tugasan kumpulan 4 pendidikan sains awal kanak-kanak

Download Tugasan kumpulan 4 pendidikan sains awal kanak-kanak

Post on 21-May-2015

26.613 views

Category:

Sports

10 download

Embed Size (px)

TRANSCRIPT

  • 1. TUGASAN : 1) PEMBENTANGAN2) PENULISAN ILMIAHTAJUK : PENDIDIKAN SAINS AWAL DI PERINGKAT AWAL KANAK-KANAKNAMA :1) CHRISTOPHER ANAK BARAT2) NOVIE ADILAH SONDIG3) TAI CHEN HIUNG4) NORHAFIZAH BT MANAN5) HISHAM JAIMIEFAKULTI :SENI DAN MUZIKJABATAN :PENDIDIKAN TEKNIKAL DAN VOKASIONALTEMPAT:DEWAN TAMAN BERNAM 1SEMAKAN :ENCIK KAMARUL AZMAN BIN ABD.SALAM1

2. PENDIDIKAN KEMAHIRAN HIDUP DAN TEKNIKAL( AT 31 ) Asuhan Dan Pendidikan Awal Kanak-Kanak(SHV 4193) Kumpulan 4Tajuk : PENDIDIKAN SAINS AWAL DI PERINGKATAWAL KANAK-KANAK Tugasan berkumpulan Disediakan oleh: NamaNo.matrikChristopher anak barat D20071029848Novie adilah sondigD20071029835Tai chen hiung D20071029859Norhafizah bt MananD20071029846Hisham JaimieD20071029876Nama Pensyarah : EN. KAMARUL AZMAN B. ABD. SALAM 2 3. ISI KANDUNGANPERKARA MUKA/SURAT1.0 PENGENALAN 42.0 DEFINISI SAINS AWAL63.0 DEFINISI KURIKULUM PENDIDIKAN SAINS AWAL 94.0 KURIKULUM PERMATA124.1Bidang Pembelajaran Perkembangan Deria/Sensori Dan Pemahaman Dunia Persekitaran Peringkat perkembangan Kanak-kanak (Pra-Sains) 124.2Kanak-kanak Umur 0 hingga 6 bulan.124.3Kanak-kanak Umur 7 hingga 12 bulan164.4Kanak-Kanak Umur 1-2 Tahun214.5Kanak-kanak Bagi Umur 2 hingga 3 Tahun254.6Kanak-kanak Bagi Umur 3 hingga 4 Tahun295.0 KAJIAN LEPAS MENGENAI PENGAJARANSAINS AWAL KANAK-KANAK.346.0 KAJIAN LEPAS BERKAITAN PEMBELAJARANSAINS AWAL KANAK-KANAK.387.0 KESIMPULAN45RUJUKAN dan BIBLIOGRAFI3 4. 1.0 PENGENALANIstilah Pendidikan awal kanak-kanak meliputi umur yang mana dalamlingkungan 0-4 tahun dan telah diwujudkan seawal tahun 2006 serta telahdimasukkan dalam akta Pendidikan 1996 mengikut peraturan-peratuarankurikulum kebangsaan yang telah ditetapkan oleh Kementerian PelajaranMalaysia. Menurut Vyogtsky (1984), penerapan pendidikan awal sainsseharusnya dimulakan pada peringkat lebih awal lagi. Hal ini adalah berkaitandengan pendapat yang dikemukakan oleh Harlan & Jelly (1989) mengatakanbahawa matlamat pendidikan sains awal kanak-kanak dapat membentuk danmemupuk perkembangan dalam aspek pengetahuan dan kemahiran.Satu dasar telah ditetapkan dengan menyediakan kurikulum bagiPendidikan awal kanak-kanak yang dikenali sebagai Kurikulum Permata.Kurikulum permata dirancang dengan mangambilkira semua aspekperkembangan jasmani, rohani, mental dan emosi dan ia adalah berfokuskepada pembinaan kualiti individu kanak-kanak berumur 0-4 tahun. PenetapanSains bagi kanak-kanak bermula dengan apabila mereka sedar mereka dapatbelajar berhubung alam kehidupan mereka melalui tindakan dan perlakuansendiri, seperti menuip belon ataupun buih sabun dan menambah blok binaanyang membuat binaan asas tidak stabil.Peluang-peluang mempelajari sains terdapat di pelbagai tempat dankeadaan contohnya, di dapur, di kawasan sekolah, di tepi kolam dan laut, dimuzium, di zoo dan juga di tempat permainan yang disediakan. kitamenggunakan ilmu sains bagi menjawab pelbagai soalan yang dikemukakan 4 5. oleh kanak-kanak. Pengetahuan sains membolehkan mereka memahamifenomena yang terdapat di sekeliling mereka.Sebagaibidang ilmu, sains membekalkan rangka konsepbagimembolehkan kanak-kanak memahami alam sekeliling. Ilmu pengetahuan sainsini menjadi lebih bermakna apabila kanak-kanak dibantu menghubungkan faktadan konsep, serta mengaitkan pembelajaran baru dengan pengetahuan sediaada. Proses ini membolehkan mereka memahami situasi dan maklumat baru.Pendedahanawal kanak-kanak keatas sains adalah penting bagiperkembangan konsep-konsep saintifik serta perkembangan intelek yang lain. 5 6. 2.0 DEFINISI SAINS AWALUmumnya, Sains boleh didefinisikan sebagai ilmu yang boleh menerangdan memahami sifat alam. Bidang sains mengandungi tiga aspek iaitu kognitif,konatif dan afektif. Menurut Joseph Abruscato (2000), sains adalah proses yangmelibatkan kemahiran intelek dan manipulatif bagi mendapatkan maklumatberhubung alam semula jadi. Dengan kata lain,sains adalah pengetahuan yangdiperolehi melalui aplikasi proses saintifik. Pengetahuan, kemahiran dan nilaiyang diperoleh melalui pengalaman sains seharusnya dapat membantu kanak-kanak memahami dan mencorakkan alam sekeliling. Oleh itu, pendedahan awaldalamsainspentingbagi membolehkan kanak-kanakmembinarasatanggunjawab dan prihatin serta rasa hormat pada alam sekitar. Interaksi positifyang dialami secara terus membantu peningkatan kanak-kanak dalampembelajaran dan memperbaiki kualiti kehidupan dalam jangka masa panjang.Merujukkepada pendidikan sains awal, ia menfokuskan denganperkembangan deria/ sensori dan pemahaman dunia persekitaran. Bidangpembelajaran ini lebih dikenali sebagai pra-sains. Definisi Sains awal adalahsubjektif iaitu sains adalah sesuatu yang dilakukan oleh kanak-kanak setiaphari apabila mereka bertanyakan soalan, memerhati serangga, membuatketulan ais, menunggang basikal, mengasah pensel ataupun memasanglampu. Dengan kata lain, sains adalah sesuatu yang berkaitan denganpersekitaran yang mana ia akan mewujudkan perasaan ingin tahu kanak-kanak untuk meransang perkembangan kognitif dan deria mereka. 6 7. Menurut Johnston (1996), kanak-kanak pada umumnya bersifat ingin tahuatau inkuisitif. Kenyataan ini dibuktikan melalui soalan-soalan yang kerap kaliditanya dengan tujuan mendapatkan penjelasan dan kefahaman berhubungsesuatu yang menarik perhatian mereka. Soalan-soalan ini biasanyaberkaitan dengan perkara yang dialami oleh kanak-kanak. Melalui proses ini,kanak-kanak akan cuba membina pengertian dan kefahaman berhubungdengan fonomena yang dialami.Proses PendidikanSains awal kanak-kanak pada peringkat awalmenekankan konsep pembelajaran aktif. Justeru, aktiviti-aktiviti yangdirancang adalah bercorak Hands-on yang mana ia dapat melibatkan kanak-kanak secara aktifmelalui interaksi dengan bahan-bahan pembelajaran.Kanak-kanak belajar memahami sesuatu konsep dengan baik daripadapemerhatian, sentuhan, rasa dan manipulasi bahan bagi membinakefahaman saintifik.Pengetahuan sains awal yang diterapkan kepada kanak-kanak bermatlamatmemberi pendekatan hands-on dalam pengajaran sains dengan memberiruang dan peluang kanak-kanak membina kefahaman sendiri denganbantuan guru. Harlan & Rivkin (1996), antara tujuan pendidikan sains adalah: Membantu meningkatkan perkembangan bahasa dan kemahiran kanak-kanak.7 8. Memberi peluang kepada kanak-kanak mengkaji perhubungan kesan danakibat Membantu kanak-kanak menguasai kemahiran berfikir secara kreatif,kritis, analitis dan sisitematik dalam membuat penakulan. Membantu kanak-kanak membina dan menghayati sikap dan nilai murni. 8 9. 3.0 DEFINISI KURIKULUM PENDIDIKAN SAINS AWAL KANAK-KANAKMenurut Isaac Asimov (1994), Sains ialah cara kita berfikir dan melihatdunia persekitaran kita. Sains adalah suatu proses eksperimen yang berterusandan mencuba jawapan terhadap kejadian dan tidak balas yang berlaku di dalampersekitaran. Hasil keputusan kajian sentiasa berubah dan tidak tertumpukepada satu jawapan sahaja. Keterbukaan berfikir ini perlu diterapkan kepadasetiap kanak-kanak melalui pengajaran dan pembelajaran pendidikan sains awalkanak-kanak. Pengalaman sains dapat membantu kanak-kanak mengenali danmemahami persekitarannya. Secara semula jadi kanak-kanak mempunyai sifatingin tahu yang tinggi. Maka mereka perlu diberikan peluang, galakan dan masabagi memenuhi keperluan mindanya. Bagi memenuhi keperluan tersebut kanak-kanak harus dibimbing dengan kaedah saintifik bagi menggalakkan merekamenyelesaikan masalah (Nani Menon & Rohani Abdullah, 2003).Umumnya, kanak-kanak cenderung mengetahui fakta berkaitan fenomenaalam semula jadi, cuaca, haiwan, proses tumbesaran, manusia dan benda dipersekitarannya. Setiap tingkah laku mereka adalah suatu proses eksperimenyang berlaku secara spontan setiap hari. Apabila mereka tersentuh objek, makaakan timbul beberapa soalan seperti Apa ini?, Bagaimana ia berfungsi?,9 10. Kenapa?. Tingkah laku ini adalah suatu proses siasatan saintifik. Pengalamanini akan menggalakkankanak-kanak supaya mahir berfikir, menyoal,menyelesaikan masalah, membuat rumusan dan membina pengetahuan yangberasaskan pengalaman saintifik. Brewer, 1995 mengatakan bahawa sains adalah semua yang wujud disekitar kita, tidak kira dimana kita berada. Pada kanak-kanak pra sains adalahpekara yang mereka hairan, rasa takjub, serta ingin tahu dan terokai. Sainsadalah pemikiran dan perbuatan dan ia berlaku seiring. Sains adalah suatuproses memerhati, berfikir dan membuat perkaitan antara satu tindakan dankesan atau kejadian dan peristiwa. Ia juga adalah sesuatu yang bolehmenimbulkan rasa ingin tahu, minat dan proses penyelesaian masalah (NaniMenon & Rohani Abdullah, 2003). Dalam pendidikan awal kanak-kanak, proses sains adalah suatupembelajaran yang dapat menggalakkan kanak-kanak memperoleh pengetahuanfakta sains, menggalakkkan minat ingin tahu, meneroka persekitaran, meramal,memerhati, menjalankan uji kaji dan membuat infrensi. Apabila kanak-kanakterlibat dalam aktiviti pembelajaran seperti meneroka dan mencuba-cuba, secaratidak langsung mereka akan terlibat dalam proses berfikir dan mendapatmaklumat secara saintifik. Proses pengajaran dan pembelajaran bagi pendidikan sains awal kanak-kanak sebaiknya disesuaikan dengan tingkat perkembangan kebolehan dankemampuan kanak-kanak. Menurut Jean Piaget dalam teori perkembangankognitif mengemukakan idea tentang pembentukan konsep kanak-kanak dan10 11. kecerdasan dengan mencadangkan bahawa penyelidik-penyelidik dapat belajarmengikut kemampuan perkembangan intelek yang dialami oleh kanak-kanakdenganberterusan. Pemerhatian beliau terhadap kanak-kanak secaraberterusan termasuk pemeriksaan terhadap kesilapan anak-anak sendiri, makabeliau merumuskan bahawa wujud sistem logikal yang mudah dan teratur yangmendasari pemikiran kanak-kanak. Menurut Piaget, sistem-sistem ini adalah berbeza-beza daripada sistemlogikal yang digunakan oleh orang dewasa. Untuk memahami perkembangan,sistem-sistem ini seharusnya diidentifikasi dan dibahagi mengikut cirri-ciri yangtersendiri. Piaget percaya fungsi kecerdasanadalah untuk membantume