soalan sosio

36
STRUKTUR 1 a) 3 kriteria kanak2 berumur 4-5 tahun (inisiatif vs bersalah) b) 2 implikasi teori erikson kpd knk2 prasekolah 2 a) 2 tingkah laku positif dlm mengelakkan tingkah laku prososial. b) 2 tingkah laku negatif tersebut 3 a) 5 prinsip assertive disipline yg perlu diikuti b) 5 cara perlaksanaan disiplin asertif 4 a) nyatakan 3 bentuk mesej (cara ibu bapa berkomunikasi dgn kanak2) – verbal n none verbal b) 2 kaedah utk kita berkomunikasi atau mengatasi masalah ragam dan tingkah laku murid dengan lebih berkesan ESEI 1a) 4 unsur utama dlm peniruan ( teori peniruan) b) berdasarkan exp bobo doll oleh bandura, huraikan 5 jenis peniruan beserta contoh. 2. huraikan 6 kategori bermain serta contoh aktiviti yang boleh dilaksanakan oleh guru prasekolah bagi meningkatkan perkembangan emosi knk2. 3. 5 faktor yang perlu dipertimbangkan oleh guru semasa memilih kaedah dan teknik pengajaran prasekolah SET 1 BAHAGIAN A

Upload: fida-fy

Post on 31-Dec-2015

94 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

STRUKTUR

1 a) 3 kriteria kanak2 berumur 4-5 tahun (inisiatif vs bersalah)

   b) 2 implikasi teori erikson kpd knk2 prasekolah

2 a) 2 tingkah laku positif dlm mengelakkan tingkah laku prososial.

   b) 2 tingkah laku negatif tersebut

3 a) 5 prinsip assertive disipline yg perlu diikuti

   b) 5 cara perlaksanaan disiplin asertif

4 a) nyatakan 3 bentuk mesej (cara ibu bapa berkomunikasi dgn kanak2) – verbal n none verbal

   b) 2 kaedah utk kita berkomunikasi atau mengatasi masalah ragam dan tingkah laku murid

dengan lebih berkesan

ESEI

1a) 4 unsur utama dlm peniruan ( teori peniruan)

b) berdasarkan exp bobo doll oleh bandura, huraikan 5 jenis peniruan beserta contoh.

2. huraikan 6 kategori bermain serta contoh aktiviti yang boleh dilaksanakan oleh guru prasekolah

bagi meningkatkan perkembangan emosi knk2.

3. 5 faktor yang perlu dipertimbangkan oleh guru semasa memilih kaedah dan teknik pengajaran

prasekolah

SET 1

BAHAGIAN A

1. Apakah definisi sosioemosi?

(A) Sosioemosi boleh dilahirkan melalui tingkahlaku.

(B) Sosioemosi ialah pergerakan tingkah laku kanak-kanak

(C) Sosioemosi merupakan kombinasi perasaan dan mood yang melibatkan reaksi psikologi yang

sukar dikesan dan ditunjukkan dengan ciri-ciri yang tertentu.

(D) Sosioemosi ialah perasaan emosi yang dilahirkan melalui tingkahlaku emosi yang berubah

mengikut tindak balas emosi untuk menarik perhatian penjaga atau rakan-rakan.

2. Menurut Erikson (1963), kanak-kanak pada peringkat inisiative versus guilt sudah mengenal atau

tahu tentang peraturan kelakuan. Pada peringkat ini guru prasekolah perlu mengambil tindakan

(A) memberi tugasan yang bersifat penyelesaian masalah.

(B) memberi kepercayaan dan keyakinan kepada kanak-kanak.

(C) memupuk perasaan selamat, disayangi dan diberi perhatian.

(D) memberi kelonggaran kepada kanak-kanak untuk menyemaikan sikap bersaing dalam kalangan

kanak-kanak.

3. Bandura (1986) mengatakan bahawa peniruan berlaku secara langsung dan secara tidak

langsung. Pilih unsur-unsur yang menyebabkan peniruan.

I. penyimpanan (retention)

II. tumpuan / pemerhatian (attention)

III. mengawal orang lain (domineering)

IV. mengingat / mengeluarkan (reproduction)

V. motivasi dan peneguhan (motivation and reinforcement)

(A) I, II dan III sahaja

(B) I, II, IV dan V sahaja

(C) I, III, IV dan V sahaja

(D) II, III, IV dan V sahaja

4 Kanak-kanak mempunyai pelbagai kebolehan dalam sesuatu kumpulan yang dibentuk, akan

bekerjasama dalam kumpulan kecil ke arah pencapaian matlamat pengajaran yang sama.

Kemahiran manakah yang perlu diberikan penekanan oleh guru di prasekolah?

(A) Kemahiran kolaboratif dan kemahiran social

(B) Kemahiran interaksi dan kemahiran individu

(C) Kemahiran penilaian dan kemahiran pengetahuan

(D) Kemahiran interpersonal dan kemahiran intrapersonal

5. Manakah antara berikut berkaitan dengan teori peniruan kanak-kanak Bandura ?

( A ) Persekitaran mewujudkan peniruan kanak-kanak.

( B ) Peniruan akan meningkatkan Kemahiran motor halus.

( C ) Kanak-kanak belajar melalui pemerhatian mereka terhadap persekitaran.

( D ) Melalui proses peniruan, kanak-kanak akan membentuk pemikiran matang

6. Berikut merupakan susunan yang tepat tentang proses peniruan secara langsung dan tidak

langsung

I. Reproduction (mengingat/mengeluarkan )

II. Motivation and Reinforcement ( Peneguhan )

III. Attention ( Tumpuan/pemerhatian

IV. Retention (penyimpanan)

( A ) I , II,III dan IV

( B ) III, II, I dan IV

( C ) II, I, IV dan III

( D ) IV, III, I dan IV

7. Prinsip-prinsip utama tingkah laku prososial adalah untuk membolehkan kanak-kanak mempunyai

sifat

I konflik – mengatasi perselisihan faham

II empati – memahami perasaan orang lain

III murah hati – boleh berkongsi alat mainan

IV bantu orang – membantu menyiapkan tugasan

V bekerjasama – tidak merungut jika bertukar-tukar kumpulan

(A) I, II dan IV sahaja

(B) I, II, III dan V sahaja

(C) I, III, IV dan V sahaja

(D) II, III, IV dan V sahaja

8. Cook dan Stingle (1974) mendapati kanak-kanak dari kelas sosial rendah di luar bandar

mempunyai sikap lebih bekerjasama berbanding dengan kanak-kanak kelas sosial pertengahan di

bandar. Tingkah laku prososial ini lebih merujuk kepada faktor

(A) etnik

(C) jantina

(D) budaya

(E) keluarga

9.Kemahiran sosial di atas merujuk kepada

(A) berbual dengan orang lain dengan bahasa mudah dan bertatasusila.

(B) mempunyai budi pekerti yang baik ketika berada bersama masyarakat

(C) mempunyai rasa empati terhadap orang lain dan berusaha membantu mereka

(D) hubungan interpersonal dan proses interaksi sesama manusia yang positif dan harus membawa

manfaat kepada semua pihak

10. Main peranan dan stimulasi merupakan salah satu kaedah atau teknik yang dapat digunakan

semasa melaksanakan aktiviti di kelas prasekolah.Apakah kepentingan aktiviti tersebut terhadap

perkembangan sosial kanak-kanak prasekolah ?

(A) Menambahkan perbendaharaan kata.

(B) Meniru tingkah laku rakan untuk berlakon.

(C) Menerima pujian dan ganjaran daripada guru.

(D) Memahami perasaan dan pandangan orang lain.

11. Emosi seseorangberkembang

(A) sebelum lahir.

(B) sepanjang hayat.

(C) berperingkat-peringkat.

(D) sejak lahir hingga alam remaja.

12. Emosi kanak-kanak prasekolah biasanya berubah-ubah dalam jangka masa yang singkat.

Keadaan ini disebabkan oleh kanak-kanak selalu

I mempunyai tumpuan perhatian yang singkat

II melepaskan perasaannya mengikut fikiran sendiri

III memendamkan rasa serta perasaan suka dan duka

IV melindungi sifat kelemahan yang ada pada diri sendiri

V menunjukkan reaksi berlainan pada persekitaran yang berbeza

(A) I, III dan V sahaja

(B) I, II, IV dan V sahaja

(C) I, II, III dan IV sahaja

(D) II, III, IV dan V sahaja

13.Adalah baik jika dapat memberi maklum balas positif secara kerap kepada anak-anak serta

memberikan perhatian yang sewajarnya kepada mereka. Ini dapat membantu mereka mempelajari

tentang kelakuan yang elok, sekaligus membimbing mereka ke jalan kejayaan dan kemajuan

Manakah antara berikut ialah contoh aktiviti yang sesuai untuk memupuk perkembangan kemahiran

emosi

(A) Membuat sandwich untuk dimakan dalam kumpulan

(B) Permainan luar yang melibatkan motor halus dan motor kasar

(C) Membaca petikan secara individu daripada bahan dengan bimbingan guru

(D) Mengukur ketinggian murid-murid prasekolah bagi tempoh sebulan sekali

14. Aktiviti yang paling berkesan bagi guru membantu meningkatkan perkembangan emosi kanak-

kanak prasekolah ialah

(A) menonton cerita teladan

(B) melihat kad imbasan jenis-jenis emosi

(C) menggunakan boneka untuk mendemostrasikan jenis-jenis emosi

(D) mewarna jenis-jenis emosi yang ingin dikenal pasti menggunakan lembaran kerja

15. Yang berikut adalah perkara penting dalam perkembangan sosioemosi kanak-kanak kecuali

(A) pandangan kendiri

(B) kehendak masyarakat

(C) pengawalan perasaannya

(D) perhubungan antara kanak-kanak itu sendiri

16. Kanak-kanak prasekolah mempunyai inisiatif tinggi dalam melaksanakan satu-satu

tugasan.Sekiranya tidak diberikan sokongan dan galakan yang secukupnya boleh mewujudkan rasa

bersalah apabila mereka tidak dapat menyelesaikan tugasan yang diberikan.Sebagai seorang guru

prasekolah, apakah yang anda boleh lakukan semasa pengajaran dan pembelajaran untuk

menggalakkan inisiatif kanak-kanak?

(A) Membenarkan kanak-kanak melakukan apa sahaja yang disukainya.

(B) Mendenda kanak-kanak apabila tidak menyiapkan sesuatu aktiviti yang telah dimulakannya.

(C) Memberi galakan kepada kanak-kanak untuk menyiapkan aktiviti yang sedang tekun dilakukan.

(D) Memuji secara berterusan dan memberi fokus sepenuhnya semasa kanak-kanak membuat

sesuatu aktiviti.

17. Beberapa orang kanak-kanak prasekolah didapati mempunyai konsep kendiri negatif, kurang

berkomunikasi dengan kawan semasa aktiviti kumpulan dan sentiasa mengasingkan diri.

Tindakan yang boleh dilakukan oleh seorang guru untuk membantu meningkatkan kemahiran

berkomunikasi dalam kalangan kanak-kanak tersebut ialah

I mewujudkan interaksi positif dalam kalangan kumpulan kecil kanak-kanak

II membimbing dan memberi motivasi yang wajar dengan membetulkan tingkah laku mereka

III memberikan layanan dan perhatian yang lebih bagi meningkatkan keyakinan diri

IV memberi peluang kanak-kanak mengambil watak yang penting dalam aktiviti lakonan

V menggalakkan kanak-kanak berkawan dan bergaul dengan rakan sebaya yang tertentu sahaja

(A) I, II dan III sahaja

(B) II, III dan IV sahaja

(C) I, II, IV dan V sahaja

(D) I, III, IV dan V sahaja

18. Guru prasekolah mestilah mempunyai ciri-ciri guru penyayang kerana

(A) fizikal dan emosi kanak-kanak mudah terusik.

(B) kerja di prasekolah adalah banyak dan rencam.

(C) emosi guru mudah terganggu kerana kerenah kanak-kanak.

(D) kanak-kanak di prasekolah ramai dan mempunyai pelbagai kebolehan.

19. Sebagai seorang guru anda ingin mengintegrasikan kemahiran sosioemosi dalam pengajaran

dan pembelajaran anda. Cara yang paling sesuai digunakan ialah

(A) memasukkan unsur kecindan.

(B) mengungkapkan perasaan sendiri.

(C) menggunakan lagu-lagu beremosi.

(D) mengolah perasaan kanak-kanak semasa dan selepas menghasilkan sesuatu projek atau

aktiviti.

20.Apakah tindakan yang boleh digunakan oleh seorang guru prasekolah untuk mengatasi masalah

kanak-kanak seperti Azean ini?

(A) Memeluk dan mententeramkan kanak-kanak.

(B) Merujuk perkara tersebut kepada guru cemerlang.

(C) Membiarkan kanak-kanak menangis sepuasnya dan kemudian dipujuk.

(D) Membenarkan kanak-kanak mengikuti ibunya sehingga dia selesa untuk ke sekolah

keesokkannya.

JAWAPAN SET 1

BAHAGIAN A

(20 markah)

1.C

2.B

3.D

4.D

5.C

6.B

7.D

8.C

9.D

10.D

11.B

12.C

13.A

14.B

15.D

16.C

17.B

18.A

19.D

20.A

BAHAGIAN B

(40 markah)

1. (a) Kanak-kanak membuat peniruan secara langsung dan secara tidak langsung. Bandura (1986)

mengemukakan empat tahap penting iaitu,

(i) tahap perhatian/tumpuan/pemerhatian

(ii) tahap penahanan/penyimpanan

(iii) tahap penghasilan motor/mengingat/mengeluarkan

(iv) tahap peneguhan dan galakan

4 markah

(b) Tiga cara / teknik membolehkan guru dijadikan sebagai role model

(i) Guru mesti memberi motivasi dan membimbing mereka. Semua perkara mesti diajar, memberi

ganjaran dan hukuman serta menyediakan model-model yang sesuai.

(ii) Guru mesti melihat dari perspektif pembelajaran sosial. Guru mesti mengkaji cara masyarakat,

melalui pengajaran secara terus dan model-model yang sedia ada dan bagaimana pengetahuan

dan kemahiran diperturunkan kepada mereka.

(iii) Guru perlu menguasai kemahiran secara berurutan. Ini kerana secara logiknya manusia

menyelesaikan masalah mereka bermula dari yang mudah kepada yang lebih sukar.

6 markah

2.a) Empat aktiviti yang boleh mewujudkan suasana kerjasama yang menggembirakan

i. Bermain bongkah

ii.Main peranan

iii. Lakonan

iv. Bercerita

v. Main pasir

vi. Main air

vii.Lain-lain jawapan yang munasabah

4 markah

b) Enam ciri kanak-kanak yang gembira

i. Wajah yang ceria

ii.Sentiasa tersenyum

iii. Periang

iv. Suka bermain

v. Tidak takut

vi. Menyatakan perasaan

vii.Lain-lain jawapan yang munasabah

6 markah

3. Tingkah laku bermasalah timbul disebabkan kekurangan keupayaan individu kanak-kanak dalam

proses adaptasi atau pun akomodasi. Akibatnya ia menggangu emosi dalam aktiviti kehidupan

individu dan seterusnya dalam proses interaksi.

(a) Berdasarkan kenyataan di atas, cadangkan lima faktor yang boleh menimbulkan keadaan

pergantungan berlebihan.

1. Ibu bapa yang mengamalkan perlindungan melampau (over – protection)

2. Pelajar yang kurang berkeyakinan

3.Konsep kendiri pelajar yang lemah

4.Pendekatan pengajaran yang lebih berpusat kepada guru

5.Aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang terlalu sukar untuk dijalani oleh para pelajar.Murid

banyak bergantung kepada guru

6.Ibu bapa yang bersikap autokratik di mana tidak memberi peluang kepada anak untuk membuat

keputusan

7. Lain-lain jawapan yang munasabah

5 markah

(b) Huraikan lima pendekatan yang digunakan oleh Lee Canter (1976) berdasarkan Assertive

Discipline Model (Model disiplin asertif) bagi mengatasi tingkah laku bermasalah dalam kalangan

kanak-kanak prasekolah.

1. Guru menegaskan perlakuan bertanggungjawab.

2. kawalan tegas yang berpatutan menjamin kebebasan individu .

3. Guru menentukan persekitaran optima untuk pembelajaran

4. guru membantu perkembangan kanak-kanak , dalam masa yang sama mengurangkan tingkah

laku kendiri yang bermasalah

5. Sokongan daripada guru bagi kanak-kanak untuk menunjukkan tingkah laku yang bersesuaian.

6. Guru Menyediakan rancangan disiplin yang jelas menerangkan tentang harapan dan kesan.

7. Suasana penyayang dan menyokong adalah sesuai untuk meningkatkan pembelajaran.

5 markah

4.Pendekatan Belajar Melalui Bermain merupakan salah satu pendekatan yang diutamakan dalam

Kurikulum Prasekolah Kebangsaan.Melalui bermain, kanak-kanak dapat mempertingkatkan

perkembangan kognitif dan seterusnya membina keupayaan penyelesaian masalah.

(a) Berdasarkan kenyataan di atas, berikan contoh main yang dapat menyokong bahawa bermain

dapat membina keupayaan menyelesaikan masalah dalam aspek emosi kanak-kanak.

(i) Main peranan – kanak-kanak dapat meluahkan perasaan dengan membawa watak orang lain.

(ii) Main pondok-pondok – kanak-kanak dapat mewujudkan situasi yang diingini semasa bemain.

(iii) Main pasir / air – kanak-kanak dapat meluahkan perasaan dan emosi yang tertekan.

(iv) Main anak patung – kanak-kanak dapat berkomunikasi dan meluahkan perasaan.

(v) Main bongkah – kanak-kanak dapat membina sesuatu yang diingini.

5 markah

(b) Lima aspek perkembangan emosi yang dapat dibina melalui aktiviti bermain.

(i) Mengenal emosi sendiri

(ii) Menyedari kekuatan dan kelemahan diri

(iii) Berani memberi pendapat

(iv) Berkebolehan membuat keputusan

(v) Berfikiran waras dan berfokus

(vi) Bertindak mengikut peraturan

(vii) Membina keyakinan diri

(viii) Peka kepada orang lain

(ix) Menghormati orang lain

(x) Membina kemesraan dengan orang lain

5 markah

Bahagian C

( 40 markah )

Jawab dua soalan.

1. (a) Seorang kanak-kanak mempunyai masalah suka mengasingkan

diri dan tidak mahu libat dalam aktiviti kelas dan kumpulan.

Huraikan dengan contoh-contoh yang sesuai lima teknik bimbingan yang boleh di gunakan oleh

guru di kelas prasekolah.

1. Guru menjadi model – tingkah laku guru menjadi ikutan kanak-kanak.

2. memilih aktiviti yang sesuai dengan kebolehan dan keupayaan

3. Membentulkan tingkah laku murid yang salah dengan menunjukkan

tingkah laku yang betul.

4. Menyediakan peraturan bilik darjah yang sistemetik.

5. Token ekonomi – beri hadiah

6. Jawapan-jawapan lain yang munasabah

10 markah

(b) Kesedaran dan pemahaman tentang ras dan budaya perlu dipupuk sejak kanak-kanak berada di

prasekolah lagi.

Berdasarkan kenyataan di atas, huraikan dengan contoh yang sesuai bagaimana seorang guru

prasekolah dapat mengintregrasikan pengajaran dan pembelajaran tentang ras dan budaya dalam

Komponen Sosio-emosi.

1. berhati-hati terhadap sikap, kelakuan dan pernyataan guru mengenai

bangsa supaya tidak menyinggung perasaan sesuatu kaum.

2. elakkan prejudis semasa memilih bahan-bahan pengajaran

3. gambar-gambar yang didapati di dalam kelas mestilah

menggambarkan perpaduan kaum.

4. gunakan bahan-bahan bercetak, filem, video sebagai bahan tambahan

buku teks untuk merangsang perpaduan

5. gunakan teknik pembelajaran koperatif dan kumpulan untuk

menggalakkan perrpaduan

6. Jawapan-jawapan lain yang munasabah

10 markah

2.Kajian yang telah dijalankan oleh Anna Christina (1999) menunjukkan bahawa ramai guru tadika

berpendapat bahawa kanak-kanak prasekolah sejak kebelakangan ini semakin kurang

berkebolehan sosial. Kanak-kanak ini menunjukkan peningkatan tingkah laku anti-sosial

(a) Bincangkan 5 jenis tingkahlaku anti-sosial

i mencederakan rakan

ii keganasan

iii mengawal orang lain

iv tidak mahu berkongsi

v pendiam

10 Markah

(b). Huraikan 5 peranan guru prasekolah bagi membendung tingkahlaku anti-sosial

i menyediakan aktiviti yang menarik

ii menyediakan persekitaran yang kondusif

iii menyerapkan nilai-nilai murni merentas kurikulum

iv menyebarkan maklumat perkembangan sosioemosi kepada ibubapa

v memantau dan mengambil tindakan dari masa kesemasa perkembangan sosioemosi kanak-kanak

10 Markah

3. Pengurusan penyayang dalam pengajaran dan pembelajaran pendidikan prasekolah merupakan

asas kepada perkembangan sosioemosi.

(a) Bincangkan 5 peranan guru prasekolah terhadap pengurusan penyayang dalam Pengajaran dan

Pembelajaran.

i Merancang pelan tindakan pengurusan penyayang

ii Menjalankan aktiviti yang dirancang

iii Memastikan aktiviti yang dijalankan berkesan

iv Bekerjasama dengan ibubapa bagi pelksanaan program penyayang

v Bekerjasama dengan semua warga sekolah bagi pelaksanaan program penyayang

10Markah

(b) Huraikan 5 aktiviti program penyayang yang boleh membina perkembangan sosioemosi kanak-

kanak

I sukaneka

Ii sambutan harijadi

Iii majlis konvokesyen

Iv Lawatan

v perkelahan

SET 2

BAHAGIAN A

1. Konsep sosial didefinisikan sebagai

(A) kebolehan berkomunikasi.

(B) fahaman tentang perasaan dan hasrat orang lain.

(C) kebolehan berkomunikasi daripada informasi serta apa yang tersedia ada.

(D) satu proses apabila kanak-kanak berhubung dengan orang lain mengikut cara yang dapat

diterima oleh masyarakat dan budayanya.

2. Menurut Erikson (1963), kanak-kanak pada peringkat inisiative versus guilt sudah mengenal atau

tahu tentang peraturan kelakuan. Pada peringkat ini guru prasekolah perlu mengambil tindakan

(A) memberi tugasan yang bersifat penyelesaian masalah.

(B) memberi kepercayaan dan keyakinan kepada kanak-kanak.

(C) memupuk perasaan selamat, disayangi dan diberi perhatian.

(D) memberi kelonggaran kepada kanak-kanak untuk menyemaikan sikap bersaing dalam kalangan

kanak-kanak.

3. Bandura (1986) mengatakan bahawa melalui proses peniruan, kanak-kanak akan membentuk

suatu idea bagaimana tindakan dilaksanakan dan apakah kesannya. Pilih proses-proses peniruan

tersebut

I meniru secara langsung

II meniru secara tidak langsung

III peniruan melalui persekitaran

IV tiruan melalui sekatlakuan dan taksekatlakuan

V tiruan melalui elisitasi apabila melihat perlakuan orang lain

(A) I, II dan III sahaja

(B) II, III dan IV sahaja

(C) I, II, IV dan V sahaja

(D) I, III, IV dan V sahaja

4.• menolong di dalam kelas dan di rumah

• menjalankan aktiviti permainan mudah bersama rakan

• meminta kanak-kanak membentuk peraturan di dalam kelas

Cadangan aktivit-aktiviti di atas sesuai bagi perkembangan

(A) emosi.

(B) sosial.

(C) kognitif.

(D) bahasa.

5. Antara pernyataan di bawah, yang manakah tidak benar tentang pengajaran yang bukan

berasaskan jantina?

(A) Kanak-kanak perlu diberikan aktiviti berasaskan kebolehan dan keupayaan.

(B) Kanak-kanak perlu melalui proses penilaian yang sama dan dinilai dengan adil.

(C) Aktiviti pengajaran dan pembelajaran perlu melibatkan semua kanak-kanak.

(D) Mereka diberikan peluang yang sama untuk melibatkan diri dalam proses pengajaran dan

pembelajaran.

6. Menurut ahli psikologi Sandra Anselmo, terdapat dua jenis tingkah laku prososial iaitu kerjasama

dan pengorbanan.

Pengorbanan merujuk kepada

(A) persaingan yang menggalakkan pemikiran saya.

(B) saat seseorang bertingkah laku negatif ketika menerima bantuan.

(C) kebolehan memahami diri sendiri dan menggalakkan pemikiran kita.

(D) tingkah laku yang menguntungkan orang lain dan bukan pihak yang melakukan tindakan terse

7. Prinsip utama tingkah laku prososial ialah kefahaman terhadap dirisendiri, orang lain dan

kebolehan untuk memahami emosi orang lain.

Pilih manakah yang paling tepat dengan pernyataan diatas

Tingkah laku Prososial ialah Tindakan

A bekerjasama merungut jika bertukar-tukar kumpulan

B empati membantu kawan memakai tali kasut

C bantu orang memberi bantuan sekiranya diperlukan

D murah hati memilih rakan sebaya untuk berkongsi alat mainan

8. Izwan merupakan seorang murid prasekolah yang menunjukkan tingkah laku agresif. Dia seronok

melihat orang lain mengalami kesusahan dan penderitaan.

Pernyataan di atas menunjukkan tingkah laku

(A) disruptif

(B) destruktif

(C) kebimbingan

(D) permusuhan nyata

9. Main peranan dan stimulasi merupakan salah satu kaedah atau teknik yang dapat digunakan

semasa melaksanakan aktiviti di kelas prasekolah.

Apakah kepentingan aktiviti tersebut terhadap perkembangan sosial kanak-kanak prasekolah ?

(A) Menambahkan perbendaharaan kata.

(B) Meniru tingkah laku rakan untuk berlakon.

(C) Menerima pujian dan ganjaran daripada guru.

(D) Memahami perasaan dan pandangan orang lain.

10. Cikgu Shimah sering menghadapi masalah mengemas pusat pembelajaran selepas sesuatu

aktiviti selesai dijalankan.

Masalah tersebut dapat diatasi dengan cara

(A) menjadikan aktiviti berkemas sebagai rutin harian.

(B) membenarkan murid-murid melihat sudut pembelajaran.

(C) meminta murid-murid membawa alat permainan dari rumah.

(D) mengemaskan sendiri bahan-bahan selepas murid-murid menggunakannya.

11. Emosi seseorangberkembang

(A) sebelum lahir.

(B) sepanjang hayat.

(C) berperingkat-peringkat.

(D) sejak lahir hingga alam remaja.

12. Kecerdasan emosi merujuk perkara-perkara berikut :

I mengenali emosi sendiri

II boleh membezakan antara kepentingan diri dan orang lain

III mengenal pasti faktor-faktor yang menjadi punca kepada timbulnya sesuatu perasaan

IV kebolehan mengenal pasti emosi orang lain dengan memberikan tumpuan kepada tingkah laku

bukan verbal

V individu yang matang kecerdasan emosi sukar bergaul dan menahan tekanan yang diterima dari

persekitarannya

(A) I, II dan III sahaja

(B) II, III dan IV sahaja

(C) I, II, IV dan IV sahaja

(D) I, III, IV dan V sahaja

13. Farid seorang kanak-kanak berumur 6 tahun.Dia mempunyai emosi yang cepat berubah dan

sering berperasaan takut menghadapi situasi baru.Perasaan cemburunya juga semakin

bertambah.Sungguhpun begitu Farid suka bergaul dengan kawan-kawan yang sebaya dengannya.

Apakah yang boleh dilakukan oleh Cikgu Ali bagi memupuk perkembangan emosi Farid?

(A) Komentar positif yang terhad.

(B) Pujian dan ganjaran yang berterusan.

(C) Ancaman dan kritikan yang sesuai dengan tingkah laku.

(D) Perhatian dan layanan yang sama rata untuk semua kanak-kanak.

14. Mengurus emosi dengan baik dapat membantu guru melaksanakan pengajaran dan

pembelajaran dengan berkesan di kelas prasekolah.

Semua pernyataan di bawah menekanan kepentingan mengurus emosi dengan baik di bilik darjah

kecuali

(A) kerunsingan sosial dan kesepian dapat dipertingkatkan.

(B) peningkatan empati dan sifat sensitif terhadap perasaan orang lain.

(C) dapat menyelesaikan masalah hubungan dengan cara yang lebih baik.

(D) dapat menunjukkan perasaan marah dengan cara yang berpatutan tanpa berlawan.

15. Guru prasekolah meminta murid-muridnya membuat pelbagai mimik muka seperti orang marah,

gembira, sedih, takut, hairan dan sebagainya di hadapan cermin.

Aktiviti di atas membolehkan kanak-kanak

(A) mengurus emosi sendiri.

(B) mengurus emosi orang lain.

(C) mengenali pelbagai jenis emosi.

(D) mengenali dan memahami emosi sendiri.

16. Perkembangan sosioemosi kanak-kanak turut mempengaruhi perkembangan kognitif mereka.

Aspek utama yang menggalakkan perkembangan sosioemosi kanak-kanak ialah

(A) konsep pemikiran yang positif.

(B) hubungan dengan rakan sebaya dan individu lain.

(C) keupayaan mengawal fizikal daripada aktiviti lasak.

(D) kecenderungan terhadap muzik dan pergerakan lembut.

17. Beberapa orang kanak-kanak prasekolah didapati mempunyai konsep kendiri negatif, kurang

berkomunikasi dengan kawan semasa aktiviti kumpulan dan sentiasa mengasingkan diri.

Tindakan yang boleh dilakukan oleh seorang guru untuk membantu meningkatkan kemahiran

berkomunikasi dalam kalangan kanak-kanak tersebut ialah

I mewujudkan interaksi positif dalam kalangan kumpulan kecil kanak-kanak

II membimbing dan memberi motivasi yang wajar dengan membetulkan tingkah laku mereka

III memberikan layanan dan perhatian yang lebih bagi meningkatkan keyakinan diri

IV memberi peluang kanak-kanak mengambil watak yang penting dalam aktiviti lakonan

V menggalakkan kanak-kanak berkawan dan bergaul denganr akan sebaya yang tertentu sahaja

(A) I, II dan III sahaja

(B) II, III dan IV sahaja

(C) I, II, IV dan V sahaja

(D) I, III, IV dan V sahaja

18. Cikgu Nurul berbincang dengan murid-murid tentang aktiviti permainan luar.Mereka memilih

permainan Musang Kejar Ayam.Berikut adalah perbualan antara guru dan kanak-kanak prasekolah.

Murid Aini : Cikgu asyik dia sahaja jadi musang. Saya juga hendak jadi musang

Cikgu Nurul : Ya, sekarang giliran kamu pula.

Apakah ciri yang perlu dimiliki oleh guru tersebut?

(A) Tiada perasaan janggal.

(B) Bertindak mengikut rasa hati.

(C) Menyediakan persekitaran yang baik.

(D) Bertindak mengikut keperluan kanak-kanak.

19. Setelah menjalankan ujian diagnostik, Cikgu Lili mendapati tiga orang kanak-kanak di kelas

prasekolahnya mempunyai masalah pertuturan yang serius.

Tindakan awal yang perlu dilakukan oleh Cikgu Lili ialah

(A) mengatasi masalah itu sendiri.

(B) menunggu dan melihat perkembangan selanjutnya.

(C) memberi rawatan yang diperlukan serta menyediakan laporan perubatan.

(D) menyediakan laporan dan berbincang dengan ibu bapa kanak-kanak bagi mendapatkan

rawatan.

20. Membimbing tingkah laku kanak-kanak merupakan tanggungjawab yang perlu dilaksanakan

oleh guru. Salah satu strategi yang popular ialah strategi pengurusan konflik.

Strategi pengurusan konflik ialah

(A) role model , memahami kesan , shaping

(B) talk it out, model resolusi, do something else

(C) modifikasi tingkah laku, time out, peneguhan positif

(D) menggunakan I message, sistem token, peneguhan positif

BAHAGIAN A: OBJEKTIF

1. D 11.B

2.B 12.A

3.C 13.B

4.B 14.A

5.A 15.C

6.D 16.B

7.B 17.B

8.D 18.D

9.D 19.D

10.A 20. B

BAHAGIAN B

(40 markah)

1. Komponen Perkembangan Sosioemosi dalam pendidikan prasekolah merupakan satu proses

berinteraksi dan mengadaptasi diri dalam masyarakat.

(a) Empat komponen sosioemosi

i. Mengurus dan memahami emosi diri sendiri

ii.Mencapai emosi positif

iii. Memberi kemahiran sosial

iv. Membina keyakinan

4 markah

(b) Berdasarkan teori Erik Erikson, huraikan ciri-ciri perkembangan emosi beserta contoh.

Asas Kepercayaan lawan asas Ketidakpercayaan:

i. rasa kepercayaan wujud

ii.membina kepercayaan secara peringkat

iii. membina ketidakpercayaan jika keperluannya tidak dapat dipenuhi

iv. ketidakpercayaan akan membentuk tingkah laku positif.

2 markah

Autonomi lawan Keraguan:

i. keinginan membuat sesuatu dengan daya usaha sendiri

ii.merasa malu jika tidak diberi kuasa

iii. merasa malu di depan orang

iv. merasa takut melakukan sesuatu

2 markah

Inisiatif lawan bersalah:

i. belajar cuba untuk berdikari

ii. pekakepada yan betul dan yang salah

iii. ada inisiatif untuk melakukan sendiri

iv. membina sikap negatif jika merasa serba salah

2 markah

2. Kemahiran prososial adalah salah satu perkembangan sosio-emosi kanak- kanak.

(a) Senaraikan lima ciri kanak-kanak yang mempunyai kemahiran prososial?

1. Mematuhi peraturan bilik darjah .

2. Bersopan santun dan mengamalkan kata-kata positif dalam kelas.

3. Suka menolong kawan dan guru .

4. Menunjukkan sikap tolreansi sesama rakan .

5. Boleh berkongsi alat permainan .

6. Mempunyai variasi dalam emosi ( gembira, sediah , suka , duka dll)

7. Pendengar yang baik .

8. Lain-lain jawapan yang sesuai dengan situasi prososial

5 markah

(b) Nyatakan lima faktor yang mempengaruhi perkembangan dan pembelajaran seseorang kanak-

kanak

1. galakan daripada ibu bapa, keluarga dan pihak sekolah

2. mewujudkan sub-budaya berkawan yang positif dan dinamik

3. mempunyai rakan sebaya yang baik

4. mempunyai jiran dan masyarakat keliling yang perihatin

5. wujud kematangan dan personality yang terbimbing

6. sosio-ekonomi keluarga yang mantap

7. Lain-lain jawapan yang munasabah

5 markah

3. Tingkah laku bermasalh timbul disebabkan kekurangan keupayaan individu kanak-kanak dalam

proses adaptasi atau pun akomodasi. Akibatnya ia menggangu emosi dalam aktiviti kehidupan

individu dan seterusnya dalam proses interaksi.

a. Berdasarkan kenyataan di atas, cadangkan lima faktor yang boleh menimbulkan keadaan

pergantungan berlebihan.

1. Ibu bapa yang mengamalkan perlindungan melampau (over – protection)

2. Pelajar yang kurang berkeyakinan

3.Konsep kendiri pelajar yang lemah

4.Pendekatan pengajaran yang lebih berpusat kepada guru

5.Aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang terlalu sukar untuk dijalani oleh para pelajar.Murid

banyak bergantung kepada guru

6.Ibu bapa yang bersikap autokratik di mana tidak memberi peluang kepada anak untuk membuat

keputusan

7. Lain-lain jawapan yang munasabah

5 markah

b. Huraikan lima pendekatan yang digunakan oleh Lee Canter (1976) berdasarkan Assertive

Discipline Model (Model disiplin asertif) bagi mengatasi tingkah laku bermasalah dalam kalangan

kanak-kanak prasekolah.

1. Guru menegaskan perlakuan bertanggungjawab.

2. kawalan tegas yang berpatutan menjamin kebebasan individu .

3. Guru menentukan persekitaran optima untuk pembelajaran

4. guru membantu perkembangan kanak-kanak , dalam masa yang sama mengurangkan tingkah

laku kendiri yang bermasalah

5. Sokongan daripada guru bagi kanak-kanak untuk menunjukkan tingkah laku yang bersesuaian.

6. Guru Menyediakan rancangan disiplin yang jelas menerangkan tentang harapan dan kesan.

7. Suasana penyayang dan menyokong adalah sesuai untuk meningkatkan pembelajaran.

5 markah

4.Pendidikan Prasekolah memberi ruang kepada kanak-kanak untuk berinteraksi dengan

persekitaran sosial yang sihat dan terancang bagi memudahkan menggunakan komunikasi

berkesan bagi menyelesaikan masalah.

(a) Berdasarkan pernyataan diatas, cadangkan empat faktor yang menyebabkan kanak-kanak

menghadapi konflik dalam kelas prasekolah.

1. penggunaan pendekatan dan strategi mengajar yang kurang sesuai

2. keadaan fizikal bilik darjah yang yang kurang selesa

3. Perhubungan guru dan kanak-kanak yang kurang baik dan mesra.

4. sahsiah guru yang kurang meyakinkan kanak-kanak – guru kurang pengalaman

5. kesihatan kanak-kanak yang kurang baik

6. Lain-lain jawapan yang munasabah

4 markah

(b) Nyatakan tiga aktiviti yang boleh dilaksanakan untuk membantu memperkembangkan

komunikasi kanak-kanak semasa guru bercerita kepada mereka.

i. Menyoal kanak-kanak mengenai emosi watak-watak dalam cerita.

ii Bertanyakan tentang perasaan mereka terhadap peristiwa dalam cerita.

iii Main peranan tentang peristiwa dalam cerita.

iv Guru bercerita dengan menunjukkan perasaan gembira, takut, sedih dan sebagainya.

v Jawapan lain yang munasabah

6 markah

Bahagian C

( 40 markah )

Jawab dua soalan.

1. (a) Seorang kanak-kanak mempunyai masalah suka mengasingkan

diri dan tidak mahu libat dalam aktiviti kelas dan kumpulan.

Huraikan dengan contoh-contoh yang sesuai lima teknik bimbingan yang boleh di gunakan oleh

guru di kelas prasekolah.

1. Guru menjadi model – tingkah laku guru menjadi ikutan kanak-kanak.

2. memilih aktiviti yang sesuai dengan kebolehan dan keupayaan

3. Membentulkan tingkah laku murid yang salah dengan menunjukkan tingkah laku yang betul.

4. Menyediakan peraturan bilik darjah yang sistemetik.

5. Token ekonomi – beri hadiah

6. Jawapan-jawapan lain yang munasabah

10 markah

(b) Kesedaran dan pemahaman tentang ras dan budaya perlu dipupuk sejak kanak-kanak berada di

prasekolah lagi.

Berdasarkan kenyataan di atas, huraikan dengan contoh yang sesuai bagaimana seorang guru

prasekolah dapat mengintregrasikan pengajaran dan pembelajaran tentang ras dan budaya dalam

Komponen Sosio-emosi.

1. berhati-hati terhadap sikap, kelakuan dan pernyataan guru mengenai bangsa supaya tidak

menyinggung perasaan sesuatu kaum.

2. elakkan prejudis semasa memilih bahan-bahan pengajaran

3. gambar-gambar yang didapati di dalam kelas mestilah menggambarkan perpaduan kaum.

4. gunakan bahan-bahan bercetak, filem, video sebagai bahan tambahan buku teks untuk

merangsang perpaduan

5. gunakan teknik pembelajaran koperatif dan kumpulan untuk menggalakkan perrpaduan

6. Jawapan-jawapan lain yang munasabah

10 markah

2.Memahami kecerdasan intelek (IQ) dan kecerdasan emosi (EQ) kanak-kanak di peringkat

prasekolah amat penting ke arah pembentukan murid-murid yang bijak dan mempunyai emosi yang

stabil.

(a) Berdasarkan pernyataan di atas, bincangkan lima elemen

penting kecerdasan emosi (EQ) menurut teori Daniel Goleman.

1. memahami emosi sendiri

2. kebolehan mengenalikan emosi

3. memotivasikan diri

4. menyedari emosi orang lain

5. mengendalikan hubungan dengan orang lain.

10 markah

(b) Bincangkan lima cara bagaimana guru dapat membantu kanak-kanak prasekolah

memperkembangkan dan menguruskan kecerdasan emosi.

1. bina asas kepercayaan dalam bilik darjah

2. mengelolakan banyak aktiviti kumpulan

3. bincangkan strategi-strategi yang sesuai mengawal emosi

4. bantu kanak-kanak menyedari emosi sedniri dan meluahkan perasaan dengan cara yang betul

5. wujudkan suasana interaksi yang kondusif dalam bilik darjah

6. gunakan ganjaran sebagai galakan dan motivasi pembelajaran

7. Jawapan-jawapan lain yang munasabah

10 markah

3.Dalam konteks profesionalisme keguruan, selain daripada guru perlu memahami tugas dan

tanggung jawab serta sikap dan tingkah lakunya, seorang guru prasekolah yang profesional perlu

menguasai kemahiran-kemahiran tertentu.

Jelaskan lima peranan guru penyayang dengan memberi contoh-contoh yang sesuai.

1. Guru sebagai fasilitator: fleksibel, amal P&P yang aktif, reflektif

2. Guru sebagai instruktur: interaksi secara langsung, mudah & terancang

3. Guru sebagai penyelia bahan permainan: keselamatan, mengkategorikan

4. Guru sebagai pengurus: sistematik, utamakan keperluan semasa, anjal

5. Guru sebagai pemerhati: tahu perkembangan, lebih objektif, penilai

6. Guru sebagai perancang: rancang P&P, sedara keperluan, tidak terlalu rigit

7. Guru sebagai peranan reflektif: dapat bimbing rakan sejawat, berkongsi

8. Guru sebagai penilai: dapat amalkan penilaian yang authentik, sistematik

9. Jawapan-jawapan lain yang munasabah

20 markah