tugasan kumpulan 4 pendidikan sains awal kanak-kanak

66
TUGASAN : 1) PEMBENTANGAN 2) PENULISAN ILMIAH TAJUK : PENDIDIKAN SAINS AWAL DI PERINGKAT AWAL KANAK-KANAK NAMA : 1) CHRISTOPHER ANAK BARAT 2) NOVIE ADILAH SONDIG 3) TAI CHEN HIUNG 4) NORHAFIZAH BT MANAN 5) HISHAM JAIMIE FAKULTI : SENI DAN MUZIK JABATAN : PENDIDIKAN TEKNIKAL DAN VOKASIONAL TEMPAT : DEWAN TAMAN BERNAM 1 SEMAKAN : ENCIK KAMARUL AZMAN BIN ABD.SALAM 1

Upload: nor-aini-mohamad

Post on 23-Jun-2015

2.217 views

Category:

Sports


2 download

TRANSCRIPT

Page 1: Tugasan kumpulan 4 pendidikan sains awal kanak-kanak

TUGASAN : 1) PEMBENTANGAN

2) PENULISAN ILMIAH

TAJUK : PENDIDIKAN SAINS AWAL DI PERINGKAT AWAL KANAK-KANAK

NAMA: 1) CHRISTOPHER ANAK BARAT

2) NOVIE ADILAH SONDIG

3) TAI CHEN HIUNG

4) NORHAFIZAH BT MANAN

5) HISHAM JAIMIE

FAKULTI : SENI DAN MUZIK

JABATAN : PENDIDIKAN TEKNIKAL DAN VOKASIONAL

TEMPAT : DEWAN TAMAN BERNAM 1

SEMAKAN : ENCIK KAMARUL AZMAN BIN ABD.SALAM

1

Page 2: Tugasan kumpulan 4 pendidikan sains awal kanak-kanak

PENDIDIKAN KEMAHIRAN HIDUP DAN TEKNIKAL ( AT 31 )

Asuhan Dan Pendidikan Awal Kanak-Kanak(SHV 4193)

Kumpulan 4

Tajuk : PENDIDIKAN SAINS AWAL DI PERINGKAT

AWAL KANAK-KANAK

Tugasan berkumpulan

Disediakan oleh:

Nama No.matrikChristopher anak barat D20071029848Novie adilah sondig D20071029835Tai chen hiung D20071029859Norhafizah bt Manan D20071029846Hisham Jaimie D20071029876

Nama Pensyarah : EN. KAMARUL AZMAN B. ABD. SALAM

2

Page 3: Tugasan kumpulan 4 pendidikan sains awal kanak-kanak

ISI KANDUNGAN

PERKARA MUKA/SURAT

1.0 PENGENALAN 4

2.0 DEFINISI SAINS AWAL 6

3.0 DEFINISI KURIKULUM PENDIDIKAN SAINS AWAL 9

4.0 KURIKULUM PERMATA 12

4.1 Bidang Pembelajaran Perkembangan

Deria/Sensori Dan Pemahaman Dunia

Persekitaran Peringkat perkembangan

Kanak-kanak (Pra-Sains) 12

4.2 Kanak-kanak Umur 0 hingga 6 bulan. 12

4.3 Kanak-kanak Umur 7 hingga 12 bulan 16

4.4 Kanak-Kanak Umur 1-2 Tahun 21

4.5 Kanak-kanak Bagi Umur 2 hingga 3 Tahun 25

4.6 Kanak-kanak Bagi Umur 3 hingga 4 Tahun 29

5.0 KAJIAN LEPAS MENGENAI PENGAJARAN

SAINS AWAL KANAK-KANAK. 34

6.0 KAJIAN LEPAS BERKAITAN PEMBELAJARAN

SAINS AWAL KANAK-KANAK. 38

7.0 KESIMPULAN 45

RUJUKAN dan BIBLIOGRAFI

3

Page 4: Tugasan kumpulan 4 pendidikan sains awal kanak-kanak

1.0 PENGENALAN

Istilah Pendidikan awal kanak-kanak meliputi umur yang mana dalam

lingkungan 0-4 tahun dan telah diwujudkan seawal tahun 2006 serta telah

dimasukkan dalam akta Pendidikan 1996 mengikut peraturan-peratuaran

kurikulum kebangsaan yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran

Malaysia. Menurut Vyogtsky (1984), penerapan pendidikan awal sains

seharusnya dimulakan pada peringkat lebih awal lagi. Hal ini adalah berkaitan

dengan pendapat yang dikemukakan oleh Harlan & Jelly (1989) mengatakan

bahawa matlamat pendidikan sains awal kanak-kanak dapat membentuk dan

memupuk perkembangan dalam aspek pengetahuan dan kemahiran.

Satu dasar telah ditetapkan dengan menyediakan kurikulum bagi

Pendidikan awal kanak-kanak yang dikenali sebagai Kurikulum Permata.

Kurikulum permata dirancang dengan mangambil kira semua aspek

perkembangan jasmani, rohani, mental dan emosi dan ia adalah berfokus

kepada pembinaan kualiti individu kanak-kanak berumur 0-4 tahun. Penetapan

Sains bagi kanak-kanak bermula dengan apabila mereka sedar mereka dapat

belajar berhubung alam kehidupan mereka melalui tindakan dan perlakuan

sendiri, seperti menuip belon ataupun buih sabun dan menambah blok binaan

yang membuat binaan asas tidak stabil.

Peluang-peluang mempelajari sains terdapat di pelbagai tempat dan

keadaan contohnya, di dapur, di kawasan sekolah, di tepi kolam dan laut, di

muzium, di zoo dan juga di tempat permainan yang disediakan. kita

menggunakan ilmu sains bagi menjawab pelbagai soalan yang dikemukakan

4

Page 5: Tugasan kumpulan 4 pendidikan sains awal kanak-kanak

oleh kanak-kanak. Pengetahuan sains membolehkan mereka memahami

fenomena yang terdapat di sekeliling mereka.

Sebagai bidang ilmu, sains membekalkan rangka konsep bagi

membolehkan kanak-kanak memahami alam sekeliling. Ilmu pengetahuan sains

ini menjadi lebih bermakna apabila kanak-kanak dibantu menghubungkan fakta

dan konsep, serta mengaitkan pembelajaran baru dengan pengetahuan sedia

ada. Proses ini membolehkan mereka memahami situasi dan maklumat baru.

Pendedahan awal kanak-kanak ke atas sains adalah penting bagi

perkembangan konsep-konsep saintifik serta perkembangan intelek yang lain.

5

Page 6: Tugasan kumpulan 4 pendidikan sains awal kanak-kanak

2.0 DEFINISI SAINS AWAL

Umumnya, Sains boleh didefinisikan sebagai ilmu yang boleh menerang

dan memahami sifat alam. Bidang sains mengandungi tiga aspek iaitu kognitif,

konatif dan afektif. Menurut Joseph Abruscato (2000), sains adalah proses yang

melibatkan kemahiran intelek dan manipulatif bagi mendapatkan maklumat

berhubung alam semula jadi. Dengan kata lain,sains adalah pengetahuan yang

diperolehi melalui aplikasi proses saintifik. Pengetahuan, kemahiran dan nilai

yang diperoleh melalui pengalaman sains seharusnya dapat membantu kanak-

kanak memahami dan mencorakkan alam sekeliling. Oleh itu, pendedahan awal

dalam sains penting bagi membolehkan kanak-kanak membina rasa

tanggunjawab dan prihatin serta rasa hormat pada alam sekitar. Interaksi positif

yang dialami secara terus membantu peningkatan kanak-kanak dalam

pembelajaran dan memperbaiki kualiti kehidupan dalam jangka masa panjang.

Merujuk kepada pendidikan sains awal, ia menfokuskan dengan

perkembangan deria/ sensori dan pemahaman dunia persekitaran. Bidang

pembelajaran ini lebih dikenali sebagai pra-sains. Definisi Sains awal adalah

subjektif iaitu sains adalah sesuatu yang dilakukan oleh kanak-kanak setiap hari

apabila mereka bertanyakan soalan, memerhati serangga, membuat ketulan ais,

menunggang basikal, mengasah pensel ataupun memasang lampu. Dengan

kata lain, sains adalah sesuatu yang berkaitan dengan persekitaran yang mana

ia akan mewujudkan perasaan ingin tahu kanak-kanak untuk meransang

perkembangan kognitif dan deria mereka.

6

Page 7: Tugasan kumpulan 4 pendidikan sains awal kanak-kanak

Menurut Johnston (1996), kanak-kanak pada umumnya bersifat ingin

tahu atau inkuisitif. Kenyataan ini dibuktikan melalui soalan-soalan yang kerap

kali ditanya dengan tujuan mendapatkan penjelasan dan kefahaman berhubung

sesuatu yang menarik perhatian mereka. Soalan-soalan ini biasanya berkaitan

dengan perkara yang dialami oleh kanak-kanak. Melalui proses ini, kanak-kanak

akan cuba membina pengertian dan kefahaman berhubung dengan fonomena

yang dialami.

Proses Pendidikan Sains awal kanak-kanak pada peringkat awal

menekankan konsep pembelajaran aktif. Justeru, aktiviti-aktiviti yang dirancang

adalah bercorak Hands-on yang mana ia dapat melibatkan kanak-kanak secara

aktif melalui interaksi dengan bahan-bahan pembelajaran. Kanak-kanak belajar

memahami sesuatu konsep dengan baik daripada pemerhatian, sentuhan, rasa

dan manipulasi bahan bagi membina kefahaman saintifik.

Pengetahuan sains awal yang diterapkan kepada kanak-kanak

bermatlamat memberi pendekatan hands-on dalam pengajaran sains dengan

memberi ruang dan peluang kanak-kanak membina kefahaman sendiri dengan

bantuan guru. Harlan & Rivkin (1996), antara tujuan pendidikan sains adalah :

Membantu meningkatkan perkembangan bahasa dan kemahiran kanak-

kanak.

Memberi peluang kepada kanak-kanak mengkaji perhubungan kesan dan

akibat

7

Page 8: Tugasan kumpulan 4 pendidikan sains awal kanak-kanak

Membantu kanak-kanak menguasai kemahiran berfikir secara kreatif,

kritis, analitis dan sisitematik dalam membuat penakulan.

Membantu kanak-kanak membina dan menghayati sikap dan nilai murni.

8

Page 9: Tugasan kumpulan 4 pendidikan sains awal kanak-kanak

3.0 DEFINISI KURIKULUM PENDIDIKAN SAINS AWAL KANAK-

KANAK

Menurut Isaac Asimov (1994), Sains ialah cara kita berfikir dan melihat

dunia persekitaran kita. Sains adalah suatu proses eksperimen yang berterusan

dan mencuba jawapan terhadap kejadian dan tidak balas yang berlaku di dalam

persekitaran. Hasil keputusan kajian sentiasa berubah dan tidak tertumpu

kepada satu jawapan sahaja. Keterbukaan berfikir ini perlu diterapkan kepada

setiap kanak-kanak melalui pengajaran dan pembelajaran pendidikan sains awal

kanak-kanak. Pengalaman sains dapat membantu kanak-kanak mengenali dan

memahami persekitarannya. Secara semula jadi kanak-kanak mempunyai sifat

ingin tahu yang tinggi. Maka mereka perlu diberikan peluang, galakan dan masa

bagi memenuhi keperluan mindanya. Bagi memenuhi keperluan tersebut kanak-

kanak harus dibimbing dengan kaedah saintifik bagi menggalakkan mereka

menyelesaikan masalah (Nani Menon & Rohani Abdullah, 2003).

Umumnya, kanak-kanak cenderung mengetahui fakta berkaitan fenomena

alam semula jadi, cuaca, haiwan, proses tumbesaran, manusia dan benda di

persekitarannya. Setiap tingkah laku mereka adalah suatu proses eksperimen

yang berlaku secara spontan setiap hari. Apabila mereka tersentuh objek, maka

akan timbul beberapa soalan seperti “Apa ini?”, “Bagaimana ia berfungsi?”,

“Kenapa?”. Tingkah laku ini adalah suatu proses siasatan saintifik. Pengalaman

ini akan menggalakkan kanak-kanak supaya mahir berfikir, menyoal,

menyelesaikan masalah, membuat rumusan dan membina pengetahuan yang

berasaskan pengalaman saintifik.

9

Page 10: Tugasan kumpulan 4 pendidikan sains awal kanak-kanak

Brewer, 1995 mengatakan bahawa sains adalah semua yang wujud di

sekitar kita, tidak kira dimana kita berada. Pada kanak-kanak pra sains adalah

pekara yang mereka hairan, rasa takjub, serta ingin tahu dan terokai. Sains

adalah pemikiran dan perbuatan dan ia berlaku seiring. Sains adalah suatu

proses memerhati, berfikir dan membuat perkaitan antara satu tindakan dan

kesan atau kejadian dan peristiwa. Ia juga adalah sesuatu yang boleh

menimbulkan rasa ingin tahu, minat dan proses penyelesaian masalah (Nani

Menon & Rohani Abdullah, 2003).

Dalam pendidikan awal kanak-kanak, proses sains adalah suatu

pembelajaran yang dapat menggalakkan kanak-kanak memperoleh pengetahuan

fakta sains, menggalakkkan minat ingin tahu, meneroka persekitaran, meramal,

memerhati, menjalankan uji kaji dan membuat infrensi. Apabila kanak-kanak

terlibat dalam aktiviti pembelajaran seperti meneroka dan mencuba-cuba, secara

tidak langsung mereka akan terlibat dalam proses berfikir dan mendapat

maklumat secara saintifik.

Proses pengajaran dan pembelajaran bagi pendidikan sains awal kanak-

kanak sebaiknya disesuaikan dengan tingkat perkembangan kebolehan dan

kemampuan kanak-kanak. Menurut Jean Piaget dalam teori perkembangan

kognitif mengemukakan idea tentang pembentukan konsep kanak-kanak dan

kecerdasan dengan mencadangkan bahawa penyelidik-penyelidik dapat belajar

mengikut kemampuan perkembangan intelek yang dialami oleh kanak-kanak

dengan berterusan. Pemerhatian beliau terhadap kanak-kanak secara

berterusan termasuk pemeriksaan terhadap kesilapan anak-anak sendiri, maka

10

Page 11: Tugasan kumpulan 4 pendidikan sains awal kanak-kanak

beliau merumuskan bahawa wujud sistem logikal yang mudah dan teratur yang

mendasari pemikiran kanak-kanak.

Menurut Piaget, sistem-sistem ini adalah berbeza-beza daripada sistem

logikal yang digunakan oleh orang dewasa. Untuk memahami perkembangan,

sistem-sistem ini seharusnya diidentifikasi dan dibahagi mengikut cirri-ciri yang

tersendiri. Piaget percaya fungsi kecerdasan adalah untuk membantu

menyesuaikan diri (adaptasi) adalah berdasarkan perkembangan kognitif yang

dilihat bersama-sama dengan respon kompleks yang dialami terhadap

persekitaran. Dengan meningkatnya pembelajaran dan kematangan kanak-

kanak, kedua-dua kecerdasan dan manifestasinya menjadi berbeza-beza

(Suppiah Nachiappan, Ramlah Jantan & Abdul Aziz Abdul Shukur, 2008).

11

Page 12: Tugasan kumpulan 4 pendidikan sains awal kanak-kanak

4.0 KURIKULUM PERMATA

4.1 Bidang Pembelajaran Perkembangan Deria/Sensori Dan Pemahaman

Dunia Persekitaran Peringkat perkembangan Kanak-kanak (Pra-

Sains)

Dalam isi kandungan Kurikulum Permata, bidang sains awal terdapat

dalam bidang pembelajaran yang keempat iaitu bidang yang melibatkan

pembelajaran perkembangan deria/sensori dan pemahaman dunia persekitaran

peringkat perkembangan kanak-kanak dalam lingkungan 0 hingga 4 tahun.

Berikut merupakan perincian setiap peringkat umur dalam lingkungan tersebut

serta fokus yang diberi penekanan berkaitan dengan pengajaran dan

pembelajaran dalam bidang ini.

4.2 Kanak-kanak Umur 0 hingga 6 bulan.

Menurut Piaget, pada peringkat umur 0 hingga 6 bulan ini pemahaman

bayi tentang dunia ini berasaskan pada pergerakan spontan yang tidak

dipleajari seperti menghisap, memegang dan melihat. Piaget memanggil corak-

corak gerakan spontan ini sebagai skima-skima dalaman dan skima ini sentiasa

berubah. Walaubagaimanapun, bayi dapat menyesuaikannya kepada

pengalaman-pengalaman baru yang dialami. Contohnya bayi yang berumur 2

bulan sudah mempunyai skima menghisap, lama-kelamaan dia akan belajar

bahawa skima untuk menghisap puting botol susu berbeza dengan menghisap

putting susu ibunya atau menghisap jari. Melalui cara ini, proses perkembangan

12

Page 13: Tugasan kumpulan 4 pendidikan sains awal kanak-kanak

kognitif berlaku kerana kanak-kanak mulai sedar bahawa penghisapan-

penghisapan ini berbeza-beza dari segi cara dan gaya ( Jas Laile Suzana

Jaafar, 1996).

Menjelang usia 3 bulan, bayi sudah boleh mengangkat kepalanya apabila

ditiarapkan serta mencapai benda yang dihulurkan kepadanya. Bayi juga sudah

boleh memusingkan badannya dengan sendiri. Menjelang usia 4 bulan, bayi

sudah mengenali tangan dan kakinya serta akan menghisap dan bermain

dengannya. Pada usia 4 hingga 6 bulan, bayi semakin mahir mengawal kepala

dan bahagian dada ketika meniarap. Di penghujung umur 6 bulan, bayi lebih

matang dari segi emosinya dan dia akan mula menunjukkan emosi yang

pelbagai dalam situasi yang berbeza. Bayi akan mula menunjukkan rasa

terujanya dengan mengenjut badannya ke atas dan ke bawah dan seronok bila

diagah. Bayi juga akan menangis apabila keperluaannya tidak dipenuhi.

Bentuk pemikiran bayi adalah berdasarkan pada aktiviti sensori dan

motor. Aktiviti sensori ialah pengalaman-pengalaman yang dikesan melalui lima

deria manakala aktiviti motor diperolehi hasil gerak balas fizikal terhadap objek

iaitu pengalaman semasa bermain atau merasa objek berkenaan. Pada

peringkat perkembangan kanak-kanak umur 0 hingga 6 bulan ini sibuk mencari

satu perhubungan antara tingkah laku mereka dan akibat-akibat yang akan

terjadi apabila mereka menolak pinggan ke tepi meja. Melalui ‘uji kaji-uji kaji’ ini

bayi mula memperoleh satu konsep bahawa diri mereka adalah satu identity

yang berbeza dengan objek-objek lain serta belajar tentang karakteristik-

13

Page 14: Tugasan kumpulan 4 pendidikan sains awal kanak-kanak

karakteristik objek dan bagaimana ia berkaitan dengan satu sama dengan lain

(Aminah Ayob et al. 2008).

Fokus Modul Umur 0 hingga 6 bulan

Fokus modul pada peringkat perkembangan kanak-kanak umur 0 hingga

6 bulan dalam pra sains ini ialah memberi ransangan yang banyak supaya

kanak-kanak dapat melihat dan menyesuaikan diri dan mengenali objek di

persekitarannya melalui pancaindera. Intervensi yang dijalankan adalah untuk

memastikan kebolehan melihat persekitaran dan pergerakan dengan perpekstif

yang berbeza. Selain itu juga, ingin memupuk kemahiran menghubungkan

sesuatu objek dengan aktiviti tertentu. Disamping itu ingin meningkatkan deria

lihat dan menanam perasaan ingin tahu. (Aminah Ayob et al. 2008).

Menurut Piaget, kanak-kanak mula mengenali dunia melalui deria mereka

pada peringkat kanak-kanak. Melalui uji kaji yang dilakukan secara menghidu,

merasa, memegang, mengetuk, menolak dan melihat kesan tindakannya ke atas

sesuatu objek, kanak-kanak mempelajari ciri-ciri objek yang timbul tenggelam di

dalam air, melantun apabila dilambung, berkecai apabila jatuh dan sebagainya.

Pada peringkat pra operasi (umur prasekolah), mereka akan membina

pengetahuan mengenai nama dan ciri-ciri objek dalam persekitaran mereka yang

akan digunakan bagi aktiviti olahan peringkat seterusnya.

Sifat ingin tahu akan menjuruskan minat kanak-kanak supaya mencuba

dan mengeksperimenkan. Semakin banyak mereka mempelajari sains. Pusat

Perkembangan Kurikulum, Kementerian Pendidikan sudah berusaha kearah itu

14

Page 15: Tugasan kumpulan 4 pendidikan sains awal kanak-kanak

di mana pembelajaran awalan sains dalam komponen perkembangan kognitif. Ini

adalah suatu titik tolak yang amat penting bagi memulakan pembelajaran sains

dan penerapan pemikiran saintifik dan peringkat awal lagi (Nani Menon & Rohani

Abdullah, 2003).

Kurikulum Pendidikan Sains Awal

Kanak-Kanak Bagi Umur 0 Hingga 6 Bulan.

Objektif Pembelajaran Kaedah Cadangan Aktiviti

1. Kebolehan melihat

persekitaran dan

pergerakan dengan

perspektif yang berbeza.

a. Meletakkan bayi pada

posisi yang berbeza-beza.

b. Menayangkan kepada bayi

mainan pelbagai bentuk

dan warna yang menarik.

Baringkan bayi di atas katil bayi,

baring dengan sokongan bantal,

letak di kerusi atau kerusi bayi

dalam kereta.

Menggantung permainan di atas

katil bayi untuk meransang daya

tumpuan.

Menggunakan gim kanak-kanak

untuk bayi bermain sendirian.

2. Membezakan warna dan

objek.

Bermain dengan bayi dengan

memanggilnya dari lokasi yang

berbeza.

Permainan yang menggunakkan

pertembungan mata.

Berkomunikasi dengan bayi

semasa menakapnya.

3.Memupuk kemahiran

menghubungkan sesuatu

objek dengan aktiviti

tertentu.

a. Mengagah bayi dari

pelbagai posisi.

b. Menggunakan barang

mainan yang mempunyai

pelbagai fungsi.

Membawa bayi bersinar-sinar

melihat persekitaran sambil

bercakap-cakap dengannya dan

memperkenalkan beberapa jenis

benda hidup seperti daun pokok,

bunga, serangga.

4.Meningkatkan deria lihat a. Mendukung bayi dalam

15

Page 16: Tugasan kumpulan 4 pendidikan sains awal kanak-kanak

dan menanam perasaan

ingin tahu.

keadaan vertikal,

menghadap ke depan atau

ke belakang.

4.3 Kanak-kanak Umur 7 hingga 12 bulan

Menurut Piaget, pada umur bayi 7 hingga 12 bulan dikatakan sebagai

masa pengukuhan di mana keadaan yang wujud sebelumnya disesuaikan di

antara satu sama lain. Pada tahap perkembangan ini, perkembangan bayi

sudah dikatakan sebagai berada di tahap perkembangan daya kognitif dan

kebolehan mental asas pada bayi. Bayi sudah mengetahui sebab akibat

sesuatu keadaan yang berlaku. Contohnya, apabila menggoncangkan sesuatu

alat mainan, ia akan berbunyi. (Aminah Ayob et al. 2008).

Pada umur 7 hingga 12 bulan, bayi sudah dapat menyusun dan

mencantum skema asas untuk menghasilkan skema yang lebih rumit. Hasil

daripada kemahiran ini, dua jenis perubahan intelektual berlaku pada peringkat

perkembangan ini iaitu tindak balas bayi menjadi lebih terkawal dan

bermatlamat. Selain itu juga, kekalan objek iaitu memahami bahawa objek terus

wujud walaupun tidak kelihatan. ( Rohani Abdullah, 2004).

Selain itu, pada umur antara 7 hingga 12 bulan bayi mula melibatkan diri

dalam tingkahlaku yang bermatlamat dan mereka boleh menjangkakan

peristiwa secara lebih berkesan. Mereka amat gemar melakukan aktiviti

mencuba dan meneroka seperti mengeluarkan barang daripada almari atau laci,

suka menyusun, membina dan memecah dan membina semula. Mereka juga

mula memahami kemungkinan terdapat barang di bawah atau belakang

16

Page 17: Tugasan kumpulan 4 pendidikan sains awal kanak-kanak

sesuatu. Semua aktiviti dilakukan secara meneroka melalui penggunaan semua

deria termasuk deria rasa. Mereka amat suka meneroka dengan menyentuh

semua barang dalam persekitarannya. (Aminah Ayob et al. 2008).

Fokus Modul Umur 7 hingga 12 bulan

Fokus modul pada peringkat perkembangan kanak-kanak umur 7 hingga

12 bulan dalam pra sains ini ialah member ransangan yang banyak supaya

kanak-kanak dapat melihat dan menyesuaikan diri, mengenali objek,

membezakan pelbagai objek dan bunyi serta mengenali diri sendiri. Intervensi

yang dijalankan adalah untuk memastikan kebolehan membezakan pelbagai

bunyi dan meningkatkan deria pendengaran. Selain itu, membezakan warna

dan objek yang berlainan dan membezakan bauan yang pelbagai dan

meningkatkan kepekaan deria bau. Akhir sekali, dapat mengenali dan

menamakan anggota badan serta membezakan sesuatu objek. (Aminah Ayob

et al. 2008).

Pada peringkat perkembangan kanak-kanak umur 7 hingga 12 bulan bayi

mula memahami ciri ‘kekalan’ pada objek yang terdapat di sekitarnya. Misalnya,

mereka faham ibu ataupun alat permainan kegemarannya wujud walaupun tiada

di depannya ketika itu. Kemahiran pergerakan yang meningkat dan pemahaman

cirri kekalan objek membolehkan bayi mencari benda yang tersorok di bawah

kain ataupun di belakang penjaga. Pada peringkat ini, bayi hanya terikat kepada

tempat yang tersorok. Contohnya, seorang bayi berusia 9 bulan, beliau sudah

pandai mencari bola yang tersorok di belakang abangnya. Akan tetapi, apabila

17

Page 18: Tugasan kumpulan 4 pendidikan sains awal kanak-kanak

abangnya menggerakkan bola itu ke tempat lain, bayi tersebut tetap mencari

bola di belakang abangnya.

Walau bagaimanapun keupayaan mereka mencari objek ayang hilang

bagi bayi berumur 10 bulan adalah terhad. Mereka akan mencarinya pada

tempat yang sama sehingga menjumpai objek tersebut. Dia sudah dapat

memahami objek itu masih wujud walaupun dia tidak melihatnya. Bayi sudah

berupaya memperoleh satu perwakilan mental pada objek yang hilang dengan

mewakilkan apa yang dilihatnya lalu disimpan di dalam mental. Peningkatan

kebolehan memahami konsep kekalan objek dan pengawalan koordinasi badan

bayi membantu mereka mengambil bahagian secara langsung dalam

permainan cikucak.

Bayi juga menujukkan tingkah laku yang bermatlamat dan dapat

menjangkakan peristiwa dengan lebih berkesan, misalnya ibunya akan wujud

setiap kali mereka menjerit ataupun menangis. Jadi, apabila mereka ingin

mendapat perhatian ibu, mereka dapat menggunakan strategi menjerit ataupun

menangis. Pada hujung peringkat kecil ini, bayi berkebolehan mengawal bahasa

dengan menggunakan dua perkataan seperti “papa” ataupun “mama”.

Panggilan ini mengembirakan ibu bapa, yang akan terus memberi galakkan

kepada bayi supaya dapat memahami maksud perkataan itu. (Rohani Abdullah,

2004).

Kurikulum Pendidikan Sains Awal

18

Page 19: Tugasan kumpulan 4 pendidikan sains awal kanak-kanak

Kanak-Kanak Bagi Umur 7 Hingga 12 Bulan.

OBJEKTIF PEMBELAJARAN KAEDAH CADANGAN AKTIVITI

1. Kebolehan

membezakan pelbagai

dan meningkatkan

kepekaan deria

pendengaran.

a. Bercakap dengan bayi

b. Memperkenalkan pelbagai

bunyi dari sumber yang

berlainan.

Memanggil nama bayi

dengan intonasi yang

berbeza.

Mainkan rentak muzik

atau alunan nasyid yang

berlaian setiap hari.

Mengetuk objek berbeza

yang akan menghasilkan

bunyi yang berbeza di

hadapan.

Mencari bunyi: contoh

dapatkan alat muzik atau

kotak muzik, bunyikan

dan sembunyikan. Tanya

bayi “bunyi apa tu? Dari

mana datangnya bunyi

tu?” mula mencari bunyi

tersebut bersama bayi

dengan cara merangkak

bersama-sama. Ucap

tahniah pada bayi apabila

menjumpai mainan

tersebut.

2. Membezakan warna

dan objek yang

berlainan.

a. Menggalakkan bayi

bermain dengan objek

yang berlaian bentuk dan

warna yang berlainan.

b. Memperkenalkan

kepelbagai bauan yang

berbeza.

Bermain dengan objek

yang berbeza bentuk dan

warna (alat mainan

mobil).

Bermain barang mainan

yang lembut atau boneka

yang berwarna terang dan

berbeza.

19

Page 20: Tugasan kumpulan 4 pendidikan sains awal kanak-kanak

Menggunakan boneka

dalam bercerita atau

memoerdengarkan lagu

‘incy wincy’.

‘Spider’ menggunakan

labah-labah.

3.Membezakan bauan yang

pelbagai dan

meningkatkan

kepekaan deria bau.

Letakkan bauan yang

berbeza dalam helaian

kain/tisu, bungkuskan

dengan pembalut yang

berbeza warna dan hayun

dan tayangkan di depan

bayi.

3. Mengenali dan

menamankan anggota

badan, membezakan

sesuatu objek.

a. Membacakan buku dengan

meletakkan bayi di atas

pangkuan bayi.

Menujukkan buku

bergambar berwarna

(tanpa tulisan) dan

membaca bersama-sama.

Tunjukkan buku cerita

yang hanya ada gambar

atau lukisan, dan reka

cerita sendiri. Cari

peluang untuk bunyikan

bunyi yang biasa pada

pendengaran kanak-

kanak.

4.4 Kanak-Kanak Umur 1-2 Tahun

Menurut Rohani Abdullah (2004), pada peringkat usia 12 hingga 18

bulan, Kanak-kanak ini merupakan peringkat permulaan eksperimen menarik bagi

seorang sanitis kecil. Keadaan kanak-kanak ini akan cuba menyesuaikan dan

20

Page 21: Tugasan kumpulan 4 pendidikan sains awal kanak-kanak

mengubahsuaikan pelbagai skema yang terbentuk dengan lebih kreatif serta

menunjukkan tingkah laku cuba-jaya dalam langkah mereka menyelesaikan

cabaran yang ditimbul dalam aktiviti bermain. Kanak-kanak pada usia ini juga

cuba mencantumkan dan mengkoordinasikan pelbagai skema bagi

menyelesaikan masalah yang semakin kompleks ketika mereka menghadapinya.

Bukan itu saja, kanak-kanak ini juga memahaman terhadap kekekalan objek

semakin meningkat dan tumpuan kepada penguasaan bahasa juga

mempengaruhi minat bayi bagi menunjukkan sesuatu dengan jari untuk

menanyakan atau meminta sesuatu yang mereka tiada.

Menjelang usia 18 bulan, dalam Teori Perkembangan Kognitif Jean

Piaget menyatakan bahawa usia ini merupakan akhir tahap sensori motor, di

mana kanak-kanak pada usia ini mula menunjukkan tanda-tanda representasi

pemikiran, iaitu representasi dalaman terhadap rangsangan luaran. Oleh itu,

kanak-kanak akan mula memikirkan tentang orang dan benda tetapi tidak

semestinya dapat memperspesikan pada ketika itu. (Suppiah Nachiappenet al.

2008). Pada usia ini juga, kanak-kanak ini akan mengalami perkembangan

kemahiran motor halus dan juga berupaya untuk memegang objek kecil dengan

ibu jari dan jari telunjuk dalam aktiviti harian mereka seperti menekan tombol dan

memutarkan suis yang mereka gemar untuk melakukannya.

Tetapi dalam usia antara 22 hingga 24 bulan, kanak-kanak akan

menghadapi pengalaman fizikal yang dilalui telah membantu mengembangkan

kemahiran kognitifnya. Contohnya, kanak-kanak ini boleh mengetahui untuk

menggunakan permainan dengan cara yang betul dan dikaitkan dengan peristiwa

21

Page 22: Tugasan kumpulan 4 pendidikan sains awal kanak-kanak

bagi membezakan apa yang telah dilihat dan dipelajari oleh mereka. Oleh itu,

kanak-kanak ini akan menggunakan kemahiran yang ada untuk mengalami

sendiri agar membolehkan kanak-kanak ini memanipulasikan objek-objek ini

untuk melihat apa yang akan berlaku seterusnya dan mengulangi aksi yang

sama(Aminah Ayob et al. 2008).

Pada peringkat ini, kanak-kanak ini masih dalam jangka masa

pemerhatian yang semakin bertambah, mereka akan dapat mengingat lebih

banyak perkara. Walau pun pada peringkat umur ini kanak-kanak itu belum

menguasai lambang bahasa bagi menamakan benda dan kejadiaan di sekelilingi,

namun demikian mereka terpaksa bergantung kepada bukti-bukti mentah atau

objek-objek yang wujud bagi memahami sesuatu perkara. Oleh itu, kanak-kanak

pada tahap ini perlu mengembangkan kebolehan derianya untuk membezakan

pelbagai bunyi dan pelbagai bauan yang dapat dikesani oleh deria bau mereka.

Sementara itu, kanak-kanak meningkatkan deria melihat iaitu kemahiran

penumpuan mereka dalam masa yang sama untuk agar dapat membezakan

warna dan objek-objek yang telah mereka lihat samaada dengan membacakan

buku bergambar kepada mereka sambil memangku anak tatih di atas riba

(Rohani Abdullah, 2004).

Fokus Modul Umur 1-2 Tahun

22

Page 23: Tugasan kumpulan 4 pendidikan sains awal kanak-kanak

Fokus modul ialah memberi rangsangan yang banyak supaya bagi

meningkatkan lagi kebolehan kanak-kanak menyesuaikan diri dengan

persekitaran melalui penggunaan deria serta meningkatkan kemahiran

penumpuan dan kemahiran berbahasa kanak-kanak. Intervensi yang dijalankan

adalah untuk mencapai perkara-perkara berikut :

1. Meningkatkan deria melihat dan menyentuh.

2. Meningkatkan kemahiran penumpuan dan kemahiran bahasa.

3. Menggalakkan perkembangan kelima-lima deria

OBJEKTIF PEMBELAJARAN KAEDAH CADANGAN AKTIVITI

1. Meningkatkan deria melihat

dan menyentuh

a. Membacakan buku

bergambar sambil memangku

anak tatih di atas riba

Gunakan buku cerita bergambar

yang besar dan berwarna warni

serta mempunyai tekstur yang

berbeza dan biarkan kanak-

kanak membolak-balik muka

surat.

2. Meningkatkan kemahiran

penumpuan dan kemahiran

bahasa

a. Bermain dengan

permainan berfungsi ada dan

hilang.

Hide and seek biarkan kanak-

kanak melihat pengasuh

bersembunyi dahulu sehingga

mereka memahami permainan.

3. Menggalakkan

perkembangan kelima-lima

deria

a. Menyeidakan pelbagai

bahan yang membolehkan

kanak-kanak melihat,

menyentuh,

mendengar,menghidu, dan

merasa.

b. Memperdengarkan

pelbagai bunyi dari

persekitaran

Sediakan buah-buahan seperti

oren, jambu merah dan hijau,

dan anggur.

Galakkan mereka melihat,

menyentuh tekstur kulit,

menghidu dan meras buahan

tersebut.

Bawa mereka keluar dan

biarkan mereka mendengar

pelbagai bunyi yang berlainan

23

Page 24: Tugasan kumpulan 4 pendidikan sains awal kanak-kanak

yang mempunyai maksud

dalam kehidupan mereka

contoh dengan bunyi burung,

siren ambulans, tangisan

kanak-kanak lain dan

sebagainya.

Kurikulum Pendidikan Sains Awal

Kanak-Kanak Bagi Umur 1 Hingga tahun.

4.5 Kanak-kanak Bagi Umur 2 hingga 3 Tahun

Pada tempoh usia ini, Kebanyakan Ibu bapa mempengaruhi kanak-kanak

melalui arahan, ulasan, dan soalan dengan mengambil kira kebolehan

pemahaman bahasa anak (Damon, 1988). Oleh itu, kanak-kanak di peringkat

awal usia ini akan cuba memperoleh bahasa dengan memanjangkan makna

tertentu yang mungkin boleh difahami ataupun tidak. Tetapi biasanya kanak-

kanak ini akan menghabiskan sebahagian besar masanya dengan

mengumpulkan sebanyak mungkin informasi mengenai persekitaran tanpa

disedari. Hal ini kerana persekitaran komunikasi amat penting dalam

menggalakkan keupayaan berfikir secara logikal dan kreatif. Oleh itu, ibu bapa

sentiasa digalakkan menggunakan isu-isu perbincangan tentang sebab-musabah

dalam perbincangan keluarga agar dapat mewujudkan komunikasi yang positif

dan merapatkan hubungan rapat dengan kanak-kanaknya.

Menurut teori Piaget menyatakan bahawa kanak-kanak berlaku

perubahan besar dari segi perkembangan kognitif apabila ia mula boleh

24

Page 25: Tugasan kumpulan 4 pendidikan sains awal kanak-kanak

menggunakan skema yang berasaskan penggunaan bahasa dan bentuk-bentuk

perwakilan simbolik yang lain serta dapat menyelesaikan masalah-masalah yang

mudah. kanak-kanak ini menggunakan simbol dalam pemikiran mereka.

contohnya, seorang kanak-kanak mungkin mennganggap sebatang penyapu

sebagai kuda . ( Jas Laile Suzana Jaafar, 1996).

Berdasarkan teori piaget, pada peringkat praoperasi, kanak-kanak masih

menggunakan bahasa yang mudah sperti tanda-tanda,lambang-lambang, objek

dan perkataan. Mereka mampu mengendalikan dunia secara simbolik atau

perwakilan objek ketika menyelesaikan masalah dan mengingat kembali

peristiwa yang lalu. Mereka juga mampu berfokus pada pemprosesan

information dalaman dan meningkatkan keupayaan untuk mengingatkan semula

informasi. Oleh itu, kanak-kanak adalah sesuai dengan meningkatkan dan

memantapkan kemahiran-mahiran meneliti terhadapa sesuatu benda dengan

perkembangan deria dan perkembangan bahasa mereka serta deria sentuh agar

dapat merangsang perkembangan afektif dan emosi mereka pada peringkat

awal, tetapi juga secara tidak langsung dapat membantu meningkatkan

kemahiran berfikir dan kemahiran intelektual. (Craik dan Lockhart,1972; Lockhart

dan Craik, 1990).

Fokus Modul Umur 2 hingga 3 Tahun

25

Page 26: Tugasan kumpulan 4 pendidikan sains awal kanak-kanak

Fokus modul ialah memberi rangsangan yang banyak supaya bagi

meningkatkan lagi kebolehan kanak-kanak untuk memberi tumpuan, membuat

penelitian, meningkatkan daya ingatan dan bagi meningkatkan kemahiran berfikir

kemahiran intelektual melalui penggunaan deria serta pendedahan awal kepada

penggunaan teknologi dalam kehidupan. Intervensi yang dijalankan adalah untuk

mencapai perkara-perkara berikut :

1. Meningkatkan kemahiran meneliti sesuatu menggunakan deria.

Meningkatkan deria sentuhan, dengar dan bau serta memantapkan

perkembangan bahasa.

Merasai perbezaan melalui sentuhan dan merangsang

perkembangan afektif dan emosi.

2. Menguasai bahasa dan menggalakkan penguasaan ilmu.

3. Meningkatkan kemahiran berfikir dan kemahiran intelektual.

4. Menyedari dan mula memahami tentang kegunaan teknologi dalam

kehidupan seharian di samping meningkatkan daya kreativiti dan

menguatkan otot-otot tangan.

Kurikulum Pendidikan Sains Awal

Kanak-Kanak Bagi Umur 2 Hingga 3 Tahun

26

Page 27: Tugasan kumpulan 4 pendidikan sains awal kanak-kanak

OBJEKTIF PEMBELAJARAN KAEDAH CADANGAN AKTIVITI

1. Peningkatan kemahiran

meneliti sesuatu benda

mengguanakan deria

ii. Meningkatkan deria

sentuhan, dengar dan bau

serta mematapkan

perkembangan bahasa.

iii. Merasai perbezaaan melalui

sentuhan dan merangsang

perkembangan afektif dan

emosi.

a.Menydiakan aktiviti

merangsang penggunaan

deria untuk mengenali

sesuatu benda.

Letakkan objek yang

berkainan di dalam kotak

suruh mereka mencari

objek yang dikehendaki

tanpa melihat ke dalam

kotak.

Menutup mata kanak-kanak

dan biarkan mereka merasa

dan menamakan objek

dengan mata yang tertutup.

Pelbagai jenis objek yang

digunakan yang boleh

dikenali berdasarkan bunyi,

bau, bentuk dan tekstur.

Sediakan permulaan objek

yang berbeza teksturseperti

kasar, licin, lembut dan lain-

lain sambil

memeperkenalkan

perkataana-perkataan baru

tersebut.

Berjalan di atas permukaan

yang berbeza seperti rata

dan tidak rata.

1. Menguasai bahasa dan

menggalakkan penguasaan

ilmu.

a.Mendedahkan kanak-kanak

kepada pelbagai cara untuk

menguasai bahasa dan

menambahkan ilmu

Bercerita bersama kanak-

kanak.

Menyanyi.

Berlakon.

2. Meningkatkan kemahiran

berfikir dan kemahiran

a. Gunakan peluang yang

ada untuk melibatkan

Memperkenalkan kepada

anak tatih pelbagai benda

27

Page 28: Tugasan kumpulan 4 pendidikan sains awal kanak-kanak

intelektual. kanak-kanak dalam aktiviti

berfikir.

dan makanan serta

fungsinya.

Memerhati benda-benda

hidup di sekitar. Sebagai

contoh : mengenai ‘ pokok

tomato kita ni berbuah

sangat lebah dan pokoknya

juga tinggi. Agaknya apa

yang boleh kita lakukan

untuk mengekalkan

kelebatan buah pokok ini’ ?

3. Menyedari dan mula

memahami tentang

kegunaan teknpologi dalam

kehidupan seharian

disamping meningkatkan

daya kreativiti dan

menguatkan otot-otot

tangan.

4. Mendedahkan kepada

anak tatih barangan

berteknologi yang

digunakan dalam

kehidupan seharian

seperti gunting, peti ais

basikal dan sebagainya.

Sediakan gunting kanak-

kanak dan suruh mereka

mengunting bentuk dan

objek yang berlainan tetapi

mesti dengan pengawasan

orang dewasa. Biar mereka

guntung bentuk yang

diingini oleh mereka.

Membuka peti ais,

mengenalkan barangan di

dalamnya sambil

menerangkan fungsinya

‘menyejukkan’ beri peluang

anak tatih bermain dengan

basikal atau trisikal sambil

pengasuh menerangkan

fungsi ‘kayuh’

4.6 Kanak-kanak Bagi Umur 3 hingga 4 Tahun

28

Page 29: Tugasan kumpulan 4 pendidikan sains awal kanak-kanak

Mengikut Teori Psikososial Erikson, kanak-kanak ini akan mula berupaya

menerokai persekitaran dan mencipta aktiviti sendiri. Mereka mempunyai

persekitaran fizikal yang lebih luas dan bebas bergerak. Perkembangan bahasa

berkembang dengan cepat, mereka dapat menyoal, memahami jawapan dan

dapat membayangkan berbagai-bagai kemungkinan. Dalam tahap usia ini

mereka akan memperolehi insiatif iaitu hasil positif dalam tahap ini, tetapi

sebaliknya jika kanak-kanak pada tahap ini dihalang daripada melaksanakan

kehendak dan rancangan aktivitinya oleh ibubapa, maka ia akan

memperkembangkan rasa bersalah yang akan membawa kepada perasaan takut

dan kurang tegas dalam sesuatu perkara yang mereka kakukan (Jas Laile

Suzana Jaafar,2002).

Pada umur 3 hingga 4 tahun, kanak-kanak telah berkeinginaan

mempunyai kuasa membuat keputusan yang berkaitan dengan aktiviti seharian.

Mereka berusaha menunjukan dan membuktikan mereka boleh membuat

sesuatu yang diingini dengan kebolehan dan daya usaha mereka sendiri tanpa

bantuan orang lain. Pada masa yang sama kanak-kanak dalam lingkungan umur

ini akan berasa malu apabila tidak diberi kuasa yang perlu ada pada mereka.

Mereka tidak sahaja malu kepada diri sendiri tetapi juga malu kepada individu

yang berberada di sekeliling mereka.hal ini kerana mereka bimbang dan malu

apabila mereka melakukan sesusutu perkara dipandang salah di depan orang

lain (Aminah Ayob et al. 2008).

Pada tahap usia ini juga kanak-kanak mula menggunakan bahasa untuk

menyatakan sesuatu. Perkembangan daya ingatan dan imaginasi semakin

29

Page 30: Tugasan kumpulan 4 pendidikan sains awal kanak-kanak

meningkat. Mereka mula faham konsep masa lepas dan masa sekarang dan

masa hadapan. Sebagai contohnya mereka akan cuba membuat bentuk bulatan,

empat segi dan meniru gaya orang dewasa menulis.begitu juga, kanak-kanak ini

boleh mengenali dan sekurang-kurangnya enam warna, susun angka mudah ikut

urutan dan nama anggota badan.

Fokus Modul Umur 3 hingga 4 Tahun

Fokus modul ialah memberikan rangsangan yang banyak bagi meningkatkan lagi

kebolehan kanak-kanak untuk memberi tumpuan, membuat penelitian,

meningkatkan daya ingatan dan bagi meningkatkan kemahiran berfikir dan

kemahiran intelektual melalui penggunaan deria serta pendedahan awal kepada

penggunaan teknlogi dalam kehidupan. Intervensi yang dijalankan adalah untuk

mencapai perkara-perkara berikut :

1. Meningkatkan deria rasa, sentuhan, bau dari pelbagai objek yang berbeza

bentuk dan menamakannya.

2. Mempertingkatkan kemahiran deria, menumpukan perhatian objek yang

berbeza bentuk dan menamakannya.

3. Mempertingkatkan kemahiran deria rasa dari pelbagai rasa, bentuk dan

warna.

4. Mengawal neurologi jari dan daya fokus koordinasi tangan dan mata.

5. Meningkatkan kemahiran mengimbangkan tangan dan jari dan

meningkatkan kemahiran gabungan pelbagai rasa, bentuk dan warna.

30

Page 31: Tugasan kumpulan 4 pendidikan sains awal kanak-kanak

6. Meningkatkan kemahiran berfikir secara analogi dan deduktif, membuat

pengamatan dan analisis.

7. Memahami kemahiran penggunaan, mahir dan kaitan objek/situasi

dengan rutin harian.

Kurikulum Pendidikan Sains Awal

Kanak-Kanak Bagi Umur 3 Hingga 4 tahun.

OBJEKTIF PEMBELAJARAN KAEDAH CADANGAN AKTIVITI

1. Meningkatkan deria rasa,

sentuhan, bau dari sentuhan,

bau dari pelbagai objek yang

berbeza bentuk dan

menamakannya

a. Memperdengar dan

memperkenalkan pelbagai

objek yang berbeza untuk

bunyi yang berbeza

Letakkan di dalam karung kecil

objek-objek yang berbeza rupa,

dan bentuk seperti kunci, sikat,

tin dan lain-lain.

Minta kanak-kanak

memasukkan tangan ke dalam

karung tersebut meneka dan

menamakan objek berdasarkan

tekstur, bentuk, bau tanpa

melihatnya.

2. Mempertingkatkan

kemahiran deria,

menumpukan perhatian dan

pengamatan.

a. Memberikan peluang kanak-

kanak menerokai melalui

pengalaman langsung.

Ajak kanak-kanak meneroka

dan mendengar setiap bunyi

yang dihasilkan. Agar lebih

menarik, dalam keadaan mata

tertutup teka bunyi apa yang

dihasilkan atau bunyi yang tidak

terdengar.

Meneka bunyi objek yang hilang

boleh mempertingkatkan daya

kemahiran deria dan mefokus.

3. Mempertingkatkan

kemahiran deria rasa dari

pelbagai tekstur dan suhu

yang berlainan.

a. Bermain pasir/ air Sediakan bekas diisi dengan air

atau pasir yang berlainan.

Warna/ tekstur.

31

Page 32: Tugasan kumpulan 4 pendidikan sains awal kanak-kanak

Biarkan kanak-kanak bermain

dengan selesa mengikut

kehendak mereka. Boleh

sediakan bekas yang berbagai

bentuk untuk memberikan

peluang kepada kanak-kanak

menerokainya.

4. Mengawal neurologi jari dan

daya fokus koordinasi

tangan dan mata.

a. Menjahit. Sediakan tali sederhana halus

dan objek yang berlubang

ditengahnya untuk dimasukkan

tali ditengahnya.

Ajar kanak-kanak memasukkan

tali ke dalam lubang objek

dengan perlahan, jelas dan

berulang-ulang.

5. Meningkatkan kemahiran

mengimbangi tangan dan jari

dan meningkatkan

kemahiran gabungan

pelbagai rasa, bentuk dan

warna.

a. Mendedahkan kanak-kanak

dengan pengalaman

langsung.

1. Memasak dan merasa :

a. Ajar dan ajak kanak-

kanak memasak dan

menyediakan masakan ringkas

atau minuman yang pelbagai

rasa.

b. Ajak mereka merasa

makanan/ minuman yang

mereka sediakan.

c. Berbual dengan kanak-

kanak tentang perbezaan rasa,

tekstur bentuk dan warna bahan

masakan/ minuman.

6. Meningkatkan kemahiran

berfikir secara analogi dan

secara analogi dan deduktif,

membuat pengalaman dan

a. Menyediakan persekitarann

yang menggalakkan

pemikiran analogi, deduktif,

dan membuat pengalaman

Sediakan replika/ permainan

binatang yang menarik

dihadapan kanak-kanak (Mini

World Play Materials ).

Lebih menarik jika disediakan

32

Page 33: Tugasan kumpulan 4 pendidikan sains awal kanak-kanak

analisis. dan analisis sifat bahan.

b. Mengasingkan replika

binatang/ benda mengikut

kumpulan.

c. Belajar menggunakan bahan

yang ada untuk

menyelesaikan masalah dan

belajar mencuba dengan

menggunakan strategi yang

sedia ada.

d. Bermain lego, tanah liat dan

puzzle.

e. Bereksperimen dengan air.

papan imaginasi bertemakan

safari.

Minta kanak-kanak asingkan

antara replika binatang-binatang

itu di atas papan imasginasi

safari contohnya, binatang buas

(dalam hutan), ikan (dalam

sungai/laut), burung (atas

pokok).

Berbual dengan kanak-kanak

untuk menggalakkan

penggunaan bahasa dan

perkataan yang sesuai semasa

pengasingan dibuat.

Ajar kanak-kanak menggunakan

alat permainan.

Tunjuk contoh hasil kerja diikuti

dengan galakkan dan pujian

yang selari dengan pencapaian

hasil kerja.

Galakkan pembinaan daya

kreatif dengan memberi satu

permasaalahan.

Galaka pembinaan daya kreatif

dengan memberi satu

permasaalahan.

Sediakan permainan pelbagai

jenis tekstur dan material yang

boleh direndamkan dalam

bekas yang berisi air. Anak

patung, ikan, span, tali, bekas

plastik dan lain-lain.

7. Memahami kemahiran a. Melabel objek/situasi Ajak kanak-kanak membantu

33

Page 34: Tugasan kumpulan 4 pendidikan sains awal kanak-kanak

pengunaan, makna dan

kaitan objek/ situasi dengan

rutin harian.

melabekan objek atau situasi

tertentu di dalam kelas atau

sekitar sekolah. Contohnya

tinggi, rendah, besar, kecil

meja, kerusi, bunga, bulat,

panjang dan lain-lain.

Sambil melabel, ajak mereka

berbual tentang objek atau

situasi tersebut, reka cerita

fantasi untuk lebih menarik.

5.0 KAJIAN LEPAS MENGENAI PENGAJARAN SAINS AWAL KANAK-

KANAK

Menurut Zurida bin Haji Ismail & Hasimah Mohd Yunus (2004) dalam “Sikap &

keyakinan guru-guru prasekolah dalam pengajaran sains awal” , terdapat enam

komponen pembelajaran dalam kurikulum prasekolah yang dilaksanakan secara

bersepadu. Salah satu daripadanya ialah perkembangan kognitif. Komponen

perkembangan kognitif mengandungi konsep-konsep awal sains dan bertujuan

untuk mengembangkan kemahiran kognitif dan memupuk sikap positif terhadap

sains.

Antara objektif komponen perkembangan kognitif ialah bagi membolehkan

kanak-kanak meningkatkan kemahiran berfikir dan kemahiran proses sains,

memperkembangkan sikap ingin tahu dan suka menyiasat. Tambahan pula,

dapat memperkembangkan kemahiran menyelesaikan masalah dalam

kehidupan seharian. Kemahiran kognitif terdiri daripada pengelasan, konsep

ruang, proses sains dan penyelesaian masalah. Kemahiran proses sains

34

Page 35: Tugasan kumpulan 4 pendidikan sains awal kanak-kanak

membolehkan kanak-kanak berinteraksi dengan bahan dan fenomena alam serta

memupuk sikap ingin tahu dan suka menyiasat. Membuat permerhatian atau

pencerapan adalah kemahiran paling asas dalam proses sains.

Kemahiran proses yang lain ialah seperti berkomunikasi, membuat

inferens dan membentuk hipotesis. Kefahaman konsep asas serta penguasaan

kemahiran proses diperolehi melalui interaksi dan penglibatan kanak-kanak

dalam aktiviti-aktiviti seperti bermain dengan blok, air dan pasir serta bahan-

bahan manipulatif dan aktiviti-aktiviti seperti bernyanyi, berlakon dan mendengar

atau menonton cerita kanak-kanak.

Keberkesanan perlaksanaan kurikulum ini banyak bergantung kepada

pendidik yang berada di dalam kelas. Para pendidik diharapkan faham,

menghayati serta mampu melaksnakan kurikulum seperti yang dihasratkan.

Mereka perlu melengkapkan diri dengan pengetahuan, kemahiran serta sikap

yang bersesuaian dengan subjek yang diajar. Dapatan-dapatan kajian

menunjukkan konsepsi, sikap serta kepercayaan guru tentang sains sering

mempengaruhi keputusan dan tindakan dalam proses pengajaran dalam sains

awal kanak-kanak.

Sikap ialah tindakbalas tingkah laku yang didorong oleh pemikiran

(mentality) yang diterjemahkan dalam bentuk tindakan seorang individu. Sikap

dianggap salah satu elemen penting yang mempengaruhi pemikiran dan

tindakan seseorang khususnya dalam pendidikan. Dapatan-dapatan kajian

menunjukkan peranan guru adalah penting dalam usaha memupuk dan

menanam sikap yang sesuai terhadap sains. Kajian turut menunjukkan sikap

35

Page 36: Tugasan kumpulan 4 pendidikan sains awal kanak-kanak

guru yang negatif atau neutral terhadap sains akan dapat dirasai dan menjadi

ikutan murid-murid(Gabel & Rubba,1997). Selain sikap, kepercayaan serta nilai

yang dihayati guru turut mempengaruhi corak

Pengajaran dan meniggalkan kesan terhadap pembelajaran, kepuasan dan

keseronokan serta perkembangan kanak-kanak. Kepercayaan berkait rapat

dengan tingkah laku dari aspek fobia dan jangkaan-pencapaian kendiri. Bandura

(1986) menyatakan pendapat dua jenis jangkaan sebagai daya kognitif utama

yang memandu tingkah-laku. Jenis jangkaan pertama dikenali sebagai jangkaan

hasil kerja(outcome expetancy) dan berkait dengan ‘hasil kerja’. Umumnya,

individu akan memperlihatkan tingkah laku dimana dia percaya hasil kerjanya

akan dihargai. Sebalikya individu tersebut tidak menunjukkan tingkah laku yang

sama jika hasil kerja tersebut dilihat tidak memberi ‘keuntungan’ kepadanya.

Jenis jangkaan kedua ialah efikasi-kendiri merujuk kepada kemampuan

seseorang untuk melakukan sesuatu tingkah laku dengan jayanya. Efikasi-

kendiri mempengaruhi pilihan tingkah laku yang perlu dibuat, usaha dan

ketabahan jika berlaku rintangan terhadap pencapaian prestasi tingkah laku tadi.

Efikasi-kendiri juga mempengaruhi kecekapan dalam mempamerkan tingkah

laku tersebut. Menurut Bandura (1986), kita membina jangkaan-

jangkaan( expectancy) secara umum tentang kemungkinan-kemungkinan

berdasarkan pengalaman hidup dan kepercayaan secara khusus tentang

keyakinan an keupayaan kita untuk menangani sesuatu tugasan tau keadaan.

Menurut Farrah Wahilda Bt Hj Khirluddin (2006) dalam “Perisian pengajaran

36

Page 37: Tugasan kumpulan 4 pendidikan sains awal kanak-kanak

berbentukan komputer(PBK) untuk pra sekolah di bawah tajuk mengenal

haiwan”, kanak-kanak yang berumur 2 hingga 6 tahun merupakan golongan

yang perlu dibentuk sebelum menjalani proses pengajaran dan pembelajaran

(P&P) yang lebih tinggi. Disebabkan inilah pembangun memilih projek untuk

membangunkan perisian bagi kanak-kanak pra-sekolah kerana pada peringkat

ini, minda kanak-kanak semakin berkembang dan mudah bagi mereka untuk

mempelajari sesuatu yang baru. Dengan ini, perkembangan kognitif pelajar

dapat diperkukuhkan dari awal sebelum menjalani pendidikan di sekolah rendah.

Komponen Perkembangan Kognitif menjadi fokus utama dalam pendidikan awal

kanak-kanak kerana keupayaan kognitif mempengaruhi semua aktiviti

pembelajaran. Ia juga menekankan pemupukan sikap positif terhadap Sains.

Tambahan pula sejak kebelakangan ini, matapelajaran Sains adalah begitu

penting kerana pihak kerajaan Malaysia ingin mengorak langkah ke arah

kemajuan sains dan teknologi untuk menapai status negara maju pada tahun

2020.

Menurut Lumpe & Staver (1995), pelajar hilang minat terhadap sesuatu

pembelajaran adalah disebabkan oleh pelbagai faktor dan antaranya adalah

bahan pembelajaran tidak menarik organisasi isi kandungan tidak sistematik,

persekitaran pembelajaran yang kurang memuaskan dan pendekatan

pengajaran yang statik. Kesemua faktor-faktor ini menyumbang kepada keciciran

pelajar dalam mengikuti proses pengajaran dan pembelajaran.

Oleh itu, penggunaan elemen-elemen multimedia seperti teks,

grafik, audio, video dan animasi bagi tujuan proses pengajaran dan

37

Page 38: Tugasan kumpulan 4 pendidikan sains awal kanak-kanak

pembelajaran adalah lebih efektif dan menarik minat pelajar. Seterusnya, proses

pengajaran dan pembelajaran ( P&P) Sains di peringkat prasekolah memerlukan

guru yang berperanan penting meransangkan pemikiran aktif dan kreatif kanak-

kanak. Guru-guru perlu merangka persekitaran pembelajaran dan memahami

tahap kebolehan kanak-kanak supaya sesuai dengan topik dan aktiviti sains. Dr .

Bustam Kamri, Pensyarah Pendidikan Pra-Sekolah Institut Bahasa Melayu

Malaysia berkata, guru boleh bermula dengan aktiviti ‘sains harian ’iaitu

perbezaan tentang kandungan apa yang telah dipelajari. Sains di peringkat pra-

sekolah katanya, adalah dunia sebenar dan pengalaman harian. Ini secara tidak

langsung kanak-kanak dapat menghubungkaitkan sains yang dipelajari dengan

pengalaman harian mereka.

5.0 KAJIAN LEPAS BERKAITAN PEMBELAJARAN SAINS AWAL

Pendidikan merupakan satu wadah penting dalam menjana anjakan

paradigma dalam setiap individu dan ia juga memainkan peranan penting dalam

melahirkan insan deduktif yang dinamik dalam semua aspek kehidupan. Secara

umumnya, pendidikan selalu dikaitkan dengan proses pengajaran dan

pembelajaran sesuatu kemahiran, penyampaian ilmu dan juga penerapan nilai.

Dalam bentuknya yang praktikal, hasil pendidikan seharusnya dapat melahirkan

insan yang mampu mengaplikasi ilmu yang dipelajari dan memanfaatkan

kemahiran yang dimiliki dalam kehidupan seharian. Dalam konteks kanak-kanak,

pendidikan perlu dilihat sebagai satu proses yang berterusan berkembang

serentak dengan perkembangan individu seorang kanak-kanak yang

mempelajari apa sahaja yang ada di persekitaran dan dengan “ilmu” atau

38

Page 39: Tugasan kumpulan 4 pendidikan sains awal kanak-kanak

kemahiran yang diperolehi ia akan mengaplikasikannya dalam konteks yang

pelbagai samada dalam kehidupan sehariannya di ketika itu ataupun sebagai

persediaan untuk kehidupannya di masa yang akan datang.

Dalam menjana pendidikan, pembelajaran awal adalah sangat penting

untuk kanak-kanak. Selaras dengan itu, pembelajaran sains awal banyak

dikaitkan dan dilihat melalui kajian-kajian lepas yang dilaksanakan oleh banyak

individu dan pihak didalam memperkasakan lagi bahawa pendidikan dan

pembelajaran kanak-kanak diperingkat awal adalah sangat penting.

Antara kajian-kajian lepas yang banyak menyentuh tentang pembelajaran

sains awal kanak-kanak ialah dapat dilihat melalui kajian Edward Chittenden dan

Jacqueline Jones (1999) yang menyatakan “Dialogue on Early Childhood

Science, Mathematics, and Technology Education/First Experiences in Science,

Mathematics and Technology” yang menyebut; “in active science programs,

children make choices, voice opinions, and perform various investigations. In

such settings, children might demonstrate their interests, understandings, and

emerging skills through their conversations; their questions; their actions; and the

work they produce, such as constructions, drawings, or writings”(Bredekamp dan

Rosegrant (1995) di dalam Edward Chittenden dan Jaqueline Jones (1999) ).

Melalui keterangan tersebut dapat diperhatikan bahawa kanak-kanak akan

membuat pelbagai spekulasi terhadap apa yang mereka dapat perhatikan seperti

membuat andaian pilihan, dan akan memperkatakan pendapat mereka melalui

perkara-perkara yang menarik dan baharu bagi mereka. Setelah itu, kanak-

kanak akan mempraktikkan perkara tersebut dengan cara mereka yang

39

Page 40: Tugasan kumpulan 4 pendidikan sains awal kanak-kanak

tersendiri. Dalam pada itu, adalah sangat penting menjana pemikiran kanak-

kanak dengan membuat komunikasi dengan mereka dan membiarkan mereka

berkomunikasi, memberi contoh perlakuan dan membawa mereka meneroka

kepada sesuatu yang ‘aneh’ iaitu sesuatu yang baharu bagi mereka.

Dapat dilihat juga pelbagai kajian terhadap pembelajaran sains awal

kanak-kanak melalui kajian yang dibuat oleh Mark K. M Quillan et. al. (2007)

didalam “A Guide to Early Childhood Program Development”. Kajian ini turut

mengaitkan tentang teori John Dewey (1859-1952) yang memperkenalkan tiga

peringkat aktiviti pembelajaran dalam perkembangan kanak-kanak, iaitu:

- Memperkembangkan sensori keupayaan dan koordinasi fizikal

- Menggunakan bahan yang mendorong dan membina sesuatu yang

menarik, dan;

- Menerokai idea baru.

Melalui tiga peringkat aktiviti yang diperkenalkan tersebut, kanak-kanak harus

dibentuk dengan keupayaan sensori (keupayaan pancaindera) dan fizikal agar

dapat mempergiatkan diri didalam meneroka pelbagai ilmu baru dan dapat

menjana pemikiran dengan lebih baik untuk mengaplikasikan apa yang mereka

dapati dari pengamatan terhadap setiap bahan yang digunakan didalam sesi

pembelajaran mereka diperingkat awal tersebut. “His contributions can be

witnessed in early childhood settings which focus on providing direct experience

with materials and peers, and encouraging the pursuit of individual interests and

questions.” (Mark K. M Quillan et. al. 2007). Kanak-kanak adalah sangat aktif

dan sangat sentiasa bersedia untuk menerokai dunia baru, maka melalui

40

Page 41: Tugasan kumpulan 4 pendidikan sains awal kanak-kanak

pelbagai pembelajaran ianya dapat membantu perkembangan sifat kendiri,

pergaulan dan perkembangan intelektual kanak-kanak tersebut.

Kajian-kajian lain yang dapat diperhatikan didalam mengaitkan

pembelajaran sains awal kanak-kanak ialah yang dibuat oleh Kathy Cabe

Trundle (2009) dalam jurnalnya “Teaching Science During the Early Childhood

Years”. Beliau turut menerangkan tentang kepentingan dan kesan pembelajaran

sains diperingkat awal kanak-kanak. Menurut French (2004) di dalam Kathy

Cabe Trundle (2009) “Young children are motivated to explore the world around

them, and early science experiences can capitalize on this inclination”.

Sehubungan dengan itu, pembelajaran sains awal di peringkat kanak-kanak

adalah satu pengalaman yang akan membentuk kanak-kanak tersebut kepada

sesuatu bidang yang yang digemarinya. Kanak-kanak akan lebih cenderung

untuk bergiat terus dalam sesuatu bidang yang akan memberi banyak faedah

kepadanya didalam menganjak kedewasaan. Maka dengan itu, kecenderungan

kanak-kanak dalam sesuatu bidang tidak sepatutnya dihalang dengan kehendak

atau keinginan ibu bapanya sahaja, tetapi melihat kepada bidang yang diminati

oleh kanak-kanak tersebut. Galakan dan dorongan harus diberikan agar tidak

memberi sebarang bentuk tekanan yang membuatkan kanak-kanak hilang

arahnya, yang membawa kepada kesan negatif seperti tekanan dan

kemurungan. “Supporting children as they develop scientific thinking during the

early childhood years can lead children to easily transfer their thinking skills to

other academic domains which may support their academic achievement and

their sense of self-efficacy” Kuhn & Pearsall (2000); Kuhn & Schauble, & Garcia-

41

Page 42: Tugasan kumpulan 4 pendidikan sains awal kanak-kanak

Milla (1992), di dalam Kathy Cabe Trundle. 2009). Merujuk kepada kenyataan

tersebut, memberi sokongan akan membantu meningkatkan pemikiran yang

saintifik kanak-kanak dan seterusnya memberi kesan terhadap keupayaan

akademik yang berkeupayaan tinggi di kalangan kanak-kanak itu sendiri. Kanak-

kanak akan lebih berdaya saing dan mampu menghadapi dunia ini dengan lebih

berdaya maju dengan pelbagai kelebihan. “Young children need quality science

experiences during their early childhood years. Science and Literacy provides a

systematic instructional framework, a standards-based curriculum, and high

quality teacher resources. This program also effectively integrates text,

illustrations, and diagrams into inquiry-based instruction” (Kathy Cabe Trundle.

2009)

“The basic architecture of the brain is constructed through an ongoing

process that begins before birth and continues into adulthood” (Jack P. Shonkoff

et. al. 2007). Dapat diperhatikan juga kajian berkenaan dengan pembelajaran

sains awal kanak-kanak melalui Jack P. Shonkoff et. al. (2007) melalui jurnal

mereka yang bertajuk “The Science of Early Childhood Development”. Kajian ini

mengutamakan pembelajaran sains awal kanak-kanak yang bermula dari awal

(sebelum lahir) sehingga dewasa, menurut mereka pembelajaran ini adalah

berterusan dan berhubung rapat dengan pembentukan perkembangan

keupayaan minda kanak-kanak tersebut. Selain itu, kajian ini banyak

memperkatakan tentang keupayaan kanak-kanak menerima sesuatu benda baru

(pembelajaran) yang kadang-kadang membawa kepada tekanan yang serius, ini

berikutan bebanan pelbagai pembelajaran yang sukar diikuti dan diterima oleh

42

Page 43: Tugasan kumpulan 4 pendidikan sains awal kanak-kanak

kanak-kanak. Menurut Jack P. Shonkoff et. al. (2007), “Toxic stress in early

childhood is associated with persistent effects on the nervous system and stress

hormone systems that can damage developing brain architecture and lead to

lifelong problems in learning, behavior, and both physical and mental health”.

Penekenan terhadap pembelajaran yang sukar diterima oleh kanak-kanak akan

memberi impak yang tidak memberi keuntungan kepada kanak-kanak itu sendiri,

ianya akan membawa kepada pelbagai kesan negatif semasa pembelajaran

tersebut. “Stress in early childhood can be either growth-promoting or seriously

damaging”. (Jack P. Shonkoff et. al. 2007). Membentuk kanak-kanak adalah

berdasarkan kecenderungannya dari usia awal, ini lebih efektif daripada

membentuknya di usia dewasa, kerana diusia awal, kanak-kanak lebih terdedah

dengan “sensitive periods” yang membawa mereka berfikir dengan lebih fokus

dan kelibat mereka akan lebih cenderung dengan perkara-perkara yang mereka

tertarik secara semula jadi. Merujuk kepada “sensitive periods”, ianya mula

diperkatakan didalam Model Montessori (1870-1952) didalam kajiannya terhadap

perkembangan awal kanak-kanak. Menurutnya “sensitive periods” merupakan

satu tempoh yang paling sesuai untuk kanak-kanak menguasai sesuatu

kemahiran. Dalam pada itu, setiap kemahiran yang dikuasai kanak-kanak itu

merupakan kemahiran-kemahiran yang berdasarkan kecenderungannya dirinya

sendiri.

Kesimpulannya, terdapat pelbagai kajian lepas yang memperkatakan

tentang pembelajaran sains awal kanak-kanak. Walaubagaimanapun, fokus

mereka adalah terarah kepada membantu dan menerangkan keperluan kanak-

43

Page 44: Tugasan kumpulan 4 pendidikan sains awal kanak-kanak

kanak didalam menjalani tempoh awal mereka dengan lebih efektif dan mampu

bergerak di tempoh dewasa mereka dengan lebih berkeyakinan dan mampu

melihat hala tuju mereka. Kajian-kajian ini hakikatnya masih tidak lari dengan

teori-teori dan model-model yang diperkenalkan oleh tokoh-tokoh awal dalam

bidang perkembangan manusia dan kanak-kanak. “Getting things right the first

time is more efficient and ultimately more effective than trying to fix them later”

(Jack P. Shonkoff et. al. 2007).

7.0 KESIMPULAN

Secara keseluruhannya, pengalaman sains awal membuka jalan dan

menjadi asas pembinaan kemahiran dan kecekapan dalam sanis pada masa

hadapan. Hal ini adalah penting bagi pendidik untuk menyediakan peluang dan

persekitaran yang membolehkan kanak-kanak berinteraksi dan meneroka alat

44

Page 45: Tugasan kumpulan 4 pendidikan sains awal kanak-kanak

fizikal mereka. Kanak-kanak perlu didedahkan dengan bahan-bahan dan

persekitaran yang dapat meransang naluri ingin tahu mereka. semakin banyak

penerokaan yang dilakukan sama ada dengan mendengar, melihat, sentuhan,

rasa dan bau, maka semakin meningkat minat dan keinginan mereka mencari

penjelasan di samping memperkembangkan bahasa. Perkataan biasanya

didahului dengan gambaran mental yang dibentuk melalui pengalaman kanak-

kanak itu berinteraksi dengan bahan-bahan disekeliling mereka yang mana

aktiviti sains akan membantu kanak-kanak dalam aspek ini.

Pendidik perlu memainkan Peranan yang penting dalam membantu

kanak-kanak menguasai kemahiran saintifik serta konsep-konsep sains dengan

menyediakan persekitaran dan peluang-peluang yang membolehkan kanak-

kanak meneroka alam sekeliling, membuat ramalan melalui eksperimen ringkas

apabila sesuai dan membuat rumusan. selain itu, pendidik perlu berinteraksi

dengan kanak-kanak dan membimbing mereka membuat penemuan

pengetahuan yang diinginkan melalui aktiviti penerokaan dan penyiasatan itu.

Secara tidak lansung, Interaksi antara mereka akan membantu kanak-kanak

tersebut membina kefahaman dan menguasai konsep-konsep.

RUJUKAN dan BIBLIOGRAFI

Aminah Ayob, Mastura Badrzis, Rohani Abdullah, Azizah Lebai Nordin &Mahani Razali. 2008. Kurikulum Permata : panduan Pendidikan Awal Kanak-kanak 0-4 Tahun. Tanjong malim. Pusat Penyelidikan Perkembangan Kanak-Kanak Negara .

Abruscato, J. (2000). Teaching children science: A discovery approach (5th ed.). Boston: Allyn & Bacon. CURRICULUM 507 229

45

Page 46: Tugasan kumpulan 4 pendidikan sains awal kanak-kanak

Bandura, A. (1986). Social foundations of thought and action: A social cognitive theory. Englewood Cliffs, NJ: Prentice-Hall

Craik,F.I.M dan Lockhart,R.S. (1972), Level of processing : A framework for memory research. Journal of Verbal Learning and Verbal Behavior, 11 : 671-684.

Damon, W., 1977. The Social World of Child. San Francisco : Jossey-Bass.

Edward Chittenden, Jacqueline Jones (1999), Dialogue on Early Childhood Science, Mathematics, and Technology Education/First Experiences in Science, Mathematics and Technology. American Association for the Advancement of Science (AAAS). Diperolehi dari http://public.doe.k12.ga.us/DMGetDocument.aspx/Dialogue on Early Childhood Science.pdf pada 26 Februari 2010.

Farrah Wahilda Bt Hj Khirluddin (2006). Perisian pengajaran berbentukan komputer(PBK) untuk pra sekolah di bawah tajuk mengenal haiwan,

5&6.Universiti Teknologi Malaysia. Diperolehi daripada http://www.fp.utm.my/ePusatSumber/pdffail/ptkghdfwP/FARRAHWAHILDAAP010074D2006TTP.pdf

Gabel, D.Rubba P. (1979).Attitude change of elementry teachers according to the curriculum studied during workshop participation and their role as model science teachers. Journal of Research in Science Teaching, 16, 19-24.

Harlan & Jelly (1989). Technology for children. Sydney: Prentice Hall Australia. FISHER CURRICULUM 372.358044 3.  FISHER CURRICULUM also has 1st ed. 607 88

Harlan, J. D. & Rivkin, M. S. (1996). Science experiences for the early childhood years: An integrated approach (6th ed.). Englewood Cliffs, NJ: Merrill Curriculum 507 375

Johnston, J. (1996). Early explorations in science. Buckingham, UK: Open University Press. CURRICULUM 507 437

Jack P. Shonkoff et. al. (2007), The Science of Early Childhood Development. National Scientific Council on the Developing Child, Center on the Developing Child at Harvard University. Diperolehi dari http://www.speaker.gov/pdf/Shonkoff.pdf. pada 26 Februari 2010.

46

Page 47: Tugasan kumpulan 4 pendidikan sains awal kanak-kanak

Jas Laile Suzana Jaafar. 1996. Psikologi Kanak-Kanak Dan Remaja. Ampang, Selangor. Dewan Bahasa dan Pustaka.

Kathy Cabe Trundle (2009), Teaching Science During the Early Childhood Years. The Ohio State University. Diperolehi dari www.ngsp.com/Portals/0/.../SCL22-0429A_AM_Trundle.pdf. pada 26 Februari 2010.

Lumpe, A.T. & Staver, J.R. 1995. Peer collaboration and concept development. Journal of Research in Science Teaching. 32(1) : 71-98.

Lockhart,R.S dan Craik,F.I.M (1990), Level of processing : A retrospective commentar on a framework for memory reseacrh. Canadian Journal of Psychology, 44, 87-112.

Mark K. M Quillan et. al. (2007), A Guide to Early Childhood Program Development. State Board of Education. Diperolehi dari http://www.sde.ct.gov/sde/lib/sde/PDF/DEPS/Early/early_childhood_guide.pdf. pada 26 Februari 2010.

Nani Menon & Rohani Abdullah. 2003. Panduan Kognitif Kanak-Kanak Prasekolah. Bentong, Pahang. PTS Publication & Distributor Sdn.Bhd.

Rohani Abdullah. 2004. Bayi Cerdik. Bentong, Pahang. Publication & Distributor Sdn.Bhd.

Surayah Zaidon & Haslinda Md. Ali. 2008. Pendidikan Prasekolah. Shah Alam. Selangor Darul Ehsan.

Suppiah Nachiappan, Ramlah Jantan & Abdul Aziz Abdul Shukur. 2008. Psikologi Pendidikan. Shah Alam, Selangor. Oxford fajar Sdn.Bhd.

Vyogtsky (1984). Science for children (2nd ed.). Sydney: Prentice Hall Australia. FISHER CURRICULUM 372.3044 1

Zurida bin Haji Ismail & Hasimah Mohd Yunus (2004). Sikap & keyakinan guru-guru prasekolah dalam pengajaran sains awal, 156 & 159.Universiti Sains Malaysia.

47