tugasan projek cgs

16
1.0 PENDAHULUAN Menjadi seorang guru kini tidaklah semudah yang disangka. Acuan pendidikan yang tepat dan bersesuaian amat penting bagi menentukan hala tuju pembinaan tamadun manusia dan negara di Malaysia khususnya umat Islam. Cabaran tugas dan tanggungjawab yang diletakkan di bahu para guru kini ternyata amat berat. Pendidikan yang menjadi teras pembentukan sesebuah generasi turut terpanggil dan terheret untuk menangani cabaran era globalisasi. Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2007:232) cabaran didefinisikan sebagai hasil mencabar (mempersoalkan, mempertikaikan, ajakan (untuk berlawan dan sebagainya), sesuatu (unsur, faktor dan sebagainya) yang mencabar (menguji kemampuan dan ketabahan seseorang atau sesuatu organisasi dan lain-lain), pekerjaan yang penuh dengan cabaran. Oleh itu, secara ringkasnya cabaran membawa maksud sesuatu hal atau perkara yang menguji kemampuan serta ketabahan seseorang yang ada kaitannya dengan sesebuah organisasi. Menurut Kamus Dewan, global bermaksud dunia seluruhnya. Manakala, globalisasi membawa maksud menjadi atau menuju ke arah kesejagatan. Ayat yang sering kita dengar kini adalah “dunia tanpa sempadan”. Fenomena globalisasi ini berlaku di seluruh dunia dan memberi kesan kepada semua negara dalam pelbagai aspek kehidupan manusia sama ada ekonomi, politik, budaya dan terutamanya dalam bidang pendidikan. Warga pendidik perlu berusaha mendidik dan melahirkan anak bangsa yang seimbang dari segi kemajuan ilmunya dan keperibadian sahsiah peribadinya selaras dengan aspirasi murid yang digariskan dalam Pelan Pembangunan Pendidikan 2013-2025 yang berhasrat memastikan setiap murid mencapai potensi sepenuhnya merangkumi akademik dan 1

Upload: cokelatmanggis

Post on 14-Dec-2015

224 views

Category:

Documents


3 download

DESCRIPTION

cabaran guru semasa

TRANSCRIPT

Page 1: tugasan projek CGS

1.0 PENDAHULUAN

Menjadi seorang guru kini tidaklah semudah yang disangka. Acuan pendidikan yang

tepat dan bersesuaian amat penting bagi menentukan hala tuju pembinaan tamadun

manusia dan negara di Malaysia khususnya umat Islam. Cabaran tugas dan

tanggungjawab yang diletakkan di bahu para guru kini ternyata amat berat. Pendidikan

yang menjadi teras pembentukan sesebuah generasi turut terpanggil dan terheret

untuk menangani cabaran era globalisasi. Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat

(2007:232) cabaran didefinisikan sebagai hasil mencabar (mempersoalkan,

mempertikaikan, ajakan (untuk berlawan dan sebagainya), sesuatu (unsur, faktor dan

sebagainya) yang mencabar (menguji kemampuan dan ketabahan seseorang atau

sesuatu organisasi dan lain-lain), pekerjaan yang penuh dengan cabaran. Oleh itu,

secara ringkasnya cabaran membawa maksud sesuatu hal atau perkara yang menguji

kemampuan serta ketabahan seseorang yang ada kaitannya dengan sesebuah

organisasi.

Menurut Kamus Dewan, global bermaksud dunia seluruhnya. Manakala,

globalisasi membawa maksud menjadi atau menuju ke arah kesejagatan. Ayat yang

sering kita dengar kini adalah “dunia tanpa sempadan”. Fenomena globalisasi ini

berlaku di seluruh dunia dan memberi kesan kepada semua negara dalam pelbagai

aspek kehidupan manusia sama ada ekonomi, politik, budaya dan terutamanya dalam

bidang pendidikan. Warga pendidik perlu berusaha mendidik dan melahirkan anak

bangsa yang seimbang dari segi kemajuan ilmunya dan keperibadian sahsiah

peribadinya selaras dengan aspirasi murid yang digariskan dalam Pelan

Pembangunan Pendidikan 2013-2025 yang berhasrat memastikan setiap murid

mencapai potensi sepenuhnya merangkumi akademik dan sahsiahnya. Dalam konteks

profesion perguruan, seseorang guru itu perlu menyahut cabaran globalisasi dalam

melaksanakan tugasnya bukan sahaja secara personal, tetapi juga dalam konteks

kepentingan di sekolah dan kebangsaan secara amnya.

Ramai berpendapat secara umumnya kerjaya sebagai seorang guru merupakan

suatu pekerjaan yang mudah. Tambahan pula dikatakan guru mempunyai cuti yang

banyak. Ada juga yang mengatakan menjadi seorang guru senang dan memperoleh

pendapatan tinggi dan tetap. Tidak kurang juga yang menyatakan menjadi seorang

guru merupakan ‘jalan mati’ setelah profesion lain tidak memberikan peluang yang

baik. Pelbagai tanggapan yang boleh disimpulkan dalam kalangan masyarakat umum

tentang profesion guru. Namun sebenarnya profesion menjadi seorang guru bukan

1

Page 2: tugasan projek CGS

sahaja suatu pekerjaan yang murni dan baik malah menjadi seorang guru perlu

menggalas suatu tugas dan cabaran yang hebat untuk mendidik, membimbing dan

menunjuk ajar dalam proses membentuk seorang manusia untuk menjadi modal insan

yang berguna untuk agama, bangsa dan negara. Begitu juga halnya bagi seseorang

guru yang menjalani praktikum di sekolah. Guru praktikum juga tidak terlepas dari

menghadapi tekanan dan cabaran semasa bagi mendidik anak bangsa. Dalam usaha

menimba pengalaman bagi menjadi seorang pendidik, guru praktikum bukan sahaja

mengasah kemahiran pedagogi dalam pengajaran dan pembelajaran bahkan juga

menimba pengalaman dalam menguruskan tekanan dan cabaran semasa di luar bilik

darjah agar dapat menjadi seorang guru yang professional dalam menggalas

tanggungjawab sebagai pendidik dan cekal serta tidak mudah berputus asa dalam

mendidik anak bangsa.

2.0 CABARAN DAN TEKANAN YANG DIHADAPI SEMASA PRAKTIKUM

Sebagai pelajar guru di Institut Pendidikan Guru, kami dikehendaki menjalani

praktikum selama tiga fasa iaitu enam bulan selaras dengan kehendak Institut

Pendidikan Guru Malaysia sepertimana yang telah ditetapkan dalam sukatan oleh

Kementerian Pendidikan Malaysia. Ia sebagai salah satu latihan ikhtisas bagi

menyediakan pelajar guru yang berkualiti dalam menghadapi gelanggang dunia

pendidikan kelak. Semasa menjalani praktikum, pelbagai cabaran dan tekanan yang

kami hadapi dari perspektif personal, sekolah dan kebangsaan.

Salah satunya ialah cabaran dalam mendidik murid-murid alaf baru. Zaman

abad ke 21 kini memperlihatkan murid yang berbeza sikapnya dengan murid dahulu

terutama dari aspek sikap dan akhlaknya. Keadaan ini sangat menyedihkan. Ketika

saya menjalani praktikum di salah sebuah sekolah, saya merasai sendiri pengalaman

ini dan bagi saya kita tidak boleh memandang enteng perkara ini walaupun masalah

ini kita sering dengar di halwa telinga melalui berita atau perkongsian media sosial.

Contoh pengalaman praktikum saya di salah sebuah sekolah di bandar ialah beberapa

orang murid telah menggunakan nama guru praktikum untuk keluar dengan kawan-

kawannya pada hujung minggu. Mereka memberitahu ibu bapa mereka bahawa

mereka ada latihan di sekolah bersama guru praktikum sedangkan mereka pergi

keluar bermain bersama rakan tanpa pengetahuan ibu bapa mereka. Malah,tempatnya

juga bukan di sekolah dan agak jauh dari rumah memandangkan mereka masih muda

dan mentah akan bahayanya dunia sekarang ini. Kejadian ini telah menimbulkan salah

faham di kalangan pihak sekolah, ibu bapa dan guru praktikum. Dengan kemajuan

2

Page 3: tugasan projek CGS

teknologi sekarang, aduan tersebut telah dibuat oleh ibu bapa mengunakan

kemudahan “whatsapp” pada hujung minggu itu. . Ibu bapa murid tersebut telah

mengadu kepada pihak sekolah tentang masa latihan yang habis lewat dan

memberikan bebanan kepada mereka. Apabila menerima aduan tersebut, pihak

sekolah terkejut kerana mereka tidak mengetahui akan program tersebut.

Memandangkan kami selaku guru praktikum tidak berada di dalam “group” tersebut,

maka kami tidak mengetahui akan perihal tersebut sehinggalah hari persekolahan

berikutnya. Maka beberapa guru telah berjumpa dengan guru praktikum secara

personal dan mempersoalkan mengapa tidak memohon kebenaran terlebih dahulu

untuk mengadakan sesuatu program di sekolah. Ianya juga telah memberikan

masalah kepada guru pembimbing kami di sekolah tersebut. Setelah di soal siasat

barulah perkara sebenar diketahui bahawa kami selaku guru praktikum langsung tidak

terlibat malah tidak mengetahui akan perihal tersebut. Perkara ini sedikit sebanyak

telah menimbulkan salah faham yang agak serius.

Selain itu, cabaran lain ialah menangani murid yang menghadapi dunia “gadget

addiction”. Semasa menjalani praktikum kedua, sewaktu program sambutan Hari Raya

diadakan di sekolah, saya melihat ramai murid termasuk anak kepada para guru

membawa telefon bimbit secara bebas sama ada untuk menangkap gambar, merakam

video mahupun bermain “game”. Saya terkejut dengan budaya ini kerana seharusnya

pihak sekolah tidak membenarkan telefon bimbit dibawa ke sekolah. Ini kerana ia

boleh menimbulkan masalah yang lebih besar tanpa kita sedari. Bagaimana jika

telefon bimbit tersebut hilang?. Bagaimana jika murid merakamkan sesuatu yang tidak

sepatutnya di sekolah?. Ia bukanlah satu perkara yang luar biasa kerana kita sering

melihat akan kesan dan bahayanya jika peranti telefon bimbit ini dibawa ke sekolah

oleh murid contohnya seperti kes “cyber buli” dan sebagainya. Ada juga kes yang

kemudiannya menjadi ‘viral’ di kalangan masyarakat kita dan ia meninggalkan kesan

yang buruk kepada murid-murid kita dalam jangka masa yang panjang. Malah ia juga

boleh meninggalkan kesan trauma kepada murid dan keluarga mereka malah juga

guru dan pihak sekolah apabila masyarakat mula melemparkan tohmahan malah

ugutan. Masing-masing mahu menjadi perwira di alam maya. Perkara seperti inilah

yang perlu dibendung dari awal. Bak kata pepatah “melentur buluh biarlah dari

rebungnya”. Sewaktu umur mereka masih muda inilah kita harus mendidik agar

mereka menjadi murid yang berdisiplin dan mematuhi disiplin.

Cabaran lain juga ialah cara untuk menangani sikap sesetengah ibu bapa

zaman sekarang. Ada yang terlalu manjakan anak mereka, ada yang tidak kisah

langsung akan perihal anak mereka, ada yang terlalu memaksa anak mereka menjadi

3

Page 4: tugasan projek CGS

rajin dan pandai dan pelbagai ragam lagi dan ianya telah memberikan kesan kepada

anak mereka dari aspek psikologi dan sosial di sekolah. Berdasarkan pengalaman

saya ketika praktikum di sebuah sekolah di bandar, terdapat ibu bapa yang terlalu

manjakan anak mereka sehingga mereka mudah sekali menunding jari ke arah guru.

Contohnya seperti kes yang saya telah saya coretkan di atas, tanpa usul periksa

terlebih dahulu mereka telah menyalahkan guru. Adakah ianya wajar?. Selama

berpraktikum di tiga buah sekolah, saya juga pernah melihat ibu bapa datang ke

sekolah bagi menyatakan ketidakpuasannya malah ada yang meninggikan suara.

Adakah ianya wajar?. Perlakuan ini bukankah diperhatikan oleh anak-anak murid kita

dan ia menunjukkan contoh yang tidak baik. Tidak hairanlah apabila sikap sebahagian

murid zaman sekarang yang kurang hormat akan gurunya malah yang lebih

menyedihkan apabila mereka meninggikan suara atau menjawab dengan nada sinis

menandakan sikap “protes” mereka terhadap guru secara terang-terangan. Berbeza

pula dengan pengalaman saya di salah sebuah sekolah di luar bandar, boleh saya

katakan bahawa saya berjumpa dengan pelajar yang pelbagai latar belakang dan

kebanyakan mereka ada yang terdiri dari golongan sederhana dan miskin. Sikap

sesetengah ibu bapa yang tidak pedulikan pendidikan anak-anak mereka sangat

membimbangkan. Isu murid tidak hadir ke sekolah sangat tinggi bilangannya. Malah

terdapat beberapa murid yang hadir ke sekolah hanya beberapa hari dalam sebulan.

Sikap ibu bapa yang acuh tidak acuh akan pendidikan anak mereka sangat

membimbangkan. Antara pengalaman yang membuatkan saya tersentuh dan sedih

ialah apabila saya bertanya kepada seorang murid darjah tiga mengapa dia sering

tidak menyiapkan kerja sekolahnya , tidak menumpukan perhatian di dalam kelas, dan

terlalu kerap “mengantuk” di dalam kelas dan dia memberikan jawapan bahawa dia

berasa letih kerana menolong ayahnya di kebun . Sikap rajinnya menolong ibu

bapanya harus dipuji namun ia tidak seharusnya menjadi penyebab pelajarannya

tercicir.

Selain itu, cabaran lainnya semasa praktikum ialah kekurangan guru

Pendidikan Islam di salah sebuah sekolah ketika saya dan rakan menjalani praktikum

di sekolah tersebut . Perkara ini merupakan hal serius dan tidak seharusnya

dipandang remeh. Terdapat hanya dua orang guru Pendidikan Islam untuk mengajar

murid-murid darjah satu hingga enam. Walaupun satu tahun hanya satu kelas, tetapi

bilangan hanya dua orang guru bagi mengajar subjek Jawi, Quran dan Pendidikan

Islam dan menguruskan program di bawah Panitia Pendidikan Islam tidak mencukupi.

Terdapat ramai pelajar yang tercicir bagi ketiga-tiga subjek ini. Rekod data yang saya

ambil dari Panitia Pendidikan Islam menunjukkan hampir separuh murid gagal di

4

Page 5: tugasan projek CGS

dalam ujian bagi ketiga-tiga subjek ini. Ramai murid tercicir kerana tidak diberikan

“rawatan” awal berikutan kekurangan tenaga kerja. Tiada kelas pemulihan Jawi dan

tiada kelas pemulihan Al-Quran secara rasmi. Guru hanya akan mengambil alih murid

yang terlalu lemah apabila terdapat ruang masa kosong di dalam jadual mereka.

Terdapat ramai murid keciciran Jawi dan Al-Quran. Ramai murid tidak boleh membaca

Jawi dan ini menyebabkan mereka tidak berminat akan subjek Jawi dan Pendidikan

Islam kerana mereka tidak memahami apa yang tertulis di buku. Terdapat juga

sebilangan murid darjah enam yang masih lemah membaca Jawi malah ada yang

masih membaca Iqra’ dan tidak fasih membaca Al-Quran.

Cabaran lain di salah sebuah sekolah yang terletak di luar bandar ialah dana

sekolah yang tidak mencukupi bagi melaksanakan sesuatu program yang penting

misalnya mewujudkan kelas j-QAF, kelas Pemulihan, membaik pulih dewan sekolah,

dan program-program lain yang meraikan murid atau program pendidikan untuk murid.

Saya berasa kagum melihat usaha para guru yang berusaha mencari dana dan

mengeluarkan dana sendiri bagi program-program sekolah sehinggalah program yang

memerlukan dana besar seperti menyertai pertandingan pada peringkat daerah

mahupun kebangsaan. Malah mereka juga sering mengumpul dana bagi membantu

murid miskin dan pekerja sekolah yang mempunyai masalah kewangan. Ketika di

dalam mesyuarat sekolah, pembentangan bajet yang diperoleh dibentangkan dan

disusun bagi program yang dirancang. Maka guru yang bertugas bagi sesuatu

program akan berusaha mencari dana lebih.Namun begitu ia tidak dapat

menyelesaikan semua masalah yang memerlukan dana besar seperti kelas j-QAF,

membaik pulih dewan dan sebagainya. Pihak PIBG juga tidak dapat memberikan dana

yang mencukupi memandangkan mereka juga kebanyakkannya terdiri dari golonngan

sederhana dan susah. Saya berasa sedikit kehairanan kerana ketika menyertai

lawatan rasmi bagi program Bina Insan Guru di salah sebuah sekolah cemerlang di

Perak, kami telah diberi pendedahan tentang beberapa perkara yang menyumbang

kepada kejayaan ini dan salah satunya ialah dana yang besar yang telah diberikan

oleh kerajaan bagi sekolah cemerlang agar dapat mengekalkan prestasinya. Malah

dengan dana tersebut, mereka telah membawa beberapa kumpulan pelajar membuat

lawatan penanda aras ke sekolah dan institut pendidikan yang terdapat di luar negara.

Persoalannya ialah majoriti murid di sekolah tersebut ialah dari golongan elit dan

berada dan dana besar diberikan tetapi di sekolah luar bandar yang sangat

memerlukan dana bagi meningkatkan taraf pendidikan mereka hanya diberikan dana

peruntukan yang tidak mencukupi.

5

Page 6: tugasan projek CGS

Antara cabaran lain yang dihadapi ialah golongan guru yang berpuak-puak di

dalam sekolah sama ada di bilik guru, di dalam mesyuarat mahupun di dalam aktiviti

sekolah seperti hari sukan dan sebagainya. Ia tidak sewajarnya berlaku kerana ia

merupakan contoh yang tidak sihat kepada murid-murid. Murid mudah mengikut sikap

dan perangai guru kerana guru ibarat pengganti ibu bapa mereka jika di sekolah.

Sikap berpuak-puak ini juga mewujudkan budaya kerja yang tidak sihat kerana

masing-masing memilih kerja dan pasangan kerja dan ini menyebabkan suasana kerja

itu kurang kondusif dan hasilnya produktiviti atau hasil kurang memberangsangkan.

3.0 CARA-CARA MENGATASI CABARAN YANG DIHADAPI

Setiap penyakit ada ubatnya kecuali tua dan mati. Begitu juga setiap masalah pasti

ada cara mengatasinya. Bagi cabaran mendidik akhlak dan sikap murid alaf baru

iaitu abad ke-21, cabaran menangani murid yang menghadapi dunia “gadget

addiction”, dan cabaran menangani sikap ibu bapa ialah kerjasama dan keprihatinan

ibu bapa serta guru dalam menangani masalah ini. Ibu bapa dan para guru tidak

harus bertelingkah bagi menunding jari mencari bahu yang salah. Bukankah terdapat

kata-kata motivasi yang sangat popular iaitu satu jari kita menunding ke arah orang,

empat lagi jari kita yang lain menunding ke arah diri sendiri semula. Tidak dinafikan

peranan ibu bapa dalam mencurahkan kasih sayang dan mendidik anak-anak sangat

penting bagi mengatasi masalah ini. Tetapi, seharusnya guru,ibu bapa dan juga

masyarakat berganding bahu dalam menyelesaikan masalah ini. Laporan serta

kerjasama daripada masyarakat amat diperlukan bagi menangani masalah

ini. Antara program yang boleh dilaksanakan hasil kerjasama tiga pihak ini ialah

Program Integrasi Negeri Tangani Anti Sosial (PINTAS). PINTAS adalah program

yang dicadangkan untuk meningkatkan disiplin dan kawalan salah laku pelajar di

sekolah. Kaedah pelaksanaan program ini dibuat agar sesuai dengan pelbagai kes

salah laku pelajar di sekolah. Antara jenis-jenis salah laku pelajar ialah ponteng

sekolah, merokok, melawan guru, bertumbuk dan sebagainya. 

Perkhidmatan Bimbingan  dan Kaunseling oleh guru pakar dalam bidang ini

perlu dilatih agar dapat menjalankan tugas dengan baik bagi tujuan memberi nasihat

serta dorongan agar mereka yang terlibat dalam masalah disiplin ini akan insaf dan

seterusnya mengikut peraturan sekolah yang ditetapkan . Adalah menjadi harapan

negara pelajar yang tamat dari sekolah-sekolah seluruh negara mempunyai tahap

disiplin yang baik. Ini kerana mereka inilah yang akan membangunkan negara pada

6

Page 7: tugasan projek CGS

masa akan datang.  Penubuhan Kelab Pencegahan Jenayah & Disiplin di sekolah

wajar dan patut diberi sokongan sepenuhnya. Kementerian Pendidikan memberi

kebenaran untuk penubuhan kelab seperti ini yang bertujuan untuk melatih dan

memberi kesedaran di kalangan pelajar tentang pelbagai aspek jenayah dan

pencegahannya melalui penerapan nilai moral yang baik dan penekanan kepada

pentingnya sikap yang jujur. Walau apa pun program yang dilaksanakan bagi

mengatasi masalah disiplin ini, namun yang paling penting adalah peranan ibubapa.

Ibubapa perlu meluangkan masa bersama anak-anak dan sentiasa mendorong

mereka dan cuba menyelesaikan segala masalah yang dihadapi. Bagi menjalankan

program hasil kerjasama masyarakat setempat, ibu bapa dan guru maka program

jalinan ukhuwah boleh diadakan bagi menjaga kestabilan dan keharmonian bersama

seterusnya membina rasa hormat terhadap satu sama lain.

Selain itu,Kementerian Pelajaran dan Kementerian Pendidikan juga boleh

mengambil langkah-langkah yang perlu bagi menangani masalah disiplin pelajar di

sekolah. Hal ini kerana pihak Kementerian Pelajaran dan Kementerian Pendidikan

mempunyai kuasa untuk menggubal peraturan baru bagi memperbaiki masalah

disiplin pelajar. Kementerian Pelajaran juga mesti memantau keadaan disiplin pelajar

di sekolah secara berkala di beberapa buah sekolah yang tahap disiplinnya agak

membimbangkan. Antara cabaran yang terbesar yang mendepani para pelajar masa

kini ialah corak rangsangan yang diterima sama ada melalui media cetak atau media

elektronik. Tambahan pula, dasawarsa ini perkembangan teknologi maklumat dan

komunikasi khususnya internet yang dikenali sebagai lebuh raya maklumat dan

dunia tanpa sempadan merupakan penyumbang kepada salah laku pelajar. Oleh itu,

pihak kerajaan perlu menapis dan mengawal bahan yang disiarkan dan diterbitkan ini

kerana boleh merosakkan akidah, minda, gaya hidup pelajar. Sekiranya kawalan dan

tapisan ini tidak dilaksanakan dengan baik maka segala usaha yang dilakukan oleh

pihak sekolah ,ibu bapa dan masyarakat untuk menangani masalah disiplin pelajar

menjadi sia-sia.

Bagi menangani isu kekurangan guru di sekolah, saya dan rakan selaku guru

praktikum sedia bersama berganding bahu semasa kami berada di sekolah untuk

membantu guru Pendidikan Islam dalam proses pengajaran mahupun tasmiq.

Program Celik Al-Quran juga dilaksanakan pada hujung minggu bagi membantu

murid-murid yang sangat lemah membaca Al-Quran dengan memberi fokus hanya

kepada mereka sahaja. Kami juga mempelbagaikan kaedah, teknik dan bahan bantu

mengajar agar berupaya menarik minat mereka dan memudahkan mereka

memahami isi pelajaran. Dan kami membahagikan setiap waktu agama kepada dua

7

Page 8: tugasan projek CGS

kumpulan murid agar murid yang lemah dan tercicir ini diberi perhatian lebih. Namun

ia hanya merupakan rawatan jangka masa pendek sahaja memandangkan kami

hanya berada selama beberapa bulan sebagai guru praktikum. Maka saya

mencadangkan agar masalah ini dibawa ke pihak atasan seperti menulis surat rasmi

kepada pihak yang berwajib seperti pihak Pejabat Pendidikan Daerah, Jabatan

Pelajaran Negeri, Kementerian Pelajaran Malaysia dan Kementerian Pendidikan

Malaysia berkaitan kekurangan guru dan menyebabkan implikasi murid keciciran

dalam mata pelajaran tersebut. Di dalam surat rasmi tersebut juga boleh dilampirkan

bukti hasil data peperiksaan murid.

Masalah ini juga amat berkait dengan kekurangan dana maka pihak sekolah

boleh melampirkan sekali bukti kekurangan dana dan meminta dana tambahan atau

sumbangan bagi menyediakan persekitaran sekolah yang lebih kondusif.

Pengalaman saya menjalani praktikum di sekolah bandar dan luar bandar

membuatkan saya tertanya-tanya mengapakah sekolah yang terletak di bandar

kondusif dan mempunyai kemudahan yang lengkap tetapi berbeza sekali dengan

sekolah luar bandar. Seharusnya sekolah luar bandar juga perlu diraikan oleh pihak

berwajib memandangkan sekolah luar bandar amat memerlukan kemudahan yang

lengkap bagi menggalakkan murid belajar dan seronok datang ke sekolah. Surat

memohon dana atau sumbangan juga boleh dihantar dan dimohon pada orang-orang

besar seperti golongan bangsawan, datuk-datin,Yang Berhormat dan sebagainya.

Selain itu, cadangan saya yang lain ialah sementara menunggu maklum

balas dari pihak berwajib, pihak sekolah boleh menjemput badan-badan swasta yang

mengadakan perkhidmatan dan sumbangan secara percuma bagi sesi mengajar

atau program-program pendidikan misalnya kem motivasi seperti menjemput

mahasiswa Universiti, pelajar guru Institut Perguruan dan lain-lain. Antara badan

swasta yang bergerak aktif menhulurkan khidmat masyarakat bagi mengajar ialah

Teach For The Needs (TFTN). TFTN adalah sebuah gerakan bottom-up dimana

sukarelawannya merancang, mengurus, mengetuai dan mengawal selia aktiviti yang

telah diluluskan oleh Board of Trustees (BOT). TFTN mensasarkan tiga kumpulan

untuk dibantu iaitu anak yatim , pelajar miskin (keluarga berpendapatan di bawah RM

800 sebulan),pelajar corot / tercicir .TFTN mempunyai dua kakitangan utama yang

hebat, iaitu Duta-Guru (Teacher-Ambassador) dan Sukarelawan (Volunteer). Malah

aspirasi TFTN yang merangkumi tiga teras utama dalam membantu bidang

pendidikan boleh membantu pihak sekolah iaitu:

8

Page 9: tugasan projek CGS

Teras pertama: Menyediakan peluang kepada mereka yang memerlukan

untuk mengalami suasana pendidikan sepertimana yang dilalui oleh rakan mereka

yang lebih bernasib baik menerusi interaksi secara emosi dan pembinaan hubungan

yang baik dengan anak-anak.

Teras kedua: Sebagai platform dan peluang untuk sukarelawan pelatih guru

mengukuhkan kemahiran pedagogi dan memantapkan keyakinan diri sebagai tenaga

pengajar; dan

Teras ketiga: Sebagai badan bukan kerajaan yang berusaha membangkitkan

potensi anak-anak yang kurang bernasib baik dalam menghapuskan stereotaip

masyarakat yang berlabel negatif.

Maka jelas di sini, TFTN merupakan contoh satu badan swasta yang boleh

membantu pihak sekolah menangani masalah dana dalam mengadakan program

pendidikan kerana pihak TFTN memberikan perkhidmatan mereka secara percuma

dan pihak sekolah boleh bekerjasama berganding bahu dengan mereka seperti

menyediakan platform untuk mereka mencurahkan sumbangan mereka kepada

anak-anak murid bangsa kita.

Cadangan saya seterusnya mengenai isu guru yang berpuak-puak. Pihak

sekolah boleh menganjurkan program kebersamaan guru bagi memecahkan tembok

yang menjadi banteng antara guru. Program tersebut boleh diadakan pada waktu

luar sekolah serta santai kerana tujuan utamanya mengeeratkan hubungan guru

yang erat bagi mewujudkan komuniti sekolah yang kondusif dan budaya kerja yang

positif di kalangan guru. Guru sebagai agen sosialisasi berfungsi sebagai pembentuk

sahsiah sosial yang positif dan pembentuk budaya penyayang ( Noriati A.Rashid,

Boon &Wong, 2010) .Guru sendiri berperanan sebagaii agen sosialisasi perlulah

menunjukkan sikap yang positif yang wajar dicontohi kerana murid suka menjadikan

guru yang mereka kenali sebagai model untuk dijadikan ikutan seterusnya ianya

membantu mencorakkan etika dan kerohanian yang positif dan mulia dalam diri

murid tersebut.

9

Page 10: tugasan projek CGS

4.0 PENUTUP

Guru merupakan golongan yang sering mendapat perhatian masyarakat maka rebah

bangun merekalah menjadi barisan hadapan dalam menangani cabaran dunia

pendidikan. Namun begitu, peranan ibu bapa tidak boleh diketepikan kerana

pendidikan itu bermula dari rumah Walau bagaimanapun, pihak lain juga berperanan

dalam menangani masalah ini seperti media, masyarakat dan sebagainya.

Di samping itu, kita perlulah menjadi guru yang bersedia menghadapi

rintangan yang melanda dalam mendidik anak bangsa dengan didikan yang kualiti

sebagaimana yang telah ditetapkan dalam garis panduan Standard Guru Malaysia

iaitu untuk menjamin dan mengekalkan pendidikan yang berkualiti kepada

warganegara Malaysia kini dan akan datang. Dengan menjadi guru yang

professional berpandukan Standard Guru Malaysia, kita akan dapat menjadi guru

yang mempunyai kompetensi yang tinggi dalam aspek amalan nilai profesionalisme

keguruan, pengetahuan dan kefahaman serta kemahiran pengajaran dan

pembelajaran. Matlamat utama kita sebagai pendidik adalah untuk melahirkan murid

yang mencapai potensi sepenuhnya dan mempunyai peribadi yang mulia serta

seimbang dari sudut jasmani, emosi,rohani, intelek dan sosial.

Kesimpulannya, peranan guru sangat penting dalam membentuk modal insan

cemerlang. Oleh itu, perananguru dalam bidang pendidikan penting untuk melahirkan

Wawasan 2020 supaya menjadikan Malaysia sebuah negara yang maju dan era

kecemerlangan pendidikan yang berkualiti.

10

Page 11: tugasan projek CGS

BIBLIOGRAFI

JURNAL

Kementerian Pelajaran Malaysia,Standard Guru Malaysia,Selangor: Giga Wise Network

Sdn.Bhd

Kementerian Pelajaran Malaysia, 2012, Laporan Awal Pendidikan Malaysia 2013-2015

BUKU

Noriati A. Rashid, Boon Pong Ying & Wong Kiet Wah (2010). Asas Kepimpinan dan

Perkembangan Profesional Guru. Selangor :Oxford Fajar Sdn. Bhd.

Bowring. C. C., West. J. B & Annuar Ayob (Eds.). (2010). Belajar Secara Berkesan Di

Sekolah (Effective Learning in Schools). Kuala Lumpur: Institut Terjemahan Negara

Malaysia.

Azhar Wahid , Zawawi Jahya. (2009). Pendidikan Pembangunan Modal Insan. Perak:

Universiti Pendidikan Sultan Idris.

INTERNET

Adriman . (2015) . Tugas Utama Guru   Profesional .

https://adriman1011.wordpress.com/2015/01/08/tugas-utama-guru-profesional/

Diakses pada 2 Ogos Julai 2015.

11