tugasan persembahan sajak

Upload: lai-chiew-yen

Post on 01-Mar-2016

94 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

persembahan sajak yang bertema alam sekitar untuk subjek SDP.

TRANSCRIPT

Tugasan ii: Persembahanii. PersembahanTema sajak: Alam SekitarCintailah Alam##Lompat si katak lompat , Lompatlah tinggi-tinggi.Marilah adaik mari, marilah bersajak.

Alam,Keindahan mu memukau ramai orang,Keindahan mu tidak terlawan,

Alam,Keindahan mu bagaikan syurga,Air sungai yang berombak-ombak,Burung-burung berkicau merdu,Tumbuh-tumbuhan yang menghijau.

Alam,Keindahan mu semakin menghilang,Ini adalah perbuatan manusia yang tamak,Tumbuh-tumbuhan semakin layu,Binatang semakin pupus.

Bangkitlah rakyat malaysia!Masih belum terlambat untuk kitaMemelihara khazanah alam.Berkonsepkan bumi hijau,Melindungi lapisan ozonDan kehidupan flora dan fauna.Masih dapat dikekalkan, Keindahan alam semesta.Kepada generasi yang akan datang.

Ingatlah kita semua,Bahawa alam ini adalah sesuatu yang tidak ternilai harganya.Alam ini,Anugerah Tuhan yang sangat istimewa.Keindahannya,Mencerminkan keperibadian manusia.

disediakan oleh :PISMP- PC SEM 4 AMBILAN JUN 2013

Kajian Perkembangan Idea:Dalam Kerja Kursus Seni Dalam Pendidikan (WAJ3073) - Tugasan ii Persembahan, kumpulan kami telah menghasilkan sebuah sajak yang bertajuk Cintailah Alam. Tema sajak ini ialah kesedaran tentang perlunya memelihara dan memulihara alam sekitar. Sajak ini dipersembahkan oleh tiga orang guru pelatih secara berkumpulan. Persembahan sajak adalah satu aktiviti kreatif yang menarik dan sesuai untuk setiap pengajaran dan pembelajaran bagi menceriakan suasana bilik darjah di samping meningkatkan keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran. Aktiviti yang dipersembahkan telah berhubungkaitkan di antara seni visual, muzik dan pergerakan. Kami telah mengadakan perbincangan untuk melahirkan idea bagi persembahan sajak ini. Kami merancang persembahan ini mengikuti tema alam sekitar. Didapati kebelakangan tahun ini, sungai-sungai dicemari dan pokok-pokok ditebang secara berleluasan di negara kita, Malaysia. Bagi menyeru dan menyedarkan murid-murid agar mencintai dan menghargai sumber alam sekitar, idea ini telah dilahirkan.Kami mencipta sajak Cintailah Alam bersama-sama. Seterusnya, kami merancang dan membuat keputusan dalam memilih tempat, latar muzik dan pergerakan yang akan diadakan dalam persembahan kami. Setelah berbincang, kami membuat keputusan untuk membuat rakaman persembahan sajak di Tasik Terenggung, Kuala Lipis yang terletak berdekatan dengan Institut Pendidikan Guru Kampus Tengku Ampuan Afzan. Pada permulaannya, kami akan menyanyikan lagu Lompat Si Katak Lompat sambil membuat aksi melompat Lompat Katak. Sebab kami memilih watak katak adalah kerana katak tinggal di tepi sungai, kolam atau tasik, manakala kediaman katak telah dicemari. Katak-katak ingin menyedarkan murid-murid supaya mencintai alam sekitar. Oleh itu, mengajak murid-murid bersajak bersama-sama. Persembahan nyanyian bagi permulaan dapat menarik minat murid-murid.Pada akhir persembahan sajak ini, kami berharap memberi pendedahan dan melahirkan keprihatinan murid-murid terhadap isu-isu alam sekitar yang berlaku pada hari ini. Kami juga berharap kesedaran tentang kepentingan untuk memelihara dan memulihara alam sekitar dapat dipupuk dalam kalangan murid-murid. Malah, setiap daripada kita perlu menyedari bahawa tanpa alam sekitar yang sihat, maka kelangsungan hidup di atas muka bumi juga akan pincang.