. Insurans kebakaran sebagai contohnya diwujudkan kerana ia

amat penting berikutan kes kebakaran yang sering berlaku ketika itu. Pada tahun 1881,

misalnya berlaku kebakaran yang hampir memusnahkan keseluruhan bandar kuala lumpur

dan pada tahun 1892, kebakaran yang berlaku di ipoh telah memusnahkan 100 buah kedai.56

Pada peringkat awal, syarikat insurans yang ada di Tanah Melayu merupakan

cawangan atau wakil syarikat insurans yang beribu pejabat di luar negara. Salah satu syarikat

perwakilan yang diperkenalkan di Tanah Melayu ialah Boustead and Company yang

ditubuhkan di Pulau Pinang bagi mewakili Syarikat Royal Insurance Company dari England.

Penubuhan syarikat insurans tempatan hanya wujud pada akhir abad ke-19.57 Selain daripada

perkhidmatan sosial berbentuk jaminan insurans, terdapat juga perkembangan infrastruktur

ekoran daripada ekonomi kapitalis yang merangsang kewujudan bandar baru. Hasilnya,

pengawasan keselamatan sesuatu bandar pastinya memerlukan perkhidmatan seperti balai

polis seperti Balai Polis Jalan Kota yang didirikan 1881.

5.4.5 Peningkatan Taraf Kesihatan

Pengenalan dan pelaksanaan ekonomi kapitalis juga turut memberikan impak kepada

taraf kesihatan rakyat di Tanah Melayu. Keuntungan dan pulangan yang diperolehi oleh

British daripada perlombongan bijih timah dan hasil keluaran komoditi seperti getah, lada

hitam dan gambir telah disalurkan dengan baik apabila banyak kemudahan telah dibina.

Pembinaan kemudahan ini juga bersesuaian dengan corak ketika itu yang menyaksikan

banyak bandar-bandar baru muncul. Pada peringkat awal usaha melombong bijih timah,

kemudahan perubatan amat diperlukan oleh pelombong Cina. Situasi ini secara tidak

langsung telah menyebabkan banyak rumah-rumah sakit bercorak klinik didirikan bagi

56 Ibid.57 Ibid.

26

Page 27: Asement kum sosio

pelombong bijih.58 Namun, kelengkapan peralatan dan perubatannya tidak begitu sempurna

dan teratur sehingga menyebabkan pesakit semakin bertambah serta wabak penyakit pula

semakin menular. Secara dasarnya, Tanah Melayu mengalami masalah kesihatan yang agak

teruk pada abad ke-19. Penyakit-penyakit seperti malaria, disenteri, demam cacar dan kolera

biasa terdapat. Penyakit-penyakit tersebut telah mengakibatkan kematian ramai orang.59

Sebagai contoh, kira-kira 65 orang telah menjadi mangsa kolera di Larut pada tahun 1874.

Jumlah kes beri-beri yang dirawat di Selangor pada tahun 1894 ialah sebanyak 2817 di mana

kadar kematian ialah 24%.60

Pembukaan bandar baru dengan banyak kawasan lombong dan kawasan penanaman

yang baru, jalan raya dan keretapi yang baru serta banyak kawasan lombong yang terbiar

telah menyebabkan kes-kes kematian meningkat kerana banyak kawasan terdedah dengan

serangan malaria dan pelbagai lagi penyakit berasaskan nyamuk. Salah satu daripada hospital

terawal yang dibina di Tanah Melayu ialah hospital yang disediakan oleh Yap Ah Loy untuk

pelombong Cina yang sakit di Kuala Lumpur. Selain daripada itu, di bawah pemerintahan

dan pentadbiran Speedy pada tahun 1874, satu rancangan untuk mendirikan sebuah hospital

untuk kemudahan penduduk telah direncanakan. Sungguhpun terdapat beberapa buah hospital

lain bagi menampung jumlah pesakit, tetapi hospital yang paling besar ialah Hospital Yang

Wah yang dibina khas untuk golongan miskin dan mampu memuatkan sehingga 900 orang

pesakit.61 Taraf kesihatan di Tanah Melayu turut mendapat perhatian pihak pengkaji barat

apabila Dr. Malcolm Watson telah melakukan kajian dan akhirnya menggunakan kaedah

pengairan untuk mengawal pembiakan nyamuk anopheles. Hasilnya, penyakit seperti malaria

berjaya dikawal.62

Penubuhan Negeri-negeri Melayu Bersekutu telah berjaya mewujudkan keamanan

dan peraturan. Jaminan keselamatan dan persamaan hak di sisi undang-undang telah

menggalakkan imigran Cina dan India, lebih-lebih lagi terdapat peluang dalam perkhidmatan

persekutuan dan perkembangan bijih timah. Kedatangan imigran telah menyebabkan

58 Mohd Zamberi A.Malek, 2001. Larut Daerah Terkaya. Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia. hlm.102.59 J. Kennedy, 1965. A History of Malaya. Kuala Lumpur: Mac Millon and Company Limited. hlm.226.60 Ibid. hlm.227.61 Mohd Zamberi A.Malek, 2001. Larut Daerah Terkaya. Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia. hlm.103.62 Mohd Sarim Hj. Mustajab dan Khazin Mohd Tamrin, 1990. Klang 1890-1990. Sejarah dan Pentadbiran. Bangi: Pejabat Daerah dan Majlis Perbandaran Klang dengan kerjasama Jabatan Sejarah Universiti Kebangsaan Malaysia. hlm.77.

27

Page 28: Asement kum sosio

pertambahan penduduk di Negeri-negeri Melayu Bersekutu. Selain itu, kedatangan imigran

juga mewujudkan masyarakat majmuk. Orang-orang Cina dan India adalah masyarakat yang

berasingan dan tidak dapat mengasimilasikan diri dalam masyarakat Melayu. Penubuhan

pesekutuan menyebabkan perutmbuhan dan perkembangan bandar-bandar seperti Taiping,

Kuala Lumpur, Kelang dan lain-lain lagi.

6.0 KESIMPULAN

Secara kesimpulanya, ekonomi dan penjajahan kolonial British yang dilaksanakan

telah mendatangkan perubahan yang bukan sedikit ke atas tiga entiti utama masyarakat di

Tanah Melayu iaitu entiti politik, ekonomi dan sosial. Perubahan landskap ketiga-tiga entiti

ini ternyata telah menjadi asas kepada pembentukan sebuah negara Malaysia yang berwajah

baru menjelang abad ke-20. Aspek perubahan ini seharusnya tidak berfokus kepada sisi gelap

sahaja apabila ternyata terdapat perubahan positif yang wujud seperti masyarakat majmuk,

peningkatan taraf kesihatan dan kemunculan bandar-bandar baru. Namun, terdapat juga

impak yang mengubah landskap ekonomi, politik dan sosial masyarakat di Tanah Melayu

28

Page 29: Asement kum sosio

dalam sudut yang negatif seperti polarisasi kaum dan kemunduran masyarakat Melayu dalam

sudut ekonomi sehingga lahirnya konsep dualisme ekonomi. Namun, secara tuntasnya, yang

pasti pelaksanaannya jelas memberikan impak yang bukan sedikit kepada Tanah Melayu.

SUMBER-SUMBER ARKIB NEGARA

1) Shamsul Amri Baharuddin (Perancangan Pembangunan Negara Selepas Merdeka

1957-1975: Tinjauan Sejarah Perkembangan Sosio-Ekonomi Malaysia).

2) Polimik Tentang Masyarakat Feudal Di Semenanjung Melayu.

3) Ucapan Perdana Memteri Y.A.B Dato Seri Dr. Mahathir Bin Mohamad Di Perasmian

Pameran Pendidikan British Di Pusat Dagangan Dunia Putra, Kula Lumpur.

29

Page 30: Asement kum sosio

4) Oong Hak Ching (Masalah Komuniti Cina dan Pembentukan Dasar kesatuan Negara

Bangsa Di Bawah Pemerintahan Kolonial British Di Tanah Melayu, 1942-1952).

5) Malaysia Sejarah Dan Proses Pembangunan. 1979. Kuala Lumpur: Salam Press Sdn.

Bhd.

BIBLIOGRAFI

Adi Haji Taha. 1983. “Recent Archeological Discoveries in Peninsula Malaysia :

JMBRAS. USA.

Andaya.B.W dan Andaya L.Y. 1983. Sejarah Malaysia. Petaling Jaya:

Macmillan Publishers (M) Sdn. Bhd.

Azmah Abdul Manaf. 2001. Sejarah Sosial Masyarakat Malaysia. Kuala Lumpur:

Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd.

Abdullah Ishak, Nina Musa. 1997. Wilayah Persekutuan. Kompas Publishing: Petaling Jaya.

Gullick, M.J. 2000. History Of Kuala Lumpur (1856-1939). Selangor:

Academic Art & Printing Services.

Hawkin Gerald. 1983. Malaya. Singapura: National Printer.

Ishak Saat. 2006. Sejarah Sosiobudaya Melayu. Shah Alam: Karisma Publications Sdn. Bhd.

J. Kennedy, 1965. A History of Malaya. Kuala Lumpur: Mac Millon and Company Limited.

Joginder Singh Jessy. 1978. Sejarah Tanah Melayu 1400-1959. Kuala Lumpur:

Dewan Bahasa dan Pustaka.

Kassim Thukiman. 2002. Malaysia : Perspektif, Sejarah, dan Politik. Johor :

Penerbit Universiti Teknologi Malaysia.

30

Page 31: Asement kum sosio

M.A., Kennedy. J. 1965. A History Of Malaya. Hong Kong: Continental Printing.

Kassim Thukiman. 2002. Malaysia : Perspektif, Sejarah, dan Politik. Johor :

Penerbit Universiti Teknologi Malaysia.

Malaysia Kita. 2003. Kuala Lumpur: International Law Book Services.

Mohd Ashraf Ibrahim. 2004. Gagasan Bangsa Malayan yang Bersatu 1945-57. Bangi :

Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.

Mohd. Isa Othman. 2002. Sejarah Malaysia (1800-1963). Kuala Lumpur:

Utusan Publication & Distributors Sdn Bhd.

Mohd Sarim Hj. Mustajab dan Khazin Mohd Tamrin, 1990. Klang 1890-1990. Sejarah dan

Pentadbiran. Bangi: Pejabat Daerah dan Majlis Perbandaran Klang dengan kerjasama

Jabatan Sejarah Universiti Kebangsaan Malaysia.

Mohd Zamberi A.Malek, 2001. Larut Daerah Terkaya. Kuala Lumpur:

Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.

Norazit Selat. 1977. Ekonomi dan Politik Melayu. Kuala Lumpur:Universiti Malaya.

Prof Dato’ Khoo Kim. 1981. Taiping IbuKota Perak. Kuala Lumpur:

United Selangor Press Sdn Bhd.

Rahmat Saripan et.al, 1991. Masyarakat Melayu Abad Ke-19. Kuala Lumpur:

Jawawatankuasa Kolokium. Jabaran Sejarah, Universiti Kebangsaan Malaysia.

Tate. D. J. M. 1980. Sejarah Pembentukan Asia Tenggara. Kuala Lumpur:

Fajar bakti Sdn.Bhd.

Zainal Abidin Abdul Wahid, 1996. Malaysia Warisan dan Perkembangan. Kuala Lumpur:

Dewan Bahasa dan Pustaka.

31

Page 32: Asement kum sosio

32